soalan pjm3112 - bab 4 (syahirah zainal abidin)

Upload: fuyu-haru

Post on 03-Apr-2018

254 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Soalan PJM3112 - Bab 4 (Syahirah Zainal Abidin)

    1/6

    SYAHIRAH BINTI ZAINALABIDIN

    PISMP PRASEKOLAH JANUARI 2011

    Soalan PJM 3112

    Tajuk 4 : Pengurusan Permainan Tradisional

    Objektif

    Gambar menunjukkan beberapa jenis permainan tradisional yang terdapat di

    Malaysia. Antara berikut yang manakah merupakan tujuan sebenar permainan inidiwujudkan?

    I. Sebagai aktiviti untuk memenuhi masa lapang

    II. Permainan yang mendorong pemainnya menggunakan kemahiran kognitif

    untuk menyelesaikan masalah

    III. Permainan yang dicipta untuk tujuan komersial semata-mata

    IV. Untuk menjana kreativiti seseorang individu

    A. I dan II sahaja

    B. II dan III sahaja

    C. I, II dan IV sahaja

    D. II, III dan IV sahaja

  • 7/29/2019 Soalan PJM3112 - Bab 4 (Syahirah Zainal Abidin)

    2/6

    SYAHIRAH BINTI ZAINALABIDIN

    PISMP PRASEKOLAH JANUARI 2011

    Permainan Konda Kondi yang juga dikenali sebagai Perik Mata memerlukan fikiran

    yang tajam dan kekuatan pemain. Pemain perlu memikirkan arah yang selamat

    untuk menguis kayu dan mengejar kayu yang dikuis untuk mematikan pihak lawan.

    Berdasarkan pernyataan di atas, apakah aspek kecergasan yang dapat dibina dalam

    diri para pemain sekiranya mereka bermain permainan ini dengan cara yang betul?

    A. Imbangan

    B. Masa tindak balas

    C. Daya tahan otot

    D. Ketangkasan

    Struktur

    Sebelum memulakan permainan tradisional, biasanya undian dilakukan bagi

    menentukan atau memulakan pertandingan. Nyatakan DUA sistem undian yang

    kerap digunakan dan terangkan cara undian tersebut dijalankan.

    ___________________________________________________________________

    ___________________________________________________________________

    ___________________________________________________________________

    ___________________________________________________________________

    ___________________________________________________________________

    ___________________________________________________________________

    ___________________________________________________________________

    ___________________________________________________________________

  • 7/29/2019 Soalan PJM3112 - Bab 4 (Syahirah Zainal Abidin)

    3/6

    SYAHIRAH BINTI ZAINALABIDIN

    PISMP PRASEKOLAH JANUARI 2011

    Esei

    Kepentingan menjaga permainan tradisional akan mampu mendidik generasi muda

    menghargai dan menghormati permainan ini agar tidak pupus ditelan zaman. Namun

    kini permainan congkak, galah panjang, batu seremban dan seumpamanya semakin

    dilupakan. Berdasarkan pernyataan di atas huraikan kepentingan memelihara

    permainan tradisional dan sebab-sebab permainan ini kian dilupakan.

  • 7/29/2019 Soalan PJM3112 - Bab 4 (Syahirah Zainal Abidin)

    4/6

    SYAHIRAH BINTI ZAINALABIDIN

    PISMP PRASEKOLAH JANUARI 2011

    SKEMA JAWAPAN

    Objektif

    C. I, II dan IV sahaja

    B. Masa tindak balas

    Struktur

    Lambung duit

    Cara membuat undian:

    a) Wakil pasukan akan memilih permukaan duit syiling

    b) Lambungan dalam bentuk pusingan ke atas akan dilakukan oleh orang yang

    berkecuali atau pengadil

    c) Apabila duit jatuh, wakil pasukan dan pengadil akan melihat hasil lambang

    duit syiling yang tengadah ke atas

    d) Pemain yang membuat tekaan pada duit syiling yang tengadah dikira sebagai

    pemenang

    Mencabut Nombor atau Perkataan

    Cara membuat undian:

    a) Kepingan kertas dipotong berdasarkan bilangan pemain atau jika dilakukan

    bagi menentukan ahli kumpulan, nombor ditulis adalah mengikut kumpulanb) Tetapi sekiranya undian dilakukan untuk menentukan giliran, nombor ditulis

    dalam sistem menaik mengikut jumlah ahli

    c) Kepingan kertas yang ditulis nombor akan digulung dengan kemas dan diisi

    ke dalam kotak serta dikocak

    d) Setiap pemain boleh mengambil satu gulungan kertas sahaja dan nombor

    yang tercatat akan menentukan kumpulan atau giliran pemain

    *Jawapan-jawapan lain yang relevan juga diterima

  • 7/29/2019 Soalan PJM3112 - Bab 4 (Syahirah Zainal Abidin)

    5/6

    SYAHIRAH BINTI ZAINALABIDIN

    PISMP PRASEKOLAH JANUARI 2011

    Esei

    Kepentingan memelihara permainan tradisional:

    - Mengekalkan warisan dan kebudayaan sesuatu kaum

    o Permainan tradisional menunjukkan sesuatu kebudayaan. Contohnya,

    permainan wau, gasing, congkak, sepak raga menunjukkan dapat

    kebudayaan warisan kaum Melayu

    o Warisan budaya dapat diteruskan sekali gus menjadi cermin identiti

    bangsa

    - Tarikan pelancong

    o Satu cara yang menarik dan berkesan untuk mempromosi

    pelancongan negara

    o Sebagai satu unsur tambahan untuk menarik minat masyarakat luar

    o Memberikan pengalaman yang berharga kepada para pelancong asing

    - Menyihatkan tubuh badan

    o Terdapat permainan tradisional yang melibatkan aktiviti kecergasan

    fizikal seperti sepak raga dan galah panjang

    o Dapat menjana minda atau kemahiran berfikir untuk sesuatu

    permainan seperti dam dan congkak

    - Mewujudkan semangat perpaduan

    o Mengukuhkan hubungan silaturrahim antara masyarakat tanpa

    mengira kaum

    o Membentuk persefahaman dan semangat setiakawan dalam

    melaksanakan sesuatu permainan

    - Mengelakkan gejala sosial

    o Penggunaan masa lapang yang lebih bijak dan berfaedah serta

    terancang

  • 7/29/2019 Soalan PJM3112 - Bab 4 (Syahirah Zainal Abidin)

    6/6

    SYAHIRAH BINTI ZAINALABIDIN

    PISMP PRASEKOLAH JANUARI 2011

    Punca permainan ini semakin dilupakan:

    - Arus pemodenan teknologi

    o Masyarakat dewasa ini lebih mementingkan aktiviti mengejar

    kebendaan dan kemewahan

    o Lebih tertarik dengan perkembangan teknologi maklumat yang pesat

    membangun

    - Kurang nilai komersial

    o Generasi muda memandang remeh terhadap permainan ini kerana

    mereka bertanggapan permainan ini tidak mendatangkan hasil yang

    lumayan dan tiada nilai komersial seperti permainan badminton dan

    bola sepak

    - Persaingan daripada permainan lain

    o Kegemaran generasi muda lebih cenderung kepada permainan masa

    kini dan moden seperti tenis, badminton, skuasy, permainan video dan

    sebagainya

    - Kurang pendedahan dan diperluaskan

    o Permainan tradisional kurang diperkenalkan pada semua peringkat

    baik di sekolah mahupun badan-badan atau pertubuhan swasta

    o Permainan ini dianggap bukan menjadi agenda penting sesebuah

    badan sukan

    o Permainan ini kurang popular kerana hanya melibatkan beberapa

    negara tertentu sahaja

    o Jarang diketengahkan pada peringkat yang lebih tinggi seperti sukan

    bertaraf dunia atau antarabangsa

    *Jawapan-jawapan lain yang relevan juga diterima