kaedah pengajian al-quran secara maya sepanjang …

13
825 KAEDAH PENGAJIAN AL-QURAN SECARA MAYA SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN COVID-19 Nurul Khadijah binti Mohamad i , Mohamad Redha bin Mohamad ii , Mohamad Saifullah bin Mohamad iii & Shahirah Sulaiman iv i (Corresponding author). Guru Bahasa, Pusat Tamhidi, USIM. [email protected] ii Pensyarah, Jabatan Tahfiz al-Quran & al-Qiraat, KUIS. [email protected] iii Pengurus Pusat, Sekolah Islam Hati Murni, [email protected] iv Guru Bahasa, Pusat Tamhidi, USIM. [email protected] Abstrak Al-Quran merupakan sebuah kitab suci yang sentiasa dibaca oleh umat Islam. Manurut ajaran Islam, al-Quran adalah kalam Allah yang bermukjizat diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W dalam Bahasa Arab, melalui perantaraan Malaikat Jibril secara berperingkat selama 23 tahun. Bagi pembaca kitab suci ini, setiap huruf dalam al-Quran akan dikira sebagai ibadah, bermula dari surah al-Fatihah hingga surah an-Nas. Al-Quran merupakan pegangan umat Islam yang kekal sepanjang zaman, dari zaman Nabi Muhammad S.A.W hinggalah kini, zaman penuh dengan era teknologi. Perkembangan dunia pendidikan seiring dengan kepelbagaian medium teknologi zaman kini, termasuklah pendidikan dalam bidang al-Quran. Sebelum arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikeluarkan, kebanyakan kelas-kelas pengajian al-Quran diadakan di surau, masjid, kelas, dewan kuliah, rumah dan, sebagainya. Rentetan tersebar luasnya virus Covid-19 di Malaysia, arahan PKP telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan bagi membendung dan mengawal rantaian Covid-19 ini. Natijahnya, seluruh sekolah, masjid, surau, institusi-institusi pengajian tinggi diarahkan tutup, semua rakyat Malaysia diarahkan bekerja dari rumah dan kaedah pembelajaran secara bersemuka ditukarkan kepada kaedah pembelajaran secara atas talian atau maya. Implikasi PKP kerana pandemik Covid-19 ini juga memberi kesan kepada semua lapisan masyarakat, termasuklah guru-guru al-Quran yang mempunyai kelas pengajian al-Quran secara bersemuka di surau, masjid, sekolah dan rumah, lebih- lebih lagi inilah sumber utama pencarian kewangan keluarga mereka. Oleh hal yang demikian, kertas kerja ini menggambarkan tentang pengalaman barisan guru-guru al-Quran yang tetap berusaha melaksanakan kelas pengajian al-Quran sepanjang tempoh PKP dengan menggunakan medium teknologi sebagai medan pembelajaran dan pengajaran. Kata kunci : Al-Quran, Pengajian secara maya, Covid-19, PKP PENDAHULUAN Agama Islam merupakan agama yang syumul, iaitu lengkap dalam segala aspek duniawi dan ukhrawi. Allah S.W.T telah menurunkan kalam mukjizatNya, iaitu al-Quran sebagai

Upload: others

Post on 01-Oct-2021

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KAEDAH PENGAJIAN AL-QURAN SECARA MAYA SEPANJANG …

825

KAEDAH PENGAJIAN AL-QURAN SECARA MAYA SEPANJANG TEMPOH

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN COVID-19

Nurul Khadijah binti Mohamadi, Mohamad Redha bin Mohamadii, Mohamad Saifullah bin

Mohamadiii & Shahirah Sulaimaniv

i (Corresponding author). Guru Bahasa, Pusat Tamhidi, USIM. [email protected]

ii Pensyarah, Jabatan Tahfiz al-Quran & al-Qiraat, KUIS. [email protected] iii Pengurus Pusat, Sekolah Islam Hati Murni, [email protected]

iv Guru Bahasa, Pusat Tamhidi, USIM. [email protected]

Abstrak

Al-Quran merupakan sebuah kitab suci yang sentiasa dibaca oleh umat Islam. Manurut ajaran Islam,

al-Quran adalah kalam Allah yang bermukjizat diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W dalam

Bahasa Arab, melalui perantaraan Malaikat Jibril secara berperingkat selama 23 tahun. Bagi pembaca

kitab suci ini, setiap huruf dalam al-Quran akan dikira sebagai ibadah, bermula dari surah al-Fatihah

hingga surah an-Nas. Al-Quran merupakan pegangan umat Islam yang kekal sepanjang zaman, dari

zaman Nabi Muhammad S.A.W hinggalah kini, zaman penuh dengan era teknologi. Perkembangan

dunia pendidikan seiring dengan kepelbagaian medium teknologi zaman kini, termasuklah pendidikan

dalam bidang al-Quran. Sebelum arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikeluarkan,

kebanyakan kelas-kelas pengajian al-Quran diadakan di surau, masjid, kelas, dewan kuliah, rumah

dan, sebagainya. Rentetan tersebar luasnya virus Covid-19 di Malaysia, arahan PKP telah

dikeluarkan oleh pihak kerajaan bagi membendung dan mengawal rantaian Covid-19 ini. Natijahnya,

seluruh sekolah, masjid, surau, institusi-institusi pengajian tinggi diarahkan tutup, semua rakyat

Malaysia diarahkan bekerja dari rumah dan kaedah pembelajaran secara bersemuka ditukarkan kepada

kaedah pembelajaran secara atas talian atau maya. Implikasi PKP kerana pandemik Covid-19 ini juga

memberi kesan kepada semua lapisan masyarakat, termasuklah guru-guru al-Quran yang

mempunyai kelas pengajian al-Quran secara bersemuka di surau, masjid, sekolah dan rumah, lebih-

lebih lagi inilah sumber utama pencarian kewangan keluarga mereka. Oleh hal yang demikian, kertas

kerja ini menggambarkan tentang pengalaman barisan guru-guru al-Quran yang tetap berusaha

melaksanakan kelas pengajian al-Quran sepanjang tempoh PKP dengan menggunakan medium

teknologi sebagai medan pembelajaran dan pengajaran.

Kata kunci : Al-Quran, Pengajian secara maya, Covid-19, PKP

PENDAHULUAN Agama Islam merupakan agama yang syumul, iaitu lengkap dalam segala aspek duniawi

dan ukhrawi. Allah S.W.T telah menurunkan kalam mukjizatNya, iaitu al-Quran sebagai

Page 2: KAEDAH PENGAJIAN AL-QURAN SECARA MAYA SEPANJANG …

826

panduan utama manusia dan mengutuskan Nabi Muhammad S.A.W untuk diteladani

akhlaknya dalam menjalani kehidupan seharian. Hal ini dinyatakan dalam sebuah hadis

Riwayat Muslim :

)) كان خلقه القرآن (( Maksudnya : “Akhlak Nabi S.A.W adalah al-Quran”

Hal ini meliputi sifat-sifat mahmudah dan akhlak yang mulia seperti malu, mulia,

berani, menepati janji, ringan tulang, cerdas, ramah, sabar, memuliakan anak yatim, suka

tersenyum, jujur, pandai menjaga diri, pemaaf, suka bersedeqah dan berjiwa bersih.

Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. telah menyatakan bahawa individu yang

berpegang utuh dengan al-Quran dan as-Sunnah pasti tidak akan tersesat sehingga hari

kiamat. Ini membuktikan betapa pentingnya al-Quran dalam membentuk dan

membimbing umat manusia ke jalan yang benar dan lurus. Sabda Nabi Muhammad

S.A.W :

اب الله ، وسنة ن بيه ت ركت فيكم أمرين لن )) كتم بما : كت (( -صلى الله عليه وسلم -تضلوا ما تسMaksudnya : “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, tidak akan sesat selama-lamanya

kepada sesiapa yang berpegang teguh terhadap dua perkara ini, iaitu : al-Quran dan Sunnah

Nabi.”

Allah S.W.T juga telah berfirman bahawa kandungan ayat-ayat suci al-Quran akan

terjaga dan terpelihara dengan baik dan tidak akan dapat diubah oleh sesiapa pun hingga

hari akhirat. Hal ini bertepatan dengan firman Allah S.W.T dalam surah al-Hijr, ayat 9 :

هۥ لحف�ظون (( (( ٩إ�ناا نحن نزالنا ٱلذ �كر وإ�ناا لMaksudnya : “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan Kamilah yang

memelihara dan menjaganya.”

Kisah sejarah sirah nabawiyyah juga merakamkan tiada seorang pun orang kafir

yang mampu dan Berjaya mengubah ayat al-Quran, walaupun pada ketika itu, bangsa

Arab sedang berada dalam zaman kegemilangan bahasa mereka. Hal ini bertepatan

dengan firman Allah S.W.T di dalam surah al-An’am, ayat 115 :

هو ٱلسام�يع ٱلعل�يم (( دقا وعد�� �ا مبد �ل ل�كل�مت�ه��ۦ و )) ١١٥وتمات كل�مت رب �ك ص�Maksudnya : “Dan telah sempurnalah Kalimah Tuhanmu (Al-Quran, meliputi hukum-hukum

dan janji-janjiNya) dengan benar dan adil; tiada sesiapa yang dapat mengubah sesuatupun dari

Kalimah-kalimahNya dan Dialah yang sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Mengetahui.”

Page 3: KAEDAH PENGAJIAN AL-QURAN SECARA MAYA SEPANJANG …

827

Oleh hal yang demikian, telah terbukti bahawa kitab suci al-Quran itu kekal

sepanjang zaman dan tidak akan berubah walau sedikit pun hinggalah akhir zaman.

Malahan, menjadi pegangan dan panduan yang kukuh terhadap seluruh umat manusi

bagi menjalani kehidupan seharian. Walaupun telah banyak zaman dilalui, al-Quran

masih kekal dari zaman Rasulullah S.A.W. hinggalah zaman era teknologi kini.

Hal ini membuktikan, walaupun perkembangan zaman era teknologi kini pesat

membangun, pengajian dan pendidikan al-Quran akan tetap diajari dan dipelajari

sebagai panduan dan rujukan yang tepat bagi seluruh umat manusia dalam menjalani

dan mendepani cabaran kehidupan seharian.

Sesibuk mana pun umat manusia pada zaman yang moden ini, ilmu al-Quran

wajib dipelajari, kerana ianya merupakan kalam Allah yang tiada bandingannya dengan

mana-mana kitab. Malahan, dengan membacanya dan mengingati Allah, hati pasti akan

menjadi tenang. Hal ini dinyatakan dalam firman Allah yang berbunyi :

ألا بذكر ٱلل تطمئن ٱلقلوب (( )) ٢٨ٱلذين ءامنوا وتطمئن ق لوبم بذكر ٱللMaksudnya : “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan

"zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.”

PANDEMIK KORONAVIRUS (COVID-19) Tanggal 30 Mac 2020, wabak ini telah diwartakan sebagai penyakit pandemik, dimana ia

telah merebak kepada lebih 200 buah negara dan mengakibatkan lebih 725 000 kes

pesakit di seluruh dunia. Di Malaysia, peningkatan kes setiap hari turut memberi kesan

dan implikasi yang sangat dahsyat bagi segenap lapisan masyarakat. Pandemik Covid-

19 telah banyak meninggalkan impak dan perubahan bagi seluruh rakyat, dalam

pelbagai aspek, khususnya terhadap aspek ekonomi dan pendidikan.

Sebagai contoh, penutupan institusi-institusi pengajian tinggi dan sekolah

disebabkan oleh pandemik COVID-19 ini telah meninggalkan kesan terhadap struktur

Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) iaitu daripada kaedah PdP secara bersemuka atau

secara langsung di institusi dan sekolah, kepada PdP secara atas talian sepenuhnya.

Mesyuarat Khas Menteri-menteri mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan

Pergerakan (PKP), Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 16 Mei 2020 telah

meluluskan cadangan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berkenaan pengendalian

aktiviti akademik di kampus Institusi Pengajian Tinggi (IPT) semasa dan pasca PKP. KPT

menerusi kenyataan media bertarikh 27 Mei 2020 memaklumkan bahawa semua aktiviti

PdP hendaklah dilaksanakan secara atas talian sehingga 31 Disember 2020. Semua

aktiviti PdP secara bersemuka adalah tidak dibenarkan kecuali beberapa kategori pelajar

yang berkeperluan untuk pulang ke kampus secara berperingkat bagi melaksanakan PdP

Page 4: KAEDAH PENGAJIAN AL-QURAN SECARA MAYA SEPANJANG …

828

dengan mematuhi sepenuhnya Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan dan

mengutamakan langkah keselamatan serta penjarakan sosial.

Justeru itu, semua pihak haruslah mempersiap siagakan diri bagi menghadapi

norma baharu iaitu kaedah PdP secara atas talian secara menyeluruh semasa tempoh

PKP ini demi kelangsungan proses PdP pelajar. PENGAJIAN AL-QURAN SECARA ATAS TALIAN ATAU MAYA

Perkembangan pesat dalam dunia teknologi zaman kini ibarat cendawan yang tumbuh

selepas hujan. Fenomena ini menggambarkan bahawa perkembangan pesat dalam

teknologi maklumat dan komunikasi pada abad ini membuka lebih banyak ruang untuk

pengintegrasian pelbagai aplikasi dalam memperkasa sistem pembelajaran sama ada di

peringkat sekolah mahupun di peringkat pengajian tinggi.

Dalam era digital revolusi terkini, bidang pendidikan tidak ketinggalan dalam

mengalami transformasi ke arah digital. Pelaksanaan pembelajaran atas talian telah lama

dipraktikkan di negara-negara maju kerana ia dipercayai mampu memberikan pelbagai

manfaat dan kebaikan.

Terdapat pelbagai jenis platform pembelajaran digital yang berpotensi dan

mempunyai banyak ruang untuk dieksplorasi seperti Blackboard, Edmodo, Google

Classroom, Zoom, Google Meet, MsTeams dan ClassDojo. Melalui platform yang tersedia,

kaedah hibrid pengajaran dan pembelajaran boleh disediakan melalui kaedah sistem

pengurusan pembelajaran seperti Docebo, Udemy, Skillshare, WizIQ, Adobe Captivative

Prime, dan SAP Litmos.

Sebagai contoh, antara kaedah pembelajaran secara digital yang seringkali

digunakan masa kini adalah melalui aplikasi Whatsapp, Telegram, Zoom, Google Meet,

Youtube, Facebook, Instagram dan MsTeams. Kesemua kaedah pendidikan secara digital ini

telah digunakan sepenuhnya oleh barisan pendidik dalam melaksanakan sesi pengajian

bersama para pelajar sepanjang tempoh PKP.

Situasi ini juga diaplikasikan oleh barisan pendidik al-Quran. Para guru al-Quran

mengambil langkah inisiatif untuk mengadakan kelas pengajian al-Quran secara atas

talian atau maya sepanjang tempoh PKP.

Kelas Pengajian al-Quran di Media Sosial

“Walaupun kita semua sedang berada dalam musim PKP, sesi pengajian al-Quran tetap kita

laksanakan. Ketika inilah, pengaplikasian pelbagai medium teknologi digunakan dalam sesi

pengajian al-Quran.”

Page 5: KAEDAH PENGAJIAN AL-QURAN SECARA MAYA SEPANJANG …

829

Kata Ustaz Mohamad Redha bin Mohamad, Pensyarah Jabatan Tahfiz al-Quran

dan al-Qiraat, Fakulti Pengajian Peradaban Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa

Selangor (KUIS). Beliau tetap melaksanakan kelas pengajian al-Quran secara maya

kepada masyarakat luar secara percuma. Malahan, beliau menggunakan aplikasi Group

Whatsapp sebagai medium untuk saling berhubung dengan para pelajar beliau berkenaan

kelas al-Quran. Sesungguhnya, usaha ini sangat murni di sisi Allah.

Selain itu, Ustaz Mohamad Redha juga sentiasa berkongsi maklumat tentang ilmu

al-Quran di dalam Group Whatsapp beliau bersama dengan anak-anak muridnya.

Malahan, sejak tempoh PKP dilaksanakan, beliau dengan aktif telah mengambil inisiatif

untuk mewujudkan Channel Youtube beliau sendiri untuk berkongsi dengan masyarakat

luar tentang ilmu-ilmu al-Quran, di mana nama Channel Youtube beliau adalah Al-Quran

Page 6: KAEDAH PENGAJIAN AL-QURAN SECARA MAYA SEPANJANG …

830

dan Al-Qiraat. Tambahan lagi, medan Facebook juga menjadi pilihan beliau sebagai

medan perkongsian ilmu-ilmu al-Quran untuk masyarakat.. Aplikasi GoogleMeet juga

menjadi medan perjumpaan secara atas talian antara Ustaz Mohamad Redha bersama

masyarakat dalam menjalan kelas mengaji al-Quran secara atas talian pada setiap hari

Sabtu, 8.30 – 9.30 pagi. Berikut dilampirkan bersama antara usaha Ustaz Mohamad

Redha bin Mohamad berkongsi ilmu pengajian al-Quran dengan menggunakan

metadologi pembelajaran secara atas talian atau maya sepanjang tempoh PKP.

Page 7: KAEDAH PENGAJIAN AL-QURAN SECARA MAYA SEPANJANG …

831

Sebagai tambahan juga, sejak arahan PKP dilaksanakan di Malaysia, beberapa

orang guru al-Quran yang bekerja sendiri juga telah melaksanakan kelas-kelas pengajian

al-Quran secara atas talian. Sebagai contoh, Ustaz Mohamad Husaini Mahmur

merupakan bekas pelajar Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam

Malaysia (USIM), pemenang tempat ketiga Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran

peringkat Kebangsaan Tahun 1441H/ 2020 M merupakan salah seorang tenaga pengajar

al-Quran yang bekerja secara sendiri. Selain sering dijemput menjadi qari jemputan di

beberapa majlis dan rancangan televisyen, Beliau kini aktif mengadakan kelas-kelas al-

Quran dan Tarannum secara atas talian sejak PKP. Beliau aktif dalam menggunakan

aplikasi Zoom dan Instagram sebagai medan teknolgi massa dalam menyampaikan kelas

pengajian al-Quran. Berikut dilampirkan bersama antara kelas-kelas pengajian al-Quran

secara atas talian yang beliau telah laksanakan sepanjang tempoh PKP.

Page 8: KAEDAH PENGAJIAN AL-QURAN SECARA MAYA SEPANJANG …

832

Kelas Pengajian al-Quran menggunakan aplikasi atas talian

Kaedah pengajian al-Quran secara atas talian juga telah diadaptasikan di sekolah-

sekolah sepanjang tempoh PKP dilaksanakan. Sebagai contoh, kaedah pengajian al-

Quran secara atas talian ini telah diaplikasikan di salah sebuah sekolah swasta di Wangsa

Maju, iaitu Sekolah Islam Hatimurni. Mereka telah menggunakan metadologi

pembelajaran secara atas talian atau maya untuk mengajar al-Quran kepada para pelajar

sepanjang tempoh PKP. Kata Ustaz Mohamad Saifullah bin Mohamad, Pengurus Pusat,

Sekolah Islam Hatimurni, cawangan Wangsa Maju:

“Al-Quran merupakan pegangan utama kita dalam kehidupan seharian. Jadi, walaupun

semua institusi pengajian, sekolah, masjid dan surau ditutup sepanjang tempoh PKP, kelas

pengajian al-Quran tetap kita laksanakan dengan menggunakan pelbagai kemudahan teknologi

yang ada zaman sekarang ini.”

Barisan pendidik di Sekolah Islam Hatimurni telah mengaplikasikan pelbagai kaedah

teknologi dalam sesi pembelajaran dan pengajaran, termasuklah untuk kelas pengajian

al-Quran seperti aplikasi Zoom, Google Meet dan Facebook. Berikut dilampirkan antara

usaha kaedah pengajian al-Quran para pendidik bersama pelajar di Sekolah Islam

Hatimurni sepanjang tempoh PKP dilaksanakan

Page 9: KAEDAH PENGAJIAN AL-QURAN SECARA MAYA SEPANJANG …

833

Kelas Pengajian al-Quran di Medium Televisyen

Selain daripada itu, sepanjang tempoh PKP juga, kita dapat lihat usaha pihak

media telivisyen menyediakan rancangan yang menarik bagi mengisi masa yang

terluang di rumah, kerana kebanyak rakyat Malaysia telah bekerja dari rumah sepanjang

tempoh PKP dilaksanakan.

“Ini adalah peluang terbaik untuk refleksi diri. jangan jadikan keterbatasan berpuasa pada saat

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai alasan untuk tidak mengejar markah penuh ibadah

ini. kita diciptakan sebagai sebaik-baik kejadian. kita adalah umat Nabi Muhammad S.A.W, kita

harus menjadi juara.”

“Kita yakin, TV al-Hijrah akan menjadi stesen pilihan utama rakyat Malaysia sepanjang

Ramadan ini dek nadi penyiarannya yang mampu memberikan makanan jiwa buat penonton.

Lihat sahaja, sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, TV al-Hijrah

menjadi pilihan utama penonton untuk kandungan Islam dengan syer saluran 2 kali ganda di

Page 10: KAEDAH PENGAJIAN AL-QURAN SECARA MAYA SEPANJANG …

834

hadapan saluran-saluran islamik yang lain. malahan laman Facebook TV al-Hijrah dilayari oleh

10.6 juta pengguna pada bulan ini iaitu 7 kali ganda melebihi jumlah pengikut sedia ada.”

Berikut adalah kata-kata Ketua Pegawai Eksekutif TV al-Hijrah, Encik Namanzee

Harris. Beliau bersama dengan rakan sejawat TV al-Hijrah telah berusaha menyediakan

rancangan – rancangan berunsurkan makanan rohani kepada para penonton pada

Ramdhan yang lepas, lebih-lebih lagi ianya ketika dalam tempoh PKP. Antaranya, ialah

rancangan #QURANTIME, 30 minit bersama Ustaz Don dan Tilawah Interaktif di TV 1.

#QURANTIME adalah rancangan terbitan TV al-Hijrah dengan kerjasama Jabatan

Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), dan Warisan Ummah Ikhlas. #QURANTIME telah

menggunakan tagline MengQurankan Bangsa, Mengikhlaskan Ummah. Penonton seisi

keluarga berpeluang untuk bertadarus bersama-sama tetamu jemputan pelbagai

latarbelakang seperti para ilmuan agama, ahli akademik, huffaz dan ramai lagi.

Rancangan ini disiarkan pada setiap hari, selama satu jam dari 12.00 tengahari

hingga 1.00 petang, dan dihoskan oleh Tuan Fazrul Ismail, seorang pentadabbur al-

Quran yang tidak asing lagi di Malaysia. Beliau bersama semua tetamu jemputan akan

mengalunkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran dari pusat penyiaran digital TV al-Hijrah.

Rancangan #QURANTIME dilihat mampu dijadikan platform terbaik untuk menyatukan

hati-hati penonton dalam membina tabiat baru dalam meningkatkan keimanan kepada

Allah S.W.T.

Page 11: KAEDAH PENGAJIAN AL-QURAN SECARA MAYA SEPANJANG …

835

Page 12: KAEDAH PENGAJIAN AL-QURAN SECARA MAYA SEPANJANG …

836

PENUTUP

Secara kesimpulannya, implikasi daripada wabak pandemik Covid-19 ini melahirkan

kita semua ke dunia norma yang baharu. Seluruh umat manusia sedunia perlu

membiasakan diri dalam menempuh keadaan norma baharu ini dalam segenap aspek.

Sebagai contoh, aspek pendidikan, ekonomi, muamalah dengan masyarakat luar dan

sebagainya.

Oleh itu, solusi dalam prospek pendidikan adalah, penukaran daripada kaedah

bersemuka kepada kaedah atas talian. Ini juga termasuk dalam pengajian al-Quran, di

mana para guru al-Quran telah menambahbaikkan kaedah PdP mengikut arus semasa

kini.

Oleh hal yang demikian, kita sebagai umat Islam perlu berpegang dengan hadis

Rasulullah S.A.W yang berbunyi :

اب الله ، وسنة ن بيه ت ركت فيكم أمرين لن تضلوا)) كتم بما : كت (( -صلى الله عليه وسلم -ما تسMaksudnya : “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, tidak akan sesat selama-lamanya

kepada sesiapa yang berpegang teguh terhadap dua perkara ini, iaitu : al-Quran dan Sunnah

Nabi.”

Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. telah menyatakan bahawa individu yang

berpegang utuh dengan al-Quran dan as-Sunnah pasti tidak akan tersesat sehingga hari

kiamat. Ini membuktikan betapa pentingnya al-Quran dalam memandu kehidupan

seharian kita.

Walaupun kita dalam tempoh PKP, amalan norma baharu perlu kita biasakan.

Ketika waktu inilah pengaplikasian medium teknologi perlu kita adaptasikan dalam

bidang pengajaran dan pembelajaran, termasuklah kelas-kelas pengajian al-Quran secara

atas talian sepanjang tempoh PKP ini.

Walaupun, kita sedang dan akan hidup bersama dengan media-media massa

teknologi yang hebat dan canggih, al-Quran jangan sesekali kita tinggalkan walaupun

sedang dalam tempoh PKP, kerana al-Quran juga akan menjadi syafaat kepada kita di

hari akhirat kelak, sebagaimana dalam hadis Rasulullah S.A.W berbunyi :

م اق رءوا القرآن فإنه يتى ي وم القيامة شفيعا لأصحابه اق رءوا الزهراوين الب قرة وسو ان أو رة آل عمران فإن ما غمامت ان ي وم القيامة كأن ا تتيان عن أصحابما اق رءوا سورة ما فرقان من طير صواف تحاج ما غياي تان أو كأن تستطيعها الب قرة فإن أخذها ب ركة وت ركها حسرة ولا كأن

البطلة

Maksudnya : “ Bacalah al-Quran. Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai

pemberi syafaat kepada pembacanya. Bacalah al-Zahrawan iaitu al-Baqarah dan ali Imran kerana

keduanya nanti datang pada hari kiamat seakan-akan awan atau cahaya matahari ataupun seperti

Page 13: KAEDAH PENGAJIAN AL-QURAN SECARA MAYA SEPANJANG …

837

burung yang berbulu yang terbang mengelilingi pembacanya. Bacalah surah al-Baqarah kerana

sesungguhnya membacanya ada berkat dan meninggalkannya adalah penyesalan. Tukang sihir

tidak akan mampu menandinginya.”

Semoga kajian ini dapat memberikan kefahaman yang utuh tentang betapa

pentingnya al-Quran dalam kehidupan seharian walaupun kita sedang dan bakal

mendiami bersama dengan zaman teknologi media massa. Semoga kita sebagai umat

Islam istiqamah menjadikan al-Quran itu peneman setia dalam kehidupan seharian.

RUJUKAN

Ashshiddiqi., Gani, & Jahya. Al-Quran dan Terjemahannya

Haji ‘Abdul Qadir Leong ( Al-Azhari). 2002. Tajwid al-Quran Rasm ‘Uthmani.

Muhd Mujahid. (2018). Ensikopledia Al-Quran. Must Read Sdn. Bhd.

Noradilah Binti Aziz & Lai Wei Sieng (2019) Impak Pendidikan Berasaskan Teknologi

Terhadap Peningkatan Prestasi Pelajar di UKM. Jurnal Personalia Pelajar 22(1): 69-75

Shahirah Sulaiman, Ahmad Safwan Raihan & Nurul Khadijah Mohamad. 2019. The

Integration of Naqli and Aqli Knowlegde in Mobile Learning (m-learning)

Interaction, Whatapps. Contemporary Issues: Islam and Science; e-Proceedings of:

International Seminar on Islam and Science 2019, p. 605-612.

http://covid-19.moh.gov.my/, n.d.

https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/4442-irsyad-al-hadith-siri-ke-497-al-

quran-datang-dalam-bentuk-lelaki-pada-hari-kiamat-adakah-al-quran-itu-

makhluk, n.d.

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid19-pembelajaran-atas-talian-suatu-

keperluan-ke-arah-menuju-malaysia-maju-237496, n.d.)

https://www.usim.edu.my/ms/berita/husaini-mahmur-wakili-malaysia-ke-

pertandingan-tilawah-al-quran-antarabangsa-di-tehran-iran/, n.d.

https://sinarplus.sinarharian.com.my/lifestyle/qurantime-di-tv-alhijrah/

Mohamad Redha bin Mohamad. Pensyarah Jabatan Tahfiz al-Quran & al-Qiraat, Fakulti

Pengajian Peradaban Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

5 Oktober 2020.

Mohamad Saifullah bin Mohamad. Pengurus Pusat Sekolah Islam Hati Murni Wangsa

Maju. 6 Oktober 2020.