kisah musa dan khidir

19
Pengajaran untuk pada duat dari kisah Nabi Musa dan Khidir 1 MUQADDIMAH لعالمين رب ا الحمد. ى آلهمرسلين ، وعلء والنبيام على أشرف اة والس والص وصحبه أجمعين. أما بعد... Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum … Setinggi syukur dipanjatkan ke hadrat Allah swt. Semoga kita semua berada di dalam limpahan rahmat dan kasih saying-Nya. Al-Quran Al-Karim yang diturunkan oleh Allah swt kepada baginda saw, mencakupi beberapa aspek untuk dipraktikkan di dalam kehidupan seharian. Antaranya adalah kisah-kisah yang terdapat di dalamnya. Ia sepatutnya diperhati dan diambil iktibar daripada kisah-kisah tersebut. Khususnya, kita sebagai duat sepatutnya menjadikan kisah-kisah para nabi sebagai teladan kerana mereka adalah ketua bagi para duat. Antara kisah yang dapat dipetik adalah kisah antara Nabi Musa dan Khidir. Kisah ini telah dirakamkan oleh Allah di dalam Surah Al-Kahfi : 60-82. RINGKASAN CERITA Imam Bukhari ada meriwayat sebuah hadis berkenaan kisah ini. Secara ringkasnya . . . Pada suatu hari, beliau telah ditanya : “Siapakah manusia yang paling pandai ?”. Maka dia pun menjawab : “Aku”, lalu Allah swt pun mewahyukan kepada Nabi Musa bahawa “Aku (Allah) mempunyai seorang hamba (Khidir) yang tinggal di pertemuan dua sungai. Dia lebih pandai daripada engkau”. Dan dipendekkan cerita, bertemulah baginda dengan Khidir tersebut. Ana yakin, antum semua sudah maklum dengan cerita ini. Ataupun, bolehlah membaca terjemahan Surah Al-Kahfi : 60-82. 1 Al-Mustafad min Qisasul Quran oleh Dr. Abdul Karim Zaidan.

Upload: syihabudin-ahmad

Post on 18-Jun-2015

469 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

pengajaran kepada para duat mengenai kisah nabi isa dan nabi khdir

TRANSCRIPT

Page 1: kisah musa dan khidir

Pengajaran untuk pada duat dari kisah Nabi Musa dan Khidir1

MUQADDIMAH

والصالة والسالم على أشرف األنبياء والمرسلين ، وعلى آله . الحمد هلل رب العالمين ...أما بعد . وصحبه أجمعين

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum …

Setinggi syukur dipanjatkan ke hadrat Allah swt. Semoga kita semua berada di dalam limpahan rahmat

dan kasih saying-Nya.

Al-Quran Al-Karim yang diturunkan oleh Allah swt kepada baginda saw, mencakupi beberapa aspek

untuk dipraktikkan di dalam kehidupan seharian. Antaranya adalah kisah-kisah yang terdapat di

dalamnya. Ia sepatutnya diperhati dan diambil iktibar daripada kisah-kisah tersebut.

Khususnya, kita sebagai duat sepatutnya menjadikan kisah-kisah para nabi sebagai teladan kerana

mereka adalah ketua bagi para duat. Antara kisah yang dapat dipetik adalah kisah antara Nabi Musa

dan Khidir. Kisah ini telah dirakamkan oleh Allah di dalam Surah Al-Kahfi : 60-82.

RINGKASAN CERITA

Imam Bukhari ada meriwayat sebuah hadis berkenaan kisah ini. Secara ringkasnya . . .

Pada suatu hari, beliau telah ditanya : “Siapakah manusia yang paling pandai ?”. Maka dia pun

menjawab : “Aku”, lalu Allah swt pun mewahyukan kepada Nabi Musa bahawa “Aku (Allah)

mempunyai seorang hamba (Khidir) yang tinggal di pertemuan dua sungai. Dia lebih pandai daripada

engkau”.

Dan dipendekkan cerita, bertemulah baginda dengan Khidir tersebut. Ana yakin, antum semua sudah

maklum dengan cerita ini. Ataupun, bolehlah membaca terjemahan Surah Al-Kahfi : 60-82.

1 Al-Mustafad min Qisasul Quran oleh Dr. Abdul Karim Zaidan.

Page 2: kisah musa dan khidir

60. Dan (Ingatlah) ketika Musa Berkata kepada muridnya2: "Aku tidak akan berhenti (berjalan)

sebelum sampai ke pertemuan dua buah lautan; atau Aku akan berjalan sampai bertahun-tahun".

61. Maka tatkala mereka sampai ke pertemuan dua buah laut itu, mereka lalai akan ikannya, lalu ikan

itu melompat mengambil jalannya ke laut itu.

62. Maka tatkala mereka berjalan lebih jauh, berkatalah Musa kepada muridnya: "Bawalah kemari

makanan kita; Sesungguhnya kita Telah merasa letih Karena perjalanan kita ini".

63. Muridnya menjawab: "Tahukah kamu tatkala kita mecari tempat berlindung di batu tadi, Maka

Sesungguhnya Aku lupa (menceritakan tentang) ikan itu dan tidak adalah yang melupakan Aku untuk

menceritakannya kecuali syaitan dan ikan itu mengambil jalannya ke laut dengan cara yang aneh

sekali".

64. Musa berkata: "Itulah (tempat) yang kita cari". lalu keduanya kembali, mengikuti jejak mereka

semula.

65. Lalu mereka bertemu dengan seorang hamba di antara hamba-hamba kami, yang Telah kami

berikan kepadanya rahmat dari sisi kami, dan yang Telah kami ajarkan kepadanya ilmu dari sisi Kami3

66. Musa Berkata kepada Khidhr: "Bolehkah Aku mengikutimu supaya kamu mengajarkan kepadaku

ilmu yang benar di antara ilmu-ilmu yang Telah diajarkan kepadamu?"

67. Dia menjawab: "Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sanggup sabar bersama Aku.

68. Dan bagaimana kamu dapat sabar atas sesuatu, yang kamu belum mempunyai pengetahuan yang

cukup tentang hal itu?"

69. Musa berkata: "Insya Allah kamu akan mendapati Aku sebagai orang yang sabar, dan Aku tidak

akan menentangmu dalam sesuatu urusanpun".

70. Dia berkata: "Jika kamu mengikutiku, Maka janganlah kamu menanyakan kepadaku tentang

sesuatu apapun, sampai Aku sendiri menerangkannya kepadamu".

2 menurut ahli tafsir, murid nabi Musa a.s. itu ialah Yusya 'bin Nun.

3 menurut ahli tafsir hamba di sini ialah Khidhr, dan yang dimaksud dengan rahmat di sini ialah wahyu

dan kenabian. sedang yang dimaksud dengan ilmu ialah ilmu tentang yang ghaib seperti yang akan

diterangkan dengan ayat-ayat berikut.

Page 3: kisah musa dan khidir

71. Maka berjalanlah keduanya, hingga tatkala keduanya menaiki perahu lalu Khidhr melobanginya.

Musa berkata: "Mengapa kamu melobangi perahu itu akibatnya kamu menenggelamkan

penumpangnya?" Sesungguhnya kamu Telah berbuat sesuatu kesalahan yang besar.

72. Dia (Khidhr) berkata: "Bukankah Aku Telah berkata: "Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan

sabar bersama dengan aku".

73. Musa berkata: "Janganlah kamu menghukum Aku Karena kelupaanku dan janganlah kamu

membebani Aku dengan sesuatu kesulitan dalam urusanku".

74. Maka berjalanlah keduanya; hingga tatkala keduanya berjumpa dengan seorang anak, Maka

Khidhr membunuhnya. Musa berkata: "Mengapa kamu membunuh jiwa yang bersih, bukan Karena dia

membunuh orang lain? Sesungguhnya kamu Telah melakukan suatu yang mungkar".

75. Khidhr berkata: "Bukankah sudah kukatakan kepadamu, bahwa Sesungguhnya kamu tidak akan

dapat sabar bersamaku?"

76. Musa berkata: "Jika Aku bertanya kepadamu tentang sesuatu sesudah (kali) ini, Maka janganlah

kamu memperbolehkan Aku menyertaimu, Sesungguhnya kamu sudah cukup memberikan uzur

padaku".

77. Maka keduanya berjalan; hingga tatkala keduanya sampai kepada penduduk suatu negeri, mereka

minta dijamu kepada penduduk negeri itu, tetapi penduduk negeri itu tidak mau menjamu mereka,

Kemudian keduanya mendapatkan dalam negeri itu dinding rumah yang hampir roboh, Maka Khidhr

menegakkan dinding itu. Musa berkata: "Jikalau kamu mau, niscaya kamu mengambil upah untuk itu".

78. Khidhr berkata: "Inilah perpisahan antara Aku dengan kamu; kelak akan kuberitahukan kepadamu

tujuan perbuatan-perbuatan yang kamu tidak dapat sabar terhadapnya.

79. Adapun bahtera itu adalah kepunyaan orang-orang miskin yang bekerja di laut, dan Aku bertujuan

merusakkan bahtera itu, Karena di hadapan mereka ada seorang raja yang merampas tiap-tiap

bahtera.

80. Dan adapun anak muda itu, Maka keduanya adalah orang-orang mukmin, dan kami khawatir

bahwa dia akan mendorong kedua orang tuanya itu kepada kesesatan dan kekafiran.

81. Dan kami menghendaki, supaya Tuhan mereka mengganti bagi mereka dengan anak lain yang

lebih baik kesuciannya dari anaknya itu dan lebih dalam kasih sayangnya (kepada ibu bapaknya).

Page 4: kisah musa dan khidir

82. Adapun dinding rumah adalah kepunyaan dua orang anak yatim di kota itu, dan di bawahnya ada

harta benda simpanan bagi mereka berdua, sedang ayahnya adalah seorang yang saleh, Maka

Tuhanmu menghendaki agar supaya mereka sampai kepada kedewasaannya dan mengeluarkan

simpanannya itu, sebagai rahmat dari Tuhanmu; dan bukanlah Aku melakukannya itu menurut

kemauanku sendiri. demikian itu adalah tujuan perbuatan-perbuatan yang kamu tidak dapat sabar

terhadapnya".

Baginda dilarang daripada bertanya tentang apa yang berlaku. Perkara-perkara ‘pelik’ yang dilakukan

oleh Khidir adalah :

i. Membocorkan perahu

ii. Membunuh seorang anak

iii. Membetulkan dinding rumah

Dan hikmah disebalik perbuatan Khidir tersebut, antum boleh baca dalam surah yang sama. Apa yang

ana ingin kongsi adalah pengajaran atau istifadah dari kisah tersebut.

KHIDIR ; NABI, RASUL ATAU WALI ?

Para ulamak mengatakan beliau adalah seorang nabi. Namun begitu, ada juga yang mengatakan dia

hanya seorang wali, bukan nabi .

Bahkan ada ulamak mengatakan Khidir adalah seorang malaikat. Menurut Ibnu Qutaibah, nama

sebenar beliau adalah Balya bin Malkan bin Farigh. Beliau dipanggil dengan Abu Abbas, dan digelar

dengan Khidir. Menurut Imam Nawawi, beliau adalah salah seorang daripada anak raja4. Wallahu’alam

. . .

Pendapat yang mengatakan dia adalah seorang nabi adalah lebih kuat. Ini berdasarkan firman Allah swt

di dalam surah Al-Kahfi, ayat 82 : “dan bukanlah aku melakukannya itu menurut kemahuanku sendiri”.

Iaitu , ‘dan aku tidak membocorkan sampan, membunuh budak tersebut dan membina dinding

melainkan Ilham dari Allah swt’5. Ilham tersebut adalah wahyu dari Allah swt, dan wahyu tidak turun

melainkan kepada nabi atau rasul.

4 Tafsir Ibnu Kathir .

5 Tafsir Jalalain oleh Imam As-Suyuti.

Page 5: kisah musa dan khidir

MASIH HIDUP ATAU SUDAH WAFAT?

Pendapat yang rajih mengatakan bahawa beliau sudah lama wafat. Sekiranya beliau masih hidup,

beliau wajib beriman kepada Nabi Muhammad saw dan menolong baginda (dalam berdakwah)6.

Bahkan di dalam sirah, para sahabat Rasulullah tidak pernah melihat Khidir. Malah Khidir tidak pernah

datang kepada Baginda saw .

ISTIFADAH (PENGAJARAN) DARI KISAH NABI MUSA & KHIDIR

1. Mempunyai keinginan untuk sentiasa mencari ilmu.

Sebagaimana yang kita tahu, sebab Nabi Musa pergi mencari Khidir adalah untuk mencari ilmu

iaitu ilmu yang tidak ada lagi pada dirinya. Walaupun dirinya adalah seorang nabi, bahkan dia

dikurniakan kelebihan berkata-kata terus dengan Allah swt dan juga diturunan kepadanya

Taurat yang mengandungi ilmu dan petunjuk yang banyak di dalamnya, dia masih tetap keluar

mencari ilmu.

Kesungguhan beliau dalam mencari ilmu terserlah apabila beliau bersungguh bertanya kepada

Allah swt, dimanakan dia dapat menemui khidir tersebut. Sebagai daie, kita sepatutnya

mempunyai keinginan dalam meningkatkan ilmu dan pengetahuan kita. Ini kerana tidak kira

siapa kita, sama ada raja, PM, pelajar terbaik dsb, ilmu dan pengetahuan kita masih kurang dan

tidak mencukupi. Perhatikanlah firman Allah :

85. . . . dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit"7

Allah swt juga berfirman kepada Rasulullah supaya berdoa kepadanya :

114. . . . dan Katakanlah: "Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan." 8

6 Qisasul Anbiya’ oleh Syeikh Hasan Ayyub.

7 Surah Al-Isra, ayat 85

8 Surah Taha, ayat 114

Page 6: kisah musa dan khidir

Apakah ilmu yang dituntut kita mencarinya?

Imam Ibnu Hajar Al-Asqolani mengatakan bahawa ilmu yang perlu kita cari adalah ilmu yang

berkaitan dengan syariat islam yang melibatkan agamanya seperti ibadah, muamalat, ilmu

tauhid, dsb . . .

Hakikatnya, sebagaimana yang kita tahu ilmu itu terbahagi kepada dua ; fardhu ‘ain (syariah)

dan fardhu kifayah. Kedua-duanya perlu kita cari dan pelajari. Ilmu syariah yang perlu dipelajari

adalah sebagaimana yang disebutkan oleh Imam Ibnu Hajar Al-Asqolani.

Manakala yang fardhu kifayah pula adalah semua ilmu yang bermanfaat dan diperlukan oleh

kaum muslimin dan manusia seluruhnya. Bilamana diperlukan sesuatu, ilmu tersebut boleh

digunakan. Antaranya adalah ilmu-ilmu yang muncul pada zaman ini seperti yang berkaitan

dengan perubatan, kimia, fizik, falak/astronomi dsb. Diharapkan dengan ilmu ini akan

menjadikan umat islam lebih kuat dan maju.

Bagi Dr. Yusuf Al-Qaradawi pula, ilmu yang sepatutnya dimiliki dan dicari bagi seorang daie adalah9:

i. Thaqafah Islamiyyah dan Ilmu Syarak ; seperti tafsir, hadis, fiqh, usul fiqh, aqidah, dan lain-lain

yang berkaitan dengannya.

Ini kerana, sebagai seorang muslim dia sepatutnya mengetahui dan mempelajarinya. Lebih-lebih lagi

sebagai daie, dia tidak akan terlepas dari ditanya berkenaan dengan agamanya.

Seorang daie itu mesti mengetahui : apakah islam yang diserunya? . . . Ilmu dan pengetahuan

tentangnya mestilah diyakini dengan mendalam, bukan hanya pada permukaan semata-mata. Oleh itu,

dia perlulah mengambil ilmu terebut daripada sumber yang sohih, jauh daripada penyimpangan dan

kefahaman orang yang jahil.

Sekiranya kita ditanya tentang islam, jawablah sebagaimana kata IHAB :

Islam adalah menyeluruh, mencakup semua bidang hidup; Islam adalah negara dan watan atau pemerintah dan ummat. Akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan. Pengetahuan dan undang-undang atau ilmu dan kehakiman. Kebendaan dan harta atau usaha dan kekayaan. Jihad dan dakwah atau tentera dan fikrah. Akidah yang benar dan ibadah yang sah10

9 Thaqafah Daieyyah oleh Dr. Yusuf Al-Qaradawi

10 Usul 1 daripada Usul ‘Isyrin oleh IHAB

Page 7: kisah musa dan khidir

Ataupun, jawab dengan hadis Rasulullah saw ketika baginda ditanya tentang islam oleh Jibrail (11):

هال ـااإل س )) وسلم اهللإل ـمالددا رال م ـ ال أالنس ال إللالـهال إل ال اهلل م والأالنال مم ال ـ المم أالنس ال سـس إل ال اللالكال ـ س ال اللال ـوال م إل تال إلنإل ـ ال السبال س ـانال وال ال م ـوسمال رالمال ال ـاةال وال اللم ـ الةال وال ـم

(( د ـهإل سالبإل س ـس طالعس ال إللال ـاسس ال Maksudnya : Islam itu adalah dengan engkau mengucapkan ‘aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang disembah melaikan Allah dan nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah’, membayar zakar, berpuasa dan menunaikan haji di Baitullah sekiranya mampu.(12)

Sama ada kita memilih takrif yang pertama atau kedua, kedua-duanya memerlukan kita mengetahui

ilmu syarak seperti di atas. Sama-samalah kita terus mempelajarinya agar dapat menjadi muslim yang

sempurna.

ii. Sejarah ;

Sejarah yang dimaksudkan di sini adalah sejarah islam. Namun tidak dilupakan juga sejarah

ketamadunan manusia. Melalui sejarah, kita dapat mengambil banyak iktibar. Perkara yang baik, kita

ambil sebagai teladan. Perkara buruk dijadikan sempadan. Firman Allah :

111. Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang

mempunyai akal.13

Dengan sejarah kita dapat mengetahui bagaimana meningkatnya sesebuah kaum, negara atau

tamadun dan bagaimana ia runtuh? Kita juga boleh mengkaji rahsia kejayaan islam mampu bertahan

begitu sejak baginda saw memulakan dakwah lebih seribu tahun yang lalu. Baginda hanya

menyediakan tapak dan membinanya dalam masa 23 tahun sahaja. Tetapi ia dapat bertahan lebih dari

1400 tahun. Berbanding dengan tamadun lain yang mengambil masa beratus-ratus tahun untuk dibina,

tetapi runtuh dalam masa yang begitu singkat.

11

Dr. Abdul Karim Zaidan telah memilih takrif ini selepas menyenaraikan beberapa takrif lain dalam kitabnya Usul Dakwah.

12 Hadis diriwayatkan oleh Imam Muslim

13 Surah Yusuf, ayat 111

Page 8: kisah musa dan khidir

Selain itu, kita juga perlu menyelidiki apakah sebab keruntuhan kerajaan islam pada tahun 1924.

Seterusnya mengelakkannya daripada berulang semula. Semoga sama-sama kita dapat membina

semula daulah islam yang telah tumbang. Amin . . .

iii. Sastera dan bahasa ;

Sastera dan bahasa yang dimaksudkan di sini adalah bahasa arab. Bahasa arab adalah bahasa Al-Quran

dan hadis. Al-Quran dan hadis adalah rujukan utama bagi orang islam. Oleh itu, sebagai orang islam

kita sepatutnya mempelajari Bahasa Arab supaya tidak memahami al-quran dan hadis semata-mata

dengan membaca terjemahan sahaja. Kemudian terus menghuraikanya. Sekiranya apa yang kita

huraikan betul, tidak mengapa. Bagaimana pula jika salah? Kita telah memberikan kefahaman yang

salah kepada madu’ kita.

IHAB sendiri ada berpesan di dalam 10 wasiatnya :

Berusahalah seberapa daya upaya untuk bertutur dalam Bahasa Arab yang betul; kerana Bahasa Arab yang betul (itu, adalah satu-satunya syiar Islam). Dengan Bahasa arab, kita dapat melihat betapa tinggi bahasa Al-Quran ini. Sebagai contoh, dalam membezakan antara Al-quran dan kitab-kitab samawi yang lain.

Berkenaan dengan Al-Quran, Allah swt berfirman :

174. Hai manusia, Sesungguhnya Telah datang kepadamu bukti kebenaran dari Tuhanmu. (Muhammad dengan mukjizatnya) dan Telah kami turunkan kepadamu cahaya yang terang benderang (Al Quran).14

157. . . . Maka orang-orang yang beriman kepadanya. memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al Quran), mereka Itulah orang-orang yang beruntung15

14 Surah An-Nisa’ : 174

15 Surah Al-‘Araf : 157

Page 9: kisah musa dan khidir

Berkenaan kitab Taurat pula :

44. Sesungguhnya kami Telah menurunkan Kitab Taurat di dalamnya (ada) petunjuk dan cahaya (yang menerangi)16

Seterusnya, kitab injil :

46. . . . dan kami Telah memberikan kepadanya Kitab Injil sedang didalamnya (ada) petunjuk dan dan cahaya (yang menerangi)17

Cuba kita perhatikan uslub bahasa yang digunakan di dalam ayat tersebut. Allah swt menyifatkan Al-Quran itu sendiri sebagai cahaya. Dan diantara ciri-ciri cahaya itu adalah jelas dan terang, disamping menerangi semua benda disekelilingnya.

Berbeza pula dengan kitab taurat dan injil, Allah tidak menyifatkannya sebagai cahaya, tetapi di dalamnya ada cahaya. Bukankah ini sudah menunjukkan perbezaan antara Al-Quran dan kitab samawi yang lain? 18Subhanallah . . . !!!

Ilmu tentang kemanusiaan ; seperti psikologi, sosiologi, ekonomi, falsafah, akhlak dan tarbiyyah.

Diantara sebab digalakkan mempelajari ilmu ini adalah kerana :

a. Perkara utama yang dibincangkan di dalam ilmu ini mempunyai hubungan yang kuat dengan

dakwah iaitu manusia . . . sama ada manusia zaman dahulu atau sekarang, hidup

berseorangan atau bersama masyarakat, manusia yang memberikan hasil/natijah atau

manusia pemusnah, orang kampung atau bandar, buta huruf atau berpendidikan, tidak kira

bagaimana keadaannya.

b. Memudahkan kita untuk memahami manusia, lebih-lebih lagi orang memang mendalami di

dalam bidang ini. Bukankah seorang daie itu disuruh untuk bercakap mengikut tahap

kemampuan akal mad’unya dan bercakap dengan bahasa yang difahami mereka. Oleh itu,

seseorang daie itu perlu mempelajari ilmu ini bagi memudahkan dan mempercepatkan

16 Surah Al-Maidah : 44

17 Surah Al-Maidah : 46

18 Kaifa Nata’amal ma’a Al-Quran oleh Dr. Yusuf Al-Qaradawi

Page 10: kisah musa dan khidir

dakwahnya. Dia akan tahu pada waktu bila dia perlu menggunakan kaedah pidato,

berdebat, berbincang dsb.

c. Kemungkinan berlakunya penyelewengan dan kesalahan di dalam ilmu ini, seterusnya boleh

menyerang masyarakat. Kemungkinan ia disebarkan melalui majalah-majalah, buku-buku,

iklan-iklan, siaran radio dsb. Maka sesiapa yang tidak mengetahui sumber penyelewengan

ini, tidak akan mampu menanganinya. Berkemungkinan juga dia akan terpengaruh dengan

fahaman yang salah ini sedang dia tidak menyedarinya. Oleh itu, dia perlu mempejalarinya

supaya dapat menangani sebarang penyelewengan yang berlaku.

iv. Ilmu sains

Seperti ; fizik, kimia, biologi, geologi, falak/astronomi, anatomi, perubatan dsb. Seorang daie itu tidak

perlulah terlalu mendalaminya sehingga mengambil masa yang lama. Sesungguhnya dia tidak akan

mampu kerana umur yang ada sangat pendek, kemampuannya terbatas dan ilmunya tidak akan habis

dikaji.

Hakikatnya, cukuplah sekadar dengan dia membaca buku-buku yang memperkatakan tentang perkara

ini. Pengetahuan tentang ilmu sains ini sangat penting pada hari ini, khususnya bagi para duat. Diantara

sebabnya adalah :

a. Ia sangat penting dalam memahami kehidupan yang moden pada zaman ini. Hampir

di setiap tempat telah menerima faedah dan kesan daripada ledakan ilmu sains ini.

Hatta di dalam masjid sendiri, kita dapat lihat jam dinding, lampu, pembesar suara

dsb yang mana semuanya adalah hasil daripada ledakan ilmu ini. Pada masa yang

sama, dia juga perlu memilih dan menimbang di antara keperluan (doruriyyat) dan

hajat (Hajiyyat).

b. Sebagaimana tadi, ilmu sains ini juga tidak akan terlepas daripada berlakunya

penyelewengan dan kesalahan. Antaranya adalah berkenaan dengan kejadian

manusia dan perkembangan. Fahaman sesat seperti Darwinisme sungguh bahaya.

Oleh itu, dengan mengetahui serba sedikit tentang kajian-kajian yang dibuat oleh

pakar-pakar, kita dapat menolak fahaman Darwinisme ini.

c. Selain itu, kita juga boleh menggunakan ilmu ini untuk menyokong kita dalam

berdakwah seperti membuktikan kewujudan Allah swt. Bagaimanakah alam yang

sempurna dan kompleks ini mampu bergerak tanpa kacau bilau? Siapakah yang telah

menciptanya? Siapakah yang mengaturnya? Jawapannya adalah, ALLAH swt. Buku-

buku yang ditulis oleh Harun Yahya boleh dibaca. Beliau telah banyak menulis

tentang permasalahan ini.

Page 11: kisah musa dan khidir

Antara buku-buku yang mengaitkan Al-Quran dan sains ; Al-Quran Saintifik (Dr. Danial Zainal Abidin)

dan Tasfir Ayat Kauniyyah (Dr. Zaglul Najjar).

v. Ilmu semasa

Ia adalah ilmu yang berhubungan dengan kehidupan manusia pada hari ini. Tidak cukup baginya

sekadar dengan mengetahui kelima-lima ilmu di atas tanpa dilengkapkan dengan ilmu yang terakhir ini.

Tanpanya, dia tidak akan mengetahui bagaimanakah rupa atau keadaan dunia yang dia tinggal pada

hari ini. Tanpanya juga, dakwah yang dilakukan olehnya akan lambat dan mungkin juga ditolak.

Cuba kita perhatikan sabda Nabi Muhammad saw ketika baginda mengutus Muaz bin Jabal ke Yaman,

maksudnya :

“Sesungguhnya kaum yang akan engkau pergi itu adalah dari kalangan Ahli Kitab. Perkara pertama

yang perlu engkau seru adalah syahadah, LAILAH ILLAH ALLAH. Jika mereka taat, ajarkan mereka solat

lima waktu sehari semalam. Dan jika mereka taat, beritahu kepada mereka bahawa bahawa mereka

perlu membayar zakat, diambil daripada orang yang kaya dan diberikan kepada orang yang miskin”.

Sekiranya tempat yang akan Muaz pergi itu adalah dikalangan orang Majusi, ateis atau yang selainnya,

nescaya baginda saw akan memberikan cara dakwah yang lain pula.

Antara ilmu-ilmu semasa yang perlu diketahui adalah19 :

a. Pengetahuan tentang sejarah garakan islam (untuk mengubah masyarakat/gerakan dakwah),

sama ada pada zaman dahulu ataupun sekarang di setiap tempat.

b. Pengetahuan tentang fahaman/arus yang memberi sokongan atau yang memusuhi islam.

c. Pengetahuan tentang jemaah atau persatuan/pertubuhan yang bekerja untuk islam.

d. Pengetahuan tentang jemaah atau persatuan/pertubuhan yang mendakwa bekerja untuk

islam tetapi apa yang mereka buat adalah sebaliknya,seperti :

o Al-Qadiyaniyyah

o Babiniyyah/Babisme ; satu ideology agama

o Bahai, dan sebagainya

e. Pengetahuan tentang pihak ketiga yang memusuhi islam, seperti :

o Ateisme/Komunisme

o Zionisme

o Solabiyyah

f. Pengetahuan tentang falsafah-falsafah atau pemikirin-pemikiran yang bertentangan dengan

islam :

o Al-Wujudiyyah/Ontologi ; cabang ilmu falsafah

19 ) Ruknul Amal oleh Dr. Ali Abdul Halim Mahmud

Page 12: kisah musa dan khidir

o Al-‘Adamiyyah/Nihilisme ; fahaman yang menolak semua nilai dan

kepercayaan sedia ada

o Al-Fudhawiyyah/Anarkisme ; fahaman bahawa segala bentuk

pemerintahan bersifat menindas wajar dimansuhkan

g. Pengetahuan tentang pihak ketiga yang sentiasa merancang untuk menjatuhkan islam, seperti

:

o Orientalisme

o Gerakan Kristianisasi

o Imperialisme/Kolonialisme

h. Pengetahuan tentang Negara-negara Islam ; geografi, sejarah, ekonomi, politik dan

social/kemasyarakatan.

i. Pengetahuan tentang orang-orang islam yang menjadi minority di setiap Negara-negara bukan

islam ; bagaimana keadaan mereka, sejauh mana mereka diberikan hak-hak mereka, segala

kesusahan yang ditempuhi oleh mereka dan apakah pertolongan yang diperlukan oleh

mereka.

Kumpulan/Jemaah dakwah dan tuntutan mencari ilmu

Setiap kumpulan/jemaah dakwah mesti menggalakkan ahli-ahlinya menuntut ilmu syarie, disamping

ilmu-ilmu lain yang telah disebutkan sebelum ini. Hal ini dapat menjadikannya lebih bijak dan berbeza

daripada orang lain. Firman Allah :

11. . . . Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi

ilmu pengetahuan beberapa derajat. dan Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan20.

Imam Syafie berkata :

بمهم الرإل س م واللال س واللالدال سهم آباـلاءم لإلـالامم رالأال س م السعإللس ال صالااإلMaksudnya : Aku melihat orang yang berilmu itu mulia,

walaupun dilahirkan oleh ibu bapa yang keji/hina 21

20 Surah Al-Mujadilah : 11

21 Daiwan Imam Syafie oleh Imam Syafie

Page 13: kisah musa dan khidir

2. Rehlah/musafir dalam mencari ilmu.

Jika mencari ilmu dan menambahkannya digalakkan oleh syariat, maka rehlah/musafir dalam

mencari ilmu juga dituntut oleh syarak. Kita menyebutkan tadi bahawa sebelum Nabi Musa

melakukan permusafiran untuk bertemu dengan Khidir selepas disuruh oleh Allah swt, baginda

telah meminta Allah swt menunjukkan jalan yang perlu dilaluinya. Lalu Allah pun menunjukkan

jalan kepadanya sehingga akhirnya baginda bertemu dengan Khidir.

Para solafussoleh dikalangan sahabat dan tabien melakukan permusafiran di dalam mencari ilmu.

Bahkan ada sesetengah diantara mereka yang bermusafir dari Madinah ke Syam atau Mesir untuk

mendengar dan mendapatkan hadis. Imam Bukhori telah meletakkan satu bab berkenaan dengan

musafir di dalam kitab hadisnya yang menunjukkan akan kepentingannya. Beliau berkata :

Dan Jabir bin Abdullah telah bermusafir selama satu bulan untuk bertemu dengan Abdullah bin Unais

bagi mendapatkan sebuah hadis sahaja 22

Imam Ibnu Hajar Al-Asqolani pula menambah di dalam syarahnya dengan memetik kata-kata Abdullah

bin Mas’ud :

Jika aku mengetahui terdapat seseorang yang alim tentang kitab Allah (Al-Quran) lebih daripada aku,

nescaya aku akan pergi (bermusafir) kepadanya 23

Kumpulan/Jemaah dakwah dan rehlah/musafir mencari ilmu

Setiap kumpulan/jemaah dakwah wajib menggalakkan ahlinya yang berkemampuan untuk bermusafir

mencari ilmu-ilmu fardu kifayah yang berkaitan keduniaan, tidak kira dimana dia perlu pergi walaupun

di negara kafir. Ini kerana, ilmu itu bukanlah milik orang kafir semata-mata.

Rasulullah saw bersabda :

مإلنإل ، فالحاليسثم والجالدالهالا فـالهم ال أالجسدالرم بإلهالا )) ـس مالةم ضالالالةم السمم كس ((السحإل Maksudnya : Hikmah (ilmu) itu adalah harta orang mukmin yang tercicir. Dimana saja dia

mendapatinya, maka dia adalah yang paling berhak keatasnya 24

Maknanya, ambillah ilmu itu di mana saja tidak kira dari mana ia datang. Galakan yang disebutkan di

sini adalah mencari ilmu yang bermanfaat dan dapat dipraktikkan di dalam kehidupan25.

22

Sohih Bukhari

23 Fathul Bari oleh Imam Ibnu Hajar Al-Asqolani

24 Hadis riwayat Tarmizi

Page 14: kisah musa dan khidir

Namun begitu, tidak dibenarkan pergi ke negara kafir untuk mempelajari syariah islamiyyah atau

sejarah islam, sama ada di sekolah/university mereka atau berguru secara langsung dengan guru-

guru/tenaga pengajar kuffar tersebut.

3. Susah payah dalam mencari ilmu.

Kebiasaannya, ilmu itu tidak akan diperolehi melainkan dengan bersusah payah dan bersabar. Hakikat

ini sepatutnya difahami oleh setiap daie sebagaimana yang berlaku kepada Nabi Musa yang mana

merupakan seorang rasul. Kesulitan dan kesusahan Nabi Musa bermula dengan perjalanannya yang

sukar. Setelah bertemu dengan Khidir, dia terpaksa pula bersabar dengan peraturan-peraturan yang

ditetapkan oleh Khidir.

Antara kesusahan lain yang perlu ditempuhi adalah, kesusahan untuk ikhlas dalam mencari ilmu. Ilmu

dicari supaya dapat dimanfaatkan oleh kaum muslimin, bukan untuk dikatakan alim.

Diriwayatkan di dalam sohih muslim dan lain-lainnya bahawa26:

Sesungguhnya tiga golongan yang paling awal akan masuk neraka adalah :

i. Orang alim/pandai, yang menuntut ilmu supaya dipanggil pandai

ii. Dermawan, yang menderma supaya dipanggil pemurah

iii. Mujahid (orang yang berperang), supaya dipanggil orang yang berani

Imam Syafie berkata :

صسبإلرس عاللالى ممر السجالفالا مإلنس ممـعالل فالإإلنال رالسم سبال السعإللس إل فإل س ناـلفالرالا إلهإل اإل

والمالنس لالـ س ال مقس ممرال اللـالعاللل إل سالاعالةد مجسرال م ملل السجالهس إل طم سلال االيالا إلهإل Maksudnya :

Bersabarlah di atas kekesaran guru,

Sesungguhnya endapan/keledak ilmu itu ada pada kebenciannya;

Sesiapa yang tidak merasa kepahitan/kesulitan mencari ilmu walaupun sekejap,

Dia akan merasa kehinaan sebagai orang yang jahil sepanjang hidupnya27.

25

Ahsanul Kalam fil Fatawa wal Ahkam oleh Syeikh ‘Atiyyah Saqar

26 At-Targhib wat Tarhib oleh Al-Munziri

27 Daiwan Imam Syafie

Page 15: kisah musa dan khidir

4. Rendah diri dan tawadhu’ dalam mencari ilmu.

Kadang-kadang seorang daie itu perlu mencari ilmu daripada orang lain dalam memenuhi tuntutan

dakwah. Tetapi dia tidak dibenarkan mencari ilmu dalam keadaan takabbur. Sifat tawadhu’ sangat

perlu dalam mencari ilmu kerana ia mungkin menjadi sebab untuk diterima sebagai pelajar. Hal ini

dapat dilihat pada sikap Nabi Musa ketika belajar dengan Khidir. Beliau sangat suka belajar

bersamanya disamping menunjukkan azam yang kuat dalam mencari ilmu dengan mengikut segala

perintah yang diberikan.

Ketahuilah bahawa sesiapa yang tidak mempunyai sifat tawadhu’ dalam mencari ilmu, bahkan merasa

takabbur pula, maka ilmunya akan hilang. Berkata Mujahid :

لالـحإل ي وال ال مملالـكالبـرم ال اـللـالعاللالـ م الـسعإللسـ ال ممـسس

Maksudnya : Tidak akan dapat mempelajari sesuatu ilmu itu orang terlalu pemalu dan orang yang

takabbur.

لالـحإل ي itu adalah orang yang terlalu pemalu sehingga menghalangnya daripada bertanya ممـسس

dan belajar. Sifat malu seperti ini termasuk dalam sifat mazmumah (sifat yang dikeji) kerana ia

menyebabkannya meninggalkan perkara yang disuruh oleh syarak iaitu mencari ilmu. Manakala

sifat malu yang sebenarnya, tidak akan menghalang seseorang itu daripada belajar. Saidatina

‘Aisyah berkata:

سنإل ـيس الـهلنال فإل ـفال ال ـاءم أالنس ال ال ـهمنال السحال ال ـنال س ـمس ال س ـارإل لال ـاءم األالنسلال ـاءم نإل ال ـنإلعس ال اللإل ال

Maksudnya : Sebaik-baik perempuan itu adalah perempuan Ansar. Sifat malu tidak menghalang mereka daripada belajar tentang agamanya.

Sebagaimana sifat malu yang melampau itu menghalang لالـحإل ي daripada belajar, sifat takabbur ممـسس

juga menghalang seseorang daripada belajar. Ini kerana dengan sifat takabbur tersebut, dia akan

menghalang manusia daripada bertanya tentang perkara yang tidak diketahuinya supaya tidak

dikatakan ‘tidak tahu’. Oleh itu, dia akan terus kekal dengan perkara yang tidak diketahuinya tanpa

jawapan sampai bila-bila.

Page 16: kisah musa dan khidir

Berkata hukama’ :

ـل ـلإل ، والالـرال م ـ م رالأس ال الـرسفال ـ م يال ـ اـل الاام ـال ـ هم ـام ـفإل ـ س ـرم يال ـ الكال Maksudnya : Tawadhu’ itu mengangkat darjat seseorang lelaki, manakala takabbur itu

merendahkannya 28

5. Memilih mafasadah (keburukan) yang paling ringan (sekiranya bertindih antara

dua keburukan).

Peristiwa Khidir membocorkan sampan dinaiki mereka berdua menjadi contoh kepada ‘memilih

mafsadah (keburukan) yang paling ringan (sekiranya bertindih antara dua keburukan)’. Ini dibuat bagi

mengelakkan daripada berlakunya masalah lain yang lebih besar. Inilah peraturan atau ketetapan yang

telah ditetukan oleh syariat kita.

Contohnya, merosakkan harta orang lain atau mencacatkannya bagi mengelak daripada dirampas

sebagaimana yang telah dilakukan oleh Khidir. Dia telah membocorkan sampan bagi mengelak dari

dirampas oleh raja yang zalim. Raja tersebut hanya merampas sampan yang elok. Jika dilihatnya ada

kerosakan pada sampan, dia tidak akan merampasnya.

Imam Abu Yusuf ada berkata :

Penjaga anak yatim boleh mengurangkan duit belanja yang diberikan kepada mereka jika dilihatnya

perlu bagi mengelakkannya dari boros 29

Seseorang daie itu boleh menggunakan kaedah ini sebagai salah satu tajuk perbincangannya bersama

dengan mad’unya, menyelitkannya di dalam khutbah atau tazkirah yang akan disampaikannya. Selain

itu, dia juga boleh mempraktikkannya apabila berdepan dengan sesuatu keadaan yang susah dan

mencabar. Contohnya, dia menetap di sebuah Negara yang diperintah oleh raja yang zalim. Dia boleh

meninggalkan beberapa tajuk yang sensitive yang boleh menyinggung perasaan pemerintah tersebut.

Dengan meninggalkan tajuk tersebut, dia dapat meneruskan kerja dakwahnya tanpa diganggu.

Tetapi, jika dia tetap mengatakan perkara yang sensitive tersebut, dia mungkin ditangkap dan

melumpuhkan dakwah yang dilakukannya. Bukankah kesannya lebih besar ??

28 Hakaza Allamatni Al-Hayah oleh Dr. Mustofa As-Sibaie

29 Al-Jami’ li Ahkamil Quran oleh Imam Al-Qurtubi

Page 17: kisah musa dan khidir

6. Jika baik bapa, maka baik jugalah anaknya.

Sebagaimana dalam sirah, Khidir telah membina dinding tanpa mengambil sebarang upah. Kemudian

beliau menjelaskan kepada Nabi Musa sebab dan hikmah di atas apa yang dilakukannya. Firman Allah :

. . .

82. Adapun dinding rumah adalah kepunyaan dua orang anak yatim di kota itu, dan di bawahnya ada

harta benda simpanan bagi mereka berdua, sedang ayahnya adalah seorang yang saleh, Maka

Tuhanmu menghendaki agar supaya mereka sampai kepada kedewasaannya dan mengeluarkan

simpanannya itu, sebagai rahmat dari Tuhanmu . . 30

Mengikut Imam Qurtubi, orang soleh yang disebutkan di dalam ayat ini bernama Kasyiha dan isterinya

pula, Dunya. Ayat (( هممالا صالالإلحدا menunjukkan bahawa Allah swt menjaga orang soleh ((وال الانال أالبـم س

tersebut, dan juga anaknya walaupun tinggal berjauhan darinya31. Mengikut Imam As-Suyuti pula,

sesungguhnya anak-anak tersebut terpelihara kerana kesolehan bapanya 32Soleh yang dimaksudkan di

sini adalah teliti dalam menjaga dan mendidik anak-anaknya dan menjaga harta mereka (33).

Rasulullah saw bersabda (34) :

هم والواللالدال واللالدإلهإل والأالهس ال موال ـسرال إلهإل )) إلنال اهللال عاللال والجال ال مصسلإل م بإلصالالالحإل الرالجم إل الصالالإل إل واللالداللالهم ( (والأهس ال موال ـسرالاتإل اال س

Maksudnya : Sesungguhnya Allah swt ‘menyolehkan’ (menjaga/memelihara) dengan kesolehan

seseorag lelaki soleh, anaknya, cucunya dan sesiapa yang tinggal di sekitarnya.

30 Surah Al-Kahfi : 82

31 Al-Jami’ li Ahkamil Quran

32 Tafsir Al-Qasimi

33 Fathul Qodir oleh Imam Asy-Syaukani

34 Fathul Qodir oleh Imam Asy-Syaukani

Page 18: kisah musa dan khidir

Anak yang soleh lahir dari bapa yang soleh

Sebagai seorang daie, kita boleh menjadikan tajuk ini (anak yang soleh lahir dari bapa yang soleh)

sebagai modal dalam berdakwah. Bak kata orang pepatah melayu : ke mana tumpahnya kuah kalau

bukan ke nasi. Perkara ini adalah salah satu daripada sunnatullah. Dengan mengambil asbab yang

betul, insya Allah kita akan dapat natijah yang baik.

Berkata hukama’ :

مالنس جالدال والجالدال ، مالنس الرال ال االصالدال Maksudnya : Sesiapa yang berusaha, dia akan berjaya. Dan sesiapa yang bercucuk tanam, dia akn

dapat hasilnya.

Harapnya, ia dapat menjadi galakan kepada mad’u untuk beramal soleh supaya dapat memberi kesan

kepada anak-anak mereka. Bapa mana yang tidak mahu anaknya menjadi baik?? Terdapat banyak cara

untuk menjadikan anak kita soleh, dan antaranya seorang bapa itu perlu menjadi soleh dahulu. Sebagai

seorang muslim yang beriman dengan kita Allah swt, kita perlu menerima hakikat sunnatullah ini.

Kadang-kadang kita sering melihat remaja-remaja yang telah hilang pedoman berasal dari keluarga

yang taat beragama. Berkemungkinan Allah swt ingin menguji ibu bapa mereka dengan kerenah anak-

anak mereka. Begitu juga bagi orang yang telah belajar bersungguh-sungguh tetapi masih gagal.

Kenapa?? Mungkin Allah swt ingin mengujinya.

PENUTUP

Alhamdulillah. Akhir siap juga usaha ana ini. Mana yang baik itu daripada Allah swt, dan mana yang

kurang itu adalah kekurangan ana sendiri. Jika ada kesilapan atau kesalahan ana dalam tulisan ini,

harap dibetulkan khususnya dalam baris-baris pada hadis yang ana letak. Semoga dapat di ambil

iktibar.

Mohd Naqib bin Hamdan, Kuliah Dirasat Islamiah, Syukbah Syariah Islamiah, Universiti Al-Azhar, Damieeta, Mesir.

Page 19: kisah musa dan khidir

Senarai rujukan :

1. Al-Quran Al-Karim

2. Al-Mustafad min Qisasul Quran oleh Dr. Abdul Karim Zaidan (rujukan utama)

3. Tafsir Ibnu Kathir

4. Tafsir Jalalain oleh Imam As-Suyuti

5. Qisasul Anbiya’ oleh Syeikh Hasan Ayyub

6. Thaqafah Daieyyah oleh Dr. Yusuf Al-Qaradawi

7. Usul 20 oleh IHAB

8. Kaifa Nata’amal ma’a Al-Quran oleh Dr. Yusuf Al-Qaradawi

9. Ruknul Amal oleh Dr. Ali abdul Halim Mahmud

10. Daiwan Imam Syafie oleh Imam Syafie

11. Hakaza Allamatni Al-Hayah oleh Dr. Mustofa As-Sibaie

12. Al-Jami’ li Ahkamil Quran oleh Imam Al-Qurtubi

13. Tafsir Al-Qasimi

14. Fathul Qodir oleh Imam Asy-Syaukani

15. Kamus Miftah