kisah nabi khidir dalam kitab imam ibnu hajar asqalaniy

Upload: salafytobatwordpresscom

Post on 30-May-2018

279 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 Kisah Nabi Khidir Dalam Kitab Imam Ibnu Hajar Asqalaniy

    1/19

    Kisah Nabi Khidir Dalam Kitab Imam Ibnu HajarAsqalaniy

    | Takziah kepada keluarga Rasulullah SAW | Khidir datang menegur peniaga | Kisah

    Khidir dan Abu Mahjan || Nabi Khidir memberi pengajaran | Nabi Khidir datang ke Baitul Haram |

    | Amalan yang paling disukai Allah | Nabi Khidir mengubati dengan Asmaul Husna |

    Takziah kepada keluarga Rasulullah SAW

    Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dalam kitab Tafsir: Bercerita kepadaku ayahku, yang

    didengarnya dari Abdul Aziz Al-Ausiy, dari Ali bin Abu Ali, dari Jakfar bin Muhammad

    bin Ali bin Husain, dari ayahnya, katanya Ali bin Abi Talib berkata: Ketika wafatRasulullah SAW, datanglah ucapan takziah. Datang kepada mereka (keluarga Nabi

    SAW) orang yang memberi takziah. Mereka mendengar orang memberi takziah tetapi

    tidak melihat orangnya. Bunyi suara itu begini:

    Assalamu Alaikum Ahlal Bait Warahmatullahi Wabarakatuh. Setiap yang bernyawa

    akan merasakan mati. Hanyasanya disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat.

    Sesungguhnya dalam agama Allah ada pemberi takziah bagi setiap musibah, bagi Allah

    ada pengganti setiap ada yang binasa, begitu juga menemukan bagi setiap yang hilang.

    Kepada Allah-lah kamu berpegang dan kepada-Nya mengharap. Sesungguhnya orang

    yang diberi musibah adalah yang diberi ganjaran pahala.

    Berkata Jakfar: Bercerita kepadaku ayahku bahawa Ali bin Abi Talib ada berkata:

    Tahukah kamu siapa ini? Ini adalah suara Nabi Khidir. Berkata Muhammad bin

    Jakfar: Adalah ayahku, iaitu Jakfar bin Muhammad, menyebutkan tentang riwayat dariayahnya, dari datuknya, dari Ali bin Abi Talib bahawa datang ke rumahnya satu

    rombongan kaum Quraisy kemudian dia berkata kepada mereka: Mahukah kamu aku

    ceritakan kepada kamu tentang Abul Qasim (Muhammad SAW)?

    Kaum Quraisy itu menjawab: Tentu sahaja mahu.

    Ali bin Abi Talib berkata: Jibril Alaihis salam pernah berkata kepada Rasulullah SAW:

    Selamat sejahtera ke atas kamu wahai Ahmad. Inilah akhir watanku (negeriku) di bumi.

    Sesungguhnya hanya engkaulah hajatku di dunia. Maka tatkala Rasulullah SAW wafat,datanglah orang yang memberi takziah, mereka mendengarnya tetapi tidak melihat

    orangnya. Orang yang memberi takziah itu berkata: Selamat sejahtera ke atas kamu

    wahai ahli bait. Sesungguhnya pada agama Allah ada pemberi takziah setiap terjadimusibah, dan bagi Allah ada yang menggantikan setiap ada yang binasa. Maka kepada

    Allah-lah kamu berpegang dan kepada-Nya mengharap. Sesungguhnya orang yang diberi

    http://www.darulnuman.com/mkisah/kisah024.html#tujuhhttp://www.darulnuman.com/mkisah/kisah024.html#enamhttp://www.darulnuman.com/mkisah/kisah024.html#limahttp://www.darulnuman.com/mkisah/kisah024.html#empathttp://www.darulnuman.com/mkisah/kisah024.html#tigahttp://www.darulnuman.com/mkisah/kisah024.html#duahttp://www.darulnuman.com/mkisah/kisah024.html#satu
  • 8/14/2019 Kisah Nabi Khidir Dalam Kitab Imam Ibnu Hajar Asqalaniy

    2/19

    musibah adalah yang diberi ganjaran pahala. Mendengar yang demikian Ali bin Abi

    Talib berkata: Tahukah kamu siapa yang datang itu? Itu adalah Khidir.

    Berkata Saif bin Amr At-Tamimi dalam kitabnya Ar-Riddah, yang diterimanya dari Saidbin Abdullah, dari Ibnu Umar mengatakan: Ketika wafat Rasulullah SAW, datanglah

    Abu Bakar ke rumah Rasulullah. Ketika beliau melihat jenazah Rasulullah SAW, beliauberkata: Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Rajiun. Kemudian beliau bersama sahabat-sahabatyang lain menyembahyangkan jenazah Rasulullah SAW. Pada waktu mereka

    menyembahyangkan jenazah Rasulullah SAW, mereka mendengar suara ajaib. Selesai

    solat dan mereka pun semuanya sudah diam, mereka mendengar suara orang di pintu

    mengatakan: Selamat sejahtera ke atas kamu wahai Ahli Bait. Setiap yang bernyawaakan merasakan kematian. Hanyasanya disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat.

    Sesungguhnya pada agama Allah ada pengganti setiap ada yang binasa dan ada kelepasan

    dari segala yang menakutkan. Kepada Allah-lah kamu mengharap dan dengan-Nyaberpegang. Orang yang diberi musibah akan diberi ganjaran. Dengarlah itu dan hentikan

    kamu menangis itu."

    Mereka melihat ke arah suara itu tetapi tidak melihat orangnya. Kerana sedihnya mereka

    menangis lagi. Tiba-tiba terdengar lagi suara yang lain mengatakan: Wahai Ahli Bait,

    ingatlah kepada Allah dan pujilah Dia dalam segala hal, maka jadilah kamu golonganorang mukhlisin. Sesungguhnya dalam agama Allah ada pemberi takziah setiap terjadi

    musibah, dan ada pengganti setiap ada yang binasa. Maka kepada Allah-lah kamu

    berpegang dan kepada-Nya taat. Sesungguhnya orang yang diberi musibah adalah orangyang diberi pahala. Mendengar yang demikian itu berkata Abu Bakar: Ini adalah Khidir

    dan Ilyas. Mereka datang atas kematian Rasulullah SAW.

    Berkata Ibnu Abu Dunia, yang didengarnya dari Kamil bin Talhah, dari Ubad bin Abdul

    Samad, dari Anas bin Malik, mengatakan:

    Sewaktu Rasulullah SAW meninggal dunia,berkumpullah sahabat-sahabat beliau di sekeliling jenazahnya menangisi kematian beliau.Tiba-tiba datang kepada mereka seorang lelaki yang bertubuh tinggi memakai kain

    panjang. Dia datang dari pintu dalam keadaan menangis. Lelaki itu menghadap kepada

    sahabat-sahabat dan berkata: Sesungguhnya dalam agama Allah ada pemberi takziah

    setiap terjadi musibah, ada pengganti setiap ada yang hilang. Bersabarlah kamu keranasesungguhnya orang yang diberi musibah itu akan diberi ganjaran.

    Kemudian lelaki itu pun menghilang daripada pandangan para sahabat. Abu Bakarberkata: Datang ke sini lelaki yang memberi takziah. Mereka memandang ke kiri dan

    kanan tetapi lelaki itu tidak nampak lagi. Abu Bakar berkata: Barangkali yang datang itu

    adalah Khidir, saudara nabi kita. Beliau datang memberi takziah atas kematian RasulullahSAW.

    Dari tadi sudah banyak kita lihat ucapan-ucapan takziah yang hampir sama kata-katanya.

    Ada yang mengatakan hadis ini daif. Ubad yang meriwayatkan hadis ini tidak diiktiraf

    oleh Imam Bukhari.

  • 8/14/2019 Kisah Nabi Khidir Dalam Kitab Imam Ibnu Hajar Asqalaniy

    3/19

    Berkata Ibnu Syahin dalam kitabnya Al-Janaiz: Bercerita kepada kami Ibnu Abu Daud,

    dari Ahmad bin Amr, dari Ibnu Wahab, dari Muhammad bin Ajlan, dari Muhammad binMukandar, berkata: Pernah pada suatu hari Umar bin Khattab menyembahyangkan

    jenazah, tiba-tiba beliau mendengar suara di belakangnya: Ala, janganlah duluan dari

    kami mengerjakan solat jenazah ini. Tunggulah sudah sempurna dan cukup orang di

    belakang baru memulakan takbir.

    Kemudian lelaki itu berkata lagi:Kalau engkau seksadia ya Allah, maka sesungguhnya dia telah derhaka kepada-Mu. Tetapi kalau Engkau

    mahu mengampuni dia, maka dia betul-betul mengharap keampunan daripada-Mu.Umar bersama sahabat-sahabat yang lain sempat juga melihat lelaki itu. Tatkala mayat itu

    sudah dikuburkan, lelaki itu masih meratakan tanah itu sambil berkata: Beruntunglah

    engkau wahai orang yang dikuburkan di sini.

    Umar bin Khattab berkata: Tolong bawa ke sini lelaki yang bercakap itu supaya kita

    tanya tentang solatnya dan maksud kata-katanya itu. Tiba-tiba lelaki itu pun sudahmenghilang dari pandangan mereka. Mereka mencari ke arah suaranya tadi tiba-tiba

    mereka melihat bekas telapak kakinya yang cukup besar. Umar bin Khattab berkata:

    Barangkali yang datang itu adalah Khidir yang pernah diceritakan oleh Nabi kitaMuhammad SAW.

    Ada juga yang mengatakan hadis ini tidak sahih. Kata Ibnu al-Jauzi hadis ini majhul(tidak dikenal) dan dalam sanadnya ada yang terputus di antara Ibnul Mukandar dengan

    Umar.

    ^ Kembali ke atas ^

    Khidir datang menegur peniaga

    Berkata Ibnu Abu Dunia: Bercerita kepadaku ayahku, yang didengarnya dari Ali bin

    Syaqiq, dari Ibnu Al-Mubarak, dari Umar bin Muhammad bin Al-Mukandar, berkata:Ada seorang peniaga yang banyak memuji-muji barangnya dan banyak bersumpahuntuk meyakinkan orang lain (pembeli). Tiba-tiba datang kepadanya seorang tua dan

    berkata: Wahai peniaga, juallah barangmu tetapi jangan banyak bersumpah. Peniaga itu

    masih banyak bercakap dan bersumpah, yang menyebabkan orang tua itu berkata lagi:

    Wahai pedagang, berniagalah secara jujur dan jangan banyak bersumpah. Bahkan

    orang tua itu berkata lagi: Berniagalah secara yang patut sahaja. Peniaga itu berkata:

    Inilah yang patut saya lakukan. Kemudian orang tua itu berkata: Utamakanlah

    kejujuran walaupun berat melakukannya dan tinggalkan berbohong walaupun ia akanmembawa keuntungan.

    Akhirnya peniaga itu berkata: Kalau begitu tuliskanlah semua apa yang engkau sebutkan

    ini. Orang tua itu berkata: Kalau ditakdirkan sesuatu itu maka adalah ia. Menurut

    mereka yang datang menegur itu adalah Nabi Khidir.Diriwayatkan oleh Abu Amr, dari Yahya bin Abi Talib, dari Ali bin Ashim, dari

    Abdullah, berkata: Pernah Ibnu Umar duduk-duduk di satu tempat, sedangkan seorang

    lelaki (tidak berapa jauh dari tempatnya) sudah mula membuka jualannya. Peniaga itu

    banyak bersumpah untuk melariskan jualannya. Tiba-tiba datang kepadanya seoranglelaki dan berkata: Takutlah kepada Allah dan jangan berbohong. Hendaklah engkau

    http://www.darulnuman.com/mkisah/kisah024.html#top
  • 8/14/2019 Kisah Nabi Khidir Dalam Kitab Imam Ibnu Hajar Asqalaniy

    4/19

    berkata jujur walaupun berat melakukannya dan jauhilah berdusta walaupun ia membawa

    manfaat. Dan jangan tambah-tambah dari cerita orang lain (apa yang ada).

    Ibnu Umar yang mendengar teguran orang tua itu berkata kepada peniaga itu: Pergi ikutidia dan suruh supaya dia tulis apa yang disebutkannya tadi. Peniaga itu pergi

    mengikutinya dan meminta supaya menuliskan apa yang disebutkannya tadi tetapi orangtua itu hanya berkata: Kalau sesuatu itu sudah ditentukan Allah, maka adalah ia.Kemudian orang tua itu pun tiba-tiba sahaja menghilang. Peniaga itu kembali menjumpai

    Ibnu Umar serta menceritakan apa jawapan orang tua itu. Ibnu Umar berkata: Yang

    datang itu adalah Nabi Khidir.

    Tetapi kata Ibnu Al-Jauzi hadis-hadis yang diriwayatkan oleh Ali bin Ahsim daif. Bahkan

    katanya Ali bin Ashim itu lemah ingatannya.

    Ada juga riwayat yang hampir sama dengan ini menyebutkan: Ada dua orang lelaki

    yang berjualan tidak berapa jauh dari Abdullah bin Umar. Salah seorang dari peniaga itu

    banyak bersumpah untuk melariskan barang-barang jualannya. Ketika ghairah berceritamempromosikan jualannya, tiba-tiba datang seorang lelaki kemudian berkata kepada

    peniaga yang banyak bersumpah itu: Wahai hamba Allah, takutlah kepada Allah danjangan banyak bersumpah. Sesungguhnya tidak akan bertambah rezekimu jika engkau

    banyak bersumpah. Dan sebaliknya, tidak akan mengurangkan kepada rezekimu jika

    engkau tidak bersumpah. Oleh itu bercakaplah yang wajar-wajar sahaja.

    Peniaga itu menjawab: Inilah yang saya anggap wajar.

    Lelaki tua itu mengulang nasihatnya lagi. Dan ketika dia sudah mahu pergi, dia berkata

    lagi: Ketahuilah bahawa termasuk daripada iman ialah mengutamakan kejujuran

    walaupun berat melaksanakannya dan meninggalkan pembohongan walaupun dianggapmembawa keuntungan.

    Setelah memberi nasihat atau teguran, lelaki itu pun pergi. Ibnu Umar berkata kepadapeniaga itu: Kejar dia dan minta supaya ditulisnya apa yang disebutkannya tadi.

    Peniaga itu pergi mengejarnya dan berkata kepadanya: Wahai hamba Allah, tuliskanlah

    apa yang engkau sebutkan tadi supaya tuan dirahmati Allah. Lelaki itu tidak adamenulisnya tetapi mengulangi apa yang disebutkannya tadi. Jadi, menurut Ibnu Umar

    yang datang itu adalah Nabi Khidir.

    ^ Kembali ke atas ^

    Kisah Khidir dan Abu Mahjan

    Diriwayatkan oleh Saif dalam kitab Al-Futuh, bahawa satu jemaah berada bersama Saadbin Abi Waqqas, maka mereka melihat Abu Mahjan berperang, maka yang meriwayatkan

    ini pun menceritakan kisah Abu Mahjan secara panjang lebar. Dari kesimpulan cerita-

    cerita mereka mengatakan bahawa Nabi Khidir masih hidup pada zaman itu.

    http://www.darulnuman.com/mkisah/kisah024.html#top
  • 8/14/2019 Kisah Nabi Khidir Dalam Kitab Imam Ibnu Hajar Asqalaniy

    5/19

    Berkata Abu Abdullah bin Battah: Bercerita kepada kami Syuaib bin Ahmad, yang

    didengarnya dari ayahnya, dari Ibrahim, bin Abdul Hamid, dari Ghalib bin Abdullah, dariHasan Basri berkata: Seorang lelaki berfahaman Ahli Sunnah Waljamaah berlainan

    pendapat dan berhujah dengan seorang lelaki bukan Ahli Sunnah. Mereka berdebat

    mengkaji masalah qadar. Mereka berdebat di tengah-tengah perjalanan. Masing-masing

    mereka mempertahankan pendapatnya dan berbantah dengan suara yang kuat tetapiakhirnya sepakat siapa yang duluan datang ke tempat mereka berhujah itu akan diangkat

    sebagai pemutus di antara mereka.

    Tidak lama kemudian, muncullah seorang lelaki memikul bungkusan sedangkan rambut

    dan pakaiannya sudah berabu dan jalannya menunjukkan seolah-olah sudah kepenatan.Mereka berkata kepada lelaki itu: Tadi kami berdebat tentang qadar dan masing-masing

    di antara kami memberikan hujah dan dalilnya tetapi tidak tahu siapa di antara kami yang

    benar. Kami sudah sama-sama setuju bahawa siapa orang yang mula-mula datang ketempat ini akan kami angkat sebagai hakim. Maka sekarang kami minta tolong kepada

    tuan untuk menghakimi kami.

    Lelaki itu meletakkan bungkusannya kemudian duduk. Setelah berehat sebentar dan

    nafasnya sudah mulai tenang, dia berkata: Kalau begitu duduklah kamu disini.

    Kemudian lelaki itu menghakimi mereka secara bijaksana. Menurut Hasan Basri lelakiyang mengadili mereka itu adalah Nabi Khidir.

    ^ Kembali ke atas ^

    Nabi Khidir memberi pengajaran

    Diriwayatkan oleh Hammad bin Umar, dari A-Sara bin Khalid, dari Jakfar bin

    Muhammad, dari ayahnya, dari datuknya Ali bin Husain, katanya pembantu mereka pergiberlayar menaiki kapal. Ketika dia mahu mendarat tiba-tiba dia melihat di atas pantai

    duduk seorang lelaki yang sedang menerima hidangan makanan dari langit. Makanan itu

    diletakkan di hadapannya kemudian dia pun memakannya. Setelah dia kenyang, makananitu diangkat semula ke langit. Pembantu yang merasa hairan itu memberanikan dirinya

    mendekati orang itu sambil berkata kepadanya: Hamba Allah yang manakah engkau

    ini? Lelaki itu berkata: Aku adalah Khidir yang barangkali engkau sudah pernah

    mendengar nama itu. Pembantu itu bertanya lagi: Dengan (amalan) apakah didatangkankepadamu makanan dan minuman ini?

    Lelaki itu menjawab: Dengan nama Allah yang Maha Agung.

    Diriwayatkan oleh Ahmad dalam kitab Al-Zuhdi, yang diterima dari Hammad binUsamah, dari Masar, dari Maan bin Abdul Rahman, dari Aun bin Abdullah, dari Utbah,

    dari Ibnu Masud, mengatakan: Ada seorang lelaki di Mesir sedang bercucuk tanam di

    kebunnya. Ketika itu dia sedang gelisah dan dia tunduk mengerjakan ladangnya. Ketikadia mengangkat kepalanya, tiba-tiba di melihat di hadapannya ada seorang lelaki sedang

    berdiri memperhatikan apa yang dilakukannya dan memandangi wajahnya. Lelaki itu

    http://www.darulnuman.com/mkisah/kisah024.html#top
  • 8/14/2019 Kisah Nabi Khidir Dalam Kitab Imam Ibnu Hajar Asqalaniy

    6/19

  • 8/14/2019 Kisah Nabi Khidir Dalam Kitab Imam Ibnu Hajar Asqalaniy

    7/19

    Ada diceritakan ketika Hasan Basri berceramah di hadapan jemaahnya, tiba-tiba datang

    seseorang yang matanya kehijau-hijauan. Melihat yang demikian Hasan Basri bertanyakepadanya: Apakah memang begini engkau dilahirkan oleh ibumu atau ini sebagai

    tanda? Orang yang baru datang itu berkata: Apakah sememangnya engkau kenal

    kepadaku wahai Abu Said? Hasan Basri berkata: Siapa engkau sebenarnya? Lelaki itu

    memperkenalkan dirinya sehingga jelas bagi semua jemaah yang ada di tempat itu. HasanBasri berkata lagi: Tolong ceritakan bagaimana kisahmu.

    Lelaki itu berkata: Pernah pada suatu hari dahulu aku mengangkut semua barang-

    barangku ke dalam kapal. Aku pun berlayar menuju Cina. Ketika berlayar mengharungi

    lautan yang dalam, tiba-tiba angin bertiup kencang. Terjadi ombak yang begitu hebat dankapal yang saya naiki pun terbalik. Rupanya ajalku belum tiba, aku dibawa oleh ombak

    ke pantai. Aku terdampar di satu pulau yang tidak didiami oleh manusia. Empat bulan

    lamanya aku keseorangan di pulau itu. Makanan tidak ada kecuali daun-daunan danbatang kayu yang lapuk. Bahkan minuman pun tidak ada kecuali air mata yang sentiasa

    mengalir kerana sedihnya.

    Tidak terdaya lagi menahankan hidup seperti itu sehingga aku sudah bermaksud berenang

    menyeberangi lautan yang luas itu. Ketika berjalan mendekati laut yang ombaknya

    melambai-lambai itu, tiba-tiba di hadapanku sudah ada istana yang pintunya sepertiperak. Kubuka pintunya rupanya di dalam ada bilik-bilik dan beberapa ruang tamu yang

    lengkap dengan perhiasan. Di dalam istana itu juga ada beberapa buah peti yang dihiasi

    dengan permata. Aku buka salah satu peti itu. Aku dekati peti itu kemudian terasalahsemerbak yang cukup harum. Aku buka perlahan-lahan, rupanya di dalam ada mayat

    yang masih segar seperti orang tidur. Aku tutup semula peti itu kemudian aku keluar dari

    istana itu.

    Sebaik sahaja turun dari tangga istana, aku berjumpa dengan dua orang pemuda kacakdan nampak ramah.Mereka bertanya siapa aku dan aku pun memberikan butir-butir peribadiku. Mereka

    berkata: Pergilah ke pohon sana. Di bawah pohon itu ada taman yang indah. Dan di situ

    nanti ada orang tua yang sedang mengerjakan solat. Dia itu baik orangnya. Ceritakan

    dirimu dan keadaanmu kepadanya kemudian nanti dia akan menunjukkan jalankepadamu.

    Aku pun pergi ke pohon yang mereka tunjukkan itu. Memang benar, di bawahnya adaseorang lelaki tua sedang duduk berzikir. Aku ucapkan salam kepadanya kemudian dia

    pun menjawabnya. Dia tanya siapa diriku kemudian aku pun menerangkannya. Dia tanya

    mengapa aku sampai di tempat itu kemudian aku ceritakan semuanya. Lelaki itu terdiamsejenak merenungkannya. Dia tanya mengapa aku sampai di tempat itu kemudian aku

    ceritakan semuanya.

    Lelaki itu terdiam sejenak merenungkan perjalananku dan macam-macam yang aku lihat

    sebelumnya. Dia tanya lagi di mana kampungku kemudian aku ceritakan. Kemudian

    lelaki itu berkata: Kalau begitu duduklah dahulu.

  • 8/14/2019 Kisah Nabi Khidir Dalam Kitab Imam Ibnu Hajar Asqalaniy

    8/19

    Aku duduk sahaja memperhatikan lelaki itu. Tidak lama kemudian datanglah tumpukan

    awan mendekati beliau.

    Anehnya awan itu sanggup berkata seperti manusia dengan ucapan: Assalamu Alaikumya wali Allah. Beliau menjawab salam awan itu kemudian awan itu pun berhenti di

    hadapan beliau.

    Beliau bertanya kepada awan itu: Ke mana engkau mahu pergi?Awan itu menjawab:

    Aku mahu pergi ke kampung ini dan kampung ini. Kemudian awan itu pun pergi

    seperti ditiup angin. Datang lagi awan-awan yang lain dan kesemuanya berhenti di depanbeliau. Beliau bertanya lagi kepada awan yang datang kemudian: Ke mana engkau mau

    pergi? Awan itu menjawab: Saya mahu pergi ke Basrah. Beliau berkata: Kalau

    begitu turun dahulu. Awan itu turun dan berhenti di hadapan beliau. Beliau berkata:

    Bawa orang ini ke depan rumahnya dengan selamat.

    Nampaknya awan itu sudah siap untuk mengangkut saya. Sebelum berangkat, saya

    bertanya kepada orang tua itu:Demi Tuhan yang telah memuliakan engkau, tolongceritakan kepadaku apa itu istana tadi, siapa dua orang pemuda itu dan siapa engkau.

    Orang tua itu berkata: Istana yang engkau lihat tadi adalah tempat para syuhada yang

    gugur di laut. Orang-orang yang mati syahid di laut telah diangkut oleh malaikat. Mayat

    para syuhada itu mereka masukkan ke dalam peti yang dihiasi dengan emas dan permata,disembur dengan wangi-wangian dan mereka masukkan (simpan) di dalam istana seperti

    yang engkau lihat tadi. Dua orang pemuda tampan yang engkau jumpai tadi adalah

    malaikat yang disuruh Allah untuk menguruskan mereka pada waktu pagi dan petang.

    Sedangkan aku ini adalah Khidir. Aku dahulu ada memohon kepada Allah supayamengumpulkan atau menggabungkan aku dengan umat nabi kamu Muhammad SAW.

    Lelaki yang dibawa awan dan datang menjumpai Hasan Basri itu berkata lagi: Sewaktu

    terbang bersama awan, aku terperanjat kerana melihat sesuatu yang mengejutkan. Dan

    itulah sebabnya mataku seperti yang engkau lihat ini.

    Mendengar yang demikian Hasan Basri berkata: Sungguh mengagumkan pengalaman

    hidupmu.

    Menurut satu riwayat, Raja Sulaiman bin Abdul Malik telah menyuruh menterinya

    menangkap seorang lelaki yang sangat dikehendaki untuk dibunuh. Sebaik sahajamengetahui perintah raja itu, lelaki yang dicari tadi segera melarikan diri. Lelaki itu lari

    ke kampung lain. Di kampung itu dia mendengar berita hangat bahawa orang bernama ini

    disuruh tangkap untuk dibunuh. Dia semakin ketakutan kemudian lari lagi ke kampunglain. Di kampung itu pun rupanya sudah gempar berita itu yang menyebabkan dia lari lagi

    ke kampung lain. Begitulah yang dia dengar setiap pergi ke satu kampung. Akhirnya dia

    terfikir untuk lari ke negeri di luar kekuasaan Sulaiman bin Abdul Malik.

  • 8/14/2019 Kisah Nabi Khidir Dalam Kitab Imam Ibnu Hajar Asqalaniy

    9/19

    Sekarang dia sudah sampai di satu padang pasir yang amat luas, yakni di tempat itu tidak

    ada pokok yang tumbuh, tidak ada air dan makanan apapun, bahkan nampaknya tempatitu adalah tanah yang tidak pernah diinjak oleh manusia.

    Di situ dia melihat seorang lelaki tengah mengerjakan solat. Dia pandang di sekeliling

    orang yang solat itu, ternyata tidak ada tunggangan, tidak ada bekalan dan sebagainya.Dia begitu hairan melihat lelaki itu mengapa berada seorang diri di tempat itu. Dia inginmendekati lelaki itu tetapi tidak jadi kerana ketakutan. Hatinya bertanya: Ini manusia

    atau jin ini. Dia beranikan dirinya untuk mendekati lelaki itu. Kemudian lelaki itu

    memandang ke arahnya dan berkata: Barangkali Sulaiman bin Abdul Malik yang

    membuatmu ketakutan sehingga tersesat ke tempat ini. Dia berkata: Betul tuan. Lelakiitu berkata: Mengapa tidak engkau buat pendinding dirimu? Dia bertanya: Pendinding

    apa maksudnya? Lelaki itu berkata: Bacalah zikir seperti ini (yang maksudnya):

    Maha Suci (Tuhan) Yang Maha Esa yang tidak ada Tuhan selain-Nya.

    Maha Suci (Tuhan) Yang Maha terdahulu dan tidak ada yang menjadikan-Nya.

    Maha Suci (Tuhan) Yang Maha Kekal dan tidak akan binasa.

    Maha Suci (Tuhan) Yang Dia setiap hari dalam kesibukan.Maha Suci (Tuhan) Yang Maha Menghidupkan dan Maha Mematikan.

    Maha Suci (Tuhan) yang telah menciptakan apa yang dilihat dan tidak kelihatan.Maha Suci (Tuhan) yang mengajari segala sesuatu tanpa pengajaran secara langsung.

    Dalam zikir di atas ada dinyatakan bahawa Allah setiap hari atau waktu berada dalam

    kesibukan. Ini sebenarnya ada ditemui di dalam Quran, iaitu ayat yang mengatakan:

    Setiap waktu Dia (Allah) dalam kesibukan.

    (Al-Rahman: 29)

    Maksudnya Allah SWT sentiasa dalam keadaan menciptakan, menghidupkan,mematikan, memelihara, memberi rezeki kepada semua makhluk dan sebagainya. Orangitu berkata: Bacalah zikir ini. Lelaki itu berkata: Maka saya pun menghafal zikir itu

    dan membacanya. Tiba-tiba lelaki itu sudah menghilang dan tidak nampak lagi. Tetapi

    berkat amalan itu, perasaan takut sudah hilang dari diriku. Aku sudah bermaksud pulangke kampungku menjumpai keluargaku, bahkan aku ingin pergi menjumpai Sulaiman bin

    Abdul Malik.

    Pada suatu hari, yang mana rakyat jelata dibolehkan berjumpa dengannya, saya pun

    masuk ke istananya. Sebaik sahaja saya masuk ke ruang tamunya, dia memandangiku

    seakan ada sesuatu yang ingin dikatakannya. Dia mendekati aku kemudian berkata:

    Engkau telah menyihir aku. Saya jawab dengan tenang: Wahai Amirul Mukminin,

    saya tidak ada mengguna-guna tuan. Saya tidak pernah belajar ilmu sihir dan saya tidak

    ada menyihir tuan.

    Sulaiman bin Abdul Malik menerangkan apa yang ada dalam hatinya secara jujur: Dulu

    aku begitu marah melihat engkau. Aku sudah bertekad akan membunuh engkau. Rasanyakerajaanku ini tidak sempurna kalau tidak membunuh engkau. Tetapi setelah melihat

    wajahmu tadi, aku begitu sayang kepada engkau. Sekarang ceritakan secara jujur apa

  • 8/14/2019 Kisah Nabi Khidir Dalam Kitab Imam Ibnu Hajar Asqalaniy

    10/19

    yang engkau amalkan itu. Dia pun menyebutkan zikir tadi. Mendengar yang demikian

    Sulaiman bin Abdul Malik berkata: Demi Allah Khidirlah yang mengajarkan amalan itukepadamu. Akhirnya raja memaafkan segala kesalahannya dan menyayanginya.

    ^ Kembali ke atas ^

    Amalan yang paling disukai Allah

    Dari Raja, beliau berkata: Pernah pada suatu hari ketika saya berada di samping

    Sulaiman bin Abdul Malik, tiba-tiba datang seorang lelaki tampan. Lelaki itu memberisalam kemudian kami jawab. Kemudian dia berkata: Wahai Raja, sesungguhnya telah

    diuji keimananmu ketika engkau dekat dengan lelaki ini (Raja Sulaiman). Kalau engkau

    dekat dengan dia, maka engkau akan celaka. Wahai Raja, engkau mesti sentiasa berbuatbaik dan menolong orang-orang lemah. Ketahuilah wahai Raja, sesiapa yang mempunyai

    kedudukan di kerajaan sultan, lalu dia mengangkat hajat orang-orang lemah yang mereka

    tidak sanggup menyampaikannya, maka orang yang mengangkat atau menyampaikan itu

    akan menjumpai Allah pada hari kiamat dalam keadaan kedua tumitnya tetap ketikaberhisab. Ketahuilah wahai Raja bahawa sesiapa yang menunaikan hajat saudaranya

    sesama muslim maka Allah akan menunaikan hajatnya. Dan ketahuilah wahai Rajabahawa amalan yang paling disukai Allah ialah amalan menyenangkan hati orang

    mukmin.

    Setelah memberikan pengajaran yang bernas itu, tiba-tiba lelaki itu sudah menghilang.

    Ramai yang berpendapat bahawa yang datang memberikan pengajaran itu ialah Nabi

    Khidir.

    Masab bin Thabit bin Abdullah bin Zubair adalah seorang yang rajin beribadat. Dia

    selalu berpuasa dan mengerjakan solat tidak kurang dari seribu rakaat sehari semalam.Dia ada berkata: Pernah ketika aku berada di dalam masjid sedangkan orang semuanya

    sudah pulang, ke rumah masing-masing, tiba-tiba datang seorang lelaki yang tidak saya

    kenal. Lelaki itu menyandarkan badannya ke dinding masjid sambil berkata: Ya Allah,sesungguhnya Engkau tahu bahawa aku berpuasa sejak kelmarin. Sampai sekarang pun

    aku masih berpuasa. Aku tidak mendapatkan makanan dan minuman dan aku

    menginginkan al-Tharid (nama makanan). Berikanlah kepadaku ya Allah makanan dari

    sisi Engkau.

    Tiba-tiba saya melihat seorang pelayan datang membawa hidangan. Pelayan itunampaknya tidak seperti orang biasa. Orangnya tampan, bersih dan pakaiannya kemas.

    Dia berjalan ke arah lelaki yang berdoa tadi sambil meletakkan hidangan itu di

    hadapannya. Lelaki itu pun membetulkan duduknya menghadap hidangan itu. Sebelum

    mencicipi makanan itu dia memandang saya dan mengajak saya supaya ikut makanbersamanya. Hatiku berkata: Syukur dia mengajak saya makan bersama. Ketika itu

    saya yakin makanan itu didatangkan dari syurga sehingga saya pun ingin betul mencuba.

    Baru sedikit saya cuba tahulah saya bahawa makanan itu bukan makanan yang biasa didunia ini.

    http://www.darulnuman.com/mkisah/kisah024.html#top
  • 8/14/2019 Kisah Nabi Khidir Dalam Kitab Imam Ibnu Hajar Asqalaniy

    11/19

  • 8/14/2019 Kisah Nabi Khidir Dalam Kitab Imam Ibnu Hajar Asqalaniy

    12/19

    mengatur hujan dan mereka yang menolong untuk mengalahkan musuh Allah, bahkan di

    tangan mereka berdirinya dunia ini, dia matikan mereka semua supaya dunia ini punhancur. Ini menurut satu pendapat sangat tidak sahih.

    ^ Kembali ke atas ^

    Nabi Khidir mengubati dengan Asmaul Husna

    Berkata Abul Hasan bin Al-Munadi: Bercerita kepada kami Ahmad bin Mulaib, dari

    Yahya bin Said, dari Abu Jakfar Al-Kufi, dari Abu Umar Al-Nasibiy, berkata: Aku pergimencari Maslamah bin Masqalah di Syam. Ramai yang mengatakan Maslamah termasuk

    wali Allah juga. Setelah berusaha mencarinya, saya menjumpainya di salah satu lembah

    di Jordan.

    Beliau berkata kepadaku: Mahukah engkau kuceritakan kepadamu tentang apa yangkulihat tadi di lembah bukit ini? Kujawab: Tentu aku ingin mendengarnya. Beliau

    berkata:Ketika saya datang tadi ke lembah ini, saya melihat seorang syekh yang sedangmengerjakan solat di bawah pokok itu. Besar kemungkinan lelaki itu adalah Nabi Ilyas.

    Aku berjalan mendekatinya kemudian memberi salam kepadanya sekalipun dia sedangmengerjakan solat. Saya lihat dia rukuk, kemudian iktidal, dan kemudian sujud.Selesai

    solat dia memandang ke arah suaraku datang kemudian menjawab salamku setelah

    melihat aku berdiri di situ.

    Aku tanya dia: Siapakah engkau wahai orang yang dirahmati Allah. Dia menjawab :

    Aku adalah Ilyas Al-Nabi.

    Aku begitu gugup mendengar kata-katanya itu.Dia datang mendekati aku. Dia letakkan

    tangannya di dadaku sehingga aku merasakan kesejukan tangannya.

    Aku berkata kepadanya: Wahai nabi Allah, doakanlah supaya Allah menghilangkanpenyakitku ini. Kemudian beliau pun berdoa dengan menggunakan nama Allah, lima di

    antaranya dalam bahasa Arab dan tiga lagi dalam bahasa Siryani. Beliau membaca: Ya

    Wahid, Ya Ahad, Ya Somad, Ya Fardun, Ya Witrun. Beliau menyebut tiga potong

    perkataan lagi yang saya sendiri tidak tahu maknanya. Kemudian beliau menariktanganku sambil mendudukkan aku.Ketika itu rasanya penyakitku sudah hilang.

    Aku bertanya kepadanya: Wahai nabi Allah, Bagaimana pendapatmu tentang orang ini

    (saya sebutkan Mirwan bin Muhammad), yang ketika itu menahan beberapa orang ulama.

    Beliau berkata:

    Bagaimana hubungan kamu ?

    Aku menjawab

    Wahai nabi Allah kalauaku berjumpa dengannya dia berpaling. Dia tidak memberi sebarang komen.

    Aku bertanya lagi: Wahai nabi Allah,apakah sekarang ini masih ada di dunia ini Al-

    Abdal. (wali-wali Allah)?Beliau menjawab:Ada Mereka semua ada sebanyak 60 orang.

    50 orang di kawasan Mesir sampai pantai Furat, 3 orang di Masisah, 1 orang di Antokiahdan yang lainnya di daerah Arab lainnya.

    http://www.darulnuman.com/mkisah/kisah024.html#top
  • 8/14/2019 Kisah Nabi Khidir Dalam Kitab Imam Ibnu Hajar Asqalaniy

    13/19

    Aku bertanya lagi:Wahai nabi Allah, Apakah tuan ada berjumpa dengan nabi Khidir?

    Beliau menjawab Ya setiap musim haji kami berjumpa di Mina. Aku bertanya: Apayang kamu lakukan jika berjumpa? Beliau menjawab: Aku mengambil rambutnya dan

    dia pun mengambil rambutku.

    Aku berkata kepadanya:Wahai nabi Allah. sebenarnya saya ini adalah orang yang hidupsebatang kara, tidak mempunyai isteri dan anak. Kalau tuan bersetuju biarlah saya ikut

    bersama tuan ke mana sahaja tuan pergi. Beliau menjawab: Engkau tidak sanggup

    berteman denganku.

    Ketika bercerita dengan beliau tiba-tiba aku melihat satu hidangan makanan keluar dari

    akar pohon itu kemudian diletakkan di hadapan beliau. Sementara orang yang

    mengangkatnya tidak kelihatan. Dalam hidangan itu ada tiga ketul roti. Beliau sudah

    menghulurkan tangannya untuk makan makanan itu. Tetapi tiba-tiba beliau belum jadimemakannya dan beliau mengajak aku supaya sama-sama makan.

    Saya duduk di sebelah beliau, kemudian beliau berkata kepadaku:Mulailah denganBismillah dan ambilah dari yang terdekat kepadamu Kami pun memakannya bersama-

    sama. Selepas makan saya lihat jelas dulang itu diangkat lagi tetapi tidak kelihatan orangyang mengangkatnya. Kemudian didatangkan lagi kepada beliau minuman tetapi tidak

    kelihatan orang yang membawanya. Beliau membagi dua minuman itu, separuh beliau

    minum dan separuh lagi beliau serahkan kepadaku. Saya cuba minuman itu, oh rasanya

    cukup lazat. Minuman itu lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu.Selesai minum saya letakkan tempatnya. Tiba-tiba saya lihat terangkat lagi tetapi tidak

    tahu siapa mengangkatnya.

    Kemudian beliau memandang ke bawah (tempat yang lebih rendah lagi), rupanya di situ

    sudah ada binatang menunggu yang lengkap dengan tempat duduknya. Binatang itu lebihbesar dari keldai dan tidak sampai sebesar baghal. Beliau berjalan ke arah tunggangan itu.Aku kejar beliau dan aku minta supaya ikut bersamanya. Tetapi beliau berkata:

    Bukankah sudah aku katakan bahawa engkau tidak sanggup mengikuti perjalananku?

    Saya merasa kecewa dan hanya mampu berkata: Kalau begitu bagaimana caranyasupaya saya berjumpa lagi dengan tuan? Beliau menjawab: Kalau betul-betul ingin

    berjumpa denganku, kita akan berjumpa lagi nanti. Tambah beliau lagi: Semoga

    engkau dapat menjumpai aku lagi nanti pada bulan Ramadhan di Baitul Maqdis dalam

    keadaan iktikaf. Beliau pergi ke bawah pohon dan aku ikuti dari belakang tetapi tiba-tibabeliau menghilang.

    ^ Kembali ke atas ^

    Dipetik Dari Buku: Kisah Nabi Khidir a.s.Pengarang: Al-Hafiz Ibnu Hajar al Asqalaniy.

    http://www.darulnuman.com/buku/07/169.htmhttp://www.darulnuman.com/mkisah/kisah024.html#top
  • 8/14/2019 Kisah Nabi Khidir Dalam Kitab Imam Ibnu Hajar Asqalaniy

    14/19

    ________________________________________________________________________

    _________

    Kisah Nabi Khidr Dan Iskandar dzulkarnain

    DI SEBALIK KISAH RAJA ISKANDAR DZUL QARNAINMASUK KE TEMPAT GELAP

    Pada saat Raja Iskandar Dzul Qarnain pada tahun 322 S. M. berjalan di atasbumi menuju ke tepi bumi*, Allah mewakilkan seorang malaikat yangbernama Rofa'il untuk mendampingi Raja Iskandar Dzul Qarnain. Di tengahperjalanan mereka berbincang-bincang, Raja Iskandar Dzul Qarnain berkatakepada malaikat Rofa'il: "Wahai malaikat Rofa'il ceritakan kepadakutentang ibadah para malaikat di langit", malaikat Rofa'il berkata, "Ibadahpara mailaikat di langit di antaranya ada yang berdiri tidak mengangkatkepalanya selama-lamanya, dan ada pula yang rukuk tidak mengangkatkepala selama-lamanya".

    http://1.bp.blogspot.com/_mPpjS-yJlsc/SOyHXp60xTI/AAAAAAAAAd4/CuZIplPNuZc/s1600-h/royo_bestof_023.jpghttp://1.bp.blogspot.com/_mPpjS-yJlsc/SOyF1XyB3NI/AAAAAAAAAdQ/oL3kJvQ7ZO8/s1600-h/basmalahmaghribi.gif
  • 8/14/2019 Kisah Nabi Khidir Dalam Kitab Imam Ibnu Hajar Asqalaniy

    15/19

    Kemudian raja berkata, "Alanglah senangnya seandainya aku hidup bertahun-tahun dalam beribadah kepada Allah".

    Lalu malaikat Rofa'il berkata, "Sesungguhnya Allah telah menciptakan sumberair bumi, namanya 'Ainul Hayat' yang bererti, sumber air hidup. Maka barang

    siapa yang meminumnya seteguk, maka tidak akan mati sampai hari kiamat atausehingga ia mohon kepada Allah agar supaya dimatikan".

    Kemudianya raja bertanya kepada malaikat Rofa'il, "Apakah kau tahu tempat"Ainun Hayat itu?". mailaikat Rofa'il menjawab, "Bahwa sesungguhnya AinunHayat itu berada di bumi yang gelap".

    Setelah raja mendengar keterangan dari malaikat Rofa'il tentang Ainul hayat,maka raja segera mengumpulkan 'Alim Ulama' pada zaman itu, dan rajabertanya kepada mereka tentang Ainul Hayat itu tetapi mereka menjawab, "Kitatidak tahu khabranya, namun seoarng yang alim di antara mereka menjawab,

    "Sesungguhnya aku pernah membaca di dalam wasiat nabi Adam As, beliauberkata bahwa sesungguhnya Allah meletakkan Ainul Hayat di bumi yang gelap".

    "Di manakah tempat bumi gelap itu?"tanya raja. Seorang yang alimmenjawab, "Di tempat keluarnya matahari".

    Kemudian raja bersiap-siap untuk mendatangi tempat itu, lalu raja bertanyakepada sahabatnya. "Kuda apa yang sangat tajam penglihatannya di waktugelap?". Para sahabat menjawab, "Kuda betina yang perawan".

    Kemudian raja mengumpulkan 1000 ekor kuda betina yang perawan-perawan,lalu raja memilih-milih di antara tenteranya yang seramai 6000 orang dipilih yangcendikiawan dan yang ahli mencambuk.

    http://2.bp.blogspot.com/_mPpjS-yJlsc/SOyHlXZWeoI/AAAAAAAAAeA/3qBgipxtvIc/s1600-h/LR_SearchForTheLostHeroes.jpg
  • 8/14/2019 Kisah Nabi Khidir Dalam Kitab Imam Ibnu Hajar Asqalaniy

    16/19

    Di antara mereka adalah Nabi Khidir As, bahkan beliau menjabat sebagaiPerdana Menteri.

    Kemudian berjalanlah mereka dan Nabi Khidir berjalan di depan pasukannya danmereka jumpai dalam perjalanan, bahwa tempat keluarnya matahari itu tepat

    pada arah kiblat.

    Kemudian mereka tidak berhenti-henti menempuh perjalanan dalam waktu 12tahun, sehingga sampai ditepi bumi yang gelap itu, ternyata gelapnya itumemancar seperti asap, bukan seperti gelapnya waktu malam.

    Kemudian seorang yang sangat cendikiawan mencegah Raja masuk ke tempatgelap itu dan tentara-tentaranya berkata kepada raja."Wahai Raja,sesungguhnya raja-raja yang terdahulu tidak ada yang masuk tempat yang gelapini karena tempat yang gelap ini berbahaya." Lalu Raja berkata: " Kita harusmemasukinya, tidak boleh tidak."

    Kemudian ketika Raja hendak masuk, maka meraka semua membiarkannya.Kemudian Raja berkata kepada pasukannya: " Diamlah, tunggulah kalianditempat ini selama 12 tahun, jika aku bisa datang pada kalian dalam masa 12tahun itu, maka kedatanganku dan menunggu kalian termasuk baik, dan jika akutidak datang sampai 12 tahun, maka pulanglah kembali ke negeri kalian".Kemudian raja bertanya kepada Malaikat Rofa'il: " Apabila kita melewati tempatyang gelap ini, apakah kita dapat melihat kawan-kawan kita?". "Tidak bisakelihatan",jawab malaikat Rofa'il," akan tetapi aku memberimu sebuah merjanatau mutiara, jika merjan itu ke atas bumi, maka mutiara tersebut dapat menjeritdengan suara yang keras, dengan demikian maka kawan-kawan kalian yang

    tersesat jalan dapat kembali kepada kalian."

    Kemudian Raja Iskandar Dzul Qurnain masuk ke tempat yang gelap itu bersamasekelompok pasukannya, mereka berjalan di tempat yang gelap itu selama 18hari tidak pernah melihat matahari dan bulan, tidak pernah melihat malam dansiang, tidak pernah melihat burung dan binatang liar, sedangkan raja berjalandengan didampingi oleh Nabi Khidlir As.

    http://1.bp.blogspot.com/_mPpjS-yJlsc/SOyH1gPEGfI/AAAAAAAAAeI/e0K34miotk8/s1600-h/royo_bestof_008.jpg
  • 8/14/2019 Kisah Nabi Khidir Dalam Kitab Imam Ibnu Hajar Asqalaniy

    17/19

    Di saat mereka berjalan, maka Allah memberi wahyu keapda Nabi KhidlirAs," Bahwa sesungguhnya Ainul Hayat itu berada di sebelah kanan jurangdan Ainul Hayat ini Aku khususkan untuk kamu".

    Setelah Nabi Khidlir menerima wahyu tersebut, kemudian beliau berkata kepada

    sahabat-sahabatnya: "Berhentilah kalian di tempat kalian masing-masing danjanganlah kalian meninggalkan tempat kalian sehingga aku datang kepadakalian."

    Kemudian beliau berjalan menuju kesebelah kanan jurang, maka dapatilah olehbeliau sebuah Ainul Hayat yang dicarinya itu. Kemudian Nabi Khidlir As turundari kudanya dan beliau langsung melepas pakaiannya dan turun ke "AinulHayat" (sumber air hidup) tersebut, dan beliau terus mandi dan minum sumberair hidup tersebut, maka dirasakan oleh beliau airnya lebih manis daripadamadu.

    Setelah beliau mandi dan minum Ainul hayat tersebut, kemudian beliau keluardari tempat Ainul Hayat itu terus menemui Raja Iskandar Dzulkarnain,sedangkan raja tidak tahu apa yang sedang terjadi pada Nabi Khidlir As. tentangmelihat Ainul Hayat dan mandi.

    (Menurut riwayat yang diceritakan oleh Wahab bin Munabbah), dia berkata,bahwa Nabi Khidlir As. adalah anak dari bibi Raja Iskandar Dzul Qarnain. Danraja Iskandar Dzulkarnain keliling di dalam tempat yang gelap itu selama 40 hari,tiba-tiba tampak oleh Raja sinar seperti kilat, maka terlihat oleh Raja bumi yangberpasir merah dan terdengar oleh raja suara gemercik di bawah kaki kuda,kemudian Raja bertanya kepada Malaikat Rofa'il: "Gemercik ini adalah suara

    http://1.bp.blogspot.com/_mPpjS-yJlsc/SOyH_RlNL2I/AAAAAAAAAeQ/GDOflY25v4Y/s1600-h/LR_ThreadsOfDesire.jpg
  • 8/14/2019 Kisah Nabi Khidir Dalam Kitab Imam Ibnu Hajar Asqalaniy

    18/19

    benda apabila seseorang mengambilnya, niscaya ia akan menyesal danapabila tidak mengambilnya, niscaya ia akan menyesal juga."

    Kemudian di antara pasukan ada yang membawanya namun sedikit, setelahmereka keluar dari tempat yang gelap itu, ternyata bahwa benda tersebut adalah

    yakut yang berwarna merah dan jamberut yang berwarna hijau, makamenyesallah pasukan yang mengambil itu karena mengambilnya hanya sedikit,demikianlah pula pasukan yang tidak mengambilnya, bahkan lebih menyesal.

    Diriwayatkan oleh Ats-tsa ' Labi dari Iman Ali Rodliayllohu ' anhu.

    1. Cerita ini dikutib dari kitab "Baidai'iz karangan Syeikh Muhammad bin Ahmad bin Iyas halaman166 - 168Penerbit: Usaha Keluarga s Semarang

    11. Cerita dari Kitab Nuzhatul MajalisKarangan Syeikh Abdul Rohman Ash-Shafuri

    Penerbit Darul Fikri BairutHalaman 257 - 258.

    SIAPA NABI KHIDIR?

    1. Khidir adalah seorang anak cucu Nabi Adam yang taat beribadah kepadaAllah dan ditangguhkan ajalnya. (Kitab Al Ifrad karya Daruquthani dan Ibnu

    Asakir riwayat Ibnu Abbas.

    2. Ibu Khidir berasal dari Romowi sedangkan bapaknya keturunan bangsa Parsi.(Fathul Bari juz v1, halaman 310, Al Bidayah Wan Nihayah juz 1 hal 326 RuhulMa'ani juz xv hal 319).

    3. Kata Al Alusi, "Aku tidak membenarkan semua sumber yang menyatakantentang riwayat asal-usul Khidir. Tetapi An Nawawi menyebutkan bahawa Khidiradalah putera raja". (Fathul Bari juz v1 hal 390.

    4. Riwayat lain mengisahkan bahawa Khidir itu anak Firaun. Wallahu a'lam

    bisshowab. (Tahdziebul Asma Wal Lughaat, juz 1 hal 177).

    HIDUP ATAU MATI?

    1. Kalangan Ulama beranggapan bahawa Khidir masih hidup. Pendapat ini tidakditentang oleh kaum sufi dan ahli makrifat. Mereka sering berbincang tentangpengalaman bertemu, bercakap-cakap dengannya.

  • 8/14/2019 Kisah Nabi Khidir Dalam Kitab Imam Ibnu Hajar Asqalaniy

    19/19

    2. Banyak Ulama yang menpunyai dalil bukti tentang hidupnya Khidir sampaisekarang. (Syareah Muhaddzab An Nawawi juz v hal 305).

    3. Abu Ishaq At Tsa'alibi berkata, "Bahawa Khidir tidak akan mati sampai akhirzaman nanti". (Tahdzibul Asma' Wal Lughat juz 1 hal 177, Fathul Bari juz v1 hal

    310).

    4. Ibrahim Al Harbi ditanya tentang hidupnya Khidir lalu menjawab,"Barangsiapa yang berkata mustahil terhadap masalah yang tidakdiketahuinya, maka ia adalah syaitan yang berwujud manusia". (RahulMa'ani juz xv hal 320).

    Dari buku KHIDLIR - Nabi atau Wali? Hidup atau Mati?Dialog dengan Nabi Hkidir

    Karya KH JAMALUDDIN KAFIE

    Penerbit PT. GAROEDA BUANA INDAH - INDONESIA.

    Gambar/ilustrasi sekadar hiasan.

    Photo/illustration for display purposes.

    http://sheikhmustafakamal.blogspot.com/2008/10/kisah-raja-iskandar-dzul-qarnain-masuk.html

    http://salafytobat.wordpress.com

    http://salafytobat.wordpress.com/http://sheikhmustafakamal.blogspot.com/2008/10/kisah-raja-iskandar-dzul-qarnain-masuk.htmlhttp://sheikhmustafakamal.blogspot.com/2008/10/kisah-raja-iskandar-dzul-qarnain-masuk.html