soalan lembaran kerja intervensi 1

4
Latihan Intervensi 1 TAHUN 4 NAMA :______________________________________ KELAS : 4___________ Arahan : Catatkan maklumat yang didapati daripada soalan di bawah. 1. Sebuah kilang di Shah Alam menghasilkan 23 857 buah beg sekolah dalam bulan Mei dan 25 080 buah beg sekolah dalam bulan Jun. Berapakah jumlah beg sekolah yang dihasilkan oleh kilang itu dalam dua bulan tersebut? 2. Amzar bertolak dari rumah pada pukul 6.35 pagi. Dia sampai ke sekolah 50 minit kemudian. Nyatakan waktu Amzar tiba di sekolah. 3. Sebuah baldi mengandungi 2ℓ 30 ml air. Azmi menuangkan air sebanyak 450 ml daripada sebuah bekas ke dalam baldi itu. Hitungkan isipadu, dalam ml, dalam baldi itu sekarang. 1

Upload: norhayati-abdullah

Post on 12-Apr-2017

140 views

Category:

Education


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Soalan lembaran kerja intervensi 1

Latihan Intervensi 1 TAHUN 4

NAMA :______________________________________ KELAS : 4___________

Arahan : Catatkan maklumat yang didapati daripada soalan di bawah.

1. Sebuah kilang di Shah Alam menghasilkan 23 857 buah beg sekolah dalam bulan Mei dan 25 080 buah beg sekolah dalam bulan Jun. Berapakah jumlah beg sekolah yang dihasilkan oleh kilang itu dalam dua bulan tersebut?

2. Amzar bertolak dari rumah pada pukul 6.35 pagi. Dia sampai ke sekolah 50 minit kemudian. Nyatakan waktu Amzar tiba di sekolah.

3. Sebuah baldi mengandungi 2ℓ 30 ml air. Azmi menuangkan air sebanyak 450 ml daripada sebuah bekas ke dalam baldi itu. Hitungkan isipadu, dalam ml, dalam baldi itu sekarang.

4. Bilangan penduduk di Bandar Kluang ialah 90 000 orang. Jika bilangan penduduk dewasa berjumlah 56 370 orang, berapakah bilangan penduduk yang terdiri daripada kanak-kanak?

1

Page 2: Soalan lembaran kerja intervensi 1

Latihan Intervensi 1 TAHUN 4

5. Dalam suatu kempen kitar semula, sebuah organisasi berjaya mengumpul 84 217 tin aluminium. Berapakah bilangan tin yang perlu dikumpul lagi untuk mencapai sasaran 100 000 tin aluminium?

6. Hasnita membeli 5 bungkus gula-gula untuk jamuan hari lahir adiknya. Jika setiap bungkus mengandungi 27 biji gula-gula, berapakah jumlah gula-gula yang dibeli oleh Hasnita?

7. Encik Othman menghantar 654 naskah surat khabar setiap hari. Berapakah naskah surat khabar yang dihantar dalam masa seminggu?

8. 10 batang pokok ditanam di sepanjang sebatang jalan yang lurus. Jarak di antara dua batang pokok yang bersebelahan adalah sama. Jarak di antara pokok pertama dengan pokok kedua ialah 150 cm. Berapakah panjang, dalam m, jalan itu?

2

Page 3: Soalan lembaran kerja intervensi 1

Latihan Intervensi 1 TAHUN 4

9. 46 720 keping jubin diagihkan sama banyak ke 8 tapak perumahan. Berapa keping jubinkah yang diperoleh setiap tapak perumahan itu?

10. 21.84 m tali dipotong enam keratan yang sama panjang. Berapakah panjang, dalam m, setiap keratan itu?

3