laporan akhir latihan industri (mohammad nazirul bin zainal abidin) (15dpb11f1034)

92
BAB 1 : PENGENALAN Latihan industri merupakan salah satu syarat yang telah diwajibkan kepada para pelajar politeknik di seluruh Malaysia bagi memenuhi sistem pengajian serta sebagai syarat untuk penganugerahan Sijil atau Diploma yang diiktiraf oleh Kementerian. Bagi politeknik- politeknik di seluruh Malaysia, para pelajar akan menjalani latihan industri pada semester tiga bagi Kursus Sijil dan semester empat bagi Kursus Diploma. Tempoh masa yang diperuntukan bagi seseorang pelajar itu untuk menjalani latihan industri ialah semasa lebih kurang 20 minggu. Penempatan latihan industri pelajar semasa menjalani amali ialah di Jabatan Kerajaan ataupun Swasta . Peraturan dan prosuder permohonan adalah mengikut sepertimana yang telah ditetapkan oleh pihak politeknik. Oleh kerana latihan industri lebih cenderung kepada bidang teknikal, para pelajar seharusnya memanfaatkan segala ilmu yang dipelajari di politeknik supaya segala tugas dan kerja yang diberikan oleh pihak organisasi dapat dilaksanakan dengan sempurna. Para pelajar perlu 1

Upload: ami-sabri

Post on 21-Oct-2015

856 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

terbaekkk..panduan..

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Akhir Latihan Industri (Mohammad Nazirul Bin Zainal Abidin) (15DPB11F1034)

BAB 1 : PENGENALAN

Latihan industri merupakan salah satu syarat yang telah diwajibkan

kepada para pelajar politeknik di seluruh Malaysia bagi memenuhi sistem

pengajian serta sebagai syarat untuk penganugerahan Sijil atau Diploma

yang diiktiraf oleh Kementerian. Bagi politeknik-politeknik di seluruh

Malaysia, para pelajar akan menjalani latihan industri pada semester tiga

bagi Kursus Sijil dan semester empat bagi Kursus Diploma.

Tempoh masa yang diperuntukan bagi seseorang pelajar itu untuk

menjalani latihan industri ialah semasa lebih kurang 20 minggu. Penempatan

latihan industri pelajar semasa menjalani amali ialah di Jabatan Kerajaan

ataupun Swasta . Peraturan dan prosuder permohonan adalah mengikut

sepertimana yang telah ditetapkan oleh pihak politeknik.

Oleh kerana latihan industri lebih cenderung kepada bidang teknikal,

para pelajar seharusnya memanfaatkan segala ilmu yang dipelajari di

politeknik supaya segala tugas dan kerja yang diberikan oleh pihak

organisasi dapat dilaksanakan dengan sempurna. Para pelajar perlu

mematuhi segala peraturan dan arahan yang ditetapkan oleh pihak

organisasi sepanjang tempoh menjalani latihan industri di organisasi

tersebut.

Dalam sistem pembelajaran Politeknik Malaysia, semua politeknik

menerapkan satu sistem yang berdasarkan prosuder Jabatan Pendidikan

Teknikal Malaysia. Setiap bidang atau jurusan pembelajaran di Politeknik

perlu mewajibkan pelajarnya melalui latihan industri ataupun praktikal.

Pelajar-pelajar yang telah berjaya menjalani latihan industri layak untuk

meneruskan pengajian ke peringkat atau semester seterusnya.

1

Page 2: Laporan Akhir Latihan Industri (Mohammad Nazirul Bin Zainal Abidin) (15DPB11F1034)

1.1.1 Tujuan Latihan Industri

Latihan industri ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengenalan

kepada pelajar tentang berbagai-bagai aspek amalan dalam bidang yang

diceburi dan peranannya dalam masyarakat.

1.1.2 Objektif Latihan Industri

Latihan Industri memberikan kesan yang positif kepada para pelajar. Untuk

mencapai kehendak yang disarankan, maka latihan industri diwujudkan

berdasarkan beberapa objektif. Antara objektifnya adalah seperti berikut :-

i. Menambahkan dan meluaskan pengetahuan dari segi teknikal dan

kemahiran dalam bidang yang diceburi.

ii. Mendedahkan kepada pelajar tentang alam pekerjaan yang sebenar.

iii. Melatih pelajar berkomunikasi dengan berkesan.

iv. Membina personaliti individu.

v. Mengamalkan peraturan dan etika kerja dan baik.

vi. Menanam semangat kerja berpasukan dan perhubungan baik antara

pekerja.

vii. Mengaitkan teori kepada praktis dan sebaliknya.

viii. Menyediakan sebuah buku Laporan Latihan Industri setelah tamat

latihan.

2

Page 3: Laporan Akhir Latihan Industri (Mohammad Nazirul Bin Zainal Abidin) (15DPB11F1034)

1.1.3 Kepentingan Latihan Industri Kepada Pelajar

i. Membolehkan pelajar melihat dan mengambil bahagian dalam kerja-

kerja kejuruteraan selain daripada teori-teori yang dipelajari di kuliah.

ii. Memberikan satu peluang lebih awal kepada pelajar untuk

menggunakan dan mempraktikalkan pengetahuan serta pertimbangan

sendiri dalam menjalankan tugas kejuruteraan.

iii. Membolehkan pelajar mengenali melalui penglihatan secara langsung

dalam berbagai-bagai aspek kejuruteraan awam seperti konsep

perancangan, pembinaan, pentadbiran dan penyelenggaraan yang

berkaitan bangunan.

iv. Supaya pelajar mendapat kemahiran berkomunikasi yang efektif

dengan individu atau organisasi luar.

v. Mendedahkan pelajar kepada struktur organisasi jabatan atau firma

tempat latihan dan mengenali peranan setiap jabatan dalam

organisasi.

vi. Memberikan peluang melatih pelajar menulis laporan teknikal yang

lengkap dan teratur. Laporan yang disediakan tentunya akan menjadi

sumber rujukan yang penting bagi kerjaya pelajar pada masa

hadapan.

3

Page 4: Laporan Akhir Latihan Industri (Mohammad Nazirul Bin Zainal Abidin) (15DPB11F1034)

BAB 2 : LATAR BELAKANG MAJLIS BANDARAYA IPOH

2.1.1 Jadual Waktu Semasa Menjalani Latihan Industri

Pelajar yang menjalani program latihan industri akan diberi jadual

waktu bekerja atau latihan oleh organisasi yang menjalani pelajar untuk

menjalani Latihan Industri.

Bagi pelajar yang menjalani latihan industri di Jabatan Majlis

Bandaraya Ipoh (Kerja & Bangunan), tempoh program latihan industri yang

dijalankan adalah bermula daripada 17 Disember 2012 hingga 3 Mei 2013.

Masa latihan harian adalah sama seperti waktu jabatan-jabatan kerajaan

yang lain iaitu :-

HARI MASA BEKERJA BILANGAN JAM

Isnin hingga Jumaat 8.00 pagi – 5.00 petang

(termasuk waktu rehat)

9 jam

Sabtu, Ahad & Kelepasan

Am

Cuti -

Jadual 1.1 : Jadual Berkerja Semasa Latihan Industri

2.1.2 Deskripsi

1. Dua batang pokok di kiri dan kanan

melambangkan pokok Ipoh, asal-usul nama

Bandaraya Ipoh.

4

Page 5: Laporan Akhir Latihan Industri (Mohammad Nazirul Bin Zainal Abidin) (15DPB11F1034)

2. Dua ekor harimau di kiri dan kanan adalah

mengikut lambang Jata Persekutuan.

3. Landasan kuning beralun di bahagian bawah

logo menggambarkan bukit-bukit batu kapur

yang banyak terdapat di kawasan Ipoh.

4. Benteng beralun di bahagian atas (tengah)

melambangkan Kota Dato Laksamana yang

dipercayai sebagai orang pertama membuat

perkampungan di Ipoh.

5. Bulan bintang adalah lambang Islam sebagai

agama rasmi.

6. Jaluran melintang beralun yang berwarna biru

sebagai lambang Sungai Kinta yang

memisahkan antara Pekan Lama dan Pekan

Baru Ipoh.

7. Tiga Jalur menegak di bahagian bawah

(tengah) adalah lambang Bendera Negeri

Perak Darul Ridzuan.

2.1.3 Warna Bendera M.B.I

5

Page 6: Laporan Akhir Latihan Industri (Mohammad Nazirul Bin Zainal Abidin) (15DPB11F1034)

1. Warna merah adalah warna spesis Bougainvillea 'Chili

Red'. Warna merah juga merupakan salah satu warna

dalam bendera Persekutuan. Ini bermaksud MBI juga entiti

di bawah naungan Persekutuan. Merah juga

melambangkan keberanian dan ketegasan. Dalam

melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang ditetapkan

oleh undang-undang MBI akan bertindak berani dan

tegas.

2. Warna ungu merupakan warna spesis Bougainvillea

'Elizabeth Angus'. Warna ungu melambangkan

kelembutan, keceriaan dan keharmonian. Adalah menjadi

hasrat MBI untuk mewujudkan Ipoh sebagai bandaraya

yang ceria dan harmoni.

3. Warna kuning pula merupakan warna spesis Bougainvillea

'Mr. McClean'. Warna kuning adalah salah satu warna

dalam bendera Negeri Perak. Ini bermakna sebagai entiti

yang berada di bawah Kerajaan Negeri, MBI akan

sentiasa akur kepada Kerajaan Negeri dalam

membangunkan Bandaraya Ipoh.

2.1.4 Bunga Rasmi M.B.I

6

Page 7: Laporan Akhir Latihan Industri (Mohammad Nazirul Bin Zainal Abidin) (15DPB11F1034)

Bunga Bougainvilea

Bunga kertas atau bunga bulang adalah panggilan biasa yang kita

dengar untuk Bunga Bougainvilea. Nama ini diambil sempena daripada

seorang ahli pelayaran bangsa Perancis, A de Bougainvillea yang

menjumpai pokok ini di Rio De Janerio pada kurun ke 17. Bunga ini telah

dibawa ke Eropah pada tahun 1780-an dan didapati pertama kali berbunga

di Paris. Pada tahun 1830 dan di England, 10 tahun kemudian

"B.Spectabilis" dan "B.Glabra" adalah diantara spesis-spesis yang mula-

mula sekali ditanam. Seterusnya kacukan daripada dua spesis ini telah

menghasilkan banyak hibrid dan kultiva. Adalah diketahui bahawa "B. Glabra

Var Mrs.Butt" telah sampai ke Malaysia pada tahun 1923 dan diikuti pula

oleh "Mrs. Mclean sepuluh tahun kemudian. Pokok bunga Bougavillea

semulajadi itu telah terkenal dan menjadi pokok yang popular di taman-

taman bunga dan halaman rumah. Terdapat lebih kurang 100 - 120

kultiva/hibrid bunga Bougainvillea yang ada di Malaysia.

7

Page 8: Laporan Akhir Latihan Industri (Mohammad Nazirul Bin Zainal Abidin) (15DPB11F1034)

2.1.5 Penubuhan Majlis Bandaraya Ipoh

Di antara tahun 1905 -1914, kawasan pentadbiran bandar Ipoh

berkembang hingga menyeberangi sungai kinta dan di sini wujudnya pekan

baru (Ipoh New Town) ke jalan Anderson. Stesen keretapi, hotel, dewan

bandaran (town hall), dan pejabat pos juga dibina. Manakala dalam tahun

1946-1954, 'Kinta Town Board' telah wujud yang bermula di bawah

penyelarasan Major J.S Drake dan pada tahun 1954-1956, G.S Walker

menjadi pengerusi 'Ipoh Mengelembu Town Council' ditubuhkan pada tahun

1957-1962 diketuai oleh Encik Abdullah Bin Uni. Pada 31 Mei 1962, Ipoh

telah dinaikkan ke taraf perbandaran dan dikenali sebagai 'Majlis

Perbandaran Ipoh' yang dipengerusikan oleh E.G Walker.

Pada 27 Mei 1988, DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan

telah mengishtiharkan taraf Bandaraya kepada Ipoh, Ibu negeri Perak Darul

Ridzuan. Majlis Perbandaran Ipoh dikenali sebagai 'Majlis Bandaraya Ipoh'

dan ketua eksekutifnya bergelar Datuk Bandar. Sebagai Ibu negeri Perak

Darul Ridzuan, Ipoh merupakan pusat pentadbiran, perdagangan, sukan,

kebudayaan, kewangan, politik,keagamaan dan juga pendidikan.Kini

dibawah pimpinan Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Ipoh terus berusaha

untuk menjadikan Bandaraya Ipoh sebagai sebuah bandar yang dinamik dan

unggul. Majlis Bandaraya Ipoh telah diisytiharkan oleh Duli Yang Maha Mulia

Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin

Shah Ghafarullahu-lah dibawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang

merupakan Bandaraya Ketiga di Malaysia selepas Kuala Lumpur dan Pulau

Pinang. Bangunan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah dibina pada tahun

1985 dan telah siap dalam tahun 27 Mei 1988. Bangunan Majlis Bandaraya

telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Azlan Shah pada 8

November 1996. Kos pembinaan bangunan MBI adalah sebanyak RM 16

juta.

8

Page 9: Laporan Akhir Latihan Industri (Mohammad Nazirul Bin Zainal Abidin) (15DPB11F1034)

2.1.7 Misi Jabatan

"Ipoh Bandaraya Sejahtera, Dinamik Dan Maju"

2.1.8 Visi Jabatan

"Membina Bandaraya Yang Kondusif Bagi Pembangunan Ekonomi, Sosio

Budaya Dan Pembangunan Modal Insan"

2.1.9 Objektif Jabatan

Objektif MBI adalah menghasilkan mutu kehidupan yang lebih selesa dan

seimbang serta meninggikan taraf hidup bagi semua peduduk dalam

kawasan Majlis dengan cara :

1. Menyediakan segala kemudahan dan perkhidmatan sebagai asas

mencapai mutu kehidupan yang lebih selesa dan meningkatkan taraf

hidup penduduk dalam kawasan Majlis.

2. Memperkemaskan dan meningkatkan mutu perkhidmatan dan

perancangan pembangunan dalam semua bidang.

3. Menggalakan dan menyediakan kemudahan, rekreasi dan riadah

awam.

4. Mengindahkan Bandaraya Ipoh bersesuaian dengan tarafnya sebagai

ibu negeri dan pusat pentadbiran negeri Perak di samping

menggalakan industri dan pentadbiran.

5. Menggalakkan pertumbuhan industri dan perdagangan.

6. Berusaha mencapai objektif dan aspirasi kerajaan termasuk

melaksanakan dasar Pembangunan Nasional.

9

Page 10: Laporan Akhir Latihan Industri (Mohammad Nazirul Bin Zainal Abidin) (15DPB11F1034)

1.2 Fungsi Jabatan

1. Melaksanakan pemakaian dan penguatkuasaan Undang-Undang Kecil

bangunan Seragam 1988, Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974,

Polisi-Polisi Pembangunan Majlis Bandaraya Ipoh serta lain-lain Akta

dan enakmen serta undang-undang yang berkaitan.

2. Menerima dan memproses semua jenis permohonan Pelan Bangunan

bagi kelulusan sementara dan lain-lain bentuk permohonan

pembangunan yang melibatkan pembinaan bangunan dari jenis separa

kekal dan sementara di dalam kawasan Majlis Bandaraya Ipoh.

3. Memproses dan mengeluarkan Sijil Perakuan Layak Menduduki bagi

bangunan-bangunan yang diluluskan.

4. Menyelaras dan melaksanakan pemeriksaan kesiapan bagi

permohonan pembangunan yang diluluskan melalui proses Perakuan

Siap Dan Pematuhan (CCC).

5. Membantu Majlis Bandaraya Ipoh di dalam merangka polisi-polisi

pembangunan dari semasa ke semasa.

10

Page 11: Laporan Akhir Latihan Industri (Mohammad Nazirul Bin Zainal Abidin) (15DPB11F1034)

1.2.1 Piagam Pelanggan Jabatan

Kami berjanji untuk bekerja dengan penuh komitmen dan dedikasi bagi

memberikan perkhidmatan yang cekap, mesra, amanah dan berkualiti ke

arah menjadikan Ipoh sebuah Bandaraya yang bersih, indah, teratur dan

dinamik. Janji-janji kami adalah :

1. Memberikan perkhidmatan pungutan sampah setiap hari di pusat

perdagangan dan pasar dan 3 kali seminggu di lain-lain kawasan.

2. Pembersihan longkang dilakukan setiap hari di kawasan perdagangan

dan sekurang-kurangnya sekali sebulan di lain-lain kawasan.

3. Pemotongan rumput dilakukan 2 minggu sekali di jalan utama dan

sebulan sekali di lain-lain jalan dan kawasan lapang.

4. Memotong dan membersihkan pokok-pokok tumbang yang

menghalang laluan dalam tempoh 24 jam setelah aduan diterima.

5. Memberikan kelulusan ke atas permohonan perancang dan

pembangunan yang telah mematuhi kehendak-kehendak perancangan

tidak melebihi 2 bulan.

6. Semua permohonan lesen premis, iklan, penaja dan pasar akan

dikeluarkan sebelum 15hb. Januari setiap tahun.

7. Semua permohonan lesen-lesen Majlis akan diproses seta diberi

kelulusan bersyarat atau kelulusan lesen dalam tempoh seperti berikut:

Serta-merta untuk lesen sambilan/sementara perniagaan pasar

malam, jualan buah-buahan bermusim, perniagaan/acara-acara

khas seperti Pasar Ramadhan & Ekspo.

Kelulusan bersyarat dikeluarkan melibatkan perniagaan premis

penaja, gerai swasta/Majlis (tidak termasuk proses temuduga)

akan dikeluarkan dalam masa 2 minggu;

Kelulusan bersyarat melibatkan perniagaan premis

makanan/bukan makanan, kilang makanan/bukan makanan akan

dikeluarkan dalam tempoh 1 bulan;

Kelulusan bersyarat melibatkan perniagaan permohonan lesen

gerai pasar awam akan dikeluarkan dalam tempoh 1 bulan;

11

Page 12: Laporan Akhir Latihan Industri (Mohammad Nazirul Bin Zainal Abidin) (15DPB11F1034)

Dalam tempoh 3 bulan kelulusan bersyarat dikeluarkan

melibatkan pengiklanan billboard, perniagaan yang memerlukan

ulasan daripada Jabatan Perancangan Bandaraya dan Jabatan

Kejuruteraan Bandaraya.

8. Memberikan kelulusan ke atas permohonan pelan bangunan yang

mematuhi semua kehendak perundangan dalam tempoh :

6 minggu bagi rumah sebuah dan bangunan kilang.

12 minggu bagi semua skim perumahan/perindustrian dan

perdagangan.

9. Mengeluarkan Sijil Layak Menduduki (CF) tidak melebihi 2 minggu dari

tarikh permohonan diterima yang mematuhi semua kehendak-

kehendak yang ditetapkan.

10. Mengeluarkan permit-permit sementara bagi kerja-kerja binaan dalam

tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan permohonan.

11. Memberikan keputusan bantahan cukai taksiran dalam tempoh 2 bulan

dari tarikh penerimaan surat bantahan.

12. Mengeluarkan bil-bil cukai taksiran kepada pembayar cukai tidak lewat

daripada 15hb. Januari dan 15hb. Julai setiap tahun.

12

Page 13: Laporan Akhir Latihan Industri (Mohammad Nazirul Bin Zainal Abidin) (15DPB11F1034)

1.2.2 Fungsi-Fungsi Dan Aktiviti Utama

1. Melaksanakan pemakaian dan penguatkuasaan Undang-Undang Kecil

bangunan Seragam 1988, Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974,

Polisi-Polisi Pembangunan Majlis Bandaraya Ipoh serta lain-lain Akta

dan enakmen serta undang-undang yang berkaitan.

2. Menerima dan memproses semua jenis permohonan Pelan Bangunan

bagi kelulusan sementara dan lain-lain bentuk permohonan

pembangunan yang melibatkan pembinaan bangunan dari jenis separa

kekal dan sementara di dalam kawasan Majlis Bandaraya Ipoh.

3. Memproses dan mengeluarkan Sijil Perakuan Layak Menduduki bagi

bangunan-bangunan yang diluluskan.

4. Menyelaras dan melaksanakan pemeriksaan kesiapan bagi

permohonan pembangunan yang diluluskan melalui proses Perakuan

Siap Dan Pematuhan(CCC).

5. Membantu Majlis Bandaraya Ipoh di dalam merangka polisi-polisi

pembangunan dari semasa ke semasa.

1.2.4 Carta Organisasi MBI (K&B)

13

Page 14: Laporan Akhir Latihan Industri (Mohammad Nazirul Bin Zainal Abidin) (15DPB11F1034)

Jabatan Kejuruteraan

Visi

“Untuk Menyediakan Prasarana Dan Persekitaran Hidup Yang Moden,

Selamat Dan Sesuai Dengan Pembangunan Bandar Yang Mampan”

Objektif

Merancang Pembangunan Dan Pembinaan Infrastruktur Dan

Kemudahan Awam Di Bawah Pentadbiran Majlis

Fungsi Jabatan

Merancang Dan Membina Kemudahan Infrastruktur Dan Kemudahan

Awam.

Menyelenggara Segala Kemudahan Infrastruktur, Kemudahan Awam

Dan Harta Majlis.

Mengeluarkan Permit-Permit Sementara.

Piagam Pelanggan

Memberikan Kelulusan Ke Atas Permohonan Perancangan Dan

Pembangunan Yang Telah Mematuhi Kehendak-Kehendak

Perancangan Tidak Melebihi 2 Bulan.

14

Page 15: Laporan Akhir Latihan Industri (Mohammad Nazirul Bin Zainal Abidin) (15DPB11F1034)

Carta Organisasi Jabatan Kejuruteraan

Bahagian Kerja & Bangunan

Merancang dan membantu merekabentuk bagi menyediakan pelan-

pelan, gerai, rumah kedai, tandas awam dan lain-lain.

Menguruskan dan menyelia projek-projek bangunan dan kemudahan

awam yang lain.

Menjalankan kerja penyelenggaraan & pembaikan bagi bangunan-

bangunan dan harta Majlis.

Melaksanakan  kerja-kerja pertukangan dan persiapan bagi acara-acara

Majlis.

15

Page 16: Laporan Akhir Latihan Industri (Mohammad Nazirul Bin Zainal Abidin) (15DPB11F1034)

BAB 3 : RINGKASAN MINGGUAN LATIHAN INDUSTRI

Minggu Pertama

17 Dis 2012 – 21 Dis 2012

1. Melapor diri di Pejabat Majlis Bandaraya Ipoh pada pukul 8.00 pagi.

2. Sesi perkenalan.

3. Melakukan kerja-kerja ‘buka fail’ setelah aduan diterima di Pejabat

Majlis Bandaraya Ipoh (K&B).

4. Ujian ‘cube’ dan ujian ‘slumptest’ dilakukan.

5. Melakukan kerja mengikat tetulang untuk papak lantai sebelum kerja

mengkonkrit dilakukan.

6. Melihat kerja mengkonkrit lantai di tapak projek ‘Muzikal Founter’

7. Melihat kerja melantak cerucuk untuk membina Dewan Komuniti di

Batu 8, Ulu Kinta.

Sebanyak 15 cerucuk digunakan.

Berat jentera melantak cerucuk ialah 1 tan.

16

Page 17: Laporan Akhir Latihan Industri (Mohammad Nazirul Bin Zainal Abidin) (15DPB11F1034)

Minggu Kedua

24 Dis – 28 Dis 2012

1. Cuti sempena Hari Krismas.

2. Mencari punca kebocoran paip dan membaikinya di Taman D.R.

3. Melihat kerja-kerja menaiktaraf bangunan UTC (dikenali sebagai Super

Kinta). Antaranya :-

Pemasangan ‘ekskelator’.

Pemasangan jubin lantai dan jubin dinding.

Membuat kemasan akhir.

4. Kerja-kerja untuk ‘groud beam’ dilakukan di tapak projek ‘Muzikal

Founter’.

5. Mendengar penerangan ringkas tentang keselamatan di tapak projek.

6. Mempelajari jenis-jenis pemadam api yang digunakan di Stadium

Indera Mulia.

17

Page 18: Laporan Akhir Latihan Industri (Mohammad Nazirul Bin Zainal Abidin) (15DPB11F1034)

Minggu Ketiga

31 Dis 2012 – 4 Jan 2013

1. Cuti sempena Tahun Baru 2013.

2. Melihat kerja baikpulih kerosakan yang berlaku di Bilik Mesyuarat MBI :

Tingkap yang rosak dan kotor disebabkan titisan cat.

Kabinet yang berlubang disebabkan anai-anai.

3. Melihat ujian ‘cube’ dan ujian ‘slumptest’.

Ujian ‘cube’

2 acuan untuk setiap lori dimana masing-masing 7 hari dan

28 hari.

Ujian ‘slumptest’

Terdapat 3 lapisan dan setiap lapisan dikenakan 25

hentaman.

4. Menyambung kerja-kerja mengkonkrit lantai di tapak projek ‘Muzikal

Founter’.

Minggu Keempat

7 Jan 2013 – 11 Jan 2013

1. Melihat kerja melepa dinding di tapak pembinaan ‘Perak Tourism’

Mortar yang digunakan adalah jenis ‘Ordinary Portland Cement’

(OPC).

2. Melihat pemasangan jubin lantai dan dinding.

3. Melawat lokasi dan melihat cara-cara memasang atap bumbung jenis

genting.

4. Mempelajari proses pemilihan perabot yang sesuai untuk diletakkan di

tapak pembinaan perpustakaan.

5. Mendengar penerangan tentang kontrak tahunan dan dokumen-

dokumen sulit MBI.

18

Page 19: Laporan Akhir Latihan Industri (Mohammad Nazirul Bin Zainal Abidin) (15DPB11F1034)

Minggu Kelima

14 Jan 2013 – 18 Jan 2013

1. Pemasangan kotak bentuk untuk bahagian cerucuk yang telah siap

dipotong.

2. Melakukan kerja pemasangan jubin lantai untuk kedai makan di tapak

pembinaan ‘Perak Tourism’

3. Melihat pemasangan kotak bentuk untuk ‘ground beam’ di tapak

pembinaan Dewan Komuniti Batu 8, Ulu Kinta.

4. Melihat kerja ‘premix’ di tapak pembinaan ‘Perak Tourism’

5. Melakukan kerja-kerja ‘wiring’ di Padang Bola, Buntong.

MInggu Keenam

21 Jan 2013 – 25 Jan 2013

1. Cuti Sempena Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W.

2. Melihat kerja pengorekan tanah untuk pemasangan sistem perparitan.

3. Melakukan ujian ‘cube’ dan ujian ‘slumptest’ di tapak pembinaan

Dewan Komuniti Batu 8, Ulu Kinta.

4. Melakukan kerja mengkonkrit asas lantai.

5. Menyambung kerja ‘premix’ di tapak pembiaan ‘Perak Tourism

Jenis tar : ACW 14

Mesin yang digunakan :-

‘Faber Machine’

‘Hand Compactor’

‘Roller’

19

Page 20: Laporan Akhir Latihan Industri (Mohammad Nazirul Bin Zainal Abidin) (15DPB11F1034)

Minggu Ketujuh

28 Jan 2013 – 1 Feb 2013

1. Cuti sempena Hari Thaipusam.

2. Melakukan kerja servis dan membaiki penghawa dingin.

3. Melihat kerja mengukur tanah bagi menentukan ‘point’ untuk

penanaman cerucuk.

Minggu Kelapan

3 Feb 2013 – 8 Feb 2013

1. Melihat penanaman cerucuk untuk membina Dewan Serbaguna di

Buntong.

Jenis cerucuk : ‘Reinforce Concrete’

Menggunakan jentera pelantak cerucuk (1 tan)

Saiz cerucuk : 6m (20’) x 150mm x 150mm

Terdapat 79 point yang telah dilantak cerucuk mengikut pelan

projek.

Setiap ‘point’ ditanam cerucuk sehingga mengena batuan keras

(hardcore).

Kerja penyambungan cerucuk dilakukan dengan menpatrikan

cerucuk yang telah ditanam dengan cercuk yang akan disambung.

Kerja mencatat jumlah hentakan curucuk dilakukan. Contoh :-

Kedudukan

Cerucuk

Panjang (setiap saiz kaki

(feet) yang telah ditanam)

Jumlah cerucuk

1. 38’ 2

2. 56’ 3

20

Page 21: Laporan Akhir Latihan Industri (Mohammad Nazirul Bin Zainal Abidin) (15DPB11F1034)

Minggu Kesembilan

11 Feb 2013 – 15 Feb 2013

1. Dua hari cuti sempena Tahun Baru Cina.

2. Melihat kerja ‘premix’ di tapak pembinaan Perpustakaan, Chemor.

3. Mempelajari cara-cara membuat Bill of Quantities (BQ)

Minggu Kesepuluh

18 Feb 2013 – 22 Feb 2013

1. Melihat pemasangan kotak bentuk bagi cerucuk yang telah siap

dipotong.

2. Penyambungan kerja ‘premix’ yang belum siap.

3. Pemasangan kotak bentuk bahagian ‘roof beam’ di Dewan Komuniti,

Batu 8.

4. Melihat pemasangan penghawa dingin untuk Perpustakaan, Chemor.

Terdapat 2 jenis :-

‘Wall mounted’

‘Siling SO’

21

Page 22: Laporan Akhir Latihan Industri (Mohammad Nazirul Bin Zainal Abidin) (15DPB11F1034)

Minggu Kesebelas

25 Feb 2013 – 1 Mar 2013

1. Melakukan kerja-kerja ‘wiring’ di Dataran Ipoh.

2. Melihat pemasangan dan mengikat bata jenis ‘sisi bata’.

3. Melihat dan mempelajari cara-cara pemasangan rangka bumbung di

Dewan Serbaguna, Batu 8, Ulu Kinta.

4. Mengkonkrit bahagian ‘ground beam’ di Dewan Serbaguna, Buntong

Minggu Kedua Belas

4 Mar 2013 – 8 Mar 2013

1. Menentukan kedudukan ‘distribution board (DB), plug, dan ‘socket

outlet’.

2. Melawat dan melihat kerja di lokasi tapak projek :-

Dewan Komuniti, Buntong

Perpustakaan, Chemor

3. Mencari punca dan membaiki air tersumbat di Taman D.R.

4. Melakukan kerja-kerja ‘wiring’.

22

Page 23: Laporan Akhir Latihan Industri (Mohammad Nazirul Bin Zainal Abidin) (15DPB11F1034)

Minggu Ketiga Belas

11 Mar 2013 – 15 Mar 2013

1. Pemasangan pendawaian elektrik di tapak pembinaan Dewan

Serbaguna.

2. Mempelajari mengenai pelan projek dengan menggunakan ‘AutoCadd’

(computer software).

3. Melakukan kerja pemasangan kerangka bumbung dan pemasangan

bumbung jenis ‘metaldeck’.

4. Membaiki lampu limpah.

5. Mengenalpasti sistem ‘chiller’ di Perpustakaan Tun Abdul Razak.

Minggu Keempat Belas

18 Mar 2013 – 22 Mar 2013

1. Melakukan kerja penyelenggaraan perabot dan perkakasan elektrik

seperti lampu dan kipas.

2. Mempelajari tentang kerja-kerja yang perlu dilakukan pada peringkat

permulaan sesuatu projek. Contohnya :-

Melawat tapak lokasi projek

Menentukan jumlah kos (Bill Of Quantities).

3. Melihat pemasangan siling di Dewan Komuiti Batu 8.

4. Menservis penyaman udara jenis ‘indoor – outdoor’.

5. Mempelajari mengenai keselamatan di tapak projek.

23

Page 24: Laporan Akhir Latihan Industri (Mohammad Nazirul Bin Zainal Abidin) (15DPB11F1034)

Minggu Kelima Belas

25 Mar 2013 – 29 Mar 2013

1. Mempelajari secara teori tentang cara-cara untuk mengawal sesuatu

projek di bilik mesyuarat M.B.I.

2. Melihat pemasangan kotak bentuk untuk kerja ‘column’.

3. Mendengar taklimat tentang sistem ‘fire prevention’.

4. Mempelajari mengenai cara-cara berkomunikasi antara pekerja dengan

majikan dengan berkesan.

5. Melawat lokasi tandas awam di Taman D.R untuk kerja

penyelenggaraan. Antara kerja yang dilakukan :-

Mengukur saiz bangunan untuk kerja mengecat.

Menetukan perkakasan yang rosak seperti lampu, kipas, ‘water

closet’, urinal dan sebagainya.

Minggu Keenam Belas

1 Apr 2013 – 5 Apr 2013

1. Mendengar taklimat mengenai cara-cara menentu dan merancang

sesuatu projek.

2. Mengenalpasti jenis-jenis perlindungan yang terdapat di dalam

bangunan.

3. Melihat kerja membaiki sistem komunikasi.

4. Melakukan pengujian sistem pendawaian setelah siap kerja pendawaian

elektrik.

5. Melakukan ‘wiring’ khemah di Dewan Serbaguna Taman Rishah.

24

Page 25: Laporan Akhir Latihan Industri (Mohammad Nazirul Bin Zainal Abidin) (15DPB11F1034)

Minggu Ketujuh Belas

8 Apr 2013 – 12 Apr 2013

1. Melawat tapak projek Muzikal Founter.

2. Melakukan kerja penyelenggaraan lif bangunan di Pejabat Utama Majlis

Bandaraya Ipoh.

3. Melihat kerja pemasangan ‘lintol beam’

4. Menyambung kerja-kerja pemasangan kotak bentuk untuk ‘column’ di

Dewan Serbaguna, Buntong.

5. Melakukan kerja ‘wiring’ khemah di rumah flat Kinta Height.

Minggu Kelapan Belas

15 Apr 2013 – 19 Apr 2013

1. Melihat kerja pemasangan lampu limpah di Stadium Perak.

2. Mengkonkrit bahagian tiang (column) di Dewan Serbaguna, Buntong.

3. Melawat tapak projek di Bandar Baru Putra dan melihat kerja-kerja :-

pemasangan jubin lantai dan dinding.

pemasangan pendawaian elektrik.

pemasangan kerangka bumbung.

4. Melakukan kerja pendawaian khemah untu memasang kipas dan lampu

di Dewan Town Hall.

25

Page 26: Laporan Akhir Latihan Industri (Mohammad Nazirul Bin Zainal Abidin) (15DPB11F1034)

Minggu Kesembilan Belas

22 Apr 2013 – 26 Apr 2013

1.

2. Menyambung kerja mengkonkrit bahagian ‘column’ di tapak projek

Dewan Serbaguna, Buntong.

3. Melakukan kerja penyelenggaraan elektrik.

4. Melihat pemasangan kerangka bumbung jenis genting.

5. ‘Wiring’ serta memasang perkakasan elektrik seperti lampu, kipas,

‘distribution board’, ‘socket earth’ dan lain-lain lagi.

Minggu Kedua Puluh

29 Apr 2013 – 3 Mei 2013

1. Melakukan ujian ‘slump’ dan ujian ‘cube’.

2. Melawat lokasi tapak projek Muzikal Founter dan melakukan kerja :-

mengukur jubin lantai dan dinding dengan menggunakan ‘roller’ dan

pita pengukur.

mengira kuantiti perkakasan air pancut serta lampu.

3. Melakukan kerja penyelenggaraan tandas.

4. Pemasangan pendawaian elektrik untuk khemah.

26

Page 27: Laporan Akhir Latihan Industri (Mohammad Nazirul Bin Zainal Abidin) (15DPB11F1034)

BAB 4 – PENDAWAIAN ELEKTRIK

4.1 Pengenalan

Seseorang pegawai akan menentukan dan memilih apakah jenis

sistem pendawaian yang akan dibuat pada sesuatu bangunan kepada

beberapa faktor, seperti :-

i. Jenis bangunan

ii. Suhu persekitaran

iii. Keselamatan dan kos.

4.2 Spesifikasi Pendawaian

Pastikan saiz kabel yang betul mengikut peraturan sediaada. Tidak

boleh disambung atau membuat sambungan TEE. Tiada pengurangan

‘strand’ dibenarkan di terminal. Mestilah dilindungi secukupnya. Tidak boleh

27

Page 28: Laporan Akhir Latihan Industri (Mohammad Nazirul Bin Zainal Abidin) (15DPB11F1034)

dibiarkan dalam keadaan tegang. Mestilah berkedudukan melintang atau

mendatar.

Kod warna ‘standard’ dan penandaan yang betul dan jelas hendaklah

digunakan (red, yellow, blue, neutral dan bumi). Konduit dan ‘trunking’

hendaklah dibumikan dengan sempurna dan berkesan. Koduit dan trunking

hendaklah berwarna OREN. Konduit dan trunking hemdaklah diikat dengan

saddle atau bracket dengan secukupnya supaya ia kukuh dan kuat.

Kabel berlainan voltan dan fungsi hendaklah diasingkan. lubang

laluan kabel, konduit atau trunking pada dinding konkrit hendaklahditutup

dengan bahan rintangan api yang sesuai. Kabel hendaklah di sokong

(supported) dengan kukuh oleh pengikat seperti clamp, clip, anchors, strap,

hangers, bracket, support atau cara-cara lain yang sesuai. Jarak antara

pengikat hendaklah maksima 1000mm dan 300mm dengan outlet box,

device box, cabinet atau fitting.

Faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan jenis pendawaian :-

Jenis voltan bekalan

i. Sistem voltan bekalan yang berlainan satu fasa dan tiga dawai, dua

fasa dan tiga dawai serta kadaran yang berlainan akan memberi

perbezaan dari segi pemanasan pendawaian. Contohnya, pendawaian

bagi kabel-kabel utama dan sudutnya tidak boleh disamakan dengan

pendawaian litar akhir.

Perlindungan mekanik

i. Keadaan tempat yang mana terletaknya banyak bahaya kerosakan

mekanik seperti bengkel-bengkel, kilang dan kawasan awam perlulah

28

Page 29: Laporan Akhir Latihan Industri (Mohammad Nazirul Bin Zainal Abidin) (15DPB11F1034)

dipasang dengan pemasangan yang mempunyai bahagian logam

seperti perisai perlindungan kepada kabel-kabel pemasangan.

Jenis bangunan

i. Sama ada bangunan baru, bangunan lama, bangunan tambahan dan

bangunan daripada kayu atau batu.

ii. Bangunan tersebut sama ada setingkat, bertingkat-tingkat dan

dibawah tanah.

iii. Kegunaan bangunan sama ada sebagai tempat perusahaan,

perniagaan, hotel dan hospital.

Persiapan pembumian

i. Sistem pembumian untuk sesuatu pemasangan pendawaian

memainkan peranan penting dalam pemilihan jenis-jenis pendawaian

yang hendak dibuat.

ii. Kawasan-kawasan tinggi dan tanah yang kering memerlukan system

pembumian yang berlainan daripada kawasan yang rendah dan tanah

yang lembap.

Jangka masa perkhidmatan

i. Sama ada pemasangan tersebut perlu digunakan dalam masa lama

ataupun sementara.

ii. Perbezaan jangka masa bagi pemasangan sementara dengan lama

dapat memberi perbezaan penggunaan kabel dan system

pendawaian.

Kos belanjawan

i. Perkara ini bukan sahaja melibatkan harga bahan-bahan pemasagan

malah termasuk juga perkara-perkara seperti kemudahan

29

Page 30: Laporan Akhir Latihan Industri (Mohammad Nazirul Bin Zainal Abidin) (15DPB11F1034)

mendapatkan bekalan dari pihak LLN, mendapatkan pekerja-pekerja

mahir dan masa yang diambil bagi menyiapkan pemasangan tersebut.

Keadaan khusus

i. Keadaan tertentu yang terdapat di tempat yang hendak dibuat

pemasangan tersebut seperti keadaan lembap dan basah, berminyak,

panas, bahaya, kerosakan mekanikal.

ii. Penggunaan system pemasangan yang tidak peka kepada keadaan-

keadaan di atas akan menyebabkan ketahanan pemasangan tersebut

terjejas.

Pengubahsuaian

i. Keadaan tempat yang memerlukan pengubahsuaian, perubahan litar

dan mudah menerima perubahan-perubahan mengikut keperluan

tempat tersebut.

4.3 Kaedah Pemasangan Bagi Sistem Pendawaian

Terdapat beberapa jenis system pendawaian untuk kaedah

pemasangan. Sepertimana yang telah dinyatakan iaitu pemilihan jenis

system pendawaian adalah bergantung kepada factor pemilihan.

Berikut disenaraikan jenis-jenis system pendawaian yang lazim digunakan

iaitu :-

a) Sistem Permukaan

b) Sistem Konduit

c) Sistem Tersembunyi

d) Sistem Sesalur

30

Page 31: Laporan Akhir Latihan Industri (Mohammad Nazirul Bin Zainal Abidin) (15DPB11F1034)

4.3.1 Sistem Pendawaian Permukaan

i) Ia boleh dipasang secara terus ke dinding kayu atau di atas pelapik kayu

pada dinding batu atau konkrit.

ii) Kabel-kabel yang digunakan dalam pendawaian permukaan mestilah

daripada jenis yang mempunyai tebatan berlapis atau PVK.

Kebaikan :

i) Kerosakan pada pendawaian senang dikesan.

ii) Kerja-kerja menyelenggara dan tambahan boleh dibuat dengan tidak

menjejaskan pendawaian yag sedia ada.

iii) Kemas dan elok dipandang dan sesuai untuk rumah.

Keburukan :

i) Tidak tahan panas.

ii) Terdedah kepada bahaya-bahaya seperti terkena kimia, gigitan

binatang dan sebagainya.

4.3.1.1 Pemilihan Kabel

Kabelnya bersalut dengan PVC dan dibahagian luarnya disarung

pula denga lapisan PVC kedua dan ini menjadikan tebatan dua lapis. Sarung

lapisan luar dapat memberi perlindungan kepada pengalir daripada terus

mengalami kerosakan apabila berlaku kerosakan daripada luar.

4.3.1.2 Kaedah Pemasangan

31

Page 32: Laporan Akhir Latihan Industri (Mohammad Nazirul Bin Zainal Abidin) (15DPB11F1034)

Kaedah pemasangan kabel bagi system ini kebelnya dilekapkan pada

permukaan dinding, tiang atau siling bagi bangunan diperbuat daripada

kayu. Sokongan bagi melekapkan kabel pada dinding lazimnya

menggunakan klip dipaku secara terus.

Ada dua klip yang digunakan untuk sistem pendawaian permukaan iaitu

yang didapati dalam bentuk siap pasang.

a. Klip plumbum

b. Klip aluminium

4.3.2 Sistem pendawaian konduit

i Kaedah pemasangan ini menggunakan paip konduit sebagai panghalaan

pendawaiannya.

ii Jika sistem ini telah dipilih sebagai pemasangannya maka

keseluruhannya kerja pemasangan bagi satu bangunan akan

menggunakan konduit.

iii Kabel akan disalurkan kedalam konduit hingga punca-punca tamatanya.

Kebaikan:

i) Tahan lasak serta tahan kepada hentaman.

ii) Tidak mudah pecah.

32

Page 33: Laporan Akhir Latihan Industri (Mohammad Nazirul Bin Zainal Abidin) (15DPB11F1034)

iii) Kos yang rendah.

Keburukan:

i) Terdedah kepada bahaya punca-punca kerosakan luaran atau

mekanikal.

4.3.2.1 Pemilihan Kabel

Kabel yang digunakan dari jenis kabel bertebat satu lapis sahaja, kerana

kabel telah pun dilindungi oleh kondiut. bilangan kabel yang hendak

dipasang dalam kondiut perlu dipastikan bilangan maksimum kabel itu

adalah untuk mengelakkan daripada kabel terlampau panas di dalam

kondiut.

4.3.2.2 Kaedah Pemasagan

Pemasangan kondiut hendaklah disiapkan sepenuhnya, kemudian

barulah dimasukkan kabel didalamnya. Ini termasuk pemasangan segala

keperluan pemasangan (fittings) dan aksesori seperti kotak tee, kotak sesiku

L dan segala kotak-kotak pemasangan aksesori.

Pastikan semua kotak penyambungan boleh diperiksa dan mudah

dicapai serta mudah diperiksa. Bilangan kabel yang dipasang dalam sesuatu

kondiut hendaklah mengikut factor ruang iaitu tidak melebihi 40%. Pada

bahagian penghujung kondiut seperti dikotak aksesori pastikan segala

tamatan kondiut dilakukan dengan mengambil kira ikatan seperti nat

pengunci dan sesendal.

33

Page 34: Laporan Akhir Latihan Industri (Mohammad Nazirul Bin Zainal Abidin) (15DPB11F1034)

Gambarajah kotak aksesori. Dikenali sebagai ‘back box’.

4.3.3 Sistem Pendawaian Tersembunyi

Kabel pendawaian dalam sistem ini akan dipasang atau ditanam dalam

dinding atau di atas siling bangunan. Penghalaan pendawaian tidak dapat

dilihat kecuali bahagian hujung tamatan untuk disambungkan ke aksesori

seperti soket keluaran, poin lampu, kipas dan suis.

Pemasangan pada bangunan yang dibuat daripada batu lazimnya

kabel-kabel akan ditempatkan pada lurah yang dibuat khas lindungan seperti

kondiut, kemudiannya akan disimen dan dilepa menjadikan dinding kelihatan

kemas dan cantik.

Kebaikan:

i) Kos perbelanjaan bagi pendawaian ini murah.

ii) Tidak memerlukan alat-alat tangan yang tertentu.

iii) Kemas, cantik dan tidak mengganggu pandangan.

iv) Sesuai untuk pejabat.

Keburukan:

i) Susah untuk menentukan punca kerosakan.

ii) Kerja-kerja tambahan susah hendak dilakukan.

iii) Bahaya terkena paku akibat ketukan pengguna.

4.3.3.1 Kaedah Pemasangan

Pemasangan pendawaian tersembunyi dibuat pada peringkat awal sesuatu

bangunan didirikan. Sebaik sahaja batu (bata atau blok) disusun, kerja

pendawaian mula dilakukan, iaitu sebelum kerja-kerja menyimen dijalankan.

Pekerja akan membuat lurah dengan menebuk tembok batu atau bata

mengikut penghlaan pendawaian.

Jenis kabel yang digunakan dengan penebatan dua lapis. Ini dapat

mengelakkan daripada kerosakan mekanikal. Kabel dibentangkan terus

34

Page 35: Laporan Akhir Latihan Industri (Mohammad Nazirul Bin Zainal Abidin) (15DPB11F1034)

pada lurah dan diklip pada bahagian batu supaya tidak terkeluar daripada

penghalaan pendawaian ketika kerja menyimen dilakukan.

Kabel juga boleh disalurkan di dalam kondiut sebagai pelindung

tambahan dan benamkan dalam alur atau lurah yang telah dibuat pada

dinding. Kemudian akan disimen terus bersama permukaan dinding. Ini

menjadikan pemasangan berada di dalam dinding dan kelihatan hanya

bahagian hujung kabel yang akan disambungkan pada aksesori.

Pendawaian tersembunyi diatas siling dilakukan pada penghalaan

yang sesuai dan selamat. Sebaik-baiknya kabel disalurkan kedalam kondiut

bagi mengelakkan terdedah kepada kerosakan secara mekanikal.

Gambarajah pendawaian tersembunyi

4.3.4 Sistem Pendawaian Sesalur (trunking)

Kabel PVC digunakan. Pembuluh dan sesalur memberikan

perlindungan mekanikal. Pembuluh dan sesalur terdapat dua jenis iaitu

galvanised iron (G.I) atau PVC. Sesuai untuk semua jenis permukaan tetapi

sesuai dari segi astetik (tidak cantik).

Kebaikan ;

i. Kerja pemasangan cepat.

ii. Tidak mudah dirosakan oleh perubahan cuaca dan suhu.

Keburukan :

i. Susah dibawa dan dipasang.

ii. Mudah ditempati habuk dan kekotoran.

35

Page 36: Laporan Akhir Latihan Industri (Mohammad Nazirul Bin Zainal Abidin) (15DPB11F1034)

4.3.4.1 Kaedah Pemasangan

Peralatan dan bahan digunakan untuk pemasangan pendawaian:

a) Tukul besi

b) Gunting

c) Pisau

d) Pembaris besi

e) Paku simen

Tidak ada aksesori untuk penyambungan sesiku tee dan sesiku L.

Ini semua boleh dibuat dengan menggunakan sesalur mengikut teknik

pemasangan.

i. Membuat sambungan T

ii. Membuat sesiku L

36

Page 37: Laporan Akhir Latihan Industri (Mohammad Nazirul Bin Zainal Abidin) (15DPB11F1034)

iii. Membentuk simpang empat

iv. Menggunakan kabel dari jenis penebat satu lapis.

v. Pemilihan saiz sesalur yang sesuai mengikut bilangan kabel dan

pastikan faktor ruang yang mencukupi dan tidak melebihi 45%.

vi. Contoh pemasangan pada tamatan soket keluaran. Pada bahagian

hujung sesalur hendaklah dimasukkan kedalam kotak soket keluaran

atau pun kotak suis supaya penyambungan tamatan kelihatan kemas

dan tidak menampakkan kabel dari luar.

Contoh pendawaian tersembunyi

37

Page 38: Laporan Akhir Latihan Industri (Mohammad Nazirul Bin Zainal Abidin) (15DPB11F1034)

4.3.4.2 Contoh kerosakan

Konduit tercabut – wayar dalam bahaya.

Pendawaian tidak selamat.

Pendawaian yang tidak selamat.

38

Page 39: Laporan Akhir Latihan Industri (Mohammad Nazirul Bin Zainal Abidin) (15DPB11F1034)

Wayar yang tidak teratur serta tidak mencukupi.

Pendawaian yang tidak sistematik.

Tiada ciri-ciri keselamatan.

39

Page 40: Laporan Akhir Latihan Industri (Mohammad Nazirul Bin Zainal Abidin) (15DPB11F1034)

Selepas dibalut dengan penebat. Keadaan kurang bahaya berbanding

gambar di atas.

4.4 Penyelenggaraan

4.4.1 Pengenalan

Bahagian penyelenggara merupakan suatu bahagian memperbaiki

serta mencari punca jika berlaku kerosakan apabila menerima sesuatu

aduan. Jika berlaku di majlis-majlis tertentu khusunya yang dianjurkan oleh

kerajaan, pihak selenggara bertanggungjawab untuk memasang khemah

serta peralatan elektrik seperti lamou, kipas, soket dan ‘main’ suis untuk

pemasangan sementara.

4.4.2 Tujuan

a. Supaya pemasangan elektrik sentiasa selamat untuk digunakan.

b. Mengurangkan kos penyelenggaraan.

c. Mengurangkan gangguan bekalan kepada pengguna.

d. Menjadi pemasangan dan peralatan tahan lama.

e. Memenuhi kehendak Peraturan Elektrik 1994.

40

Page 41: Laporan Akhir Latihan Industri (Mohammad Nazirul Bin Zainal Abidin) (15DPB11F1034)

4.4.3 Aspek-Aspek Penyelenggaraan

a. Peruntukan yang mencukupi.

b. Tenaga mahir yang mencukupi.

c. Mempunyai Unit pentadbiran.

d. Stok alat ganti yang mencukupi.

e. Peralatan (kenderaan, tangga, mesin, peralatan, ’instrument’) dan bahan

yang mencukupi.

4.4.3 Kerja-Kerja Selenggara

a. Membaiki atau menukar peralatan elektrik yang rosak seperti mentol,

lampu, kipas, motor, suis, soket dan ‘circuit breaker’.

b. Menservis peralatan elektrik seperti alatubah (transformer), motor,

‘generator’ dan ‘circuit breaker’.

c. Mendawai semula (rewiring) jika terdapat pendaawaian yang

bermasalah.

d. Menguji penebatan sistem pendawaian secara berkala.

e. Memperbaiki, menambah, menaiktaraf sesuatu pemasangan elektrik.

4.4.4 Prosuder sebelum Meembuat Penyelenggaraan

a. Menerima arahan daripada ketua untuk menjalankan tugas yang

diterima daripada pihak aduan.

b. Mengambil barang-barang untuk membuat kerja-kerja penyelenggaraan

di stor.

c. Pekerja yang ditugaskan akan terus ke tempat yang diarahkan untuk

memulakan tugas.

41

Page 42: Laporan Akhir Latihan Industri (Mohammad Nazirul Bin Zainal Abidin) (15DPB11F1034)

4.4.5 Prosuder Membuat Aduan

a. Aduan diterima daripada pengguna yang mempunya masalah melalui

panggilan telefon ataupun melalui internet.

b. aduan dicatat oleh juruteknik yang bertugas.

c. Aduan tersebut akan disambungkan di bahagian penyelenggaraan untuk

mendapatkan susulan lanjut.

d. Aduan kerosakan yang menjejaskan bekalan elektrik akan diambil

tindakan dalam tempoh berikut :-

Kerosakan yang biasa mengambil masa dalam satu hari.

Kerosakan yang rumit biasanya akan dibaiki secepat yang mungkin

dengan syarat mempunyai peruntukan.

42

Page 43: Laporan Akhir Latihan Industri (Mohammad Nazirul Bin Zainal Abidin) (15DPB11F1034)

BAB 5 – SISTEM PENYAMAN UDARA

(AIR-CONDITIONING SYSTEM)

5.1 Pengenalan

Definisi penyaman udara ialah proses pengawalan dan perawatan bagi

semua kandungan udara untuk atau ruang atau tempat-tempat tertutup.

Perawatan secara mekanikal dilakukan terhadap suhu, kelembapan,

pembaharuan udara, kebersihan, dan pegagihan udara tersebut bagi

mencapai keperluan dan fungsi tertentu sesuatu ruang.

Untuk mencapai keperluan pemanasan atau penyejukan dilakukan

dalam pengawalan suhu. Kelembapan pula dapat dikawal dengan proses

pelembapan dan penyahlembapan. Bagi mejamin kebersihan udara, proses

penapisan, penyucian dan peresapan diperlukan semasa pengagihan udara

dilakukan. Proses pengagihan udara dilakukan selepas melalui proses

perawatan dan diagihkan ke bahagian-bahagian tertentu dalam bangunan.

43

Page 44: Laporan Akhir Latihan Industri (Mohammad Nazirul Bin Zainal Abidin) (15DPB11F1034)

Penagihan udara memerlukan unit pengelolaan udara bagi menentukan cara

agihan yang betul.

Secara ringkasnya dalam penyamanan udara memerlukan :-

i. Kawalan suhu secara pemanasan atau penyejukan.

ii. Kawalan kelembapan secara pelembapan atau penyahlembapan.

iii. Kawalan kebersihan secara penapisan, penyucian dan peresapan bagi

membuang kekotoran.

iv. Penagihan udara iaitu jenis pengudaraan dan cara aliran.

Prinsip asas penyamanan udara ialah berdasarkan sifat jirim terhadap

suhu, haba dan tekanan. Haba merupakan satu bentuk tenaga dan boleh

dialihkan dari satu objek ke objek lain. Penyejukan ialah proses secara

mekanikal yang mengeluarkan dan mengalihkan haba dari satu tempat ke

satu tempat yang lain dengan selamat tanpa membahayakan sekeliling dan

kehidupan. Ia berdasarkan dua sifat iaitu :-

a. Bendalir menyerap haba apabila bertukar daripada cecair kepada gas

(haba pendam pengewapan).

b. Bendalir mengeluarkan haba apabila bertukar daripada gas kepada

cecair (haba pendam pemeluwapan).

Contohnya air haba dari api semasa mendidih dan bertukar menjadi gas

wap. Wap yang memeluwap menjadi air dan mengeluarka haba. Dalam

proses penyamanan udara, lazimnya, satu media digunakan bagi proses

pengagihan haba. Pengagihan ini dilakukan secara serapan. Cecair atau

bahan pendingin menyerap haba dari udara dan bertukar menjadi gas. Gas

yang mengandungi haba dibawa dan dikeluarkan ke tempat lain.

44

Page 45: Laporan Akhir Latihan Industri (Mohammad Nazirul Bin Zainal Abidin) (15DPB11F1034)

5.2 Kitaran Asas Penyamanan Udara

Pada dasarnya prinsip penyamanan udara ialah satu prases pendinginan

udara. Pendinginan udara dilakukan dalam bentuk kitaran terutamanya bagi

menjimaykan bahan pendingin. Dalam kitaran tersebut berbagai-bagai

kawalan perlu dilakukan pada proses asa ini untuk membentuk keadaan

keselesaan ysng diperluksn oleh pengguns. Terdapat dua kitaran utama

yang merupakan kitaran asas penyamanan udara iaitu:

a. Kitaran penyejukan

b. Kitaran udara

Kedua-dua proses kitaran ini bertujuan utuk mengalihkan haba dari

ruang yang didinginkan ke udara luar.

5.2.1 Kitaran Penyejukan

Kitaran penyejukan merupakan satu proses yang mengalihkan haba dari

satu tempat ke satu tempat yang lain. Haba dialih melalui unit penyejat dan

disingkirkan ke udara luar pada unit pemeluwapan bagi setiap jenis alat

penyamanan udara. Dalam proses pemindahan haba ini, empat perkara

diperlukan dalam kitaran tersebut, iaitu pemeluwapan, pemampat, penyejat

dan injap pengembangan seperti rajah 2.11. Ia juga memerlukan satu

medium pembawa haba (bahan pendingin). Kitaran penyejukan ini dibuat

dengan sambungan dari paip-paip yang telah ditebatkan. Terdapat dua cara

yang digunakan untuk kitaran penyejukan ini, iaitu penyejukan mampatan

dan penyejukan serapan.

Cara penyejukan mampatan adalah lebih banyak digunakan pada masa

kini kerana sistemnya yanu mudah serta kos yang murah. Alatan-alatan dan

komponennya yang senang dipasang. Jika dibandingkan dengan cara

penyejukan serapan, kos pengendalian cara penyejukan mampatan adalah

lebih jauh tinggi. Walu bagaimanapun, cara penyejukan serapan akan dapat

45

Page 46: Laporan Akhir Latihan Industri (Mohammad Nazirul Bin Zainal Abidin) (15DPB11F1034)

diperkembangkan dan digunakan dengan lebih meluas jika gas asli serta

tenaga suria dapat diperoleh dengan cara yang lebih mudah dan murah.

Bahan pendingin yang biasanya digunakan ialah ‘Refrigerant 12’ atau

‘Refrigerant 22’ kerana sifat-sifatnya yang tidak bertindak balas dengan

kebanyakan logam pemaipan. Dalam keadaan biasa media ini berbentuk

gas tetapi ia bertukar menjadi cecair apabila diletak dibawah tekanan tinggi.

Untuk memahaminya, berikut diterangkan setiap peringkat pada proses

tersebut iaitu :-

5.2.2 Pemampatan

Pemampatan merupakan proses pengepaman bahan pendingin ke

seluruh kitaran penyejukan. Bahan pendingin masuk ke dalam alat

pemampat dalam bentuk gas bertekanan rendah. Apabila tekanan diberikan,

suhu didih akan naik dan menukarkan gas bertekanan rendah kepada gas

bertekanan tinggi. Ini menyebabkan bahan pendingin bertukar daripada wap

kepada cecair.

5.2.3 Pemeluwapan

Pemeluwapan merupakan proses penyingkiran haba daripada bahan

pendingin yang berbentuk gas bertekanan tinggi. Gas tersebut dipamkan ke

alat pemeluwapan. Di sini, haba disingkirkan secara perolakan atau

penyingkiran haba dari lingkaran pemeluwapan yang panas ke lingkaran

pemeluwapan yang sejuk. Haba ini diserap oleh bahantara pemeluwapan

seperti air atau udara sekeliling. Setelah haba pendam disingkirkan, ia

bertukar menjadi cecair pada tekanan tinggi iaitu pada suhu biasa. Kini haba

di dalam bahan pendingin telah dikurangkan.

46

Page 47: Laporan Akhir Latihan Industri (Mohammad Nazirul Bin Zainal Abidin) (15DPB11F1034)

5.2.5 Penyejatan

Penyejatan merupakan proses penyerapan haba pendam. Cecair

bertekanan rendah yang sejuk dialirkan ke alat penyejat yang menyejatkan

haba d aripada udara didalam ruang yang didiginkan. Bahan pendingin

cecair bertukar menjadi gas bertekanan rendah dan membawa haba

bersama-smanya untuk disingkirkan di unit pemeluwapan. Kini kitaran

pertama telah lenkap dan proses inin akan berulang lagi seterusnya. Dalam

proses kitar di atas itar di atas dapati bahapati bahawa haba telah dipinda

haba telah dipindahkan n dari unit minimumnya 60 meternit minimumnya 60

meter. Kadangkala keselurngkala keseluruhan pemasangan alat ini disebut

pam haba kerana sifatnya yang mengepam haba dari dalam ruang ang

mengepam haba dari dalam ruang ke ke ke udara luarudara luarudara luar.

Kuasa penyejukannya adalah antara 1.75 kW ke 475 kW. Untuk

menggerakkan alat pemampat selalunya kuasa elektrik digunakan. Operasi

kitaran penyejukan ini agak bising terutamanya pada alat pemampat.

Rajah 2.11 : Kitaran penyejukan

47

Page 48: Laporan Akhir Latihan Industri (Mohammad Nazirul Bin Zainal Abidin) (15DPB11F1034)

5.3 Kitaran udara

Kitaran udara merupakan proses bagi pengagihan udara yang telah

dirawat ke dalam ruang yang ingin didinginkan. Kitaran ini sebenarnya

adalah untuk menyingkirkan haba dari dalam ruang. Haba disingkir dari

kitaran ini, iaitu semasa bekalan udara balik diserap pada unit penyejat.

Media penyerap haba menggunakan sama ada udara atau air. Oleh itu, kitar

ini mempunyai agihan kekal bekaldan agihan balik. Cara pengagihan boleh

jadi menggunakan salur udara atau perpaipan air dingin. pada proses kitar

udara ini, ia akan melalui beberapa lagi proses untuk mencapai keperluan

pengudaraan ruang yang diingini. Haba dalam ruang yang dikeluarkan akan

menjadi sejuk se secara perlahan-lahan. Dalam proses kitaran udara

beberapa komponen alatan lain diperlukan iaitu :-

i. Unit pengelolaan(AHU)

ii. Penapis udara

iii. Kipas penghembus

iv. Salur udara

v. Pengambilan udara bersih

5.4 Penghawa Dingin Jenis Sistem Loji

Terdapat dua jenis sistem penyaman udara untu sistem loji, iaitu :-

a) Sistem loji berpusat

b) Sistem loji air dingin (setempat)

Penyaman udara jenis sistem loji ini ialah proses pengawalan dan

perawatan bagi semua kandungan udara untuk ruang atau tempat-tempat

tertutup. Perawatan secara mekanikal dilakukan terhadap suhu,

kelembapan, pembaharuan udara dan fungsi tertentu sesuatu ruang.

48

Page 49: Laporan Akhir Latihan Industri (Mohammad Nazirul Bin Zainal Abidin) (15DPB11F1034)

Secara ringkasnya dalam sistem penyaman udara adalah seperti :-

a) Kawalan suhu secara pemanasan atau penyejukan.

b) Kawalan kelembapan secara pelembapan atau penyahlembapan.

c) Kawalan kebersihan secara penapisan, penyecuian dan peresapan bagi

membuang kekotoran.

d) Pengagihan udara iaitu jenis pengudaraan dan cara aliran untuk

mengeluarkan haba berlebihan untuk keselesaan.

e) Untuk memberi udara yang mencukupi.

f) Untuk mengagihkan udara dengan cara yang selesa.

g) Untuk mencapai segala kepentingan di atas tahap mengacam keadaan

fisiologi dan psikologi pengguna.

49

Page 50: Laporan Akhir Latihan Industri (Mohammad Nazirul Bin Zainal Abidin) (15DPB11F1034)

Sistem loji selalunya digunakan untuk pendinginan yang melibatkan

beban pendingin 105.5 kW dengan keupayaan pengolehan udara 2832

litre/saat dan ke atas. Sistem ini memerlukan beberapa ruang khas untuk

menempatkan alatan loji serta agihannya. Ia dipasang semasa proses

pembinaan sesebuah bangunan. Kerja mengintegrasi dan mengkordinasi

sistem penyaman udara dengan struktur dan ruang dalaman bangunan

adalah sangat penting dibuat pada peringkat awal pembinaan untuk

mengurangkan masalah.

50

Page 51: Laporan Akhir Latihan Industri (Mohammad Nazirul Bin Zainal Abidin) (15DPB11F1034)

5.4.1 Sistem Loji Pengadalian Pusat

Kebanyakan kompenen asas sistem loji pengadalian pusat dipasang

pada satu ruang loji mekanikal penyaman udara yang menggelolakan

sebahagian besar kitaran penyejukan dan kitaran udara. Selain itu, sistem ini

memerlukan ruang dengan pengudaraan sekeliling yang baik bagi unit

pemeluwap atau menara pendingin.

Dalam sistem ini udara bekal didatangkan dari loji pusat dan diagihkan

melalui salur udara ke ruang-ruang yang didinginkan. Udara boleh diagihkan

secara mendatar melalui salur dalam ruang siling. Oleh sebab sistem ini

menggunakan salur udara seluruhnya, ia dikaitkan dengan sistem semua

udara. Masalah utama dalam penggunaan sistem ini adalah penghasilan

bunyi bising dan getaran alatan. Masalah ini wujud terutamanya dari alat

pemampat dan kipas penghembus yang diagihkan melalui salur udara ke

ruang yang hendak didinginkan.

5.4.2 Sistem Loji Air Dingin (Setempat)

Ciri utama adalah penggunaan air yang disejukkan dari kitaran

penyejukan untuk menyejukan udara dalam kitaran udara. Perlakuan proses

ini menyebabkan ia dikenali sebagai sistem loji air dingin. Sistem ini

menggunakan media air dingin dari loji pendinginan dengan tujuan untuk

diagihkan beberapa bilik.

Sistem ini mempunyai 4 pusingan berasingan bagi mengagihkan haba dari

dalam ruang yang hendak didinginkan ke udara luar bangunan, iaitu :-

1. Kitaran udara mengalihkan haba dari ruang didinginkan ke unit

pengelolaan udara melalui media udara.

2. Kitaran air mengalihkan haba dari unnit pengelolaan udara ke lingkaran

menara pendingin melalui media air.

51

Page 52: Laporan Akhir Latihan Industri (Mohammad Nazirul Bin Zainal Abidin) (15DPB11F1034)

3. Kitaran penyejukan mengalihkan haba dari lingkaran pemeluwap ke

lingkaran penyejat dalam alat pendinginan air loji pendingin.

4. Kitaran air mengalihkan haba dari lingkaran pemeluwap ke lingkaran

pemeluwap ke menara pendingin melalui media air juga.

5.4.3 Pembahagian Kompenen

Sistem pembahagian udara ialah menyalurkan udara dari alat penyaman

udara ke ruang yang hendak diubahsuai udaranya dan kembali semula ke

alat penyaman udara. Bahagian utama sistem penyaman udara ini ialah :-

i. Air Handling Unit (A.H.U)

Tempat terletaknya kipas, alat pelembapan, alat penyahlembapan,

gegelung pemanas, alat pendinginan dan alat penapisan udara.

ii. Air Ducting (Saluran Udara)

Merangkumi salur bekalan udara alur bekalan, alur kembalian dan salur

kembalian udara.

iii. Distribution Room (Ruang Distrbusi)

Ruang yang perlu didinginkan atau dipanaskan.

5.4.4 Kipas (Centrifugal Fan)

Tugas utama kipas ialah untuk menggerakkan udara ke arah bilik. Di

dalam sistem pembahagian udara, udara yang digerakkan oleh kipas terdiri

daripada semua udara di luar ruangan, semua udara di dalam ruangan dan

campuran udara luar dan dalam ruang. Satu kipas empar menghasilkan

lebih banyak tekanan untuk satu ‘volume’ udara kipas dan adalah digunakan

dimasa kini yang merupakan sesuai. Lazimnya bunyinya sangat bising.

52

Page 53: Laporan Akhir Latihan Industri (Mohammad Nazirul Bin Zainal Abidin) (15DPB11F1034)

Kipas

5.4.5 Salur dan Alur Bekalan (Supply Ducting)

Tugas utama Salur dan Alur Bekalan ialah untuk menyalurkan udara

dari ‘Air Handling Unit’ (A.H.U) ke dalam ruang bilik dengan sama rata dan

sebaik mungkin. Terdapat dua bahagian utama pada bahagian alur bekalan,

iaitu :-

a) Peresap (Diffuser)

- Untuk menghantar udara dalam bentuk menggembang ke ruang bilik.

- Dipasang pada siling ruang sesuatu bilik.

b) Jerejak (Grille)

- Alat ini mempunyai ‘deflection bar’ atau ‘vanes’ pada permukaannya

untuk mengalirkan udara.

Salur boleh didapati dalam bentuk bulat, segiempat tepat dan segiempat

bujur. Ini bermakna ia akan kurang bahan, kurang permukaan salur, kurang

penebat dan lain-lai bentuk salur. Dari sudut praktisnya, salur segiempat

tepat adalah baik kerana terhadnya ruangan di siling dan antara tetulang

denagn tiang yang memerlukan ketinggian salur yang minima. Biasanya,

salur segiempat digunakan untuk saluran utama (plenum) dan saluran bulat

digunakan sebagai cawangan (brunch).

53

Page 54: Laporan Akhir Latihan Industri (Mohammad Nazirul Bin Zainal Abidin) (15DPB11F1034)

5.5 Sistem Penyejukan Air (Water Cooled System)

5.5.1 Pengenalan

Pada sistem penyejukan dan penyamanan udara yang menggunakan

sistem pendinginan air, haba yang diserap dan dimampat disingkirkan

kepada suatu medium, iaitu air. Air yang digunakan untuk menyerap haba ini

akan menyingkirkan haba ke udara dan disejukkan semula dengan

menggunakan peralatan yang dinamakan menara pendinginan. Dengan

perkataan lain, menara pendinginan adalah alat yang digunakan untuk

menyejukkan air dari pemeluwap dingin – air yang menyerap haba dari

penyejat dan pemampat. Sebarang kesumbatan dan kekotoran dalam

cooling tower ini akan mempengaruhi kapasiti penyejukan penyamanan

udara terbabit.

5.5.2 Fungsi Menara Pendingin

Fungsi menara pendingin ialah untuk menyingkirkan haba ke udara

sekeliling dan menyejukkan air panas

yang menyerap haba dari pemeluwap dingin – air. Sistem ini dianggap paling

ekonomi di mana menara pendinginan digunakan untuk sistem pendinginan

semula air. Dengan cara ini air hanya berkurangan dalam kitar penyejukan

air akibat daripada penyejatan. Menara pendinginan menyejukkan air dari

pemeluwap dingin – air dengan bantuan proses peredaran udara.

5.5.3 Prinsip Dan Binaan Menara Pendinginan ( Cooling Tower )

Prinsip kerja cooling tower berdasarkan kitaran air melalui pemeluwap

dingin – air, pam air dan komponen dalaman cooling tower. Pam air akan

menyedut air dari bahagian bawah takungan dan diemparkan ke dalam

pemeluwap dingin – air. Air yang bersuhu rendah yang diemparkan itu akan

menyerap haba dari bahan pendingin didalam tiub pemeluwap dan dibawa

54

Page 55: Laporan Akhir Latihan Industri (Mohammad Nazirul Bin Zainal Abidin) (15DPB11F1034)

ke bahagian semburan diatas menara pendinginan. Air yang disemburkan itu

akan jatuh ke atas isian atau tambakan yang keadaanya berlapis.

Semasa air yang disemburkan jatuh di atas tambakan, udara luar

yang yang bertiub dari arah tepi menara akan membawa wap panas yang

terpeluwap daripada air panas naik ke atas menara dan kipas di puncak

menara menolong mempercepatkan proses penyingkiran haba. Air yang

jatuh di atas tambakan akan dikumpulkan semula ke dalam takungan

pembuangan haba. Air yang sejuk ini akan dipamkan semula ke dalam

pemeluwap . Untuk mengelakkan kekotoran masuk ke dalam kitaran air,

penapis atau turas air dipasangkan pada paip air sebelum masuk ke dalam

pam air dan juga di dalam cooling tower.

Biasanya menara pendinginan beroperasi untuk mendapatkan data berikut :-

a) Suhu air alur masuk : 35º C hingga 37 º C

b) Suhu air alur keluar : 30º C hingga 32 º C

c) Suhu bebuli basah alur masuk : 27 º C

55

Page 56: Laporan Akhir Latihan Industri (Mohammad Nazirul Bin Zainal Abidin) (15DPB11F1034)

 

5.6 Penyelenggaraan

5.6.1 Kaedah penyelenggaraan

1. Bersih dan tukar penapis udara (air filter).

- Penapis udara yang berhabuk atau berdebu akan mengurangkan

pengaliran udara masuk ke dalam sistem penyejukan. Lakukan

56

Page 57: Laporan Akhir Latihan Industri (Mohammad Nazirul Bin Zainal Abidin) (15DPB11F1034)

pemeriksaan pada penapis udara sebulan sekali. Penapis yang

berada dalam keadaan bersih dapat mengurangkan penggunaan

tenaga 5% hingga 15%. Habuk boleh mengurang kesan penyejukan,

meningkatkan bil elektrik dan menyebabkan penghawa dingin

mudah rosak.

2. Bersihkan gegelung (coil).

- Coil terlapik dengan habuk atau debu akan mengurangkan kesan

penyejukan. Untuk membersihkan ‘coil’ pada penghawa dingin,

perlulah munutup bekalan elektrik dan gunakan pembersih

hampagas (vacuum cleaner) untuk menyingkirkan habuk pada ‘coil’

(penukar haba) dalam. Manakala, ‘coil’ luaran boleh dibersihkan

dengan menggunakan air.

-

3. Periksa paip penyalur daripada sebarang kebocoran.

- Periksa semua paip penyalur dan sambungan, minima 2 kali

setahun. Ini adalah penting bagi mengenalpasti masalah sebelum ia

menjadi lebih teruk.

4. Pemeriksaan unit di dalam dan luar rumah.

- Daripada unit dalam rumah, periksa saluran udara keluar masuk

bagi memastikan pengaliran udara tidak terhalang atau terdapat

bekuan air pada unit. Ini kerana kedua-dua factor in boleh

merosakkan unit penghawa dingin. Bagi unit luar rumah pula,

pastikan kesemua saluran udara keluar masuk dalam keadaan

bersih daripada sebarang halangan seperti daun kering dan

serangga.

-

5. Bersihkan unit dalam rumah.

- Lap dengan perlahan-perlahan menggunakan kain kering yang

lembut. Jangan menggunakan air melibihi 40º atau cecair penggilap

untuk membersihkan unit dalam di dalam rumah.

6. Pemeriksaan Berkala.

- Selepas digunakan untuk satu tempoh, penghawa dingin akan

menjadi kotor dan pretasinya akan berkurang. Berpandukan

57

Page 58: Laporan Akhir Latihan Industri (Mohammad Nazirul Bin Zainal Abidin) (15DPB11F1034)

keadaan operasi, kekotoran mungkin akan menghasilkan habuk

yang akan menganggu sistem ‘dehumification’. Jadi, pemeriksaan

berkala dicadangkan sebagai tambahan kepada kerja menyenggara

yang biasa.

58

Page 59: Laporan Akhir Latihan Industri (Mohammad Nazirul Bin Zainal Abidin) (15DPB11F1034)

BAB 6 – PERKAKASAN KEBERSIHAN

6.2 Perkakasan Kebersihan

Perkakasan kebersihan digunakan untuk membersih dan membuang

bahan sisa buangan. Perkakasan kebersihan direka bentuk supaya kawasan

kotoran dapt dikurang kepada minima dan mempunyai permukaan yang

tahan lama, mudah dicuci dan tidak menyerap.

Terdapat dua kategori utama untuk sistem ini, iaitu :-

a) Perkakasan najis (soil fitments)

- Menerima hasil buangan daripada tubuh manusia yang dikenali

sebagai perkakasan najis.

- Perkakasan yang digunakan adalah seperti mangkut tandas (water

closet), dan ‘urinal’.

b) Perkakasan Sisa (waste fitments)

- Menerima hasil kotoran seperti sabun, minyak dan kotoran lain.

- Perkakasan yang digunakan adalah seperti ‘bidet’, besen basuh,

sinki, pancuran mandi, tab mandi pancuran minuman dan lain-lain

lagi.

6.2.1 Reka Bentuk

59

Page 60: Laporan Akhir Latihan Industri (Mohammad Nazirul Bin Zainal Abidin) (15DPB11F1034)

i) Mestilah direkabentuk supaya ia mencapai tahap penggunaan yang

optima dengan pemasangan perkakasan yang mencukupi.

ii) Mematuhi Peraturan Rekabentuk Bangunan. Diantaranya ialah :-

Penempatan ruang pelupusan hendaklah ditempatkan berasingan

dengan tempat penyediaan makanan atau tempat penyimpanan

bahan makanan.

Setiap peralatan kebersihan perlulah disusun dengan tepat dimana

boleh melakukan kerja-kerja pembersihan kawasan yang lebih

berkesan dan ruang yang lebih berpusat.

Bilangan perkakasan mestilah mencukupi dan bersesuaian dengan

tahap umur pengguna dan mengikut jantina.

Direkabentuk dan dipasang supaya tidak mendatangkan mudarat

kepada kesihatan pengguna.

Ruangan pelupusan perlulah mempunyai pengalihidaraann yang

baik dan mempunyai sumber cahaya yang mencukupi samada

semula jadi ataupun mekanikal.

Setiap peralatan mestilah disusun dengan membenarkan

penggunaan yang paling optima.

6.2.2 Susun Atur Perkakasan

i) Penentuan bilangan alatan bergantung kepada :-

Jenis bangunan

Tahap / jantina pengguna

ii) Perancangan ruang pelupusan. Ukuran minima ruang ialah :-

60

Page 61: Laporan Akhir Latihan Industri (Mohammad Nazirul Bin Zainal Abidin) (15DPB11F1034)

Jamban duduk – tidak kurang daripada 1.5m x 0.75m

Pam tandas – tidak kurang daripada 1.25m x 0.75m

Bilik mandi – luas minima : 1.5m dan lebar minima : 0.75m

Bilik mandi dengan pemasangan jamban – luas minima : 2.0m

dan lebar minima : 0.75m

iii) Ketinggian ruang bilik bilik mandi, tandas dan sebagainya – mestilah

tidak kurang daripada 2m.

iv) Ruang pergerakan antara peralatan seperti ‘water closet’, ‘wash hand

basin’ dan ‘bath tub’.

v) Pengudaraan dan pencahayaan yang mencukupi untuk mendapat

keselesaan, mengurangkan kadar kelembapan, mengelakkan berbau

dan mencegah pertumbuhan kulat.

6.2.3 Jenis Perkakasan Kebersihan

1. Perkakasan Najis

i. Mangkuk tandas jenis bersifon perangkap tunggal.

- Menerima air pancuran yang mengalir melalui sati bahagian

berhalang yang mengenakan halangan sementara.

- Dengan itu, kaki panjang kaki sifon akan diisi penuh dengan air.

61

Page 62: Laporan Akhir Latihan Industri (Mohammad Nazirul Bin Zainal Abidin) (15DPB11F1034)

- Tindakan sifon akan berlaku dan tekanan atmosfera di dalam

mangkuk akan menolak bahan-bahan yang terkumpul di dalam

mengkuk keluar.

- Air dari kebuk yang baru sahaja digunakan akan diisi semula air

dengan penuh.

‘Single Trap’

ii. Mangkuk tandas jenis bersifon dua perangkap.

- Air dari tangki simbah mengalir keluar melalui satu pemasangan

pengurang tekanan, lalu menyedut udara melalui tiub dari ruang

di antara kedua-dua kedap air.

- Tindakan sifon seterusnya akan wujud dan tekanan atmosfera di

dalam mangkuk akan menolak bahan-bahan yang terkumpul di

dalam mangkuk.

- Air yang terkandung di dalam kebuk pancuran akan mengalir ke

dalam mangkuk dan mengisi semula kedap.

62

Page 63: Laporan Akhir Latihan Industri (Mohammad Nazirul Bin Zainal Abidin) (15DPB11F1034)

iii. ‘Urinal’

- Perkakasan jenis ini direkabentuk khas untuk diletakan di tandas

lelaki sahaja.

- Terdapat tiga jenis ‘urinal’, iaitu :

Jenis papak (slab)

Jenis mangkuk (bowl)

Jenis kandang (stall)

2) Perkakasan Sisa

i Sinki

- Terdapat beberapa jenis sinki yang biasa digunakan, seperti :-

- Sinki ‘London’

Diperbuat daripada tanah tahan api bergilap dan di sokong

dengan pendakap dan kekaki.

Sinki ini dilengkapi dengan empang limpah.

63

Page 64: Laporan Akhir Latihan Industri (Mohammad Nazirul Bin Zainal Abidin) (15DPB11F1034)

- Sinki ‘Gabungan’

Lebih kurang sama dengan sinki ‘London’ tetapi ia tidak

dilengkapi dengan empang limpah.

- Sinki ‘Pencuci’

Kerap digunakan di sekolah, kilang dan hospital.

Boleh diletakkan di dalam bilik pekerja pembersihan.

Ia dilengkapi dengan jeriji keluli tahan karat yang digunakan

untuk menyokong tong semasa diisi air.

64

Page 65: Laporan Akhir Latihan Industri (Mohammad Nazirul Bin Zainal Abidin) (15DPB11F1034)

- Sinki keluli tahan karat

Sangat popular dan biasa digunakan di semua jeis bangunan.

Untuk bangunan berpenghuni, sinki ini dilengkapi satu atau dua

penyalir, mangkuk tunggal atau kembar.

Lebih sesuai untuk kerja penyediaan makanan dan kerja

mencuci pinggan mangkuk.

ii Besen basuh

- Diperbuat daripada pelbagai bentuk dan saiz.

65

Page 66: Laporan Akhir Latihan Industri (Mohammad Nazirul Bin Zainal Abidin) (15DPB11F1034)

iii ‘Wall basin’

- Dipasang pada dinding dengan menggunakan braket atau

penyangga.

- Kelebihan jenis ini adalah bahagian bawah dan lantainya

ditinggalkan kosong dan bersih.

iii. ‘Padestal basin (Berkekaki)

- Dipasang dengan penyokong dibawahnya seumpama tiang.

Penyokong tersebut perlulah cukup besar untuk melindungi paip

sisa dan pai bekalan dibelakangnya.

- Kebanyakan pengeluar menyediakan braket untuk memastikan ia

kukuh berada di atas penyokongnya (tiang).

66

Page 67: Laporan Akhir Latihan Industri (Mohammad Nazirul Bin Zainal Abidin) (15DPB11F1034)

iv. Bidet

- Bidet diklafikasikan sebagai perkakasan sisa. Oleh itu, paip

sisanya boleh dipasang sama seperti paip sisa pada ‘bath tub’

atau singki.

v. ‘Shower’

- Lebih bersih daripada tab mandi kerana penggunaan airnya

secara berterusan dan dialirkan keluar.

- Memerlukan ruang lantai yang lebih kecil berbanding tab mandi

dan kuantiti air yang diperlukan juga kurang.

vi. Pancutan Air Minuman

- Biasanya digunakan di pejabat, sekolah, kolej, hospital kompleks

sukan dan kebanyakan bangunan perdagangan.

- Diperbuat daripada tanah tahan api dan keluli tahan karat.

- Perkakasan ini hendaklah tidak berdekatan dengan paip air

panas.

67

Page 68: Laporan Akhir Latihan Industri (Mohammad Nazirul Bin Zainal Abidin) (15DPB11F1034)

6.2.4 Faktor Pemilihan Perkakasan Kebersihan

Pemilihan perkasasan kebersihan sangat penting sebelum melakukan

kerja-kerja pemasangan. Terdapat beberapa faktor yang harus diteliti,

seperti :-

i Susunatur peralatan

ii Kos pemasangan

iii Kaedah pemasangan

iv Penyelenggaraan

v Bahan buatan perkakas

vi Kesan bunyi

vii Pasaran

viii RekaBentuk

6.3 Perkakasan Kebersihan Bangunan

6.3.1 Rekabentuk Perkakasan

Di dalam membuat reka bentuk perpaipan termasuk bagi rekabentuk

perkakasan kebersihan, perkara utama yang perlu diberi pertimbangan

adalah ‘plumbing layout’ (‘design’ perpaipan). Terdapat tiga langkah yang

perlu dilengkapkan, iaitu :

i Menentukan jenis dan sistem perkakasan kebersihan yang perlu

dibekalkan.

ii Menentukan jumlah perkakasan kebersihan.

- Jenis bangunan

- Jumlah pengguna mengikut jantina di dalam bangunan tersebut.

iii Menentukan kedudukan perkakasan kebersihan.

68

Page 69: Laporan Akhir Latihan Industri (Mohammad Nazirul Bin Zainal Abidin) (15DPB11F1034)

Jika mencukupi atau melebihi, ia perlulah diterima pakai, tetapi jika

kurang, penambahan jumlah perkakasan akan dibuat selaras dengan

keperluan yang diperlukan.

6.3.2 Susun Atur Ruang Pelupusan

i Penentuan bilangan alatan bergantung kepada :

- Jenis bangunan

- Tahap / jantina pengguna

ii Perancangan ruang pelupusan (ukuran minima ruang).

- Tandas / jamban duduk – 1.5m x 0.75m.

- Pam tandas dengan pasangan selain dari jamban duduk – 0.75m.

- Bilik mandi – luas 1.5m per, lebar 0.75m.

- Bilik mandi dengan pasangan jamban – Luas 2.0m per, lebar 0.75m.

iii Ketinggian ruang bilik mandi, tandas dan sebagainya, mestilah tidak

kurang daripada 2m. Kedudukan perkakasan di dalam ruang perlu

selesa. Dimana antara perkakasan kebersihan dan dinding perlulah ada

ruang untuk manusia bergerak dengan selesa.

69

Page 70: Laporan Akhir Latihan Industri (Mohammad Nazirul Bin Zainal Abidin) (15DPB11F1034)

BAB 7 : KOMEN DAN CADANGAN

7.1 Pengenalan

Latihan Industri merupakan satu pendekatan yang telah

diambil oleh pihak Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

secara amnya dan Politeknik Ungku Omar khasnya untuk menambah

lebih banyak ilmu pengetahuan tentang teknikal mahupun pentadbiran

memandangkan jangkamasa kursus adalah tiga tahun dan ia juga dapat

mengurangkan tekanan para pelajar dalam menghadapi nota-nota

kuliah semata-mata.

Selain itu,saya juga dapat mempelajari cara berkomunikasi dalam

bidang pengurusan dan perancangan sesuatu projek.Pemilihan

organisasi bukan sahaja bergantung kepada besar atau kecil sesuatu

organisasi tetapi kesanggupan segala ilmu pengetahuan yang ada pada

pelatih dengan teknologi terkini yang digunakan di firma.

70

Page 71: Laporan Akhir Latihan Industri (Mohammad Nazirul Bin Zainal Abidin) (15DPB11F1034)

Di sepanjang tempoh Latihan Industri, beberapa komen dan

cadangan dapat dirumuskan bagi kepentingan bersama juga

penambahbaikkan kepada pihak kementerian, Politeknik, firma/majikan

dan pelajar sendiri.

7.2 Komen dan Cadangan kepada Kementerian Pengajian Tinggi

Malaysia

i) Mewujudkan rangkaian kerja berjadual agar dapat melancarkan

sistem supaya lebih mantap.

ii) Soal selidik secara terbuka dapat membuat keputusan dengan

lebih tepat.

iii) Pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia perlu berganding

tenaga untuk meningkatkan prestasi pelajar dan kerjasama

serantau.

iv) Hendaklah menghasilkan pensyarah-pensyarah yang

berdedikasi, mempunyai pengalaman dalam bidang kejuruteraan

dan mahir dalam Bahasa Inggeris.

71

Page 72: Laporan Akhir Latihan Industri (Mohammad Nazirul Bin Zainal Abidin) (15DPB11F1034)

7.3 Komen dan Cadangan kepada Politeknik Sultan Azlan Shah

i) Pihak Politeknik dapat menyelia dengan menghantar surat

permohonan dan dokumen berkaitan kepada organisasi tersebut

dengan lebih berkesan.

ii) Pensyarah perlu menyemak senarai organisasi yang telah

dipohon supaya dapat menjalani Latihan Industri dengan lebih

mampan.

iii) Pihak Politeknik hendaklah memberikan taklimat panduan yang

lebih berkesan kepada pelajar mengenai cara untuk

melengkapkan buku laporan harian yang lebih tepat. Contohnya

seperti format bagi laporan, kaedah penulisan yang sesuai,

perkara-perkara yang perlu dan tidak perlu dalam penulisan

laporan harian.

iv) Selain itu, perlu ditekankan cara yang sesuai bagi pelajar yang

mungkin ketika latihan akan melakukan kerja yang sama selama

beberapa minggu atau bulan.

72

Page 73: Laporan Akhir Latihan Industri (Mohammad Nazirul Bin Zainal Abidin) (15DPB11F1034)

7.4 Komen dan Cadangan kepada Firma/Majikan

i) Majlis Bandara Ipoh perlulah lebih memberi panduan kepada

pelajar tentang prosedur yang perlu dipatuhi semasa

menjalankan latihan.

ii) Jadual gerak kerja yang lengkap dan lancar dapat menimba

pengalaman sebanyak mungkin.

iii) Pelatih-pelatih juga seharusnya dapat dibimbing dengan sebaik

mungkin oleh penyelia yang bertanggungjawab di mana pelatih

menjalani latihan.

iv) Pelajar harus didedahkan dengan kerja-kerja di tempat kerja

untuk memahami antara teori dan amali supaya dapat lebih

memahami dengan jelas tujuan dan maksud kerja tersebut

dilaksanakan.

v) Para pelatih seharusnya didedahkan dengan lebih banyak

pengetahuan tentang kerja-kerja yang berkaitan dengan kursus

pelajaran, di mana pengetahuan ini tidak dapat diperolehi

sepenuhnya di Politeknik hanya dengan mendapatkannya secara

teori.

vi) Ketua dan pekerja bawahan perlulah mempunyai hubungan

komunikasi yang baik seperti memberi penerangan secukupnya

tentang sesuatu kerja supaya pekerja atau pelatih dapat

melakukan kerja dengan sebaik mungkin.

73

Page 74: Laporan Akhir Latihan Industri (Mohammad Nazirul Bin Zainal Abidin) (15DPB11F1034)

8.5 Komen dan Cadangan kepada Pelajar

i) Pelajar mestilah menunjukkan disiplin yang tinggi dengan

mematuhi peraturan dan etika kerja yang baik agar disegani.

ii) Pelajar yang ingin menjalani latihan industri hendaklah sentiasa

bersedia untuk menjalankan tugas yang bakal dilakukan dan

sentiasa mengamalkan sikap bertanggungjawab.

iii) Pelajar perlu tidak mensia-siakan peluang yang telah diberi

semasa menjalani latihan industri supaya ilmu yang diperolehi

sepanjang latihan dapat digunakan dan menjadi panduan untuk

menempuh alam pekerjaan serta ia akan menjadi asset yang

berguna kepada diri sendiri.

iv) Latihan industri merupakan pembelajaran secara berkesan untuk

para pelajar politeknik dan usaha ini harus diteruskan pada masa

akan datang.

74

Page 75: Laporan Akhir Latihan Industri (Mohammad Nazirul Bin Zainal Abidin) (15DPB11F1034)

BAB 8 - KESIMPULAN

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Illahi kerana limpah kurnia-Nya

dapat juga saya menjalani Latihan Industri dengan jayanya sehingga tamat

tempoh latihan tersebut. Sepanjang saya menjalani latihan industri selama

20 minggu bermula dari 17 Disember 2012 hingga 3 Mei 2013, dapat saya

simpulkan bahawa program latihan industri ini sememangnya memberi satu

bentuk latihan yang berbeza kepada pelajar bagi memahami ilmu yang

dipelajari secara teori selama ini di politeknik. Selain itu, ia amat berguna

kepada para pelajar dimana dapat merasa dengan alam pekerjaan yang

sebenar malahan program ini juga turut memberikan pengalaman yang

berguna kepada saya untuk menbina ketabahan diri dan jati diri yang teguh

dalam menempuhi segala cabaran dan dugaan yang mendatang.

Sememangnya tugas dan tanggungjawab yang digalas sebagai

seorang Jurutera amat berat sekali. Hal ini kerana sebarang kegagalan

sesuatu projek dipertanggungjawabkan ke atasnya. Semasa sesi

pemembelajaran, pelajar hanya diajar secara teori dimana penyelesaian

masalah dijawab dengan pengiraan dan pertimbangan berdasarkan teori.

Namun dengan menjalani program latihan seperti ini, pelajar sekurang-

kurangnya dapat membuka mata melihat masalah-masalah sebenar yang

berlaku dalam industri kejuruteraan.

75

Page 76: Laporan Akhir Latihan Industri (Mohammad Nazirul Bin Zainal Abidin) (15DPB11F1034)

Kemahiran berkomunikasi adalah penting sebagai contoh, cara

berkomunikasi interaksi dengan pihak atasan dan pihak bawahan adalah

berbeza sama sekali. Selalunya percakapan dengan pihak bawahan adalah

lebih rasmi dan formal terutamanya semasa menghadiri mesyuarat.

Manakala percakapan dengan pihak bawahan seperti kontraktor adalah lebih

kepada arahan tetapi dengan menggunakan pendekatan psikologi arahan

diberikan secara sopan dan dapat mengelakkan daripada berlakunya

perbalahan. Disinilah kemahiran berkomunikasi dan penyesuaian diri

memainkan peranan yang penting. Butiran percakapan seseorang itu akan

dinilai dan ditafsirkan oleh orang sekeliling dan seterusnya mencerminkan

diri kita sebenar.

Setinggi-tinggi penghargaan sekali lagi saya tujukan kepada semua

pihak yang terlibat dalam menjalankan program latihan industri selama satu

semester saya menjalani latihan.

76