soalan lazim berkaitan skim tenaga pengajar …onlineapps.uitm.edu.my/etpm/manual/faq tpm...

4
SOALAN LAZIM BERKAITAN SKIM TENAGA PENGAJAR MUDA (TPM) UiTM 1 KELAYAKAN AKADEMIK 1.1 Soalan : Apakah syarat kelayakan akademik untuk memohon TPM: Jawapan : Syarat kelayakan akademik untuk memohon TPM ialah seperti berikut:- i. Permohonan pengajian peringkat Ph.D Calon perlu mempunyai kelayakan akademik seperti berikut untuk memohon TPM peringkat Ijazah kedoktoran/PhD:- Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dan Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia Memperolehi HPNG/CGPA peringkat Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) sekurang-kurangnya 3.00 atau kelas Kedua Tinggi. Keputusan peringkat Ijazah Sarjana sekurang-kurangnya HPNG/CGPA 3.00 bagi pengajian secara kerja kursus atau lulus bagi pengajian secara penyelidikan. ii. Permohonan pengajian peringkat Sarjana Calon perlu mempunyai kelayakan akademik seperti berikut untuk memohon TPM peringkat Sarjana:- Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dari Universiti yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia Memperolehi HPNG/CGPA peringkat Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) sekurang-kurangnya 3.00 atau kelas Kedua Tinggi. iii. Mendapat kepujian Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). 1.2 Adakah kelonggaran syarat untuk memohon TPM ini sekiranya tidak memenuhi salah satu syarat dalam iklan, seperti seperti CGPA tidak mencapai 3.00, tiada sijil SPM, umur melebihi had, tidak berstatus Bumiputera kerana ibubapa bukan warganegara, dan lain-lain syarat? Jawapan : Tiada kelonggaran syarat untukpermohonan TPM ini. Saringan akan dibuat bagi memastikan hanya calon memenuhi syarat akan ditawarkan. 2.0 PERSOALAN BERKAITAN IKATAN KONTRAK DAN SEDANG DALAM PERKHIDMATAN 2.1 Soalan : Bolehkah saya yang sedang bekerja memohon TPM? Jawapan : Calon yang berjaya ditawarkan Skim TPM perlu meletakkan jawatan sebelum memulakan pengajian. Syarat ini termasuk calon yang sedang berkhidmat di jabatan kerajaan/ badan berkanun.

Upload: lamkhanh

Post on 06-Feb-2018

247 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: SOALAN LAZIM BERKAITAN SKIM TENAGA PENGAJAR …onlineapps.uitm.edu.my/eTPM/manual/FAQ TPM 2016.pdf · HPNG/CGPA 3.00 bagi pengajian secara kerja kursus atau lulus bagi pengajian secara

SOALAN LAZIM BERKAITAN SKIM TENAGA PENGAJAR MUDA (TPM) UiTM

1 KELAYAKAN AKADEMIK

1.1

Soalan : Apakah syarat kelayakan akademik untuk memohon TPM: Jawapan : Syarat kelayakan akademik untuk memohon TPM ialah seperti berikut:-

i. Permohonan pengajian peringkat Ph.D Calon perlu mempunyai kelayakan akademik seperti berikut untuk memohon TPM peringkat Ijazah kedoktoran/PhD:-

Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dan Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia

Memperolehi HPNG/CGPA peringkat Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) sekurang-kurangnya 3.00 atau kelas Kedua Tinggi.

Keputusan peringkat Ijazah Sarjana sekurang-kurangnya HPNG/CGPA 3.00 bagi pengajian secara kerja kursus atau lulus bagi pengajian secara penyelidikan.

ii. Permohonan pengajian peringkat Sarjana

Calon perlu mempunyai kelayakan akademik seperti berikut untuk memohon TPM peringkat Sarjana:-

Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dari Universiti yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia

Memperolehi HPNG/CGPA peringkat Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) sekurang-kurangnya 3.00 atau kelas Kedua Tinggi.

iii. Mendapat kepujian Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran

Malaysia (SPM).

1.2 Adakah kelonggaran syarat untuk memohon TPM ini sekiranya tidak memenuhi salah satu syarat dalam iklan, seperti seperti CGPA tidak mencapai 3.00, tiada sijil SPM, umur melebihi had, tidak berstatus Bumiputera kerana ibubapa bukan warganegara, dan lain-lain syarat? Jawapan : Tiada kelonggaran syarat untukpermohonan TPM ini. Saringan akan

dibuat bagi memastikan hanya calon memenuhi syarat akan ditawarkan.

2.0 PERSOALAN BERKAITAN IKATAN KONTRAK DAN SEDANG DALAM PERKHIDMATAN

2.1 Soalan : Bolehkah saya yang sedang bekerja memohon TPM? Jawapan : Calon yang berjaya ditawarkan Skim TPM perlu meletakkan jawatan

sebelum memulakan pengajian. Syarat ini termasuk calon yang sedang berkhidmat di jabatan kerajaan/ badan berkanun.

Page 2: SOALAN LAZIM BERKAITAN SKIM TENAGA PENGAJAR …onlineapps.uitm.edu.my/eTPM/manual/FAQ TPM 2016.pdf · HPNG/CGPA 3.00 bagi pengajian secara kerja kursus atau lulus bagi pengajian secara

2.2 Soalan : Adakah TPM peringkat Sarjana yang telah dilantik sebagai pensyarah boleh memohon TPM peringkat PhD?

Jawapan : Pensyarah UiTM yang telah disahkan ke dalam perkhidmatan telah diberi

ruang untuk memohon biasiswa staf UiTM. Justeru tiada keperluan untuk memohon biasiswa bagi pengajian peringkat PhD di bawah Skim Tenaga Pengajar Muda UiTM.

Di maklum, bahawa bekas pemegang biasiswa TPM mempunyai ikatan

kontrak selama 7 tahun dengan UiTM, justeru sekiranya penama meletakkan jawatan, penama telah melanggar ikatan kontrak tersebut dan dengan pelanggaran kontrak tersebut tuntutan gantirugi dikenakan.

Walau bagaimanapun, adalah dinasihatkan sebelum mengambil sebarang

tindakan sila berhubung dengan Pegawai Pejabat Penasihat Undang-Undang UiTM untuk mendapatkan pencerahan yang lebih khusus berhubung dengan pecah kontrak dan tuntutan gantirugi.

Adalah dinasihatkan pensyarah yang ada ikatan kontrak TPM Sarjana

yang telah dilantik jawatan tetap memohon Biasiswa Staf Akademik UiTM apabila telah memenuhi syarat ditetapkan.

3.0 PERSOALAN BERKAITAN PENGAJIAN

3.1 Soalan : Bolehkah calon yang sedang dalam pengajian memohon TPM? Jawapan : Syarat untuk memohon Biasiswa Skim TPM ialah belum memulakan

pengajian semasa memohon. Syarat ini adalah kekal dan tiada kelonggaran.

3.2 Soalan : Bolehkah calon memulakan pengajian sebelum ditaja? Jawapan : Keputusan samada berjaya atau gagal memperolehi TPM perlu diperolehi

terlebih dahulu bagi memastikan calon melanjutkan pengajian berdasarkan keperluan universiti.

3.3 Soalan : Bilakah elaun dan biasiswa mula dibayar? Jawapan : Pembayaran elaun dan biasiswa bermula dari tarikh yang diluluskan oleh

Kementerian Pendidikan Malaysia.

3.4 Soalan: Adakah boleh memohon program TPM Sarjana jika belum menamatkan Sarjana Muda? Adakah boleh memohon TPM Phd Jika belum menamatkan Sarjana?

Jawapan : Hanya calon yang telah tamat pengajian peringkat Sarjana Muda yang

boleh memohon TPM peringkat Sarjana. Begitu juga hanya calon yang telah berjaya menamatkan pengajian peringkat Sarjana boleh memohon TPM peringkat Ijazah kedoktoran.

4.0 PERSOALAN BERKAITAN PENYEDIAAN DOKUMEN

4.1 Soalan : Apakah yang perlu calon lakukan sebaik sahaja saya menerima tawaran TPM dari UiTM?

Page 3: SOALAN LAZIM BERKAITAN SKIM TENAGA PENGAJAR …onlineapps.uitm.edu.my/eTPM/manual/FAQ TPM 2016.pdf · HPNG/CGPA 3.00 bagi pengajian secara kerja kursus atau lulus bagi pengajian secara

Jawapan : Calon yang berjaya ditawarkan Skim TPM perlu :-

i. memuat turun dan melengkapkan semua borang dan maklumat berkaitan tawaran Biasiswa Skim Tenaga Pengajar Muda (kecuali borang perjanjian biasiswa UiTM) dari Laman Web rasmi UiTM iaitu di http://www.uitm.edu.my (Online Service – TPM Scholarship Holder).

ii. Menghantar dokumen yang lengkap berdasarkan senarai semak ke Fakulti untuk semakan dan pengesahan.

iii. Melengkapkan Borang Perjanjian Biasiswa yang boleh diperolehi dari fakulti.

iv. Memajukan dokumen untuk ditaja ke Fakulti sebelum mendaftar sebagai pelajar.

5.0 PERSOALAN BERKAITAN IKATAN KONTRAK DENGAN PENAJA LAIN

5.1

Soalan : Bolehkah calon yang mempunyai ikatan kontrak pengajian peringkat

terdahulu memohon Skim TPM? Jawapan : Calon perlu mengemukakan surat pelepasan dari penaja untuk

melengkapkan dokumen TPM bagi perakuan ke KPM.

6.0 PERSOALAN BERKAITAN HAD UMUR

6.1

Soalan : Apakah had umur untuk memohon Skim TPM? Jawapan : Had umur untuk memohon TPM adalah seperti berikut:-

i. Permohonan pengajian peringkat PhD

berumur tidak lebih dari 35 tahun semasa memohon

ii. Permohonan pengajian peringkat Sarjana

berumur tidak lebih dari 30 tahun semasa memohon

7.0 PERSOALAN BERKAITAN TATACARA PERMOHONAN

7.1

Soalan : Bagaimana tatacara untuk memohon Biasiswa Skim TPM? Jawapan :

i. Beli nombor pin eTPM dengan menggunakan nombor kad pengenalan melalui kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).

ii. Isi borang permohonan secara dalam talian pada pautan http://onlineapps.uitm.edu.my/eTPM/.

8.0 PERSOALAN BERKAITAN KELAYAKAN BAHASA INGGERIS

8.1

Soalan : Apakah kelayakan Bahasa Inggeris yang perlu dipenuhi oleh k calon

TPM?

Page 4: SOALAN LAZIM BERKAITAN SKIM TENAGA PENGAJAR …onlineapps.uitm.edu.my/eTPM/manual/FAQ TPM 2016.pdf · HPNG/CGPA 3.00 bagi pengajian secara kerja kursus atau lulus bagi pengajian secara

Jawapan : Calon-calon TPM yang berjaya mesti menduduki peperiksaan IELTS/TOEFL/GMAT/GRE (yang mana berkenaan) dengan memperolehi skor minima:- i. Pengajian DALAM Negara:- IELTS 6.5 / TOEFL 500 (paper- based) / TOEFL 173 (computer-based)/

TOEFL 59-60 (internet-based) ii. Pengajian LUAR Negara:- IELTS 6.5 / TOEFL 575 (paper- based) / TOEFL 232 (computer-based)/

TOEFL 90-91 (internet-based)

9.0 PERSOALAN BERKAITAN TEMPAT PENGAJIAN

9.1

Soalan : Bolehkah calon TPM yang berjaya melanjutkan pengajian di luar negara? Jawapan : Keputusan tempat pengajian samada di dalam negara atau di luar negara

adalah ditentukan oleh Universiti (UiTM) mengikut perancangan dan bukan mengikut kehendak calon.

9.2

Soalan : Bagi calon yang berjaya mendapat tawaran Skim TPM UiTM, siapakah

yang mencarikan tempat pengajian mereka? Jawapan : Calon yang berjaya perlu mencari tempat pengajian mereka mengikut

bidang yang ditawarkan dan tempat pengajian dalam tempoh sahlaku tawaran biasiswa tersebut.

10.0 PERSOALAN BERKAITAN PTPTN

10.0

Soalan : Bolehkah calon yang pernah mendapat pembiayaan PTPTN memohon

TPM? Jawapan : Calon perlu membuat semakan status pinjaman PTPTN dan memastikan

nama mereka tidak tersenarai dalam kategori “PEMINJAM TEGAR”.