soalan pakk

2
Pada masa ini, konsep penjagaan anak di rumah telah berubah. Keperluan ekonomi rumah tangga dan kerjaya wanita yang semakin diperlukan menyebabkan isteri turut bekerja. Apabila ibu keluar bekerja, mereka perlu mencari beberapa alternatif untuk menjaga anak mareka samada menghantar ke rumah pengasuh atau ke institusi yang berdaftar. Anda adalah seorang ibu yang bekerja. Berikan hujah anda mengapa anda memilih institusi berdaftar untuk menjaga anak anda sewaktu anda bekerja. Sebab utama saya memilih institusi berdaftar untuk menjaga anak saya sewaktu saya bekerja adalah kerana faktor keselamatan. Hal ini demikian kerana institusi yang berdaftar terikat dengan Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308). Akta ini memberi perlindungan kepada kanak-kanak yang berusia di bawah 4 tahun yang memerlukan perkhidmatan Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) semasa ibu bapa mereka di tempat kerja. Akta ini juga memastikan hak kanak-kanak dilindungi iaitu dari segi perkembangan, kebersihan dan keselamatan. Selain itu, Pegawai Berkuasa dari semasa ke semasa akan memeriksa apa-apa premis yang digunakan bagi maksud -maksud taman asuhan kanak-kanak bagi memastikan keselamatan kanak-kanak lebih terjamin. Sebaliknya, institusi yang tidak berdaftar biasanya mempunyai kualiti perkhidmatan yang terabai. Ini disebabkan tidak ada badan pemantau kualiti dan menyukarkan pihak pengguna membuat teguran ataupun tindakan sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku. Selain itu, institusi yang berdaftar terikat dengan peraturan yang telah ditetapkan dan hukuman akan dikenakan sekiranya mereka melanggar peraturan-peraturan tersebut. Contohnya, mereka

Upload: shuhada

Post on 11-Dec-2015

15 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

TUTORIAL

TRANSCRIPT

Page 1: Soalan PAKK

Pada masa ini, konsep penjagaan anak di rumah telah berubah. Keperluan ekonomi

rumah tangga dan kerjaya wanita yang semakin diperlukan menyebabkan isteri turut

bekerja. Apabila ibu keluar bekerja, mereka perlu mencari beberapa alternatif untuk

menjaga anak mareka samada menghantar ke rumah pengasuh atau ke institusi yang

berdaftar.

Anda adalah seorang ibu yang bekerja. Berikan hujah anda mengapa anda memilih

institusi berdaftar untuk menjaga anak anda sewaktu anda bekerja.

Sebab utama saya memilih institusi berdaftar untuk menjaga anak saya sewaktu

saya bekerja adalah kerana faktor keselamatan. Hal ini demikian kerana institusi yang

berdaftar terikat dengan Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308). Akta ini

memberi perlindungan kepada kanak-kanak yang berusia di bawah 4 tahun yang

memerlukan perkhidmatan Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) semasa ibu bapa mereka

di tempat kerja. Akta ini juga memastikan hak kanak-kanak dilindungi iaitu dari segi

perkembangan, kebersihan dan keselamatan. Selain itu, Pegawai Berkuasa dari semasa ke

semasa akan memeriksa apa-apa premis yang digunakan bagi maksud -maksud taman

asuhan kanak-kanak bagi memastikan keselamatan kanak-kanak lebih terjamin. Sebaliknya,

institusi yang tidak berdaftar biasanya mempunyai kualiti perkhidmatan yang terabai. Ini

disebabkan tidak ada badan pemantau kualiti dan menyukarkan pihak pengguna membuat

teguran ataupun tindakan sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku.

Selain itu, institusi yang berdaftar terikat dengan peraturan yang telah ditetapkan

dan hukuman akan dikenakan sekiranya mereka melanggar peraturan-peraturan tersebut.

Contohnya, mereka yang didapati bersalah boleh dihukum denda tidak melebihi RM 1,000.

Bagi kesalahan kali yang kedua atau kali yang kemudiannya, boleh didenda tidak melebihi

RM2,000.00.

Sebab yang seterusnya ialah saya dapat membuat aduan sekiranya terdapat apa-

apa perkara yang dilakukan oleh pengusaha institusi yang melanggar peraturan dan

membahayakan kanak-kanak. Setelah aduan dibuat, pihak berkuasa akan menjalankan

pemeriksaan dengan segera. Di samping itu, sekiranya terjadi perkara yang tidak diingini

terhadap anak saya, saya dapat menuntut pampasan daripada pihak pengusaha institusi.