soalan tutorial sjh3033e untuk 3 pismp tesl&rbt2015

Upload: ahmad-muaz

Post on 01-Nov-2015

234 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

nahh

TRANSCRIPT

SOALAN TUTORIAL SJH 3033E ( Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah) UNTUK KUMPULAN 3 PISMP TESL dan RBT SEM.2 20151. Bincangkan matlamat dan objektif pembelajaran Sejarah berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran ( DSKP) di sekolah rendah.2 Sediakan peta pemikiran (i-THINK) bagi menjelaskan skop dan kandungan kurikulum Sejarah di sekolah rendah yang merangkumi tahun 4 hingga 6.3.Bincangkan asas-asas kemahiran pemikiran Sejarah (KPS) secara terperinci beserta dengan contoh yang sesuai dan huraikan kepentingan guru menguasai KPS. 4 Pada pendapat anda, apakah rasionalnya kemahiran kreatif dan inovatif (KKI) digabungjalinkan dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah di sekolah rendah?5 Apakah kelebihan pelaksanaan pembelajaran berasaskan inkuiri dan pembelajaran berasaskan projek dalam kalangan murid di sekolah rendah?6 Kurikulum sejarah berkait rapat dengan kehidupan masyarakat dan negara. Selesaikan persoalan di bawah berdasarkan hujah yang kritis a. Berikan ciri-ciri pemimpin yang dapat membangunkan negarab. Nyatakan sumbangan penting tokoh kemerdekaan negara kita.7 Nilai sanggup berkorban untuk negara dan jati diri yang tulen penting dalam memajukan negara.Huraikan persoalan berdasarkan hujah yang kritis.8 Jelaskan bentuk kegiatan ekonomi yang dipraktikkan dalam kehidupan manusia pada zaman pra sejarah dan sumbangan mereka kepada perkembangan tamadun di Malaysia9. Bahaskan sumbangan kerajaan-kerajaan awal kepada perkembangan ekonomi dan politik di Tanah Melayu. ( pilih dua contoh kerajaan awal) 10 Berdasarkan fakta-fakta sejarah yang diperolehi bahaskan faktor-faktor kegemilangan dan kejatuhan kerajaan Melayu Melaka.11 Jelaskan peranan dan sumbangan Malaysia dalam Komenwel dan PBB. Berikan justifikasi anda terhadap kemampuan Malaysia di peringkat dunia 12 Mengapakah EQ dan IQ penting untuk dikuasai oleh guru-guru sejarah dan apakah kaitannya dengan guru yang efektif?13 Keperibadian guru sebagai pra syarat untuk menjadi guru yang efektif. Fokuskan perbincangan anda kepada tiga aspek berikut; kecindan, penilaian kendiri dan kajian tindakan14 Cadangkan suatu program beserta pengisiannya yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti EQ dan IQ murid-murid di sekolah anda. Berikan justifikasi anda tentang kewajaran program tersebut.15 Sebagai Setiausaha Panitia sejarah, susun agenda mesyuarat Panitia Sejarah dan sediakan sebuah contoh catatan minit mesyuarat Panitia Sejarah yang lengkap.

ARAHAN TUGASAN:1. Bahan persembahan hendaklah dibuat dalam bentuk power point slide presentation antara 25-30 slide.2. Masa persembahan tutorial/ pembentangan selama 30-40 minit dan 15-20 minit untuk esi soal jawab3. Pada slide pertama hendaklah ditulis nombor dan tajuk soalan tutorial dan nama penuh siswa4. Pada slide terakhir hendaklah dituliskan sumber rujukan/ buku rujukan yang digunakan. 5.Siswa amat digalakkan menggunakan mana-mana peta pemikiran ( i-Think) untuk menunjukkan kecekapan menyusun maklumat dan menyelesaikan persoalan yang dikemukakan 6.Setiap siswa bertanggungjawab menyediakan bahan pembentangan kepada seluruh isi kelas dalam bentuk hard copy yang dicetak 6 slide pada satu muka surat7. Satu salinan hard copy perlu disediakan untuk pensyarah ( 2 slide pada satu muka surat ) sebelum pembentangan dijalankan8. Persediaan bahan dan sesi pembentangan tutorial ini membawa markah 20%.

SELAMAT MEMBUAT TUGASAN DAN MEMBENTANGKANNYA DALAM TUTORIALDr Hjh Fatimah bt Mohd DahalanPenyelaras Kursus SJH3033E