pakk kumpulan 2

Upload: narmiha

Post on 06-Apr-2018

389 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 PAKK KUMPULAN 2

    1/27

    1

    Pengurusan Ruang yang Sesuai di Kelas-kelas Taska dan Tadika.

    (Marhiza binti Mohd, Mohd Firdaus bin Hasbollah, Mohd Rosdan bin Mohamed,Mohd Saiful Anuar bin Mohd Akasah, Nasaruddin bin Nasir, Norhasmera binti

    Zakari, Nurul Liahna binti Sulaiman, Rosne Azlen binti Ab Aziz, Siti Maryam binti

    Badiuzaman, Zulkarnain bin Md Daud.)

    Universiti Pendidikan Sultan Idris

    12 April 2011

    PENGURUSAN RUANG TASKA DAN TADIKA

    1.0 Pengenalan

    Sebagai langkah permulaan, kelulusan perancangan diperlukan untuk penggunaanbangunan sebagai pusat prasekolah, sama ada untuk tadika atau taska. Mengikut Akta267 (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982 (Seksyen 19), sesebuah bangunanyang akan dijadikan pusat prasekolah tidak boleh digunakan serentak sebagai tempatkediaman atau kedai. Setiap bangunan yang mempunyai sepuluh atau lebih pelajardianggap sebagai sekolah mengikut Akta Pelajaran 1961. Setiap bangunan yanghendak digunakan sebagai pusat prasekolah mestilah sesuai dari segi keselesaan, rekabentuk, struktur dan juga keselamatan (Halimah Abdul Rahman & Kamariah Ibrahim,1993).

    Pengurusan ruang penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Ruangpembelajaran dalam kelas terbahagi kepada beberapa bahagian seperti ruangpembelajaran bagi kognitif, manipulatif, dramatika dan bahasa. Guru perlu merancangpengisian aktiviti di ruang-ruang pembelajaran dan dapat disesuaikan dengan

    pendekatan pengajaran (diperoleh daripada http://bustamkamri.blogspot.com)

    2.0 Definisi Pengurusan Ruang

    Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pengurusan bermaksud mengurus sesuatumanakala ruang pula ialah ruang rumah atau bangunan yang bersekat dengan dindingdan berpintu. Dalam konteks prasekolah, pengurusan ruang merujuk kepada KurikulumPrasekolah Kebangsaan adalah tempat untuk murid bergerak bebas dan berinteraksidengan bahan yang disediakan dan ia meliputi ruang pembelajaran iaitu ruang dalamkelas, ruang luar dan ruang penyediaan makanan termasuk dapur dan bilik air.

    Elliot (2000), menyatakan pada peringkat prasekolah, interaksi dankeberkesanan pengurusan bilik darjah mempunyai pengaruh yang tinggi kepada gurudan kanak-kanak. Susun atur perabot, peralatan dan alat bantu mengajar agak berbezadari bilik darjah KBSR dan KBSM. Pengurusan bilik darjah prasekolah perlu mempunyairuang circle time iaitu aktiviti wajib setiap pagi dimana murid-murid akan berkumpul

  • 8/3/2019 PAKK KUMPULAN 2

    2/27

    2

    bersama guru dan menjalankan sesi perbualan. Di ruangan ini, sesi pengajaran danpembelajaran dilakukan sebelum tugasan diberikan kepada murid-murid. Dalam bilikdarjah prasekolah, ruangan inilah yang banyak digunakan. Ia mempunyai sudut-sudutatau ruang untuk mengembangkan potensi kanak-kanak berusia 5 hingga 6 tahun darisegi perkembangan fizikal, kognitif, sosio-emosi dan bahasa.

    3.0 Ruang Taska dan Perkembangan Kanak-Kanak

    3.1 Ruang Dapur Dan Penyediaan Makanan

    Mengikut buku Garis Panduan Penyediaan Kemudahan Fizikal oleh PERMATANEGARA, ruang dapur bagi sesebuah taska mestilah dengan keluasan minima(10X10). Penyediaan makanan pula mempunyai dua kaedah iaitu penyediaanmemasak atau penyediaan makanan oleh pembekal. Walau apapun carapenyediaannya, sesebuah dapur hendaklah dilengkapi dengan peralatan dankelengkapan dapur seperti :

    y Kabinet pasang siap kekal (built in cabinet) bahagian bawah dari bahankayu keras MDF Board serta aksesori.

    y Kitchen top dengan kemasan jubin tahan lasak.

    y Sinki berkembar dengan 2 paip air.

    y Rangka pintu kabinet bawah hendaklah 6 inci dari paras lantai.

    y Kabinet pasang siap atas berpara dan berpintu cermin.

    y Dapur (hob) dan penyedut asap dapur (hood) siap terbina.

    Selain daripada itu, sumber yang diperoleh daripada Majlis BandarayaPetaling Jaya (MBPJ) pula menetapkan bahawa mana-mana ruang dapur taska

    haruslah memenuhi ciri-ciri yang berikut:

    y Ruang dapur hendaklah mempunyai pintu yang tidak mudah dibuka dandimasuki oleh kanak-kanak.

    y Alat-alat yang digunakan untuk menyediakan makanan hendaklah bersih.

    y Tempat makan yang disediakan hendaklah bersih.

    y Dapur hendaklah berpisah daripada bilik-bilik darjah atau kawasan yangdiasingkan untuk aktiviti-aktiviti kanak-kanak.

    y Tempat stor bahan-bahan makanan mestilah bersih dan selamat.

    y Kanak-kanak mestilah dilarang masuk ke ruang dapur dan stor padasetiap masa.

    3.2 Ruang Bilik Air

    Menurut Anita Rui Olds (2001), terdapat 2 komponen utama yang ada di dalamruang bilik air iaitu tandas dan tempat menyalin lampin/pakaian (diapering area).Ruang tandas mengandungi tempat mandi iaitu pancuran air yang biasanyaberukuran 6.9 meter persegi manakala diapering area pula terdiri daripada meja

  • 8/3/2019 PAKK KUMPULAN 2

    3/27

    3

    menyalin, sinki, dan rak pakaian @ diaper. Berikut merupakan contohgambarajah ruang bilik air bagi taska:

    Rajah 1 : Pelan ruang bilik air Taska(Sumber : Anita Rui Olds, 2001)

    3.2.1 TandasDi taska, sekurang-kurangnya terdapat dua buah tandas kanak-kanak iaitu duatandas cangkung atau dua tandas duduk atau satu tandas duduk dan satutandas cangkung. Ini adalah bagi membolehkan dua orang kanak-kanak dudukatau menggunakannya pada masa yang sama.

    Rajah 2 : Tandas biasa (kiri) dan tandas kanak-kanak (kanan)(Sumber : Anita Rui Olds, 2001)

  • 8/3/2019 PAKK KUMPULAN 2

    4/27

    4

    Tandas haruslah mudah digunakan oleh kanak-kanak agar mereka dapatmelihat rakan-rakan lain yang bermain berbanding rasa menyendiri ataudiabaikan dari aktiviti kumpulan. Kebiasaannya, tandas kanak-kanak berukuran11 inci tinggi atau tandas biasa dengan tangga @ adjustable seat. Kanak-kanakkurang upaya pula sesuai menggunakanpotty chair (Anita Rui Olds, 2001).

    Rajah 3 : Potty chair(Sumber : Anita Rui Olds, 2001)

    Di dalam ruang tandas juga, terdapat tempat mandi yang menggunakanpancur air mandi dengan paip boleh dicapai oleh tangan kanak-kanak. Menerusiruang tandas ini, antara perkembangan yang dapat dilihat pada kanak-kanakmerujuk kepada Kurikulum Permata adalah perkembangan emosi, rohani dansosial. Sebagai contoh, kanak-kanak yang masih tidak pandai membuang air didalam tandas akan melihat kanak-kanak lain yang seusia dengannya membuangair besar dan air kecil di dalam tandas pada setiap hari. Jadi dia akan mulabelajar dan meniru perbuatan rakan-rakan lain iaitu jika ingin membuang air,hendaklah di dalam tandas. Perkembangan lain yang dapat diperhatikan adalahperkembangan bahasa, komunikasi dan literasi awal. Sebagai contoh, pendidikatau pembantu pusat taska akan menentukan bahasa yang akan digunakanoleh kanak-kanak untuk ke tandas dan mengekalkan penggunaan bahasa ini.

    Antara pendidik dan kanak-kanak wujud satu komunikasi untuk menyampaikansesuatu maksud atau perkara iaitu membuang air.

    3.2.2 Diapering Area

    Diaperingadalahmerujuk kepada aktiviti menyalin lampin dan pakaian bagi bayiatau infant (berusia kurang 12 bulan). Bagi bayi, aktiviti toileting/diaperingmerupakan salah satu sumber utama interaksi antara bayi dengan pendidik ataupembantu pusat kerana semasa menyalin lampin/pakaian bayi, ia membantumeningkatkan kemahiran bahasa. Dengan susunan ruang diaperingyang betul,pendidik/pembantu pusat dapat memberi perhatian kepada setiap bayi yang

  • 8/3/2019 PAKK KUMPULAN 2

    5/27

  • 8/3/2019 PAKK KUMPULAN 2

    6/27

    6

    Rajah 5 : Diapering table.(Sumber : Anita Rui Olds, 2001)

    Meja diapering bagi kanak-kanak biasanya direndahkan sedikitberbanding bayi supaya mereka boleh berdiri untuk mencapai dan memilihdiaper mereka sendiri yang ditempatkan dalam rak pakaian yang biasanyabersebelahan dengan meja diapering. Jika meja diapering mempunyai tanggaatau pull-out stairs , kanak-kanak boleh belajar memanjat (Rujuk rajah 4).Sediakan juga rak untuk menyimpan alatan seperti pengelap dan tuala. Rakmestilah mudah dicapai oleh penjaga tetapi sebaliknya bagi kanak-kanak. Selainitu, sediakan ruang pengudaraan tambahan untuk udara keluar bagimengelakkan bau merebak ke ruang lain (Anita Rui Olds, 2001).

    Seperti yang telah dijelaskan, aktiviti diaperingini dapat membantu kanak-kanak meningkatkan kemahiran bahasa. Ini melalui interaksi antara kanak-kanakdengan pendidik/pembantu pusat. Biasanya, patung, gambar dan cermin yangdigantung pada meja menyalin bagi menemani kanak-kanak atau sebagai asaskepada percakapan pendidik/pembantu pusat dengan kanak-kanak. Ini bertujuanuntuk menarik perhatian kanak-kanak supaya diam dan tidak bergerak-gerakagar kerja menyalin dapat berjalan lancar. Dengan ini, kanak-kanak akan menirudan mengajuk percakapan pendidik/pembantu pusat terutamanya jika berlakuproses pengulangan cerita yang sama. Selain dari perkembangan kemahiranbahasa, perkembangan fizikal bagi kanak-kanak juga dapat ditingkatkan,(Aminah Ayob et al.). Sebagai contoh, penggunaanpull-out stairs menyebabkanbayi mempelajari pergerakan baru (merujuk kepada gerakan memanjat) selaindari gerakan-gerakan lain yang sudah dikuasainya. Bagi kanak-kanak pula

  • 8/3/2019 PAKK KUMPULAN 2

    7/27

    7

    (dalam lingkungan 2 tahun), gerakan badan untuk mencapai lampin yangdiletakkan dalam rak membolehkan mereka mempelajari teknik melompat.

    3.3 Ruang Luar / Ruang Permainan

    Menurut Anita Rui Olds (2001), mengenai ruang luar adalah bergantung kepadaciri-ciri berikut.

    1. Keperluan keluasan kaki persegiSetiap kanak-kanak layak diberikan ruang luar bilik untuk bermain dengangembira. Kebanyakkan negara memerlukannya dan ruang standard yangditetapkan oleh NAEYC iaitu 75 kaki persegi minimum/individu pada satu-satu masa. Namun, 100-200 kaki persegi/individu adalah lebih baik danbersesuaian mengikut faktor cuaca yang baik. Bagi taska yangmempunyai ruang luar taska yang minimum, APHA menetapkan padaPanduan AAP membolehkan pengecualian iaitu bagi bayi (0-18bulan)

    keluasan minimum adalah 33 kaki persegi manakala untuk bayi (18-24bulan) minimum adalah 50 kaki persegi. Namun pemilihan lokasi alternatifjuga digalakkan sekiranya perlu.

    2. Lokasi alternatifSemakin pendek jarak pejalan kaki, semakin luas kawasan yangdiperlukan bagi membantu memastikan kanak-kanak dapat bermain diluarbilik dan mereka tidak terkecuali dari faktor cuaca dan persekitaran. Taskadesa biasanya menggunakan laman luar berasaskan kebun, rumah kaca,hutan, tepi tasik dan taman rekreasi sebagai kawasan luar merekaberbeza taska di bandar menggantikan ruang luar seperti muzium, taman-taman, zoo, tempat-tempat menarik seperti sejarah atau etnik berfungsisebagai peranan yang sama.

    3. Ruangan peralihanRuangan peralihan di antara dalam bilik dan luar bilik bergantung kepadakeberkesanan ruang bermain di luar bilik dengan dalam bilik. Sebagaicontohnya iaitu dari kawasan luar bilik ke dalam bilik perlu dipastikanstruktur atap berfungsi sebagai penyambung laluan pejalan kaki. Kanak-kanak boleh berjalan dari luar ke dalam bilik tanpa menggunakan tangga.

    Atap yang dibina memberi perlindungan matahari dan angin. Biasanya,atap atas dibina pintu berkunci dan pagar keselamatan minimum 6 kaki.

    4. LandskapPenggunakan landskap tumbuhan hijau adalah bersesuaian bagimembentuk suasana persekitaran yang selesa dari segi saiz danrekabentuk. Tapak yang rata boleh diubahsuai menjadikan ruanganpermainan yang bervariasi. Sebagai contoh, bukit kecil dibina dan dilitupioleh rumput. Keadaan ini akan mendorong kanak-kanak menggunakankemahiran psikomotor seperti mendaki, menggelungsur, berguling dan

  • 8/3/2019 PAKK KUMPULAN 2

    8/27

    8

    bermain. Ketinggian minimum adalah 4-5 kaki tinggi (200-400 kakipersegi) dengan lerengan 1:3, 1:4, 1: 5 disyorkan untuk kawasan prasekolah.

    5. Kawasan berlindung dan perparitan

    Ruang untuk berlindung mestilah terdapat beranda, ditutupi atau semiberanda, shell gazebo atau band untuk bermain seperti gudang,sebuah gubuk, yang bersandar, dan ruang kegiatan berbumbung Selainitu, kawasan tersebut mestilah mempunyai saliran yang sesuai sejurusselepas hujan. Material seperti kayu merupakan permukaan yang baikdigunakan untuk lantai dan proses pengeringan lebih cepat.

    Mencipta ruang persekitaran yang selesa dan selamat di luar bilik darjahbagi kanak-kanak taska (0-4 tahun) dapat dicapai dengan menggunakan bahanyang asas, kreativiti, masa dan usaha. Tidak kira besar atau kecil sesebuahtaman permainan, permainan luar bilik darjah merupakan bahagian yang penting

    untuk menggalakkan kanak-kanak menerokai alam seterusnya membantu dalamproses pembangunan kemahiran psikomotor mereka. Ruang permainan yangdisediakan perlu dipastikan selamat dan memudahkan kerja pengawasan danpemantauan. Berikut merupakan ruang permainan yang perlu bagi kanak-kanakpra sekolah (Anita Rui Olds, 2001).

    1. Kawasan yang terbuka luas diperlukan sebagai tempat permainan.Keluasan tanah dititik beratkan dan kemudahan untuk mereka menerokasifat alam seperti di kawasan halaman.

    2. Tempat permainan luar bilik perlu dilengkapi dengan gerbang pagar ataumudah alih bergantung kepada usia kanak-kanak. Bagi kanak-kanakberusia 5 tahun pagar kekal bagi memastikan mereka selamat beradadiluar bilik terutamanya bermain tanpa pengawasan.

    3. Pemilihan kawasan permainan mestilah bersesuaian bagi menciptapelbagai persekitaran pembelajaran. Sebagai contoh, kawasan untukpermainan pasir, mengenali alam, air dan kawasan luas bagipembangunan psikomotor.

    4. Kanak-kanak juga cenderung untuk melakukan aktitiviti penanaman.Mereka berminat untuk melihat tumbesaran tumbuhan seterusnyamemberi minat pada mereka. Pemilihan kawasan perlu bagi memberiruang kepada mereka bereksperimentasi dengan tanah dan tumbuhan.

    5. Pembangunan kemahiran psikomotor kanak-kanak pra sekolah bolehdilakukan secara individu seperti ayunan, gelungsur sekiranya disediakanruang yang berstruktur. Selain itu, bahan kitar semula boleh digunakanseperti tayar yang digunakan digantung pada pokok bagi merekamemanjat dan membuat ayunan yang digantung pada pokok.

  • 8/3/2019 PAKK KUMPULAN 2

    9/27

    9

    3.4 Ruang Taska PERMATA

    Dalam KURIKULUM PERMATA (Panduan Pendidikan Awal Kanak-Kanak 0-4Tahun) menyatakan persekitaran pembelajaran PERMATA menekankan aspekpersekitaran yang interaktif dan kondusif supaya setiap aktiviti pembelajaran

    yang dijalankan berlaku dalam suasana yang ceria, selamat dan berkesan.Terdapat tiga bilik khas yang mengikut umur kanak-kanak iaitu yang pertamabilik bayi iaitu kanak-kanak yang berumur 1 hingga 3 bulan. Bilik ini tidak bolehterlalu kecil dan sesak dengan kanak-kanak atau peralatan. Saiz bilik danbilangan kanak-kanak haruslah sesuai. Kedua ialah bilik anak kecil iaitu kanak-kanak di antara umur 1 hingga 2 tahun ke atas. Bilangan kanak-kanak dan saizbilik boleh dirujuk dengan Bahagian PERMATA di Jabatan Perdana Menteri dansebaiknya ruang untuk bermain, makan dan tidur hendaklah diasingkan jikaboleh. Ketiga ialah bilik anak besar untuk kanak-kanak dari umur 3 hingga 4tahun. Ruang yang cukup luas diperlukan untuk kanak-kanak bermain, makandan tidur.

    Ciri-ciri persekitaran pembelajaran kanak-kanak PERMATA mestilahdapat merangsang perkembangan minda kanak-kanak, meningkatkan perasaaningin tahu kanak-kanak, berminat untuk meneroka, menjelajah mencuba danberfikir secara kreatif, sumber atau bahan yang disediakan digalakkan dibuatdaripada bahan semulajadi atau bahan tempatan. Susun atur ruang fizikal pulahendaklah memudahkan pergerakan kanak-kanak, mudah ubah mengikutsituasi, mudah di ambil dan disimpan oleh kanak-kanak, alatan boleh dipelbagaiguna dan mempunyai ciri-ciri keselamatan. Susun atur ruang mestilahmembolehkan kanak-kanak mendapat pelbagai pengalaman seperti menyanyi,menari, berlakon, melompat, membaca, bercerita dan berehat. Situasi ini dapatmenggalakkan kemahiran urus diri kanak-kanak seperti mengemas kembaliperalatan, menyusun mengikut saiz, bentuk dan warna. Selain itu, sudut mainperanan yang disediakan untuk bermain olok-olok atau masak-masak di luarkelas atau di dalam kelas. Peralatan yang dicadangkan ialah kotak besar ataukhemah kecil yang boleh dipasang sebagai rumah, peralatan memasak sepertipinggan mangkuk, cawan, anak patung dan sebagainya. (Kurikulum Permata,2008).

    Susun atur bahagian luar pula hendaklah dapat merangsang mindakanak-kanak di mana perlu disediakan ruang bermain pasir dan air supayakanak-kanak dapat meneroka sambil bermain. Ruang bermain (outdoor

    playground) dan taman yang indah dengan tumbuhan mestilah sesuai dan tidakmerbahaya. Lorong untuk kanak-kanak berjalan, buaian dan gelongsor sertaruang untuk beriadah penting bagi meningkatkan perkembangan kanak-kanaksemasa bermain. Di samping itu, persekitaran pembelajaran untukmenggalakkan perkembangan kemahiran pra-matematik dan pemikiran logikdiwujudkan di mana ia bertujuan untuk menyokong proses pembelajaran pra-matematik dan pra-sains melalui aktiviti yang dijalankan. Peralatan yangdisediakan seperti bongkah pelbagai bentuk dan warna, kad nombor, mainan

  • 8/3/2019 PAKK KUMPULAN 2

    10/27

    10

    suai padan, model manusia, kanta pembesar, akuarium dan sebagainya.(Kurikulum Permata, 2008).

    Bagi mengembangkan kemahiran kreativiti estetika dan daya kreatifkanak-kanak, ruang dan alatan untuk aktiviti seni, kraf dan lukisan perlu

    disediakan. Alatan untuk mewarna iaitu berus, pensil warna dan krayon, kertaslukisan, gam, majalah dan lain-lain hendaklah mencukupi. Perkembanganbahasa dan literasi awal kanak-kanak turut ditekankan dalam persekitaranpembelajaran PERMATA dimana kanak-kanak digalakkan berinteraksi denganbahan bacaan, bahan bergambar dan bahan bercetak. Aktiviti bahasa yangdijalankan bertujuan untuk memupuk perasaan sayangkan buku dan minatmembaca. Di antara bahan yang disediakan ialah buku bergambar, kad bacaan,pentas boneka, carta, buku cerita dan sebagainya. (Kurikulum Permata, 2008).

    4.0 Ruang Tadika dan Perkembangan Kanak-Kanak

    4.1 Bahagian Ruang Pra Sekolah

    Rohani Abdullah (2003), pula menyatakan ruang dalam bilik darjah pra sekolahseharusnya dibahagikan kepada pusat pembelajaran tertentu di mana muridnampak lebih jelas pilihan ruang bagi menjalankan aktiviti tertentu iaitu pusatestetika dan daya kreatif bagi menjalankan aktiviti seni dan kraf. Selain itu, pusattersebut boleh digunakan untuk mempamerkan dan menyimpan alatan yangbersesuaian seperti pusat manipulatif untuk menyimpan alat permainan blok.Pusat pembelajaran atau ruang yang perlu ada dalam bilik darjah pra sekolahialah pusat bahasa dan komunikasi, pusat manipulatif, pusat drama atau mainmasak-masak, pusat seni dan kraf, pusat kognitif (sains dan matematik), pusatteknologi, pusat kerohanian dan moral. Susun atur empat ruang utama danperalatan dalam pengurusan ruang adalah seperti berikut.

    1. Ruang bilik darjah / ruang pembelajarana) Pusat bahasa : rak buku cerita dan buku ilmiah, kad bacaan, carta,

    panggung boneka dan sudut cerita.b) Pusat fizikal : peralatan mainan, peti kecemasan, alat pemadan api,

    carta bergambar dan pelan kebakaran.c) Pusat kreativiti : alat muzik, alatan mewarna atau seni visual, alat

    drama atau main peranan dan pelbagai alat teknologi.2. Ruang penyediaan makanan

    a) Ruang masak : dapur, sinki, peti sejuk, rak pinggan mangkuk,peralatan memasak dan peralatan mencuci.

    b) Ruang makan : meja beralas, tikar dan kerusi, pelapik makanan, cartadoa makan, carta pemakanan seimbang dan carta kesihatan.

    3. Ruang bilik air / tandasa) Tandas lelaki dan perempuan : tandas berasingan, sinki, cermin,

    penyidai tuala, sabun, berus, mop, selipar, pewangi dan pencuci,gayung dan baldi.

  • 8/3/2019 PAKK KUMPULAN 2

    11/27

    11

    4. Ruang luara) Pondokb) Sudut pasir dan airc) Alatan permainan luar : jongkang-jongket, papan gelongsor, papan

    imbangan, rangka memanjat, terowong dan buaian.

    4.2 Ruang Pembelajaran

    Pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak perlu ditempatkan di dalam kawasanyang luas dan mempunyai kemudahan yang menarik bagi mereka. Dalammenyediakan kemudahan yang bersesuaian, analisis ke atas ruang adalah amatpenting. Keluasan ruang pembelajaran kanak-kanak bergantung kepadapenggunaan kanak-kanak, staf, ibu bapa, keperluan program dan juga mematuhi

    Akta Hak Kanak-kanak (Akta 308). Kementerian Pendidikan (2003) menetapkan,ruang tadika perlu mengambil kira perkara-perkara berikut seperti :

    1) Selesa, mendapat cahaya yang cukup dan peredaran udara yang baik.2) Susun atur peralatan memudahkan pergerakan kanak-kanak.3) Ruang pembelajaran diwujudkan di dalam dan di luar kelas.4) Sentiasa bersih, ceria, menarik dan selamat.5) Ruang dan susun atur boleh diubah mengikut situasi dan aktiviti

    pembelajaran.

    Menurut Halimah Abdul Rahman dan Kamariah Ibrahim (1993), ruang-ruang kawasan sekolah atau bilik darjah mempunyai fokus tertentu ataumempunyai peluang-peluang tertentu untuk pembelajaran. Jika ruang dalambangunan adalah kecil, maka guru boleh mempelbagaikan satu sudut untukmelakukan beberapa aktiviti. Pastikan sudut dibina supaya kanak-kanak senangdan boleh membuat pilihan sendiri mengikut keperluan masing-masing.Sediakan ruang-ruang yang boleh memberi peluang untuk pembelajarandijalankan dalam kumpulan besar, kumpulan kecil dan secara individu.Persediaan sudut-sudut pembelajaran ini bertujuan supaya aktiviti dijalankanmengikut kehendak individu, dan kanak-kanak dihalatujukan kepadapembelajaran dengan cara yang baik dan tidak terlalu ketara. Contohnya, kanak-kanak yang pemalu mungkin akan memilih satu sudut di mana ia bolehbersendirian dan seseorang kanak-kanak lain yang memerlukan kawan bolehmenyertai permainan berkumpulan. Mungkin ada seorang kanak-kanak yangberminat dan berasa selesa untuk memulakan aktivitinya di sudut seni atau disudut sains (Halimah Abdul Rahman dan Kamariah Ibrahim, 1993).

    Ruang sudut yang berlainan akan memberi peluang kepada kanak-kanakuntuk melihat, membuat dan belajar. Guru yang prihatin mempunyai kepekaanuntuk membawa kanak-kanak ke sudut yang diminati oleh mereka. Guru jugaperlu memberi bimbingan dan menggalakkan kanak-kanak meneroka semuasudut dan akhirnya kanak-kanak dapat mempelajari sesuatu di sudut-sudut

  • 8/3/2019 PAKK KUMPULAN 2

    12/27

    12

    tertentu yang sesuai untuk perkembangan mereka. Susunan alatan, bahan-bahan, tenaga pengajar dan konsep yang akan dipelajari dan mempengaruhiperkembangan pembelajaran kanak-kanak. Dengan mengadakan beberapasudut, guru dapat memberi peluang kepada kanak-kanak untuk (Halimah AbdulRahman dan Kamariah Ibrahim, 1993).

    y Membuat pilihan

    y Membuat penemuan dan pembelajaran melalui pengalaman sendiri.

    y Mengembangkan perasaan yakin diri dari kemahiran yang dipelajari.

    y Mengembangkan bahasa dan kemahiran komunikasi terutamamembentangkan idea sendiri dengan menggunakan bahasa, bahan danalat separa kreatif.

    y Berlakon melalui main peranan.

    y Belajar berfikir dan menyelesaikan masalah dengan menggunakanpelbagai bahan.

    y Perkembangan fizikal dan kemahiran motor dari aspek koordinasi dan

    manipulasi semasa penggunaan alat.y Mengembangkan aspek sosial dan hubungannya dengan kanak-kanak

    yang lain.

    y Berkongsi dan bertanggungjawab kepada yang lain sebagai ahlikumpulan.

    y Mengguna dan menjaga alat dan bahan.

    y Menyiapkan sesuatu tugasan untuk kumpulan.

    y Membuat penemuan dan kemudiannya mengembangkan pembelajaranberkenaan sesuatu benda atau sesuatu maklumat.

    Menyediakan ruang sahaja untuk sudut-sudut tidak mencukupi. Guru

    mestilah bertindak sebagai pembimbing, pemerhati, bermain bersama, dansering berinteraksi dengan kanak-kanak. Sudut-sudut mestilah senang diawasioleh guru dan tidak terhad dari segi bahan. Di bahagian ini cadangan diberimengenai alat dan bahan yang boleh disediakan untuk sudut-sudut yang bolehdisebutkan pada awal tadi (Halimah Abdul Rahman & Kamariah Ibrahim, 1993).

    4.2.1 Sudut-sudut Pembelajaran

    Menurut Halimah Abdul Rahman dan Kamariah Ibrahim (1993), ruang-ruangatau bilik darjah mempunyai fokus tertentu atau mempunyai peluang-peluangtertentu untuk pembelajaran. Sudut yang boleh dirancang dan disediakan ialah:

    (a) Sudut Sains(b) Sudut Bahasa(c) Sudut Seni dan Kreativiti(d) Sudut Muzik(e) Sudut Agama dan Moral(f) Sudut Matematik

  • 8/3/2019 PAKK KUMPULAN 2

    13/27

    13

    a) Sudut SainsUntuk menggalakkan kanak-kanak memerhati dan berfikir, tanyakansoalan-soalan seperti berikut :

    y Apa yang anda lihat?

    y Bagaimana rupanya?

    y Kenapa begitu?y Beri pendapat.

    y Apakah akan terjadi kalau ..?

    y Bagaimana cara mengetahuinya?

    Beri bimbingan kepada setiap kanak-kanak untuk memberipenjelasan. Dengar soalan-soalan dari kanak-kanak dan beri pertolongankepadanya apabila menemui perkara-perkara yang disalah anggap. Beriberbagai-bagai pengalaman. Sediakan program yang seimbangmenggunakan :

    i. Bahan hidup (tumbuhan atau haiwan untuk menggambarkanpertumbuhan dan pengeluaran oksigen dan karbon dioksida).

    ii. Bahan yang mengeluarkan tenaga (panas, angin, elektrik, bunyimotor, api, magnet).

    iii. Tanah dan kandungannya (batu, tanah, pasir, logam, air, udara).

    Selain itu, beri peluang kepada setiap kanak-kanak untuk membuatpenemuan. Sediakan alatan dan bahan yang sesuai yang akanmembolehkan mereka membuat percubaan. Alatan tidak perlu yangcanggih, contohnya dengan alat seperti kanta pembesar kanak-kanakboleh memerhatikan air, bayang-bayang, matahari, langit, bumi dan

    membuat penemuan sendiri selepas pemerhatian. Pengalaman lamaboleh diulang dan dikaitkan dengan pembelajaran yang terkini supayapembelajaran itu dapat dikembangkan. Gunakan pelbagai media sepertibahan maujud, model, gambar, pelawat dan lawatan. Tanamkan sikapmenghargai benda-benda hidup. Awasi keselamatan kanak-kanak.Menurut Halimah Abdul Rahman dan Kamariah Ibrahim (1993), contohalat untuk sudut sains ialah:

    1. Alat pengukur seperti pembaris, peta, timbang, penimbang beratbadan, sudu besar atau kecil, cawan atau sudu pengukur dan alatmengukur suhu.

    2. Alat-alat lain seperti kanta pembesar, alat mudah (seperti roda,skru, spring), bateri, tembikar, mangkuk, jam, glob, cermin,kompas, teropong, lampu picit, telefon dan akuarium.

    Sudut sains kadangkala dipanggil sudut penerokaan tempat dimana kanak-kanak meneroka, membuat penemuan, menilai danmembuat keputusan tentang bahan dan peralatan. Kanak-kanakmenggunakan deria untuk meneroka sains fizikal dan biologi. Sains

  • 8/3/2019 PAKK KUMPULAN 2

    14/27

    14

    adalah pengalaman terus (hands on) dan bukannya magik. Kedudukansudut sains hendaklah di tempat yang boleh memberikan cahayasemulajadi. Jika boleh, kedudukannya berdekatan dengan plug elektrik.

    Ada guru atau profesional kanak-kanak meletakkan kedudukannyaberdekatan dengan sudut manipulatif supaya bahan dan peralatan boleh

    dikongsikan bersama. Kemudahan penyimpanan penting untukmengilirkan bahan dan peralatan. Peralatan yang dicadangkan ialahprisma dan warna, kanta, peralatan pengukuran, magnet, kompas, jamdan lain-lain. Meja pasir dan air adalah penting sebagai tambahan disudut sains. Pengajaran dan aktiviti hendaklah dirancang apabilamenggunakan haiwan dan tumbuhan di sudut sains (diperoleh daripadahttp://bustamkamri.blogspot.com/2010/09/bagaimanakah-sudut-sains-di-taska-anda.html).

    b) Sudut BahasaSudut bahasa bertujuan untuk memperkenalkan bahasa, budaya, dan

    kaum di Malaysia dan kepentingan Bahasa Malaysia sebagai bahasakebangsaan dan menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasaantarabangsa. Aktiviti yang boleh dijalankan di sudut bahasa ialah denganmemperkenalkan pakaian, tarian, makanan, perayaan dan lagu-lagurakyat untuk mewujudkan minggu bertema dan pertandingan kebudayaan.Manakala bahan yang sesuai pula ialah gambar-gambar dan carta-cartaberkaitan budaya, pakaian, perayaan yang ada di Malaysia dan pelbagailagi. Selain itu sudut ini juga dilengkapi dengan peralatan audio, video danterdapat ruang bacaan (Halimah Abdul Rahman dan Kamariah Ibrahim,1993).

    Sudut bahasa amat sesuai untuk meningkatkan perkembangankanak-kanak di mana sudut ini dapat meningkatkan kemahiran bahasadan komunikasi, dapat berinteraksi dengan bahan bacaan, bahanbergambar dan bahan bercetak, dapat menambahkan perbendaharaankata dan mengukuhkan kemahiran bahasa dan juga dapat memupukminat, kemahiran, mengembangkan kemahiran membaca dan sayangkanbuku (diperoleh daripada http://my prasekolah.blogspot.com/2009/01/pusat-bahasa-dan-komunikasi-prasekolah.html).

    c) Sudut seni dan kreativitiSudut ini bertujuan untuk memperkenalkan dan mengembangkan lagikebolehan kesenian dan kreativiti kanak-kanak melalui teknik-teknikpenggunaan warna dan tekstur serta menggalakkan kanak-kanakmenjadikan seni dan kreativiti sebagai subjek yang menghiburkan danboleh dijadikan kerjaya di masa akan datang. Aktiviti yang bolehdijalankan di sudut seni dan kreativiti ialah:

    y Mengadakan pertandingan mewarna dan melukis.

  • 8/3/2019 PAKK KUMPULAN 2

    15/27

    15

    y Mengajar teknik-teknik menghasilkan lukisan dan gambar (tekniktampalan dan pelbagai lagi)

    y Mengajar kanak-kanak untuk menghasilkan barang seperimembuat layang-layang, membuat tikar, membuat bunga plastikdan pelbagai lagi.

    y Selain itu, mengajar kanak-kanak cara-cara mengecat dan lain-lain.

    Manakala bahan yang sesuai digunakan ialah peralatan mewarna sepertiwarna pensel, warna air, krayon, kapur dan lain-lain, peralatan mengecat(cat dan berus) dan peralatan untuk menghasilkan kraftangan sepertistraw, lidi, surat khabar dan lain-lain (Halimah Abdul Rahman danKamariah Ibrahim, 1993).

    Sudut seni dapat membantu kreativiti dan luahan ekspresi senikanak-kanak. Biasanya terdapat easel berdiri, meja melukis dan bahantanpa toksid untuk mewarna, pemotong, alat lukisan, pengecap, pelekat

    dan pengukir. Kotak pula dipenuhi bahan buangan seperti siput, riben,kain potongan, dawai berwarna, kertas tektur dan kertas warna yangbertujuan untuk eksperimen dan kreativiti. Kejayaan sudut seni adalahberpusatkan kepada kanak-kanak yang berfokuskan kepada prosesmenghasilkan seni dan bukan pada penghasilannya. Maksudnya ialahsatu proses yang menghasilkan seni menerusi eksperimen pelbagaibahan, penggunaan peralatan seni dan pendedahan kepada pengalamanuntuk kreativiti dan luahan ekpresi seni (diperoleh daripadahttp://bustamkamri.blogspot.com/2010_08_01_archive.html).

    d) Sudut Muzik

    Sudut muzik bertujuan untuk memperkenalkan jenis-jenis muzik, alatanperkusi, jenis-jenis tarian dan drama. Di antara aktiviti yang boleh di jalankan di sudut muzik ialah mengadakan pertandingan danpersembahan nyanyian, mengajar murid-murid cara-cara bermain alatanmuzik, mengajar murid menari mengikut irama dan juga mengadakanpertandingan sketsa dan pelbagai lagi. Bahan yang digunakan ialahalatan-alatan muzik (piano, biola, rekoder dan lain-lain), peralatan audiodan sebagainya (Halimah Abdul Rahman dan Kamariah Ibrahim, 1993).

    Kajian terbaru membuktikan bahawa muzik boleh memantapkanperkembangan bahasa, hubungan bunyi perkataan, keupayaan matematik

    kanak-kanak dan sesetengahnya meningkatkan keupayaan intelektualkanak-kanak. Menurut Dr. Lihanna Borhan (2007), pensyarahperkembangan kanak-kanak di Universiti Malaya, kepelbagaian jenismuzik berguna untuk masa depan bayi kerana ia memupuk kemahiranmenulis, membaca dan perbahasan. Semasa usia enam tahun pertamamereka, kanak-kanak boleh berlagu mengikut irama apabila mereka cubamembezakan deria dan bunyi daripada irama muzik serta memperolehpenyampaian visual bunyi tersebut. Proses mendapatkan maksud dari

  • 8/3/2019 PAKK KUMPULAN 2

    16/27

    16

    bunyi merupakan kunci utama untuk permulaan kanak-kanak dalamperkembangan bahasa (diperoleh daripada http://my-prasekolah.blogspot.com/2009/01/peranan-muzik-dan-kanak-kanak.html).

    e) Sudut Agama dan Moral

    Sudut agama dan moral berfungsi untuk memperkenalkan danmenerapkan nilai-nilai murni kehidupan berdasarkan kepada kepercayaanagama masing-masing. Aktiviti yang boleh dijalankan di sudut agama danmoral ialah mendidik kanak-kanak cara-cara berwuduk, solat, berdoa dannilai-nilai murni, mengadakan praktikal cara berwuduk dan solat,mengadakan sesi menghafaz doa dan surah-surah pendek dan jugamengadakan persembahan nasyid. Bahan yang digunakan pada sudut iniadalah seperti carta dan gambarajah cara berwuduk dan bersolat, jamyang menunjukkan waktu solat, peralatan bersolat seperti sejadah,telekung, songkok dan lain-lain dan gambar tempat-tempat ibadatmengikut agama masing-masing seperti masjid, kuil, gereja dan lain-lain

    (diperoleh daripada http://bustamkamri.blogspot.com/2010_08_01_archive.html).

    f) Sudut MatematikSudut matematik diwujudkan untuk memperkenalkan konsep matematikmelalui penggunaan awal nombor dan pra nombor dan menjadikanmatematik sebagai subjek yang menghiburkan. Bahan yang digunakanialah peralatan seperti guli, congkak, puzzle dan lain-lain, kad imbasannombor, manik untuk membilang, penimbang ,jam, calendar, carta dangambar-gambar yang berkaitan nombor. Manakala aktiviti yang bolehdijalankan di sudut matematik ialah : (diperoleh daripadahttp://bustamkamri.blogspot.com/2010_08_01_archive.html).

    y Mengadakan pertandingan bermain congkak, puzzle dansebagainya.

    y Memperkenalkan teknik-teknik mengira dengan menggunakanlagu.

    y Mengadakan aktiviti melibatkan pra nombor dan nombor awalseperti lakonan jual beli dan pelbagai lagi.

    g) Sudut dramatikaSudut dramatika kadangkala dipanggil pondok-pondok, rumah-rumah,atau alam rumah tangga. Apa pun nama yang diberi, ia adalah tempat

    untuk kanak-kanak meneroka pelbagai aktiviti dan menghubungkaitkandengan dunia sebenar. Kanak-kanak boleh menyelidik peranan sebagaiibu, doktor atau pekerja binaan. Kanak-kanak juga dapat membinabahasa dan kemahiran berkomunikasi, berlatih berunding danmenyelesaikan masalah, membina kemahiran literasi menggunakanmenu, senarai semak, mesej, buku masakan atau borang tempahan.

  • 8/3/2019 PAKK KUMPULAN 2

    17/27

    17

    Sudut dramatika biasanya mempunyai dapur bersaiz kanak-kanak,peralatan seperti kuali, periuk, peti sejuk, mop, penyapu, sudu dan garpu,pinggan dan mangkuk, dan juga telefon. Peralatan tambahan pulabiasanya pakaian, anak patung, dan cermin. Kotak props disediakanuntuk membolehkan kanak-kanak mengembangkan aktiviti kerjaya.

    Semasa mengumpul bahan untuk kotak props perlu diingat bahanmatematik dan literasi,props binaan, tiket dan duit olok-olok disusun ataudisimpan dengan baik (diperoleh daripadahttp://bustamkamri.blogspot.com/ 2010_08_01_archive.html).

    4.3 Ruang MakanRuang makan merupakan ruang perkhidmatan sokongan yang perlu ada disetiap pusat prasekolah. Sekiranya ruang makan disediakan di dalam bangunan,kedudukannya bersebelahan dapur penyediaan makanan dengan dibina duabuah sinki kanak-kanak dengan ketinggian tiga kaki dari lantai. Tetapi sekiranyaruang makan khusus tidak dapat disediakan, ruang yang sesuai di luar bangunan

    seperti di serambi boleh dijadikan sebagai ruang makan. Saiz keluasan ruangmakan yang sesuai disediakan ialah 26 meter persegi (Dasar Asuhan danDidikan Kanak-kanak kebangsaan, 2009).

    Menurut Halimah Abdul Rahman dan Kamariah Ibrahim (1993), kanak-kanak yang dibekalkan dengan makanan yang berkhasiat, bermutu tinggi danseimbang didapati mempunyai IQ atau darjah kecerdasan yang tinggi . Prestasimereka juga amat baik. Di dalam bilik darjah mereka didapati aktif dan sentiasariang serta cergas. Ibu bapa dan juga mereka yang terlibat secara langsungdalam penjagaan kanak-kanak hendaklah peka tentang kepentingan makananyang dihidangkan kepada mereka setiap hari. Makanan yang tidak berkualiti danberkhasiat akan menjejaskan perkembangan kanak-kanak itu dalam aspekmental dan juga fizikalnya. Para pakar kesihatan dan pendidikan telah sedar dantelah melatih orang-orang tertentu dalam bidang pemakanan, terutama sekaliuntuk kanak-kanak prasekolah. Terdapat dua faktor yang penting yang telahmendorong pakar-pakar ini ke arah kesedaran iaitu:

    y Segala penyakit dapat dihindari jika pemakanan yang baik diteruskan.

    y Kanak-kanak yang mendapat zat yang mencukupi daripada makananmereka didapati mempunyai IQ yang tinggi. Tahap pencapaian danpembelajaran juga meningkat.

    Tujuan yang kedua di atas yang diberi penekanan agar kanak-anak dibawah jagaan kita itu akan terus maju. Pemakanan yang dirancang rapi dapatmembantu kanak-kanak menuju ke arah kecemerlangan di samping faktor-faktorlain yang turut memainkan peranan. Kajian yang dibuat oleh Dr. Alan C. Leunidan Dr. William T. Mullineaux dari New York Institute for Child Development,membuktikan pemakanan yang yang seimbang telah dapat meningkatkanperkembangan IQ kanak-kanak sebanyak 20 peratus (Halimah Abdul Rahmandan Kamariah Ibrahim,1993).

  • 8/3/2019 PAKK KUMPULAN 2

    18/27

    18

    Kajian kedua-dua pakar ini juga menunjukkan bahawa rancangan yangteliti tentang pemakanan kanak-kanak boleh memberi hasil yang baik danseterusnya membawa kepada kejayaan kanak-kanak itu dalam kehidupannya.Untuk menyediakan suatu program pemakanan yang baik kita hendaklahmemahami tentang perkara-perkara yang penting yang berkaitan dengan

    makanan dan pemakanan. Perkara yang paling asas yang harus kita ketahuiadalah apa yang akan terjadi kepada makanan setelah dimasukkan ke dalamtubuh badan (Halimah Abdul Rahman & Kamariah Ibrahim,1993).

    4.4 Ruang Luar / Ruang PermainanKajian daripada Catherie Robertson (2003) menunjukkan kebanyakankemalangan yang berlaku di tadika melibatkan ruang luar daripada ruang dalam.Sesetengah kes yang berlaku adalah sama iaitu terjatuh, lemas, tercekik, dankeracunan. Faktorfaktor berikut menyebabkan perlunya polisi keselamatanruang luar :

    y

    Separuh daripada kemalangan di tadika adalah disebabkan terjatuh.Terjatuh daripada alatan permainan mencatatkan hampir separuhdaripadanya menyebabkan kecederaan yang teruk. (Thompson, Hudson& Mack, 1999)

    y Taman permainan perlu menyediakan nilai dan keselamatan bagiperkembangan yang sihat. (Frost, 1994)

    y Lebih kurang 400,000 kanak-kanak dirawat di bilik kecemasan disebabkanoleh kecederaan yang disebabkan oleh basikal (Berg et al., 2000)

    Menurut Anita Rui Olds (2001), ruang luar sebenar kanak-kanak padasatu masa dahulu sebelum kewujudan taska dan tadika adalah padang, hutan,

    dan sungai yang berdekatan. Melalui pengalaman semulajadi seperti ini wujudinteraksi di antara kanak-kanak dan alam semulajadi seperti pasir, air, lumpur,pokok, batu, semak, ulat, rama-rama dan burung dimana kanak-kanak tersebutakan menerima kesemua rangsangan motor. Ruang luar semulajadi inimempunyai perbezaan yang ketara dengan ruang luar moden seperti peralatanpermainan yang diperbuat daripada kayu, plastik ataupun besi.

    4.4.1 Zon bermainBagi semua peringkat usia, ruang terbuka harus menyediakan :

    1. Tempat yang khusus diperlukan oleh seorang kanak-kanak2. Tempat untuk sekumpulan kecil 1 hingga 4 orang

    3. Tempat untuk aktiviti yang besar yang melibatkan sehingga 10 orangkanak-kanak.4. Tempat untuk bermain dan bersukan yang melibatkan lebih daripada 10

    orang kanak-kanak.5. Ruang bebas yang mencukupi bagi kanak-kanak untuk berkumpul secara

    spontan

  • 8/3/2019 PAKK KUMPULAN 2

    19/27

    19

    Setiap anak berhak menikmati ruangan luar yang mencukupi untukbermain dengan aman dan gembira. Kebanyakan negara dan saranan olehNational Association for The Education of Young Children (NAEYC) memerlukansekurang-kurangnya 75 kaki persegi bagi seorang kanak-kanak ketika kesemuamereka berada di luar pada satu masa. Namun 100 hingga 200 kaki persegi

    seorang adalah lebih diutamakan terutama ketika cuaca yang baik (Anita RuiOlds, 2001).

    4.4.2 Keselamatan persekitaranCatherie Robertson (2003), memberikan beberapa langkah keselamatan yangperlu dititikberatkan di ruang persekitaran. Antaranya :

    1. Ruang luar perlu diperiksa setiap pagi sebelum digunakan. Buangsampah, dan segala objek bahaya di kawasan persekitaran.

    2. Hindarkan kanak-kanak daripada tumbuh-tumbuhan yang bertoksikkerana kanak-kanak gemar untuk bermain dan makan tumbuhan-tumbuhan. Ketahui ciri-ciri tumbuhan yang ditanam melalui sumber-

    sumber yang boleh dipercayai.3. Pastikan segala perkakasan dan alatan tidak karat atau dirawat denganbahan toksik. Segala racun serangga atau pelarut handaklah dikendalikandengan betul dan disimpan ditempat yang selamat dan tidak dapat dicapaioleh kanak-kanak.

    4. Asingkan kawasan sampah daripada tempat bermain untuk mengelakkankontaminasi dan serangga. Kanak-kanak harus diajar memakai kasutsetiap kali keluar bagi mengelakkan kecacingan.

    5. Sediakan tong sampah tertutup di sekitar kawasan yang sesuai.6. Setiap kawasan permainan di tadika haruslah mempunyai pagar dengan

    ketinggian sekurang-kurangnya 4 kaki.

    4.4.3 Panduan bagi pembinaan pagarAnita Rui Olds (2001), telah menyenaraikan beberapa panduan bagi pembinaanpagar. Panduan berikut adalah :

    a) Perlu beringat walaupun pagar bertujuan untuk mencegah vandalismetetapi kadangkala ia mendorong ke arah itu. Pembinaan dinding konkritkebiasaannya akan membuatkan rasa ingin tahu orang luar mengenai apayang berlaku di dalam tadika.

    b) Buat pagar minimum 4 kaki tinggi, dengan tepi bawah tidak lebih dari 3 inci dari tanah.

    c) Bagi mengelakkan daripada kepala terperangkap, bukaan hendaklahkurang daripada 3 inci atau besar daripada 9 inci lebar (rekabentuksesuai bagi membuatkan kanak-kanak tidak berani memanjat)

    d) Bagi mengelakkan daripada jari terperangkap, bukaan hendaklah beradadi antara 3/8 hingga 1 inci.

    4.4.4 Panduan bagi pembinaan pintu gerbanga. Pintu gerbang terdiri daripada lengkungan terbuka serta berengsel panel

    kayu, logam, atau besi padu.

  • 8/3/2019 PAKK KUMPULAN 2

    20/27

    20

    b. Pintu gerbang besar dan kecil digunakan untuk memisahkan peralihandan batas-batas di laman bermain

    c. Memastikan bahawa pintu gerbang berfungsi sebagai halangan yangmenutup diri dan tidak boleh dioperasi oleh kanak-kanak.

    4.4.5

    Panduan Pemilihan PermainanAmerican Public Health Association (APHA) & American Academy of Pediatrics(AAP) telah menetapkan standard bagi kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawahdimana tidak ada struktur yang melebihi 5 kaki tinggi. Jika terdapat strukturyang melebihi daripada spesifikasi yang ditetapkan, kajian menunjukkan bahawakecederaan yang berlaku adalah lebih serius (Catherie Robertson, 2003).

    Menurut Anita Rui Olds (2001), kemalangan di ruang luar telah banyakberlaku. Oleh sebab itu, jalan penyelesaian utama adalah menyusun semuaperalatan dengan sebaiknya supaya kanak-kanak yang bermain pada salah satupermainan tidak akan mengganggu kanak-kanak yang lain atau berlari kepada

    yang lain. Spesifikasi APHA :

    y 9 kaki di sekitar objek pegun

    y 15 kaki di sekitar objek bergerak (ruang kosong yang diperuntukkanuntuk salah satu peralatan tidak boleh bertindih dengan yang lain)

    Terdapat beberapa panduan keselamatan bagi alatan permainan ditadika. Menurut Anita Rui Olds (2001), antara panduan-panduan keselamatanberikut adalah:

    1. Panduan keselamatan : Permainan Bergerak

    a) Tempatkan buaian dan kesemua alatan bergerak di bahagian tepi lamansupaya pagar berfungsi sebagai belakang buaian. Ini dapatmengurangkan pertembungan di belakang buaian.

    b) Gunakan buaian yang diperbuat daripada getah atau bahan yangdiluluskan. Jangan menggunakan kayu dan besi sebagai tempat dudukbuaian. Elakkan tempat duduk buaian yang bersifat kaku dan keraskerana ia akan menggalakkan kanak-kanak berdiri diatasnya.

    c) Letakkan tidak lebih daripada 2 buaian disetiap satu palang. Ini akanmengurangkan risiko pertembungan diantara pengguna buaian dan orangyang lalu di kawasan tersebut.

    d) Pisahkan buaian bayi dengan buaian kanak-kanak.

    e) Tebuk lubang pada buaian yang diperbuat daripada tayar bagimemastikan terdapat saluran yang baik.f) Penggunaan rantaian besi kecil adalah lebih baik daripada penggunaan

    tali fiber yang boleh menyebabkan kecelakaan.

  • 8/3/2019 PAKK KUMPULAN 2

    21/27

    21

    Gambarajah : Buaian Kanak-kanak

    (Sumber : http://meyckplay.en.made-inchina.com/product/YoTxMDKCAbWe/China Children Outdoor-Swings-57B-.html)

    2. Panduan pemilihan gelongsora) Letakkan gelongsor di kawasan yang kurang padat. Pastikan gelongsor

    tidak berkongsi ruang pendaratan dengan peralatan lain.b) Bagi mengelakkan kemalangan pastikan bahagian bawah gelongsor :

    y Harus selari dengan permukaan tanah 12-16 inci

    y Mempuyai ketinggian 7-12 inci daripada permukaan tanah

    y Diikuti dengan ruangan yang kosong 11 kaki

    c) Pastikan terdapat ruang keselamatan di kawasan permulaan gelongsor.d) Gelongsor yang dibina hendaklah 2 kali lebih panjang daripadaketinggiannya dengan kecondongan tidak melebihi 40 darjah. Pastikanbahawa gelongsor bagi 2 atau lebih kanak-kanak mempunyai panjangtidak lebih daripada 12 kaki.

  • 8/3/2019 PAKK KUMPULAN 2

    22/27

    22

    Gambarajah : Gelongsor( Sumber : http://www.aaastateofplay.com/all-steel-slide-p-945.html?osCsid=cc7c4c221e5213c55c136b9e1eab5c7a )

    3. Panduan pemilihan jongkang jongket dan permainan berspringJongkang jongket yang menggunakan spring adalah lebih sesuai daripada

    jongkang jongket tradisionala) Pastikan jongkang jongket mempunyai fulkrum yang tertutup dan ketinggian

    maksimum 4 kaki, 6 inci. Direkabentuk dengan setiap tempat dudukdiletakkan blok atau separuh tayar yang terkeluar daripada tanah bagimengalami impak cushion.

    b) Pastikan spring yang digunakan ditutup atau direkabentuk untukmengelakkan daripada terkapit.

    c) Pastikan jongkang jongket dan permainan berspring mempunyai pemegangtangan dan pemijak kaki bagi memberi keselesaan kepada kanak-kanakdan memudahkan mereka untuk mengawal kelajuan.

    d) Pastikan jongkang jongket dan permainan berspring lain mempunyai 39 inciruang bebas disemua arah.

    Gambarajah : Jongkang Jongket( Sumber :http://www.northantsfencing.com/playgroundequipment.htm )

  • 8/3/2019 PAKK KUMPULAN 2

    23/27

    23

    4.4.6 Pengaruh Ruang Luar Terhadap Perkembangan Kanak-kanakMenurut Anita Rui (2001), kanak-kanak adalah tangkas dan bersemangat untukmengetahui kebolehan fizikal mereka. Oleh itu, mereka menghargai setiap alatandengan komponen yang berbeza mengikut cara mereka tersendiri. Ketinggianyang berbeza akan meningkatkan cabaran dan membantu meningkatkan

    kemahiran psikomotor mereka. Bagi alasan ini, komponen yang bersambungpada platform (tangga, tali, rantau dan jaring) memberi perkembangan yang lebihbernilai daripada platform itu sendiri. Kanak-kanak memperoleh kemahiran untukmendaki lebih cepat daripada kemahiran untuk menurun. Oleh sebab itu, adalahpenting bagi menyediakan peralatan mendaki dengan berbagai jenis cara untukturun. Selain peluang untuk aktiviti fizikal, bermain di ruang luar jugamenyediakan perkembangan daripada segi kognitif, kreatif, dan emosionalproses pembelajaran. Ruang luar yang optima menyediakan enam jenis aktivitiasas iaitu, aktif, kreatif (pasir, air, lumpur, bercucuk tanam), struktur, fantasi,tenang (membaca, belajar tentang alam) dan teraputik.

    Ruang luar adalah satu ruang lain yang juga merupakan ruanganpembelajaran. Program di ruangan luar harus membimbing kanak-kanak secarakeseluruhan (fizikal, emosi, kognitif, dan sosial). Guru yang memahamikeperluan perkembangan kanak-kanak dan tahu pemikiran mereka menawarkanbanyak peluang untuk kanak-kanak untuk belajar tentang diri mereka sendiri,satu sama lain, dan persekitaran. Guru dapat merangkumi kegiatan yangdirancang, serta membiarkan idea-idea yang muncul dari interaksi yang terjadiketika di ruang luar. Guru yang rapat dan sering memerhatikan kanak-kanakbermain dan mengajar akan mempunyai kebolehan untuk merancang programyang efektif. Mereka boleh menggunakan ruang luar dengan berkesan sebagairuangan yang memaksimumkan peluang pembelajaran. Pelbagai objek dipersekitaran membantu kanak-kanak membuat penyelidikan, menggalakkaneksplorasi spontan dan gerakan, dan memperkaya interaksi. Alatan dan bahanlain memberikan kanak-kanak dengan rangsangan untuk penemuan baru dancara baru mengekspresikan diri (Karen DeBord et. Al., 2002).

    Menurut Halimah Abdul Rahman dan Kamariah Ibrahim (1993), kanak-kanak pra sekolah mengenali pergerakan yang menyeluruh buat pertama kali.Ketika inilah mereka amat gemar meneroka, bergerak, menyentuh danmengamati objek-objek yang ada disekitar mereka. Pusat-pusat pra sekolahharuslah mempunyai keadaan ruang dan persekitaran yang membolehkankanak-kanak membuat penerokaan dengan bebas dan selamat. Keadaandisekeliling mereka juga memberikan galakan yang memberangsangkandisamping mewujudkan cabaran-cabaran yang baru supaya mereka akan terusdapat mempelajari kemahiran yang baru. Suasana persekitaran yang selamat

    juga akan dapat memberi ruang untuk kanak-kanak membuat penerokaan tanpasebarang sekatan. Cara bagaimana sesebuah bilik atau taman permainan dihiasakan memberi kesan kepada cara kanak-kanak bermain.

  • 8/3/2019 PAKK KUMPULAN 2

    24/27

    24

    Anita Rui Olds (2001), turut menyatakan bahawa mood juga dipengaruhioleh teknik dekorasi yang akan membuatkan sesuatu ruang nampak lebih tingginilai sensori dan lebih bervariasi seperti tumbuhan, warna, tekstur, fabrik, danbantal. Apa sahaja yang bergerak, tumbuh, bertukar bentuk (angin, ikan,binatang, tumbuhan) atau pantulan gerakan (cermin) akan menambah minat

    untuk melihat dan membuatkan kanak-kanak lebih gembira. Pelbagai deria bolehmemberi variasi yang berbeza :

    y Penglihatan (lukisan dinding, seni klasik, lukisan kanak-kanak, warna,langit, penglihatan kepada langit dan pokok).

    y Pendengaran (gadget, muzik, kicauan burung, ketawa).

    y Bau (biskut, bunga, tumbuhan).

    y Tekstur (kayu, fabrik, bulu, karpet, plastik, kaca).

    y Kinestatik (hal yang berkaitan dengan bahagian-bahagian tubuh, hal-halseperti merangkak di dalam, di bawah, dan di atas, peluang untuk melihatpersekitaran dari titik pandang yang berbeza).

    4.5 Tandas dan Tempat Rehat Kanak-Kanak SakitTandas untuk kanak-kanak hendaklah dibina khas untuk kegunaan mereka di manapintu, tempat duduk dan paip air dibina mengikut tinggi mereka. Ciri-ciri keselamatanyang perlu diberi perhatian ialah tandas kanak-kanak lelaki diasingkan daripada tandaskanak-kanak perempuan, lantai tandas hendaklah bersih, tidak licin dan mangkuktandas dibina tidak melebihi 6 inci tinggi dari lantai. Bagi kanak-kanak cacat, pemegangperlu disediakan. Selain itu, tempat mencuci tangan juga hendaklah rendah daripadakanak-kanak. Bagi tempat rehat kanak-kanak sakit pula, ruang ini hendaklah sentiasabersih dan dibekalkan dengan sebuah katil yang sesuai dengan saiz kanak-kanak.Sebuah kotak ubat perlu ada dan ditempatkan di satu sudut yang sukar dicapai olehkanak-kanak (Halimah Abdul Rahman dan Kamariah Ibrahim, 1993).

    5.0 Kajian Lepas Mengenai Kesan Pusat Asuhana) Kesan perapatan

    Lewis (1987) mendapati bahawa bayi-bayi di Pusat Asuhan Kanak-Kanakberupaya membentuk perapatan dengan penjaga. Ricucuiti (1974) pulamendapati kanak-kanak akan sedih atau cemas apabila ia ditinggalkandengan orang yang tidak dikenalinya atau apabila ia dipisahkan daripadapenjaganya. Anderson dan rakan-rakan (1981) pula mendapati bahawa hadkesan perapatan ini mempunyai hubungan atau bergantung pada kualitiPusat Asuhan Kanak-Kanak dan interaksi antara penjaga dan bayi. Kanak-kanak akan menunjukkan perapatan yang tinggi dan berasa selamat serta

    berani menjelajah persekitaran jika penjaga di Pusat Asuhan Kanak-Kanakberkebolehan berinteraksi dengan bayi-bayi tersebut. Sebaliknya tahapperapatan yang rendah adalah disebabkan oleh penjaga yang kurangberkebolehan dalam berinteraksi dengan kanak-kanak serta tidak sensitifdengan keperluan mereka (Halimah Abdul Rahman dan Kamariah Ibrahim,1993).

  • 8/3/2019 PAKK KUMPULAN 2

    25/27

    25

    b) Kesan pusat asuhan kanak-kanak ke atas tingkah lakuHamilton dan Gordon, (1978) dan Rubenstein dan Howes, (1976)menyatakan kanak-kanak di pusat asuhan lebih aktif, bekerjasama, lebihyakin, asertif, berdikari dan prososial. Secara khususnya, kanak-kanak diPusat Asuhan Kanak-Kanak lebih cekap dari segi sosialnya. Ini disebabkan

    oleh perhubungan dengan rakan sebaya yang meluas dan penjaga PusatAsuhan Kanak-Kanak yang sentiasa memberi arahan sosial (Halimah AbdulRahman dan Kamariah Ibrahim, 1993).

    Belsky (1988) mengatakan bahawa kanak-kanak yang mempunyaipengalaman awal tentang Pusat Asuhan Kanak-Kanak lebih berisiko untukmempunyai tingkah laku seperti suka berkelahi, tidak mematuhi peraturandan suka menarik diri semasa di prasekolah dan sekolah rendah. Steinberg(1990) juga turut mengatakan bahawa kanak-kanak ini lebih cenderungmenunjukkan sikap suka berkelahi, tergesa-gesa dan egosentrik.

    Walau bagaimanapun, Clarke-Stewart (1989) mendapati kanak-kanakdi Pusat Asuhan Kanak-Kanak juga memiliki sikap-sikap agresif dan tidakakur. Ini mungkin kerana kanak-kanak Pusat Asuhan Kanak-Kanak lebihcenderung melihat diri mereka sebagai berdikari tetapi sebenarnya masihbelum ada kemahiran sosial untuk bertolak ansur dalam perolehan maklumat.

    c) Kesan pusat asuhan kanak-kanak ke atas perkembangan kognitifBurchinal, Lee dan Ramsey (1989) telah menggabungkan kajian mereka dibawah satu projek yang dikenali sebagai Abecedarian Project. Projek inibertujuan membantu keluarga yang berpendapatan rendah denganmenyediakan Pusat Asuhan Kanak-Kanak yang berkualiti tinggi sejakperingkat awal kanak-kanak lagi demi meningkatkan pencapaian akademikmereka. Responden terdiri daripada tiga buah kumpulan iaitu yang menerimaPusat Asuhan Kanak-Kanak secara meluas di bawah kelolaan sebuahuniversiti, kumpulan kedua diletakkan di Pusat Asuhan Kanak-Kanak yangbiasa dan kumpulan ketiga pula terdiri daripada mereka yang hanyamenerima sedikit atau tiada langsung pengalaman Pusat Asuhan Kanak-Kanak. Ketiga-tiga kumpulan ini memasuki Pusat Asuhan Kanak-Kanaksemasa berumur 6 minggu hingga 3 bulan dan kajian dijalankan sehinggabayi memasuki tadika. Keputusan kajian mendapati kanak-kanak di Pusat

    Asuhan Kanak-Kanak menunjukkan perkembangan intelektual yang lebihbaik. Pusat Asuhan Kanak-Kanak di bawah kelolaan universiti menunjukkankadar kejayaan yang paling tinggi dan ini berkait dengan Pusat AsuhanKanak-Kanak tersebut.

    Menurut Belsky dan Steinberg (1990) jika seseorang kanak-kanakdaripada persekitaran yang memberangsangkan dihantar ke Pusat AsuhanKanak-Kanak yang berkualiti rendah, kesan-kesan negatif akan timbul.Mereka juga mendapati bahawa Pusat Asuhan Kanak-Kanak tidak akanmendatangkan kesan-kesan yang berbahaya terhadap perkembangan

  • 8/3/2019 PAKK KUMPULAN 2

    26/27

    26

    kognitif kanak-kanak daripada persekitaran yang tidak memuaskan. PusatAsuhan Kanak-Kanak yang berkualiti tinggi akan mendatangkan kesan-kesanpositif terhadap kemahiran kognitif kanak-kanak.

    KESIMPULAN

    Dengan ini dapat disimpulkan bahawa pengurusan ruang memainkan perananyang penting dalam perkembangan kanak-kanak prasekolah mahupun taska. Antarakeperluan penting yang perlu ada dalam pelan lantai di ruang dalamkelas prasekolah ialah pusat pembelajaran berdasarkan kepada komponen-komponenpembelajaran yang terkandung dalam kurikulum pengajaran prasekolah. Ruangpembelajaran di dalam kelas prasekolahyang biasanya mengandungi enam pusatpembelajaran iaitu pusat bahasa dan komunikasi, pusat kerohanian dan moral, pusatkognitif dan manipulatif, pusat fizikal, pusat kreativiti dan estetika dan pusat teknologimaklumat mempunyai pelbagai fungsi untuk perkembangan kanak-kanak. Manakalaruang lain yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak adalah ruang luar yang

    dapat menarik minat kanak-kanak untuk bermain dan mengembangkan fizikal sertamental mereka. Oleh itu, pusat tadika dan taska hendaklah mempunyai ruang danpersekitaran yang membolehkan kanak-kanak membuat penerokaan dengan bebasdan selamat. Hal yang demikian membolehkan kanak-kanak mewujudkan cabaran-cabaran baru supaya mereka dapat mempelajari kemahiran yang baru.

    BIBLIOGRAFIBuku :

    Aminah Ayob, Mastura Badzis, Rohani Abdullah, Azizah Lebai Nordin, Mahani Razali.2008. Kurikulum Permata : Panduan Pendidikan AwalKanak-Kanak 0-4 Tahun.Tanjong Malim: Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara(NCDRC) Universiti Pendidikan Sultan Idris.

    Anita Rui Olds . 2001. Child Care Design Guide. United States of America: TheMcGraw-Hill Company.

    Belsky,J. 1998. The Effects of Infant Day Care Reconsidered. Early ChildhoodResearch Quarterly, 3, hlm. 232-272.

    Burchinal M, Lee.M dan Ramsey C, 1989. Type of Day-Care And Preschool IntellectualDevelopment In Disadvantaged Children. Children Development, 60, hlm.128-137.

    Catherie Robertson .2003. Safety, Nutrition, and Health in Early Education 2nd Edition.Clifton Park, NY: Delmar/Thomson Learning.

  • 8/3/2019 PAKK KUMPULAN 2

    27/27

    27

    Children Outdoor Swings. (Online). Diperolehi pada Februari 15, 2011 daripadahttp://meyckplay.en.made-in-china.com/product/YoTxMDKCAbWe/China-Children- Outdoor- Swings-57B-.html

    Clark Stewart, K.A dan Fein, G, 1983. Early Childhood Programs In P.H Mussen (ed),

    Handbook of Child Psychology Vol.2.. Edisi ke 4. New York: Wiley

    Halimah Abdul Rahman dan Kamariah Ibrahim. 1993. Pengurusan dan PengelolaanPusat Prasekolah. Kuala Lumpur: Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.

    Permata Negara, DasarAsuhan Dan Didikan AwalKanak-kanakKebangsaan, JabatanPerdana Menteri. 2008. Enterprise Building. Selangor.

    Rujukan Elektronik :

    Akta Kanak-Kanak. 2009. Diperoleh pada Ogos 14, 2009

    daripada http://leeannkang.tripod.com/home.htm.

    Akta Kanak-Kanak. 2009. Diperolehidaripada http://leeannkang.tripod.com/home.htm (14 Ogos 2009).

    BK Early Childhood Education. Diperoleh pada Ogos, 2010 daripadahttp://bustamkamri.blogspot.com

    Karen DeBord et al., 2002. Making the Most of Outdoor Time with Preschool Children.(Online). Diperolehi pada 3 Februari, 2011 daripadahttp://www.poemsnc.org/FCS507.pdf

    Mohd Fazri B. Ibrahim, 2009. My Prasekolah,.Diperolehi pada Januari 20, 2009daripadahttp://my-prasekolah.blogspot.com/search/label/Prasekolah

    Northants fencing and Landscaping. (Online) Diperolehi pada Februari 15, 2011daripada http://www.northantsfencing.com/playgroundequipment.htm

    Playground slide and equipment. (Online). Diperolehi pada Februari 15, 2011 daripadahttp://www.aaastateofplay.com/all-steel-slide-p-%20945.html?osCsid=cc7c4c221e5213c55c%20136%20b9e1eab5c7a