soalan-soalan yang dikemukakan bagi mendapatkan …dun.penang.gov.my/images/hansard 2018/salinan...

416
1 SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN BERTULIS DARIPADA Y.A.B. KETUA MENTERI I. Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri: 1. Ekoran daripada dua kes perkahwinan gadis di bawah umur baru-baru ini, adakah Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan meningkatkan had umur perkahwinan kepada 18 tahun? Y.A.B. Ketua Menteri: 1. Kerajaan Negeri secara dasarnya telah bersetuju dengan cadangan untuk menaikkan umur perkahwinan bagi kanak-kanak perempuan kepada 18 tahun dan bagi kanak-kanak lelaki dikekalkan kepada 18 tahun. Tindakan susulan terhadap cadangan ini sedang diuruskan oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang kerana ianya melibatkan pindaan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004. Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri: 2. Apakah rancangan Kerajaan Negeri dalam menambahkan hasilnya selain melalui cara penambakan tanah? Y.A.B. Ketua Menteri: 2. Pendapatan Kerajaan Negeri adalah daripada 3 sumber hasil iaitu Hasil Cukai, Hasil Bukan Cukai dan Terimaan Bukan Hasil. Berdasarkan prestasi 3 tahun kebelakangan ini (2015 hingga 2017), purata Hasil Cukai adalah sebanyak 14.81%, Hasil Bukan Cukai adalah sebanyak 56.35% dan Terimaan Bukan Hasil adalah 28.84%.Oleh itu, Hasil Bukan Cukai adalah merupakan sumber terbesar yang menyumbang kepada keseluruhan hasil negeri. Komponen Hasil Bukan Cukai terdiri daripada Bayaran Lesen, Bayaran Pendaftaran dan Permit, Perkhidmatan dan Bayaran Perkhidmatan Perolehan dari jualan barang-barang, sewaan, keuntungan pembiayaan dan perolehan pelaburan serta denda dan hukuman. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri akan menumpukan kepada usaha-usaha untuk meningkatkan hasil dari sumber-sumber berkenaan. Antara usaha dan perancangan yang sedang dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dalam meningkatkan hasil dan mengurangkan tunggakan hasil adalah melalui beberapa pendekatan seperti berikut: (i) Penguatkuasaan undang-undang bagi mengurangkan tunggakan hasil semasa oleh semua Jabatan/Agensi Negeri; (ii) Mewujudkan Pasukan Petugas Khas (Task Force) bagi menyelesaikan isu tunggakan cukai tanah dan memberi fokus kepada hak milik tanah yang mempunyai tunggakan yang tinggi; (iii) Menghantar surat peringatan mulai 1 Jun setiap tahun kepada pemilik-pemilik tanah yang masih belum membuat bayaran cukai tanah dan mempunyai tunggakan cukai tanah; (iv) Menyediakan risalah promosi untuk bayaran cukai tanah terutamanya perkhidmatan bayaran cukai tanah atas talian (online) dan sentiasa membuat semakan bayaran cukai tanah (online) dari semasa ke semasa; (v) Mengeluarkan Notis Peringatan Bayaran Tunggakan Cukai Tanah selepas 31 Mei setiap tahun ke atas tuan-tuan tanah yang masih belum menjelaskan bayaran cukai tanah; (vi) Memantau pengeluaran Notis 6A oleh Pejabat Daerah dan Tanah yang diberikan kepada pembayar yang enggan membayar cukai tanah. Notis 6A tersebut akan dikeluarkan bagi proses perampasan tanah oleh Kerajaan Negeri kepada tuan tanah yang ingkar untuk membuat bayaran;

Upload: others

Post on 29-Aug-2019

165 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

1

SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN BERTULIS DARIPADA Y.A.B. KETUA MENTERI

I. Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

1. Ekoran daripada dua kes perkahwinan gadis di bawah umur baru-baru ini, adakah Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan meningkatkan had umur perkahwinan kepada 18 tahun?

Y.A.B. Ketua Menteri:

1. Kerajaan Negeri secara dasarnya telah bersetuju dengan cadangan untuk menaikkan umur perkahwinan bagi kanak-kanak perempuan kepada 18 tahun dan bagi kanak-kanak lelaki dikekalkan kepada 18 tahun. Tindakan susulan terhadap cadangan ini sedang diuruskan oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang kerana ianya melibatkan pindaan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004.

Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

2. Apakah rancangan Kerajaan Negeri dalam menambahkan hasilnya selain melalui cara penambakan tanah?

Y.A.B. Ketua Menteri:

2. Pendapatan Kerajaan Negeri adalah daripada 3 sumber hasil iaitu Hasil Cukai, Hasil Bukan Cukai dan Terimaan Bukan Hasil. Berdasarkan prestasi 3 tahun kebelakangan ini (2015 hingga 2017), purata Hasil Cukai adalah sebanyak 14.81%, Hasil Bukan Cukai adalah sebanyak 56.35% dan Terimaan Bukan Hasil adalah 28.84%.Oleh itu, Hasil Bukan Cukai adalah merupakan sumber terbesar yang menyumbang kepada keseluruhan hasil negeri. Komponen Hasil Bukan Cukai terdiri daripada Bayaran Lesen, Bayaran Pendaftaran dan Permit, Perkhidmatan dan Bayaran Perkhidmatan Perolehan dari jualan barang-barang, sewaan, keuntungan pembiayaan dan perolehan pelaburan serta denda dan hukuman. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri akan menumpukan kepada usaha-usaha untuk meningkatkan hasil dari sumber-sumber berkenaan.

Antara usaha dan perancangan yang sedang dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dalam meningkatkan hasil dan mengurangkan tunggakan hasil adalah melalui beberapa pendekatan seperti berikut:

(i) Penguatkuasaan undang-undang bagi mengurangkan tunggakan hasil semasa oleh semua Jabatan/Agensi Negeri;

(ii) Mewujudkan Pasukan Petugas Khas (Task Force) bagi menyelesaikan isu tunggakan cukai tanah dan memberi fokus kepada hak milik tanah yang mempunyai tunggakan yang tinggi;

(iii) Menghantar surat peringatan mulai 1 Jun setiap tahun kepada pemilik-pemilik tanah yang masih belum membuat bayaran cukai tanah dan mempunyai tunggakan cukai tanah;

(iv) Menyediakan risalah promosi untuk bayaran cukai tanah terutamanya perkhidmatan bayaran cukai tanah atas talian (online) dan sentiasa membuat semakan bayaran cukai tanah (online) dari semasa ke semasa;

(v) Mengeluarkan Notis Peringatan Bayaran Tunggakan Cukai Tanah selepas 31 Mei setiap tahun ke atas tuan-tuan tanah yang masih belum menjelaskan bayaran cukai tanah;

(vi) Memantau pengeluaran Notis 6A oleh Pejabat Daerah dan Tanah yang diberikan kepada pembayar yang enggan membayar cukai tanah. Notis 6A tersebut akan dikeluarkan bagi proses perampasan tanah oleh Kerajaan Negeri kepada tuan tanah yang ingkar untuk membuat bayaran;

Page 2: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

2

(vii) Memperkenalkan kaedah bayaran sewa dan caj penyelenggaraan bangunan secara online bermula pada Julai 2018 yang diuruskan oleh Bahagian Perumahan; dan

(viii) Kerajaan Negeri juga telah melakukan beberapa pelaburan dari lebihan kewangan Kerajaan Negeri melalui pembelian saham, simpanan tetap dan pelaburan oleh pengurusan dana. Oleh itu, Kerajaan Negeri akan sentiasa memilih pelaburan yang menjamin pelaburan pokok serta berisiko rendah. Penelitian terhadap perbandingan kadar faedah tertinggi dari institusi kewangan akan dibuat sebelum sesuatu pelaburan diteruskan. Pemantauan sentiasa dibuat ke atas saham-saham syarikat tersiar harga bagi memastikan pulangan yang tinggi kepada Kerajaan Negeri.

Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

3. Adakah Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan untuk memberi pengecualian pengenaan development charges dan/atau premium kepada pemaju yang membangunkan rumah mampu milik di Daerah Timur Laut demi mengurangkan kos pembinaan di mana nilai tanah adalah melampau tinggi?

Y.A.B. Ketua Menteri:

3. Pada dasarnya terdapat tiga jenis kos yang mempengaruhi pasaran harga hartanah iaitu kos tanah, kos pembinaan dan kos pematuhan (compliance). Namun begitu, bagi kawasan pulau khususnya di Daerah Timur Laut dan sebahagian kawasan di Daerah Barat Daya seperti Bayan Baru, nilai hartanah yang mahal merupakan impak langsung daripada permintaan yang tinggi dan lokasi yang sangat strategik. Menyedari keadaan ini, Kerajaan Negeri telah memulakan usaha dengan memperkenalkan Garis Panduan Penyediaan 100% Rumah Mampu Milik sejak 26 Ogos 2014. Bagi menarik minat dan penyertaan pemaju, program dirangka untuk menurunkan kos pematuhan melalui insentif seperti berikut:

(i) Pengecualian penyediaan dan bayaran sumbangan untuk tidak membina Rumah Kos Rendah / Kos Sederhana Rendah. Secara purata, kos pembinaan seunit rumah kos rendah atau kos sederhana rendah boleh mencecah RM120,000 ke RM140,000 seunit manakala bayaran sumbangan yang dikenakan kerana tidak membina unit secara fizikal adalah RM150,000 bagi pemaju luar Pulau Pinang dan RM120,000 bagi pemaju Pulau Pinang;

(ii) Bayaran Pemajuan (development charges) dikenakan pada kadar rata RM5.00 sekaki persegi berbanding RM15.00 sekaki persegi bagi keluasan melebihi 21,000 kaki;

(iii) Kadar tawaran sumbangan infrastruktur (peningkatan nilai tanah bagi pelingkungan semula) ditetapkan pada kadar 12.5 peratus bagi pemaju tempatan dan 25 peratus pemaju luar di kawasan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), dan sebanyak 3.125% bagi pemaju tempatan dan 6.25 peratus bagi pemaju luar di kawasan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP);

(iv) Perkongsian Kuota Rumah Mampu Milik bagi pemaju dan subsidiarinya bagi pemajuan biasa yang dikenakan syarat penyediaan Unit Kawalan Harga; dan

(v) Penolak-selesaian sumbangan caruman infrastruktur juga dibenarkan untuk pemaju-pemaju yang menyumbang terhadap pembinaan infrastruktur diluar tapak pembinaan mereka.

Dalam pada itu, Kerajaan Negeri juga sentiasa membuat semakan dan mempertimbangkan keperluan untuk meminda kadar caj-caj lain yang dikenakan supaya selari dengan keadaan ekonomi dan usaha untuk menggalakkan lagi aktiviti pembangunan di Pulau Pinang.

Page 3: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

3

Ini termasuk penubuhan jawatankuasa khas yang dipengerusikan EXCO Perumahan untuk menyemak semula semua caj-caj yang dikenakan. Jawatankuasa ini sudahpun bersidang beberapa kali dan dijangka memuktamadkan semakan tersebut dalam masa yang terdekat.

Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

4. Masalah sosial, kemiskinan dan kebajikan amat berleluasa di kebanyakan rumah PPR seperti Padang Tembak.

(a) Apakah rancangan proaktif baru Kerajaan Negeri untuk menangani masalah-masalah ini?

Y.A.B. Ketua Menteri:

4. Kerajaan Negeri sememangnya sedar tentang masalah sosial yang banyak berlaku di skim-skim perumahan seperti Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Rancangan Perumahan Awam. Dalam menangani isu ini, Kerajaan Negeri telah mengambil pendekatan menggalakkan penyertaan penduduk tempatan dalam pelbagai aspek urus tadbir di skim-skim perumahan yang terlibat. Bahagian Perumahan bersama-sama Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang atauPenang Women's Development Corporation (PWDC) pada masa ini sedang berusaha menyusun pelaksanaan program yang dikenali sebagai Gender Responsive and Participatory Budgetting (GRPB) di beberapa skim perumahan seliaan Kerajaan Negeri termasuk di Padang Tembak.

Objektif pelaksanaan GRPB adalah untuk memperkasa komuniti setempat melalui perkongsian pendapat dan inisiatif mengenai cara untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Kaedah pelaksanaannya adalah dengan mengumpulkan data secara sistematik bagi tujuan penganjuran sesi-sesi dialog bersama komuniti yang mewakili pelbagai segmen seperti peringkat umur, jantina, kaum dan sebagainya. Hasil daripada sesi dialog yang diadakan menjadi asas kepada perancangan sub-projek dan penyediaan bajet. GRPB merupakan strategi yang sangat berkesan dalam meningkatkan rasa tanggungjawab penduduk yang secara langsung akan membawa kepada persekitaran tempat tinggal lebih kondusif. Projek pertama (pilot run) telah dilaksanakan dengan jayanya di Rumah Pangsa Desa Wawasan sejak tahun 2017.

Kerajaan Negeri turut memberi perhatian kepada aspek pembangunan fizikal. Pelan pembangunan jangka panjang yang dirangka melibatkan cadangan pembaharuan semula Rancangan Perumahan Awam Padang Tembak, Taman Free School, Mak Mandin serta dua lagi skim perumahan yang dibangunkan oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang di Jalan Mahsuri, Bayan Baru dan Jalan Siakap, Seberang Jaya. Pada masa ini, kajian secara menyeluruh masih lagi dijalankan dengan memberi perhatian kepada isu perundangan hakmilik strata, aspek teknikal dan kewangan dengan merujuk kepada model pelaksanaan program pembaharuan semula bandar di Hong Kong dan Singapura. Selain itu, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Khas Pembaharuan Semula Bandar yang telah ditubuhkan juga sedang merangka pelan pelaksanaan bagi keperluan pemindahan penduduk, penyediaan reka bentuk, penentuan ketumpatan dan skop-skop kemudahan baru yang perlu disediakan di kawasan terlibat.

Dalam pada itu, Kerajaan Negeri masih meneruskan usaha memastikan struktur dan fasiliti di rumah pangsa Padang Tembak sentiasa dalam keadaan yang stabil dan selamat. Pada tahun 2017 sebanyak RM1.48 juta dibelanjakan bagi kerja-kerja menaik taraf dan membaiki kerosakan struktur di Blok E dan J. Usaha ini diteruskan lagi pada tahun 2018 di mana kerja-kerja pembaikan struktur di tujuh (7) blok yang selebihnya, sedang di dalam proses perancangan.

Page 4: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

4

Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

5. Untuk memastikan pelaksanaan PMPT dijalankan dengan lancar, adakah Kerajaan Negeri akan mengambil kira social impact assessment?

Y.A.B. Ketua Menteri:

5. Kerajaan Negeri akan memastikan projek-projek di bawah pelaksanaan PTMP mematuhi syarat-syarat yang diwajibkan menerusi pelbagai peruntukan undang-undang yang sedia ada. Ini termasuk pematuhan Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 (Akta 172) yang mewajibkan penyediaan dan pengemukaan Social Impact Assessment (SIA).

Bagi pelaksanaan PTMP fasa pertama iaitu Projek Bayan Lepas Light Rail Transit (LRT), Projek Pan Island Link 1 (PIL 1) dan Projek Jalan-jalan Utama, SIA telah pun dilaksanakan dan dikemukakan kepada jabatan -jabatan teknikal yang berkenaan untuk kelulusan. Kerajaan Negeri telah pun memberi komitmen untuk melaksanakan semua langkah-langkah mitigasi yang disarankan bagi memastikan pelaksanaan PTMP berjalan dengan lancar.

Kerajaan Negeri telah menetapkan untuk memastikan pematuhan segala undang-undang sedia ada bagi semua projek dibawah PTMP.

Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

6. Memandangkan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan kini adalah di bawah Pakatan Harapan, apakah rancangan dan wawasan Kerajaan Negeri untuk menaik taraf perkhidmatan dan kelengkapan semua hospital awam di Pulau Pinang?

Y.A.B. Ketua Menteri:

6. Kerajaan Persekutuan telah meluluskan sembilan (9) projek dengan nilai anggaran kos RM1.62 billion bagi menaik taraf perkhidmatan kesihatan di Pulau Pinang. Daripada jumlah tersebut empat (4) projek sedang dalam peringkat pelaksanaan, manakala selebihnya akan dijalankan secara berperingkat. Projek-projek yang sedang dalam pelaksanaan adalah seperti berikut:

(i) Projek naik taraf Hospital Pulau Pinang Fasa II; (ii) Projek naik taraf Hospital Seberang Jaya; (iii) Projek Multi Storey Block Hospital Seberang Jaya; dan (iv) Projek naik taraf Jabatan Kecemasan dan Pesakit Luar Hospital Balik Pulau. Manakala lima (5) projek yang telah diluluskan adalah seperti berikut: (i) Menaik taraf Blok Wanita & Kanak-kanak Hospital Pulau Pinang; (ii) Menaik taraf Perkhidmatan Transplan di Hospital Pulau Pinang termasuk

Pemindahan Sum Sum Tulang Jenis Allogenik; (iii) Menaik taraf Sistem Penghawa Dingin Berpusat di Dewan Bedah dan Sistem

Bekalan Elektrik Hospital Bukit Mertajam; (iv) Bina Baru Kuarters Hospital Pulau Pinang; dan (v) Menaik taraf Blok Klinik Pakar dan Wad Hospital Pulau Pinang.

Selaras dengan pelaksanaan projek–projek fizikal yang sedang dan akan dilaksanakan, Kerajaan Negeri dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri akan dari semasa ke semasa menganalisis keperluan tenaga kerja dan bekalan perubatan mencukupi bagi menampung keperluan hospital–hospital dan klinik–klinik kesihatan di Pulau Pinang. Usaha–usaha ini bertepatan dengan hasrat Kerajaan Negeri dan Jabatan Kesihatan Negeri untuk menjadikan hospital-hospital Pulau Pinang sebagai hospital rujukan utama bagi wilayah utara di samping tidak mengabaikan keperluan masyarakat di Pulau Pinang.

Page 5: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

5

Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

7. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk mendapatkan slot penerbangan terus (direct flight) daripada bandar-bandar utama di negara-negara Asia ?

Y.A.B. Ketua Menteri:

7. Bermula tahun 2016, Kerajaan Negeri telah melaksanakan program pemberian insentif kepada syarikat penerbangan yang menawarkan laluan penerbangan terus ke Pulau Pinang tertakluk kepada syarat-syarat seperti laluan penerbangan terus yang terpilih, tempoh aktif laluan dan kekerapan penerbangan. Kerajaan Negeri mengadakan perbincangan dan kerjasama dengan syarikat penerbangan dan agensi pelancongan secara berterusan bagi meningkatkan jumlah laluan penerbangan terus. Berdasarkan perbandingan antara bulan Disember 2017 dan September 2018, jumlah penerbangan terus dalam seminggu telah meningkat sebanyak 26% iaitu daripada 234 kepada 297 penerbangan. Selain laluan penerbangan terus, Kerajaan Negeri juga sedang memberi fokus kepada syarikat penerbangan bagi laluan fly throughuntuk destinasi yang mempunyai penerbangan terus ke Pulau Pinang seperti Kuala Lumpur, Singapura, Hong Kong dan Bangkok.

Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

8. Dengan tiga Link seperti Jambatan Pulau Pinang Pertama, Jambatan Pulau Pinang Kedua dan perkhidmatan terminal feri, apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk mengintegrasikan ketiga-tiga 'link' tersebut supaya sistem pengangkutan, lingkaran dan connectivity Pulau Pinang akan menjadi lebih tersusun dan bersepadu?

Y.A.B. Ketua Menteri:

8. Pada masa ini, Kerajaan Negeri sedang melaksanakan perancangan pengangkutan yang digariskan dalam Penang Transport Master Plan (PTMP) dengan mengintegerasi ketiga-tiga Link penghubung sedia ada iaitu Jambatan Pulau Pinang Pertama, Jambatan Pulau Pinang Kedua dan perkhidmatan feri berada.

Cadangan PTMP yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2015 merupakan pelan induk pengangkutan yang diasaskan berdasarkan laporan kajian pengangkutan Pulau Pinang oleh perunding Halcrow Sdn Bhd pada tahun 2011 di mana penambahbaikan telah dilaksanakan bagi mewujudkan strategi pelan induk pengangkutan jangka panjang bersertakan model pembiayaan yang sepadan.

Dalam PTMP ini, cadangan mod-mod pengangkutan seperti jajaran Light Rail Transit (LRT) Bayan Lepas / Seberang Prai, laluan catamaran, bas-bas pengantaraan, laluan Bus Rapid Transit (BRT) di kawasan Seberang Prai, Lebuhraya Pan Island Link 1 (PIL 1), Projek Jalan-Jalan Utama dan Terowong Dasar Laut di Pulau Pinang, akan diintegrasikan bersama ketiga-tiga Link dari bahagian pulau ke Seberang Perai. Selain itu, cadangan pengangkutan yang digariskan dalam PTMP ini akan juga diintegrasikan dengan cadangan pembinaan jajaran jalan raya dan lebuhraya oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di Pulau Pinang.

Ketiga-tiga Link penghubung sedia ada iaitu Jambatan Pulau Pinang Pertama, Jambatan Pulau Pinang Kedua dan perkhidmatan feri berada di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. Namun begitu, Kerajaan Negeri tetap komited dalam perancangan untuk mewujudkan sistem pengangkutan yang lebih mampan atau sustainable.

Secara kesimpulanya, pelaksanaan PTMP merupakan perancangan jangka panjang oleh pihak Kerajaan Negeri bagi mengintegrasi kesemua Link penghubung di Pulau Pinang supaya satu sistem pengangkutan yang mampan dan tersusun dapat direalisasikan.

Page 6: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

6

Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

9. Sila berikan statistik terkini bagi perkahwinan di bawah umur untuk golongan muslim dan bukan muslim di Negeri Pulau Pinang bagi tahun 2017 dan setakat Oktober 2018?

Y.A.B. Ketua Menteri:

9. Perkahwinan bagi orang Islam didaftarkan di Jabatan Agama Islam Pulau Pinang. Berdasarkan Seksyen 8, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004, had umur berkahwin lelaki ialah 18 tahun dan ke atas manakala had umur berkahwin perempuan ialah 16 tahun dan ke atas. Walaupun demikian, lelaki dan perempuan boleh berkahwin di bawah umur 18 tahun dan 16 tahun dengan syarat mereka hendaklah mendapat kebenaran daripada Mahkamah Syariah terlebih dahulu. Statistik perkahwinan di bawah umur untuk orang Islam di Negeri Pulau Pinang bagi tahun 2017 adalah berjumlah 48 orang manakala bagi tahun 2018 (sehingga 18 Oktober) adalah berjumlah 32 orang.

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bertanggungjawab untuk mendaftar perkahwinan bagi orang bukan Islam selaras dengan peruntukan di bawah Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (Akta 164). Akta 164 telah menggariskan secara jelas had umur bagi pendaftaran perkahwinan orang bukan Islam seperti berikut :-

(i) Lelaki bukan Islam haruslah berumur 18 tahun ke atas; dan (ii) Wanita bukan Islam haruslah berumur 16 tahun ke atas.

Walau bagaimanapun, Seksyen 10 Akta 164 membenarkan perkahwinan seorang perempuan yang telah genap umur 16 tahun tetapi di bawah 18 tahun, namun perkahwinan tersebut haruslah memperolehi lesen yang diberi oleh Menteri Besar / Ketua Menteri di bawah Subseksyen 21(2). Statistik bagi perkahwinan wanita berumur genap 16 tahun tetapi di bawah 18 tahun yang telah diberikan kelulusan untuk berkahwin dan mendaftarkan perkahwinan tersebut di JPN bagi tahun 2017 adalah berjumlah 18 orang manakala bagi tahun 2018 (sehingga 16 Oktober) adalah berjumlah 18 orang.

Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

10. Ekoran daripada perkembangan Industri 4.0 yang begitu pesat, adakah Kerajaan Negeri bersedia untuk menubuhkan satu portfolio atau jabatan khususnya untuk pengurusan hal ehwal digital economy dan masyarakat?

Y.A.B. Ketua Menteri:

10. Buat masa ini, Kerajaan Negeri belum mempunyai sebarang cadangan untuk menubuhkan satu portfolio khusus untuk menguruskan perkembangan hal ehwal Industri 4.0 atau digital economy . Portfolio Jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Pembangunan Industri yang sedia ada di bawah Timbalan Ketua Menteri 1 (TKM1) serta agensi-agensi yang menjadi ahli jawatankuasanya boleh menyelia perkembangan revolusi Industri 4.0 ini. Jawatankuasa MMK Pembangunan Industri telah mengadakan program yang berteraskan Industri 4.0 iaitu Program i-Robotic Expo bersama Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kepala Batas pada 6 dan 7 Oktober 2018 yang lalu. Manakala hal ehwal berkaitan masyarakat seperti isu gejala sosial dan pembangunan masyarakat adalah di bawah tanggungjawab Jawatankuasa MMK Kebajikan dan Masyarakat Penyayang.

Page 7: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

7

Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

11. Apakah rancangan dan rangka kerja Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam mencapai Zero Carbon Footprint dalam tempoh masa terdekat?

Y.A.B. Ketua Menteri:

11. Kerajaan Negeri Pulau Pinang selaras dengan dasar Cleaner, Greener, Safer & Healthier Penang berhasrat untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri yang bersih, mempunyai alam sekitar yang hijau dan mampan, selamat untuk didiami dan mempunyai masyarakat serta persekitaran yang sihat. Berteraskan kepada dasar ini, rancangan dan rangka kerja Kerajaan Negeri dalam mengurangkan "carbon footprint" di Pulau Pinang adalah dengan memulakan proses pembangunan Agenda Hijau Pulau Pinang (Penang Green Agenda) yang akan berperanan sebagai roadmap untuk tempoh 10 tahun bagi memacu Negeri Pulau Pinang ke arah negeri hijau dan lestari (green and sustainable state) dari 2020 hingga 2030. Fokus Penang Green Agenda adalah untuk memformulasikan kaedah bagi:

(a) menangani isu-isu sensitif alam sekitar berpaksikan kepada pemeliharaan, pemuliharaan dan kawalan pencemaran ke arah kelestarian;

(b) mengenalpasti sasaran jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang untuk meningkatkan kelestarian alam sekitar; dan

(c) merangka strategi dan pelan tindakan untuk mencapai sasaran kelestarian alam sekitar yang telah dikenal pasti berdasarkan Sustainable Development Goals.

Proses pembangunan Penang Green Agenda dimulakan pada tahun 2017 dan dijangka siap sepenuhnya pada penghujung 2019. Proses ini dilaksanakan dalam tiga (3) fasa seperti berikut:-

(a) Fasa Pertama: mengenalpasti skop, halatuju, rangka kerja, tindakan, tugas serta tanggungjawab pihak berkepentingan;

(b) Fasa Kedua: mengenalpasti sasaran serta indikator yang perlu dicapai dan membentuk strategi serta pelan tindakan untuk mencapai sasaran yang dikenal pasti; dan

(c) Fasa Ketiga: pelancaran dan pelaksanaan pelan tindakan secara bersepadu.

Pada masa ini, pembangunan Penang Green Agenda berada pada peringkat Fasa Kedua.

Selain itu, Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan telah mengerakkan inisiatif Low Carbon City Framework (LCCF) dengan kerjasama Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC). Rangka kerja ini akan membolehkan Pihak Berkuasa Tempatan merangka dan merancang pembangunan berasaskan strategi dan langkah-langkah ke arah pembangunan rendah karbon.

Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

12. Adakah Kerajaan Negeri berhasrat memperuntukkan sebuah bangunan atau tempat khas untuk kegunaan Klinik Kesihatan Awam di Padang Tembak?

Y.A.B. Ketua Menteri:

12. Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA) terletak di Tingkat Bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) Padang Tembak. Bangunan tersebut kurang sesuai disebabkan ruangan klinik yang sempit, bumbung klinik dipenuhi dengan sampah sarap serta terdapat kehadiran tikus/lipas serta bau busuk sampah sarap di belakang bangunan klinik. Selain daripada itu, tempat meletak kenderaan untuk pesakit (ibu mengandung) adalah terhad serta laluan khas untuk ambulan selalu disekat oleh kenderaan lain di kawasan perumahan ini. Bilangan pesakit yang datang dari masa ke semasa semakin meningkat

Page 8: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

8

untuk mendapatkan perkhidmatan. Kerajaan Negeri melalui Pejabat Daerah dan Tanah Timur Laut telah mengemukakan empat (4) cadangan lokasi untuk dijadikan alternatif untuk klinik sedia ada. Antara lokasi yang dilihat bersesuaian setelah satu lawatan bersama diadakan adalah bangunan Dewan Jawatankuasa Kemajuan dan Kampung (JKKK) Padang Tembak. Namun demikian, perkara ini perlu diperhalusi oleh Kementerian Kesihatan sebelum sebarang tindakan selanjutnya dilaksanakan.

Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

13. Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk menaik taraf dan/atau 'legalise' penjaja-penjaja di sekitar Padang Tembak?

Y.A.B. Ketua Menteri:

13. Pada masa ini, pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) tiada mempunyai perancangan untuk menaik taraf dan/atau 'legalise' penjaja-penjaja di sekitar Padang Tembak disebabkan oleh perkara-perkara berikut:

(i) Penjaja-penjaja tanpa lesen di kawasan tersebut telah mendirikan struktur kekal di atas tanah kerajaan tanpa kelulusan;

(ii) Penjaja-penjaja tanpa lesen ini akan dipindahkan ke premis yang dikendalikan oleh Majlis sekiranya terdapat kekosongan tempat berniaga; dan

(iii) Majlis perlu memastikan tiada halangan didirikan di tempat awam bagi memastikan keselamatan penduduk sekitar.

Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

14. Sila senaraikan jumlah penerima bantuan daripada JKM untuk: a) Kawasan Kebun Bunga berbanding dengan seluruh Negeri Pulau Pinang untuk tahun ini 2018. b) Kawasan Kebun Bunga untuk tahun ini 2018 berbanding dengan 2017 untuk jangkamasa yang sama.

Y.A.B. Ketua Menteri:

14. (a) Jumlah keseluruhan penerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk kawasan Kebun Bunga adalah seramai 207 orang. Perbandingan kawasan Kebun Bunga dengan seluruh Negeri Pulau Pinang bagi tahun 2018 adalah seperti berikut:-

TAHUN PENERIMA BANTUAN KAWASAN

KEBUN BUNGA PENERIMA BANTUAN NEGERI

PULAU PINANG

2018 207 18,014

(b) Perbandingan penerima bantuan antara tahun 2017 dan 2018 untuk jangka masa yang sama (Januari – September) adalah seperti berikut :

Tahun PENERIMA BANTUAN

KAWASAN KEBUN BUNGA

2017 220 orang

2018 207 orang

Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

15. Sila senaraikan jenis pemilikan rumah PPR Padang Tembak di Blok A sehingga Blok J.

(a) Berapa unit yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri dan/atau agensi atau badan kerajaan?

(b) Berapa unit yang dimiliki oleh individu atau selainnya?

(c) Berapa unit yang tidak diduduki dan/atau terbiar?

Page 9: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

9

Y.A.B. Ketua Menteri:

15. Rancangan Perumahan Awam Padang Tembak merupakan skim perumahan awam Kerajaan Negeri Pulau Pinang di Seksyen 2, Daerah Timur Laut yang telah siap dibina pada tahun 1969 di atas tanah seluas 7.3 hektar (18.25 ekar). Skim perumahan ini terdiri daripada sembilan (9) blok bangunan rumah pangsa setinggi 17 tingkat yang menyediakan sebanyak 3,660 unit kediaman dan 62 unit kedai.

(a) Daripada jumlah keseluruhan 3,660 unit kediaman yang disediakan, sebanyak 525 unit masih lagi dimiliki Kerajaan Negeri. Agihan unit-unit ini mengikut kegunaan adalah seperti berikut:

(i) 454 unit diperuntukkan untuk disewakan kepada warga Pulau Pinang yang berpendapatan seisi rumah kurang daripada RM1,500.00 sebulan,

(ii) 3 unit diperuntukkan sebagai penempatan sementara mangsa bencana untuk tempoh tidak lebih tiga bulan,

(iii) 8 unit diperuntukkan sebagai kuarters warga kerja Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang; dan

(iv) 60 unit diperuntukkan kepada Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) sebagai kuarters bagi kakitangan agensi tersebut.

(b) Selain daripada unit-unit sewaan, terdapat sebanyak 3,135 lagi unit kediaman yang telah dimiliki oleh individu melalui skim sewa-beli yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri. Manakala bagi 62 unit kedai ditingkat bawah setiap blok, kesemuanya dimiliki oleh individu melalui kaedah jual beli.

(c) Sehingga 30 September 2018, Bahagian Perumahan merekodkan terdapat sebanyak 20 unit sewaan termasuk unit bencana yang masih kosong dan dalam proses tawaran kepada pemohon baru. Dalam pada itu, pihak pengurusan Rancangan Perumahan Padang Tembak turut mengesan terdapat sebanyak 66 unit milik individu yang terbiar dan tidak diduduki oleh pemilik.

Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

16. Sila berikan jumlah kenderaan yang menggunakan Jalan Gottlieb di waktu-waktu puncak.

(a) Adakah kenderaan berat akan dihalang daripada menggunakan Jalan Gottlieb pada masa-masa tertentu untuk mengurangkan trafik?

(b) Sekiranya elevated highway dibina di Jalan Gottlieb, bagaimanakah Kerajaan Negeri akan menangangi masalah trafik di sekitar kawasan itu?

Y.A.B. Ketua Menteri:

16. Jumlah kenderaan yang menggunakan Jalan Gottlieb pada waktu puncak pagi (AM Peak) adalah sebanyak 1,635 passenger car unit per hour (pcu/hr) dua hala dan 2,200 pcu/hr pada waktu puncak petang (PM Peak) berdasarkan Kajian Impak Trafik yang dijalankan oleh perunding trafik di kawasan ini.

(a) Buat masa ini, tiada perancangan dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi melarang kenderaan berat daripada menggunakan Jalan Gottlieb pada masa-masa tertentu.

(b) Cadangan pembinaan lebuh raya bertingkat di Jalan Gottlieb atau lebih dikenali sebagai Pan Island Link 1 (PIL 1) akan berjaya mengasingkan trafik serantau (regional traffic) dan trafik setempat (local traffic). Trafik serantau dari Air Itam ke Tanjung Bungah akan menggunakan bahagian jejambat manakala trafik setempat akan menggunakan jalan at-grade di bahagian bawah jejambat. Konfigurasi trafik sebegini akan mengurangkan kesesakan trafik yang tinggi di Jalan Gottlieb terutamanya pada waktu puncak AM Peak/PM Peak, musim

Page 10: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

10

perayaan dan hari pelepasan am. Pihak PBT juga akan mensyaratkan supaya pihak kontraktor menyediakan Pelan Pengurusan Lalulintas atau Traffic Management Plan (TMP) untuk menangani masalah kesesakan lalulintas semasa kerja-kerja pembinaan dijalankan. Pasukan Kawalan Unit Kecemasan (Emergency Response Team) dan pengawal trafik berbendera (flagman) harus diatur oleh pihak kontraktor dan menjadi sebahagian daripada komponen TMP. Sekiranya lencongan trafik perlu dilaksanakan, maka pelan lencongan trafik harus disediakan oleh seorang perunding trafik yang bertauliah untuk memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya dan pejalan kaki sewaktu fasa pembinaan.

TMP yang dikemukakan oleh pihak kontraktor perlu dikaji dan mendapatkan kelulusan pihak PBT terlebih dahulu sebelum kerja-kerja pembinaan dibenarkan bermula di tapak. Syarat-syarat yang lazim dikenakan oleh pihak PBT ke atas kontraktor semasa fasa pembinaan adalah seperti pelebaran jalan sediada, penyediaan laluan alternatif serta langkah-langkah untuk meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya melalui penggunaan papan tanda sementara, blinkers, pencahayaan yang cukup, membenarkan waktu berkerja yang tertentu sahaja dan lain-lain langkah keselamatan yang diperlukan.

Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

17. Apakah penilaian Kerajaan Negeri terhadap 'Penang Wifi' dan adakah projek ini akan diteruskan ataupun diperkembangkan lagi?

Y.A.B. Ketua Menteri:

17. Perkhidmatan Penang Free Wifi (PFW) pada masa ini mempunyai beberapa kekangan seperti kualiti bandwidth dan liputan yang disediakan oleh penyedia perkhidmatan sedia ada. Bagi tujuan meningkatkan kualiti perkhidmatan Penang Free Wifi, Kerajaan Negeri kini sedang meneliti semula perkhidmatan ini agar dapat diteruskan dengan kualiti bandwidth dan liputan yang lebih baik melalui perincian keperluan teknikal yang sedang dikenalpasti oleh jabatan/agensi yang terlibat.

Penambahbaikan perkhidmatan PFW kelak adalah tidak terhad kepada penyedia perkhidmatan sedia ada tetapi terbuka kepada mana-mana pihak yang berminat untuk bekerjasama dengan Kerajaan Negeri bagi memastikan kualiti perkhidmatan Penang Free Wifi yang lebih baik di masa akan datang.

Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

18. Merujuk kepada taman-taman orang awam yang dinaik taraf oleh MBPP dan Kerajaan Negeri:-

(a) Sila senaraikan taman-taman yang telah dinaik taraf di dalam kawasan Kebun Bunga dan juga jenis pengubahsuaian yang telah dilaksanakan?

(b) Sila senaraikan kos yang diperbelanjakan untuk menaik taraf taman-taman tersebut?

Y.A.B. Ketua Menteri:

18. (a) Senarai taman-taman yang telah dinaik taraf di dalam Kawasan Kebun Bunga oleh Kerajaan Negeri melalui Jabatan Taman Botani dan Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) adalah seperti di Lampiran A.

(b) Kos bagi menaik taraf taman-taman dalam Kawasan Kebun Bunga oleh Kerajaan Negeri melalui Jabatan Taman Botani dan Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) adalah masing-masing sebanyak RM340,100.00 dan RM298,485.60. Perincian kos adalah seperti di Lampiran B.

RUJUK LAMPIRAN A DAN B

Page 11: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

11

Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

19. Memandangkan Climate Change yang semakin menjadi-jadi, apakah rancangan komprehensif dan/atau insentif yang boleh diberikan oleh Kerajaan Negeri untuk komuter selain bas 'CAT' demi mengurangkan CO2?

Y.A.B. Ketua Menteri:

19. Kerajaan Negeri komited untuk melaksanakan agenda hijau termasuk mengurangkan pelepasan gas Carbon Dioxide (CO2) terutamanya daripada kenderaan di jalan raya.

Selain daripada menyediakan perkhidmatan bas percuma Congestion Alleviation Transport (CAT), rancangan jangka panjang Kerajaan Negeri adalah untuk menyediakan rangkaian pengangkutan awam yang berkesan di Pulau Pinang melalui Pelan Induk Pengangkutan (PIP) Pulau Pinang. Hasrat Kerajaan Negeri adalah untuk meningkatkan peratusan mod pengangkutan awam bandar kepada 40 % pada tahun 2030. Keutamaan semasa adalah pembinaan Light Rail Transit (LRT) yang akan menghubungkan pusat bandar iaitu KOMTAR dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Setiap Stesen LRT yang terpilih juga akan disediakan bas pengantara (feeder).

Dengan adanya jajaran LRT ini penduduk Pulau Pinang dapat bergerak ke tempat yang dituju dengan mudah dan pada masa sama ianya dapat mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian di jalan raya dan seterusnya mengawal pencemaran udara.

Di samping itu juga, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan laluan basikal (bicycle lane) melalui Pelan Induk Laluan Basikal Pulau Pinang yang telah dibina sejak tahun 2016. Laluan basikal yang telah disiapkan sehingga kini di Bahagian Pulau dengan konsep binaan laluan baharu adalah sepanjang 180 km dengan kos berjumlah RM34.8 juta. Manakala di Seberang Perai, laluan basikal adalah menggunakan jalan sedia ada iaitu berkonsepkan road sharing dan sepanjang 194.495 km dengan kos sejumlah RM660,590.76 telah siap.

Selain itu, penggunaan bahan api bersih bagi kenderaan bermotor seperti Natural Gas Vehicle (NGV), hybrid dan elektrik juga amat digalakkan. Kerajaan Negeri juga menggalakkan penanaman pelbagai pokok-pokok bagi membolehkan CO2 digunakan oleh pokok-pokok bagi menghasilkan oksigen.

Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

20. Sila senaraikan jumlah peruntukan, adakah daripada Kerajaan Negeri ataupun Kerajaan Pusat ataupun mana-mana Kementerian yang diterima oleh sekolah-sekolah yang berada di kawasan Kebun Bunga bagi tahun 2017/2018?

Y.A.B. Ketua Menteri:

20. Jumlah peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri kepada sekolah-sekolah di kawasan Kebun Bunga pada tahun 2017 dan 2018 adalah sebanyak RM859,525.80. Perincian peruntukan yang telah diagihkan adalah seperti di Lampiran A.

RUJUK LAMPIRAN A.

Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

21. Sila senaraikan semua projek perumahan termasuk projek kerajaan dan swasta yang telah diluluskan dan/atau dalam proses permohonan di kawasan Kebun Bunga?

Y.A.B. Ketua Menteri:

21. Terdapat enam (6) buah projek perumahan yang telah diluluskan di kawasan Kebun Bunga manakala satu (1) buah projek dalam proses pertimbangan. Senarai projek-

Page 12: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

12

projek yang telah diluluskan adalah seperti di Lampiran A manakala senarai projek yang dalam pertimbangan seperti di Lampiran B.

RUJUK LAMPIRAN A DAN B.

Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

22. Adakah Kerajaan Negeri dapat memperuntukkan sebidang tanah lapang di Padang Tembak untuk tujuan Urban Farming dan juga aktiviti-aktiviti seperti yang dijalankan di Pusat Agro Pelancongan di Relau?

Y.A.B. Ketua Menteri:

22. Kerajaan Negeri sememangnya menggalakkan syarikat swasta atau orang persendirian untuk menjalankan aktiviti Urban Farming. Buat masa ini, Kerajaan Negeri tidak mempunyai cadangan untuk memperuntukkan sebidang tanah lapang di Padang Tembak untuk tujuan Urban Farming. Tanah lapang tersebut perlu dikekalkan sebagai tanah lapang bagi kegunaan orang ramai khasnya penduduk berkenaan.

Konsep Urban Farming atau Pertanian Bandar tidak semestinya menggunapakai tanah lapang untuk dilaksanakan. Pertanian Bandar boleh dilaksanakan di kawasan kediaman kerana tujuan aktiviti ini dijalankan adalah bagi menangani masalah tanah yang terhad.

Melalui aktiviti ini, penduduk boleh melakukan aktiviti pertanian menggunakan kaedah-kaedah seperti fertigasi dan hidroponik. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang sentiasa bersedia untuk memberikan khidmat nasihat pertanian, input pertanian dan bahan tanaman.

Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

23. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai rancangan untuk memperkembang serta mempromosikan 'eco-tourism' di Pulau Pinang?

Y.A.B. Ketua Menteri:

23. Rancangan Kerajaan Negeri untuk memperkembang dan mempromosikan ecotourism di Pulau Pinang adalah seperti berikut:

(i) Menganjurkan program-program berasaskan ecotourism untuk memberi pendedahan dan mempromosi destinasi ecotourism.Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah menganjurkan program Seberang Perai International Conference on Ecotourism and Conservation Efforts (SPICEC 2018) pada 8 dan 9 Oktober 2018 yang telah mengumpulkan pakar-pakar alam sekitar bagi membincangkan isu ecotourism di samping mempromosikannya di peringkat antarabangsa. Selain itu, program Forest Bathing yang dijalankan di taman rekreasi dan hutan lipur juga telah mempromosikan aktiviti ecotourism;

(ii) Membangunkan produk pelancongan berasaskan ecotourism dengan kerjasama pihak swasta. Projek The Habitat di Bukit Bendera yang dibangunkan dengan konsep ecotourism memaparkan tarikan-tarikan seperti titian silara (canopy walk) dantree top walk telah berjaya menarik ramai pelancongan dari dalam dan luar negara;

(iii) Menggiatkan promosi pelancongan bagi destinasi ecotourism melalui penyertaan Kerajaan Negeri dalam pameran pelancongan dan pameran perdagangan. Di samping itu, destinasi ecotourism Pulau Pinang juga diterbitkan dalam bentuk risalah, peta dan dokumentari untuk edaran umum; dan

(iv) Membangunkan pesisiran pantai Teluk Air Tawar ke Kuala Muda sebagai aset eko-pelancongan kerana lokasi tersebut mempunyai kepelbagaian biologi termasuk kawasan benteng dan hutan bakau yang luas. Kawasan ini juga menjadi persinggahan yang terbaik kepada burung-burung hijrah dan juga burung spesies

Page 13: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

13

tempatan, menjadikannya kawasan yang strategik untuk aktiviti birdwatching. Kawasan ini telah dimasukkan dalam Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2030 sebagai Kawasan Pemuliharaan Paya Bakau.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga menguruskan dan menyelenggara kawasan rekreasi hutan dan alam semulajadi melalui Jabatan Perhutanan bagi memastikan flora dan fauna terpelihara demi perkembangan ecotourism Pulau Pinang. Rancangan ecotourismyang lebih terperinci akan dijelaskan dalam Pelan Induk Pelancongan Pulau Pinang yang dijangka akan siap pada tahun 2019.

Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

24. Sila senaraikan semua spesis tumbuhan dan haiwan (flora dan fauna) yang terdapat di Taman Botani?

Y.A.B. Ketua Menteri:

24. Taman Botani Pulau Pinang yang terletak di Jalan Kebun Bunga dikenali juga dengan nama Kebun Bunga Pulau Pinang. Taman ini wujud sejak tahun 1884 di bawah pengawasan seorang pegawai Inggeris bernama Charles Curtis. Taman Botani juga memainkan peranan sebagai sebuah institusi botani yang penting di Malaysia dengan keluasan 29 hektar. Ia juga menjadi tempat riadah dan rekreasi awam yang utama di Georgetown.

Kehadiran pelancong yang semakin bertambah menjadikan taman ini dikenal pasti untuk disenaraikan dalam sebuah buku bertajuk “1001 Taman Tercantik di Dunia”. Setiap tahun, banyak perbelanjaan digunakan bagi tujuan penyelenggaraan taman supaya sentiasa kelihatan bersih, terpelihara dan dapat menarik perhatian pelancong dalam dan luar negara. Dianggarkan, sebanyak 100 ribu pengunjung melawat Taman Botani Pulau Pinang setiap tahun.

Senarai semua spesis tumbuhan dan haiwan (flora dan fauna) yang terdapat di Taman Botani sehingga Oktober 2018 disertakan sebagai Lampiran A dan B.

RUJUK LAMPIRAN A DAN B

Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

25. Apakah tahap keberkesanan fogging dan ubat jentik-jentik dalam menangani wabak denggi di seluruh Pulau Pinang?

(a) Sila senaraikan jadual kekerapan fogging yang dijalankan di kawasan Kebun Bunga dan juga kes demam denggi yang dilaporkan dari Januari 2018 sehingga masa kini?

Y.A.B. Ketua Menteri:

25. Kaedah fogging adalah merupakan semburan kabus di kawasan-kawasan hot spot denggi. Kaedah ini bukanlah strategi utama dalam kawalan denggi sebaliknya strategi utama adalah pengurangan tempat pembiakan aedes source reduction.

Semburan fogging adalah langkah sementara bagi membunuh nyamuk-nyamuk dewasa yang telah dijangkiti virus denggi dan keberkesanan semburan kabus adalah bergantung kepada keadaan cuaca dan kerjasama penduduk bagi memastikan semburan dapat dijalankan di bahagian dalam rumah. Walau bagaimanapun, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) sentiasa memantau aktiviti semburan kabus bagi memastikan liputan dan dos racun yang digunakan adalah berkesan.

Selain itu, Pihak Berkuasa Tempatan turut bekerjasama rapat dengan JKN, terutamanya Pejabat Rancangan Kawalan Penyakit Bawaan Vektor (RKPBV) bagi membanteras penyakit denggi. Semua kaedah, rancangan dan kajian keberkesanan dalam kawalan wabak denggi adalah dalam pelaksanaan JKN di bawah Bahagian Kawalan Penyakit,

Page 14: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

14

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Berdasarkan protokol kawalan KKM/MBPP, selagi ada kes denggi yang dilaporkan di mana-mana kawasan atau lokaliti, langkah-langkah kawalan dan pencegahan termasuk semburan kabus dan penyemburan atau penaburan ubat jejentik perlu dilaksanakan. Semburan kabus tidak bertujuan untuk mengurangkan populasi nyamuk tetapi hanya untuk kawalan kes sahaja.

Selain itu, bagi memastikan aktiviti larviciding yang dijalankan adalah berkesan dua (2) jenis racun pembunuh jentik-jentik digunakan iaitu temephos dan Bacillus Thuringiensis Israelensis(BTI). Temephos adalah racun pembunuh dalam bentuk serbuk dan diletakkan dalam tempat tangkungan air. Manakala BTI pula adalah racun pembunuh dalam bentuk cecair yang perlu dibancuh mengikut sukatan yang ditetapkan dan diletakkan dalam takungan air. Setakat ini kedua-dua racun pembunuh mampu membunuh larva tetapi tempoh masa keberkesanan adalah berbeza dan bergantung kepada keadaan cuaca serta suhu sesuatu lokasi.

(a) Jumlah keseluruhan operasi fogging di kawasan Kebun Bunga adalah sebanyak 45 operasi dan melibatkan 31 kes yang telah dicatatkan setakat ini. Jadual kekerapan fogging yang dijalankan di kawasan Kebun Bunga dari Januari 2018 sehingga masa kini adalah seperti berikut:-

Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

26. Adakah Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan memwujudkan satu tabung special grant untuk membantu petani-petani yang ingin menaik taraf dan memperluaskan penanaman pertanian mereka dan apakah syarat-syaratnya?

Y.A.B. Ketua Menteri:

26. Setiap tahun, Jabatan Perikanan menerima peruntukan untuk diagihkan kepada nelayan seperti Bantuan Touch Point iaitu bantuan berupa barangan keselamatan nelayan dan peralatan bagi mengeratkan aspek kesegaran ikan. Pada Tahun 2018 sebanyak RM230,000.00 peruntukan barangan input berupa tong isulasi, baju hujan, lampu suluh dan beg kalis air telah diberikan kepada nelayan seluruh Pulau Pinang. Selain itu, Bantuan Agroprenurmuda diberikan iaitu berupa geran kepada pemohon yang berumur antara 18 hingga 40 tahun. Untuk program ini, maksimum sebanyak RM 20,000.00 geran berupa peralatan diberikan kepada usahawan akuakultur dan maksimum RM15,000.00 untuk usahawan Industri Asas Tani (IAT). Di samping itu, Jabatan Perikanan juga menganjurkan beberapa siri kursus kepada nelayan seperti kursus enjin sangkut dan penyelenggaraan sampan fiber. Ini dapat menjimatkan kos pembaikan enjin dan sampan jika berlaku kerosakan. Kursus pemprosesan juga diadakan kepada isteri-isteri nelayan seperti kursus produk berasaskan surimi sebagai nilai tambah kepada pendapatan nelayan. Pada tahun 2018, Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk menaikkan had umur maksimum iaitu dari 40 tahun kepada 60 tahun. Usaha ini dibuat sejajar dengan hasrat Kerajaan Negeri dalam membantu usahawan industri asas tani yang ingin menaiktaraf, memperluaskan penanaman pertanian atau yang memerlukan modal pusingan.

BULAN KEKERAPAN FOGGING

Januari 5

Februari 4

Mac 6

April 4

Mei 5

Jun 4

Julai 5

Ogos 6

September 6

JUMLAH 45

Page 15: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

15

Syarat-syarat utama bagi permohonan Tabung Usahawan Tani (TUT) adalah seperti berikut:

(i) Warga Malaysia berumur 18 tahun hingga 60 tahun;

(ii) Tinggal, menetap dan mengusahakan projek di Pulau Pinang;

(iii) Merupakan usahawan tani sepenuh masa;

(iv) Mempunyai pengalaman mengusahakan perniagaan berasaskan industri asas tani sekurang-kurangnya satu (1) tahun;

(v) Mampu membayar balik pinjaman dalam tempoh yang ditetapkan.

Perincian bagi pinjaman tersebut adalah seperti di Lampiran A.

Kerajaan Negeri komited dalam membantu petani-petani yang ingin menaik taraf atau memperluaskan tanaman yang diusahakan. Selaras dengan usaha itu, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan Tabung Usahawan Tani Muda (TUTM) pada penghujung tahun 2013 yang kini dikenali sebagai Tabung Usahawan Tani (TUT), khusus bagi usahawan industri asas tani. Melalui pengenalan tabung ini, peserta yang layak akan diberikan pinjaman mikro kredit.

Setiap tahun dalam Bajet Pembangunan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar melaksanakan bantuan kepada semua penternak yang layak. Bagi tahun 2018, dari peruntukan keseluruhan Bajet Pembangunan berjumlah 2.960 Juta, sebanyak RM1.125 juta diperuntukkan kepada Program Pengembangan industri dan Bantuan kepada pemohon yang layak. Baki RM1.835 juta adalah bagi pelaksanaan program Kesihatan & Kebajikan Haiwan dan Perkhidmatan Rawatan Klinik & Ambulatori.

Bagi Program Pengembangan dan Bantuan, sebanyak RM500,000 diperuntukkan kepada Pembangunan Industri Ruminan untuk diagihkan kepada pemohon yang menternak ruminan besar, ruminan kecil, pembangunan baka ternakan dan pemakanan ternakan bagi pembelian baka ternakan yang bermutu tinggi, tambah baik infrastruktur ladang serta melaksanakan program homeplot rumput yang berkualiti.

Naik taraf infrastruktur ladang penting untuk mengubah sistem penternakan dari tahap tradisional kepada semi komersil untuk membolehkan penternak membesarkan lagi bidangusaha mereka bagi menggandakan keuntungan.

Perkhidmatan regulatori veterinar memperuntukkan sebanyak RM150,000 untuk program pengembangan dan regulatori bagi menjalankan Program Branding, Pet Passport dan program pengembangan bagi pendedahan kepada peserta yang berkenaan.

Pada tahun 2018 juga, sebanyak RM275,000 diperuntukkan kepada Pembangunan Industri Nilai Tinggi yang meliputi Industri Asas Tani (IAT), Industri Burung Walit dan Aneka Haiwan. Peruntukan berkenaan adalah bagi mengadakan pemberian bantuan, peralatan dan mesin Program IAT dan pelaksanaan Skim Persijilan MyGAP Walit.

Selain dari itu, bantuan Ternakan Unggas sebanyak RM100,000 juga diagihkan kepada penternak yang layak dari segi bantuan infrastruktur, pemberian peralatan dan pembelian anak ayam berserta makanan permulaan.

Bagi meningkatkan kualiti Pembangunan Sumber Manusia (PSM) penternak, sejumlah RM100,000 digunakan untuk memberi pendedahan latihan secara teori dan amali mengenai semua Program Pengembangan Veterinar kepada peserta yang terlibat.

Pada tahun ini, sebanyak 2 peserta Tabung Usahawan Tani Muda (TUTM) telah Berjaya mendapat pinjaman sebanyak RM6,000/ peserta iaitu bagi bidang usaha penternakan arnab dan IAT. Bagi Program Agroprenuer Muda iaitu Bantuan Geran RM20,000 maksima, sebanyak 6 permohonan telah dihantar untuk mendapat kelulusan Jawatankuasa Agroprenuer Muda Peringkat MOA.

Page 16: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

16

Secara amnya, syarat yang dikenakan adalah penternak mesti menternak di Negeri Pulau Pinang, mempunyai pengalaman menternak sekurang-kurangnya 1 tahun serta mempunyai kawasan yang sesuai. Kerajaan Negeri telah menyediakan Tabung Usahawan Tani (TUT) dalam bentuk pinjaman mikro kredit. Untuk makluman, bilangan pemohon yang diluluskan bagi sektor tanaman ialah 84 pemohon. Butiran bantuan ialah seperti berikut:

Di samping itu, Pihak Jabatan Pertanian juga menyediakan bantuan Insentif teknologi melalui program/projek jabatan yang disalurkan terus kepada petani oleh Kerajaan Negeri dan Persekutuan ialah melalui pelaksanaan program berikut:

(a) Peruntukan Negeri

No. Projek /Program Peruntukan Tahun 2018 (RM)

Skop Projek

1. Pembangunan Khidmat Pengembangan

350,000.00 i. Penyediaan dan niaktaraf

infrastruktur lading ii. Input pertanian (baja/racun

dsb.) iii. Jentera dan peralatan kecil

ladang iv. Perkhidmatan mekanisasi

ladang. v. Latihan / bengkel / seminar vi. Program pengukuhan modal

insan untuk Kelompok Pertanian, Kumpulan Pengembangan Wanita (KPW) dan Usahawan.

vii. Program pemasaran dan promosi produk

2. Program Perkhidmatan Kejenteraan

330,000.00

3. Pembangunan Tanaman Padi 300,000.00

4. Pembangunan Tanaman Buah-Buahan

300,000.00

5. Pembangunan Sayur-Sayuran 300,000.00

6. Program Pembangunan Petani Pelapis

50,000.00

7. Program Pembangunan Lain-Lain Ekonomi

150,000.00

8. Program Pembangunan Industri Pemprosesan Makanan

150,000.00

9. Program Pembangunan Kelompok Tani

50,000.00

10. Program Pembangunan Aktiviti Jualan Terus

250,000.00

11. Pembangunan Kawasan Kelapa 100,000.00

JUMLAH KESELURUHAN PERUNTUKAN PEMBANGUNAN NEGERI

2,330,000.00

Umur Pemohon

Jumlah Pembiayaan (Kali

Pertama)

Jumlah Pembiayaan (Kali Kedua)

Tempoh Pembiayaan

Syarat Permohonan

Umur 40 ke bawah

RM6,000.00

RM10,000.00 (Pemohon dikenakan faedah 8%)

24 Bulan

a) Pemohon tidak disenaraihitamkan dalam CRIS/CTOS

b) Pemohon telah memulakan projek sekurang-kurangnya 1 tahun

c) Permohonan disokong oleh jabatan/agensi masing-masing

d) Anak kelahiran Negeri Pulau Pinang atau Pemastautin tetap

Umur 40 ke atas

RM5,000.00 RM10,000.00 (Pemohon dikenakan faedah 8%)

24 Bulan

Page 17: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

17

(b) Peruntukan Persekutuan

BIL. PROJEK / PROGRAM PERUNTUKAN

TAHUN 2018 (RM) SKOP

1 Pembangunan Kluster Tanaman Kontan

15,000.00 i. Pembersihan

kawasan, program pemulihan tanah, penyediaan dan naiktaraf infrastruktur ladang.

ii. Input pertanian (baja/racun dsb.) termasuk perkhidmatan cantuman dewasa.

iii. Jentera dan peralatan kecil ladang.

iv. Pusat pengumpulan hasil ladang dan stor.

v. Latihan / bengkel / seminar

vi. Pemindahan teknologi - bahan untuk pameran dan publisiti program.

vii. Peralatan dan mesin IAT (geran pemadanan)

2 Pembangunan Ladang Organik 75,200.00

3 Pembangunan Kluster Bunga dan Tanaman Hiasan

150,000.00

4 Bantuan Peningkatan Hasil Sayur-sayuran

633,000.00

5 Tanaman Semula Buah-buah Terpilih 135,500.00

6 Pembangunan Pertanian Bandar 190,000.00

7 Pembangunan Tanah Terbiar (ACDA) 20,000.00

8 Pembangunan myGAP & myOrganic 210,000.00

9 Ladang Kontrak 121,000.00

10

Program Pelan Penggantian Petani, Penternak, Nelayan Dan Pengusaha IAT Golongan Generasi XY (Agropreneur Muda)

14,700.00

11 Pembangunan Usahawan Industri Asas Tani

5,250.00

12 NKEA EPP 1: High Value Herbal Products

23,400.00

JUMLAH KESELURUHAN PERUNTUKAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN

1,593,050.00

Antara syarat-syarat umum bagi petani untuk mendapatkan insentif di bawah program/projek jabatan adalah:

(i) Warganegara Malaysia berumur lebih daripada 18 tahun;

(ii) Berdaftar dengan Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang;

(iii) Pemohon telah melaksanakan projek sekurang-kurangnya 1 tahun;

(iv) Pemilikan dan penyewaan tanah yang sah;

(v) Keluasan bidang usaha melebihi satu ekar; dan

(vi) Bagi sektor tanaman padi, pemohon perlu berdaftar dan menjadi ahli kelompok padi.

RUJUK LAMPIRAN A.

Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

27. Adakah Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhasrat untuk mewujudkan satu pusat R&D untuk produk-produk Agro?

Page 18: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

18

Y.A.B. Ketua Menteri:

27. Kerajaan Persekutuan melalui Malaysian Agricultural Research and Development Institute (MARDI) telah memberikan penekanan kepada kajian dan penyelidikan kepada produk-produk Agro yang merangkumi tanaman, ternakan dan makanan. Kerajaan Negeri akan mempertingkatkan kerjasama dengan pihak MARDI dalam usaha membangunkan produk-produk Agro di negeri Pulau Pinang. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri berpandangan tiada keperluan untuk mewujudkan pusat penyelidikan produk Agro yang baharu buat masa ini kerana pusat sedia ada adalah mencukupi.

Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

28. Apakah perancangan dan insentif Kerajaan Negeri untuk pesawah di Pulau Pinang supaya hasil tanaman boleh dipertingkatkan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

28. Kerajaan Negeri sememangnya berhasrat agar hasil tanaman bagi pesawah dapat dipertingkatkan. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang telah melaksanakan pelbagai inisiatif melalui projek/program pembangunan pertanian dalam membantu mempertingkatkan hasil tanaman pesawah seperti berikut:

Bil Projek / Program

Pembangunan Pertanian Skop Projek/Program

1. Pembangunan Industri

Tanaman Padi i. Infrastruktur ladang; ii. Bantuan input pertanian

(baja/racun dan sebagainya; iii. Bantuan jentera dan peralatan kecil

ladang; iv. Perkhidmatan mekanisasi ladang; v. Latihan/Bengkel/Seminar; vi. Program Pengukuhan Modal Insan

untuk Kelompok Pertanian; dan vii. Khidmat nasihat pengembangan.

2. Pembangunan Khidmat

Pengembangan

3. Pembangunan Kelompok Tani

Melalui projek/program pembangunan ini, Kerajaan Negeri berharap hasil pengeluaran padi daripada 5.8 tan metrik semusim dapat dipertingkatkan kepada 7.0 tan metrik per hektar dalam tempoh dua (2) tahun lagi.

Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

29. Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk membina sebuah lagi 'low cost terminal' dan apakah status terkini untuk projek menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang?

(a) Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk melebihkah 'direct flight' ke Pulau Pinang dalam masa terdekat?

Y.A.B. Ketua Menteri:

29. Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan dan pengurusannya dilaksanakan melalui Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) sedia ada direka bentuk untuk menampung pengendalian 6.5 juta penumpang setahun. Namun jumlah penumpang yang dikendalikan pada tahun 2017 di LTAPP telah mencapai sebanyak 7.2 juta penumpang iaitu 111% daripada kapasiti sedia ada.

Page 19: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

19

Dalam hubungan ini, Kementerian Pengangkutan komited untuk menyelesaikan masalah kekurangan kapasiti di LTAPP. Kementerian Pengangkutan sedang mempertimbangkan beberapa opsyen untuk memperbesarkan LTAPP dengan meneroka beberapa pilihan termasuk membangunkan ruang tambahan untuk operasi syarikat penerbangan perkhidmatan penuh dan penerbangan tambang murah di bangunan terminal sedia ada. Pembangunan ruang tambahan ini akan meningkatkan kapasiti pengendalian terminal LTAPP daripada 6.5 juta penumpang kepada 12 juta penumpang setahun.

Pada masa ini, Kementerian Pengangkutan, Kementerian Kewangan bersama-sama Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) sedang mengkaji model pembangunan dan kaedah pembiayaan yang sesuai agar projek penaiktarafan ini dapat dilaksanakan secara cost effective. Jangka masa pelaksanaan penaiktarafan LTAPP adalah tertakluk kepada hasil perbincangan tersebut.

Terdapat lebih daripada 676 penerbangan seminggu yang masuk dan keluar dari Pulau Pinang melibatkan pelbagai syarikat penerbangan tempatan dan syarikat penerbangan luar negara. Sebarang rancangan untuk mewujudkan perkhidmatan penerbangan secara terus ke Pulau Pinang adalah merupakan perancangan yang ditentukan oleh syarikat-syarikat penerbangan di Malaysia dan syarikat penerbangan luar negara berdasarkan kepada commercial viability sesuatu laluan.

Kementerian Pengangkutan sentiasa menggalakkan syarikat penerbangan tempatan atau syarikat penerbangan luar negara untuk mewujudkan perkhidmatan terus diantara mana-mana negara ke Pulau Pinang dengan mengambil langkah-langkah seperti berikut:

(i) Rundingan dua hala dengan negara-negara lain pada setiap tahun bagi mewujud atau meningkatkan hak-hak trafik penerbangan di antara Malaysia dan negara-negara tersebut;

(ii) Memasukkan Pulau Pinang sebagai salah satu destinasi yang diliberalisasikan di bawah ASEAN Multilateral Agreement on the Full Liberalisation of Passenger Services. Di bawah perjanjian yang telah ditandatangani dan diratifikasi oleh Malaysia ini, syarikat-syarikat penerbangan negara-negara ASEAN dibenarkan untuk mengadakan penerbangan di antara mana-mana destinasi ASEAN, tanpa had kekerapan, kapasiti dan jenis pesawat; dan

(iii) Menawarkan pelbagai insentif kepada syarikat-syarikat penerbangan daripada luar negara yang beroperasi ke mana-mana lapangan terbang dalam negara termasuk ke Pulau Pinang oleh Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) menerusi Airlines Incentives Programme.

II. Ahli Kawasan Batu Lancang (YB.Ong Ah Teong) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

1. Enakmen Penjagaan Babi 2016 Pulau Pinang telah diwartakan pada 2016.

(a) Nyatakan tindakan Jabatan Perkhidmatan Veterinar dalam menguatkuasa dan memberi khidmat nasihat kepada penternak bagi mengatasi masalah pencemaran?

Y.A.B. Ketua Menteri:

1. Kerajaan Negeri telah meluluskan Enakmen Penternakan Babi pada 24 November 2016 semasa Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Ketiga Belas sebagai kaedah penyelesaian jangka panjang terhadap isu-isu yang berbangkit dari ladang-ladang ternakan babi konvensional yang beroperasi di Pulau Pinang. Selaras dengan keputusan ini, Kerajaan Negeri telah mewajibkan semua penternak babi untuk menaik taraf ladang sedia ada kepada sistem ladang tertutup selewat-lewatnya pada 31 Disember 2019.

(a) Bagi penyelesaian jangka pendek dalam mengatasi masalah pencemaran ini, Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan Perkhidmatan

Page 20: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

20

Veterinar Negeri Pulau Pinang (JPVPP) dan Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang (JASPP) telah mengambil pendekatan-pendekatan berikut:

(i) Pemantauan secara berterusan oleh PBT di setiap ladang di kawasan tersebut serta mengeluarkan notis dan kompaun bagi ladang yang melanggar syarat-syarat pelesenan oleh PBT;

(ii) Penyiasatan oleh JPVPP mengenai punca buangan sisa ladang ke dalam sungai serta mengarahkan penternak untuk menghentikan buangan sisa secara terus (direct discharge) ke dalam sungai;

(iii) Mengarahkan supaya sisa ternakan disalirkan ke sistem kumbahan ladang sedia ada dan dirawat dengan Effective Microbes(EM) yang dibekalkan oleh JPVPP bagi menangani isu pencemaran bau di ladang yang dikenal pasti oleh pihak jabatan;

(iv) Mengadakan kempen kawalan pencemaran dimana penternak didedahkan dan dilatih dengan kaedah pengawalan pencemaran di ladang seperti penggunaan Useful Microbes Activated Solution (UMAS), mudball, Useful Microbes (UM) dan ‘bokashi’.

Selain itu, Kerajaan Negeri melalui JASPP, PBT dan JPVPP juga menjalankan operasi penguatkuasaan bersepadu dan mengambil tindakan seperti berikut:

(i) Mengeluarkan notis dan kompaun;

(ii) Membatalkan lesen; dan

(iii) Mengambil tindakan mahkamah.

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

2. Nyatakan jenis bantuan yang diberikan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar dalam pelaksanaan 'modern farming' kepada penternak sepertimana dibuat oleh negeri-negeri lain.

Y.A.B. Ketua Menteri:

2. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah memberikan pelbagai jenis bantuan kepada penternak dalam membantu penternak untuk melaksanakan konsep modern farming. Buat masa ini, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar memberikan fokus kepada dua (2) penternakan utama iaitu penternakan babi dan unggas.

Antara bantuan lain yang diberikan kepada penternak babi adalah seperti berikut:

(a) Pengecualian kebenaran merancang kepada penternak untuk menaik taraf dari ladang terbuka kepada konsep ladang tertutup yang memenuhi syarat-syarat berikut:

(i) Penternak tersebut termasuk dalam senarai 182 penternak sedia ada merangkumi kawasan Seberang Perai dan Pulau;

(ii) Penternak tidak menambah fasiliti baharu kecuali fasiliti untuk sistem biogas;

(iii) Penternak membuat permohonan dalam tempoh pelaksanaan program Pengecualian Kebenaran Merancang iaitu sehingga 31 Disember 2018; dan

(iv) Pemohon bukan pemilik tanah atau pemilik bangunan perlu menyediakan perjanjian sewaan.

(b) Selain daripada pengecualian permohonan kebenaran merancang, pengecualian juga diberikan bagi perkara-perkara berikut:

(i) Pengecualian syarat tukar guna tanah daripada pertanian kepada industri;

Page 21: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

21

(ii) Pengecualian daripada dikenakan syarat universal design seperti kemudahan OKU, parkir dan landskap;

(iii) “Bayaran dinaikkan” iaitu penalti terhadap pengusaha yang menaik taraf tanpa kebenaran, tidak dikenakan terhadap pengusaha-pengusaha yang layak; dan

(iv) Pengecualian sumbangan perparitan.

Manakala, bantuan yang diberikan kepada penternak unggas adalah seperti berikut:

(a) Pengecualian kebenaran merancang kepada penternak untuk menaik taraf dari ladang terbuka kepada konsep ladang tertutup yang memenuhi syarat-syarat berikut:

(i) Penternak tersebut termasuk dalam senarai 345 penternak sedia ada merangkumi kawasan Seberang Perai sahaja;

(ii) Penternak tidak menambah fasiliti baharu;

(iii) Penternak membuat permohonan dalam tempoh pelaksanaan program Pengecualian Kebenaran Merancang iaitu sehingga 14 Ogos 2020; dan

(iv) Pemohon bukan pemilik tanah atau pemilik bangunan perlu menyediakan perjanjian sewaan.

(b) Selain daripada pengecualian permohonan kebenaran merancang, pengecualian juga diberikan bagi perkara-perkara berikut: (i) Pengecualian syarat tukar guna tanah daripada pertanian kepada industri;

(ii) Pengecualian daripada dikenakan syarat universal design seperti kemudahan OKU, parkir dan landskap;

(iii) “Bayaran dinaikkan” iaitu penalti terhadap pengusaha yang menaik taraf tanpa kebenaran, tidak dikenakan terhadap pengusaha-pengusaha yang layak; dan

(iv) Pengecualian sumbangan perparitan.

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

3. Apakah peranan dan tindakan Jabatan Alam Sekitar terhadap aduan berkaitan dengan pencemaran sungai dan laut di Negeri Pulau Pinang?

Y.A.B. Ketua Menteri:

3. Jabatan Alam Sekitar (JAS) berperanan untuk menyiasat setiap aduan yang diterima mengenai pencemaran sungai dan laut bagi mengenal pasti punca pencemaran berlandaskan kepada punca kuasa JAS di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Tindakan yang diambil oleh JAS adalah seperti berikut :-

(a) Menjalankan siasatan menyeluruh dan terperinci ke atas semua aduan berkaitan dengan pencemaran sungai dan laut;

(b) Meningkatkan penguatkuasaan ke kilang-kilang serta punca-punca lain yang menyumbang kepada pencemaran sungai dan laut seperti Ioji kumbahan, hotel dan bengkel kenderaan;

(c) Melakukan persampelan efluen terhadap punca-punca yang menghasilkan efluen bagi pematuhan standard yang dibenarkan seperti mana yang ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009 dan lain-lain peraturan yang berkaitan;

(d) Melakukan persampelan air kumbahan bagi loji-loji kumbahan Indah Water Konsortium (IWK) dan loji-loji persendirian bagi pematuhan terhadap standard yang dibenarkan sepertimana yang ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan) 2009; dan

(e) Menganjurkan program kesedaran seperti seminar, ceramah dan pameran melibatkan pihak industri, sekolah dan pusat pengajian tinggi untuk

Page 22: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

22

meningkatkan kesedaran berkenaan alam sekitar serta pemahaman terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 serta peraturan-peraturan di bawahnya.

Bagi projek-projek yang tertakluk di bawah Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (Environmental Impact Assessment – EIA), JAS akan memastikan pemaju projek mematuhi semua syarat-syarat kelulusan yang terkandung dalam Laporan EIA yang telah disediakan.

Sekiranya aduan yang diterima oleh JAS berada di luar skop punca kuasa di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, maka pihak JAS akan memanjangkan aduan tersebut kepada agensi-agensi yang berkaitan untuk tindakan selanjutnya di bawah punca kuasa masing-masing.

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

4. Berapakah jumlah kompaun yang dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan) 2009 sejak tahun 2010 hingga 2017?

Y.A.B. Ketua Menteri:

4. Jumlah kompaun yang dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan) 2009 sejak tahun 2010 hingga 2017 adalah sebanyak 32 kompaun dengan perincian mengikut tahun seperti berikut:-

TAHUN BILANGAN TAWARAN

KOMPAUN

2010 0

2011 0

2012 0

2013 4

2014 22

2015 3

2016 0

2017 3

JUMLAH 32

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

5. Adakah Kerajaan Negeri sedang menyediakan satu Pelan Induk Pertanian dan Penternakan bagi Negeri Pulau Pinang menjelang 2030.

Y.A.B. Ketua Menteri:

5. Kerajaan Negeri sedang dalam proses penyediaan Dasar Pertanian Negeri Pulau Pinang bagi tempoh tiga (3) tahun dan dijangka siap pada penghujung tahun ini atau awal tahun hadapan. Dasar ini turut merangkumi tiga (3) bidang utama sektor pertanian iaitu bidang pertanian, penternakan dan perikanan serta melibatkan Jabatan/Agensi berkaitan. Dalam masa yang sama, Kerajaan Negeri menggunapakai Dasar Agro Makanan sebagai teras pembangunan industri asas tani di negeri ini

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

6. Senaraikan pelan dan projek 'Smart City' dan 'Smart Penang' yang telah dan sedang dilaksanakan oleh semua agensi kerajaan selaras dengan Penang 2030.

Y.A.B. Ketua Menteri:

6. Pada ketika ini hala tuju dan koordinasi Penang 2030: Negeri Pintar, Hijau, Berteraskan Keluarga yang Menginspirasikan Negara masih dalam perancangan oleh pihak Penang Institute (PI).

Walaubagaimanapun, inisiatif Smart City telah dilaksanakan oleh Negeri Pulau Pinang melalui jabatan/agensi negeri semenjak beberapa tahun yang lalu. Melalui penubuhan Penang Smart Delivery Unit (PSDU) di bawah Bahagian Kerajaan Tempatan,

Page 23: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

23

kesemua inisiatif dan projek berkenaan Smart City telah berjaya dikenal pasti dan dapat dipantau dengan lebih teliti. Setakat ini sebanyak 22 projek dan inisiatif Smart City telah dilaksanakan manakala sembilan (9) lagi projek dan inisiatif sedang dirancang untuk dilaksanakan. Senarai projek dan inisiatif Smart City adalah seperti di Lampiran A.

RUJUK LAMPIRAN A.

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

7. Sejak Qatar Airways menjadikan Pulau Pinang sebagai hub penerbangan kedua di Malaysia, berapakah pertambahan kemasukan pelancong dari Timur Tengah, Eropah dan Benua Amerika ke Pulau Pinang?

Y.A.B. Ketua Menteri:

7. Qatar Airways telah mewujudkan laluan penerbangan terus dari Doha, Qatar ke Pulau Pinang mulai 6 Februari 2018. Di atas sambutan yang menggalakkan, kekerapan penerbangan Doha-Pulau Pinang telah ditingkatkan kepada 4 penerbangan seminggu mulai 1 Julai 2018, berbanding dengan 3 penerbangan seminggu pada awal pengenalannya. Bagi tempoh Februari hingga September 2017, kemasukan pelancong dari Timur Tengah, Eropah dan Benua Amerika adalah seramai 39,647 orang berdasarkan statistik Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Manakala pada tahun 2018, seramai 46,795 pelancong dicatatkan bagi tempoh yang sama. Peningkatan pelancong antara tahun 2017 dan 2018 adalah seramai 7,148 orang atau 18% daripada tahun sebelumnya.

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

8. Adakah Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (LTABL) akan dipertingkatkan keupayaannya memandangkan terdapat kajian pasaran oleh Syarikat Penerbangan Antarabangsa untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai hub mereka?

Y.A.B. Ketua Menteri:

8. Kerja-kerja berkaitan peningkatan keupayaan atau penaiktarafan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan dan dilaksanakan melalui Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) sedia ada direka bentuk untuk menampung pengendalian 6.5 juta penumpang setahun. Namun, jumlah penumpang yang dikendalikan pada tahun 2017 di LTAPP telah mencapai sebanyak 7.2 juta penumpang iaitu 111% daripada kapasiti sedia ada. Pada masa ini, Kementerian Pengangkutan, Kementerian Kewangan bersama-sama MAHB sedang mengkaji model pembangunan dan kaedah pembiayaan yang sesuai agar projek penaiktarafan ini dapat dilaksanakan secara cost effective. Jangka masa pelaksanaan penaiktarafan LTAPP adalah tertakluk kepada hasil perbincangan tersebut.

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

9. Apakah status Pembinaan Pasar Bersepadu Jalan Perak yang akan dilaksanakan oleh MBPP?

(a) Nyatakan pelan pelaksanaan projek.

Y.A.B. Ketua Menteri:

9. Status pembinaan Pasar Bersepadu Jalan Perak kini di peringkat penyediaan dokumen Request For Proposal (RFP). Projek ini melibatkan pembinaan perumahan dan pasar awam yang akan dijalankan secara serentak. Status pelan pelaksanaan projek pembangunan Pasar Bersepadu Jalan Perak adalah seperti berikut:

Page 24: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

24

BIL AKTIVITI TARIKH

1 Penyediaan dokumen RFP (termasuk kajian awal dan bengkel perkongsian idea)

1 Oktober 2018

2 Tender iklan dikeluarkan & taklimat tapak akan dijalankan sekiranya perlu

15 Januari 2019

3 Tender iklan ditutup 30 Mac 2019

4 Proses penilaian tender 30 April 2019

5 Keputusan tender 31 Mei 2019

6 Kerja-kerja perihal tanah 30 Jun 2019

7 Pembinaan dijangka boleh dimulakan 31 Julai 2019

8 Projek dijangka siap 30 Jun 2022

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

10. Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam mengatasi masalah pencemaran sungai dan banjir di KADUN Batu Lancang?

Y.A.B. Ketua Menteri:

10. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah melaksanakan pelbagai usaha bagi mengatasi isu pencemaran sungai dan banjir di KADUN Batu Lanchang.

Bagi mengatasi masalah pencemaran sungai, JPS telah melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembersihan sungai termasuk kerja-kerja mengutip sampah di dalam saluran sungai dan di perangkap sampah sebanyak tiga (3) kali setiap minggu. Selain penyelenggaraan yang dilaksanakan oleh JPS, tindakan dan perancangan oleh JAS dalam mengatasi masalah pencemaran sungai adalah seperti berikut:-

(a) Meningkatkan penguatkuasaan ke kilang-kilang serta punca-punca lain seperti Ioji kumbahan, hotel dan bengkel kenderaan yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974;

(b) Melakukan persampelan efluen bagi punca-punca yang menghasilkan efluen bagi pematuhan terhadap standardyang dibenarkan sepertimana yang ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009 dan lain-lain peraturan yang berkaitan;

(c) Melakukan persampelan air kumbahan bagi loji-loji kumbahan IWK dan persendirian bagi pematuhan terhadapstandard yang dibenarkan sepertimana yang ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan) 2009; dan

(d) Mengadakan program kesedaran seperti seminar, ceramah dan pameran kepada pihak industri, sekolah dan pusat pengajian tinggi untuk meningkatkan kesedaran berkenaan alam sekitar serta pemahaman terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 serta peraturan-peraturan di bawahnya.

Bagi mengatasi masalah banjir, Kerajaan Negeri melalui JPS menggunakan dua (2) kaedah penyelesaian seperti berikut:

(a) Penyelesaian secara berstruktur melibatkan komponen pembinaan kejuruteraan seperti rumah pam, barrage, ban, pintu air, kerja-kerja pengukuhan tebing, mendalam dan melebarkan sungai, pembinaan kolam takungan, empangan dan juga pelencongan sungai. Selain itu, setiap permohonan pembangunan daripada pemaju dikenakan syarat supaya rizab sungai selebar enam (6) meter di kiri dan kanan sungai dikekal dan diserahkan kepada Kerajaan Negeri mengikut keadaan semasa. Pemaju juga dikehendaki menaik taraf sungai mengikut kawasan yang terdedah kepada banjir serta mewujudkan kolam takungan bagi mengelakkan aliran sungai terus ke hilir; dan

Page 25: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

25

(b) Penyelesaian secara bukan berstruktur melalui penglibatan pelbagai agensi berkaitan melalui pelaksanaan program-program “Cleaner, Greener, Safer & Healthier Penang” seperti berikut:

(i) Program gotong royong bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK);

(ii) Pelaksanaan kajian dan rekabentuk terperinci bagi lokasi- lokasi yang mengalami masalah banjir;

(iii) Penggunaan aplikasi Sistem Ramalan Awal Banjir; dan

(iv) Penempatan Semula Penduduk seperti di RTB Sungai Pinang Fasa I dan II

Selain daripada tindakan oleh JPS, pihak MBPP juga telah mengambil inisiatif dengan menjalankan projek-projek naik taraf parit berskala kecil di dalam kawasan KADUN Batu Lancang bagi menyelesaikan masalah banjir kilat yang bersifat setempat (localised).

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

11. Sila senaraikan program-program kemasyarakatan dan alam sekitar yang dilaksanakan di bawah kempen Cleaner, Greener, Healthier dan Safer dalam KADUN Batu Lancang.

Y.A.B. Ketua Menteri:

11. Terdapat pelbagai program yang telah dirancang dan dilaksanakan di bawah kempen Cleaner, Greener, Healthier dan Safer bagi KADUN Batu Lancang. Walau bagaimanapun, bagi program kemasyarakatan dan alam sekitar kempen ini, terdapat 7 program yang telah dilaksanakan seperti di Lampiran A.

RUJUK LAMPIRAN A.

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

12. Apakah rancangan Kerajaan Negeri dalam meleraikan kesesakan lalu lintas antara KADUN Sungai Pinang, KADUN Batu Lancang dan KADUN Datok Keramat?

Y.A.B. Ketua Menteri:

12. Kerajaan Negeri telah merancang dan melaksanakan beberapa inisiatif bagi meleraikan kesesakan lalu lintas di jalan-jalan utama dan perbandaran termasuk KADUN Sungai Pinang, KADUN Batu Lancang dan KADUN Datuk Keramat. Antara pendekatan yang diambil adalah seperti berikut:

(a) Menjalankan kajian ‘Concept Plans for Immediate Measures To Alleviate Traffic Congestion Within George Town and its Vicinity’ untuk menyuraikan kesesakan lalu lintas di mana cadangan penambahbaikan aliran lalu lintas ini telah dilaksanakan secara berperingkat sejak tahun 2012 di Jalan Masjid Negeri dan kawasan sekitarnya termasuk Jalan Ayer Itam, Jalan Scotland dan Lorong Batu Lancang;

(b) Merancang pembinaan by-pass Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu - Ayer Itam (Ayer Itam By-pass) dan projek ini dijangka bermula pada pertengahan tahun 2019;

(c) Merancang pembinaan Light Rail Transit (LRT) dan lebuhraya Penang Island Link 1 (PIL1) melalui Pelan Induk Pengangkutan (PIP) Negeri Pulau Pinang yang akan memberi laluan alternatif kepada pengguna jalan raya dalam mengurangkan kesesakan di jalan-jalan utama;

(d) Memperkenalkan Pelan Induk Basikal Pulau Pinang dengan pembinaan laluan basikal di seluruh Pulau Pinang yang akan memberi laluan alternatif kepada pengguna jalan raya;

Page 26: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

26

(e) Pembinaan Pusingan 'U' di persimpangan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu / Jalan Sungai Pinang / Lebuh Sungai Pinang dan kerja-kerja berkaitan. Projek ini telah bermula pada 8 Oktober 2018 dan dijangka siap pada 7 Oktober 2019;

(f) Cadangan melaksanakan jalan sehala di Lintang Hijau, sebahagian Jalan Perak / Jalan Lenggong dan sebahagian Jalan Jelutong;

(g) Melaksanakan kerja-kerja pelebaran jalan termasuk melarang pembelokan ke kanan dan pelaksanaan jalan sehala di kawasan-kawasan yang berlaku kesesakan seperti di persimpangan Jalan Perak / Jalan Lenggong, Jalan Sungai Pinang / Jalan Sungai;

(h) Melaksanakan langkah-langkah pengurusan lalu lintas seperti melaksanakan sistem jalan sehala, melarang kenderaan parkir atau menunggu serta menyelaras lampu isyarat untuk mewujudkan green wave di jalan utama seperti di Jalan Masjid Negeri;

(i) Memasang CCTV di kawasan pulau, Pulau Pinang. Sistem CCTV telah digunakan dengan berkesan untuk meningkatkan keselamatan, pemantauan lalu lintas dan mengawal kesesakan. CCTV sedia ada akan dinaik taraf dengan menggunakan system analisis video (video analytic) untuk meningkatkan keupayaan pengurusan lalu lintas dan meningkatkan keselamatan orang awam. Setakat ini sebanyak 767 CCTV telah diadakan di mana 75 CCTV terletak di kawasan KADUN Sungai Pinang, KADUN Batu Lancang dan KADUN Datuk Keramat;

(j) Mengenakan syarat pemajuan untuk kerja-kerja menaik taraf jalan seperti di Jalan Kampung Jawa Baru, Jalan Timah, Jalan Kampung Jawa Lama, Jalan Free School, persimpangan Jalan Free School/Jalan Perak dan persimpangan Jalan Free School /Jalan Hamilton/Jalan Terengganu; dan

(k) Melaksanakan tindakan penguatkuasaan seperti saman, kapit dan tunda kenderaan melalui Jabatan Penguatkuasaan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bagi melarang kenderaan parkir dan menunggu di bahu jalan yang boleh menyebabkan kesesakan lalu lintas.

(l) Menggalakkan penggunaan pengangkutan awam dengan memperkenalkan perkhidmatan bas percumaCongestion Alleviation Transport (CAT).

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

13. Apakah kapasiti Empangan Teluk Bahang dan Air Itam? (a) Adakah empangan ini mampu memenuhi keperluan penduduk Pulau Pinang? (b) Nyatakan pelan kontigensi Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah gangguan bekalan air pada masa hadapan.

Y.A.B. Ketua Menteri:

13. Empangan Teluk Bahang dan Empangan Air Itam, masing-masing berkapasiti 19240 juta liter dan 2609 juta liter. Lebih daripada 80% keperluan bekalan air mentah di negeri Pulau Pinang diperolehi daripada Sungai Muda yang dirawat di Loji Pembersihan Air Sungai Dua.

Bagi memenuhi keperluan bekalan air negeri Pulau Pinang pada masa depan, Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Kementerian Air dan Sumber Asli (KATS) telah meningkatkan kapasiti takungan Empangan Mengkuang di Seberang Perai dari 22,000 juta liter kepada 73,500 juta liter dan penyaluran air mentah dari 300 juta liter sehari kepada 600 juta liter dari Empangan Mengkuang ke Loji Sungai Dua. Ini merupakan takungan strategik dan akan digunakan jika berlaku musim kemarau panjang.

Seterusnya Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) telah mengenal pasti sumber air mentah yang baru iaitu dari Sungai Perak. Pada masa ini pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang sedang menunggu pihak KATS untuk memulakan proses perundingan antara Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Kerajaan Negeri Perak. Projek ini dikenali

Page 27: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

27

sebagai “Skim Bekalan Air Mentah Sungai Perak (SPRWTS)” dan boleh memenuhi keperluan bekalan air negeri Pulau Pinang sehingga tahun 2050.

Projek ini telah disokong oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan KATS.

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

14. Apakah tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi mengatasi isu penjualan arak haram dan tiruan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

14. Tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi mengatasi isu penjualan arak haram dan tiruan adalah seperti berikut :

(i) Menubuhkan satu pasukan kerja ulasan liquor / arak untuk mempertimbangkan dan mengesyorkan kepada Lembaga Pelesenan Eksais Negeri Pulau Pinang bagi permohonan-permohonan baru dan pindaan lesen liquor / arak. Pasukan ini akan mempertimbangkan kesesuaian sesuatu permohonan lesen liquor dan mengemukakan ulasan bagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di dalam Mesyuarat Lembaga Pelesenan (Eksais) Negeri Pulau Pinang yang dipengerusikan oleh YB Exco Kerajaan Tempatan.

(ii) Menolak permohonan baru lesen liquor/arak yang berada di dalam radius 250 meter dengan kawasan-kawasan orang awam seperti rumah kediaman, pusat pendidikan, rumah ibadat dan kawasan permainan.

(iii) Menolak permohonan baru bagi jualan liquor / arak secara runcit yang mempunyai aktiviti jualan liquor / arak sedia ada.

(iv) Mengadakan penguatkuasaan bersepadu dengan agensi penguatkuasaan seperti Jabatan Kastam dan Eksais Pulau Pinang bagi operasi pemeriksaan penjualan liquor/arak di premis-premis perniagaan runcit.

(v) Mengetatkan syarat jualan liquor / arak secara runcit dengan memendekkan masa jualan dari jam 7.00 pagi hingga 9.00 malam kepada 10.00 pagi hingga 9.00 malam.

(vi) Mengambil tindakan pembatalan lesen terhadap premis-premis perniagaan runcit yang gagal mematuhi syarat-syarat pelesenan.

(vii) Menambahbaik dasar kawalan lesen liquor / arak di seluruh kawasan Seberang Perai dalam tempoh akan datang.

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

15. Berapakah jumlah Projek Perumahan Mampu Milik yang akan dilaksanakan mengikut KADUN menjelang 2030?

Y.A.B. Ketua Menteri:

15. Kerajaan Negeri komited dalam memastikan agenda ‘1 keluarga 1 rumah’ tercapai. Usaha ini jelas ditunjukkan semenjak Kerajaan Pakatan Harapan menerajui pentadbiran Negeri Pulau Pinang melalui pembinaan Rumah Mampu Milik (RMM) yang mencukupi untuk rakyat di negeri ini. Pada masa ini, komitmen Kerajaan Negeri adalah untuk menyediakan sejumlah 75,361 unit rumah sehingga tahun 2025 dan selaras dengan kenyataan manifesto 100 hari 'Perumahan Untuk Semua'.

Sejak 2008 hingga kini, sebanyak 28,195 unit Rumah Mampu Milik A, B dan C telah siap dibina dan memperolehi Sijil Layak Menduduki / Perakuan Siap dan Pematuhan (OC/CC). Manakala sebanyak 24,445 unit Rumah Mampu Milik A, B dan C sedang dalam pembinaan dan 44,602 unit Rumah Mampu Milik A, B dan C pula telah pun mendapat Kebenaran Merancang atau berada dalam peringkat perancangan Kerajaan Negeri dan syarikat berkaitan Kerajaan (Goverment Link Company [GLC]). Jumlah keseluruhan unit

Page 28: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

28

Rumah Mampu Milik yang disasarkan ini berjumlah 97,242 sekaligus melepasi angka 75,361 yang disasarkan.

Dalam pada itu, Kerajaan Negeri juga akan lebih giat berusaha membantu menyelaras pembinaan Rumah Mampu Milik yang akan dilaksanakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mahupun GLC Kerajaan Persekutuan demi rakyat Pulau Pinang. Pecahan RMM A, B dan C sejak 2008 hingga 2025 mengikut KADUN adalah seperti Lampiran A.

RUJUK LAMPIRAN A.

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

16. Adakah MBPP berhasrat untuk mewujudkan Bas Elektrik bagi Perkhidmatan Bas Pengantara (CAT) yang sedia ada? (a) Jika tiada, nyatakan sebabnya.

Y.A.B. Ketua Menteri:

16. Kerajaan Negeri melalui Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah melantik Syarikat

Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid) bagi menyediakan perkhidmatan bas Central Area Transit (CAT) di kawasan pusat bandar George Town Pulau Pinang. Pihak MBPP telah mengadakan perbincangan bersama pihak syarikat supaya menyediakan bas elektrik bagi perkhidmatan bas CAT ini. Pihak Rapid bersetuju dengan cadangan ini tetapi memaklumkan bahawa perkhidmatan bas elektrik ini tertakluk kepada peruntukan yang diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan.

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

17. Berapakah sumbangan sektor perkhidmatan kepada Pendapatan Dalaman Kasar Negeri bagi tahun 2015, 2016 dan 2017?

Y.A.B. Ketua Menteri:

17. Sektor perkhidmatan merupakan penyumbang utama kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Pulau Pinang. Pada tahun 2015 sektor perkhidmatan mencatatkan sumbangan sebanyak 49.2% dengan nilai ditambah sebanyak RM34.3 bilion manakala pada tahun 2016 ia mencatatkan sumbangan sebanyak 49.2% dengan nilai ditambah sebanyak RM36.2 bilion. Pada tahun 2017 pula, sektor ini telah mencatatkan sumbangan sebanyak 49.3% dengan nilai ditambah sebanyak RM38.3 bilion.

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

18. Berapakah sumbangan sektor pembuatan dalam pendapatan negeri?

(a) Adakah ia berkurangan sejak tahun 2015?

(b) Nyatakan Pelan Tindakan bagi memastikan sektor ini kukuh dan menyumbang kepada pendapatan negeri.

Y.A.B. Ketua Menteri:

18. (a) Sumbangan sektor pembuatan kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Pulau Pinang sejak 2015, dan kadar pertumbuhannya adalah seperti berikut:-

Tahun 2015 2016 2017

KDNK Pembuatan (RM juta)

31,197 32,895 34,759

Sumbangan kepada KDNK Negeri 47% 45% 45%

Kadar Pertumbuhan (pada harga malar 2010)

6.9% 5.4% 5.7%

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

Page 29: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

29

Meskipun sumbangan sektor pembuatan kepada KDNK lebih rendah pada paras 45% bagi tahun 2016 dan 2017 berbanding 47% bagi tahun 2015, namun nilai pelaburan kian meningkat. Sektor pembuatan di Pulau Pinang terus menunjukkan pertumbuhan yang mapan dan disokong dengan pelaburan semula dan baharu. Pada tahun 2017, Pulau Pinang menunjukkan prestasi cemerlang dalam pelaburan pembuatan yang diluluskan MIDA iaitu sebagai negeri dengan pelaburan pembuatan asing (FDI) tertinggi di Malaysia dengan nilai pelaburan RM8.5 bilion, manakala bagi jumlah pelaburan (FDI dan pelaburan domestik), Pulau Pinang merupakan negeri dengan pelaburan kedua tertinggi di Malaysia dengan jumlah pelaburan RM10.8 bilion.

Perkembangan ini juga disokong oleh penambahan sektor perkhidmatan bukan sahaja dari segi pelancongan/ pelancongan perubatan tetapi juga sektor sokongan pembuatan seperti logistik dan pelaburan perkhidmatan perniagaan global (GBS).

(b) Kerajaan Negeri mengambil langkah-langkah berikut bagi memastikan sektor pembuatan terus kukuh :-

(i) Memberikan tumpuan kepada kekuatan Pulau Pinang dalam bidang Elektronik dan Elektrikal serta kebolehan mempelbagaikan aktiviti industry seperti pembuatan peralatan perubatan (“medical devices”), sains kesihatan, aeroangkasa dan avionic dan teknologi LED;

(ii) Penambahbaikan infrastruktur dilaksanakan secara berterusan bagi taman perindustrian dan memastikan infrastruktur memenuhi taraf antarabangsa termasuk perkhidmatan jalur lebar dan utiliti seperti elektrik dan air;

(iii) Memantapkan ekosistem perniagaan di Pulau Pinang melalui sinergi syarikat multinasional (MNC) dan syarikat besar tempatan dengan tujuan untuk membangunkan industri kecil dan sederhana (IKS) dalam industri-industri galakan melalui usaha-usaha berikut:-

(a) Menyediakan sistem sokongan vendor tempatan dan penganjuran Hari Pembekal (Supplier Days) bersama syarikat MNCs yang berniat untuk mencari pembekal tempatan;

(b) Membantu IKS melalui Penang SME Centre di Zon Perindustrian Bayan Lepas dengan kadar sewa yang bersubsidi bagi IKS tempatan untuk menjalankan perniagaan. SME Village Batu Kawan juga dibina dan dijual kepada syarikat-syarikat IKS yang telah mengembangkan kapasiti mereka. Pusat Penasihat Pasaran, Sumber dan Latihan IKS (Pusat S.M.A.R.T.) memberi khidmat nasihat kepada syarikat-syarikat IKS selain menyediakan seminar pembangunan kapasiti dan direktori perniagaan online;

(c) Menyediakan Penang i4.0 Seed Fund melalui dana permulaan berjumlah RM4 juta (USD 1 juta) untuk membantu usahawan kecil dan syarikat-syarikat start-up yang terlibat dalam bidang teknologi seperti sektor “Internet of Things (IoT), “e-commerce” dan bidang-bidang berkaitan bagi mempercepatkan dan mengembangkan pembangunan syarikat-syarikat startup di Pulau Pinang; dan

(d) Meningkatkan usaha untuk menarik dan mengekalkan bakat dan kemahiran di Pulau Pinang serta meningkatkan minat anak-anak muda dalam STEM termasuk sektor vokasional dengan langkah- langkah berikut;

(i) Mengadakan sesi dialog di antara institute pengajian tinggi tempatan dan pelabur-pelabur untuk

Page 30: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

30

menyelaraskan demand and supply bakat-bakat yang diperlukan;

(ii) Melaksanakan program-program yang boleh menarik, melatih serta mengekalkan bakat di Pulau Pinang seperti pemberian biasiswa “Penang Future Foundation” (PFF) dan pemberian keutamaan dalam skim perumahan mampu milik;

(iii) Melaksanakan Program Meister Malaysia bagi meningkatkan tahap teknikal tenaga kerja vokasional;

(iv) Memperuntukkan RM75 juta bagi @CAT Penang (Accelerator for Creative, Analytics and Technology), Penang Skills Development Centre (PSDC), Penang Science Cluster (PSC), Karpal Singh Penang Learning Centre (KSPLC), Tech Dome Penang (TDP), and Penang Digital Library (PDL) bagi memupuk minat genererasi muda dalam STEM; dan

(v) Meningkatkan connectivity penerbangan antarabangsa dan pelabuhan melalui usaha-usaha berikut:

(a) Bekerjasama dengan syarikat-syarikat penerbangan dan agensi-agensi berkaitan untuk meningkatkan lebih banyak penerbangan terus antarabangsa ke destinasi baharu.

(b) Bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk memperluas dan menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang bagi memenuhi keperluan pelabur baru dan pelabur sedia ada dari aspek peningkatan kapasiti penumpang dan kargo antarabangsa; dan

(c) Menjadikan Pelabuhan Pulau Pinang sebagai pelabuhan laut strategik di utara Malaysia dan selatan Thailand serta menambah baik fasiliti pelabuhan.

(d) Bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan pihak berkepentingan untuk menaik taraf Pulau Pinang sebagai negeri antarabangsa yang berteraskan konsep “work, live and play”. Ini termasuklah peningkatan kualiti pengangkutan awam melalui Pelan Induk Pengangkutan Awam (termasuk laluan LRT) untuk meningkatkan kualiti hidup;

(e) Memastikan kos menjalankan perniagaan di Pulau Pinang terus kekal kompetitif melalui penandaan aras secara global dan serantau; dan

(f) Melancarkan Perkhidmatan Perniagaan Global (“GBS”) @Mayang di Bayan Baru dan@By the Sea di Taman Perindustrian Bayan Lepas dalam usaha merangsang pelaburan dan peluang pekerjaan. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada pelan induk pembangunan negeri yang menawarkan ruang perniagaan kondusif dan persekitaran kepada pelabur serta bakat sokongan dari seluruh dunia. Ini juga selaras dengan

Page 31: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

31

perancangan Skim Peningkatan Perniagaan Mengikut Daerah-Business Improvement District Scheme (BIDS).

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

19. Adakah MBPP bercadang untuk meningkatkan fungsi pondok hentian bas seperti mengadakan kiosk untuk membuka peluang ekonomi belia di Pulau Pinang?

Y.A.B. Ketua Menteri:

19. Setakat ini MBPP tidak mempunyai perancangan untuk membuka kiosk di

pondok-pondok perhentian bas. Hal ini dikhuatiri terdapat kenderaan yang diletakkan di tepi perhentian bas untuk membeli barang di kiosk dan mengganggu aliran lalulintas. Selain itu, keadaan ini juga akan menjejaskan keselamatan pengguna bas semasa menaiki bas di tepi jalan.

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

20. Nyatakan pelan tindakan yang diambil bagi memastikan Pulau Pinang terus cemerlang sebagai Pusat Pelancongan Perubatan di rantau Asia.

Y.A.B. Ketua Menteri:

20. Pelan tindakan Kerajaan Negeri bagi memastikan Pulau Pinang terus cemerlang sebagai

Pusat Pelancongan Perubatan di rantau Asia adalah seperti berikut:

(a) Meningkatkan daya saing hospital dalam sektor pelancongan perubatan melalui Penang Center of Medical Tourism (PMED). Pada masa ini, PMED mempunyai keahlian sebanyak 16 hospital dan bergiat aktif dalam pemasaran Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan perubatan yang terunggul;

(b) Menggiatkan promosi dan pemasaran pelancongan perubatan melalui pameran pelancongan dan roadshow di rantau Asia, terutamanya kepada negara yang mempunyai penerbangan terus ke Pulau Pinang seperti Indonesia, Vietnam dan China ;

(c) Meningkatkan laluan penerbangan terus ke Pulau Pinang melalui rundingan dan kerjasama dengan syarikat penerbangan. Antaranya, kerjasama ini telah melihatkan syarikat penerbangan Citilink mewujudkan laluan penerbangan terus dari Jakarta ke Pulau Pinang mulai bulan Mac 2018 dan dari Surabaya ke Pulau Pinang mulai bulan November 2018;

(d) Bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan bagi pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang serta meningkatkan kemudahan dan kelengkapan untuk menerima pelancong perubatan ; dan

(e) Bekerjasama dengan pihak swasta untuk menarik lebih banyak pelaburan dalam membina baru atau menaik taraf pusat perubatan pelancongan. Pihak Island Hospital telah membuat pelaburan dalam projek Island Medical City dengan anggaran kos pembangunan berjumlah RM2 bilion.

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

21. Senaraikan projek-projek yang akan dilaksanakan oleh MBPP mengikut analisa dari konsep GRB dan OBB di KADUN Batu Lancang.

Y.A.B. Ketua Menteri:

21. Projek-projek yang akan dilaksanakan oleh pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengikut analisa daripada konsep Gender Responsive Budget (GRB) dan Outcome Based Budgeting (OBB) di KADUN Batu Lancang adalah seperti berikut:

Page 32: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

32

BIL. TAJUK PROJEK TAHUN AKAN

DILAKSANAKAN KONSEP GRB /

OBB

1 Membina sebuah lampu isyarat pejalan kaki di Jalan Tan Sri Teh Ewe Lim

2019 OBB

2 Menaik taraf Pasar Batu Lancang, Pulau Pinang

2018 GRB

3 Menaik taraf Tanah Lapang Jalan Grik, Batu Lancang

2018 GRB/OBB

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

22. Nyatakan status pelaksanaan 'Big Data' yang melibatkan agensi Persekutuan, Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Pulau Pinang.

Y.A.B. Ketua Menteri:

22. Kerajaan Negeri melalui Pejabat SUK Pulau Pinang telah merangka Pelan Pembangunan Data Raya Pentadbiran Negeri bagi tempoh 2016 hingga 2020. Status pelaksanaan inisiatif data raya (big data) di peringkat negeri adalah seperti berikut:

(a) Antara program/aktiviti bagi menyokong pelaksanaan inisiatif data raya di peringkat negeri yang telah dilaksanakan adalah:

(i) Bengkel Inisiatif Data Raya Pentadbiran Negeri Pulau Pinang telah diadakan pada April 2016 dengan penyertaan peringkat pengurusan tinggi semua jabatan/agensi negeri. Bengkel ini merupakan sesi perancangan strategik bagi mengenal pasti business/use case dan high level business question untuk pelaksanaan insiatif / projek Analitis Data Raya (BDA) peringkat negeri.

(ii) Jawatankuasa Penyelarasan Data Negeri yang dipengerusikan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) dengan keahlian terdiri daripada semua Chief Information Officer (CIO) jabatan/agensi negeri telah ditubuhkan pada 23 Januari 2017. Jawatankuasa ini berperanan untuk menyelaras dan memantau perkongsian data dan penerbitan data terbuka di kalangan semua jabatan/agensi negeri. Semua perkara berkaitan dasar dan polisi data akan dibincang dan dibentang kepada Jawatankuasa Pemandu eGG (eGood Governance) yang dipengerusikan oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri.

(iii) Polisi Data Negeri telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan dikuatkuasakan melalui Surat Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Bil 1/2017 bertarikh 30 Ogos 2017. Polisi ini menjelaskan pelaksanaan, prinsip dan tadbir urus perkongsian data dan penerbitan data terbuka di peringkat negeri.

(iv) Portal Data Terbuka Negeri telah dilancarkan secara rasmi semasa Seminar Kerajaan Digital 2017 pada 12 Oktober 2017. Portal ini bertujuan untuk menggiatkan usaha perkongsian data dikalangan jabatan/agensi negeri serta meningkatkan ketelusan Kerajaan dalam penerbitan set-set data terbuka untuk capaian awam. Set data terbuka daripada semua jabatan/agensi negeri disalurkan di Portal Data Terbuka Negeri dan seterusnya diterbitkan untuk capaian awam di Portal Portal Data Terbuka Sektor Awam di alamat www.data.gov.my. Sebarang permohonan data terbuka oleh individu, komuniti dan pihak swasta melalui Portal Data Terbuka Sektor Awam akan diselaraskan oleh Pejabat SUK untuk kesesuaian penerbitan sebagai data terbuka. Bagi tahun 2018, sehingga 22 Oktober 2018 sebanyak 136 set data terbuka jabatan/agensi negeri telah diterbitkan di Portal Data Terbuka Sektor Awam.

Page 33: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

33

(v) Program Pertandingan 24 Jam Hackathon Data Terbuka Negeri Pulau Pinang telah berjaya dilaksanakan pada 29 dan 30 September 2018 dengan penyertaan sebanyak 18 pasukan yang terdiri daripada 58 peserta.

(b) Antara projek analitis data raya yang telah dilaksanakan dan dalam perancangan adalah seperti berikut:

(i) Proof of concept (POC) bagi 3 projek BDA (big data analytic) iaitu bagi kluster pengangkutan(1 projek POC) dan sosio ekonomi (2 projek POC) telah dilaksanakan dengan jayanya pada Ogos hingga Oktober 2016.

(ii) Pembangunan projek perintis Sistem Analitis Data Raya Pemilikan Rumah Mampu Milik untuk Golongan Pertengahan telah bermula pada Jun 2017 dan siap pada April 2018.

(iii) Sistem pengurusan bencana dengan modul analitis mengenai kejadian banjir di Pulau Pinang dan modul operasi bantuan dirancang untuk pembangunan pada tahun 2019 dan dijadualkan siap pada Jun 2020.

Manakala status pelaksanaan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah seperti berikut:

(a) Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) kini dalam peringkat pelaksanaan projek analitis data raya bagi pengurusan trafik menggunanakan video analytics CCTV. MBPP juga dalam usaha mengemaskini dan menyeragamkan struktur dan format data secara dalaman ke arah memacu inisiatif analitis data raya dalam semua bidang perkhidmatan MBPP.

(b) Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) kini di peringkat semakan semula dan penyediaan perincian spesifikasi keperluan bagi projek analitis data raya Pengurusan Sisa Pepejal. Tender projek ini dijadualkan pada bulan Mei tahun 2019 dan di jangka mengambil tempoh dua (2) tahun untuk siap.

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

23. Senaraikan projek-projek oleh Kerajaan Negeri dan PBT berkaitan dengan 'Internet Of Thing' (IOT).

Y.A.B. Ketua Menteri:

23. 'Internet of Thing' (IOT) merupakan peranti yang dihubungkan dengan internet yang dapat menyalurkan data bagi meningkatkan produktiviti dan efisiensi. Terdapat satu (1) projek Kerajaan Negeri dan enam (6) projek di PBT yang berkaitan dengan IoT. Perinciannya adalah seperti berikut:

(i) Projek berkaitan IOT oleh Kerajaan Negeri

Projek Kerajaan Negeri yang berkaitan dengan IOT yang diuruskan oleh MPSP adalah projek daripada pihak Intel Microelectronic (M) Sdn. Bhd yang dibuat secara Corporate Social Responsibility (CSR) yang dijangka siap pada Disember 2018 dengan pemasangan 32 unit CCTV dan 64 buah lampu jalan jenis LED yang dilengkapi dengan sistem pemantauan (SCADA). Turut dipasang adalah 8 buah skrin tv bersaiz 50 inci di bilik kawalan CCTV MPSP, 4 unit LoRa Gateway, sensor persekitaran dan server untuk perisian Platform Amelia untuk IOT dan analitis CCTV.

(ii) Projek berkaitan IOT di MPSP

(a) Sistem Amaran Paras Air Kawalan Banjir (SPARK)

Menggunakan teknologi berkonsepkan ultrasonik bagi mengesan paras air di kawasan hot spot banjir dengan penyaluran data kepada pekerja rumah pam melalui SMS yang dapat membantu proses kerja menjadi

Page 34: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

34

lebih efektif dan mengoptimumkan penggunaan tenaga kerja. Sebanyak 12 lokasi rumah pam milik MPSP telah dilengkapi dengan sistem ini.

(b) Smart Traffic Analytics & Recognition System – Stars Oleh TM One Smart Services Untuk Alat Kawalan Lampu Isyarat

Sistem pemantauan operasi lampu isyarat yang menggunakan teknologi daripada pihak Telekom Malaysia (TM One) yang dijangka siap sepenuhnya pada Disember 2018. Sebanyak 100 persimpangan lampu isyarat di seluruh Seberang Perai akan dipasang sistem ini untuk Fasa 1 yang berupaya untuk menyalurkan data secara terus daripada kotak kawalan melalui aplikasi Telegram jika berlaku kerosakan pada sistem lampu isyarat. Sistem ini turut menyediakan platform sistem real-time monitoringyang boleh diakses melalui web dan telefon pintar.

(c) GPS untuk pemantauan lori compacter

Vehicle Management System yang menggunakan Global Positoning System (GPS) yang mampu menghantar data kedudukan kenderaan compactor milik MPSP secara real-time yang membolehkan pemantauan dan pengurusan kenderaan bagi merancang penggunaan secara optimum dalam pelaksanaan kutipan sampah. Ini dapat mengurangkan aduan sampah tidak dikutip serta meningkatkan keberkesanan perkhidmatan pembersihan.

(iii) Projek berkaitan IoT di MBPP

(a) GPS untuk Sistem Telematik, Pengauditan Kualiti Kerja dan Pengurusan Tuntutan

Sistem Telematik, Pengauditan Kualiti Kerja dan Pengurusan Tuntutan yang menggunakan GPS bagi memantau kenderaan dan krew secara real time (Fleet Management) menggunakan telefon pintar. Sistem yang telah mula digunakan pada 1 Jun 2018 ini dapat membantu MBPP mengoptimumkan penggunaan tenaga kerja dan aset secara lebih efektif.

(b) Sistem Pengesan Paras Air

Sebanyak 10 unit alat pengesan paras air telah dipasang di dalam longkang di kawasan hotspot banjir yang berfungsi untuk memantau paras ketinggian air di dalam longkang dan di atas paras jalan raya. Semasa hujan turun, paras ketinggian air di dalam longkang dapat dipantau melalui data notifikasi dan amaran tentang ketinggian paras air di dalam longkang yang dihantar kepada bilik kawalan MBPP. Notifikasi ini akan turut dipapar di laman sesawang rasmi MBPP untuk makluman awam.

(c) LinkBike

Sistem perkongsian basikal telah dipasang di sekitar kawasan George Town yang melibatkan 29 stesen dengan kemudahan 250 buah basikal untuk orang awam atau pelancong. Sistem ini digunakan melalui aplikasi telefon pintar, QR Code dan kad pintar yang dapat mengesan penggunaan basikal sebaik diambil atau diletakkan di stesen basikal melalui sensor yang dipasang di stesen tersebut. Malah, LinkBike dapat membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas, mengurangkan pelepasan karbon dan menggalakkan gaya hidup yang sihat.

Page 35: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

35

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

24. Nyatakan keberkesanan dasar perancangan (Pelan Tempatan, Pelan Khas dan Dasar Kawalan) oleh PBT ke atas pertumbuhan ekonomi negeri dan kehormonian penduduk Pulau Pinang.

Y.A.B. Ketua Menteri:

24. Rancangan Tempatan belum diwartakan di Negeri Pulau Pinang dan Pelan Tempatan akan disemak semula setelah Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang (RSNPP) 2030 diwartakan. Pada ketika ini, MBPP menggunapakai Pelan Dasar Perancangan dan Kawalan Pemajuan Pelan No.:MBPP/PN-020(PL/PP) yang diluluskan pada 13 September 1996, Rancangan Kawasan Khas Geoge Town dan Rancangan Kawasan Khas Bukit Bendera yang telah diwartakan sebagai panduan untuk kawalan dan pembangunan di kawasan MBPP. Manakala MPSP pula menggunapakai RSNPP 2020 dan Rancangan Tempatan Daerah SPU, SPT dan SPS sebagai panduan. Kini, MPSP sedang merangka Rancangan Tempatan Seberang Perai 2030 yang dijangka akan diwartakan pada bulan September 2019.

Keberkesanan dasar perancangan (Pelan Tempatan, Pelan Khas dan Dasar kawalan) oleh PBT ke atas pertumbuhan ekonomi negeri adalah seperti berikut:

(a) Mempercepatkan tempoh memproses permohonan kebenaran merancang. Dengan ini, tempoh kelulusan pembangunan dapat disegerakan.

(b) Mengatur, mengawal dan merancang penggunaan tanah dan bangunan dalam kawasan perbandaran / bandaraya. Dengan ini, pelabur dapat mengenalpasti kawasan yang sesuai untuk tujuan pelaburan kerana pelan tempatan telah menetapkan kawasan-kawasan pembangunan yang boleh dimajukan oleh pelabur atau sebaliknya.

(c) Mengenalpasti serta meyediakan kawasan-kawasan strategik untuk pelaburan bagi pembangunan ekonomi negeri dalam pelbagai sektor mengikut zon seperti pertanian, perniagaan, perindustrian, pelancongan dan sebagainya. Ini akan memudahkan pelabur memilih jenis pelaburan yang hendak dilaksanakan berdasarkan kawasan yang ditetapkan mengikut zon.

(d) Mendorong pertumbuhan Kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di Negeri Pulau Pinang yang banyak dipengaruhi oleh sektor perkhidmatan dan pembuatan terutamanya bidang elektrik dan elektronik melalui perancangan PBT.

(e) Meningkatkan kadar pengambilan pekerja melalui pembangunan baru oleh syarikat tempatan atau pelabur asing.

(f) Membantu meningkatkan kadar pendapatan penduduk di Negeri Pulau Pinang melalui peluang-peluang pekerjaan baru hasil daripada pembangunan yang diluluskan.

Manakala keberkesanan dasar perancangan (Pelan Tempatan, Pelan Khas dan Dasar kawalan) oleh PBT ke atas keharmonian penduduk Pulau Pinang adalah seperti berikut:

(a) Mengawal dan memberi penekanan terhadap kepentingan kualiti alam sekitar dalam perancangan pembangunan bagi mewujudkan alam sekitar yang lebih harmoni agar penduduk mendapat kualiti hidup yang lebih baik.

(b) Memberikan keutamaan yang sewajarnya terhadap keperluan kemudahan awam di dalam kawasan perbandaran / bandar raya kerana dasar perancangan ini telah mengambilkira pertambahan penduduk bagi penyediaan infrastruktur dan kemudahan bandar agar penduduk menikmati kemudahan yang lebih efisien, baik, mencukupi, berdaya huni dan selamat didiami.

Page 36: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

36

(c) Menyediakan pembangunan mengikut perkembangan sains dan teknologi kerana dasar perancangan yang dilaksanakan telah mengambilkira perkembangan sains dan teknologi terkini.

(d) Menyediakan kemudahan infrastuktur dan perkhidmatan utiliti kepada orang awam berdasarkan keperluan sebenar dengan mengoptimumkan penggunaan tanah kerana kajian yang terperinci telah dijalankan bagi memenuhi keperluan kemudahan infrastruktur dan utiliti di pada masa depan.

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

25. Nyatakan projek yang telah dijalankan oleh PBT berkaitan dengan Kajian 'Environmental Impact' sejak 2016.

(a) Apakah nilai tambah kepada peningkatan kualiti alam sekitar selepas projek tersebut dilaksanakan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

25. Terdapat dua (2) buah projek Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang telah menjalani Kajian Impak Alam Sekitar (Environmental Impact Assessment) sejak tahun 2016 iaitu Projek Stesen Pemindahan Sampah Batu Maung dan Projek Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung.

(a) Kebaikan yang diperolehi hasil daripada pelaksanaan Kajian Impak Alam Sekitar adalah seperti berikut:

(i) Menentukan sama ada sesuatu cadangan projek pembangunan boleh dibangunkan atau sebaliknya ;

(ii) Memberi suatu rumusan yang tepat terhadap tindakan di dalam perancangan pembangunan ; dan

(iii) Mengurangkan dan mencegah impak negatif kepada kawasan persekitaran dan penduduk sekitar kawasan projek berdasarkan kaedah mitigasi yang dicadangkan.

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

26. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membuat semakan semula ke atas Pelan Rancangan Khas Kawasan Warisan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

26. Kerajaan Negeri di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Bil.1/2018 bertarikh

25 Januari 2018 telah memutuskan untuk mengkaji semula Rancangan Kawasan Khas Tapak Warisan Dunia George Town (RKK TWDGT). Kajian Semula ini dilaksanakan berlandaskan keperluan perundangan di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 (Akta 172).

Pada masa ini, kerja-kerja awalan (peringkat mobilisasi) ke arah penyediaan Kajian Semula RKK TWDGT sedang dilaksanakan melalui mesyuarat-mesyuarat yang dibuat secara berkala bagi membincangkan pelbagai aspek kawalan perancangan dan garis panduan yang perlu dilihat semula dan ditambahbaik. Lawatan tapak juga telah diadakan pada 10 Julai 2018.

Pihak PlanMalaysia@Pulau Pinang (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa) dan pihak George Town World Heritage Incorporated (GTWHI) telah dipertanggungjawabkan bagi menyediakan dokumen kajian semula ini dengan kerjasama beberapa jabatan/agensi berkaitan termasuk Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

27. Penguatkuasaan ke atas Pelan Rancangan Khas Warisan telah menyebabkan banyak pengusaha berhenti beroperasi.

(a) Nyatakan rancangan PBT untuk memastikan kawasan warisan terus hidup dan berpenghuni.

Page 37: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

37

Y.A.B. Ketua Menteri:

27. Antara perancangan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dalam memastikan kawasan

warisan terus hidup ialah dengan membuat semakan semula Rancangan Kawasan Khas Tapak Warisan Dunia George Town (RKKTWDGT) untuk menjadikan kawasan tersebut lebih berdaya huni dan berdaya tahan. Kajian ini meliputi penambahbaikan daripada segi aktiviti kawalan perlingkungan yang dibenarkan, garis panduan berkaitan bangunan warisan, infrastruktur dan sebagainya untuk menjadikan (RKKTWDGT) mudah difahami oleh semua lapisan masyarakat.

Selain itu, MBPP juga dalam perancangan melaksanakan projek penetapan semula penduduk dalam kawasan Tapak Warisan Dunia George Town dengan memperkenalkan konsep micro-housing di rumah kedai sedia ada dalam tapak warisan dengan menggalakkan pemaju-pemaju untuk menggunapakai konsep tersebut. Program pemutihan hotel juga telah dilaksanakan bagi membantu dan memberi peluang kepada pengusaha-pengusaha hotel tanpa lesen untuk mendapatkan lesen tetap. Pada masa yang sama MBPP turut aktif dalam melaksanakan projek-projek menaiktaraf infrastruktur awam seperti pasar, kemudahan awam, taman-taman awam, merejuvenasi lorong-lorong belakang serta mempertingkatkan kemudahan pengangkutan di sekitar George Town bagi memastikan bandaraya ini selamat, bersih dan mesra dengan orang awam.

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

28. Apakah rancangan Jabatan Perkhidmatan Veterinar bagi mengatasi masalah ternakan lembu dalam kawasan kediaman?

Y.A.B. Ketua Menteri:

28. Penternakan lembu adalah tidak dibenarkan di kawasan kediaman penduduk. Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sentiasa memantau dan mengambil tindakan terhadap aktiviti ini. Pelesenan ternakan lembu adalah di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan bukannya Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan PBT tidak pernah mengeluarkan lesen kepada penternak lembu untuk menternak di kawasan kediaman. Sekiranya terdapat masalah lembu berkeliaran di kawasan kediaman, PBT akan menjalankan tindakan penguatkuasaan ke atas pemilik/ pengusaha seperti berikut:

(i) Pengeluaran notis;

(ii) Pengeluaran kompaun;

(iii) Tindakan mahkamah; dan

(iv) Sitaan

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

29. Berapakah jumlah kutipan fi lesen anjing sejak 2012 hingga 2017 oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar seperti Perintah (Fi Pelesenan Anjing) Binatang 2010?

Y.A.B. Ketua Menteri:

29. Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) tidak melaksanakan kutipan fi lesen anjing seperti Perintah (Fi Pelesenan Anjing) Binatang 2010. Di negeri Pulau Pinang, kutipan fi lesen anjing dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) memandangkan PBT telah mempunyai undang-undang bagi pelesenan anjing.

Kutipan fi lesen anjing oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) di bawah Undang-Undang Kecil (Anjing-Anjing) Majlis Perbandaran Pulau Pinang 1977 adalah seperti berikut:

TAHUN JUMLAH KUTIPAN LESEN (RM)

2012 34,770.00

2013 25,980.00

2014 35,150.00

Page 38: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

38

2015 40,470.00

2016 14,420.00

2017 14,660.00

JUMLAH 165,450.00

Manakala, fi lesen anjing oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) di bawah Undang-Undang Kecil Kawalan Anjing MPSP 1982 adalah seperti berikut:

TAHUN JUMLAH KUTIPAN LESEN (RM)

2012 73,270.00

2013 63,300.00

2014 72,800.00

2015 64,280.00

2016 34,260.00

2017 69,840.00

JUMLAH 377,750.00

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

30. Berapakah jumlah kes yang berjaya diselesaikan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar bagi aduan penyembelihan ayam tanpa kelulusan di bawah Kaedah-Kaedah Binatang (Kawalan Penyembelihan) 2009?

Y.A.B. Ketua Menteri:

30. Buat masa ini, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang tidak menerima sebarang aduan berhubung penyembelihan ayam tanpa kelulusan. Kaedah-kaedah Binatang (Kawalan Penyembelihan 2009) di bawah Akta Binatang 1953 (Persekutuan) adalah untuk ternakan lembu, kambing, bebiri dan babi sahaja.

Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri melalui Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah menerima tiga (3) aduan berkenaan penyembelihan ayam tanpa kelulusan daripada tahun 2013 hingga Oktober 2018 dan kesemua aduan tersebut telah diselesaikan.

Selain daripada itu, Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) juga telah mengambil tindakan di bawah Undang-Undang Kecil Bayaran Lesen MPSP 1980 dan Akta Kerajaan Tempatan 1976 bagi aduan yang diterima berhubung penyembelihan ayam tanpa kelulusan. Dari tempoh 1 Januari hingga 20 September 2018, sebanyak lima (5) aduan berhubung penyembelihan ayam tanpa kelulusan diterima oleh MPSP dan kesemua aduan tersebut telah berjaya diselesaikan.

III. Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Gooi Zi Sen) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

1. Sila nyatakan dan senaraikan mengikut jenis dan nilai projek Kerajaan Persekutuan yang telah diumumkan ataupun diluluskan di Pulau Pinang selepas Mei 2018.

Y.A.B. Ketua Menteri:

1. Senarai projek Kerajaan Persekutuan yang telah diluluskan selepas Mei 2018 di Pulau Pinang adalah seperti di Lampiran A.

RUJUK LAMPIRAN A.

Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Gooi Zi Sen) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

2. Pelan Induk Pesisir Utara George Town.

(a) Sila nyatakan dengan teliti komponen dan kos yang terlibat berhubung dengan pelan induk tersebut.

(b) Apakah garis-masa (timeline) pelaksanaan pelan induk tersebut?

Page 39: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

39

Y.A.B. Ketua Menteri:

2. Pelan Induk Pesisir Utara George Town (North Seafront Master Plan) merupakan inisiatif daripada anak syarikat Kerajaan Negeri iaitu George Town Conservation & Development Corporation (GTCDC). GTCDC merupakan jalinan kerjasama antara Perbadanan Ketua Menteri (CMI), Think City Sdn. Bhd. dan Aga Khan Cultural Services SA.

Tujuan utama Pelan Induk Pesisir Utara George Town adalah untuk menyediakan kawasan / ruang bagi pelaksanaan aktiviti riadah / rekreasi, sosial, budaya dan sukan oleh setiap lapisan masyarakat setempat tanpa mengira peringkat umur. Lokasi projek bermula dari kawasan Dewan Sri Pinang sehingga ke kawasan bulatan dan menara jam Queen Victoria.

Pelan ini juga disediakan selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk memastikan penyediaan projek berimpak besar sempena sambutan ulang tahun ke-10 Pulau Pinang menerima pengiktirafan Kawasan Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 7 Julai 2008 yang lalu.

(a) Pelaksanaan Pelan Induk ini melibatkan beberapa komponen dan peruntukan kewangan disediakan oleh Kerajaan Negeri, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Think City. Perincian mengenai komponen dan kos adalah seperti di Lampiran A.

(b) Pelan Induk ini telah dilaksanakan sejak tahun 2016 dan pelaksanaan projek yang dirancang dijangka siap keseleruhannya pada tahun 2021. Perincian tempoh masa bagi setiap projek adalah seperti di Lampiran A.

RUJUK LAMPIRAN A.

Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Gooi Zi Sen) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

3. Kawasan tanah lapang di kawasan Pulau, Pulau Pinang.

(a) Sila senaraikan kawasan tanah lapang mengikut lokasi, no. Lot, daerah (DTL/DBD) dan keluasan di kawasan Pulau, Pulau Pinang.

(b) Apakah mekanisma atau polisi Kerajaan Negeri atau Kerajaan Tempatan untuk menyelenggarakan kawasan tanah lapang ini?

Y.A.B. Ketua Menteri:

3. (a) Terdapat 192 kawasan tanah lapang di Daerah Timur Laut manakala di Daerah Barat Daya pula terdapat 108 kawasan tanah lapang. Senarai kawasan tanah lapang berdasarkan lokasi dan jumlah lot tanah lapang mengikut Daerah Timur Laut dan Daerah Barat Daya adalah masing-masing seperti di Lampiran A dan B.

(b) Mekanisme yang digunakan untuk menyelenggara kawasan tanah lapang oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) adalah seperti berikut:

(i) Melantik kontraktor untuk melaksanakan kerja-kerja pemotongan rumput dan pembersihan tanah lapang supaya berada dalam keadaan bersih dan kemas;

(ii) Menyelenggara perabot taman (alat senaman, alat permainan, lampu taman, bangku dan lain-lain) secara berjadual supaya sentiasa dalam keadaan berfungsi, baik dan selamat untuk digunakan; dan

(iii) Mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pencerobohan.

RUJUK LAMPIRAN A DAN B.

Page 40: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

40

Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Gooi Zi Sen) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

4. Pokok yang telah didaftarkan dibawah Majlis Bandaraya Pulau Pinang.

(a) Sila senaraikan jumlah pokok di kawasan Pulau, Pulau Pinang yang telah didaftarkan dibawah Majlis Bandaraya Pulau Pinang.

(b) Sila senaraikan jumlah pokok yang telah ditanam oleh Kerajaan Negeri / Kerajaan Tempatan sejak tahun 2008.

Y.A.B. Ketua Menteri:

4. (a) Jumlah pokok yang telah didaftarkan di bawah Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) sehingga 30 Oktober 2018 adalah sebanyak 10,199 pokok. Perincian maklumat mengikut lokasi pokok ditanam dan bilangan pokok adalah seperti berikut:

Lokasi Bilangan Pokok

Jalan Kelawai & Jalan Macalister 255

17 Jalan Utama 1,884

37 Jalan Utama & Sekunder 2,060

Jalan Sekunder, FIZ & NON-FIZ 6,000

Jumlah 10,199

(b) Jumlah pokok yang telah ditanam oleh Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan sejak tahun 2008 sehingga Oktober 2018 adalah sebanyak 333,532 pokok. Perincian maklumat mengikut agensi bertanggungjawab dan jumlah pokok adalah seperti berikut:

TAHUN KERAJAAN NEGERI MBPP MPSP JUMLAH

2008 41,224 522 7,254 49,000

2009 43,182 420 10,587 54,189

2010 51,969 86 2,777 54,832

2011 38,445 321 8,770 47,536

2012 8,902 706 6,433 16,041

2013 847 414 11,085 12,346

2014 3,842 737 8,791 13,370

2015 19,712 661 6,805 27,178

2016 5,945 892 15,796 22,633

2017 15,842 605 7,817 24,264

2018 1,181 1,176 9,786 12,143

JUMLAH BESAR 333,532

Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Gooi Zi Sen) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

5. Pembangunan Masjid dan Surau di Negeri Pulau Pinang.

(a) Sila senaraikan masjid-masjid dan surau yang telah menerima peruntukan pembangunan dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAIPP) sejak 2008.

(b) Sila senaraikan masjid atau surau yang telah siap dibina sejak tahun 2008 mengikut lokasi dan daerah.

Y.A.B. Ketua Menteri:

5. (a) Bilangan masjid dan surau dan jumlah peruntukan Kerajaan Negeri yang diterima dari tahun 2008 hingga 2018 adalah seperti jadual berikut:-

Page 41: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

41

TAHUN Bil. Masjid/Surau Jumlah Peruntukan

(RM)

2008 22 334,391.00

2009 51 1,640,273.12

2010 76 1,971,967.59

2011 62 2,302,558.67

2012 51 1,529,430.90

2013 44 1,743,620

2014 49 1,808,152.20

2015 41 2,272,475.60

2016 54 3,005,230.60

2017 32 2,237,030.85

2018 21 1,529,174.47

(b) Senarai masjid atau surau yang telah siap dibina sejak tahun 2008 mengikut lokasi dan daerah adalah seperti berikut:

TAHUN MASJID / SURAU DAERAH

2012 Masjid Jamek Al-Munauwar Kelawei Timur laut

2013

Masjid Jamek Tasek Gelugor Seberang Perai Utara

Masjid Baru Kg Lahar Kepar Seberang Perai Utara

Masjid Jamek Tasek Junjong, Simpang Ampat

Seberang Perai Selatan

Masjid Jamek Tasek Gelugor Seberang Perai Utara

Masjid Jamek Kg Masjid,Teluk Kumbar Barat Daya

Masjid Jamek Sg Gelugor Timur laut

2014

Masjid Qaryah Simpang Tiga,Tasek Gelugor

Seberang Perai Utara

Masjid Qaryah Lahar Tabut Seberang Perai Utara

Masjid Jamek Sg Aceh Seberang Perai Selatan

Surau Ampang Jajar Seberang Perai Tengah

Surau Kg Naran Barat Daya

2015 Masjid Timah Kg Belah Dua Seberang Perai Tengah

2016

Masjid Batu Maung Barat Daya

Surau Bukit Dumbar Timur Laut

2017 Masjid Jamek Penaga Seberang Perai Selatan

2018 Masjid Kubang Ulu Seberang Perai Tengah

Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Gooi Zi Sen) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

6. Enakmen Warisan Negeri Pulau Pinang 2011.

(a) Sejauh manakah pelaksanaan Enakmen tersebut sejak pewartaannya?

(b) Sila senaraikan tapak warisan yang telah disenaraikan dalam Daftar Warisan Negeri mengikut Peraturan-Peraturan Warisan Negeri Pulau Pinang 2016.

Y.A.B. Ketua Menteri:

6. (a) Enakmen Warisan Negeri Pulau Pinang telah diwartakan pada tahun 2011. Namun begitu, tarikh mula pelaksanaannya hanya pada 1 September 2016.

Page 42: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

42

Penetapan pelaksanaan bagi enakmen ini turut berpandukan kepada Peraturan-Peraturan Warisan Negeri Pulau Pinang yang diwartakan pada tahun 2016. Pada masa ini, Kerajaan Negeri masih dalam tindakan untuk mengenal pasti calon yang sesuai untuk dilantik sebagai Pesuruhjaya Warisan Negeri.

(b) Pada masa ini, belum ada tapak warisan yang disenaraikan dalam Daftar Warisan Negeri mengikut Peraturan-Peraturan Warisan Negeri Pulau Pinang 2016.

Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Gooi Zi Sen) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

7. Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

(a) Apakah tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri susulan dengan dasar penstrukturan semula JKKK kepada MPKK yang diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 21 Jun 2018?

(b) Sila senaraikan jumlah perbincangan / mesyuarat berhubung dengan penubuhan MPKK yang telah diadakan.

Y.A.B. Ketua Menteri:

7. (a) Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bagi negeri di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) kini dikenali sebagai Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK). Kuasa dan urusan bagi pelantikan, pertukaran dan penamatan anggota MPKK yang baru ini kekal di bawah kuasa Kerajaan Negeri dan pentadbiran di bawahnya. Namun demikian, dalam melaksanakan kuasanya, Kerajaan Negeri hendaklah memastikan sebarang keputusan atau hal-hal lain berkenaan MPKK ini adalah selaras dengan tatacara pengurusan MPKK yang ditetapkan kementerian dan dasar kerajaan pusat. MPKK yang baru ini juga akan mempunyai 11 biro baharu termasuk Biro Pembangunan Prasarana, Keselamatan dan Kesihatan, Pengurusan Kewangan, Ekonomi dan Keusahawanan , Kesejahteraan dan Keceriaan, Pendidikan dan Inovasi, Pemantapan Spiritual, Kebajikan dan Kesukarelawan, Belia, Sukan dan NGO, Infostruktur dan Komunikasi dan akhir sekali ialah Hal Ehwal Wanita dan Keluarga.

(b) Beberapa mesyuarat telah dilaksanakan bersama parti-parti dalam Pakatan Harapan terutamanya dalam memutuskan kuota JKKK mengikut parti. Berikut adalah senarai Mesyuarat yang telah diadakan:-

(i) 26/6/2018 - Mesyauarat JK Pemilihan JKKK Peringkat Negeri

(ii) 4/9/2018 - Mesyuarat MMK Perhubungan Masyarakat, Pejabat TKM1 bersama Bhg. Khidmat Pengurusan.

(iii) 1/10/2018 - Mesyuarat Pembahagian Kuota MPKK

(iv) 15/10/2018 & 26/10/2018 - Perbincangan Pembahagian Kuota Parti

Kerajaan Negeri telah memutuskan untuk meningkatkan jumlah MPKK kepada 350.

Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Gooi Zi Sen) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

8. Fi Kerajaan Tempatan untuk penginapan.

(a) Sila senaraikan jumlah hasil kutipan Fi Kerajaan Tempatan untuk penginapan sejak pelaksanaannya pada 1 Jun 2014.

(b) Sila senaraikan perbelanjaan hasil kutipan Fi tersebut mengikut tarikh dan kos yang terlibat.

Y.A.B. Ketua Menteri:

8. (a) Jumlah kutipan Fi Hotel (dahulunya dikenali sebagai Fi Kerajaan Tempatan) dari tahun 2014 hingga 2018 adalah berjumlah RM37,769,528.70 seperti perincian di Lampiran A.

Page 43: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

43

(b) Jumlah keseluruhan perbelanjaan hasil kutipan Fi Hotel sehingga Oktober 2018 adalah RM28,172,439.32. Perincian mengikut tarikh dan kos adalah seperti di Lampiran B.

RUJUL LAMPIRAN A DAN B.

Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Gooi Zi Sen) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

9. Sistem saliran kumbahan Indah Water Konsortium (IWK) di Clan Jetties.

(a) Apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi mewujudkan sistem saliran kumbahan IWK di Clan Jetties?

(b) Apakah anggaran kos untuk mewujudkan sistem saliran kumbahan di kawasan tersebut?

Y.A.B. Ketua Menteri:

9. (a) Kerajaan Negeri sememangnya prihatin tentang kepentingan untuk mewujudkan sistem saliran kumbahan yang sistematik di kawasan 'Clan Jetty' dan telah membawa perkara ini ke perhatian pihak kementerian yang bertanggungjawab sebelum ini, iaitu Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA). Selanjutnya pada tahun 2017, Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP), KeTTHA yang kini di bawah struktur organisasi Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) telah melantik Perunding Pinang Sdn. Bhd. untuk menjalankan Kajian Penilaian Impak Sosial (SIA) di kawasan 'Clan Jetty' yang bertajuk “Proposed Social Impact Assessment Study For Clan Jetty, Georgetown, Pulau Pinang”. Pelaksanaan kajian ini menggunakan peruntukan yang diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-Sebelas (RMKe-11), berjumlah RM300,000.00.

Laporan Kajian Penilaian Impak Sosial ini telah siap sepenuhnya pada bulan April 2018, di mana dua (2) kaedah sistem rawatan kumbahan telah dicadangkan seperti berikut:

(i) Caged-In-Situ-Septic System (CISST); dan (ii) Vacuum Sewer System

Dalam hal ini, kedua-dua kaedah yang dicadangkan perlu diteliti semula, di mana kaedah penggunaan system Caged-In-Situ-Septic System (CISST), iaitu pelaksanaan prototypes telah mendatangkan persepsi negatif daripada penduduk sekitar dan pelancong di kawasan George Town World Heritage Site berdasarkan Kajian SIA April 2018. Manakala kaedah sistem pembetungan vakum (Vacuum Sewer System) tidak diluluskan di bawah piawai Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Dalam masa terdekat ini, JPP, Kerajaan Negeri dan Unit Perancang Ekonomi (EPU) akan membuat penelitian lanjut secara terperinci ke atas laporan kajian tersebut untuk mengenal pasti kaedah sistem rawatan kumbahan yang bersesuaian dan pelan mitigasi untuk menangani isu-isu yang dijangkakan semasa tempoh pembinaan kelak.

(b) Anggaran kos untuk mewujudkan sistem saliran kumbahan di kawasan ‘Clan Jetty’ hanya akan diketahui setelah kaedah sistem rawatan kumbahan diputuskan kelak.

Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Gooi Zi Sen) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

10. Penggunaan Terminal Feri Pengkalan Raja Tun Uda.

(a) Apakah kadar penggunaan perkhidmatan feri selepas Rapid Ferry Sdn Bhd mengambil alih perkhidmatan pengangkutan tersebut sejak 1 Mei 2018?

Page 44: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

44

(b) Sila senaraikan jumlah bilangan feri yang kini sedang berkhidmat dan juga jadual perkhidmatan yang telah ditetapkan.

Y.A.B. Ketua Menteri:

10. (a) Kadar penggunaan perkhidmatan feri dibahagikan kepada dua (2) kategori iaitu penumpang pejalan kaki dan kenderaan. Kadar penggunaan sepanjang hari secara purata bagi penumpang pejalan kaki adalah sebanyak 23.7% (70 orang) berdasarkan kapasiti penuh 300 orang penumpang untuk sebuah feri. Manakala bagi kenderaan termasuk motosikal, kereta dan lori adalah 77.3% berdasarkan 50 petak kereta yang disediakan dalam sesebuah feri. Perincian statistik jumlah penumpang perkhidmatan feri dari bulan Mei 2018 sehingga September 2018 adalah seperti di Lampiran A.

(b) Jumlah keseluruhan feri adalah sebanyak enam (6) buah. Jumlah feri yang beroperasi adalah sebanyak lima (5) buah iaitu Feri Pulau Pinang, Pulau Undan, Pulau Angsa, Pulau Payar dan Pulau Kapas. Sebuah feri iaitu Feri Pulau Talang-talang sedang dalam proses pembaikan oleh pihak Penang Port Sdn Bhd (PPSB) dan dijangka beroperasi pada bulan Januari 2019. Buat masa ini, kekerapan feri adalah 54 perjalanan pada hari bekerja dan 50 perjalanan sehari pada hari cuti umum dan hujung minggu. Jadual perkhidmatan feri adalah seperti di Lampiran B.

RUJUK LAMPIRAN A DAN B.

Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Gooi Zi Sen) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

11. Projek Business Improvement District Scheme (BIDS) di Jalan Gurdwara.

(a) Sejauh manakah pelaksanaan projek BIDS di Jalan Gurdwara?

(b) Sila senaraikan perbincangan / mesyuarat yang telah diadakan berhubung dengan projek tersebut.

Y.A.B. Ketua Menteri:

11. (a) MBPP telah melantik perunding arkitek untuk menyiapkan pelan reka bentuk projek dan dokumen tender bagi projek Business Improvement District Scheme (BIDS) di Jalan Gurdwara. Adalah dijangka pengiklanan tender projek akan dilaksanakan pada bulan November 2018. Kerja-kerja menaik taraf ruang awam di sebahagian Jalan Gurdwara dijadualkan bermula pada bulan Januari 2019 dan dijangka siap pada Julai 2019 iaitu dalam tempoh 6 bulan.

(b) Sebanyak 10 sesi mesyuarat dan perbincangan telah dijalankan oleh MBPP dengan pihak-pihak yang terlibat secara langsung dalam projek ini termasuk Stakeholders dan komuniti setempat. Senarai perbincangan/mesyuarat yang telah diadakan adalah seperti di Lampiran A.

RUJUK LAMPIRAN A.

Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Gooi Zi Sen) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

12. Senaraikan projek-projek yang dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya di kawasan Pulau, Pulau Pinang pada tahun 2018 mengikut tarikh mula, jenis projek, lokasi, daerah (DTL/DBD) dan tarikh jangka siap.

Y.A.B. Ketua Menteri:

12. Senarai projek-projek yang dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) di kawasan Pulau, Pulau Pinang pada tahun 2018 adalah seperti di Lampiran A bagi Daerah Timur Laut (DTL) dan Lampiran B bagi Daerah Barat Daya (DBD).

RUJUK LAMPIRAN A DAN B.

Page 45: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

45

Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Gooi Zi Sen) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

13. Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) yang terletak di atas tanah Kerajaan.

(a) Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menjalankan proses pemutihan bagi bangunan RIBI yang didirikan di atas tanah kerajaan?

(b) Sekiranya tidak, apakah cadangan tindakan selanjut Kerajaan Negeri terhadap bangunan-bangunan RIBI tersebut?

Y.A.B. Ketua Menteri:

13. Pada masa ini Kerajaan Negeri tidak mempunyai data yang spesifik berkenaan jumlah Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) yang dibina di atas tanah Kerajaan. Sebaliknya data Kerajaan Negeri menunjukkan jumlah 826 RIBI telah dibina dari tahun 2012 hingga 2018.

(a) Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa MMK Agama Selain Islam sedang meneliti cadangan untuk menjalankan kerja-kerja pemutihan bagi RIBI yang terletak di atas tanah Kerajaan Negeri berdasarkan kriteria-kriteria seperti berikut:

(i) usia bangunan;

(ii) bilangan penganut pada hari biasa dan hari perayaan utama;

(iii) lokasi samada berdekatan dengan parit dan jalan; dan

(iv) status hak milik tanah (tanah lapang diwartakan/ tanah kerajaan negeri)

(b) Sekiranya terdapat bangunan RIBI yang terletak di atas tanah kerajaan, penempatan semula RIBI tersebut akan dibuat ke atas tapak RIBI lain yang bersesuaian.

Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Gooi Zi Sen) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

14. Peruntukan membina rumah baru di bawah program Bantuan Rumah MMK Pembangunan Desa.

(a) Senaraikan unit rumah yang telah siap dibina dibawah program tersebut mengikut lokasi dan kos pembinaan sejak tahun 2008.

(b) Apakah kriteria atau syarat permohonan untuk program tersebut?

Y.A.B. Ketua Menteri:

14. (a) Senarai jumlah unit rumah yang telah siap dibina di bawah Program Pembaikan Rumah Rakyat Termiskin (bina baru) mengikut lokasi dan kos adalah seperti di Lampiran A.

(b) Kriteria permohonan bagi Program Pembaikan Rumah Rakyat Termiskin adalah seperti berikut: (i) Warganegara Malaysia; (ii) Bermastautin dan berdaftar sebagai pengundi di negeri Pulau Pinang; (iii) Berumur 35 tahun ke atas; (iv) Berdaftar dan disahkan dalam Jawatankuasa Pembasmian Kemiskinan

Daerah sebagai miskin atau berpendapatan isi rumah RM1,500.00 dan ke bawah;

(v) Memiliki tanah sendiri dengan keluasan bersesuaian atau bagi bukan pemilik tanah perlu mendapatkan Surat Akuan Bersumpah (AM80) dari pemilik tanah (perlu kemukakan salinan hak milik tanah), atau pemegang Lesen Pendudukan Sementara (perlu mengemukakan salinan kelulusan LPS dan bayaran LPS);

(vi) Keutamaan diberikan kepada: - (a) Keluarga/ Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan isi

rumah melebihi 5 orang.

Page 46: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

46

(b) Warga emas (60 tahun ke atas), uzur* dan orang kelainan upaya (OKU).

(c) Mangsa bencana alam (ribut, banjir dan kebakaran) yang tidak mendapat bantuan lain seperti insuran.

*Perlu mendapatkan laporan kesihatan dari Klinik Kesihatan/ Hospital Kerajaan dan diluluskan oleh Jawatankuasa Pembasmian Kemiskinan Daerah.

(vii) Permohonan bagi maksud menyiapkan mana bahagian dalam atau luar rumah adalah TIDAK LAYAK DIPERTIMBANGKAN.

(viii) Pembaikan rumah teres, rumah ladang dan rumah bertingkat (flat, apartment dan lain – lain) adalah TIDAK LAYAK DIPERTIMBANGKAN.

(ix) Bagi kes–kes khas (pengecualian dari kriteria yang telah ditetapkan) perlu mendapatkan pertimbangan Jawatankuasa Pembasmian Kemiskinan Daerah dan diluluskan oleh Pengerusi Jawatankuasa MMK Pembangunan Desa.

(x) Setiap permohonan mestilah mendapatkan sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)/ Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN).

RUJUK LAMPIRAN A.

Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Gooi Zi Sen) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

15. Penang Future Foundation.

(a) Senaraikan jumlah bilangan pelajar yang telah mengemukakan permohonan kepada Penang Future Foundation sejak pelaksanaannya.

(b) Senaraikan jumlah bilangan pelajar yang telah berjaya mendapat biasiswa tersebut mengikut tahun, jurusan dan institusi pengajian tinggi.

Y.A.B. Ketua Menteri:

15. (a) Seramai 2,986 pelajar telah mengemukakan permohonan kepada Penang Future Foundation (PFF) sejak pelaksanaannya pada tahun 2015 sehingga 2018 dengan perincian seperti berikut:

Tahun Bilangan Pemohon

2015 886

2016 493

2017 877

2018 730

JUMLAH 2,986

(b) Bilangan pemegang biasiswa PFF mengikut tahun, jurusan dan institusi pengajian tinggi adalah seperti di Lampiran A. Senarai pemegang biasiswa bagi tahun 2018 masih di dalam proses dan belum dimuktamadkan.

RUJUK LAMPIRAN A.

Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Gooi Zi Sen) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

16. Apakah status Suruhanjaya Siasatan mengenai kejadian tanah runtuh di tapak projek perumahan mampu milik di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah yang telah diwartakan pada awal tahun ini?

Page 47: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

47

Y.A.B. Ketua Menteri:

16. Kerajaan Negeri telah mentauliahkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Negeri pada 6 Disember 2017 bagi menyiasat punca insiden di tapak kerja di Tanjung Bungah. Pertauliahan ini telah diwartakan pada 21 Disember 2017. Suruhanjaya Siasatan Negeri kemudiannya telah mengadakan sesi pendengaran berhubung insiden tersebut bermula pada 24 Januari 2018 sehingga 3 Jun 2018.

Pada ketika ini, Suruhanjaya Siasatan Negeri sedang mengumpulkan hujahan bertulis daripada pihak-pihak berkepentingan sebelum laporan penuh berhubung insiden di tapak kerja di Tanjung Bungah dapat diserahkan kepada Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri (T.Y.T.). Memandangkan Suruhanjaya Siasatan Negeri memerlukan tempoh masa yang lebih untuk menyiapkan laporan siasatan termasuk terjemahannya T.Y.T. telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh penyerahan laporan siasatan sehingga 31 Julai 2019.

Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Gooi Zi Sen) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

17. Peruntukan Kerajaan Negeri untuk Ahli Dewan Undangan Negeri Pembangkang.

(a) Sila nyatakan jumlah peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri kepada ADUN Pembangkang pada DUN penggal ke-14.

(b) Sila nyatakan jumlah peruntukan tersebut yang telah dipohon oleh ADUN Pembangkang.

Y.A.B. Ketua Menteri:

17. (a) Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan bagi tujuan pelaksanaan projek-

projek pembangunan dibawah butiran P16 (02) sejumlah RM60,000.00 kepada ADUN Pembangkang selepas PRU ke-14.

(b) Setakat ini kelulusan melalui surat kuasa telah diberi kepada ADUN Penaga sahaja bagi 7 projek melibatkan peruntukan berjumlah RM59,908.00 seperti di Lampiran A manakala 2 ADUN lagi telah mengemukakan permohonan iaitu ADUN Permatang Berangan dan Sungai Dua tetapi belum diluluskan kerana memerlukan tindakan Penolong Jurutera untuk menyediakan anggaran kos kerja yang dipohon.

RUJUK LAMPIRAN A.

Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Gooi Zi Sen) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

18. Daftar Warisan Kebangsaan.

(a) Sila senaraikan tapak atau objek warisan daripada Pulau Pinang yang telah disenaraikan di dalam Daftar Warisan Kebangsaan.

(b) Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk mendaftarkan lebih banyak tapak atau objek sebagai sebahagian daripada Warisan Kebangsaan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

18. (a) Senarai tapak/bangunan yang disenaraikan dalam Daftar Warisan Kebangsaan bagi Negeri Pulau Pinang adalah seperti berikut:

(i) Gereja St. George - Warisan Kebangsaan

(ii) Masjid Melayu Lebuh Acheh - Warisan Kebangsaan

(iii) Masjid Kapitan Keling - Warisan Kebangsaan

(iv) Kota Cornwallis - Warisan Kebangsaan

(v) Leong San Tong Khoo Kongsi - Warisan Kebangsaan

(vi) ahkamah Tinggi Pulau Pinang -Warisan Kebangsaan

(vii) Penang Free School - Warisan Kebangsaan

Page 48: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

48

(viii) Bangunan Lembaga Muzium Pulau Pinang - Warisan

(ix) Bangunan Municipal (Dewan Bandaran Pulau Pinang) - Warisan

(x) Batu Bertulis Cherok To’kun - Warisan

(xi) Makam Sheikh Omar - Warisan

(xii) Menara Jam Besar - Warisan

Manakala, warisan kebudayaan tidak ketara yang telah diberi pengiktirafan sebagai Warisan Kebangsaan adalah Chingay dan Boria (kategori seni persembahan) serta Char Kuay Teow (kategori makanan).

(b) Klasifikasi Warisan Kebangsaan adalah penting dalam usaha Kerajaan Negeri memastikan warisan negeri terpelihara dan dilindungi di bawah Akta Warisan Kebangsaan. Pada masa ini, George Town World Heritage Incorporated (GTWHI) telah mengenal pasti sejumlah 17 tapak/bangunan di bahagian pulau yang boleh dipertimbangkan sebagai Warisan Kebangsaan. Di Seberang Perai pula, Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) pada Julai 2018 telah meluluskan sejumlah 1,096 tapak/bangunan sebagai bangunan warisan. Seterusnya, Kerajaan Negeri akan berusaha ke arah mewartakan tapak/bangunan tersebut.

Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Gooi Zi Sen) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

19. Apakah status terkini Pelan Taman Pulau Pinang susulan daripada Enakmen Perbadanan Stadium dan Kawasan Lapang 2017 yang telah diluluskan pada Mei 2017?

Y.A.B. Ketua Menteri:

19. Rang Undang-Undang Enakmen Perbadanan Stadium dan Kawasan Lapang Pulau Pinang

2017 telah dibentang, dibahas dan diluluskan dalam Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Yang Ketiga Belas pada 25 Mei 2017 dan diwartakan pada 28 September 2017. Objektif utama penubuhan Perbadanan Stadium dan Kawasan Lapang adalah untuk membangun, mengurus, mengawal dan menyelenggara stadium dan kawasan lapang di Pulau Pinang.

Susulan itu, mantan YAB Ketua Menteri Pulau Pinang melalui Ucapan Belanjawan Pulau Pinang 2018 pada 2 November 2017 telah mengumumkan mengenai penyediaan Pelan Taman Pulau Pinang terperinci di bawah naungan Penang Institute. Pelaksanaan Pelan Taman Pulau Pinang oleh Penang Institute bertujuan menambahbaik pengurusan dan menghubungkan semua taman-taman di Pulau Pinang dalam satu sesawang koridor hijau.

Pada masa ini, pihak Penang Institute masih dalam proses mengumpul data-data spatial tanah sedia ada berkaitan taman dan tanah lapang yang terdapat di Negeri Pulau Pinang. Skop dan halatuju Pelan Taman Pulau Pinang akan dirangka dan dibentangkan kepada Kerajaan Negeri setelah selesai proses pengumpulan data-data spatial tanah yang sedang dijalankan oleh Penang Institute.

Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Gooi Zi Sen) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

20. Sila senaraikan bangunan yang telah menerima hakmilik strata dan vacant possession (VP) secara serentak susulan daripada pindaan Akta Hakmilik Strata (Pindaan) 2013 [Akta A1450].

Y.A.B. Ketua Menteri:

20. Sehingga kini hanya terdapat satu skim strata di negeri Pulau Pinang yang telah menerima Hakmilik Strata dan Vacant Possession (VP) secara serentak. Maklumat skim tersebut adalah seperti berikut:

Page 49: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

49

Nama Skim

: Pangsapuri SURIA 1

Pemaju : Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC)

Alamat : Lot PT 5257, Mukim 13, Seberang Perai Selatan / Bandar Cassia, Batu Kawan Pulau Pinang

Skim ini juga merupakan projek perumahan mampu milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Hakmilik Strata Skim Pangsapuri Suria 1 telah didaftarkan pada 20 April 2018 dan Majlis Penyerahan Hakmilik Strata Bersama Vacant Possession (VP) telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang pada 10 Mac 2018. Pindaan akta ini berkuat kuasa pada 1 Jun 2015.

Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Gooi Zi Sen) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

21. Penang Free WIFI.

(a) Senaraikan bilangan dan lokasi hotspot perkhidmatan tersebut yang masih aktif.

(b) Setakat kini, berapakah pengguna yang telah berdaftar untuk perkhidmatan tersebut?

(c) Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk meningkatkan kelajuan dan keluasan perkhidmatan tersebut?

Y.A.B. Ketua Menteri:

21. (a) Sebanyak 1,560 Access Points (APs) di 40 KADUN Negeri Pulau Pinang telah dipasang perkhidmatan Penang Free Wifi (PFW) dan masih aktif sehingga kini. Senarai lokasi PFW mengikut daerah dan KADUN adalah seperti diLampiran A.

(b) Bilangan pengguna yang telah berdaftar untuk perkhidmatan PFW sehingga bulan September 2018 adalah seramai 671,203 orang.

(c) Kerajaan Negeri sememangnya berhasrat untuk menaik taraf perkhidmatan PFW dengan meningkatkan kelajuan dan perluasan taraf perhidmatan bagi menambah baik komunikasi digital di seluruh Negeri Pulau Pinang. Penambahbaikan perkhidmatan PFW ini kelak adalah tidak terhad kepada penyedia perkhidmatan sedia ada sahaja tetapi adalah terbuka kepada mana-mana pihak yang berminat untuk bekerjasama dengan Kerajaan Negeri dalam memastikan kualiti perkhidmatan yang lebih baik di masa akan datang.

RUJUK LAMPIRAN A.

Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Gooi Zi Sen) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

22. Bangunan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

(a) Sila nyatakan status terkini kerja-kerja penyelenggaraan yang dijalankan di Mahkamah tersebut.

(b) Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membantu penyelenggaraan bangunan tersebut memandangkan ia telah didaftarkan dalam Daftar Warisan Kebangsaan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

22. (a) Setelah membuat pemeriksaan pada bangunan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Jabatan Kerja Raya (JKR) telah mengemukakan cadangan naik taraf dan pemuliharaan keseluruhan bangunan dengan anggaran kos berjumlah RM16 juta kepada Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang dan Mahkamah Putrajaya pada 3 Oktober 2018. Perkara ini masih dalam pertimbangan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang dan Mahkamah Putrajaya.

(b) Kerajaan Negeri melalui JKR telah membuat penyelenggaraan kecil bangunan tersebut dari semasa ke semasa kerana bangunan tersebut dimiliki Kerajaan

Page 50: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

50

Persekutuan. Antaranya, kerja-kerja pembaikan bumbung bocor dengan kos RM195,000.00 pada tahun 2013, kerja-kerja pembaikan cornice dengan kos RM10,000.00 pada tahun 2014 dan kerja-kerja pembaikan bumbung bahagian anjung dengan kos RM300,000.00 pada tahun 2015.

Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Gooi Zi Sen) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

23. Ruang kerja bersama (co-working space).

(a) Sila senaraikan jumlah ruang kerja bersama di Pulau Pinang termasuk yang disediakan melalui Kerajaan Negeri.

(b) Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk pembangunan ruang kerja bersama ini?

Y.A.B. Ketua Menteri:

23. (a) Di Pulau Pinang, terdapat 10 pusat co-working space yang telah dibangunkan iaitu satu (1) oleh Kerajaan Negeri dan selebihnya oleh pihak swasta seperti senarai berikut:

No. Nama Ruang Kerja Sama Pemilikan

1 @CAT Penang Kerajaan Negeri

2 Bersama-Sama Co-Working Community

Pemilikan Swasta

3 CoHere

4 Flexispace

5 Habitat Co Working

6 MSOGO

7 Scoopoint

8 Settlements

9 Snooze50

10 Urban CEO

(b) Untuk pembangunan co-working space, Kerajaan Negeri melalui Invest Penang dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), telah melancarkan program perintis pemula niaga yang dinamakan "Penang Accelerator for Creative, Analytics & Technology (@CAT Penang)" pada 10 Oktober 2015 yang lalu di Wisma Yeap Chor Ee (WYCE). Program @CAT Penang ini bertujuan untuk mewujudkan satu pusat ekosistem usahawan bagi merangsangkan lebih ramai usahawan kecil dan syarikat-syarikat yang terlibat dalam bidang teknologi di samping menjadikanya sebagai enjin baharu kepada pertumbuhan ekonomi di Negeri Pulau Pinang.

Pembangunan co-working space adalah satu komponen dalam strategi Kerajaan Negeri untuk membangunkan komuniti usahawan teknologi di Pulau Pinang. Selain ruang kerja bersama, Kerajaan Negeri melalui @CAT Penang menganjurkan pelbagai program dan latihan yang relevan untuk komuniti usahawan teknologi. Lebih penting lagi, program ‘accelerator’ dianjurkan bagi persediaan usahawan-usahawan untuk mengkomersialkan produk/perkhidmatan mereka bersama dengan mentor perniagaan/teknologi dan akses kepada dana dan pasaran. Selain itu, Kerajaan Negeri telah menubuhkan ‘Penang i4.0 Seed Fund’ dengan dana berjumlah RM4 juta (USD1 juta) bagi membantu syarikat-syarikat baharu (start ups) dalam bidang teknologi.

Page 51: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

51

IV. Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

1. Sejauh manakah usaha Kerajaan Negeri dalam membantu social enterprise menjadi penyelesaian masalah sosial secara inovatif?

(a) Nyatakan sumber kewangan yang disuntik oleh kerajaan atau swasta dalam membangunkan bidang social enterprise.

(b) Bagaimana social enterprise dapat dibantu dan diperkembangkan melalui penggubalan undang-undang yang ketinggalan masa?

Y.A.B. Ketua Menteri:

1. Social enterprise adalah organisasi yang menjadikan usaha kebajikan seperti pembasmian kemiskinan atau memelihara alam sekitar sebagai misi utama dan mengunakan model perniagaan ntuk menampung perbelanjaan syarikat.

Social enterprise adalah satu perusahaan yang masih baharu di Malaysia walaupun di negara-negara maju ianya telah lama wujud. Kerajaan Persekutuan telah menubuhkan Malaysia Global Innovation and Creativity Centre (MaGIC) untuk mengemudi pembangunan social enterprise di Malaysia. MaGIC telah menyediakan Malaysian Social Enterprise Blueprint 2015 – 2018 untuk merangka pembangunan dan mempercepatkan perkembangan social enterprise di Malaysia. Kerajaan Negeri sentiasa bersedia untuk menjalinkan kerjasama dengan mana-mana pihak terutamanya social enterprise bagi mencari penyelesaian kepada masalah-masalah di peringkat komuniti.

(a) Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan RM20 juta kepada MaGIC untuk menubuhkan Social Entrepreneurship Unitbagi pembangunan dan perkembangan social enterprise di Malaysia. Kerajaan Negeri buat masa ini belum menyediakan peruntukan khas kepada social enterprise.

(b) Malaysian Social Enterprise Blueprint 2015-2018 telah mengenal pasti salah satu halangan untuk social enterpriseberkembang adalah kekurangan pengiktirafan undang-undang dan sokongan polisi. Social enterprise beroperasi berasaskan keuntungan dan pada masa yang sama menyumbang keuntungan yang diterima kepada usaha-usaha kebajikan. Berdasarkan perundangan semasa, social enterprise tidak layak menerima tax benefits and government incentive yang diterima oleh NGO dan badan-badan kebajikan. Berikutan itu, penggubalan undang-undang yang berkaitan dengan social enterprise perlu diteliti dan dikaji semula bagi membantu social enterprise berkembang dan memberi sumbangan kepada masyarakat.

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

2. Senaraikan tanah-tanah reserved untuk pembinaan sekolah di seluruh Pulau Pinang mengikut lokasi, keluasan dan status terkini.

(a) Terangkan proses kelulusan secara terperinci untuk pembinaan sebuah sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan.

(b) Nyatakan status cadangan pembinaan sebuah sekolah baru jenis kebangsaan Cina di KADUN Machang Bubuk.

Y.A.B. Ketua Menteri:

2. Senarai tanah yang dikhaskan untuk pembinaan sekolah di seluruh Pulau Pinang mengikut lokasi, keluasan dan status terkini adalah seperti di Lampiran A.

(a) Proses kelulusan untuk pembinaan Sekolah Kebangsaan/Sekolah Jenis Kebangsaan (Sekolah Kerajaan) adalah seperti berikut :

(i) Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)/Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) membuat perancangan keperluan sekolah di sesebuah kawasan;

Page 52: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

52

(ii) JPN mengemukakan cadangan perolehan tanah kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM);

(iii) Setelah tapak diperolehi dan didaftarkan di atas nama Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP), JPN akan memohon di bawah Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMK); dan

(iv) Setelah diluluskan, KPM akan menyerahkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk kerja-kerja pembinaan.

Proses kelulusan untuk pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan (Sekolah Bantuan Kerajaan) pula adalah seperti berikut;

(i) Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) memohon kelulusan pembinaan kepada Pengarah Pendidikan Negeri;

(ii) Pengarah Pendidikan Negeri akan memperakukan kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP); dan

(iii) BPPDP KPM akan memperakukan kepada YB Menteri Pendidikan untuk kelulusan selaras dengan peruntukan Seksyen 28, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) : Penubuhan dan Penyelenggaraan Sekolah Kebangsaan dan Jenis Kebangsaan.

(b) Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP) tidak menerima sebarang permohonan berkaitan cadangan pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) baharu di Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Machang Bubuk. Walau bagaimanapun, projek blok gantian 18 bilik darjah di SJK(C) Kay Sin telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 di bawah Rolling Plan Pertama. Pihak JKR selaku agensi pelaksana telah selesai melaksanakan proses tender, namun ditangguhkan selaras dengan surat arahan Kementerian Kewangan Malaysia bertarikh 29 Jun 2018 yang berkaitan “Penambahbaikan Tadbir Urus dan Pelaksana Perolehan Kerajaan”. Projek tersebut dijangka akan dimulakan pada tahun 2019.

Buat masa ini, terdapat 3 SJK(C) di KADUN Machang Bubuk yang masih mampu menampung keperluan persekolahan murid-murid di kawasan berkenaan iaitu SJK(C) Sin Ya, SJK(C) Kay Sin dan SJK(C) Permatang Tinggi. Timbalan Menteri Pendidikan baru-baru ini telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM13 juta bagi projek pembinaan 18 buah bilik darjah yang baharu untuk SJK(C) Kay Sin manakala RM10 juta bagi projek pembinaan 12 buah bilik darjah untuk SJK(C) Permatang Tinggi. Selain itu, beliau turut mengumumkan pembinaan sebuah SJK(C) baharu di atas tanah Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) seluas 6 ekar di Bandar Cassia, Batu Kawan berikutan pertambahan bilangan penduduknya yang mencecah 250,000 orang.

RUJUK LAMPIRAN A.

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

3. Terangkan status penstrukturan semula JKKK kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) oleh Kerajaan Negeri?

(a) Nyatakan implikasi kewangan yang akan dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri dalam pemberian peruntukan dan elaun kepada MPKK.

(b) Apakah usaha kerajaan untuk menyediakan insuran perlindungan kepada semua anggota MPKK yang berkhidmat untuk rakyat setempat?

Y.A.B. Ketua Menteri:

3. Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti Kampung (JKKK) telah distruktur semula kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) pada 30 Julai 2018 yang lalu melalui Mesyuarat Penyelarasan Antara YB. Menteri Pembangunan Luar Bandar bersama YB. EXCO-EXCO Luar Bandar (MEXCLUB) Bil.1 Tahun 2018. Mesyuarat tersebut telah memutuskan bahawa pelantikan Anggota MPKK bagi Penggal 1 akan berkuatkuasa

Page 53: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

53

mulai 01 Oktober 2018 dan akan tamat pada 31 Disember 2020. Walau bagaimanapun, di Pulau Pinang pelantikan bagi penggal berikutnya adalah ditetapkan selama dua (2) tahun, iaitu bermula pada 01 Januari 2019 sehingga 31 Disember tahun 2020. MPKK yang baru ini juga akan mempunyai 11 biro baharu termasuk Biro Pembangunan Prasarana, Keselamatan dan Kesihatan, Pengurusan Kewangan, Ekonomi dan Keusahawanan, Kesejahteraan dan Keceriaan, Pendidikan dan Inovasi, Pemantapan Spritual, Belia, Sukan dan NGO, Infostruktur dan Komunikasi, Hal Ehwal Wanita serta Keluarga dan Kebajikan dan Kesukarelawan. Di Pulau Pinang JKKK sedia ada akan berkuatkuasa sehingga 31 Disember 2018 dan MPKK hanya akan diwujudkan mulai 1 Januari 2019. Pada masa kini, Kerajaan Negeri akan mewujudkan sebanyak 350 MPKK.

(a) Implikasi kewangan yang akan dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar merangkumi peruntukan berikut:-

(i) Pengerusi - RM500 / Sebulan

(ii) Setiausaha - RM300 / Sebulan

(iii) Elaun Kehadiran Mesyuarat bagi Ahli = RM50 (Maksima 6 kali setahun)

(iv) Elaun Pengendalian Mesyuarat = RM100 (Maksima 6 kali setahun)

Jumlah peruntukan yang digunakan bagi tujuan ini ada sebanyak RM6,288,240.00 setahun.

(b) Pada masa kini, Kerajaan Negeri masih belum menyediakan sebarang insurans perlindungan kepada anggota JKKK selaras dengan dasar Kerajaan Pusat berkenaan penubuhan MPKK ini. Namun demikian, tata cara khusus dan dasar MPKK ini masih lagi dalam proses penggubalan dan diperhalusi di peringkat Kementerian dan pemberian insurans kepada anggota MPKK ini masih belum lagi dapat diputuskan diperingkat negeri.

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

4. Senaraikan status projek-projek Kerajaan Persekutuan di Pulau Pinang selepas 9 Mei 2018 yang dikaji semula/ dibatalkan/ dilaksanakan mengikut daerah dan lokasi?

(a) Terangkan peranan Kerajaan Negeri dalam proses kajian semula dibuat oleh Kerajaan Persekutuan.

(b) Apakah usaha yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan projek-projek Kerajaan Persekutuan menaik taraf hidup rakyat diteruskan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

4. Senarai projek-projek Kerajaan Persekutuan di Pulau Pinang yang dikaji semula/dibatalkan/dilaksanakan selepas 9 Mei 2018 adalah seperti di Lampiran A.

(a) Kerajaan Negeri telah mengemukakan semula senarai projek Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) kepada Kementerian-kementerian yang terlibat bagi projek-projek kritikal yang memerlukan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan. Dalam masa yang sama, YAB Ketua Menteri juga semasa ucapannya di Parlimen pada 24 Julai 2018 yang lalu telah mengutarakan projek-projek Kerajaan Negeri yang perlu diberi perhatian. Antaranya cadangan supaya disemak semula projek Skim Penyaluran Air Mentah Sungai Perak bagi menangani keperluan air mentah Perak dan Pulau Pinang dan projek di bawah Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PIPPP) terutamanya bagi dua komponen utama projek iaitu Projek Jajaran Transit Aliran Ringan (LRT) dari George Town ke Bayan Lepas serta Lebuhraya Penang Island Link (PIL) 1 dari Persiaran Gurney ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas.

Page 54: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

54

Selain itu, Kerajaan Negeri juga turut mencadangkan agar Kerajaan Persekutuan meneliti perkhidmatan water taxi ataucatamaran dalam tempoh masa yang terdekat dalam usaha menambah baik perkhidmatan pengangkutan air di Pulau Pinang sebagai alternatif bagi perkhidmatan feri sedia ada.

(b) Kerajaan Negeri sentiasa berusaha memastikan projek yang dimohon memenuhi keperluan sosio ekonomi rakyat keseluruhannya. Usaha ini dapat diterjemahkan melalui tindakan Kerajaan Negeri yang mengemukakan senarai projek yang dimohon kepada Kementerian-kementerian yang berkenaan sama ada melalui Kajian Semula projek atau permohonan baharu di bawah Rolling Plan Ke-4 Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11). Dalam masa yang sama kunjungan hormat kepada YB Menteri berkenaan akan turut dilaksanakan untuk menjelaskan keperluan sebenar sesuatu projek agar memenuhi aspek sosio ekonomi rakyat diberi pertimbangan sewajarnya. Selain itu, Kerajaan Negeri juga memberi kerjasama dan maklum balas kepada mana-mana Kementerian yang memerlukan input Kerajaan Negeri mengenai sesuatu projek sebelum ianya dilaksanakan seperti Kajian Penilaian Impak Sosial bagi Projek Pembangunan Sistem Pembentungan di Clan Jetty.

RUJUK LAMPIRAN A.

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

5. Bandingkan indeks jenayah, laporan trafik, laporan jenayah narkotik di kawasan Machang Bubuk bagi tahun 2017 & 2018.

(a) Nyatakan nisbah anggota polis dengan penduduk untuk Balai Polis Machang Bubuk dan Bukit Tengah.

(b) Apakah peranan dan usaha Kerajaan Negeri dalam permohonan menaiktaraf balai polis Machang Bubuk dari Gred C ke Gred A?

Y.A.B. Ketua Menteri:

5. Indeks jenayah, laporan trafik, laporan jenayah narkotik di kawasan Machang Bubuk bagi tahun 2017 dan 2018 adalah seperti di Lampiran A.

(a) Nisbah anggota polis dengan penduduk di Balai Polis Machang Bubuk ialah : 1 polis bersamaan 1556 penduduk ( Jumlah penduduk : 63,790, anggota polis : 41). Manakala, nisbah anggota polis dengan penduduk di Balai Polis Bukit Tengah ialah : 1 polis bersamaan 3331 penduduk ( Jumlah penduduk : 203,200, anggota polis : 61).

(b) Pada masa kini, tiada sebarang perancangan untuk menaik taraf gred balai polis di Machang Bubuk daripada gred C ke gred A.

RUJUK LAMPIRAN A.

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

6. Terangkan secara terperinci tentang status pembinaan kolam takungan tebatan banjir Alma dan tempoh pelaksanaan projek.

(a) Nyatakan implikasi kewangan untuk projek kolam takungan tersebut termasuk kos pengambilan balik tanah.

(b) Sejauh manakah kolam takungan banjir dwi-fungsi dapat dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri agar tempat rekreasi awam dapat dibina di kawasan Alma?

Y.A.B. Ketua Menteri:

6. Status pembinaan kolam takungan banjir di Alma kini di peringkat penyediaan dokumen tender dan dijangka akan diiklankan pada Disember 2018. Tempoh pelaksanaan projek adalah selama 2 tahun dengan kerja fizikal dijangka bermula pada Mei 2019.

Page 55: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

55

(a) Kos projek dianggarkan berjumlah RM8 juta manakala kos pengambilan balik tanah yang terlibat adalah berjumlah RM9,157,257.35 mengambil kira syarat keputusan rayuan bantahan mahkamah.

(b) Pembinaan fizikal kolam takungan banjir di Alma pada fasa ini melibatkan pembinaan kolam takungan banjir dengan kapasiti 50 ARI, komponen infrastruktur bagi penyelenggaraan jalan dan komponen keselamatan sahaja. Keperluan rekreasi sebagai dwi fungsi tidak termasuk dalam fasa ini. Tambahan fungsi rekreasi adalah tertakluk kepada aspek keselamatan yang perlu diteliti lanjut dan peruntukan tambahan di masa hadapan.

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

7. Senaraikan tanah-tanah yang dimiliki oleh PDC mengikut lokasi, keluasan dan rancangan guna tanah untuk masa depan.

(a) Nyatakan usaha Kerajaan Negeri untuk menambah keluasan tanah-tanah untuk tujuan pembangunan untuk kepentingan orang awam.

(b) Senaraikan tanah-tanah yang diambil balik oleh Kerajaan Negeri sejak 2016 sehingga kini mengikut lokasi dan kos pengambilan tersebut.

Y.A.B. Ketua Menteri:

7. Senarai tanah-tanah milikan PDC dan cadangan pembangunan masa hadapan adalah seperti di Lampiran A.

(a) Kerajaan Negeri berusaha untuk menambah keluasan tanah bagi tujuan pembangunan untuk kepentingan awam melalui kaedah pengambilanbalik tanah di bawah peruntukan Akta Pengambilanbalik Tanah 1960. PDC sebagai salah satu agensi penggerak ekonomi Negeri Pulau Pinang telah memberi fokus terhadap pembangunan di kawasan baharu iaitu koridor Daerah Selatan Pulau Pinang yang terdiri daripada:

(i) Pembangunan Penang Science Park 2; (ii) Pembangunan Penang Science Park 3; (iii) Timur Batu Kawan; dan (iv) Selatan Batu Kawan/ Byram.

Seluruh kawasan di atas merupakan kawasan pembangunan baharu PDC yang baru sahaja selesai proses pengambilan balik tanah selain daripada Bandar Cassia. Oleh yang demikian, bagi mencapai hasrat kerajaan negeri untuk menjaga kepentingan awam, setiap perancangan projek pembangunan akan dinilai berdasarkan impak ke atas sosio ekonomi, fizikal dan sosial khususnya ke atas masyarakat setempat dan seterusnya kepada Negeri Pulau Pinang. Komponen pembangunan bagi kawasan yang tersebut di atas adalah seperti di Lampiran B.

(b) Terdapat 2 kawasan terlibat dengan pengambilanbalik oleh Kerajaan Negeri untuk pembangunan oleh PDC sejak 2016, iaitu Timur Batu Kawan dan Changkat Byram. Senarai pengambilan balik tanah di bawah APT 1960 adalah seperti jadual berikut:

Page 56: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

56

Bil Kawasan

Pengambilan balik

Pengwartaan Seksyen 8, Akta

Pengambilan balik Tanah 1960

Tahun Selesai Pengambilan

Keluasan Pengambilan

(Ekar)

Kos Keseluruhan (RM)

*Sehingga Okt 2018

1 Timur Batu

Kawan 2015 2017 562.94 767,858,490.50

2 Changkat Byram 2015 2017 777.30 519,288,400.78

3 Timur Batu

Kawan (Baki 5 lot tertinggal)

2016 2018 23.35 35,236,844.31

4 Ladang Byram 2016 2018 10 5,737,500.00

RUJUK LAMPIRAN A DAN B.

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

8. Senaraikan tindakan penguatkuasaan ke atas kilang-kilang proses import sisa plastik mengikut tarikh, nama syarikat, alamat, tindakan operasi sejak 2018.

(a) Nyatakan hasil yang dijana oleh Kerajaan Tempatan dan Negeri daripada kilang-kilang proses import sisa plastik.

(b) Bolehkah Kerajaan Negeri laksanakan larangan kepada semua kilang proses import sisa plastik beroperasi di Pulau Pinang?

Y.A.B. Ketua Menteri:

8. Setakat ini, terdapat 24 buah kilang proses import sisa plastik di kawasan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP). Pada tahun ini, MPSP telah mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap syarikat Haina Plastic Industry Sdn. Bhd. yang terletak di Kawasan Perindustrian Valdor, Sungai Jawi dengan mengeluarkan dua (2) kompaun iaitu pada 4 Jun 2018 dan 2 Oktober 2018 atas kesalahan tidak mematuhi syarat perlesenan iaitu tidak menyediakan loji rawatan air (water treatment plant).

Di kawasan pulau pula, hanya terdapat sebuah kilang proses import sisa plastik. Tiada tindakan penguatkuasaan yang dilakukan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) pada tahun ini.

(a) Pendapatan yang diperolehi oleh MPSP daripada kilang-kilang proses import sisa plastik adalah hasil bayaran lesen premis dan iklan serta cukai pintu sebanyak RM531,350.00 setahun, manakala hasil yang dikutip oleh MBPP adalah sebanyak RM256.68 setahun.

(b) Pada 26 Oktober 2018, Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Mesyuarat Jawatankuasa Khas Peringkat Menteri yang turut disertai oleh Kementerian Air, Tanah & Sumber Asli, Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri, telah bersetuju untuk menghentikan kelulusan permit import (AP) bagi sisa plastik yang kotor.

Untuk itu, satu operasi besar-besaran bagi membasmi dan menutup kilang haram di seluruh negara juga akan diadakan dengan kerjasama pelbagai agensi dan tindakan tegas akan diambil terhadap pengusaha kilang-kilang haram ini, bagi memastikan pengusaha kilang-kilang haram tidak akan menyambung operasi di masa akan datang.

Berdasarkan kepada polisi baharu yang dikeluarkan oleh pihak kementerian ini, Kerajaan Negeri boleh melaksanakan larangan operasi kilang proses import sisa plastik di Pulau Pinang dengan menyelaraskan polisi negeri dengan hala tuju nasional di peringkat kementerian.

Page 57: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

57

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

9. Hutan Simpan Ulu Muda adalah kawasan tadahan air untuk Kedah dan Pulau Pinang.

(a) Apakah usaha & kerjasama Kerajaan Negeri dalam memastikan kawasan tadahan air tidak tercemar?

(b) Terangkan secara terperinci tentang status pelaksanaan Projek Pemindahan Tadahan Hujan Perak-Pulau Pinang?

(c) Sejauh manakah pengurusan air dilaksanakan dengan bijak dan efisien?

Y.A.B. Ketua Menteri:

9. (a) Antara usaha Kerajaan Negeri dalam memastikan kawasan tadahan air tidak tercemar ialah :

(i) Kerajaan Negeri Kedah seharusnya mewartakan keseluruhan hutan simpanan Ulu Muda yang merangkumi 106,103 hektar sebagai kawasan tadahan air dan kawasan perlindungan (Northern Region Water Catchment Area); dan

(ii) Kerajaan Persekutuan diseru untuk memberi wang pampasan kepada Kerajaan Negeri Kedah bagi menampung kehilangan pendapatan hasil daripada larangan aktiviti pembalakan.

(b) Status perlaksanaan projek Sungai Perak Raw Water Transfer Scheme (SPRWTS) semasa kunjungan hormat Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada YB Menteri Air Tanah dan Sumber Asli (KATS) pada 7 Ogos 2018 dan sesi kunjungan hormat YB Menteri KATS kepada YAB Ketua Menteri Pulau Pinang pada 4 September 2018, pihak KATS akan memanggil Mesyuarat Penyelarasan antara Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang (SUK Pulau Pinang) dan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SUK Perak) bagi membincangkan projek Sungai Perak Raw Water Transfer (SPRWTS) seperti yang dijanjikan dalam mesyuarat pada 25 Mac 2015 dan 13 Januari 2017. YB Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bunga selaku Pengerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Kerja Raya, Utiliti dan Tebatan Banjir telah memohon kepada YB Menteri KATS supaya menyegerakan mesyuarat tersebut melalui surat bertarikh 20 September 2018.

(c) Selaras dengan permintaan harian yang semakin meningkat serta mengambil kira faktor air mentah dari kawasan tadahan Ulu Muda, dan juga simpanan air mentah di empangan-empangan, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) telah mengambil beberapa pendekatan yang efektif dalam memastikan pengurusan bekalan air yang bijak dan efisien :-

(i) Sistem agihan bekalan air yang mantap melalui pengurusan empangan dan bekalan utama dari loji utama Sungai Dua dengan mengambil kira kedua-dua faktor cuaca kemarau dan hujan selaras dengan komitmen Kerajaan Negeri Pulau Pinang supaya tiada sebarang catuan air di kalangan pengguna-pengguna negeri Pulau Pinang;

(ii) Mendidik pengguna-pengguna domestik negeri Pulau Pinang supaya sentiasa berhemah dalam penggunaan bekalan air dan menghindarkan pembaziran melalui pendekatan “surcaj” ke atas pengguna-pengguna domestik yang menggunakan bekalan air yang melebihi penggunaan 35,000 liter sebulan; dan

(iii) Sejak tahun 1999, PBAPP telah berjaya mempertahan dasar Negeri Pulau Pinang “Tiada Catuan Air” sehingga hari ini dan menyediakan lebihan kapasiti pembekalan (water reserve margin) yang tertinggi di Malaysia iaitu 34.7%.

Page 58: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

58

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

10. Sejauh manakah Kerajaan Negeri berusaha untuk pastikan Akta Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan diluluskan dan dikuatkuasakan?

(a) Terangkan usaha dan peranan Kerajaan Negeri dalam menangani masalah jerebu akibat daripada pembakaran terbuka di dalam negeri atau luar negara.

(b) Bagaimana keberkesanan 'low-cost sensor' untuk memantau kualiti udara dengan penglibatan masyarakat setempat atau community based?

Y.A.B. Ketua Menteri:

10. Kerajaan Negeri melalui Mesyuarat Menteri-menteri Alam Sekitar Dan Ahli-ahli Majlis

Kerajaan Negeri Yang Bertanggungjawab Mengenai Alam Sekitar yang dipengerusikan oleh YB. Menteri Alam Sekitar telah mengutarakan isu berkaitan pencemaran jerebu rentas sempadan ke peringkat Kerajaan Persekutuan. Namun begitu, pada masa ini tiada Akta Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan yang telah digubal dan diluluskan oleh Parlimen Malaysia. Dalam keadaan semasa, masalah pencemaran jerebu merentasi sempadan dikawal selia melalui hubungan kerjasama diplomatik antara Negara-negara ASEAN yang dikendalikan oleh Kerajaan Persekutuan. Isu pencemaran jerebu merentas sempadan adalah merupakan agenda utama yang dibincangkan semasa Persidangan Menteri-menteri Alam Sekitar ASEAN. Selain itu, Kerajaan Malaysia telah menandatangani perjanjian “ASEAN Agreement on Transboundry Haze Pollution” pada tahun 2002 bagi mengatasi masalah jerebu di rantau ASEAN.

(a) Usaha yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah pembakaran terbuka yang menyumbang kepada berlakunya jerebu adalah dengan mengambil langkah proaktif melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) dengan mengadakan rondaan secara berkala di kawasan-kawasan yang berpotensi untuk berlaku pembakaran terbuka seperti tapak pelupusan sampah haram, tapak-tapak pembinaan dan kawasan pertanian. Sekiranya terdapat aktiviti pembakaran terbuka yang dikesan semasa rondaan, tindakan undang-undang sama ada kompaun atau tindakan mahkamah akan diambil ke atas pihak yang menjalankan pembakaran terbuka tersebut.

(b) Pemantauan bacaan kualiti udara melalui penggunaan “low-cost sensor” adalah kurang tepat dan kurang membantu masyarakat setempat. Sebagai alternatif, JAS menjalankan pemantauan kualiti udara melalui cerapan data daripada stesen pemantauan udara yang terletak di empat (4) lokasi iaitu di Seberang Jaya, Seberang Perai, Minden dan Balik Pulau. Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) dan maklumat terkini status kualiti udara boleh didapati melalui laman portal JAS di alamat: http://apims.doe.gov.my.

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

11. Isu kesihatan mental semakin kritikal.

(a) Nyatakan bilangan kes bunuh diri di Pulau Pinang mengikut daerah, jantina, kaum dan umur sejak 2017 sehingga kini.

(b) Apakah usaha yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menangani isu ini?

(c) Adakah kerajaan akan menyediakan perkhidmatan kaunseling profesional di setiap pusat khidmat ADUN?

Y.A.B. Ketua Menteri:

11. (a) Statistik kes bunuh diri di Pulau Pinang mengikut daerah, jantina, kaum dan umur sejak 2017 sehingga kini adalah seperti di LAMPIRAN A.

(b) Antara usaha Kerajaan Negeri dalam menangani isu bunuh diri adalah seperti:-

(i) Pada 25hb September 2018 yang lalu, satu Sesi Dialog telah diadakan di antara I-Life Suicide Prevention Campaign & Organization dalam

Page 59: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

59

membincangkan isu bunuh diri dan cara pencegahan terhadap kes bunuh diri telah diadakan.

(ii) Pada 5hb Oktober 2018 yang lalu, satu Mesyuarat bersama dengan Ketua Pengarang dan Wakil dari Media-Media di Negeri Pulau Pinang. Mesyuarat tersebut membincangkan cara pencegahan serta cara laporan dan penerbitan yang akan mendatangkan kesan terhadap kes bunuh diri.

(iii) Kerajaan Negeri juga memberikan Outright Grant (OG) untuk Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang menyalurkan perkhidmatan kaunseling, sesi pengurusan tekanan dan lain-lain.

(c) Pada masa kini, Kerajaan Negeri bercadang untuk menyediakan perkhidmatan khusus kaunseling NLP (Neuro-linguistic programming) untuk pegawai di setiap pusat khidmat ADUN masing-masing.

RUJUK LAMPIRAN A.

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

12. Terangkan secara terperinci tentang keberkesanan Tribunal Pengurusan Strata dalam menangani isu-isu pengurusan hakmilik strata.

(a) Senaraikan bangunan strata yang masih belum ada badan pengurusan bersama (JMB) atau Management Corporation (MC) mengikut daerah, lokasi dan isu utama.

(b) Sejauh manakah Commission of Building (COB) menangani dan menyelesaikan masalah pengurusan hakmilik strata yang semakin mencabar?

Y.A.B. Ketua Menteri:

12. Tribunal Pengurusan Strata (TPS) yang ditubuhkan di bawah Akta Pengurusan Strata 2013 [Akta 757] mula beroperasi pada 1 Julai 2015 dan dikawal selia oleh Peraturan-Peraturan Pengurusan Strata (Tribunal Pengurusan Strata) 2015. Ibu pejabat TPS beroperasi di Putrajaya dan mempunyai tiga buah pejabat di Zon Timur (Kuala Terengganu), Zon Selatan (Johor Bahru) dan Zon Utara (Kepala Batas). TPS mempunyai mahkamah tribunal di Putrajaya dan setiap pejabat zon.

Misi utama TPS adalah untuk menyelesaikan pertikaian dan mengadili tuntutan berkaitan pengurusan strata dengan telus dan berintegriti, secara kos efektif dan dalam tempoh yang singkat. Di dalam piagam pelanggannya, TPS meletakkan sasaran menyelesaikan tuntutan dalam masa 60 hari dari hari pertama pendengaran.

Pada dasarnya, TPS merupakan mekanisma terbaik bagi menangani masalah pertikaian melibatkan isu-isu strata. Namun begitu, semakan terhadap sistem aduan Kerajaan Negeri e-PINTAS mendapati masih banyak aduan berkaitan dipanjangkan terus kepada Bahagian Perumahan atau kedua-kedua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Sehubungan itu, sewajarnya promosi lebih meluas dibuat bagi mewar-warkan peranan TPS untuk dimanfaatkan sepenuhnya oleh mereka yang terlibat.

Sehingga 30 September 2018, TPS Zon Utara telah mendengar dan memutuskan sebanyak 1,224 tuntutan. Daripada jumlah ini sebanyak 1,197 (97.8%) tuntutan adalah daripada penduduk bangunan berstrata di Pulau Pinang manakala baki 27 tuntutan adalah daripada negeri-negeri lain seperti Kedah dan Perak.

(a) Sehingga 30 September 2018, Jabatan Pesuruhjaya Bangunan (COB) daripada kedua-dua PBT di Pulau Pinang merekodkan sebanyak 111 skim perumahan berstrata yang masih belum menubuhkan Badan Pengurusan Bersama (JMB) atau Perbadanan Pengurusan (MC). Senarai lengkap skim perumahan tersebut adalah seperti di Lampiran A.

(b) Selain memantau dan menguatkuasakan pelaksanaan Akta Pengurusan Strata 2013 [Akta 757], COB turut aktif menjalankan pelbagai aktiviti bagi menyuntik

Page 60: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

60

kesedaran kepada penduduk, JMB dan MC terhadap tanggungjawab bersama dalam menyediakan persekitaran yang kondusif dan harmoni di skim perumahan mereka. Dalam menangani dan menyelesaikan masalah pengurusan strata yang semakin mencabar, COB turut sedar betapa perlunya JMB dan MC diperkasakan. Sehubungan itu COB telah merangka dan melaksanakan program-program seperti berikut:-

(i) Lawatan pemeriksaan ke skim–skim perumahan berstrata yang tidak aktif JMB/MC;

(ii) Program outreach bersama penduduk perumahan skim strata; (iii) Taklimat dan kempen kesedaran di skim perumahan berstrata; (iv) Kursus intensif diberikan kepada JMB/MC yang baru ditubuhkan; (v) Penyelarasan saluran program–program bantuan perumahan di peringkat

Kerajaan Persekutuan dan Negeri contohnya Program Penyelenggaraan Perumahan (PPP), Tabung Penyelenggaraan Maksima 80% Pulau Pinang (TPM80) dan Geran Badan Pengurusan JMB/MC 2018; dan

(vi) Penglibatan agensi-agensi dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dalam program pendidikan dan kesedaran komuniti berstrata.

RUJUK LAMPIRAN A.

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

13. Senaraikan pencapaian Ops Penang Sihat mengikut daerah, lokasi dan tindakan yang diambil ke atas pengendali makanan yang gagal mematuhi syarat kebersihan.

(a) Sejauhmanakah penguatkuasaan syarat kebersihan diambil ke atas penjaja makanan jalanan?

(b) Apakah usaha yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan pengendali makanan dan pengusaha premis makanan mematuhi syarat kebersihan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

13. Pencapaian Ops Penang Sihat yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kesihatan Negeri melibatkan pengendali makanan yang gagal mematuhi syarat kebersihan. Melalui ops ini tindakan seperti mengeluarkan notis, kompaun dan arahan penutupan premis pengendali makanan telah dilaksanakan. Pencapaian mengikut daerah, lokasi dan tindakan adalah seperti di Lampiran A.

(a) Penguatkuasaan syarat kebersihan yang diambil oleh Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan ke atas penjaja makanan jalanan adalah seperti berikut:-

(i) Menjalankan operasi kebersihan dengan kekerapan sebanyak dua (2) kali seminggu;

(ii) Meningkatkan pengetahuan penjaja melalui kursus pengendalian dan keselamatan makanan;

(iii) Memberikan khidmat nasihat secara bersemuka bagi mengatasi masalah punca premis tidak bersih; dan

(iv) Mengambil tindakan penguatkuasaan melalui sitaan dan menghapuskan tempat yang mendatangkan kacau ganggu.

Antara usaha yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri melalui kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan bagi memastikan penggendali makanan dan pengusaha premis makanan mematuhi syarat kebersihan adalah seperti berikut:-

(i) Mengadakan kursus asas pengendalian makanan dan kebersihan premis setiap minggu;

(ii) Mengenakan syarat kebersihan premis dalam kelulusan lessen;

Page 61: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

61

(iii) Menjalankan operasi bersepadu dengan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) untuk mengawal aktiviti yang mendatangkan kacau ganggu kebersihan;

(iv) Mengadakan kempen kebersihan premis makanan;

(v) Mewujudkan program penggredan premis makanan; dan

Menetapkan sasaran untuk memastikan semua pasar dan kompleks makanan Pihak Berkuasa Tempatan mencapai sekurang-kurang taraf Gred A atau B menjelang Februari 2019.

RUJUK LAMPIRAN A.

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

14. Isu caj rawatan tinggi hospital swasta.

(a) Senaraikan kadar caj rawatan hospital swasta mengikut nama hospital, lokasi dan bilangan katil.

(b) Sejauh manakah peranan Kerajaan Negeri memastikan pesakit B40 dapat akses kepada perkhidmatan perubatan berkualiti serta harga berpatutan?

(c) Terangkan kesan pelancongan perubatan ke atas caj rawatan hospital untuk orang tempatan.

Y.A.B. Ketua Menteri:

14. (a) Semua hospital swasta berlesen adalah tertakluk di bawah Peraturan-peraturan Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 2006 [P.U. (A) 138/2006]. Melalui peraturan tersebut, pengendali hospital swasta perlu mematuhi kadar caj dan harga maksimum bagi perkhidmatan yang disediakan. Pada masa ini, Kerajaan Negeri tidak mempunyai maklumat mengenai kadar caj yang dikenakan oleh hospital-hospital swasta di Pulau Pinang.

(b) Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan subsidi kesihatan di mana semua warganegara Malaysia termasuk golongan B40 yang mendapat rawatan di hospital kerajaan hanya akan dikenakan caj minimum. Untuk makluman bagi rawatan di Jabatan Pesakit Luar Am pesakit hanya akan dikenakan caj sebanyak RM1.00 manakala untuk rawatan di Jabatan Pesakit Luar Pakar pula adalah sebanyak RM5.00. Rawatan ini termasuk Konsultasi, Ujian Perubatan dan ubat-ubatan. Selain itu, Kerajaan Negeri juga dalam perancangan untuk melaksanakan Program Penang Sihat di mana Kerajaan Negeri akan memberikan subsidi sebanyak RM300.00 bagi perkhidmatan perubatan di klinik swasta yang terpilih kepada keluarga yang berpendapatan kurang dari RM5,000.00 sebulan dan RM150.00 kepada individu yang belum berkahwin dengan pendapatan kurang daripada RM2,500.00 sebulan dengan had RM50.00 setiap rawatan. Namun demikian perkara ini masih di peringkat perancangan dengan mengambilkira implikasi kewangan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

(c) Secara amnya, pelancongan perubatan warga asing ke Negara ini khususnya di Pulau Pinang tidak memberikan kesan ke atas caj rawatan hospital untuk warganegara Malaysia. Hal ini adalah kerana warganegara asing akan dikenakan kadar caj yang berbeza dengan warganegara Malaysia.

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

15. Senaraikan aset-aset tak alih seperti tanah yang dimiliki oleh PERDA mengikut daerah, lokasi, keluasan dan nilai semasa. (a) Nyatakan isu dan cabaran dari segi pengurusan serta pencapaian PERDA selepas peralihan kuasa Kerajaan Persekutuan. (b) Terangkan kerjasama yang akan diadakan di antara Kerajaan Negeri dan PERDA untuk kebaikan rakyat Pulau Pinang.

Page 62: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

62

Y.A.B. Ketua Menteri:

15. Aset-aset tak alih yang dimiliki PERDA adalah seperti di Lampiran A. Keluasan aset-aset tidak alih bagi dewan masyarakat, kilang IKS, bengkel, rumah rehat, pejabat, kedai, rumah kedai, kedai pejabat, gerai dan ruang niaga adalah termasuk dalam keluasan tanah sepertimana dinyatakan di lampiran tersebut. Buat masa ini, PERDA tidak mempunyai maklumat berkenaan nilai semasa aset-aset tidak alih tersebut memandangkan tiada perancangan pembangunan dalam masa terdekat.

(a) Terdapat isu dan cabaran dari segi pengurusan serta pencapaian PERDA selepas peralihan kuasa Kerajaan Persekutuan iaitu pertindihan program-program yang dilaksanakan. Walau bagaimanapun, perkara ini dapat ditangani dengan penyelarasan semula dan penglibatan bersama Kerajaan Negeri dan PERDA dalam program-program yang bakal dilaksanakan di masa depan.

(b) Kerajaan Negeri amat berharap agar kerjasama dengan PERDA dapat dipertingkatkan. Walau bagaimanapun, buat masa ini, PERDA masih dalam proses perpindahan kawal selia daripada Jabatan Perdana Menteri ke Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Antara aspek-aspek kerjasama yang bakal dilaksanakan di masa hadapan melibatkan program-program pembangunan usahawan, pembangunan sosial dan pelancongan luar bandar.

RUJUK LAMPIRAN A.

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

16. Nyatakan peruntukan yang diperuntukan oleh Kerajaan Negeri dalam usaha menjadikan Pulau Pinang sebagai smart city. (a) Terangkan secara terperinci tentang roadmap ke Kerajaan Digital sepenuhnya dan Negeri Pintar? (b) Sejauh manakah Pulau Pinang bersiap sedia dalam National Fiberisation & Connectivity Plan (NFCP) khasnya dalam menaik taraf ke 5G?

Y.A.B. Ketua Menteri:

16. Setakat ini tiada peruntukan tertentu yang disediakan oleh Kerajaan Negeri untuk projek dan inisiatif yang berkaitan dengan Bandar Pintar kerana ianya masih di peringkat perancangan.

(a) Namun begitu, Pelan Strategik ICT (PSICT) PSUKPP 2016-2020 adalah dokumen strategik yang menggariskan hala tuju strategik pelaksanaan kerajaan digital di peringkat pentadbiran negeri. Dokumen ini mengandungi 5 teras strategik, 14 strategi dan 55 projek yang dirancang dengan jumlah anggaran kos sebanyak RM15 juta untuk tempoh 5 tahun. Sehingga 31 Disember 2017 sebanyak RM9.47 juta telah dibelanjakan dalam pelaksanaan PSICT ini. Hasil kajian semula PSICT pada April hingga Ogos 2018 telah menggariskan semula sebanyak 43 program/projek (15 adalah projek baharu) dirancang untuk pelaksanaan bagi tempoh 2018 hingga 2020 dengan anggaran kos RM5.7 juta.

Dokumen Roadmap Penang Towards A Smart International City merupakan sebuah dokumentasi yang lengkap dan teratur mengenai inisiatif-inisiatif Bandar Pintar Negeri Pulau Pinang sebagai panduan pelbagai pihak untuk tujuan rekod dan rujukan pada masa akan datang. Kandungan dokumen ini merangkumi pengenalan dan latar belakang, maklumat, misi, visi, hala tuju, teras strategik, domain pintar, hasil utama, inisiatif-inisiatif dan projek-projek yang berkaitan dengan pembangunan Bandar Pintar di Pulau Pinang.

(b) Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada pihak Penang Geographic Information System (PEGIS), setakat Julai 2018 sebanyak 50% kawasan di seluruh Negeri Pulau Pinang telah diliputi jajaran fiber sepanjang 3,319 km dengan 600 km daripadanya adalah di jalan-jalan utama negeri. Ini bermakna, 80% jalan-jalan utama telah diliputi fiber bagi liputan internet jalur lebar berkelajuan tinggi. Selain itu, berdasarkan maklumat terkini daripada Suruhanjaya

Page 63: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

63

Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), kadar penembusan jalur lebar mudah alih di Pulau Pinang adalah sebanyak 122.3% berbanding 117.9% di peringkat nasional. Bagi penembusan jalur lebar talian tetap pula, kadar penembusan di Negeri Pulau Pinang adalah sebanyak 11.6% berbanding 19.8% di peringkat nasional.

Pada masa ini, Pulau Pinang menyediakan perkhidmatan jalur lebar dan perancangan secara terperinci telah dibuat bersama perunding bagi memenuhi keperluan perkhidmatan 5G. Perkhidmatan tersebut masih dalam proses kajian dan belum dimuktamadkan. Jalur spektrum untuk perkhidmatan 5G juga belum diperuntukkan oleh pihak SKMM. Sebagai langkah-langkah persiapan, pihak PDC Telecommunication Services Sdn Bhd (PDCTS) telah mengemukakan surat kepada semua syarikat telekomunikasi untuk berkongsi pelan perancangan 3 hingga 5 tahun untuk menyediakan fiberisation di Negeri Pulau Pinang.

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

17. Nyatakan jumlah kedatangan pelancong ke Pulau Pinang mengikut negara sejak 2017 sehingga terkini. (a) Nyatakan jumlah bilik hotel serta occupancy rate sejak 2017 sehingga kini. (b) Terangkan isu over-supply bilik hotel di Pulau Pinang serta bagaimana ia ditangani oleh kerajaan negeri memandangkan industri pelancongan satu pembangunan ekonomi penting bagi negeri.

Y.A.B. Ketua Menteri:

17. Jumlah kedatangan pelancong ke Pulau Pinang mengikut negara diperolehi daripada data Jabatan Imigresen Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Swettenham Pier Cruise Terminal seperti perincian di Lampiran A. Walau bagaimanapun, statistik pelancong mengikut negara yang masuk ke Pulau Pinang melalui jalan darat tidak dapat dikenal pasti.

(a) Berdasarkan rekod Pihak Berkuasa Tempatan, jumlah bilik hotel di Pulau Pinang bagi tahun 2017 adalah 18,883 bilik. Manakala, bagi tahun 2018, sehingga bulan September, jumlah bilik hotel adalah 19,580. Berdasarkan kepada data Tourism Malaysia, average occupancy rate bagi tahun 2017 adalah 62.1%. Manakala, bagi tempoh Januari hingga Mac 2018, average occupancy rate adalah 61.1%.

(b) Dengan average occupancy rate bagi penginapan hotel sekitar 60%, pembekalan bilik hotel masih dalam keadaan terkawal. Sebenarnya isu over supply hotel tidak berlaku di Pulau Pinang. Semasa musim off-peak, pelancongan Meetings, Incentives, Conferencing, Exhibitions (MICE) akan memainkan peranan di mana pelancong perniagaan ini melancong di atas akaun perniagaan dan bukannya percutian keluarga. Oleh itu, Kerajaan Negeri telah memberi tumpuan kepada bidang pelancongan MICE dan akan menggandakan usaha untuk membida lebih banyak program antarabangsa untuk dilaksanakan di Pulau Pinang. Kerajaan Negeri akan menggiatkan usaha bagi menarik lebih ramai pelancong dan menjadikan Pulau Pinang sebagai destinasi utama pelancong.

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

18. Senaraikan projek-projek rumah terbengkalai mengikut daerah, lokasi, pemaju dan bilangan mangsa pembeli rumah di Pulau Pinang. (a) Apakah usaha yang diambil oleh Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan untuk mengaktifkan semula projek perumahan yang terbengkalai tersebut? (b) Sejauh manakah usaha memulihkan projek rumah terbengkalai tersebut dapat membekalkan pasaran hartanah rumah di Pulau Pinang?

Page 64: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

64

Y.A.B. Ketua Menteri:

18. Pemantauan dan pengelasan projek perumahan terbengkalai adalah di bawah tanggungjawab Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Pada dasarnya, projek terbengkalai ditakrifkan sebagai projek-projek yang mengalami masalah seperti berikut:-

(i) Projek yang tidak siap dalam atau luar tempoh Perjanjian Jual dan Beli dan tiada sebarang aktiviti yang ketara di tapak pembinaan selama enam (6) bulan secara berterusan; atau

(ii) Petisyen penggulungan telah didaftarkan di Mahkamah Tinggi di bawah Seksyen 218 Akta Syarikat 1966; atau

(iii) Syarikat diletakkan di bawah Pegawai Penerima dan Pengurus (Receiver & Manager); atau

(iv) Pemaju mengakui tidak berupaya secara bertulis kepada Pengawal Perumahan; dan

(v) Disahkan projek terbengkalai oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan di bawah Seksyen 11 (1) (c) Akta 118.

Berdasarkan definisi ini, tidak ada projek perumahan yang terbengkalai di negeri Pulau Pinang pada masa ini.

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

19. Senaraikan taklimat RSNPP2030 yang akan, telah diadakan mengikut lokasi dan jumlah kehadiran. (a) Sejauhmanakah kaedah bottom-up planning digunapakai dalam pembentukan Draf Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2030? (b) Terangkan usaha kerajaan dalam mewujudkan Perancang Komuniti (Community Planner) di setiap KADUN agar isu-isu sosio-ekonomi setempat dapat ditangani dengan baik?

Y.A.B. Ketua Menteri:

19. Senarai taklimat Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang (RSNPP) 2030 yang telah dan akan diadakan adalah seperti diLampiran A.

(a) Penyediaan Draf RSNPP 2030 dibuat selaras dengan peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 11 (1), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) yang menyatakan “Sesuatu Rancangan Struktur yang telah mula berkuatkuasa adalah tertakluk kepada kajian semula setiap lima tahun seiring dengan penyediaan Rancangan Pembangunan Lima Tahun Negeri. Kajian semula ini hendaklah berkaitan dengan seluruh Negeri itu.”

Penyediaan Draf RSNPP 2030 ini juga berlandaskan kepada Seksyen 9 (1), Akta 172 yang menjelaskan tentang keperluan bagi mengadakan program publisiti awam atau Public Engagement sebagai sebahagian daripada kaedah bottom-up planningyang perlu dilaksanakan dalam proses penyediaan Draf RSNPP 2030. Oleh yang demikian, dengan mengambil kira keperluan yang dinyatakan dalam Akta 172, Kerajaan Negeri sememangnya melaksanakan kaedah bottom-up planningdalam penyediaan draf RSNPP 2030. Antara program-program lain yang bersifat bottom-up planning yang telah dilaksanakan adalah bengkel pemahaman, pembentukan Jawatankuasa Bantahan Awam dan Pendengaran dan sesi taklimat/town halluntuk orang awam dan pihak-pihak berkepentingan (stakeholders).

(b) Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah pun melibatkan komuniti di setiap KADUN melalui beberapa program bagi menangani isu-isu sosio-ekonomi setempat. Antaranya adalah dengan mengadakan sesi dialog bagi mendapatkan pandangan komuniti sebagai input dalam Ucapan Bajet PBT. Selain itu, PBT juga bekerjasama denganPenang Women Development Corporation (PWDC) dalam mengarusperdanakan peranan gender dalam semua

Page 65: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

65

projek pembangunan sosio-ekonomi. Dalam masa yang sama, PBT juga turut mengadakan sesi Focus Group Discussion (FGD) untuk projek pembangunan bercampur seperti pasar awam, perniagaan dan perumahan dengan tujuan mendapatkan maklumbalas daripada orang ramai berkenaan cadangan pembangunan sebelum melaksanakan sesuatu projek.

Semua usaha ini membuktikan bahawa Kerajaan Negeri melibatkan rakyat di segenap lapisan masyarakat untuk menyumbang sebarang idea dan bantahan terhadap perancangan pembangunan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri.

RUJUK LAMPIRAN A.

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

20. Jelaskan secara terperinci tentang keberkesanan kerajaan negeri dalam usaha pembasmian kemiskinan di setiap daerah. (a) Sejauhmanakah program Agenda Ekonomi Saksama (AES) membantu keluarga B40 untuk keluar dari kepompong kemiskinan? (b) Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dalam menangani isu kemiskinan di kawasan bandar dan luar bandar?

Y.A.B. Ketua Menteri:

20. Kerajaan telah menjalankan beberapa program kebajikan dalam usaha membasmi kemiskinan di setiap daerah sejak tahun 2008 hingga sekarang. Berikut adalah program-program kebajikan yang telah memberikan kesan positif kepada rakyat khususnya golongan miskin.

(i) PROGRAM AGENDA EKONOMI SAKSAMA

Kerajaan Negeri telah memperkenalkan Program Agenda Ekonomi Saksama (AES) iaitu sebuah program pembasmian kemiskinan yang memberikan bantuan kewangan bulanan secara top-up kepada individu/keluarga yang mempunyai pendapatan per kapita RM220.00 ke bawah. Bantuan ini diberikan kepada golongan miskin yang berada di bandar ataupun luar bandar tanpa mengira kaum, jantina dan ideologi politik. Pelaksanaan program ini sejak Mac 2009 telah memanfaatkan ramai individu/keluarga berbilang bangsa dan setakat September 2018, seramai 1,052 orang telah menerima bantuan kewangan ini. Kerajaan Negeri juga telah membelanjakan sebanyak RM30,569,957.00 meliputi semua daerah di Pulau Pinang. Melalui bantuan kewangan Program AES, 1052 orang penerima telah berjaya keluar dari paras garis kemiskinan dan Kerajaan Negeri juga telah berjaya mencapai miskin sifar sejak pelaksanaannya.

(ii) PROGRAM iSEJAHTERA

Kerajaan Negeri akan meneruskan program iSejahtera bagi menghargai dan mengenang jasa bakti rakyat yang merangkumi warga emas, OKU, ibu tunggal, suri rumah, pelajar dan bayi yang merangkumi program-program berikut:-

(a) Program Penghargaan Warga Emas, Program Bantuan OKU, Program Bantuan Ibu Tunggal, Program Ibu Emas dan Program Skim Pelajar Emas yang dilaksanakan setiap tahun dengan sumbangan sebanyak RM100.00 seorang.

(b) Skim Pelajar Emas di mana bayaran RM100.00 secara one-off diberikan kepada pelajar tahun 1 dan 4, tingkatan 1 dan 4 bagi meringankan beban ibu bapa;

(c) Program Anak Emas yang merupakan program penghargaan kepada setiap kelahiran rakyat negeri Pulau Pinang akan diberi RM200.00 secara one-off ; dan

(d) Bantuan one-off sebanyak RM1,000.00 kepada waris warga emas, ibu tunggal dan OKU bagi pengurusan jenazah.

Page 66: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

66

(III) PROGRAM EKONOMI KHAS

Kerajaan Negeri akan meneruskan Program Peningkatan dan Pemulihan Ekonomi (Bantuan Peralatan) di bawah Projek Khas Ekonomi. Program ini memfokuskan kepada peniaga kecil sepenuh masa termasuk golongan miskin yang telah menjalankan perniagaan sekurang-kurangnya 1 tahun dan berpendapatan perniagaan kurang dari RM3,000.00 sebulan. Bantuan peralatan bertujuan bagi membantu peniaga mengembangkan perniagaan sedia ada untuk output yang lebih besar. Setakat kini, Program Peningkatan dan Pemulihan Ekonomi (Bantuan Peralatan) di bawah Projek Khas Ekonomi telah memperuntukkan sebanyak RM1,276,922.92 kepada 580 orang rakyat miskin di semua daerah.

(IV) SKIM PINJAMAN HARAPAN (SPH) NEGERI PULAU PINANG

Skim Pinjaman Harapan (SPH) Negeri Pulau Pinang yang dahulunya dikenali sebagai Projek Titian Saksama Rakyat (PTSR) Negeri Pulau Pinang akan diteruskan bagi mengurangkan kemiskinan melalui Program Mikrokredit yang memberikan pinjaman tanpa sebarang cagaran dan penjamin kepada peniaga-peniaga kecil untuk membantu usahawan tempatan, penganggur dan golongan miskin untuk menceburi bidang perniagaan. Bagi Skim Pinjaman Harapan (SPH) Negeri Pulau Pinang, dana sebanyak RM11 juta telah disediakan bagi tujuan ini. Jumlah pinjaman adalah di antara RM2,000.00 hingga maksima RM25,000.00 dan tempoh bayaran balik adalah di antara 2 hingga 3 tahun. Sehingga kini, program ini telah memberikan manfaat kepada seramai 2,206 orang usahawan termasuk golongan B40.

(V) TABUNG USAHAWAN TANI (TUT)

Kerajaan Negeri telah memperkenalkan Tabung Usahawan Tani (TUT) Negeri Pulau Pinang yang sebelum ini dikenali sebagai Tabung Usahawan Tani Muda (TUTM) yang memberi dorongan kepada golongan belia termasuk golongan miskin untuk menjadikan sektor industri asas tani sebagai kerjaya dan berpotensi sebagai punca pendapatan yang lumayan. Kerajaan Negeri juga telah menyediakan peruntukan Program Usahawan Tani Muda sebanyak RM750,000.00 dan sehingga Jun 2018, sebanyak RM658,000.00 telah diagihkan kepada 122 orang belia yang terdiri daripada golongan B40 untuk menikmati kemudahan kredit ini.

(VI) PENANG CAREER ASSISTANCE AND TALENT CENTRE

Kerajaan Negeri melalui Pusat CAT (Penang Career Assistance and Talent Centre) menjalankan pemadanan jawatan kepada semua golongan pencari kerja termasuk rakyat miskin berdasarkan penawaran oleh industri. Sejak penubuhan Pusat CAT pada Mac 2009 sehingga 22 Oktober 2018, seramai 10,551 orang telah berdaftar sebagai pemohon pekerjaan di mana sebanyak 6,445 pemadanan jawatan telah dijalankan untuk 289 buah syarikat.

(VII) PROGRAM MEISTER MALAYSIA

Dalam membantu rakyat miskin mendapat peluang pekerjaan, Kerajaan Negeri melalui Penang Skills Development Centre (PSDC) telah memperkenalkan Program Meister Malaysia bagi meningkatkan bakat dalam bidang teknikal dan vokasional selari dengan perkembangan Industri 4.0. Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM6 juta untuk Program Meister Malaysia. Peserta yang terpilih akan menjalani latihan peningkatan kemahiran dan pada masa yang sama bekerja di kilang untuk memperoleh kemahiran pekerjaan yang sebenar. Para peserta program ini tidak perlu membayar yuran pengajian kerana telah dibiayai Kerajaan Negeri dan pada masa yang sama menerima gaji daripada syarikat tersebut. Manakala bagi Program Meister Malaysia, Kerajaan Negeri telah membiayai 162 orang temasuk golongan B40 bagi meningkatkan bakat

Page 67: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

67

mereka dalam bidang teknikal dan vokasional selari dengan perkembangan Industri 4.0 ini.

(a) Program Agenda Ekonomi Saksama (AES) merupakan program pembasmian kemiskinan yang memberikan bantuan kewangan bulanan secara top-up kepada individu/keluarga yang mempunyai pendapatan per kapita RM220.00 termasuk keluarga B40 yang mempunyai pendapatan perkapita sedemikian dan mematuhi beberapa syarat kelayakan yang lain. Oleh yang demikian, tidak semua keluarga B40 yang layak untuk menerima bantuan program AES ini.

Setakat ini, Program Agenda Ekonomi Saksama (AES) telah memberikan manfaat kepada seramai 1,052 orang penerima yang masih aktif tidak termasuk yang telah meninggal dunia dan keluar negeri. Selain daripada bantuan kewangan, program AES turut memperkenalkan beberapa syarat-syarat baru yang lebih ketat, antaranya ialah mensyaratkan anak-anak penerima bantuan wajib bersekolah. Ini supaya anak-anak golongan miskin tidak tercicir dari pelajaran dan membantu mereka sehingga ke tahap pendidikan yang lebih tinggi. Kerajaan Negeri percaya melalui pendidikan yang komprehensif, anak-anak dapat mendapat pekerjaan yang baik dan membantu meningkatkan pendapatan seisi rumah.

Jawatankuasa Pembasmian Kemiskinan Peringkat Daerah (JPKPD) memperakukan senarai nama anak-anak penerima bantuan yang mempunyai kelayakan pendidikan dan di kemukakan kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) untuk pemadanan kerja. Selain itu, jawatankuasa ini turut menyerahkan senarai nama anak-anak penerima bantuan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk bekerja sambil belajar ke program latihan dan pengajian vokasional iaitu Vocational Skills Employment Program (VSEP) kepada pelajar lepasan SPM termasuk pelajar daif di bandar atau luar bandar dengan kerjasama Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA) serta Fourier Technical Consultants (FTC). Dalam program VSEP, pelajar diberikan biasiswa dan juga elaun latihan vokasional. Syarat utama bagi program ini adalah mempunyai sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan keputusan peperiksaan bukanlah keutamaan.

(b) Kerajaan Negeri juga bercadang untuk mengadakan kunjungan kehormat ke Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi membincangkan mengenai beberapa dasar kemiskinan terutamanya di kawasan bandar dan luar bandar. Kunjungan ini akan membincangkan beberapa langkah baru membasmi kemiskinan dengan membawa konsep Program Agenda Ekonomi Saksama (AES) untuk dilaksanakan di peringkat nasional.

(c) Selain itu, Kerajaan Negeri akan mengadakan mesyuarat bersama Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri (PPPN) Pulau Pinang untuk meneliti semula kedua-dua program pembasmian kemiskinan iaitu Program Agenda Ekonomi Saksama (AES) di bawah Kerajaan Negeri manakala Program E-Kasih di bawah Kerajaan Persekutuan. Penelitian dan perbincangan ini perlu dilakukan bagi memastikan tidak berlakunya penindihan bantuan antara agensi pelaksana yang terlibat serta mencari kaedah terbaik untuk pelaksanaan program pembasmian kemiskinan di negeri Pulau Pinang.

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

21. Masalah penagihan dadah semakin serius.

(a) Apakah usaha yang diambil oleh kerajaan dan pihak polis untuk menangani isu penagihan dadah?

Page 68: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

68

(b) Adakah hukuman mati mandatori dimansuhkan akan menyebabkan isu penyeludupan dadah semakin berleluasa?

(c) Sejauh manakah keberkesanan program rawatan dan pemulihan dadah dilaksanakan di Pusat Serenti?

Y.A.B. Ketua Menteri:

21. (a) Dadah merupakan isu yang telah sekian lama menjadi barah, bukan hanya kepada negara ini tetapi juga kepada masyarakat global. Penularan dadah jenis baharu yang dikenali sebagai New Psychoactive Substance (NPS) menjadikan isu tersebut semakin sukar untuk ditangani. Dadah adalah masalah utama dalam kesihatan awam dan memberi kesan buruk secara langsung atau tidak kepada negara. Dadah membawa pelbagai kesengsaraan kepada masyarakat. Meskipun kerajaan membelanjakan puluhan juta ringgit setahun dalam program pembasmian dadah, bilangan penagih dadah yang dikesan setiap tahun tidak menunjukkan tanda-tanda penurunan. Antara usaha yang telah dilaksanakan oleh pihak Kerajaan untuk menangani isu masalah penagihan dadah adalah :-

(i) Melancarkan operasi berterusan bersama-sama dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

(ii) Mengambil tindakan undang-undang di bawah Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang membawa hukuman penjara mandatori tidak kurang daripada 5 tahun dan tidak lebih 7 tahun serta sebatan tidak lebih daripada 3 kali sebatan.

(iii) Tindakan di bawah Langkah-Langkah Pencegahan Khas di bawah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), dimana penagih dadah yang ditangkap akan ditempatkan di daerah lain selama 2 tahun untuk langkah pencengahan dan juga pemulihan.

(iv) Gempur dan tutup pot-pot sarang penagih yang semakin bercambah dari tahun ke tahun.

(v) Program Jihad Dadah.

(b) Hukuman mati mandatori di negara ini masih kekal dan belum dimansuhkan. Namun begitu, cadangan untuk memansuhkan hukuman itu, tidak bermaksud hukuman berkenaan sudah dihapuskan kerana kerajaan belum meluluskan undang-undang berkaitan pemansuhan hukuman mati. Jika, Parlimen memutuskan untuk menghapuskan hukuman mati mandatori ini, kebarangkalian kegiatan penyeludupan dadah akan berleluasa adalah mustahil kerana kabinet seterusnya akan menimbang mengenakan hukuman penjara minimum 30 tahun jika hukuman mati mandatori ini dimansuhkan. Di samping itu juga, banyak faktor lain yang menjadikan penyeludupan dadah semakin berleluasa seperti harga dadah semakin tinggi, kewujudan dadah sintetik dan lain-lain lagi.

(c) Berdasarkan kepada Seksyen 6 (1)a Akta Rawatan dan Pemulihan 1983 setiap klien perlu menjalani tempoh rawatan dalamCure & Care Rehabililitation Center (CCRC) adalah selama 2 tahun. Dalam tempoh tersebut setiap klien akan disediakan dengan program-program yang berstruktur bagi mengubah tingkah laku penagihan supaya dapat kembali ke pangkuan keluarga dan masyarakat. Di samping itu terdapat juga pendidikan kemahiran dengan tujuan untuk memberi peluang kerjaya kepada mereka. Dalam tempoh tersebut, klien adalah terikat dengan peraturan dan disiplin selaras dengan Standard Operating Procedure (SOP) dan Arahan Ketua Pengarah yang ditetapkan. Keseluruhan klien dalam tempoh mendapat rawatan di CCRC adalah baik dan berjaya dalam kepulihan mereka.

Cabaran yang paling besar selepas mendapat rawatan di CCRC adalah semasa klien kembali ke pangkuan keluarga dan masyarakat. Inilah masanya seluruh anggota masyarakat perlu memainkan peranan dalam membantu menerima bekas penagih dan membantu kepulihan mereka. Penagihan adalah penyakit

Page 69: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

69

kronik dan mudah relapse. Justeru itu proses kepulihan mereka adalah sepanjang hayat. Antara isu dan cabaran yang sering menghantui bekas-bekas penagih dalam membantu proses kepulihan adalah seperti berikut;

(i) Masalah stigma dan rejeksi social masih menghantui bekas-bekas penagih untuk memulakan semula kehidupan mereka secara normal dalam masyarakat. Sikap sesetengah masyarakat yang berprasangka buruk dan suka memandang serong terhadap bekas-bekas penagih seringkali dipersepsikan sebagai memburukkan lagi tekanan psikologi dan emosi sehingga boleh mematahkan semangat dan harapan mereka untuk kembali sebagai anggota masyarakat yang benar-benar insaf dan bebas dari dadah.

(ii) Masyarakat meletakkan harapan yang terlalu tinggi dan kurang realistik terhadap keberkesanan program rawatan dan pemulihan. Rata-rata anggota masyarakat berharap setiap penagih yang telah tamat menjalani proses rawatan dan pemulihan tidak akan mengulangi lagi tabiat buruk tersebut. Mereka beranggapan apabila bekas penagih dadah terlibat di dalam kancah penagihan semula, ianya adalah satu kegagalan dalam proses rawatan tanpa menyedari bahawa penagih merupakan penyakit kronik yang mudah berulang dan relapse sebenarnya diiktiraf sebagai proses untuk mencapai kepulihan dalam jangka masa panjang. Ini adalah kerana banyak perkara yang boleh dipelajari daripada proses relapse terutama kesesuaian program recovery yang dijalankan.

(iii) Institusi keluarga juga masih belum dapat digerakkan dan dilibatkan secara aktif dalam membantu proses pemulihan. Kebanyakan keluarga beranggapan bahawa rawatan dan pemulihan merupakan tugas dan kewajipan pihak kerajaan. Lantaran itu, keluarga kurang berperanan dan tidak dapat dilibatkan dalam menjayakan proses pemulihan sedangkan keluarga perlu memainkan peranan dan terlibat secara langsung dalam proses pemulihan terutama dari segi psikologi dan emosi dan juga dalam menjayakan program pasca pemulihan selepas pemulihan di pusat serenti.

(iv) Kemunculan designer drug seperti dadah Ampherthemin Type Stimulant (ATS) telah membawa perubahan dan gelombang baru dalam senario penagihan di negara ini. Pengguna dadah jenis ATS semakin menunjukkan peningkatan yang begitu ketara sekali. Berasaskan bukti-bukti klinikal menunjukkan bahawa penagih-penagih dadah jenis ATS yang kronik mengalami penyakit mental seperti psikosis akibat kerosakan otak yang teruk dan tidak boleh disembuhkan. Perubahan profil penagihan ini tentu sekali memerlukan kajian mendalam supaya pendekatan rawatan dan pemulihan yang bersesuaian dapat disediakan.

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

22. Sejauh manakah Pelan Induk Perparitan Seberang Perai Tengah (SPT) dilaksanakan untuk tujuan mengawal pembangunan serta keseimbangan alam sekitar?

(a) Senaraikan kolam tadahan banjir di seluruh SPT mengikut lokasi, status dan fungsi terkini serta masalah yang dihadapi?

(b) Berapakah peruntukan diberi untuk menaik taraf kolam tadahan banjir yang sedia ada bagi tujuan tebatan banjir?

Y.A.B. Ketua Menteri:

22. Pelan Induk Saliran dan Tebatan Banjir (DMP) bagi Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) telah disiapkan pada tahun 2016. DMP ini telahpun dijadikan rujukan penting bagi semua perancangan projek pembangunan baharu atau projek pembangunan semula yang dilaksanakan oleh agensi-agensi/jabatan-jabatan kerajaan atau pihak swasta. Bagi

Page 70: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

70

tujuan mengawal pembangunan dan keseimbangan alam sekitar, Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) menggunakan Manual Saliran Mesra Alam (MASMA) sebagai garis panduan untuk mempertimbangkan permohonan kelulusan pembangunan baharu di Seberang Perai Tengah. Bagi pembangunan baharu yang melebihi keluasan tapak 1 hektar, syarat untuk membina kolam takungan banjir akan dikenakan oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) ke atas pemaju yang terlibat. MPSP menggunapakai DMP bagi tujuan-tujuan seperti berikut:-

(i) Mengenakan syarat pembinaan parit-parit baharu kepada pemaju selari dengan DMP Seberang Perai Tengah (SPT); dan

(ii) Menetapkan syarat aras tanah kepada pemaju selari dengan DMP Seberang Perai Tengah (SPT).

(a) Senarai kolam tadahan banjir di seluruh Seberang Perai Tengah mengikut lokasi, status dan fungsi terkini adalah seperti di Lampiran A.

Secara umumnya, masalah-masalah yang dihadapi di kolam tadahan banjir di SPT adalah seperti berikut :

(i) Pencerobohan orang awam ke dalam kawasan kolam takungan yang mengakibatkan kerosakan pagar;

(ii) Pencerobohan orang awam ke dalam rezab kolam takungan untuk menanam pokok-pokok dalam kawasan rezab dan menimbulkan halangan kepada kontraktor untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan; dan

(iii) Kapasiti takungan air yang tidak mencukupi.

(b) Peruntukan yang diterima oleh MPSP untuk menaik taraf kolam tadahan banjir sedia ada bagi tujuan tebatan banjir adalah sebanyak RM150,000.00, iaitu untuk kolam tadahan banjir Taman Kota Permai Seberang Perai Tengah. Pada masa ini, MPSP sedang menunggu surat kebenaran daripada pihak Jabatan Perkhidmatan Pembentungan untuk menggunakan tanah milik mereka bagi tujuan menaik taraf kolam takungan tersebut. Setakat ini tiada peruntukan diterima oleh JPS.

RUJUK LAMPIRAN A.

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

23. Senaraikan bilangan homestay tanpa lesen di Pulau Pinang mengikut daerah, lokasi dan bilangan rumah.

(a) Terangkan usaha Kerajaan Negeri dalam mengawal pematuhan homestay yang dikendalikan melalui Airbnb khasnya dari segi perlesenan?

(b) Bagaimana kerajaan menangani konflik di antara tuan rumah Airbnb dengan penduduk setempat khasnya isu kacau ganggu?

Y.A.B. Ketua Menteri:

23. Berdasarkan rekod Pihak Berkuasa Tempatan, terdapat sejumlah 229 homestay tanpa lesen di Pulau Pinang seperti perincian di Lampiran A.

(a) Pada masa ini, Kerajaan Negeri belum mewujudkan pelesenan untuk homestay yang dikendalikan melalui Air Bed and Breakfast (Airbnb). Kerajaan Negeri sedang mengkaji cadangan untuk mengawal selia kediaman yang menjalankan aktiviti short stay dan homestay.

(b) Bagi isu kacau ganggu yang terjadi di atas penggunaan Airbnb, Pihak Berkuasa Tempatan akan menjalankan tindakan penguatkuasaan. Sekiranya pengusaha rumah tidak mempunyai lesen perniagaan yang sah, Pihak Berkuasa Tempatan akan mengenakan tindakan kompaun kerana menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen.

RUJUK LAMPIRAN A.

Page 71: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

71

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

24. Senaraikan pencapaian Bas Percuma CAT di Pulau Pinang mengikut laluan dan bilangan penumpang sejak permulaan perkhidmatan tersebut.

(a) Adakah sasaran awal yang ditetapkan bagi setiap laluan telah dicapai atau belum?

(b) Apakah usaha penambahbaikan mutu perkhidmatan khasnya dari segi connectivity dan frequency untuk mempertingkatkan kadar penggunaan pengangkutan awam di seluruh negeri?

Y.A.B. Ketua Menteri:

24. Perkhidmatan bas percuma Congestion Alleviation Transport (CAT) bagi 12 laluan di Pulau Pinang ternyata telah diterima baik oleh penduduk setempat di setiap laluan berdasarkan peningkatan jumlah penumpang sejak ia mula beroperasi sehingga September 2018. Perincian bilangan penumpang bagi setiap laluan adalah seperti di Lampiran A.

(a) Sasaran awal pelancaran bas CAT yang ditetapkan adalah untuk menyuraikan kesesakan lalu lintas dan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam. Buat masa ini, tiada data yang jelas menunjukkan sasaran awal ini telah dicapai selain daripada peningkatan jumlah penumpang. Perkhidmatan ini dikira belum mencapai penggunaan tahap optimum dan masih belum matang memandangkan tempoh masa pelaksanaan kurang dari setahun. Kerajaan Negeri kini masih dalam rangka untuk mempromosi dan memantau perkhidmatan bas CAT agar mutu perkhidmatan bas ini dapat ditingkatkan.

(b) Usaha penambahbaikan mutu perkhidmatan dari segi connectivity dan frequency bagi mempertingkatkan kadar penggunaan pengangkutan awam di seluruh negeri adalah seperti berikut:

(i) Mengadakan sesi perbincangan bersama pihak Rapid Penang untuk mengkaji semula bilangan bas yang diperuntukkan di setiap laluan agar bersesuaian dengan purata bilangan penumpang pada setiap hari;

(ii) Menerima dan melaporkan semua aduan daripada penduduk setempat kepada pihak Rapid Penang bagi mengambil tindakan segera terutamanya aduan berkenaan frekuensi masa ketibaan bas;

(iii) Kerajaan Negeri akan meneliti dan mempertimbangkan cadangan perubahan atau penambahan laluan bas CAT di kawasan tertentu sekiranya terdapat keperluan dari segi mengoptimumkan kadar penumpang;

(iv) Mengadakan sesi penglibatan bersama orang awam di kawasan terlibat untuk mendapatkan maklumbalas atau cadangan baharu yang boleh dipertimbangkan bagi meningkatkan kadar penggunaan bas CAT di laluan tersebut;

(v) Bekerjasama dengan pihak Rapid Penang bagi memantau prestasi dan melaksanakan penambahbaikan yang sewajarnya dari semasa ke semasa seperti menghubungkan laluan bas CAT ke stesen keretapi atau terminal bas sediada; dan

(vi) Mengadakan kempen atau program bersama agensi luar seperti sekolah, universiti dan sebagainya untuk memberi galakan dan menerangkan kelebihan memilih pengangkutan awam sebagai mod pengangkutan sejajar dengan matlamat Kerajaan Negeri dalam Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang untuk mencapai 40% penggunaan pengangkutan awam di Pulau Pinang.

RUJUK LAMPIRAN A.

Page 72: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

72

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

25. Senaraikan kos lawatan dan tugasan rasmi Ketua Menteri dan barisan EXCO ke luar negara sejak pembentukan Kerajaan Negeri selepas 9 Mei 2018.

(a) Terangkan hasil dan pencapaian bagi setiap lawatan rasmi yang telah dibuat.

(b) Berapakah peruntukan tahunan yang telah ditetapkan untuk lawatan rasmi sejak 2016 sehingga kini?

Y.A.B. Ketua Menteri:

25. Pada bulan Mei 2018 sehingga Oktober 2018, sebanyak 24 lawatan telah dilaksanakan dengan kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan dengan melibatkan kos berjumlah RM402,821.09. Jadual di bawah merupakan pecahan jumlah lawatan mengikut YB. Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) :-

BULAN BILANGAN LAWATAN

KOS LAWATAN (RM)

YAB. Ketua Menteri 1 5,080.00

YB. Timbalan Ketua Menteri I - -

YB. Timbalan Ketua Menteri II 1 6,520.00

YB. Chong Eng 1 36,135.00

YB. Jagdeep Singh Deo 3 96,680.00

YB. Phee Boon Poh 1 17,020.00

YB. Dr. Afif Bin Bahardin 1 11,723.66

YB. Zairil Khir Johari 4 20,733.23

YB. Dato' Haji Abd. Halim Bin Haji Hussain

6 133,519.20

YB. Yeoh Soon Hin 5 71,560.00

YB. Soon Lip Chee 1 3,850.00

JUMLAH 24 402,821.09

(a) Terdapat juga lawatan-lawatan rasmi yang dilakukan tersebut atas jemputan kerajaan berkenaan dan kos penerbangan dan / atau penginapan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan berkenaan.Lawatan-lawatan tersebut bertujuan untuk mempelajari, memperoleh pengetahuan dan berkongsi idea dan pendapat tentang sesuatu isu atau teknologi disamping mengeratkan hubungan diplomasi.

Hasil dan pencapaian yang diperolehi daripada lawatan-lawatan tersebut dapat diukur dari beberapa aspek seperti Ekonomi dan Perhubungan Antarabangsa, Pelancongan dan Alam Sekitar, Pendidikan & Sukan dan Teknologi & Perindustrian.

(i) EKONOMI DAN PERHUBUNGAN ANTARABANGSA

Bagi aspek Ekonomi dan Perhubungan Antarabangsa, delegasi lawatan mendapat pendedahan mengenai peluang untuk meningkatkan perniagaan dengan usahawan dan pengusaha industri halal seperti di Hatyai, Thailand dan juga pengusaha-pengusaha industri dari negara ASEAN yang mengambil bahagian selain dapat memperkukuhkan hubungan tiga hala antara Malaysia khususnya Pulau Pinang dengan Thailand dan Indonesia di bawah IMT-GT. Disamping itu, pendedahan dan peluang dapat diberikan kepada syarikat-syarikat Malaysia khususnya di Pulau Pinang untuk meneroka peluang pasaran eksport di Kawasan BIMP-EAGA & IMT-GT. Melalui lawatan ini, pertumbuhan ekonomi jangka panjang dan pembangunan pertanian mapan di rantau Asia Tenggara dapat dipromosikan selain daripada pendedahan dan pemahaman yang lebih baik berkaitan inovasi digital dalam perniagaan makanan. Lawatan ini juga merupakan platform terbaik bagi perancangan dan penambahbaikan Fasa 2 Penginstitusian Gender Responsive and Participatory Budgeting (GRPB) di Pulau Pinang dan Perancangan Infrastruktur yang mesra gender.

Page 73: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

73

(ii) PELANCONGAN DAN ALAM SEKITAR

Lawatan-lawatan ini membantu dalam mempromosi Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan utama melalui tarikan kepada tempat peranginan, pelancongan eko, warisan dan kepelbagaian budaya di peringkat antarabangsa. Selain itu dapat menambah dan meluaskan pengetahuan mengenai George Town dalam perangkaan dasar serta strategi bagi pembangunan kebudayaan, kesenian dan warisan masa hadapan. Melalui lawatan tersebut dapat menggalakkan dan menyokong usaha-usaha mewujudkan penerbangan terus bagi laluan Qingdao dan Xiamen ke Pulau Pinang dan mengeratkan jalinan dan hubungan kerjasama strategik bersama pemain-pemain industri pelancongan di China. Lawatan yang diadakan juga membincangkan inisiatif Sister City antara Feng Chenggang dan Pulau Pinang bagi mewujudkan kerjasama yang lebih erat di antara kedua-dua kerajaan dan cadangan penyertaan Kerajaan Fang Chenggang dalam World Seafood Congress 2019 khususnya dalam membawa pemain-pemain industri perikanan menghadiri program dan penganjuran sebuah Pasar Cina (Chinese Market).

Program Latihan Pengurusan Biogas bagi negara-negara Asia yang dianjurkan oleh Biogas Institute of Ministry of Agriculture (BIOMA) memberikan manfaat latihan teknikal kepada peserta mengenai pengurusan sumber biogas sebagai tenaga diperbaharui meliputi aplikasi dan pembangunan teknologi bergas, pengurusan sisa buangan organic secara efisyen, proses rawatan sisa buangan organik menggunakan mirkrob, latihan eksperimentasi di makmal dan latihan praktikal loji biogas.

(iii) PENDIDIKAN DAN SUKAN

Penyertaan delegasi Kerajaan Negeri dalam Persidangan Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Tokoh-tokoh Reformasi Sosial Tamil, Periyar Ramasamy dan Arignar Anna dan lawatan ke Vinayaka Mission’s Research Foundation (VMRF) dapat membuka ruang untuk membina kerjasama dengan pemimpin-pemimpin dan tetamu-tetamu kenamaan yang menghadiri persidangan dan membantu dalam menggalakkan pelaburan seperti pelaburan VMRF di Pulau Pinang di samping meningkatkan kerjasama dalam bidang pendidikan di antara negeri Pulau Pinang dengan Tamil Nadu di India. Manakala bagi aspek sukan pula, lawatan-lawatan ini dapat meningkatkan pengetahuan dan pengalaman berkaitan program pembangunan belia dan sukan yang boleh dilaksanakan melalui jalinan kerjasama di antara dua pihak.

(iv) TEKNOLOGI & PERINDUSTRIAN

Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menghantar delegasi bagi menyertai World Cities Summit 2018 di Marina Bay Sands, Singapura dan IoT Solutions World Congress di Barcelona, Sepanyol dimana penyertaan ini merupakan platform yang terbaik bagi memperkasakan pengetahuan mengenai pembangunan bandar lestari, berdaya huni serta mampan bagi dilaksanakan di Pulau Pinang. Kerajaan Negeri juga dapat melihat teknologi terkini yang digunakan sebagai medium kepada pengukuhan infrastruktur telekomunikasi selain untuk melihat sendiri solusi-solusi teknologi dan aplikasi dalam membangunkan bandar pintar untuk dijadikan rujukan dan panduan. Di samping itu, Persidangan Pelan Pengangkutan Bersepadu (IMT-GT) ini juga dapat menambah baik pemahaman dan pengetahuan mengenai sistem pengangkutan yang dibangunkan di negara-negara maju seiring dengan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang yang sedang giat dilaksanakan secara holistik di Pulau Pinang.

Lawatan kerja ke CPG Corporation telah memberi peluang pembelajaran dan percambahan idea kepada delegasi Kerajaan Negeri yang turut melibatkan ahli Jawatankuasa MMK Kerja Raya dan Utiliti untuk memahami pelaksanaan best practices serta teknologi terkini yang digunapakai dalam pembangunan

Page 74: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

74

infrastruktur dan perkhidmatan pengurusan di rantau Asia Pasifik oleh CPG. Delegasi Kerajaan Negeri telah dapat memahami kaedah dan strategi yang digunakan oleh Singapura dalam perancangan projek infrastruktur dalam menangani masalah banjir.

Setiap lawatan ke luar negara bertujuan membawa masuk pelaburan baharu ke Pulau Pinang. Usaha-usaha untuk membina hubungan diplomatik dan kerjasama ekonomi dengan negara luar ini secara tidak langsung dapat menyumbang ke arah pembangunan Negeri Pulau Pinang.

(b) Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM280,000.00 setiap tahun bagi lawatan ke luar negara di mana lawatan ini dicajkan di bawah Aktiviti 034 Bahagian Dewan Undangan Negeri.

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

26. Senaraikan jumlah kakitangan Kerajaan Negeri mengikut komposisi kaum dan peratusannya bagi setiap jabatan?

(a) Adakah sistem kuota mengikut kaum diamalkan dalam proses pengambilan penjawat awam?

(b) Terangkan pendirian Kerajaan Negeri terhadap saiz perkhidmatan awam yang sedia ada serta tahap produktif bagi kakitangan awam?

Y.A.B. Ketua Menteri:

26. Jumlah kakitangan Kerajaan Negeri mengikut komposisi kaum dan peratusannya bagi setiap jabatan adalah seperti di Lampiran A.

(a) Proses pengambilan penjawat awam di peringkat Jabatan Negeri dilaksanakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Malaysia adalah secara terbuka dan tiada sistem kuota mengikut kaum diamalkan. Permohonan pekerjaan dilaksanakan melalui Sistem Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan (SPA8i) yang boleh dicapai melalui pautan http://www.spa.gov.my dan aplikasi mudah alih mySPA8i dan mySPAv2 untuk memberi kemudahan capaian melalui telefon pintas. Manakala bagi pengambilan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Badan Berkanun, urusan pengambilan dilaksanakan oleh PBT berkenaan. Begitu juga dengan urusan pengambilan di Badan Berkanun Negeri dan anak syarikat diuruskan oleh mereka secara tersendiri.

Saiz perkhidmatan awam negeri yang sedia ada adalah ditahap optima berdasarkan kepada keperluan penyampaian perkhidmatan semasa dan setakat ini tahap produktiviti bagi kakitangan awam dalam keadaan baik dengan berdasarkan pencapaian Star Rating dan pengiktirafan Indeks Akauntabiliti, penerimaan anugerah dan pengiktirafan dari pelbagai pihak dari dalam negeri dan persekutuan dan pencapaian lain seperti Persijilan ISO MS, Persijilan Amalan Persekitaran 5S dan sebagainya.

RUJUK LAMPIRAN A.

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

27. Jabatan Belia dan Sukan Pulau Pinang. (a) Senaraikan program dan projek yang dilaksanakan oleh jabatan mengikut peruntukan dan jumlah peserta sejak 2016 sehingga kini. (b) Nyatakan struktur organisasi serta bilangan pegawai dan kakitangan awam di dalam Jabatan mengikut daerah. (c) Berapakah peruntukan tahunan yang diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri?

Page 75: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

75

Y.A.B. Ketua Menteri:

27. (a) Senarai program dan projek yang dilaksanakan oleh Jabatan Belia dan Sukan Pulau Pinang mengikut peruntukan dan jumlah peserta sejak tahun 2016 adalah seperti di Lampiran A.

(b) Carta organisasi Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang adalah seperti di Lampiran B dan perincian pegawai dan kakitangan awam adalah seperti berikut:-

Jawatan Dalam JBS Bilangan Pegawai

Kumpulan Pelaksana

Pengarah S48 1

Timbalan Pengarah (Belia) S44 1

Penolong Pengarah (Sukan) S41 1

Cawangan Pembangunan Rakan Muda (S29/32 – S38)

3

Pen. Pegawai Belia & Sukan Unit Belia (S29/32)

4

Pen. Pegawai Belia & Sukan Unit Sukan (S19 – S29/32)

5

Pembantu Tadbir Unit Pengurusan Pentadbiran (Gred 11-22)

11

Jabatan Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Tengah (Gred 19 – 41)

1 4

Jabatan Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Utara (Gred 19 – 41)

1 4

Jabatan Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Selatan (Gred 11 – 38)

7

Jabatan Belia dan Sukan Daerah Barat Daya (Gred 19 – 41)

1 5

Jabatan Belia dan Sukan Daerah Timur Laut (Gred 19 – 41)

1 4

Penyelia Caw. Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES) (Gred 11 – 32)

7

Jumlah 7 54

(c) Peruntukan tahunan yang diterima oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau

Pinang adalah seperti berikut:-

Tahun Persekutuan / RM

2016 6,193,999.05

2017 4,257,748.03

2018 4,226,390.00

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang tidak menerima sebarang peruntukan daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang sejak tahun 2008.

RUJUK LAMPIRAN A DAN B.

Page 76: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

76

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

28. Terangkan status terkini tentang membaiki jalan tar dan memperkukuhkan cerun bukit sepanjang jalan tar dari tapak Taman Eko Rimba Bukit Mertajam ke puncak bukit?

(a) Nyatakan anggaran kos pembaikan jalan dan pengukuhan cerun bukit serta siapa yang perlu menanggung kos tersebut.

(b) Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk menambah keluasan hutan simpan negeri?

Y.A.B. Ketua Menteri:

28. Status pelaksanaan kerja-kerja pembaikan jalan tar dan pengukuhan cerun bukit sepanjang jalan tar dari tapak Taman Eko Rimba Bukit Mertajam ke puncak Bukit Mertajam melibatkan pelaksanaan kerja jangka pendek dan panjang seperti berikut:

(i) Status Pelaksanaan Kerja-kerja Pembaikan Jangka Pendek :

Pihak Jabatan Perhutanan dan Telekom Malaysia (TM) telah selesai menjalankan kerja-kerja pembaikan jangka pendek yang melibatkan pembersihan sisa tanah runtuh, pokok tumbang dan pokok-pokok bahaya di sepanjang jalan 3.6 km dari kaki bukit ke puncak Bukit Mertajam pada 12 Januari 2018 dan 12 Julai 2018, iaitu selepas kejadian hujan lebat pada 5 November 2017 dan 29 Mei 2018. Pihak Jabatan Perhutanan telah melantik kontraktor melalui proses sebut harga terhad untuk menjalankan kerja-kerja memasang lapisan kanvas tarpaulin untuk melindungi lapisan cerun yang runtuh. Kerja-kerja ini dijangka siap pada bulan Disember 2018 dengan kos RM180,000.00.

(ii) Status Pelaksanaan Kerja-kerja Pembaikan Jangka Panjang:

Pihak TM selaku pihak yang diberi kebenaran menggunakan jalan oleh pemilik tanah iaitu Pesuruhjaya Tanah Persekutuan dari kaki bukit hingga ke puncak Bukit Mertajam sepanjang 3.6 km, dipertanggungjawabkan untuk membaiki kerosakan jalan dan longkang berdasarkan anggaran kos yang dikemukakan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Pulau Pinang yang berjumlah RM1,290,850.00, dan juga untuk membaiki cerun di kawasan tanah yang digunakan oleh TM. Sehingga kini pihak TM memaklumkan bahawa pihaknya akan menjalankan kerja-kerja pembaikan minima sahaja. Mesyuarat jawatankuasa ini akan diadakan pada minggu ketiga bulan November 2018 untuk susulan perkara ini.

Manakala Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang yang menguruskan Hutan Simpan Bukit Mertajam diberi tanggungjawab untuk membaiki cerun runtuh yang berada di dalam kawasan Hutan Simpan Bukit Mertajam. Pihak Jabatan Perhutanan Negeri kini dalam proses memohon peruntukan bagi membiayai kerja-kerja kajian terperinci dan pembaikan jangka panjang dari pihak Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

(a) Berdasarkan penilaian daripada pihak JKR Pulau Pinang melalui Kumpulan Ikram Sdn. Bhd. (KISB) yang telah diterima pada 5 Mac 2018, anggaran kos keseluruhan untuk pembaikan jalan dan pengukuhan cerun yang terlibat adalah RM17,902,850.00. Daripada jumlah tersebut, RM1,290,850.00 dianggarkan untuk pelaksanaan kerja-kerja pembaikan jalan tar sejauh 3.6 km. Manakala anggaran RM15,000,000.00 untuk kerja-kerja awalan dan pembaikan cerun, tidak termasuk kos perunding, kerja penyiasatan tanah dan kerja ukur yang berjumlah RM1,612,000.00. Perincian anggaran kos keseluruhan bagi kerja-kerja pembaikan jalan tar dan pengukuhan cerun bukit ini adalah seperti di Lampiran A.

Pihak Jabatan Perhutanan Negeri kini dalam proses memohon peruntukan bagi membiayai kerja-kerja kajian terperinci dan pembaikan jangka panjang yang berjumlah RM16,612,000.00 dari pihak Kerajaan Negeri dan Persekutuan. Manakala pihak TM bertanggungjawab untuk menanggung kos pembaikan

Page 77: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

77

kerosakan jalan tar sejauh 3.6km berdasarkan anggaran kos yang dikemukakan oleh pihak JKR Negeri Pulau Pinang yang berjumlah RM1,290,850.00, serta kos untuk membaiki cerun di kawasan tanah kegunaan TM yang akan ditentukan kelak.

(b) Dalam usaha menambah keluasan hutan simpan negeri, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang telah mengambil tindakan untuk mewartakan kawasan berhutan seluas 949.88 hektar di Negeri Pulau Pinang sebagai hutan simpanan kekal di mana 664.0 hektar adalah hutan paya laut, manakala 285.88 hektar adalah hutan bukit. Status tindakan adalah seperti berikut:

(i) Proses mengemaskini penyediaan cadangan pelan warta kawasan hutan paya laut dan hutan nipah untuk diwartakan sebagai hutan simpanan kekal sedang dilaksanakan, selaras dengan keputusan Kerajaan Negeri untuk mewartakan semua kawasan hutan paya bakau dan hutan nipah dalam Tanah Kerajaan dan Tanah Milik Agensi Kerajaan sebagai hutan simpanan kekal di bawah seksyen 7, Akta Perhutanan Negara 1984; dan

(ii) Urusan proses pewartaan cadangan Hutan Simpan Pulau Jerejak seluas 285.88 hektar selaras dengan keputusan Kerajaan Negeri untuk mewartakan sebahagian Pulau Jerejak sebagai hutan simpanan kekal di bawah seksyen 7, Akta Perhutanan Negara 1984 sedang diproses dan dijangka akan dapat diselesaikan dalam tahun 2018.

Selain itu, pihak Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) juga mempunyai inisiatif untuk menambah keluasan hutan simpan negeri melalui pelaksanaan dasar-dasar dalam Draf Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2030 dan Draf Rancangan Tempatan Seberang Perai 2030 seperti berikut:

(i) Mengekalkan dan mewartakan kawasan hutan paya bakau di persisiran pantai dan tepian sungai sebagai Hutan Simpan Kekal;

(ii) Mewartakan kawasan berhutan hak milik kerajaan sebagai penambahan Hutan Simpan Kekal; dan

(iii) Mewartakan kawasan hutan di Pulau Aman dan Pulau Gedung sebagai Hutan Simpan Kekal kelas perlindungan tanah.

RUJUK LAMPIRAN A.

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

29. Terangkan status terkini tentang Tapak Pelupusan Sampah Jelutong dari segi kestabilan dan jangka masa yang boleh diguna pakai lagi. (a) Terangkan status terkini tentang cadangan untuk mewujudkan C & D Recovery Centre di Bukit Teh. (b) Terangkan secara terperinci tentang kajian DEIA termasuk social impact assessment (SIA) di kalangan penduduk setempat.

Y.A.B. Ketua Menteri:

29. Berdasarkan kepada penilaian geoteknikal ke atas Tapak Pelupusan Sampah (TPS) Jelutong didapati kawasan di tapak tersebut mengalami ketidakstabilan tanah dan tidak selamat untuk beroperasi. Oleh itu, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah mengarahkan kontraktor untuk berhenti melupuskan sisa marine clay di TPS Jelutong mulai 24 Oktober 2018 dan mengalihkannya ke TPS Pulau Burung. MBPP sentiasa memantau keadaan tapak di TPS Jelutong dengan menghadkan operasi mengikut keadaan tapak.

(a) Pelaksanaan Projek Penutupan Selamat dan Pemulihan Tapak Pelupusan Sampah Jelutong telah mensyaratkan syarikat pembida yang berjaya untuk menyediakan satu tapak baharu bagi sisa buangan construction & demolition (C&D waste) danmarine clay. Cadangan tapak pelupusan sisa bahan binaan di Bukit Teh telah

Page 78: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

78

diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) pada 1 Ogos 2018 dan disahkan pada 15 Ogos 2018. Oleh kerana keadaan yang agak kritikal di TPS Jelutong, proses menyediakan tapak di Bukit Teh perlu dipercepatkan. Pelingkungan semula lot-lot yang terlibat kepada Kawasan Infrastruktur dan Utiliti telah dilaksanakan. Syarikat PLB Eco Solution Sdn. Bhd. iaitu syarikat pembida yang berjaya dalam tender Projek Penutupan Selamat dan Pemulihan Tapak Pelupusan Sampah Jelutong sedang menyediakan permohonan kebenaran merancang untuk dikemukakan kepada MPSP dan permohonan mengeluarkan lot-lot terlibat daripada Warta Tanah Bukit kepada Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah.

(b) Laporan EIA: Terms of Reference (TOR) bagi Tapak C&D Bukit Teh telah dikemukakan oleh Syarikat PLB Eco Solution Sdn. Bhd. kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada 30 Ogos 2018. Pihak syarikat telah menerima ulasan daripada JAS dan kini dalam proses pindaan TOR sebelum dikemukakan semula kepada JAS untuk kelulusan. Bagi Social Impact Assessment(SIA) untuk Tapak C&D Bukit Teh, dokumen sedang disediakan oleh PLB Eco Solution Sdn. Bhd. Bagi kerja-kerja menyelaras bersama JKKK, persatuan penduduk, polis, JPJ dan sebagainya, Pejabat Daerah diminta untuk menyelaras dengan tujuan memastikan pelaksanaan cadangan ini berjalan lancar.

JAS telah secara prinsip memberi kebenaran untuk tapak C & D Bukit Teh digunakan sebagai tapak sementara melalui surat bertarikh 30 Oktober 2018.

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

30. Ombudsman Malaysia telah ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan.

(a) Terangkan pendirian Kerajaan Negeri terhadap penubuhan ini atas prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus.

(b) Nyatakan struktur organisasi Ombudsmen serta diketuai oleh siapa di Negeri Pulau Pinang.

(c) Sejauh manakah Ombudsman Malaysia menyiasat dan melapor secara bebas ke atas aduan terhadap Kerajaan Negeri?

Y.A.B. Ketua Menteri:

30. Perdana Menteri Malaysia semasa membentangkan usul mengenai Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas, 2016-2020 pada 18 Oktober 2018 menyatakan bahawa ombudsman Malaysia akan ditubuhkan untuk menyiasat dan melaporkan secara bebas aduan terhadap agensi kerajaan. Perkara ini masih dalam tindakan Kerajaan Persekutuan.

(a) Kerajaan Negeri menyambut baik sebarang usaha ke arah meningkatkan integriti dan akauntabiliti sejajar dengan prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus.

(b) Kerajaan Negeri akan menyediakan struktur organisasi Ombudsman di Negeri Pulau Pinang setelah mendapat dasar yang jelas daripada Kerajaan Persekutuan.

(c) Perkara ini masih dalam perancangan Kerajaan Persekutuan dan tindakan susulan akan diteruskan oleh Kerajaan Negeri setelah dasar Kerajaan Persekutuan tentang perkara ini ditetapkan.

Page 79: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

79

V. Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

1. Apakah insentif yang akan diberikan kepada pemilik restoran/peniaga di Pulau Pinang yang tidak menggunakan penyedut plastik?

(a) Apakah pendekatan penguatkuasaan dalam tempoh awal pelaksanaan oleh Kerajaan Negeri sekiranya pemilik restoran/peniaga didapati gagal mematuhi perlaksanaan pengharaman penggunaan penyedut plastik

Y.A.B. Ketua Menteri:

1. Pada masa ini, Kerajaan Negeri tidak bercadang untuk memberikan insentif khusus kepada pemilik restoran/peniaga yang tidak menggunakan penyedut plastik. Ini adalah kerana pemilik restoran/peniaga juga merupakan sebahagian dari rantaian kepenggunaan yang menyumbang kepada penggunaan penyedut plastik secara langsung. Menyedari keburukan yang dibawa oleh penggunaan penyedut plastik, pemilik restoran/peniaga perlu secara kolektif mempunyai tanggungjawab sosial dalam mengurangkan penggunaan penyedut plastik bersama-sama dengan Kerajaan Negeri.

Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri sedang mempertimbangkan pemberian pengiktirafan kepada pemilik restoran yang tidak menggunakan penyedut plastik dalam bentuk pensijilan sebagai “Rakan Hijau Kerajaan Negeri Pulau Pinang” sebagaimana yang digunapakai dalam Kempen No Free Plastic Bag.

(a) Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhasrat untuk melaksanakan Dasar Larangan Penggunaan Plastik Sekali Guna (No To Single-Use Plastic) bermula pada 1 Januari 2019 secara berfasa dimulakan dengan Polisi Larangan Penggunaan Penyedut Plastik (No To Plastic Straw) secara menyeluruh di peringkat negeri. Sehubungan itu, cadangan penguatkuasaan peringkat awal adalah dengan mengenakan syarat tambahan permohonan baharu atau pembaharuan lesen perniagaan di bawah peruntukan Seksyen 107 (2) Akta Kerajaan Tempatan 1976. Melalui syarat ini, sekiranya pemilik restoran/peniaga tidak mematuhi ketetapan bagi larangan penggunaan penyedut plastik, Pihak Berkuasa Tempatan berhak untuk membatalkan lesen premis perniagaan sedia ada atau tidak meluluskan pembaharuan lesen perniagaan tersebut.

Buat masa ini, Kerajaan Negeri melalui Penang Green Council (PGC) telah memulakan pendekatan soft approach dengan mendekati masyarakat serta pemilik restoran/peniaga untuk memberikan informasi dan kesedaran supaya menyokong dasar No To Single-Use Plastic secara amnya dan Polisi No To Plastic Straw secara khusus.

Selain itu, Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) telah memperkenalkan “Malaysia’s Roadmap Towards Zero Single-Use Plastics 2018-2030” yang akan menjadi pelan halatuju Negara ke arah pembasmian penggunaan plastik sekali guna. Justeru itu, perancangan Kerajaan Negeri dalam Larangan Penggunaan Plastik Sekali Guna khususnya No To Plastic Straw akan diselaraskan dengan pelan halatuju nasional tersebut.

Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

2. Nyatakan jumlah atau stastistik bagi kes cubaan bunuh diri dan bunuh diri di Pulau Pinang mengikut pecahan kaum, daerah, umur (60 tahun).

(a) Adakah kajian dibuat mengapa dan kesan kepada masyarakat sekitar akibat daripada gejala ini?

Y.A.B. Ketua Menteri:

2. Stastistik bagi kes cubaan bunuh diri dan bunuh diri di Pulau Pinang pada tahun 2018 (sehingga Oktober) mengikut pecahan kaum, daerah dan umur adalah seperti di Lampiran A.

Page 80: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

80

Daripada analisa yang dijalankan, didapati punca mangsa lebih cenderung untuk melakukan perbuatan bunuh diri adalah disebabkan tekanan perasan, contohnya akibat kemurungan kerana mengalami kesakitan kronik yang berpanjangan dan tiada harapan untuk sembuh, tiada pekerjaan, pergaduhan dengan pasangan serta masalah dibebani hutang yang banyak.

Semua punca adalah berkaitan dengan jiwa atau perasaan. Kebanyakan mangsa yang mengambil tindakan bunuh diri adalah individu yang pendiam atau menyimpan perasaan dan masalah secara bersendirian tanpa meluahkan perasaan mereka kepada orang lain.

Selain itu, mangsa-mangsa bunuh diri ini beranggapan bahawa mereka merupakan individu yang memberi kesusahan dan bebanan kepada keluarga atau orang lain. Jesteru itu, mereka mengambil tindakan untuk membunuh diri dengan harapan bebanan tersebut akan selesai. Ini berlaku kepada mangsa-mangsa yang mengalami kesakitan kronik berpanjangan, dibelenggu hutang dan tiada pekerjaan atau dibuang kerja.

Terdapat juga mangsa-mangsa yang berasa malu disebabkan dikaitkan dengan tekanan dituduh melakukan curi menyebabkan mereka mengalami perasaan bersalah yang keterlaluan dan takut dimarahi atau mencemarkan maruah keluarga menyebabkan mangsa mengambil tindakan singkat membunuh diri untuk menyelesaikan masalah.

Mangsa-mangsa juga mengambil tindakan membunuh diri apabila mereka beranggapan bahawa diri mereka tidak diperlukan atau tidak disayangi oleh pasangan masing-masing. Ini terjadi kepada mangsa-mangsa yang terlibat dalam perselisihan faham atau pergaduhan antara suami isteri atau pasangan dalam percintaan.

(a) Kesan Kepada Masyarakat Sekitar Akibat Tindakan Membunuh Diri.

Antara kesan yang paling ketara ialah, kehilangan ahli keluarga dalam sebuah sistem kekeluargaan, terutama bagi diri anak-anak yang akan hilang tempat untuk bergantung hidup dari segi sumber pendapatan, kasih sayang dan pendidikan. Perkara ini akan berlaku kepada ibu atau ayah yang bertindak membunuh diri sendiri dengan meninggalkan anak-anak atau isteri bersendirian.

Kesan daripada tindakan melakukan bunuh diri ini juga akan memberi satu kesan jangka panjang serta contoh yang tidak baik kepada ahli keluarga terutama anak-anak yang melihatkan bahawa tindakan bunuh diri adalah merupakan jalan yang mudah untuk menyelesaikan masalah. Perkara ini akan menjadi ikutan kepada mereka apabila mereka dewasa nanti.

Tindakan bunuh diri sebagai jalan penyelesaian kepada sesuatu masalah akan menjadikan masyarakat kehilangan jati diri, lemah dan mewujudkan satu struktur masyarakat yang tidak teguh dari segi kejiwaan seterusnya akan mempengaruhi kemajuan sesebuah negara.

RUJUK LAMPIRAN A.

Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

3. Golongan kurang daya huni contohnya berumur <60 tahun, tidak mampu bekerja, masalah kesihatan dan tiada waris sukar mendapat tempat dalam mana-mana institusi kebajikan akibat daripada sekatan umur kurang 60 tahun. Mereka ini menjadikan hospital sebagai destinasi utama dan menjadi masalah kepada pihak Hospital.

(a) Apakah solusi terbaik menangani permasalah ini?

Y.A.B. Ketua Menteri:

3. Pada ketika ini, Kerajaan Negeri sedang dalam tindakan membina sebuah pusat transit yang akan menjadi penempatan golongan gelandangan termasuk individu di bawah umur 60 tahun yang tidak mempunyai tempat kediaman. Bangunan ini adalah bangunan rumah kedai dua tingkat milik Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) di lot 19, Jalan C.Y. Choy, George Town. Pembinaan pusat transit ini dijangka siap pada tahun 2019.

Page 81: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

81

Program ini akan menempatkan golongan ini di pusat transit tersebut selama 6 hingga 12 bulan. Pengurusan pusat transit ini dicadang diuruskan oleh pihak Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang telah dikenal pasti oleh pihak Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang.

Sepanjang tempoh tersebut, mereka akan diberi latihan yang bersesuaian dengan kemampuan dan minat mereka manakala bagi yang tidak produktif pula akan didedahkan dengan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian. Pekerja sosial atau sukarelawan daripada NGO akan menjadi tenaga penggerak dalam program ini. Seterusnya, kerjasama dengan syarikat-syarikat swasta akan dipertingkatkan dengan menggalakkan pihak majikan mengambil golongan ini sebagai pekerja sekiranya produktif.

Manakala bagi golongan tidak produktif seperti warga emas ataupun individu yang mempunyai penyakit berjangkit, mereka akan ditempatkan di pusat-pusat yang dikendalikan oleh NGO yang sedia ada secara kekal sekiranya mereka ini sebatang kara ataupun saudara mara dan anak-anak mereka tidak dapat dikesan. Kerajaan Negeri akan memberikan geran pentadbiran dan rangsum kepada NGO yang berkaitan.

Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

4. Majlis Bandaraya Pulau Pinang telah melaksanakan konsep Outcome Based Budgeting & Gender Responsive Budgeting dalam meluluskan bajet tahunan.

(a) Sila senaraikan projek-projek berkenaan mengikut kategori bagi setiap Kawasan Dewan Undangan Negeri sehingga tahun 2018?

(b) Sejauhmanakah keberkesanan perlaksanaannya?

Y.A.B. Ketua Menteri:

4. (a) Jumlah projek berkenaan Outcome Based Budgeting (OBB) & Gender Responsive Budgeting (GRB) di kawasan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) adalah sebanyak 69 projek bagi tahun 2016, 123 projek bagi tahun 2017 dan 101 projek setakat bulan Oktober 2018. Bagi projek berkenaan OBB pula, statistik mencatatkan sebanyak 2 projek bagi tahun 2016, 7 projek bagi tahun 2017 dan meningkat kepada 27 buah projek bagi tahun 2018 setakat bulan Oktober. Bagi projek berkenaan GRB, pada tahun 2016 mencatatkan 4 buah projek, 1 projek bagi tahun 2017 dan 4 buah projek bagi tahun 2018 setakat bulan Oktober. Jumlah projek berkenaan OBB dan GRB di kawasan MBPP mengikut kawasan DUN bagi tahun 2016 sehingga tahun 2018 adalah seperti di Lampiran A.

(b) Keberkesanan pelaksanaan projek-projek yang berkonsepkan OBB dan GRB adalah seperti berikut:

(i) memberikan hak kepada orang awam sebagai pembayar cukai untuk menentukan kaedah perbelanjaan kutipan cukai.

(ii) menyediakan persekitaran yang lebih bersih, selamat dan menjamin taraf hidup rakyat yang lebih sihat melalui program-program yang dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan agensi terlibat.

(iii) memberi penekanan yang lebih menyeluruh berdasarkan aspek gender dan semua kategori dapat dititikberatkan melalui projek-projek yang dilaksanakan dengan mengambil kira setiap keperluan penduduk setempat.

(iv) memastikan kerosakan infrastruktur persekitaran setempat berjaya dikesan dan dibaikpulih dengan kadar segera.

RUJUK LAMPIRAN A.

Page 82: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

82

Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

5. Apakah jenis tindakan penguatkuasaan terhadap perletakan kenderaan berat seperti bas kilang, traktor, lori bersendi dan sebagainya di kawasan-kawasan perumahan yang kini semakin meruncing?

(a) Nyatakan jumlah tindakan penguatkuasaan yang telah dibuat sejak 2016-2018 oleh pihak berautoriti terhadap jenis-jenis kenderaan ini?

Y.A.B. Ketua Menteri:

5. Terdapat lima (5) agensi penguatkuasaan yang melaksanakan tindakan penguatkuasaan terhadap kenderaan berat berdasarkan punca kuasa masing-masing iaitu Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP). Perincian jenis tindakan yang diambil adalah seperti di Lampiran A.

(a) Jumlah tindakan penguatkuasaan yang telah diambil sejak tahun 2016 hingga September 2018 terhadap kenderaan berat adalah 5,981 dengan perincian mengikut agensi penguatkuasaan seperti di Lampiran B.

RUJUK LAMPIRAN A DAN B.

Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

6. Senaraikan program-program yang dilaksanakan oleh Jabatan Belia & Sukan dalam pembangunan belia di Pulau Pinang sejak 2008-2018 mengikut daerah & jumlah kos yang telah diperuntukan bagi perlaksanaan program-program tersebut?

Y.A.B. Ketua Menteri:

6. Senarai program yang dilaksanakan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri dalam pembangunan belia sejak tahun 2008 hingga 2018 adalah seperti di Lampiran A.

RUJUK LAMPIRAN A.

Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

7. Apakah perancangan strategik ekonomi bagi meningkatkan pelaburan dalam negeri yang telah diusahakan oleh Invest Penang dan Penang Development Corporation sejajar dengan matlamat Kerajaan Negeri untuk meningkatkan daya saing Pulau Pinang dalam sektor Industri Bandar, Luar Bandar & Industri Utama.

Y.A.B. Ketua Menteri:

7. Antara perancangan dan langkah-langkah bagi meningkatkan pelaburan dalam negeri yang telah diusahakan oleh Invest Penang dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) adalah seperti berikut:-

(a) Memberikan tumpuan kepada kekuatan Pulau Pinang dalam bidang Elektronik dan Elektrikal serta kebolehan mempelbagaikan aktiviti industri seperti pembuatan peralatan perubatan (“medical devices”), sains kesihatan, aeroangkasa dan avionic dan teknologi LED;

(b) Penambahbaikan infrastruktur dilaksanakan secara berterusan bagi taman perindustrian dan memastikan infrastruktur memenuhi taraf antarabangsa termasuk perkhidmatan jalur lebar dan utiliti seperti elektrik dan air;

(c) Memantapkan ekosistem perniagaan di Pulau Pinang melalui sinergi syarikat multinasional (MNC) dan syarikat besar tempatan dengan tujuan untuk membangunkan industri kecil dan sederhana (IKS) dalam industri-industri galakan melalui usaha-usaha berikut:

Page 83: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

83

(i) Menyediakan sistem sokongan vendor tempatan dan penganjuran Hari Pembekal (Supplier Days) bersama syarikat MNC yang ingin bekerjasama dengan pembekal tempatan;

(ii) Membantu IKS melalui Penang SME Centre di Taman Perindustrian Bayan Lepas dengan kadar sewa bersubsidi bagi IKS tempatan untuk menjalankan perniagaan. Seterusnya, Perkampungan IKS Batu Kawan juga dibina dan dijual kepada syarikat-syarikat IKS yang telah mengembangkan kapasiti mereka. Pusat Penasihat Pasaran, Sumber dan Latihan IKS (Pusat S.M.A.R.T.) memberi khidmat nasihat kepada syarikat- syarikat IKS selain menyediakan seminar pembangunan kapasiti dan direktori perniagaan ‘online’; dan

(iii) Menyediakan Penang i4.0 Seed Fund dengan dana permulaan berjumlah RM4 juta (USD 1 juta) untuk membantu usahawan kecil dan syarikat-syarikat start-up yang terlibat dalam bidang teknologi seperti sektor “Internet of Things (IoT), “e- commerce” dan bidang-bidang berkaitan bagi mempercepat dan mengembangkan pembangunan syarikat-syarikat start-up di Pulau Pinang.

(d) Meningkatkan usaha untuk menarik dan mengekalkan bakat dan kemahiran di Pulau Pinang serta meningkatkan minat anak-anak muda dalam STEM termasuk sektor vokasional dengan langkah-langkah berikut;

(i) Mengadakan sesi dialog di antara institut pengajian tinggi tempatan dan pelabur-pelabur untuk menyelaraskan “demand and supply” bakat- bakat yang diperlukan;

(ii) (ii)Melaksanakan program-program yang boleh menarik, melatih serta mengekalkan bakat di Pulau Pinang seperti pemberian biasiswa “Penang Future Foundation” (PFF) dan pemberian keutamaan dalam skim perumahan mampu milik;

(iii) Melaksanakan Program Meister Malaysia bagi meningkatkan tahap teknikal tenaga kerja vokasional; dan

(iv) Memperuntukkan RM75 juta bagi @CAT Penang (Accelerator for Creative, Analytics and Technology), Penang Skills Development Centre (PSDC), Penang Science Cluster (PSC), Karpal Singh Penang Learning Centre (KSPLC), Tech Dome Penang (TDP), and Penang Digital Library (PDL) bagi memupuk minat genererasi muda dalam STEM.

(e) Meningkatkan connectivity penerbangan antarabangsa dan pelabuhan melalui usaha-usaha berikut:

(i) Bekerjasama dengan syarikat-syarikat penerbangan dan agensi-agensi berkaitan untuk meningkatkan lebih banyak penerbangan terus antarabangsa ke destinasi baharu;

(ii) Bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk memperluas dan menaiktaraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang bagi memenuhi keperluan pelabur baru dan pelabur sedia ada dari aspek peningkatan kapasiti penumpang dan kargo antarabangsa; dan

(iii) Menjadikan Pelabuhan Pulau Pinang sebagai pelabuhan laut strategik di utara Malaysia dan selatan Thailand serta menambahbaik fasiliti pelabuhan.

(f) Bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan pihak berkepentingan untuk menaiktaraf Pulau Pinang sebagai negeri antarabangsa yang berteraskan konsep “work, live and play”. Ini termasuklah peningkatan kualiti pengangkutan awam melalui Pelan Induk Pengangkutan Awam (termasuk laluan LRT) untuk meningkatkan kualiti hidup;

Page 84: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

84

(g) Memastikan kos menjalankan perniagaan di Pulau Pinang terus kekal kompetitif melalui penanda aras secara global dan serantau; dan

(h) Melancarkan Perkhidmatan Perniagaan Global (“GBS”) @ Mayang di Bayan Baru dan @ By the Sea di Taman Perindustrian Bayan Lepas dalam usaha merangsang pelaburan dan peluang pekerjaan. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada pelan induk pembangunan negeri yang menawarkan ruang perniagaan kondusif dan persekitaran kepada pelabur serta bakat sokongan dari seluruh dunia. Ini juga selaras dengan perancangan Skim Peningkatan Perniagaan Mengikut Daerah - Business Improvement District Scheme (BIDS).

Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

8. Bagi meningkatkan tahap penganjuran sukan tahunan bertaraf antarabangsa seperti Penang Bridge International perlunya perancangan yang teliti dan menarik minat penyertaan dan penajaan.

(a) Nyatakan jumlah penyertaan bagi tahun 2018 berbanding 2017.

(b) Apakah pelan tindakan masa depan oleh pihak penganjur bagi mengelakkan perkara yang berlaku pada tahun-tahun yang lalu tidak berulang?

Y.A.B. Ketua Menteri:

8. (a) Bagi tahun 2017, seramai 34,711 peserta telah menyertai Penang Bridge International Marathon. Manakala, bagi tahun 2018, seramai 25,286 peserta telah berdaftar untuk acara ini. Perbezaan ini adalah disebabkan oleh pembatalan acara kategori Fun Run pada tahun 2018, di mana kategori ini mempunyai lebih daripada 10,000 peserta pada tahun sebelumnya.

(b) Mengambil iktibar daripada pengalaman penganjuran Penang Bridge International Marathon pada tahun-tahun sebelumnya, pelan tindakan Kerajaan Negeri untuk menambah baik penganjuran acara ini adalah seperti berikut:

(i) Acara untuk kategori Fun Run telah dibatalkan bagi mengurangkan kesesakan di atas jambatan;

(ii) Menggunakan khidmat sweeper sebagai penanda kepada tempoh masa maximum larian yang melayakkan penerimaan pingat. Kumpulan sweeper akan membawa belon bagi memudahkan peserta untuk mengenali mereka. Semua peserta yang mendahului sweeper akan menerima pingat dan sebaliknya;

(iii) Peserta hanya akan diberikan baju mengikut saiz yang telah ditempah dan tiada lagi kelonggaran untuk menukar saiz baju, bagi berlaku adil kepada peserta-peserta lain;

(iv) Tarikh tutup pendaftaran peserta adalah 3 bulan sebelum acara berlangsung untuk memberikan masa yang mencukupi bagi persediaan oleh pihak penganjur;

(v) Kerjasama bersama pengusaha food truck untuk memberikan lebih banyak pilihan makanan kepada pengunjung; dan

(vi) Bekalan air minum kepada peserta akan dipastikan tidak terhad.

Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

9. Nyatakan jumlah premis makanan, kompleks, pasar dan sebagainya yang bukan diuruskan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang tetapi diuruskan oleh Agensi Kerajaan Persekutuan ataupun Negeri?

Page 85: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

85

(a) Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk mengambil alih kesemua premis-premis ini dan diletakkan dibawah pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan (MBPP & MPSP)?

Y.A.B. Ketua Menteri:

9. Jumlah premis makanan, kompleks, pasar dan sebagainya di kawasan Pulau yang tidak diuruskan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) adalah sebanyak 70 buah. Senarai mengikut agensi/jabatan adalah seperti di bawah.

BIL. AGENSI/ JABATAN JUMLAH

1 Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang 8

2 Pejabat Daerah dan Tanah Timur Laut 4

3 Pejabat Daerah dan Tanah Barat Daya 55

4 Perbadanan Ketua Menteri 1

5 Perbadanan Bukit Bendera 1

6 Uda Holding 1

Jumlah Keseluruhan 70

(a) Kerajaan Negeri sememangnya mempunyai cadangan untuk mengambil alih premis-premis tersebut daripada jabatan/agensi berkaitan. Bagi tujuan itu, Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pejabat Daerah Timur Laut telah mengadakan perbincangan bersama Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Pulau Pinang (ICU) bagi tujuan pengambilalihan premis di bawah ICU secara berperingkat. Walau bagaimanapun, keputusan untuk mengambil alih premis-premis tersebut adalah bergantung kepada keupayaan kewangan dan pengurusan PBT.

Untuk makluman, Kerajaan Negeri juga mengalu-alukan pengambilalihan kesemua premis perniagaan untuk diletakkan di bawah pengurusan PBT memandangkan agensi tersebut mempunyai kemudahan serta kepakaran daripada aspek kaedah pengisian peserta, penyelenggaran dan pembaikan premis, sistem kutipan sewaan serta penguatkuasaan yang lebih berkesan.

Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

10. Untuk mengurangkan kesesakan jalanraya akibat lambakan kenderaan di atas jalan, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan sistem perkongsian basikal dan membina laluan basikal.

(a) Berapakah jumlah kemudahan tempat letak motosikal yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan swasta bagi menggalakkan penggunaan motosikal ke tempat kerja ataupun kawasan Pusat Bandar sekaligus mengurangkan penggunaan kereta?

Y.A.B. Ketua Menteri:

10. (a) Kerajaan Negeri telah menyediakan sebanyak 7,182 petak motosikal di kawasan Pulau dan 7,050 petak motosikal di kawasan Seberang Perai bagi menggalakkan penggunaan motosikal ke tempat kerja selaras dengan usaha untuk mengurangkan penggunaan kereta. Pelaksanaan langkah ini diharap akan dapat mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas di pusat bandar di Negeri Pulau

Pinang.

Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

11. Pengusaha-pengusaha beca kian kurang dilihat di Pulau Pinang kecuali di beberapa tempat di Georgetown.

(a) Berapa ramaikah pengusaha beca di Pulau Pinang kini?

Page 86: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

86

(b) Adakah Kerajaan Negeri mempunyai sebarang usaha untuk mempromosikan industri beca yang melambangkan seni warisan Pulau Pinang kepada pengunjung tempatan dan luar negara?

Y.A.B. Ketua Menteri:

11. (a) Bilangan pengusaha beca yang berdaftar dengan Pejabat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) Pembangunan Pelancongan Pulau Pinang adalah seramai 279 orang.

(b) Dalam usaha mempromosikan beca sebagai ikon Pulau Pinang, Penang Global Tourism (PGT) telah melaksanakan programPenang Trishaw Entourage pada tahun 2015 dan 2017 dengan membawa beca sebagai bahan pameran dalam promosi pelancongan di peringkat domestik dan antarabangsa. Selain itu, bagi meningkatkan bilangan pengayuh beca di kawasan tumpuan pelancong, Kerajaan Negeri telah melaksanakan pemberian insentif RM20 kepada pengayuh beca setiap hari minggu. Insentif tambahan sebanyak RM20 turut diberikan sekiranya pengayuh beca berkenaan hadir empat minggu berturut-turut. Inisiatif ini yang dimulakan sejak tahun 2011 telah memanfaatkan pengayuh beca di Pulau Pinang di mana mereka berpeluang menerima sehingga RM100 sebulan. Peruntukan sebanyak RM12,000 disediakan pada setiap bulan bagi program ini.

Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

12. Nyatakan hotspot yang kerap menerima aduan daripada orang awam tentang penjaga parkir haram di kawasan pulau.

(a) Apakah tindakan yang boleh diambil oleh pihak berkuasa terhadap penjaga parkir haram?

Y.A.B. Ketua Menteri:

12. Lokasi hotspot atendan parkir haram yang kerap dilaporkan oleh orang awam di kawasan Pulau adalah seperti berikut:

(i) Jalan Padang Kota; (ii) Persiaran Gurney; (iii) Jalan Sungai Satu; (iv) Jelutong; (v) Jalan Sultan Ahmad Shah; (vi) Jalan Argyll; (vii) Lebuh Leith; (viii) Lebuh Pantai; (ix) Jalan Pasar Air Itam; dan

(x) Bukit Bendera;

(a) Tindakan yang boleh diambil oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) terhadap atendan parkir haram adalah seperti berikut:-

(i) Membuat pemantauan secara harian, (ii) Membuat laporan polis jika aktiviti kutipan wang dilakukan, dan

(iii) Menjalankan operasi bersepadu bersama jabatan/agensi berkaitan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

13. Sila nyatakan jumlah lesen liquor yang dikeluarkan oleh Lembaga Perlesenan Eksais Negeri Pulau Pinang dari tahun 2008 sehingga kini mengikut KADUN di Pulau Pinang.

(a) Sejauh manakah usaha Kerajaan Negeri dalam membanteras penjualan arak tiruan sejajar dengan kawalan pengeluaran lesen liquor?

Page 87: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

87

Y.A.B. Ketua Menteri:

13. Lesen arak (liquor) yang telah dikeluarkan oleh Lembaga Pelesenan (Eksais) Negeri Pulau Pinang dari tahun 2008 sehingga 31 Oktober 2018 adalah berjumlah 277 lesen dan perincian mengikut KADUN adalah seperti di Lampiran A.

(a) Kerajaan Negeri memandang serius terhadap penjual arak terutama di negeri ini. Oleh itu, bagi premis yang didapati melakukan kesalahan menjual arak tiruan, pihak Lembaga Pelesenan (Eksais) Negeri Pulau Pinang akan mengambil tindakan membatalkan lesen minuman keras premis berkenaan berdasarkan laporan siasatan dan syor daripada pihak Kastam.

Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

14. Cadangan penubuhan Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga di setiap KADUN merupakan satu inisiatif yang strategik untuk mencapai visi Penang 2030.

(a) Adakah Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyokong usaha tersebut?

(b) Apakah status penubuhan jawatankuasa tersebut?

Y.A.B. Ketua Menteri:

14. (a) Cadangan penubuhan Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga adalah selaras dengan visi Y.A.B Ketua Menteri melalui ‘Penang 2030: A Family-Focused Green and Smart State that Inspires the Nation’ yang menitikberatkan dan menumpukan kepada pembangunan keluarga yang lebih menyeluruh. Pembangunan keluarga dilihat sebagai salah satu teras utama dalam menjayakan Penang 2030 demi kesejahteraan penduduk Pulau Pinang.

Objektif penubuhan JPWK di setiap KADUN adalah untuk merancang dan melaksanakan program-program berteraskan pembangunan wanita dan keluarga demi meningkatkan kesedaran dan memperkasakan wanita dan keluarga dalam pelbagai bidang seperti hak wanita, kekeluargaan, keibubapaan, pembangunan kanak-kanak, kesihatan, peluang menjana pendapatan dan lain-lain lagi.

(b) Kerajaan Negeri sedang mempertimbangkan cadangan penubuhan JPWK dan bagi tujuan tersebut, cadangan ini telah dibentangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) pada 3 Oktober 2018. MMK telah mengesyorkan agar fungsi dan peranan JPWK dan Briged Wanita dikaji semula agar tiada pertindihan dengan JPWK.

Sehubungan itu, satu sesi dialog akan diadakan dengan semua Ketua Briged Wanita pada bulan November 2018 bagi mendapatkan input berkenaan penubuhan jawatankuasa ini dan akan dibentangkan semula kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) untuk kelulusan.

Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

15. Apakah status terkini projek LA 21 yang dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Pulau Pinang dan hasil yang telah dicapai?

Y.A.B. Ketua Menteri:

15. Local Agenda 21 (LA21) ialah satu program yang melibatkan tiga (3) pihak iaitu masyarakat, sektor swasta & Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Ketiga-tiga pihak ini seharusnya bekerjasama untuk merancang dan menguruskan kawasan persekitaran ke arah pembangunan mampan.

Status terkini dan hasil yang telah dicapai bagi projek LA 21 oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai bagi peringkat sekolah dan komuniti sejak tahun 2010 adalah masing-masing seperti di Lampiran A dan Lampiran B.

RUJUK LAMPIRAN A DAN B.

Page 88: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

88

Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

16. Nyatakan jumlah purata aduan yang telah diterima oleh Pihak Berkuasa Tempatan tentang lampu jalan yang tidak berfungsi.

(a) Adakah sebarang kaedah yang dirancang untuk menyelesaikan isu lampu jalan yang sering tidak berfungsi ini?

(b) Apakah punca utama yang mengakibatkan isu ini?

Y.A.B. Ketua Menteri:

16. Jumlah aduan yang telah diterima oleh Pihak Berkuasa Tempatan mengenai lampu jalan yang tidak berfungsi adalah berjumlah 1,507 aduan iaitu 1,285 aduan di kawasan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan 222 aduan di kawasan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

(a) Antara langkah-langkah yang di ambil oleh MBPP dan MPSP untuk menangani masalah kerosakan lampu jalan adalah seperti berikut:

(i) Menjalankan kerja-kerja menaik taraf kabel-kabel bawah tanah secara berperingkat;

(ii) Menggantikan lampu jalan sedia ada High Pressure Sodium Vapour (HPSV) kepada lampu jalan jenis Light Emitting Diode (LED);

(iii) Menggunakan kaedah System Supervisory Control and Data Acquisition (SCADA) terhadap sistem lampu jalan sedia ada. Sistem pemantauan ini berupaya untuk menyalurkan maklumat secara terus daripada kotak kawalan lampu jalan jika berlaku kerosakan pada sistem lampu jalan melalui aplikasi Telegram; dan

(iv) Menjalankan pemantuan secara berkala iaitu pada setiap tiga hari dalam seminggu.

(b) Antara punca utama kerosakan lampu jalan adalah:

(i) Kabel bawah tanah yang telah uzur; (ii) Kerja-kerja pelebaran dan pengorekan jalan yang menyebabkan kabel

bawah tanah rosak; (iii) Kecurian kabel dan komponen tiang lampu jalan; dan

(iv) Gangguan bekalan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

17. Nyatakan jumlah kompaun PTK yang telah dikeluarkan oleh kedua-dua PBT dan yang telah dibayar untuk kesalahan pembuangan sampah-sarap di Pulau Pinang sejak tahun 2008.

(a) Apakah tindakan yang telah diambil terhadap mereka yang tidak membayar kompaun?

Y.A.B. Ketua Menteri:

17. Jumlah keseluruhan kompaun yang telah dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri Pulau Pinang bagi kesalahan pembuangan sampah sarap adalah sebanyak 17,198 kompaun. Menurut rekod, daripada jumlah tersebut, sebanyak 4,834 kompaun telah dijelaskan. Perincian kompaun yang telah dikeluarkan dan dibayar sejak tahun 2008 mengikut PBT adalah seperti berikut:

PBT Jumlah Kompaun Yang

Dikeluarkan Jumlah Kompaun Yang

Dibayar

MBPP 4,771 1,848

MPSP 12,427 2,986

JUMLAH 17,198 4,834

Page 89: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

89

(a) Tindakan yang telah diambil terhadap mereka yang tidak membayar kompaun adalah seperti berikut:

(i) Mengeluarkan notis peringatan untuk membuat pembayaran kompaun; dan

(ii) Mengeluarkan notis pemberitahuan tindakan mahkamah akan diambil.

Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

18. Apakah status terkini tentang penyelesaian sistem letak kereta di Pulau Pinang setelah penamatan kontrak syarikat pengendali terdahulu?

(a) Apakah status terkini tentang tunggakan hutang syarikat tersebut terhadap MBPP?

Y.A.B. Ketua Menteri:

18. Setelah penamatan kontrak syarikat pengendali yang terdahulu, iaitu Syarikat Perkhidmatan Alam Indah Sdn. Bhd., kini pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) sedang menguruskan secara menyeluruh sistem letak kereta di bahagian pulau. Dalam pada itu, Kerajaan Negeri telah memulakan inisiatif Sistem Tempat Letak Kereta Secara Pintar (Smart Parking) bagi kawasan MBPP dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) secara Request For Proposal (RFP). Pada ketika ini, projek ini dalam proses penilaian dokumen bagi meneliti aspek teknikal dan harga.

(a) Berkenaan penamatan kontrak Syarikat Perkhidmatan Alam Indah Sdn. Bhd. tersebut, perkara ini adalah masih dalam peringkat tindakan mahkamah termasuk mengenai tunggakan hutang syarikat tersebut kepada MBPP.

VI. Ahli Kawasan Air Putih (YB. Lim Guan Eng) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

1. Apakah status kerja membaiki cerun bukit lot 1162, tanah kerjaan, Taman Cantek yang telah diluluskan dengan kos RM129,688.00 pada tahun lepas?

Y.A.B. Ketua Menteri:

1. Berdasarkan rekod Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MBPP), kerja pembaikan runtuhan cerun di Taman Cantek (tanah kerajaan) adalah di atas Lot 1126 dan bukannya di atas Lot 1162.

Perbadanan Pembangunan Pinang Pinang (PDC) sebagai agensi pelaksana telah melantik KL Geotechnics Sdn. Bhd. bagi kerja-kerja reka bentuk dan pembaikan cerun yang akan mengambil tempoh selama empat (4) bulan iaitu bermula dari 12 September 2018 sehingga 11 Januari 2019.

Kemajuan projek mengikut jadual dan tiada kelewatan iaitu di tahap 18%.

Pada masa ini, kerja penyediaan tapak sedang dijalankan untuk kerja-kerja soil nailing.

Ahli Kawasan Air Putih (YB. Lim Guan Eng) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

2. Adakah NGO yang menentang PTMP dan PIL mewakili rakyat Pulau Pinang sungguhpun

Kerajaan Negeri telah mendengar bantahan mereka dengan teliti dan adakah PTMP dan PIL akan dijalankan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

2. Para NGO yang menentang Penang Transport Master Plan (PTMP) dan Pan Island Link (PIL) tidak mewakili keseluruhan rakyat Pulau Pinang. Ramai orang awam telah menunjukkan sokongan terhadap pelaksanaan PTMP oleh Kerajaan Negeri melalui media sosial, e-mel, memorandum dan pelbagai penglibatan bersama pihak berkepentingan. Kerajaan Negeri tetap akan meneruskan projek PTMP dan PIL kerana pembangunan pengangkutan dan infrastruktur dilihat sebagai keperluan asas pembangunan ekonomi masa depan Pulau Pinang. Kerajaan Negeri juga menetapkan dalam pelaksanaan PTMP dan PIL pematuhan kepada segala keperluan untuk kelulusan akan dipatuhi walaupun mengambil masa untuk kelulusan. Kerajaan yakin dan percaya bahawa projek-projek pengangkutan boleh memberi pelbagai impak positif ke atas objektif pembangunan

Page 90: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

90

ekonomi dan komuniti, seperti produktiviti, pekerjaan, aktiviti perniagaan, nilai hartanah, pelaburan, hasil cukai dan lain-lain.

Sehubungan itu, Kerajaan Negeri akan meneruskan projek PTMP yang merangkumi PIL kerana pembangunan pengangkutan dan infrastruktur dilihat sebagai keperluan asas pembangunan ekonomi.

Kerajaan Negeri tidak menafikan impak kepada alam sekitar, tetapi impak-impak ini dikaji secara terperinci dan langkah-langkah mitigasi yang sewajarnya telah digariskan. Kerajaan Negeri telah pun memberi komitmen untuk melaksanakan mitigasi-mitigasi yang dicadangkan bagi meminimakan impak kepada alam sekitar. Disamping itu, Kerajaan Negeri juga akan memastikan pelaksanaan PTMP dan PIL akan dilakukan setelah segala kelulusan diperolehi dan akan mematuhi kesemua syarat yang ditetapkan oleh agensi berkenaan.

Ahli Kawasan Air Putih (YB. Lim Guan Eng) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

3. Apakah respon terhadap perpustakaan digital sejak ia dibuka pada tahun 2016, termasuk dibuka untuk 24 jam sejak Mei tahun 2017?

(a) Adakah ia dijadikan sebagai model untuk negara?

(b) Apakah kos untuk menambahkan bilangan perpustakaan digital di negeri?

Y.A.B. Ketua Menteri:

3. Sejak pembukaan Perpustakaan Digital Pulau Pinang (Penang Digital Library – PDL) pada 8 Oktober 2016, PDL telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pengguna di Pulau Pinang dan negeri-negeri jiran seperti Kedah dan Perlis menerusi lawatan / kunjungan yang diadakan. Lokasi yang strategik dikelilingi oleh sekolah-sekolah dan institusi pendidikan tinggi dalam lingkungan tiga (3) kilometer serta dikelilingi oleh kawasan perumahan menjadikan PDL dikunjungi oleh semua lapisan masyarakat terutamanya pelajar sekolah dan golongan muda.

Oleh kerana sambutan yang mengalakkan dan maklumbalas positif yang diterima daripada para pengguna, Kerajaan Negeri telah mengumumkan operasi perkhidmatan 24 jam / 7 hari / 365 hari mulai 1 Mei 2017. Ini menjadikan PDL perpustakaan yang pertama di negara ini yang memberikan perkhidmatan berkenaan. Dengan operasi 24 jam, ia menunjukkan peningkatan dari segi pengunjung dari semasa ke semasa. Statistik jumlah pengunjung pada tahun 2016 sehingga 2018 adalah seperti berikut:

i) 2016 : 5,579 orang

ii) 2017 : 31,684 orang

iii) 2018 (sehingga 15 Oktober 2018) : 28,474 orang

(a) PDL boleh dijadikan sebagai model untuk negara bagi pembangunan seumpamanya kerana ia merupakan perpustakaan digital sepenuhnya yang pertama di Malaysia. PDL juga telah menerima kunjungan daripada pelbagai agensi kerajaan dan syarikat swasta dari dalam dan luar negara sejak ia dibuka pada Oktober 2016. Ini termasuklah lawatan rasmi oleh :

i) HRH Princess of Thailand and Consulate General of Thailand;

ii) Wakil Jakarta Digital Library;

iii) YB. Timbalan Menteri, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia;

iv) Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia;

v) Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor dan Smart Selangor Delivery Unit (SSDU);

vi) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka dan Pembangunan Smart City Melaka;

Page 91: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

91

vii) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (Perpustakaan KL);

viii) Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB);

ix) Khazanah Nasional; dan

x) S ekolah-sekolah / Institusi Pendidikan Tinggi di Pulau Pinang dan Kedah seperti Universiti Teknologi MARA, KDU University College, Penang dan MSU College Penang.

Lawatan-lawatan tersebut bertujuan untuk mendapatkan maklumat mengenai PDL dan akan menjadi penanda aras kepada perancangan pembangunan Perpustakaan Digital di negara ini dan juga di luar negara.

(b) Kos untuk menambah bilangan Perpustakaan Digital adalah seperti berikut :

i. Perpustakaan Digital Pulau Pinang Fasa 2 (PDL-P2)

Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM10.8 juta bagi pembangunan PDL Fasa 2 (PDL-P2) yang sedang dibangunkan bersebelahan dengan PDL sedia ada. PDL-P2 ini bertemakan 'Library in the Park' untuk semua lapisan umur dan ianya telah dilancarkan pada 16 Mac 2018 dan dijangka dibuka untuk orang ramai pada Januari 2019.

ii. Butterworth Digital Library (BDL)

Kerajaan Negeri juga mengambil maklum mengenai keperluan Perpustakaan Digital di Seberang Perai. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM6.6 juta bagi pembangunan projek Butterworth Digital Library (BDL) bertempat di Dewan Ria, Kampung Benggali, Butterworth, Pulau Pinang. Projek ini adalah usahasama Think City, Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang (CMI). Projek BDL ini dijangka dibuka untuk orang ramai pada akhir tahun 2019.

iii. Perpustakaan Digital Islam Pulau Pinang (PIDL)

Kerajaan Negeri bersama dengan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) akan membangunkan Perpustakaan Digital Islam Pulau Pinang (PIDL) dengan anggaran kos sebanyak RM5 juta bagi menggalakkan penduduk negeri Pulau Pinang mendapatkan maklumat mengenai bidang pendidikan keagamaan Islam secara elektronik. Majlis pengumuman projek PIDL telah diadakan pada 7 Mei 2018. PIDL ini akan dibangunkan untuk kesemua lapisan masyarakat tanpa mengira batasan agama dan dijangka dibuka kepada orang ramai pada suku ketiga tahun 2019.

VII. Ahli Kawasan Jawi (YB. H’ng Mooi Lye) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

1. Sila nyatakan projek tebatan banjir yang telah dirancang dalam masa lima (5) tahun yang akan datang?

(a) Sekiranya ada sila nyatakan lokasi dan kos projek masing masing.

(b) Adakah Kajian JPS di daerah SPS akan dilaksanakan berkait dengan projek masing masing?Sekiranya ada sila beri contohnya.

Y.A.B. Ketua Menteri:

1. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah merancang sejumlah 37 projek tebatan banjir bagi tempoh lima tahun akan datang.

(a) Senarai projek, lokasi dan kos projek adalah seperti di Lampiran A.

(b) Pihak JPS akan melaksanakan kajian terperinci Rancangan Tebatan Banjir Sungai Jawi dan kajian terperinci bagi menaik taraf kapasiti Rumah Pam Sanglang pada

Page 92: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

92

akhir tahun 2018. Manakala kajian Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kechil pula telah pun dilaksanakan pada tahun 2013.

RUJUK LAMPIRAN A.

Ahli Kawasan Jawi (YB. H’ng Mooi Lye) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

2. Sila nyatakan kos pembelanjaan untuk penyelenggaraan Sungai Jejawi di SPS.

(a) Sila nyatakan jadual bagi setiap penyelenggaraan tahunan di Sungai Jejawi.

(b) Adakah ada rancangan oleh JPS untuk mendalamkan Sungai Jejawi di bahagian hilir sungai yang berdekatan dengan bahagian Sungai Tengah?

Y.A.B. Ketua Menteri:

2. Kos penyelenggaraan untuk Sungai Jejawi di Seberang Perai Selatan (SPS) yang telah dilaksanakan pada tahun 2017 adalah berjumlah RM772,882.00.

(a) Penyelenggaraan sungai ini dijadualkan untuk dilaksanakan setiap dua (2) tahun sekali.

(b) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui perancangan penyelenggaraan bagi tahun 2019, akan menjalankan kerja-kerja mendalamkan Sungai Jejawi termasuk kawasan di bahagian hilir sungai iaitu yang berdekatan dengan Sungai Tengah. Kos yang terlibat dianggarkan berjumlah RM1 juta.

Ahli Kawasan Jawi (YB. H’ng Mooi Lye) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

3. Sila nyatakan bilangan burung gagak dan kos yang telah ditembak di SPU, SPT dan SPS sejak tahun 2017.

(a) Apakah rancangan oleh MPSP untuk mengurangkan pembiakan burung gagak?

(b) Apakah kiraan bayaran MPSP kepada penembak burung gagak?

(c) Adakah ia mengikut bilangan yang ditembak dan berapa harganya seekor?

Y.A.B. Ketua Menteri:

3. Bilangan burung gagak yang dimusnahkan dan kos yang terlibat bagi daerah Seberang Perai Utara (SPU), Seberang Perai Tengah (SPT) dan Seberang Perai Selatan (SPS) bagi tahun 2017 dan 2018 (sehingga September 2018) adalah seperti berikut:

BIL TAHUN BILANGAN BURUNG GAGAK (EKOR) JUMLAH (EKOR)

BAYARAN

DAERAH

SPU SPT SPS

1. 2017 4,831 5353 3240 13,424 RM44,999.96

2. 2018* 2,083 2863 934 5880 RM22,096.74

JUMLAH 6,914 8,216 4,174 19,304 RM67,096.70

*Sehingga September 2018

(a) Rancangan MPSP untuk mengurangkan pembiakan burung gagak adalah seperti berikut:

(i) Menambah kekerapan aktiviti menembak burung gagak kepada setiap dua (2) minggu dengan memberi keutamaan di kawasan tumpuan burung gagak.

(ii) Menambah perangkap burung gagak;

(iii) Memusnahkan sarang burung gagak;

(iv) Memastikan sampah atau sisa makanan dikutip mengikut jadual yang ditetapkan; dan

Page 93: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

93

(v) Memberi pendidikan kepada pemilik premis makanan untuk menguruskan sisa dengan lebih teratur melalui Kempen Kerbersihan Premis Makanan.

(b) MPSP membuat bayaran kepada penembak burung gagak berdasarkan berat burung gagak. Kiraan bayaran tersebut adalah seperti berikut:-

TAHUN KADAR SEKILOGRAM

2017 (Dengan GST)

RM 10.50

2018 sehingga 31 Mei 2018 (Dengan GST)

RM11.50

2018 (Tanpa GST) RM10.80

(c) Bayaran MPSP kepada penembak burung adalah mengikut timbangan berat gagak yang ditembak.

Ahli Kawasan Jawi (YB. H’ng Mooi Lye) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

4. Sekiranya bencana berlaku seperti kebakaran yang merosakan rumah kediaman, adakah Kerajaan Negeri menyediakan rumah PPR untuk mangsa kebakaran menumpang sementara waktu sehingga kerja pembaikan rumah mangsa siap dibina semula?

(a) Sekiranya ada, sila nyatakan di kawasan mana dicadangkan.

Y.A.B. Ketua Menteri:

4. Pada masa ini, Kerajaan Negeri menyediakan sebanyak 13 unit rumah yang dilengkapi dengan perabot asas, bekalan air dan elektrik untuk menempatkan mangsa bencana secara sementara. Mangsa bencana yang dirujuk kepada Bahagian Perumahan akan diberi kebenaran untuk tinggal di unit-unit ini untuk tempoh maksimum tiga (3) bulan secara percuma.

(a) Senarai 13 unit rumah untuk penempatan mangsa bencana yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri adalah seperti berikut:-

(i) tiga (3) unit di Rumah Pangsa Padang Tembak, Daerah Timur Laut;

(ii) empat (4) unit di Pangsapuri Pelangi, Daerah Timur Laut;

(iii) empat (4) unit di Rumah Pangsa Desa Wawasan, Seberang Perai Tengah; dan

(iv) dua (2) unit di Rumah Pangsa Jawi III, Seberang Perai Selatan.

Ahli Kawasan Jawi (YB. H’ng Mooi Lye) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

5. Adakah PDC membuat kajian TIA di kawasan Pekan Nibong Tebal sebelum Projek pembinaan Jambatan Tanjong Berembang ke Nibong Tebal?

(a) Jikalau tidak, apakah rancangan oleh Kerajaan Negeri untuk membantu Pekan Nibong Tebal untuk mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas? Khasnya Nibong Tebal hanya mempunyai satu laluan keluar masuk dari jalan persekutuan.

Y.A.B. Ketua Menteri:

5. Buat masa ini tiada Kajian Impak Trafik (Traffic Impact Assessment - TIA) dibuat di kawasan Pekan Nibong Tebal sebelum projek pembinaan Jambatan Tanjong Berembang ke Nibong Tebal.

(a) Rancangan Kerajaan Negeri untuk membantu Pekan Nibong Tebal bagi mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas adalah seperti berikut:

Page 94: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

94

(i) Menggalakkan penggunaan pengangkutan awam dengan menyediakan perkhidmatan bas percuma Congestion Alleviation Transport (CAT) khusus untuk mengurangkan jumlah kenderaan di atas jalan raya;

(ii) Cadangan penyediaan hub pengangkutan bersepadu Nibong Tebal dengan kerjasama pihak Norther Corridor Implemention Authority (NCIA) bagi meningkatkan lagi kecekapan pengangkutan awam;

(iii) Pihak JKR bercadang untuk mengadakan laluan dua (2) lorong dari Bulatan Kelip untuk menghubungkan laluan connector jejambat dan Jalan Atas bagi mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas; dan

(iv) Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah melantik Universiti Sains Malaysia (USM) untuk menjalankan Kajian Impak Trafik (TIA) di kawasan Nibong Tebal iaitu di lokasi seperti berikut:

Bulanan Pekan Nibong Tebal (Jalan Atas);

Persimpangan Jalan Atas dengan Baru; dan

Persimpangan Jalan Ooi Kar Seng dengan Jalan Atas.

Ahli Kawasan Jawi (YB. H’ng Mooi Lye) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

6. Sila nyatakan bilangan Permutihan Kilang Haram di seluruh daerah di Seberang Perai yang telah berjaya dilaksanakan.

(a) Apakah tempoh penguatkuasa untuk mengambil tindakan terhadap kilang haram?

(b) Apakah langkah oleh MPSP untuk menggalakkan kilang haram menjalankan permutihan selain daripada Program Hari Perjumpaan Pelanggan MPSP yang telah dianjur?

Y.A.B. Ketua Menteri:

6. Jumlah kilang di bawah Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran yang telah berjaya memperolehi lesen tetap di seluruh Seberang Perai adalah sebanyak sembilan (9) buah kilang.

(a) Tempoh tindakan yang diambil oleh MPSP apabila menerima aduan berkaitan kilang-kilang tanpa kebenaran adalah selama tiga (3) hari tempoh berkerja. Dalam tempoh tersebut MPSP akan menjalankan siasatan sama ada aduan tersebut berasas atau tidak. Sekiranya aduan berasas, MPSP akan mengeluarkan notis pemberitahuan kesalahan kepada kilang berkenaan untuk mengambil tindakan susulan dan perkara ini akan dimaklumkan kepada pihak pengadu.

Bagi kilang-kilang tanpa kebenaran yang disenaraikan dalam program pemutihan, tindakan penguatkuasaan akan mula di ambil mulai 2 Januari 2019.

(b) Antara langkah-langkah yang diambil oleh MPSP bagi menggalakkan kilang-kilang tanpa kebenaran mengikuti program pemutihan selain daripada Program Hari Mesra Pelanggan MPSP adalah seperti berikut:

(i) Menyerahkan Borang F (Notis memanggil permohonan untuk Kebenaran Merancang Dalam Hal Pemajuan Tanpa Kebenaran Merancang) [Kaedah 14(3)] mengikut Seksyen 27 Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 kepada semua kilang yang ada dalam senarai pemutihan.

(ii) Mengadakan sesi Taklimat Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran untuk membantu memperolehi lessen tetap.

(iii) Membuat hebahan dengan mengadakan sidang media mengenai Garis Panduan Pemutihan Kilang-Kilang Tanpa Kebenaran pada 25 Januari 2018; dan

Page 95: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

95

(iv) Mengadakan pemantauan ke atas kilang-kilang tanpa kebenaran di kawasan Seberang Perai.

Ahli Kawasan Jawi (YB. H’ng Mooi Lye) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

7. Timbalan Menteri telah mengumumkan program i-suri bagi setiap suri rumah tangga.

(a) Adakah rancangan Kerajaan Negeri untuk membuka pusat pendaftaran E-kasih di semua daerah di Penang, disebabkan kini hanya dua tempat untuk menjalankan pendaftaran E-kasih iaitu di Kepala Batas dan di Pulau sahaja?

Y.A.B. Ketua Menteri:

7. Kerajaan Negeri tiada perancangan untuk membuka pusat pendaftaran e-Kasih di semua daerah buat masa kini memandangkan pelaksanaan program i-Suri Fasa 1 hanya melibatkan golongan suri rumah yang telah berdaftar dalam sistem e-Kasih sehingga 30 Jun 2018 dan tidak melibatkan kes-kes pendaftaran baharu selepas tarikh tersebut.

Walau bagaimanapun, bagi pendaftaran e-Kasih selain daripada tujuan di atas, Ketua Isi Rumah yang berpendapatan rendah iaitu mereka yang berpendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2014, (pengukuran yang telah dikemas kini pada tahun 2014), boleh mendaftar dengan Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Pulau Pinang. Untuk makluman, PGK bagi kategori miskin ialah RM940 manakala bagi kategori miskin tegar, PGK yang ditetapkan ialah RM580.

Ketua Isi Rumah yang layak boleh mendapatkan Borang Pendaftaran e-Kasih secara percuma di Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Pulau Pinang (Menara Boustead, George Town) atau pejabat cawangan di Wisma Persekutuan Seberang Perai Utara, Kepala Batas. Borang ini juga boleh diperolehi daripada semua Pejabat Daerah & Tanah (PDT) serta Pusat Khidmat Ahli Parlimen/Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam masa terdekat.

Ahli Kawasan Jawi (YB. H’ng Mooi Lye) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

8. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membina satu arena untuk e-Sports di Daerah SPS?

(a) Sila nyatakan program e-Sports yang telah dianjurkan oleh Kerajaan Negeri sebelum ini diikuti dengan lokasi dan masa.

(b) Sila nyatakan kos pembelanjaan yang telah dibelanja untuk setiap anjuran e-Sports.

Y.A.B. Ketua Menteri:

8. Kerajaan Negeri dan Perbadanaan Pembangunan Belia Negeri Pulau Pinang (PYDC) sedang berusaha untuk mendapatkan pelaburan swasta bagi mewujudkan arena e-Sports di Negeri Pulau Pinang dan belum menetapkan mana-mana kawasan atau daerah bagi tujuan tersebut.

(a) dan (b) Senarai program e-Sports yang telah dianjurkan oleh PYDC dengan kerjasama organisasi swasta dan kos yang disumbangkan oleh PYDC adalah seperti di Lampiran A.

RUJUK LAMPIRAN A.

Ahli Kawasan Jawi (YB. H’ng Mooi Lye) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

9. Bilakah tempoh tamat untuk penternak khinzir untuk menukar kepada closehouse system?

(a) Sila nyatakan syarat syarat yang telah dibincang oleh PBT, JPV, dan Kerajaan Negeri untuk penternak khinzir mengubahsuai kandang mereka.

(b) Apakah tindakan diambil oleh Kerajaan Negeri sekiranya penternak tidak menukar kepada closehouse sistem sekiranya tempoh sudah tamat.

Page 96: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

96

Y.A.B. Ketua Menteri:

9. Kerajaan Negeri telah meluluskan Enakmen Penternakan Babi pada November 2016. Selaras dengan keputusan ini, Kerajaan Negeri telah mewajibkan semua penternak babi untuk menaik taraf ladang sedia ada kepada sistem ladang tertutup selewat-lewatnya pada 31 Disember 2019.

(a) Kerajaan Negeri telah memberikan pengecualian kebenaran merancang kepada penternak babi untuk menaik taraf dari ladang terbuka kepada konsep ladang tertutup. Pengecualian hanya diberikan kepada penternak yang memenuhi syarat-syarat berikut:

(i) Pengusaha termasuk dalam senarai 182 penternak sedia ada;

(ii) Penternak tidak menambah fasiliti baharu kecuali fasiliti untuk sistem biogas;

(iii) Penternak membuat permohonan dalam tempoh pelaksanaan program Pengecualian Kebenaran Merancang iaitu sehingga 31 Disember 2018; dan

(iv) Pemohon bukan pemilik tanah atau pemilik bangunan perlu menyediakan perjanjian sewaan atau tenancy agreement.

Selain daripada pengecualian permohonan kebenaran merancang, pengecualian juga diberikan bagi perkara-perkara berikut:

(i) Pengecualian syarat tukar guna tanah daripada pertanian kepada industry;

(ii) Pengecualian daripada dikenakan syarat universal design seperti kemudahan Orang Kurang Upaya (OKU), parkir dan landskap;

(iii) Pengecualian penalti terhadap pengusaha yang menaiktaraf tanpa kebenaran; dan

(iv) Pengecualian sumbangan perparitan.

(b) Tindakan yang akan diambil sekiranya ladang ternakan tidak dinaiktaraf kepada Sistem Penternakan Tertutup adalah pemberhentian operasi ladang dan penutupan ladang tersebut. Bagi ladang yang membuat kesalahan seperti terkandung dalam enakmen seperti membuang atau melepaskan sisa babi, melepaskan atau mengeluarkan bau busuk atau tidak enak dan membiak lalat, serangga atau makhluk perosak, kompaun akan dikenakan tidak melebihi 50% daripada amaun denda maksimum bagi kesalahan tersebut. Amaun adalah tertakluk kepada kategori kesalahan.

Ahli Kawasan Jawi (YB. H’ng Mooi Lye) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

10. Adakah rancangan oleh Kerajaan Negeri untuk membina sebuah Digital Library di daerah SPS?

(a) Sila nyatakan kos pembelanjaan tahunan oleh Digital Library yang sedia ada.

Y.A.B. Ketua Menteri:

10. Kerajaan Negeri tidak mempunyai sebarang cadangan untuk membangunkan perpustakaan digital di Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) buat masa ini memandangkan konsep perpustakaan digital adalah penggunaan atau akses bahan bacaan elektronik melalui sistem secara atas talian dari mana-mana lokasi atau bangunan.

Setakat ini bagi kawasan Seberang Perai Kerajaan Negeri sedang membangunkan sebuah perpustakaan digital di kawasan Butterworth, yang dikenali sebagai Butterworth Digital Library (BDL) untuk membolehkan penduduk di kawasan Seberang Perai mendapat

Page 97: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

97

peluang untuk menggunakan perkhidmatan perpustakaan digital. BDL ini dijangka siap pada akhir tahun 2019.

(a) Kos perbelanjaan/operasi bagi Penang Digital Library (PDL) sedia ada termasuk penggajian kakitangan, pembelian eBooks, sistem perisian PDL, bayaran utiliti, perkhidmatan pembersihan dan kawalan keselamatan sejak tahun 2016 hingga 2018 adalah seperti berikut:

(i) Tahun 2016: RM 220,418.07 (Oktober – Disember 2016);

(ii) Tahun 2017: RM 662,921.65; dan

(iii) Tahun 2018: RM 474,297.52 (sehingga Oktober 2018)

Ahli Kawasan Jawi (YB. H’ng Mooi Lye) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

11. Setelah pelancaran Penang 2030 oleh YAB Ketua Menteri pada 29 Ogos 2018, apakah projek yang bakal akan dijalankan di Seberang Perai Selatan, khasnya di DUN JAWI?

Y.A.B. Ketua Menteri:

11. Perbincangan kumpulan fokus sedang dirancang dan akan dilaksana secara berperingkat mengikut golongan masyarakat dan profesional yang telah dikenal pasti. Perbincangan berkenaan bertujuan untuk mengumpul cadangan-cadangan daripada pelbagai lapisan masyarakat supaya Kerajaan Negeri dapat menjalankan projek-projek terutamanya yang dapat meningkatkan sosioekonomi di komuniti masing-masing dengan lebih berkesan dan efektif. DUN Jawi yang penuh dengan keistimewaaan dari segi geografi yang sesuai untuk aktiviti penternakan dan perikanan sudah pasti akan dapat dimanfaatkan dengan projek yang sesuai dengan Visi Penang 2030 iaitu Family-focus Green and Smart City that inspire the nation.

Ahli Kawasan Jawi (YB. H’ng Mooi Lye) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

12. Adakah peruntukan daripada Kerajaan Negeri kepada setiap pejabat daerah untuk menaik taraf infrastruktur?

(a) Sekiranya ada, sila nyatakan jenis peruntukan dan kosnya dalam setiap peruntukan.

(b) Merujuk kepada PDT SPS, sila nyatakan projek yang telah dilaksanakan oleh PDT SPS sejak 2018 hingga September diikuti setiap KADUN dan jumlah kosnya.

Y.A.B. Ketua Menteri:

12. Selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk menjadikan Pulau Pinang bertaraf antarabangsa dan pintar yang dimiliki semua lapisan masyarakat, Kerajaan Negeri telah menyediakan secara tahunan peruntukan pembangunan bagi negeri Pulau Pinang yang merangkumi peruntukan kepada Pejabat-Pejabat Daerah, Jabatan-jabatan dan agensi-agensi negeri.

(a) Jenis peruntukan yang disediakan untuk tujuan naik taraf infrastruktur yang disalurkan kepada Pejabat-Pejabat Daerah adalah seperti berikut:

Bil Nama Program Peruntukan Keseluruhan (RM)

1 Program Peningkatan dan Pemulihan Ekonomi (Naik taraf Di Komplek Gerai)

1,500,000.00

2 Menaik taraf Dewan Orang Ramai 2,500,000.00

3 Menaik taraf Jalan Kampung dan longkang 2,000,000.00

4 Pembangunan Masyarakat* 120,000.00

Catatan: Pembangunan Masyarakat adalah peruntukan berjumlah RM120,000.00 bagi setiap Ahli Dewan Undangan Negeri

Senarai projek-projek yang dilaksanakan oleh Pejabat Daerah Dan Tanah Seberang Perai Selatan pada tahun 2018 mengikut KADUN adalah seperti di Lampiran A.

RUJUK LAMPIRAN A.

Page 98: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

98

Ahli Kawasan Jawi (YB. H’ng Mooi Lye) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

13. Sila nyatakan status isu penempatan semula Ladang Byram ke Jalan Sungai Daun.

(a) Adakah permohonan kebenaran merancang dan pelan bangunan telah dilulus oleh MPSP?

(b) Adakah tender terbuka telah dijalankan oleh PDC dan nyatakan jangkaan masa untuk mula kerja dan siap kerja.

Y.A.B. Ketua Menteri:

13. Status terkini projek penempatan semula penduduk Ladang Byram ke Jalan Sungai Daun adalah di peringkat penyediaan pelan pembangunan oleh pihak konsultan.

(a) Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Bil. 2/2018 pada 11 Januari 2018 dan disahkan pada 17 Januari 2018 telah memutuskan projek ini dikecualikan daripada permohonan Kebenaran Merancang. Bagi Pelan Bangunan pula, pihak PDC akan mengemukakan permohonan kepada MPSP selepas pelan pembangunan penempatan semula penduduk Ladang Byram dimuktamadkan oleh Kerajaan Negeri.

(b) Projek ini akan dijalankan secara tender terbuka oleh pihak PDC. Jangkaan tempoh masa mula dan siap pembinaan adalah selama 18 bulan dari tarikh milikan tapak. Panggilan tender bagi projek ini dijangka akan diadakan pada suku pertama tahun 2019.

Ahli Kawasan Jawi (YB. H’ng Mooi Lye) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

14. Kerajaan Negeri harus mengambil serius tentang isu unit rumah kos rendah yang terbengkalai di Seberang Perai khasnya di Kadun Jawi.

(a) Apakah tindakan dan langkah telah diambil oleh Kerajaan Negeri tentang masalah ini?

(b) Adakah Kerajaan Negeri membuat bancian latar belakang pemilik tentang unit terbengkalai ini?

Y.A.B. Ketua Menteri:

14. (a) Pemantauan dan pengkelasan projek perumahan terbengkalai adalah di bawah tanggungjawab Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Pada dasarnya, projek terbengkalai ditakrifkan sebagai projek-projek yang mengalami masalah seperti berikut:

(i) Projek yang tidak siap dalam atau luar tempoh Perjanjian Jual dan Beli dan tiada sebarang aktiviti yang ketara di tapak pembinaan selama enam (6) bulan secara berterusan; atau

(ii) Petisyen penggulungan telah didaftarkan di Mahkamah Tinggi di bawah Seksyen 218 Akta Syarikat 1966; atau

(iii) Syarikat diletakkan di bawah Pegawai Penerima dan Pengurus (Receiver & Manager); atau

(iv) Pemaju mengakui tidak berupaya secara bertulis kepada Pengawal Perumahan; dan

(v) Disahkan projek terbengkalai oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan di bawah Seksyen 11 (1) (c) Akta 118.

(b) Berdasarkan definisi ini, tidak ada projek perumahan yang terbengkalai di Pulau Pinang khasnya di KADUN Jawi pada masa ini.

Page 99: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

99

Ahli Kawasan Jawi (YB. H’ng Mooi Lye) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

15. Rapid Bus Percuma yang telah dilancar di Negeri Pulau Pinang amat dihargai.

(a) Sila nyatakan bilangan pengguna setiap bulan sejak perlancaran hingga September 2018 di laluan Nibong Tebal.

(b) Kos dibayari kepada RAPID untuk laluan Nibong Tebal pada setiap tahun.

(c) Adakah RAPID mengkaji untuk menambah Bas Rapid khasnya di DUN Sg. Bakap

Y.A.B. Ketua Menteri:

15. (a) Jumlah pengguna/penumpang perkhidmatan bas percuma Congestion Alleviation Transport (CAT) Nibong Tebal sejak pelancaran iaitu pada 26 April 2018 hingga 30 September 2018 adalah seramai 22,638 orang. Perincian jumlah penumpang mengikut bulan adalah seperti di Lampiran A.

(b) Kos bayaran perkhidmatan CAT Nibong Tebal sejak ianya dilancarkan pada April 2018 sehingga September 2018 adalah sebanyak RM252,800.00. Anggaran kos perkhidmatan CAT Nibong Tebal bagi satu tahun pula adalah RM584,000.00.

(c) Kerajaan Negeri tidak mempunyai perancangan dalam masa terdekat untuk menambah laluan bagi perkhidmatan CAT. Walau bagaimanapun bagi kawasan DUN Sungai Bakap, Kerajaan Negeri dengan kerjasama Rapid Penang bersedia untuk meneliti dan mempertimbangkan cadangan penambahan perkhidmatan ini sekiranya terdapat keperluan dan memenuhi kriteria pemilihan kawasan yang telah ditetapkan.

RUJUK LAMPIRAN A.

Ahli Kawasan Jawi (YB. H’ng Mooi Lye) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

16. Adakah Kerajaan Negeri masih mengadakan program sewa beli untuk rakyat Pulau Pinang?

(a) Sekiranya ada sila nyatakan nama projek skim sewa beli yang akan diadakan kecuali di Sg Duri Permai.

(b) Adakah rancangan rumah PPR akan dibina di daerah SPS?

Y.A.B. Ketua Menteri:

16. Kerajaan Negeri sememangnya sedar skim sewa beli merupakan salah satu alternatif yang terbaik untuk membantu pembeli yang menghadapi masalah mematuhi syarat permohonan pinjaman yang ditetapkan oleh bank komersial. Atas alasan ini, Kerajaan Negeri dalam pelbagai platform perbincangan bersama pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sangat mengesyorkan supaya Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Pulau Pinang ditawarkan secara sewa beli kepada pemohon. Di peringkat Kerajaan Negeri, Skim Perumahan Sewa Beli telah diperkenalkan semula pada tahun 2015 kepada golongan berpendapatan kurang RM2,500 untuk memiliki Rumah Mampu Milik 'A' (Harga Maksima RM42,000).

(a) Selain daripada Taman Sungai Duri Permai, terdapat juga sebanyak 51 unit kediaman jenis strata di Taman Seruling Emas, Seberang Perai Selatan yang telah ditawarkan di bawah inisiatif ini. Kadar sewa yang ditetapkan adalah sebanyak RM100 selama 15 tahun dengan caj penyelenggaraan ditetapkan pada kadar RM20 sebulan. KPKT juga telah membangunkan PPR Tok Suboh di atas tanah seluas 18 ekar milik Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA). Projek ini menyediakan sejumlah 231 unit rumah teres setingkat, dan berkeluasan 1,300 kaki persegi. Kerja-kerja fizikal projek telah siap sepenuhnya dan Sijil Siap dan Pematuhan (CCC) telah dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) pada 21 Disember 2017. Buat masa ini jenis sewaan yang akan ditawarkan kepada pemohon yang layak masih belum dimuktamadkan. Meskipun begitu, dalam beberapa sesi perbincangan yang diadakan bersama

Page 100: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

100

pihak Kerajaan Negeri telah dipersetujui bahawa tawaran skim sewa beli merupakan mekanisme yang paling sesuai selaras dengan jumlah permohonan Rumah Mampu Milik ‘A’ harga maksima RM42,000 (RMM ‘A’) yang tinggi di Pulau Pinang.

(b) Kerajaan Negeri semasa Mesyuarat YB Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan bersama EXCO-EXCO Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 4 Oktober 2018 yang lalu telah menyerahkan kepada KPKT cadangan beberapa lagi tapak yang berpotensi untuk pembangunan PPR di lain-lain Daerah termasuk sebidang tanah seluas 3.43 di lot 20843 & 20842, Mukim 13, Batu Kawan, Seberang Perai Selatan. Cadangan yang dikemukakan masih dalam peringkat pertimbangan oleh KPKT.

Ahli Kawasan Jawi (YB. H’ng Mooi Lye) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

17. Sila nyatakan kos penyelenggaraan disalurkan untuk Taman Negeri Hutan Lipur Bukit Panchor sejak tahun 2013.

(a) Apakah rancangan oleh Kerajaan Negeri untuk memajukan Taman Negeri ini?

(b) Sila nyatakan program yang telah dijalankan di kawasan ini sejak tahun 2013.

Y.A.B. Ketua Menteri:

17. Kos penyelenggaraan Taman Negeri Bukit Panchor yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri melalui peruntukan pembangunan (P09) kepada Jabatan Perhutanan Negeri bagi tahun 2013 hingga tahun 2018 adalah berjumlah RM1,570,000.00 dengan perincian mengikut tahun seperti berikut :-

TAHUN PERUNTUKAN

(RM)

2013 300,000.00

2014 240,000.00

2015 240,000.00

2016 200,000.00

2017 250,000.00

2018 340,000.00

JUMLAH 1,570,000.00

(a) Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang menguruskan Taman Negeri Bukit Panchor berdasarkan Rancangan Pengurusan Hutan Taman Negeri Bukit Panchor 2009-2014 dan Rancangan Pengurusan Hutan Negeri Pulau Pinang 2010-2020 yang telah disedia dan diterima pakai bagi memelihara dan memulihara sumber hutan di samping memberi peluang kepada orang ramai mengunjungi taman ini dan seterusnya dapat meningkatkan sosio ekonomi masyarakat setempat.

Rancangan Pengurusan Hutan Taman Negeri Bukit Panchor 2009-2014 telah menggariskan kawasan taman negeri perlu dibahagi kepada zon kawasan intensif pembangunan, zon kawasan sederhana penggunaan, zon kawasan had penggunaan dan zon kawasan had perlindungan. Sehubungan itu, zon intensif pembangunan yang digariskan untuk Taman Negeri Bukit Panchor adalah seluas 8 hektar yang mempunyai had daya tampung pembangunan yang tertentu. Oleh yang demikian, pembangunan infrastruktur hanya dilaksanakan di zon intensif pembangunan sahaja. Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang tidak bercadang untuk meningkatkan infrastruktur yang melebihi perancangan yang ditetapkan

Page 101: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

101

memandangkan konsep penubuhan Taman Negeri Bukit Panchor adalah mengekalkan keunikan dan kepelbagaian biodiversiti di kawasan ini.

(b) Rancangan Pengurusan Hutan Taman Negeri Bukit Panchor merangkumi keseluruhan perancangan bagi pengurusan hutan taman negeri melalui pembangunan fizikal, sosio ekonomi, biodiversiti, kawasan sensitif, isu-isu berkaitan, implikasi, 'carrying capacity' serta aktiviti penyelidikan dan Pendidikan

Pengunjung yang datang ke Taman Negeri Bukit Panchor adalah terdiri daripada penduduk setempat, pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi, jabatan kerajaan, badan swasta, badan berkanun dan para penyelidik.

Program yang dibenarkan dan telah dijalankan di Taman Negeri Bukit Panchor adalah melibatkan aktiviti perkhemahan, majlis hari keluarga, sukaneka, beriadah, kem jati diri dan program berasaskan alam sekitar. Sejak tahun 2013, bilangan program yang dijalankan di Taman Negeri Bukit Panchor adalah seperti berikut:-

Ahli Kawasan Jawi (YB. H’ng Mooi Lye) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

18. Dalam Bajet 2018 pada persidangan dewan tahun lepas mengatakan Kerajaan Negeri akan mengeluarkan kad ˜I Love Penang medical.

(a) Bilakah kad ini akan dilancarkan?

(b) Apakah syarat kepada pemegang kad ini dan berapakah jumlah nilai untuk setiap kad?

Y.A.B. Ketua Menteri:

18. (a) Pada pembentangan Belanjawan 2018 yang lalu, Y.A.B. Ketua Menteri telah mengumumkan akan melancarkan kad pintar bagi semua rakyat Pulau Pinang yang dikenali sebagai kad ‘I Love Penang’. Kad ini akan menjadi medium kepada penyaluran pelbagai kemudahan dan faedah sosial yang disediakan oleh Kerajaan Negeri. Sebagai permulaan, kad ini akan dibangunkan untuk memberi kemudahan perubatan kepada penerima yang layak.

Buat masa ini, Kerajaan Negeri masih lagi sedang menilai dan meneliti secara terperinci untuk pelaksanaan kad tersebut terutamanya berkaitan dengan implikasi kewangan.

(b) Secara dasarnya cadangan penggunaan kad pintar ini akan digunakan untuk penyaluran bantuan kesihatan menerusi Program Penang Sihat. Bagi bantuan ini, setiap isi rumah berpendapatan RM5,000 ke bawah akan menerima kredit RM300 setahun manakala individu tidak berkahwin dengan pendapatan kurang daripada RM2,500 akan menerima kredit RM150 setahun. Nilai bantuan ini akan dikreditkan

AGENSI 2013 2014 2015 2016 2017 2018 JUMLAH

Sekolah rendah 28 24 29 18 25 20 144

Sekolah menengah 29 31 33 21 18 13 145

Institusi pengajian tinggi

17 19 14 20 16 13 99

Syarikat swasta/badan kebajikan

15 20 28 17 23 18 121

Jabatan kerajaan/badan berkanun

21 13 10 21 22 24 111

JUMLAH 110 107 114 97 104 88 620

Page 102: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

102

ke dalam kad pintar ‘I Love Penang’ dan boleh digunakan untuk membayar yuran perkhidmatan pesakit luar beserta ubat di pusat kesihatan terpilih dengan had maksimum RM50 setiap lawatan. Syarat yang lebih terperinci akan dimaklumkan kemudian apabila kad tersebut dilancarkan.

Ahli Kawasan Jawi (YB. H’ng Mooi Lye) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

19. Jeti Nelayan Changkat di SPS merupakan satu tempat semakin popular kebelakangan ini dan mereka memohon bekalan elektrik untuk sambung ke kawasan ini.

(a) Adakah Kerajaan Negeri boleh memberi peruntukan untuk membekalkan bekalan elektrik ke Jeti Nelayan Changkat?

(b) Apakah bantuan diterima oleh nelayan setiap tahun?

Y.A.B. Ketua Menteri:

19. Kerajaan Negeri sentiasa berusaha untuk membantu menaik taraf ekonomi nelayan.

(a) Selaras dengan aspirasi Kerajaan Negeri dalam membela semua golongan, pada tahun 2018, Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan dengan anggaran berjumlah RM359,000.00 bagi kerja-kerja bekalan elektrik di Jeti Nelayan Changkat. Bagi tujuan ini, Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Seberang Perai Selatan selaku agensi pelaksana sedang melaksanakan kerja tersebut serta dijangka siap pada penghujung Disember 2018.

(b) Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan memberikan pelbagai bentuk bantuan kepada nelayan. Antara bantuan-bantuan yang diberikan adalah seperti berikut :

(i) Pinjaman Dana Nelayan

Pinjaman mudah bagi pembelian bot dan peralatan baru atau meningkatkan keupayaan bot sedia ada, pinjaman modal operasi, pinjaman kecemasan untuk nelayan dan modal pusingan pemasaran untuk Persatuan Nelayan.

(ii) Projek Khas Perumahan Nelayan

Nelayan yang berkelayakan diberikan bantuan untuk membaik pulih dan membina rumah baharu. Program ini dilaksanakan berdasarkan tiga (3) kategori iaitu Baik Pulih Rumah Nelayan, Program Bina Baru dan Program Penempatan Semula Nelayan (PSN).

(iii) Skim Insuran Nelayan

Bertujuan untuk membela nasib keluarga nelayan dan persediaan kewangan luar jangka golongan nelayan sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini atau kemalangan melibatkan nelayan.

(iv) Elaun Sara Hidup Nelayan

Membantu meringankan beban golongan nelayan yang berkelayakan.

(v) Pengurusan Skim Subsidi Diesel dan Petrol Nelayan

Membantu menampung sebahagian kos operasi menangkap ikan kesan daripada kenaikan harga pasaran minyak.

(vi) Kursus Kemahiran dan Bengkel

Memberikan kemahiran kepada nelayan dan keluarga nelayan agar kemahiran boleh dipelbagaikan.

(vii) Sokongan dan Bantuan Kepada Kumpulan Nelayan

Sokongan dan bantuan modal serta peralatan kepada kumpulan nelayan yang terdiri daripada Kumpulan Belia Nelayan (KUBENA) dan Kumpulan

Page 103: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

103

Nelayan Wanita (KUNITA) bagi melaksanakan projek ekonomi mereka seperti aktiviti jualan kraftangan, perusahaan gerai makanan, kelas jahitan, membuat keropok lekor, kuih muih tradisional, sewaan kanopi dan sebagainya.

(viii) Bantuan Touch Point

Nelayan diberikan bantuan-bantuan input berupa barangan keselamatan dan peralatan nelayan seperti tong insulasi, baju hujan, lampu suluh dan beg kalis air.

(ix) Baucar Bantuan Nelayan Pesisir Pantai

Nelayan menerima baucar dengan nilai RM400.00 untuk ditebus guna di kedai-kedai yang telah dilantik Kerajaan Negeri.

Ahli Kawasan Jawi (YB. H’ng Mooi Lye) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

20. Adakah kerajaan tempatan bercadang menguna pakai data restoran/kedai makanan yang pernah dinilai oleh PBT/KKM dimana ia dikenakan tindakan sebagai big data untuk diakses oleh orang awam melalui aplikasi telefon bimbit atau laman web supaya rakyat dan pelancong dapat memilih untuk tidak mengunjung ke kedai yang kotor?

Y.A.B. Ketua Menteri:

20. Data mengenai tahap kebersihan restoran dan kedai makan di seluruh negeri Pulau Pinang

adalah berdasarkan kajian dan laporan yang dilakukan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Pada ketika ini, laporan mengenai Gred Kebersihan Premis Makanan dipaparkan di laman web PBT. Bagi menambah baik capaian laporan ini, Kerajaan Negeri bercadang untuk menggunakan aplikasi QR Code bagi mengenal pasti gred kebersihan premis makanan. Untuk makluman, Kerajaan Negeri pada ketika ini sedang merangka Pelan Strategik Pengredan Tahap Kebersihan Pasar Awam dan Kompleks Makanan bagi memastikan semua premis dan gerai adalah pada Gred A dan B sahaja menjelang tahun 2019.

Ahli Kawasan Jawi (YB. H’ng Mooi Lye) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

21. Pakatan Harapan mengambil kuasa di Kerajaan Persekutuan selepas PRU14, adakah rancangan kerajaan Negeri untuk memberi peruntukan kepada sekolah agama, sekolah kebangsaan, sekolah menengah dan kolej vokasional?

(a) Sekiranya ada, bilakah peruntukan ini dimohon?

Y.A.B. Ketua Menteri:

21. Kerajaan Negeri Pulau Pinang melihat pendidikan sebagai asas kepada kemakmuran dan kesejahteraan rakyat. Oleh itu, bantuan peruntukan dalam bentuk wang atau harta modal telah diberikan kepada sekolah-sekolah bantuan modal atau bantuan kerajaan mengikut keperluan sejak tahun 2009. Antara sekolah-sekolah yang menerima peruntukan di bawah Program Bantuan Pendidikan adalah Sekolah Agama Rakyat, Maahad Tahfiz, Sekolah Cina, Sekolah Mubaligh dan Sekolah Tamil. Peruntukan bantuan pendidikan yang disalurkan kepada sekolah-sekolah. Ini sejak tahun 2009 sehingga kini berjumlah RM115.8 juta.

(a) Peruntukan bagi pengurusan sekolah-sekolah bantuan penuh kerajaan adalah di bawah tanggungjawab pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri baru-baru ini telah meluluskan penyaluran peruntukan tahunan sebanyak RM3.0 juta kepada sekolah bantuan penuh kerajaan di Negeri Pulau Pinang dan penubuhan sebuah Jawatankuasa Khas Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan yang akan dipengerusikan oleh YB Prof Dr. Ramasamy, Timbalan Ketua Menteri II selaku Pengerusi Jawatankuasa MMK Pendidikan untuk menguruskan pengagihan peruntukan ini. Penyaluran peruntukan tahunan ini akan dilaksanakan berdasarkanbottom-up approach di mana peruntukan akan disalurkan berdasarkan keperluan dan permintaan

Page 104: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

104

daripada sekolah bantuan penuh kerajaan melalui Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP) serta selari dengan perancangan dan pembangunan sekolah. Permohonan boleh dikemukakan kepada JPNPP mulai Januari 2019.

Ahli Kawasan Jawi (YB. H’ng Mooi Lye) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

22. Sila nyatakan semua lokasi Unipole iklan yang dimiliki oleh MBPP dan MPSP.

(a) Adakah ia disewa kepada pihak ketiga? Sekiranya ada sila nyatakan nama syarikat, tempoh kontrak dan kos sewaan dalam tahunan sejak tahun 2013 hingga 2018.

(b) Adakah Unipole ini dibenarkan memasang alat telekomunikasi di atas papan iklan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

22. Tiada menara papan iklan setiang (unipole) yang dimiliki oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPSP). Semua unipole adalah milik syarikat swasta. Alat telekomunikasi dibenarkan dipasang di atas papan iklan dengan kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Ahli Kawasan Jawi (YB. H’ng Mooi Lye) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

23. Adakah Kerajaan Negeri rancang untuk menyediakan perkhidmatan Mini Bas atau Van seperti Perkhidmatan Bas Rapid Percuma di kawasan Parlimen Nibong Tebal?

(a) Kalau ada, bila akan dilaksanakan?

(b) Kalau tidak, adakah Kerajaan Negeri mengkaji laluan di kawasan kampung

supaya orang kampung dapat menikmati perkhimatan bas percuma.

Y.A.B. Ketua Menteri:

23. (a) Kerajaan Negeri telah melaksanakan perkhidmatan bas Rapid percuma bagi 12 laluan di Pulau Pinang. Pada ketika ini, Kerajaan Negeri tidak merancang untuk menyediakan perkhidmatan bas mini dan van percuma di kawasan Nibong Tebal dan juga lain-lain kawasan.

(b) Namun begitu, Kerajaan Negeri bersedia meneliti sebarang cadangan daripada pihak-pihak bertanggungjawab untuk meningkatkan perhubungan pengangkutan awam di kawasan kampung supaya penduduk dapat menikmati perkhidmatan bas percuma di seluruh Pulau Pinang.

VIII. Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

1. Kenapa statistik penagih dadah semakin meningkat?

(a) Apakah tindakan PDRM membanteras gejala ini?

(b) Apakah jenis program yang telah dijalankan untuk penagih dadah?

(c) Adakah pihak berkuasa berkerjasama dengan pihak sekolah, institusi agama & NGO?

Y.A.B. Ketua Menteri:

1. Statistik Penagihan di Negeri Pulau Pinang secara dasarnya telah menunjukkan penurunan dan bukan sebaliknya. Berdasarkan perbandingan pada tahun 2017 dan 2018 sehingga September, jumlah Orang Kena Pengawasan (OKP) telah berlaku penurunan sebanyak 25.6% iaitu 2155 bagi bulan September 2017 dan 6245 orang pada September 2018. Antara faktor-faktor masalah dadah di Pulau Pinang adalah seperti berikut:

Page 105: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

105

(i) Pulau Pinang mempunyai sempadan laut yang luas dan terbuka. Ini membuka peluang yang lebih tinggi untuk berlakunya penyeludupan terhadap bekalan dadah dalam negeri.

(ii) Kemasukan melalui udara di mana terdapat aspek kawalan dan pencegahan di pintu masuk utama perlu dipertingkatkan.

(iii) Melalui jalan darat, yang mudah dan cepat bagi penyeludupan terutama sekali sempadan negara dengan Thailand sangat besar dan pengedar dadah yang menggunakan peluang dalam sekelip mata sahaja dapat menyeludup masuk ke negara ini.

(iv) Terdapat peningkatan pengunaan dadah sintetik, di mana dadah tersebut mudah dibawa dalam pelbagai bentuk dan boleh diproses dengan begitu cepat dan murah.

(v) Pengunaan media elektronik, aktiviti mengedar dadah dapat dijalankan dengan lebih mudah iaitu hanya di dalam talian maya dan sukar dikesan oleh pihak berkuasa.

(a) Pihak PDRM khasnya Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) sentiasa meningkatkan operasi sekaligus tangkapan ke atas pengedar dan penagih dadah. Statistik tangkapan ke atas pengedar/penagih dadah bagi tahun 2017 dan 2018 adalah seperti di Lampiran A.

(b) Antara program rawatan dan pemulihan yang telah dijalankan kepada penagih dadah yang sedang mendapat perkhidmatan dengan AADK adalah seperti berikut:

(i) Kaunseling (Individu, kelompok dan keluarga) (ii) Early Recovery. (iii) Relapse Prevention. (iv) Kelompok Sokong Sosial. (v) 12 Langkah. (vi) Psiko Pendidikan.

(vii) Keagamaan & Kerohanian. (viii) Pendidikan Kesihatan. (ix) Family Association. (x) Integrasi Sosial. (xi) Pembangunan Kerjaya. (xii) Lawatan ke Rumah

(c) Sememangnya pihak AADK Pulau Pinang melalui dasar pendidikan pencegahan dadah telah bekerjasama dengan pihak Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang dan juga Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional bagi melaksanakan Program Intelek Asuhan Rohani (PINTAR) kepada pelajar sekolah rendah dan bagi peringkat sekolah menengah program Sayangi Hidup Elak Derita Dadah Selamanya (SHELDS) di mana program seumpama itu menjadi pembentuk sahsiah dan jati diri murid yang seterusnya dapat menjadikan mereka lebih bijaksana dalam mengelakkan diri daripada terlibat dengan pengaruh dadah.

Page 106: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

106

Pihak AADK dengan kerjasama Kerajaan Negeri dan pihak sekolah juga mengadakan program Kesedaran Antidadah di sekolah-sekolah di negeri ini. Ceramah Kesedaran Antidadah berkaitan ‘Bahaya Dadah dan Kesannya’ telah diadakan di sekolah yang terpilih dengan penyampaian maklumat oleh Pegawai AADK dan perkongsian hidup oleh Pembimbing Rakan Sebaya (PRS). Program Kesedaran Antidadah ini juga turut diselitkan dengan soalan kuiz antidadah bagi memberikan pemahaman serta menerapkan konsep dua hala melalui pertanyaan daripada pegawai dan jawapan oleh pelajar. Program ini merupakan satu langkah ke arah memberi pengetahuan asas tentang dadah bagi menyelesaikan masalah pelajar daripada menghadapi tekanan yang boleh mendorong mereka terlibat dengan penagihan dadah.

Selain daripada sekolah-sekolah, pihak AADK dengan bantuan Kerajaan Negeri juga ada mengadakan program kesedaran kepada jemaah masjid yang diadakan di Masjid Al Atiq, Jawi sebelum solat Jumaat. Program bermula dengan sesi tazkirah oleh Ketua Pegawai AADK Daerah yang membawakan isu cabaran menghadapi pengaruh dadah di kalangan masyarakat kepada hampir 200 orang jemaah masjid yang hadir.

RUJUK LAMPIRAN A.

Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

2. Kerajaan harus memandang serius terhadap penjualan arak murah di kedai serbaneka dan runcit.

(a) Apakah tindakan penguatkuasaan daripada PBT?

(b) Nyatakan statistik lesen penjualan arak yang diluluskan sejak tahun 2010 hingga kini di KADUN Batu Uban.

Y.A.B. Ketua Menteri:

2. (a) Kerajaan Negeri sememangnya memandang serius terhadap penjualan arak murah yang dijual di kedai serbaneka dan runcit. Di antara tindakan penguatkuasaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan terhadap penjualan arak murah di kedai serbaneka dan runcit adalah seperti berikut :-

(i) Menjalankan operasi penguatkuasaan secara berkala dan bersepadu bersama-sama jabatan/agensi berkaitan seperti Polis Diraja Malaysia dan Kastam; dan

(ii) Membatalkan lesen premis yang melanggar syarat-syarat perlesenan.

(b) Sebanyak 5 lesen penjualan arak telah diluluskan sejak tahun 2010 hingga 31 Oktober 2018 di KADUN Batu Uban. Butiran pengeluaran lesen mengikut tahun adalah seperti di bawah.

TAHUN JUMLAH

2010 0

2011 0

2012 0

2013 0

2014 1

2015 1

2016 2

2017 0

2018 1

JUMLAH 5

Page 107: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

107

Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

3. Kenapakah penganjuran Penang Global Indian Festival yang diadakan setiap tahun di Spice Arena (PISA) dibatalkan pada tahun ini?

Y.A.B. Ketua Menteri:

3. Penganjuran Penang Global Indian Festival (GIF) yang diadakan setiap tahun di SPICE Arena (PISA) dibatalkan pada tahun ini kerana mendapat bantahan daripada Malaysian Indian Chamber of Commerce and Industry Penang (MICCIP) dan peniaga-peniaga di kawasan Little India. Bantahan ini dibuat kerana penganjuran GIF memberi kesan dan menjejaskan perniagaan peniaga-peniaga di Pulau Pinang terutamanya di kawasan Little India. Selain itu, penganjur program ini membawa masuk peniaga-peniaga asing dan Kerajaan Negeri membuat keputusan untuk membatalkan penganjuran GIF pada tahun ini untuk menyelamatkan peniaga tempatan daripada mengalami kerugian berterusan. Peniaga-peniaga di Pulau Pinang mendakwa bahawa peniaga asing berkenaan meraih keuntungan besar sempena karnival itu kerana kos mereka yang minimum dan tidak perlu membayar cukai, sewa, bil utiliti dan kos overhead. Kerajaan Negeri akan mengkaji semula penganjuran GIF pada tahun hadapan supaya satu kaedah penyelesaian yang menguntungkan kedua-dua pihak dapat dicapai.

Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

4. Berapakah jumlah pelajar yang mengikuti kursus kemahiran di PSDC sehingga kini?

(a) Nyatakan statistik mengikut pecahan kaum.

(b) Berapakah jumlah pelajar yang berjaya ditempatkan di MNC?

Y.A.B. Ketua Menteri:

4. Jumlah pelajar yang mengikuti kursus kemahiran Technical and Vocational Education and Training (TVET) di Penang Skills Development Centre (PSDC) sehingga kini adalah seramai 5,527 pelajar.

(a) PSDC tidak menggalakkan pemantauan mengikut kaum. Oleh yang demikian, PSDC tidak mempunyai maklumat mengikut pecahan kaum.

(b) Semua pelajar (100%) yang mengikuti kursus kemahiran TVET di PSDC mendapat pekerjaan selepas menamatkan program masing-masing. Dianggarkan 60% daripada pelajar-pelajar tersebut mendapat pekerjaan di syarikat tempatan (Local Large Company dan Small and Medium Enterprise (SME)) manakala baki 40% telah mendapat pekerjaan di Multinational Corporation (MNC).

Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

5. Isu perumahan Majlis Bandaraya Pulau Pinang Sungai Nibong iaitu kenaikan sewa rumah setiap 3 tahun dan kebanyakan penghuni adalah kategori B40.

(a) Apakah cadangan MBPP menangani isu kenaikan sewa?

(b) Adakah kerajaan berhasrat menukar skim perumahan ini kepada skim sewa beli?

Y.A.B. Ketua Menteri:

5. Rumah pangsa MBPP di Sungai Nibong merupakan skim penyewaan awam yang disewakan kepada orang awam dengan kadar sewa mengikut nilai pasaran. Tawaran penyewaan juga telah ditetapkan kepada bukan golongan berpendapatan rendah.

(a) Kenaikan kadar sewa rumah pangsa Sungai Nibong mengikut amalan MBPP bagi setiap 3 tahun adalah tidak melebihi 10%. Terkini, kadar sewa sebuah unit rumah 2 bilik adalah RM385.00 dan RM405.00 sebulan sahaja. Kadar sewaan bulanan ini

Page 108: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

108

lebih rendah jika dibandingkan rumah kediaman yang serupa di kawasan pulau. Kenaikan kadar sewa ini adalah bagi menampung perbelanjaan yang semakin meningkat setiap tahun untuk kerja-kerja penyelenggaraan, pembersihan, kawalan keselamatan dan proses menaiktaraf rumah pangsa ini.

(b) Pada masa kini Kerajaan Negeri tidak berhasrat untuk menukar skim penyewaan bagi rumah pangsa ini kepada skim sewa beli.

Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

6. Kebajikan Pegawai Seranta ADUN.

(a) Adakah mereka akan dicarum Perkeso?

(b) Adakah mereka akan menikmati kemudahan yang sama di hospital awam dan pinjaman bank seperti pegawai perkhidmatan tetap kerajaan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

6. (a) Pegawai Seranta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang di bawah pelantikan Contract for Service tidak diperuntukkan caruman PERKESO berikutan Pekeliling Majikan No.2 Tahun 2013 dan dibaca bersama Pekeliling Majikan No.1 Tahun 2016 hanya menetapkan bahawa hanya semua pekerja kerajaan di bawahContract of Service diwajibkan caruman PERKESO. Bagi Pegawai Seranta yang di bawah Contract for Servicetidak terikat dengan pekeliling ini.

(b) Selaras dengan Syarat-Syarat Lantikan Secara Kontrak, kemudahan-kemudahan yang dinikmati Pegawai Seranta ADUN ialah kemudahan cuti rehat, cuti sakit dan bayaran ganjaran kontrak tertakluk kepada tempoh perkhidmatan yang ditawarkan manakala kemudahan hospital dan pinjaman bank tidak termasuk dalam kemudahan yang disediakan.

Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

7. Apakah status pembinaan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Tamil pertama?

Y.A.B. Ketua Menteri:

7. Kerajaan Negeri telah beberapa kali menulis surat kepada Kementerian Pendidikan bagi permohonan pembinaan sebuah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Tamil yang pertama dalam negara di kawasan Bagan Dalam, Butterworth sebagai keperluan dan penerusan pendidikan Bahasa Tamil bagi komuniti India di Pulau Pinang.

Maklum balas daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia melalui surat bertarikh 8 Januari 2014 menyatakan bahawa tiada peruntukan mengikut Akta Pendidikan 1996 [Akta 550] bagi membina sebuah SMJK Tamil. Surat berkenaan juga menyatakan Akta 550 hanya memperuntukkan pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) bagi memenuhi keperluan pendidikan semua kaum dalam negara.

Dalam rayuan kepada Kementerian Pendidikan, Kerajaan Negeri telah menawarkan sebidang tanah untuk mendirikan SMJK Tamil tersebut. Namun begitu, rayuan ini tidak diberi pertimbangan oleh mantan Menteri Pendidikan. Memandangkan pembinaan sebuah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Tamil yang pertama dalam negara merupakan salah satu manifesto Pakatan Harapan (PH), satu jawatankuasa khas dengan keahlian seramai lapan (8) orang yang terdiri daripada Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) keturunan India dari Pakatan Harapan telah ditubuhkan bagi merealisasikan janji-janji Pakatan Harapan untuk masyarakat India seperti yang digariskan dalam manifesto.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga akan menganjurkan Persidangan Kebangsaan Pendidikan Tamil di Malaysia pada 26 dan 27 November 2018 di Light Hotel, Seberang

Page 109: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

109

Jaya. Persidangan ini bertujuan untuk menambah baik serta memudahkan pembelajaran dan pengajaran dalam bahasa Tamil di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan turut akan membincangkan berkenaan pembinaan sebuah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Tamil yang pertama dalam negara dan masa depan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.

Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

8. Berapakah jumlah pekerja baharu yang diambil di PBA, MBPP, MPSP, PDC dan Penang Hill Corporation sejak tahun 2013 sehingga kini mengikut pecahan etnik, jantina dan umur?

Y.A.B. Ketua Menteri:

8. Jumlah pekerja baharu yang diambil sejak tahun 2013 hingga September 2018 adalah seperti berikut:

TAHUN JABATAN / AGENSI

PBB MPSP MBPP PDC PBA

2013 13 100 2840 3 68

2014 10 1536 2847 9 124

2015 5 60 3106 27 63

2016 23 325 3141 0 197

2017 20 35 3082 7 77

2018 10 15 3129 0 99

JUMLAH 81 2071 18145 46 628

Perincian mengikut pecahan etnik, jantina dan umur adalah seperti di lampiran berikut:

(a) Lampiran A - Perbadanan Bukit Bendera (PBB)

(b) Lampiran B – Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP)

(c) Lampiran C – Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP)

(d) Lampiran D – Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC)

(e) Lampiran E – Perbadanan Bekalan Air (PBA)

Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

9. Apakah program khusus untuk lepasan SPM yang tidak mendapat keputusan yang cemerlang?

Y.A.B. Ketua Menteri:

9. Bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tidak mendapat keputusan yang cemerlang, Kerajaan Negeri bekerjasama dengan Penang Skills Development Center (PSDC) dan institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta untuk meningkatkan tahap pembangunan sumber manusia berteraskan latihan kemahiran mengikut keperluan pasaran di Pulau Pinang selain pelaksanaan program-program bantuan. Antara institusi-institusi yang memainkan peranan dalam memberi latihan kemahiran adalah seperti berikut:

(i) PSDC

PSDC memainkan peranan untuk melatih sumber manusia dalam pelbagai bidang kemahiran bagi memenuhi kehendak industri berasaskan teknologi tinggi di negeri ini. Antara program khusus untuk lepasan SPM yang menjadi agenda utama Kerajaan Negeri melalui PSDC ialah dalam bidang Teknologi Pemesinan Kepersisan, Kejuruteraan (Komputer, Elektronik, Mekatronik, Telekomunikasi),

Page 110: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

110

dan Teknologi Pembuatan (CAD/CAM). Kerajaan Negeri juga telah membangunkan sistem pendidikan vokasional ala Negara Jerman iaitu Malaysian Mesiter Program (MMP) di Negeri Pulau Pinang. Melalui sistem ini, pusat latihan akan didirikan di kilang-kilang serta institusi-institusi perniagaan bagi membolehkan pelajar mempelajari pengetahuan secara teori dan menjalani latihan praktikal pada masa yang serentak. Sistem pendidikan vokasional ini akan memanfaatkan ramai pelajar dan para remaja terutamanya mereka yang kurang kemahiran dan seterusnya akan membantu untuk meningkatkan kadar pendapatan para remaja di Negeri kita.

(ii) Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA) dan Fourier Technical Consultants (FTC)

Kerajaan Negeri turut bekerjasama dengan Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA) serta Fourier Technical Consultants (FTC) dalam menyediakan program latihan dan pengajian vokasional, (Vocational Skills Employment Program-VSEP) buat pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Sejajar dengan visi Kerajaan Negeri dalam menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah bandar pintar bertaraf antarabangsa, program VSEP melalui kolaborasi Penang Science Cluster, SAMENTA dan FTC akan memberi penekanan terhadap aspek adaptif kemahiran teknikal yang boleh diguna pakai dalam memenuhi visi tersebut. Melalui program VSEP ini, pelajar bukan sahaja belajar secara teori tetapi juga mempraktikkan kemahiran yang diajar sehingga menjadi modal insan berkemahiran tinggi dalam bidang yang diminati. Dalam program VSEP, kursus City & Guilds (C&G) dijalankan oleh FTC dan mereka mempunyai rancangan untuk menambah bilangan pusat latihan sejajar dengan perkembangan VSEP.

(iii) Pusat @CAT

Satu program baharu dinamakan Penang Accelerator for Creative, Analytics & Technology (@CAT) telah dilancarkan bagi golongan yang ingin menceburi bidang perniagaan sebagai perintis pemula niaga (entreprenuer). Program ini bertujuan untuk membantu usahawan kecil yang terlibat dalam bidang animasi kreatif, analisis dan teknologi ataupun yang terlibat dalam sektor “Internet of Things”(IOT).

Kerajaan Negeri turut melaksanakan program-program bantuan bagi mengalakkan keusahawanan di kalangan rakyat Pulau Pinang khususnya bagi golongan muda dan belia. Antara program-program yang dilaksanakan adalah seperti berikut:

(i) Skim Pinjaman Harapan (SPH)

Skim Pinjaman Harapan (SPH) Negeri Pulau Pinang yang dahulunya dikenali sebagai Projek Titian Saksama Rakyat (PTSR) Negeri Pulau Pinang merupakan program mikrokredit yang memberikan pinjaman tanpa sebarang cagaran dan penjamin kepada peniaga-peniaga kecil untuk membantu usahawan tempatan, penganggur dan golongan rakyat berpendapatan rendah untuk menceburi bidang perniagaan. Peruntukan dana sebanyak RM11 juta telah disediakan bagi tujuan ini. Jumlah pinjaman adalah di antara RM2,000.00 hingga maksima RM25,000.00 dan tempoh bayaran balik adalah di antara 2 hingga 3 tahun. Sehingga bulan Oktober 2018, sebanyak RM15.15 juta telah diagihkan kepada seramai 3,060 orang usahawan.

(ii) Tabung Usahawan Tani (TUT) Negeri Pulau Pinang

Kerajaan Negeri telah memperkenalkan Tabung Usahawan Tani (TUT) Negeri Pulau Pinang yang sebelum ini dikenali sebagai Tabung Usahawan Tani Muda (TUTM) yang memberi dorongan kepada golongan belia termasuk para graduan untuk menjadikan sektor industri asas tani sebagai kerjaya dan berpotensi sebagai punca pendapatan yang lumayan. Peruntukan sebanyak RM750,000.00

Page 111: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

111

telah disediakan di mana sehingga September 2018, sebanyak RM658,000.00 telah diagihkan kepada 122 orang untuk menikmati kemudahan kredit ini.

Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

10. Berapakah jumlah Kuil Hindu, Tokong Cina, Gereja dan Kuil Sikh yang telah didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia di KADUN Batu Uban.

(a) Senaraikan mengikut nama dan alamat.

Y.A.B. Ketua Menteri:

10. Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia tidak mendaftar rumah ibadat (kuil, tokong, gereja dan sebagainya) tetapi hanya mendaftarkan Persatuan Penganut dan Jawatankuasa Pengurusan iaitu pertubuhan yang didaftarkan di bawah kategori keagamaan mengikut daerah. Jumlah Persatuan Penganut dan Jawatankuasa Pengurusan keagamaan adalah seperti berikut:

(i) Hindu – 78

(ii) Budhist – 43

(iii) Taoist - 398

(iv) Kristian – 15

(v) Sikh – 4

Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

11. Berapakah jumlah penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sejak tahun 2008 di KADUN Batu Uban mengikut:-

(a) Etnik, Jantina dan Umur.

(b) Jenis bantuan yang diterima.

Y.A.B. Ketua Menteri:

11. Jumlah penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sejak tahun 2008 yang masih aktif di KADUN Batu Uban adalah seramai 141 orang. Manakala seramai 23 penerima tidak aktif di KADUN Batu Uban adalah penerima yang meninggal dunia atau berpindah ke luar daerah/negeri

(a) Jumlah penerima bantuan JKM di Batu Uban mengikut pecahan etnik, jantina dan umur adalah seperti berikut:

ETNIK JANTINA

MELAYU CINA INDIA LAIN-LAIN LELAKI PEREMPUAN

57 66 18 0 73 68

JUMLAH 141 141

PERINGKAT UMUR BILANGAN

18-35 30

36-45 20

46-55 29

56-65 24

66-75 25

76-85 12

86-95 1

JUMLAH 141

Page 112: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

112

(b) Jenis bantuan yang diterima adalah seperti berikut :

SKIM BANTUAN JUMLAH

PENERIMA

BANTUAN KANAK-KANAK (BKK) 9

BANTUAN ORANG TUA (BOT) 36

BANTUAN OKU TIDAK BERUPAYA BEKERJA (BTB) 28

BANTUAN PENJAGAAN PESAKIT KRONIK/OKU TERLANTAR (BPT)

10

ELAUN PEKERJA CACAT (EPC) 38

BANTUAN AM (BA) Negeri 20

JUMLAH 141

Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

12. Adakah PDRM bercadang untuk membuat OPS Payung di kawasan-kawasan tumpuan orang awam di Kadun Batu Uban seperti Kompleks Bukit Jambul, di hadapan Super Tanker Food Court dan di kawasan persekolahan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

12. Ops Payung bertindak sebagai 'balai bergerak' di mana semua elemen rondaan polis akan menjadikannya sebagai tempat pertemuan. Pertemuan ini akan menampakkan kehadiran anggota polis yang ramai di sesuatu lokasi. Di bawah Ops Payung, tiga anggota polis akan bertugas mengikut syif empat jam dan mereka boleh mendirikan payung dan meja di kawasan-kawasan tumpuan orang ramai bagi memudahkan masyarakat mendapatkan bantuan. Selain memberi akses kepada penduduk setempat menyampaikan maklum balas kepada polis, anggota polis juga dapat mengambil tindakan yang cepat tatkala berlaku jenayah di sekitar lokasi payung.

Bagi kawasan-kawasan yang disebutkan di atas, sehingga kini penugasan pencegahan jenayah dibuat oleh empat (4) orang anggota Balai Polis Sungai Nibong yang keluar meronda-ronda waktu puncak semasa orang membeli belah di kawasan-kawasan tumpuan orang awam di KADUN Batu Uban seperti Kompleks Bukit Jambul, hadapan Super Tanker Food Court dan di kawasan-kawasan persekolahan. Di samping itu, penugasan rondaan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan Mobile Petrol Vehicle (MPV) Timur Laut juga ada dibuat di kawasan tersebut. Walau bagaimanapun, Ops Payung tidak dapat dilaksanakan di lokasi terbabit oleh kerana kebanyakan peralatan sedia ada rosak dan telah memadai dengan rondaan sahaja.

Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

13. Berapakah peruntukan yang telah diberikan untuk RIBI bagi tahun 2018?

(a) Sila berikan maklumat mengikut tokong, kuil, gereja,dan kuil Sikh.

Y.A.B. Ketua Menteri:

13. Jumlah peruntukan yang disalurkan kepada Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) adalah sebanyak RM2,367,036.92 bagi tahun 2018.

(a) Perincian mengenai peruntukan mengikut aktiviti keagamaan sehingga bulan September bagi tahun 2018 adalah seperti berikut :-

AKTIVITI KEAGAMAAN PERUNTUKAN

(RM)

TOKONG 1,279,454.12

KUIL HINDU 725,340.00

GEREJA 312,242.80

GUDWARA 50,000.00

JUMLAH 2,367,036.92

Page 113: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

113

Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

14. Pembayaran Program Skim Emas.

(a) Adakah kerajaan berhasrat untuk membuat pembayaran pada tahun 2019 menggunakan sistem pembayaran terus ke akaun penerima (EFT)?

Y.A.B. Ketua Menteri:

14. (a) Kerajaan Negeri sememangnya komited untuk mempermudahkan mekanisme pembayaran bagi semua program iSejahtera termasuk program Skim Pelajar Emas.

Berdasarkan perancangan Kerajaan Negeri, pembayaran secara EFT Program Skim Pelajar Emas, Program Penghargaan Warga Emas, Program Ibu Emas dan Ibu Tunggal akan dimulakan pada tahun 2019 sebagai pilot project dan seterusnya akan dikembangkan ke semua program iSejahtera yang lain. Tertakluk kepada kesesuaian dan pematuhan keperluan bagi cadangan bayaran secara EFT.

Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

15. Bilakah projek tebatan banjir akan dijalankan di KADUN Batu Uban?

Y.A.B. Ketua Menteri:

15. Projek tebatan banjir di KADUN Batu Uban yang merupakan komponen Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Bayan Lepas/Bayan Baru akan dilaksanakan setelah kelulusan peruntukan diperolehi daripada Kerajaan Persekutuan.

Projek RTB Bayan Lepas merupakan salah satu projek yang dimohon selepas kejadian banjir pada 4 dan 5 November 2017, di mana Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Pulau Pinang telah membentangkan cadangan 13 projek RTB dengan kos keseluruhan RM1 billion kepada Jawatankuasa Task Force menangani banjir di Pulau Pinang pada 28 Disember 2017 di JPS Malaysia. Walau bagaimanapun, sehingga ke hari ini projek RTB Bayan Lepas masih belum diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan dan JPS Malaysia sedang dalam proses untuk mengangkat semula permohonan kepada Kerajaan Persekutuan.

Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

16. Kes orang terjun Jambatan Kedua meningkat.

(a) Apakah tindakan daripada pihak berwajib?

Y.A.B. Ketua Menteri:

16. Malaysia yang kini melalui arus permodenan dan masyarakatnya terdiri daripada berbilang kaum, terdedah kepada tekanan yang tinggi dan tidak juga terlepas daripada mengalami senario tingkah laku bunuh diri. Cara yang paling sering digunakan untuk membunuh diri adalah dengan menggantung diri, terjun jambatan dan terjun daripada bangunan tinggi. Kini Jambatan Kedua pula menjadi sasaran bagi golongan ini untuk menyelesaikan segala masalah yang dihadapi dengan membunuh diri melalui terjunan dari Jambatan Kedua. Langkah-langkah yang diambil oleh Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) pada masa kini ialah:-

(i) Rondaan oleh Polis Bantuan/ peronda bertugas;

(ii) Pemantauan melalui kamera litar tertutup;

(iii) Memberi keutamaan kepada maklumat daripada pihak awam berkaitan terjunan dari jambatan. Disamping itu, JKSB telah mengambil langkah untuk memasang papan tanda larangan terjun di jambatan seperti lokasi di bawah:-

(a) Lokasi km 3.0 (wb) arah dari Batu Kawan menuju Pulau;

Page 114: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

114

(b) Lokasi km 18.0 di kedua-dua arah (Mainspan); dan

(c) Lokasi km 19.0 di kedua-dua arah (Mainspan).

(iv) Jambatan Kedua Sdn Bhd juga telah membeli peralatan tambahan bagi menyelamat mangsa yang terjun dari jambatan seperti pelampung, tali, sarung tangan dan jaket keselamatan; dan

(v) Jambatan Kedua Sdn Bhd dengan kerjasama pihak Akademi Bomba Kuala Kubu Bharu akan mengadakan kursus teknik penyelamatan di air dan aras tinggi. Ini sedikit sebanyak memberi gambaran bagaimana untuk menangani dan memberi pertolongan awal kepada mangsa terjun dari jambatan tetapi teknik seperti ini hanya boleh dipraktikkan jika mangsa itu sendiri memberi kerjasama dalam erti kata yang lain mangsa ingin diselamatkan.

Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

17. Apakah program dan perancangan khas oleh MSN untuk mencungkil bakat atlet-atlet muda di peringkat sekolah, kolej dan universiti untuk diserap sebagai atlet negeri?

Y.A.B. Ketua Menteri:

17. Setakat ini Majlis Sukan Negeri telah mempunyai Program Pelapis Negeri untuk menjalankan program-program pembangunan sukan di negeri Pulau Pinang. Program ini dikendalikan oleh Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri (USPTN) dibawah Bahagian Atlet, Majlis Sukan Negara dan dipantau pengurusannya oleh Majlis Sukan Negeri. Ianya bertujuan melahirkan lebih ramai atlet-atlet baru yang berumur 13 hingga 21 tahun dari 16 jenis sukan teras untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi, iaitu mewakili negeri dan seterusnya mewakili negara. Antara sukan teras yang dibangunkan di bawah program ini adalah ;

Akuatik – Renang & Terjun, Berbasikal, Gimnastik – Artistik & Gimrama, Lawn Bowls, Memanah, Olahraga, Pelayaran, Skuasy, Tenpin Bowling, Tinju, Menembak & Wushu.

Setiap sukan berikut mempunyai pusat latihan yang telah ditetapkan. Jurulatih yang berpengalaman juga dilantik bagi melatih atlet-atlet muda dibawah program ini untuk menjalani latihan harian.

Selain daripada menjalani latihan harian, atlet-atlet di bawah program (setiap sukan) ini juga turut dibawa menyertai beberapa siri kejohanan yang telah ditetapkan sebagai pengukur prestasi terkini para atlet.

Talent Identification (TID) serta Klinik Pengenalan Sukan diadakan di sekolah-sekolah bagi mencari bakat baru diperingkat akar umbi. Kem-kem bina semangat juga turut dilaksanakan kepada atlet-atlet.

Hasilnya, atlet yang terbaik, menunjukkan prestasi yang konsisten serta melepasi syarat had kelayakan dalam siri kejohanan yang disertai yang ditetapkan oleh Majlis Sukan Negeri & Persatuan Sukan Negeri akan diserap masuk ke Skuad Latihan dan akan mewakili negeri Pulau Pinang dalam Temasya Sukan Malaysia (SUKMA).

Program & Perancangan Khas Majlis Sukan Negeri

Bermula Januari 2019, Program Pelapis Negeri akan dikendalikan sepenuhnya oleh Majlis Sukan Negeri. Oleh yang demikian, penstrukturan semula serta penambahbaikan akan dilakukan. Antara perancangan khas ialah :

(a) Membesarkan lagi tapak (base) atlet-atlet pembangunan (sekolah) diperingkat negeri dengan mendapatkan data senarai pemenang-pemenang kejohanan sukan di peringkat Zon, Majlis Sukan Sekolah Pulau Pinang (MSSPP) dan Majlis Sukan sekolah Malaysia (MSSM) daripada Jabatan Pendidikan Negeri dan seterusnya akan turun ke peringkat sekolah untuk memilih atlet-atlet baru.

Page 115: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

115

(b) Berdasarkan data yang ada, pihak Majlis Sukan Negeri akan turun mencari pelajar-pelajar berkenaan di sekolah untuk memberi nasihat supaya dapat terus menjalani latihan di pusat-pusat latihan Majlis Sukan Negeri.

(c) Program Klinik Pengenalan Sukan serta Talent Identification (TID) yang lebih spesifik dengan mengaplikasikan aspek Sains Sukan juga akan terus dilaksanakan di sekolah-sekolah.

(d) Majlis Sukan Negeri juga akan turun ke kolej-kolej & universiti-universiti (Institut Pengajian Tinggi (IPT) / Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) ) di Pulau Pinang bagi mengenal pasti dikalangan pelajar-pelajar mempunyai bakat dalam sukan-sukan tertentu untuk diketengahkan dan seterusnya dilatih untuk mewakili negeri Pulau Pinang.

Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

18. Perniagaan tanpa lesen oleh peniaga asing.

(a) Apakah tindakan daripada agensi penguatkuasaan seperti Imigresen, PBT, Kastam dan PDRM?

(b) Nyatakan statistik tangkapan warga asing tanpa dokumen sah setakat tahun 2018.

Y.A.B. Ketua Menteri:

18. Tindakan yang diambil oleh agensi penguatkuasa bagi membanteras perniagaan tanpa lesen oleh peniaga warga negara asing adalah seperti berikut :

(a) Pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengambil tindakan penguatkuasaan melalui peruntukan undang-undang iaitu:

(i) Mengeluarkan Pemberitahu Tentang Kesalahan kepada pengusaha berkenaan dengan kadar denda sebanyak RM250.00 bagi setiap satu kesalahan;

(ii) Mengambil tindakan rampasan barangan tred bagi tujuan tindakan mahkamah; dan

(iii) Menyita barangan tred bagi menghapus kacau ganggu awam.

Selain itu, langkah kawalan dan penguatkuasaan gerai makanan yang dikendalikan oleh warga asing oleh MBPP adalah seperti berikut:

(i) Mengadakan operasi bersepadu bersama dengan Jabatan Imigresen bagi memantau dan mengawal warga asing yang menyalahguna permit kerja;

(ii) Mengadakan operasi bersepadu dengan Jabatan Kesihatan Negeri bagi penguatkuasaan Akta Makanan 1983; dan

(iii) Melaksanakan operasi penguatkuasaan rutin dua kali seminggu ke atas premis makanan.

(b) Tindakan yang diambil oleh MPSP terhadap perniagaan tanpa yang di usahakan oleh warga asing adalah seperti berikut:

(i) Mengambil tindakan pengeluaran Notis Menghendaki Perniagaan dihentikan dalam tempoh tertentu yang di tetapkan. Setakat ini, MPSP telah mengeluarkan 9 notis kepada warga asing yang menjalankan perniagaan tanpa lesen sah;

(ii) Mengeluarkan notis tawaran mengkompaun di atas kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen atau tidak mematuhi syarat-syarat pelesenan.Setakat ini, MPSP telah megeluarkan notis tersebut kepada 116 warga asing yang menjalankan perniagaan tanpa lesen sah;

(iii) Mengambil tindakan undang-undang di bawah Undang-undang Kecil Bayaran Lesen, MPSP 1980 diatas kesalahan menjalankan perniagaan

Page 116: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

116

tanpa lesen. Setakat ini,MPSP telah mengeluarkan notis tawaran kompaun kepada 63 warga asing yang di dapati menjalankan perniagaan tanpa lesen di bawah peruntukan undang-undang kecil tersebut;

(iv) Menjalankan operasi bersepadu bersama-sama Jabatan Imigresen Negeri dan Jabatan Kesihatan Negeri bagi pemeriksaan pematuhan syarat lesen. Setakat ini, MPSP telah menjalankan 7 operasi bersepadu bersama dengan Jabatan Imigresen Negeri dan Jabatan Kesihatan Negeri; dan

(v) Menjalankan operasi sitaan barang niaga perniagaan yang dikendalikan oleh penjaja asing dirumah kediaman yang menimbulkan kacau ganggu. Setakat ini, MPSP telah menjalankan 5 operasi sitaan barangan niaga perniagaan yang dikendalikan oleh warga asing.

Tidak ada tindakan daripada pihak Polis dan Jabatan Kastam kerana perkara ini di luar bidang kuasa jabatan tersebut.

Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Pulau Pinang telah mengambil tindakan terhadap warga asing yang menjalankan perniagaan tanpa lesen /dokumen yang sah dengan tindakan penangkapan bagi tempoh 1 Januari 2018 sehingga 30 September 2018 seperti dibawah :

WARGANEGARA TIADA PAS/DOKUMEN

[SEK.6(1)(C)]

Bangladesh 461

Indonesia 316

Myanmar 427

Nepal 106

Thailand 42

Vietnam 19

India 57

Pakistan 27

Laos 0

Cambodia 3

China PRC 3

Filipina 9

Syria 7

Britain 0

Yemen 7

Lain-Lain 9

JUMLAH 1,493

Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

19. Nyatakan projek-projek infrastruktur dan pembangunan dalam perancangan Jabatan Kerja Raya di KADUN Batu Uban?

Y.A.B. Ketua Menteri:

19. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kerja Raya Negeri telah menyediakan perancangan bagi melaksanakan projek-projek infrastruktur dan pembangunan di KADUN Batu Uban. Senarai projek dalam perancangan Jabatan Kerja Raya di KADUN Batu Uban adalah seperti berikut :

(a) Menaik taraf jalan dan bahu jalan di Bukit Gambir (berhampiran Taman Bukit Jambul);

(b) Menaik taraf jalan dan bahu jalan di Jalan Kampung Relau, Sungai Nibong;

(c) Menaik taraf jalan dan longkang di Jalan Pekaka dan jalan-jalan sekitarnya, Taman Pekaka;

Page 117: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

117

(d) Menaik taraf jalan dan longkang di Lebuh Nipah dan jalan-jalan di sekitarnya, Taman Lip Sin; dan

(e) Menaik taraf jalan dan bahu jalan di Jalan Sungai Dua.

Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

20. Industri pelancongan di Pulau Pinang.

(a) Nyatakan jumlah pelancong dalam negeri dan luar negara dari bulan Januari hingga Oktober 2018.

(b) Apakah perancangan untuk mempromosi Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan nombor 1 di Malaysia?

(c) Apakah bantuan dan insentif untuk membantu mereka yang terlibat dalam industri pelancongan tempatan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

20. (a) Statistik jumlah pelancong dalam negeri dan luar negara yang melawat Pulau Pinang dari bulan Januari hingga September 2018 diperolehi daripada data kemasukan pelancong melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang seperti di Lampiran A. Dalam tempoh tersebut, sejumlah 2,835,347 pelancong dicatatkan yang terdiri daripada 1,538,189 pelancong dalam negeri (domestik) dan 1,297,158 pelancong luar negara (antarabangsa). Data bagi bulan Oktober 2018 masih belum dikeluarkan oleh Malaysia Airports Holdings Berhad. Walau bagaimanapun, statistik pelancong yang masuk ke Pulau Pinang melalui jalan darat tidak dapat dikenal pasti.

(b) Kerajaan Negeri melalui Penang Global Tourism akan terus berusaha untuk mempromosi Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan nombor 1 di Malaysia melalui perancangan berikut:

(i) Menggiatkan penganjuran jelajah tradeshows dan penyertaan dalam pameran-pameran pelancongan di luar negara seperti South Asia’s Leading Travel Show (SATTE), World Travel Mart (WTM), ITB Berlin, Arabian Travel Market Dubai, JATA Japan, Shanghai World Travel Fair dan lain-lain melalui kerjasama rapat dengan Tourism Malaysia, syarikat penerbangan, ejen pelancongan dan penggiat industri pelancongan;

(ii) Melaksanakan kempen taktikal dengan kerjasama bersama agensi pelancongan online dan syarikat penerbangan untuk menarik lebih ramai pelancong ke Pulau Pinang. Penjualan bilik hotel dapat dipantau secara terus melalui sistem-sistem agensi pelancongan dan syarikat penerbangan; dan

(iii) Meningkatkan penglibatan pelancong (consumer engagement) dalam media sosial atau media digital supaya maklumat pelancongan Pulau Pinang dapat disalurkan terus kepada pelancong.

(c) Kerajaan Negeri telah melaksanakan pemberian insentif RM20 kepada pengayuh beca setiap minggu. Insentif tambahan sebanyak RM20 turut diberikan sekiranya pengayuh beca berkenaan hadir empat minggu berturut-turut. Inisiatif ini yang dimulakan sejak tahun 2011 telah memanfaatkan pengayuh beca di Pulau Pinang di mana mereka berpeluang menerima sehingga RM100 sebulan. Peruntukan sebanyak RM12,000 disediakan pada setiap bulan bagi program ini. Bagi pengusaha homestay pula, Kerajaan Negeri bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dalam penganjuran kursus untuk meningkatkan taraf perkhidmatan homestay dari semasa ke semasa.

RUJUK LAMPIRAN A.

Page 118: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

118

Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

21. Projek pembentungan oleh Jabatan Perkhidmatan Pembentungan di KADUN Batu Uban.

(a) Bilakah projek ini akan siap sepenuhnya?

(b) Adakah kontraktor akan diambil tindakan LED kerana gagal melaksanakan projek dalam tempoh masa yang ditetapkan?

(c) Siapakah yang akan memantau tentang isu keselamatan dan lalu lintas

Y.A.B. Ketua Menteri:

21. (a) Pelaksanaan projek rangkaian paip pembetungan di Bayan Baru, KADUN Batu Uban yang telah bermula pada 9 Oktober 2015 dijadualkan siap pada 8 Oktober 2018. Walau bagaimanapun, projek ini telah diberikan lanjutan masa pertama (EOT 1) sebanyak 131 hari, bermula 9 Oktober 2018 sehingga 17 Februari 2019 atas faktor keterlibatan perubahan jajaran paip pembetungan. Projek ini dijangka akan diberi lanjutan masa tambahan berikutan terdapat beberapa isu di tapak, iaitu penemuan kabel utiliti di Jalan Sungai Dua, Jalan Pekaka dan Jalan Bukit Gambir yang memerlukan kerja-kerja pengalihan utiliti tersebut diselesaikan terlebih dahulu bagi membolehkan kerja-kerja pemasangan paip pembetungan di tapak dapat diteruskan.

(b) Kontraktor projek ini akan dikenakan tindakan denda Liquidated Ascertained Damages (LAD) sebanyak RM32,152.42/hari, sekiranya gagal menyiapkan kerja dalam tempoh masa yang ditetapkan, berdasarkan kontrak yang ditandatangani antara pihak Kerajaan dan pihak kontraktor.

(c) Pemantauan ke atas isu keselamatan di tapak projek ini adalah di bawah tanggungjawab pihak kontraktor yang telah dipertanggungjawabkan untuk melantik Safety and Health Officer bertauliah, yang akan memastikan semua isu keselamatan dan kesihatan di tapak dapat ditangani. Di samping itu, pihak JPP dan Perunding juga menjalankan pemantauan keselamatan ketika projek dilaksanakan. Berkenaan dengan isu lalulintas, pihak kontraktor, melalui Perunding Pengurusan Lalulintas yang dilantik akan mengemukakan Pelan Pengurusan Trafik (TMP) termasuk aspek pengurusan lalu lintas kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk mendapatkan kelulusan permit sebelum kerja-kerja pemasangan paip boleh dilaksanakan di tapak. Pematuhan kepada TMP dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh PBT kelak akan memastikan pelaksanaan projek ini tidak mengganggu lalulintas.

Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

22. Astaka Jalan Permai yang kurang berpontensi.

(a) Apakah cadangan daripada Majlis Bandaraya Pulau Pinang?

Y.A.B. Ketua Menteri:

22. Antara cadangan MBPP bagi meningkatkan potensi Astaka Jalan Permai adalah seperti berikut:

(i) Mengkaji semula jenis aktiviti perniagaan penjaja di astaka tersebut;

(ii) Memberikan khidmat nasihat kepada peniaga untuk meningkatkan promosi jualan di astaka tersebut;

(iii) Menjalankan kajian bagi cadangan menswastakan astaka tersebut bagi mempelbagaikan aktiviti di kawasan berkenaan; dan

(iv) Menjalankan kajian kesesuaian pasaran mengikut demografi penduduk sekitar kawasan Jalan Permai.

Page 119: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

119

Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

23. Jeti Nelayan Batu Uban.

(a) Adakah kerajaan mempunyai cadangan untuk menaik taraf kemudahan jeti?

(b) Apakah jenis bantuan yang diberikan untuk meningkatkan ekonomi nelayan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

23. (a) Buat masa ini, kerajaan tidak mempunyai cadangan untuk menaik taraf kemudahan jeti di Batu Uban memandangkan jeti tersebut telah dinaik taraf pada tahun 2015 dan 2017. Pada tahun 2015, kerajaan melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) telah membelanjakan sejumlah RM199,950.00 bagi kerja-kerja memasang dan menyiapkan jeti terapung serta kerja-kerja berkaitan di Jeti Nelayan Batu Uban. Manakala pada tahun 2017, sejumlah RM114,730.00 dibelanjakan bagi kerja-kerja membina dan menyiapkan struktur tambahan pontoon serta kerja-kerja berkaitan.

(b) Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan telah menyediakan pelbagai bantuan bagi meningkatkan ekonomi nelayan. Antara bantuan yang diberikan ialah :

(i) Pinjaman Dana Nelayan

Pinjaman mudah bagi pembelian bot dan peralatan baru atau meningkatkan keupayaan bot sedia ada, pinjaman modal operasi, pinjaman kecemasan untuk nelayan dan modal pusingan pemasaran untuk Persatuan Nelayan.

(ii) Projek Khas Perumahan Nelayan

Nelayan yang berkelayakan diberikan bantuan untuk membaik pulih dan membina rumah baharu. Program ini dilaksanakan berdasarkan tiga (3) kategori iaitu Baik Pulih Rumah Nelayan, Program Bina Baru dan Program Penempatan Semula Nelayan (PSN).

(iii) Skim Insuran Nelayan

Bertujuan untuk membela nasib keluarga nelayan dan persediaan kewangan luar jangka golongan nelayan sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini atau kemalangan melibatkan nelayan.

(iv) Elaun Sara Hidup Nelayan

Membantu meringankan beban golongan nelayan yang berkelayakan.

(v) Pengurusan Skim Subsidi Diesel dan Petrol Nelayan

Membantu menampung sebahagian kos operasi menangkap ikan kesan daripada kenaikan harga pasaran minyak.

(vi) Kursus Kemahiran dan Bengkel

Memberikan kemahiran kepada nelayan dan keluarga nelayan agar kemahiran boleh dipelbagaikan.

(vii) Sokongan dan Bantuan Kepada Kumpulan Nelayan

Sokongan dan bantuan modal serta peralatan kepada Kumpulan Nelayan yang terdiri daripada Kumpulan Belia Nelayan (KUBENA) dan Kumpulan Nelayan Wanita (KUNITA) bagi melaksanakan projek ekonomi mereka seperti aktiviti jualan kraftangan, perusahaan gerai makanan, kelas jahitan, membuat keropok lekor, kuih muih tradisional, sewaan kanopi dan sebagainya.

Page 120: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

120

(viii) Bantuan Touch Point

Nelayan diberikan bantuan-bantuan input berupa barangan keselamatan dan peralatan nelayan seperti tong insulasi, baju hujan, lampu suluh dan beg kalis air.

Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

24. Apakah persiapan Kerajaan Negeri menghadapi Revolusi Industri 4.0?

Y.A.B. Ketua Menteri:

24. Tidak dapat dinafikan bahawa Revolusi Industri akan memberi impak besar dalam pelbagai aspek kehidupan termasuklah dalam pekerjaan. Persediaan dan perancangan yang rapi sedang diusahakan oleh Kerajaan Negeri untuk menghadapi Revolusi Industri 4.0 adalah seperti berikut:-

(i) Memberi tumpuan kepada Pendidikan STEM (Science, Technology, Engineering and Maths) bagi memastikan Pulau Pinang menjadi pusat kecemerlangan sains dan teknologi melalui penubuhan Tech Dome Penang, Penang Science Cluster, Pusat @CAT dan Penang Math Platform.

(ii) Kerajaan Negeri bekerjasama dengan Penang Skills Development Center (PSDC) dan institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta untuk meningkatkan tahap pembangunan sumber manusia berteraskan latihan kemahiran mengikut keperluan pasaran di Pulau Pinang. Semua pelajar (100%) yang mengikuti kursus kemahiran (TVET) di PSDC mendapat pekerjaan selepas menamatkan program masing-masing. Dianggarkan 60% daripada pelajar-pelajar tersebut mendapat pekerjaan di syarikat tempatan (Local Large Companydan SME) manakala baki 40% telah mendapat pekerjaan di MNC.

(iii) Menubuhkan Penang Digital Library (PDL), Butterworth Digital Library, Penang Islamic Digital Library juga merupakan inisiatif Kerajaan Negeri dalam menuju Revolusi Industri 4.0 yang memberi fokus kepada Pendidikan ESTEEMA (English, Science, Technology, Engineering, Entrepreneur, Mathematics, Arts).

(iv) Mewujudkan Penang i4.0 Seed Fund melalui dana permulaan berjumlah RM4.0 juta (USD1 juta) untuk membantu usahawan kecil dan syarikat-syarikat start-up yang terlibat dalam bidang teknologi seperti ‘IoT’, ‘e-commerce’ dan bidang berkaitan bagi mempercepatkan dan mengembangkan pembangunan syarikat- syarikat start-up di Pulau Pinang.

(v) Membangunkan Konsep Bandar Pintar di Negeri Pulau Pinang dengan mengutamakan infrastruktur ICT(Information and Communication Technology) sebagai kemudahan asas bandar dalam menuju era Revolusi Industri 4.0.

(vi) Bekerjasama dengan agensi-agensi seperti MIDA dan organisasi antarabangsa seperti SEMI (Badan Peralatan dan Bahan Semikonduktor Antarabangsa (Semiconductor Equipment and Materials International) bagi menganjurkan seminar-seminar berkaitan inovasi dan proses dalam Industri 4.0.

(vii) Seminar Kerajaan Digital dianjurkan secara tahunan dengan pembentangan dan sesi forum khusus berkaitan bidang-bidang Industri 4.0 seperti IoT, big data, blockchain, machine learning dan lain-lain.

(viii) Menganjurkan Program Hackaton Data Terbuka untuk mencetus dan menggalakkan penggunaan data terbuka kerajaan dalam kalangan rakyat, pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT), organisasi dan individu yang berbakat dalam menghasilkan produk data yang inovatif.

Page 121: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

121

(ix) Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga akan menubuhkan Jawatankuasa Industri 4.0 (Fourth Industrial Revolution Committee) yang mengandungi masyarakat setempat, Ahli Majlis, pegawai kerajaan dan sektor swasta. Jawatankuasa ini akan membincangkan polisi berkaitan industri 4.0 dan cara pelaksanaannya dengan mengambil manfaat teknologi seperti Internet of Things (IoT), Big Data dan wireless communication ke arah mencapai bandar rendah karbon.

(x) Pihak Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menggunakan pemantauan operasi lampu isyarat dan lampu jalan secara pintar.

(xi) Membangunkan sistem Smart Traffic Analytics & Recognation System untuk alat kawalan lampu isyarat.

Malah menjadi hasrat Kerajaan Negeri untuk Penjawat Awam di bawah Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, Badan Berkanun Negeri, Syarikat Kerajaan Negeri dan lain-lain diberi pendedahan dan pemahaman tentang Revolusi Industri 4.0 ini melalui latihan, seminar,kursus dan lain-lain pendedahan yang dianjurkan sama ada oleh kerajaan atau pihak swasta.

Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

25. Program Bantuan Penyelenggaran Pulau Pinang (HAPPY).

(a) Nyatakan jumlah projek dan peruntukan yang diluluskan di KADUN Batu Uban.

Y.A.B. Ketua Menteri:

25. (a) Sejak program Housing Assistance Programme Of Penang, YES!(HAPPY!) diperkenalkan pada tahun 2013, jumlah peruntukan yang diluluskan mengikut Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan tahun pelaksanaannya adalah seperti berikut:-

BIL. TAHUN PIHAK BERKUASA

TEMPATAN BILANGAN LULUS AMAUN

1 2013 MBPP 1 RM9,610.00

MPSP 2 RM458,361.00

2 2014 MBPP 10 RM1,290,620.00

MPSP 3 RM1,122,000.00

3 2015 MBPP 6 RM1,148,155.55

MPSP 6 RM1,124,000.00

JUMLAH 28 RM5,152,746.55

Daripada 17 permohonan yang diluluskan bagi skim perumahan di bawah MBPP, tiada yang direkodkan daripada KADUN Batu Uban.

Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

26. Apakah status hotel yang dijadikan sebagai hostel pekerja di Alora Hotel.

(a) Adakah telah mendapat kelulusan daripada Kerajaan Negeri dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang?

(b) Apakah garis panduan untuk hostel pekerja?

Y.A.B. Ketua Menteri:

26. (a) Kerajaan Negeri tidak memberikan sebarang kelulusan kepada Hotel Alora untuk dijadikan sebagai hostel pekerja. Pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) juga tidak menerima sebarang Permohonan Kebenaran Merancang (PKM) bagi cadangan menukar kegunaan bangunan daripada pangsapuri perkhidmatan

Page 122: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

122

kepada hostel pekerja. Sebaliknya pihak Hotel Alora telah diambil tindakan Mahkamah pada 12 Jun 2018 dan telah disabitkan kerana tidak mengemukakan permohonan tukar syarat daripada pangsapuri perkhidmatan kepada hostel pekerja. Dakwaan berkenaan adalah atas kesalahan di bawah Seksyen 28 (9) Akta Perancang Bandar dan Desa 1976 dengan denda RM20,000 atau penjara 1 bulan jika gagal menjelaskan denda. Pihak Hotel Alora telah menjelaskan denda tersebut.

(b) Kerajaan Negeri telah meluluskan Garis Panduan Perancangan Pembinaan Asrama Pekerja di Negeri Pulau Pinang dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) pada 21 November 2017. Garis Panduan ini disediakan bagi membantu Pihak Berkuasa Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan-jabatan Teknikal, pemaju, pelabur perindustrian, pihak pengurusan asrama pekerja dan perunding bagi merancang pemajuan, pembangunan, pengurusan, pelaksanaan dan penguatkuasaan pembinaan asrama pekerja di Pulau Pinang.

Garis Panduan ini telah dibuat pindaan semula bagi memastikan ianya sesuai dilaksanakan. Pindaan ini juga dibuat untuk meningkatkan tanggungjawab kepada pemilik industri supaya menyediakan kemudahan asrama termasuk kemudahan asrama kepada pekerja tempatan. Justeru, Mesyuarat JPN pada 15 Mac 2018 telah meluluskan dan mengesahkan pindaan Garis Panduan tersebut untuk diimplementasikan di negeri Pulau Pinang. Garis Panduan Perancangan Pembinaan Asrama Pekerja di Pulau Pinang adalah seperti di Lampiran A.

RUJUK LAMPIRAN A.

Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

27. Adakah kerajaan bercadang menggazetkan Masjid Jamek Batu Uban iaitu masjid yang terawal di Pulau Pinang.sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO?

Y.A.B. Ketua Menteri:

27. Kerajaan Negeri melalui George Town World Heritage Incorporated (GTWHI) sememangnya bercadang untuk mewartakan Masjid Jamek Batu Uban sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Perbincangan bersama kariah Masjid Jamek Batu Uban, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAIPP) dan Jabatan Warisan Negara mendapati masjid ini mempunyai sumbangan tersendiri dalam membentuk identiti Negeri Pulau Pinang pada hari ini di mana masjid yang diasaskan oleh Tuan Haji Mohamad Saleh atau Nakhoda Nan Intan pada tahun 1734 telah membuka penempatan Kampung Batu Uban yang merupakan penempatan terawal di Negeri Pulau Pinang.

Pada ketika ini, Jabatan Warisan Negara sedang dalam proses menetapkan Masjid Jamek Batu Uban sebagai tapak warisan kebangsaan terlebih dahulu dan mewartakannya di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005. Status tindakan terkini adalah di peringkat Notis Niat dan seterusnya Siaran Akhbar. Pencalonan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO akan dilaksanakan selepas Masjid Jamek Batu Uban didaftarkan sebagai tapak warisan kebangsaan.

Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

28. Penubuhan Koperasi di Pulau Pinang.

(a) Berapakah jumlah Koperasi yang telah ditubuhkan sejak tahun 2008?

(b) Apakah jenis bantuan yang diberikan?

Page 123: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

123

Y.A.B. Ketua Menteri:

28. (a) Sejak 2008 sebanyak 428 koperasi baharu telah ditubuhkan di Pulau Pinang dan didaftarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), menjadikan jumlahnya sehingga September 2018 adalah 724 buah.

(b) SKM menyediakan Geran Bantuan Pembangunan kepada koperasi yang berdaftar dan diagihkan selaras dengan Bidang Keberhasilan Ekonomi Koperasi iaitu:

(i) Sektor Perkhidmatan Kewangan; (ii) Sektor Pemborongan dan Peruncitan; (iii) Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan; (iv) Sektor Pertanian dan Industri Asas Tani; (v) Sektor Perladangan; dan (vi) Sektor Pembangunan Hartanah dan Industri Pembinaan.

Terdapat dua (2) jenis bantuan di bawah Geran Bantuan Pembangunan seperti berikut:

Bantuan Pembangunan Perniagaan yang terbahagi kepada tiga (3) kategori iaitu:

(a) START-UP

(i) Bantuan Perniagaan Koperasi

(ii) Bantuan Pembangunan Fizikal

(iii) Had maksimum sehingga RM50,000.00

(b) SCALING-UP

(i) Bantuan Pengukuhan/Pemantapan Perniagaan

(ii) Bantuan Pemasaran/Perkhidmatan

(iii) Had maksimum sehingga RM150,000.00

(c) ADVANCE

(i) Bantuan Pembangunan Industri Huluan & Hiliran/Inklusiviti

(ii) Had maksimum sehingga RM300,000.00

Tabung Bantuan Kecemasan Koperasi;

Pihak koperasi boleh memohon sekiranya koperasi mengalami bencana alam termasuk banjir, ribut, kilat, tanah runtuh, puting beliung, gempa bumi dan bencana alam yang lain; serta faktor luar kawalan meliputi serangan ke atas tanaman, penyakit kaki dan mulut, penyakit-penyakit lain yang boleh merosakkan tanaman atau haiwan, renjatan elektrik dan kebakaran. Had maksimum sehingga RM30,000.00.

Selain itu, pihak SKM juga menyediakan pembiayaan Tabung Modal Pusingan (TMP-JPK) kepada koperasi yang layak dan memenuhi syarat tidak melebihi RM10 juta untuk setiap koperasi melaksanakan aktiviti perniagaan selaras dengan Dasar Koperasi Negara 2011-2020.

Bagi memastikan tadbir urus koperasi menjadi lebih berkesan, Maktab Koperasi Malaysia (MKM) menawarkan latihan dan kursus wajib kepada koperasi yang berdaftar di bawah SKM.

Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

29. Berapakah jumlah kos untuk penganjuran Sukan Asia Pacific Master Games 2018?

(a) Bagaimanakah sambutan sukan tersebut daripada masyarakat dan atlet?

(b) Badan atau organisasi manakah yang diberi tanggungjawab untuk promosi dan penganjuran sukan tersebut?

Page 124: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

124

Y.A.B. Ketua Menteri:

29. Jumlah kos penganjuran Asia Pacific Masters Games (APMG) Penang 2018 adalah sebanyak RM10,235,789.32 setakat 7hb November 2018. Keseluruhan jumlah kos penganjuran hanya dapat disahkan pada penutupan tahun fiskal iaitu pada hujung bulan Disember tahun 2018.

(a) Kejohanan APMG Penang 2018 telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat setempat dan juga atlet. Seramai 5,269 peserta dari 65 negara telah menyertai 22 jenis sukan di Kejohanan APMG Penang 2018.

(b) Kerajaan Negeri telah menubuhkan sebuah Special Purpose Vehicle (SPV) iaitu Penang Asia Pacific Masters Games (PAPMG) Sdn. Bhd. yang berperanan untuk menguruskan penganjuran APMG Penang 2018.

PAPMG telah bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan Malaysia, Penang Global Tourism (PGT) dan Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATTA) untuk mempromosikan Kejohanan APMG Penang 2018 di dalam dan juga luar negara. Selain itu, kerjasama juga dilaksanakan bersama Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) untuk menganjurkan Larian Obor APMG Penang 2018 yang telah berlangsung dari 28 April hingga 8 September 2018 sebagai salah satu program mempromosikan Kejohanan APMG Penang 2018 di seluruh Malaysia.

Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

30. Apakah program-program untuk membantu usahawan Industri Perusahaan Kecil & Sederhana (IKS)?

(a) Berapakah usahawan tempatan yang berjaya mempromosi produk keluaran mereka di pasaran antarabangsa?

Y.A.B. Ketua Menteri:

30. (a) Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan InvestPenang melaksanakan pelbagai program untuk membantu pembangunan usahawan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) di Pulau Pinang seperti berikut:

(i) Menyediakan ruang operasi kepada PKS di Penang SME Centre, Taman Perindustrian Bayan Lepas dan SMEVillage di Taman Perindustrian Batu Kawan. Usahawan tempatan boleh menyewa/membeli ruang industri dalam projek-projek tersebut dengan kadar subsidi dan beroperasi berdekatan dengan syarikat luar negara supaya servis dan produk mereka dapat dibekalkan dalam tempoh masa atau jarak yang singkat;

(ii) Menganjurkan sesi-sesi pemadanan perniagaan dan peluang pemasaran;

(iii) Menjalinkan kerjasama dengan kilang pelaburan asing;

(iv) Menganjurkan Hari Pembekal dan memperkenalkan pelabur baharu kepada syarikat tempatan yang berpotensi menjadi pembekal/vendor kepada pelabur asing;

(v) Membentuk Kluster Automasi Penang atau Penang Automation Cluster (PAC) di Kawasan Perindustrian Batu Kawan yang akan mula beroperasi pada tahun 2019;

(vi) Menawarkan Penang i4.0 Seed Fund berjumlah RM4 juta untuk membantu usahawan-usahawan baharu dalam bidang berasaskan teknologi (technopreneur) yang berpotensi untuk mencapai pengkomersialan. Penang i4.0 Seed Fund ini diuruskan oleh InvestPenang di bawah Creative, Analytics, Technology (@CAT);

Page 125: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

125

(vii) Membekalkan ruang operasi kepada technopreneur dengan kadar sewa yang bersubsidi di @CAT dan menganjur pelbagai program pembangunan keusahawan untuk membantu mereka; dan

(viii) Menganjurkan sesi dialog dengan agensi persekutuan yang mempunyai dana dan bajet kepada usahawan yang ingin menaiktarafkan sistem mereka dalam Industri 4.0.

Di peringkat Persekutuan pula, berdasarkan laporan dalam Pelan Tindakan Bersepadu PKS (SMEIPA), pada tahun 2018 sebanyak 151 program pembangunan keusahawanan dan PKS dijalankan oleh pelbagai kementerian dan agensi seperti Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE) dan SME Corporation Malaysia melibatkan jumlah anggaran dana sebanyak RM12.89 bilion yang akan memberi manfaat kepada 613,576 PKS.

Berdasarkan rekod Matrade, dari tahun 2014 hingga Oktober 2018, sebanyak 803 syarikat/usahawan tempatan di Malaysia termasuk Pulau Pinang yang berjaya menyertai promosi perdagangan antarabangsa MATRADE di pelbagai negara.

MMK Perdagangan Dalam Negeri dan Antarabangsa telah membawa beberapa usahawan untuk menyertai rombongan perdagangan dan pelaburan ke negara-negara berikut bagi tujuan promosi dan pemadanan perniagaan (business matching):

(i) Pada 12-15 Julai 2018; seramai 6 usahawan Pulau Pinang menyertai Expo World HAPEX 2018 di Songkla, Thailand; dan

(ii) Pada 22-27 Oktober 2018; seramai 13 usahawan Pulau Pinang menyertai Trade Expo Indonesia di Banten dan Bandung, Indonesia.

Selain itu usahawan Pulau Pinang turut mempromosi barangan mereka dengan menyertai expo antarabangsa secara persendirian yang tidak melibatkan Kerajaan Negeri secara langsung.

IX. Ahli Kawasan Sungai Acheh (YB. Zulkifli Bin Ibrahim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

1. Adakah Kerajaan Negeri telah mengadakan kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk memperkenalkan kawasan-kawasan baru bagi menambahkan produk pelancongan di Pulau Pinang?

Y.A.B. Ketua Menteri:

1. Kerajaan Negeri sentiasa bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dalam membangunkan sektor pelancongan Pulau Pinang khususnya dalam memperkenalkan kawasan pelancongan baharu dan menambahkan produk pelancongan. Antaranya, kerjasama Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan melalui Northern Corridor Implementation Authority (NCIA) telah memudahcara pelaksanaan projek Angsana Teluk Bahang yang akan dilengkapi dengan hotel, suites dan Wellness Centre. Hotel ini merupakan satu-satunya hotel bertaraf 5 bintang di kawasan Teluk Bahang.

Kerajaan Negeri juga berkerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dalam menambah baik infrastruktur dan akses ke kawasan tarikan pelancong, seterusnya membuka ruang untuk penerokaan kawasan baharu. Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya telah meluluskan Projek Menaiktaraf Bypath E, F, G, H, I dan J di Bukit Bendera dan Projek Peningkatan Kemudahan Pelancongan di Sungai Tukun, Taman Negara Pulau Pinang.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dan Tourism Malaysia dalam pameran pelancongan di bawah pavilion Malaysia. Kerjasama ini telah terjalin dalam pameran pelancongan seperti Thailand International Travel Fair, International Travel EXPO Hong Kong, International Travel EXPO Ho Chi Minh City Vietnam dan Internationale Tourismus-Borse (ITB) Asia Singapura.

Page 126: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

126

Ahli Kawasan Sungai Acheh (YB. Zulkifli Bin Ibrahim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

2. Adakah Kerajaan Negeri akan menambah peruntukan khas melalui Pihak Berkuasa Tempatan bagi pengindahan dan naik taraf landskap di sepanjang Jalan Negeri terutamanya di kawasan Seberang Perai?

Y.A.B. Ketua Menteri:

2. Kerajaan Negeri hanya menyalurkan peruntukan Sistem Maklumat Rekod Jalanraya Malaysia (MARRIS) kepada Pihak Berkuasa Tempatan bagi tujuan penyenggaraan jalan yang mematuhi garis panduan MARRIS. Kerja penyenggaraan jalan negeri ini merangkumi kerja penyenggaraan bahu jalan, kerja-kerja pemotongan rumput/landskap, kerja menyenggara pokok-pokok di bahu jalan dan lain-lain. Bagi tahun 2018, Kerajaan Negeri telah menyalurkan peruntukan MARRIS sejumlah RM30 juta kepada Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan RM20 juta kepada Majils Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) bagi tujuan penyenggaraan jalan negeri termasuk kerja-kerja landskap yang mematuhi garis panduan MARRIS.

Bagi kawasan Seberang Perai, Kerajaan Negeri tidak menyediakan peruntukan khas kepada MPSP bagi kerja-kerja pengindahan dan naik taraf landskap di Jalan Negeri. Walau bagaimanapun, kerja-kerja tersebut tetap dilaksanakan di peringkat MPSP melalui kaedah-kaedah berikut:-

(i) Kerja-kerja naik taraf landskap perbandaran dilaksanakan oleh MPSP dengan menggunakan peruntukan bajet tahunan ataupun wang sumbangan;

(ii) Kerja-kerja pengindahan dan penanaman pokok-pokok teduhan dilaksanakan oleh JKR melalui projek naik taraf jalan-jalan utama; dan

(iii) Kerja-kerja naik taraf pengindahan landskap di jalan-jalan utama dilaksanakan melalui Program “People, Public, Private, Philantrophy, Philosopher, Planet, Partnership” (7P’s) oleh pihak penaja yang berminat.

Ahli Kawasan Sungai Acheh (YB. Zulkifli Bin Ibrahim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

3. Berapa lamakah tempoh yang diambil bagi sesuatu permohonan di bawah Program Agenda Ekonomi Saksama (AES) dari mula dipohon hingga pemohon menerima bantuan?

(a) Bantuan kewangan bulanan.

(b) Bantuan baiki rumah.

(c) Bantuan bina baru rumah

(d) Bantuan peralatan perniagaan.

Y.A.B. Ketua Menteri:

3. Program Agenda Ekonomi Saksama (AES) dan Projek Khas Ekonomi adalah dua (2) program yang berlainan dan berbeza pelaksanaannya. Program Agenda Ekonomi Saksama adalah bantuan kewangan bulanan secara top-up kepada individu/keluarga yang mempunyai pendapatan perkapita di bawah RM220 manakala Projek Khas Ekonomi adalah meliputi bantuan baiki dan bina baru rumah serta bantuan peralatan kepada mereka yang kurang berkemampuan. Tempoh masa yang diambil dari mula permohonan sehingga terima bantuan bagi setiap bantuan adalah seperti berikut:-

(a) PROGRAM AGENDA EKONOMI SAKSAMA

Tempoh yang diambil bagi sesuatu permohonan dari mula dimohon sehingga pemohon menerima bantuan Program AES adalah 30-36 hari sekiranya borang dan dokumen sokongan lengkap. Mengikut norma kerja, sekiranya permohonan diterima pada awal bulan, kes-kes boleh dibentangkan pada bulan berkenaan dan bayaran kewangan akan dibuat pada bulan berikutnya. Tempoh ini meliputi proses pendaftaran, siasatan ke rumah, hasil mesyuarat hingga selesai pembayaran.

Page 127: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

127

(b) BANTUAN BAIKI RUMAH

Tempoh yang diambil bagi sesuatu permohonan dari mula dimohon sehingga pemohon menerima bantuan baiki rumah adalah tiga (3) hingga empat (4) bulan. Tempoh ini meliputi proses pendaftaran, siasatan ke rumah, hasil mesyuarat hingga selesai pembayaran.

(c) BANTUAN BINA BARU RUMAH

Tempoh keseluruhan yang diambil bagi sesuatu permohonan dari mula dimohon sehingga pemohon menerima bantuan baiki rumah adalah tiga (3) hingga empat (4) bulan. Tempoh ini meliputi proses pendaftaran, siasatan ke rumah, hasil mesyuarat hingga selesai pembayaran.

(d) BANTUAN PERALATAN

Tempoh keseluruhan yang diambil bagi sesuatu permohonan dari mula dimohon sehingga pemohon menerima bantuan peralatan adalah tiga (3) bulan. Tempoh ini meliputi proses pendaftaran, siasatan ke rumah, hasil mesyuarat hingga selesai pembayaran.

Ahli Kawasan Sungai Acheh (YB. Zulkifli Bin Ibrahim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

4. Berapakah keluasan keseluruhan tanah yang berstatus pertanian di seluruh Pulau Pinang mengikut daerah?

Y.A.B. Ketua Menteri:

4. Keluasan keseluruhan tanah berstatus pertanian di Pulau Pinang adalah 1,897.20 hektar dan perincian mengikut daerah adalah seperti berikut:

DAERAH KELUASAN (HEKTAR)

BARAT DAYA 128.87

TIMUR LAUT 3.66

SEBERANG PERAI SELATAN 229.61

SEBERANG PERAI TENGAH 465.46

SEBERANG PERAI UTARA 1,051.60

JUMLAH 1,879.20

Ahli Kawasan Sungai Acheh (YB. Zulkifli Bin Ibrahim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

5. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk melakukan penambahbaikan di sekitar kawasan USM Transkrian agar kawasan tersebut dapat dijadikan sebagai pusat ilmu di kawasan Sungai Acheh dan Seberang Perai Selatan amnya?

Y.A.B. Ketua Menteri:

3. Perancangan Kerajaan Negeri untuk melakukan penambahbaikkan di sekitar kawasan Universiti Sains Malaysia (USM) Transkrian agar kawasan tersebut dapat dijadikan sebagai pusat ilmu di kawasan Sungai Acheh dan Seberang Perai Selatan mengikut Rancangan Struktur Negeri 2030 adalah berdasarkan kepada Dasar Perancangan Utama (DPU 2.2) iaitu meningkatkan pembangunan modal insan melalui penyediaan prasarana yang bersesuaian. Manakala, dasar strategik pelaksanaan dan langkah-langkah untuk mencapai Dasar Perancangan Utama adalah mempertingkatkan penyediaan kemudahan pendidikan dari peringkat asas sehingga ke peringkat tertiary selaras dengan falsafah pendidikan sepanjang hayat.

Mengikut Draf Rancangan Tempatan Daerah Seberang Perai Selatan, Strategi Pembangunan dan Kemudahan Masyarakat 2020 menyatakan untuk menjadikan Sri Ampangan (Transkrian) sebagai Penang Cyber City 4 (PCC4) dan Zon Institusi dan Penyelidikan. Bagaimanapun, Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) sedang menyediakan kajian Draf Rancangan Tempatan Seberang Perai 2030 dan perkara ini akan diambil kira oleh pihak MPSP.

Page 128: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

128

Untuk perancangan di sekitar Kawasan USM Transkrian agar kawasan tersebut dapat dijadikan sebagai pusat ilmu, antara tindakan yang diambil oleh MPSP adalah :

(i) Mencadangkan Kawasan Rekreasi Ampang Jajar ditingkatkan atau dinaik taraf untuk tujuan riadah dan rekreasi bagi pelajar dan penduduk tempatan;

(ii) Untuk Kawasan sekitar Tanjung Berembang dan Teluk Ipil akan ditingkatkan aktiviti, program untuk penanaman pokok api – api yang mempunyai nilai persekitaran yang tinggi untuk tujuan pembelajaran;

(iii) Kawasan kediaman dan perniagaan diwujudkan bagi menyediakan kemudahan penempatan dan kemudahan yang mencukupi di sekitar Kawasan USM Transkrian dan kawasan perumahan seperti Taman Ilmu dan Taman Pekaka; dan

(iv) Menyediakan pusat-pusat pembelajaran berbentuk kemahiran seperti kursus masakan, kraftangan, jahitan, pendawaian, pendingan dan sejuk beku dan sebagainya;

Kemudahan di atas yang telah dirancangkan akan melengkapkan kemudahan pusat ilmu sedia ada seperti berikut:

(i) USM Kampus Kejuruteraan;

(ii) Institut Latihan Perindustrian Nibong Tebal;

(iii) Maktab Rendah Sains Mara;

(iv) Institut Latihan Kemahiran MARA;

(v) Giat Mara;

(vi) Kolej Komuniti;

(vii) Kolej Vokasional; dan

(viii) Lain-lain institusi yang dimajukan oleh pihak swasta.

Ahli Kawasan Sungai Acheh (YB. Zulkifli Bin Ibrahim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

6. Adakah Kerajaan Negeri ingin mengesyorkan kepada Kerajaan Pusat melalui tanah JKP untuk mewujudkan terminal pengangkutan awam di Seberang Perai Selatan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

6. Kerajaan Negeri setakat ini tidak bercadang untuk mengesyorkan kepada Kerajaan Pusat bagi mewujudkan terminal pengangkutan awam di kawasan Seberang Perai Selatan di atas tanah milik JKP Sdn. Bhd. Ini adalah kerana Kerajaan Negeri sedang berusaha bersama pihak Northern Corridor Implementation Authority (NCIA) bagi cadangan pembinaan satu hub pengangkutan awam di atas tanah milik Railway Aset Corporation (RAC) bersebelahan stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Nibong Tebal. Tapak ini didapati lebih sesuai kerana dapat menghubungkan pengguna kereta api dan pengangkutan awam lain.

Ahli Kawasan Sungai Acheh (YB. Zulkifli Bin Ibrahim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

7. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mengurangkan pencemaran dengan menggalakkan penggunaan basikal bateri atau elektrik di kawasan tumpuan pelancong dan melarang penggunaan motosikal di kawasan tersebut?

Y.A.B. Ketua Menteri:

7. Kerajaan Negeri berhasrat untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri berbasikal untuk mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor dan seterusnya mengurangkan pencemaran udara. Sehubungan itu, stesen-stesen Link Bike, infrastruktur dan kemudahan laluan basikal telah disediakan di kawasan-kawasan tumpuan untuk kegunaan pelancong serta penduduk setempat.

Page 129: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

129

Kebanyakan basikal yang digunakan di Pulau Pinang adalah jenis konvensional manakala basikal bateri atau basikal elektrik masih kurang digunakan. Sememangnya Kerajaan Negeri menggalakkan penggunaan basikal tetapi penggunaan basikal elektrik perlu dikaji dari segi keselamatan memandangkan kelajuan yang lebih tinggi dapat dicapai dengan menggunakan basikal elektrik. Selain itu, peraturan dan garis panduan penggunaan basikal elektrik di laluan basikal perlu ditetapkan demi kepentingan dan keselesaan pengguna basikal konvensional serta pejalan kaki.

Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan juga mengambil tindakan-tindakan untuk melarang penggunaan motosikal di laluan basikal dan pejalan kaki dengan memasang papan tanda larangan dan nasihat serta mengadakan struktur-struktur fizikal yang menghalang motosikal daripada memasuki laluan basikal. Di samping itu, operasi bersepadu melibatkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis dan Pihak Berkuasa Tempatan juga dijalankan dan akan diteruskan untuk mengambil tindakan penguatkuasaan serta memberi kesedaran kepada orang awam mengenai tatacara penggunaan laluan basikal sewajarnya.

X. Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

1. Adakah perpustakaan-perpustakaan di sekitar Negeri Pulau Pinang akan dinaiktaraf?

(a) Adakah kakitangan perpustakaan akan ditambah?

Y.A.B. Ketua Menteri:

1. Terdapat sejumlah 68 buah perpustakaan dari pelbagai kategori yang diurus tadbir oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang (PPAPP) seperti di Lampiran A. Kesemua perpustakaan ini sentiasa melalui proses naik taraf dari semasa ke semasa secara berperingkat. Proses naik taraf ini dilakukan berdasarkan pemantauan, kajian serta maklum balas daripada masyarakat. Jumlah perpustakaan yang telah dinaik taraf mengikut tahun dan jumlah peruntukan adalah seperti di Lampiran B.

(a) Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang (PPAPP) tidak berhasrat untuk menambah jumlah kakitangan sedia ada buat masa ini memandangkan jumlah kakitangan sedia ada mencukupi untuk memastikan perkhidmatan perpustakaan dapat beroperasi sewajarnya.

RUJUK LAMPIRAN A DAN B.

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

2. Apakah pelan atau rancangan Kerajaan Negeri untuk projek perumahan mampu milik di Daerah Timur Laut Pulau Pinang pada tahun ini dan tahun depan untuk membantu rakyat Pulau Pinang yang berpendapatan rendah ataupun sederhana?

Y.A.B. Ketua Menteri:

2. Kerajaan Negeri telah merancang pelaksanaan lapan belas (18) projek yang bakal menyediakan sebanyak 27,080 unit Rumah Mampu Milik (RMM) iaitu 717 unit RMM 'A' (harga maksima RM42,000), 9,283 unit RMM 'B' (harga maksima RM72,500) dan 17,080 unit RMM 'C' (harga maksima RM300,000). Daripada jumlah ini, terdapat enam (6) projek yang dirancang untuk dilaksanakan di Daerah Timur Laut dan bakal menyediakan sebanyak 7,318 unit kediaman terdiri daripada 2,844 unit RMM 'B' dan 4,474 unit RMM 'C'. Perancangan projek-projek ini merupakan tindakan progresif Kerajaan Negeri bagi mengimbangi sejumlah 23,382 permohonan dalam senarai menunggu RMM pelbagai jenis di Daerah Timur Laut.

Pada masa ini, kerja-kerja fizikal bagi tiga (3) daripada projek tersebut telah pun dimulakan iaitu projek The Rise di Jalan SP Chelliah, Sandiland Foreshore di Jalan CY Choy dan Grace Harmony di Jelutong. Manakala baki tiga (3) lagi projek masih dalam peringkat perancangan dan disasarkan bermula pada tahun 2019 iaitu di Cecil Street, Kota Giam dan Jalan Perak.

Page 130: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

130

Senarai terperinci projek-projek RMM Kerajaan Negeri di Daerah Timur Laut adalah seperti di Lampiran A.

RUJUK LAMPIRAN A.

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

3. Bagaimana dan apa rancangan kerajaan untuk mengawal pencemaran udara?

Y.A.B. Ketua Menteri:

3. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) berasaskan kepada punca kuasa di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974) telah merancang dan melaksanakan tindakan untuk mengawal pencemaran udara seperti berikut:- .

(a) Menjalankan pemeriksaan dan penguatkuasaan secara berkala ke atas premis perindustrian yang tertakluk di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 bagi memastikan pelepasan dari premis tersebut mematuhi had-had yang ditetapkan dalam peraturan. Premis-premis yang gagal mematuhi had pelepasan yang ditetapkan akan dikenakan tindakan perundangan termasuk kompaun dan tindakan mahkamah di samping diberi notis supaya meningkatkan kecekapan alat kawalan pencemaran udara masing-masing supaya mematuhi had-had yang ditetapkan;

(b) Menjalankan pemeriksaan dan penguatkuasaan secara bersepadu dengan agensi-agensi termasuklah Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ke atas kenderaan-kenderaan yang tertakluk di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Petrol) 1996 bagi memastikan pelepasan asap dan gas daripada kenderaan tersebut mematuhi had-had yang ditetapkan dalam peraturan. Kenderaan-kenderaan yang gagal mematuhi had pelepasan yang ditetapkan akan dikenakan tindakan perundangan termasuk kompaun dan tindakan mahkamah di samping diberi notis supaya meningkatkan kecekapan alat kawalan pencemaran udara kenderaan supaya dapat mematuhi had-had yang ditetapkan;

(c) Penguatkuasaan supaya industri melantik individu berwibawa (competent person) bagi memastikan operasi sistem kawalan pencemaran udara di premis industri berkenaan sentiasa dipantau dan diselenggara melalui kaedah self regualtiondi samping pelepasan setiap punca mematuhi AKAS 1974;

(d) Mengawal pencemaran udara yang berpunca daripada projek-projek pembangunan yang diluluskan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 melalui penguatkuasaan secara berkala ke atas setiap projek supaya mematuhi semua syarat-syarat kelulusan yang ditetapkan dalam laporan EIA; dan

(e) Melaksanakan penguatkuasaan secara Guided Self Regulation (GSR) kepada semua pihak industri bagi menanam sikap pemilikan alam sekitar (environmental ownership) yang mampu membawa kepada kecemerlangan serta komitmen terhadap aspek penjagaan alam sekitar dan pematuhan undang-undang alam sekitar.

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

4. Bulan November 2017 adalah tarikh terakhir kemaskini yang dilakukan pada aplikasi PiTTS di GooglePlay yang dikeluarkan oleh Bahagian Kerajaan Tempatan Pulau Pinang.

(a) Apakah pelan kerajaan untuk menambah baik dan membangunkan interaktiviti aplikasi mobile yang sedia ada?

Page 131: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

131

Y.A.B. Ketua Menteri:

4. Aplikasi PiTTs buat masa ini sedang menjalani proses peralihan data kepada vendor baru

oleh Rapid Penang Sdn Bhd. Pengguna tidak dapat mengakses aplikasi tersebut sehingga proses peralihan data selesai yang dijangka pada suku kedua tahun 2019.

Cadangan penambahbaikan aplikasi PiTTs adalah untuk diintegrasikan dengan sistem Bus Information System Rapid Penang sedia ada. Dalam masa yang sama, integrasi PiTTs dengan mod pengangkutan lain seperti feri, KTM dan Kapal Terbang masih dalam perancangan awal Kerajaan Negeri.

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

5. Apakah pelan Kerajaan Negeri bagi tawaran pertama untuk membeli rumah mampu milik kepada kategori bujang berusia melebihi 30 tahun?

Y.A.B. Ketua Menteri:

5. Kerajaan Negeri buat masa ini tidak menetapkan sebarang dasar yang khusus untuk membantu pemohon-pemohon bujang daripada kategori umur tertentu dalam memperolehi unit Rumah Mampu Milik (RMM). Ini kerana dasar sedia ada adalah untuk memastikan unit-unit kediaman dengan harga berpatutan ini dibekalkan kepada rakyat Pulau Pinang yang berpendapatan rendah dan sederhana tanpa mengira peringkat usia. Kerajaan Negeri mendapati kegagalan golongan muda memiliki rumah lebih disebabkan kegagalan mendapat pinjaman dari institusi kewangan akibat pendapatan bersih yang rendah.

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

6. Bagaimanakah Kerajaan Negeri mengawal jumlah penggunaan kenderaan persendirian dan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam?

Y.A.B. Ketua Menteri:

6. Kerajaan Negeri komited dalam penambahbaikkan sistem pengangkutan awam dan perkhidmatannya dalam usaha mengawal jumlah kenderaan persendirian dan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam oleh rakyat Pulau Pinang. Antara langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri adalah seperti berikut:

(a) Menyediakan perkhidmatan Bas Shuttle percuma dalam pusat bandar George Town sejak Februari tahun 2009 sehingga kini. Perkhidmatan Bas Shuttle percuma atau lebih dikenali sebagai perkhidmatan Bas Central Area Transit (CAT) adalah langkah awal dan strategi Kerajaan Negeri untuk meningkat dan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam di bahagian pulau, Pulau Pinang. Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah menambah bilangan bas perkhidmatan Bas Shuttle percuma daripada 3 buah bas kepada 5 buah bas bermula November 2014 memandangkan permintaan pengguna Bas CAT telah meningkat. Perselangan masa perjalanan telah dikurangkan daripada 20 minit kepada 10 minit. Kos perkhidmatan Bas CAT yang ditanggung oleh MBPP adalah sebanyak RM1,234,800.00 setiap tahun. Pada masa ini, lebih kurang 4,700 orang awam menggunakan perkhidmatan Bas CAT setiap hari di mana bancian MBPP menunjukkan bahawa 40% daripada pengguna perkhidmatan Bas Shuttle percuma ini mempunyai kenderaan persendirian;

(b) Menyediakan perkhidmatan Bas Park and Ride (P&R) dari Seberang Perai ke Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas mulai 1 Mac 2011. Perkhidmatan P&R bermula dari kawasan Seberang Perai iaitu di kawasan Pasaraya Sunway, Seberang Jaya. Tujuan projek ini adalah untuk mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian di Jambatan Pulau Pinang dan Zon Perindustrian Bayan Lepas di mana kesesakan lalulintas berlaku pada waktu puncak lalulintas. Perkhidmatan ini dikenali sebagai Bridge Express Shuttle Transit (BEST) FIZ. Di samping ini juga, perkhidmatan BEST KOMTAR telah diwujudkan mulai 3 Disember 2012 untuk penjawat awam yang bertugas di KOMTAR. Perkhidmatan BEST KOMTAR

Page 132: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

132

beroperasi dari Balik Pulau, Sunway Carnival Mall, Seberang Jaya dan Bertam, Kepala Batas ke KOMTAR pada waktu pagi dan sebaliknya;

(c) Melancarkan perkhidmatan bas percuma menerusi sistem Pengangkutan Pengurangan Kesesakan (Congestion Alleviation Transport, CAT). Sebanyak enam (6) laluan telah disediakan iaitu CAT George Town 2, CAT Ayer Itam, CAT Bayan Baru, CAT Balik Pulau, CAT Sungai Dua dan CAT Pulau Tikus / Tanjung Tokong bagi kawasan pulau dan sebanyak enam (6) laluan juga telah disediakan bagi kawasan Seberang Perai iaitu CAT Bertam, CAT Seberang Jaya, CAT Bukit Mertajam, CAT Batu Kawan, CAT Nibong Tebal dan CAT Alma;

(d) Melancarkan Perkhidmatan Bas Hop On Hop Off pada 16 November 2014 di bahagian pulau, Pulau Pinang. Perkhidmatan ini telah membantu mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian dan kenderaan sewa. Perkhidmatan ini dijalankan secara bersepadu dengan perkhidmatan bas berhenti-henti dan dapat menggalakkan penggunaan perkhidmatan pengangkutan awam. Pelancong juga mempunyai satu lagi pilihan atau alternatif untuk memudahkan perjalanan mereka ke tempat-tempat tarikan pelancong;

(e) Menyediakan peruntukan setiap tahun untuk pembinaan dan penyelenggaraan kemudahan pengangkutan awam seperti pondok bas, papan tanda perhentian dan sebagainya oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Perhentian-perhentian bas berbumbung baru dibina setiap tahun melalui peruntukan kerajaan dan penajaan daripada pihak swasta. Di samping ini juga, Syarikat Rapid Bus Sdn. Bhd. dengan kerjasama MBPP telah mendirikan papan tanda elektronik yang mempunyai paparan maklumat ketibaan bas di pondok perhentian bas di kawasan pulau, Pulau Pinang. Sebanyak 42 buah papan tanda elektronik ini telah didirikan di pondok-pondok perhentian bas yang telah dikenal pasti di kawasan-kawasan yang mempunyai bilangan pengguna bas yang banyak dan penduduk berkepadatan tinggi; dan

(f) Meningkatkan kerjasama antara MBPP dan Rapid Penang Sdn. Bhd. untuk menambah baik perkhidmatan pengangkutan awam dengan meningkatkan efisiensi, keselesaan dan menaik taraf kemudahan infrastruktur. Terminal, hub dan perhentian bas berbumbung baru telah diadakan serta yang sedia ada sedang dinaik taraf secara berperingkat. Terminal A Rapid Penang di Pengkalan Weld telah dinaik taraf dan terminal tambahan iaitu Terminal B telah siap dibina pada 16 Disember 2014 untuk menampung permintaan dan peningkatan bilangan bas yang beroperasi. Hub-hub bas baru juga telah dibina di Bayan Baru, Bandar Baru Air Hitam dan Teluk Bahang. Di samping ini, Kerajaan Negeri telah membenarkan Rapid Penang menggunakan tanah yang lebih luas untuk depo dan tempat simpan bas (holding area) mereka di Sungai Nibong memandangkan bilangan bas yang menyediakan perkhidmatan telah bertambah lebih dua kali ganda. Pada masa sekarang, Rapid Penang mempunyai 400 buah bas yang beroperasi di Pulau Pinang.

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

7. Berapakah jumlah atau kapasiti tapak untuk meletak kenderaan kerajaan yang akan dibina dan disiapkan pada tahun 2019?

Y.A.B. Ketua Menteri:

7. Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menjangkakan sejumlah 3874 tapak parkir akan disediakan pada tahun 2019. Manakala MPSP merancang untuk membina 40 tempat kereta melibatkan:

(i) Jalan susur Jalan Bagan Ajam - 10 petak; dan

(ii) Lorong Sepakat 1, Taman Bandaraya - 30 petak.

Page 133: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

133

Di samping itu, Jabatan Kerja Raya akan bertanggungjawab untuk membina Depo Kenderaan Jabatan Negeri Pulau Pinang di Kompleks Masyarakat Penyayang bagi mengisikan Depo kenderaan semasa di Lebuh Peel. Parkir tersebut adalah seperti berikut:

(i) Parkir kereta – 126 buah;

(ii) Parkir kereta OKU – 2 buah;

(iii) Parkir motosikal – 36 buah; dan

(iv) Parkir bas – 4 buah.

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

8. Kempen kitar semula telah dilaksanakan pada tahun-tahun sebelum ini, namun kesedaran untuk mengitar semula barang-barang terpakai dan bahan mentah masih tidak menunjukkan perkembangan yang positif.

(a) Apakah cara yang lebih berkesan untuk menangani bahan-bahan terbuang dengan lebih proaktif?

Y.A.B. Ketua Menteri:

8. Dasar Pengasingan Sisa di Punca telah dilancarkan pada 1 Jun 2016. Melalui pelaksanaan

dasar tersebut, kadar kitar semula di Negeri Pulau Pinang telah meningkat kepada 39% pada tahun 2017 berbanding 32% sebelum pelaksanaan dasar pada tahun 2014. Ini menunjukkan peningkatan positif kesedaran kitar semula dalam kalangan penduduk Pulau Pinang.

(a) Antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk menangani sisa dengan lebih berkesan adalah seperti berikut:

(i) Membudayakan amalan kitar semula melalui pendekatan kreatif dan inovatif di peringkat sekolah sebagai pendedahan dan pendidikan awal untuk masyarakat masa depan;

(ii) Mengadakan program-program seperti Karnival Upcycle, Karnival 8R dan program-program pengkomposan bagi memperkasakan program kitar semula;

(iii) Menguatkuasakan Undang-Undang Kecil Pengasingan Sampah Dan Pelesenan Perkhidmatan Pemungutan Sampah Yang Boleh Dikitar Semula (MBPP/MPSP) 2016 mengikut kategori seperti Badan Pengurusan Bersama (1 September 2017), Komersial/Industri (1 Januari 2018) dan kediaman bertanah (1 Januari 2019);

(iv) Memperkenalkan insentif penganugerahan kepada komuniti selain daripada komuniti sekolah;

(v) Mengoptimumkan penggunaan tanah lapang dan bangunan terbiar Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk dijadikan sebagai Environmental Resources Recovery Center (ERRC) dan Recycling Community Center (RCC) dengan usahasama penglibatan persatuan penduduk atau pertubuhan bukan kerajaan; dan

(vi) Menyediakan Material Recovery Facility (MRF) di Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung.

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

9. Barangan kitar semula masih banyak yang menimbun di pusat-pusat kitar semula.

(a) Bagaimana kerajaan menangani perkara ini?

(b) Adakah Kerajaan Negeri bersedia untuk meletakkan mesin layan diri kitar semula di negeri ini?

Page 134: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

134

Y.A.B. Ketua Menteri:

9. (a) Bagi mengatasi masalah lambakan barangan kitar semula di pusat-pusat kitar semula, Kerajaan Negeri telah menguatkuasakan Undang-Undang Kecil Pengasingan Sampah dan Pelesenan Perkhidmatan Pemungutan Sampah Yang Boleh Dikitar Semula (Majlis Bandaraya Pulau Pinang/Majlis Perbandaran Seberang Perai) 2016.

Mengikut peruntukan undang-undang kecil tersebut, Badan Pengurusan Bersama perlu menyediakan kemudahan pengurusan sampah kitar semula yang mencukupi, tersusun dan tidak tercemar. Ini termasuk melantik ejen perkhidmatan pemungutan sampah kitar semula yang dilesenkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Selain itu, ejen perkhidmatan pemungutan sampah kitar semula yang dilesenkan perlu mematuhi syarat-syarat pelesenan seperti berikut:

(i) Menjalankan perkhidmatan pemungutan sampah yang boleh dikitar semula mengikut apa-apa cara yang meminimumkan kebisingan, kacau ganggu dan gangguan kepada pemunya, penghuni atau mana-mana orang;

(ii) Memastikan bahawa tiada tumpahan sampah yang boleh dikitar semula atau bahan larut resap semasa proses pengangkutan; dan

(iii) Melupuskan apa-apa baki sampah yang tidak boleh dikitar semula atau sampah kitar semula yang tidak mempunyai sebarang nilai.

(b) Kerajaan Negeri bersedia untuk mempertimbangkan cadangan untuk meletakkan mesin layan diri kitar semula di negeri ini. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira seperti berikut:-

(i) aspek kos pelaburan ;

(ii) kos pengoperasian serta penyelenggaraan ;

(iii) pulangan modal ; dan

(iv) persaingan harga kutipan barangan kitar semula konvensional berbanding dengan kutipan menggunakan mesin.

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

10. Adakah kerajaan bersedia mempertimbangkan kaedah elektronik iaitu sistem kitar semula menggunakan mesin dan kad elektronik di Pulau Pinang?

Y.A.B. Ketua Menteri:

10. Kerajaan Negeri bersedia untuk mempertimbangkan cadangan pelaksanaan sistem kitar semula menggunakan kaedah elektronik di negeri ini. Walau bagaimanapun, sebarang bentuk pelaksanaan kitar semula menggunakan mesin dan kad elektronik memerlukan kajian yang lanjut kerana terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira seperti berikut:-

(i) aspek kos pelaburan ; (ii) kos pengoperasian serta penyelenggaraan ; (iii) pulangan modal ; dan

(iv) persaingan harga kutipan barangan kitar semula konvensional berbanding dengan kutipan menggunakan mesin.

Untuk makluman, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah melaksanakan projek perintis kitar semula dengan menggunakan sistem QR code melalui usahasama dengan pihak I-CYCLE Sdn Bhd. Projek ini dilaksanakan bagi barangan kitar semula am (tidak termasuk sisa elektronik) di kawasan kediaman bertingkat seperti Desa Golf Condominium, Bukit Jambul (140 unit) dan Eden Seaview Condominium, Batu Feringghi (45 unit).

Page 135: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

135

Kajian impak yang dijalankan mendapati penduduk/penghuni telah memberikan kerjasama yang baik dengan menjalankan pengasingan sampah yang boleh dikitar semula. Selain itu, kajian juga mendapati pengumpulan bahan kitar semula yang mempunyai nilai komersial seperti kertas semakin meningkat.

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

11. Isu gelandangan sedikit sebanyak memberi kesan kepada industri pelancongan negeri, oleh itu bagaimanakah isu ini ditangani oleh pihak Kerajaan Negeri?

(a) Adakah usaha-usaha tersebut berkesan dan efektif dalam menangani isu gelandangan dalam bandar?

Y.A.B. Ketua Menteri:

11. Kerajaan Negeri sememangnya memandang serius mengenai isu gelandangan dan telahpun merangka beberapa langkah bagi mengatasi perkara ini. Antara langkah yang diambil adalah seperti berikut:-

(i) PUSAT TRANSIT GELANDANGAN DAN WARGA EMAS

Kerajaan Negeri sedang dalam tindakan membina sebuah pusat transit yang akan menjadi penempatan gelandangan dan juga turut bertindak sebagai pusat aktiviti warga emas di lot 19, Jalan C.Y. Choy, Georgetown. Bangunan ini adalah bangunan rumah kedai dua tingkat milik Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP). Pembinaan pusat transit ini dijangka siap pada tahun 2019.

Program ini akan menempatkan gelandangan di pusat transit tersebut selama 6 hingga 12 bulan manakala bagi warga emas mereka dibenarkan tinggal di situ selama beberapa jam sahaja. Pengurusan pusat transit ini dicadang diuruskan oleh pihak Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang telah dikenal pasti oleh pihak Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang.

Sepanjang tempoh tersebut, gelandangan akan diberi latihan yang bersesuaian dengan kemampuan dan minat mereka manakala bagi warga emas pula akan didedahkan dengan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian. Pekerja sosial atau sukarelawan daripada NGO akan menjadi tenaga penggerak dalam program ini. Seterusnya, kerjasama dengan syarikat-syarikat swasta akan dipertingkatkan dengan menggalakkan pihak majikan mengambil golongan ini sebagai pekerja.

Manakala bagi gelandangan yang tidak produktif seperti warga emas ataupun mereka yang mempunyai penyakit berjangkit, mereka akan ditempatkan di pusat-pusat yang dikendalikan oleh NGO yang sedia ada secara kekal sekiranya mereka ini sebatang kara ataupun saudara mara dan anak-anak mereka tidak dapat dikesan. Kerajaan Negeri akan memberikan geran pentadbiran dan rangsum kepada NGO yang berkaitan.

Buat sementara waktu, gelandangan akan ditempatkan di Anjung Singgah Pulau Pinang iaitu pusat transit gelandangan milik Kerajaan Persekutuan di lot No.53, Lebuh Chulia, Pulau Pinang yang beroperasi sejak 9 Jun 2014. Anjung Singgah juga bekerjasama dengan Kerajaan Negeri, NGO dan swasta bagi memberi penempatan dan perlindungan kepada gelandangan.

(ii) PROFILING GELANDANGAN

Selain itu, Bahagian Perundangan dan Penguatkuasaan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia juga sedang membangunkan sistem profiling gelandangan dan telah memilih Pulau Pinang sebagai pilot project. Sistem ini akan merekodkan maklumat-maklumat berkaitan gelandangan yang diselamatkan melalui aplikasi telefon pintar atau komputer dan membantu pegawai penguatkuasa mengenal pasti gelandangan samada kes baharu atau berulang. Dengan adanya sistem profiling ini, ianya dapat membantu agensi kerajaan yang

Page 136: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

136

berkaitan dalam merangka strategi yang bersesuaian untuk membantu golongan gelandangan.

(iii) OPERASI BERSEPADU BERSAMA AGENSI KERAJAAN/SWASTA/NGO

Bagi tempoh Januari hingga Jun 2018, sebanyak 28 kali operasi bersepadu bagi menyelamatkan gelandangan telah dilaksanakan di sekitar Pulau Pinang. Gelandangan berumur 60 tahun ke atas yang diselamatkan akan ditempatkan di Rumah Seri Kenangan (Bedong, Taiping, Tanjung Rambutan atau Kangar) manakala yang berumur 60 tahun ke bawah akan ditempatkan di Desa Bina Diri (Mersing atau Jerantut). Terdapat juga gelandangan yang ditempatkan di pusat jagaan NGO sekitar Pulau Pinang. Operasi menyelamat ini adalah berdasarkan Akta Orang Papa 1977 dan standard operating procedure (SOP) JKM yang mensasarkan golongan orang papa dan pengemis, termasuk gelandangan.

(iv) KEMPEN ''BIJAK MEMBANTU, ELAK TERTIPU”

Meneruskan kempen sedia ada iaitu ''Bijak Membantu, Elak Tertipu” yang dilancarkan pada 27 November 2017 bagi mendidik masyarakat berkaitan isu gelandangan melalui pengiklanan di billboard di sekitar KOMTAR. Kempen ini juga dilakukan di beberapa pusat membeli belah seperti Pasaraya Mydin, Tesco, Stesen Keretapi Butterworth, Terminal Feri Pulau Pinang, Padang Kota, sekitar masjid-masjid, pasar-pasar malam dan program-program jabatan seperti Program Kembara Kebajikan.

(v) PROGRAM ADVOKASI

Mengadakan program advokasi yang berterusan kepada jabatan kerajaan, pihak swasta, NGO, Institut Pengajian Tinggi dan orang ramai berkenaan isu gelandangan.

(vi) MESYUARAT PENYELARASAN BERSAMA AGENSI KERAJAAN DAN SWASTA

Mengadakan mesyuarat penyelarasan bersama agensi kerajaan dan swasta bagi membincang dan menyelesaikan isu-isu berbangkit mengenai isu gelandangan. Setakat ini, JKM telah mengadakan sebanyak lima kali mesyuarat penyelarasan di peringkat daerah dan dua kali di peringkat negeri.

(a) Kerajaan Negeri komited untuk meneruskan dan menambah baik usaha-usaha menangani isu gelandangan dalam bandar walaupun buat masa ini tiada kajian yang telah dilaksanakan untuk mengukur keberkesanan program-program yang telah dilaksanakan.

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

12. Skim Program Pelajar Emas bagi semua pelajar anak Negeri Pulau Pulau Pinang telah dilaksanakan dengan jayanya. Namun begitu, apakah pelan terbaru kerajaan dalam menyediakan bantuan kepada kumpulan sasaran iaitu pelajar yang daripada keluarga daif, miskin bandar dan miskin luar bandar?

Y.A.B. Ketua Menteri:

12. Skim Program Pelajar Emas merupakan bantuan RM100 secara one-off kepada pelajar darjah 1, darjah 4, tingkatan 1 dan tingkatan 4 yang bersekolah di Pulau Pinang atau sekolah bersempadanan.

Setakat ini, Kerajaan Negeri belum mempunyai perancangan untuk menyediakan bantuan kepada pelajar daif, miskin bandar dan luar bandar. Walau bagaimanapun, bantuan sedia ada untuk membantu golongan ini adalah seperti berikut:-

(i) Bantuan kewangan bulanan kepada pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM);

Page 137: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

137

(ii) Bantuan i-Bita iaitu sumbangan RM1,000 secara one-off kepada setiap mahasiswa yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang terpilih.

(iii) Menyediakan program latihan dan pengajian vokasional seperti Vocational Skills Employment Program (VSEP) kepada pelajar lepasan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) termasuk pelajar daif di bandar atau luar bandar dengan kerjasama Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA) serta Fourier Technical Consultants (FTC). Dalam program VSEP, pelajar diberikan biasiswa dan juga elaun latihan vokasional. Syarat utama bagi program ini adalah mempunyai sekurang-kurangnya (SPM) dan keputusan peperiksaan bukanlah keutamaan.

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

13. Pihak kami juga dimaklumkan sekolah-sekolah di sekitar Daerah Timur Laut amat memerlukan bantuan untuk dibaik pulih dan diselenggara bangunan sekolah.

(a) Berapa jumlah sekolah rendah kerajaan dan sekolah menengah kerajaan di Negeri Pulau Pinang (mengikut jenis) akan dipertimbangkan untuk diberi bantuan atau peruntukan baik pulih bagi tahun 2019?

Y.A.B. Ketua Menteri:

13. Terdapat sebanyak 381 buah sekolah rendah kerajaan dan sekolah menengah kerajaan di Pulau Pinang. Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP), unjuran keperluan peruntukan bagi kerja-kerja penyelenggaraan secara preventive bagi setiap sekolah di negeri Pulau Pinang adalah sebanyak RM20,000.00 yang disediakan kepada semua sekolah di Pulau Pinang setiap tahun manakala keperluan bagi kerja-kerja pembaikan secara corrective adalah mengikut keperluan sebenar dan bergantung kepada jenis kerosakan.

Kerajaan Negeri baru-baru ini telah meluluskan penyaluran peruntukan tahunan sebanyak RM3.0 juta kepada sekolah bantuan penuh kerajaan di Negeri Pulau Pinang dan penubuhan sebuah Jawatankuasa Khas Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan untuk menguruskan pengagihan peruntukan ini. Penyaluran peruntukan tahunan ini akan dilaksanakan berdasarkan bottom-up approach di mana peruntukan akan disalurkan berdasarkan keperluan dan permintaan daripada sekolah bantuan penuh kerajaan melalui JPNPP serta selari dengan perancangan dan pembangunan sekolah. Kerajaan Negeri akan menyalurkan peruntukan kepada sekolah-sekolah yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Khas Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan melalui pemberian secara ‘outright grant’ bagi melaksanakan kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan mengikut peraturan perolehan semasa.Permohonan boleh dikemukakan kepada JPNPP mulai Januari 2019.

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

14. Pencemaran alam dengan kehadiran sampah sarap yang terapung di permukaan laut dan yang terdampar di pesisiran pantai boleh menjejaskan imej negeri yang menjadi kunjungan para pelancong dari dalam dan luar negara.

(a) Apakah komitmen dan usaha yang akan diambil oleh kerajaan bagi permasalahan sampah di kawasan terbuka khususnya di laut dan pesisiran pantai?

Y.A.B. Ketua Menteri:

14. Kerajaan Negeri sememangnya komited dalam memastikan masalah sampah di kawasan terbuka khususnya di laut dan persisiran pantai ditangani dengan sebaik mungkin oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Antara usaha-usaha yang dijalankan oleh kedua-dua PBT adalah seperti berikut:

(i) Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah mengambil inisiatif menyediakan perkhidmatan pungutan atau pembersihan sisa khususnya bagi semua akses

Page 138: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

138

pantai di bahagian pulau Negeri Pulau Pinang. Perkhidmatan ini dilaksanakan oleh anggota MBPP dan pihak swasta. Kewujudan sistem pungutan sampah ini merupakan satu pendekatan penyampaian perkhidmatan untuk menangani masalah sampah terbiar di pantai sama ada dibuang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab atau dibawa arus.

Kawasan perkhidmatan adalah ditetapkan mengikut pembahagian dan jajaran pantai seperti berikut:

Pakej Kawasan Jajaran Tenaga Pekerja

1A Pantai Keracut hingga ke Pantai Bayview

3 7

1B Teluk Pajuh hingga Gertak Sanggul 3 7

2 Fort Auchery hingga Pantai berhadapan No 1 Persiaran Gurney

14 23

3 Pantai berhadapan No 8 Persiaran Gurney hingga Muara Sungai, Sungai Gelugor

5 11

4 Muara Sungai, Sungai Gelugor hingga LTAB Pulau Pinang

7 16

Bagi kawasan pantai Batu Feringghi, kerja-kerja pembersihan dilaksanakan sepenuhnya oleh anggota MBPP termasuk menyediakan khidmat pembersihan pantai secara mekanikal.

Bagi kawasan Padang Kota dan Persiaran Karpal Singh, pembersihan sampah terapung di laut juga dilaksanakan dengan menggunakan kaedah pengutipan secara katamaran.

Beratan sampah yang dipungut bagi perkhidmatan pembersihan ini adalah seperti berikut:

Tahun Beratan

2017 936,070 kg

2018 (sehingga Ogos)

589,690 kg

(ii) Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) pula membuat kerja-kerja pembersihan setiap 3 kali seminggu untuk mengatasi permasalahan sampah di tempat yang terbuka khususnya di kawasan pesisir pantai. Kawasan pesisir pantai yang terlibat adalah Pantai Bersih, Pantai Robina, Pantai Kuala Muda dan Pulau Aman. Walau bagaimanapun MPSP tidak menjalankan kerja-kerja pembersihan di kawasan laut.

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

15. Kita sedia maklum bahawa Kerajaan Negeri telah menyediakan perkhidmatan bas percuma buat warga Pulau Pinang. Namun, jadual ketibaan bas agak mengecewakan para penumpang.

(a) Adakah pihak berkaitan atau Kerajaan Negeri dapat membantu bagi mengatasi aduan penumpang berkenaan tahap perkhidmatan pengangkutan awam yang disediakan Kerajaan Negeri?

Y.A.B. Ketua Menteri:

15. Kerajaan Negeri melalui Rapid Penang sentiasa memastikan pelepasan dan bilangan bas dari hub/terminal mengikut jadual yang ditetapkan dan dipersetujui oleh Kerajaan Negeri. Walau bagaimanapun, ketibaan di setiap hentian bas bergantung kepada keadaan lalu lintas terutamanya pada waktu puncak dan juga keadaan perubahan cuaca pada ketika itu.

Page 139: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

139

(a) Kerajaan Negeri bersama Rapid Penang sentiasa memantau tahap perkhidmatan pengangkutan awam di Pulau Pinang. Kajian berkenaan keberkesanan dan kepuasan pengguna bagi setiap laluan bas percuma sedang dirangka dan akan dilaksanakan bersama pihak Rapid Penang bagi mengatasi setiap aduan yang diterima seterusnya mengoptimumkan kadar penumpang bas.

Rapid Penang telah membentangkan kepada Kerajaan Negeri akan cadangan untuk membangunkan sistem yang dinamakan Bus Integrated System (BIS). Sistem BIS merupakan satu sistem yang akan memberikan manfaat kepada rakyat dalam merancang perjalanan untuk mengetahui jadual perjalanan bas, tambang bas dan berkongsi maklumat melalui aplikasi Journey Planner yang dimuat turun dari platform Android atau Apple. Sistem ini dijangka dapat meningkatkan tahap perkhidmatan pengangkutan awam di seluruh Pulau Pinang. Sistem BIS ini masih dalam peringkat pembangunan oleh Rapid Penang dan dijangka akan disiapkan pada suku kedua tahun 2019.

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

16. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh pihak PBT terhadap mereka yang meletakkan kerusi dan sebagainya di tempat-tempat letak kereta yang disediakan PBT untuk kegunaan peribadi?

Y.A.B. Ketua Menteri:

16. Antara langkah-langkah yang telah diambil oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terhadap mereka yang meletakkan kerusi dan sebagainya di tempat-tempat letak kereta yang disediakan PBT untuk kegunaan peribadi adalah seperti berikut:

(i) Memberi amaran dan nasihat;

(ii) Mengeluarkan notis memindahkan halangan;

(iii) Mengeluarkan kompaun jika masih lagi berulang selepas amaran diberikan; dan

(iv) Tindakan rampasan serta merta dilakukan jika keadaan tersebut masih berulang.

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

17. Sejak kebelakangan ini, terdapat lagi kes-kes sampah sarap yang tidak dipungut.

(a) Bila dan berapa kerap MBPP dan MPSP membuat tinjuan ke lokasi perkhidmatan pembersihan kawasan oleh kontraktor dan pekerja PBT?

Y.A.B. Ketua Menteri:

17. Bagi perkhidmatan pungutan sampah domestik (sampah baki) yang dilaksanakan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), pemantauan dibuat secara ronda selia pada waktu operasi pungutan. Kekerapan bagi setiap satu zon perkhidmatan adalah dijadualkan selama seminggu dan seterusnya operasi ronda selia bergerak ke zon lain mengikut pusingan rondaan. Khidmat skuad peronda adalah seramai enam (6) orang.

Untuk perkhidmatan pembersihan awam yang diswastakan, MBPP akan membuat pemantauan pada setiap hari iaitu pada waktu bekerja kecuali pada waktu operasi penguatkuasaan premis dijalankan oleh penyelia berkenaan. Pemantauan yang dijalankan adalah berdasarkan kepada jadual operasi dan senarai semak yang disediakan.

Bagi perkhidmatan pembersihan awam yang dilaksanakan oleh pekerja MBPP, pemantauan dibuat pada setiap hari iaitu pada waktu kerja oleh pembantu penyelia (mandor). MBPP juga menggunakan kenderaan bermotosikal sebagai pick-up team untuk mengutip sarap haram (sampah baki) yang dilonggok sepanjang masa.

Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) pula membuat pemantauan secara harian bagi semua kerja-kerja kutipan sampah dan pembersihan awam berdasarkan prosedur ISO yang ditetapkan. Bagi meningkatkan keberkesanan pengurusan sisa pepejal, MPSP

Page 140: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

140

telah memasang sistem global positioning system (GPS) di semua lori kompaktor dan sistem ini akan digunakan sepenuhnya pada November 2018.

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

18. Ada laporan banyak premis perniagaan makanan tidak berlesen yang diuruskan oleh warga asing di negeri ini.

(a) Apakah tindakan-tindakan yang PBT-PBT kita boleh ambil?

Y.A.B. Ketua Menteri:

18. Tindakan ke atas premis-premis perniagaan makanan tidak berlesen yang diuruskan oleh warga asing boleh diambil berdasarkan kepada Akta Kerajaan Tempatan 1976, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, Undang-Undang Kecil (Tred, Perniagaan dan Perindustrian) dan Undang-Undang Kecil (EstablishmentsMakanan) seperti berikut:

(i) Mengeluarkan Notis Pemberitahu Tentang Kesalahan dan kompaun kepada pengusaha berkenaan yang mana kadar denda sebanyak RM250.00 bagi setiap satu kesalahan.

(ii) Mengambil tindakan rampasan barangan tred bagi tujuan tindakan mahkamah.

(iii) Menyita barangan perniagaan.

(iv) Mengadakan operasi bersepadu bersama dengan Jabatan Imigresen bagi memantau dan mengawal warga asing yang menyalah guna permit kerja.

(v) Mengadakan operasi bersepadu dengan Jabatan Kesihatan Negeri bagi penguatkuasaan Akta Makanan 1983.

(vi) Melaksanakan operasi penguatkuasaan 2 kali seminggu ke atas premis makanan.

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

19. Amalan sewa atas sewa sering berlaku ke atas penyewaan premis-premis kerajaan oleh penyewa sah.

(a) Bagaimanakah pihak PBT ingin mengawal aktiviti-aktiviti sewa atas sewa yang dilakukan antara pihak penyewa sah dengan orang luar?

Y.A.B. Ketua Menteri:

19. Antara tindakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam mengawal aktiviti sewa atas sewa premis PBT yang dilakukan antara pihak penyewa sah dengan orang luar adalah seperti berikut:

(i) Membuat pemeriksaan berkala ke atas premis-premis PBT yang disewakan.

(ii) Melaksanakan pemantauan secara mengejut berdasarkan maklumat yang diterima oleh PBT ke atas premis-premis yang disyaki terlibat dengan aktiviti penyewaan kecil.

(iii) Memperketatkan syarat-syarat sewaan PBT dengan memasukkan klausa " Sewaan boleh ditamatkan, jika didapati penyewa asal menyewa kecilkan premis kepada pihak ketiga tanpa kebenaran bertulis daripada PBT".

(iv) Membatalkan penyewaan premis PBT dikuatkuasakan jika siasatan mendapati aktiviti sewaan kecil dijalankan oleh penyewa premis.

Page 141: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

141

XI. Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

1. Bagaimanakah langkah Kerajaan Negeri terus menjadikan Pulau Mutiara sebagai negeri yang terus maju dan berdaya saing dalam sektor industri?

(a) Sila nyatakan jumlah kilang-kilang yang ada pada tahun 2008 dibandingkan ketika sekarang serta jumlah tenaga kerja yang terlibat.

Y.A.B. Ketua Menteri:

1. Kerajaan Negeri mengambil langkah-langkah berikut bagi memastikan sektor industri di Pulau Pinang terus maju dan berdaya saing :-

(i) Memberikan tumpuan kepada kekuatan Pulau Pinang dalam bidang elektronik dan elektrikal serta kebolehan mempelbagaikan aktiviti industri seperti pembuatan peralatan perubatan (medical devices), sains kesihatan, aeroangkasa dan avionic dan teknologi Light Emitting Diode (LED);

(ii) Penambahbaikan infrastruktur dilaksanakan secara berterusan bagi taman perindustrian dan memastikan infrastruktur memenuhi taraf antarabangsa termasuk perkhidmatan jalur lebar dan utiliti seperti elektrik dan air;

(iii) Memantapkan ekosistem perniagaan di Pulau Pinang melalui sinergi syarikat multinasional (MNC) dan syarikat besar tempatan dengan tujuan untuk membangunkan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dalam industri-industri galakan melalui usaha-usaha berikut :-

Menyediakan fasilitasi dalam peningkatan ekosistem seperti sistem sokongan vendor tempatan dan penganjuran Hari Pembekal (Supplier Days) bersama syarikat MNC yang berniat untuk mencari pembekal tempatan;

Membantu IKS melalui Penang SME Centre di Taman Perindustrian Bayan Lepas dengan kadar sewa yang bersubsidi bagi IKS tempatan untuk menjalankan perniagaan. SME Village Batu Kawan juga dibina dan dijual kepada syarikat-syarikat IKS yang telah mengembangkan kapasiti mereka. Pusat Penasihat Pasaran, Sumber dan Latihan IKS (Pusat S.M.A.R.T.) memberi khidmat nasihat kepada syarikat-syarikat IKS selain menyediakan seminar pembangunan kapasiti dan direktori perniagaan ‘online’; dan

Penang i4.0 Seed Fund dengan dana permulaan berjumlah RM4 juta (USD 1 juta) untuk membantu usahawan kecil dan syarikat-syarikat start-up yang terlibat dalam bidang teknologi seperti sektor Internet of Things (IoT), e- commerce dan bidang-bidang berkaitan bagi mempercepatkan dan mengembangkan pembangunan syarikat-syarikat start-up di Pulau Pinang.

(iv) Meningkatkan usaha untuk menarik dan mengekalkan bakat dan kemahiran di Pulau Pinang dan meningkatkan minat anak-anak muda dalam Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM) termasuk sektor vokasional dengan langkah-langkah berikut;

Mengadakan sesi dialog di antara institut pengajian tinggi tempatan dan pelabur-pelabur untuk menyelaraskan demand and supply bakat- bakat yang diperlukan;

Melaksanakan program-program yang boleh menarik, melatih serta mengekalkan bakat di Pulau Pinang seperti pemberian biasiswa Penang Future Foundation (PFF) dan pemberian keutamaan dalam skim perumahan mampu milik;

Melaksanakan Program Meister Malaysia bagi meningkatkan tahap teknikal tenaga kerja vokasional; dan

Memperuntukkan RM75 juta bagi @CAT Penang (Accelerator for Creative,Analytics and Technology), Penang Skills Development Centre (PSDC), Penang Science Cluster (PSC),Karpal Singh Penang

Page 142: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

142

Learning Centre (KSPLC), Tech Dome Penang (TDP), and Penang Digital Library (PDL) bagi memupuk minat generasi muda dalam STEM.

(v) Meningkatkan connectivity penerbangan antarabangsa dan pelabuhan melalui usaha-usaha berikut:

Bekerjasama dengan syarikat-syarikat penerbangan dan agensi-agensi berkaitan untuk meningkatkan lebih banyak penerbangan terus antarabangsa ke destinasi baharu;

Bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk memperluas dan menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang bagi memenuhi keperluan pelabur baru dan pelabur sedia ada dari aspek peningkatan kapasiti penumpang dan kargo antarabangsa; dan

Menjadikan Pelabuhan Pulau Pinang sebagai pelabuhan laut strategik di utara Malaysia dan selatan Thailand serta menambah baik fasiliti pelabuhan.

(vi) Bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan pihak berkepentingan untuk menaik taraf Pulau Pinang sebagai negeri antarabangsa yang berteraskan konsep work, live and play. Ini termasuklah peningkatan kualiti pengangkutan awam melalui Pelan Induk Pengangkutan Awam (termasuk laluan LRT) untuk meningkatkan kualiti hidup;

(vii) Memastikan kos menjalankan perniagaan di Pulau Pinang terus kekal kompetitif melalui penanda aras secara global dan serantau; dan

(viii) Melancarkan Perkhidmatan Perniagaan Global (GBS) @ Mayang di Bayan Baru dan @ By the Sea di Taman Perindustrian Bayan Lepas dalam usaha merangsang pelaburan dan peluang pekerjaan. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada pelan induk pembangunan negeri yang menawarkan ruang perniagaan kondusif dan persekitaran kepada pelabur serta bakat sokongan dari seluruh dunia. Ini juga selaras dengan perancangan Skim Peningkatan Perniagaan Mengikut Daerah - Business Improvement District Scheme (BIDS).

(a) Sehingga Oktober 2018, terdapat sebanyak 3305 buah kilang yang beroperasi di seluruh Negeri Pulau Pinang. Daripada jumlah tersebut, 496 buah kilang beroperasi di Free Industrial Zone (FIZ) Bayan Lepas, manakala 2,809 buah kilang beroperasi di Seberang Perai.

Statistik pelaburan pembuatan yang diluluskan Malaysian Investment Development Authority (MIDA) dan pekerjaan yang diwujudkan dari tahun 2008 hingga Mac 2018 adalah seperti jadual di bawah :

TAHUN PEKERJAAN

DIWUJUDKAN

PELABURAN DOMESTIK (RM juta)

PELABURAN ASING

(RM juta)

JUMLAH PELABURAN

(RM juta)

2008 22,215 5,068.72 5,088.00 10,156.30

2009 8,696 716.74 1,449.00 2,165.24

2010 21,618 1,786.85 10,451.00 12,237.96

2011 14,293 1,960.40 7,146.00 9,106.01

2012 10,359 1,344.90 1,126.55 2,471.46

2013 14,515 2,117.86 1,794.39 3,912.26

2014 17,896 3,048.78 5,113.59 8,162.37

2015 18,725 2,225.60 4,498.70 6,724.30

2016 10,816 1,237.00 3,057.00 4,294.00

2017 13,553 2,271.39 8,540.49 10,811.88

Jan-Mar 2018

996 438.86 580.47 1,019.33

Page 143: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

143

Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

2. Selain sektor perkilangan yang menyumbang kepada ekonomi negeri. Berapakah nilai pendapatan bagi sektor lain pada tahun 2017 seperti;

(a) Sektor pertanian

(b) Sektor pelancongan

(c) Sektor perkhidmatan

Y.A.B. Ketua Menteri:

2. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, sektor pembuatan/perkilangan di Pulau Pinang telah menyumbang sebanyak RM34.8 bilion iaitu 44.8% daripada jumlah keseluruhan pendapatan sebanyak RM77.6 bilion pada tahun 2017. Nilai pendapatan bagi sektor-sektor lain adalah seperti berikut :

(a) Sektor Pertanian : RM1.54 bilion (1.98%)

(b) Sektor Pelancongan : RM21.1 bilion (27.19%)

(c) Sektor Perkhidmatan : RM38.3 bilion (49.35%)

Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

3. Berapakah jumlah kutipan Kerajaan Negeri daripada premium tanah, kutipan cukai pintu dan bayaran berkaitan premis perniagaan sejak 2008 hingga kini?

(a) Adakah kutipan bertambah atau berkurang dalam tempoh berkenaan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

3. Jumlah hasil premium tanah yang dikutip oleh Kerajaan Negeri melalui Pejabat Daerah dan Tanah bagi tempoh dari 2008 hingga September 2018 adalah seperti di Lampiran A. Manakala jumlah hasil cukai pintu dan bayaran berkaitan premis perniagaan yang dikutip oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melalui Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) adalah seperti di Lampiran B.

(a) Berdasarkan maklumat hasil premium tanah yang dikutip oleh Kerajaan Negeri seperti di Lampiran A, menunjukkan hasil premium tanah meningkat dari tahun 2008 hingga 2015 manakala terdapat penurunan pada tahun 2016 dan 2017.

Berdasarkan maklumat kutipan cukai pintu premis perniagaan yang dikutip oleh PBT melalui MBPP dan MPSP menunjukkan kutipan cukai pintu perniagaan terus meningkat dari tahun 2008 hingga 2017.

Berdasarkan maklumat kutipan bayaran berkaitan premis perniagaan oleh PBT melalui MBPP dan MPSP pula, menunjukkantrend yang sama iaitu kutipan terus meningkat dari tahun 2008 hingga 2017.

RUJUK LAMPIRAN A DAN B.

Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

4. Apakah pendirian Kerajaan Negeri mengenai gejala LGBT?

Y.A.B. Ketua Menteri:

4. Kerajaan Negeri Pulau Pinang memegang teguh terhadap prinsip yang digariskan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah Artikel 8 (1) yang menegaskan semua rakyat Malaysia adalah sama rata di sisi undang-undang “equal before the law” dan berhak menerima perlindungan yang sama rata termasuk bagi golongan LGBT. Kerajaan Negeri menghormati akan keperluan golongan ini tetapi tidak akan terlibat dalam promosi kegiatan kumpulan LGBT. Kerajaan Negeri juga berpendirian bahawa golongan

Page 144: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

144

LGBT tidak harus menjadi mangsa diskriminasi terutamanya keganasan dalam lokap dan menghadapi masalah untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan di hospital.

Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

5. Bayan Lepas akan terlibat dengan projek penambakan laut. Dalam jangka masa panjang Kerajaan Negeri akan memperolehi manfaat yang mana tanah berkenaan akan berada dalam pentadbiran Kerajaan Negeri secara tidak langsung akan menjana pendapatan kerajaan. Para nelayan akan melihat perkara ini sebagai sengsara berpanjangan.

(a) Apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk manfaat jangka masa panjang bagi golongan tersebut?

Y.A.B. Ketua Menteri:

5. Projek tambakan laut di kawasan Bayan Lepas ini merujuk kepada Projek Penambakan Laut Pulau Pinang Selatan atau Penang South Reclamation (PSR). Projek ini perlu dilaksanakan demi kepentingan rakyat dan ekonomi Negeri Pulau Pinang di masa akan datang. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri amat memahami kegusaran komuniti nelayan. Antara inisiatif yang dicadangkan bagi memberi manfaat kepada komuniti nelayan dan rakyat tempatan adalah seperti berikut:

(a) Menaik taraf Kemudahan Nelayan

Infrastruktur seperti jeti dan dermaga baharu di selatan Pulau Pinang akan dibina untuk memudahkan nelayan. Selain itu, saluran navigasi selebar 250m di antara pulau-pulau tambakan dan perairan selatan Pulau Pinang turut disediakan untuk laluan bot nelayan dan didalamkan kepada kedalaman -2m CD untuk membolehkan pergerakan keluar masuk nelayan 24 jam.

(b) Inisiatif Ekologi (Program Offset)

Bagi memperbaiki dan mewujudkan habitat laut, langkah-langkah ecological enhancement yang dicadangkan adalah seperti:

(i) Pelabuhan tukun tiruan di tempat-tempat strategik seperti di Pulau Kendi;

(ii) Pemasangan unjam atau Fish Aggregating Device (FAD);

(iii) Penanaman semula bakau;

(iv) Pelepasan benih ikan/udang ke laut;

(v) Peruntukan geran penyelidikan/pemeliharaan hidupan marin dan;

(vi) Pemasangan infrastruktur memperkaya habitat sebagai sebahagian daripada struktur pulau buatan PSR.

(c) Peluang Pekerjaan Semasa Pembinaan

Tanah yang akan ditebus guna bakal menghasilkan pulangan ekonomi dan sosial yang tinggi dan juga menyediakan peluang-peluang pekerjaan jangka panjang kepada penduduk tempatan. Jangkaan peluang pekerjaan semasa penambakan adalah sebanyak 1,100 pekerjaan. Peruntukan 30% kerja-kerja sewaktu pembinaan akan mengutamakan rakyat tempatan seperti golongan komuniti dan keluarga nelayan tempatan termasuk latihan.

Malahan sewaktu topside development dianggarkan sebanyak 12,500 peluang pekerjaan bakal diwujudkan, sementara di peringkat operasi anggaran 300,000 peluang pekerjaan akan terjana menerusi pelaburan dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan.

Page 145: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

145

(d) Inisiatif Pekerjaan Lain

Pekerjaan alternatif telah dicadangkan untuk membolehkan nelayan-nelayan yang ingin mencari peluang lain memilih pekerjaan sesuai untuk mereka. Kerajaan Negeri akan bekerjasama dengan Jabatan dan agensi-agensi yang terlibat untuk menjayakan inisiatif tersebut. Antara alternatif yang dicadangkan adalah:

(i) akuakultur; (ii) perikanan laut dalam; (iii) perikanan rekreasi; (iv) water taxi; dan (v) industri berkaitan pemprosesan ikan, penyelenggaraan bot/enjin,

keusahawanan dan lain-lain.

(e) Inisiatif Pendidikan Termasuk Skim Latihan, Biaisiswa dan Tuisyen

Inisiatif pembangunan modal insan ini bertujuan untuk menambah baik pendidikan dan kemahiran untuk rakyat tempatan, nelayan dan anak-anak mereka. Usaha-usaha ini bertujuan untuk menyediakan penduduk tempatan dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan supaya mereka dapat meraih peluang pekerjaan dan peluang yang dihasilkan oleh projek ini serta melahirkan tenaga kerja berkemahiran untuk memenuhi keperluan industri kini dan pada masa hadapan.

(f) Inisiatif Perumahan

Selaras dengan objektif projek yang membolehkan Kerajaan Negeri membina rumah berkualiti untuk semua lapisan masyarakat seiring dengan pertumbuhan populasi negeri, sebanyak 30% perumahan awam akan diperuntukkan di pulau-pulau tambakan dan keutamaan diberikan kepada para nelayan yang layak.

(g) Inisiatif Penambahbaikan Infrastruktur Sedia Ada

Pelbagai program penambahbaikan infrastruktur telah dirancang bagi selatan Pulau Pinang untuk dilaksanakan sebagai sebahagian daripada projek ini termasuklah:

(i) Program tebatan banjir;

(ii) Program peningkatan mutu air sungai;

(iii) Pengindahan dan pengukuhan kawasan pesisir pantai; dan

(iv) Program penambahbaikan dan pemuliharaan kampung dan kerja-kerja jalan raya

Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

6. Dalam sesi yang lepas saya telah bangkitkan cadangan untuk Kerajaan Negeri menambahkan elaun/saguhati kepada tenaga pengajar KAFA.

(a) Bagaimanakah pandangan dan keputusan Kerajaan Negeri?

Y.A.B. Ketua Menteri:

6. (a) Kerajaan Negeri amat prihatin dengan kebajikan dan masa hadapan guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA). di Pulau Pinang. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) sedang dalam peringkat penelitian dan kajian bagi menambah pembayaran ex-gratia kepada mereka tertakluk kepada kedudukan kewangan Kerajaan Negeri.

Page 146: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

146

Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

7. Dalam manifesto Pilihanraya Ke-14 telah ditawarkan 68 janji untuk ditunaikan kepada rakyat Pulau Pinang jika kerajaan sedia kembali memerintah.

(a) Sehingga sekarang berapakah janji yang telah ditunaikan? Senaraikan.

Y.A.B. Ketua Menteri:

7. Kerajaan Negeri telah bekerjasama dengan semua pihak termasuk Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Tempatan, Agensi Kerajaan dan pihak swasta untuk memastikan janji Manifesto Pakatan Harapan peringkat negeri dipenuhi. Terdapat janji-janji yang terdapat pada Manifesto yang telah dipenuhi. Manakala sebahagian lagi janji tersebut masih lagi dalam peringkat perancangan. Di samping itu, terdapat 4 janji yang memerlukan kelulusan Kerajaan Pusat bagi merealisasikan pencapaiannya. Status terkini pencapaian Manifesto Kerajaan Negeri Pakatan Harapan adalah seperti di Lampiran A.

RUJUK LAMPIRAN A.

Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

8. Bilakah Hospital Islam seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini akan siap di Bayan Baru?

Y.A.B. Ketua Menteri: 8. Projek pembangunan Hospital Islam akan di laksanakan di atas tanah HSM 1139, Lot PT

3096, Mukim 12, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang dengan keluasan 2.84 ekar milik Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP). Projek yang dilaksanakan secara "private funding initiative" dengan anggaran kos berjumlah RM215 juta ini dijangka akan bermula pada 1 Disember 2018 dan tempoh pelaksanaan projek adalah selama 36 bulan. Status semasa adalah diperingkat Pihak Berkuasa Tempatan untuk memberi kelulusan untuk memulakan kerja di tapak (COW).

Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri: 9. Sejak tahun 2009 hingga sekarang seramai 660 orang huffaz telah mendapat

pengikhtirafan Kerajaan Negeri dengan memberi saguhati setiap tahun. (a) Nyatakan jumlah bayaran yang telah diberi setiap tahun sehingga tahun 2018. (b) Nyatakan komitmen Kerajaan Negeri untuk membantu mereka mendapatkan

kerja yang yang sesuai di masjid, jabatan-jabatan dan juga pusat pendidikan. Y.A.B. Ketua Menteri: 9. (a) Jumlah saguhati yang disumbangkan oleh Kerajaan Negeri kepada para

huffaz mengikut tahun, bilangan penerima dan jumlah bayaran dari tahun 2008 hingga 2018 adalah seperti jadual berikut :

BIL TAHUN BILANGAN PENERIMA

JUMLAH BAYARAN (RM)

JUMLAH KESELURUHAN (RM)

1 2008 103 orang 300.00 30,900.00

2 2009 137 orang 500.00 68,500.00

3 2010 180 orang 500.00 90,000.00

4 2011 260 orang 500.00 130,000.00

5 2012 350 orang 500.00 175,000.00

6 2013 405 orang 500.00 202,500.00

7 2014 471 orang 500.00 235,500.00

8 2015 520 orang 500.00 260,000.00

9 2016 551 orang 500.00 275,500.00

10 2017 600 orang 500.00 300,000.00

11 2018 660 orang 500.00 330,000.00

(b) Kerajaan Negeri melalui agensi-agensi di bawahnya sentiasa berusaha menyediakan peluang kerjaya kepada lepasan huffaz dengan mengadakan program-program kerjasama dengan institusi-institusi pengajian tinggi yang

Page 147: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

147

menawarkan pengajian Al-Quran seperti Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB), Darul Quran, Maahad Tahfiz dan sekolah agama rakyat (SAR). Selain itu, program ini turut melibatkan agensi kerajaan seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), badan-badan berkanun seperti Majlis Agama Islam Negeri dan Lembaga Tabung Haji dan syarikat-syarikat swasta yang terlibat dengan peranan huffaz untuk menjalani latihan amali bagi mempersiapkan mereka dengan kemahiran yang bersesuaian. Memandangkan para huffaz yang tidak mempunyai sijil akademik seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), peluang untuk melayakkan mereka mendapat pekerjaan di agensi samada kerajaan atau badan berkanun khususnya, adalah terhad.

Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

10. Gejala golongan muda yang terlibat dengan arak murah mahupun yang mahal agak menjadi-jadi ketika ini.

(a) Bolehkah kerajaan mengharamkan jualan arak di kedai serbaneka yang terlalu bebas menjual arak supaya pelajar atau golongan muda tidak terpengaruh untuk membeli dan mencuba?

Y.A.B. Ketua Menteri:

10. (a) Pada masa ini Kerajaan Negeri tidak dapat mengharamkan jualan arak di kedai serbaneka kerana Akta Eksais 1976 membenarkan penjualan minuman arak jenis bir tanpa perlu dilesenkan berbanding penjualan arak jenis liquor yang hendaklah dilesenkan.

Namun begitu sebagai sebahagian usaha untuk tidak menggalakkan penjualan dan meminum arak ini, Peraturan-Peraturan Makanan (Pindaan) 2016, Akta Makanan 1983, telah meminda had umur penjualan minuman keras dari orang yang berumur 18 tahun ke atas kepada umur 21 tahun ke atas. Meningkatkan had umur ini dianggap mereka yang membeli arak ini adalah lebih matang dan dapat menilai keburukan minuman ini.

Kerajaan Negeri juga ambil serius isu penjualan arak murah/tiruan dan sedang mengkaji bagaimana dapat menghalang penjualannya memandangkan kes-kes kematian di Selangor baru-baru ini.

Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

11. Pulau Pinang adalah yang teristimewa kerana mempunyai 2 buah jambatan sebagai penghubung tanah besar dengan pulau. Urusan seharian menjadikan kawasan pulau sebagai tumpuan pentadbiran dan juga sektor pekerjaan. Janji Pakatan Harapan untuk mansuhkan tol masih lagi kabur.

(a) Sebagai kerajaan rakyat, bolehkah Kerajaan Negeri mendesak Kerajaan Pusat supaya tol motosikal di jambatan dihapuskan terlebih dahulu?

Y.A.B. Ketua Menteri:

11. Pada 2 November 2018, semasa pembentangan Belanjawan 2019 di Parlimen, YB Menteri Kewangan Malaysia telah membuat pengumuman bahawa mulai 1 Januari 2019, tol motosikal di Jambatan Pertama dan Kedua Pulau Pinang serta Lebuhraya Laluan Kedua di Johor akan dimansuhkan. Implikasi kewangan dianggarkan sebanyak RM20 juta setahun.

Walaupun dalam manifesto Piliharaya Umum ke-14, Pakatan Harapan memang ingin memansuhkan tol untuk semua kenderaan di Jambatan Pertama Pulau Pinang yang telah sekian lama telah mendapat kembali kos pelaburan tersebut, namun Kerajaan Pakatan Harapan yang baru di peringkat Persekutuan memang tidak menjangka pimpinan Kerajaan Barisan Nasional yang dilabelkan “Kleptokrasi” oleh Amerika Syarikat telah

Page 148: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

148

berhutang sebangak RM 1 trilion. Hutang negara ini menjadikan janji pemansuhan tol untuk semua kenderaan di Jambatan Pertama Pulau Pinang susah untuk ditunaikan buat masa ini, kerana tumpuan negara adalah diberikan untuk mengurangkan hutang negara.

Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri Pulau Pinang berkeyakinan bahawa setelah keadaan kewangan negara menjadi stabil dalam masa akan datang, maka Kerajaan Persekutuan akan cuba sedaya upaya untuk menunaikan janji untuk memansuhkan tol Jambatan Pertama Pulau Pinang.

Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

12. Kenapakah tiada cadangan LRT atau lebuhraya dalam Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang antara jajaran lapangan terbang, Teluk Kumbar ke Balik Pulau?

(a) Adakah laluan berkenaan boleh dimasukkan dalam rancangan pelan induk yang sedia ada?

Y.A.B. Ketua Menteri:

12. Jajaran Light Rail Transit (LRT) pada masa ini tidak disarankan ke Teluk Kumbar dan Balik Pulau kerana unjuran jumlah penumpang di kawasan-kawasan ini tidak memenuhi syarat kapasiti yang diperlukan untuk sesuatu tapak stesen LRT.

Walau bagaimanapun, apabila LRT Bayan Lepas beroperasi, perkhidmatan bas pengantara (feeder bus) akan disediakan di Teluk Kumbar dan Balik Pulau ke stesen LRT terdekat di Penang South Reclaim (PSR)

Bagi pelan jajaran lebuh raya pula, terdapat perancangan dalam fasa susulan Penang Transport Master Plan (PTMP) di mana Balik Pulau akan disambungkan sepenuhnya apabila Pan Island Link (PIL) 2 yang dicadangkan dibina untuk sambungan ke PIL 1. PIL 2 yang dicadangkan akan menghubungkan persimpangan Jalan Teluk Kumbar sekitar bangunan Puspakom dengan Persimpangan Relau di PIL 1. Persimpangan di Jalan Teluk Kumbar ini akan menjaringkan sambungan jajaran ke kawasan Balik Pulau.

Pada masa akan datang, apabila permintaan unjuran penumpang merangkumi penduduk kawasan tersebut dan permintaan dari sektor pelancongan mencapai kapasiti yang diperlukan, sistem pengangkutan yang sesuai boleh dipertimbangkan untuk Balik Pulau dan juga Teluk Kumbar.

Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

13. Sejauh mana Kerajaan Negeri bersedia menghadapi bencana alam seperti banjir?

(a) Selepas banjir teruk pada November dan September 2017 bagaimanakah tahap kesiapsiagaan untuk menghadapi musibah tersebut?

(b) Apakah kelengkapan yang telah diadakan atau dibeli?

(c) Berapakah peruntukan yang disediakan bagi tujuan tersebut?

Y.A.B. Ketua Menteri:

13. (a) Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah pun meningkatkan kesiapsiagaan untuk menghadapi bencana sekiranya ianya berlaku. Jabatan Meteorologi akan menyalurkan maklumat berkenaan ramalan dan amaran cuaca buruk kepada agensi-agensi pengurusan bencana melalui faks, e-mel dan SMS. Manakala penyebaran amaran cuaca kepada orang awam adalah melalui laman web: www.met.gov.my, siaran televisyen (TV), Crawler TV, media sosial (facebook: malaysiamet, twitter: @malaysianmet dan Whatsapp) dan Hotline di talian 1 300 22 1MET(1638). Di samping itu, program Civil Defense Emergency Response Team Community (CDERT-C) yang diterajui oleh Angkatan Pertahanan

Page 149: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

149

Awam Malaysia akan diperluas ke semua Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). Peningkatan fungsi dan penyaluran maklumat melalui sistem Penang Alert yang lebih konsisten dan juga melibatkan data-data daripada agensi/jabatan yang berkaitan. Pada masa kini, Jabatan Meteorologi, Jabatan Alam Sekitar, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT-MBPP dan MPSP), kelima-lima Pejabat Dearah dan Tanah kerap memaklumkan isu-isu berkaitan dengan bencana di Portal tersebut. Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana juga diadakan secara berkala bagi perkongsian maklumat antara agensi dan kesiapsiagaan yang lebih menyeluruh. Selain daripada itu, Kerajaan Negeri juga telah melancarkan Portal Penang Alert pada 7 Mac 2017 yang lalu. Fungsi utama Penang Alert adalah bagi hebahan berhubung insiden, kejadian dan apa jua informasi yang melibatkan situasi yang boleh menjejaskan atau mengganggu perancangan serta membantu memudahkan persediaan orang awam di Negeri Pulau Pinang. Pendek kata, Penang Alert membantu orang awam untuk lebih bersedia dalam menghadapi situasi bencana ataupun meminima/mengelak impak bencana/situasi kecemasan/ halangan.

(b) Pihak Kerajaan Negeri telah bekerjasama dengan pelbagai jabatan lain dalam memperkuatkan lagi kelengkapan asas untuk atau semasa menghadapi krisis bencana. Pihak Angkatan Pertahanan Awam telah dibekalkan dengan 7 buah lori lima tan dan 5 buah bot yang baru bagi memantapkan lagi kecekapan pengoperasian dalam menghadapi bencana alam. Selain itu, kelengkapan asas kepada mangsa bencana yang telah disediakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi menghadapi bencana alam seperti banjir adalah Hygiene Kit keluarga (ubat gigi, berus gigi, sabun mandi, syampu, sikat rambut, sabun dan berus pakaian). Disamping itu juga, pihak JKM telah membuat perolehan kepada keperluan asas lain iaitu tikar, selimut, kain pelikat, kain batik, tuala dan toto (comforter) kepada mangsa bencana banjir yang di tempat ke Pusat Pemindahan.

(c) Peruntukan jabatan-jabatan yang terlibat dengan Kerajaan Negeri dalam Jawatankuasa Menangani Bencana adalah tertakluk kepada peruntukan yang disediakan oleh pihak kementerian masing-masing dan berbeza-beza dari tahun ke tahun dan dari negeri ke negeri. Namun, JKM melalui Kerajaan Negeri telah diberi peruntukan sebanyak RM75,000.00 bagi tahun 2018 untuk pembelian keperluan asas bekalan bencana.

Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

14. Apakah langkah Kerajaan Negeri bagi mengurangkan kes demam denggi selain daripada 'fogging', gotong royong dan kompaun yang dikenakan oleh Kementerian Kesihatan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

14. Langkah-langkah Kerajaan Negeri selain fogging, gotong royong dan kompaun bagi mengurangkan kes demam denggi adalah seperti berikut:-

(i) Meningkatkan penglibatan komuniti dengan penubuhan pasukan-pasukan baru Communication for Behavioural Impact(COMBI) dan mengaktifkan pasukan-pasukan COMBI yang lama. Karnival Kesedaran Denggi Bersama dengan Konvensyen COMBI akan diadakan pada 17 November 2018 bertempat di Tech Dome Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) untuk memberikan pendedahan kepada komuniti tentang pencegahan denggi dan membolehkan perkongsian pengalaman pasukan COMBI dalam menangani denggi;

(ii) Meningkatkan promosi penggunaan repellent terutamanya di lokasi wabak bagi mengekang penularan denggi;

Page 150: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

150

(iii) Menjalankan kerja-kerja menjaga kebersihan sekitar melalui kutipan sampah dan pembersihan parit longkang secara berjadual agar mengurangkan risiko pembiakan nyamuk aedes;

(iv) Mengambil tindakan pantas menjalankan kerja pembersihan sekitar jika terdapat amaran awal yang menunjukan tanda-tanda sesuatu lokasi itu akan menjadi wabak setelah di kesan oleh sistem amaran awal Artificial Intelligence Medical Epidemiology(AIME) yang digunakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang;

(v) Menjalankan kajian kebersihan premis di lokasi kes dan wabak agar memastikan individu premis menjaga kebersihan persendirian bebas dari pembiakan nyamuk aedes;

(vi) Menjalankan pemeriksaan di premis berisiko secara berjadual dan kerap bagi premis yang mempunyai indeks aedes yang tinggi seperti tapak binaan, kilang, premis perniagaan barang lusuh dan premis semak samun serta kotor;

(vii) Menjalankan operasi pengurangan di punca apabila terdapat lokasi yang mempunyai indeks aedes yang tinggi seperti semburan jentik-jentik, cari dan musnah di tempat pembiakan;

(viii) Menjalankan aktiviti pendidikan kesihatan seperti mengedar risalah, poster, pameran, edaran ubat jentik-jentik percuma (abate) dan ceramah berkaitan dengan bahaya denggi kepada penduduk;

(ix) Menyediakan sistem aduan melalui panggilan hotline. Aduan orang ramai menjadi pantas dan berkesan jika terdapat aduan lokasi premis yang menjadi pembiakan nyamuk. Orang ramai boleh membuat aduan secara talian kepada Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan tindakan pembersihan segera boleh diambil; dan

(x) Menjalankan kempen kitar semula dan pengasingan di punca agar masyarakat dapat mengasingkan bekas-bekas yang boleh membiak nyamuk dijadikan bahan kitar semula.

Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

15. Kerajaan Pusat menyatakan akan membina 200 000 buah Rumah Mampu Milik dalam masa 2 tahun.

(a) Apakah pula sasaran Kerajaan Negeri?

Y.A.B. Ketua Menteri:

15. Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang telah merancang

pembinaan sebanyak 18 projek yang bakal menyediakan sejumlah 27,080 unit Rumah Mampu Milik menjelang tahun 2025. Projek-projek ini akan menyediakan seperti berikut:

(i) 717 unit RMM 'A' (harga maksima RM42,000);

(ii) 9,283 unit RMM 'B' (harga maksima 72,500); dan

(iii) 17,080 unit RMM 'C' (harga maksima RM300,000).

Setakat ini, projek Bandar Cassia Fasa 1 yang mengandungi 520 unit rumah (149 RMM B dan 371 RMM C ) telah pun siap dibina dan memperolehi Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) pada 22 Februari 2018. Tujuh (7) projek lagi yang bakal menyediakan 80 unit RMM A, 2,100 unit RMM B dan 2,951 unit RMM C masih dalam peringkat pembinaan iaitu projek di Kampung Kepala Gajah SPS, Permatang Tok Suboh SPT, Dua Residensi di Teluk Kumbar DBD, Jiran Residensi di Kampung Jawa, Butterworth SPU dan The Rise, SP Chelliah DTL. Kerja-kerja tanah juga telah dimulakan di tapak Sandiland Foreshore dan Jelutong, Daerah Timur Laut.

Page 151: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

151

Senarai baki 10 projek melibatkan penyediaan sebanyak 21,429 unit RMM dalam peringkat perancangan adalah seperti di Lampiran A.

Selain daripada Kerajaan Negeri, usaha pembekalan Rumah Mampu Milik A, B dan C ini akan melibatkan pihak swasta dan syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) Kerajaan Persekutuan dimana secara keseluruhannya 28,195 telah dibina, 24,445 sedang dibina dan 44,602 telah diluluskan Pelan Kebenaran Merancang atau dalam perancangan GLC berkaitan dan ini membawa kepada angka 97,242 unit rumah mampu milik seperti di Lampiran B.

RUJUK LAMPIRAN A DAN B.

Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

16. Apakah yang boleh dilakukan oleh Kerajaan Negeri ketika ini masih ada lagi surau dan masjid yang masih tidak seiring dengan dasar Kerajaan Negeri termasuk menyediakan ruang-ruang khutbah dan kuliah yang menghentam Kerajaan Negeri dan Pusat?

Y.A.B. Ketua Menteri:

16. Kerajaan Negeri melaksanakan dasar terbuka dalam konteks majlis ilmu di Pulau Pinang. Walau bagaimanapun, pihak pengurusan masjid dan surau adalah tertakluk kepada Garis Panduan Khatib Jemputan yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) pada tahun 2010 manakala para penceramah pula tertakluk kepada keperluan mendapatkan tauliah pengajaran agama Negeri Pulau Pinang.

Bagi kes-kes yang bersifat menghentam dan memaki hamun di dalam masjid dan surau, pihak kerajaan melalui Jabatan Agama Islam akan mengambil tindakan berdasarkan aduan yang dikemukakan. Pihak Kerajaan Negeri tidak akan bertolak ansur dengan perbuatan yang menghina kesucian masjid dan surau.

Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

17. Apakah peranan sebenar Penang Insititute?

(a) Berapakah peruntukan tahunan yang disediakan?

(b) Apakah kejayaan yang telah dicapai?

Y.A.B. Ketua Menteri:

17. Penang Institute merupakan sebuah badan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang berperanan sebagai institut penyelidikan dan memberi perkhidmatan perundingan berasaskan kajian.

Penyelidikan yang dijalankan oleh Penang Institute tertumpu di peringkat tempatan dan nasional dalam bidang pembangunan ekonomi, pembangunan bandar, pembangunan politik dan sosial, sejarah negeri Pulau Pinang dan serantau serta berkaitan nusantara. Selain menjalankan penyelidikan dan membantu dalam pelaksanaan polisi baharu melalui hasil penyelidikan, Penang Institute juga melaksanakan program-program intelektual untuk penyertaan orang ramai seperti seminar Malaysia Economic Monitor: Navigating Change, forum nusantara, dan pelancaran buku.

(a) Peruntukan tahunan yang telah diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada Penang Institute sejak tahun 2011 hingga 2018 adalah seperti perincian berikut:

Tahun Jumlah Peruntukan (RM)

2011 1,500,000.00

2012 3,000,000.00

Page 152: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

152

2013 3,000,000.00

2014 3,000,000.00

2015 3,000,000.00

2016 3,000,000.00

2017 3,750,000.00

2018 4,500,000.00

JUMLAH 24,750,000.00

(b) Antara kejayaan yang telah dicapai oleh Penang Institute adalah seperti berikut:

(i) Menerbitkan majalah bulanan Penang Monthly, sejak tahun 2009. Sejak tahun 2009 sehingga bulan Oktober 2018, sebanyak 107 edisi majalah Penang Monthly telah diterbitkan oleh Penang Institute.

(ii) Menerbitkan laporan atas talian, Issues, pada bulan Jun 2017. Sehingga bulan Oktober 2018, sejumlah 26 laporan telah diterbitkan.

(iii) Menyediakan pelan hala tuju seperti Penang Paradigm, Penang2030, Penang Youth Blueprint, Penang Agriculture Masterplan, dan Penang Skilled Labour Workforce Study untuk Kerajaan Negeri.

(iv) Menghasilkan laporan melalui kajian dan penyelidikan. Sejak tahun 1997 sehingga bulan Oktober 2018, sejumlah 211 laporan telah disediakan oleh Penang Institute. Kesemua laporan tersebut boleh didapati di Pusat Sumber Kajian Pulau Pinang di Penang Institute. Pusat sumber ini juga menyediakan koleksi buku dan laporan kajian yang berdasarkan Negeri Pulau Pinang.

(v) Menganjurkan program-program intelektual seperti Penang in Asia Lecture Series yang dapat memberi peluang kepada rakyat negeri Pulau Pinang untuk belajar dan mengambil bahagian dalam perdebatan tentang isu-isu antarabangsa yang berkait rapat dengan pembangunan Negeri Pulau Pinang. Tokoh-tokoh yang pernah diundang adalah seperti Professor James Mirrlees (University of Cambridge), Professor Jeffrey Sachs (Columbia University), Professor Kiyohiko Nishimura (University of Tokyo), Professor Tariq Ramadan (University of Oxford), Professor Kishore Mahbubani (National University of Singapore/ Bekas Menteri Luar Negara Singapore) dan lain-lain. Topik-topik yang pernah dibincangkan termasuk pembangunan ekonomi, pengajaran Islam dan pembangunan mampan. Terdapat juga siri Forum Nusantara yang memberi tumpuan khas kepada sejarah dan perkembangan kebudayaan Melayu dan Pulau Pinang. Selain itu, Penang Institute juga menganjurkan forum atau seminar yang berasaskan kajian-kajian yang telah dijalankan seperti Forum Goods and Services Tax (GST and You) yang menghuraikan impak perlaksanaan GST kepada orang ramai dan Forum Affordable Housing yang memberi penekanan kepada faktor kekurangan perumahan mampu milik.

(vi) Bekerjasama dengan institusi antarabangsa dan institusi tempatan dalam projek-projek tertentu seperti berikut:-

(a) Kumpulan Think Tank : Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS), Institut Darul Ehsan, Institut Darul Ridzuan, Jeffrey Sachs Center on Sustainable Development, Jeffrey Cheah Institute on Southeast Asia, & Institute of Southeast Asian Studies (ISEAS) Yusof Ishak Institute (Singapore), Singapore Institute of International Affairs (Singapore);

(b) Universiti: Universiti Sains Malaysia (USM), Sunway University, Monash University (Australia), University of California Davis (US), University of Albany, Rockefeller

Page 153: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

153

College (US), Columbia University (US), Shueyan University (Hong Kong), Indonesian Institute of Sciences (Indonesia), Wenzao Ursuline University (Taiwan) & College of Liberal and Social Sciences, City University (Hong Kong);

(c) Pejabat Kedutaan dan Pesuruhjaya Tinggi: China, Thailand, Japan, German, Norwegian, Singapore, United States, Swedish, Dutch, EU Commission; dan

(d) Organisasi Antarabangsa: The Roundtable Commonwealth Journal of International Affairs (UK), Friedrich Ebert Stiftung (German), Konrad Adenauer Foundation (German), Temasek Foundation International (Singapore), Civil Service College (Singapore), WorldBank, UN-Habitat, dan United Nations Development Programme (UNDP).

(vii) Menyertai wacana awam melalui rencana pengarang opposite the editorial page or opinion editorial (op-ed) atau kolum. Antara media massa yang menerbitkan rencana pengarang op-ed atau kolum hasil penulisan penyelidik Penang Institute adalah seperti The Edge, Oriental Daily, The Malaysian Insider, New York Times, Nikkei Asia dan lain-lain.

Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

18. Bagaimanakah perjalanan Perpustakaan Digital sejak ia beroperasi?

(a) Nyatakan jumlah pengunjung yang telah hadir.

(b) Beban kos yang ditanggung.

Y.A.B. Ketua Menteri:

18. Sejak pembukaan Perpustakaan Digital Pulau Pinang (Penang Digital Library – PDL) pada 8 Oktober 2016, PDL telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pengguna di Pulau Pinang dan negeri-negeri jiran seperti Kedah dan Perlis menerusi lawatan / kunjungan yang diadakan. Lokasi yang strategik dikelilingi oleh sekolah-sekolah dan institusi pendidikan tinggi dalam lingkungan tiga (3) kilometer serta dikelilingi oleh kawasan perumahan menjadikan PDL dikunjungi oleh semua lapisan masyarakat terutamanya pelajar sekolah dan golongan muda.

Oleh kerana sambutan yang menggalakkan dan maklumbalas positif yang diterima daripada para pengguna, Kerajaan Negeri telah mengumumkan operasi perkhidmatan 24 jam / 7 hari / 365 hari mulai 1 Mei 2017.

(a) Jumlah pengunjung ke PDL sejak tahun 2016 sehingga 2018 adalah seperti berikut:

Bil. Tahun Jumlah Pengunjung

1 2016 5,579

2 2017 31,684

3 2018

(15 Oktober 2018) 28,474

(b) Kos perbelanjaan/operasi PDL termasuk penggajian kakitangan, pembelian eBooks, sistem perisian PDL, bayaran utiliti, perkhidmatan pembersihan dan kawalan keselamatan sejak tahun 2016 hingga 2018 adalah seperti berikut :

(i) Tahun 2016 : RM220,418.07 (Oktober – Disember 2016)

Page 154: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

154

(ii) Tahun 2017 : RM662,921.65

(iii) Tahun 2018 : RM474,297.52 (Sehingga Oktober 2018)

Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

19. Adakah Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan khas untuk sekolah agama rakyat, sekolah tahfiz yang berdaftar dan sekolah agama berasrama penuh?

(a) Jika ada sila nyatakan.

Y.A.B. Ketua Menteri:

19. Kerajaan Negeri ada menyediakan peruntukan bagi Institusi Pendidikan Islam termasuk sekolah agama rakyat dan sekolah tahfiz yang berdaftar. Manakala sekolah agama berasrama penuh yang ada di Pulau Pinang merupakan sekolah bantuan penuh Kerajaan Persekutuan yang diselia oleh Kementerian Pendidikan.

(a) Kategori institusi Pendidikan Islam yang menerima peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri adalah seperti berikut:-

(i) Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR);

(ii) Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR);

(iii) Tadika Islam;

(iv) Kelas Al-Quran Dan Fardhu Ain (KAFA);

(v) Sekolah Pondok;

(vi) Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK); dan

(vii) Pusat Tahfiz

Peruntukan bagi Institusi Pendidikan Islam ini adalah dalam bentuk bantuan kewangan secara one-off bagi kegunaan pengurusan am sekolah-sekolah tersebut. Jumlah peruntukan yang telah disalurkan dari tahun 2009 sehingga 2017 adalah seperti jadual berikut :-

Tahun Jumlah Peruntukan (RM juta)

2009 1.5

2010 1.75

2011 1.75

2012 1.75

2013 1.75

2014 1.75

2015 1.75

2016 1.75

2017 1.75

JUMLAH KESELURUHAN

15.5

Selain itu, Kerajaan Negeri juga menyediakan peruntukan pembangunan yang disalurkan melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) untuk kerja-kerja pembaikan, naik taraf dan membina baharu bagi sekolah-sekolah agama rakyat mengikut keutamaan dan keperluan. Peruntukan pembangunan sekolah-sekolah agama rakyat bagi tahun 2017 dan 2018 masing-masing berjumlah RM2.15 juta dan RM2.8 juta.

Page 155: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

155

Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

20. Masalah banjir kilat masih lagi tidak dapat diselesaikan walaupun telah setahun banjir besar berlaku.

(a) Apakah projek tebatan banjir yang telah dilaksanakan dalam DUN Bayan Lepas?

(b) Apakah projek yang telah diluluskan tetapi masih tidak dilaksanakan?

(c) Bagaimanakah impak kewangan bagi melaksanakan projek tebatan tersebut?

Y.A.B. Ketua Menteri:

20. Kerajaan Negeri menumpukan usaha untuk mengatasi masalah banjir di Pulau Pinang melalui perancangan dan pelaksanaan projek tebatan banjir jangka masa pendek dan jangka masa panjang mengikut keperluan sesuatu kawasan. Bagi penyelesaian jangka masa pendek untuk mengatasi banjir kilat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bayan Lepas, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaksanakan penyelenggaraan sungai secara berkala untuk mengelakkan sebarang halangan kepada sistem saliran. Kerja-kerja pengorekan sungai juga dilakukan sebanyak dua (2) kali setahun di samping membina struktur penahan tebing dan ban untuk mengelakkan air sungai daripada melimpah. Manakala bagi penyelesaian jangka masa panjang, Kerajaan Negeri juga telah meluluskan Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Bayan Lepas yang akan melibatkan skop kerja menaik taraf Sg. Bayan Lepas sepanjang 600 meter, pembinaan rumah pam baharu berkapasiti 2m3/s dan menaik taraf jambatan sedia ada. Selain itu, Projek Tebatan Banjir (RTB) Teluk Kumbar yang akan menggunakan peruntukan persekutuan juga merupakan langkah penyelesaian jangka panjang bagi mengurangkan masalah banjir di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bayan Lepas, dengan pembinaan rumah pam baharu berkapasiti 9m3/s. Dengan pelaksanaan langkah-langkah penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang ini, Kerajaan Negeri mensasarkan masalah banjir di negeri ini, khususnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bayan Lepas dapat diatasi.

(a) Sebanyak lima (5) Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) telah selesai dilaksanakan dalam DUN Bayan Lepas, manakala satu (1) projek lagi sedang dilaksanakan. Perincian Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) yang telah dan sedang dijalankan adalah seperti di Lampiran A.

(b) Sebanyak dua (2) Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) yang telah diluluskan tetapi masih belum dilaksanakan adalah seperti berikut:

(i) RTB Bayan Lepas - masih dalam peringkat kajian; dan

(ii) RTB Teluk Kumbar - menunggu keputusan daripada Bahagian Libat Urus, Pejabat Perbelanjaan Kementerian Kewangan.

(c) RTB Bayan Lepas akan melibatkan perbelanjaan dalam anggaran RM 4,000,000.00, manakala RTB Teluk Kumbar pula akan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM 10,000,000.00.

RUJUK LAMPIRAN A.

Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

21. Biasiswa Kecil Pulau Pinang.

(a) Berapa ramaikah pelajar yang telah dan sedang menerima biasiswa tersebut sejak 2018?

(b) Bolehkah Kerajaan Negeri meluaskan biasiswa tersebut kepada pelajar sekolah rendah?

Page 156: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

156

Y.A.B. Ketua Menteri:

21. Biasiswa Kecil Negeri Pulau Pinang telah ditubuhkan di bawah Enakmen Kumpulan Wang Biasiswa Kecil Negeri Pulau Pinang 1960 dengan tujuan untuk memberi biasiswa kepada pelajar-pelajar sekolah menengah di negeri ini. Ia dikendalikan melalui Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Kecil Negeri Pulau Pinang.

(a) Bagi tahun 2018, seramai 2,711 orang pelajar sekolah menengah yang layak telah menerima Biasiswa Kecil Negeri Pulau Pinang melibatkan keseluruhan perbelanjaan berjumlah RM1,965,480.00.

(b) Berdasarkan Subseksyen 8(1) Enakmen Kumpulan Wang Biasiswa Kecil Negeri Pulau Pinang 1960 dan Seksyen 2 Akta Pendidikan 1996, kemudahan biasiswa kecil ini boleh diperluaskan kepada pelajar sekolah rendah. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri perlu meneliti cadangan ini dengan mengambil kira kedudukan kewangan semasa dan implikasi kewangan yang akan terlibat.

Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

22. Perumahan rakyat di bawah pembangunan desa, Daerah Barat Daya bermasalah pembinaan semula rumah.

(a) Apakah cukup peruntukan RM 40,000 untuk membina rumah 3 bilik?

(b) Adakah Pejabat Daerah wajib mengikuti garis panduan JKR?

(c) Bagaimana garis panduan Kementerian Luar Bandar jika dibandingkan dalam isu plan dan kos bina rumah?

Y.A.B. Ketua Menteri:

22. (a) Bagi tahun 2018, kos maksimum pembinaan sebuah rumah di bawah Program Pembaikan Rakyat Termiskin (Bina Baru) telah dinaikkan dari RM40,000.00 kepada RM42,000.00 selari dengan harga sebuah unit rumah mampu milik jenis A. Kos pembinaan ini dilihat masih kompetitif untuk pembinaan rumah tiga (3) bilik.

(b) Garis panduan yang digunapakai di bawah Program Pembaikan Rumah Rakyat Termiskin telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 16 Disember 2015 dan dikuatkuasakan bermula tahun 2016. Garis panduan ini juga adalah hasil daripada empat (4) siri perbincangan yang diadakan bersama Pejabat–Pejabat Daerah sebelum dikemukakan kepada MMKN untuk diluluskan pemakaiannya. Pihak JKR membantu Kerajaan Negeri menyediakan cadangan pelan rumah dalam program ini.Walau bagaimanapun dengan kos cadangan pelan rumah yang melebihi peruntukan maksimum sebuah rumah, Kerajaan Negeri melalui MMK Pembangunan Desa telah memberi kebenaran untuk menggunakan pelan sedia ada di peringkat daerah yang digunapakai sebelum ini.

(c) Bermula tahun 2017 Kementerian Kemajuan Luar Bandar yang sekarang dikenali sebagai Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) telah mengeluarkan satu garis panduan baharu bagi Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di bawah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) yang menetapkan kadar baharu bagi pembinaan rumah di bawah program berkenaan meliputi dua (2) skop sahaja iaitu jenis rumah tiga (3) bilik bagi kawasan Semenanjung Malaysia dan rumah jenis tiga (3) bilik / rumah panjang bagi kawasan Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Manakala kadar bantuan telah dinaikkan dari RM40,000.00 kepada RM56,000.00 sebuah rumah dengan keluasan 660 kaki persegi. Manakala di bawah Program Pembaikan Rumah Rakyat Termiskin ( Bina Baharu ) oleh Kerajaan Negeri tiga (3) jenis rumah tiga (3) bilik disediakan dengan keluasan yang berbeza iaitu 550 kaki persegi , 600 kaki persegi dan 650 kaki persegi dengan kos maksimum RM42,000.00. Perbandingan pelan lantai bagi kedua-dua program tidak dapat dibuat dengan mengambilkira keluasan rumah

Page 157: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

157

dan kerja-kerja kemasan rumah seperti pintu, dinding, bumbung, tingkap dan lain-lain adalah berbeza.

Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

23. Apakah peranan Yayasan Islam Pulau Pinang?

(a) Sila senaraikan jawatankuasa yang terlibat dan berapakah peruntukan yang Kerajaan Negeri salurkan.

Y.A.B. Ketua Menteri:

23. Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) ditubuhkan sebagai sebuah agensi Kerajaan Negeri dalam usaha untuk memperkasakan Islam di Pulau Pinang. YIPP berperanan sebagai pelengkap (complimentary role) kepada jabatan dan agensi yang sedia ada. Visi YIPP adalah merealisasikan agenda pembangunan ummah melalui pengurusan yang cekap dan berkualiti berlandaskan syariat Islam manakala Misi YIPP adalah menjadi organisasi dalam memperkasakan pembangunan ummah dan syiar Islam di Pulau Pinang.

(a) YIPP memfokuskan kepada empat jawatankuasa yang menjadi teras utama dalam melaksanakan agendanya, iaitu :

(i) Pembangunan Hartanah; (ii) Pembangunan Kesihatan; (iii) Pendidikan dan Dakwah; dan (iv) Pelancongan Islam

Status terkini Ahli Lembaga Pengarah (ALP) YIPP adalah berdasarkan kepada keputusan Mesyuarat ALP Bil. 2/2018 bertarikh 24 September 2018 yang bersetuju untuk menerima perletakan jawatan YB Dato’ Haji Mohd Rashid Bin Hasnon dan YB. Dato' Dr Mujahid Bin Yusof dan mengekalkan ALP sedia ada seperti berikut :-

(i) YB Dato’ Mansor bin Othman (Pengerusi)

(ii) YBhg. Dato’ Haji Abdul Malik bin Abul Kassim

(iv) YBhg. Dato’ Haji Mohd. Salleh Bin Man

(v) Zainudin Bin Deni

Kerajaan Negeri menyalurkan peruntukan dalam bentuk geran tahunan berjumlah RM800,000.00 kepada YIPP.

XII. Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

1. Unit-unit flat kos rendah yang terbiar menjadi tempat pembuangan sampah dan tempat pembiakan nyamuk. MPSP tidak dapat menghubungi tuan milik tersebut.

(a) Apakah tindakan undang-undang boleh diambil untuk melindungi penduduk-penduduk lain?

Y.A.B. Ketua Menteri:

1. (a) Tindakan undang-undang yang boleh diambil untuk melindungi penduduk-penduduk adalah berdasarkan kepada peruntukan di bawah Seksyen 82 (3)(4), Akta Kerajaan Tempatan (Akta 171), seksyen ini adalah berkaitan jika pemilik yang membuat kacau ganggu (menjadi tempat pembuangan sampah dan tempat pembiakan nyamuk) tidak dapat dihubungi atau dijumpai, MPSP boleh menghapuskan kacau ganggu dengan membersihkan tempat tersebut dan menuntut kos perbelanjaan pembersihan daripada pemunya (pemilik petak/badan pengurusan).

Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

2. Memandangkan flat kos rendah menghadapi pelbagai masalah terutamanya di Seberang Perai dan kebanyakan disebabkan tiada penubuhan MC.

Page 158: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

158

(a) Adakah undang-undang yang sedia ada membolehkan tindakan diambil ke atas pemilik-pemilik flat yang ingkar untuk menubuhkan MC?

Y.A.B. Ketua Menteri:

2. Undang-undang sedia ada tidak memperuntukkan sebarang tindakan penguatkuasaan untuk dikenakan ke atas pemilik petak kediaman yang enggan atau ingkar untuk menubuhkan Badan Pengurusan Bersama (JMB) atau Perbadanan Pengurusan (MC). Berdasarkan Akta Pengurusan Strata 2013 [Akta 757], penubuhan JMB dan MC merupakan tanggungjawab pemaju yang mana perlu menganjurkan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) dalam suatu tempoh yang ditetapkan.

Sekiranya JMB atau MC tidak dapat ditubuhkan atau tidak aktif, Pesuruhjaya Bangunan (COB) boleh melantik ejen pengurusan selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 86 Akta 757. Walau bagaimanapun, COB sering berdepan dengan masalah untuk mendapatkan ejen pengurusan terutama bagi skim-skim perumahan kos rendah. Dalam keadaan ini, langkah untuk menubuhkan JMB/MC melalui Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) akan dimulakan semula.

Setakat ini, COB telah melantik ejen pengurusan bagi sembilan (9) skim perumahan di Bahagian Pulau menggunakan peruntukan di bawah Seksyen 86 Akta 757. Satu daripadanya telah pun berjaya menubuhkan MC. Manakala baki lapan (8) skim perumahan masih diuruskan oleh ejen pengurusan yang dilantik COB. Buat masa ini, masih tiada tindakan diambil menggunakan peruntukan Seksyen 86 Akta 757 bagi JMB/MC yang tidak aktif di Bahagian Seberang Perai.

Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

3. Sila jelaskan status Rukun Tertangga pada masa kini.

(a) Sila berikan perbezaan fungsi di antara RT, RA dan JKKK?

(b) Dari manakah datangnya sumber kewangan mereka?

Y.A.B. Ketua Menteri:

3. (a) Kawasan Rukun Tetangga atau KRT adalah sebuah pertubuhan kerajaan yang diwujudkan melalui Akta Rukun Tetangga 2012 yang mula berkuatkuasa selepas kelulusan Parlimen pada 22 Jun 2012, bagi mengantikan Peraturan-Peraturan Perlu Rukun Tetangga 1975 yang dibubarkan pada akhir Tahun 2011. Fungsi atau tugas utama Jawatankuasa Rukun Tetangga ialah:

(i) Menjalankan apa-apa aktiviti bagi meningkatkan dan mengukuhkan semangat kejiranan, perpaduan, keharmonian, keselesaan, kesejahteraan ekonomi dan kualiti hidup di kalangan masyarakat;

(ii) Untuk menerima maklumat, memerhati, menyiasat semua isu mengenai konflik masyarakat di dalam KRT dan melaporkannya kepada Pengarah PERPADUAN Pulau Pinang;

(iii) Untuk mengambil apa-apa langkah yang perlu atau wajar bagi membolehkan komuniti RT hidup selesa dan dilindungi dari jenayah atau bencana;

(iv) Untuk menyediakan mediator komuniti bagi maksud pendamaian atau menyelesaikan apa-apa pertikaian atau perselisihan di kalangan anggota masyarakat; dan

(v) Menjalankan apa-apa fungsi yang di arahkan oleh Ketua Pengarah PERPADUAN dari masa ke semasa.

Manakala Residence Association (RA) atau dikenali dengan Persatuan Penduduk adalah pertubuhan yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) iaitu sebuah Jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri. RA didaftarkan di bawah kategori Sosial dan Sub kategori Penduduk dan perlu

Page 159: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

159

mematuhi Akta Pertubuhan 1966 serta Perlembagaan Pertubuhan. RA ditubuhkan oleh komuniti setempat di sesuatu kawasan tempat tinggal untuk manfaat dan faedah penduduk di kawasan tersebut. Ianya dianggotai oleh sekurang-kurangnya tujuh (7) orang ahli jawatankuasa utama dimana keahlian yang lain adalah terdiri daripada penduduk, penghuni ataupun pemilik kediaman tersebut. RA juga boleh menubuhkan Jawatankuasa kecil bagi menjalankan aktiviti-aktiviti ataupun program-program yang dipersetujui di dalam mesyuarat persatuan.

Antara matlamat RA ialah :

(i) Mewujudkan perpaduan di antara penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan bangsa;

(ii) Mengeratkan perasaan muhibah dan saling hormat menghormati serta mengembangkan persefahaman dan pergaulan di antara masyarakat berbilang kaum;

(iii) Membolehkan penduduk kenal antara satu sama lain serta memupuk semangat kejiranan dan persahabatan;

(iv) Menjaga keselamatan dan harta benda penduduk setempat;

(v) Menganjurkan aktiviti-aktiviti yang berasaskan pendidikan, kebudayaan, sosial, akhlak, kebajikan dan moral untuk penduduk setempat;

(vi) Memupuk dan menggalakkan gaya hidup sihat bagi penduduk setempat;

(vii) Mempertingkatkan kesedaran di kalangan penduduk tentang pentingnya peranan mereka dalam mencegah kegiatan tidak sihat seperti jenayah, gejala sosial serta memupuk sifat-sifat tanggungjawab dan displin di kalangan mereka; dan

(viii) Menjadi pengantara di antara penduduk dengan pemaju dan pihak yang berkuasa mengenai masalah penduduk.

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) pula merupakan satu institusi yang menjadi sebahagian daripada jentera pentadbiran Kerajaan Negeri di peringkat yang paling bawah, iaitu paling hampir dengan kelompok komuniti masyarakat. Penubuhan JKKK ini selaras dengan konsep pengwujudan pengurusan yang telus di mana idea-idea konstruktif di peringkat akar umbi dapat disalurkan ke Daerah dan Negeri. Antara peranan JKKK adalah:

(i) Mengumpul dan mengemaskinikan maklumat-maklumat asas kelompok komuniti perumahan dalam sesuatu kawasan;

(ii) Mengenalpasti program-program atau projek-projek dari segi pelaksanaan dan keperluan peruntukan;

(iii) Bertindak sebagai perantaraan utama bagi rakyat dan agensi Kerajaan Negeri; dan

(iv) Mengerakkan semua penduduk untuk lebih berdikari supaya tenaga penduduk digembelengkan secara bersepadu.

(b) Sumber kewangan KRT datangnya dari Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Pulau Pinang yang menerima agihan peruntukan dari Kerajaan Pusat. Setiap tahun bagi KRT yang bergerak aktif akan menerima Geran Tahunan sebanyak RM6,000.00 setahun, untuk kegunaan pengurusan KRT dan juga aktiviti KRT . Lebih dari 80% KRT di Pulau Pinang bergerak aktif dan menerima Geran RM6,000.00 ini. KRT yang tidak bergerak aktif tidak akan diberi Geran Tahunan dan di beri masa dua tahun untuk tujuan permulihan. Sekiranya gagal, KRT tersebut akan dibatalkan.

Page 160: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

160

Manakala sumber kewangan RA adalah daripada hasil yang dipungut daripada ahli persatuan sendiri yang terdiri daripada yuran masuk, yuran tahunan / bulanan, yuran seumur hidup ataupun yuran khas yang dikenakan atas persetujuan bersama ahli-ahli. Selain itu, RA juga boleh menerima sumbangan daripada pihak luar bagi menampung perbelanjaan aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Hal ehwal kewangan RA adalah tertakluk kepada perlembagaan persatuan masing-masing.

Sumber kewangan bagi JKKK pula adalah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri sendiri.

Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

4. Nyatakan jumlah CCTV di setiap daerah dengan lebih terperinci.

(a) Bagaimanakah Kerajaan Negeri mampu mencapai manifesto Kerajaan PH iaitu memasang 2000 CCTV?

Y.A.B. Ketua Menteri:

4. Jumlah keseluruhan CCTV di seluruh negeri Pulau Pinang adalah sebanyak 897 unit.

Pecahan mengikut daerah adalah seperti berikut:

Daerah Bilangan CCTV

DTL 567

DBD 200

SPU 55

SPT 47

SPS 28

Jumlah 897

(a) Manifesto Pakatan Harapan semasa PRU Ke 14 adalah untuk mencapai bilangan CCTV sebanyak 1,000 unit. CCTV yang telah dipasang di seluruh Negeri Pulau Pinang sehingga kini berjumlah 897 unit. Bagi memastikan sasaran 1,000 unit CCTV tercapai, pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) akan memasang tambahan sebanyak 150 unit CCTV pada pertengahan tahun 2019. Pertambahan unit CCTV ini akan menjadikan jumlah keseluruhan CCTV di Pulau Pinang sebanyak 1,047 unit dan seterusnya memenuhi manifesto Pakatan Harapan dalam PRU Ke 14.

Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

5. Memperbanyakkan perpustakaan digital merupakan salah satu Manifesto Pakatan Harapan Pulau Pinang pada PRU14.

(a) Adakah Kerajaan Negeri mempunyai pelan untuk membina perpustakaan digital di Bukit Mertajam?

Y.A.B. Ketua Menteri:

5. (a) Kerajaan Negeri tidak mempunyai cadangan untuk membangunkan perpustakaan digital di Bukit Mertajam buat masa ini memandangkan konsep perpustakaan digital adalah penggunaan atau akses bahan bacaan elektronik secara atas talian dari mana-mana lokasi atau bangunan.

Bagi kawasan Seberang Perai, Kerajaan Negeri sedang membangunkan sebuah perpustakaan digital di kawasan Butterworth yang dikenali sebagai Butterworth Digital Library (BDL) untuk membolehkan penduduk di kawasan Seberang Perai mendapat peluang untuk menggunakan perkhidmatan perpustakaan digital. BDL ini dijangka siap pada akhir tahun 2019.

Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

6. Apakah Pelan Induk Pelancongan Negeri Pulau Pinang?

(a) Adakah sistem pengangkutan awam dan jaringan jalan raya diambil kira dalam pelan ini?

Page 161: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

161

Y.A.B. Ketua Menteri:

6. Pelan Induk Pelancongan Pulau Pinang merupakan sebuah pelan komprehensif Kerajaan Negeri untuk membangunkan pelancongan di seluruh negeri Pulau Pinang serta mengukuhkan kedudukan Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan utama. Pelan ini akan dihasilkan dengan mengambil kira pandangan semua pihak berkepentingan supaya rancangan yang dihasilkan dapat memberi manfaat yang maksimum kepada rakyat. Matlamat pelan ini adalah untuk menetapkan hala tuju strategik pembangunan pelancongan Pulau Pinang bagi tempoh sehingga 2030. Dalam hal ini, sistem pengangkutan awam dan jaringan jalan raya akan diambil kira dalam pelan ini. Pelan ini dijangka hanya dapat disiapkan pada tahun 2019 selepas segala rumusan, pandangan, polisi dan input diambil kira, dipertimbangkan dan diputuskan.

Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

7. Selain daripada pelancongan perubatan, pelayaran dan MICE, apakah pelan baru untuk diversity produk pelancongan Negeri Pulau Pinang?

Y.A.B. Ketua Menteri:

7. Selain daripada pelancongan perubatan, pelayaran dan MICE, rancangan Kerajaan Negeri untuk mempelbagai produk pelancongan Pulau Pinang adalah seperti berikut:

(i) Memberi tumpuan kepada bidang pelancongan eko (ecotourism) di mana Pulau Pinang kaya dengan aset-aset semula jadi seperti kawasan pelancongan eko di Bukit Bendera, Pesisiran Pantai Teluk Air Tawar - Kuala Muda, Hutan Pendidikan Air Hitam Dalam, Bukit Juru dan Cherok Tokun;

(ii) Membangunkan Projek Penang Art District untuk menarik pelancong-pelancong yang meminati bidang industri kreatif ke Pulau Pinang. Penang Art District akan menempatkan koleksi terbesar galeri seni, muzium budaya, ruang pameran, studio seni dan muzik, sekolah seni dan bengkel seni di Malaysia. Penang Art District akan meningkatkan nilai seni dan budaya Pulau Pinang melalui penglibatan artis, tukang seni, pendidik dan masyarakat umum dari dalam dan luar negara;

(iii) Membangunkan pelancongan pendidikan dengan matlamat untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai pusat kecemerlangan pendidikan. Bagi tujuan ini, Kerajaan Negeri telah menubuhkan StudyPENANG yang terdiri daripada 19 institusi pendidikan termasuk universiti dan kolej swasta. StudyPENANG berfungsi untuk mempromosi insitusi-institusi pendidikan Pulau Pinang kepada pasaran luar negara bagi menarik lebih ramai pelajar melanjutkan pengajian di Pulau Pinang; dan

(iv) Kerajaan Negeri juga memberikan tumpuan dalam mempromosikan kepelbagaian kebudayaan yang ada di dalam Negeri Pulau Pinang untuk menarik pelancong luar negeri dan menikmati keunikan kebudayaan seperti perayaan keagamaan, warisan tarian, dan lain-lain.

Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

8. Nyatakan usaha yang telah dijalankan dan pelan yang akan dijalankan untuk menaik taraf MPSP ke status bandar raya.

Y.A.B. Ketua Menteri:

8. Mengikut Seksyen 4(2) AKT 1976, Pihak Berkuasa Negeri dengan berunding dengan Menteri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), boleh, melalui pemberitahuan dalam warta menukar taraf sesuatu kawasan PBT.

Bagi permohonan untuk menukar taraf Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) kepada status Majlis Bandar Raya, berikut adalah tatacara proses permohonan menukar taraf PBT mengikut Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Bilangan 4/2008:

Page 162: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

162

(i) Mendapatkan persetujuan Kerajaan Negeri melalui Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMK);

(ii) Kerajaan Negeri mengemukakan cadangan kertas permohonan kepada KPKT;

(iii) KPKT memproses cadangan kertas permohonan dan kemudian mengemukakannya untuk ulasan Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA), Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (EPU) dan Kementerian Kewangan;

(iv) Cadangan kertas permohonan akan dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Saiz Perkhidmatan Awam (JPSPA);

(v) Sekiranya dipersetujui oleh Mesyuarat JPSPA, cadangan kertas permohonan seterusnya diangkat kepada Mesyuarat Jemaah Menteri; dan

(vi) Setelah mendapat persetujuan Jemaah Menteri, perisytiharan status bandar raya akan dipekenankan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Majlis Penuh MPSP Ke-524 pada 22 Februari 2018 telah meluluskan permohonan menaik taraf status MPSP kepada bandar raya. MPSP didapati telah memenuhi kriteria-kriteria sebagai bandar raya seperti yang ditetapkan oleh Mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) ke-60 pada 3 Jun 2018. Kriteria-kriteria kelayakan bagi sesuatu PBT untuk dinaik taraf ke status bandar raya adalah seperti berikut :

(i) PBT harus meliputi kawasan pusat pentadbiran sesebuah negeri;

(ii) Jumlah penduduk tidak kurang daripada 500,000 orang;

(iii) Pendapatan dari sumber kewangan yang mapan tidak kurang dari RM100 juta setahun;

(iv) Perkhidmatan pada tahap yang tinggi;

(v) Pembangunan bandar yang menekan kepada pembangunan mampan;

(vi) Pembentukan imej bandar ataupun identiti yang bersesuaian;

(vii) Pusat perindustrian, institusi kewangan dan kemudahan menjalankan perniagaan dan perdagangan;

(viii) Institusi pendidikan dan perubatan;

(ix) Pusat kebudayaan, sukan dan riadah serta konvesyen;

(x) Kemudahan infrastruktur, utiliti dan taman-taman awam; dan

(xi) Pengiktirafan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa sejajar dengan taraf sebagai sebuah bandaraya.

Berdasarkan kelulusan Majlis Penuh tersebut, pihak MPSP telah mengemukakan permohonan untuk menukar taraf bagi pertimbangan dan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri (PBN). Permohonan MPSP untuk menukar taraf kepada status bandar raya telah diluluskan oleh PBN pada 7 November 2018.

Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

9. Apakah peranan pemuda dalam Misi 2030?

(a) Bagaimanakah untuk mencapainya?

Y.A.B. Ketua Menteri:

9. Penang 2030 merupakan visi baharu untuk Negeri Pulau Pinang di bawah pimpinan Y.A.B. Ketua Menteri, Tuan Chow Kon Yeow. Namun, visi Penang 2030 sebenarnya tidak bercanggah dengan mana-mana perancangan, blueprint mahupun kempen yang telah dilancarkan sebelum ini. Penang 2030 merupakan konsep yang perlu diasimilasikan dalam pelaksanaan pelan-pelan perancangan atau blueprint terdahulu sepertiPenang Youth Blueprint dengan memberi penekanan kepada keluarga, hijau dan pintar.

Page 163: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

163

Sebenarnya, semua lapisan masyarakat memainkan peranan penting dalam keempat-empat teras utama Penang 2030 iaitu meningkatkan daya huni untuk meningkatkan kualiti kehidupan (increase liveability to enhance quality of life),menaik taraf ekonomi dengan meningkatkan pendapatan isi rumah (upgrade economy to raise household income), memperkasakan rakyat untuk meningkatkan penyertaan masyarakat (empower people to strengthen civic participation), melabur dalam persekitaran infrastruktur dan kemudahan awam untuk meningkatkan daya tahan dalam pelbagai keadaan (invest in built environment to improve resilience). Secara khususnya, antara peranan golongan belia untuk mencapai Penang 2030 adalah seperti yang dipetik dari Penang Youth Blueprintseperti kategori di bawah:-

(i) Sosial:

Golongan belia perlu melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti-aktiviti pembinaan dan pembangunan masyarakat dan negeri (meningkatkan daya huni);

Golongan belia yang berpencapaian tinggi dan/atau yang telah bermanfaat dari program-program mentorshipharus memainkan peranan sebagai mentor kepada golongan belia yang lain, terutamanya golongan belia kumpulan B40 dengan taraf sosioekonomi yang lebih rendah (meningkatkan daya huni, menaik taraf ekonomi dan memperkasakan rakyat); dan

Golongan belia perlu mengiktirafkan kepentingan kesaksamaan dan pemberdayaan gender (gender equality and empowerment) dalam memperkasakan rakyat.

(ii) Ekonomi:

Golongan belia perlu memberi tumpuan kepada peningkatan diri dan pembangunan kendiri dari segi kemahiran dan pengetahuan praktikal, untuk meningkatkan kebolehdayaan belia dalam peluang pekerjaan. Ini akan membolehkan mereka menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri secara positif (menaik taraf ekonomi); dan

Golongan belia harus melibatkan diri secara aktif dalam bidang keusahawanan dan industri kreatif untuk menyumbang kepada penciptaan pasaran baru dalam ekonomi (menaik taraf ekonomi & meningkatkan daya huni).

(iii) Politik dan Kepimpinan

Golongan belia perlu mengambil inisiatif dan diberikan peluang untuk memainkan peranan sebagai pemimpin dalam masyarakat secara aktif dan melibatkan diri dalam proses membuat keputusan (memperkasakan rakyat).

Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

10. Bilakah pembayaran program i-Sejahtera dapat digantikan kepada pembayaran EFT sepenuhnya?

(a) Apakah masalah yang dihadapi?

Y.A.B. Ketua Menteri:

10. Pembayaran program iSejahtera secara Electronic Fund Transfer (EFT) akan dilaksanakan secara berfasa mulai tahun 2019. Pada peringkat awal pelaksanaan, Program Skim Pelajar Emas, Program Penghargaan Warga Emas, Program Ibu Tunggal dan Program Ibu Emas akan dibuat bayaran secara EFT.

(a) Antara isu/masalah yang perlu ditangani terlebih dahulu agar pelaksanaan pembayaran secara EFT berjalan lancar adalah seperti berikut:-

Page 164: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

164

(i) Isu berkaitan mekanisme pembayaran melalui sistem kewangan negeri perlu disemak dan diteliti agar mematuhi tatacara kewangan dan mematuhi penilaian audit; dan

(ii) Pelaksanaan bayaran secara EFT turut melibatkan beberapa perubahan pada proses pendaftaran, pengesahan permohonan dan pengesahan pembayaran. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri sedang mengkaji kaedah yang terbaik dan sesuai dipraktikkan untuk semua agensi pelaksana.

Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

11. Perlaksanaan pungutan sisa akan dilaksanakan dengan denda oleh MPSP pada 1 Januari 2019.

(a) Apakah usaha yang telah dijalankan untuk menjayakan polisi ini?

(b) Sila nyatakan secara terperinci.

Y.A.B. Ketua Menteri:

11. Pelaksanaan Dasar Pengasingan Sisa di Punca (PSP) di seluruh negeri Pulau Pinang telah bermula pada 1 Jun 2016. Penguatkuasaan PSP bagi kediaman bertingkat /strata telah dimulakan pada 1 September 2017 manakala penguatkuasaan PSP terhadap premis kediaman bertanah pula akan bermula pada 1 Januari 2019.

Untuk itu, pihak Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah giat menjalankan pelbagai program dan aktiviti promosi yang bertujuan untuk memberikan kesedaran dan juga pemahaman mengenai dasar ini kepada masyarakat di seluruh Seberang Perai.

Antara usaha-usaha yang telah dijalankan adalah seperti berikut :

(i) Mengedarkan risalah mengenai Dasar Pengasingan Sisa di Punca dari rumah ke rumah.

(ii) Mengadakan taklimat untuk menerangkan Dasar Pengasingan Sisa di Punca kepada penduduk / penghuni di taman perumahan, bangunan bertingkat, kompleks membeli-belah, hotel, kilang dan institusi.

(iii) Menjalankan promosi mengenai Dasar Pengasingan Sisa di Punca melalui pemasangan 'banner', 'streamer' dan 'billboard'. Selain itu, promosi juga diadakan dengan mengiklankan Dasar Pengasingan Sisa di Punca di 'facebook', bil cukai pintu, pelekat kereta, pelekat tong sampah dan 'fridge magnet'.

Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

12. Nyatakan perbelanjaan perkhidmatan Bas CAT di Seberang Perai.

(a) Adakah ia telah mencapai sasaran matlamat yang telah ditetapkan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

12. Perbelanjaan Kerajaan Negeri bagi perkhidmatan Bas Congestion Alleviation Transport (CAT) di setiap laluan Seberang Perai sehingga 30 September 2018 adalah seperti jadual berikut :

No.

Laluan Bas CAT

Seberang Perai Tarikh

Pelancaran Bil. Bas

Bil. Hari Hingga 30/09/2018

Harga Sebuah Bas / Hari (RM)

Jumlah (RM)

1 Bukit Mertajam 4/10/2018 4 174 800.00 556,800.00

2 Nibong Tebal 26/4/2018 2 158 800.00 252,800.00

3 Batu Kawan 6/7/2018 4 87 800.00 278,400.00

4 Bertam 13/7/2018 4 80 800.00 256,000.00

5 Alma 22/7/2018 4 71 800.00 227,200.00

6 Seberang Jaya 8/3/2018 6 59 800.00 283,200.00

Jumlah 24 1,854,400.00

Page 165: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

165

(a) Buat masa ini, Kerajaan Negeri masih melakukan aktiviti promosi dan memantau perkhidmatan Bas CAT. Kerajaan Negeri akan menjalankan kajian keberkesanan bersama dengan Rapid Penang untuk menambah baik perkhidmatan Bas CAT agar ianya dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan iaitu mempromosikan penggunaan pengangkutan awam dan mengurangkan kenderaan persendirian di atas jalan raya.

Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

13. Pekan Bukit Mertajam penuh dengan warga asing terutamanya pada hari cuti dan menyebabkan orang tempatan jarang melawat pekan.

(a) Apakah usaha yang diambil oleh kerajaan untuk mengurangkan peniaga warga asing?

Y.A.B. Ketua Menteri:

13. Kerajaan Negeri sedang meneliti dan berusaha untuk mengurangkan peniaga warga negara asing di Negeri Pulau Pinang. Antara usaha-usaha yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri adalah seperti berikut :-

(i) Menjalankan operasi penguatkuasaan bersama jabatan / agensi penguatkuasaan lain seperti Jabatan Imigresen, Jabatan Kesihatan Negeri dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Pekan Bukit Mertajam;

(ii) Menetapkan syarat pelesenan premis iaitu premis perniagaan perlu mempunyai sekurang-kurangnya 30 peratus warganegara tempatan sepanjang masa operasi perniagaan;

(iii) Membatalkan lesen perniagaan yang telah disalahgunakan atau disewakan atau tidak mematuhi syarat-syarat pelesenan bagi perniagaan yang dikendalikan oleh warga negara asing; dan

(iv) Mengadakan tindakan rampasan bagi aktiviti penjajaan yang dijalankan oleh warga negara asing melalui Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

Selain itu, Kerajaan Negeri telah menjalankan dua (2) operasi penguatkuasaan pada tahun 2018 di Pekan Bukit Mertajam iaitu pada 28 Jun 2018 dan 7 Ogos 2018. Hasil daripada operasi penguatkuasaan tersebut adalah seperti berikut :

(i) Sebanyak empat (4) lesen perniagaan telah dibatalkan atas kesalahan salah guna atau menyewakan premis kepada warga negara asing, dan

(ii) Sebanyak empat (4) tindakan rampasan dijalankan ke atas penjaja warga negara asing.

Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

14. Sila jelaskan peranan Program Food Bank dan golongan yang dimanfaatkan untuk program ini.

Y.A.B. Ketua Menteri:

14. Program Mutiara Food Bank adalah satu inisiatif kesinambungan program-program kebajikan kepada rakyat Pulau Pinang iaitu Program Agenda Ekonomi Saksama (AES) dan Program iSejahtera yang telah memberikan impak yang tinggi di kalangan rakyat.

Konsep program ini adalah untuk menyelamatkan lebihan makanan yang masih berkualiti dan tidak tercemar seperti makanan bermasak, makanan mentah, makanan kering, makanan dalam tin atau makanan pra-pek hasil sumbangan daripada hypermarket, pasar raya, hotel, restoran pasar borong basah dan kering serta syarikat-syarikat pengendali perkhidmatan makanan.

Page 166: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

166

Terdapat tiga (3) komponen utama program ini iaitu penyumbang, penggerak dan penerima.

(i) Penyumbang

Pada ketika ini, penyumbang utama program ini adalah pasaraya Tesco yang membekalkan makanan kering seperti roti serta makanan basah seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Selain itu, Persatuan Hotel Pulau Pinang dan Persatuan Chef Pulau Pinang turut menyatakan hasrat untuk menyumbang kepada Mutiara Food Bank setelah selesai pembinaan central kitchen Mutiara Foodbank yang dijangka siap pada 31 Oktober 2018.

(ii) Penggerak

Penggerak utama adalah Jawatankuasa Induk yang terdiri daripada Y.A.B. Ketua Menteri sebagai Penaung, YB. Dato' Seri Setiausaha Kerajaan Negeri sebagai penasihat, YB. Pengerusi MMK Kebajikan dan Masyarakat Penyayang sebagai pengerusi Mutiara Food Bank. Sebelum ini, jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Pegawai Penasihat Strategik Y.A.B. Ketua Menteri yang sekarang ini telah menjadi Menteri di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Di samping itu, terdapat beberapa penggerak utama yang telah dicadangkan dalam program ini antaranya

(a) Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)/Pegawai Penyelaras KADUN (PPK);

(b) Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK);

(c) Sukarelawan;

(d) Ahli Jawatankuasa Masjid; dan

(e) Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Namun demikian, buat masa sekarang hanya JKKK menjadi penggerak utama di peringkat komuniti memandangkan operasi program ini dijalankan dalam skala kecil tetapi menjelang tahun 2019, semua penggerak yang dicadangkan akan mula turut membantu program ini.

(iii) Penerima

Antara penerima yang mendapat manfaat daripada program ini adalah seperti berikut:-

(a) Golongan miskin;

(b) Pusat Kebajikan seperti rumah orang tua atau anak yatim;

(c) Institusi pendidikan;

(d) Ibu Tunggal;

(e) Orang Kurang Upaya (OKU);

(f) Warga Emas; dan

(g) Lain-lain.

Setakat ini, program ini telah menyelamatkan 227 tan makanan dan memberikan manfaat kepada 35,108 orang di sekitar Pulau Pinang. Pihak KPDNHEP juga telah berhasrat untuk menubuhkan Yayasan Foodbank Negara dan menjadikan Mutiara Food Bank sebagai rujukan utama disebabkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah merupakan Kerajaan Negeri yang pertama melaksanakan program ini dan Mutiara Food Bank adalah merupakan projek perintis.

Selain itu, Y.A.B Perdana Menteri akan hadir merasmikan central kitchen dan pejabat rasmi Mutiara Food Bank serta melancarkan Yayasan Food Bank Negara di Kompleks Masyarakat Penyayang pada Disember 2018 nanti.

Page 167: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

167

Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

15. Nyatakan perkembangan sistem tempat letak kereta yang baru oleh kedua-dua Kerajaan Tempatan.

(a) Berapakah kos yang akan ditanggung oleh kerajaan?.

Y.A.B. Ketua Menteri:

15. Bagi merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah Bandar Pintar Bertaraf Antarabangsa, Kerajaan Negeri, melalui pendekatan inisiatif pintar telah melaksanakan projek pengurusan tempat letak kereta secara pintar melalui Request for Proposal (RFP).

Cadangan RFP untuk projek Sistem Pengurusan Tempat Letak Kereta Secara Pintar (Smart Parking) ini telah dibuka kepada syarikat-syarikat yang berminat dan berkebolehan untuk membangun dan menguruskan Sistem Smart Parking bagiMajlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) di kawasan Pulau dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) di kawasan Seberang Perai. Dokumen RFP tersebut telah mula diiklankan pada 12 Julai 2018 sehingga 3 September 2018. Pada ketika ini, projek RFP ini adalah dalam proses penilaian dokumen bagi meneliti aspek teknikal dan harga oleh Jawatankuasa Penilaian Teknikal dan Harga RFP Smart Parking.

(a) Kos yang akan ditanggung oleh Kerajaan Negeri masih belum dapat dimuktamadkan kerana kos tersebut bergantung kepada tawaran daripada syarikat pembida yang berjaya dan persetujuan serta rundingan bersama dengan Kerajaan Negeri kelak.

Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

16. Pasukan Bomba Sukarelawan selalu aktif melibatkan diri mereka semasa banjir berlaku.

(a) Adakah kerajaan ada pelan untuk memberikan kelas menguasai renang kepada mereka?

(b) Bagaimanakah cara untuk mempertingkatkan keselamatan mereka?

Y.A.B. Ketua Menteri:

16. Penubuhan Pasukan Bomba Sukarela adalah di bawah peruntukan seksyen 62(1)(Ca) Akta Perkhidmatan Bomba 1988 dan tertakluk kepada kawalan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan penubuhannya tidak akan melibatkan implikasi kewangan terhadap kerajaan. Penubuhannya dilihat berjaya dalam membantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menjalankan tugas kebombaan termasuk pemadaman kebakaran serta keselamatan dengan lebih berkesan. Malah, pasukan ini juga dilihat berperanan sebagai jambatan yang menghubungkan JBPM dengan rakyat dalam usaha memupuk kesedaran kepada orang awam tentang pentingnya mencegah kebakaran. Sehingga kini terdapat sejumlah 353 pasukan bomba sukarela dengan keahlian 13,779 sukarelawan di seluruh negara.

(a) Sehingga kini Pasukan Bomba Sukarela (PBS) hanya membantu dalam operasi menyelamat banjir dengan memindahkan mangsa ke tempat selamat sahaja dan tiada perancangan untuk kelas menguasai renang. Namun demikian, JBPM sering menyarankan semua pasukan bomba sukarela supaya saling merujuk kepada JBPM sama ada di peringkat negeri mahu pun daerah untuk melaksanakan program-program bersepadu yang lebih berkesan terutama sekali latihan asas dan lain-lain latihan terkini yang dikendalikan pihak JBPM agar anggota-anggota bomba sukarela akan dapat menangani insiden-insiden kebakaran secara lebih profesional.

(b) Pihak JBPM amat mengharapkan pasukan-pasukan bomba sukarela dapat melaksanakan tugas mereka dengan sebaik mungkin dan mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh JBPM dalam penggunaan, pengendalian,

Page 168: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

168

pemanduan dan penyelenggaraan aset-aset kerajaan yang telah diberikan. JBPM juga sentiasa memastikan setiap Pasukan Bomba Sukarela di setiap negeri dan daerah meningkatkan kesedaran keselamatan anggota masing-masing ketika melakukan operasi dan akan membekalkan pasukan sukarelawan ini dengan alat perlindungan diri yang berkualiti tinggi dan juga memastikan setiap sukarelawan menjalankan pemeriksaan kesihatan yang sepatutnya mengikut jadual sepertimana anggota JBPM sendiri. Disamping itu juga, pihak JBPM sentiasa menggalakkan ahli-ahli Pasukan Bomba Sukarela menjalani latihan bersama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berkaitan operasi banjir agar kemahiran dan kepekaan mereka dalam menangani bencana ini dapat dihadapi dengan tenang dan berkesan.

Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

17. Kerajaan Negeri telah melaburkan jumlah RM 6 juta untuk Kelas Koding.

(a) Nyatakan jumlah pelajar dan sekolah yang telah didaftarkan dengan terperinci serta cara untuk memohon.

Y.A.B. Ketua Menteri:

17. Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM6 juta kepada Penang Science Cluster (PSC) bagi tempoh 3 tahun iaitu 2018 hingga 2020 untuk menganjurkan Kelas Koding dengan sasaran 100,000 pelajar sekolah rendah dan menengah di Pulau Pinang menjelang tahun 2020.

Bagi mencapai sasaran tersebut,PSC telah melaksanakan program-program di bawah inisiatifCoding For All (CFA). Perincian program adalah seperti di jadual berikut :

Bil. Program Bilangan Penyertaan Cara Permohonan

1

Code on Wheels

Program pengajaran Koding kepada pelajar

Pelajar : 17,901

Sekolah : 32

Melalui laman web http://bit.ly/psccodeonwheels

2

Program Latihan Guru

Program memberi latihan kepada guru untuk mengajar pelajar membuat Koding.

Guru : 707

Pelajar : 41,580

Sekolah Menengah : 120

Sekolah Rendah : 270

Melalui laman web http://bit.ly/pscldp

3

Program Tech Mentor Coding

Program penerangan kepada pelajar berkenaan Koding

Pelajar : 800

Sekolah : 58

Melalui laman web https://goo.gl/forms/fmqqSgoywLtPktuv2

4 Coding for Communities Pelajar : 20

Permohonan dikemukakan kepada urusetia PSC melalui

[email protected] [email protected]

5 Public Coding Events Pelajar : 150

Permohonan dikemukakan kepada urusetia PSC melalui

[email protected] [email protected]

Selain itu, Penang Science Cluster akan menganjurkan Penang International Science Fair pada 10 dan 11 November 2018 di The SPICE, Penang di mana seramai 60,000 pengunjung dijangka akan hadir ke program ini. Antara aktiviti yang akan dilaksanakan semasa program ini ialah bengkel dan pertandingan koding untuk sekolah.

Page 169: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

169

XIII. Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

1. Apakah dasar Kerajaan Negeri untuk membela penduduk setinggan setelah tanah yang diduduki dijual oleh pembeli tanah?

(a) Adakah benar kampung warisan/kampung tradisional telah dihapuskan atau terhapus dengan sendiri kesan program pembangunan oleh Kerajaan Negeri?

(b) Senaraikan kampung warisan/kampung tradisional yang ada di Pulau Pinang?

(c) Senaraikan langkah yang diambil Kerajaan Negeri bagi mengekalkan kampung warisan/kampung tradisional di Pulau Pinang.

Y.A.B. Ketua Menteri:

1. Pemilik tanah berdaftar mempunyai hak untuk menjalankan sebarang urusniaga atas tanah milikan termasuk menjual atau membangunkan tanah tersebut untuk menikmati hasil. Apabila sesuatu pemajuan berlaku di atas tanah yang mempunyai penduduk setinggan pemilik tanah berhak untuk membuat keputusan berhubung tawaran pampasan,

Dalam hal ini, Kerajaan Negeri akan mengenakan syarat supaya pemaju menyelesaikan isu setinggan terlebih dahulu dengan mengambil kira pemberian pampasan atau penempatan semula setinggan agar nasib mereka terbela. Syarat yang dikenakan ini akan dimasukkan semasa permohonan kelulusan Pelan Kebenaran Merancang (PKM) di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Pihak pemaju dan setinggan perlu menandatangani Perjanjian Pampasan mengikut terma atau kaedah mereka sendiri sebelum kelulusan Kebenaran Merancang diberikan.

(a) Sehingga kini, tidak wujud penghapusan kampung tradisional. Kerajaan Negeri akan sentiasa mengambil langkah untuk mengekalkan kampung tradisional berdasarkan kepada Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang (RSNPP) 2020 iaitu Dasar Sosial (DS) 33 Perkampungan Tradisional dan Perkampungan Dalam Bandar Akan Dikekal Dan Prasarana Dinaik Taraf. Selain itu, Kerajaan Negeri juga telah menerima pakai Dasar Perancangan Fizikal Desa Negara (DPF Desa) 2030 yang merupakan dasar pembangunan desa pertama yang disediakan oleh Kerajaan Persekutuan pada tahun 2017. Di dalam DPF Desa 2030 telah menggariskan dua isu utama kampung iaitu:-

(i) Pembangunan infrastruktur kampung di kawasan yang mundur; dan (ii) Rebakan bandar yang mempengaruhi kampung di kawasan yang maju.

DPF Desa 2030 ini akan dijadikan rujukan bagi menangani rebakan bandar yang mempengaruhi kewujudan kampung-kampung.

(b) Dalam Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang (RSNPP) 2020, dinyatakan terdapat sebanyak 47 kampung warisan yang telah ditetapkan untuk dikekalkan seperti di Lampiran A. Walau bagaimanapun, dalam DPF Desa 2030 dinyatakan kriteria kampung warisan adalah dari segi tokoh, aktiviti harian penduduk, makanan, sejarah dan lain-lain yang yang dikenalpasti mempunyai nilai warisan. Sehubungan itu, senarai kategori kampung-kampung di Negeri Pulau Pinang akan diteliti dan disemak semula mengikut kriteria-kriteria yang ditetapkan untuk diklasifikasikan sebagai kampung warisan yang sebenar berdasarkan DPF Desa 2030.

(c) Antara langkah-langkah yang sedang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi mengekalkan kampung warisan/tradisional adalah seperti berikut:-

(i) Menyediakan satu Dasar Khusus dalam Draf Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang (RSNPP) 2030;

Dasar Khusus (DK) 6.2 : Pemuliharaan dan Pembangunan Kampung

Page 170: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

170

Dasar Khusus (DK) 6.2.1 : Merancang dan Membangunkan Guna Tanah Kampung Secara Holistik dengan 5 Langkah Pelaksanaan

Dasar Khusus (DK) 6.2.2 : Memulihara Keserasian Identiti dan Karektor Kampung Dengan Persekitaran Terutamanya Kampung Bercirikan Warisan dengan 3 Langkah Pelaksanaan

Dasar Khusus (DK) 6.2.3 : Menggalakkan Aktiviti Ekonomi Untuk Menyokong Industri Pelancongan Desan dengan 2 Langkah Pelaksanaan

(ii) Menjalankan Kajian Pengemaskinian Persempadanan Kampung 2018 dan mengenalpasti kampung-kampung yang berpotensi untuk didokumenkan dan dicadangkan mendapat pengiktirafan sebagai Kampung Warisan;

(iii) Menjalankan Kajian Pelan Induk Pembangunan dan Pemuliharaan Kampung-Kampung Warisan Pulau Pinang;

(iv) Mendokumentasikan maklumat Kampung Warisan untuk mendapat pengiktirafan dari pihak yang diberi tanggungjawab dan merangka program Kampung Warisan setelah mendapat pengiktirafan;

(v) Menyediakan Garis Panduan bagi pemajuan dan penyusunan semula kampung-kampung tradisional dan kampung-kampung dalam bandar sehingga membolehkan pengeluaran hak milik berasingan tertakluk kepada pematuhan undang-undang tanah dan perancangan; dan

(vi) Merangka program pelancongan berasaskan Community Based Tourism (CBT) khususnya program Homestay bagi mengekalkan ciri-ciri kampung warisan/tradisional untuk diperkenalkan kepada pelancong.

RUJUK LAMPIRAN A.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

2. Senaraikan fatwa yang telah diputuskan sejak tahun 2009 hingga kini dan fatwa yang belum diwartakan.

(a) Mengapa berlakunya kelewatan dalam urusan pewartaan ini? Mohon penjelasan.

Y.A.B. Ketua Menteri:

2. Terdapat sejumlah 445 fatwa yang telah diputuskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang sejak tahun 2009 hingga 2018. Daripada jumlah tersebut, 65 fatwa yang telah diputuskan perlu dibuat pewartaan. Sejumlah 51 fatwa telah sempurna diwartakan manakala 14 fatwa dalam proses akhir pewartaan.

(a) Kerajaan Negeri melalui Jabatan Mufti bertanggung jawab untuk memastikan proses pewartaan sesuatu fatwa itu dibuat secara teratur sepertimana yang dikehendaki oleh prosedur undang-undang sedia ada. Fatwa yang hendak diwartakan perlu dikemaskinikan sighah pewartaannya agar menepati dan selaras dengan kehendak undang-undang serta keperluan semasa dan seterusnya mendapat pengesahan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang. Fatwa berkenaan kemudiannya akan diangkat kepada Penasihat Undang-undang Negeri untuk semakan akhir sebelum diwartakan.

Fatwa-Fatwa yang telah diwartakan sehingga Ogos 2018 adalah seperti di Lampiran A.

RUJUK LAMPIRAN A.

Page 171: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

171

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

3. Benarkah Pihak Berkuasa Tempatan akan mengenakan kompaun kepada pemilik rumah bermula 2019 kerana tidak mengasingkan bahan buangan/sampah mereka?

(a) Apakah Kerajaan Negeri menyediakan kemudahan pengasingan di setiap kawasan perumahan untuk kemudahan penduduk?

(b) Adakah pihak penduduk telah diberikan penerangan/makluman berkaitan kaedah dan konsep ini?

Y.A.B. Ketua Menteri:

3. Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) akan mengenakan kompaun kepada pemilik rumah bertanah mulai 1 Januari 2019 sekiranya pihak penghuni rumah gagal mengasingkan bahan / sampah mereka.

(a) Kerajaan Negeri tidak menyediakan kemudahan pengasingan di kawasan-kawasan perumahan. Undang-undang kecil pengasingan sampah dan pelesenan perkhidmatan pemungutan sampah yang boleh di kitar semula memperuntukkan tanggung-jawab pemunya dan penghuni premis serta Badan Pengurusan Bersama bagi bangunan untuk menyediakan kemudahan pengurusan sampah yang akan dikitar semula. Kaedah pelaksanaan pengasingan sisa mengikut premis adalah seperti berikut:

(i) Pelaksanaan pengasingan sisa di kawasan taman perumahan bertanah adalah melalui kaedah dua aliran iaitu sisa baki dimasukkan ke dalam tong sampah biasa manakala sisa yang boleh dikitar semula hanya perlu dimasukkan ke dalam apa-apa bekas yang bersesuaian dan diletakkan bersebelahan tong sampah. Kutipan bahan kitar semula akan dibuat oleh pihak Pihak Berkuasa Tempatan pada setiap hari Sabtu bermula jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang.

(ii) Bagi pelaksanaan pengasingan sisa di kompleks kediaman bertingkat pula Badan Pengurusan BersamaManagement Corporation (MC) adalah bertanggungjawab menyediakan ruang dan sangkar kitar semula untuk kemudahan penghuni.

(iii) Bagi pelaksanaan pengasingan sisa di kawasan kampung, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) diminta menyediakan sangkar/bekas kitar semula dan menguruskan kutipan dan penjualan barang kitar semula di kawasan pejabat masing-masing.

(b) Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah memberikan penerangan kepada penduduk di Pulau Pinang berhubung Dasar Pengasingan Sisa di Punca bermula 1 Jun 2016. Antara program / tindakan yang telah dijalankan bagi menyampaikan maklumat kepada penduduk adalah:

(i) Mengedarkan risalah mengenai Dasar Pengasingan Sisa di Punca dari rumah ke rumah.

(ii) Memasang iklan berkaitan Dasar Pengasingan Sisa di Punca di banner, streamer, billboard.

(iii) Mempromosikan Dasar Pengasingan Sisa di Punca di media sosial seperti facebook.

(iv) Meletakkan iklan tentang Dasar Pengasingan Sisa di Punca di perhentian bas.

(v) Memaklumkan Dasar Pengasingan Sisa di Punca di dalam bil cukai pintu.

(vi) Menyiarkan Dasar Pengasingan Sisa di Punca di laman web MBPP, MPSP, Penang Green Council dan Kerajaan Negeri.

Page 172: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

172

(vii) Melekatkan iklan Dasar Pengasingan Sisa di Punca di pintu lif bangunan awam.

(viii) Mengedarkan pelekat kereta Pengasingan Sisa Di Punca kepada orang awam.

(ix) Mengedarkan pelekat tong sampah Pengasingan Sisa Di Punca bagi premis kediaman.

(x) Mempromosikan Dasar Pengasingan Sisa di Punca dengan mengedarkan fridge magnet Pengasingan Sisa Di Punca.

(xi) Mengadakan taklimat Pengasingan Sisa Di Punca secara berterusan.

Setakat ini, MPSP telah mengedarkan 462,375 risalah pengasingan sisa di punca dari rumah ke rumah manakala MBPP telah mengadakan 46 sesi penerangan pengasingan sisa semenjak tahun 2016.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

4. Senaraikan peruntukan untuk SAR bagi tahun 2009-2017.

(a) Senaraikan peruntukan untuk sekolah mubaligh, SJK (T), SJK (C) swasta, tokong cina & india bagi tahun 2009 - 2017

(b) Adakah peruntukan yang disalurkan mengikut kuota atau pecahan kaum di Pulau Pinang?

(c) Mengapa terdapat perbezaan antara SAR dengan sekolah lain?

Y.A.B. Ketua Menteri:

4. Jumlah peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri untuk Sekolah Agama Rakyat dari tahun 2009 hingga 2017 adalah seperti perincian diLampiran A.

(a) Jumlah peruntukan untuk Sekolah Mubaligh, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Persendirian dari tahun 2009 hingga 2017 adalah seperti perincian di Lampiran B.

Manakala peruntukan Kerajaan Negeri untuk membaik pulih dan menyelenggara rumah ibadat bukan Islam (RIBI) di Pulau Pinang menggunakan Tabung Amanah RIBI bagi tahun 2016 dan 2017 adalah seperti di Lampiran C. Sebelum penubuhan Tabung Amanah RIBI, peruntukan yang disalurkan kepada rumah ibadat bukan Islam adalah berdasarkan peruntukan di bawah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan masing-masing.

(b) Peruntukan yang disalurkan adalah berdasarkan permintaan dan keperluan sekolah dan Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI). Penyaluran peruntukan ini tidak mengikut kuota atau pecahan kaum di Pulau Pinang.

(c) Terdapat perbezaan antara Sekolah Agama Rakyat (SAR) dengan sekolah-sekolah lain kerana SAR adalah sekolah yang berdaftar di bawah Majlis Agama Islam dan tertakluk kepada Enakmen Kawalan Sekolah-Sekolah Agama 1989. SAR beroperasi dengan yuran murid, derma dan hasil wakaf.

RUJUK LAMPIRAN A, B DAN C.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

5. Sila bentangkan pencapaian perlaksanaan kad I Love Penang secara terperinci sehingga September 2018.

(a) Berapakah peruntukan yang telah dibelanjakan oleh Penang Institute sehingga September 2018?

Page 173: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

173

Y.A.B. Ketua Menteri:

5. Pada pembentangan Belanjawan 2018 yang lalu, Y.A.B. Ketua Menteri telah mengumumkan akan melancarkan kad pintar bagi semua rakyat Pulau Pinang yang dikenali sebagai kad I Love Penang. Kad ini akan menjadi medium kepada penyaluran pelbagai kemudahan dan faedah sosial yang disediakan oleh Kerajaan Negeri. Sebagai permulaan, kad ini akan dibangunkan untuk memberi kemudahan perubatan kepada penerima yang layak.

Bagi tujuan pelaksanaan program ini, Kerajaan Negeri sedang menilai dan meneliti untuk pelaksanaan kad tersebut terutamanya berkaitan dengan implikasi kewangan.

Penang Institute telah melantik Syarikat Aristal Solution Sdn Bhd sebagai perunding pada 1 Mac 2018 untuk menyediakan kajian awal terhadap pelaksanaan projek ini. Sejumlah RM333,616.24 telah dibelanjakan sebagai bayaran kepada pihak perunding

untuk penyediaan kajian awal tersebut.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

6. Bajet 2018 menyebut berkaitan pembangunan seimbang antara Seberang Perai dan Pulau Pinang. Sejak 2008 sebanyak RM2.3 billion (70%) telah dibelanjakan untuk projek infrastruktur di Seberang Perai.

(a) Senaraikan projek-projek tersebut dengan nilai RM2.3 billion.

Y.A.B. Ketua Menteri:

6. Sejak tahun 2008 sehingga 2016, 70% daripada peruntukan pembangunan Kerajaan Negeri, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dan Perbadanan Pembangunan Negeri Pulau Pinang (PDC) telah ditumpukan kepada pelaksanaan projek infrastruktur di kawasan Seberang Perai demi mencapai pembangunan seimbang dan mampan di antara kawasan Pulau dan Seberang Perai. Perincian jumlah perbelanjaan bagi pelaksanaan sejumlah 1,901 buah projek infrastruktur yang terlibat di Seberang Perai adalah seperti di Lampiran A.

(a) Antara skop kerja yang terlibat dalam projek-projek berkenaan di kawasan Seberang Perai adalah pembinaan jalan, jambatan, sistem perparitan, longkang dan laluan pejalan kaki, pembinaan bangunan, rumah pam, membaik pulih bangunan, menaik taraf jalan, pemasangan lampu isyarat, menaik taraf rumah pam, stesen hidrologi, penggantian paip-paip simen asbestos ke HDPE, pengalihan paip, pembinaan desalination plant dan pembinaan kolam air konkrit.

RUJUK LAMPIRAN A.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

7. RM 7.7 billion jumlah pelaburan yang diluluskan pada tahun 2017.

(a) Senaraikan pelabur-pelabur tersebut dan berapa banyak pelaburan yang diperolehi hasil dari rombongan & lawatan ke luar negara.

(b) Berapa banyak pula yang diperolehi melalui MIDA?

Y.A.B. Ketua Menteri:

7. Jumlah pelaburan sebanyak RM7.7 bilion yang diluluskan itu adalah bagi tempoh Januari hingga Jun 2017. Jumlah pelaburan bagi sektor pembuatan yang diluluskan MIDA bagi Negeri Pulau PInang pada tahun 2017 adalah RM10.8 bilion di mana RM8.5 bilion adalah pelaburan langsung asing (FDI) manakala RM2.3 bilion adalah pelaburan domestik. Pulau Pinang mencatatkan rekod memberansangkan sebagai negeri dengan pelaburan FDI

Page 174: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

174

tertinggi di Malaysia dan negeri dengan jumlah pelaburan kedua tertinggi bagi sektor pembuatan di Malaysia pada 2017.

(a) Pelaburan dalam sektor pembuatan yang diluluskan oleh MIDA bagi Negeri Pulau Pinang berdasarkan industri pada tahun 2017 adalah seperti di Lampiran A. Walau bagaimanapun, data pelabur adalah sulit di peringkat MIDA. Misi promosi pelaburan Kerajaan Negeri ke luar negara adalah bertujuan untuk mempromosikan Negeri Pulau Pinang sebagai pusat pelaburan dan perdagangan kepada para pelabur di negara yang dilawati. Kebanyakan hasil yang diperolehi adalah 'potential investment' yang belum diambil kira dalam laporan MIDA.

(b) Kerajaan Negeri melalui InvestPenang, badan promosi pelaburan negeri bekerjasama erat dengan MIDA bagi mewujudkan sinergi kerjasama Persekutuan-Negeri yang membawa manfaat kepada negara dan Negeri Pulau Pinang. Bagi pertanyaan pelaburan yang melalui InvestPenang, terdapat juga proses seperti permohonan lesen dan insentif yang perlu melalui MIDA, dan bagi pertanyaan melalui MIDA, terdapat juga proses seperti permohonan tanah industri/pencarian pejabat berstatus MSC yang melalui agensi-agensi Kerajaan Negeri. Bagi tahun-tahun kebelakangan ini, terdapat trend InvestPenang sebagai 'point of contact' pertama bagi pelabur baharu dan pelabur yang ingin membuat pelaburan semula.

RUJUK LAMPIRAN A.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

8. Kerajaan Negeri belanjakan RM 21 juta sejak 2008 untuk projek CAT (bas).

(a) Adakah projek ini berjaya dan senaraikan kejayaannya?

(b) Apakah terdapat peningkatan bilangan bas dan kawasan pengendalian seperti yang dicadangkan? jika ya senaraikan.

(c) Apakah kelemahan projek CAT (bas), senaraikan.

Y.A.B. Ketua Menteri:

8. Kerajaan Negeri telah membelanjakan sebanyak RM21 juta sejak tahun 2008 untuk menyediakan perkhidmatan bas percuma Central Area Transit (CAT) di kawasan George Town dan Bridge Express Shuttle Transit (BEST).

(a) Kedua-dua projek ini dilancarkan bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di Negeri Pulau Pinang. Senarai kejayaan projek CAT adalah seperti berikut:

(i) Mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian;

(ii) Mengurangkan pelepasan gas karbon monoksida daripada kenderaan bermotor;

(iii) Menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam;

(iv) Mengurangkan bebanan perbelanjaan seharian memandangkan perkhidmatan ini adalah percuma;

(v) Membantu dalam menarik pelancong di pusat bandar George Town kerana meliputi lokasi-lokasi tarikan pelancongan;

(vi) Peralihan mod pengangkutan daripada kenderaan persendirian kepada pengangkutan awam; dan

(vii) Mewujudkan sistem pengangkutan baru di kawasan atau laluan yang tiada perkhidmatan bas sebelum ini.

(b) Terdapat peningkatan bilangan bas Central Area Transit iaitu daripada tiga (3) buah bas kepada lima (5) buah bas bermula November 2014 atas permintaan dan sambutan yang menyakinkan.

Page 175: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

175

Perkhidmatan BEST pula dikategorikan kepada dua (2) perkhidmatan iaitu BEST FIZ dan BEST KOMTAR. Terdapat pengurangan bilangan bas bagi BEST FIZ iaitu daripada 13 buah bas kepada 10 buah bas memandangkan kajian semula menunjukkan bilangan penumpang adalah statik sejak lima (5) tahun pelaksanaan perkhidmatan ini. Manakala BEST KOMTAR yang bermula dengan dua (2) buah bas pada November 2012 telah ditambah kepada lapan (8) bas setakat ini memandangkan sambutan yang amat menggalakkan.

Perkhidmatan Congestion Alleviation Transport (CAT) pula merupakan perkhidmatan yang baru diperkenalkan dan setakat ini sebanyak 52 buah bas digunakan. Bilangan bas yang beroperasi di kawasan-kawasan yang dikenal pasti adalah seperti jadual berikut:

BIL PROJEK TAHUN PELAKSANAAN

BILANGAN BAS

KAWASAN YANG DIKENDALIKAN

1 Central Area Transit

2009 - Oktober 2014 3 George Town

November 2014 - 2018

5

2 BEST FIZ Mac 2011 – Jun 2016 13 Seberang Jaya - FIZ

Julai 2016 - 2018 10 Seberang Jaya - FIZ

3

BEST KOMTAR

November 2012 - 2013

2 Seberang Jaya - KOMTAR

2014 - 2015 3 Bertam dan Seberang Jaya ke KOMTAR

2016 - 2017 6 Bertam, Seberang Jaya dan Jawi ke KOMTAR

2017 - 2018 8 Bertam, Seberang Jaya, Jawi dan Balik Pulau ke KOMTAR

4 Congestion Alleviation Transport

2018 52 12 laluan iaitu Air Itam, Balik Pulau, Tanjung Tokong,

Georgetown, Bayan Baru, Sungai Dua, Bukit Mertajam, Nibong Tebal, Batu Kawan, Bertam, Alma dan Seberang

Jaya)

(c) Beberapa kelemahan yang telah dikenal pasti adalah seperti berikut:

(i) Frekuensi masa perjalanan bas kurang memuaskan apabila berlaku kesesakan lalu lintas terutamanya pada waktu puncak;

(ii) Jumlah penumpang berlebihan ketika waktu puncak atau hari cuti menyebabkan masa perjalanan bas meningkat;

(iii) Waktu ketibaan bas tidak tepat disebabkan masalah kesesakan lalu lintas atau laluan terhalang oleh kerja-kerja penyelenggaraan jalan atau kemalangan;

(iv) Kekurangan penumpang di beberapa laluan dan kawasan yang baharu sahaja diwujudkan pengangkutan bas atau kekurangan penduduk serta aktiviti perniagaan.

(v) Bagi mengatasi kelemahan ini Kerajaan Negeri sentiasa berhubung serta berbincang dengan pihak Rapid Penang untuk mencari jalan penyelesaian dan mengambil tindakan segera seperti mempercepatkan jadual perjalanan bas atau menambah bilangan bas pada waktu puncak.

Page 176: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

176

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

9. Adakah Pihak Berkuasa Tempatan mengeluarkan lesen kepada peniaga bangsa asing (kedai makan)?

(a) Adakah lesen ini boleh disewa kepada orang lain atau bangsa asing?

(b) Apakah tindakan penguatkuasaan yang telah diambil dan berapa kes yang terlibat?

Y.A.B. Ketua Menteri:

9. Pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) tidak mengeluarkan lesen kepada peniaga warganegara asing kerana warganegara asing tidak dibenarkan untuk membuat pendaftaran perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah peruntukan Akta Pendaftaran Perniagaan 1965 atau pendaftaran perkongsian liabiliti terhad di bawah Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012. Walau bagaimanapun, Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) membenarkan pengeluaran lesen perniagaan kepada warganegara asing yang mempunyai syarikat yang didaftarkan sebagai Sendirian Berhad sahaja.

(a) Lesen perniagaan kedai makan tidak dibenarkan diserah milik, disewa, dijual atau dipajak kepada orang lain termasuk warganegara asing tanpa kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

(b) Tindakan penguatkuasaan yang diambil oleh kedua-dua PBT adalah seperti berikut:

BIL. TINDAKAN PENGUATKUASAAN MBPP MPSP

1 Pengeluaran kompaun di atas kesalahan tidak mematuhi syarat-syarat perlesenan dan pendakwaan di mahkamah

4 117

2 Rampasan dan sitaan barang 6 23

Jumlah keseluruhan kes 10 140

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

10. Pelan Induk Laluan Basikal Pulau Pinang telah dibina sejak 2016.

(a) Berapakah panjang laluan yang telah disiapkan hingga kini dan kos terlibat? Sila pecahkan sumbangan dari swasta dan kerajaan.

Y.A.B. Ketua Menteri:

10. Laluan basikal yang telah disiapkan sehingga kini di Bahagian Pulau dengan konsep binaan laluan baru adalah sepanjang 180 km dengan kos berjumlah RM34.8 juta. Manakala di Seberang Perai, laluan basikal adalah menggunakan jalan sedia ada iaitu berkonsepkan road sharing dan sepanjang 194.495 km dengan kos sejumlah RM660,590.76 telah siap. Pecahan sumbangan dari pihak swasta dan kerajaan adalah seperti berikut:

Jadual : Pecahan Sumbangan dari Swasta dan Kerajaan

Bahagian Pulau (RM) Seberang Perai (RM)

Konsep Binaan Laluan Baru Sedia ada (road sharing)

Panjang (km) 180 194.495

Page 177: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

177

Bahagian Pulau (RM) Seberang Perai (RM)

Sumbangan (RM) Swasta Kerajaan Swasta Kerajaan

14.3 juta 20.5 juta 191,855.00 468,735.76

Jumlah 34.8 juta 660,590.76

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

11. RM 275 juta bagi pembinaan 82 gelanggang badminton baru & 4 kolam renang.

(a) Berapakah jumlah gelanggang yang telah dibina & jumlah peruntukan yang dibelanjakan hingga 2018?

(b) Senaraikan gelanggang yang telah siap dibina dan jumlah perbelanjaannya hingga 2018? (c) Dimanakan kompleks sukan baru yang akan dibina dengan peruntukan RM 60 juta & status pembinaannya?

Y.A.B. Ketua Menteri:

11. Kerajaan Negeri telah memperuntukkan bajet berjumlah RM275 juta bagi pembangunan infrastruktur sukan tidak terhad kepada pembinaan 82 gelanggang badminton dan 4 kolam renang. Ia termasuk pembinaan Stadium Hoki baharu di Jalan Betek bernilai RM7 juta, menaik taraf stadium mini Permatang Rawa dengan kos RM2.5 juta dan sebuah kompleks sukan baru di Batu Uban yang akan disumbang oleh sektor swasta.

(a) Buat masa ini, Kerajaan Negeri sedang menyelaras semula semua infrastruktur sukan yang terdapat di Negeri Pulau Pinang supaya penggunaannya lebih optimum. 10 gelanggang badminton dan 1 kolam renang di Kompleks Sukan Relau telah siap dibina dengan kos RM21.4 juta.

(b) Setakat ini, hanya Kompleks Sukan Relau di bawah Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) yang mengandungi 10 gelanggang badminton dan sebuah kolam renang bersaiz Olimpik telah siap dibina dengan kos sebanyak RM21.4 juta. Selain itu, terdapat sebuah Akademi badminton yang mempunyai 6 gelangang badminton telah siap dibina di Bukit Gelugor, Daerah Timur Laut. Projek ini merupakan projek Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) oleh pihak swasta dengan kos projek sebanyak RM4 juta.

(c) Cadangan projek pembinaan sebuah kompleks sukan dengan peruntukan RM60 juta di Butterworth telah dipertanggungjawabkan kepada Perbadanan Pembangunan Negeri Pulau Pinang (PDC). Kompleks sukan ini akan dibina di Ampang Jajar. Kerajaan Negeri bercadang untuk membina kompleks sukan badminton dan kolam Renang di atas tapak seluas 10.09 ekar. Di samping itu, kemudahan-kemudahan seperti hotel dan ruang komersil juga akan disediakan secara bersepadu. Pelaksanaan projek ini adalah melalui Request For Proposal (RFP) dan pada masa kini, pihak Kerajaan Negeri dan PDC masih dalam proses untuk memuktamadkan brief reka bentuk.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

12. Sila senaraikan secara terperinci projek-projek naiktaraf prasarana sukan dalam komuniti yang telah dibuat hingga September 2018 dan jumlah belanja yang terlibat.

(a) Syarikat manakah yang akan membina 1 kompleks sukan baru di Pantai Jerejak

(b) Sila huraikan konsep perlaksanaan projek samada turnkey atau usahasama dengan Kerajaan Negeri.

(c) Sila bentangkan status perlaksanaan.

Page 178: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

178

Y.A.B. Ketua Menteri:

12. Kerajaan Negeri melalui agensi-agensinya seperti Pejabat Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan dan Jabatan Kerja Raya sentiasa melaksanakan kerja-kerja baik pulih dan menaik taraf prasarana sukan berdasarkan keperluan. Senarai terperinci projek-projek naik taraf prasarana sukan dalam komuniti mengikut jabatan pelaksana adalah seperti Lampiran A.

(a) Pembinaan kompleks sukan baharu di Pantai Jerejak akan dilaksanakan oleh Ideal Gim Ventures Sdn. Bhd.

(b) Projek yang dilaksanakan oleh Ideal Gim Ventures Sdn Bhd adalah projek pertukaran tanah (land swap) dengan Kerajaan Negeri berdasarkan perjanjian yang telah ditandatangani pada 28 Jun 2016. Pihak pemaju menyerahkan tanah miliknya seluas 11.74 ekar di Lot 15739, Mukim 13 kepada Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri memberikan hak kepada pemaju untuk menebus guna tanah di Persiaran Bayan Indah, Daerah Barat Daya yang jumlah keluasannya 24.79 ekar dengan syarat hanya 11.74 ekar untuk tujuan pembangunan pemaju dan 13.05 ekar perlu diserah balik kepada Kerajaan Negeri. Pemaju juga disyaratkan untuk menyediakan kompleks sukan, tapak sekolah, promenade dan jalan untuk Kerajaan Negeri.

(c) Kompleks sukan yang dicadangkan masih dalam peringkat perancangan untuk memuktamadkan skop dan spesifikasi dan pembinaannya dijangka akan dimulakan pada pertengahan tahun 2019.

RUJUK LAMPIRAN A.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

13. Adakah bayaran One Off kepada pelajar sekolah vokasional tempatan telah dilaksanakan pada tahun 2018?

(a) Berapakah bilangan pelajar terlibat dan jumlah yang telah dibelanjakan daripada peruntukan RM 2 juta.

Y.A.B. Ketua Menteri:

13. Bayaran “one off” kepada pelajar sekolah vokasional tempatan telah ditukarkan kepada Bantuan Pendaftaran Pelajar ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) bagi pelajar politeknik Malaysia di mana bantuan ini telah dibuka kepada 36 buah politeknik Malaysia. Bayaran ini telah dilaksanakan semasa Majlis Penyampaian Bantuan Pendaftaran Pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) pada 21 September 2018 di Dewan Millenium, Kepala Batas.

(a) Bagi permohonan Jun 2018, seramai 425 orang pelajar politeknik Malaysia telah menerima bayaran “one off” sebanyak RM300 dengan jumlah keseluruhan RM127,500.00 dibelanjakan daripada peruntukan RM2 juta.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

14. Selain daripada Program Smart (Nasihat dan Latihan PKS), Apakah program lain yang dilaksanakan oleh PDC dan Invest Penang dalam pembangunan PKS di Pulau Pinang.

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan Pelaburan Sumber Tempatan dan Perkhidmatan Perangkaian untuk PKS yang dilaksanakan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

14. Selain daripada Program Smart (Nasihat dan Latihan PKS), program-program lain yang dilaksanakan olehPenang Development Centre (PDC) dan Invest Penang dalam pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Pulau Pinang adalah seperti berikut:

Page 179: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

179

(i) Menyediakan ruang operasi kepada PKS di Penang SME Centre, Taman Perindustrian Bayan Lepas dan SME Village di Taman Perindustrian Batu Kawan. Usahawan tempatan boleh menyewa/membeli ruang industri dalam projek-projek tersebut dengan kadar subsidi dan beroperasi berdekatan dengan syarikat luar negara supaya servis dan produk mereka dapat dibekalkan dalam tempoh masa atau jarak yang singkat;

(ii) Menganjurkan sesi-sesi pemadanan perniagaan dan peluang pemasaran;

(iii) Menjalinkan kerjasama dengan kilang pelaburan asing;

(iv) Menganjurkan Hari Pembekal dan memperkenalkan pelabur baharu kepada syarikat tempatan yang berpotensi menjadi pembekal/vendor kepada pelabur asing;

(v) Membentuk Kluster Automasi Penang atau Penang Automation Cluster (PAC) di Kawasan Perindustrian Batu Kawan yang akan mula beroperasi pada tahun 2019;

(vi) Menawarkan Penang i4.0 Seed Fund berjumlah RM4 juta untuk membantu usahawan-usahawan baharu dalam bidang berasaskan teknologi (technopreneur) yang berpotensi untuk mencapai pengkomersialan. Penang i4.0 Seed Fund ini diuruskan oleh Invest Penang di bawah @CAT;

(vii) Membekalkan ruang operasi kepada technopreneur dengan kadar sewa yang bersubsidi di @CAT dan meganjur pelbagai program pembangunan keusahawan untuk membantu mereka; dan

(viii) Menganjurkan sesi dialog dengan agensi Persekutuan yang mempunyai dana dan bajet untuk usahawan yang ingin menaiktarafkan sistem mereka dalam Industri 4.0.

(a) Pelaburan sumber tempatan (domestic investment) bermaksud pelaburan yang dibuat oleh syarikat-syarikat tempatan. Manakala Perkhidmatan Perangkaian untuk PKS bermaksud Sesi Pemadanan Perniagaan (business matching).

SME Corp. menganjurkan Sesi Pemadanan Perniagaan yang diadakan semasa minggu PKS di negeri-negeri di seluruh Malaysia bagi membolehkan usahawan PKS memperluaskan pasaran di pasar raya besar asing dan pasar raya besar tempatan. Sejak dimulakan pada tahun 2014, sejumlah RM230.4 juta potensi jualan telah dijana melalui Sesi Pemadanan Perniagaan semasa minggu PKS yang melibatkan 737 PKS.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

15. Peruntukan yang banyak diperuntukkan untuk Program Stem iaitu RM 57 juta bagi tahun 2018.

(a) Bagaimana kaedah memilih peserta dibuat?

(b) Adakah melibatkan pelajar sekolah menengah kebangsaan dan juga sekolah di luar bandar?

(c) Senaraikan program yang telah dibuat dan peruntukan yang telah dibelanjakan hingga September 2018.

Y.A.B. Ketua Menteri:

15. Seperti yang diumumkan dalam ucapan Belanjawan 2018, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM62 juta untuk pelbagai program Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM) termasuk Pusat Pembelajaran Karpal Singh, Penang Tech Dome, Perpustakaan Digital Pulau Pinang, Penang Science Cafe dan Pameran Sains Antarabangsa Pulau Pinang. Selain itu, terdapat penambahan peruntukan sebanyak RM2 juta untuk kelas pengekodan dan RM10.8 juta untuk

Page 180: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

180

pembinaan Perpustakaan Digital Pulau Pinang 2 yang baharu menjadikan jumlah yang diperuntukkan untuk pendidikan STEM adalah sebanyak RM74.8 juta.

(a) Pemilihan peserta adalah bergantung kepada program yang dilaksanakan. Program-program yang dibuka untuk orang awam adalah berdasarkan kepada pendaftaran melalui laman web Penang STEM(www.penangstem.com) manakala terdapat juga permohonan daripada sekolah rendah dan sekolah menengah serta individu untuk melaksanakan program. Selain itu, tumpuan juga diberikan kepada sekolah-sekolah di luar bandar.

(b) Senarai program yang telah dilaksanakan dan peruntukan yang dibelanjakan pada tahun 2018 (sehingga Oktober) adalah seperti di Lampiran A.

RUJUK LAMPIRAN A.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

16. Sila perincikan perkembangan Pembangunan Daerah Seni di Gat Lebuh Maccallum.

(a) Berapakah peruntukan yang telah dibelanjakan sehingga 2018?

(b) Apakah perkembangan program kotak yang dicadangkan pembangunan di persiaran karpal singh dengan peruntukan RM 4 juta. huraikan.

(c) Senaraikan bentuk festival/sambutan warisan dalam usaha memulihara warisan di Pulau Pinang serta berapakah perbelanjaan sehingga 2018 mengikut program.

Y.A.B. Ketua Menteri:

16. Pembangunan Daerah Seni di Gat Lebuh Macallum atau lebih dikenali sebagai Penang Art District oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) kini dalam proses untuk mendapatkan kelulusan pelan bangunan sebelum pembinaan dapat dijalankan. Pihak perunding telah mengemukakan pelan bangunan kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) pada Mei 2018 untuk pertimbangan kelulusan. Pelan bangunan ini melibatkan jajaran Light Railway Transit (LRT) yang melalui tapak projek dan belum dimuktamadkan. Oleh itu, jajaran LRT sedang dimuktamadkan terlebih dahulu sebelum pelan bangunan dapat dipertimbangkan. MBPP dalam proses untuk melihat semula reka bentuk jajaran LRT dan akan membuat pengubahsuaian sekiranya perlu bagi mengurangkan impak ke atas projek ini.

(a) Sehingga 19 Oktober 2018, peruntukan yang telah dibelanjakan bagi projek Penang Art District adalah RM122,155.50 yang merangkumi yuran memproses permohonan pelan kebenaran merancang (MBPP), bayaran [Indah Water Konsortium (IWK)] dan lantikan perunding bagi kerja tanah.

(b) Pembangunan An Outdoor Community Street Mall For Arts & Culture (KOTAK) telah diumumkan pelaksanaannya dalam ucapan Belanjawan Pulau Pinang 2018 (Belanjawan Marhaen) pada 2 November 2017. Anggaran kos bagi projek pembangunan pusat komersial An Outdoor Community Street Mall For Arts & Culture atau KOTAK tersebut adalah berjumlah RM4 juta. Projek ini melibatkan pembangunan di atas tanah milik Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang (CMI) di PT. 214, Seksyen 8, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang. Pada masa ini, Kerajaan Negeri sedang mengkaji semula cadangan oleh pihak swasta berhubung tempoh pajakan dan pulangan kepada Kerajaan Negeri. Beberapa isi kandungan telah diedarkan dan dijangka dapat dimuktamadkan dalam masa terdekat dengan membawa keuntungan kepada kedua-dua pihak.

(c) Dalam usaha memulihara warisan di Pulau Pinang, Kerajaan Negeri telah menjalankan beberapa festival/sambutan warisan. Antaranya adalah Perayaan Warisan George Town (George Town Heritage Celebrations) yang bertujuan meraikan pengiktirafan George Town sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 7 Julai 2008. Bagi tempoh tahun 2014 hingga 2018, peruntukan sebanyak

Page 181: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

181

RM1,667,727.01 telah dibelanjakan bagi perayaan tersebut. Selain itu, Kerajaan Negeri melalui George Town Heritage Celebrations(GTWHI) juga menganjurkan George Town Festival yang merupakan perayaan seni, budaya dan warisan untuk mempromosikan Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town. Bagi tempoh tahun 2011 hingga 2018, peruntukan sebanyak RM25,850,000.00 telah dibelanjakan bagi festival tersebut.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

17. Bagaimana Kerajaan Negeri berjaya mencatatkan lebihan belanjawan setiap tahun selama 9 tahun? sila jelaskan.

(a) Senaraikan secara terperinci kaedah Kerajaan Negeri mengurangkan hutang negeri dengan Kerajaan Pusat tanpa selindung.

(b) Adakah ianya melalui penjimatan belanja mengurus dan pembangunan atau peningkatan kepada hasil negeri?

Y.A.B. Ketua Menteri:

17. (a) Kerajaan Negeri Pulau Pinang mencatatkan lebihan belanjawan pada setiap tahun kerana berjaya menguruskan kewangan negeri dengan cemerlang melalui prinsip "Cekap, Akauntabiliti dan Telus" (CAT).

Kerajaan Negeri berjaya membuat bayaran balik hutang kepada Kerajaan Persekutuan mengikut Jadual Bayaran Balik yang ditetapkan. Kerajaan Negeri memastikan peruntukan bagi bayaran balik pinjaman dibajetkan setiap tahun mengikut amaun sebenar anuiti agar tiada tunggakan berlaku.

(b) Kerajaan Negeri mencatatkan lebihan belanjawan melalui kaedah-kaedah seperti berikut :

(i) Dasar penjimatan dan kawalan perbelanjaan mengurus yang diamalkan Kerajaan Negeri melalui Surat Pekeliling Kerajaan Negeri Bil. 11 Tahun 2008 yang menggariskan beberapa aspek penjimatan, perbelanjaan berhemah dan kawalan dalaman yang perlu dilaksanakan bagi mengurangkan kos serta mengelakkan pembaziran.

(ii) Bagi perbelanjaan pembangunan, Kerajaan Negeri menekankan supaya perancangan dan pelaksanaan projek-projek pembangunan dibuat mengikut keutamaan dan secara telus serta tender terbuka agar memberi pulangan yang lebih optimum kepada kumpulan sasar dan rakyat.

(iii) Selaras dengan prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT), kaedah perolehan yang diamalkan secara telus telah memberi nilai optimum kepada Kerajaan Negeri.

(iv) Pelbagai langkah berterusan diambil Kerajaan Negeri untuk meningkatkan hasil negeri dan mengurangkan tunggakan hasil negeri.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

18. Pihak Berkuasa Tempatan MPSP/MBPP telah kehilangan pendapatan sebanyak RM 14.9 juta apabila pengecualian cukai pintu dilaksanakan pada tahun 2018. Disamping itu terdapat cukai tertunggak bagi kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan.

(a) Bagaimana Pihak Berkuasa Tempatan mengatasi masalah kekurangan pendapatan dan cukai tertunggak ini.

(b) Senaraikan langkah yang akan diambil.

Page 182: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

182

Y.A.B. Ketua Menteri:

18. (a) Bagi mengatasi masalah kekurangan pendapatan dan cukai tertunggak, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) merancang untuk menjalankan kerja-kerja penilaian semula cukai taksiran untuk dikuatkuasakan mulai tahun 2020 manakala Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) pula telah mula melaksanakan perbelanjaan secara berhemah bagi mengatasi kekurangan pendapatan.

(b) Antara langkah-langkah yang telah diambil oleh MBPP untuk mengutip tunggakan cukai taksiran adalah seperti berikut:

(i) Menghantar Surat Pemberitahuan Tunggakan Cukai Taksiran kepada pemilik-pemilik premis yang mempunyai tunggakan cukai taksiran,

(ii) Mengambil tindakan untuk menuntut tunggakan di bawah Seksyen 148, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171):

“Untuk menuntut sesuatu tunggakan,Pihak berkuasa tempatan boleh mengeluarkan suatu waran tahanan dalam Borang F dalam Jadual Pertama kepada Akta ini dan boleh menyita menurut waran itu apa-apa harta alih kepunyaan pemunya atau penduduk yang bertanggungan membayarnya, yang dijumpai dalam kawasan pihak berkuasa tempatan itu dan juga boleh menyita apa-apa harta alih kepunyaan sesiapa jua pun yang dijumpai pada pegangan yang mengenainya tunggakkan itu kena bayar.”

(iii) Menghantar kes-kes yang mempunyai tunggakan cukai taksiran yang tidak berjaya dikutip ke Unit Undang-Undang Majlis Bandaraya Pulau Pinang untuk tindakan mahkamah, dan

(iv) Melantik agen kutipan untuk mengutip tunggakan cukai taksiran.

Langkah-langkah yang diambil oleh MPSP untuk meningkatkan kutipan tunggakan cukai taksiran pula adalah seperti berikut:

Penyerahan Notis E Cukai Taksiran (selepas tempoh bayaran bil telah tamat),

Penyerahan Notis Pemberitahuan Tunggakan Cukai Untuk Dirujuk ke Mahkamah (Peringatan Selepas Tempoh Notis E),

Serahan Waran Tahanan,

Penyerahan Notis Pemberitahuan Kes Tunggakan Cukai Untuk Tindakan Mahkamah (Selepas Waran),

Sitaan Harta Mudah Alih,

Lelongan Harta Mudah Alih,

Serahan Kes Kepada Pasukan Khas, Debt Collector dan Panel Peguam,

Promosi Bayaran Cukai Pintu & Cabutan Bertuah,

Pemantauan Kes-Kes Tunggakan Cukai Khas oleh Unit Operasi,

Klinik Tunggakan Cukai,

Semakan Kes Dengan Insolvensi, Liquidator & Receivership,

Pengedaran Poster Serta Hebahan Tanggungjawab Membayar Cukai Taksiran, dan

Kad Pemberitahuan Tunggakan Cukai bagi kes tunggakan rumah strata (rumah pangsa / kondominium / apartment).

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

19. Berapakah peruntukan untuk Projek Tebatan Banjir bagi tahun 2018 di Negeri Pulau Pinang dan kawasan yang terlibat?

Page 183: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

183

(a) Laporkan secara terperinci perlaksanaan projek tebatan banjir tahun 2017 dan peruntukan RM 220 juta, Kerajaan Negeri- RM150 juta / PBAPP – RM 50 juta / 2 PBT – RM 20 juta.

(b) Adakah Kerajaan Persekutuan menyalurkan peruntukan untuk kerja-kerja tebatan banjir di Sungai Pinang?

Y.A.B. Ketua Menteri:

19. Sejumlah RM33,212,260.31 telah diperuntukkan melalui Peruntukan Pembangunan Kerajaan Negeri dan Peruntukan Caruman Perparitan, bagi pelaksanaan Projek Tebatan Banjir di Negeri Pulau Pinang pada tahun 2018. Pecahan peruntukan kepada agensi-agensi pelaksana dan senarai projek yang terlibat adalah seperti di Lampiran A.

(a) Sejumlah 25 buah projek tebatan banjir telah dilaksanakan pada tahun 2017 menggunakan peruntukan Kerajaan Negeridan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan kos keseluruhan sebanyak RM173,261,346.06. Laporan terperinci pelaksanaan projek tebatan banjir oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan kedua-dua PBT di bawah peruntukan Kerajaan Negeri bagi tahun 2017 adalah seperti di Lampiran B. Manakala cadangan projek penyaluran air mentah dari Empangan Air Itam ke Empangan Teluk Bahang dengan menggunakan peruntukan RM50 juta melalui Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) telah digantikan dengan projek menaik taraf Loji Rawatan Air Itam sebagai penyelesaian alternatif, di mana kapasiti loji yang dinaik taraf adalah bersamaan dengan jumlah kapasiti pengepaman ke Teluk Bahang. Tender menaik taraf loji ini telah ditutup pada 16 Ogos 2018 dan akan dibentangkan di Mesyuarat Lembaga Tender PBAPP.

(b) Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan berjumlah RM150 juta untuk pelaksanaan projek-projek tebatan banjir di Sungai Pinang, iaitu di bawah Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Pinang. Tender terbuka telah pun dijalankan untuk perlantikan perunding, seterusnya reka bentuk terperinci akan dilaksanakan sebelum tender terbuka untuk perlantikan kontraktor. Kerja-kerja pembinaan dijangka bermula pada akhir 2019 atau awal 2020.

RUJUK LAMPIRAN A DAN B.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

20. Sila senaraikan jalan-jalan dan perbelanjaan yang telah dibuat sehingga September 2018 dengan peruntukan RM 61.2 juta kepada Jabatan Kerja Raya.

(a) Adakah Peruntukan MARRIS boleh digunakan untuk membina jalan-jalan kampung, parit buang/longkang dan jalan-jalan ladang? Nyatakan.

(b) Apakah Kerajaan Negeri bercadang membina dan menaik taraf parit-parit tepi jalan di kawasan Sungai Dua?

Y.A.B. Ketua Menteri:

20. Setakat September 2018, Jabatan Kerja Raya (JKR) telah membelanjakan sejumlah RM43,380,549.07 daripada RM61.2 juta yang diperuntukkan untuk projek-projek penyelenggaraan jalan dan perparitan di Pulau Pinang. Senarai jalan-jalan yang telah diselenggara dan perbelanjaannya mengikut daerah adalah seperti di Lampiran A.

(a) Peruntukan Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) hanya boleh digunakan untuk penyelenggaraan jalan sedia ada. Manakala peruntukan pembangunan Kerajaan Negeri yang dimohon melalui Bahagian Perancang Ekonomi Negeri boleh digunakan untuk membina atau menaik taraf jalan kampung, parit buang dan longkang. Di samping itu, peruntukan pembangunan di bawah Kementerian Pertanian yang dimohon melalui Bahagian Pengairan dan

Page 184: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

184

Saliran, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) boleh digunakan untuk membina dan menaik taraf jalan-jalan ladang.

(b) Kerja-kerja penaiktarafan atau pembinaan parit tepi jalan di kawasan Sungai Dua adalah di bawah bidang kuasa pihak JKR. Pada masa ini, pihak JKR belum ada perancangan untuk menaik taraf atau membina parit tepi jalan di kawasan Sungai Dua.

RUJUK LAMPIRAN A.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

21. Senaraikan pecahan perbelanjaan Hal Ehwal Agama Islam yang disediakan setiap tahun, contoh RM 53 juta bagi tahun 2018 dari segi mengurus dan pembangunan bagi tahun 2017 & 2018.

(a) Berapakah jumlah peruntukan yang diterima oleh Sekolah Agama Rakyat daripada Kerajaan Negeri sahaja bagi tahun 2017 & 2018?

Y.A.B. Ketua Menteri:

21. Jumlah peruntukan bagi Hal Ehwal Agama Islam yang disediakan bagi tahun 2017 dan 2018 masing-masing adalah RM45,946,700.00 dan 48,956,020.00. Perinciannya adalah seperti di Lampiran A.

(a) Sekolah Agama Rakyat menerima peruntukan pembangunan berjumlah RM2.15 juta pada tahun 2017 dan RM2.8 juta pada 2018 bagi melaksanakan kerja-kerja menaik taraf, membaiki dan membina baru bangunan sekolah. Selain itu, pada tahun 2017 dan 2018 Kerajaan Negeri juga menyediakan bantuan kewangan berbentuk one off sebanyak RM1.75 juta setahun untuk diagihkan kepada sekolah agama rakyat bagi perbelanjaan pengurusan sekolah.

RUJUK LAMPIRAN A.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

22. Senaraikan sekolah tahfiz yang terdapat di Pulau Pinang.

(a) Berapakah yang didaftarkan dengan MAINPP?

(b) Apakah bentuk bantuan yang disalurkan kepada sekolah tahfiz ini? huraikan.

Y.A.B. Ketua Menteri:

22. (a) Bilangan sekolah tahfiz yang berdaftar dengan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang berjumlah 74 buah dan perincian mengikut daerah adalah seperti berikut:

PUSAT PENGAJIAN

DAERAH

JUMLAH BARAT DAYA

TIMUR LAUT

SPU SPT SPS

TAHFIZ

TAHFIZ TETAP 5 5 5 12 - 27

TAHFIZ SEMENTARA 1 3 10 1 2 17

SRI/SMI TAHFIZ - 1 5 1 - 7

PUSAT PENGAJIAN AL-QURAN

4 12 5 3 - 24

JUMLAH 10 21 25 17 2 75

Page 185: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

185

(b) Kerajaan Negeri menyediakan bantuan kewangan dalam bentuk grant secara one-off bagi membiayai belanja pengurusan am sekolah-sekolah tahfiz berkenaan. Pada tahun 2018 sejumlah RM168,584.00 disediakan khusus untuk diagihkan kepada sekolah tahfiz mengikut keperluan.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

23. Ternakan khinzir di kawasan Kampung Selamat masih menjadi kawasan ternakan khinzir yang terbesar dan terus mencemarkan sungai-sungai sekitar.

(a) Apakah tindakan yang telah diambil oleh JAS, MPSP dan Jabatan Veterinar dalam menyelesaikan masalah ini. Huraikan.

(b) Apakah perkembangan dalam perlaksanaan kandang tertutup atau penternakan berpusat khinzir? Jelaskan.

Y.A.B. Ketua Menteri:

23. Kerajaan Negeri memberi perhatian yang serius mengenai sensitiviti terhadap isu ternakan khinzir di Pulau Pinang. Justeru itu, Kerajaan Negeri telah mengambil tindakan dengan meluluskan Enakmen Penternakan Babi Negeri Pulau Pinang pada 24 November 2016 semasa Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Ketiga Belas sebagai kaedah penyelesaian jangka panjang terhadap isu-isu yang berbangkit dari ladang-ladang ternakan khinzir konvensional yang beroperasi di Pulau Pinang. Enakmen ini adalah untuk mewajibkan para penternak mengamalkan Amalan Perladangan Yang Baik (GAHP) dan tukar guna/menaik taraf ke konsep ladang tertutup demi memastikan isu-isu semasa seperti pencemaran dan kawalan penyakit dapat diatasi serta meningkatkan tahap bio-security.

(a) Bagi penyelesaian jangka pendek, khususnya bagi isu pelepasan najis khinzir ke sungai di Kampung Selamat, Kerajaan Negeri telah mengambil pendekatan-pendekatan berikut:

(i) pemantauan secara berterusan oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) di setiap ladang di kawasan tersebut serta mengeluarkan notis dan kompaun bagi ladang yang melanggar syarat-syarat pelesenan oleh MPSP;

(ii) penyiasatan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPVPP) mengenai punca buangan sisa ladang ke dalam sungai serta mengarahkan penternak untuk menghentikan buangan sisa secara terus (direct discharge) ke dalam sungai; dan

(iii) mengarahkan supaya sisa ternakan disalirkan ke sistem kumbahan ladang sedia ada dan dirawat dengan Effective Microbes (EM) yang dibekalkan oleh JPVPP bagi menangani isu pencemaran bau di ladang yang dikenalpasti oleh pihak jabatan.

Selain itu, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS), MPSP dan JPVPP juga menjalankan operasi bersepadu dan mengambil tindakan seperti berikut:

(i) Mengeluarkan notis dan kompaun;

(ii) Membatalkan lesen; dan

(iii) Mengambil tindakan mahkamah.

(b) Sehingga 18 Oktober 2018, MPSP telah menerima dua (2) permohonan rasmi Pelan Bangunan untuk pelaksanaan sistem ladang babi tertutup dan permohonan ini masih dalam peringkat semakan pihak MPSP. Walau bagaimanapun, pemantauan yang dijalankan oleh JPV mendapati terdapat 42 buah ladang yang sedang dalam proses dinaiktaraf ke sistem ladang tertutup. Sehingga hari ini, sejumlah 174 masih beroperasi daripada sejumlah 182 buah ladang babi di

Page 186: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

186

seluruh negeri Pulau Pinang. Kerajaan Negeri melalui MPSP juga telah menyediakan beberapa pengecualian dan kemudahan khas untuk penternak-penternak babi yang layak bagi menaiktaraf kepada ladang tertutup seperti berikut:

(i) Pengecualian Kebenaran Merancang bagi penternak babi menaiktaraf ladang sedia ada kepada ladang tertutup;

(ii) Pengecualian syarat tukar guna tanah daripada pertanian kepada industri;

(iii) Pengecualian daripada dikenakan syarat universal design seperti kemudahan OKU, parkir dan landskap;

(iv) Pengecualian penalti terhadap pengusaha yang menaiktaraf tanpa kebenaran;

(v) Pengecualian sumbangan perparitan; dan

(vi) Pembukaan kaunter khas di Urusetia Pusat Setempat atau One Stop Center (OSC) khusus untuk menerima Permohonan Pelan Bangunan bagi Ladang Babi Tertutup

Kesemua pengecualian dan kemudahan khas ini disediakan bagi menggalakkan penternak babi untuk menaiktaraf ladang terbuka kepada konsep ladang babi tertutup.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

24. Projek Usahawan Kecil

(a) Adakah Kerajaan Negeri mempunyai data usahawan kecil bersama produk yang diusahakan yang ada dalam Negeri Pulau Pinang?

(b) Apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi membantu memasarkan dan meningkatkan kualiti produk serta pembungkusan dalam industri ini?

Y.A.B. Ketua Menteri:

24. (a) Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) mempunyai data usahawan kecil bersama produk masing-masing yang diusahakan. Sehingga Oktober 2018, seramai 1,181 usahawan kecil yang aktif telah direkodkan bersama produk masing-masing yang diusahakan di Pulau Pinang seperti di Lampiran A.

Sementara itu, Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Pembangunan Usahawan juga telah mendapat persetujuan agensi-agensi Kerajaan Pusat yang mempelopori pembangunan keusahawanan untuk berkongsi data usahawan sedia ada, agar sebaran maklumat program pembangunan usahawan dapat disalurkan kepada para usahawan.

(b) Kerajaan Negeri melalui PDC telah melaksanakan kursus pemasaran e-dagang (e-commerce) pada 3 Mei 2018 dan Kursus Pembungkusan, Pelabelan dan Penjenamaan pada 7 Ogos 2018 untuk membantu usahawan memasarkan dan meningkatkan kualiti produk serta pembungkusan dalam Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

Selain itu, Kerajaan Negeri sedang bekerjasama dengan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) untuk menghasilkan usahawan berkemahiran digital untuk menjalankan perniagaan yang menggunakan teknologi digital bagi memasarkan produk mereka.

Kerajaan Negeri melalui PDC merancang untuk menganjurkan lebih banyak program-program yang berkaitan dengan pemasaran, kualiti produk dan pembungkusan pada masa akan datang.

RUJUK LAMPIRAN A.

Page 187: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

187

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

25. Sehingga kini berapakah jumlah terkumpul kutipan dalam Kempen RM 0.20 beg plastik dan nyatakan perbelanjaannya secara terperinci?

(a) Berapakah jumlah kutipan parkir yang dikutip oleh Kerajaan Negeri /Pihak Berkuasa Tempatan sejak tahun 2013 hingga kini dan jelaskan perbelanjaannya?

Y.A.B. Ketua Menteri:

25. Jumlah kutipan yang diperolehi sempena Kempen Hari Tanpa Beg Plastik Percuma sejak tahun 2009 hingga Oktober 2018 adalah sebanyak RM8,281,325.16. Semua kutipan ini dimasukkan ke dalam Akaun Bendahari Negeri Pulau Pinang dan digunakan hanya untuk program Agenda Ekonomi Saksama (AES) dalam bentuk bantuan kewangan bulanan kepada golongan miskin di samping meningkatkan taraf hidup rakyat dan membasmi kemiskinan di seluruh Negeri Pulau Pinang. Sejak 2009 hingga September 2018, program ini telah memberi manfaat kepada 1,052 orang penerima AES sedia ada tidak termasuk yang telah meninggal dunia dan yang telah berjaya keluar daripada paras kemiskinan. Jumlah perbelanjaan Program AES sejak tahun 2009 hingga kini adalah sebanyak RM30,569,957.00 yang turut meliputi peruntukan daripada kutipan Kempen Hari Tanpa Beg Plastik Percuma.

(a) Jumlah hasil parkir yang dikutip oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dari tahun 2013 sehingga September 2018 adalah seperti berikut:

Tahun Pendapatan (RM)

MBPP

Pendapatan (RM)

MPSP

2013 2,590,786.93 3,226,092.00

2014 5,086,676.29 3,933,861.00

2015 4,214,809.07 4,886,676.00

2016 9,230,602.22 5,096,930.00

2017 5,560,908.58 6,127,200.00

2018

(setakat September) 5,128,656.35 4,014,657.00

Jumlah 31,812,439.44 27,285,416.00

Pihak MBPP membelanjakan hasil kutipan bayaran parkir untuk membuat papan tanda waktu kawalan dan mencetak kupon untuk orang awam. Selain itu, semua petak -petak letak kereta yang pudar akan dicat semula. Bagi MPSP pula, hasil kutipan parkir digunakan untuk menampung kos bagi kerja-kerja penyelenggaraan tempat letak kereta, kerja-kerja menurap tempat letak kereta, percetakan tiket berkupon, bayaran cukai perkhidmatan jualan petak letak kereta, komisen kepada wakil penjual kupon letak kereta dan lain-lain kos yang berkaitan.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

26. Adakah pihak MPSP mempunyai cadangan untuk membangunkan kawasan lapang di taman perumahan dalam DUN Sungai Dua?

(a) Terdapat kawasan taman yang tidak mempunyai kawasan riadah & taman permainan yang sempurna.

Page 188: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

188

(b) Adakah pembaikan/naik taraf akan dilaksanakan oleh MPSP? jika ada senaraikan dari tahun 2013 - 2018.

Y.A.B. Ketua Menteri:

26. (a) Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) mempunyai cadangan untuk membangunkan / menaik taraf kawasan lapang di taman perumahan dalam KADUN Sungai Dua dengan menyediakan laluan berbasikal dari kawasan lapang Lorong 10, Taman Sungai Dua Utama hingga ke Hutan Pelajaran Air Hitam Dalam, Seberang Perai Utara. Projek ini dijadualkan pada 2019.

(b) MPSP telah melaksanakan 20 projek pembaikan dan tiga (3) projek menaik taraf kawasan riadah serta taman permainan dari tahun 2013 hingga 2018. Perincian adalah seperti di Lampiran A.

RUJUK LAMPIRAN A.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

27. Berapa banyakkah gerai-gerai yang dibina oleh MPSP dalam DUN Sungai Dua? Senaraikan.

(a) Berapa banyakkah yang terbengkalai tiada penyewa?

(b) Apakah usaha yang dibuat oleh MPSP untuk pastikan gerai-gerai ini disewa?

(c) Adakah MPSP mempunyai cadangan baru untuk pembinaan gerai, jika ada dimana?

Y.A.B. Ketua Menteri:

27. Sebanyak 108 buah gerai telah dibina oleh pihak Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) di dalam kawasan KADUN Sungai Dua iaitu 60 buah gerai di Pasar Awam Sungai Dua, 42 buah gerai di Kompleks Makanan Taman Desa Murni dan 6 buah gerai di Pasar Awam Jalan Sungai Lokan 2/2. Senarai gerai-gerai adalah seperti di Lampiran A.

(a) Untuk makluman, terdapat 5 buah gerai kosong yang tiada penyewa di Pasar Awam Sungai Dua dan pihak MPSP telah mengiklankan kekosongan tersebut kepada orang ramai. Selain itu, kesemua 6 buah gerai di Pasar Awam Jalan Sungai Lokan 2/2 juga tidak mempunyai penyewa dan terbengkalai. Pihak MPSP dalam usaha untuk menyerahkan pasar awam tersebut kepada pihak pemaju.

(b) Antara usaha-usaha yang telah dilakukan oleh pihak MPSP untuk memastikan gerai-gerai ini disewa adalah seperti berikut:

(i) Menghebahkan maklumat tentang gerai-gerai untuk di sewa melalui laman sesawang MPSP.

(ii) Menggantung sepanduk (banner) hebahan tentang cadangan pengurusan / sewaan di tapak gerai.

(iii) Menawarkan penggunaan kepada pihak JKKK / Persatuan Penduduk / Rukun Tetangga (RT)

(c) Setakat ini, MPSP mempunyai cadangan untuk menyediakan 25 petak tapak penjaja terbuka di Taman Seri Murni, Sungai Dua.

RUJUK LAMPIRAN A.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

28. Berapakah bilangan kakitangan Bahagian Penguatkuasaan JHEAIPP?

(a) Adakah jumlah ini dapat menampung seluruh operasi?

Page 189: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

189

(b) Jelaskan SOP yang digunakan dalam tangkapan kes khalwat dan senaraikan kes khalwat dari tahun 2016 - 2018.

(c) Adakah terdapat ajaran sesat sekarang ini di Pulau Pinang?nyatakan nama ajaran dan tempat serta langkah/tindakan yang telah dan akan diambil.

Y.A.B. Ketua Menteri:

28. Jumlah perjawatan di Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) adalah seramai 61orang diketuai oleh Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama (KPPA) Gred 48 dan dibantu oleh tiga (3) orang pegawai dan 57 kakitangan kumpulan pelaksana. Terdapat dua kekosongan jawatan masing-masing seorang pegawai Gred S29 dan S19 yang belum diisi di bahagian ini.

(a) Setakat ini, dengan kekuatan bilangan pegawai dan kakitangan sedia ada, Bahagian Penguatkuasaan JHEAIPP boleh beroperasi dengan lancar dan memenuhi sasaran kerja yang ditetapkan.

(b) Setiap tindakan dalam menjalankan proses penguatkuasaan di bawah kesalahan jenayah syariah termasuk kesalahan khalwat di Negeri Pulau Pinang adalah merujuk kepada prosedur yang terkandung di dalam Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 2004. Di samping itu, Pegawai Penguatkuasa Agama (PPA) turut merujuk kepada prosedur yang ditetapkan di dalam Arahan Tetap Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) Tahun 2007.

Jumlah kes bagi kesalahan Khalwat di bawah Seksyen 27: Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 pada tahun 2016 hingga 2018 adalah seperti jadual berikut:-

TAHUN JUMLAH KES

2016 835

2017 497

2018 (sehingga September) 444

JUMLAH 1,776

(c) Terdapat dua kes ajaran sesat baharu yang sedang disiasat oleh Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang seperti berikut:-

BIL NAMA AJARAN TEMPAT TINDAKAN

1 Ajaran Syiah Teluk Air Tawar, Seberang Perai Utara.

Kampung Selamat, Seberang Perai Utara

Kes masih dalam siasatan dan pemantauan merujuk kepada Fatwa Ajaran Syiah yang diwartakan sesat pada 27 Mac 2014.

Telah membuat kolaborasi bersama pihak PDRM dan KDN bagi mendapatkan maklumat lanjut.

2 Tok Mat Janggut

Kampung Seberang Tok Doi, Seberang Perai Utara

Kes masih dalam siasatan dan pemantauan.

Risikan dan siasatan telah dijalankan secara bersepadu bersama PDRM dari semasa ke semasa

Page 190: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

190

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

29. Nyatakan berapakah hasil pendapatan MAINPP dari hasil kutipan sewa bangunan dan tanah dari tahun 2016 - 2018 dan ke manakah pendapatan ini dibelanjakan? Jelaskan.

(a) Adakah MAINPP membeli serta meluaskan lagi tanah-tanah wakaf atau sekadar menunggu orang ramai mewakafkan tanah?

(b) Jika ada, senaraikan tanah-tanah yang dibeli daripada tahun 2016 - 2018.

Y.A.B. Ketua Menteri:

29. Pendapatan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dari hasil kutipan sewaan aset yang terdiri daripada tapak tanah dan bangunan kediaman dan komersial dari tahun 2016 hingga 2018 adalah berjumlah RM10,207,046.11.

Pendapatan tersebut dibelanjakan mengikut agihan yang ditetapkan berdasarkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 5/2009 bertarikh 22 Oktober 2009 seperti berikut:-

(i) 20% untuk upah pengurusan sebagai Mutawalli;

(ii) 40% diperuntukkan bagi tujuan pelaksanaan amanah faedah wakaf 40%;

(iii) 20% untuk pengurusan & penyelenggaraan aset 20%; dan

(iv) 20% untuk rezab pembangunan masa hadapan.

(a) Secara umumnya, MAINPP memperolehi tanah bagi tujuan wakaf melalui kaedah pemberimilikan tanah kerajaan, serahan daripada pihak pemaju dan permohonan mewakafkan tanah daripada individu. Di samping itu, dalam keadaan tertentu, MAINPP juga memperolehi tanah melalui pembelian bagi tujuan wakaf untuk pembesaran masjid atau tapak perkuburan, institusi pendidikan Islam dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam. Pembelian tanah bagi tujuan wakaf juga boleh berlaku melalui proses istibdal tanah wakaf.

(b) Sejak tahun 2016 hingga 2018, MAINPP telah membeli empat (4) lot tanah bagi tujuan wakaf seperti di LAMPIRAN A

RUJUK LAMPIRAN A.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

30. Senaraikan syarikat tempatan, jenis perusahaan & perkhidmatan yang diperolehi daripada PDC/Invest Penang tahun 2017-2018.

(a) RM26 juta diperuntukkan dalam bajet 2018 bagi membantu PKS. Huraikan program yang dilaksanakan secara terperinci dengan peruntukan yang disediakan.

(b) Mengikut kaum berapa ramaikah pengurus tempatan daripada industri yang terlibat dalam program latihan semula. Senaraikan program & kes terlibat.

Y.A.B. Ketua Menteri:

30. Sejak tahun 2017 sehingga Oktober 2018, sebanyak 37 buah kilang tempatan telah membeli tanah perindustrian PDC seperti diLampiran A dan 12 buah syarikat Industri Kecil dan Sederhana (IKS) tempatan telah membeli/menyewa kilang siap bina PDC seperti di Lampiran B.

Manakala Pusat SMART telah memberi khidmat nasihat dan bantuan kepada 315 syarikat. Maklumat berkenaan senarai syarikat dan jenis perkhidmatan yang diperolehi daripada Invest Penang dan tidak dapat dikemukakan memandangkan Non Disclose Agreement (NDA) antara Invest Penang dan syarikat.

Page 191: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

191

(a) Sepertimana yang diumumkan oleh mantan YAB Ketua Menteri, sebanyak RM26 juta diperuntukkan dalam bajet 2018 bagi membantu PKS iaitu untuk SME Centre di Zon Perindustrian Bayan Lepas yang menawarkan sewa bersubsidi kepada IKS. Walau bagaimanapun, perkara ini masih dalam perbincangan dan pelan pelaksanaan masih belum dimuktamadkan secara terperinci.

(b) Kerajaan Negeri tidak mempunyai maklumat berkaitan bilangan pengurus tempatan mengikut kaum dan industri yang terlibat dalam program latihan semula.

RUJUK LAMPIRAN A DAN B.

XIV. Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

1. Status Pembinaan Masjid Jamek Kampung Banggol:

(a) Sejak bilakah ia diluluskan dan berapakah kos untuk projek pembinaan masjid tersebut?

(b) Siapakah kontraktor yang dilantik dan apakah progres pembinaan masjid tersebut selepas ia diluluskan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

1. (a) Projek pembinaan Masjid Jamek Kampung Banggol merupakan projek perkongsian pembiayaan antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan dengan nisbah 30:70. Projek ini telah diluluskan pada 2017 dan Jabatan Kerja Raya (JKR) sebagai agensi pelaksana. Anggaran kos keseluruhan pembinaan adalah sebanyak RM4,682,637.50.

(b) Kontraktor yang dilantik bagi projek ini ialah Syarikat Fajar Eratimur Sdn. Bhd. Tarikh milik tapak adalah pada 6 April 2018 dan tarikh jangka siap adalah pada 6 Disember 2019. Kemajuan projek setakat ini adalah pada tahap 21% siap dan mengikut jadual.

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

2. Masjid, Surau & Rumah Ibadat:

(a) Sila perincikan maklumat masjid, surau serta rumah ibadat (Cina, India & Lain-lain agama) yang terdapat dalam kawasan Parlimen Tasek Gelugor dan KADUN Permatang Berangan.

(b) Bagaimana Kerajaan Negeri membantu dan adakah sebarang dana disalurkan kepada masjid, surau dan rumah-rumah ibadat ini?

Y.A.B. Ketua Menteri:

2. (a) Maklumat masjid, surau serta rumah ibadat bukan Islam (RIBI) yang terdapat di kawasan Parlimen Tasek Gelugor dan KADUN Permatang Berangan adalah seperti jadual berikut:

Bil Rumah Ibadat Parlimen Tasek

Gelugor Kadun Permatang

Berangan

1 Masjid 50 13

2 Surau 41 18

3 Gereja 1 1

4 Tokong 2 -

5 Kuil 1 -

Sumber : Gunatanah 2017 Jabatan Perancang Bandar Dan Desa Negeri Pulau Pinang

Page 192: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

192

(b) Kerajaan Negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) menyediakan peruntukan sebanyak RM4,000.00 setahun kepada setiap masjid kariah. Jumlah ini merangkumi saguhati tahunan kepada 4 orang ahli jawatankuasa utama masjid berjumlah RM2,000.00 dan saguhati kehadiran mesyuarat ahli jawatankuasa kariah berjumlah RM2,000.00.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga menyediakan peruntukan bagi kerja-kerja pembaikan dan naik taraf masjid melalui peruntukan pembangunan yang disalurkan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP). Pada tahun 2018, sejumlah RM4.65 juta diperuntukkan bagi kerja-kerja pembaikan dan naik taraf masjid dan surau.

Manakala bagi rumah ibadat bukan Islam, Kerajaan Negeri telah mewujudkan Tabung Amanah Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) yang diselia oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JBPD). Tabung RIBI disediakan bagi pembinaan baharu dan kerja-kerja pembaikan RIBI. Jumlah sumbangan yang boleh dimohon adalah RM50,000.00 bagi setiap kali permohonan.

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

3. Statistik Kepadatan Penduduk:

(a) Adakah Kerajaan Negeri mempunyai maklumat penuh tentang statistik jumlah penduduk mengikut kategori kaum, umur, gender dan sektor pekerjaan di kawasan Tasek Gelugor? Mohon senaraikan secara terperinci mengikut KADUN.

(b) Bagaimanakah Kerajaan Negeri mengenal pasti dan memastikan keperluan rakyat pelbagai kaum dan peringkat umur dapat dipenuhi dan ditambahbaik?

Y.A.B. Ketua Menteri:

3. (a) Berdasarkan kepada Unjuran Penduduk (Semakan Semula) Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2018, jumlah penduduk bagi kawasan Tasek Gelugor adalah seramai 103,700 orang yang terdiri daripada 51,400 orang lelaki dan 52,300 orang perempuan. Data berkenaan pecahan umur, kaum dan sektor pekerjaan hanya tersedia bagi daerah pentadbiran sahaja dan tidak mengikut kawasan Parlimen. Pecahan penduduk mengikut kawasan DUN di Tasek Gelugor adalah seperti di Lampiran A.

(b) Kerajaan Negeri melaksanakan pelbagai kaedah untuk mengenal pasti dan memastikan keperluan rakyat menerusi kajian soal selidik, sesi dialog bajet yang diadakan secara tahunan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang turut melibatkan Ahli Majlis, agensi awam, sektor swasta, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) dan penduduk setempat. Selain itu, Kerajaan Negeri juga mendapatkan pandangan stakeholder bagi pembangunan projek-projek kemudahan awam. Dalam masa yang sama, aduan dan isu-isu yang dibangkitkan oleh pemimpin-pemimpin tempatan turut diberi perhatian bagi menangani permasalahan yang timbul.

Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang (RSNPP) 2030 juga telah menggariskan beberapa dasar khusus bagi memastikan keperluan rakyat pelbagai kaum dan peringkat umur dapat dipenuhi dan ditambah baik iaitu:-

(i) Dasar Sektoral (DS) 6

Pembangunan Modal Insan Yang Berpengetahuan, Berpendidikan, Berkemahiran Dan Lebih Berdaya Saing Akan Dipertingkatkan.

(ii) Dasar Sektoral (DS) 7

Program Pembasmian Kemiskinan Dan Peningkatan Taraf Kehidupan Yang Lebih Berkualiti Akan Diteruskan Bagi Mencapai Sasaran Miskin Sifar

Page 193: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

193

(iii) Dasar Sektoral (DS) 10

Ekonomi Berasaskan Pembuatan (P-ekonomi) Akan Dikembangkan Kepada Ekonomi Berasaskan Pengetahuan (K-Ekonomi)

Kesemua dasar-dasar ini juga akan diperkemaskan dan diteliti dalam penyediaan Rancangan Tempatan bagi bahagian Pulau dan Seberang Perai.

RUJUK LAMPIRAN A.

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

4. Industri Kecil Dan Sederhana:

(a) IKS merupakan antara sumber pendapatan penduduk. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai data berkaitan pengusaha IKS di Tasek Gelugor? Sila perincikan mengikut kaum, jenis perusahaan dan tempat perniagaan yang dijalankan.

(b) Adakah tapak-tapak baru disediakan kepada pengusaha yang belum mempunyai tempat berniaga selain di tepi jalan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

4. (a) Data pengusaha di IKS Tasek Gelugor mengikut pecahan kaum, jenis perusahaan dan tempat perniagaan yang dijalankan di bawah seliaan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Utara adalah masing-masing seperti di Lampiran A dan B. Jumlah pengusaha IKS yang direkodkan di Tasek Gelugor adalah sebanyak 30 orang.

(b) Kerajaan Negeri melalui MPSP menyediakan tapak-tapak baharu kepada pengusaha yang belum mempunyai tempat berniaga di Seberang Perai seperti berikut :-

(i) Kompleks Makanan Mekar Sari, Bertam, Seberang Perai Utara (22 Unit); dan

(ii) Kompleks Makanan Industri Ringan Asas Jaya, Permatang Tinggi, Seberang Perai Tengah (52 Unit)

Selain itu, Kerajaan Negeri melalui Pejabat Daerah Dan Tanah Seberang Perai Utara (PDTSPU) turut menyediakan dua (2) buah gerai/tapak sedia ada untuk pengusaha kecil di Parlimen Tasek Gelugor untuk menjalankan perniagaan iaitu:-

(i) Gerai Labuh Banting (5 buah gerai); dan

(ii) Gerai Jalan Pokok Sena (10 buah gerai).

RUJUK LAMPIRAN A DAN B.

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

5. Pusat Pendidikan:

(a) Sila senaraikan mengikut KADUN data IPTA/IPTS, Sekolah Kebangsaan, SRJK (C) dan SRJK (T), Sekolah Menengah, Sekolah Agama Rakyat/Pondok, Sekolah TADIKA KEMAS/TASKA/TASKI/Perpaduan dan lain-lain institusi yang terdapat di Tasek Gelugor.

(b) Adakah Kerajaan menyalurkan dana kepada pusat-pusat pendidikan ini dan berapakah sumbangan yang disalurkan dari 2008 hingga kini?

Y.A.B. Ketua Menteri:

5. (a) Senarai pusat pendidikan yang terdapat di Tasek Gelugor mengikut Kawasan Ahli Dewan Undangan Negeri (KADUN) adalah seperti di Lampiran A.

Page 194: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

194

(b) Kerajaan sememangnya menyalurkan peruntukan kepada pusat-pusat pendidikan di Tasek Gelugor. Kerajaan Negeri bermula pada tahun 2008 telah menyediakan peruntukan tahunan di bawah Program Bantuan Pendidikan kepada Sekolah-sekolah Bantuan Modal termasuk Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Cina dan Sekolah Persendirian Cina, Sekolah Mubaligh dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). Perincian peruntukan yang disalurkan kepada sekolah-sekolah tersebut adalah seperti perincian di Lampiran B.

Kerajaan Negeri tidak mempunyai maklumat peruntukan yang disalurkan kepada Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), Sekolah Kebangsaan, Sekolah Menengah, Sekolah Taman Didikan Kanak-kanak Jabatan Kemajuan Masyarakat (TADIKA KEMAS) / Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) / Taman Asuhan Kanak-kanak Islam (TASKI)dan Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA) Perpaduan kerana ia adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.

RUJUK LAMPIRAN A DAN B.

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

6. Pusat Perubatan:

(a) Berapakah jumlah klinik yang terdapat di Tasek Gelugor? Sila senaraikan jumlah klinik kesihatan, klinik desa dan klinik swasta mengikut KADUN.

(b) Apakah SOP/garis panduan bagi memastikan perkhidmatan segera diberikan ketika berlaku kecemasan?

(c) Bagaimanakah pemantauan kesihatan dilakukan untuk menjaga tahap kesihatan penduduk?

(d) Sila perincikan perancangan dan bagaimanakah perlaksanaannya?

Y.A.B. Ketua Menteri:

6. (a) Jumlah klinik yang terdapat di kawasan Tasek Gelugor adalah sebanyak sembilan (9) buah klinik. Jumlah tersebut merangkumi sebuah Klinik Kesihatan, empat (4) buah Klinik Desa dan empat (4) Klinik Swasta. Senarai klinik–klinik tersebut adalah seperti berikut:

Jenis Klinik Nama Klinik

Klinik Kesihatan i. Klinik Kesihatan Tasek Gelugor

Klinik Desa

i. Padang Menora,

ii. Pinang Tunggal,

iii. Kampong Selamat,

iv. Tok Bedu

Klinik Swasta

i. Inthira/Joe Fernandez

ii. Shan

iii. Bersatu

iv. Dr. Azhar dan rakan-rakan

(b) Dalam memastikan tindakan segera diambil ketika berlakunya kecemasan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menerbitkan buku garis panduan mengenai Perkhidmatan Kecemasan dan Ambulan di Fasiliti Kesihatan Primer yang diguna pakai dalam mengendalikan kes–kes kecemasan. Walau bagaimanapun perlaksanaan garis panduan ini perlu mengambil kira keupayaan sesebuah klinik dari segi kemudahan prasarana, peralatan, bilangan ambulan serta anggota kesihatan yang sedia ada. Dalam masa yang sama, pihak KKM juga memantau tempoh respon yang diambil bagi kes–kes kecemasan, tahap kompetensi kakitangan yang bertugas di unit kecemasan dan kemudahan peralatan yang mencukupi.

Page 195: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

195

(c) Klinik Kesihatan menyediakan perkhidmatan kesihatan yang komprehensif secara bersepadu di mana perlaksanaannya menggunakan pendekatan holistik meliputi aspek promotif, pencegahan, rawatan penyakit akut dan kronik, penyakit berjangkit dan tidak berjangkit serta rehabilitasi yang berkesan, efisien dan berkualiti bagi meningkatkan tahap kesihatan rakyat yang merangkumi semua peringkat umur dari dalam kandungan hingga ke akhir hayat (From Womb To Tomb).

(d) Asas perlaksanaan perkhidmatan di Klinik Kesihatan berkonsepkan integrasi dan dilaksanakan secara bersepadu untuk mewujudkan perkhidmatan yang seragam di seluruh Malaysia. Elemen utama dalam perlaksanaan perkhidmatan secara berintergrasi ini adalah;

(i) Skop perkhidmatan kesihatan merangkumi Wellness, Illness, Emergency And Support yang dilaksanakan secara bersepadu.

(ii) Perkhidmatan Wellness dan Illness digabungkan dalam satu pakej bagi setiap pelanggan berbentuk Person Focused Management untuk menghasilkan penjagaan kesihatan secara holistik.

(iii) Pengesanan awal risiko penyakit dan pelaksanaan intervensi secara mudah laksana dilakukan di peringkat awal. Pengurusan penyakit kronik lebih efektif termasuk pengesanan dan pencegahan komplikasi di peringkat awal.

(iv) Perkongsian sumber menghasilkan perkhidmatan bersepadu bertujuan mengoptimakan penggunaan semua sumber sedia ada.

Semua perkhidmatan di Klinik Kesihatan diintegrasikan bertujuan untuk menghasilkan impak yang lebih berkesan kepada pelanggan dan mensasarkan kesihatan populasi.

Selain itu, bagi memperkasakan peranan komuniti setempat, KKM telah melancarkan program Komuniti Sihat Pembina Negaraatau KOSPEN. Ia merupakan inisiatif untuk memperkasakan rakyat Malaysia dalam penjagaan kendiri bagi mengurangkan beban penyakit tidak berjangkit di Malaysia.

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

7. Penjagaan Kesihatan:

(a) Bagaimanakah Kerajaan/Jabatan Kesihatan meletakkan SOP penjagaan kesihatan kepada penduduk di negeri ini?

(b) Sila perincikan program kesihatan yang dijalankan mengikut kategori kanak-kanak, wanita, dewasa, warga emas dan OKU?

(c) Bagaimanakah kerja kempen cegah denggi dilaksanakan di kawasan penempatan penduduk selain menggalakkan penjagaan kebersihan/gotong-royong dilakukan sendiri oleh penduduk?

Y.A.B. Ketua Menteri:

7. Penjagaan Kesihatan di Malaysia terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan Malaysia. Namun, Kerajaan Negeri turut membantu urusan penjagaan kesihatan di negeri ini agar kesejahteraan rakyat dapat dipertingkatkan.

(a) Prosedur Operasi Piawai atau Standard Operating Procedure (SOP) penjagaan kesihatan di negeri ini dikelaskan kepada tiga tahap iaitu penjagaan primer, sekunder dan tertiary. Penjagaan primer bermaksud penjagaan kesihatan di peringkat pertama atau asas. Penjagaan primer ini diberikan di semua klinik kesihatan. Penjagaan ini merupakan penjagaan yang berisiko rendah dan tidak menyebabkan ancaman merbahaya kepada kesihatan. Penjagaan sekunder dan tertiary pula bermaksud penjagaan kesihatan dan perubatan di hospital

Page 196: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

196

termasuk perkhidmatan kepakaran, sub kepakaran dan perkhidmatan pemulihan (rehabilitasi). Penjagaan kesihatan di peringkat sekunder dan tertiary ini lebih rumit dan memerlukan penjagaan yang lebih rapi. Secara ringkas, penjagaan kesihatan kepada penduduk di negeri ini disediakan melalui penjagaan kesihatan yang menyeluruh iaitu daripada ‘womb to tomb’.

(b) Program-program kesihatan yang dijalankan mengikut kategori adalah seperti berikut:

(i) Penjagaan Kesihatan Ibu dan Anak

(ii) Program ini dijalankan di Klinik Kesihatan (KK), Klinik Desa (KD) dan Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA). Perkhidmatan yang disediakan adalah ‘Pre-Pregnancy Care (PPC) iaitu penjagaan sebelum hamil, penjagaan semasa hamil (antenatal) dan penjagaan selepas bersalin (postnatal).

(iii) Penjagaan Kesihatan Kanak-kanak

(iv) Program ini meliputi pemeriksaan kanak-kanak di klinik, pemantauan perkembangan kanak-kanak (growth development) dan pemberian imunisasi.

(v) Penjagaan Kesihatan Dewasa

(vi) Program ini terbuka kepada lelaki dan wanita meliputi saringan kesihatan, pemeriksaan dan rawatan lelaki dan wanita dewasa di klinik-klinik kesihatan dan klinik komuniti. Antara perkhidmatan yang disediakan adalah seperti pemeriksaan pap smear, pemeriksaan payu dara, saringan kanser kolon, perkhidmatan klinik berhenti merokok dan perkhidmatan domisiliari (lawatan dan pemeriksaan pesakit terlantar di rumah).

(vii) Penjagaan Kesihatan Warga Emas

(viii) Program ini meliputi pemeriksaan warga emas di institusi warga emas di seluruh negeri Pulau Pinang. Warga emas akan diberikan saringan dan rawatan berdasarkan kepada keperluan.

(ix) Perkhidmatan Kesihatan Orang Kelainan Upaya (OKU)

Program ini merangkumi pemeriksaan, rawatan dan rehabilitasi kanak-kanak OKU di Pusat Pemulihan dalam Komuniti (PDK).

(c) Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang telah mengambil pelbagai langkah dalam mencegah penularan wabak denggi. Selain daripada menggalakkan penjagaan kebersihan dan gotong royong oleh penduduk, Jabatan telah melaksanakan tindakan-tindakan berikut:

(i) Hebahan awam di lokaliti wabak oleh Unit Bergerak Promosi Kesihatan melalui sistem audio kenderaan;

(ii) Mengadakan pameran mini (Pondok Panas) di lokaliti wabak;

(iii) Penyampaian maklumat di media massa (radio, surat khabar);

(iv) Hebahan infografik di media sosial seperti di Facebook, Portal Jabatan Kesihatan dan WhatsApps;

(v) Edaran risalah kepada para penduduk di lokaliti wabak

(vi) Menampal poster dan menggantung banting di tempat-tempat strategik di lokaliti wabak;

Page 197: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

197

(vii) Mewujudkan Jawatankuasa Communication for Behavioural Impact (COMBI) yang bertanggungjawab untuk menyampaikan maklumat kepada penduduk dan melaksanakan aktiviti cari dan musnah tempat-tempat pembiakan nyamuk aedes di kawasan kediaman mereka; dan

(viii) Mengadakan kolaborasi dengan agensi kerajaan, bukan kerajaan dan persatuan penduduk untuk bersama-sama mengawal dan mencegah penyakit demam denggi.

Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kesihatan Negeri telah mengguna pakai pelbagai kaedah dalam meningkatkan kesedaran penduduk dalam memerangi denggi. Walau bagaimanapun, komuniti perlulah memainkan peranan dengan memberikan kerjasama terutamanya semasa aktiviti pencegahan dan kawalan denggi dilaksanakan.

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

8. Pengangkutan Awam:

(a) Bagaimanakah Kerajaan memperkasakan kemudahan pengangkutan awam seperti bas awam CAT kepada penduduk-penduduk mengikut daerah atau KADUN?

(b) Berapakah jumlah/unit bas awam CAT yang disediakan untuk kemudahan pengangkutan awam di setiap daerah?

(c) Sila perincikan penyediaan kemudahan bas tersebut kepada penduduk di dalam kawasan Tasek Gelugor mengikut setiap KADUN.

Y.A.B. Ketua Menteri:

8. (a) Kerajaan Negeri telah menjalankan pelbagai usaha dalam memperkasakan kemudahan pengangkutan awam seperti memperkenalkan perkhidmatan bas percuma Congestion Alleviation Transport (CAT) ke seluruh daerah di Pulau Pinang. Bagi mempromosikan perkhidmatan ini kepada penduduk Pulau Pinang, Kerajaan Negeri telah melaksanakan langkah-langkah seperti berikut:

i. Pengedaran risalah/brosur di Pusat Khidmat ADUN,Jabatan Kerajaan, Universiti, Sekolah, dan kawasan penduduk setempat;

ii. Bekerjasama dengan pihak Rapid Penang untuk mengiklankan maklumat berkenaan perkhidmatan bas melalui media sosial seperti Facebook dan Instagram serta menampal poster-poster di semua perhentian bas yang terlibat;

iii. Membuat hebahan di dalam portal rasmi Kerajaan Negeri Pulau Pinang;

iv. Mengadakan pameran di program-program rasmi Kerajaan Negeri seperti di Fiesta Seberang Perai 2018 pada 26 September hingga 30 September 2018 dan Pesta Pulau Pinang pada 24 November 2018 hingga 1 Januari 2019 yang akan datang.

(b) Sejumlah 52 bas CAT telah disediakan dan perincian mengikut daerah adalah seperti di Lampiran A.

(c) Setakat ini, tiada perkhidmatan bas percuma CAT yang disediakan di kawasan Tasek Gelugor. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri kini masih dalam tempoh untuk mengkaji dan meneliti semula cadangan-cadangan penambahbaikan perkhidmatan ini agar dapat memenuhi keperluan penduduk setempat termasuk mempertimbangkan penambahan laluan-laluan baharu sekiranya kawasan tersebut memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:

(i) Kawasan berdensiti tinggi, padat dengan kawasan perumahan/perindustrian/perniagaan;

Page 198: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

198

(ii) Kawasan yang mengalami kadar kesesakan trafik yang tinggi;

(iii) Kawasan yang perlu dinaiktaraf sistem pengangkutan awam termasuk infrastruktur;

(iv) Kawasan yang mempunyai banyak aktiviti harian/perniagaan dan lain-lain; dan

(v) Kawasan yang tidak mempunyai perkhidmatan bas sebelum ini.

RUJUK LAMPIRAN A.

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

9. Bantuan JKM:

(a) Apakah syarat kelayakan/kategori yang membolehkan pemohon menerima bantuan kewangan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat?

(b) Berapakah jumlah keseluruhan penerima mengikut kategori dan berapakah jumlah yang diperuntukkan secara bulanan bagi tujuan tersebut?

(c) Sila perincikan jumlah penerima bantuan bulanan dalam KADUN Permatang Berangan mengikut gender/kaum dan kategori bantuan.

Y.A.B. Ketua Menteri:

9. (a) Terdapat dua (2) jenis bantuan kewangan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) iaitu daripada peruntukan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan. Syarat kelayakan bagi bantuan tersebut adalah seperti diLampiran A.

(b) Jumlah peruntukan yang dibelanjakan sebulan bagi bantuan kewangan bulanan JKM adalah sebanyakRM6,084,545.00. Perincian jumlah peruntukan dan jumlah penerima mengikut kategori adalah seperti berikut:-

JENIS BANTUAN JUMLAH PENERIMA JUMLAH BANTUAN

Bantuan Kanak-Kanak (BKK) 1,801 458,500.00

Bantuan Orang Tua (BOT) 5,366 1,859,200.00

Elaun Pekerja Cacat (EPC) 5,449 2,179,600.00

Bantuan OKU Tidak Bekerja (BTB) 2,598 649,500.00

Bantuan Pesakit Terlantar (BPT) 935 331,800.00

Bantuan Am (BA) 1,865 605,945.00

JUMLAH KESELURUHAN 18,014 6,084,545.00

(c) Perincian jumlah penerima bantuan bulanan dalam Kawasan Ahli Dewan Undangan Negeri (KADUN) Permatang Berangan mengikut gender/kaum dan kategori bantuan adalah seperti berikut:

Jenis Bantuan Jantina Kaum

Lelaki Wanita Melayu Cina India Lain-Lain

Bantuan Am (negeri)

29 45 57 5 11 1

Bantuan Kanak-Kanak (BKK)

16 58 48 - 9 1

Page 199: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

199

Bantuan Orang Tua (BOT)

43 77 99 9 12 -

Bantuan Penjagaan Pesakit Kronik/OKU Terlantar (BPT)

10 27 32 2 3 -

Elaun Pekerja Cacat (EPC)

110 62 15 11 9 2

Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)

53 34 74 7 6 -

JUMLAH 261 303 325 34 50 4

RUJUK LAMPIRAN A.

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

10. Banjir & Pencemaran Sungai:

(a) Sungai penting sebagai sumber air dan saliran bagi mengelakkan banjir. Apakah usaha Kerajaan bagi mengatasi masalah bencana banjir di daerah Seberang Perai Utara?

(b) Apakah tindakan Kerajaan Negeri ke atas pihak-pihak yang melakukan pembuangan najis khinzir sehingga menyebabkan pencemaran sungai dan saliran?

Y.A.B. Ketua Menteri:

10. (a) Bagi mengatasi masalah banjir di daerah Seberang Perai Utara (SPU), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui peruntukan Kerajaan Negeri telah menjalankan projek berimpak tinggi yang bernilai RM40 juta di kawasan tersebut. Skop projek ini melibatkan kerja-kerja melebar dan mendalamkan Sungai Mak Mandin, menaik taraf sistem saliran parit monsun, menaik taraf sistem perparitan di Taman Bayan dan Taman Cantik serta membina sebuah rumah pam saliran banjir di Sungai Mak Mandin.

Di samping itu, Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) juga menjalankan usaha-usaha untuk menangani masalah banjir di daerah SPU seperti berikut:

(i) Melaksanakan projek-projek mitigasi banjir khususnya di kawasan taman perumahan. Senarai projek-projek tersebut adalah seperti di Lampiran A;

(ii) Menaik taraf dan membaiki parit-parit lama yang mengalami kerosakan serta menjalankan kerja-kerja membersih parit monsun dan kolam takungan supaya air dapat mengalir dengan lancar hingga ke parit buangan terakhir. Senarai projek-projek tersebut adalah seperti di Lampiran B;

(iii) Mewajibkan setiap pemaju untuk membina kolam takungan bagi pembangunan/pemajuan baru yang melibatkan keluasan tapak pembangunan yang melebihi 1 hektar;

(iv) Menjalankan kerja-kerja pembersihan parit dalam taman perumahan secara berkala iaitu seminggu sekali; dan

(v) Menjalankan kerja-kerja pembersihan di setiap perangkap sampah secara berkala iaitu seminggu sekali dan juga setiap kali berlaku hujan.

Page 200: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

200

(b) Sebagai usaha menangani pencemaran sungai dan saliran yang disebabkan oleh pembuangan najis khinzir, Kerajaan Negeri telah mengambil tindakan seperti berikut:

(i) Tindakan penguatkuasaan oleh MPSP ke atas pihak yang melakukan pembuangan najis khinzir dengan mengeluarkan notis dan kompaun, membatalkan lesen dan tindakan mahkamah. Statistik tindakan penguatkuasaan MPSP ke atas ladang babi di Seberang Perai bagi tahun 2016 hingga September 2108 adalah seperti berikut:

Tahun Notis Kompaun Batal Lesen Tindakan

Mahkamah

2016 12 27 3 1

2017 1 34 4 0

2018 0 10 9 2

(ii) Tindakan penguatkuasaan dan mengeluarkan kompaun ke atas ladang babi yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-peraturan Penternakan Babi di bawah Jabatan Veterinar pula akan dilaksanakan setelah ianya berkuatkuasa. Pada masa ini, peraturan tersebut masih dalam peringkat semakan; dan

(iii) Jabatan Veterinar turut membuat lawatan pemantauan ke ladang-ladang babi yang berkenaan untuk memberikan khidmat nasihat berkaitan penggunaan Useful Microbes (UM) dalam penternakan yang dapat mengawal pencemaran dan bau. Jabatan Veterinar juga mengadakan kempen kawalan pencemaran di setiap daerah di Negeri Pulau Pinang untuk meningkatkan tahap kesedaran pengusaha ladang babi di negeri ini.

RUJUK LAMPIRAN A DAN B.

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

11. Jejantas Pejalan Kaki:

(a) Jejantas pejalan kaki di laluan jalanraya yang sibuk dapat membantu mengurangkan kemalangan. Berapakah peruntukan kewangan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri bagi membina jejantas pejalan kaki?

(b) Senaraikan mengikut KADUN pembinaan jejantas pejalan kaki yang telah dibina.

(c) Adakah terdapat cadangan membina jejantas di SK Tasek Gelugor?

Y.A.B. Ketua Menteri:

11. (a) Pembinaan jejantas pejalan kaki dilaksanakan oleh agensi-agensi pelaksana atau pemaju swasta berdasarkan bidang kuasa masing-masing seperti berikut:

(i) Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi jejantas pejalan kaki di Jalan Persekutuan atau Jalan Negeri;

(ii) Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) atau Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) di kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT);

(iii) Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melalui syarikat konsesi jika jejantas tersebut terletak atas lebuhraya;

(iv) Pemaju atas sebab keselamatan pejalan kaki dan keperluan kemajuan seperti yang disyaratkan dalam pelan kebenaran merancang; dan

(v) Corporate Social Resposibility (CSR) oleh syarikat swasta.

Page 201: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

201

Kerajaan Negeri melalui MBPP telah memperuntukkan RM12.684 juta bagi pembinaan jejantas untuk tempoh 2013 hingga 2018. Bagi pembinaan jejantas pejalan kaki di bawah peruntukan JKR, pembinaan jejantas adalah termasuk dalam kos projek-projek pelebaran jalan.

(b) Senarai jejantas pejalan kaki mengikut KADUN adalah seperti di Lampiran A.

(c) Pada masa ini, tiada perancangan untuk membina jejantas pejalan kaki di SK Tasek Gelugor kerana tiada rezab jalan yang mencukupi. Sesebuah jejantas pejalan kaki biasanya dilaksanakan apabila projek jalan dinaik taraf dari single carriageway ke dual carriageway yang melibatkan pelebaran jalan yang lebih besar di mana ia meningkatkan risiko pejalan kaki di kawasan orang ramai. Jalan SK Tasek Gelugor kini terdapat lampu isyarat pejalan kaki bagi mengawal lalu lintas.

RUJUK LAMPIRAN A.

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

12. Kadar Bayaran Perubatan Pesakit Luar:

(a) Adakah Kerajaan Negeri akan mengekalkan atau mengkaji semula kadar bayaran/caj perubatan yang dikenakan kepada pesakit di klinik sebanyak RM1.00 dan pesakit luar hospital sebanyak RM5.00?

(b) Apakah usaha/perancangan Kerajaan Negeri bagi memastikan kesejahteraan rakyat dijaga melalui penjagaan kesihatan dengan kos khidmat nasihat/rawatan yang rendah?

Y.A.B. Ketua Menteri:

12. (a) Bidang kuasa kesihatan adalah terletak di bawah Kerajaan Persekutuan. Penetapan caj dan kadar bayaran adalah mengikut Akta Fi 1952, Perintah Fi (Perubatan)1982, (Pindaan 1994, 2003, 2014 dan 2017) yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan tertakluk kepada keputusan Kabinet.

(b) Kerajaan Negeri sedang dalam proses untuk memuktamadkan kerjasama dengan pihak Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) bagi pelaksanaan Program Saringan Mammogram Percuma atau Mammo-Penang. Melalui kerjasama ini, akses wanita Pulau Pinang terhadap ujian pemeriksaan mammogram akan dapat ditambahbaik. Langkah ini merupakan sebahagian daripada perancangan Kerajaan Negeri dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat Pulau Pinang khususnya golongan wanita.

Kerajaan Negeri juga dalam perancangan untuk melaksanakan Program Penang Sihat di mana subsidi sebanyak RM300.00 bagi perkhidmatan perubatan di klinik swasta yang terpilih kepada keluarga yang berpendapatan kurang dari RM5000.00 sebulan dan RM150.00 kepada individu yang belum berkahwin dengan pendapatan kurang daripada RM2,500.00 sebulan dengan had RM50.00 setiap rawatan. Namun demikian perkara ini masih di peringkat perancangan dengan mengambilkira implikasi kewangan negeri Pulau Pinang.

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

13. Anggota Keselamatan:

(a) Anggota keselamatan (polis/tentera) bertugas menjaga keamanan negara. Berapakah jumlah anggota keselamatan di kawasan Tasek Gelugor?

(b) Berapakah nisbah penduduk bagi setiap anggota polis yang berkhidmat dalam kawasan Tasek Gelugor khasnya KADUN Permatang Berangan?

Page 202: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

202

(c) Apakah langkah yang diambil oleh Kerajaan bagi memastikan keselamatan penduduk Pulau Pinang terpelihara?

Y.A.B. Ketua Menteri:

13. (a) Jumlah keanggotaan terkini bagi Balai Polis Tasek Gelugor adalah seramai 33 orang anggota yang siap sedia untuk berkhidmat menjaga keamanan negara terutama sekali ketenteraman awam di Tasek Gelugor itu sendiri. Manakala Ketua Balai Polis Tasek Gelugor adalah berpangkat Inspektor.

(b) Daripada statistik yang diperolehi dari Jabatan Perangkaan Malaysia, jumlah penduduk Tasek Gelugor adalah seramai 53,462 orang. Oleh yang demikian, nisbah anggota polis dengan penduduk adalah bersamaan 1:1620

(c) Pelbagai langkah telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri dan pihak PDRM dalam memastikan keselamatan penduduk Pulau Pinang adalah terpelihara. Diantara langkah-langkah berkenaan adalah seperti berikut:-

(i) Rondaan berkala dengan Skim Rondaan Sukarela (SRS)/ Kawasan Rukun Tetangga (KRT)

(ii) Rondaan MPV/URB di kawasan hotspot;

(iii) High Profile Policing (HPP) di mana pegawai-pegawai kanan PDRM dan anggota lain turun padang untuk menemui masyarakat supaya interaksi bersemuka secara konstruktif antara polis dan masyarakat tercapai di samping perhubungan polis dengan masyarakat dapat didekatkan;

(iv) Program Walkabout, yang juga melibatkan pihak dari jabatan lain seperti Jabatan Pertahanan Awam dan RELA, di mana kehadiran anggota keselamatan ini di kawasan-kawasan pedalaman dapat maklum balas yang positif dari masyarakat dan juga mengurangkan sekaligus kadar jenayah; dan

(v) Perjumpaan dengan Komuniti seperti Hari Bertemu Pelanggan, Talk To Us, dan juga menempatkan Pegawai Perhubungan Masjid (PPM) bagi memudahkan orang awam mendekati pihak berkuasa dalam usaha memerangi jenayah dengan efisyen dan pantas

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

14. Kakitangan Awam:

(a) Berapakah jumlah pegawai dan kakitangan awam yang bertugas dalam agensi Kerajaan Negeri secara tetap mahupun kontrak?

(b) Berapakah jumlah pegawai dan kakitangan awam negeri yang terlibat dengan penamatan kontrak selepas pertukaran Kerajaan Persekutuan pada 9/5/2018?

Y.A.B. Ketua Menteri:

14. (a) Jumlah pegawai dan kakitangan awam yang bertugas dalam agensi Kerajaan Negeri sehingga 19 Oktober 2018 adalah seramai 8358 (Tetap) dan 3193 (Kontrak). Perincian adalah seperti di Lampiran A.

(b) Tiada pegawai dan kakitangan awam negeri yang terlibat dengan penamatan kontrak selepas pertukaran Kerajaan Persekutuan pada 9/5/2018. Begitu juga dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), tiada kakitangan kontrak yang ditamatkan perkhidmatan. Walau bagaimanapun, seramai 42 orang kakitangan kontrak Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dari kumpulan pelaksana telah ditamatkan kontrak disebabkan isu-isu disiplin, tatatertib dan prestasi kerja yang tidak memuaskan.

RUJUK LAMPIRAN A.

Page 203: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

203

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

15. Pusat Hiburan/Perjudian Siber:

(a) Kewujudan pusat hiburan/perjudian siber boleh menyebabkan kelalaian dan masalah sosial khasnya melibatkan golongan remaja. Bagaimanakah langkah penguatkuasaan bagi mengawal gejala sosial dan unsur jenayah yang melibatkan pusat-pusat hiburan/perjudian siber ini?

(b) Berapakah jumlah pusat hiburan/judi berkenaan dalam KADUN Permatang Berangan? Sila nyatakan nama dan alamat premisnya.

Y.A.B. Ketua Menteri:

15. (a) Langkah-langkah penguatkuasaan yang dijalankan bagi mengawal gejala sosial dan unsur jenayah yang melibatkan pusat-pusat hiburan/perjudian siber adalah seperti berikut:

(i) Mengenakan syarat had umur kepada pelanggan-pelanggan yang mengunjungi pusat hiburan iaitu 21 tahun ke atas bagi pusat hiburan dan 18 tahun ke atas bagi pusat internet;

(ii) Melarang semua aktiviti tidak bermoral seperti melayari portal lucah/unsur perjudian dalam pusat internet;

(iii) Membuat kawalan masa beroperasi di semua pusat internet;

(iv) Menjalankan operasi pemantauan dan pemeriksaan secara bersepadu di antara Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM);

(v) Mengenakan syarat-syarat pelesenan bagi setiap lesen yang dikeluarkan kepada pusat hiburan/pusat internet untuk menghalang daripada aktiviti tidak bermoral dijalankan;

(vi) Membatalkan lesen perniagaan yang telah disahkan oleh PDRM sekiranya didapati terlibat dengan aktiviti perjudian serta menyebabkan isu gejala sosial dan jenayah;

(vii) Mengambil tindakan mahkamah terhadap aktiviti perniagaan pusat hiburan/pusat internet yang dijalankan tanpa lesen perniagaan yang sah daripada PBT;

(viii) Mengadakan operasi seperti serbuan, tangkapan, pemotongan bekalan elektrik dan juga tindakan di bawah undang-undang pencegahan; dan

(ix) Memastikan semua permohonan pusat hiburan dirujuk kepada Pejabat Daerah dan Tanah bagi mendapatkan ulasan berkenaan aspek sosial dalam komuniti.

(b) Terdapat 3 buah pusat hiburan / perjudian di KADUN Permatang Berangan seperti jadual di bawah :

Bil Nama Pusat Hiburan Alamat

1 Temanku Snooker Centre 2992, Jalan Hashim Awang, Taman Gelugor Indah, 13300 Tasek Gelugor

2 Wild Wild West Dart Sport Station

No. 48 & 50 Jalan Sena Jaya, Taman Sena Jaya, 13200 Kepala Batas

3 Rest & Relax Joyful No. 3036 Jalan Hashim Awang, Taman Gelugor Indah, 13300 Tasek Gelugor

Page 204: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

204

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

16. Kedudukan Projek Perumahan Yang Dirancang Oleh PERDA Dan JKP Sdn. Bhd.

(a) Apakah kedudukan terkini Pelan Kebenaran Merancang (PKM) yang telah dipohon oleh PERDA dan JKPSB?

(b) Bagaimanakah pula kedudukan agensi/anak syarikat milik penuh PERDA dan JKPSB dalam Kerajaan Negeri?

(c) Apakah status perjawatan pegawai dan kakitangan dalam agensi/syarikat tersebut?

Y.A.B. Ketua Menteri:

16. Semua Pelan Kebenaran Merancang (PKM) yang dikemukakan oleh Penang Regional Development Authority (PERDA) dan JKP Sdn. Bhd. (JKPSB) boleh dikemukakan terus kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang berkaitan untuk kelulusan.

(a) Terdapat 8 projek perumahan yang dikemukakan oleh PERDA. Kedudukan terkini adalah seperti berikut:-

Manakala terdapat dua (2) projek perumahan di daerah Seberang Perai Tengah oleh JKPSB yang sedang menunggu kelulusan OSC di Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

(b) PERDA merupakan sebuah Badan Berkanun Persekutuan yang diwujudkan melalui Akta Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang 1983 (Akta 282) yang beroperasi di Negeri Pulau Pinang. Dari segi pemantauan dan kawal selia PERDA ianya adalah tertakluk kepada Kerajaan Persekutuan. Walau bagaimanapun, dalam melaksanakan operasi PERDA di Pulau Pinang, semua peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan dipatuhi sepenuhnya oleh pihak PERDA.

Manakala anak syarikat PERDA pula didaftarkan melalui Akta Syarikat dan dimiliki sepenuhnya oleh PERDA. Dalam melaksanakan operasinya anak syarikat PERDA hendaklah mendapat kelulusan Lembaga Pengarah PERDA terlebih dahulu.

JKPSB pula adalah Syarikat Milik Penuh Menteri Kewangan Diperbadankan.

(c) Status pegawai dan kakitangan di PERDA adalah penjawat awam Badan Berkanun dan waran perjawatannya diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Manakala status pegawai dan kakitangan anak syarikat PERDA pula merupakan pekerja syarikat swasta yang tidak tertakluk kepada waran perjawatan JPA.

JKPSB pula menggunakan gred perjawatan dan skala gaji berdasarkan terma dan syarat perkhidmatan yang diluluskan oleh Lembaga Pengarah JKPSB.

RUJUK LAMPIRAN.

Bil. Peringkat/Status Daerah

1 Permohonan Perlingkungan Semula - 1 projek dalam peringkat kelulusan Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN)

Barat Daya

2 Permohonan Pelan Kebenaran Merancang – 5 projek dalam pertimbangan PBT

Seberang Perai Utara

3 Lulus One Stop Centre (OSC) – 2 projek Seberang Perai

Utara

Page 205: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

205

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

17. Masalah Gelandangan:

(a) Kumpulan gelandangan dapat dilihat berkeliaran di sekitar lokasi stesen bas di Penang Sentral dan KOMTAR. Apakah tindakan Kerajaan Negeri bagi menangani lambakan gelandangan yang menjadi antara masalah sosial di Pulau Pinang?

(b) Sila nyatakan statistik gelandangan dari tahun 2008-2017 mengikut setiap daerah dan pecahan kaum.

Y.A.B. Ketua Menteri:

17. (a) Kerajaan Negeri sememangnya memandang serius mengenai isu gelandangan dan telahpun merangka beberapa langkah bagi mengatasi perkara ini. Antara langkah yang diambil adalah seperti berikut:-

(i) PUSAT TRANSIT GELANDANGAN DAN WARGA EMAS

Kerajaan Negeri sedang dalam tindakan membina sebuah pusat transit yang akan menjadi penempatan gelandangan dan juga turut bertindak sebagai pusat aktiviti warga emas di lot 19, Jalan C.Y. Choy, Georgetown. Bangunan ini adalah bangunan rumah kedai dua tingkat milik Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP). Pembinaan pusat transit ini dijangka siap pada tahun 2019.

Program ini akan menempatkan gelandangan di pusat transit tersebut selama 6 hingga 12 bulan manakala bagi warga emas mereka dibenarkan tinggal di situ selama beberapa jam sahaja. Pengurusan pusat transit ini dicadang diuruskan oleh pihak Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang telah dikenalpasti oleh pihak Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang.

Sepanjang tempoh tersebut, gelandangan akan diberi latihan yang bersesuaian dengan kemampuan dan minat mereka manakala bagi warga emas pula akan didedahkan dengan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian. Pekerja sosial atau sukarelawan daripada NGO akan menjadi tenaga penggerak dalam program ini. Seterusnya, kerjasama dengan syarikat-syarikat swasta akan dipertingkatkan dengan menggalakkan pihak majikan mengambil golongan ini sebagai pekerja.

Manakala bagi gelandangan yang tidak produktif seperti warga emas ataupun mereka yang mempunyai penyakit berjangkit, mereka akan ditempatkan di pusat-pusat yang dikendalikan oleh NGO yang sedia ada secara kekal sekiranya mereka ini sebatang kara ataupun saudara mara dan anak-anak mereka tidak dapat dikesan. Kerajaan Negeri akan memberikan geran pentadbiran dan rangsum kepada NGO yang berkaitan.

Buat sementara waktu, gelandangan akan ditempatkan di Anjung Singgah Pulau Pinang iaitu pusat transit gelandangan milik Kerajaan Persekutuan di lot No.53, Lebuh Chulia, Pulau Pinang yang beroperasi sejak 9 Jun 2014. Anjung Singgah juga bekerjasama dengan Kerajaan Negeri, NGO dan swasta bagi memberi penempatan dan perlindungan kepada gelandangan.

(ii) PROFILING GELANDANGAN

Selain itu, Bahagian Perundangan dan Penguatkuasaan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia juga sedang membangunkan sistem profiling gelandangan dan telah memilih Pulau Pinang sebagai pilot project. Sistem ini akan merekodkan maklumat-maklumat berkaitan

Page 206: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

206

gelandangan yang diselamatkan melalui aplikasi telefon pintar atau komputer dan membantu pegawai penguatkuasa mengenalpasti gelandangan samada kes baharu atau berulang. Dengan adanya sistem profiling ini, ianya dapat membantu agensi kerajaan yang berkaitan dalam merangka strategi yang bersesuaian untuk membantu golongan gelandangan.

(iii) OPERASI BERSEPADU BERSAMA AGENSI KERAJAAN / SWASTA / NGO

Bagi tempoh Januari hingga Jun 2018, sebanyak 28 kali operasi bersepadu bagi menyelamatkan gelandangan telah dilaksanakan di sekitar Pulau Pinang. Gelandangan berumur 60 tahun ke atas yang diselamatkan akan ditempatkan di Rumah Seri Kenangan (Bedong, Taiping, Tanjung Rambutan atau Kangar) manakala yang berumur 60 tahun ke bawah akan ditempatkan di Desa Bina Diri (Mersing atau Jerantut). Terdapat juga gelandangan yang ditempatkan di pusat jagaan NGO sekitar Pulau Pinang. Operasi menyelamat ini adalah berdasarkan Akta Orang Papa 1977 dan standard operating procedure (SOP) JKM yang mensasarkan golongan orang papa dan pengemis, termasuk gelandangan.

(iv) KEMPEN ''BIJAK MEMBANTU, ELAK TERTIPU”

Meneruskan kempen sedia ada iaitu ''Bijak Membantu, Elak Tertipu” yang dilancarkan pada 27 November 2017 bagi mendidik masyarakat berkaitan isu gelandangan melalui pengiklanan di billboard di sekitar KOMTAR. Kempen ini juga dilakukan di beberapa pusat membeli belah seperti Pasaraya Mydin, Tesco, Stesen Keretapi Butterworth, Terminal Feri Pulau Pinang, Padang Kota, sekitar masjid-masjid, pasar-pasar malam dan program-program jabatan seperti Program Kembara Kebajikan.

(v) PROGRAM ADVOKASI

Mengadakan program advokasi yang berterusan kepada jabatan kerajaan, pihak swasta, NGO, Institut Pengajian Tinggi dan orang ramai berkenaan isu gelandangan.

(vi) MESYUARAT PENYELARASAN BERSAMA AGENSI KERAJAAN DAN SWASTA

Mengadakan mesyuarat penyelarasan bersama agensi kerajaan dan swasta bagi membincang dan menyelesaikan isu-isu berbangkit mengenai isu gelandangan. Setakat ini, JKM telah mengadakan sebanyak lima kali mesyuarat penyelarasan di peringkat daerah dan dua kali di peringkat negeri.

(b) Statistik gelandangan dari tahun 2013 sehingga 2017 mengikut daerah dan pecahan kaum adalah seperti di Lampiran A. Jabatan Kebajikan Masyarakat tidak mempunyai data bagi tempoh 2008 hingga 2012.

RUJUK LAMPIRAN A.

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

18. Anak Tidak Sah Taraf:

(a) Sejak 2008 hingga kini, berapakah statistik anak tidak sah taraf/luar nikah yang direkodkan mengikut kaum dan daerah?

(b) Bagaimanakah MAINPP/JAIPPP bertindak bagi menangani masalah ini?

(c) Apakah program/aktiviti yang telah, sedang dan akan dilaksanakan bagi mengurangkan gejala sosial yang menyebabkan kelambakan anak tidak sah taraf?

Page 207: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

207

Y.A.B. Ketua Menteri:

18. (a) Istilah anak tidak sah taraf yang digunakan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)

adalah merujuk kepada kanak-kanak yang dilahirkan oleh:-

(i) Pasangan tidak berkahwin: atau

(ii) Pasangan tidak mendaftarkan perkahwinan mengikut peraturan dan undang-undang yang berkuat kuasa di Malaysia.

Merujuk kepada keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-57 yang bersidang pada 10 Jun 2003, bagi pasangan beragama Islam, anak yang dilahirkan tidak mencukupi enam bulan Qamariah dan dua lahzah daripada tarikh perkahwinan juga dikategorikan sebagai anak tak sah taraf.

Jumlah kelahiran yang didaftarkan sebagai anak tidak sah taraf bagi tahun 2008 hingga 30 September 2018 adalah sebanyak 16,955 orang. Pendaftaran anak tidak sah taraf boleh berlaku dalam dua keadaan iaitu:

(i) Didaftarkan di bawah Seksyen 13 iaitu ibu dan orang yang mengaku sebagai bapa membuat perakuan secara bersama di hadapan Pendaftar bagi mengesahkan bahawa seseorang kanak-kanak itu anak mereka. Perincian pendaftaran mengikut tahun adalah seperti di Lampiran A;dan

(ii) Didaftarkan sebagai ibu tunggal tanpa maklumat bapa. Perincian pendaftaran mengikut tahun adalah seperti di Lampiran B.

(b) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAIPP) selaku badan yang bertanggungjawab dalam hal ehwal masyarakat Islam sentiasa prihatin dan memandang berat masalah sosial yang melanda terutamanya isu kelahiran anak tidak sah taraf. Antara tindakan yang diambil bagi menangani masalah ini adalah seperti berikut :

(i) Memberikan penjelasan tentang ajaran Islam yang menyeluruh kepada semua lapisan masyarakat terutamanya di peringkat Sekolah Tadika Islam, Sekolah-Sekolah KAFA, khutbah Jumaat, syarahan di masjid dan surau;

(ii) Menguatkuasakan Enakmen Jenayah Syariah dengan membuat pemeriksaan bagi kesalahan khalwat seterusnya di ambil tindakan melalui Mahkamah Syariah;

(iii) Mengadakan program bersasar kepada golongan pelajar di peringkat sekolah rendah, menengah dan pusat pengajian tinggi; dan

(iv) Mengadakan perbincangan dan mesyuarat dengan pelbagai agensi dan jabatan yang berkaitan.

(c) Program/aktiviti yang telah, sedang dan akan dilaksanakan bagi mengurangkan gejala sosial yang menyebabkan kelambakan anak tidak sah taraf ialah :

(i) Mengadakan mesyuarat isu kelahiran bayi tanpa nikah;

(ii) Memberikan kesedaran dan penjelasan kepada masyarakat melalui pelaksanaan Kursus PraPerkahwinan Islam;

(iii) Melaksanakan Program Pusat Khidmat Keluarga, Sosial Dan Komuniti (PKKSK) di hospital dan klinik kesihatan di Negeri Pulau Pinang;

(iv) Melaksanakan program celik Undang-Undang Keluarga Islam Dan Masjid Terbuka di Masjid Sungai Bakap Baru Daerah Seberang Perai Selatan, Masjid Alma Jaya Daerah Seberang Perai Tengah dan Masjid Bayan Baru Daerah Barat Daya, Pulau Pinang;

(v) Pendedahan maklumat melalui khidmat rundingcara/ kaunseling melalui Kursus Kaunseling Maqasid Al-Syariah kepada pegawai khidmat nasihat;

Page 208: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

208

(vi) Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Kebajikan, Kesejahteraan Keluarga Dan Hal Ehwal Wanita;

(vii) Mengadakan Seminar Peradaban Dan Kecelaruan Gaya Hidup Kontemporari;

(viii) Mengadakan Seminar Keluarga Bahagia; dan

(ix) Mengadakan program outreach ziarah Mahabbah di bawah Jawatankuasa Kebajikan, Kesejahteraan Keluarga dan Hal Ehwal Wanita ke Wisma Anak Yatim Pulau Pinang dan Rumah Teduh Perlis.

RUJUK LAMPIRAN A DAN B.

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

19. Rumah Mampu Milik Jenis A & B:

(a) Senaraikan kedudukan projek pembinaan RMM A & B sedia ada yang telah siap dilaksanakan, sedang dibina dan masih di peringkat Pelan Kebenaran Merancang (PKM).

(b) Nyatakan perancangan projek baru untuk RMM A & B mengikut daerah.

Y.A.B. Ketua Menteri:

19. (a) Sejak tahun 2008 hingga kini, terdapat sebanyak 119 projek yang menyediakan sejumlah 27,065 unit Rumah Mampu Milik (RMM) 'A' dan 'B' telah siap dibina dan memperolehi Sijil Layak Menduduki (OC) atau Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC). Selain itu, terdapat sebanyak 21 projek melibatkan penyediaan sejumlah 6,960 unit RMM 'A' dan 'B' kini berada dalam peringkat pembinaan. Manakala di peringkat perancangan, terdapat sebanyak 25 lagi projek dengan tambahan sejumlah 9,317 unit RMM 'A' dan 'B' telah pun mendapat Pelan Kebenaran Merancang (PKM). Senarai projek RMM 'A' dan 'B' mengikut lokasi dan status pelaksanaan adalah seperti di Lampiran A.

(b) Kerajaan Negeri sendiri melalui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) sedang merancang pelaksanaan sebanyak 10 lagi projek RMM 'A' dan 'B' yang mana akan menyediakan sebanyak 7,671 unit kediaman dari kedua-dua kategori tersebut. Senarai projek mengikut lokasi dan daerah adalah seperti di Lampiran B.

RUJUK LAMPIRAN A DAN B.

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

20. Penjagaan Parit/Longkang Dan Saliran:

(a) Sila nyatakan jumlah dan perincikan parit/longkang dan saliran dalam KADUN Permatang Berangan yang dikawal selia oleh MPSP, JPS dan Pejabat Daerah SPU.

(b) Siapakah yang bertanggungjawab untuk membersihkan kawasan tersebut? Adakah agensi atau syarikat dilantik yang dipertanggunjawab melakukan pembersihan?

(c) Berapakah kekerapan cucian di kawasan berkenaan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

20. (a) Secara keseluruhannya terdapat 64 tali air, 69 parit (tanah) dan 5 sungai yang dikawal selia oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di KADUN Permatang Berangan. Manakala terdapat 80 longkang dan 122 parit tepi jalan negeri dan jalan bandaran yang diselenggara oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP). Bagi Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Utara (PDTSPU) kerja-

Page 209: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

209

kerja penyelenggaraan parit/longkang/saliran bukanlah terletak di bawah bidang tugas pentadbiran tersebut.

(b) Pihak JPS kebiasaannya akan menawarkan kerja-kerja penyelenggaraan parit/longkang/saliran kepada kontraktor yang berjaya melalui sebut harga terbuka. Manakala bagi pihak MPSP, kerja-kerja pembersihan kawasan dibuat oleh MPSP sendiri dan juga kontraktor-kontraktor yang telah dilantik.

(c) Kekerapan cucian kawasan bagi setiap parit/tali air/sungai yang dilaksanakan oleh pihak JPS akan dibuat sebanyak 5 kali setahun. Manakala bagi kawasan parit monsun dan parit tepi jalan negeri dan bandaran yang dikawal selia oleh MPSP kekerapan cucian adalah sekali sebulan dan sekali seminggu.

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

21. Perkhidmatan Feri:

(a) Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam usaha mengekalkan perkhidmatan feri sebagai trade mark pengangkutan air berprestij di Pulau Pinang?

(b) Adakah Kerajaan Negeri akan menaik taraf perkhidmatan feri untuk dijadikan salah satu sumber pelancongan penting di Pulau Pinang?

(c) Adakah kewujudan water taxi akan menamatkan perkhidmatan feri sedia ada?

Y.A.B. Ketua Menteri:

21. (a) Kerajaan Negeri sentiasa prihatin dalam usaha meningkatkan penggunaan

pengangkutan awam termasuk pengangkutan air menggunakan feri. Perkhidmatan feri Pulau Pinang telah diambil alih oleh pihak Prasarana melalui Syarikat Rapid Ferry Sdn Bhd pada 1 Mei 2018 bertujuan untuk memastikan perkhidmatan feri kekal sebagai pengangkutan air berprestij di Pulau Pinang. Setelah perkhidmatan feri diambil alih, frekuensi perkhidmatan feri terutama pada waktu puncak adalah lebih baik dengan waktu pelepasan setiap 20 minit.

(b) Perkhidmatan feri merupakan ikon pelancongan negeri Pulau Pinang. Kerajaan Negeri sentiasa bekerjasama dengan Rapid Ferry Sdn Bhd untuk memastikan perkhidmatan feri berjalan dengan lancar. Antara perancangan Kerajaan Negeri untuk menaik taraf perkhidmatan feri Pulau Pinang untuk dijadikan sebagai salah satu sumber pelancongan penting di Pulau Pinang adalah seperti berikut:

(i) Menggunakan vessel passenger untuk mengangkut penumpang pejalan kaki seperti water taxi dan catamaran; dan

(ii) Mencadangkan laluan baru selain daripada laluan sedia ada iaitu laluan ke Straits Quay dan Queensbay seperti yang terkandung dalam Penang Transport Master Plan (PTMP).

(c) Cadangan untuk mewujudkan perkhidmatan water taxi tidak akan menamatkan perkhidmatan feri sedia ada sebaliknya kedua-dua perkhidmatan ini akan saling melengkapi antara satu sama lain. Water taxi dan feri merupakan dua (2) perkhidmatan yang berbeza di mana water taxi khusus untuk penumpang pejalan kaki manakala perkhidmatan feri sedia ada boleh mengangkut kenderaan dan penumpang pejalan kaki dalam masa yang sama.

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

22. Status Perlaksanaan Manifesto 100 Hari PH:

(a) Sejauh manakah Kerajaan Negeri telah menyahut seruan Kerajaan Persekutuan untuk memenuhi Manifesto PH dalam tempoh 100 hari?

(b) Apakah pencapaian prestasi Kerajaan Negeri yang telah memenuhi janji-janji PRU-14? Sila senaraikan.

Page 210: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

210

(c) Apakah janji-janji Manifesto PH Pulau Pinang yang masih belum terlaksana? Nyatakan dengan terperinci.

Y.A.B. Ketua Menteri:

22. Kerajaan Negeri telah bekerjasama dengan semua pihak termasuk Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Tempatan, Agensi Kerajaan dan pihak swasta untuk memastikan janji Manifesto Pakatan Harapan peringkat negeri dipenuhi. Terdapat janji-janji yang terdapat pada Manifesto yang telah dipenuhi. Manakala sebahagian lagi janji tersebut masih lagi dalam peringkat perancangan. Di samping itu, terdapat 4 janji yang memerlukan kelulusan Kerajaan Pusat bagi merealisasikan pencapaiannya. Status terkini pencapaian Manifesto Kerajaan Negeri Pakatan Harapan adalah seperti di LAMPIRAN A.

RUJUK LAMPIRAN A.

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

23. Kes Penderaan Kanak-Kanak:

(a) Bagaimanakah Kerajaan Negeri mengambil langkah pro-aktif dalam menangani masalah penderaan kanak-kanak?

(b) Senaraikan kriteria atau kelayakan sebagai pengasuh kanak-kanak di pusat asuhan kanak-kanak.

(c) Bagaimanakah Kerajaan Negeri memantau dan mengenal pasti permasalahan berkaitan penderaan yang melibatkan pengasuh yang tidak berdaftar dan menjalankan asuhan di rumah persendirian?

Y.A.B. Ketua Menteri:

23. (a) Tindakan dan usaha yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi menangani masalah penderaan kanak-kanak adalah seperti berikut:

(i) Menjalankan program 'Outreach' yang melibatkan golongan dewasa, remaja dan juga kanak-kanak untuk meningkatkan kesedaran berkenaan isu keganasan dan kesaksamaan gender. Program khusus untuk golongan remaja lelaki serta kanak-kanak lelaki juga diadakan;

(ii) Menganjurkan kempen ‘Penang Goes Orange’ (PGO) sejak tahun 2015. Kempen PGO merupakan kempen awam yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang awam berkenaan pelbagai isu keganasan berasaskan gender (Gender Based Violence) dan usaha untuk menghentikan keganasan ini;

(iii) Menubuhkan Pasukan Perlindungan Kanak-kanak dan Pasukan Kebajikan Kanak-kanak di setiap daerah. Melalui program ini pelbagai aktiviti pencegahan diterapkan di kalangan kanak-kanak, keluarga dan komuniti. Antaranya adalah seperti Program Safe and Protect, Sahabat Bijak Di Sekolah, Kempen Hak Kanak-kanak dan Kempen Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat; dan

(iv) Menubuhkan Pusat Aktiviti Kanak-Kanak di semua daerah yang menjadi tempat untuk kanak-kanak menjalankan aktiviti pada masa lapang dan dapat mengelakkan mereka daripada terlibat dengan aktiviti yang tidak sihat.

(b) Kriteria atau kelayakan sebagai pengasuh kanak-kanak di Pusat Asuhan Kanak-Kanak adalah seperti berikut:

(i) Merupakan warganegara Malaysia;

(ii) Berumur lapan belas (18) tahun dan ke atas;

Page 211: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

211

(iii) Telah lulus Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak PERMATA; dan

(iv) Berdaftar sebagai pengasuh kanak-kanak berdaftar di bawah peraturan 16, Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984.

(c) Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan memastikan semua TASKA di rumah berdaftar. JKM akan membuat pemantauan berkala setiap 4 bulan sekali terhadap semua TASKA yang berdaftar. Manakala untuk TASKA yang tidak berdaftar, Bahagian Penguatkuasaan JKM akan menjalankan tindakan penguatkuasaan untuk memastikan TASKA tersebut dijalankan mengikut Akta TASKA 1984 (Pindaan) 2007 dan Peraturan TASKA 2012. Ini adalah untuk memastikan keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan kanak-kanak di TASKA terjamin.

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

24. Status Pekerja Industri Dan Swasta:

(a) Sejauh manakah tertunainya janji Kerajaan Negeri dalam membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dalam sektor perindustrian dan swasta sejak 2008?

(b) Apakah tindakan Kerajaan Negeri dalam mengawal kemasukan lambakan warga asing yang semakin hari dilihat memonopoli majoriti sektor perindustrian dan tenaga buruh di Pulau Pinang?

Y.A.B. Ketua Menteri:

24. (a) Kerajaan Negeri sentiasa mengambil langkah proaktif bagi memastikan kemasukan pelaburan baharu dan pelaburan semula di Pulau Pinang untuk mewujudkan peluang pekerjaan. Pada tahun 2017, Pulau Pinang mencatatkan Rekod Pelaburan Asing (FDI) tertinggi dalam bidang pembuatan berbanding negeri-negeri lain di Malaysia, dengan nilai FDI RM8.5 bilion. Bagi jumlah pelaburan (pelaburan asing dan pelaburan domestik) pula, Pulau Pinang mencatatkan rekod sebagai negeri dengan jumlah pelaburan kedua tertinggi dalam bidang pembuatan, dengan nilai sebanyak RM10.8 bilion. Jumlah pelaburan dalam sektor pembuatan yang diluluskan olehMalaysian Investment Development Authority (MIDA) dan bilangan pekerjaan yang diwujudkan sejak 2008 sehingga Mac 2018 adalah seperti di Lampiran A.

Sejak 2008 sehingga akhir 2017, pelbagai peluang pekerjaan telah diwujudkan dengan mencatatkan jumlah melebihi 15,000 kekosongan secara purata pada setiap tahun.

Selain itu, Kerajaan Negeri melalui Pusat CAT (Penang Career Assistance and Talent Centre) juga menjalankan pemadanan jawatan kepada semua golongan pencari kerja dengan yang ditawarkan oleh industri. Sejak penubuhan Pusat CAT pada Mac 2009 sehingga 22 Oktober 2018, seramai 10,551 orang telah berdaftar sebagai pemohon pekerjaan di mana sebanyak 6,445 pemadanan jawatan telah dijalankan untuk 289 buah syarikat.

(b) Dasar kemasukan pekerja asing tertakluk di bawah peraturan dan dasar yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan di bawah Kementerian Dalam Negeri. Kerajaan Negeri tidak mempunyai kuasa untuk mengawal pertambahan pesat jumlah pekerja asing dalam sektor perindustrian dan tenaga buruh. Kerajaan Persekutuan kini sedang mengkaji polisi yang lebih sistematik dalam pengambilan pekerja asing bagi kepentingan semua pihak terutamanya majikan yang memerlukan tenaga kerja asing berkemahiran rendah. Antara perkara yang sedang dikaji ialah jumlah bayaran levi dan pengurangan insentif untuk pelaburan yang mempunyai keperluan tinggi terhadap kumpulan pekerja asing berkemahiran rendah ini.

Page 212: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

212

Kemasukan pekerja asing juga dapat dikawal melalui agensi-agensi kerajaan yang lain seperti Malaysian investment Development Authority (MIDA) dan Malaysian Digital Economy Corporation (MDEC) menerusi kelulusan yang diberi kepada syarikat-syarikat yang memohon insentif kerajaan melalui agensi-agensi ini. Permohonan insentif daripada syarikat-syarikat ini akan melalui proses penilaian dan pertimbangan bagi bilangan pekerja asing dan kelulusan daripada MIDA dan MDEC hanya akan diberikan untuk syarikat-syarikat yang mempunyai keperluan tertentu untuk membawa masuk pekerja asing. Ini merupakan salah satu langkah bagi memastikan pekerja tempatan diberi keutamaan dalam bidang pekerjaan yang disediakan.

Menerusi Industry 4.0, kebanyakan pekerjaan konvensional akan digantikan dengan automasi terutamanya kerja-kerja konvensional yang biasanya dilakukan oleh pekerja asing. Justeru, melalui revolusi Industry 4.0 penggunaan teknologi yang canggih dan berkemahiran tinggi akan dapat mengawal permintaan untuk pekerja asing di dalam industri.

Selain itu, program untuk mengasah kemahiran berkaitan automasi, robotik, dan proses pengurusan data bagi meningkatkan kemahiran dalam sektor pembuatan turut dilaksanakan oleh Malaysian Meister Program (MMP). Pekerja yang terlibat dalam sektor pembuatan dapat menambah baik kemahiran yang sedia ada dalam bidang kejuruteraan, automasi, robotik dan analisis data.

RUJUK LAMPIRAN A.

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

25. Kawasan Wi-Fi Percuma / Liputan Internet Jalur Lebar:

(a) Sila senaraikan mengikut daerah dan KADUN yang menerima perkhidmatan wi-fi percuma dan liputan internet jalur lebar berkelajuan tinggi.

(b) Sejauhmanakah Kerajaan Negeri berusaha menyediakan perkhidmatan internet berkelajuan tinggi dengan harga yang berpatutan? Sila perincikan cadangan penambahbaikan perkhidmatan khasnya di kawasan desa.

Y.A.B. Ketua Menteri:

25. (a) Sebanyak 1,560 Access Points (APs) di 40 KADUN Negeri Pulau Pinang telah dipasang perkhidmatan Penang Free Wi-fi (PFW) dan masih aktif sehingga kini. Senarai lokasi Penang Free Wi-fi mengikut daerah dan KADUN adalah seperti di Lampiran A.

Berdasarkan maklumat terkini yang diperolehi daripada pihak PEGIS, 50% kawasan di seluruh Negeri Pulau Pinang telah diliputi jajaran kabel fibre optic sepanjang 3,226 km dengan 600 km daripadanya adalah di jalan-jalan utama negeri. Ini bermakna, 80% jalan-jalan utama telah diliputi rangkaian kabel fibre optic bagi liputan internet jalur lebar berkelajuan tinggi. Senarai kawasan yang mempunyai internet jalur lebar yang menggunakan fibre optic mengikut daerah dan lokasi adalah seperti di Lampiran B.

(b) Kerajaan Negeri sentiasa berusaha untuk menyediakan perkhidmatan internet berkelajuan tinggi pada harga yang berpatutan untuk seluruh rakyat Negeri Pulau Pinang melalui pelaksanaan Fiber Forward Penang (FFP) yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri pada 27 Mei 2015. Penetapan One Dig Policy kepada semua syarikat telekomunikasi dengan menandatangani Non-Disclosure Agreement (NDA) adalah untuk menggalakkan syarikat-syarikat telekomunikasi memasang dan berkongsi fiber optik bagi tujuan penjimatan kos dengan menggantikan rangkaian kuprum. Malah, Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga mengamalkan Dasar Pintu Terbuka tanpa monopoli kepada mana-mana

Page 213: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

213

syarikat telekomunikasi yang ingin menyediakan infrastruktur telekomunikasi di Negeri Pulau Pinang. Persaingan sesama syarikat ini akan memberikan potensi perkhidmatan internet yang lebih berkualiti dengan harga yang berpatutan.

Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Wilayah Utara, Negeri Pulau Pinang adalah salah satu negeri yang menyediakan infrastruktur dan perkhidmatan internet yang terbaik di Malaysia. Namun begitu, kawasan-kawasan luar bandar yang mempunyai limitasi akses akan ditambah baik liputan selular dari 2G kepada 3G dan LTE dengan perkhidmatan jalur lebar mudah alih yang lebih pantas dan berkualiti. Selain itu, infrastruktur jalur lebar talian tetap turut giat diperluaskan kawasan tersebut melalui Projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi / High Speed Broadband (HSBB) dan juga projek Jalur Lebar Pinggir Bandar (SUBB) yang dilaksanakan dengan kerjasama syarikat Telekom Malaysia (TM). Kerajaan Negeri amat komited dalam memastikan liputan dan kualiti perkhidmatan jalur lebar di negeri Pulau Pinang dipertingkatkan dari semasa ke semasa seiring dengan perkembangan ekonomi dan pembangunan yang semakin pesat agar tiada rakyat di negeri ini yang ketinggalan.

RUJUK LAMPIRAN A DAN B.

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

26. Status Projek Pembinaan Masjid Yang Telah Diluluskan Sebelum Pru-14:

(a) Sila perincikan mengikut daerah atau KADUN senarai projek pembinaan masjid yang telah diluluskan sebelum PRU-14.

(b) Berdasarkan senarai itu, sila nyatakan projek masjid manakah yang telah diteruskan pembinaan, berapakah yang dibatalkan dan berapakah pula projek yang ditangguhkan. Nyatakan sebab pembatalan/penangguhannya.

Y.A.B. Ketua Menteri:

26. Senarai projek pembinaan masjid yang telah diluluskan sebelum PRU-14 mengikut daerah dan KADUN adalah seperti berikut:-

Bil. Masjid Daerah KADUN Status

1 Masjid Jamek Penaga SPU Penaga Siap

2 Masjid Seri Serdang SPU Bertam Siap

3 Masjid Kampung Banggol SPU Sungai Dua Dalam pembinaan

4 Masjid Jamek Padang Benggali SPU Teluk Air Tawar Dalam pembinaan

5 Masjid Jamek Kubang Ulu SPT Penanti Siap

6 Masjid Jamek Perai SPT Perai Tangguh

7 Masjid Bandar Tasek Mutiara SPS Sungai Bakap Tangguh

8 Masjid Jamek Kampung Rawa DTL Dato Keramat Dalam pembinaan

9 Masjid Sungai Nibong Besar DTL Pantai Jerejak Tangguh

10 Masjid Al Qahhar, Permatang Damar Laut

DBD Batu Maung Tangguh

11 Masjid Umar Abdul Aziz DBD Batu Maung Siap

Page 214: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

214

Daripada senarai yang tersebut di atas, keseluruhannya terdapat sebelas (11) projek pembinaan masjid yang telah diluluskan sebelum PRU-14. Kesemua projek tersebut mendapat pembiayaan daripada peruntukan Kerajaan Persekutuan yang disalurkan melalui Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Pulau Pinang (PPPNPP) dan juga peruntukan Kerajaan Negeri. Empat daripadanya telah siap dan tiga projek masih dalam pembinaan. Manakala empat lagi projek ditangguhkan atas kekangan kewangan Kerajaan Persekutuan. Oleh itu, peruntukan Kerajaan Negeri juga tidak dapat dibelanjakan. Susulan daripada itu, Kerajaan Negeri telah mengadakan perbincangan dengan pihak PPPNPP untuk memohon semula peruntukan bagi projek-projek yang telah ditangguhkan. Isu ini juga akan dijadikan salah satu agenda di dalam Mesyuarat Pembangunan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) yang akan diadakan pada November 2018 yang mana pihak PPPNPP telah dijemput untuk menghadiri mesyuarat tersebut.

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

27. Bantuan Kepada Petani, Peladang, Nelayan Dan Pesawah:

(a) Berapakah peruntukan tahunan yang diberi oleh Kerajaan untuk membantu golongan petani, peladang, nelayan dan pesawah?

(b) Apakah jenis dan bentuk bantuan pertanian yang boleh diterima oleh petani, peladang, nelayan dan pesawah ini?

(c) Adakah bantuan akan diteruskan kepada golongan ini seperti sebelumnya?

Y.A.B. Ketua Menteri:

27. (a) Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan telah menyalurkan pelbagai peruntukan untuk membantu golongan petani,peladang, nelayan dan pesawah di negeri ini.

Bagi tahun 2018, jumlah peruntukan yang telah disalurkan mengikut Jabatan/Agensi yang terlibat adalah seperti berikut:

JABATAN KUMPULAN SASARAN JUMLAH (RM)

Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang

Petani, Peladang dan Pesawah

2,330,000.00

Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang

Nelayan 230,000.00

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Negeri Pulau Pinang

Nelayan dan Pertubuhan Nelayan

8,988,442.90

(b) Bantuan yang diberikan kepada golongan petani, peladang dan pesawah adalah seperti berikut:

(i) Bantuan infrastruktur ladang;

(ii) Bantuan input pertanian (baja/racun dan lain-lain);

(iii) Bantuan jentera dan peralatan kecil ladang;

(iv) Perkhidmatan mekanisasi ladang;

(v) Bantuan kemahiran melalui Latihan/Bengkel/Seminar;

(vi) Bantuan pengukuhan modal insan untuk Kelompok Pertanian, Kumpulan Pengembangan Wanita (KPW) dan Usahawan;

Page 215: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

215

(vii) Bantuan pemasaran dan promosi produk; dan

(viii) Pinjaman Mikrokredit Tabung Usahawan Tani (TUT).

Manakala, bantuan yang diberikan kepada golongan nelayan adalah seperti berikut:

(i) Pinjaman Dana Nelayan;

(ii) Projek Khas Perumahan Nelayan;

(iii) Skim Insuran Nelayan;

(iv) Elaun Sara Hidup Nelayan;

(v) Pengurusan Skim Subsidi Diesel dan Petrol Nelayan;

(vi) Kursus Kemahiran dan Bengkel;

(vii) Sokongan dan Bantuan Kepada Kumpulan Nelayan;

(viii) Sokongan pemasaran dengan pembangunan Pasar Nelayan;

(ix) Bantuan Touch Point; dan

(x) Baucar Bantuan Nelayan Pesisir Pantai.

(c) Buat masa ini, bantuan-bantuan yang diberikan akan diteruskan kepada golongan petani, peladang, pesawah dan nelayan yang layak dan memenuhi kriteria yang ditetapkan. Keputusan untuk meneruskan atau menghentikan sebarang bantuan adalah berdasarkan kepada impak dan kesan kepada perkembangan industri asas tani di negeri ini.

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

28. Cadangan Pembinaan Lampu Isyarat:

(a) Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membina lampu isyarat di Simpang Tiga Thai Tong Tasek Gelugor?

(b) Apakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk memasang lampu isyarat di persimpangan antara Jalan Padang Menora ke arah Penanti menuju ke Jalan Air Itam Dalam?

Y.A.B. Ketua Menteri:

28. (a) Kerajaan Negeri melalui Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) telah bersetuju bahawa terdapat keperluan pemasangan lampu isyarat di Simpang Tiga Thai Tong, Tasek Gelugor. Sehubungan itu, perancangan sedang dilakukan untuk melaksanakan pemasangan lampu isyarat di kawasan tersebut.

(b) Setakat ini, Kerajaan Negeri masih belum mempunyai perancangan untuk memasang lampu isyarat di kawasan Jalan Padang Menora ke arah Penanti menuju ke Jalan Air Itam Dalam.

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

29. Tapak Pertanian Dan Tanaman:

(a) Adakah Kerajaan Negeri mengambil kira keperluan untuk menyediakan tapak pertanian dan tanaman di mana-mana kawasan tertentu sebagai kawasan pertanian komersial berpusat?

(b) Apakah strategi, perancangan dan kaedah yang dicadangkan oleh Kerajaan Negeri untuk mengekalkan kawasan pertanian sebagai kawasan hijau yang wajar dipelihara kehijauan dan keasliannya?

Y.A.B. Ketua Menteri:

Page 216: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

216

29. Kerajaan Negeri sentiasa berusaha untuk meningkatkan hasil pertanian dan memelihara kawasan-kawasan pertanian sedia ada.

(a) Kerajaan Negeri telah menyediakan tapak pertanian dan tanaman sebagai kawasan pertanian komersial berpusat. Kerjasama strategik di antara Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian dan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) telah dilaksanakan di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Ara Kuda dan TKPM Mayfield. Kerajaan Negeri juga telah menyediakan kawasan pertanian berpusat seperti Batu Kawan Agro Park, Juru dan Permatang Pauh Agro Park.

Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian Negeri komited untuk memastikan kawasan pertanian di negeri ini dikekalkan sebagai kawasan hijau. Dalam usaha ini, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian Negeri sentiasa tidak menyokong sebarang pembangunan di atas tanah pertanian khususnya kawasan jelapang padi.

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

30. Bidang Kuasa Penguatkuasa MAINPP/JHEAIPP:

(a) Nyatakan senarai jawatan dan bidang kuasa pegawai dan penguatkuasa dalam MAINPP dan JHEAIPP.

(b) Apakah bidang kuasa dan skop perlaksanaan perundangan syariah yang dilaksanakan melalui Mahkamah Syariah?

(c) Apakah bidang kuasa Mahkamah Syariah bagi pengurusan kes-kes melibatkan pendakwaan ke atas orang Islam dan bukan Islam?

Y.A.B. Ketua Menteri:

30. (a) Jumlah perjawatan di Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) adalah seramai 61 orang diketuai oleh Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama (KPPA) Gred 48 dan dibantu oleh tiga (3) orang pegawai dan 57 kakitangan kumpulan pelaksana. Bahagian Penguatkuasaan terbahagi kepada empat (4) unit, iaitu Unit Operasi; Unit Siasatan; Unit Akidah; dan Unit Pentadbiran. Bidangkuasa Unit Operasi, Siasatan dan Akidah adalah seperti di Lampiran A.

(b) Bidang kuasa dan skop pelaksanaan perundangan syariah yang dilaksanakan melalui Mahkamah Syariah telah diperuntukkan dalam Jadual 9 Senarai II Perlembagaan Persekutuan yang meliputi perkara mal dan jenayah Syariah. Peruntukan ini diperincikan melalui Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004 yang memperuntukkan bidangkuasa mal iaitu mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding jika semua pihak adalah orang Islam. Manakala dalam bidangkuasa jenayah ialah membicarakan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh orang Islam dan boleh dihukum di bawah enakmen ini dan enakmen bertulis yang lain.

(c) Bidang kuasa Mahkamah Syariah hanya melibatkan pendakwaan ke atas orang Islam sahaja sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual 9 Senarai II Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan pewujudan dan penghukuman kesalahan yang dilakukan oleh orang yang menganut agama Islam terhadap perintah agama itu. Di Negeri Pulau Pinang khususnya, undang-undang yang digunapakai bagi kesalahan jenayah syariah ialah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Pulau Pinang) 1996 yang terpakai untuk orang Islam sahaja.

RUJUK LAMPIRAN A.

Page 217: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

217

XV. Ahli Kawasan Bertam (YB. Khaliq Mehtab Bin Mohd Ishaq) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

1. Apakah status projek pelebaran jalan dari Titi Merdeka ke Kampung Permatang Pak Elong? Terdapat aduan bahawa projek ini sedang berjalan.

Y.A.B. Ketua Menteri:

1. Projek pelebaran jalan dari dua (2) lorong ke empat (4) lorong dari Permatang Tok Elong hingga Jambatan Merdeka sedang dilaksanakan bermula dari tarikh milik tapak oleh kontraktor pada 19 Disember 2017 dan dijangka siap pada 18 Disember 2020. Peratus kemajuan kerja fizikal sehingga 30 Oktober 2018 adalah sebanyak 7% berbanding 5% yang dijadualkan. Sebagai makluman, penilaian semula pelaksanaan projek ini di peringkat Kementerian Kewangan telah memutuskan agar pelaksanaan projek ini diteruskan.

Bagi makluman, lawatan tapak oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Kerja Raya, Utiliti & Tebatan Banjir telah dilakukan pada 22 Oktober 2018 bersama dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Bertam, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR), Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), kontraktor dan perunding projek bagi membincangkan perkara-perkara berbangkit. Antaranya adalah penyelarasan bagi memastikan penaiktarafan jalan tersebut boleh merangkumi kerja-kerja penaiktarafan sistem perparitan agar dapat mengurangkan risiko banjir di kawasan tersebut.

Ahli Kawasan Bertam (YB. Khaliq Mehtab Bin Mohd Ishaq) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

2. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk meletakkan kawasan industri di kawasan Bertam supaya lebih nampak sistematik. Di Bertam terdapat kilang papan yang terletak di kawasan pinggiran bandar Kepala Batas

Y.A.B. Ketua Menteri:

2. Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) sedang membangunkan tanah perindustrian yang lebih tertumpu di kawasan Taman Perindustrian Batu Kawan, Penang Science Park (PSP1) dan Utara Penang Science Park (PSP2). Buat masa ini Kerajaan Negeri tidak mempunyai sebarang perancangan untuk membangunkan kawasan Bertam sebagai kawasan perindustrian dan PDC tidak mempunyai tanah di kawasan itu untuk dibangunkan sebagai tapak industri.

Selain itu, sebelum sebarang pembangunan perindustrian di sesebuah kawasan dilaksanakan, perbincangan lanjut bersama agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan perlu diadakan terlebih dahulu bagi memastikan pembangunan di kawasan tersebut dapat dimajukan dengan terancang di samping mampu menjana pertumbuhan ekonomi dan mewujudkan peluang pekerjaan. Kilang papan yang terdapat di kawasan pinggiran Kepala Batas adalah perusahaan yang telah sekian lama beroperasi. Oleh itu, pemeriksaan terhadap kilang berkenaan dibuat secara berkala bagi memastikan ia mematuhi segala keperluan undang-undang.

Ahli Kawasan Bertam (YB. Khaliq Mehtab Bin Mohd Ishaq) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

3. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk mencantikan dan mengindahkan kawasan Hub Makanan di Bandar Bertam Perdana (Kiosk Bertam)?

Y.A.B. Ketua Menteri:

3. Kerajaan Negeri sememangnya mengambil perhatian berkenaan aspek pengindahan kawasan hub makanan di Kiosk Bertam, Bandar Bertam Perdana. Ini adalah bagi memastikan kawasan tersebut boleh dijadikan tempat tarikan para pengunjung dan sekaligus membantu meningkatkan pendapatan peniaga disitu.

Untuk itu, Kerajaan Negeri melalui Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah memastikan supaya pihak Bertam Properties Sdn. Bhd. iaitu pemaju Bandar Bertam

Page 218: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

218

Perdana bertanggungjawab untuk menyediakan Pelan Landskap semasa mengemukakan Pelan Kebenaran Merancang.

Selain itu, pihak Bertam Properties Sdn. Bhd. juga telah menaik taraf kawasan hub makanan di Kiosk Bertam, Bandar Bertam Perdana pada tahun 2012 dengan penambahan elemen pencahayaan di kawasan tersebut.

Ahli Kawasan Bertam (YB. Khaliq Mehtab Bin Mohd Ishaq) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

4. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk menempatkan penjaja penjaja kecil di kawasan Bertam yang berniaga di tepi tepi jalan? Pihak saya mencadangkan agar satu kawasan khas di Bertam di gezetkan sebagai kawasan jualan untuk penjaja kecil .

Y.A.B. Ketua Menteri:

4. Kerajaan Negeri melalui Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) sememangnya mempunyai perancangan untuk menempatkan penjaja-penjaja kecil yang berniaga di tepi jalan di kawasan Bertam di kawasan khas penjaja. Kawasan yang telah dikenalpasti untuk program penempatan penjaja ini adalah di kawasan Taman Seri Serdang. Sebanyak 25 buah petak telah diperuntukkan untuk penjaja dan projek ini akan dilaksanakan pada bulan November 2018.

Ahli Kawasan Bertam (YB. Khaliq Mehtab Bin Mohd Ishaq) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

5. Apakah status stadium hoki MPSP dan padang boling padang di Kompleks Sukan MPSP Bertam?

(a) Adakah projek baik pulih akan dijalankan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

5. Stadium hoki Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) di Kompleks Sukan MPSP Bertam telah ditutup untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikan manakala gelanggang boling padang di Kompleks Sukan tersebut masih boleh digunakan.

(a) Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah meluluskan peruntukan sejumlah RM4,950,000.00 bagi cadangan menaik taraf padang dan lain-lain kerja yang berkaitan di Stadium Hoki MPSP. Status terkini projek tersebut adalah seperti berikut:

(i) Pihak perunding telah dilantik untuk menyediakan dokumen tender pada awal tahun 2017 dan dokumen tender telah dimuktamadkan;

(ii) Iklan tender telah dikeluarkan pada 25 Oktober 2018 dan lawatan tapak akan diadakan pada 8 November 2018; dan

(iii) Kerja-kerja di tapak dijangka akan bermula pada Januari 2019 dan disiapkan dalam tempoh masa setahun.

Manakala projek baik pulih kecil bagi gelanggang boling padang Kompleks Sukan MPSP Bertam akan dijalankan dari semasa ke semasa berdasarkan keperluan. Setakat ini, tiada perancangan untuk membaik pulih secara keseluruhan.

Ahli Kawasan Bertam (YB. Khaliq Mehtab Bin Mohd Ishaq) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

6. Apakah perancangan Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan untuk memastikan TIADA belukar atau hutan yang terbiar di sepanjang jalan utama di Bertam? Ini adalah kerana hutan belukar yang terbiar akan mencacatkan pemandangan sekitar.

Y.A.B. Ketua Menteri:

6. Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan sememangnya melaksanakan tindakan-tindakan berikut dibawah peruntukan Akta Kerajaan Tempatan 1976 bagi

Page 219: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

219

memastikan tiada belukar atau hutan yang terbiar disepanjang jalan utama di Bertam seperti berikut:

(i) Mengambil tindakan penguatkuasaan dengan mengeluarkan notis kepada pemilik-pemilik tanah supaya menyelenggara kebersihan tanah masing-masing daripada longgokan sampah haram, pembiakan nyamuk dan semak samun.

(ii) Mengenakan caj pembersihan sekiranya terdapat aduan kacau ganggu berkaitan belukar/semak samun di atas tanah yang dimiliki orang perseorangan.

(iii) Pemilik tanah yang mengemukakan permohonan Kebenaran Merancang atau Pelan Bangunan akan disyaratkan supaya memagari tanah pemajuan dan tanah simpanan untuk pemajuan masa hadapan serta mengambil langkah-langkah untuk memastikan tanah berkenaan bebas dari semak samun dan belukar.

Ahli Kawasan Bertam (YB. Khaliq Mehtab Bin Mohd Ishaq) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

7. Apakah perancangan penguatkuasaan Kerajaan Negeri melalui agensi seperti Jabatan Imigresen untuk memastikan kawasan pantai di Padang Benggali BEBAS dari nelayan asing dan pekerja asing yang menggunakan bot untuk menangkap ikan ditepi pantai?

Y.A.B. Ketua Menteri:

7. Kerajaan Negeri sentiasa komited untuk memastikan sumber perikanan di negeri ini sentiasa

terpelihara dan bebas daripada sebarang pencerobohan nelayan asing atau pekerja asing tidak sah. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perikanan sedia bekerjasama dengan agensi-agensi penguatkuasaan termasuklah Jabatan Imigresen bagi memastikan perairan negeri Pulau Pinang tidak diceroboh oleh mana-mana pihak yang tidak sah. Bagi mengatasi masalah ini, Kerajaan Negeri perlu mengadakan perbincangan lanjut melibatkan Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang, Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Marin, pihak Maritim, Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Utara serta pihak-pihak yang berkenaan bagi memastikan perkara ini ditangani sewajarnya.

Ahli Kawasan Bertam (YB. Khaliq Mehtab Bin Mohd Ishaq) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

8. Adakah peruntukan untuk projek projek di bawah P016, 02 dan 03 akan ditambah mengikut keperluan kawasan DUN? (a) Jika ada, bagaimanakah peruntukan ini boleh dimohon?

Y.A.B. Ketua Menteri:

8. (a) Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan yang mencukupi untuk pelaksanaan projek-projek pembangunan masyarakat dan projek-projek khas/latihan khas/bekalan mengikut Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) di bawah Maksud Pembangunan P.16 Butiran 02 dan 03. Agihan untuk P16 (02) dan (03) ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri mengikut keperluan pada tahun berkaitan.

Selain peruntukan P16 yang disalurkan oleh Jabatan Kewangan Negeri kepada Pejabat Daerah, Kerajaan Negeri juga menyediakan peruntukan pembangunan lain di bawah Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN), Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan jabatan-jabatan lain mengikut keperluan di KADUN masing-masing. Peruntukan MARRIS turut disediakan bagi kerja-kerja penyelenggaraan jalan negeri di semua KADUN.

Peruntukan bagi projek-projek yang baharu boleh dipohon melalui Pejabat-pejabat Daerah semasa pemeriksaan dan penyediaan belanjawan bagi tahun yang berikutnya.

Peruntukan tambahan mengikut keperluan KADUN adalah tertakluk kepada kelulusan Pihak Berkuasa Negeri semasa penyediaan Belanjawan.

Page 220: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

220

Ahli Kawasan Bertam (YB. Khaliq Mehtab Bin Mohd Ishaq) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

9. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mengambil alih Abedeen Resort melalui mana-mana anak syarikat untuk dimajukan? Kawasan ini terbiar begitu lama dan menjadi sarang binatang liar dan pastinya ianya mengundang bahaya kepada penduduk yang tinggal berhampiran.

Y.A.B. Ketua Menteri:

9. Pada masa ini Kerajaan Negeri tidak mempunyai perancangan untuk mengambil alih Abedeen Resort di Bertam, Kepala Batas memandangkan tanah tersebut adalah milik persendirian dan melibatkan beberapa isu lain yang perlu diselesaikan.

Walau bagaimanapun, bagi memastikan keselamatan penduduk setempat terpelihara, pihak Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pemilik Abedeen Resort seperti berikut:-

MPSP telah mengeluarkan notis di bawah Seksyen 82 Akta Kerajaan Tempatan 1976 pada 19 Julai 2018 untuk menghapuskan kacau ganggu dengan memastikan premis bersih dan bebas pembiakan nyamuk dan haiwan liar. Pemantauan semula telah dilaksanakan pada bulan Ogos 2018 dan didapati tindakan pembersihan telah dijalankan oleh pemilik.

MPSP akan membuat pemantauan dari semasa ke semasa untuk memastikan persekitaran premis berkeadaan bersih.

Selain itu, pemilik Abedeen Resort juga telah melantik kontraktor untuk menyelenggara kawasan tersebut dua kali setahun.

Ahli Kawasan Bertam (YB. Khaliq Mehtab Bin Mohd Ishaq) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

10. Adakah Kerajaan Negeri akan membuat persempadanan semula kawasan untuk pentadbiran JKKK?

Y.A.B. Ketua Menteri:

10. Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung atau ringkasnya JKKK adalah sebuah institusi kepimpinan di peringkat akar umbi yang diwujudkan untuk membangunkan sektor luar bandar. Penubuhan JKKK adalah untuk mewujudkan ruang dan memberikan peluang kepada pihak rakyat melibatkan diri dalam proses pembangunan di peringkat kampung. JKKK adalah badan yang bertindak sebagai agen perubahan dan penghubung penting antara pihak kerajaan dan rakyat.

Setakat Oktober 2018 ini, jumlah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung/Komuniti (JKKK) di negeri Pulau Pinang adalah 300. Walau bagaimanapun, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Pusat (JKKKP) mulai pada 24 Mei 2018 yang lalu dan digantikan kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang mempunyai 11 biro baharu termasuk Biro Pembangunan Prasarana, Keselamatan dan Kesihatan, Pengurusan Kewangan, Ekonomi dan Keusahawanan , Kesejahteraan dan Keceriaan, Pendidikan dan Inovasi, Pemantapan Spiritual, Kebajikan dan Kesukarelawan, Belia, Sukan dan Non-Governmental Organization (NGO), Infostruktur dan Komunikasi dan akhir sekali ialah Hal Ehwal Wanita dan Keluarga. Maka pada masa kini Kerajaan Negeri sedang dalam proses membuat persempadanan semula kawasan untuk pentadbiran MPKK sebelum berkuatkuasa sepenuhnya bermula 1 Januari 2019.

Page 221: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

221

XVI. Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

1. Adakah PDC atau PLUS akan meneruskan cadangan pemindahan tol Lebuhraya Utara Selatan (arah selatan) dan jelaskan:-

(a) Perkembangan pengambilan balik tanah di Jalan Paboi.

(b) Jika tidak, apakah cadangan untuk menangani kesesakan lalu lintas di tol berkenaan.

(c) Bilakah lebuh raya dari Tol Juru ke Persimpangan Bandar Cassia dinaik taraf kepada tiga laluan.

Y.A.B. Ketua Menteri:

1. Pada masa ini, pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)/Projek Lebuhraya Utara Selatan Berhad (PLUS) tidak mempunyai cadangan untuk memindahkan plaza tol di Bukit Tambun (arah selatan). Walau bagaimanapun, terdapat cadangan pembinaan sebuah persimpangan baru jenis trumpet interchange di lokasi antara Persimpangan Bukit Tambun dan Persimpangan Bandar Cassia, Lebuhraya Utara Selatan. Cadangan tersebut kini masih di peringkat perancangan pelaksanaan oleh pihak Penang Development Centre PDC.

(a) Pengambilan Tanah di Jalan Paboi bagi tujuan awam iaitu di bawah Seksyen 3(1)(a), Akta Pengambilan Tanah (APT) 1960 telah diwartakan di bawah Seksyen 4, APT pada 28 April 2018 bagi tujuan pembinaan jalan dan persimpangan bertingkat. Pewartaan pengambilan ini di bawah Seksyen 4, APT adalah sah sehingga 27 April 2019 iaitu untuk membolehkan kajian dan kerja ukur dijalankan di kawasan tanah yang terlibat.

(b) Pihak LLM sentiasa bekerjasama dengan pihak Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) serta Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi melaksanakan inisiatif yang bersesuaian untuk membantu melancarkan pergerakan trafik di kawasan tersebut antaranya melalui cadangan pelarasan fasa lampu isyarat serta cadangan melebarkan susur keluar dan masuk ke plaza tol.

(c) Pada masa ini LLM/PLUS tiada rancangan untuk menaiktaraf laluan di antara Juru dan Bandar Cassia kepada 3 lorong.

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

2. Masalah laluan air (berbentuk terowong) merentasi Lebuhraya Utara Selatan masih berlanjutan.

(a) Bilakah PLUS akan membersihkan halangan dan mendapan dalam laluan air di bawah Jejambat Bukit Tambun.

(b) Siapakah di peringkat Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab untuk memantau tindakan PLUS.

(c) Adakah terdapat perancangan untuk menaik taraf terowong air kepada parit konkrit berjambatan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

2. (a) Pihak PLUS telah mengambil tindakan membersihkan halangan dan mendapan dalam laluan air di bawah Jejambat Bukit Tambun dan kerja pembersihan ini dijadualkan sebagai kerja penyelenggaraan rutin pada setiap bulan.

(b) Pemantauan prestasi dan perkhidmatan syarikat konsesi PLUS adalah terletak di bawah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melalui Pejabat Wilayah Utara yang beroperasi di Pulau Pinang. Walau bagaimanapun, pihak LLM sentiasa bekerjasama dengan Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN) sekiranya terdapat keperluan

Page 222: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

222

tindakan ke atas aduan yang diterima oleh Kerajaan Negeri berkaitan lebuhraya ini. Selain itu, pihak Jabatan Pengairan Saliran (JPS) juga bertanggungjawab memantau tindakan di kawasan yang terlibat sekiranya melibatkan laluan sungai dan sistem perparitan untuk pengairan sawah padi.

(c) Pada masa ini, pihak LLM/PLUS tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menaiktaraf terowong air kepada parit konkrit berjambatan di kawasan tersebut.

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

3. Kerja pembersihan saliran dan pemotongan rumput di sepanjang laluan kereta api tidak terurus.

(a) Siapakah kontraktor bertanggungjawab dan jadual kerja berkaitan.

(b) Kekerapan KTM/RAC membersihkan halangan dan mendapan dalam laluan air merentasi laluan kereta api.

(c) Siapakah di peringkat Kerajaan Negeri bertanggungjawab memantau tindakan KTM/RAC.

Y.A.B. Ketua Menteri:

3. Penyelenggaraan di sepanjang laluan keretapi, termasuk kerja pembersihan saliran dan pemotongan rumput adalah di bawah bidang kuasa pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bersama Perbadanan Aset Keretapi (RAC) iaitu di bawah Kementerian Pengangkutan.

(a) KTMB dengan kerjasama RAC berusaha sebaik mungkin untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan di sepanjang laluan kereta api secara berkala, iaitu setiap empat puluh lima (45) hari sekali. Namun begitu, terdapat kekangan dari segi kewangan di kedua-dua belah pihak (KTMB dan RAC) untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan tersebut yang melibatkan keluasan jajaran kereta api yang terlalu luas dan panjang di seluruh Malaysia. Oleh yang demikian, pihak RAC dan KTMB mengambil inisiatif dengan menjalankan kerja-kerja pembersihan secara berperingkat (case by case basis) mengikut aduan yang diterima daripada orang awam dan mengikut keperluan semasa. Pada masa ini, kerja-kerja penyelenggaraan di sepanjang laluan keretapi dilaksanakan oleh kakitangan pihak KTMB. KTMB sedang dalam peringkat penyediaan dokumen tender bagi melantik kontraktor untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan di kawasan landasan.

(b) Jadual kekerapan pihak KTMB dan RAC untuk membersihkan halangan dan mendapan dalam laluan air merentasi laluan kereta api adalah setiap sebulan sekali, di mana kerja-kerja ini memerlukan khidmat bantuan daripada pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengikut daerah yang terjejas. Ini adalah kerana kerja-kerja ini melibatkan kepakaran pihak JPS kerana saliran tersebut disalirkan untuk kegunaan awam seperti kawasan perumahan dan industri bagi merentasi kawasan kereta api.

(c) Pihak Kerajaan Negeri tidak melaksanakan pemantauan ke atas operasi dan tindakan KTMB/RAC, yang mana merupakan agensi di bawah Kerajaan Persekutuan. Namun, agensi-agensi dari Kerajaan Negeri seperti JPS dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan saling berhubung dengan pihak KTMB/RAC bagi membangkitkan keadaan semasa yang memerlukan tindakan, hasil daripada tinjauan tapak dan aduan daripada pihak ADUN atau penduduk setempat.

Page 223: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

223

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

4. Sila huraikan masalah kerja-kerja pembinaan jalan dan jambatan di Jalan Batu Kawan, Jalan Perusahaan Valdor dan Tanjung Berembang.

(a) Nyatakan nama kontraktor dan jumlah keseluruhan kos pembinaan setiap projek.

(b) Nyatakan tempoh kelewatan dan tarikh siap bina yang muktamad.

(c) Apakah tindakan yang telah diambil terhadap kontraktor-kontraktor berkenaan.

Y.A.B. Ketua Menteri:

4. Masalah yang dihadapi dalam pelaksanaan kerja-kerja pembinaan jalan dan jambatan di Jalan Batu Kawan, Jalan Perusahaan Valdor dan Tanjung Berembang adalah seperti berikut:

Bil. Projek Isu/Masalah yang dihadapi

i. Pelebaran Jalan Batu Kawan Pengalihan kabel TNB 11k

ii. Jambatan Jalan Batu Kawan Pengalihan kabel TNB 33kv

iii. Jalan & Jambatan untuk Jalan Perusahaan Valdor

Pengalihan kabel TNB 11kv serta isu ketinggian yang selamat bagi kabel transmission TNB yang sediada.

iv. Jalan & Jambatan Tanjung Berembang

Pengambilan balik tanah yang terlibat serta kelewatan dalam pengalihan kabel TNB 11kv, kabel TM dan paip PBAPP.

(a) Senarai nama kontraktor yang terlibat dan jumlah keseluruhan kos pembinaan bagi setiap projek tersebut adalah seperti berikut:

Bil. Projek Kontraktor Kos Projek (RM)

i. Pelebaran Jalan Batu Kawan Image Façade Construction Sdn. Bhd.

26,211,966.80

ii. Jambatan Jalan Batu Kawan Zibina Jaya Sdn. Bhd.

33,513,138.93

iii. Jalan & Jambatan untuk Jalan Perusahaan Valdor

Image Façade Construction Sdn. Bhd.

28,326,475.08

iv. Jalan & Jambatan Tanjung Berembang

Image Façade Construction Sdn. Bhd.

25,811,943.87

(b) Tarikh siap bina dan tempoh kelewatan yang dialami bagi projek tersebut adalah seperti berikut:

Page 224: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

224

Bil. Projek Tarikh mula Projek

Tarikh siap (asal)

Tempoh kelewatan sebelum lanjutan masa

Tarikh jangka siap

Extension of Time(EOT)

1. Pelebaran Jalan Batu Kawan

26/5/15 26/5/2016 53 hari 31/12/2018 31/12/2018

2. Jambatan Jalan Batu Kawan

3/5/17 2/5/2019 364 hari 31/4/2020 -

3. Jalan & Jambatan Perusahaan Valdor

18/1/2016 17/1/2018 244 hari 31/12/2019 21/2/2019

4. Jalan & Jambatan Tanjung Berembang

18/1/2016 17/1/2019 88 hari 17/1/2019 17/1/2019

(c) Setakat ini, tiada sebarang tindakan yang telah diambil ke atas kontraktor-kontraktor berkenaan oleh kerana kelewatan projek bukan disebabkan oleh masalah kontraktor.

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

5. Sila nyatakan keluasan tanah industri di Batu Kawan yang belum dijual.

(a) Apakah jenis industri yang sesuai untuk baki plot-plot industri tersebut.

(b) Berapakah plot tanah industri yang telah dijual tetapi masih tidak dibangunkan dan jumlah keluasannya.

(c) Huraikan jumlah kilang yang telah beroperasi, bilangan pekerja tempatan dan pekerja asing.

Y.A.B. Ketua Menteri:

5. Sehingga Oktober 2018, terdapat seluas 461 ekar tanah industri di Taman Perindustrian Batu Kawan (BKIP) yang belum dijual atau masih dalam proses penawaran.

(a) Baki tanah di BKIP adalah sesuai untuk perusahaan promoted industry seperti Electrical & Electronics (E&E), Electronics Manufacturing Services (EMS), Light Emitting Diodes (LED), Medical Devices, Aerospace, Semiconductor, Automotive’ dan aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan.

(b) Sebanyak 123 plot tanah industri dengan keluasan 633 ekar telah dijual sejak tahun 2008 tetapi masih belum dibangunkan.

(c) Terdapat sebanyak 21 buah kilang yang telah beroperasi di BKIP sehingga kini. Jumlah bilangan pekerja asing dan tempatan adalah sebanyak 8,700 orang yang terdiri daripada pelbagai peringkat pekerjaan.

Page 225: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

225

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

6. Sejauh manakah penglibatan Kerajaan Negeri dalam bidang sukan di SMK Mutiara Impian, Simpang Ampat?

(a) Apakah acara sukan yang dititikberatkan di sekolah tersebut dan mekanisma pengambilan pelajar?

(b) Siapakah yang bertanggungjawab menyelenggara gelanggang dan kemudahan sukan berkaitan dan jumlah peruntukan tahunan.

(c) Adakah kerajaan akan menaiktarafkan kemudahan sukan di sekolah berkenaan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

6. Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Impian yang terletak di Simpang Ampat telah ditubuhkan pada 2001 dan diberi status Pusat Sukan Negeri Pulau Pinang pada tahun 2002. Manakala pada tahun 2008, SMK Mutiara Impian telah diiktiraf oleh Jabatan Pendidikan Negeri sebagai Sekolah Sukan Negeri di mana ia telah dilengkapi dengan kemudahan trek sintetik, padang bola sepak, turf hoki, gelanggang serbaguna, gimnasium dan gelanggang terbuka.

Sebagai satu-satunya Sekolah Sukan Negeri di Pulau Pinang, SMK Mutiara Impian telah melahirkan ramai jaguh sukan yang mengharumkan nama negeri dan nama negara. Oleh kerana sekolah ini merupakan sebuah institusi yang menjurus kepada pembangunan dalam bidang sukan, maka Kerajaan Negeri melalui Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP) dan beberapa Persatuan Sukan Negeri telah menjalin hubungan kerjasama untuk pembangunan sukan negeri khususnya dalam sukan hoki, sepak takraw, olahraga, bola jaring, memanah dan bola sepak.

Kerajaan Negeri melalui MSNPP dan Institut Sukan Negara Pulau Pinang kerap melaksanakan ujian serta latihan kecergasan ke atas atlet-atlet sekolah tersebut bagi memastikan pelajarnya sentiasa berada dalam tahap kecergasan yang tinggi dan konsisten prestasinya pada setiap masa.

Seterusnya, atlet-atlet yang berpontensi dan telah dikenal pasti akan diserap untuk mengikuti program latihan untuk pelapis Sukan Malaysia (SUKMA) di bawah pemantauan Jurulatih Sukan Negeri. Terdapat juga beberapa Jurulatih Sukan dari SMK Mutiara Impian yang turut dilantik oleh MSNPP untuk menyandang jawatan sebagai Jurulatih Sukan Negeri bagi persediaan menghadapi Kejohanan SUKMA.

Selain itu, MSNPP turut mengundang jurulatih sukan serta pembimbing sukan dari SMK Mutiara Impian untuk menghadiri bengkel dan seminar-seminar pembangunan sukan yang dianjurkan di peringkat negeri melalui permohonan pelepasan dari Unit Sukan, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang.

(a) SMK Mutiara Impian menawarkan 6 jenis sukan yang dikategori sebagai sukan berprestasi tinggi iaitu bolasepak, sepak takraw, bola jaring, hoki, olahraga dan memanah. Pengambilan pelajar adalah berdasarkan dua (2) saluran yang terbuka kepada pelajar lepasan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan juga pengambilan secara khas. Perincian kaedah pengambilan adalah seperti jadual di bawah.

KAEDAH BUTIRAN SYARAT KELAYAKAN

A Memenuhi Syarat-Syarat Umum Kemasukan ke Sekolah Sukan Negeri.

i) Lulus UPSR

ii) Melepasi ujian antropometri dan ujian spesifik sukan.

Murid akan melalui dua sesi pemilihan iaitu:-

Page 226: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

226

i. Ujian antropometri bertujuan melihat tahap kecergasan calon; dan

ii. Ujian spesifik sukan bertujuan melihat kemahiran calon dalam sukan yang dipiilh.

B Pengambilan khas pula bagi pelajar-pelajar yang sedang belajar di sekolah biasa dan menunjukkan kecemerlangan dalam sukan.

Jurulatih Sukan dari Sekolah Sukan Negeri akan mengenalpasti dan memberi surat tawaran kemasukan kepada atlet/pelajar yang berpotensi. Walau bagaimanapun, tawaran hanya diberi sekiranya terdapat kekosongan dalam sukan berkenaan dan kemudahan asrama.

(b) SMK Mutiara Impian (Sekolah Sukan Negeri) mendapat peruntukan untuk penyelenggaraan prasarana sukan daripada Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia dan peruntukan daripada Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Selatan untuk penyelenggaraan kemudahan sekolah. Pada tahun 2017, peruntukan berjumlah RM14,000.00 telah disalurkan kepada SMK Mutiara Impian untuk menyelenggara 3 buah prasarana sukan yang melibatkan 3 jenis sukan. Manakala pada tahun ini, peruntukan penyelenggaraan yang diperuntukkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Selatan berjumlah RM18,000 adalah untuk kerja-kerja penyelenggaraan kecil melibatkan pembaikan pagar sekolah, asrama serta baik pulih dan penyelenggaraan padang. Selain itu, peruntukan sebanyak RM6,500 dari Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) juga diterima bagi menyelenggara dan membaik pulih bumbung gelanggang.

(c) Kerajaan Negeri akan sentiasa memantau serta memberi perhatian terhadap keadaan semasa prasarana sukan yang terdapat di SMK Mutiara Impian. Antara langkah-langkah yang diambil untuk memastikan kemudahan sukan di sekolah ini dipertingkatkan adalah seperti berikut:-

(i) Memberi bantuan kewangan untuk membeli peralatan sukan untuk digunakan oleh atlet-atlet sekolah berkenaan. Kerajaan Negeri melalui peruntukan Jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang telah memperuntukkan sejumlah RM7,297.00 untuk pembekalan peralatan sukan olahraga dan juga peralatan sukan sepak takraw pada awal bulan Oktober 2018; dan

(ii) Mencari rakan strategik dari pihak swasta untuk memberi sumbangan menaik taraf dan menaja pasukan SMK Mutiara Impian.

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

7. Siapakah pemilik tanah bekas klinik awam dan pasar awam Simpang Ampat?

(a) Apakah perancangan ke atas kedua-dua tanah ini.

(b) Apakah perancangan terhadap jalan di antara laluan keretapi dengan bekas tapak pasar yang terputus akibat pembinaan jejambat.

(c) Adakah JKR bercadang membuka akses terus ke Jalan Persekutuan dari Taman Simpang Ampat.

Y.A.B. Ketua Menteri:

7. Berdasarkan rekod Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Selatan (PDTSPS) dan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG), tanah bekas Klinik Awam Simpang

Page 227: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

227

Ampat yang dimaksudkan adalah merujuk kepada Lot 1073 dan Lot 1051, Mukim 15, Daerah Seberang Perai Selatan (SPS). Kedua-dua lot tanah ini merupakan tanah milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) yang dahulunya digunakan sebagai tapak Dom Midwife Training Centre dan Pusat Kesihatan Simpang Ampat. Manakala tanah bekas Pasar Awam Simpang Ampat iaitu Lot 7520 Mukim 15, dimiliki oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

(a) Kedua-dua tanah milik PTP tersebut telah terlibat dengan Projek Pengambilan Balik Tanah bagi Projek Menaik taraf Laluan Persekutuan 149 dari Simpang Ampat ke Plaza Tol Bukit Tambun, Seberang Perai Selatan Pulau Pinang. Sebahagian lot berkenaan telah menjadi persimpangan jalan raya Bukit Tambun. Permohonan penyerahan balik sebahagian tanah bagi kedua-dua lot tersebut telah dikemukakan kepada Ibu Pejabat JKPTG, Bahagian Penguatkuasa dan Hasil Persekutuan dan masih dalam kelulusan untuk diserahkan bagi maksud jalan. Manakala berkenaan lot tanah milik MPSP, MPSP mempunyai perancangan untuk membina Depo Stor Sitaan Direktorat Penguatkuasaan di atas tapak pasar awam lama ini. Pembinaan depo ini dijangka akan dilaksanakan pada Mei tahun 2019.

(b) MPSP merancang untuk menggunakan jalan di antara laluan keretapi dengan bekas tapak pasar awam yang terputus akibat pembinaan jejambat sebagai laluan akses ke tapak Depo Stor Sitaan Direktorat MPSP yang baru dibina kelak.

(c) Pada masa ini Jabatan Kerja Raya (JKR) tidak mempunyai cadangan untuk membuka akses ke laluan persekutuan dari Taman Simpang Ampat.

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

8. Sila senaraikan kilang tanpa kebenaran di DUN Bukit Tambun.

(a) Jumlah kilang yang tersenarai dalam program pemutihan dan bilangan yang telah kemukakan permohonan rezoning, kebenaran merancang dan pelan bangunan.

(b) Apakah kelonggaran atau insentif yang diberi kepada pemohon?

(c) Terdapatkah cadangan mewujudkan kawasan perindustrian baru untuk penempatan kilang-kilang yang ditolak permohonan.

Y.A.B. Ketua Menteri:

8. Terdapat 20 buah kilang tanpa kebenaran di DUN Bukit Tambun. Senarai kilang-kilang

tersebut adalah seperti diLampiran A.

(a) Jumlah kilang yang tersenarai dalam program pemutihan adalah sebanyak 20 buah kilang dan hanya sebuah kilang sahaja yang telah mengemukakan permohonan kebenaran merancang.

(b) Kelonggaran atau insentif yang diberi kepada pemohon adalah seperti di Lampiran B.

(c) Sehingga kini, Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) tidak ada cadangan mewujudkan kawasan perindustrian baru untuk menempatkan kilang-kilang yang gagal dalam permohonan rezoning / kebenaran merancang dan pelan bangunan.

Walau bagaimanapun, terdapat kawasan yang telah dizonkan sebagai kawasan industri yang boleh menempatkan kilang-kilang yang gagal dalam permohonan seperti Kawasan Industri Bukit Minyak, Kawasan Industri Permatang Tinggi, Kawasan Industri Simpang Ampat, Kawasan Industri Val Dor dan sebagainya.

RUJUK LAMPIRAN A DAN B.

Page 228: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

228

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

9. Bagaimanakah sambutan penduduk setempat terhadap Penang CAT sehingga 30 September 2018.

(a) Pihak manakah yang memantau projek ini dan jumlah perbelanjaan yang telah dibiayai oleh Kerajaan Negeri.

(b) Apakah tindakan untuk menggalakkan penggunaan penduduk setempat?

(c) Adakah penukaran laluan bas akan dibuat di kawasan tertentu?

Y.A.B. Ketua Menteri:

9. Sambutan penduduk setempat terhadap perkhidmatan Penang bas percuma Congestion Alleviation Transport (CAT) adalah amat menggalakkan. Sejak dilancarkan pada bulan April 2018 sehingga 30 September 2018, seramai 1.85 juta penumpang telah menggunakan perkhidmatan Penang CAT di kesemua 12 laluan.

(a) Kerajaan Negeri telah melantik Rapid Bus Sdn Bhd sebagai operator untuk pelaksanaan projek ini dan dipantau oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah Seksyen Pengangkutan. Segala perbelanjaan bagi Penang CAT di 12 laluan sehingga 30 September 2018 adalah berjumlah RM 4.55 juta.

(b) Antara tindakan promosi yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri bagi menggalakkan penggunaan penduduk setempat menggunakan pekhidmatan bas CAT ini adalah seperti berikut:-

(i) Pengedaran risalah/brosur di pusat khidmat ADUN, pasar raya, sekolah-sekolah, universiti, jabatan-jabatan kerajaan dan kawasan penduduk setempat;

(ii) Menyediakan pameran di Pesta Seberang Jaya pada 26 September 2018 sehingga 30 September 2018. Satu (1) pameran berkenaan Bas Percuma Congestion Alleviation Transport (CAT) akan diadakan di Pesta Pulau Pinang pada 24 November 2018 sehingga 1 Januari 2018;

(iii) Hebahan dalam Portal Rasmi Kerajaan Negeri Pulau Pinang; dan

(iv) Kerjasama berterusan dengan pihak Rapid. Setiap hebahan maklumat berkenaan Penang CAT dibuat melalui social media seperti Instagram dan Facebook.

(c) Buat masa ini, Kerajaan Negeri masih melaksanakan promosi dan memantau perkhidmatan bas CAT. Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan cadangan penukaran laluan bas ini di kawasan tertentu sekiranya terdapat keperluan dari segi mengoptimumkan kadar penumpang yang menggunakan bas Penang CAT.

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

10. Kilang kitar semula plastik tanpa kebenaran masih berleluasa di Seberang Perai?

(a) Apakah tindakan yang telah dibuat oleh MPSP dan JAS?

(b) Bilakah tindakan penguatkuasaan bersepadu seperti di Selangor akan diambil terhadap kilang-kilang ini?

(c) Apakah arahan yang telah diberi oleh KPKT dan Kementerian Alam Sekitar?

Y.A.B. Ketua Menteri:

10. (a) Tindakan yang telah dijalankan terhadap kilang kitar semula plastik tanpa kebenaran di seluruh Seberang Perai adalah seperti berikut :

(i) Mengenakan kompaun ke atas kesalahan menjalankan perniaggan tanpa lesen.

(ii) Memberi notis Borang F di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa.

Page 229: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

229

(iii) Memberi notis meruntuh di bawah Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974. (iv) Tindakan undang-undang di Mahkamah di bawah Akta Perancangan

Bandar dan Desa dan Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.

(b) Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) sentiasa menjalankan tindakan penguatkuasaan secara bersepadu bersama Jabatan Alam Sekitar terhadap kilang-kilang kitar semula plastik tanpa kebenaran. Tindakan penguatkuasaan bersepadu ini akan diketuai oleh MPSP.

(c) Kementerian Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar (MESTECC) telah mengeluarkan arahan kepada Jabatan Alam Sekitar untuk tidak mengeluarkan sebarang sokongan kepada kilang kitar semula plastik yang baharu berkuatkuasa 10 Oktober 2018. Namun begitu setakat ini tiada sebarang arahan daripada pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan kepada Pihak Berkuasa Tempatan berkenaan perkara ini.

RUJUK LAMPIRAN.

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

11. Apakah status cadangan tapak pelupusan sisa bahan binaan di Jalan Bukit Teh?

(a) Sudahkah permohonan kebenaran merancang, TIA dan SIA telah dibuat?

(b) Jumlah lori yang bakal melalui Jalan Bukit Tambun dan Jalan Tasek setiap hari?

(c) Siapakah bertanggungjawab menaik taraf dan menyelenggara jalan-jalan tersebut?.

Y.A.B. Ketua Menteri:

11. Cadangan tapak pelupusan sisa bahan binaan di Jalan Bukit Teh telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) pada 1 Ogos 2018 dan disahkan pada 15 Ogos 2018.

(a) Sehingga kini, pihak syarikat PLB masih belum mengemukakan Pelan Kebenaran Merancang (PKM), Traffic Impact Assesment (TIA) dan Social Impact Assessment (SIA) kepada Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

Namun demikian Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah baru-baru ini memberi kebenaran untuk tapak Bukit Teh digunakan secara sementara.

(b) Dianggarkan sebanyak 150 buah hingga 200 buah lori daripada MBPP dan 25 buah hingga 30 buah lori daripada MPSP yang bakal melalui Jalan Bukit Tambun dan Jalan Tasek setiap hari.

(c) Agensi yang bertanggungjawab dalam menaiktaraf dan menyelenggara Jalan Bukit Tambun dan Jalan Tasek adalah Jabatan Kerja Raya (JKR).

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

12. Sila huraikan prestasi Pengasingan Sisa Di Punca di Seberang Perai mengikut kategori kilang, perniagaan, kediaman hakmilik berstrata, kediaman biasa serta kompaun yang telah dikeluarkan.

Y.A.B. Ketua Menteri:

12. Pemeriksaan pelaksanaan Pengasingan Sisa di Punca (PSP) di premis perniagaan/kilang bermula pada tahun 2018. Pada tahun tersebut, sebanyak 9,839 pemeriksaan telah dijalankan dan daripada jumlah tersebut didapati sebanyak 5,769 premis telah melaksanakan PSP, 2,851 premis didapati melaksanakan PSP secara kurang tepat dan 1,219 premis didapati tidak melaksanakan PSP. Sebanyak 377 kompaun telah dikeluarkan ke atas premis perniagaan/kilang yang tidak melaksanakan PSP pada tahun 2018. Prestasi pelaksanaan PSP bagi kategori peniagaan/kilang adalah seperti di Jadual 1 di Lampiran A.

Page 230: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

230

Prestasi pemeriksaan pelaksanaan PSP untuk kategori Kediaman Hakmilik Strata pula, sebanyak 370 pemeriksaan telah diadakan pada tahun 2017 manakala 675 pemeriksaan telah diadakan pada tahun 2018. Statistik tahun 2017 menunjukkan sebanyak 204 premis telah melaksanakan PSP dan sebanyak 166 premis lagi didapati tidak melaksanakan PSP. tahun 2018 pula, sebanyak 303 premis telah melaksanakan PSP, 72 premis telah melaksanakan PSP dengan kurang tepat dan 300 premis didapati tidak melaksanakan PSP. Sebanyak 25 notis telah dikeluarkan untuk kesalahan tidak mengamalkan PSP oleh MPSP pada tahun 2017 manakala tiada notis dikeluarkan pada tahun 2018 untuk premis Kediaman Hakmilik Strata. Prestasi pelaksanaan PSP untuk kategori Kediaman Hakmilik Strata adalah seperti di Jadual 2 di Lampiran A.

Pemeriksaan pelaksanaan PSP untuk kategori Kediaman (bertanah) telah bermula sejak tahun 2016 lagi dan sebanyak 45,179 premis telah diperiksa. Berdasarkan pemeriksaan yang dilakukan pada tahun tersebut, sebanyak 18,004 premis didapati telah melaksanakan PSP manakala sebanyak 14,901 premis telah melaksanakan PSP dengan kurang tepat dan sebanyak 12,274 premis didapati tidak melaksanakan PSP. Pada tahun 2017, sebanyak 63,186 premis telah di periksa dan daripada jumlah tersebut didapati sebanyak 25,713 premis telah melaksanakan PSP, 19,084 premis telah melaksanakan PSP dengan kurang tepat dan sebanyak 18,384 premis didapati tidak melaksanakan PSP. Pada tahun 2018, sebanyak 43,115 premis telah di periksa dan daripada jumlah tersebut didapati sebanyak 17,131 premis telah melaksanakan PSP, 14,736 premis telah melaksanakan PSP dengan tidak tepat dan 11,248 premis didapati tidak melaksanakan PSP. Prestasi pelaksanaan PSP untuk kategori Kediaman (bertanah) adalah seperti di Jadual 3 diLampiran A.

Statistik pengeluaran notis kompaun untuk kesalahan tidak mengamalkan PSP adalah di Jadual 4 di Lampiran A.

RUJUK LAMPIRAN A.

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

13. Apakah status cadangan untuk MPSP menyelenggara kebersihan keseluruhan kawasan Seberang Perai termasuk kawasan kampung?

Y.A.B. Ketua Menteri:

13. Kerajaan Negeri melalui Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) sememangnya bertanggungjawab untuk menyelenggara kebersihan di jalan-jalan negeri dan jalan-jalan perbandaran di seluruh kawasan Seberang Perai. Bagi jalan di kawasan kampung pula, MPSP telah memberi perkhidmatan kepada jalan-jalan di tujuh (7) lokasi seperti berikut :

Daerah Lokasi Jalan-Jalan Kampung

SPU Kepala Batas 26

SPT

Bagan Lalang 6

Ampang Jajar 25

Berapit 2

Padang Lalang 3

Indrawasih 6

SPS Jawi 58

Jumlah Jalan Kampung 126

Perincian mengenai jalan-jalan kampung yang di selenggara oleh MPSP adalah seperti di Lampiran A.

RUJUK LAMPIRAN A.

Page 231: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

231

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

14. Sila huraikan permohonan kebenaran merancang yang telah dikemukakan kepada MPSP mengikut daerah dan kategori pemajuan pada tahun 2018.

(a) Jumlah permohonan yang telah diluluskan dan ditolak.

(b) Jumlah pemajuan yang mendapat COW pada 2018.

(c) Jumlah pemajuan yang mendapat CCC pada 2018.

Y.A.B. Ketua Menteri:

14. Jumlah keseluruhan permohonan Kebenaran Merancang yang telah dikemukakan kepada Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) bagi tahun 2018 adalah sebanyak177 permohonan. Maklumat permohonan Kebenaran Merancang mengikut kategori pemajuan dan daerah adalah seperti berikut :

BIL KATEGORI PEMAJUAN

SEBERANG PERAI UTARA

SEBERANG PERAI TENGAH

SEBERANG PERAI SELATAN

JUMLAH

1 Kediaman 7 10 6 23

2 Perniagaan & Perkhidmatan

14 31 21 66

3 Industri 2 14 15 31

4 Pembangunan Bercampur

5 8 5 18

5 Institusi & Kemudahan Masyarakat

11 13 4 28

6 Pengangkutan 0 1 2 3

7 Infrastruktur & Utiliti 3 4 1 8

JUMLAH BESAR 42 81 54 177

(a) Jumlah permohonan Kebenaran Merancang yang telah diluluskan adalah sebanyak 77 permohonan manakala yang ditolak adalah sebanyak 17 permohonan. Perincian mengikut daerah adalah seperti berikut:

DAERAH SPU SPT SPS JUMLAH

Pelan Kebenaran Merancang Lulus 17 39 21 77

Pelan Kebenaran Merancang Tolak 3 10 4 17

JUMLAH BESAR 20 49 25 94

Sebaliknya baki 83 permohonan Kebenaran Merancang iaitu sebanyak 13 permohonan telah dibatalkan dan 70 permohonan masih dalam proses MPSP.

(b) Hanya dua (2) pemajuan yang telah memperolehi Commencement of Work (COW) bagi 2018 iaitu di daerah Seberang Perai Tengah (SPT).

(c) Hanya satu (1) pemajuan yang telah memperolehi Certificate Completion and Compliance (CCC) bagi 2018 iaitu di daerah Seberang Perai Tengah (SPT).

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

15. Dalam sesi perbahasan Sidang Dewan yang lalu, Y.A.B. Ketua Menteri telah mengarahkan agar sebarang pemajuan di dahului dengan permohonan kebenaran merancang dan disusuli dengan permohonan terhadap perihal tanah. Apakah status ajian kemungkinan tersebut?

Y.A.B. Ketua Menteri:

15. Kajian mengenai perkara ini telah dilakukan oleh Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri Pulau Pinang pada tahun 2010. Melalui kajian tersebut, satu surat pemakluman kepada Pentadbir Tanah berkaitan Pelaksanaan Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC)

Page 232: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

232

Yang Berkaitan Dengan Permohonan Serentak Mengikut Seksyen 124A dan 204D telah diedarkan pada 9 Ogos 2010. Surat makluman tersebut menyatakan bahawa bagi permohonan perihal tanah yang melibatkan OSC hanyalah berkenaan permohonan serentak bagi tujuan pecah sempadan dan pengubahan syarat, sekatan, serta kategori tanah di bawah Seksyen 124A dan permohonan penyerahan balik dan pemberi milikan semula tanah di bawah Seksyen 204D sahaja.

Pada 28 Mei 2012 Mesyuarat Jawatankuasa Tanah Negeri telah bersetuju untuk mengkaji semula konsep proses permohonan perihal tanah melibatkan OSC. Seterusnya pada 18 Julai 2012 pekeliling berkenaan dibatalkan dan digantikan dengan Pekeliling Pengarah Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang Bilangan 3/2012 iaitu Permohonan Perihal Tanah yang melibatkan OSC. Pekeliling tersebut menyatakan, bagi sebarang cadangan pemajuan, pemilik/pemaju perlu mengemukakan permohonan Kebenaran Merancang kepada Pihak Berkuasa Tempatan (MBPP/MPSP) melalui One Stop Centre (OSC). Namun begitu, sebelum permohonan cadangan pemajuan dikemukakan kepada OSC, pemohon perlu memastikan bahawa perihal tanah seperti:

(i) Akta Pemuliharaan Tanah 1967

(ii) Kawasan Pengairan/ Ordinan Tali Air Yang Diwartakan

(iii) Syarat Nyata dan Sekatan KepentinganTanah

(iv) Enakmen Air 1967

di selesaikan terlebih dahulu di Pejabat Tanah berkaitan dan telah mendapatkan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri sekiranya tanah-tanah yang terlibat mempunyai sekatan-sekatan seperti yang telah dinyatakan.

Namun begitu, bagi permohonan secara serentak untuk Pecah Sempadan dan Mengubah Syarat, Sekatan Kepentingan dan Kategori Tanah di bawah Sekyen 124A Kanun Tanah Negara 1965 dan permohonan Penyerahan Balik dan Pemberi-Milikan Semula di bawah Sekyen 204D Kanun Tanah Negara 1965, pemohon boleh mengemukakan permohonan ke OSC dan sekiranya memenuhi syarat, pemohonan akan diberikan kelulusan bersyarat. Selepas menerima kelulusan bersyarat tersebut, pemohon perlu mengemukakan permohonan-permohonan tersebut ke Pejabat Tanah berkaitan untuk mendapatkan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.

Sehingga kini, pihak PTG masih mengkaji arahan oleh Y.A.B. Ketua Menteri bersama dengan jabatan-jabatan yang terlibat bagi tujuan penambahbaikan pekeliling sedia ada dan kesesuaian penggunaannya.

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

16. Apakah status loji kumbahan najis khinzir berpusat yang dicadangkan di Perkampungan Valdor?

(a) Apakah mekanisma sedia ada sementara menunggu pelaksanaan loji tersebut?

(b) Apakah tindakan terhadap penternak yang masih mengeluarkan sisa kumbahan terus ke parit dan sungai?

(c) Bilangan permohonan pelan bangunan penternakan tertutup yang diterima oleh MPSP.

Y.A.B. Ketua Menteri:

16. Loji kumbahan najis khinzir atau babi berpusat yang dimaksudkan adalah merujuk kepada cadangan Projek Stesen Janakuasa 1 Megawatt Elektrik Berasaskan Biogas Sisa Ternakan di Kampung Valdor, Seberang Perai Selatan (SPS), Pulau Pinang. Cadangan projek masih dalam peringkat mendapatkan kelulusan penilaian Environmental Impact Assessment (EIA) dari Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan dijangka beroperasi sepenuhnya pada April 2019 tertakluk kepada pematuhan semua syarat yang ditetapkan.

Page 233: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

233

(a) Sementara menunggu pelaksanaan loji ini direalisasikan oleh Kerajaan Negeri melalui Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) sentiasa menjalankan pemeriksaan berkala secara bulanan di ladang penternakan babi bagi memastikan pematuhan syarat-syarat perlesenan yang ditetapkan.

(b) Tindakan yang diambil oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) terhadap penternak yang mengeluarkan sisa kumbahan secara terus ke parit dan sungai adalah seperti berikut:

(i) Mengeluarkan notis dan kompaun; (ii) Membatalkan lessen; dan (iii) Mengambil tindakan mahkamah.

Sehingga 18 Oktober 2018, MPSP telah menerima dua (2) permohonan pelan bangunan penternakan babi tertutup.

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

17. Sila huraikan fungsi dan kuasa penguatkuasaan antara Jabatan Perikanan, Jabatan Laut dan Pasukan Polis Marin.

(a) Jumlah kakitangan mengikut bahagian dalam Jabatan Perikanan Negeri.

(b) Jumlah unit bot yang dimiliki Jabatan Perikanan Negeri.

(c) Adakah Jabatan Perikanan Negeri berhasrat menambah bilangan bot dan peruntukan yang diperlukan.

Y.A.B. Ketua Menteri:

17. Secara amnya, Jabatan Perikanan bertanggungjawab untuk mengurus sumber perikanan secara mampan, melindungi sumber perikanan negara supaya cukup dan terpelihara untuk kegunaan masa sekarang dan generasi yang akan datang, serta menjaga dan melindungi kepentingan nelayan. Fungsi dan kuasa Jabatan Perikanan adalah seperti berikut:

(i) Menguatkuasakan Akta Perikanan 1985; (ii) Melaksanakan pemeriksaan vesel penangkapan ikan atau fishing vessel di laut

dan darat; (iii) Pemantauan vessel penangkapan ikan tidak sah (Unreported and

Unregulated IUU); (iv) Pelupusan barang rampasan; (v) Menjalankan pemeriksaan premis ikan hiasan di bawah Akta The Convention on

International Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora (CITES); dan Melaksanakan operasi bersepadu bersama agensi-agensi penguatkuasa lain seperti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Polis Marin, Jabatan Imigresen dan lain-lain.

Manakala Jabatan Laut pula mempunyai fungsi dan kuasa yang lebih tertumpu kepada kapal-kapal kargo dan kapal-kapal penumpang serta pengurusan trafik. Perincian bagi fungsi Jabatan Laut adalah seperti di Lampiran A.

Polis Marin pula menjalankan penguatkuasaan di perairan negara berdasarkan bidang kuasa yang ditetapkan. Fungsi dan kuasa bahagian penguatkuasaan Polis Marin merangkumi konteks yang luas dan memberikan keutamaan kepada aspek keselamatan dan tindakan pencegahan sebarang ancaman atau jenayah di perairan negara. Perincian bagi fungsi dan kuasa Polis Marin adalah seperti di Lampiran B.

Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang mempunyai sejumlah 80 Pegawai seperti perincian berikut:

Page 234: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

234

Bahagian Jumlah Kakitangan

Pejabat Perikanan Negeri 1

Cawangan Perancang dan Pembangunan 3

Cawangan Akuakultur 7

Cawangan Pengembangan dan Pemindahan Teknologi 7

Cawangan Pengurusan dan Pemuliharaan Sumber 5

Unit Perlindungan Sumber 19

Cawangan Biosekuriti 6

Pejabat Daerah Barat Daya/ Timur Laut 5

Pejabat Daerah Seberang Perai 8

Unit Kejuruteraan 2

Unit Kewangan 4

Unit Pentadbiran 13

Jumlah Keseluruhan 80

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

18. Jumlah tukun tiruan yang telah diletak di sekitar perairan selatan Pulau Pinang.

(a) Apakah jenis hidupan laut yang terdapat di perairan tersebut?

(b) Apakah impaknya sekiranya projek tambakan laut SRS diteruskan?

(c) Apakah bantuan yang bakal diberi kepada para nelayan pada ketika projek tambakan laut dijalankan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

18. Kerajaan Negeri dan Jabatan Perikanan Pulau Pinang telah melaksanakan beberapa siri program melabuhkan tukun tiruan di negeri ini. Tujuan inisiatif ini dilaksanakan adalah bagi meningkatkan sumber perikanan di perairan negeri ini. Sejak tahun 2008 hingga 2018 sebanyak 1,173 biji tukun terdiri daripada pelbagai jenis dan saiz telah dilabuhkan di perairan Pulau Kendi. Perincian adalah seperti di Lampiran A.

(a) Berdasarkan kepada Laporan Impak Perikanan (FIA) yang telah disediakan oleh Fanli Marine and Consultancy Sdn. Bhd., kajian garis dasar (baseline) ke atas hidupan laut telah dilaksanakan. Kajian ini merangkumi spesis akuatik, produktiviti biologi (biological productivity), terumbu karang (coral reefs) dan penyu. Maklumat berkenaan jenis-jenis hidupan laut yang terdapat di perairan selatan Pulau Pinang adalah seperti di Lampiran B.

(b) Berdasarkan kepada Laporan Penilaian Kesan Impak Alam Sekitar (EIA), 2017, didapati bahawa potensi impak sekiranya projek tambakan laut diteruskan dan langkah- langkah mitigasi telah dinyatakan dengan terperinci. Butiran berkenaan potensi impak dan langkah kawalan yang telah dikenalpasti adalah seperti di Lampiran C.

(c) Kerajaan Negeri amat memahami cabaran-cabaran yang dihadapi oleh komuniti nelayan pada masa kini dan kegusaran komuniti nelayan mengenai kesan projek terhadap mata pencarian. Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhasrat untuk mempertingkatkan mutu hidup komuniti nelayan dan generasi akan datang melalui Projek Penang South Reclamation (PSR). Oleh itu, antara bantuan yang dicadangkan bagi memberi manfaat kepada komuniti nelayan dan rakyat tempatan adalah seperti berikut:

(i) Menaiktaraf Kemudahan Nelayan

Infrastruktur seperti jeti dan dermaga baharu di selatan Pulau Pinang akan dibina untuk memudahkan nelayan. Selain itu, saluran navigasi selebar 250m di antara pulau-pulau tambakan dan perairan selatan Pulau Pinang turut disediakan untuk laluan bot nelayan dan didalamkan

Page 235: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

235

kepada kedalaman -2m CD untuk membolehkan pergerakan keluar masuk nelayan 24 jam.

(ii) Inisiatif Ekologi (Program Offset)

Bagi memperbaiki dan mewujudkan habitat laut, langkah-langkah ecological enhancement yang dicadangkan adalah seperti:

Pelabuhan tukun tiruan di tempat-tempat strategik seperti di Pulau Kendi;

Pemasangan unjam atau Fish Aggregating Device (FAD);

Penanaman semula bakau;

Pelepasan benih ikan/udang ke laut;

Peruntukan geran penyelidikan/pemeliharaan hidupan marin; dan

Pemasangan infrastruktur memperkaya habitat sebagai sebahagian daripada struktur pulau buatan PSR.

(iii) Peluang Pekerjaan Semasa Pembinaan

Tanah yang akan ditebusguna bakal menghasilkan pulangan ekonomi dan sosial yang tinggi dan juga menyediakan peluang-peluang pekerjaan jangka panjang kepada penduduk tempatan. Jangkaan peluang pekerjaan semasa penambakan adalah sebanyak 1,100 pekerjaan. Peruntukan 30% kerja-kerja sewaktu pembinaan akan mengutamakan rakyat tempatan seperti golongan komuniti dan keluarga nelayan tempatan termasuk latihan.

Malahan sewaktu topside development dianggarkan sebanyak 12,500 peluang pekerjaan bakal diwujudkan, sementara di peringkat operasi anggaran 300,000 peluang pekerjaan akan terjana menerusi pelaburan dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan.

(iv) Inisiatif Pekerjaan Lain

Pekerjaan alternatif telah dicadangkan untuk membolehkan nelayan-nelayan yang ingin mencari peluang lain memilih pekerjaan sesuai untuk mereka. Kerajaan Negeri akan bekerjasama dengan Jabatan dan agensi-agensi yang terlibat untuk menjayakan inisiatif tersebut. Antara alternatif yang dicadangkan adalah:

akuakultur;

perikanan laut dalam;

perikanan rekreasi;

water taxi; dan

industri berkaitan pemprosesan ikan, penyelenggaraan bot/enjin, keusahawanan dan lain-lain.

(v) Inisiatif Pendidikan Termasuk Skim Latihan, Biaisiswa dan Tuisyen

Inisiatif pembangunan modal insan ini bertujuan untuk menambahbaik pendidikan dan kemahiran untuk rakyat tempatan, nelayan dan anak-anak mereka. Usaha-usaha ini bertujuan untuk menyediakan penduduk tempatan dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan supaya mereka dapat meraih peluang pekerjaan dan peluang yang dihasilkan oleh projek ini serta melahirkan tenaga kerja berkemahiran untuk memenuhi keperluan industri kini dan pada masa hadapan.

Page 236: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

236

(vi) Inisiatif Perumahan

Selaras dengan objektif projek yang membolehkan Kerajaan Negeri membina rumah berkualiti untuk semua lapisan masyarakat seiring dengan pertumbuhan populasi negeri, sebanyak 30% perumahan awam akan diperuntukkan di pulau-pulau tambakan dan keutamaan diberikan kepada para nelayan yang layak.

(vii) Inisiatif Penambahbaikan Infrastruktur Sedia Ada

Pelbagai program penambahbaikan infrastruktur telah dirancang bagi selatan Pulau Pinang untuk dilaksanakan sebagai sebahagian daripada projek ini termasuklah:

Program tebatan banjir;

Program peningkatan mutu air sungai;

Pengindahan dan pengukuhan kawasan pesisir pantai; dan

Program penambahbaikan dan pemuliharaan kampung dan kerja-kerja jalan raya.

RUJUK LAMPIRAN A, B DAN C.

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

19. Apakah status penubuhan Perbadanan Pengurusan Stadium dan Kawasan Lapang Pulau Pinang?

(a) Apakah rancangan untuk meningkatkan tahap penggunaan Stadium Batu Kawan dan pembangunan keseluruhan kompleks sukan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

19. Perbadanan Pengurusan Stadium dan Kawasan Lapang sedang dalam proses penubuhan. Pengiklanan jawatan kosong melalui media massa akan diadakan dalam bulan November 2018. Pelantikan Chief Executive Officer (CEO) dan pegawai-pegawai lain dijangka akan beroperasi mulai Januari 2019.

(a) Pada masa kini, pengurusan dan penyelenggaraan Stadium Batu Kawan adalah di bawah tanggungjawab Perbadanan Pembangunan Negeri Pulau Pinang (PDC) melalui anak syarikatnya, PDC Setia Urus Sdn Bhd. Walau bagaimanapun, Stadium Batu Kawan dicadangkan untuk diserahkan kepada Perbadanan Stadium dan Kawasan Lapang setelah Perbadanan beroperasi. Antara perancangan untuk meningkatkan tahap penggunaan Stadium Batu Kawan dan pembangunan keseluruhan kompleks sukan adalah:

(i) Stadium dicadangkan dijadikan pejabat Perbadanan;

(ii) Menyediakan dan melengkapkan stadium dengan kemudahan dan kelengkapan sukan yang terkini;

(iii) Mempromosikan stadium di peringkat kebangsaan dan antarabangsa sebagai suatu tempat serbaguna untuk acara sukan, rekreasi, kebudayaan, pendidikan, komersial dan hiburan;

(iv) Meningkatkan penggunaan padang dan trek dengan mensasarkan kelab bola sepak tempatan dan Persatuan Sukan Negeri; dan

(v) Menjadikan stadium sebagai hub sukan petmotoran.

Di samping itu, pihak PDC juga sedang dalam proses perbincangan dan perancangan bersama Penang Global Tourism untuk menganjurkan konsert-konsert di dalam stadium.

Page 237: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

237

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

20. Penduduk setempat sentiasa membuat aduan tentang 11 lampu isyarat di Jalan Persekutuan dari Balai Polis Simpang Ampat hingga Kompleks V3.

(a) Bilakah sesetengah lampu isyarat akan ditutup dan diganti dengan sistem U-turn.?

(b) Adakah sistem greenwave akan diperkenalkan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

20. (a) Jabatan Kerja Raya (JKR) bertanggungjawab terhadap perancangan lalu lintas dan menaik taraf laluan persekutuan FT001 bagi Fasa 5 dan Fasa 6 termasuk lampu isyarat dari Balai Polis Simpang Ampat sehingga Kompleks V3. Di laluan tersebut, terdapat 10 persimpangan lampu isyarat di mana dua (2) daripadanya dalam perancangan untuk ditutup iaitu lampu isyarat di persimpangan Star Avenue dan persimpangan Hijauan Valdor.

Lampu isyarat di persimpangan Star Avenue akan ditutup semasa Fasa 5 dan dijangka siap pada bulan Disember 2020. Manakala, lampu isyarat di persimpangan Hijauan Valdor akan ditutup semasa Fasa 6 yang masih dalam perancangan. Sistem U-turn akan disediakan di persimpangan sedia ada.

(b) JKR akan memperkenalkan sistem greenwave di laluan Persekutuan dari Balai Polis Simpang Ampat sehingga Kompleks V3 ia akan dilaksanakan sebaik sahaja siap projek naik taraf Fasa 5, Jalan FT001 pada Disember 2020 kerana skop melaksanakan sistem greenwave adalah di dalam kontrak naik taraf jalan FT001 dan sistemgreenwave adalah untuk kesemua 11 lampu isyarat.

(c) Berdasarkan kepada penilaian JKR, anggaran kos yang diperlukan untuk menggantikan sistem lampu isyarat sedia ada kepada sistem greenwave (wireless RF Module) adalah tidak melebihi RM50,000.00 bagi satu persimpangan.

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

21. Penduduk di kejiranan JKKK Sungai Bakap Utara (Taman Bakap Indah, Gamelan, Gamelan Indah, Sungai Bakap Permai, Ketitir) semakin ramai di mana pengundi telah mencecah 5,000.

(a) Adakah kerajaan bercadang membina sebuah gelanggang berbumbung dan menaik taraf kawasan lapang sedia ada kepada taman rekreasi di Lorong Gamelan Indah 3?

Y.A.B. Ketua Menteri:

22. (a) Pihak Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah menyediakan sebuah gelanggang serba guna di Lorong Gamelan Indah 3 untuk kegunaan masyarakat setempat. MPSP tiada cadangan untuk menaik taraf gelanggang tersebut kepada gelanggang berbumbung. Walau bagaimanapun, cadangan naik taraf tersebut boleh dimajukan kepada Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Selatan (PDTSPS) untuk penilaian kesesuaian projek.

Bagi cadangan naik taraf kawasan lapang sedia ada di Lorong Gamelan Indah 3 kepada taman rekreasi, MPSP bercadang untuk menaik taraf kawasan tersebut pada tahun hadapan.

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

22. Sila senaraikan destinasi penerbangan terus dari/ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

(a) Jumlah pelancong yang memasuki Pulau Pinang melalui Lapangan Terbang pada 2018.

Page 238: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

238

(b) Apakah perancangan untuk meningkatkan kemasukan pelancong asing melalui udara?

(c) Bilakah Lapangan Terbang ini akan dinaiktaraf?

Y.A.B. Ketua Menteri:

22. Setakat September 2018, terdapat 17 destinasi penerbangan terus dari/ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Senarai destinasi tersebut adalah seperti di Lampiran A.

(a) Berdasarkan data Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), jumlah pelancong yang memasuki Pulau Pinang melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada tahun 2018 (Januari hingga September) adalah seramai 2,835,347 orang.

(b) Bagi meningkatkan kemasukan pelancong asing melalui udara, Kerajaan Negeri telah melaksanakan program pemberian insentif kepada syarikat penerbangan yang menawarkan laluan penerbangan terus ke Pulau Pinang tertakluk kepada syarat-syarat seperti laluan penerbangan terus yang terpilih, tempoh aktif laluan dan kekerapan penerbangan. Kerajaan Negeri juga mengadakan perbincangan dan kerjasama dengan syarikat penerbangan dan agensi pelancongan secara berterusan bagi meningkatkan jumlah laluan penerbangan terus dan kekerapan penerbangan. Berdasarkan perbandingan antara bulan Disember 2017 dan Oktober 2018, jumlah penerbangan terus dalam seminggu telah meningkat sebanyak 26% iaitu daripada 232 kepada 293 penerbangan. Selain itu, Kerajaan Negeri juga memberi fokus kepada syarikat penerbangan bagi laluan fly through untuk meningkatkan kemasukan pelancong asing melalui udara.

(c) Penaiktarafan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan dan dilaksanakan melalui MAHB. Pada masa ini, Kementerian Pengangkutan, Kementerian Kewangan bersama-sama MAHB sedang mengkaji model pembangunan dan kaedah pembiayaan yang sesuai agar projek pembesaran ini dapat dilaksanakan dengan cara yang cost effective. Jangka masa pelaksanaan penaiktarafan LTAPP adalah tertakluk kepada hasil perbincangan tersebut.

RUJUK LAMPIRAN A.

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

23. Apakah status kerja ukur dan penilaian ke atas ternakan ikan dalam sangkar di SPS?

(a) Berapakah jumlah penternak yang berlesen dan keluasan kawasan ternakan?

(b) Adakah kadar tol ternakan ikan dalam sangkar akan dikaji semula?

(c) Adakah kerajaan berhasrat menambah kawasan ternakan di perairan Pulau Aman, Pulau Gedung dan Pulau Jerejak?

Y.A.B. Ketua Menteri:

23. Kerja-kerja ukur dan penilaian ke atas ternakan ikan dalam sangkar di Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) telah pun selesai.

(a) Terdapat sejumlah 182 orang penternak berlesen yang mengusahakan ternakan ikan sangkar di daerah SPS dan keluasan kawasan yang terlibat adalah 69.23 hektar.

(b) Buat masa ini, Kerajaan Negeri tidak mempunyai cadangan untuk melaksanakan kajian semula kadar bagi Lesen Pendudukan Sementara (LPS) atau Temporary Occupancy License (TOL). Kadar yang diguna pakai sekarang adalah berdasarkan kepada Kaedah-kaedah Tanah Pulau Pinang (Pindaan) 2013 yang dikuatkuasa mulai 1 Februari 2014.

Page 239: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

239

(c) Kerajaan Negeri sememangnya berhasrat untuk menambah kawasan ternakan di Pulau Pinang. Pada masa kini, jumlah keluasan penternakan ikan dalam sangkar di Pulau Aman, Pulau Gedung dan Pulau Jerjak masih belum mencapai keluasan maksimum bagi keseluruhan zon akuakultur yang ditetapkan di kawasan ini. Sehubungan itu, sekiranya terdapat permohonan Lesen Pendudukan Sementara bagi tujuan penternakan ikan dalam sangkar atau pun kerang, permohonan tersebut boleh dihantar ke Pejabat Daerah dan Tanah untuk diproses sebelum dipertimbangkan Pihak Berkuasa Negeri.

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

24. Adakah Penang Free WIFI masih berfungsi?

(a) Sila huraikan proses pelaksanaan projek ini, maklumat terperinci syarikat pelaksana dan kos projek.

(b) Sila senaraikan kesemua access point, kadar penggunaannya dan kos penyelenggaraan bulanan.

(c) Nyatakan kelajuannya dan tindakan penambahbaikan.

Y.A.B. Ketua Menteri:

24. Setakat ini, perkhidmatan Penang Free WiFi (PFW) masih berfungsi dengan jumlah Access Point (AP) sebanyak 1,560 Aps di 40 buah KADUN di seluruh negeri Pulau Pinang.

(a) Projek PFW dilancarkan pada 26 Mac 2009 sebagai satu inisiatif Penang State Government’s Groundbreaking Wireless@Penang oleh pihak REDtone International Berhad (REDtone) sebagai syarikat penyedia perkhidmatan secara percuma kepada orang awam. Pemasangan fasa 1 PFW bagi 750 APs secara percuma adalah pada tahun 2009 dan fasa 2 sebanyak 750 APs berbayar pada tahun 2011. Setiap AP dicaj sebanyak RM100. Manakala 50 APs tambahan dipasang percuma oleh REDTone dan 10 APs lagi dibiayai secara CSR oleh PDCTS. Kesemua APs siap dipasang sepenuhnya pada tahun 2012 dengan bandwidthsetiap AP sebanyak 516Kbps dan keseluruhan bandwidth adalah sebanyak 50 Mbps. Pada 10 April 2014, pihak REDTone telah menambah peruntukan keseluruhan bandwidth sebanyak 25 Mbps menjadikannya 75 Mbps dan pada 16 Februari 2015, Kerajaan Negeri bersetuju untuk menambah peruntukan bandwidth sebanyak 300Mbps dengan kos tambahan RM25,000 setiap bulan menjadikan jumlah keseluruhan bandwidth 375Mbps.

(b) Senarai lokasi Penang Free Wifi mengikut daerah dan KADUN adalah seperti di Lampiran A. Kadar penggunaan PFW berdasarkan bilangan log in pada bulan September 2018 adalah sebanyak 350,208. Kos penyelenggaraan bulanan bagi 760 APs yang dibiayai Kerajaan Negeri adalah sebanyak RM101,000.00 (tanpa cukai 6%).

(c) Mulai 16 Februari 2015, Kerajaan Negeri telah menambah peruntukan bandwidth (kelajuan) PFW sebanyak 300Mbps menjadikan jumlah keseluruhan bandwidth adalah 375Mbps. Walaubagaimanapun, perkhidmatan Penang Free Wifi (PFW) pada masa ini mempunyai beberapa kekangan seperti kualiti bandwidth dan liputan. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri kini sedang meneliti semula perkhidmatan ini agar kesinambungan perkhidmatan ini memberikan impak yang tinggi dan berkualiti kepada rakyat dengan implikasi kos yang lebih rendah kepada Kerajaan Negeri. Malah, Kerajaan Negeri juga berhasrat untuk menaik taraf Penang Free Wifi (PFW) bagi menambah baik komunikasi digital di seluruh Negeri Pulau Pinang dengan memperincikan keperluan teknikal yang lebih baik. Penambahbaikan perkhidmatan PFW kelak adalah tidak terhad kepada penyedia perkhidmatan sedia ada sahaja tetapi adalah terbuka kepada mana-mana pihak

Page 240: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

240

yang berminat untuk bekerjasama dengan Kerajaan Negeri dalam memastikan kualiti perkhidmatan yang lebih baik di masa akan datang.

RUJUK LAMPIRAN A.

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

25. Batu Kawan terdiri daripada 3 kejiranan iaitu Perkampungan asal, Perumahan PDC dan Bandar Cassia.

(a) Adakah kerajaan berhasrat menubuhkan 3 JKKK berlainan?

(b) Apakah hasil penilaian Pejabat Daerah terhadap JKKK dalam DUN Bukit Tambun?

(c) Adakah kerajaan membuat ketetapan wajib agar setiap JKKK merangkumi keahlian pelbagai parti, kaum dan jantina?

Y.A.B. Ketua Menteri:

25. (a) Kerajaan tidak berhasrat untuk mewujudkan kawasan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) mengikut kejiranan iaitu perkampungan asal, perumahan Penang Development Corporation (PDC) dan Bandar Cassia kerana telah ada JKKK di kawasan-kawasan tersebut. Walau bagaimanpun, jika ada keperluan untuk menubuhkan JKKK baharu dikawasan tersebut disebabkan oleh penambahan dan keselamatan penduduk, Kerajaan Negeri boleh mempertimbangkan permohonan tersebut. Kementerian Pembangunan Luar Bandar telah bersetuju untuk JKKK ditukarkan kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

(b) Pejabat Daerah berpandangan bahawa 10 JKKK dalam DUN Bukit Tambun adalah dikategorikan aktif di mana mesyuarat bulanan JKKK dijalankan dan minit dikemukakan kepada Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Selatan (PDTSPS). Selain itu, kerjasama Penghulu Kawasan serta JKKK adalah pada tahap baik. Walau bagaimanapun, terdapat 2 Pengerusi JKKK yang didapati kurang penglibatan dengan masyarakat serta agensi kerajaan. Secara keseluruhannya, penglibatan JKKK boleh dipertingkatkan melalui penganjuran lebih banyak program-program kemasyarakatan di peringkat kampung.

(c) Pada masa kini, belum ada ketetapan yang merangkumi keahlian pelbagai parti dan kaum. Namun Kementerian Pembangunan Luar Bandar telah mensyaratkan bagi pelantikan anggota Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang baharu mestilah terdiri sekurang-kurangnya 30% wanita bagi setiap MPKK.

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

26. Sila jelaskan jabatan yang bertanggungjawab terhadap penyelenggaraan jalan dan parit serta pemotongan rumput di luar kawasan Perkampungan Valdor iaitu Jalan 13 hingga Jalan 20.

(a) Bolehkah Pejabat Daerah, JKR dan MPSP mendapat peruntukan daripada kementerian masing-masing unruk melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan.

(b) Apakah tindakan jangka pendek oleh Kerajaan Negeri untuk menangani isu ini?

Y.A.B. Ketua Menteri:

26. Penyelenggaraan jalan dan parit Perkampungan Valdor (Jalan 14-20) adalah di bawah tanggungjawab Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Selatan (PDTSPS). Manakala pihak Jabatan Pengairan dan Saliran Seberang Perai Selatan (JPS SPS) turut menyelenggara parit dan menjalankan pemotongan rumput di Jalan 16 dan Jalan 17. Sebagai makluman, Jalan 13 tidak wujud.

(a) PDTSPS menggunakan peruntukan MARRIS untuk melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan jalan ini. PDTSPS telah mendaftarkan Jalan 14 sehingga Jalan 20 di Perkampungan Valdor ke dalam sistem MARRIS dan kerja-kerja pembaikan

Page 241: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

241

atau penaiktarafan jalan tersebut dilaksanakan secara berfasa serta mengikut keutamaan. Manakala bagi tujuan pembaikan atau penaiktarafan parit, PDTSPS akan memohon peruntukan daripada Bahagian Perancang Ekonomi Negeri. Manakala JPS memohon peruntukan Kerajaan Negeri di bawah Wang Caruman Saliran dan Perparitan di bawah Jawatankuasa MMK Tebatan Banjir untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan parit dan pemotongan rumput di Jalan 16 dan Jalan 17. Tertakluk kepada kelulusan peruntukan, kerja-kerja penyelenggaraan dilaksanakan secara berfasa, mengikut keutamaan keperluan yang kritikal. Pada masa ini, tiada peruntukan khusus bagi tujuan pemotongan rumput dan pembersihan longkang kampung untuk dilaksanakan oleh PDTSPS.

(b) Bagi penyelesaian jangka pendek, kerja menyelenggara jalan dan parit serta memotong rumput di jalan-jalan ini boleh dibuat melalui peruntukan YB. ADUN Kawasan. Bagi perancangan tahun 2019, PDTSPS akan memohon peruntukan khusus untuk kerja-kerja penyelenggaraan pemotongan rumput dan pembersihan longkang kampung daripada Jabatan Kewangan Negeri. Manakala JPS telah diluluskan peruntukan Kerajaan Negeri (Peruntukan Caruman Peparitan) di bawah Jawatankuasa MMK Tebatan Banjir sebanyak RM150 ribu pada tahun ini untuk kerja-kerja penyelenggaraan parit dan pemotongan rumput di Jalan 16 dan Jalan 17 yang kini sedang dalam pelaksanaan.

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

27. Sila nyatakan pemilik tanah dan bangunan bagi Balai Raya Bukit Tambun.

(a) Sila huraikan Perpustakaan Desa Bukit Tambun dari pengurusan, bahan bacaan dan sambutan pengunjung.

(b) Apakah perancangan Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang terhadap perpustakaan ini?

(c) Adakah PWDC berminat menggunakan baki ruang dewan ini untuk aktiviti wanita dan keluarga?

Y.A.B. Ketua Menteri:

27. Balai Raya Bukit Tambun terletak di atas tanah Lot 8569 Mukim 14 didaftarkan atas nama Pesuruhjaya Tanah Persekutuan dan bangunan dimiliki oleh Kementerian Pendidikan.

(a) Perpustakaan Desa Siber Ilmu Bukit Tambun di bawah pengurusan Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang (PPAPP) telah mula beroperasi pada Julai tahun 2011 dan dirasmikan pada 11 Ogos 2011. Sehingga kini jumlah bahan bacaan adalah sebanyak 6,540 naskah. Perincian penggunaan dan pinjaman di perpustakaan tersebut adalah seperti di Lampiran A.

(b) PPAPP akan menaiktarafkan perpustakaan ini agar lebih kondusif kepada pengguna, menambah baik koleksi-koleksi bacaan sedia ada serta meningkatkan kelajuan capaian Internet dan merancang aktiviti-aktiviti berteraskan Science, Technology, Engineering, and Mathematics (S.T.E.M.)

(c) Penang Women's Development Corporation (PWDC) berhasrat untuk bekerjasama dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tambun untuk melaksanakan Program Bajet Penyertaan Rakyat – ‘Duit Kita, Hak Kita’ dalam masa terdekat. Sehubungan itu, Balai Raya Bukit Tambun akan dipertimbangkan untuk digunakan bagi aktiviti dan program komuniti.

RUJUK LAMPIRAN A.

Page 242: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

242

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

28. Sila huraikan jumlah kilang di Penang Science Park (PSP) dan baki keluasan yang belum dijual atau dibangunkan.

(a) Status kawasan perindustrian di utara PSP.

(b) Status kawasan yang diambil balik oleh PDC di selatan PSP.

(c) Status jalan antara PSP dengan Jalan Kebun Baru.

Y.A.B. Ketua Menteri:

28. Sehingga Oktober 2018, sebanyak 68 buah kilang telah membeli tanah industri di Penang Science Park (PSP1) dan hanya sebanyak 22 ekar yang belum dijual atau masih dalam proses penawaran. Butiran terperinci bagi senarai syarikat di PSP1 adalah seperti di Lampiran A.

(a) Kawasan perindustrian di utara Penang Science Park (PSP2) iaitu seluas 298 ekar telah mula dijual sejak dari tahun 2015. Kawasan seluas 98 ekar telah dizonkan sebagai kawasan ‘Halal Park’ dan selebihnya adalah diperuntukkan untuk perusahaan promoted industry seperti Electrical & Electronics (E&E), Electronics Manufacturing Services (EMS), Light Emitting Diodes (LED), Medical Devices, Aerospace, Semiconductor, Automotive dan aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan termasuklah industri am. Sehingga kini, sebanyak 34 plot telah dijual.

(b) Status proses pengambilan tanah oleh PDC di selatan PSP dengan keluasan kasar 173.97 ekar untuk tujuan tanah perindustrian telah selesai dan kini dalam proses penyediaan pelan induk sebelum kerja-kerja tanah dan infra dilaksanakan.

(c) Pembinaan jalan di antara PSP dengan Jalan Kebun Baru adalah 85% siap dan mengikut jadual. Pembinaan ini dijangka siap sepenuhnya pada Januari 2019 memandangkan terdapat kerja-kerja pengalihan utiliti sedia ada yang terdiri daripada pengalihan kabel dan H-Pole Tenaga Nasional Berhad (TNB), pengalihan kabel Telekom Malaysia Berhad (TM), pengalihan paip Perbadanan Bekalan Air (PBA) masih belum selesai serta penebangan dan ubah tanam pokok-pokok sedia ada di Jalan Estate.

RUJUK LAMPIRAN A.

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

29. Sila senaraikan nelayan berlesen di Bukit Tambun.

(a) Nyatakan jumlah dan jenis bot nelayan.

(b) Sila senaraikan jeti sedia ada dan pihak yang menyelenggara.

(c) Adakah LKIM bercadang membina sebuah stesen minyak di Bagan Bukit Tambun.

Y.A.B. Ketua Menteri:

29. Berdasarkan semakan Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang, jumlah nelayan berlesen di Bukit Tambun terdiri daripada 79 orang pemilik vesel dan 42 orang awak-awak seperti di Lampiran A.

(a) Jumlah keseluruhan bot di kawasan Bukit Tambun ialah 81 buah dan kesemua bot ini daripada jenis gentian kaca (fibre glass).

(b) Terdapat sejumlah 35 buah jeti di bawah seliaan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Negeri Pulau Pinang. Penyelenggaraan akan dilaksanakan oleh pihak LKIM berdasarkan kelulusan Ibu Pejabat LKIM dan bergantung kepada keperluan. Senarai jeti tersebut seperti di Lampiran B.

Buat masa ini, Kerajaan Negeri melalui LKIM tidak mempunyai sebarang cadangan untuk membina stesen minyak di Bagan Bukit Tambun bagi kegunaan nelayan.

RUJUK LAMPIRAN A DAN B.

Page 243: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

243

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

30. Sila senaraikan kesemua kuari batu, pasir dan tanah di Pulau Pinang.

(a) Huraikan garis panduan pemutihan kuari batu sedia ada dan garis panduan untuk permohonan baru.

(b) Apakah zoning yang dibenarkan untuk kuari batu?

(c) Adakah kuari dibenarkan pada paras 76 meter ke atas?

Y.A.B. Ketua Menteri:

30. Senarai kuari batu, pasir dan tanah yang beroperasi di Pulau Pinang adalah seperti di Lampiran A.

(a) Kerajaan Negeri belum mengeluarkan garis panduan berkenaan pemutihan kuari batu buat masa ini. Bagi permohonan baharu untuk kuari batu, pemohon hendaklah mengemukakan Permohonan Permit 4C bagi tanah milik dan Permit 4B bagi tanah Kerajaan dan disertakan dengan dokumen pelan, kapasiti primary crusher machine, kelulusan permohonan kebenaran merancang dan kerja tanah sebelum permohonan tersebut boleh diproses dan diangkat untuk kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.

(b) Bagi tujuan operasi kuari, selain tanah berstatus First Grade, condition A dan B, tanah yang mempunyai kategori industri sahaja yang dibenarkan untuk beroperasi. Sekiranya tanah dalam kategori lain ingin menjalankan operasi kuari, tukar syarat tanah perlulah dilakukan.

(c) Operasi kuari tidak dibenarkan untuk dilaksanakan pada paras 76 meter ke atas. Walau bagaimanapun, ianya tertakluk kepada kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.

RUJUK LAMPIRAN A.

XVII. Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

1. Seringkali penerima manfaat i-Sejahtera datang untuk semakan bayaran khairat kematian dan di peringkat pusat khidmat mendapati tidak dapat buat semakan dalam sistem i-Sejahtera.

(a) Sila beri penjelasan masalah ini.

Y.A.B. Ketua Menteri:

1. (a) Kerajaan Negeri sememangnya komited untuk memudahkan mekanisma permohonan dan pembayaran program iSejahtera setiap tahun. Status bayaran penerima Program Sumbangan Pengurusan Jenazah boleh disemak melalui sistem i-Sejahtera. Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Pusat Khidmat Pegawai Penyelaras KADUN (PPK) sebagai agensi pelaksana telah diberikan akses untuk menyemak status bayaran di Sistem iSejahtera. Antara masalah yang dikenalpasti di peringkat Pusat Khidmat ADUN dan PPK adalah pegawai yang ditugaskan kurang mahir mengenai proses semakan dalam sistem iSejahtera. Walau bagaimanapun, latihan dan khidmat nasihat sentiasa diberikan kepada semua pengguna sistem iSejahtera di Pusat Khidmat ADUN dan PPK. Sekiranya terdapat sebarang masalah untuk membuat semakan dalam sistem iSejahtera, maka boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada Pejabat Daerah dan Tanah atau hubungi nombor telefon pentadbir sistem seperti mana yang tertera di laman sesawang iSejahtera.

Selain itu, Kerajaan Negeri dalam perancangan untuk membenarkan waris penerima bagi Program Sumbangan Pengurusan Jenazah menyemak status bayaran di laman sesawang iSejahtera dan applikasi AppSejahtera tanpa perlu hadir ke Pusat Khidmat ADUN//PPK atau Pejabat Daerah dan Tanah. Kemudahan ini dijangka siap dan mula digunakan pada Disember 2018.

Page 244: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

244

Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

2. Apabila penerima anak emas i-Sejahtera datang ke pusat khidmat untuk semakan bayaran maka pejabat tidak dapat memperolehi maklumat status bayaran dalam sistem i-Sejahtera.

(a) Sila huraikan kaedah semakan dalam sistem tentang perkara ini.

Y.A.B. Ketua Menteri:

3. (a) Terdapat dua (2) kaedah untuk melaksanakan semakan bayaran penerima iSejahtera termasuk program anak emas iseperti berikut:-

(i) Semakan status melalui sistem iSejahtera

Status bayaran penerima Program Anak Emas boleh disemak melalui sistem i-Sejahtera, Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Pusat Khidmat Pegawai Penyelaras KADUN (PPK) sebagai agensi pelaksana telah diberikan akses untuk menyemak status bayaran di Sistem iSejahtera. Antara masalah yang dikenalpasti di peringkat Pusat Khidmat ADUN dan PPK adalah pegawai yang ditugaskan kurang mahir mengenai proses semakan tersebut. Walau bagaimanapun, latihan dan khidmat nasihat sentiasa diberikan kepada semua pengguna sistem iSejahtera di Pusat Khidmat ADUN dan PPK. Selain itu, melalui sistem ini, penerima juga boleh menyemak sendiri status bayaran di dalam laman sesawang iSejahtera. Pemohon tidak perlu hadir ke pusat khidmat untuk membuat semakan, sebaliknya boleh mengakses sistem iSejahtera ini dimana sahaja.

Sekiranya terdapat sebarang masalah untuk membuat semakan dalam sistem iSejahtera, maka boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada Pejabat Daerah dan Tanah atau hubungi nombor telefon pentadbir sistem seperti mana yang tertera di laman sesawang iSejahtera.

(ii) Semakan melalui aplikasi “APPSEJAHTERA”

AppSejahtera merupakan sebuah aplikasi mudah alih yang di inovasikan dari versi web (http://isejahtera.penang.gov.my) sebagai satu kemudahan saluran perkhidmatan kerajaan dalam meningkatkan sistem penyampaian kerajaan untuk rakyat khususnya pengguna negeri Pulau Pinang. Semakan status permohonan atau bayaran penerima juga boleh disemak dalam AppSejahtera. Selain itu, AppSejahtera turut menyediakan kemudahan khas mendaftar Anak Emas secara mobile yang lebih mudah dan cepat untuk mendaftar anak yang baru lahir bagi mendapatkan sumbangan bayaran RM200 one off. Oleh yang demikian, seharusnya tiada isu berbangkit berkaitan perkara ini kerana melalui kemudahan-kemudahan sedia ada ini, ianya telah memudahkan agensi pelaksana ataupun penerima untuk membuat sebarang kemaskini atau semakan bayaran.

Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

3. Pusat Khidmat tidak boleh mengetahui fasa bayaran bagi seseorang penerima i-Sejahtera. Ini menyebabkan tiada jawapan dapat diberikan kepada penerima melainkan menyuruh mereka menunggu surat rasmi.

(a) Apakah syor Kerajaan Negeri untuk masalah ini?

Page 245: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

245

Y.A.B. Ketua Menteri:

3. Setiap program iSejahtera mempunyai dua (2) atau tiga (3) fasa pembayaran setiap tahun. Fasa pertama adalah untuk penerima yang telah berdaftar dalam sistem iSejahtera manakala fasa kedua adalah untuk penerima baharu bagi tahun semasa dan fasa ketiga adalah untuk penerima yang gagal hadir menuntut wang sumbangan bayaran fasa pertama dan kedua.

(a) Antara syor dan tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri berhubung masalah ini adalah seperti berikut:

(i) Pengedaran jadual tarikh bayaran (takwim) kepada semua Pusat Khidmat ADUN/PPK selepas mesyuarat ketetapan tarikh bayaran Program iSejahtera diadakan pada awal tahun untuk makluman awal. Oleh yang demikian, Pusat Khidmat ADUN/PPK boleh mengetahui fasa pembayaran bagi seseorang penerima;

(ii) Memaparkan jadual bayaran (takwim) setiap fasa pembayaran sepanjang tahun dalam sistem iSejahtera bermula Januari 2019. Walau bagaimanapun, tarikh bayaran sesuatu program yang dinyatakan adalah tertakluk kepada kemampuan agensi pelaksana atau keadaan semasa; dan

(iii) Pejabat Daerah dan Tanah akan mengemukakan senarai penerima yang telah disahkan untuk menerima pembayaran kepada Pusat Khidmat ADUN/PPK dalam tempoh satu atau dua minggu sebelum tarikh pembayaran. Pusat Khidmat ADUN/PPK akan menghubungi semua penerima di kawasan masing-masing untuk hadir menerima sumbangan.

Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

4. Kaunter i-Sejahtera bagi Daerah Barat Daya terletak di Balik Pulau. Ini menyebabkan kesukaran pada golongan tertentu dari Bayan Baru untuk berurusan ke Balik Pulau.

(a) Apakah ada perancangan untuk membuka kaunter bergerak i-Sejahtera DBD di Bayan Baru?

Y.A.B. Ketua Menteri:

4. Buat masa ini, Kerajaan Negeri belum mempunyai sebarang rancangan untuk membuka kaunter bergerak i-Sejahtera di Bayan Baru. Cadangan tersebut boleh dipertimbangkan untuk penelitian lanjut dengan mengambil kira sumber Kerajaan Negeri termasuk kewangan, keselamatan dan kakitangan.

Walau bagaimanapun, sebagai usaha untuk memudahkan penerimaan bayaran kepada pemohon, pembayaran program i-Sejahtera akan dilaksanakan secara Electronic Fund Transfer (EFT) mulai tahun 2019 untuk Program Skim Pelajar Emas, Program Penghargaan Warga Emas, Program Ibu Tunggal dan Program Ibu Emas sebagai pilot projectbagi melihat keberkesananya sebelum diperluaskan kepada program i-Sejahtera yang lain.

Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

5. Sila jelaskan status skim kad perubatan seperti yang dinyatakan dalam Belanjawan tahun lepas ?

Y.A.B. Ketua Menteri:

5. Pada pembentangan Belanjawan 2018 yang lalu, Y.A.B. Ketua Menteri telah mengumumkan akan melancarkan kad pintar bagi semua rakyat Pulau Pinang yang dikenali sebagai kad ‘I Love Penang’. Kad ini akan menjadi medium kepada penyaluran pelbagai kemudahan dan faedah sosial yang disediakan oleh Kerajaan Negeri. Sebagai

Page 246: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

246

permulaan, kad ini akan dibangunkan untuk memberi kemudahan perubatan kepada penerima yang layak.

Bagi tujuan pelaksanaan program ini, Kerajaan Negeri masih lagi sedang menilai dan meneliti cadangan ini terutamanya berkaitan dengan implikasi kewangan.

Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

6. Pada masa kini, Pusat Khidmat tidak boleh membuat semakan dalam sistem i-Sejahtera bagi status bayaran penerima RM 100 OKU. Keadaan ini menyukarkan golongan OKU bila datang buat semakan di Pusat Khidmat dan kebanyakan mereka ada masalah pengangkutan jauh ke pejabat JKM di Balik Pulau.

(a) Sila jelaskan cadangan penyelesaian masalah ini.

Y.A.B. Ketua Menteri:

6. (a) Terdapat dua (2) kaedah untuk melakukan semakan bayaran termasuk Program Bantuan Orang Kurang Upaya (OKU) seperti berikut:-

(i) Semakan Status melalui Sistem iSejahtera

Status bayaran penerima Program Bantuan OKU boleh disemak melalui sistem i-Sejahtera, Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Pusat Khidmat Pegawai Penyelaras KADUN (PPK) sebagai agensi pelaksana telah diberikan akses untuk menyemak status bayaran di Sistem iSejahtera. Antara masalah yang dikenalpasti di peringkat Pusat Khidmat ADUN dan PPK adalah pegawai yang ditugaskan kurang mahir mengenai proses semakan di dalam sistem iSejahtera. YB. ADUN/PPK perlu mewajibkan kakitangan yang terlibat untuk hadir ke bengkel/kursus sistem iSejahtera yang sering dianjurkan Kerajaan Negeri.

Sekiranya terdapat sebarang masalah untuk membuat semakan dalam sistem iSejahtera, maka boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) atau hubungi nombor telefon pentadbir sistem seperti mana yang tertera di laman sesawang iSejahtera

(ii) Semakan melalui aplikasi APPSEJAHTERA

AppSejahtera merupakan sebuah aplikasi mudah alih yang diinovasikan dari versi web (http://isejahtera.penang.gov.my. sebagai satu kemudahan saluran perkhidmatan kerajaan dalam meningkatkan sistem penyampaian kerajaan untuk rakyat khususnya pengguna Negeri Pulau Pinang. Semakan status permohonan atau bayaran penerima juga boleh disemak dalam AppSejahtera.

Selain itu, melalui kedua-dua kaedah ini, pemohon tidak perlu hadir ke pusat khidmat untuk membuat semakan, sebaliknya boleh mengakses sistem iSejahtera atau aplikasi AppSejahtera ini dimana sahaja.

Oleh yang demikian, seharusnya tiada isu berbangkit berkaitan perkara ini kerana melalui kemudahan-kemudahan sedia ada ini, ianya telah memudahkan agensi pelaksana ataupun penerima untuk membuat sebarang kemaskini atau semakan bayaran.

Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

7. Sila jelaskan statistik penerima AES peringkat dearah termasuk bantuan bina rumah, baiki bumbung dan lain -lain berkaitan.

Page 247: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

247

Y.A.B. Ketua Menteri:

7. Jumlah keseluruhan penerima program Agenda Ekonomi Saksama (AES), Bantuan Bina Rumah, Bantuan Baiki Rumah dan Bantuan Peralatan sejak tahun 2008 hingga 2018 adalah seperti berikut:

BIL PROGRAM JUMLAH PENERIMA

(ORANG)

1 Program Agenda Ekonomi Saksama 1,052

2 Bantuan Bina Baru Rumah 166

3 Bantuan Baiki Rumah 1,069

4 Bantuan Peralatan 580

JUMLAH KESELURUHAN 2,867

Perincian penerima program Agenda Ekonomi Saksama (AES), Bantuan Bina Rumah, Bantuan Baiki Rumah dan Bantuan Peralatan sejak tahun 2008 hingga 2018 mengikut daerah adalah seperti di bawah.

BIL DAERAH JUMLAH PENERIMA

PROGRAM AES

BINA BARU

BAIKI RUMAH

PERALATAN

1 DTL 154 9 39 43

2 DBD 161 19 154 155

3 SPU 383 67 217 91

4 SPT 268 47 330 98

5 SPS 86 24 329 193

JUMLAH KESELURUHAN

1,052 166 1,069 580

Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

8. Bagaimanakah Kerajaan Negeri membantu JKR bagi permohonan-permohonan peruntukan segera daripada Kementerian Kerja Raya untuk menangani masalah infra di kawasan Bayan Baru terutamanya penambahbaikan segera bagi menghentikan kemalangan di jalan raya?

Y.A.B. Ketua Menteri:

8. Kerajaan Negeri sentiasa mengambil peluang mengemukakan cadangan untuk menangani masalah infrastruktur di negeri ini kepada Kerajaan Persekutuan dalam pelbagai platform agar Kerajaan Persekutuan dapat memberi perhatian dan pertimbangan sewajarnya ke atas setiap permohonan peruntukan yang dibuat oleh Jabatan Kerajaan Negeri termasuklah Jabatan Kerja Raya (JKR). Selain daripada membawa isu-isu berkaitan ke Persidangan Dewan Rakyat, perkara sebegini juga dibawa ke perhatian pihak Kementerian, termasuklah melalui mesyuarat-mesyuarat yang berkaitan yang diwakili oleh Bahagian Perancang Ekonomi Negeri, bersama Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Pulau Pinang (ICU) dan Agensi Pelaksanaan Koridor Utara (Northern Corridor Implementation Agency). Dalam mesyuarat-mesyuarat di peringkat persekutuan, isu yang berkaitan akan dibangkitkan kepada kementerian-kementerian berkenaan, termasuklah Unit Perancang Ekonomi (UPU).

Di samping itu, Kerajaan Negeri turut mengambil inisiatif mengemukakan permohonan peruntukan terus kepada Menteri Kewangan berhubung kerja-kerja kecemasan yang

Page 248: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

248

diperlukan untuk mengatasi masalah keselamatan jalan raya, berdasarkan kajian dan penilaian pihak JKR. Isu-isu tersebut juga dimaklumkan semasa pertemuan EXCO Kerja Raya, Utiliti dan Tebatan Banjir dengan Menteri Kerja Raya semasa lawatan beliau ke Pulau Pinang pada Julai yang lalu. Susulan daripada itu, segala permohonan peruntukan yang dikemukakan oleh pihak JKR akan disalinkan kepada EXCO Kerja Raya, Utiliti dan Tebatan Banjir agar dapat disusul lanjut dengan pihak Kementerian.

Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

9. Kawasan perumahan rumah kos rendah yang terdiri banyak blok seperti di rumah pangsa Jalan Tengah seringkali menghadapi wabak denggi. Ini kerana kepadatan penduduk dan terlalu ramai penempatan warga asing.

(a) Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk membantu menangani masalah wabak denggi di kawasan berkaitan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

9. Kawasan perumahan rumah kos rendah merupakan salah satu kawasan hot spot denggi yang sering mencatatkan bilangan kes tertinggi. Selain kepadatan penduduk, masalah utama adalah berkait rapat dengan isu kebersihan. Berikut merupakan antara punca permasalahan wabak denggi di kawasan perumahan kos rendah:

(i) Tahap kebersihan di kawasan perumahan kos rendah adalah tidak memuaskan di mana terdapat sampah atau bekas-bekas yang dibuang di merata-rata tempat;

(ii) Penduduk enggan membuat pembayaran yuran penyelenggaraan bangunan menyebabkan isu atau masalah yang timbul seperti masalah sistem perparitan dan rubbish chute yang memerlukan penyelenggaraan oleh pihak pengurusan tidak dapat dilaksanakan; dan

(iii) Binaan struktur bangunan yang menyumbang kepada berlakunya takungan air turut menjadi punca berlakunya pembiakan nyamuk dan seterusnya menjadi wabak denggi.

Antara tindakan Kerajaan Negeri untuk membantu menangani masalah wabak denggi di kawasan berikut adalah:-

(i) Menjalankan siasatan kes yang dilaporkan oleh fasiliti kesihatan dan mengenalpasti punca jangkitan;

(ii) Meningkatkan aktiviti pemusnahan tempat pembiakan aedes atau Search and Destroy. Kerajaan Negeri telah mengerakkan Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Denggi Peringkat Negeri bagi mengukuhkan kerjasama antara agensi-agensi yang terlibat untuk memastikan aktiviti pemusnahan tempat pembiakan dapat diselaraskan.

(iii) Menjalankan aktiviti larviciding menggunakan BTI atau Emephos (pembunuh jentik-jentik) serta semburan kabus ULV di lokaliti-lokaliti sensitif bagi mengurangkan kepadatan nyamuk;

(iv) Meningkatkan aktiviti-aktiviti penguatkuasaan dengan memberikan notis pembersihan, kompaun, atau tindakan mahkamah bagi yang melakukan kesalahan berulang;

(v) Meningkatkan aktiviti pendidikan kesihatan untuk pembasmian tempat pembiakan aedes kepada masyarakat;

(vi) Jabatan Kesihatan Negeri juga telah mempergiatkan aktiviti gotong-royong dengan kerjasama wakil masyarakat. Sehingga September 2018, sebanyak 201 aktiviti gotong-royong telah dilaksanakan. Program Gotong-royong Mega pula akan diadakan dalam tempoh terdekat sekali lagi pada tahun ini; dan

Page 249: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

249

(vii) Pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah mengeluarkan surat kepada Joint Management Body (JMB) /Management Corporation (MC) yang terletak di Jalan Tengah untuk membuat pemeriksaan dan menghapuskan tempat-tempat yang berpotensi bagi pembiakan nyamuk.

Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

10. Isu kemalangan di jalanraya antara dari Jalan Aziz Ibrahim ke persimpangan masuk perumahan kawasan Jalan Pantai Jerejak.

(a) Apakah syor MBPP untuk permasalahan ini?

Y.A.B. Ketua Menteri:

10. Bagi menyelesaikan isu kemalangan di jalan raya antara dari Jalan Aziz Ibrahim ke persimpangan masuk perumahan kawasan Jalan Pantai Jerejak, pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah meneliti dan mengesyorkan inisiatif berikut:

(i) Melaksanakan larangan belokan kanan untuk kenderaan dari Jalan Pantai Jerejak 4 ke Jalan Aziz Ibrahim bagi mengurangkan konflik lalu lintas di persimpangan ini; dan

(ii) Mewujudkan aliran lalu lintas sehala di jalan khidmat Jalan Aziz Ibrahim dari Jalan Pantai Jerejak 4 ke Jalan Pantai Jerejak 15.

(iii) Kesemua syor yang dicadangkan oleh MBPP akan dilaksanakan pada penghujung bulan November 2018.

Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

11. Laluan hijau merupakan satu langkah boleh mengurangkan kesesakan trafik terutamanya di bulatan Bayan Baru. Misalnya dari Lebuhraya Lim Chong Eu ke persimpangan Jalan Tengah.

(a) Apakah syor dan cadangan MBPP untuk cadangan laluan hijau?

Y.A.B. Ketua Menteri:

11. Kerajaan Negeri melalui Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah mengesyorkan beberapa cadangan bagi melaksanakan aliran laluan hijau yang boleh mengurangkan kesesakan trafik terutamanya di bulatan Bayan Baru termasuk lingkungan laluan yang melibatkan lebuh raya Tun Dr. Lim Chong Eu ke persimpangan Jalan Tengah. Antara langkah-langkah yang dicadangkan dan telah dilaksanakan adalah:

(a) Menyelaras lampu isyarat dari persimpangan Jalan Tun Dr Awang / Jalan Dato' Ismail Hashim hingga ke lampu isyarat bulatan Bayan Baru pada waktu puncak dari jam 7.00 pagi hingga 9.00 pagi untuk mewujudkan aliran laluan hijau kepada kenderaan dari arah persimpangan Jalan Dato' Ismail Hashim ke arah bulatan Bayan Baru; dan

(b) Menyelaras lampu isyarat di sepanjang Jalan Mahsuri dari persimpangan Jalan Tun Dr Awang / Jalan Mahsuri hingga ke persimpangan Jalan Mahsuri / Jalan Sultan Azlan Shah pada waktu puncak dari jam 7.00 pagi hingga 9.00 pagi bagi mewujudkan aliran laluan hijau di kawasan tersebut.

Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

12. Bagaimanakah Kerajaan Negeri melalui agensi membantu qariah masjid untuk permohonan peruntukan di peringkat persekutuan bagi naik taraf masjid yang mengalami masalah keluasan yang kecil seperti Masjid Sungai Nibong Besar?

Page 250: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

250

Y.A.B. Ketua Menteri:

12. Bagi membantu qariah masjid untuk permohonan peruntukan di peringkat persekutuan bagi naik taraf masjid atau membina semula masjid-masjid yang mengalami masalah keluasan yang kecil seperti Masjid Sungai Nibong Besar, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) dan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) bersama pengurusan qariah sentiasa mengadakan sesi libat urus dengan Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Pulau Pinang (PPPNPP) untuk mencari penyelesaian. Pada dasarnya, pembinaan baharu masjid qariah menggunakan pakai konsep 70:30 iaitu 70% pembiayaan dari Kerajaan Persekutuan dan 30% dibiaya oleh Kerajaan Negeri yang termasuk juga sumbangan dari pihak qariah atau orang ramai sendiri.

Kerajaan Persekutuan telah memberi persetujuan untuk meneruskan projek membina semula Masjid Sungai Nibong Besar, Pulau Pinang. Anggaran kos pembinaan Masjid Sungai Nibong berjumlah RM7.32 juta. Pecahan peruntukan Persekutuan yang diluluskan adalah berjumlah RM1.82 juta, manakala Kerajaan Negeri dan pihak qariah masing-masing menyumbang RM1.5 juta dan RM5 juta. Mengikut perancangan, projek ini dijangka akan bermula pada Mac 2019 dan dijangka siap pada Mac 2021.

Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

13. Banjir di jalan raya yang berlaku pada waktu siang memberi kesan kerosakan kenderaan orang awam.

(a) Bagaimanakah pengurusan krisis bencana khususnya banjir di jalan raya seperti di persimpangan Giant, Bayan Baru?

Y.A.B. Ketua Menteri:

13. Kejadian banjir akan menyebabkan beberapa gangguan perkhidmatan termasuk kerosakan infrastruktur dan harta benda yang lain. Lantaran itu, komitmen dalam mengatur langkah keselamatan pada peringkat persediaan amatlah penting bagi memastikan bahawa sumber-sumber yang diperlukan ada sewaktu diperlukan.

Antara tindakan proaktif Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam menangani isu ini apabila berlakunya banjir di seluruh negeri Pulau Pinang termasuklah kawasan hotspot banjir iaitu di persimpangan Giant, Bayan Baru adalah dengan memberikan makluman awal dan juga amaran kepada semua pengguna jalan raya melalui portal penang alert (www.alert.penang.gov.my). Melalui maklumat ini, semua pengguna jalan raya dapat mengelakkan dari mengguna jalan persimpangan tersebut dan menggunakan jalan alternatif lain.

Selain itu juga, makluman dan perkongsian maklumat antara agensi melalui bilik gerakan dan whatsapp group khas untuk Jawatankuasa Bencana juga telah diwujudkan bagi tindakan segera penutupan atau lencongan laluan oleh pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan skuad pantas Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Kerajaan Negeri juga melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah melantik kontraktor Lumson Bina Engineering Sdn Bhd untuk melaksanakan projek Rancangan Tebatan Banjir Bayan Baru dengan kos RM 20.2 juta yang telah bermula pada 5 Oktober 2018 dan dijangka siap mengikut perancangan pada 4 Oktober 2020.

Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

14. Seringkali ada aduan masalah kualiti pembersihan parit dan longkang di kawasan perumahan Jalan Pantai Jerejak, Kampung Jawa dan Mayang Pasir.

(a) Bagaimanakah MBPP memantau permasalahan ini ?

Page 251: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

251

Y.A.B. Ketua Menteri:

14. Bagi kawasan perumahan Jalan Pantai Jerejak, Kampung Jawa dan Mayang Pasir, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) melaksanakan kerja-kerja pemantauan keatas kerja-kerja pembersihan parit dan longkang melalui kaedah seperti berikut :

(i) Menempatkan seorang penyelia di setiap kawasan untuk memantau kerja-kerja pembersihan parit dan longkang;

(ii) Membuat rondaan kawasan berdasarkan kepada jadual kerja;

(iii) Merekodkan pemantauan harian berdasarkan kepada skop dan kawasan yang dilawati dalam buku log kerja;

(iv) Memuat naik maklumat mengenai keadaan sesuatu kawasan dan tindakan melalui whatsapp group;

(v) Mengambil tindakan dengan mengeluarkan notis dan denda kepada mana-mana kontraktor yang tidak menjalankan kerja dengan baik;

(vi) Mengambil tindakan ke atas aduan perkhidmatan dalam tempoh segera bagi pembersihan Kawasan; dan

(vii) Mengambil tindakan terhadap kontraktor dengan mengenakan Liquidated Ascertained Damages (LAD) sekiranya perkhidmatan yang diberikan tidak menepati standard yang ditetapkan.

Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

15. Adakala binaan haram di kawasan perumahan menyebabkan takungan pembiakan nyamuk Aedes dan ada di antara telah dikesan oleh Jabatan Kesihatan seperti di Lot 8471, Mayang Pasir.

(a) Bagaimanakah Kerajaan Negeri membantu segerakan tindakan diambil untuk menyelesaikan masalah wabak denggi?

Y.A.B. Ketua Menteri:

15. Binaan haram yang tidak dijaga tidak dapat dinafikan adalah diantara penyebab yang boleh menyebabkan ia menjadi kawasan pembiakan nyamuk aedes.

(a) Tindakan Kerajaan Negeri dalam membantu untuk menyegerakan tindakan diambil untuk menyelesaikan masalah wabak denggi adalah seperti berikut:-

Tindakan Jangka Pendek

Jabatan Kesihatan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan bersama-sama mengambil langkah berikut:

(i) Pengasapan (fogging) di lokasi wabak;

(ii) Pemeriksaan premis bagi menjalankan kajian aedes di lokasi wabak;

(iii) Mengedarkan poster, risalah berkaitan denggi kepada penduduk;

(iv) Menjalankan gotong royong bersama penduduk;

(v) Menjalankan penguatkuasaan undang-undang kepada pesalah membiak aedes di dalam premis;

(vi) Menjalankan aktiviti anti larva (ubat jentik jentik) di lokasi wabak;

(vii) Menjalankan aktiviti cari dan musnah tempat tempat pembiakan nyamuk aedes;

(viii) Mengadakan pemberian abate (ubat jentik-jentik) percuma kepada penduduk;

(ix) Mengadakan pameran denggi di lokasi wabak; dan

Page 252: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

252

(x) Mengambil tindakan pembersihan sekitar lokasi wabak secara aktif dan proaktif terhadap segala aduan berkaitan kebersihan persekitaran.

Tindakan Jangka Panjang

Bagi binaan haram di kawasan perumahan menyebabkan takungan pembiakan nyamuk aedes, pihak Jabatan Kesihatan Negeri akan panjangkan aduan kepada pihak berkaitan untuk tindakan perobohan.

Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

16. Masalah pokok yang mudah tumbang ketika hujan lebat dan menyebabkan kerosakan besar kepada kenderaan.

(a) Bagaimanakah tindakan Kerajaan Negeri untuk mengurangkan permasalahan ini?

Y.A.B. Ketua Menteri:

16. Kerajaan Negeri mengambil perhatian berkenaan masalah isu pokok yang mudah tumbang ketika hujan lebat. Kerajaan Negeri juga telah berusaha untuk menyelenggara pokok-pokok yang mudah tumbang untuk mengurangkan permasalahan pokok yang mudah tumbang ketika hujan lebat. Antara tindakan yang diambil adalah seperti berikut:

(i) Melakukan kerja-kerja pemangkasan bagi pokok-pokok teduhan yang telah matang/besar dan terlalu tinggi ;

(ii) Menjalankan kerja-kerja penebangan ke atas pokok-pokok yang telah tua, rosak dan reput ; dan

(iii) Memastikan penanaman pokok-pokok baru dibuat dengan hanya memilih pokok-pokok yang mempunyai sistem pengakaran yang kukuh dan stabil untuk di tanam

di bahu jalan dan ruang hijau yang berhampiran dengan premis kediaman.

Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

17. Kuliah kesihatan manusia dan wabak denggi di masjid -masjid boleh memberi kesedaran para jemaah.

(a) Apakah ada perancangan di peringkat Kerajaan Negeri untuk syor ini?

Y.A.B. Ketua Menteri:

17. Kerajaan Negeri sememangnya komited dalam usaha membasmi wabak denggi dan meningkatkan kesedaran penjagaan kesihatan. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) sentiasa bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) dari semasa ke semasa untuk menyampaikan maklumat atau info kesihatan kepada jemaah masjid termasuklah isu wabak denggi. Info ini disampaikan sama ada melalui khutbah Jumaat atau hebahan umum oleh pihak masjid dari semasa ke semasa. Sebagai contohnya, teks hebahan mengenai pencegahan penyakit demam denggi telah diedarkan kepada semua masjid untuk disampaikan kepada jemaah dan juga dipanjangkan kepada surau-surau di bawah kariah masjid pada 10 Ogos 2018 yang lalu. Selain itu, JAIPP dan JKNPP sentiasa mengingatkan pihak masjid untuk mempelbagaikan topik ceramah di masjid dengan merangkumi isu penjagaan kesihatan dan pencegahan wabak denggi.

Pihak JKNPP juga telah menghantar surat beserta dengan skrip hebahan awam berkaitan dengan penyakit demam denggi untuk dibaca sebelum solat fardhu maghrib/isyak. JKNPP juga telah mewujudkan Program Masjid Sejahtera di Masjid Negeri yang bertujuan untuk mempromosi cara hidup sihat. Dalam program ini, topik berkaitan pencegahan penyakit demam denggi juga difokuskan.

Page 253: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

253

(a) Antara inisiatif lain yang telah diambil oleh pihak pejabat Exco Kesihatan ialah dengan mengadakan tazkirah Jumaat berkenaan kesedaran kesihatan di masjid-masjid sekitar Pulau Pinang. Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan usahasama pihak kumpulan Heart Save Penang telah memasang mesin Automated External Defibrillator (AED) di Masjid Sungai Gelugor. Seramai 100 ahli kariah masjid diberikan pendedahan dan diberikan latihan mengenai Cardiopulmonaryresuscitation (CPR).

Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

18. Aktiviti kesukanan dan keramaian komuniti di kawasan perumahan amat tinggi permintaan khususnya di Bayan Baru. Dengan itu ada keperluan pemaju membina gelanggang kesukanan dan dewan komuniti bagi setiap perancangan perumahan.

(a) Apakah pelan tindakan Kerajaan Negeri untuk perkara ini?

Y.A.B. Ketua Menteri:

18. Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mempunyai ‘Garis Panduan Untuk Penyediaan Kemudahan Masyarakat Di Kawasan Pemajuan Perumahan Baru 1989’. Garis panduan tersebut adalah untuk rujukan kepada pemaju bagi menyediakan keperluan kemudahan masyarakat apabila mengemukakan pelan permohonan merancang kepada Majlis. Walau bagaimanapun, keperluan kemudahan masyarakat secara spesifik untuk gelanggang kesukanan tidak terkandung dalam garis panduan tersebut.

Berdasarkan garis panduan tersebut, piawaian keperluan kemudahan masyarakat terdiri daripada Kategori I dan Kategori II. Untuk piawaian Kategori I, tapak/ruang kemudahan masyarakat yang perlu disediakan oleh pemaju berdasarkan bilangan penduduk dan keluasan tapak yang diperlukan mengikut formula seperti di Lampiran A.

Keperluan piawaian kemudahan masyarakat Kategori II adalah untuk skala pemajuan yang mencapai 1 tahap kejiranan (5,000 penduduk) ataupun tapak-tapak tersebut telah dikenalpasti dalam perancangan untuk tujuan tersebut oleh jabatan berkenaan.

Salinan piawaian kemudahan masyarakat Kategori I dan Kategori II di Lampiran B.

Senarai gelanggang dan dewan komuniti yang sedia ada di Parlimen Bayan Baru adalah seperti di Lampiran C. Untuk makluman, Kerajaan Negeri melalui Pejabat Daerah Tanah Barat Daya (PDTDBD) akan memohon peruntukan dari Jabatan Kewangan Negeri sekiranya memperoleh permohonan dan cadangan tapak daripada YB. ADUN Kawasan. Sehingga kini tiada permohonan diterima dan tiada lokasi bersesuaian dikenal pasti. Manakala bagi pihak MBPP tiada cadangan untuk membina gelanggang kesukanan dan dewan komuniti termasuk di kawasan Bayan Baru pada masa ini.

RUJUK LAMPIRAN A, B DAN C.

Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

19. Kejadian ragut merupakan ancaman khususnya di kawasan rumah pangsa kos rendah yang didiami ramai warga asing.

(a) Bagaimanakah kerjasama Kerajaan Negeri dengan pihak polis akan isu ini?

Y.A.B. Ketua Menteri:

19. Jenayah ragut kini semakin berleluasa di mana sahaja, tidak kira di bandar mahu pun di kampung. Agak sukar sebenarnya untuk membanteras jenayah ragut ini kerana kita tidak tahu bila ia akan berlaku dan siapa yang akan melakukannya. Saban hari kita dikejutkan dengan insiden ragut sehingga mencetuskan kebimbangan di kalangan penduduk setempat. Ada yang mula berfikir dua kali sebelum menjejakkan kaki keluar dari rumah mereka terutamanya pada waktu malam. Dalam usaha untuk mengurangkan

Page 254: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

254

kadar jenayah ini Negeri Pulau Pinang dan juga kes-kes lain yang mendatangkan kegusaran kepada semua pihak seperti samun dan pecah rumah, pihak polis bersama agensi-agensi Kerajaan Negeri yang lain telah mengambil beberapa langkah agar keselamatan dan keselesaan orang ramai terus terjamin. Langkah – langkah yang diambil adalah seperti berikut:

(i) Semua Ketua Polis Daerah telah diarah untuk mempertingkatkan pencegahan jenayah dengan menambahkan kehadiran anggota polis beruniform (Omnipresent), membuat rondaan bit jalan kaki dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB), rondaan kereta peronda dan operasi-operasi berkala seperti Ops Lusuh, Ops Rentap, Ops Lejang, Ops Cegah Jenayah dan OpsUtama Perdana (NKRA). Kesemua penugasan ini ditumpukan ke atas tempat-tempat sasaran yang menghadapi peningkatan jenayah indeks;

(ii) Tindakan proaktif juga diambil bersama-sama dengan agensi-agensi kerajaan yang lain dan NGO-NGO bagi menerangkan dan menghebahkan maklumat dari segi menjaga harta benda dan nyawa. Ini termasuklah mengadakan kempen, ceramah dan penubuhan Rakan Cops untuk menyedarkan masyarakat betapa pentingnya mengawal harta benda dan nyawa sendiri;

(iii) Jenayah-jenayah yang menjadi penyumbang utama kes misalnya samun, curi motosikal, pecah rumah dan ragut akan ditangani secara lebih berkesan dengan penwujudan Task Force khususnya di peringkat daerah dalam usaha menangani jenayah tersebut;

(iv) Pihak polis akan meningkatkan rondaan dan meletakkan anggota polis berpakaian biasa di ‘lokasi panas’ untuk membantu menahan peragut di tempat kejadian;

(v) Langkah proaktif dengan memasang lebih banyak kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan yang sering menjadi sasaran peragut termasuk di kawasan rekreasi atau laluan yang sering digunakan oleh pejalan kaki;

(vi) Pihak polis dan Kerajaan Negeri akan sentiasa menekankan bahawa kes ragut adalah jenayah kesempatan atau peluang dan akan sentiasa mengingatkan masyarakat dan orang ramai untuk tidak membuka ruang kepada penjenayah atau pencuri ini melakukan jenayah; dan

(vii) Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan akan cuba melaksanakan garis panduan di bawah konsep bandar selamat dengan menyediakan ciri-ciri keselamatan seperti membina penghadang untuk memisahkan laluan pejalan kaki dengan jalan raya.

Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

20. Bagaimanakah Kerajaan Negeri memantau tindakan susulan agensi-agensi kerajaan terhadap soalan-soalan DUN dan ucapan perbahasan ADUN di dalam sidang DUN?

Y.A.B. Ketua Menteri:

20. Kerajaan Negeri memantau tindakan susulan agensi-agensi kerajaan terhadap soalan-soalan

Dewan Undangan Negeri (DUN) dan ucapan perbahasan Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) di dalam sidang Dun melalui mesyuarat-mesyuarat seperti Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMK), Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan dan Mesyuarat Pengurusan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri. Disamping itu, ketua-ketua jabatan berkenaan akan menyusuli dengan dasar selaras dengan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan bagi portfolio berkenaan. Melalui mesyuarat-mesyuarat serta penyelarasan ini, perkembangan setiap tindakan agensi dalam melaksanakan tugas seperti di dalam jawapan soalan DUN dapat dipantau dan tindakan pembetulan dapat diambil jika terdapat sebarang masalah.

Page 255: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

255

Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

21. Masalah sisa-sisa sampah kerapkali terjadi di persisiran pantai Queensbay, tempat riadah orang awam.

(a) Apakah tindakan MBPP terhadap isu ini?

Y.A.B. Ketua Menteri:

21. Pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) memandang serius terhadap kebersihan di kawasan pesisiran pantai terutamanya di kawasan riadah orang awam. Masalah pembuangan sampah di kawasan Queensbay adalah akibat daripada kurangnya kesedaran sivik di kalangan orang ramai yang mengunjungi kawasan tersebut. Sehubungan itu, pihak MBPP telah mengambil beberapa tindakan seperti berikut :

(i) Menjalankan pembersihan di kawasan tempat awam khususnya di pesisiran pantai dan ditempat tumpuan pelancongan pada setiap hari;

(ii) Menjalankan operasi anti litter sebagai langkah penguatkuasaan untuk membendung aktiviti pembuangan sampah di kawasan tempat tumpuan pelancongan secara berjadual. Setakat ini, 14 operasi sedemikian telah berjaya dijalankan di kawasan ini. Sebanyak 40 Pemberitahu Tentang Kesalahan (PTK) di bawah Seksyen 47,Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 telah dikeluarkan kepada orang-orang awam yang melakukan kesalahan membuang sampah di tempat awam; dan

(iii) Menyediakan kemudahan tong sampah (litter bin) di kawasan pesisiran pantai dan di tempat tumpuan pelancong.

(iv) Melaksanakan program plog clean di kawasan tersebut.

Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

22. Apakah jenis -jenis sumbangan Pusat Urus Zakat dan seharusnya ada sesi penerangan kepada pejabat-pejabat ADUN untuk perkara ini.

Y.A.B. Ketua Menteri:

22. Asnaf yang layak untuk menerima bantuan zakat terdiri daripada :-

(i) Fakir

(ii) Miskin

(iii) Amil

(iv) Muallaf

(v) Ghorimin

(vi) Ibnu Sabil

(vii) Ar-Riqab

Jenis- jenis sumbangan/ bantuan yang diagihkan oleh Zakat Pulau Pinang MAINPP kepada Asnaf adalah seperti berikut:

Bil Jenis Bantuan Asnaf

1 Saguhati hari raya Fakir/ Miskin

2 Pendidikan - persekolahan Fakir/ Miskin

3 Pendidikan - bantuan pakaian seragam Fakir/ Miskin

4 Sarahidup - bantuan kewangan bulanan Fakir/ Miskin

5 Sarahidup - bantuan makanan bulanan Fakir/ Miskin

6 Sarahidup- bantuan kewangan secara sekaligus Fakir/ Miskin

7 Kesihatan - bantuan perubatan ringan Fakir/ Miskin

Page 256: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

256

8 Bantuan rawatan / pembedahan Fakir/ Miskin/ Ghorimin

9 Bantuan rumah - baik pulih rumah Fakir/ Miskin

10 Bantuan bina - bina baharu rumah Miskin

11 Peningkatan taraf hidup - bencana alam Fakir/ Miskin

12 Peningkatan taraf hidup - bantuan modal perniagaan Fakir/ Miskin

13 Biasiswa pelajar sekolah menengah agama rakyat Miskin

14 Bantuan Permulaan ke IPT (dlm negeri) Fakir/ Miskin

15 Bantuan permulaan ke IPT (luar negara ) Ibnu Sabil

16 Bantuan Pengajian IPT Miskin

17 Tajaan Pelajar di Pusat Kemahiran Miskin

18 Bantuan kecemasan Fakir/ Miskin

19 Bantuan kepada orang yang kesusahan berat Ghorimin

20 Musafir putus belanja Fisabilillah

21 Saguhati guru-guru agama sukarela Fisabilillah

22 Saguhati guru quran sukarela Fisabilillah

23 Saguhati jawatan kuasa qaryah Fisabilillah

24 Sumbangan kpd aktiviti keagamaan Fisabilillah

25 Peralatan dan buku ibadat utk surau / masjid / sekolah Fisabilillah

Zakat Pulau Pinang (ZPP) dari semasa ke semasa mengadakan program taklimat dan penerangan kepada pelbagai pihak seperti syarikat-syarikat swasta, Badan Bukan Kerajaan (NGO), qariah masjid dan sebagainya berkenaan program agihan zakat yang disediakan oleh ZPP. Selain itu, ZPP juga membuka kaunter zakat bergerak di masjid-masjid, pejabat-pejabat kerajaan dan kawasan tumpuan masyarakat Islam. Sekiranya ada keperluan dan permintaan, ZPP bersedia untuk mengadakan sesi taklimat dan penerangan di mana-mana pejabat ADUN kawasan. Di samping itu, orang ramai juga boleh berkunjung ke pejabat Zakat Pulau Pinang serta cawangannya di setiap daerah untuk membuat permohonan zakat atau melaporkan mana-mana asnaf yang layak untuk mendapat bantuan zakat.

Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

23. Bagaimanakah usaha Kerajaan Negeri supaya fungsi, peranan dan skim-skim bantuan jabatan-jabatan Kerajaan Persekutuan diketahui oleh pejabat-pejabat ADUN?

Y.A.B. Ketua Menteri:

23. Kerajaan Negeri melalui kelima-lima Pejabat Daerah dan Tanah pada masa ini telah dan sedang menyelaras penyampaian maklumat berhubung fungsi, peranan dan skim-skim bantuan jabatan-jabatan Kerajaan Persekutuan kepada semua ADUN kawasan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tindakan Daerah (JKTD) yang bersidang setiap bulan. Ahli-ahli tetap JKTD terdiri daripada semua ADUN dan Ahli Parlimen di semua daerah serta Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan peringkat daerah. Jabatan Persekutuan yang bukan merupakan ahli tetap JKTD juga turut dijemput mengikut keperluan.

Selain itu, setiap Pejabat Daerah dan Tanah juga akan mengadakan sesi taklimat berkenaan program-program bantuan di bawah Jabatan/Agensi Persekutuan kepada ADUN dan Ahli Parlimen. Dalam masa yang sama, pemakluman melalui surat rasmi juga akan disampaikan mengenai bantuan-bantuan di bawah Jabatan/Agensi Persekutuan.

ADUN/Ahli Parlimen/wakil juga boleh berhubung terus dengan pegawai di setiap Pejabat Daerah dan Tanah bagi mendapatkan penjelasan lanjut berkenaan bantuan yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

Page 257: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

257

Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

24. Apakah usaha Kerajaan Negeri dalam menunaikan 68 janji manifesto Pakatan Harapan peringkat negeri?

Y.A.B. Ketua Menteri:

24. Kerajaan Negeri telah bekerjasama dengan semua pihak termasuk Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Tempatan, Agensi Kerajaan dan pihak swasta untuk memastikan janji manifesto Pakatan Harapan peringkat negeri dipenuhi. Terdapat janji-janji yang terdapat pada manifesto yang telah dipenuhi. Manakala sebahagian lagi janji tersebut masih lagi dalam peringkat perancangan. Di samping itu, terdapat empat (4) janji yang memerlukan kelulusan Kerajaan Pusat bagi merealisasikan pencapaiannya. Status terkini pencapaian Manifesto Kerajaan Negeri Pakatan Harapan adalah seperti di Lampiran 'A'.

RUJUK LAMPIRAN A.

Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

25. Apakah dasar dan polisi Kerajaan Negeri mengenai perancangan pemajuan perumahan yang seimbang antara jenis rumah kos rendah dengan kos mewah di kawasan pembangunan pesat seperti di Bandar Bayan Baru?

Y.A.B. Ketua Menteri:

25. Kerajaan Negeri sememangnya menyedari bahawa pemaju terutama di kawasan pesat membangun seperti di Bandar Bayan Baru cenderung untuk membina kediaman mewah berikutan peningkatan nilai hartanah serta terdapat banyaknya permintaan pembeli daripada segmen tersebut pada masa ini. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri merangka pelbagai strategi untuk mengimbangi jenis-jenis kediaman yang dibekalkan.

Sehingga kini, Kerajaan Negeri masih menguatkuasakan Dasar Penyediaan Rumah Kos Rendah/Rumah Sederhana Rendah di mana setiap pemajuan yang menyediakan 99 unit kediaman atau lebih di kawasan bandar dan 149 unit kediaman atau lebih di kawasan luar bandar akan dikenakan syarat membina sebanyak 30% Rumah Mampu Milik (RMM) jenis 'A' (harga maksima RM42,000.00) atau Rumah Mampu Milik (RMM) jenis 'B' (harga maksima RM72,500.00) atau kombinasi keduanya. Dasar ini akan terus dilaksanakan supaya keperluan perumahan bagi kelompok B40 sentiasa dapat dipenuhi.

Kerajaan Negeri turut memperkenalkan beberapa dasar baru yang bertujuan menyediakan bekalan perumahan bagi kelompok M40. Sebagai contoh, pemajuan yang menggunakan Garis Panduan Peningkatan Ketumpatan dan Nisbah Plot 87 unit per ekar didalam kawasan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) disyaratkan untuk menyediakan sebanyak 25% unit kawalan harga. Unit-unit kediaman ini akan dijual pada harga lebih rendah berbanding unit-unit lain dalam spesifikasi yang sama iaitu pada harga RM200,000.00, RM300,000.00 dan seterusnya juga dikehendaki menyediakan 30% unit Rumah Kos Sederhana Rendah yang dikawal harga pada RM72,500.00.

Selain itu, Garis Panduan Perumahan Mampu Milik 100% yang diperkenalkan pada tahun 2016 memberi pelbagai insentif dan pengecualian untuk menarik minat pemaju swasta membekalkan RMM ‘C’ (harga maksima RM300,000.00 di bahagian pulau dan RM250,000.00 di Seberang Perai). Pelaksanaan inisiatif-inisiatif ini memberi lebih banyak pilihan kepada golongan M40 dan memberi saingan langsung kepada segmen hartanah berstrata kategori mewah.

Dasar-dasar perumahan yang dilaksanakan ini dijangka berupaya untuk menyejukkan keadaan pasaran di Pulau Pinang yang mana kini merupakan destinasi pilihan bagi urus niaga dan pemilikan hartanah di rantau ini.

Page 258: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

258

Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

26. Jumlah pelaburan ke Pulau Pinang bagi suku tahun pertama 2018 adalah 1 billion dengan didominasi sektor industri elektrik dan elektronik. \

(a) Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk meningkat kegiatan ekonomi bagi sektor pertanian?

Y.A.B. Ketua Menteri:

26. Sektor pertanian merupakan sektor yang sangat penting di negeri Pulau Pinang. Meskipun sektor ini bukan penyumbang terbesar pelaburan di negeri ini jika dibandingkan dengan industri-industri lain, namun sektor ini penting dalam menjamin keselamatan makanan.

(a) Dalam usaha untuk mempertingkatkan dan menggalakkan kegiatan ekonomi khususnya sektor pertanian ini, Kerajaan Negeri dengan kerjasama jabatan dan agensi terlibat telah merencanakan pelbagai program dalam membawa sektor pertanian selangkah ke hadapan. Antara usaha-usaha yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian adalah seperti berikut:

(i) Pembangunan Industri Tanaman Padi;

(ii) Pembangunan Industri Tanaman Buah-buahan;

(iii) Pembangunan Industri Tanaman Sayur-sayuran;

(iv) Pembangunan Industri Pemprosesan Makanan;

(v) Pembangunan Tanaman Kelapa;

(vi) Pembangunan Tanaman Lain-lain Ekonomi;

(vii) Pembangunan Pelapis Petani;

(viii) Program Khidmat Pengembangan;

(ix) Program Khidmat Kejenteraan;

(x) Pembangunan Kelompok Tani; dan

(xi) Program Aktiviti Jualan Terus.

Selain itu, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian juga sedang berusaha untuk meningkatkan hasil pengeluaran padi daripada 5.8 metrik tan per hektar kepada 7.0 metrik tan per hektar dalam tempoh dua tahun akan datang. Jabatan Pertanian Negeri juga mensasarkan peningkatan hasil pengeluaran tanaman selain padi sebanyak 10% setiap tahun supaya objektif pelaksanaan projek pembangunan pertanian tercapai.

Kerajaan Negeri juga telah sekali lagi menganjurkan program Seberang Perai Fiesta 2018 pada 26 hingga 30 September 2018 lalu. Seramai 38,246 orang pengunjung berbayar telah menghadiri program ini. Melalui program seumpama ini, pelbagai produk pertanian telah berjaya dipamerkan dan seterusnya mempromosikan sektor pertanian ini sebagai kerjaya pilihan.

Kerajaan Negeri juga menyediakan Tabung Usahawan Tani (TUT) yang merupakan pinjaman mikrokredit kepada usahawan Industri Asas Tani (IAT) di negeri ini. Pinjaman ini merupakan usaha Kerajaan Negeri dalam membantu para petani untuk melaksanakan projek dan seterusnya meningkatkan ekonomi setempat.

Bagi industri penternakan pula, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) sedang berusaha untuk menggalakkan pengusaha untuk bergerak ke arah semi-komersil dan komersil. Inisiatif ini dibuat sebagai usaha untuk

Page 259: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

259

memberi pulangan ekonomi tinggi kepada penternak dan mendorong mereka untuk bergiat sepenuh masa.

Dalam pada itu, Kerajaan Negeri juga sentiasa berusaha untuk meningkat dan memperkembangkan industri perikanan di negeri ini. Antara usaha Kerajaan Negeri ialah membuka zon akuakultur di darat seperti di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Juru. Kerajaan Negeri juga telah meluluskan Lesen Pendudukan Sementara (LPS) kepada penternak-penternak ikan sangkar di Daerah Barat Daya, Daerah Timur Laut dan Daerah Seberang Perai Selatan dengan jumlah keluasan 97.97 hektar. Usaha-usaha ini dilaksanakan untuk meningkatkan produktiviti industri perikanan di negeri ini.

Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

27. Bagaimanakah usaha penambahan ex-gratia (bayaran) kepada Guru-guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) di negeri ini?

Y.A.B. Ketua Menteri:

27. Kerajaan Negeri amat prihatin dengan kebajikan dan masa hadapan guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) dan sedang meneliti cadangan untuk menambah pembayaran ex-gratia kepada mereka tertakluk kepada kedudukan kewangan Kerajaan Negeri.

Buat masa ini guru KAFA menerima elaun berjumlah RM900 sebulan dari Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri menyumbang ex-gratia berjumlah RM50.

Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

28. Bagaimanakah Kerajaan Negeri memantau harga rumah turun setelah hapus GST di negeri ini?

Y.A.B. Ketua Menteri:

28. Pada dasarnya, pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) oleh Kerajaan Persekutuan sejak tahun 2015 dilihat tidak memberi kesan kepada harga asas kategori-kategori rumah yang dikawal oleh Kerajaan Negeri seperti berikut:

(i) Rumah Kos Rendah atau kini dikenali sebagai Rumah Mampu Milik (RMM) 'A' dijual pada harga maksima RM42,000 (luas 650 k.p.)

(ii) Rumah Kos Sederhana Rendah atau kini dikenali sebagai RMM 'B' dijual pada harga maksima RM72,500 (luas 700 k.p.);

(iii) Unit RMM 'C' daripada pemajuan yang menggunakan Garis Panduan 100% Rumah Mampu Milik, dijual pada harga RM150,000 (luas 750 k.p. tanpa kemasan), RM200,000 (luas 750 k.p. dengan kemasan) dan RM300,000 (luas 850 k.p.); dan

(iv) Unit Kawalan Harga (UKH) daripada pemajuan yang menggunakan Garis Panduan 87 Unit/Ekar, dijual pada harga RM200,000 (luas 750 k.p.), RM300,000 (luas 850 k.p.) dan RM400,000 (900 k.p.).

Namun demikian, memandangkan GST terpakai terhadap bahan binaan, maka sememangnya ia ada impak terhadap harga rumah yang mana harganya tidak terkawal.

Dengan penggantian GST dengan SST, memandangkan SST tidak terpakai terhadap bahan pembinaan, maka adalah dijangkakan harga perumahan terutamanya yang mana harganya tidak terkawal akan turun. Real Estate & Housing Developers’ Association Malaysia (REHDA) Malaysia juga telah memberi komitmen ini akan berlaku.

Page 260: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

260

Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

29. Peningkatan jumlah pelaburan khususnya pada suku tahun pertama 2018 dan apakah impaknya terhadap peningkatan peluang pekerjaan khususnya di kawasan FIZ Bayan Baru?

(a) Sila huraikan penambahan jenis industri di kawasan FIZ Bayan Baru pada suku tahun pertama 2018.

Y.A.B. Ketua Menteri:

29. Pelaburan pembuatan yang diluluskan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) serta pekerjaan diwujudkan di kawasan FIZ Bayan Lepas pada tahun 2017 dan suku pertama 2018 adalah seperti berikut:

TAHUN PEKERJAAN

DIWUJUDKAN PELABURAN DOMESTIK

(RM juta) PELABURAN ASING

(RM juta) JUMLAH PELABURAN

(RM juta)

2017 6,049 1,081.28 5,407.56 6,488.84

Jan-Mar 2018 210 151.10 108.59 259.68

Kerajaan Negeri melalui InvestPenang tidak dapat membuat perbandingan Januari hingga Mac 2018 dan Januari hingga Mac 2017 kerana data suku pertama tidak dikeluarkan oleh MIDA pada tahun 2017. Walaupun demikian, impak pelaburan terhadap peluang pekerjaan adalah positif di mana setiap pelaburan yang diluluskan akan mewujudkan peluang-peluang pekerjaan termasuk industri sokongan/hiliran.

(a) MIDA tidak mengeluarkan data mengikut pecahan industri bagi kawasan-kawasan tertentu termasuk FIZ Bayan Lepas di Pulau Pinang. Pelaburan bagi industri-industri utama bagi Jan hingga Mac 2018 bagi seluruh Negeri Pulau Pinang adalah seperti berikut:

Industri Pelaburan Domestik (RM juta)

Pelaburan Asing

(RM juta)

Jumlah Pelaburan Pembuatan (RM juta)

Mesin dan Peralatan 365.75 210.46 576.216

Produk Plastik 4.10 289.91 294.01

E&E 0 80.10 80.10

Lain-lain 69.01 0 69.01

Jumlah 438.86 580.47 1,019.34

Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

30. Apakah cadangan Kerajaan Negeri untuk pembentangan kemaskini RMK-11 di Parlimen pada 19/10/2018?

Y.A.B. Ketua Menteri:

30. Kerajaan Negeri telah mengemukakan semula senarai projek Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) kepada Kementerian-kementerian yang terlibat bagi projek-projek kritikal yang memerlukan peruntukan daripada Kementerian. Dalam masa yang sama, YAB Ketua Menteri juga semasa ucapannya di Parlimen pada 24 Julai 2018 yang lalu telah mengutarakan projek-projek Kerajaan Negeri yang perlu diberi perhatian. Antaranya cadangan supaya disemak semula projek Skim Penyaluran Air Mentah Sungai Perak bagi menangani keperluan air mentah Perak dan Pulau Pinang dan projek di bawah Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PIPPP) terutamanya bagi dua komponen utama projek iaitu Projek Jajaran Transit Aliran Ringan (LRT) dari George Town ke Bayan Lepas serta Lebuhraya Penang Island Link (PIL) 1 dari Persiaran Gurney ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga turut mencadangkan agar Kerajaan Persekutuan meneliti perkhidmatan water taxi ataucatamaran dalam tempoh masa yang terdekat

Page 261: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

261

dalam usaha menambah baik perkhidmatan pengangkutan air di Pulau Pinang sebagai alternatif bagi perkhidmatan feri sedia ada.

XVIII. Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

1. Rumah Pam Mak Sulong (RM 67juta) dan Empangan Mengkuang.

(a) Apakah langkah-langkah terperinci yang telah dan sedang dilaksanakan supaya projek RM 1.2bilion ini tidak jadi gajah putih?

(b) Kenapakah 10 syarat PBA tidak diselesaikan awal-awal supaya serahan tidak tertangguh sejak siap projek 10/2017?

(c) CEO PBA cadangkan JPS buat lencongan Sg.Mengkuang ke laut. Bolehkah?

Y.A.B. Ketua Menteri:

1. (a) Hasil dari sesi kunjungan hormat Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada YB. Menteri Air Tanah dan Sumber Asli (KATS) pada 7 Ogos 2018 dan sesi kunjungan hormat YB. Menteri KATS kepada Y.A.B. Ketua Menteri Pulau Pinang pada 4 September 2018 beberapa keputusan telah dicapai dan tindakan susulan oleh KATS adalah seperti berikut:

Bil. Perkara Tindakan Kementerian

1. Kerja-kerja pembaikan 23 cerun runtuh di Empangan Mengkuang.

Kerja pembaikan cerun runtuh dan hakisan permukaan sedang dalam proses perolehan dan dijangka siap pada 30 April 2019.

2. Pengoperasian Rumah Pam Mak Sulong.

Bahagian Bekalan Air (BBA) KATS sedang menjalankan operasi pengepaman selama 30 hari mulai dari 16 Oktober 2018.

3. Fasa 2B: Kerja-kerja pemasangan paip Mild Steel bergaris pusat 1.6m sepanjang 6.85km dari Rumah Pam Mak Sulong ke Terusan Sungai Dua.

Proses perbicaraan pengambilan tanah di jangka selesai pada Disember 2018. Projek pemasangan paip dijangka siap pada tahun 2020.

(b) 10 syarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah dipersetujui oleh pihak Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Malaysia (KeTTHA) semasa mesyuarat yang berlangsung di ibu pejabat KeTTHA, Putrajaya pada 2 April 2018. Syarat-syarat ini amat diperlukan bagi memastikan kesemua komponen Projek Pembesaran Empangan Mengkuang akan disiapkan dengan memuaskan dan memenuhi keperluan teknikal dan keselamatan struktur mengikut piawaian yang digunapakai dalam pembinaan empangan dan kerja-kerja kejuruteraan.

(c) Adalah didapati bahawa semasa musim hujan, paras Sungai Kulim adalah lebih tinggi dari paras Sungai Mengkuang. Dengan itu, kesemua pintu air Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) ditutup bagi menghalang air dari Sungai Kulim daripada membanjiri kawasan rendah di kiri dan kanan Sungai Kulim.

Cadangan untuk membina terusan atau lencongan secara langsung dari Sg Mengkuang ke laut tidak begitu praktikal, namun kaedah perlu dicari untuk menyalurkan keluar air banjir dari kawasan rendah Mengkuang dan Penanti.

Page 262: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

262

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

2. Sejak 2008, 22,000 (72%) penduduk Penanti tinggal di 33 kampung tidak mendapat perkhidmatan Pembersihan Awam.

(a) Bolehkah PDT, Jabatan Kesihatan, MPSP menyelesaikan masalah (selain suruh penduduk buat gotong-royong) kes Tanah Lapang Terbiar yang jadi semak-samun di tanah-tanah persendirian dalam kawasan kampung kerana membahayakan penduduk berhampiran dengan pembiakan ular, aedes, babi hutan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

2. Tugas untuk menjaga dan menyenggara tanah persendirian adalah di bawah tanggungjawab pemilik tanah tersebut. Bagi kes tanah persendirian yang terbiar sehingga menjadi kawasan semak samun, kacau ganggu dan sebagainya, pihak Pejabat Daerah dan Tanah, Seberang Perai Tengah (PDTSPT) akan membantu untuk mengenal pasti pemilik tanah tersebut. Pihak Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) kemudiannya boleh mengeluarkan notis pembersihan dan nasihat kepada pemilik tanah yang berkenaan di bawah peruntukan Seksyen 74, Akta Kerajaan Tempatan 1976. Walau bagaimanapun bagi kes-kes kecemasan, pihak MPSP akan membantu menjalankan kerja-kerja pembersihan.

Bagi kawasan yang mempunyai kes demam denggi, Pejabat Kesihatan Daerah akan menjalankan pemeriksaan tempat pembiakan aedes di kawasan tersebut. Pihak Pejabat Kesihatan Daerah seterusnya akan menjalankan prosedur pengeluaran notis Seksyen 8 di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 bagi tujuan pembersihan dan pemusnahan serangga pembawa penyakit.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

3. Apakah penyelesaian untuk atasi masalah kesesakan lalu lintas waktu puncak dan kadar kemalangan juga tinggi di:

(a) Laluan utama Persimpangan Kampung Mengkuang, dari arah Kulim dan Berapit?

(b) Jalan utama di Persimpangan Masjid Kubang Semang di mana qariah masjid dan pelajar SAR susah dan bahaya untuk melintas jalan kerana dua lampu isyarat berlainan

Y.A.B. Ketua Menteri:

3. Cadangan penyelesaian untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas waktu puncak dan kadar kemalangan tinggi di laluan utama Persimpangan Kampung Mengkuang dan Persimpangan Masjid Kubang Semang adalah seperti berikut:

(a) Bagi laluan utama persimpangan Kampung Mengkuang dari arah Kulim dan Berapit, Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah mensyaratkan kepada pemaju iaitu Waz Lian Holding Sdn Bhd untuk melebarkan persimpangan Jalan Berapit dan Jalan Sungai Lembu.

(b) Bagi jalan utama di Persimpangan Masjid Kubang Semang di mana qariah masjid dan pelajar Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang mengalami kesukaran untuk melintas dan mendatangkan bahaya kepada keselamatan disebabkan oleh dua lampu isyarat yang berlainan, qariah dan pelajar SAR boleh menggunakan kemudahan push button sedia ada di hadapan Sekolah Kebangsaan Seri Penanti dengan jarak lebih kurang 200 meter. Pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) juga telah memperkenalkan Yellow Transverse Bar untuk memperlahankan kenderaan berat dan juga Yellow Box bagi memudahkan kenderaan keluar masuk ke SAR.

Page 263: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

263

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

4. Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk membantu ADUN dan JKKK Kubang Ulu dan Tanah Liat untuk membina Dewan Serbaguna kerana ia memainkan peranan dan fungsi penting dalam menjayakan program-program JKKK.

(a) Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk bina Dewan Serbaguna untuk JKKK yang tiada Dewan Serbaguna memandangkan peruntukan KPLB RM10,000/MPKK setahun tak cukup?

Y.A.B. Ketua Menteri:

4. Keperluan Dewan Serbaguna di sesuatu kawasan adalah sangat penting dalam merencanakan aktiviti dan program kemasyarakatan, memastikan aspek keselamatan terpelihara serta perancangan pembangunan sosio-ekonomi dan fizikal sesebuah kampung.

Sehingga kini, Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah masih belum menerima sebarang permohonan daripada JKKK Kubang Ulu dan Tanah Liat untuk membina Dewan Serbaguna. Namun demikian, terdapat beberapa kemudahan dewan termasuk dewan sekolah berdekatan yang boleh digunakan sementara bagi tujuan aktiviti JKKK ini sehingga dewan milik sendiri didirikan.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

5. Apakah penyelesaian terkini Jawatankuasa Lalulintas setelah mesyuarat JKTD 27/9/18 untuk memudahkan qariah Masjid, murid Sekolah Agama Rakyat dan penduduk kampung untuk melintas jalan utama Jalan Kubang Semang dengan selamat setelah Jawatankuasa Lalulintas menolak cadangan memasang butang (Push-Button) di lampu isyarat sedia ada di persimpangan jalan Masjid Kubang ke kubur dan kampung Kubang Semang?

Y.A.B. Ketua Menteri:

5. Antara penyelesaian terkini yang dicadangkan Jawatankuasa Lalu Lintas bagi memudahkan qariah Masjid, murid Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan penduduk kampung untuk melintas jalan utama Jalan Kubang Semang dengan selamat adalah seperti berikut:

(i) Yellow Transverse Bar dan Yellow Box telah diperkenalkan untuk membantu memperlahankan kenderaan dan memudahkan kenderaan keluar masuk ke SAR; dan

(ii) Melaksanakan kajian kebolehlaksanaan pembinaan jejantas dengan mengambilkira keperluan penduduk dan kos pembinaan sekiranya perlu.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

6. Apakah status dua permohonan yang disoal berkali-kali dalam Soalan DUN:

(a) Menaik taraf padang bola kepada mini-stadium dan bina dewan serbaguna di kampung Mengkuang Titi yang dipohon sejak 2016?

(b) Baiki/naik taraf padang bola rosak berlubang di tanah lapang Taman Guar Perahu yang dipetisyen 99 belia kepada Ketua Menteri masa Majlis Pecah Tanah?

Y.A.B. Ketua Menteri:

6. (a) Secara umumnya, Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan bagi pembinaan baharu dan penyelenggaraan dewan orang ramai di bawah peruntukan pembangunan. Senarai projek yang diluluskan adalah mengikut keutamaan keperluan projek bagi penduduk setempat dan juga mengambil kira kedudukan

Page 264: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

264

kewangan Kerajaan Negeri. Sehubungan dengan itu, cadangan projek menaik taraf padang bola, membina mini Grand Stand dan sebuah dewan di Mengkuang Titi dengan anggaran kos keseluruhan sebanyak RM1,900,000.00 telah disenaraikan dalam permohonan peruntukan pembangunan dalam belanjawan bagi tahun 2019 dan pelaksanaan projek ini tertakluk kepada kelulusan peruntukan pembangunan berkenaan.

(b) Tanah lapang yang dimaksudkan adalah kawasan takungan (retention pond) yang diwartakan di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara 1965 dan bukan merupakan padang bola. Kerajaan Negeri tidak bercadang untuk menaik taraf kawasan tersebut sebagai padang bola kerana reka bentuknya adalah untuk kawasan takungan dengan mengambil kira tujuan perwartaan dan tujuannya untuk takungan air hujan bagi mengelak bencana banjir di kawasan sekitar.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

7. Golongan wanita yang tidak berkahwin sering terpinggir dari bantuan dan skim perumahan kerana tidak dapat memenuhi syarat anak kecuali bila usia emas ada BOT (JKM) dan RM100 setahun. Mereka tiada anak yang menjaga dan bagi tumpang rumah kecuali ada adik-beradik yang tolong.

(a) Apakah langkah-langkah keprihatinan Kerajaan Negeri untuk bantu mereka?

Y.A.B. Ketua Menteri:

7. Kerajaan Negeri buat masa ini tidak menetapkan sebarang dasar atau perancangan yang khusus untuk membantu golongan wanita yang tidak berkahwin dalam memperolehi unit Rumah Mampu Milik (RMM). Ini kerana dasar sedia ada adalah untuk memastikan unit-unit kediaman dengan harga berpatutan ini dibekalkan kepada semua rakyat Pulau Pinang yang berpendapatan rendah dan sederhana tanpa mengira status perkahwinan. Meskipun begitu, permohonan wanita warga emas yang berseorangan untuk tinggal di unit-unit PPR boleh dipertimbangkan secara pentadbiran atas dasar case-by-case.

Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri menyediakan bantuan-bantuan lain kepada wanita yang tidak berkahwin seperti berikut:

(i) Skim Pinjaman Harapan Negeri Pulau Pinang

Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) telah menyediakan kemudahan pinjaman mikro kredit melalui Skim Pinjaman Harapan (SPH) yang dahulunya dikenali sebagai Projek Titian Saksama Rakyat (PTSR) bagi membantu mewujudkan satu sistem penyaluran modal tambahan yang mudah dan tidak membebankan peniaga kecil. Pemberian kemudahan pinjaman mikro kredit ini meliputi semua golongan peniaga termasuklah wanita yang tidak berkahwin berdasarkan perniagaan masing-masing. Pinjaman ini disalurkan tanpa sebarang cagaran dan penjamin dengan jumlah pinjaman antara RM1,000 hingga maksima RM20,000. Tempoh bayaran balik adalah antara 1 hingga 2 tahun.

(ii) Program-program keusahawanan

Kerajaan Negeri melalui PDC juga telah melaksanakan program-program keusahawanan kepada semua golongan usahawan termasuk usahawan di kalangan wanita yang tidak berkahwin seperti bengkel, seminar dan kursus pembudayaan dan motivasi bagi memperkasakan ilmu pengetahuan, kemahiran dan kefahaman usahawan dalam bidang pengurusan perniagaan supaya menjadi usahawan yang berdaya maju, berdaya saing dan berdaya tahan.

(iii) Projek Transformasi Ekonomi Komuniti (CET)

Kerajaan Negeri melalui Penang Women’s Development Corporation (PWDC) telah memperkenalkan Projek Transformasi Ekonomi Komuniti (CET) di bawah

Page 265: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

265

Program Pemerkasaan Ekonomi Wanita (WEE). Ia merupakan sebuah projek yang direka khusus untuk membantu penduduk, termasuk wanita yang tidak berkahwin untuk menjana pendapatan. Sebagai projek perintis, PWDC telah mengadakan dialog untuk memperkenalkan program ini kepada penduduk PPR Desa Wawasan pada bulan Februari 2018 dan seterusnya mengedarkan soal selidik untuk mendapat maklumat terperinci yang mana akan membantu PWDC membuat analisis keperluan penduduk PPR Desa Wawasan. Hasil analisis soal selidik menunjukkan 37.4% responden memilih kraftangan sebagai aktiviti CET. Satu siri bengkel membuat kraf kertas dan kraf plastik telah dikendalikan untuk penduduk yang berminat. Kini, hasil kraftangan telah mula mendapat tempahan dan menghasilkan pendapatan kepada penduduk. Sehingga September 2018, sebanyak 700 produk kraftangan telah dihasilkan dan dijual.

(iv) Program Agenda Ekonomi Saksama

Kerajaan Negeri telah memperkenalkan Program Agenda Ekonomi Saksama (AES) iaitu sebuah program pembasmian kemiskinan yang memberikan bantuan kewangan bulanan secara top-up kepada individu/keluarga yang mempunyai pendapatan per kapita RM220 termasuk wanita yang tidak berkahwin.

(v) Program iSejahtera

Kerajaan Negeri akan meneruskan program iSejahtera bagi menghargai dan mengenang jasa bakti rakyat yang merangkumi warga emas, oku, ibu tunggal, suri rumah, pelajar, dan bayi. Sekiranya wanita yang belum berkahwin mencecah usia 60 tahun, beliau layak untuk memohon sumbangan Program Penghargaan Warga Emas iaitu bantuan sebanyak RM130 secaraone-off setiap tahun. Selain itu, sekiranya wanita belum berkahwin tersebut daripada kalangan Orang Kurang Upaya (OKU), beliau layak untuk menerima Program Bantuan OKU RM130 secara one-off setiap tahun.

(vi) Program Ekonomi Khas

Kerajaan Negeri akan meneruskan Program Peningkatan dan Pemulihan Ekonomi (Bantuan Peralatan) di bawah Projek Khas Ekonomi. Program ini memfokuskan kepada peniaga kecil sepenuh masa termasuk golongan wanita yang belum berkahwin yang telah menjalankan perniagaan sekurang-kurangnya 1 tahun dan berpendapatan perniagaan kurang dari RM3,000.00 sebulan. Bantuan peralatan adalah bertujuan bagi membantu peniaga mengembangkan perniagaan sedia ada untuk output yang lebih besar.

(vii) Tabung Usahawan Tani (TUT)

Kerajaan Negeri telah memperkenalkan Tabung Usahawan Tani (TUT) Negeri Pulau Pinang yang sebelum ini dikenali sebagai Tabung Usahawan Tani Muda (TUTM) yang memberi dorongan kepada golongan belia termasuk golongan wanita yang tidak berkahwin untuk menjadikan sektor industri asas tani sebagai kerjaya dan berpotensi sebagai punca pendapatan yang lumayan.

(viii) Penang Career Assistance And Talent Centre

Kerajaan Negeri melalui Penang Career Assistance and Talent Centre (CAT) menjalankan pemadanan jawatan kepada semua golongan pencari kerja termasuk wanita belum berkahwin berdasarkan penawaran oleh industri.

(ix) Program Meister Malaysia

Dalam membantu rakyat mendapat peluang pekerjaan termasuk golongan wanita yang tidak berkahwin, Kerajaan Negeri melalui Penang Skills Development Centre (PSDC) telah memperkenalkan Program Meister Malaysia bagi meningkatkan bakat dalam bidang teknikal dan vokasional selari dengan perkembangan Industri 4.0. Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM6 juta untuk Program Meister Malaysia. Peserta yang terpilih akan menjalani latihan

Page 266: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

266

peningkatan kemahiran dan pada masa yang sama bekerja di kilang untuk memperoleh kemahiran pekerjaan yang sebenar. Para peserta program ini tidak perlu membayar yuran pengajian kerana telah dibiayai Kerajaan Negeri dan pada masa yang sama menerima gaji daripada syarikat tersebut.

(x) Tabung Bantuan Segera

Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyediakan tabung bantuan segera dengan kadar bantuan maksimum sebanyak RM500 kepada mereka yang hilang punca pendapatan termasuk wanita yang belum berkahwin. Jumlah kadar bantuan dan kelulusan permohonan adalah berdasarkan pertimbangan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah masing-masing.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

8. Bolehkah Kerajaan Negeri minta KPLB untuk membuka peluang penyeliaan dan pekerjaan sebagai guru Tadika dan Tabika KEMAS kepada Briged Wanita yang layak untuk memastikan sistem pembelajaran disemak semula dan dibersihkan dari unsur-unsur (influence) parti terdahulu sebelum peralihan kuasa dari masih diserapkan dalam KEMAS walaupun kakitangan KEMAS terdiri dari pegawai kerajaan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

8. Jabatan KEMAS tidak membuat pengambilan untuk guru Tadika dan Tabika tetapi sebaliknya membuat tawaran untuk mengikuti kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak selama 3 bulan di Institut / Pusat Latihan KEMAS di Semenanjung Malaysia. Setelah tamat kursus dengan jayanya pihak KEMAS akan menawarkan jawatan Pekerja Sambilan Harian terlebih dahulu sebelum dilantik sebagai Pemaju Masyarakat. Kursus ini bukanlah satu jaminan kepada calon untuk dilantik sebagai kakitangan kontrak KEMAS. Sekiranya dilantik, calon akan ditempatkan mengikut keperluan dan kekosongan di seluruh negeri. Tawaran tersebut akan hanya dikeluarkan oleh pihak KEMAS Ibu Pejabat.

Syarat permohonan mengikuti kursus yang ditawarkan oleh KEMAS adalah seperti berikut:

(a) Calon hendaklah memiliki kelayakan berikut:

(i) warganegara Malaysia; (ii) berumur tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup iklan; (iii) diploma dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak yang diiktiraf oleh

Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan; dan (iv) Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada

peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(b) Terbuka kepada calon lelaki atau perempuan;

(c) Telah menamatkan pengajian dan mempunyai diploma serta transkrip;

(d) Nilai CGPA 2.70 ke atas; dan

(e) Tidak berkhidmat sebagai kakitangan tetap kerajaan.

Sehubungan itu, Briged Wanita yang menepati syarat seperti di atas boleh mengemukakan permohonan untuk mengikuti kursus yang ditawarkan oleh KEMAS untuk menjadi guru Tadika dan Tabika.

Sistem pembelajaran KEMAS juga disemak dari masa ke semasa supaya sentiasa mengikut perkembangan semasa. Di samping itu, sistem pembelajaran yang ditawarkan oleh Tadika dan Tabika KEMAS mengikuti sepenuhnya Kurikulum Sepadu Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Page 267: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

267

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

9. Bolehkah kerajaan buat:

(a) jogging trek disepanjang tepi Sungai Kulim dari Jambatan kereta api Kuala Mengkuang sehingga Pintu Air Mak Sulong?

(b) Bina Jeti untuk sukan berkayak di Sungai Kulim antara Jambatan kereta api Kuala Mengkuang hingga Pintu Air Mak Sulong?

(c) Tinggikan jambatan-jambatan JPS di Sungai Perai untuk laluan Bot Nelayan-Pelancong masa air pasang?

Y.A.B. Ketua Menteri:

9. Pada masa ini, Kerajaan Negeri belum mempunyai sebarang perancangan untuk pembinaan trek joging di sepanjang tepi Sungai Kulim dari Jambatan kereta api Kuala Mengkuang ke Pintu Air Mak Sulung begitu juga bagi cadangan jeti bagi kegiatan kayak di Sungai Kulim antara Jambatan kereta api Kuala Mengkuang hingga pintu Air Mak Sulung. Namun demikian perkara ini boleh dipertimbangkan pada masa hadapan dengan mengambilkira hala tuju pembangunan sukan di negeri Pulau Pinang dan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri.

Pada tahun ini Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) sedang menjalankan kajian Intergrated River Basin Management(IRBM) bagi penyelesaian yang menyeluruh untuk Lembangan Sungai Perai yang merangkumi aspek kelestarian pembangunan Sungai Perai termasuk jambatan – jambatan JPS di Sungai Perai dan kajian tersebut dijangka siap pada bulan Disember 2018.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

10. Untuk penambahan Program Warga Emas RM100, mamogram, kad kesihatan, bolehkah Kerajaan Negeri usahakan dengan Kerajaan Pusat untuk permudahkan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan warga emas dan pesakit paliatif secara bergerak diseluruh kampung/taman sebulan sekali untuk periksa tahap kesihatan, bagi ubat-ubatan dan bimbingan jagaan warga emas dan pesakit paliatif tanpa perlu ke hospital?

Y.A.B. Ketua Menteri:

10. Perkhidmatan pemeriksaan kesihatan warga emas dan pesakit terlantar dijalankan oleh semua klinik kesihatan di seluruh daerah di Pulau Pinang. Setakat ini, Kerajaan Persekutuan tiada perancangan untuk menjalankan perkhidmatan pemeriksaan warga emas dan pesakit paliatif secara bergerak di kampung dan taman kerana ianya mempunyai implikasi kos. Kos tambahan perlu diteliti secara terperinci.

Jabatan Kesihatan telah memperkenalkan Perkhidmatan Dormisiliari bagi menangani pesakit terlantar termasuk warga emas terlantar. Melalui perkhidmatan ini, penjaga (caretaker) pesakit terlantar dilatih untuk menjaga pesakit terlantar. Lawatan ke rumah dijalankan selama 3 hingga 6 bulan sehingga penjaga mahir.

Selain itu, Jabatan Kesihatan juga membuat lawatan berkala di institusi yang menjaga warga emas bagi memberi khidmat nasihat kesihatan dan perubatan yang menyeluruh.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

11. JKKK Kuala Mengkuang telah lama mohon kepada MPSP agar Pasar Malam Kuala Mengkuang di jalan utama Kampung Kuala Mengkuang dipindahkan kerana menghalang bomba dan ambulan dan kemalangan jiwa. Tapak Pasar Malam Taman Seri Akasia berpotensi menggantikan Tapak Pasar Malam Kuala Mengkuang kerana lokasi berdekatan.

(a) Bolehkah MPSP percepatkan perpindahan demi keselamatan?

Page 268: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

268

Y.A.B. Ketua Menteri:

11. Cadangan pemindahan Pasar Malam Kuala Mengkuang pernah dibincangkan dalam Mesyuarat Sehenti Pasar Malam Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) pada 29 Mac 2016 untuk memindahkan pasar malam Jalan Kampung Kuala Mengkuang ke satu lokasi berhampiran jejantas (fly over) Butterworth Kulim Expressway (BKE) Mengkuang. Mesyuarat memutuskan menolak permohonan ini atas faktor berikut:

(i) Pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) tidak menyokong permohonan ini kerana menjejaskan laluan trafik serta memberi risiko kepada pengguna lebuhraya secara amnya.

(ii) Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kejuruteraan juga berpendapat bahawa kewujudan pasar malam di kawasan tersebut akan mengakibatkan masalah tempat letak kereta dan faktor keselamatan pengunjung harus diambil kira.

(iii) Selain itu, pihak JKKK Kuala Mengkuang juga melalui surat bertarikh 27 Julai 2017 telah memaklumkan untuk menangguhkan permohonan pemindahan lokasi Pasar Malam Kampung Kuala Mengkuang sehingga diberitahu kelak.

(iv) Walau bagaimanapun Kerajaan Negeri melalui MPSP akan mengadakan perbincangan semula bersama-sama dengan penganjur dan pihak-pihak yang berkaitan bagi mengkaji dan membincangkan secara terperinci cadangan pemindahan Pasar Malam Kuala Mengkuang ke lokasi Taman Seri Akasia seperti yang dicadangkan.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

12. Kontrak pembersihan am MPSP: Mesin rumput, pembersihan dan cuci longkang diseluruh Penanti. MPSP dulu melaksanakan kerja-kerja pembersihan am dengan lebih baik berbanding kontrak pembersihan am. Ini membabitkan imej MPSP/kerajaan/ADUN.

(a) Apakah punca prestasi Kontraktor MPSP lebih rendah dari pekerja MPSP?

(b) Tindakan jangka pendek dan panjang?

(c) Apakah jadual kekerapan dalam perjanjian kontrak?

Y.A.B. Ketua Menteri:

12. Pada ketika ini, kerja-kerja pembersihan am di kawasan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dijalankan oleh pihak kontraktor pembersihan. Pihak MPSP sememangnya sentiasa memantau kualiti kerja pihak kontraktor secara berkala memandangkan terdapat aduan mengenai mutu pembersihan oleh pihak kontraktor dibeberapa kawasan.

(a) Antara punca prestasi kualiti kerja pembersihan oleh pihak kontraktor lebih rendah daripada pekerja MPSP ialah: (i) Kekurangan tenaga pekerja. (ii) ‘Turn over’ yang tinggi di mana kadar pekerja berhenti kerja adalah

tinggi. (iii) Pekerja kurang berpengalaman.

(b) Tindakan jangka pendek yang diambil oleh MPSP ialah:

(i) Mengenakan penalti dan pemotongan bayaran terhadap kontraktor. (ii) Memberikan surat amaran kepada kontraktor. (iii) Jika kontraktor gagal menjalankan kerja-kerja pembersihan setelah

surat amaran diberikan, MPSP akan menjalankan kerja pembersihan bagi kawasan tersebut dan kos pembersihan akan dikenakan kepada kontraktor.

Page 269: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

269

Tindakan jangka panjang yang diambil oleh MPSP ialah:

(i) Melantik kontraktor baru bagi menggantikan kontraktor lama yang bermasalah.

(ii) Mengecilkan kawasan pembersihan mengikut dun/zon memandangkan kawasan parlimen adalah terlalu luas untuk diuruskan oleh satu syarikat kontraktor.

(c) Jadual kekerapan dalam perjanjian kontrak seperti di Lampiran A.

RUJUK LAMPIRAN A.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

13. Saya seringkali sarankan dalam Dialog Bajet MPSP, Forum Pengurusan Sisa, Perbahasan Sidang DUN agar MPSP, EXCO, Kerajaan Negeri bekerjasama dengan TNB atau lain-lain untuk ambil air sampah (leachate) yang mencemar laut untuk jana eletrik dan bagi pendapatan kepada MPSP.

(a) Adakah saranan saya dipertimbangkan dan disusuli tindakan oleh MPSP dan EXCO?

Y.A.B. Ketua Menteri:

13. Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah mengambil tindakan susulan terhadap saranan menggunakan air larut resap (leachate) untuk menjana elektrik dengan menjalankan perbincangan bersama-sama pihak juruperunding syarikat konsesi yang menguruskan Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung. Pihak juruperunding telah memaklumkan bahawa air larut resap (leachate) di Tapak Pelupusan Pulau Burung mengandungi tahap kepekatanChemical Oxygen Demand (COD) antara 3,000 ppm hingga 15,000 ppm. Tahap kepekatan tersebut adalah terlalu rendah untuk menghasilkan gas-bio metana bagi tujuan penjanaan elektrik kerana tahap kepekatan yang diperlukan adalah perlu melebih 50,000 ppm.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

14. Bantuan JKM Persekutuan: Kanak-kanak RM100-400 Orang tua RM350 Penjagaan pesakit kronik/OKU terlantar RM350 OKU tidak berupaya bekerja RM250 Elaun pekerja cacat RM400 Bantuan JKM Negeri Bantuan am RM220-770.

(a) Selain di atas, apakah perancangan baru?

(b) Berapa bilangan penerima dan jumlah peruntukan mengikut jenis bantuan di Penanti (dan setiap KADUN) setiap tahun?

Y.A.B. Ketua Menteri:

14. Perancangan baharu bagi Program Kebajikan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri adalah seperti berikut:

(i) Program i-Suri (Program Kerajaan Persekutuan)

Program Sukarela Insentif ini merupakan caruman sukarela Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bersama insentif khas Kerajaan yang dikhususkan buat suri rumah yang telah mendaftar dalam sistem e-Kasih. Sistem e-Kasih ini menyimpan maklumat mengenai kemiskinan individu, termasuk profil peribadi, bantuan yang telah diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dari agensi yang memberi bantuan serta keberkesanan program/bantuan yang diterima. Jumlah bayaran caruman suri rumah setiap bulan hanya sebanyak RM5.00 dan pihak kerajaan pula akan membuat sumbangan caruman sebanyak RM40.00 sebulan. Pihak kerajaan akan turut membuat sumbangan terhadap caruman KWSP ini ke akaun pencarum sehingga RM200.00 kepada yang benar–benar layak (tertakluk kepada syarat–syarat yang telah ditetapkan) bagi tempoh Ogos hingga Disember

Page 270: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

270

2018. Pada tahun berikutnya, sumbangan kerajaan kepada pencarum akan meningkat sehingga RM480.00 setahun.

Sebagai ahli dan juga pencarum KWSP, setiap ahli layak menerima manfaat seperti dividen tahunan, bantuan hilang upaya, bantuan khairat kematian, pengeluaran simpanan dan juga pelepasan cukai (tertakluk kepada syarat–syarat yang telah ditetapkan)

Individu yang layak mencarum adalah golongan suri rumah yang telah berdaftar dengan sistem e-Kasih sehingga 30 Jun 2018, termasuk:

(i) Isteri kepada ketua keluarga atau Ketua Isi Rumah (KIR) (ii) Ketua Isi Rumah (KIR) Wanita yang terdiri daripada balu, bujang atau

bercerai (iii) Merupakan warganegara Malaysia (iv) Berumur 60 tahun ke bawah (v) Mencarum sekurang–kurangnya RM5.00 sebulan atau RM60.00 setahun

Bermula 15 Ogos 2018, ahli KWSP atau i-Suri yang layak boleh membuat pendaftaran di mana–mana cawangan kaunter KWSP yang berdekatan.

(ii) Program Penang Sihat (Kerajaan Negeri)

Kerajaan Negeri dalam perancangan untuk melaksanakan Program Penang Sihat di mana Kerajaan Negeri akan memberikan subsidi sebanyak RM300.00 bagi perkhidmatan perubatan di klinik swasta yang terpilih melalui kad “I Love Penang” kepada keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM5,000.00 sebulan dan RM150.00 kepada individu yang tidak berkahwin dengan pendapatan kurang daripada RM2,500.00 dengan had RM50.00 setiap lawatan.

(iii) Program i-Sejahtera (Kerajaan Negeri)

Kerajaan Negeri masih dalam kajian implikasi kewangan terhadap cadangan kenaikan sumbangan Program Penghargaan Warga Emas dan Bantuan OKU serta pembayaran akan dilakukan secara electronic fund transfer kepada akaun penerima.

(b) Bilangan penerima dan jumlah peruntukan mengikut jenis bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Penanti (dan setiap KADUN) pada tahun 2017 hingga 2018 adalah seperti diLampiran A.

RUJUK LAMPIRAN A.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

15. Taklimat Briged Wanita di Komtar mengangkat BW jadi satu badan baru JKPW bukan dibawah JKKK.

(a) Bilakah perlaksanaannya?

(b) Bolehkah peruntukan RM30,000 untuk 11 pasukan Briged Wanita Penanti diteruskan dan tidak di kurangkan kepada RM10,000/11 pasukan BW Penanti/KADUN kerana jika dibandingkan dengan JKKK/MPKK, setiap 12 JKKK/MPKK diperuntukkan RM10,000/mpkk/tahun dan bukan RM10,000/12 mpkk/tahun?

Y.A.B. Ketua Menteri:

15. (a) Cadangan penubuhan Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga (JPWK) telah dibentangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) pada 3 Oktober 2018. Walau bagaimanapun, MMK telah mengesyorkan agar fungsi dan peranan JPWK dan Briged Wanita (BW) di kaji semula agar tiada pertindihan.

Page 271: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

271

Sehubungan itu, satu sesi dialog akan diadakan dengan semua Ketua Briged Wanita pada bulan November 2018 bagi mendapatkan input berkenaan penubuhan Jawatankuasa ini dan akan dibentangkan semula kepada MMK untuk kelulusan.

(b) Mulai tahun 2016, jumlah peruntukan untuk Briged Wanita bagi setiap KADUN adalah sebanyak RM30,000.00 setahun dan disalurkan melalui peruntukan khas bantuan segera KADUN yang diuruskan oleh ADUN masing-masing. Sehingga kini, jumlah RM30,000.00 bagi setiap KADUN adalah dikekalkan.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

16. Ulasan ADUN kepada JPBD untuk tukar syarat tanah untuk pembangunan:

(a) Bolehkah JPBD Email/WhatsApp surat kerana kerapkali surat melalui Pos sampai, tarikh akhir tinggal 2 hari atau selepas deadline?

(b) Bolehkah keputusan diberitahu kepada ADUN selepas Jawatankuasa putuskan?

(c) Apakah keputusan pembangunan perumahan RM200,000-450,000 di 83 ekar berhadapan Empangan Mengkuang yang sensitif banjir?

Y.A.B. Ketua Menteri:

16. (a) PlanMalaysia@Pulau Pinang tiada halangan untuk menggunakan mekanisme penghantaran dokumen melalui emel untuk mendapatkan ulasan daripada YB ADUN/Penyelaras KADUN bagi menggantikan penghantaran dokumen melalui surat. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri akan membincangkan semula dan membuat ketetapan berhubung mekanisme penghantaran dokumen-dokumen lain yang diuruskan oleh Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Pejabat Daerah dan Tanah, dan jabatan-jabatan lain bagi memudahkan urusan pentadbiran Kerajaan Negeri agar seiring dengan Revolusi Industri 4.0.

(b) Berdasarkan prosedur semasa, keputusan Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) hanya disampaikan kepada pemohon, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan agensi yang terlibat memandangkan keputusan JPN bertaraf Sulit.

(c) Permohonan dari Tetuan Concrete Gold (M) Sdn. Bhd. iaitu Permohonan Perlingkungan Semula Dari Kawasan ‘Pertanian’ kepada Kawasan ‘Pembangunan Sedia Ada (Kediaman)’ di atas lot 226, 227, 229, 233, 234, 908, 970, 971, 972, 973, 974 dan 975 Mukim 19, Daerah Seberang Perai Tengah dan Permohonan Perlingkungan Semula Dari Kawasan ‘Hutan’ kepada Kawasan ‘Pembangunan Sedia Ada (Kediaman dan Perniagaan)’ di atas lot 1045 Mukim 18, Seberang Perai Tengah akan dibentang dan dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Negeri pada November 2018 dan seterusnya akan dibentangkan dalam Jawatankuasa Perancang Negeri untuk keputusan.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

17. Pesta Padi Antarabangsa Pulau Pinang di Kampung Terus.

(a) Apakah perancangan dan pelaksanaan yang telah/sedang diusahakan Kerajaan Negeri bersama-sama Kerajaan Persekutuan untuk menyokong usaha ADUN, Jawatankuasa Pesta Padi, Arca Padi, pesawah, Bot nelayan/pelancongan untuk memesatkan Pelancongan AgroPadi di 173 hektar warisan Padi tertua sejak 1800 di Kampung Terus dan Guar Jering?

Y.A.B. Ketua Menteri:

17. Secara umumnya, Kerajaan Negeri bersama-sama dengan Kerajaan Persekutuan menyokong usaha-usaha mempertingkatkan pelancongan agropadi di Kampung Terus dan Guar Jering yang dilihat mampu menarik kehadiran lebih ramai pelancong di

Page 272: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

272

samping memanfaatkan ekonomi penduduk tempatan. Kerajaan Negeri telah menyokong program Pesta Padi Antarabangsa Pulau Pinang yang telah diadakan pada 11 dan 12 Ogos 2018 di Kampung Terus dan menyediakan peruntukan sebanyak RM10,000.00 bagi program tersebut. Pada masa ini, Kerajaan Negeri belum mempunyai rancangan khusus untuk membangunkan program pelancongan agropadi di Kampung Terus atau Guar Jering dan mengalu-alukan cadangan bagi program seumpama ini. Selain itu, pelancongan agropadi juga akan diteliti dengan lebih lanjut semasa penyediaan Pelan Induk Pelancongan Pulau Pinang yang dijangka akan disiapkan pada tahun 2019.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

18. Semasa ucapan Perasmian Pesta Padi Antarabangsa Pulau Pinang, Pengarah Warisan MPSP dan Timbalan Menteri Pelancongan mencadangkan agar tanah warisan Padi tertua di Seberang Perai sejak tahun 1800 diwartakan sebagai Warisan Kebangsaan.

(a) Apakah langkah-langkah susulan Jabatan/Agensi dan MPSP untuk mewartakan sebahagian 173 hektar Warisan Padi di Kampung Terus dan Guar Jering?

Y.A.B. Ketua Menteri:

18. Berdasarkan Akta Warisan Negara 2005 (Akta 645), kawasan tersebut boleh diwartakan di bawah kategori warisan kebudayaan. Kerajaan Negeri melalui MPSP akan membuat kajian secara teliti dan mendapatkan maklumat lengkap bagi mengenalpasti keperluan pewartaan kawasan tersebut. Tempoh kajian dijangka akan mengambil masa selama 6 bulan. Sekiranya dipersetujui untuk pewartaan, permohonan akan diangkat kepada Jabatan Warisan Negara untuk pertimbangan kelulusan.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

19. Penanti River Run untuk Pelancongan Sungai:

(a) Apakah langkah-langkah terperinci yang sedang/telah dirancang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dengan sokongan Kerajaan Persekutuan dan organisasi-organisai lain untuk menyokong usaha ADUN bersama-sama JPS, JKKK, kelab-kelab tempatan Utara Runnaz, Guar Perahu Bikers, Briged Wanita untuk meneruskan dan meningkatkannya sebagai acara tahunan dan ke peringkat antarabangsa?

Y.A.B. Ketua Menteri:

19. (a) Kerajaan Negeri menyokong acara pelancongan sungai seperti Penanti River Run yang dapat mempamerkan keindahan kawasan perkampungan dan seterusnya dipromosikan sebagai tempat tarikan pelancong. Kerajaan Negeri akan memastikan kerja-kerja penyelenggaraan dilaksanakan secara berkala di kawasan Sungai Perai yang juga merupakan lokasi acara ini. Skop penyelenggaraan meliputi kerja-kerja penyelenggaraan sungai dan jalan ladang. Penanti River Run juga boleh dimasukkan dalam kalendar pelancongan Pulau Pinang sekiranya dapat dianjurkan secara tetap setiap tahun. Kerajaan Negeri juga mengalu-alukan cadangan bagi membangunkan acara ini ke peringkat antarabangsa. Malah Kerajaan Negeri juga terbuka bagi perbincangan di peringkat MMK Pelancongan bagi memperluaskan skop aktiviti ini.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

20. Bagaimanakah Kerajaan Negeri bersama-sama Kerajaan pusat boleh bantu ADUN untuk merealisasikan visi pembangunan ekonomi berpendapatan tinggi dengan menghidupkan Aset Semulajadi Sungai Perai, Sungai Kulim, bukit, Empangan Mengkuang dan Empangan British Bukit Seraya, Warisan Padi Kampung Terus, 2 Desa Lestari, 33 kampung tradisi dan tersusun seperti kampung-kampung Germany yang GDP tinggi?

Page 273: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

273

Y.A.B. Ketua Menteri:

20. Kerajaan Negeri bersama-sama Kerajaan Pusat sentiasa menyokong usaha-usaha untuk membangunkan ekonomi berpendapatan tinggi khususnya dalam memajukan sumber-sumber kekayaan baharu seperti Pelancongan Desa dengan menggilap potensi dan menghidupkan aset-aset semulajadi di sesuatu lokaliti. Peranan ADUN juga digalakkan sebagai penggerak utama dalam mengarusperdanakan masyarakat setempat supaya terlibat aktif dalam proses pembangunan dan mengeksploitasi manfaat tersebut. Bagi menghidupkan aset semulajadi negeri secara mampan, Kerajaan akan melaksanakan pemantauan berkala terhadap sebarang aktiviti pencerobohan rizab sungai dan aktiviti penambunan sawah padi secara haram serta melaksanakan tindakan penguatkuasaan. Kerajaan Negeri bersedia mempertimbangkan sebarang cadangan yang turut disertakan ‘cost and benefit analysis’ demi pembangunan dan kesejahteraan rakyat.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

21. Selain Jawapan Soalan Bertulis pada Sidang DUN 5/2018 yang menjawab adanya Perpustakaan baru di Perai, apakah langkah-langkah konkrit yang boleh diberi oleh Kerajaan Negeri untuk bantu merealisasikan tujuan pembinaan Dewan Serbaguna Guar Perahu yang siap 10/2018 mengikut spesifikasi dan rekabentuk Penang Sains Cafe untuk tingkatkan pembelajaran STEM di kawasan kampung?

Y.A.B. Ketua Menteri:

21. Pembelajaran Science, Technology, Engineering & Mathematics (STEM) di kawasan luar bandar dapat dipertingkatkan dengan penganjuran bengkel–bengkel sains, program–program robotik dan pengajaran Coding . Program–program ini diselaraskan oleh Penang Science Cluster iaitu satu badan bukan berasaskan keuntungan yang mendapat bantuan kewangan melalui sumbangan oleh syarikat awam atau swasta, derma, dan juga secara Corporate Social Responsibilty (CSR) dalam menjalankan aktiviti berkaitan dengan STEM. Oleh yang demikian dengan siapnya Dewan Serbaguna Guar Perahu, pihak yang menguruskan dewan tersebut boleh bekerjasama denganPenang Science Cluster untuk menjalankan aktiviti – aktiviti pembelajaran STEM.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

22. Perkampungan Sungai Lembu:

(a) Bolehkah PDC atau Kerajaan Negeri bina rumah mampu milik di tanah TOL untuk keluarga muda dan golongan muda?

(b) Apakah tindakan PDT/PBT, penguatkuasaan setelah disyorkan Pengarah Jabatan Kesihatan dalam JKTD 27/9/18 ditutup Ternakan Ayam di tanah TOL berikutan siasatan aduan wartawan bukti video lalat teruk semasa Makan Malam SRJK

Y.A.B. Ketua Menteri:

22. (a) Secara dasarnya, tanah yang dikeluarkan Lesen Pendudukan Sementara (LPS) atau Temporary Occupation License (TOL) adalah tanah milik kerajaan yang diberi hak kepada pemegang LPS untuk tempoh seperti yang ditetapkan dalam kelulusan. Pihak Berkuasa Negeri berhak untuk membuat keputusan sama ada untuk diberi milik kepada Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) atau lain-lain agensi kerajaan untuk pembinaan Rumah Mampu Milik (RMM) setelah LPS tamat. Namun begitu, Kerajaan Negeri setakat ini tiada sebarang perancangan untuk membina RMM di Perkampungan Sungai Lembu. Namun begitu, cadangan ini boleh dipertimbangkan dengan sewajarnya setelah kajian sebenar keperluan perumahan tersebut dilakukan.

Dalam pada itu, Kerajaan Negeri buat masa ini tidak menetapkan sebarang dasar yang khusus untuk membantu pemohon-pemohon muda atau daripada kategori

Page 274: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

274

umur tertentu dalam memperolehi unit Rumah Mampu Milik (RMM). Ini kerana, dasar sedia ada adalah untuk memastikan unit-unit kediaman dengan harga berpatutan ini dibekalkan kepada rakyat Pulau Pinang yang berpendapatan rendah dan sederhana tanpa mengira peringkat usia.

(b) Berdasarkan rekod Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) terdapat 17 ladang ternakan ayam di sekitar Perkampungan Sungai Lembu. Pemantauan dilaksanakan dengan tegas dan konsisten untuk memastikan ladang-ladang ini mematuhi syarat pelesenan MPSP. Setakat ini kompaun telah dikenakan kepada dua ladang ternakan ayam berlesen iaitu Ladang Boon Sim Fah (90/44-2/189) dan Ladang Lee Seng Kean ( 90/44-2/62). Selain itu, MPSP turut membuat semburan racun lalat pada 4 Oktober 2018 di sekitar kawasan tokong dan sekolah dalam usaha mengurangkan densiti lalat di sekitar kawasan tersebut.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

23. Bolehkah MAINPP bantu merealisasikan cadangan ADUN untuk menaiktaraf Pondok pengajian Islam yang popular di kalangan warga emas Muslim tanpa stigma rumah orang-orang tua untuk jadi Pusat Warga Emas dan Jagaan Paliatif kepada mereka yang tidak boleh urus diri dengan beri perkhidmatan kesihatan, makan-minum, tukar pampers, jagaan paliatif kepada pesakit paliatif?

Y.A.B. Ketua Menteri:

23. Setakat ini Kerajaan Negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) tidak bercadang untuk membuat ketetapan kepada mana-mana pengusaha sekolah pondok pengajian Islam untuk meluaskan operasi mereka dengan menyediakan perkhidmatan seperti yang dinyatakan termasuk jagaan paliatif khususnya kepada warga emas.

Walau bagaimanapun, MAINPP sentiasa menyokong pihak-pihak yang berminat untuk menyediakan pondok pengajian Islam yang menjadi kecenderungan di kalangan warga emas pada ketika ini sebagai mana yang dinyatakan dan MAINPP tidak berhasrat untuk mewujudkan sendiri pusat berkenaan.

Pihak MAINPP bersedia untuk menjadi pemudah cara dalam mewujudkan pusat-pusat pengajian sebegini seperti dalam urusan pewakafan tanah-tanah yang terlibat bagi maksud menjalankan aktiviti sedemikian.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

24. Infrastruktur sekolah yang dhaif:

(a) Adakah proses permohonan dan peruntukan e-sumbangan kepada Sekolah Kebangsaan sama seperti Sekolah China dan Mubaligh?

(b) Bolehkah sistem e-sumbangan dibuka kepada SAR dan Pusat Tahfiz atau sistem yang sama digunapakai oleh Pejabat Agama/JAINPP dengan penambahan peruntukan yang mencukupi?

(c) Apakah perancangan untuk membaikpulih SAR Haji Saad Tanah Liat?

Y.A.B. Ketua Menteri:

24. (a) Sekolah Kebangsaan tidak mengguna pakai sistem e-sumbangan sepertimana yang digunakan oleh Sekolah Cina dan Mubaligh. Bagi sebarang permohonan peruntukan bagi kerja-kerja pembaikan infrastruktur preventive atau corrective, pihak sekolah perlu mengemukakan permohonan ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) sebelum permohonan ini dipanjangkan ke Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk pertimbangan selanjutnya.

Page 275: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

275

(b) Buat masa ini, Kerajaan Negeri tidak mempunyai perancangan untuk memperluaskan penggunaan sistem e-sumbangan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR), Pusat Tahfiz dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAIPP). Pada tahun 2018, Kerajaan Negeri melalui JHEAIPP telah memperuntukkan sebanyak RM2.8 juta bagi tujuan membina dan menaiktaraf sekolah agama rakyat di negeri Pulau Pinang. Selain itu, Kerajaan Negeri juga telah meluluskan peruntukan tahunan sebanyak RM3.0 juta kepada Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan di Negeri Pulau Pinang dan penubuhan sebuah Jawatankuasa Khas Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan untuk menguruskan pengagihan peruntukan ini. Penyaluran peruntukan tahunan ini akan dilaksanakan berdasarkan bottom-up approach di mana peruntukan akan disalurkan berdasarkan keperluan dan permintaan daripada sekolah bantuan penuh kerajaan melalui Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang (JPNPP). Dalam hal ini, Kerajaan Negeri akan menyalurkan peruntukan kepada sekolah-sekolah yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Khas Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan melalui pemberian secara ‘outright grant’ bagi melaksanakan kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan mengikut kaedah perolehan yang berkuatkuasa. Bermula Januari 2019, sekolah-sekolah yang terlibat boleh mengemukakan permohonan kepada JPNPP.

(c) Sehingga kini, Kerajaan Negeri belum menerima sebarang permohonan bagi kerja-kerja baik pulih Sekolah Agama Rakyat Haji Saad Tanah Liat. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri sedia mempertimbangkannya permohonan ini mengikut senarai keutamaan projek-projek yang diluluskan.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

25. Pembangunan sukan bolasepak melalui Klinik Bola komuniti percuma dan Kelab komuniti DNA Penanti untuk melatih anak-anak kampung/tempatan dan kerjaya bolasepak:

(a) Apakah langkah-langkah konkrit dan peruntukan yang boleh diberi oleh Kerajaan Negeri untuk menyokong usaha ADUN, jurulatih-jurulatih profesional dan tempatan sehingga pasukan Sekolah Taiwan datang untuk lawan, menang 4 kejuaraan U12-U8?

Y.A.B. Ketua Menteri:

25. Kerajaan Negeri senantiasa memberi perhatian kepada pembangunan sukan di negeri ini termasuklah sukan bola sepak. Bagi melahirkan generasi pemain bola sepak yang unggul dan berkebolehan tinggi dalam arena bola sepak negara, pendedahan awal mengenai teknik-teknik permainan bola sepak perlu diberikan kepada kanak-kanak. Oleh itu, Kerajaan Negeri mengambil maklum dan mengiktiraf usaha yang dilaksanakan oleh Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan Negeri (YB. ADUN) Penanti dalam mengadakan Klinik Bola Komuniti percuma dan Kelab Komuniti DNA Penanti.

Pada masa kini, Kerajaan Negeri tidak menyediakan peruntukan khas untuk tujuan tersebut. Walau bagaimanapun, sekiranya ADUN ingin menganjurkan sebarang pertandingan bola sepak, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan(MMK) Belia dan Sukan bersedia memberi sumbangan berdasarkan peruntukan sedia ada.

Selain itu, YB. ADUN juga disaran untuk mendapatkan tajaan daripada pihak luar bagi menampung perbelanjaan program. Tajaan daripada pihak luar dengan menjadikan Kelab Komuniti sebagai 'anak angkat' mereka juga dilihat dapat membantu menambah sumber kewangan.

Kerajaan Negeri akan mengadakan perbincangan dengan Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) dalam usaha memberi sokongan kepada komuniti bagi melatih dan mencungkil bakat di kalangan anak-anak kampung.

Page 276: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

276

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

26. Bagaimanakah Kerajaan Negeri boleh tingkatkan usaha ADUN bersama pakar-pakar mentor dan agensi bantuan kewangan untuk bantu usahawan wanita, yang berniaga di rumah dan belia dengan mengguna penyelesaian inovasi teknologi dan otomasi untuk tingkatkan volume pengeluaran, packaging yang tahan lama, tingkatkan pasaran, kurangkan pekerja dan kos untuk tingkatkan perniagaan dan pendapatan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

26. Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) membantu usahawan wanita dan belia bagi mempertingkatkan pengeluaran, pasaran dan seterusnya meningkatkan perniagaan dan pendapatan mereka menerusi usaha-usaha seperti berikut:-

(a) Kemudahan pinjaman mikro kredit yang dikenali sebagai Skim Pinjaman Harapan (SPH) Negeri Pulau Pinang, yang dahulunya dikenali sebagai Projek Titian Saksama Rakyat (PTSR) Negeri Pulau Pinang. Skim ini diwujudkan dengan matlamat untuk membantu mewujudkan modal tambahan kepada usahawan termasuk wanita dan belia di Negeri Pulau Pinang. Pinjaman SPH ini disalurkan tanpa sebarang cagaran dan penjamin dengan jumlah pinjaman antara RM2,000.00 hingga maksimum RM25,000.00 untuk mereka yang berumur dari 18 hingga 60 tahun dengan tempoh bayaran balik antara 2 hingga 3 tahun. Sejak tahun 2009 hingga Oktober 2018 seramai 1,739 usahawan wanita dan 1,987 golongan belia telah menikmati pinjaman ini;

(b) Tabung Usahawan Tani Muda (TUTM) Negeri Pulau Pinang dilaksanakan di bawah Jawatankuasa MMK Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang bersama PDC dengan kerjasama Jabatan Pertanian Negeri, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang. PDC telah bertindak bagi pihak Kerajaan Negeri sebagai pemberi pinjaman, pengutip dan pentadbir. Program ini diwujudkan untuk memberi dorongan kepada golongan belia untuk menjadikan sektor industri asas tani sebagai kerjaya dan berpotensi sebagai punca pendapatan yang lumayan. Peruntukan sebanyak RM750,000.00 setakat Jun 2018 telah disalurkan oleh Kerajaan Negeri kepada PDC untuk mengendalikan proses pinjaman mikro kredit. Pinjaman sebanyak RM5,000.00 seorang telah diberikan kepada peminjam pertama bagi tempoh bayaran balik selama 2 tahun tanpa faedah. Bagi pinjaman seterusnya, faedah 8% setahun dikenakan kepada peminjam dan tempoh bayaran balik selama 2 tahun. Sejak tahun 2015 hingga Oktober 2018, seramai 88 orang (80%) usahawan lelaki telah menikmati pinjaman ini dengan jumlah pinjaman yang dikeluarkan sebanyak RM464,000.00. Manakala 22 orang (20%) usahawan wanita telah menikmati kemudahan pinjaman ini dengan jumlah pinjaman yang dikeluarkan sebanyak RM118,000.00;

(c) Melaksanakan program-program latihan keusahawanan seperti bengkel, seminar dan motivasi kepada usahawan-usahawan Pulau Pinang bagi memperkasakan ilmu pengetahuan, kemahiran dan kefahaman keusahawanan dalam bidang pengurusan perniagaan supaya menjadi usahawan yang berdaya maju, berdaya saing dan berdaya tahan. Sejak tahun 2008 hingga Oktober 2018, terdapat sebanyak 100 program latihan keusahawanan telah diadakan dengan penyertaan seramai 4,126 orang usahawan termasuk wanita dan belia;

(d) Program latihan keusahawanan seperti Kursus Pemasaran e-commerce telah diadakan pada 3 Mei 2018, Kursus Pengurusan Kewangan pada 5 Julai 2018 dan Kursus Pembungkusan, Pelabelan dan Penjenamaan pada 7 Ogos 2018; dan

(e) Bekerjasama dengan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) untuk menghasilkan usahawan wanita dan belia berkemahiran digital untuk menjalankan perniagaan yang menggunakan teknologi digital bagi memasarkan

Page 277: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

277

produk mereka sejajar dengan perkembangan dan trend dunia perniagaan kini yang pesat dan dinamik terutama di alam maya.

Di peringkat persekutuan pula, Matrade mempunyai program Women Exporters Development Programme (WEDP) dan Youth Exporters Development Programme (YEDP) dan menyediakan geran sehingga RM100,000.00 setahun bagi wanita dan belia yang bersedia serta berpotensi untuk eksport (export ready).

Selain itu, terdapat program khas untuk usahawan wanita yang dilaksanakan oleh pelbagai Kementerian dan agensi termasuk:

(i) Keusahawanan untuk Ibu Tunggal oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Komuniti dan Masyarakat (KPWKM);

(ii) Inkubator Kemahiran Ibu Tunggal (I-KIT) oleh KPWKM; (iii) Inkubator Keusahawanan Wanita (I-KeuNITA) oleh KPWKM; (iv) Program Pembiayaan Usahawan Wanita oleh SME Bank; dan (v) Skim Pembiayaan Ikhtiar oleh Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

Usahawan wanita, turut mendapat manfaat daripada pelbagai program yang ditawarkan oleh SME Corp. Malaysia. Sehingga September 2018, seramai 3,927 usahawan wanita telah menerima bantuan kewangan sejumlah RM229.92 juta melalui program tersebut.

Pada tahun 2018 Kerajaan Negeri melalui MMK Pembangunan Usahawan telah dan akan mengadakan beberapa persidangan dan seminar yang turut melibatkan wanita, antaranya ialah:

(a) Program Insentif dan Memperkasa Usahawan pada 17 September 2018; (b) Persidangan Wanita Dalam Ekonomi dengan kerjasama Penang Women

Development Corporation (PWDC) dari 24 hingga 25 September 2018; (c) Program Mendaya Usahawan dengan kerjasama Perdasama pada 29 September

2018; (d) Program Pemantapan Usahawan (PDC) pada 13 Oktober 2018; (e) Karnival Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu P. Pinang dari 17 hinga 8 November

2018; dan (f) Program Tunas Niaga (PROTune 2018) Pulau Pinang pada 22 November 2018

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

27. Dalam ekonomi di mana syarikat mengurangkan pekerja, gaji tak naik, sukar dapat pekerjaan, menjadi usahawan/IKS boleh jana pendapatan keluarga tetapi premis perniagaan terhad. (

a) Bolehkah Kerajaan Negeri ambil alih bangunan-bangunan terbiar seperti Perda City Mall dan bangunan lama hadapan sebagai Pusat Pemasaran dan rejuvenasi Tapak Expo Seberang Jaya seperti Pasar Borong Selangor?

Y.A.B. Ketua Menteri:

27. Kerajaan Negeri ada menyediakan sebilangan gerai untuk disewa pada kumpulan sasaran tertentu tetapi bilangannya adalah terhad. Para peniaga/usahawan/bakal usahawan adalah digalakkan untuk memanfaatkan teknologi digital/internet untuk mengurangkan kebergantungan kepada premis perniagaan.

(a) Berkaitan syor agar Kerajaan Negeri mengambil alih bangunan terbiar seperti Perda City Mall dan rejuvenasi Tapak Ekspo Seberang Jaya memerlukan kajian kebolehlaksanaan dan cost benefit analysis supaya pelaksanaannya berdaya maju dan berdaya tahan serta memberi manfaat secara optimum kepada kumpulan sasaran. Setakat ini Kerajaan Negeri tiada perancangan untuk mengambil alih bangunan-bangunan milik swasta yang terbiar.

Selain itu, Tapak Ekspo juga merupakan kawasan yang strategik dan bernilai tinggi dan sebarang perubahan atau pembangunan di kawasan ini perlu dikaji

Page 278: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

278

secara terperinci sebelum dilaksanakan. Kerajaan Negeri mengambil maklum cadangan ini bagi mewujudkan lebih banyak premis perniagaan pada masa akan datang.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

28. Cadangan membangun premis perniagaan dan latihan di atas tanah wakaf Kuala Mengkuang menjawab yang Kajian PDC terhadap Tanah Wakaf Sekolah Masriyah masih dilakukan.

(a) Apakah keputusan dan hasil Kajian PDC?

(b) Bagaimanakah ia dapat manfaat penduduk kampung Kuala Mengkuang dan JKKK?

Y.A.B. Ketua Menteri:

28. (a) Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) telah mengemukakan surat pertama pada 8 Mac 2017 dan 27 Mac 2017 bagi memohon Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) membuat kajian kedayahidupan ke atas beberapa lot MAINPP termasuk tanah wakaf Sekolah Masriyah samada tanah-tanah ini berpotensi dimajukan.

PDC walau bagaimanapun memaklumkan pihaknya sukar untuk membuat penilaian kerana terdapat banyak percanggahan input seperti kadar nilaian tanah semasa, cara pengiraan fisibiliti seperti keluasan unit, harga jualan, pelan tata atur yang tidak memberi dapatan yang membolehkan penggunaan tanah secara optima dan sebagainya. Selain itu, PDC juga menyatakan bahawa mereka mempunyai kekangan tenaga profesional untuk kerja-kerja pemantauan dan pengurusan projek. Di atas faktor-faktor tersebut PDC menolak perlantikan sebagai Penyelaras Pengurusan Projek (PMC) bagi pihak MAINPP.

Oleh yang demikian MAINPP sedang meneliti untuk membuka semula Request For Proposal (RFP) bagi cadangan pemajuan di atas tanah seperti yang dinyatakan.

XIX. Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

1. Kerajaaan Negeri telah memulakan kempen 'Say No To Straw'

(a) Adakah kempen kesedaran diberikan liputan luas serta pendidikan kepada peniaga minuman?

(b) Apakah tindakan yang akan diambil terhadap peniaga minuman yang tidak memberi kerjasama?

(c) Apakah alternatif yang akan mengganti penyedut minuman plastik yang lebih mesra alam sekitar? Huraikan.

Y.A.B. Ketua Menteri:

1. (a) Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhasrat untuk melaksanakan Dasar Larangan Penggunaan Plastik Sekali Guna (No To Single-Use Plastic) bermula pada 1 Januari 2019 secara berfasa dimulakan dengan Polisi Larangan PenggunaanPenyedut Plastik (No To Plastic Straw) secara menyeluruh di peringkat negeri. Ke arah matlamat tersebut, Kerajaan Negeri telah melaksanakan pendekatan soft approach melalui kempen-kempen kesedaran seperti berikut:

(i) Mengedarkan poster “Larangan Penggunaan Penyedut Plastik” ke gerai-gerai di sekitar kawasan KOMTAR untuk memberikan makluman awal kepada peniaga makanan dan minuman mengenai hala tuju Negeri Pulau

Page 279: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

279

Pinang ke arah larangan sepenuhnya penggunaan penyedut plastik dan menggalakkan peniaga untuk mengurangkan penggunaannya;

(ii) Menjalankan kaji selidik mengenai “Penggunaan Plastik Sekali Guna” di premis-premis makanan dan minuman di Pulau Pinang untuk mendapatkan persepsi peniaga mengenai penggunaan plastik sekali guna. Kaji selidik ini sekarang berada dalam peringkat penganalisisan data dan laporan penuh kajian dijangka siap pada bulan Disember 2018; dan

(iii) Melaksanakan sesi penerangan “Larangan Penggunaan Penyedut Plastik” secara berperingkat kepada pengusaha-pengusaha premis makanan dan minuman. Sesi penerangan pertama yang diadakan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah dihadiri oleh seramai 70 orang peserta.

(b) Cadangan tindakan penguatkuasaan peringkat awal adalah dengan mengenakan syarat tambahan permohonan baharu atau pembaharuan lesen perniagaan di bawah peruntukan Seksyen 107 (2) Akta Kerajaan Tempatan 1976. Melalui syarat ini, sekiranya pemilik restoran/peniaga tidak mematuhi ketetapan bagi larangan penggunaan penyedut plastik, Pihak Berkuasa Tempatan berhak untuk membatalkan lesen premis perniagaan sedia ada atau tidak meluluskan pembaharuan lesen perniagaan tersebut.

Selain itu, Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) telah memperkenalkan Malaysia’s Roadmap Towards Zero Singe-Use Plastics 2018-2030 yang akan menjadi pelan hala tuju negara ke arah pembasmian penggunaan plastik sekali guna. Justeru itu, perancangan Kerajaan Negeri dalam Larangan Penggunaan Plastik Sekali Guna khususnya No To Plastic Straw akan diselaraskan dengan pelan hala tuju nasional tersebut.

(c) Pelbagai alternatif boleh digunakan untuk menggantikan penyedut minuman plastik kepada produk yang lebih mesra alam. Antaranya termasuklah penyedut minuman yang diperbuat daripada gelas, keluli tahan karat (stainless steel),kertas, serai dan buluh. Penggunaan penyedut alternatif eco-friendly sebagai pengganti penyedut plastik pada masa yang sama akan dapat mengembangkan sektor ekonomi hijau (green economy) di Pulau Pinang.

Pengguna juga boleh membawa botol air minuman dilengkapi penyedut minuman yang boleh dibasuh bagi mengurangkan penggunaaan penyedut minuman plastik. Selain itu, cara yang paling mudah adalah penggunaan cawan atau gelas tanpa menggunakan penyedut minuman. Ia tidak begitu sukar sekiranya dijadikan kebiasaan dalam kehidupan harian di samping dapat mengurangkan kos kepada peniaga.

Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

2. Berbagai inisiatif atau kegiatan boleh dilakukan untuk menyahut 'Misi Pulau Pinang 2030'.

(a) Apakah kempen untuk menggalakkan pengguna membawa bekas makanan sendiri telah/akan giat dianjurkan? Jelaskan.

(b) Adakah Kerajaan Negeri berhasrat memberi insentif kepada peniaga yang mengambil bahagian dalam kempen ini misalnya gred premis perniagaan berstatus hijau? Sila huraikan.

Y.A.B. Ketua Menteri:

2. (a) Kerajaan Negeri telah memperkenalkan “Kempen Menggalakkan Orang Awam Membawa Bekas Makanan Sendiri(Bring Your Own Container and Cutlery)” pada tahun 2013 bagi mengurangkan sisa buangan melibatkan pembungkus dan peralatan makanan sekali guna di samping pada masa yang sama mengelakkan pembaziran makanan. KempenBring Your Own Container and Cutlery

Page 280: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

280

(BYOC) yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri untuk menggalakkan pengguna membawa bekas makanan sendiri adalah seperti berikut:

(i) Mengadakan ceramah, road show dan showcase bagi memberikan informasi kepada masyarakat mengenai kepentingan membawa bekas makanan sendiri dan impak positif yang dibawa kepada alam sekitar;

(ii) Memperkenalkan trend untuk membawa bekas makanan sendiri semasa hari terbuka Kerajaan Negeri sempena sambutan perayaan-perayaan utama;

(iii) Bekerjasama dengan penganjur-penganjur program seperti Penang Street Food Festival untuk meminta pengunjung membawa bekas makanan sendiri dan pada masa yang sama menggalakkan peniaga hanya membekalkan pembungkus makanan sekiranya perlu sahaja;

(iv) Menyediakan insentif dalam bentuk kupon diskaun makanan kepada orang ramai yang membawa bekas makanan sendiri ke program-program festival anjuran Kerajaan Negeri;

(v) Memberi cenderahati berupa bekas makanan, kutleri (sudu/garfu/chopstick) dan penyedut minuman keluli tahan karat sebagai galakan kepada pengunjung untuk memulakan inisiatif membawa bekas makan sendiri;

(vi) Membekalkan bekas minuman kepada kakitangan Pengurusan Kanan di pentadbiran Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan bagi mengurangkan penggunaan botol minuman plastik sekali guna dan pada masa yang sama dapat menjadi contoh kepada masyarakat; dan

(vii) Menyiarkan hebahan melalui media sosial seperti Facebook secara berkala bagi memberi kesedaran dan menggalakkan pengguna untuk sama-sama menyokong inisiatif membawa bekas makanan sendiri.

(b) Pada masa ini, Kerajaan Negeri masih belum memutuskan untuk menyediakan insentif kepada pengusaha premis makanan yang menyokong inisiatif kempen membawa bekas makanan sendiri. Namun begitu, cadangan untuk pemberian insentif dalam bentuk pengiktirafan sebagai “Premis Perniagaan Berstatus Hijau” boleh dipertimbangkan untuk pelaksanaan di masa hadapan.

Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

3. Masalah dan fenomena 'Mat Lajak' semakin berleluasa di Pulau Pinang. Seringkali boleh nampak Mat Lajak ini berlumba haram di Jalan Ahmad Nor, Jelutong dan lain-lain tempat lagi.

(a) Apakah tindakan yang telah dan akan diambil untuk mencegah kegiatan perlumbaan haram oleh kumpulan berbasikal 'Mat Lajak'? Sila huraikan.

Y.A.B. Ketua Menteri:

3. ‘Mat Lajak’ atau basikal nyamuk adalah fenomena baru dimana kumpulan remaja berusia 10 hingga 12 tahun menunggang basikal yang diubah suai secara ekstrem. Mereka bukan saja berkumpul pada hujung minggu seperti geng mat rempit, malah ada kalanya berlumba sesama sendiri di laluan yang digunakan orang awam.

(a) Bagi kes-kes lumba haram, pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) boleh mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa seperti berikut:

(i) Kaedah 42(1)(a) Peraturan Lalu Lintas Jalan 1959 - kesalahan tiada brek (basikal).

(ii) Kaedah 42(1) (b) Peraturan Lalu Lintas Jalan 1959 - Menunggang secara meniarap tidak bercelapak di atas pelana basikal.

Page 281: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

281

(iii) Antara tindakan yang telah / akan diambil oleh pihak PDRM adalah:

Operasi ini akan sentiasa dijalankan secara berkala oleh pihak PDRM

(b) Sentiasa memberi nasihat kepada penjaga yang terlibat dalam kumpulan berbasikal ‘Mat Lajak’ tentang bahaya aktiviti ini yang biasanya terdiri daripada golongan remaja yang terdiri daripada pelajar sekolah.

Melalui kempen yang di jalankan oleh pihak PDRM Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) di sekolah rendah di seluruh Negeri Pulau Pinang telah memberi penerangan berkaitan kesan / akibat gelaja basikal lajak ini.

Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

4. Apakah tindakan bagi memastikan prestasi Jabatan Lanskap MBPP berada dalam tahap terbaik agar perkhidmatan atau tanggungjawab yang digalas dapat dilaksanakan? Huraikan.

(a) Senaraikan tanggungjawab Jabatan secara khusus dan jumlah tenaga kerja Jabatan.

(b) Senaraikan jumlah yang telah dibelanjakan sejak 2013 hingga kini dan jumlah yang diperuntukan bagi tahun 2019.

Y.A.B. Ketua Menteri:

4. Bagi memastikan prestasi Jabatan Landskap MBPP berada di tahap terbaik agar perkhidmatan atau tanggungjawab yang digalas dapat dilaksanakan, MBPP akan melaksanakan perkara-perkara berikut:

(i) mengkaji semula kakitangan sedia ada; (ii) menghantar kakitangan untuk hadir latihan / kursus bagi meningkatkan prestasi

dan kemahiran kakitangan; serta (iii) memperkasakan Unit Arboris / Pokok di Jabatan Landskap agar visi Kerajaan

Negeri untuk mencapai negeri yang lebih bersih, hijau, selamat dan sihat akan terlaksana.

(a) Jabatan Landskap MBPP mempunyai seramai 265 orang tenaga kerja yang terdiri daripada 200 orang kakitangan tetap, 52 orang kakitangan kontrak dan 13 orang kakitangan sambilan dibawah empat (4) bahagian iaitu:

(i) Bahagian Dasar Dan Pembangunan

(ii) Bahagian Kawalan Penyelenggaraan

(iii) Unit Arboris/Pokok

(iv) Bahagian Projek

Senarai tanggungjawab setiap bahagian adalah seperti di Lampiran A.

(b) Jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan oleh Jabatan Landskap MBPP sejak tahun 2013 hingga bulan Oktober tahun 2018 adalah sebanyak RM107,304,760.76

Menjalankan beberapa operasi basikal lajak dan

statistik operasi ini daripada bulan Januari hingga 30 September 2018 adalah seperti berikut:Perkara

TimurLaut S/PraiUtara S/PraiTengah S/PraiSelatan BaratDaya Jumlah

Jumlah Operasi ‘Mat Lajak’ 3 8 7 4 8 30

Jumlah Adovakasi (Penjaga/remaja)

24 60 35 15 75 209

Jumlah saman di keluarkan 0 0 0 0 10 10

Jumlah Sita Basikal 0 19 4 0 10 33

Page 282: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

282

dan perinciannya adalah seperti di Lampiran B. Bagi tahun 2019, sebanyak RM26,827,437.00 telah diperuntukkan kepada Jabatan Landskap MBPP.

RUJUK LAMPIRAN A DAN B.

Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

5. Nyatakan jumlah bilangan pemegang lesen bot nelayan pantai dan jumlah bilangan/peratusan keluar menangkap ikan serta jumlah tan metrik bagi setiap kawasan nelayan pantai?

(a) Nyatakan juga jenis tangkapan?

(b) Apakah langkah-langkah proaktif yang dirancang oleh Kerajaan Negeri untuk membantu para nelayan ? Huraikan.

Y.A.B. Ketua Menteri:

5. Berdasarkan rekod Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang, jumlah nelayan pesisir pantai berlesen di seluruh Negeri Pulau Pinang ialah 4,356 orang. Walau bagaimanapun, daripada jumlah tersebut, hanya 61.23 % atau 2,667 orang nelayan sahaja yang berstatus aktif berdasarkan rekod Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Negeri Pulau Pinang. Status aktif ini merujuk kepada nelayan yang melakukan pendaratan ikan dan menerima elaun sara hidup. Pada tahun 2017, jumlah tangkapan ikan adalah 51,184.65 tan metrik. Perincian jumlah tangkapan mengikut kawasan adalah seperti di Lampiran A.

(a) Berdasarkan rekod Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang, pada tahun 2017, hasil tangkapan yang tertinggi adalah Ikan Baja dan Temenong. Perincian bagi tangkapan ikan pada tahun tersebut adalah seperti di Lampiran B.

(b) Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang dan LKIMNPP sememangnya telah melaksanakan langkah-langkah proaktif untuk membantu golongan nelayan dan buat masa ini, Kerajaan Negeri tidak bercadang untuk memperkenalkan bantuan baharu untuk nelayan. Langkah-langkah proaktif yang telah diambil adalah seperti berikut :

(i) Agropreneur Muda

Bantuan geran diberikan kepada pemohon yang berumur antara 18 hingga 40 tahun. Untuk program ini, geran dengan nilai maksimum sebanyak RM20,000.00 berupa peralatan diberikan kepada usahawan akuakultur dan maksimum RM15,000.00 untuk Usahawan Industri Asas Tani (IAT).

(ii) Kursus dan Demo In-Situ

Kursus ini lebih menumpukan kepada kemahiran teknikal seperti pembaikan enjin sangkut, pemprosesan dan pembuatan/penyelenggaraan sampan fiber.

(iii) Pinjaman Dana Nelayan

Pinjaman mudah bagi pembelian bot dan peralatan baharu atau meningkatkan keupayaan bot sedia ada, pinjaman modal operasi, pinjaman kecemasan untuk nelayan dan modal pusingan pemasaran untuk Persatuan Nelayan.

(iv) Elaun Sara Hidup Nelayan

Membantu meringankan beban golongan nelayan yang berkelayakan. Elaun yang diberikan berjumlah antara RM250.00 ke RM300.00 sebulan kepada nelayan yang layak.

(v) Pengurusan Skim Subsidi Diesel dan Petrol Nelayan

Membantu menampung sebahagian kos operasi menangkap ikan kesan daripada kenaikan harga pasaran minyak.

Page 283: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

283

(vi) Insentif Pendaratan Ikan

Insentif ini diberikan kepada nelayan yang mendaratkan ikan di jeti-jeti yang diwartakan LKIMNPP dengan nilai RM0.10 bagi setiap kilogram tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

(vii) Program Tukun Tiruan

Sejak tahun 2008 hingga 2018, sejumlah 1,173 tukun tiruan yang terdiri daripada pelbagai jenis dan saiz telah dilabuhkan di perairan Pulau Kendi dan Pulau Aman.

(viii) Program Baucar Nelayan Pesisir Pantai

Pemberian baucar bernilai RM400.00 bagi setiap nelayan yang layak. Baucar ini kemudiannya digunakan oleh nelayan untuk pembelian peralatan menangkap ikan daripada kedai-kedai yang dikenal pasti oleh Kerajaan Negeri.

RUJUK LAMPIRAN A DAN B.

Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

6. Nyatakan jumlah tangkapan pencerobohan laut oleh nelayan asing dan nelayan tempatan terhadap zon yang dibenarkan.

(a) Huraikan tahap pengaruhan negatif akibat pencerobohan tersebut.

(b) Nyatakan tindakan/hukuman yang dikenakan terhadap kesalahan ini.

Y.A.B. Ketua Menteri:

6. Kerajaan Negeri tidak akan berkompromi terhadap sebarang pencerobohan laut oleh nelayan asing dan nelayan tempatan di zon perikanan yang ditetapkan. Berdasarkan rekod Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang, bagi tahun 2018 iaitu sehingga bulan Oktober, terdapat 48 aduan berhubung pencerobohan zon perikanan oleh nelayan asing dan nelayan tempatan. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang telah menjalankan 93 tangkapan merangkumi kes pukat tunda, pukat hanyut, kenka dua bot dan bubu naga berdasarkan aduan dan operasi yang dilaksanakan. Bagi kesalahan ini, kesemua nelayan terlibat dikenakan kompaun dan sehingga Oktober 2018, jumlah kompaun yang berjaya dikutip adalah berjumlah RM41,400.00.

(a) Kegiatan pencerobohan zon perikanan oleh nelayan asing atau nelayan tempatan ini sudah semestinya memberikan kesan negatif kepada sumber perikanan yang seterusnya memberi impak negatif terhadap hasil tangkapan ikan dan pendapatan nelayan pesisir pantai atau nelayan tradisi di zon A iaitu perairan dalam lingkungan 8 batu nautika dari pantai terjejas. Selain itu, aktiviti tidak bermoral ini turut menyebabkan berlakunya isu sosial lain seperti pergaduhan di antara nelayan yang melaksanakan aktiviti tangkapan ikan secara sah dengan nelayan yang menjalankan aktiviti tangkapan ikan secara tidak sah.

(b) Hukuman yang dikenakan terhadap nelayan yang melakukan pencerobohan zon perikanan adalah berbeza mengikut jenis kesalahan yang dilakukan. Berdasarkan Dasar dan Prosedur Baru Perlesanan Jabatan Perikanan (Pekeliling Bil 10/2014), kadar hukuman bagi pengusaha vesel pukat tunda yang menceroboh kawasan di bawah zon perikanan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

Bilangan Kesalahan Muatan Vesel

<40GRT 40<70GRT >70GRT

Pertama dan

Kedua

i.Kompaun RM3,000

i.Kompaun RM6,000 i.Kompaun RM12,000

ii. Gantung lesen setahun (12 bulan); iii. Peralatan pukat tunda dirampas; iv. Pindah milik lesen tidak dibenarkan selama lima (5) tahun; dan v. Wang lelong ikan dirampas

Ketiga Tindakan mahkamah

Page 284: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

284

Jenis hukuman adalah berbeza mengikut kekerapan kesalahan, jarak dan kawasan yang diceroboh. Nelayan yang ditahan atas kesalahan pencerobohan juga tertakluk kepada hukuman lain sekiranya didapati turut melakukan kesalahan yang lain berdasarkan Akta Perikanan 1985.

Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

7. Gejala bunuh diri makin serius di kalangan masyarakat.

(a) Senaraikan statistik kes bunuh diri mengikut kategori bangsa, jantina dan umur.

(b) Apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada berlakunya kes-kes bunuh diri? Sila huraikan.

Y.A.B. Ketua Menteri:

7. (a) Statistik kes bunuh diri mengikut kaum bagi tahun 2018 (Jan – Sept) bagi Negeri Pulau Pinang adalah seperti berikut:

KAUM LELAKI PEREMPUAN JUMLAH

Melayu 2 1 3

Cina 2 3 5

India 3 2 5

Warganegara Filipina - 1 1

JUMLAH KESELURUHAN 7 7 14

Statistik kes bunuh diri mengikut Umur bagi tahun 2018 (Jan – Sept) bagi Negeri Pulau Pinang adalah:

KAUM/UMUR

21 TAHUN

KEBAWAH

22 – 40

TAHUN

41 – 59

TAHUN

60 TAHUN

KE ATAS JUMLAH

L P L P L P L P L P

Melayu - - 2 1 - - - - 2 1

Cina - 1 1 1 - 1 1 - 2 3

India - 2 2 - 1 - - - 3 2

Warganegara Filipina - - - 1 - - - - - 1

JUMLAH KESELURUHAN 0 3 5 3 1 1 1 0 7 7

3 8 2 1 14

Statistik kes bunuh diri mengikut Punca Kejadian bagi tahun 2018 (Jan – Sept) bagi Negeri Pulau Pinang adalah:

PUNCA KEJADIAN LELAKI PEREMPUAN JUMLAH

Kemurungan 1 2 3

Mengalami Penyakit Kritikal 2 - 2

Tekanan Tiada Pekerjaan 2 - 2

Selisih Faham Dalam Percintaan 1 - 1

Tekanan Kerana Ditangkap Polis 1 - 1

Page 285: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

285

Halunisasi/Nampak Mahluk Halus - 1 1

Tekanan Kerana Dituduh Mencuri - 1 1

Pengambilan Ubat Berlebihan - 1 1

Masalah Hutang - 1 1

Perselisihan Faham Dengan Suami - 1 1

JUMLAH KESELURUHAN 7 7 14

Statistik kes bunuh diri mengikut Cara Tindakan bagi Tahun 2018 (Jan – Sept) bagi Negeri Pulau Pinang pula adalah:

CARA TINDAKAN BUNUH DIRI LELAKI PEREMPUAN JUMLAH

Terjun Bangunan 3 2 5

Terjun Jambatan 1 2 3

Gantung Diri 1 1 2

Kelar Pergelangan Tangan 1 - 1

Tikam Leher 1 - 1

Potong Tangan - 1 1

Hidu Asap Arang - 1 1

JUMLAH KESELURUHAN 7 7 14

(b) Antara faktor-faktor yang menyumbang kepada gejala bunuh diri:

(i) Berdasarkan analisa yang dijalankan, mendapati mangsa lebih cenderung untuk melakukan perbuatan bunuh diri disebabkan tekanan perasan. Sebagai contoh, akibat kemurungan kerana mengalami kesakitan kronik yang berpanjangan dan tiada harapan untuk sembuh, tiada pekerjaan, pergaduhan dengan pasangan serta masalah dibebani hutang yang banyak;

(ii) Semua punca adalah berkaitan dengan jiwa atau perasaan. Kebanyakan mangsa yang mengambil tindakan bunuh diri adalah individu yang pendiam atau menyimpan perasaan dan masalah secara bersendirian tanpa meluahkan perasaan mereka kepada orang lain;

(iii) Selain itu, mangsa-mangsa bunuh diri ini beranggapan bahawa mereka merupakan individu yang memberi kesusahan dan bebanan kepada keluarga atau orang lain. Jesteru itu, mereka mengambil tindakan untuk membunuh diri dengan harapan bebanan tersebut akan selesai. Ini berlaku kepada mangsa-mangsa yang mengalami kesakitan kronik berpanjangan, dibelenggu hutang dan tiada pekerjaan atau dibuang kerja;

(iv) Terdapat juga mangsa-mangsa yang berasa malu disebabkan dikaitkan dengan tekanan dituduh melakukan curi menyebabkan mereka mengalami perasaan bersalah yang keterlaluan dan takut dimarahi atau mencemarkaan maruaah keluarga menyebabkan mangsa mengambil tindakan singkat membunuh diri untuk menyellesaikan masalah; dan

Mangsa-mangsa juga mengambil tindakan membunuh diri apabila mereka beranggapan bahawa diri mereka tidak diperlukan atau tidak disayangi oleh

Page 286: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

286

pasangan masing-masing. Ini terjadi kepada mangsa-mangsa yang terlibat dalam perselisihan faham atau pergaduhan antara suami isteri atau pasangan dalam percintaan.

Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

8. Kemahiran pengurusan stress dan menyelesaikan masalah peribadi perlu dijadikan salah satu komponen penting dalam pendidikan negara.

(a) Apakah langkah atau tindakan yang telah dan akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk membendung gejala bunuh ini daripada berleluasa? Sila huraikan dengan terperinci.

Y.A.B. Ketua Menteri:

8. Stres atau tekanan adalah tindak balas fizikal, emosi dan mental seseorang terhadap sebarang perubahan atau tuntutan yang diterima. Terdapat dua faktor utama yang menyebabkan berlakunya stres. Iaitu faktor dalaman dan faktor luaran. Faktor luaran adalah seperti tempat belajar, keluarga, persekitaran dan masyarakat. Manakala faktor dalaman pula ialah seperti imej diri dan pengurusan diri. Walau bagaimanapun, penerimaan seseorang terhadap stres adalah berbeza-beza. Perkara yang menimbulkan stres pada seseorang pula dianggap biasa oleh seseorang yang lain. Antara tindakan Kerajaan Negeri dalam menangani isu bunuh diri akibat stres adalah seperti berikut:-

(i) Mengadakan sesi dialog seperti yang berlangsung pada 25 September 2018 yang lalu, di antara I-Life Suicide Prevention Campaign & Organization dalam membincangkan isu bunuh diri dan cara pencegahan terhadap kes bunuh diri telah diadakan.

(ii) Pada 5 Oktober 2018 yang lalu, satu mesyuarat bersama dengan Ketua Pengarang dan Wakil dari Media-Media di Negeri Pulau Pinang telah membincangkan cara pencegahan serta cara laporan dan penerbitan yang akan mendatangkan kesan terhadap kes bunuh diri.

(iii) Kerajaan Negeri juga memberikan Outright Grant (OG) untuk badan bukan kerajaan (NGO) yang menyalurkan perkhidmatan kaunseling, sesi pengurusan tekanan dan lain-lain.

(iv) Pihak berkuasa negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan atau setempat, disaran untuk menganjurkan dan memperbanyakkan program-program keagamaan yang boleh memberi penerangan mengenai hukum hakam agama serta tanggungjawap antara ahli keluarga. Ini akan mewujudkan satu kekuatan jiwa kepada semua orang untuk menghargai nyawa masing-masing serta meningkatkan rasa kasih sayang dan hormat menghormati dalam institusi sesebuah keluarga yang secara tidak langsung akan menjadi ikatan kekeluargaan dan saling bertanggungjawap antara satu sama lain akan menghakis segala kemurungan atau kekecewaan yang wujud dalam diri masing-masing.

(v) Menganjurkan program yang bermanfaat untuk remaja bagi mengelakkan pembaziran masa seperti kem motivasi, sebagainya. Ini mampu mengelakkan remaja dari memikirkan perkara-perkara yang boleh menjerumuskan mereka kepada perkara negatif.

Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

9. Apakah statistik terbaru mengenai jumlah pelarian Rohingya yang memegang kad UNHCR dan tidak ada kad yang berada di Pulau Pinang setakat ini?

(a) Adakah jumlah ini semakin bertambah dengan kelahiran anak hasil daripada perkahwinan?

(b) Siapa yang dipertanggungjawabkan ke atas kehidupan harian dan kebajikan mereka?

Page 287: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

287

Y.A.B. Ketua Menteri:

9. Projek Perintis Kebenaran Bekerja untuk pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) dari etnik Rohingya bermula secara rasmi sejak 1 Mac 2017. Projek perintis itu akan membolehkan 300 pemegang kad UNHCR etnik Rohingya yang melepasi tapisan keselamatan dan saringan kesihatan untuk bekerja. Kesemua mereka akan ditempatkan di syarikat-syarikat terpilih dalam sektor perladangan dan pengilangan bertujuan memberikan kemahiran dan sumber kewangan untuk membina kehidupan sebelum ditempatkan semula ke negara ketiga. Berdasarkan kepada maklumat dari Pejabat UNHCR di Kuala Lumpur sehingga bulan Februari 2018, terdapat kira-kira 13,278 orang pelarian Rohingya yang berada di Pulau Pinang.

(a) Terdapat kemungkinan peningkatan jumlah pelarian Rohingya di Pulau Pinang sejak Februari 2018. Dalam hal ini, sebarang kelahiran anak Rohingya hasil perkahwinan sesama Rohingya atau dengan warga tempatan atau warga asing seperti Indonesia, ianya perlu didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Pulau Pinang.

(b) Dasar sedia ada tidak membenarkan pelarian yang memegang kad UNHCR bekerja secara formal. Ini kerana kad UNHCR bukanlah dokumen pengenalan diri yang membolehkan pelarian bekerja secara formal seperti mana pekerja asing yang bekerja secara sah. Walau bagaimanapun, bagi tujuan menyara hidup semasa pelarian ini tinggal sementara di Malaysia, pelarian ini bekerja sendiri untuk menyara hidup. Pihak kerajaan juga sedang melaksanakan Projek Perintis Kebenaran Bekerja kepada pelarian Rohingya di sektor pekilangan dan perladangan. Namun demikian, sambutan yang diberikan adalah amat rendah dan kerajaan sedang meneliti semula pelaksanaan projek tersebut.

Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

10. Senaraikan secara terperinci (nama, k/p dan alamat) penerima-penerima Program Agenda Ekonomi Saksama (AES) di kawasan DUN Sungai Pinang mengikut pecahan tahun sejak program AES diperkenalkan.

(a) Senaraikan jumlah bilangan dan sebab penerima AES yang telah ditamatkan bantuan.

Y.A.B. Ketua Menteri:

10. Senarai terperinci 26 orang penerima Program Agenda Ekonomi Saksama (AES) di kawasan DUN Sungai Pinang mengikut tahun adalah seperti diLampiran A.

(a) Proses pemutihan terjadual yang melalui temuduga dan siasatan, jumlah penerima yang telah ditamatkan bantuan adalah seramai 10 orang. Antara sebab-sebab penerima AES yang ditamatkan adalah pendapatan yang melebihi paras garis kemiskinan, dokumen-dokumen tidak lengkap yang menyebabkan proses pengesahan tidak dapat disempurnakan.

RUJUK LAMPIRAN A.

Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

11. Lebuh Bakau merupakan tanah Kerajaan Negeri yang diberikan kelulusan LPS kepada penghuni/pengusaha IKS sejak 70 tahun yang lalu. Kini struktur di Lebuh Bakau semakin usang dan mengancam keselamatan.

(a) Adakah Kerajaan Negeri berhasrat memajukan kawasan tersebut dengan pembangunan IKS serentak dengan perancangan pembangunan perumahan di lot bersebelahan iaitu Lot 10042/43/44/45? (b) Huraikan.

Y.A.B. Ketua Menteri:

11. Pihak Berkuasa Negeri telah meluluskan sebanyak 36 Lesen Pendudukan Sementara (LPS) bagi tujuan pembinaan rumah dan bengkel di kawasan Lebuh Bakau. Sehingga

Page 288: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

288

kini, Pentadbir Tanah Daerah Timur Laut masih lagi menerima dan memproses permohonan LPS di kawasan tersebut.

Buat masa ini, Kerajaan Negeri memberi tumpuan kepada pembangunan kawasan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) sedia ada di SME Village Batu Kawan dan Penang SME Centre di Bayan Lepas dan tiada perancangan untuk membangunkan kawasan Lebuh Bakau sebagai kawasan IKS.

(a) Bagi Lot 10042 dan Lot 10043, Seksyen 1, Bandar Jelutong, Daerah TImur Laut, tanah tersebut adalah merupakan tanah milik Perbadanan Setiausaha Kerajaan Pulau Pinang (SSI) dan dalam perancangan untuk pembangunan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Manakala bagi Lot 10044 dan Lot 10045, tanah tersebut adalah hakmilik persendirian.

Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

12. Senaraikan tindakan penguatkuasaan yang telah diambil oleh Jabatan Alam Sekitar sejak tahun 2011 dengan huraian jenis kesalahan dan amaun penalti.

(a) Berapakah kes yang telah dibawa ke mahkamah dan dihukum kerana disabit kesalahan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

12. Jabatan Alam Sekitar (JAS) bertanggungjawab untuk menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127]. Sehubungan itu, setiap tindakan penguatkuasaan yang diambil oleh JAS adalah berlandaskan kepada peruntukan Akta tersebut. Mana-mana premis yang gagal mematuhi Akta 127 akan dikenakan tindakan perundangan termasuk kompaun, notis arahan dan tindakan mahkamah. Statistik tindakan penguatkuasaan yang telah dilaksanakan oleh JAS Negeri Pulau Pinang sejak tahun 2011 hingga Oktober 2018 adalah seperti di Lampiran A dengan kesalahan-kesalahan di bawah peruntukan Akta 127 seperti berikut:

(i) Seksyen 25(1) - pencemaran perairan daratan;

(ii) Seksyen 22(1) - pencemaran udara;

(iii) Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005;

(iv) Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009; dan

(v) Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014.

(a) Sebanyak 192 kes di Negeri Pulau Pinang telah dibawa ke mahkamah dan dihukum kerana disabit kesalahan di bawah Akta 127 dari tahun 2011 hingga Oktober 2018.

Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

13. Huraikan dengan terperinci kronologi tindakan yang telah diambil terhadap Kilang Santan Agus Food Industries S/B yang beroperasi di unit kedai Rumah Pangsa Medan Tengku Blok 3.

(a) Apakah rintangan yang dihadapi oleh PBT dalam menyelesaikan masalah seperti ini yang sudah berlarutan sekian lama ini?

Y.A.B. Ketua Menteri:

13. Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah menerima aduan ke atas Kilang Santan Agus Food Industries Sdn. Bhd. yang beroperasi di unit kedai Rumah Pangsa Medan Tengku Blok 3 pada 9 Mac 2017. Hasil siasatan mendapati kilang tersebut melakukan dua (2) kesalahan iaitu menjalankan aktiviti perniagaan kategori industri ringan dikawasan yang tidak dibenarkan dan menjalankan aktiviti tanpa kebenaran oleh pihak MBPP. Kronologi tindakan yang telah diambil oleh MBPP ke atas kilang tersebut adalah seperti di Lampiran A.

Page 289: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

289

(a) Rintangan yang dihadapi oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam menyelesaikan masalah adalah pemilik premis tidak mematuhi notis yang dikeluarkan oleh pihak MBPP dan pemilik premis masih meneruskan perniagaan walaupun mereka telah didakwa dan mahkamah menjatuhkan hukuman denda.

MBPP kini dalam proses mengambil tindakan mahkamah kali kedua bagi mendapatkan perintah mahkamah mandatori untuk menghentikan aktiviti perniagaan.

Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

14. Apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi memastikan lonjakan industri kecil dan sederhana bagi jangka pendek dan jangka panjang di kawasan DUN Sungai Pinang?

(a) Apakah insentif yang disediakan untuk membantu pengasas industri kecil?

Y.A.B. Ketua Menteri:

14. (a) Kerajaan Negeri melalui Penang Development Corporation (PDC) dan Invest Penang merancang untuk membantu pengasas Industri Kecil dan Sederhana (IKS) bagi memastikan lonjakan IKS dapat dinikmati oleh semua usahawan IKS di seluruh Negeri Pulau Pinang termasuk di kawasan DUN Sungai Pinang, dengan menyediakan insentif seperti berikut:

(i) Menyediakan ruang operasi kepada Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Penang SME Centre, Taman Perindustrian Bayan Lepas dan SME Village di Taman Perindustrian Batu Kawan. Usahawan tempatan boleh menyewa/membeli ruang industri dalam projek-projek tersebut dengan kadar subsidi dan beroperasi berdekatan dengan syarikat luar negara supaya servis dan produk mereka dapat dibekalkan dalam tempoh masa atau jarak yang singkat;

(ii) Menganjurkan sesi-sesi pemadanan perniagaan dan peluang pemasaran;

(iii) Menjalinkan kerjasama dengan kilang pelaburan asing;

(iv) Menganjurkan Hari Pembekal dan memperkenalkan pelabur baru kepada syarikat tempatan yang berpotensi menjadi pembekal/vendor kepada pelabur asing;

(v) Membentuk Kluster Automasi Penang atau Penang Automation Cluster (PAC) di Kawasan Perindustrian Batu Kawan yang akan mula beroperasi pada tahun 2019;

(vi) Menawarkan Penang i4.0 Seed Fund berjumlah RM4 juta untuk membantu usahawan-usahawan baharu dalam bidang berasaskan teknologi (technopreneur) yang berpotensi untuk mencapai pengkomersialan. Penang i4.0 Seed Fund ini diuruskan oleh Invest Penang di bawah (Accelerator for Creative Analytics Technology) @CAT;

(vii) Membekalkan ruang operasi kepada technopreneur dengan kadar sewa yang bersubsidi di (Accelerator for Creative Analytics Technology) @CAT dan menganjur pelbagai program pembangunan keusahawanan untuk membantu mereka; dan Menganjurkan sesi dialog dengan agensi persekutuan yang mempunyai dana dan bajet kepada usahawan yang ingin menaiktarafkan sistem mereka dalam Industri 4.0.

Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

15. Kempen 'Pedestrian Is King' telah diterajui oleh MBPP pada tahun 2015 dan video berkaitan telah memenangi anugerah 'The Best Broadcast' di Korea.

(a) Apakah pencapaian kesedaran 'Kempen Pedestrian Is King' di kalangan rakyat Pulau Pinang?

(b) Apakah status terkini kempen tersebut ? Sila huraikan dengan terperinci.

Page 290: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

290

Y.A.B. Ketua Menteri:

15. Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah melaksanakan Kempen Pedestrian is King sejak bulan April 2016 dan menjalankan projek kaki lima bebas halangan di kawasan tapak warisan George Town. Tujuan utama projek ini adalah untuk mengalakkan lebih ramai orang berjalan kaki di laluan kaki lima yang disediakan dengan menyediakan laluan mesra pejalan kaki.

(a) Pelaksanaan Kempen Pedestrian is King di kalangan rakyat Pulau Pinang telah berjaya meningkatkan kesedaran dan mendidik orang awam terutamanya pemandu kenderaan supaya memberi perhatian yang khusus ke atas keselamatan dan keselesaan pejalan kaki.

(b) Perincian status terkini tentang Kempen Pedestrian is King adalah seperti berikut:

(i) Menggalakkan penggunaan laluan pejalan kaki serta mewujudkan laluan pejalan kaki yang berterusan dan selamat. Kawasan Lebuh Chulia telah dipilih sebagai projek perintis bagi projek ini.

(ii) Menganjurkan sesi dialog bersama dengan pemilik-pemilik premis di Lebuh Chulia bagi menerangkan kepentingan laluan pejalan kaki bebas halangan.

(iii) Mengeluarkan sebanyak 64 buah halangan tetap di laluan pejalan kaki sepanjang Lebuh Chulia, seterusnya meneruskan projek kaki lima bebas halangan di kawasan warisan sebanyak 40 buah halangan tetap telah dikeluarkan.

(iv) Mengedarkan risalah mengenai kempen ini untuk memberi kesedaran kepada pemilik-pemilik premis untuk menyediakan kaki lima bebas dari halangan.

Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

16. Pelancongan merupakan sumber pendapatan utama negeri dan juga membawa manfaat kepada rakyat Pulau Pinang.

(a) Apakah tindakan bagi memastikan rakyat tempatan tidak diketepikan dalam sektor perkhidmatan pelancongan yang kelihatan bakal dimonopoli oleh warga asing terutamanya di kawasan-kawasan pelancongan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

16. (a) Bagi memastikan rakyat tempatan tidak diketepikan dalam sektor perkhidmatan pelancongan, Kerajaan Negeri telah mengambil tindakan-tindakan berikut:

(i) Mengawal pengeluaran lesen perniagaan kepada warga asing khususnya di kawasan-kawasan tumpuan pelancong serta memberi keutamaan kepada rakyat tempatan. Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah menguatkuasakan Garis Panduan Kawalan Aktiviti Perniagaan Untuk Pengusaha Warganegara Asing yang bertujuan untuk mengawal aktiviti perniagaan yang diusahakan oleh syarikat milikan warganegara asing agar tidak mengambil kesempatan dan peluang perniagaan rakyat tempatan;

(ii) Bagi perkhidmatan penyediaan makanan, MBPP telah mengeluarkan arahan Larangan Tukang Masak Warga Asing Memasak Masakan Tempatan Pulau Pinang bagi mengekalkan keaslian masakan tempatan yang menjadi tarikan pelancong ke Pulau Pinang; dan

(iii) Melibatkan rakyat tempatan dalam pembangunan sektor perkhidmatan pelancongan berasaskan Community Based Tourism (CBT). Sebagai contoh, melalui program homestay, pengusaha-pengusaha tempatan berpeluang melibatkan diri dalam menyediakan penginapan kepada

Page 291: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

291

pelancong. Selain itu, mereka dapat memberikan perkhidmatan tambahan kepada pelancong melalui aktiviti jejak kampung, masakan tradisional, lawatan ke sawah padi, lawatan ke kolam udang, penangkapan ketam di jeti nelayan dan permainan tradisional. Aktiviti-aktiviti tersebut akan menyumbang kepada peningkatan peluang pekerjaan dan perniagaan serta pertumbuhan ekonomi yang membolehkan rakyat tempatan menambah pendapatan mereka. Pulau Pinang kini mempunyai 11 kluster homestay yang terdapat di seluruh negeri.

Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

17. Study Penang (dulu dikenali sebagai Penang Tourism Education Centre) (PCET) bercita-cita untuk menubuhkan Pulau Pinang sebagai hab pendidikan bertaraf dunia.

(a) Sila huraikan dengan terperinci prestasi pencapaian serta manfaat yang diperolehi sejak dilancarkan sehingga kini.

(b) Apakah rancangan masa depan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

17. Study Penang yang sebelum ini dikenali sebagai Penang Centre of Education Tourism ditubuhkan dengan objektif untuk mempromosi dan memperkenalkan Pulau Pinang sebagai destinasi pendidikan di Malaysia. Study Penang kini mempunyai sebanyak 14 ahli yang terdiri daripada kolej dan universiti swasta di Pulau Pinang.

Antara program-program dan aktiviti yang berjaya dilaksanakan oleh Study Penang adalah seperti berikut :

(a) Lawatan ke sekolah tinggi di Mandalay, Myanmar bersama kolej-kolej swasta untuk memberi taklimat kepada pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan akhir sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negeri. Pemberian taklimat seperti ini dijangka akan memanfaatkan Kerajaan Negeri dengan menarik lebih ramai pelajar daripada negara Myanmar untuk datang belajar di Pulau Pinang.

(b) Menyertai pameran pendidikan antarabangsa di negara jiran seperti Medan, Jakarta, Hatyai dan Phuket bagi mempromosikan kolej-kolej dan universiti swasta yang beroperasi di Pulau Pinang. Aktiviti promosi ini sedikit sebanyak akan memperkenalkan Pulau Pinang sebagai hab pendidikan di mana kos untuk belajar di Pulau Pinang adalah lebih rendah berbanding dengan Kuala Lumpur, Johor dan Singapura. Penyertaan dalam pameran pendidikan antarabangsa akan memanfaatkan Kerajaan Negeri melalui aktiviti mempromosi kolej-kolej di Pulau Pinang di mana ia akan meningkatkan kemasukan pelajar-pelajar dari luar negara di kolej-kolej tersebut dan seterusnya meningkatkan pertumbuhan ekonomi di Pulau Pinang.

(c) Menganjurkan ASEAN Australia Education Dialogue pada Mac 2018 di mana seramai 150 orang delegasi dari negara-negara ASEAN dan Australia telah mengambil bahagian dalam program ini. Study Penang telah menyokong dan menaja program ini dengan bantuan Kerajaan Negeri. Program ini telah memperkenalkan Pulau Pinang sebagai sebuah hab pendidikan antarabangsa kepada 150 delegasi tersebut. Perwakilan yang hadir di program ini telah membincangkan pelbagai isu, cabaran, dan peluang masa depan dalam bidang pendidikan. Program ini telah menghasilkan beberapa inisiatif dan perkongsian dasar antara pelbagai organisasi berteraskan pendidikan dari negara-negara ASEAN dan Australia. Selain itu, program ini juga telah mengeratkan hubungan di antara negara Australia dan negara-negara ASEAN terutamanya negeri Pulau Pinang sebagai tuan rumah kepada program ini.

Page 292: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

292

Perancangan masa hadapan Study Penang adalah seperti berikut :

(a) Mengadakan kerjasama dengan Kerajaan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia supaya membantu mendapat pengiktirafan dari Kementerian Pendidikan Negara China untuk mengiktiraf kolej-kolej di Pulau Pinang;

(b) Meneruskan aktiviti mempromosi Pulau Pinang sebagai hab pendidikan di negara jiran iaitu Thailand, Myanmar, Indonesia, Vietnam dan juga negara India;

(c) Memainkan peranan untuk membantu mempromosi kolej-kolej di Pulau Pinang di persada antarabangsa dengan bantuan Kerajaan Negeri untuk menarik lebih ramai pelajar asing belajar di Pulau Pinang; dan

(d) Memastikan kolej-kolej di Pulau Pinang sentiasa meningkatkan mutu pendidikan supaya dapat bersaing dengan negara-negara jiran khususnya Singapura.

Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

18. Pada November 2017, bencana banjir telah mengakibatkan kehilangan harta benda rakyat Pulau Pinang.

(a) Apakah rancangan pengurusan bencana yang telah diwujudkan untuk menangani sebarang bencana masa depan?

(b) Apakah latihan pengurusan bencana yang telah dan akan dianjurkan untuk pegawai kerajaan, pihak swasta, NGO, komuniti dan lain-lain?

(c) Sila huraikan dengan terperinci.

Y.A.B. Ketua Menteri:

18. (a) Kerajaan Negeri melalui Penang Green Council (PGC) telah memulakan fasa kedua membangunkan Agenda Hijau Pulau Pinang 2030 (AHPP) yang bertujuan untuk menghasilkan satu pelan hala tuju yang dapat mencapai matlamat pembangunan mampan menjelang 2030 dan salah satu fokus pelan ini adalah Pengurangan dan Pengurusan Risiko Bencana. Di bawah forum ini, Kerajaan Negeri bersama-sama agensi/ jabatan lain seperti Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Mercy Malaysia, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Jabatan Kebajikan Masyarakat, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Lahar Yooi, ADUN Seri Delima, dan Tzu Chi Dialysis Centre turut serta memberi input di dalam Pelan Pengurangan dan Pengurusan Risiko Bencana ini. Portal Penang Alert yang telah dilancarkan pada 7 Mac 2018 merupakan fasa pertama kepada usaha Kerajaan Negeri untuk meningkatkan penyaluran infomasi awal berkaitan bencana mahu pun perkara-perkara yang akan mengganggu urusan/perjalanan harian rakyat seperti penutupan jalan-jalan utama, tanah runtuh, pokok tumbang dan sebagainya. Untuk fasa kedua Penang Alert pada tahun ini, Kerajaan Negeri bercadang untuk meningkatkan fungsi Penang Alert dengan penambahan saluran melalui aplikasi mudah alih (mobile apps) dan memperluaskan kolaborasi perkongsian data dengan jabatan/agensi kerajaan seperti Jabatan Ukur dan Pemetaan dan Jabatan Meteorologi supaya maklumat seperti air pasang surut dan keadaan cuaca serta info penutupan jalan daripada kedua Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPSP) serta Jabatan Kerja Raya (JKR) dapat disampaikan dengan lebih cepat dan tepat kepada rakyat.

(b) Antara rancangan pengurusan bencana yang telah diwujudkan untuk menangani sebarang bencana masa depan adalah:-

Page 293: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

293

(i) Bengkel Pengurusan Pengoperasian Bencana telah diadakan pada 27 hingga 28 September 2018 di mana bengkel ini adalah usaha sama di antara Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang bersama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Peserta adalah terdiri agensi/jabatan yang terlibat dalam Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri/Daerah di mana antara objektif bengkel ini adalah bagi meningkatkan persefahaman serta meningkatkan penyelarasan maklumat antara agensi-agensi yang terlibat. Di samping itu, ianya dapat memantapkan peranan dan tanggungjawab jabatan serta agensi dalam menghadapi bencana.

(ii) Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dan daerah juga diadakan secara berkala.

(iii) Latihan simulasi di pusat-pusat pemindahan juga diadakan secara berkala di setiap daerah.

(c) Antara latihan yang telah diadakan adalah Penang Disaster Management Workshop yang dianjurkan oleh Tzu Chi Dialysis Centre dengan kerjasama Penang Green Council. Tujuan bengkel ini diadakan adalah bagi mengenal pasti cabaran dalam peluang kerjasama sesama kerajaan dan badan bukan kerajaan dalam isu menangani bencana dan juga kesannya terhadap kecekapan dan penggunaan sumber. Bengkel ini akan menghasilkan satu set cadangan kepada Kerajaan Negeri dan Kebangsaan tentang proses pembentukan sistem yang berkesan untuk penglibatan badan bukan kerajaan dalam isu bencana.

Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

19. Senaraikan Pusat-pusat Jagaan Warga Tua dibawah milikan Kerajaan Negeri/ swasta serta jumlah bilangan warga tua di pusat-pusat jagaan ini mengikut daerah.

(a) Nyatakan usaha Kerajaan Negeri dalam memastikan pusat jagaan beroperasi mengikut undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.

(b) Apakah tindakan Kerajaan Negeri jika pusat jagaan gagal mematuhi garis panduan kerajaan? Huraikan.

Y.A.B. Ketua Menteri:

19. Setakat ini, terdapat 67 buah Pusat Jagaan Warga Emas di Pulau Pinang, 14 buah pusat jagaan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) manakala 53 buah tidak berdaftar dengan JKM. Senarai Pusat-pusat Jagaan Warga Tua di bawah milikan Kerajaan Negeri/ swasta serta jumlah bilangan warga tua di pusat-pusat jagaan ini mengikut daerah adalah seperti di Lampiran A.

(a) Antara usaha Kerajaan Negeri dalam memastikan pusat jagaan beroperasi mengikut undang-undang dan peraturan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

(i) Mengadakan pemeriksaan berkala ke atas setiap premis sebanyak dua (2) kali setahun bagi pusat jagaan yang berdaftar. Pemeriksaan ini adalah bagi memastikan pusat-pusat jagaan mematuhi Akta Pusat Jagaan 1993 dan peraturan yang termaktub dalam Peraturan-Peraturan Pusat Jagaan 1994.

(ii) Kerajaan Negeri melalui JKM melaksanakan program pemutihan Pusat Jagaan dan TASKA tidak berdaftar di seluruh negeri Pulau Pinang. Melalui program ini, pihak JKM telah mengesan pusat-pusat jagaan tidak berdaftar dan berusaha memberi khidmat nasihat kepada para pengendali pusat jagaan mengenai proses pendaftaran. Para pengendali pusat jagaan tersebut juga didedahkan dengan pengetahuan tentang keselamatan kebakaran dan keselamatan pemakanan melalui ceramah-ceramah oleh agensi berkaitan.

Page 294: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

294

(iii) Pemberian 90% diskaun ke atas bayaran kemajuan infrastruktur untuk permohonan tukar guna bangunan kediaman kepada Pusat Jagaan dan Taska di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi tempoh bermula 15 September 2017 hingga 31 Mac 2019.

(iv) Mengadakan kempen seperti Program Jom Daftar TASKA & Pusat Jagaan dengan objektif memberi kesedaran kepada setiap pengendali pusat jagaan supaya mengambil inisiatif mendaftarkan pusat-pusat mereka. Program ini melibatkan agensi-agensi seperti Jabatan Perancang Pembangunan MBPP, Jabatan Kesihatan MBPP, Jabatan Perlesenan MBPP, Jabatan BOMBA dan Penyelamat.

(v) Mesyuarat penyelarasan antara agensi seperti MBPP, MPSP, BOMBA, Jabatan Pendidikan Negeri, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Pendaftaran Pertubuhan Pulau Pinang dan Jabatan Kesihatan Negeri bagi menyelaras isu-isu pendaftaran pusat jagaan.

(b) Antara tindakan Kerajaan Negeri kepada pusat jagaan yang gagal mematuhi garis panduan kerajaan adalah seperti berikut:-

(i) Arahan bertulis akan diberikan kepada pusat jagaan berdaftar yang gagal mematuhi garis panduan yang termaktub di dalam Peraturan-Peraturan Pusat Jagaan 1994. Pusat jagaan yang dikenakan arahan bertulis perlu membaiki kesalahan yang dilakukan dalam suatu tempoh yang ditetapkan oleh pihak JKM. Sekiranya gagal mereka boleh dikenakan arahan penutupan sementara premis.

(ii) Penutupan Pusat Jagaan atas arahan Ketua Pengarah JKM sehingga sesuatu tempoh sekiranya terdapat sebarang bahaya atau kemungkinan bahaya kepada penghuni.

(iii) Tindakan seal boleh dikenakan kepada mana-mana premis pusat jagaan yang tidak berdaftar dengan JKM.

(iv) Kompaun Pusat-pusat jagaan yang melanggar Akta Pusat Jagaan 1993 seperti tidak berdaftar dengan JKM boleh dikenakan denda sehingga RM5,000. Pusat-pusat jagaan berdaftar dengan JKM yang tidak mematuhi peraturan-peraturan seperti di dalam Peraturan-Peraturan Pusat Jagaan 1994 boleh dikenakan denda tidak melebihi RM1,000.

(v) Pendakwaan pusat-pusat jagaan yang melanggar Akta Pusat Jagaan 1993 boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali. Bagi kesalahan berterusan, boleh dikenakan denda RM1,000 sehari bagi tiap-tiap hari sesuatu kesalahan berterusan. atau dipenjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya sekali.

(vi) Pusat jagaan yang berdaftar dengan JKM boleh dibatalkan pendaftaran sekiranya berlaku pelanggaran atau ketidakpatuhan apa-apa peraturan yang ditetapkan didalam Akta Pusat Jagaan 1993.

RUJUK LAMPIRAN A.

Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

20. Pengusaha barangan kitar semula tidak berlesen di kawasan perumahan telah membawa kacau ganggu, ancaman kebersihan dan kesihatan ke penduduk setempat.

(a) Senaraikan semua pengusaha barangan kitar semula yang berlesen.

(b) Apakah garis panduan dan tindakan oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan aktiviti barangan kitar semula tidak mengancam ketenteraman kehidupan penduduk setempat?

Page 295: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

295

Y.A.B. Ketua Menteri:

20. (a) Terdapat sebanyak 156 pengusaha barang kitar semula berlesen di negeri Pulau Pinang. Seramai 24 pengusaha tersebut berada di kawasan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) manakala 132 pengusaha berada di kawasan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

Senarai semua pengusaha barangan kitar semula yang berlesen di negeri adalah seperti di Lampiran A.

(b) Garis panduan dan tindakan oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan aktiviti barangan kitar semula tidak mengancam ketenteraman kehidupan penduduk setempat adalah seperti berikut:

(i) Mensyaratkan premis kitar semula perlu mendapat sokongan dan ulasan daripada Jabatan Alam Sekitar terlebih dahulu sebelum lesen premis dikeluarkan;

(ii) Memastikan premis kitar semula tidak mempunyai isu tukar guna bangunan atau pembinaan haram;

(iii) Memantau dan mengambil tindakan pengeluaran Notis Kacau Ganggu kepada pemilik kitar semula yang menyebabkan kacau ganggu kepada penduduk setempat;

(iv) Membatalkan lesen premis kitar semula jika tidak mematuhi syarat-syarat pelesenan;

(v) Menghapuskan kacau ganggu (rampasan / sitaan) barang-barang berkaitan sekiranya pemilik premis gagal mematuhi arahan notis yang dikeluarkan;

(vi) Mengambil tindakan perundangan dengan membawa kes berkaitan untuk tindakan mahkamah; dan

(vii) Mengambil tindakan penguatkuasaan bersepadu Pihak Berkuasa Tempatan dengan agensi penguatkuasaan lain seperti pihak Polis dan Jabatan Kesihatan Negeri untuk memastikan tiada pelanggaran dari aspek kesihatan dan pembiakan vektor, aktiviti tanpa lesen dan ketiadaan permit pihak keselamatan untuk menjalankan aktiviti barang lusuh.

RUJUK LAMPIRAN A.

Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

21. Kawasan Kampung Rawa terletak di KADUN Sungai Pinang yang juga merupakan satu tanah majlis dan kawasan 'hot-spot' banjir.

(a) Apakah perancangan Kerajaan Negeri ke atas kampung tersebut seperti pembangunan perumahan yang lebih tersusun, bebas daripada ancaman banjir dan sebagainya? Sila nyatakan dengan terperinci.

Y.A.B. Ketua Menteri:

21. (a) Perancangan Kerajaan Negeri melalui Majlis Bandaraya Pulau Pinang untuk membantu mengurangkan impak dan frekuensi banjir di sekitar Kampung Rawa adalah dengan menaik taraf sistem saliran di sekitar kampung tersebut. Sehubungan itu, peruntukkan sebanyak RM500,000.00 telah dipohon untuk tahun 2019. Pada ketika ini, projek tersebut di dalam fasa rekabentuk dan penyediaan dokumen tender. Proses lantikan kontraktor dijangka akan dibuat pada awal tahun 2019. Projek dijangka bermula pada suku kedua tahun 2019 dan dijangka disiapkan dalam tempoh enam (6) bulan.

Page 296: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

296

Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

22. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh PBT dan Jabatan Kesihatan Negeri untuk memastikan kebersihan semua tempat makanan sentiasa terjamin?

(a) Adakah pemasangan dan penyelenggaraan perangkap gris di semua tempat makanan sentiasa dipantau dan mengikut garis panduan yang ditetapkan?

(b) Jika tidak, apakah tindakan yang diambil? Huraikan.

Y.A.B. Ketua Menteri:

22. Langkah-langkah yang diambil oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jabatan Kesihatan Negeri untuk memastikan kebersihan semua tempat makanan sentiasa terjamin adalah seperti berikut:

(a) Langkah-langkah yang diambil oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) adalah seperti berikut:

(i) Mengenakan syarat-syarat pelesenan berkaitan aspek kebersihan kepada pemegang lesen.

(ii) Mengadakan operasi pemantauan dan penguatkuasaan bersepadu di premis-premis makanan bersama jabatan / agensi luar seperti Jabatan Kesihatan Negeri.

(iii) Mengeluarkan tawaran kompaun dan notis bagi kesalahan-kesalahan yang melibatkan ketidakpatuhan syarat-syarat pelesenan.

(iv) Menyekat pembaharuan lesen perniagaan bagi premis yang mencapai gred kebersihan C dan ke bawah.

(v) Membatalkan lesen perniagaan bagi premis perniagaan yang tidak menepati dan mematuhi syarat-syarat oleh jabatan / agensi penguatkuasaan yang melibatkan aspek kebersihan.

(b) Langkah-langkah yang diambil oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MBPP) adalah seperti berikut:

(i) Menyalurkan pendidikan kesihatan kepada pengusaha premis dan pengendali makanan berkaitan kepentingan tatacara pengurusan premis yang mematuhi Garis Panduan Kebersihan Makanan serta memastikan keselamatan makanan yang dijual.

(ii) Mempertingkatkan serta mengekalkan tahap kebersihan premis makanan, seterusnya menjamin keselamatan makanan yang dijual untuk mengelakkan kejadian kes pencemaran dan keracunan makanan.

(iii) Memberi kesedaran kepada pengguna mengenai kepentingan aspek kebersihan premis dan keselamatan makanan ketika memilih untuk makan di luar.

(iv) Mengurangkan kejadian insiden dan prevalen kes penyakit penyakit bawaan makanan dan air seperti keracunan makanan, typhoid, taun dan sebagainya melalui pemeriksaan premis.

(v) Menjalankan aktiviti pengredan premis makanan setiap tahun. Notis penutupan premis akan dikeluarkan kepada pengusaha yang tidak mencapai tahap kebersihan yang ditetapkan

(c) Langkah-langkah yang diambil oleh Jabatan Kesihatan Negeri adalah seperti berikut:

(i) Menjalankan aktiviti pemeriksaan premis makanan secara berkala dengan keutamaan diberikan kepada premis-premis berikut :

Premis makanan yang tidak berlesen

Premis makanan yang beroperasi 24 jam

Page 297: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

297

Premis makanan yang menjadi tumpuan ramai

(ii) Mengenakan kompaun atas kesalahan-kesalahan yang boleh dikompaun serta menutup premis yang tidak bersih.

(iii) Mengadakan program promosi kebersihan makanan untuk mendidik pengusaha dan pekerja dipremis makanan.

Pemantauan terhadap perangkap minyak dan gris sentiasa dibuat ketika pemantauan dan pemeriksaan dijalankan di premis-premis perniagaan. Ini merupakan prosedur operasi standard untuk memastikan perangkap minyak dan gris yang dipasang menepati standard dan garis panduan yang telah ditetapkan.

Tindakan yang diambil bagi perangkap minyak dan gris yang tidak dipasang dan diselenggara adalah seperti berikut:

(i) Mengeluarkan tawaran kompaun.

(ii) Mengambil tindakan pembatalan lesen premis perniagaan.

(iii) Tidak mengeluarkan lesen premis jika perangkap gris tidak dipasang bagi premis makanan.

Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

23. Banyak persatuan sosial tradisional khususnya 'guilds/clans' biasanya menganjurkan aktiviti nyanyian/senaman/jamuan makan perayaan ulangtahun sahaja.

(a) Adakah Kerajaan Negeri memberi galakkan/bekerjasama dengan persatuan-persatuan ini supaya merancang aktiviti yang merangkumi pembelajaran Internet, penggunaan telefon pintar dan sebagainya untuk warga-warga tua?

(b) Apakah insentif/ganjaran daripada Kerajaan Negeri kepada persatuan-persatuan yang memberi perkhidmatan kebajikan kepada rakyat jelata?

Y.A.B. Ketua Menteri:

23. (a) Kerajaan Negeri sememangnya komited dalam membantu persatuan-persatuan yang berteraskan kebajikan. Setakat ini Kerajaan Negeri sentiasa bekerjasama dan memberi galakan kepada mana-mana persatuan kebajikan yang mengemukakan permohonan untuk memohon sumbangan atau kerjasama daripada Kerajaan Negeri termasuk persatuan yang ingin mengadakan pembelajaran internet dan penggunaan telefon pintar untuk warga emas.

(b) Kerajaan Negeri sentiasa memberikan bantuan kepada persatuan-persatuan yang menjalankan aktiviti/program kebajikan khususnya bantuan kewangan kepada persatuan yang membuat permohonan. Selain itu, Kerajaan Negeri turut menyediakan beberapa bantuan geran sama ada geran rangsum atau geran pentadbiran bagi mana-mana persatuan yang terlibat dalam sesuatu program atau projek kebajikan. Contohnya, persatuan yang terlibat dalam pelaksanaan Pusat Transit Gelandangan yang akan dibina nanti.

Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

24. Jalan yang tidak rata di jalan utama Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu dan lain-lain jalan telah mengakibatkan kerosakan tayar kereta selain daripada menyebabkan kemalangan jalan raya terhadap penunggang motosikal.

(a) Apakah tindakan proaktif daripada jabatan MBPP dan JKR untuk membuat pemantauan jalan raya dan bertindak segera setiap hari untuk keselamatan pengguna jalan raya?

Y.A.B. Ketua Menteri:

24. Kerajaan Negeri melalui Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) sentiasa memantau dan memastikan keselamatan serta keselesaan kepada

Page 298: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

298

pengguna jalan raya setiap hari, terutamanya terhadap penunggang motosikal dengan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan mengikut tiga (3) kategori penyelenggaraan iaitu penyelenggaraan rutin, penyelenggaraan berkala dan kerja-kerja kecemasan. Antara tindakan proaktif yang telah diambil oleh kedua-dua jabatan dalam membuat pemantauan di jalan utama Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu adalah seperti berikut:-

(i) Setiap jabatan mempunyai pasukan penyelenggaraan jalan yang akan melakukan rondaan harian. Pasukan rondaan akan mengambil tindakan dalam tempoh 24 jam berdasarkan hasil pemantauan dan aduan awam bagi menampal jalan dan membaik pulih kerosakan jalan yang berskala kecil seperti lopak jalan;

(ii) Mewujudkan jadual perancangan dan pemantauan audit berkala bagi memastikan kakitangan penyelenggaraan mengenal pasti kerosakan jalan yang berlaku agar kerja-kerja pembaikan dapat dilakukan dengan segera atau berkala mengikut jenis kerosakan;

(iii) Mewujudkan WhatsApp Group bagi memudahkan komunikasi dan penyampaian maklumat di antara kakitangan dapat disalurkan dengan cepat dan mudah sekiranya terdapat sebarang isu atau masalah di jalan raya;

(iv) Bagi memastikan kualiti turapan pula, pihak jabatan telah mewajibkan supaya bekalan premix hanya boleh dibekalkan dari loji premix yang mendapat kelulusan mengikut spesifikasi yang ditetapkan sebelum kerja-kerja penurapan dilaksanakan; dan

(v) Pemasangan sistem CCTV yang digunakan dengan berkesan untuk meningkatkan keselamatan, pemantauan lalu lintas dan mengawal kesesakan lalu lintas disamping memastikan juga pemantauan terhadap kerosakan jalan raya dapat di selenggara dengan segera.

Pihak MBPP dan JKR juga sedang meneliti kaedah pembaikan jangka masa panjang bagi pembaikan mendapan jalan di Persimpangan Gat Lebuh Macallum dan Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu yang telah dicadangkan oleh pihak IJM Land. Kaedah pembaikan yang akan diputuskan kelak akan dilaksanakan oleh pihak IJM Land sebagai tanggungjawab korporat sosial (CSR) syarikat berkenaan.

Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

25. Lapangan Terbang Subang membenarkan Grab 'pick up' dan taxi bermeter untuk mengambil penumpang.

(a) Adakah Kerajaan Negeri dan Kementerian Pengangkutan akan menyelaraskan dengan membenarkan taxi bermeter dan Grab untuk mengambil penumpang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang?

Y.A.B. Ketua Menteri:

25. Pengurusan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang berada di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pengangkutan (MOT) akan menyelaras perkhidmatan teksi dan e-Hailing di kesemua lapangan terbang seperti berikut:

(i) Perkhidmatan teksi bermeter dibenarkan beroperasi di lapangan terbang, dan tertakluk kepada syarat-syarat operasi bagi lapangan terbang tersebut; dan

(ii) Bagi perkhidmatan e-Hailing seperti GRAB, Pemegang Lesen Perniagaan Pengantaraan (LPP – Syarikat e-Hailing) hendaklah memastikan pemandu-pemandunya mengambil dan menurunkan penumpang di lokasi khas yang disediakan oleh pihak pengurusan terminal lapangan terbang serta mematuhi syarat-syarat operasi di lapangan terbang tersebut.

Kerajaan Negeri akan menyokong keputusan yang ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan dan akan membantu dari segi penyelarasan sekiranya perlu.

Page 299: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

299

Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

26. Permodenisasi lif telah dijalankan di Flat PPR Jalan Sungai, malangnya kerosakan sering berlaku disebabkan vandalisme.

(a) Adakah Pihak PBT akan memperketatkan lagi syarat penyewaan dan tindakan tegas diambil misalnya batalkan kontrak penyewaan unit PPR ke atas individu yang merosakkan harta benda awam?

(b) Apakah langkah-langkah keselamatan yang akan dipertingkatkan oleh PBT untuk mengurangkan kegiatan vandalisme?

Y.A.B. Ketua Menteri:

26. Perkhidmatan lif di Program Perumahan Rakyat (PPR) Jalan Sungai telah dinaik taraf pada tahun 2017 dengan kos sebanyak RM795,000.00 oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP). Malangnya, perkhidmatan lif ini seringkali mengalami kerosakan akibat aktiviti vandalisme.

(a) Pihak MBPP memandang serius terhadap kerosakan lif yang berlaku akibat aktiviti vandalisme. Untuk itu, sekiranya didapati mana-mana penyewa premis MBPP yang terbukti telah melakukan vandalisme ke atas harta milik MBPP, tindakan undang-undang boleh diambil dengan menamatkan penyewaan premis berkenaan dan penyewa dikehendaki membayar kos pembaikan tersebut.

(b) Langkah-langkah yang diambil oleh pihak MBPP untuk mengekang kegiatan vandalisme adalah:

(i) Menambah lokasi pemasangan Litar Kamera Tertutup (CCTV) untuk membolehkan pemantauan dibuat secara lebih menyeluruh;

(ii) Meletakkan pengawal keselamatan untuk memantau dan melaporkan kepada MBPP sekiranya berlakunya vandalisme; dan

(iii) Menjalinkan kerjasama dengan Persatuan Penduduk dan Penang Women’s Development Centre (PWDC) dalam memberi pendidikan kepada penduduk untuk menjaga harta awam.

Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

27. Apakah tahap kualiti air di Sungai Pinang selepas tamatnya kontrak penggunaan teknologi IQPR?

(a) Huraikan secara terperinci perbezaan tahap kualiti air tanpa dan selepas penggunaan teknologi IQPR.

(b) Apakah keberkesanan tindakan oleh pasukan Task Force yang ditubuhkan untuk mengatasi isu-isu pencemaran sungai dan berkaitannya?

(c) Adakah tindakan penguatkuasaan diperketatkan lagi? Jelaskan.

Y.A.B. Ketua Menteri:

27. Tahap kualiti air di Sungai Pinang setelah tamat tempoh projek penggunaan teknologi Infinitesimal Quantum Persistent Reflection (IQPR) pada tahun 2017 adalah Kelas II (Bersih).

(a) Sebelum penggunaan IQPR, kualiti air Sungai Pinang pada tahun 1998 berada di Kelas IV iaitu kotor, dengan Kualiti Indeks Air (WQI) pada julat 31.0 - 51.9 dan bacaan parameter Keperluan Oksigen Biokimia (BOD) pada julat 6-12mg/l. Namun selepas penggunaan teknologi IQPR, kualiti air Sungai Pinang telah meningkat ke Kelas II iaitu bersih, dengan WQI pada julat 76.2 - 92.7 dan BOD pada 1-3 mg/l. Kerjasama agensi kerajaan dan swasta di samping penggunaan teknologi IQPR merupakan penyumbang kepada pemulihan kualiti air Sungai Pinang.

Page 300: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

300

(b) Pasukan Task Force yang ditubuhkan untuk mengatasi isu pencemaran Sungai Pinang pada tahun 2014 telah menggembleng tindakan dan kerjasama di antara agensi kerajaan dan juga agensi swasta dalam meningkatkan kualiti air Sungai Pinang. Hasil penglibatan dan komitmen kesemua agensi dalam menjalankan tugas di bawah task force ini merupakan salah satu faktor penyumbang kepada peningkatan kualiti air Sungai Pinang ke kelas II pada tahun 2017. Tindakan yang diambil di bawah Task Force ini adalah seperti berikut:

(i) Mewujudkan kerjasama antara Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Indah Water Konsortium Berhad (IWK) dalam mengambil tindakan terhadap pembuangan sisa penyembelihan ke dalam Sungai Pinang;

(ii) Mewujudkan kerjasama di antara JPS dengan Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Timur Laut (PDTDTL) dalam pewujudan rizab sungai bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan sungai dapat dilaksanakan;

(iii) Pemantauan berkala oleh JPS yang bertujuan menghalang pencerobohan rizab sungai dan pembuangan sampah haram. JPS akan bekerjasama dengan agensi yang mempunyai bahagian penguatkuasaan iaitu PDTDTL dan MPSP untuk tindakan penguatkuasaan ke atas pencerobohan rizab sungai dan pembuangan sampah haram;

(iv) Mengenakan had standard yang lebih ketat oleh pihak JAS bagi pelepasan kumbahan daripada projek-projek yang tertakluk kepada Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) dan terletak di kawasan yang menjadi tumpuan orang awam untuk aktiviti rekreasi serta pantai-pantai peranginan kepada Standard A, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan) 2009 berbanding Standard B sebelum ini;

(v) Mewajibkan setiap premis melantik individu yang berwibawa (competent person) yang ditauliah oleh Jabatan Alam Sekitar dan telah melalui program pensijilan kompetensi untuk mengendalikan sistem pengolahan efluen di premis masing-masing bagi memastikan pelepasan efluen daripada kilang-kilang sentiasa mematuhi had piawai yang ditetapkan;

(vi) Pemantauan kualiti air sungai secara berkala oleh Jabatan Alam Sekitar(JAS) bagi memastikan tindakan segera dapat diambil ke atas punca-punca pencemaran jika bacaan parameter kualiti air yang dikesan melebihi piawai yang ditetapkan;

(vii) Pelaksanaan kempen kesedaran berhubung kepentingan memelihara sungai oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS); Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP); dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dengan kerjasama Badan-badan Bukan Kerajaan di kawasan Sungai Pinang;

(viii) Pelaksanaan kerja-kerja pembersihan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) yang melibatkan sebanyak 161 premis dan struktur bangunan di tepi Sungai Pinang; dan

(ix) Pada masa yang sama, kesemua agensi yang berkenaan juga akan memastikan permohonan pemajuan berkaitan Sungai Pinang mematuhi garis-garis panduan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), iaitu Manual Saliran Mesra Alam, Erosion and Sediment Control Plan (ESCP) dan garis panduan pembangunan berhadapan sungai, serta mengikut garis panduan dan undang-undang yang tertakluk di bawah JAS. Pelaksanaan kempen kesedaran berhubung kepentingan memelihara sungai oleh JPS, MBPP dan JAS di bawah task force ini, dengan kerjasama Badan-badan Bukan Kerajaan di kawasan Sungai Pinang juga menyumbang kepada peningkatan kualiti air di Sungai Pinang; dan

Page 301: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

301

(x) Penguatkuasaan oleh jabatan-jabatan yang berkaitan melalui punca kuasa masing-masing.

(c) Tindakan penguatkuasaan akan dipergiat dan diperketatkan oleh Jabatan/Agensi yang terlibat iaitu JAS, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, MBPP dan PDT DTL ke atas setiap kesalahan di bawah undang-undang masing-masing bagi memastikan kualiti air Sungai Pinang ini tidak akan merosot, sebaliknya bertambah baik. Berikut merupakan statistik tindakan penguatkuasaan di kawasan Sungai Pinang bagi tahun 2014 sehingga kini berdasarkan rekod JAS dan PDTDTL:

Tahun Statistik Tindakan penguatkuasaan

Bilangan Kompaun

Bilangan Notis

Arahan Seksyen

31&37 AKAS 1974

Bilangan Tindakan

Mahkamah

Tindakan di bawah Seksyen 425 Kanun

Tanah Negara ke atas binaan haram atas tanah

Kerajaan Negeri (Perobohan)

2014 8 1 0

2015 9 18 3

2016 29 0 0 1

2017 4 0 4 1

2018 1 6 2

Antara tindakan penguatkuasaan yang diambil termasuklah di bawah peraturan-peraturan berikut:

(i) Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 – tawaran Kompaun RM 2,000.00 atau Seksyen 34B AKAS 1974; denda RM 500,000.00 dan Penjara 5 tahun;

(ii) Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan) 2009 - tawaran Kompaun RM 2,000.00 atau Seksyen 25 AKAS 1974; denda RM 100,000.00 atau Penjara 5 tahun;

(iii) Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Effluen Perindustrian) 2009 - tawaran Kompaun RM 2,000;

(iv) Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 - tawaran Kompaun RM 2,000.00 atau Seksyen 22 AKAS 1974; denda RM 100,000.00 atau Penjara 5 tahun; dan

(v) Tindakan penguatkuasaan ke atas binaan haram yang dibina di atas tanah milik kerajaan negeri tanpa mendapat kebenaran daripada Pihak Berkuasa Negeri terlebih dahulu di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara.

Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

28. Apakah perkembangan dan status terkini premis Hospital Bersalin Pulau Pinang?

(a) Apakah permasalahan dihadapi Hospital Besar Pulau Pinang dari segi kekangan peruntukan bajet untuk bekalan perubatan, alat perubatan, tenaga kerja atau pakar perubatan dan sebagainya?

(b) Jika ya, apakah langkah yang akan diambil? Huraikan.

Y.A.B. Ketua Menteri:

28. Kementerian Kesihatan Malaysia akan menggantikan bangunan Blok Wanita & Kanak-Kanak Hospital Pulau Pinang yang akan dilengkapi dengan 329 buah katil pesakit dan 3 dewan bedah, Unit Kecemasan dan Trauma Kanak-Kanak dan Obsterik, Ginekologi, Pergigian Pediatrik dan lain-lain perkhidmatan sokongan. Projek ini telah diluluskan

Page 302: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

302

dalam Rancangan Malaysia Ke-10 dan semua skop perkhidmatan untuk blok baru ini telah dimuktamadkan.

Projek ini telah ditender pada awalnya pada 4 Oktober 2016. Walau bagaimanapun, pihak Kementerian Kewangan Malaysia telah mengarahkan agar ianya ditender semula. Pada masa ini, pihak Cawangan Kerja Kesihatan, Jabatan Kerja Raya (CKK, JKR) telah mengeluarkan tentatif jadual pelaksanaan projek yang dijangka akan ditender semula pada 12 Disember 2018.

(a) Hospital Pulau Pinang telah mengalami pengurangan peruntukan sebanyak lebih kurang 10% pada tahun 2018. Tambahan pula, beban kerja telah meningkat berikutan peningkatan bilangan pesakit di wad sebanyak 3% dan pesakit luar telah meningkat sekitar 6%.

(b) Bagi mengatasi cabaran ini, Work Process Re-engineering telah dilaksanakan untuk meningkatkan efisiensi penyampaian perkhidmatan rawatan. Hospital Pulau Pinang telah melaksanakan Projek Lean Healthcare untuk meningkatkan efisiensi dalam penyampaian perkhidmatan perubatan kepada masyarakat. Pada masa ini, Jabatan Kecemasan Dan Trauma serta Jabatan Perubatan Am terlibat dalam projek tersebut dan akan dan diperluaskan ke jabatan-jabatan lain.

Selain itu, konsep Hospital Kluster juga bakal dilaksanakan. Melalui konsep ini semua sumber sedia ada seperti perkhidmatan kepakaran, peralatan, sumber manusia serta kemahiran akan dapat digemblengkan untuk semua hospital yang terdapat dalam kluster ini. Berikutan pelancaran konsep kluster ini, penyediaan perkhidmatan khususnya kepakaran perubatan dan perubatan kecemasan telah dapat dipertingkatkan. Manakala penambahan bekalan ubat-ubatan akan dipertimbangkan di peringkat Kerajaan Persekutuan.

Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

29. Huraikan dengan terperinci permasalahan di Projek Turnkey Taman Sri Pinang, Sungai Pinang.

(a) Huraikan dengan kronologi terperinci prestasi dan kesahan status Perbadanan Pengurusan, permasalahan penyelenggaraan yang dihadapi penghuni dan tindakan sewajar yang perlu diambil?

(b) Berapakah jumlah unit kedai yang masih terbengkalai dan penyelesaiannya?

Y.A.B. Ketua Menteri:

29. Perbadanan Pengurusan (MC) Taman Sri Pinang telah ditubuhkan semasa Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang pertama pada 12 Oktober 2008 dengan perlantikan seramai lima (5) orang pemilik petak sebagai ahli jawatankuasa. Selanjutnya, pembubaran dan pelantikan ahli jawatankuasa MC yang baru telah diadakan dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) dan AGM pada tarikh-tarikh berikut:-

(i) EGM 1 Mac 2009, pelantikan tujuh (7) ahli jawatankuasa

(ii) AGM ke 2 pada 18 November 2011 melantik sebelas (11) ahli jawatankuasa

(iii) AGM ke 3 pada 14 Julai 2013 melantik sepuluh (10) ahli jawatankuasa

(iv) AGM ke 4 pada 8 Februari 2015 melantik sepuluh (10) ahli jawatankuasa

(v) AGM ke 5 pada 3 September 2016 melantik tujuh (7) ahli jawatankuasa; dan

(vi) AGM ke 6 pada 8 Julai 2018 melantik sebelas (11) ahli jawatankuasa.

Permasalahan timbul selepas AGM ke 6 apabila terdapat pertikaian berhubung pelantikan pengerusi, setiausaha dan bendahari yang bercanggah dengan Jadual Kedua, Perkara 2(5) Akta Pengurusan Strata 2013 [Akta 757] yang menyatakan:

“Hendaklah terdapat seorang Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari yang semuanya hendaklah merupakan orang sebenar, yang akan dipilih oleh Jawatankuasa Pengurusan

Page 303: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

303

daripada kalangan anggotanya sebaik selepas berakhirnya mesyuarat agung tetapi tiada Pengerusi, Setiausaha atau Bendahari boleh memegang jawatan melebihi dua tahun berturut-turut.”

Pada masa ini, perkara ini berada dalam perhatian Jabatan Pesuruhjaya Bangunan (COB) dan tindakan pembetulan secara pentadbiran akan dilaksanakan.

(a) Secara keseluruhannya, MC telah melaksanakan peranannya pada tahap yang memuaskan. Pretasi ini boleh ditambah baik dengan komitmen ahli-ahli jawatankuasa yang baru dilantik dan pada dasarnya secara sah semasa AGM ke 6 yang lalu. Perkara utama yang perlu diselesaikan adalah masalah kebersihan dan vandalisme yang lazim dihadapi di skim-skim perumahan berstrata. Selain itu, skim perumahan Taman Sri Pinang juga pada masa ini menghadapi kebocoran antara tingkat di banyak lokasi.

Masalah-masalah ini boleh ditangani dengan melaksanakan beberapa inisiatif antaranya pemasangan sistem kamera litar tertutup (CCTV) dan kawalan akses keluar masuk bagi memudahkan urusan pemantauan keselamatan dan kebersihan. Manakala bagi isu kebocoran, pihak MC disyorkan supaya menyediakan senarai unit yang terlibat dan melantik perunding bagi mengenal pasti punca kerosakan ini berlaku.

(b) Setakat ini terdapat sebanyak 207 unit kedai milik Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) yang masih kosong iaitu masing-masing 114 unit di Blok 1 dan 93 unit di Blok 2. MBPP bercadang untuk bekerjasama dengan pihak MC dan Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC) bagi melaksanakan program Gender Responsive Participatory Budgetting (GRPB) yang mana dilihat sangat berpotensi untuk menjadi jalan penyelesaian kepada masalah ini.

Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

30. Huraikan statistik bilangan pengangguran di kalangan remaja mengikut kategori umur, jantina dan kaum di kadun sungai pinang serta punca utama pengangguran.

(a) Apakah rancangan konkrit kerajaan negeri dan kerajaan pusat untuk membantu golongan remaja tersebut dan sebarang pencapaian sehingga setakat ini? Huraikan.

Y.A.B. Ketua Menteri:

30. (a) Kerajaan Negeri tidak mempunyai statistik bilangan penganggur dalam kalangan remaja mengikut kumpulan etnik utama dan jantina di KADUN Sungai Pinang. Walau bagaimanapun, berdasarkan statistik daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, bilangan penganggur di kalangan belia berumur 15 hingga 24 tahun mengikut kumpulan etnik utama dan jantina di Pulau Pinang bagi tahun 2017 adalah seperti Jadual 1 di bawah:

Jadual 1 : Bilangan Penganggur Belia Berumur 15-24 tahun di Pulau Pinang mengikut Kumpulan Etnik dan Jantina 2017

Kumpulan Etnik

Bilangan Penganggur ('000)

Jumlah Belia

(15-24 tahun)

Bumiputera 9.5 5.5

Cina 4.2 1.5

India 2.6 1.5

Jantina

Lelaki 10.1 5.4

Wanita 7.2 3.8

Page 304: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

304

Faktor utama yang menyebabkan berlakunya pengangguran adalah kerana keadaan ekonomi yang kurang baik hingga menyebabkan penutupan syarikat atau pembuangan pekerja ekoran kejatuhan nilai ringgit serta kejatuhan harga minyak di luar jangkaan kebelakangan ini. Keadaan ekonomi negara yang kurang baik ini membawa kesan kepada rakyat dimana majikan mula mengambil langkah pengurangan kos dengan mengurangkan bilangan pekerja.

(a) Usaha-usaha yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi membantu golongan remaja yang masih menganggur adalah seperti berikut :

(i) Meningkatkan Pelaburan

Kerajaan Negeri sentiasa mengambil langkah proaktif bagi memastikan kemasukan pelaburan baharu dan pelaburan semula di Pulau Pinang yang akan mewujudkan peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor. Pada tahun 2017, Pulau Pinang mencatatkan rekod pelaburan asing (FDI) tertinggi dalam bidang pembuatan antara negeri-negeri di Malaysia, dengan nilai FDI RM8.5 bilion. Bagi jumlah pelaburan (pelaburan asing dan pelaburan domestik) pula, Pulau Pinang mencatatkan rekod sebagai negeri dengan jumlah pelaburan kedua tertinggi dalam bidang pembuatan, dengan nilai RM10.8 bilion. Jumlah peluang pekerjaan yang diwujudkan sejak 2017 hingga Mac 2018 adalah sebanyak 14,549. Kadar pengangguran di Pulau Pinang kekal stabil pada 2.1%, kedua terendah antara negeri-negeri di Malaysia.

(ii) Mempelbagaikan Jenis Pekerjaan

Di samping meningkatkan jumlah pelaburan, langkah-langkah strategik juga diambil untuk mempelbagaikan jenis pekerjaan, terutamanya pekerjaan bernilai tinggi (high value jobs) seperti advanced manufacturing dalam sektor pembuatan, reka bentuk dan pembangunan. Dari segi perniagaan, sektor Perkhidmatan Perniagaan Global (Global Business Services) seperti kewangan, perkhidmatan penyumberan luar, teknologi maklumat dan sumber manusia merupakan sektor baharu yang diperkenalkan.

(iii) Memperkenalkan Program Penang @CAT

Satu program baharu dinamakan “Penang Accelerator for Creative, Analytics & Technology (@CAT)” telah dilancarkan bagi golongan yang ingin menceburi bidang perniagaan sebagai perintis pemula niaga (entreprenuer). Program ini bertujuan untuk membantu usahawan kecil yang terlibat di dalam bidang animasi kreatif, analisis dan teknologi ataupun yang terlibat di dalam sektor “Internet of Things”(IOT).

(iv) Menawarkan kursus kemahiran

Kerajaan Negeri bekerjasama dengan Penang Skills Development Center (PSDC) dan institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta untuk meningkatkan tahap pembangunan sumber manusia berteraskan latihan kemahiran mengikut keperluan pasaran di Pulau Pinang. Semua pelajar (100%) yang mengikuti kursus kemahiran (TVET) di PSDC mendapat pekerjaan selepas menamatkan program masing-masing. Dianggarkan 60% daripada pelajar-pelajar tersebut mendapat pekerjaan di syarikat tempatan (Local Large Company dan SME) manakala baki 40% telah mendapat pekerjaan di MNC.

Page 305: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

305

Kerajaan Negeri turut melaksanakan program-program bantuan bagi mengalakkan keusahawanan dalam kalangan rakyat Pulau Pinang khususnya bagi golongan muda dan belia. Antara program-program yang dilaksanakan adalah seperti berikut :

(i) Skim Pinjaman Harapan (SPH)

Skim Pinjaman Harapan (SPH) Negeri Pulau Pinang yang dahulunya dikenali sebagai Projek Titian Saksama Rakyat (PTSR) Negeri Pulau Pinang. Program ini merupakan program mikrokredit yang memberikan pinjaman tanpa sebarang cagaran dan penjamin kepada peniaga-peniaga kecil untuk menggalakkan usahawan tempatan, penganggur dan golongan rakyat berpendapatan rendah untuk menceburi bidang perniagaan. Peruntukan dana sebanyak RM11 juta telah disediakan bagi tujuan ini. Jumlah pinjaman adalah di antara RM2,000 hingga maksima RM25,000 dan tempoh bayaran balik adalah di antara 2 hingga 3 tahun. Sehingga bulan Oktober 2018, sebanyak RM15.15 juta telah diagihkan kepada seramai 3,060 orang usahawan.

(ii) Tabung Usahawan Tani (TUT) Negeri Pulau Pinang

Kerajaan Negeri telah memperkenalkan Tabung Usahawan Tani (TUT) Negeri Pulau Pinang yang sebelum ini dikenali sebagai Tabung Usahawan Tani Muda (TUTM) yang memberi bantuan kepada golongan belia termasuk para graduan untuk menjadikan sektor industri asas tani sebagai kerjaya yang berpotensi menjana pendapatan yang lumayan. Peruntukan sebanyak RM750,000 telah disediakan di mana sehingga September 2018, sebanyak RM658,000 telah diagihkan kepada 122 orang untuk menikmati kemudahan kredit ini.

(b) Kerajaan Negeri melalui Pusat CAT (Penang Career Assistance and Talent Centre) menjalankan pemadanan jawatan kepada semua golongan pencari kerja dengan yang ditawarkan oleh industri. Sejak penubuhan Pusat CAT pada Mac 2009 sehingga 22 Oktober 2018, seramai 10,551 orang telah berdaftar sebagai pemohon pekerjaan di mana sebanyak 6,445 pemadanan jawatan telah berjaya dijalankan untuk 289 buah syarikat.

XX. Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

1. Apakah perkembangan projek Penang Transport Master Plan yang terkini?

Y.A.B. Ketua Menteri:

1. Penang Transport Master Plan (PTMP) atau Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang merangkumi beberapa komponen projek seperti Projek Bayan Lepas Light Rail Transit (LRT), Projek Lebuhraya Pan Island Link 1 (PIL 1) dan Projek Jalan-Jalan Utama dan Terowong. Status pelaksanaan projek-projek tersebut adalah seperti berikut:

(a) Projek Bayan Lepas LRT

Projek Bayan Lepas LRT masih menunggu kelulusan daripada Kerajaan Persekutuan untuk Environmental Impact Assessment (EIA – Jadual Kedua) dan Skim Rel. EIA telah dikemukakan kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada 31 Mei 2017 untuk pertimbangan kelulusan. Manakala, Skim Rel (Rail Scheme) pula telah dikemukakan kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang kini dikenali sebagai Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) pada 29 Mac 2016. Pihak APAD sedang meneliti semula laporan tersebut dan telah memohon Kerajaan Negeri untuk mengkaji tapak cadangan depot LRT samada boleh ditempatkan di kawasan tanah yang sedia ada berbanding di kawasan pulau yang akan ditebus guna kelak. Pihak rakan pelaksana projek (PDP) sedang

Page 306: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

306

menyediakan kajian cadangan yang munasabah sebelum dibentangkan semula kepada APAD sebelum akhir November 2018.

(b) Projek Lebuhraya PIL 1

Environmental Impact Assessment (EIA-Jadual Kedua) bagi PIL 1 telah dikemukakan kepada JAS untuk pertimbangan pada 7 Mei 2018. Lanjutan daripada itu, pihak JAS telah meminta Kerajaan Negeri untuk mengadakan satu sesi Town Hall bersama orang awam di mana sesi tersebut telah dilaksanakan pada 20 September 2018 yang lalu. Kini, pihak perunding dalam proses penyediaan maklum balas terhadap ulasan-ulasan yang diterima sewaktu pameran awam EIA serta ulasan yang diperolehi daripada sesi Town Hall. EIA dijangka akan dikemukakan semula kepada pihak JAS sebelum akhir bulan Disember 2018.

(c) Projek Jalan-Jalan Utama dan Terowong

Bagi Projek Jalan-Jalan Utama, kelulusan wajib yang diperlukan dalam pelaksanaan projek ini adalah kelulusanEnvironmental Impact Assessment (EIA-Jadual Kedua). EIA bagi projek ini telah dikemukakan kepada JAS pada 21 April 2017 dan telah mendapat kelulusan bersyarat pada 7 November 2017. Kerajaan Negeri kini dalam proses memuktamadkan reka bentuk terperinci bersama pihak kontraktor dan pihak Independent Checking Engineer (ICE) yang dijangka siap sebelum akhir Disember 2018. Fasa pembinaan bagi Pakej 2 iaitu Air Itam Bypass ke Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu dijangka akan bermula pada Mac 2019. Manakala pembinaan bagi Pakej 1 iaitu Laluan Berkembar Persisiran Pantai Utara dan Pakej 3 iaitu Gurney Bypass ke Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu akan ditentukan oleh Kerajaan Negeri kelak. Pelaksanaan Projek Terowong Bawah Dasar Laut pula masih di peringkat kajian kebolehlaksanaan dengan status kajian telah mencapai kemajuan sebanyak 96% dan dijangka akan dimuktamadkan pada Disember 2018. Pelaksanaan fasa seterusnya iaitu reka bentuk terperinci dan pembinaan terowong adalah tertakluk kepada keputusan laporan kajian kebolehlaksanaan.

Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

2. Berapa banyakkah tukun tiruan yang dilepaskan dan sila beri statistik mengenai pelepasan anak ikan di kawasan PSR dan pertambahan ikan akibat daripada pelepasan ini.

Y.A.B. Ketua Menteri:

2. Kerajaan Negeri dan Jabatan Perikanan Pulau Pinang telah melaksanakan beberapa siri program melabuhkan tukun tiruan di negeri ini. Tujuan inisiatif ini dilaksanakan adalah bagi meningkatkan sumber perikanan di perairan negeri. Sejak tahun 2008 hingga 2018, sebanyak 1,173 tukun tiruan terdiri daripada pelbagai jenis dan saiz telah dilabuhkan di perairan Pulau Kendi dan Pulau Aman. Perincian adalah seperti di Lampiran A.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga telah melaksanakan pelepasan anak ikan dan udang di kawasan selatan Pulau Pinang (Tanjung Asam) pada 30 April 2017. Sebanyak 500,000 anak udang dan 40,000 anak ikan (ikan siakap dan ikan merah) telah dilepaskan.

Buat masa ini, tiada kajian spesifik dijalankan bagi mengkaji keberkesanan program-program yang telah dilaksanakan. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perikanan menerima maklumbalas positif berkenaan pertambahan hasil tangkapan terutamanya daripada nelayan pesisir pantai kesan daripada program-program yang telah dijalankan. Kerajaan Negeri dan Jabatan Perikanan juga mempunyai perancangan untuk mengadakan kajian keberkesanan tukun tiruan yang telah dilabuhkan melalui pakar tukun jabatan iaitu Institut Sumber Marin Asia Tenggara (ISMAT), Terengganu.

RUJUK LAMPIRAN A.

Page 307: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

307

Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

3. Sila sebutkan angka senarai pemohon menunggu rumah LC, LMC dan berapa banyak yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri.

Y.A.B. Ketua Menteri:

3. Sehingga 30 September 2018, Sistem Maklumat Perumahan Kerajaan Negeri (SMP) telah mendaftarkan sebanyak 71,504 pemohon Rumah Mampu Milik (RMM) di Pulau Pinang bagi kedua-dua kategori iaitu rumah kos rendah atau kini dikenali sebagai RMM 'A' (harga maksima RM42,000.00) dan kos sederhana rendah atau kini dikenali sebagai RMM 'B' (harga maksima RM72,500.00). Setelah melalui proses semakan dan kelulusan, Kerajaan Negeri telah mengeluarkan sejumlah 90,255 surat tawaran termasuk tawaran ulangan kepada pemohon untuk projek perumahan lain. Daripada jumlah ini, seramai 20,707 pemohon telah menerima tawaran dan menandatangani perjanjian dengan pemaju. Pada masa ini, masih terdapat sebanyak 30,726 permohonan yang masih aktif dan diletakkan di bawah kategori 'senarai menunggu' untuk dipertimbangkan semasa proses tawaran seterusnya.

Statistik daftar permohonan dan tawaran mengikut kategori RMM adalah seperti dijadual berikut:

Kategori RMM 'A' RMM 'B' Jumlah

Permohonan Berdaftar 39,375 32,129 71,504

Surat Tawaran Dikeluarkan 52,364 37,891 90,255

Terima Tawaran 12,034 8,673 20,707

Senarai Menunggu 13,180 17,546 30,726

Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

4. Untuk rumah PPRT, mengikut agensi seperti PERDA dan Kerajaan Negeri, berapa banyak rumah yang telah dibina dan senarai menunggu hingga kini?

Y.A.B. Ketua Menteri:

4. Pada tahun 1994, pihak Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU) telah membina 102 unit rumah melalui peruntukan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan Kerajaan Negeri di bawah Program Pembangunan Masyarakat Setempat (PPMS) iaitu PPRT Sungai Chenaam. Manakala pada tahun 2004, Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) telah membina sebanyak 60 unit rumah di Indera Timbalan, Kepala Gajah, DUN Sungai Bakap melalui peruntukan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). Kedua-dua projek diuruskan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Selatan. Buat masa sekarang, keseluruhan unit rumah bagi kedua-dua projek perumahan tersebut telah disi dan tiada senarai menunggu.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga turut menyediakan peruntukan di bawah Program Pembaikan Rumah Rakyat Termiskin (Bina Baru) yang melibatkan golongan sasar iaitu mereka yang berpendapatan bawah RM1,500.00 dan memiliki tanah sendiri. Sejak tahun 2008 sehingga kini, sejumlah 166 unit rumah telah dibina di seluruh negeri Pulau Pinang. Setakat ini tiada senarai menunggu di bawah program tersebut.

Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

5. Di bawah skim Tabung Penyelengaraan Malaysia, berapa banyak projek penyelengaraan lif dan tangga secara keseluruhan yang telah dijalankan?

Page 308: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

308

Y.A.B. Ketua Menteri:

5. Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia (TP1M) telah diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan pada tahun 2013 bagi membantu membiayai kos pembaikan bangunan skim-skim perumahan berstrata di seluruh negara melalui konsep perkongsian. Dalam tempoh tiga tahun pelaksanaannya di Pulau Pinang, sejumlah RM1,455,860.00 telah disalurkan untuk membiayai 10 projek penyelenggaraan lif dan tangga. Namun begitu, tiada lagi peruntukan TP1M disalurkan kepada skim perumahan di Pulau Pinang bermula tahun 2016.

Statistik bilangan dan kos projek penyelenggaraan lif dan tangga TP1M mengikut kawasan Pihak Berkuasa Tempatan adalah seperti di jadual berikut :-

Bil.

Projek

MBPP MPSP

Bil. Projek Kos (RM) Bil. Projek Kos (RM)

1. Penyelenggaraan Lif 2 448,800.00 2 590,000.00

2. Penyelenggaraan Tangga

3 63,880.00 3 353,180.00

JUMLAH 5 512,680.00 5 943,180.00

Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

6. Berapa banyak peruntukan yang disediakan kepada Penang Institute dan berapakah hasil kajian serta dan jurnal yang telah diterbitkan berkaitan dengan ekonomi Pulau Pinang.

Y.A.B. Ketua Menteri:

6. Peruntukan yang disediakan kepada Penang Institute untuk tahun 2018 oleh Kerajaan Negeri adalah berjumlah RM4.5 juta.

Antara artikel, kajian serta jurnal yang telah diterbitkan oleh Penang Institute adalah seperti berikut:

(i) Majalah berkala Penang Monthly diterbitkan pada setiap bulan sejak tahun 2009 dengan kandungan sekurang-kurangnya 15 artikel bagi setiap terbitan. Sejak tahun 2009 sehingga bulan Oktober 2018, terdapat 107 buah majalah Penang Monthly yang telah diterbitkan oleh Penang Institute;

(ii) Terbitan berkala Issues yang bermula pada Jun 2017 dan telah diterbitkan sebanyak 26 kali sehingga Oktober 2018;

(iii) Penerbitan 3 kertas konsep berkaitan Penang Paradigm;

(iv) Sejak tahun 1997 sehingga Oktober 2018, terdapat sejumlah 211 laporan yang telah disediakan oleh Penang Institute. Daripada 211 laporan tersebut, terdapat sekurang-kurangnya 45 laporan ekonomi dan 21 laporan berbentuk statistik; dan

(v) Penerbitan 29 artikel/laporan atas talian online.

Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

7. Adakah sebarang perancangan untuk menaik taraf bahu jalan untuk penjaja- penjaja seperti yang di buat di Hospital Besar Pulau Pinang dan melesenkan penjaja

Y.A.B. Ketua Menteri:

7. Pada ketika ini, Kerajaan Negeri melalui Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) tiada perancangan untuk menaik taraf bahu jalan bagi tujuan penjaja kecil di bahu jalan.

Page 309: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

309

Sebaliknya, Kerajaan Negeri melalui Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) mempunyai perancangan untuk menaik taraf bahu jalan bagi menempatkan penjaja-penjaja dengan menyediakan petak terbuka di lokasi-lokasi berikut :-

(i) Sebahagian bahu jalan di Taman Sri Serdang, Seberang Perai Utara (SPU).

(ii) Sebahagian bahu jalan di Taman Pauh Indah, Seberang Perai Tengah (SPT).

(iii) Sebahagian bahu jalan di Taman Alma Jaya, Seberang Perai Tengah (SPT).

Untuk maklumat, MPSP telah menyiapkan petak terbuka untuk penjaja di Jalan Bukit Panchor 2, Seberang Perai Selatan (SPS).

Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

8. Adakah sebarang rancangan pendidikan kepada peniaga gerai, kedai makanan untuk mencapai standard kesihatan dan bangunan.

Y.A.B. Ketua Menteri:

8. Setiap pemunya premis dan pengendali makanan adalah diwajibkan untuk menghadiri Latihan Pengendali Makanan di Sekolah Latihan Pengendali Makanan yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Ini merupakan syarat wajib semasa mendapatkan lesen perniagaan Pihak Berkuasa Tempatan.

Latihan ini akan dijalankan selama 3 jam dengan yuran sebanyak RM50.00 seorang. Ujian Pre dan Post akan dibuat kepada setiap peserta dan sijil diberikan kepada peserta. Sijil tersebut yang sah untuk seumur hidup akan disemak semasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jabatan Kesihatan Negeri (KKM) menjalankan operasi dan pemeriksaan.

Skop latihan pengusaha makanan yang disediakan adalah merangkumi perkara-perkara seperti berikut:

(i) Kebersihan diri pengendali makanan.

(ii) Kebersihan Premis makanan.

(iii) Punca-punca boleh berlaku pencemaran makanan.

Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

9. Adakan sebarang SOP pihak berkuasa:

(a) Dalam menjalankan lawatan pemeriksaan kedai/gerai makanan, tempuh sebelum pemeriksaan.

(b) Adakan pekedai dimaklumkan SOP ini.

(c) Adakah sebarang senarai semak (check list) yang diedarkan kepada pengusaha kedai makanan.

Y.A.B. Ketua Menteri:

9. (a) Pihak Berkuasa Tempatan mempunyai Standard Operating Procedure atau Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam melaksanakan penguatkuasaan, pemeriksaan premis/gerai makanan. SOP ini selaras dengan Pekeliling yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Pihak Berkuasa Tempatan tidak mempunyai tempoh yang khusus sebelum pemeriksaan kerana tindakan pemeriksaan adalah dilaksanakan sebagai salah satu tugas harian pegawai di Jabatan Pelesenan.

(b) Pihak Berkuasa Tempatan hanya memaklumkan SOP penguatkuasaan secara lisan kepada pengusaha kedai makanan. Ini kerana SOP merupakan dokumen yang menerangkan secara spesifik dalam melaksanakan sesuatu kerja oleh sesebuah

Page 310: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

310

organisasi. Walau bagaimanapun, semua syarat-syarat yang perlu dipatuhi telah dimaklumkan semasa permohonan lesen perniagaan dibuat.

(c) Pihak Berkuasa Tempatan tidak mengedarkan senarai semak pemeriksaan kebersihan premis dan pengredan premis makanan kepada pengusaha kedai makanan. Senarai semak pemeriksaan kebersihan premis dan pengusaha premis makanan adalah spesifikasi daripada syarat-syarat yang perlu dipatuhi dan telah dimaklumkan semasa permohonan lesen perniagaan dibuat. Walau bagaimanapun, Pihak Berkuasa Tempatan boleh memaklumkan senarai semak tersebut kepada pengusaha kedai makanan sekiranya terdapat permintaan.

Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

10. Sila senaraikan, jika ada:

(a) Usahasama usahawan antara kaum dan rancangan kerajaan untuk menggalakkan lagi perkara ini.

(b) Kegiatan perkongsian usahawan antara kaum di Pulau Pinang

Y.A.B. Ketua Menteri:

10. Buat masa ini, Kerajaan Negeri belum ada program khusus untuk usahasama antara kaum. Bagaimanapun Kerajaan Negeri menyambut baik cadangan tersebut dan sentiasa menggalakkan usahasama/perkongsian antara kaum di Pulau Pinang, lebih-lebih lagi inisiatif secara persendirian.

Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

11. Adakah kerajaan mendedahkan halatuju negeri dan fokus bidang kerjaya kepada pelajar sekolah menengah dan waris, supaya pelajar dan waris mereka dapat memilih bidang pelajaran/kemahiran selari dengan halatuju pembangunan negeri.

Y.A.B. Ketua Menteri:

11. Pada masa ini, fokus Kerajaan Negeri adalah untuk memperkasakan pembelajaran Science, Technology, Engineering & Mathematics (STEM) di negeri Pulau Pinang seiring dengan perkembangan revolusi Industri 4.0. Justeru, pendedahan kepada pelajar dan waris juga menjurus ke arah pembelajaran dalam bidang STEM. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri memerlukan kerjasama daripada pelbagai pihak untuk memupuk minat dan kesedaran pelajar sekolah menengah terutamanya dalam arus perkembangan dunia semasa agar tidak ketinggalan. Untuk memupuk minat terhadap pembelajaran STEM, Kerajaan Negeri telah merangka beberapa inisiatif seperti berikut :

(i) Menubuhkan Penang Science Cluster (PSC) untuk orang awam belajar, berinteraksi dan menjalankan aktiviti berkaitan dengan bidang sains. PSC menganjurkan Penang International Science Fair (PISF) yang merupakan acara tahunan sejak tahun 2011 dan melaksanakan bengkel sains dan teknologi kepada pelajar dan orang awam. Sehingga kini, tiga buah Science Cafe telah dibuka iaitu di Krystal Point, Wisma Yeap Chor Ee dan di Pusat Perniagaan Alma;

(ii) Menubuhkan Creative Animation Trigger (@CAT) untuk mempromosikan bidang sains, teknologi dan animasi kreatif di negeri ini. @CAT bertempat di Wisma Yeap Chor Ee dan berfungsi mempercepatkan penubuhan serta pertumbuhan syarikat-syarikat permulaan kreatif berasaskan teknologi, memupuk bakat-bakat baru dalam bidangcloud computing, aplikasi teknologi, big data analytics (BDA) dan internet of things (IOT);

(iii) Menubuhkan Karpal Singh Penang Learning Centre (KSPLC) yang menumpukan kepada STEM. KSPLC bekerjasama dengan organisasi seperti Penang Skills Development Centre (PSDC), PSC, Tech Dome Penang (TDP) dan @CAT dalam memupuk dan melibatkan golongan muda menghadapi Revolusi Industri 4.0;

Page 311: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

311

(iv) Menubuhkan Tech Dome Penang (TDP) di Komplek Tun Abdul Razak (KOMTAR) bagi memupuk minat dalam bidang sains, inovasi teknologi dan keusahawanan. TDP menyediakan platform kepada semua lapisan masyarakat untuk menerokai keajaiban sains dan teknologi dan menganjurkan program-program seperti kem sains, bengkel pendidikan, seminar, team building, dan pameran sains yang melibatkan pelbagai lapisan masyarakat; dan

(v) Menubuhkan Perpustakaan Digital Pulau Pinang (PDL) pada Oktober 2016. Berikutan sambutan yang menggalakkan, Kerajaan Negeri akan menubuhkan Perpustakaan Digital Pulau Pinang Fasa 2 (PDL-P2) di bangunan kuarters Kerajaan Negeri di Jalan Masjid Negeri yang dijangka mula beroperasi pada Januari 2019.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga akan membangunkan Butterworth Digital Library (BDL) di kawasan Seberang Perai yang dijangka siap untuk dirasmikan pada akhir tahun 2019 dan akan menubuhkan Perpustakaan Digital Islam Pulau Pinang (PIDL) pada suku ketiga tahun 2019 untuk menggalakkan penduduk negeri Pulau Pinang mengharungi semua bidang keagamaan Islam secara elektronik.

Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

12. Adakah kerajaan bercadang untuk membantu meningkatkan taraf sekolah dan pelajar Tahfiz dalam bidang kemahiran.

Y.A.B. Ketua Menteri:

12. Bagi membantu meningkatkan taraf sekolah dan pelajar Tahfiz dalam bidang kemahiran, Kerajaan Persekutuan mulai tahun 2017 telah memperkenalkan bantuan kemahiran kepada maahad-maahad tahfiz melalui kerjasama dengan agensi seperti Giatmara dan Kolej Komuniti. Pelbagai bidang kemahiran ditawarkan oleh agensi tersebut, antaranya pendawaian, kulinari, penghawa dingin, pertukangan kayu, mekanik kereta dan penulisan khat. Di Negeri Pulau Pinang, terdapat 12 buah maahad tahfiz telah menyertai program tersebut dan melaksanakan kelas-kelas kemahiran.

Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

13. Berapakah jumlah lesen penjaja dan tapak berlesen yang telah dikeluarkan.

(a) Sila nyatakan yang aktif dan tidak aktif mengikut daerah.

Y.A.B. Ketua Menteri:

13. Jumlah keseluruhan lesen penjaja di kawasan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) adalah sebanyak 5,366 dan lokasi tapak penjaja berlesen sebanyak 5,366. Di kawasan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPSP) pula sebanyak 6,416 lesen penjaja telah dikeluarkan dan lokasi tapak berlesen adalah sebanyak 5,485.

(a) Bilangan lesen yang aktif adalah sebanyak 11,782 manakala lesen tidak aktif adalah sebanyak 9,566. Perincian mengikut daerah adalah seperti di bawah.

Daerah Lesen Aktif Lesen Tidak Aktif Jumlah

Keseluruhan

DTL 4,306 435 4,741

DBD 1,060 121 1,181

DSPU 2,136 3,251 5,387

DSPT 3,062 4,063 7,125

DSPS 1,218 1,696 2,914

Jumlah 11,782 9,566 21,348

Page 312: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

312

Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

14. Berapakah bilangan sekolah agama swasta di Pulau Pinang.

(a) Berapakah pula yang memenuhi piawaian keselamatan yang telah ditetapkan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

14. Terdapat sejumlah 92 buah sekolah agama swasta di seluruh Negeri Pulau Pinang. Bilangan dan kategori sekolah agama swasta mengikut daerah diperincikan seperti jadual berikut:

PUSAT PENGAJIAN

DAERAH

JUMLAH Barat Daya

Timur Laut

SPU SPT SPS

1. Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR)

2 1 2 3 1 9

2. Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR)

1 - 1 3 4 9

3. Tahfiz Tahfiz Tetap 5 5 5 12 - 27

Tahfiz Sementara - 3 10 1 2 16

SRI/SMI Tahfiz - 1 5 1 - 7

Pusat Pengajian Al-Quran

4 12 5 3 - 24

JUMLAH BESAR 12 22 28 23 7 92

(a) Sehingga Oktober 2018, sejumlah 42 buah sekolah agama swasta telah memenuhi piawaian keselamatan yang ditetapkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

15. Apakah langkah kerajaan dalam usaha untuk meningkatkan keupayaan pengoperasian sekolah agama

Y.A.B. Ketua Menteri:

15. Sekolah Agama Rakyat (SAR) berada di bawah tanggungjawab Kerajaan Negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) danBahagian Pendidikan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP). Bagi memastikan SAR mempunyai keupayaan untuk beroperasi dengan baik, Kerajaan Negeri telah menetapkan syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh setiap SAR seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 14, Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam (Pulau Pinang) 1989 seperti berikut:-

(i) Mempunyai bangunan yang sesuai bagi memenuhi keperluan keselamatan dan kesihatan;

(ii) Kemampuan ahli jemaah / jawatankuasa yang mentadbir sekolah;

(iii) Kemampuan sumber kewangan untuk mengurus sekolah;

(iv) Keperluan mengikut permintaan sesuatu tempat / kawasan;

(v) Guru yang mengajar tahfiz perlulah menghafaz Al-Quran;

(vi) Melantik mudir/pengetua dari lepasan Tahfiz Al-Quran bagi pendaftaran tahfiz; dan

(vii) Lain-lain syarat seperti kurikulum, tenaga pengajar, kemudahan tambahan dan lain-lain yang menyumbang kepada kejayaan dan prestasi baik sesebuah sekolah.

Page 313: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

313

Bahagian Pendidikan, JHEAIPP dengan kerjasama Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri dari semasa ke semasa mengadakan naziran ke SAR bagi memastikan syarat-syarat pendaftaran untuk beroperasi sentiasa dipatuhi dan kokurikulum yang digunapakai tiada unsur-unsur yang bertentangan dengan kokurikulum yang ditetapkan.

Di samping itu, mesyuarat secara berkala juga diadakan dengan pihak pengurusan sekolah antara lainnya bertujuan untuk mengenalpasti guru-guru yang berpotensi dan menghantar mereka untuk mengikuti kursus-kursus jangka pendek dan panjang di peringkat sijil dan diploma bagi meningkatkan kualiti pendidikan SAR.

Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

16. Mohon statistik yang terkini jumlah perniagaan yang berkaitan dengan pelancongan yang terdapat di Pulau Pinang.

(a) Apakah langkah-langkah yang boleh diambil oleh Kerajaan Negeri untuk meningkatkan lagi perniagaan yang berkaitan dengan pelancongan ini.

Y.A.B. Ketua Menteri:

16. Statistik perniagaan berlesen yang berkaitan dengan pelancongan di Pulau Pinang adalah seperti di bawah.

Bil. Jenis Perniagaan Jumlah Pengusaha

1. Hotel dan Rumah Tumpangan 239

2. Kedai Jualan Cenderahati 15

3. Premis makanan 3,313

4. Aktiviti Sukan Air 23

5. Penyewaan Basikal 15

6. Agensi Pelancongan (Travel Agency) 123

7. Galeri Seni (Muzium) 16

Jumlah Besar 3,744

(a) Langkah-langkah yang boleh diambil oleh Kerajaan Negeri untuk meningkatkan lagi perniagaan yang berkaitan dengan pelancongan adalah seperti berikut:

(i) Membantu dan menyegerakan kelulusan lesen perniagaan;

(ii) Memudahkan permohonan lesen melalui penggunaan sistem e-Lesen;

(iii) Mempromosikan premis perniagaan melalui penyediaan papan-papan tanda jalan;

(iv) Membangunkan kawasan baharu sebagai tempat tarikan pelancong;

(v) Pemberian bantuan dan insentif kepada perniagaan seperti penganjuran kursus-kursus pembangunan usahawan; dan

(vi) Mempelbagaikan acara tahunan bagi menggalakkan aktiviti sokongan kepada industri pelancongan.

Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

17. Penyalahgunaan dadah di DUN Telok Bahang semakin membimbangkan.

(a) Berapakah tangkapan yang telah dilakukan dalam isu penyalahgunaan dadah khususnya di DUN Telok Bahang?

(b) Kempen-kempen yang dijalankan oleh agensi berkaitan.

(c) Statistik mereka-mereka yang telah kembali ke kehidupan normal

Page 314: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

314

Y.A.B. Ketua Menteri:

17. (a) Laporan Tangkapan Jabatan Siasatan Jenayah Negeri (JSJN) di Kawasan Telok Bahang, Pulau Pinang yang melibatkan dadah adalah seperti berikut:-

(b) Program dan kempen yang dilaksanakan oleh pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Pulau Pinang di DUN Teluk Bahang dalam tahun 2018.

BIL. Program/Kempen Lokasi Tarikh Jumlah Penglibatan

1. Saringan Urin/Ceramah SMK Telok Bahang 9.1.2018 21 orang

2. Saringan Urin/Ceramah Balai Bomba Telok Bahang

29.1.2018 18 orang

3. Pameran Minggu Antidadah SK Telok Bahang 24.4.2018 23 orang

4. Saringan Urin/Ceramah

Jabatan Perhilitan Telok Bahang

24.4.2018 24 Orang

5. Saringan Urin/Ceramah SMK Telok Bahang 16.7.2018 21 Orang

Orang Kena Pengawasan (OKP) bermaksud penagih dadah yang telah diperintahkan menjalani pengawasan mahkamah mengikut seksyen 6(1)(a), 6(1)(b) Akta Penagih Dadah 1983 dan seksyen 38B(1) Akta Berbahaya 1952. OKP diletakkan di bawah pengawasan seorang pegawai di tempat yang ditetapkan dalam perintah selama tempoh tidak kurang daripada dua tahun dan tidak melebihi tiga tahun.

Pemulihan penagihan dadah memerlukan usaha sepanjang hayat kerana penagihan dadah adalah satu penyakit kronik yang mudah berulang (Chronic Relapsing Disease) dan berpanjangan. Ini bermakna, penagihan dadah ini akan kekal dengan individu yang menyalahgunakannya pada masa yang panjang, di mana terdapat individu yang bergantung dengan dadah untuk hidup. Namun, individu yang terlibat dalam penagihan dadah ini boleh dipulihkan dan mampu berhenti menggunakan dadah sekiranya individu tersebut tekad dengan usahanya dalam mendapatkan rawatan dan pemulihan dadah yang meliputi keperluan fizikal, mental, sosial, dan spiritual.

Setelah tamat pengawasan adalah menjadi tanggungjawab keluarga dan masyarakat setempat untuk membantu bekas OKP supaya dapat kembali ke kehidupan normal dan berfungsi semula di dalam masyarakat. Kejayaan pengekalan kepulihan bergantung kepada OKP itu sendiri. Seperti yang telah dinyatakan di atas, masalah penagihan merupakan penyakit kronik yang mudah berulang. Justeru itu, pihak AADK sentiasa mengalu-alukan bekas OKP yang memerlukan khidmat bimbingan/kaunseling permasalahan dadah.

Bil. Jenis Tangkapan Seksyen Terlibat Tahun 2017 Tahun 2018

1 Tangkapan Bekalan

Seksyen 39B ADB, Seksyen 39A(2) ADB

10 20

2 Tangkapan Memiliki

Seksyen 12(3) ADB, Seksyen 6 ADB & Seksyen 30(3) Akta Racun)

31 26

3 Tangkapan Urin

15(1)(a) ADB & Seksyen 3(1) APD

34 7

Jumlah Tangkapan 75 53

Page 315: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

315

(c) Statistik mereka-mereka yang telah kembali ke kehidupan normal/ tamat pengawasan:

Seksyen Bulan

6(1) (a)

6(1) (b)

38B

JAN 2 7 2

FEB - 1 3

MAC 1 10 5

APR - 2 3

MEI - - 2

JUN - 2 4

JULAI - - 4

OGOS - - 5

SEPT - - 5

**Jumlah OKP Teluk Bahang Belum Tamat Pengawasan Sehingga September 2018 = 107 Orang

Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

18. Apakah projek-projek yang akan dilaksanakan di Parlimen Balik Pulau susulan banjir besar yang melibatkan terutamanya di kawasan Taman Manggis dan banyak kawasan lain pada bulan Mei yang lalu.

(a) Sila perincikan mengikut DUN yang terdapat di Parlimen Balik Pulau.

Y.A.B. Ketua Menteri:

18. Susulan kejadian banjir di kawasan Taman Manggis dan kawasan lain di Parlimen Balik Pulau pada Mei 2018, projek-projek infrastruktur yang dirancang, sedang dan telah dilaksanakan mengikut KADUN di Parlimen Balik Pulau adalah seperti di Lampiran A.

RUJUK LAMPIRAN A.

Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

19. Sila nyatakan hasil pendapatan yang dijana oleh Kerajaan Negeri dan pecahan yang dibelanjakan kembali kepada rakyat Pulau Pinang secara keseluruhan bermula dari tahun 2013 hingga September 2018.

Y.A.B. Ketua Menteri:

19. Kerajaan Negeri telah berjaya menjana dan mengutip hasil pendapatan yang mencukupi bagi menampung perbelanjaan Kerajaan Negeri serta berupaya mengekalkan lebihan belanjawan sejak tahun 2008 hingga kini. Jumlah hasil dan perbelanjaan Kerajaan Negeri dari tahun 2013 hingga 2018 (setakat 30 September 2018) adalah seperti di Lampiran A.

Kerajaan Negeri sentiasa memberi keutamaan untuk memastikan hasil yang dikutip dibelanjakan kembali untuk manfaat dan kesejahteraan rakyat Pulau Pinang. Perbelanjaan utama yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri adalah merangkumi perbelanjaan seperti berikut iaitu:

(a) Perbelanjaan untuk projek-projek pembangunan yang berjaya meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat Negeri Pulau Pinang. Peruntukan yang dibelanjakan untuk projek-projek pembangunan dari tahun 2013 hingga 2018 adalah seperti di Lampiran B.

(b) Pembiayaan bantuan kebajikan kepada rakyat Negeri Pulau Pinang melalui Program i-Sejahtera seperti berikut:-

(i) Program Warga Emas - RM130 setahun;

Page 316: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

316

(ii) Program Waris Warga Emas - RM1,000 one-off;

(iii) Program Ibu Tunggal - RM100 setahun;

(iv) Program Waris Ibu Tunggal - RM1,000 one-off;

(v) Program Warga Orang Kelainan Upaya (OKU) - RM130 setahun;

(vi) Program Waris Orang Kelainan Upaya (OKU) - RM1,000 one-off;

(vii) Program Ibu Emas - RM100 setahun;

(viii) Program Anak Emas - RM200 one-off; dan

(ix) Program Pelajar Emas - RM100 setahun

(c) Pembiayaan untuk program-program bantuan sosial yang memberi manfaat kepada pelbagai lapisan masyarakat seperti berikut:-

(i) Bantuan kemasukan pelajar ke IPTA/IPTS;

(ii) Bantuan pukat nelayan – RM400 setahun;

(iii) Bayaran subsidi kepada Pusat Dialisis CAT;

(iv) Program mammogram percuma;

(v) Elaun pemandu teksi dan bas sekolah - RM600 setahun;

(vi) Elaun penarik beca - RM100 sebulan;

(vii) Bantuan untuk penduduk miskin tegar ;

(viii) Perkhidmatan bas BEST KOMTAR dan BEST FIZ; dan

(ix) Lain-lain program yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri. (RM1,000 untuk IPTA/IPTS di Semenanjung Malaysia, RM1,200 untuk IPTA/IPTS di Sabah & Sarawak dan RM300 untuk kemasukan ke Politeknik)

(d) Perbelanjaan mengurus untuk jabatan-jabatan kerajaan negeri selaku jentera kerajaan (government machinery) untuk memberikan perkhidmatan yang efisien dan efektif kepada rakyat Negeri Pulau Pinang.

Berdasarkan butiran perbelanjaan yang dilakukan, adalah terbukti hasil yang diterima oleh Kerajaan Negeri dibelanjakan kembali untuk manfaat rakyat Negeri Pulau Pinang.

RUJUK LAMPIRAN A DAN B.

Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

20. Kesesakan lalu lintas masih berlaku di Pulau Pinang walaupun beberapa pelebaran jalan, penambahbaikan dan juga flyover telah dibina.

(a) Apakah langkah seterusnya yang Kerajaan Negeri akan ambil untuk mengatasi masalah ini.

Y.A.B. Ketua Menteri:

20. Selain daripada menaiktaraf infrastruktur dan pelebaran jalan, Kerajaan Negeri telah mengambil beberapa langkah bagi mengatasi masalah lalu lintas di Pulau Pinang iaitu:

(i) Meningkatkan kualiti perkhidmatan pengangkutan awam dengan memperkenalkan beberapa inisiatif pengangkutan awam secara percuma atau dengan bayaran bulanan yang minima. Antaranya adalah perkhidmatan Bridge Express Shuttle Transit (BEST), Central Area Transit (CAT) dan terbaru bas percuma Congestion Alleviation Transport (CAT);

(ii) Menambah baik frekuensi perkhidmatan bas awam demi meningkatkan penggunaan pengangkutan awam terutama pada waktu puncak;

Page 317: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

317

(iii) Menjalankan kajian ‘Concept Plans for Immediate Measures To Alleviate Traffic Congestion Within George Town and its Vicinity’ untuk menyuraikan kesesakan lalu lintas secara berperingkat sejak tahun 2012;

(iv) Melaksanakan langkah-langkah pengurusan lalu lintas seperti melaksanakan sistem jalan sehala, melarang kenderaan parkir atau menunggu di bahu jalan serta menyelaras lampu isyarat untuk mewujudkan green wave bagi melancarkan pergerakan aliran lalulintas terutama di kawasan tumpuan dan pada puncak;

(v) Memasang CCTV di kawasan strategik secara berkesan untuk meningkatkan keselamatan, pemantauan lalu lintas dan mengawal kesesakan lalu lintas. menggunakan sistem analisis video atau video analytic untuk meningkatkan keupayaan pengurusan lalu lintas dan meningkatkan keselamatan orang awam;

(vi) Memperkenalkan Pelan Induk Basikal Pulau Pinang dan Seberang Perai pada tahun 2010 dengan pembinaan laluan basikal di seluruh Pulau Pinang yang akan memberi laluan alternatif kepada pengguna jalan raya. Di samping itu, satu usaha telah diambil pada tahun 2016 untuk wemujudkan sistem perkongsian basikal yang lebih dikenali sebagai Link Bike di kawasan George Town;

(vii) Mengenakan syarat pemajuan untuk kerja-kerja menaiktaraf jalan termasuk menjalankan kajian impak lalu lintas atau Traffic Impact Assesment (TIA) dan melaksanakan penambahbaikan jajaran laluan bagi jalan raya sedia ada;

(viii) Melaksanakan tindakan penguatkuasaan seperti saman, kapit dan tunda kenderaan melalui agensi penguatkuasaan bagi melarang kenderaan parkir atau menunggu di bahu jalan termasuk kenderaan berat seperti bas dan lori yang boleh menyebabkan kesesakan lalu lintas berlaku;dan

(ix) Melaksanakan projek masa hadapan melalui Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PIP) dengan pembinaan sistem LRT dari pusat bandar George Town ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang serta menyediakan sistem monorel atau LRT dari pusat bandar George Town ke Ayer Itam dan Tanjong Tokong bagi mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian selepas mendapat kelulusan daripada semua pihak yang berkaitan.

Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

21. JKKK adalah penghubung utama kerajaan dan komuniti.

(a) Apakah cadangan Kerajaan Negeri untuk memantapkan lagi institusi tersebut?.

(b) Berapakah perbelanjaan pengurusan untuk keseluruhan JKKK di Pulau Pinang?.

(c) Tindakan disiplin atau JKKK yang bermasalah mengikut aduan di Parlimen Balik Pulau dari tahun 2013 - 2018 dan prestasi masing-masing.

Y.A.B. Ketua Menteri:

21. (a) Antara cadangan Kerajaan Negeri untuk memantapkan lagi institusi JKKK adalah seperti berikut:

(i) Memastikan setiap JKKK memiliki Manual Prosedur Kerja (MPK) JKKK terkini yang disediakan oleh Kerajaan Negeri dan membuat pemantauan bagi memastikan pematuhan MPK yang dikeluarkan.

(ii) Membuka ruang kepada pimpinan JKKK untuk berdialog dengan Agensi Kerajaan Negeri bagi memperbaiki sebarang bentuk kelemahan dari segi pentadbiran dan pengurusan di peringkat JKKK.

Page 318: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

318

(iii) Mengadakan seminar dan kursus sepanjang tahun dalam bertujuan memberi kefahaman kepada pimpinan JKKK supaya lebih fokus dalam memperkasakan masyarakat luar bandar bagi menggalakkan mereka turut serta dalam sebarang perancangan dan perubahan yang bakal diperkenalkan Kerajaan Negeri; dan

(iv) Menganjurkan Kursus Tadbir Urus JKKK yang dikendalikan oleh Pejabat Daerah dan Tanah.

(b) Perbelanjaan pengurusan keseluruhan JKKK sehingga bulan Oktober 2018 di Pulau Pinang adalah sebanyak RM5,240,200.00.

(c) Terdapat satu aduan mengenai salah laku JKKK KADUN Pantai Jerejak di bawah Parlimen Balik Pulau iaitu JKKK Sungai Nibong Kecil dan JKKK Sungai Nibong Pantai yang diterima pada 24 Julai 2018. Siasatan oleh Pejabat Daerah dan Tanah, Daerah Barat Daya mendapati didapati aduan tersebut adalah tidak berasas. Namun, sekiranya aduan yang didapati mempunyai merit yang berasas akan diambil tindakan disiplin yang sewajarnya oleh pihak Kerajaan Negeri.

Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

22. Apakah projek-projek atau pelan penambahbaikan yang akan dilakukan oleh Kerajaan Negeri terhadap jalan yang menghubungkan antara Balik Pulau dan Telok Bahang? Dikhuatiri sesuatu yang buruk akan berlaku jika terdapatnya hujan lebat dan ribut yang berpanjangan.

Y.A.B. Ketua Menteri:

22. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) sentiasa melaksanakan pemantauan dan penyenggaraan ke atas jalan FR6 yang menghubungkan Balik Pulau dan Teluk Bahang; serta kawasan bercerun di sepanjang jajaran ini.

Pihak JKR akan memastikan penyenggaraan rutin dilaksanakan oleh syarikat konsesi yang dilantik oleh Kerajaan Persekutuan seperti kerja-kerja crack sealing bagi lokasi jalan yang terdapat rekahan serta pembersihan longkang dan pembentungan.

Begitu juga pemantauan terhadap lokasi yang mempunyai risiko tanah runtuh di mana pihak JKR telah mengemukakan perancangan dan permohonan peruntukan untuk kerja-kerja mambaik pulih tanah runtuh kepada Cawangan Kejuruteraan Cerun, Ibu Pejabat JKR Malaysia. Selain itu, pihak Kerajaan Negeri bersama JKR juga melaksanakan pemeriksaan mengejut (spot check) di kawasan pembinaan yang melibatkan pemotongan cerun untuk memastikan kontraktor yang terlibat mematuhi pelan kawalan hakisan dan kelodak (ESCP) yang telah diluluskan.

Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

23. Pertanian merupakan salah satu cabang ekonomi penduduk DUN Teluk Bahang.

(a) Statistik jumlah petani yang mengusahakan pertanian sebagai sumber pendapatan.

(b) Langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan golongan ini sentiasa diberi perhatian.

(c) Insentif daripada agensi yang terlibat untuk memajukan lagi pertanian yang mereka usahakan.

Y.A.B. Ketua Menteri:

23. (a) Terdapat seramai 365 orang petani di DUN Teluk Bahang yang mengusahakan pertanian sebagai sumber pendapatan. Perincian seperti di jadual berikut:

Page 319: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

319

Kategori Tanaman Bil.

Petani

Luas Bertanam

(CHE)

Pengeluaran (mtan)

Nilai Pengeluaran Bersih (RM)

Florikultur 1 0.20 0.41 430.50

Herba Dan Rempah Ratus

21 11.26 82.57 183,937.06

Sayur-sayuran 10 4.50 35.93 76,452.10

Tanaman Buah-buahan 323 389.87 2,782.58 18,660,973.64

Tanaman Industri 3 2.60 9.33 68,439.00

Tanaman Ladang/Tanaman Kontan

7 4.10 36.25 29,928.36

JUMLAH 365 412.53 2,947.08 19,020,160.66

(b) Dalam memastikan golongan petani ini sentiasa diberikan perhatian yang sewajarnya, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian telah mengambil langkah-langkah seperti berikut:

(i) Meningkatkan produktiviti pengeluaran hasil pertanian dan meningkatkan pendapatan petani/usahawan tani melalui bantuan khidmat nasihat, input pertanian, jentera dan mekanisasi ladang, latihan dan sebagainya;

(ii) Menggalakkan para petani / usahawan tani agar mendapatkan pensijilan Halal, MeSTI, Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP), myGAP dan myOrganic untuk produk-produk keluaran pertanian supaya produk-produk yang dihasilkan lebih mudah dipasarkan;

(iii) Meningkatkan penglibatan golongan muda dalam sektor pertanian dan industri asas tani melalui program-program di peringkat negeri; dan

(iv) Meningkatkan produktiviti dan kualiti produk industri asas tani melalui promosi di dalam dan luar Negeri Pulau Pinang.

(c) Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian menyediakan pelbagai bentuk insentif kepada petani. Antara insentif yang diberikan adalah seperti berikut:

(i) Infrastruktur ladang;

(ii) Input pertanian (baja/racun dan lain-lain);

(iii) Jentera dan peralatan kecil ladang;

(iv) Perkhidmatan mekanisasi ladang;

(v) Latihan/Bengkel/Seminar;

(vi) Program pengukuhan modal insan untuk Kelompok Pertanian, Kumpulan Pengembangan Wanita (KPW) dan Usahawan;

(vii) Program pemasaran dan promosi produk; dan

(viii) Pinjaman mikrokredit Tabung Usahawan Tani (TUT)

Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

24. Sila nyatakan insentif- insentif yang sedang atau cadangan untuk diberikan kepada nelayan sepenuh masa oleh agensi-agensi yang berkaitan.

Y.A.B. Ketua Menteri:

24. Terdapat pelbagai bentuk insentif yang disediakan kepada nelayan sepenuh masa yang layak seperti berikut:

Page 320: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

320

(a) Insentif daripada Jabatan Perikanan

(i) Agropreneur Muda

Bantuan geran diberikan kepada pemohon yang berumur antara 18 hingga 40 tahun. Untuk program ini, geran dengan nilai maksimum sebanyak RM20,000.00 berupa peralatan diberikan kepada usahawan akuakultur dan maksimum RM15,000.00 untuk usahawan Industri Asas Tani (IAT).

(ii) Kursus dan demo in-situ

Kursus ini lebih menumpukan kepada kemahiran teknikal seperti pembaikan enjin sangkut, pemprosesan dan pembuatan/penyelenggaraan sampan fiber.

(iii) Bantuan Touch Point

Nelayan diberikan bantuan-bantuan input berupa barangan keselamatan dan peralatan nelayan seperti tong insulasi, baju hujan, lampu suluh dan beg kalis air.

(b) Insentif daripada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)

(i) Pinjaman Dana Nelayan

Pinjaman mudah bagi pembelian bot dan peralatan baru atau meningkatkan keupayaan bot sedia ada, pinjaman modal operasi, pinjaman kecemasan untuk nelayan dan modal pusingan pemasaran untuk Persatuan Nelayan.

(ii) Projek Khas Perumahan Nelayan

Nelayan yang berkelayakan diberikan bantuan untuk membaikpulih dan membina baharu rumah. Program ini dilaksanakan berdasarkan tiga (3) kategori iaitu Baik Pulih Rumah Nelayan, Program Bina Baru dan Program Penempatan Semula Nelayan (PSN).

(iii) Skim Insuran Nelayan

Bertujuan untuk membela nasib keluarga nelayan dan persediaan kewangan luar jangka golongan nelayan sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini atau kemalangan melibatkan nelayan.

(iv) Elaun Sara Hidup Nelayan

Membantu meringankan beban golongan nelayan yang berkelayakan.

(v) Pengurusan Skim Subsidi Diesel dan Petrol Nelayan

Membantu menampung sebahagian kos operasi menangkap ikan kesan daripada kenaikan harga pasaran minyak.

(vi) Insentif Pendaratan Ikan

Insentif ini diberikan kepada nelayan yang mendaratkan ikan di jeti-jeti yang diwartakan LKIM.

(c) Insentif daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang

(i) Baucar Bantuan Nelayan Pesisir Pantai

Bantuan ini diberikan kepada nelayan pesisir pantai dengan nilai RM400.00 setahun untuk pembelian peralatan menangkap ikan daripada kedai-kedai yang dikenalpasti oleh Kerajaan Negeri.

(ii) Pinjaman Mikrokredit Tabung Usahawan Tani (TUT)

Bantuan pinjaman mikrokredit kepada nelayan yang mengusahakan perniagaan berasaskan industri asas tani termasuklah perikanan.

Page 321: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

321

Buat masa ini, Kerajaan Negeri tidak mempunyai cadangan bagi pemberian insentif baharu untuk nelayan sepenuh masa di negeri ini.

Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

25. Telok Bahang adalah destinasi pelancongan.

(a) Mengapakah jumlah pelancong jauh masih rendah ke Telok Bahang masih rendah?

(b) Apakah kempen berterusan dijalankan untuk menjadikan Telok Bahang menjadi destinasi wajib bagi setiap pelancong yang datang ke Pulau Pinang?

(c) Jumlah mereka yang menjadikan Taman Negara sebagai destinasi lawatan mereka ke Pulau Pinang.

Y.A.B. Ketua Menteri:

25. (a) Jumlah kemasukan pelancong ke Negeri Pulau Pinang telah meningkat setiap tahun. Bagi salah satu destinasi pelancongan di Telok Bahang iaitu Taman Negara Pulau Pinang, jumlah pelawat juga menunjukkan peningkatan di mana sebanyak 108,276 pelawat dicatatkan pada tahun 2012, manakala pada tahun 2017 sebanyak 157,232 pelawat dicatatkan. Peningkatan sebanyak 45% dalam masa lima (5) tahun menunjukkan bahawa Telok Bahang turut menikmati manfaat daripada pembangunan pelancongan Negeri Pulau Pinang. Sekiranya dibuat perbandingan antara George Town dan Telok Bahang, sudah tentu lebih ramai pelancong melawat George Town berikutan akses yang lebih mudah dan mempunyai status Tapak Warisan Dunia The United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO). Telok Bahang mempunyai tarikan pelancong tersendiri seperti Entopia, Escape Theme Park dan Taman Negara Pulau Pinang. Oleh itu, sasaran pelancong ke Telok Bahang adalah pelancong yang meminati alam semula jadi dan pengembaraan, berbeza dengan pelancong George Town yang lebih bersifat santai.

(b) Kerajaan Negeri melalui Penang Global Tourism (PGT) secara berterusan menjalankan kempen mempromosikan destinasi Telok Bahang kepada pelancong dalam kategori ‘Nature & Adventure’. Tarikan-tarikan pelancong di Telok Bahang seperti Entopiadan Escape Theme Park sentiasa dipromosikan dalam kempen pelancongan di luar negara seperti Penang Entourage Campaign, Singapore Outdoor Campaign (Bus), Hong Kong Outdoor Campaign (Tram), Penang Seminar dan acara tradeshow. Selain itu, PGT juga menjalankan kempen e-coupon di mana pelancong boleh memuat turun baucar diskaun dan menikmati promosi yang ditawarkan oleh pengusaha tarikan pelancong.

(c) Jumlah pelancong yang menjadikan Taman Negara Pulau Pinang sebagai destinasi lawatan mereka ke Pulau Pinang boleh dilihat berdasarkan statistik jumlah pelawat Taman Negara Pulau Pinang. Bagi tempoh Januari hingga September 2018, jumlah pelawat yang berkunjung ke Taman Negara Pulau Pinang adalah sebanyak 108,749 orang yang merangkumi 56,032 pelawat dalam negara dan 52,717 pelawat dari luar negara.

Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

26. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri dalam mengekalkan Balik Pulau sebagai satu kawasan yang hijau keseluruhannya tanpa dipinggirkan dalam aspek-aspek pembangunan yang lain?

Page 322: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

322

Y.A.B. Ketua Menteri:

26. Bagi memastikan Balik Pulau terus menikmati arus pembangunan tanpa menjejaskan keadaan alam sekitar di kawasan tersebut, Kerajaan Negeri telah melaksanakan langkah-langkah berikut:

(i) Meletakkan kawasan Balik Pulau dalam kawasan Koridor Pembangunan Sekunder Balik Pulau - Genting - Air Putih;

(ii) Menyelaraskan Pelan Dasar Perancangan dan Kawalan Pemajuan MBPP seperti yang telah diluluskan pada 13 September 1996 dengan Gambarajah Utama RSNPP 2020 di mana 46% daripada keseluruhan Balik Pulau kekal sebagai kawasan hijau;

(iii) Mengiklankan aktiviti-aktiviti pelancongan terhad atau eko pelancongan, perdagangan terhad, industri asas tani, industri kraftangan serta pembangunan berimpak rendah yang berkonsepkan low rise, low density(berparas rendah berkepadatan rendah) untuk mendapat tarikan pelancong;

(iv) Mengekalkan dan menaiktaraf perkampungan tradisional seperti Kampung Sungai Rusa, Kampung Telok Bahang, kampung-kampung nelayan di Balik Pulau, Kampung Sungai Batu, Kampung Titi Teras, Kampung Perlis, Kampung Pondok Upeh, Kampung Kuala Sungai Pinang, Kampung Pantai Acheh, Kampung Sungai Pinang, Kampung Kuala Jalan Bharu, Kampung Sungai Korok, Kampung Genting dan Kampung Terang;

(v) Memelihara alam semula jadi dan pertanian terutama tanaman padi di Balik Pulau yang terletak di Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Sungai Burung kerana tanaman padi merupakan antara penyumbang kepada sumber ekonomi berasaskan pertanian; dan

(vi) Memulihara dan mewartakan kawasan-kawasan hutan sebagai sumber eko pelancongan dan hutan simpan kekal di Balik Pulau seperti Hutan Simpan Telok Bahang, Taman Negara Pulau Pinang, Hutan Paya Laut Pantai Acheh, Hutan Paya Laut Kuala Sungai Burung dan Hutan Simpan Kekal Balik Pulau.

Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

27. Tanah wakaf dan baitulmal yang terdapat di Pulau Pinang.

(a) Senaraikan lot-lot tanah, keluasan dan lokasi tanah-tanah wakaf tersebut.

(b) Apakah pembangunan yang dijalankan di tanah-tanah tersebut?

(c) Senaraikan tanah-tanah wakaf dan Baitulmal yang terdapat di Telok Bahang.

Y.A.B. Ketua Menteri:

27. Keseluruhannya terdapat sejumlah 1,271 lot dengan jumlah keluasan 1,272.12 ekar tanah wakaf dan baitulmal di Pulau Pinang.

(a) Senarai lot tanah, status, lokasi dan keluasan mengikut daerah adalah seperti di Lampiran A.

(b) Pada masa ini, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) melalui anak syarikatnya iaitu Wakaf Pulau Pinang Sdn Bhd telah membangunkan sejumlah 469 unit kediaman dan komersial di seluruh Negeri Pulau Pinang. Bagi tahun 2018 sahaja, MAINPP telah berjaya menyempurnakan dua (2) projek perumahan iaitu 68 unit rumah Pangsapuri Wakaf Muhamed Hashim di Seberang Jaya dan 77 unit rumah dan 4 unit komersial Pangsapuri Siti dan Hajjah Norijah di Sg. Nibong.

Di samping itu, terdapat juga projek perumahan yang sedang dalam pembinaan dan dalam perancangan untuk dibangunkan oleh MAINPP yang melibatkan

Page 323: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

323

sejumlah 4,450 unit rumah dan 181 unit komersial. Perinciannya adalah seperti di Lampiran B.

(c) Terdapat sejumlah 25 lot tanah wakaf dan baitulmal di kawasan Telok Bahang. Senarai lot tanah, status, lokasi dan keluasannya diperincikan seperti di Lampiran C.

RUJUK LAMPIRAN A, B DAN C.

Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

28. Berapakah pertumbuhan ekonomi per GDP , peratusan tingkat hutang negeri dan asset negeri sejak tahun 2008 sehingga Jun 2018

Y.A.B. Ketua Menteri:

28. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK / GDP) bagi Negeri Pulau Pinang menunjukkan trend peningkatan bermula pada tahun 2008 sehinggalah 2017 seperti ditunjukkan di Lampiran A. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, data KDNK terkini mengikut negeri adalah sehingga 2017 sahaja. Data bagi tahun 2018 akan dikeluarkan pada tahun berikutnya.

(a) Sehingga Jun 2018, peratusan hutang Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan berkurangan sebanyak 90.2% menjadi RM61,224,547.50 berbanding tahun 2008 iaitu sebanyak RM625,442,355.90. Ini bermakna, tiada peningkatan hutang, memandangkan semua bayaran balik dibuat mengikut jadual dan tiada tunggakan setakat ini. Perincian adalah seperti di Lampiran B.

(b) Bagi peratusan aset cair dalam bentuk Simpanan Tetap, terdapat peningkatan sebanyak 78.3% sehingga Jun 2018 iaitu sebanyak RM1,759,000,000.00, berbanding hanya RM986,500,000.00 pada tahun 2008. Perincian adalah seperti di Lampiran C1.

Manakala bagi aset tetap (aset tak alih) seperti tanah, bangunan, kerja & infra, peralatan dan aset tak ketara adalah seperti di Lampiran C2. Untuk makluman, maklumat ini tidak berubah daripada tahun 2015 sehingga 2018 (tiada rekod rasmi sebelum tahun 2015 kerana pengumpulan data dimulakan pada tahun 2015).

RUJUK LAMPIRAN A, B DAN C.

Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

29. Jelaskan dengan terperinci mengenai langkah-langkah kawalan dalam membangunkan sesuatu kawasan untuk pemajuan dalam mengelakkan banjir yang mungkin berlaku atas sebab pembangunan tersebut.

Y.A.B. Ketua Menteri:

29. Pihak Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) telah mewajibkan semua pembangunaan baru atau pembangunan semula perlu mematuhi beberapa garis panduan seperti berikut:

(a) Garis Panduan Manual Saliran Mesra Alam Edisi ke-2 (MSMA);

(b) Malaysian Standard for Urban Storm Water Mangement MS2526 (keluaran SIRIM);

(c) Garis Panduan JPS: Pembangunan melibatkan sungai dan rezab sungai;

(d) Garis Panduan Konsep Pembangunan Berhadapan Sungai, Pelan Induk Saliran Mesra Alam, Garis Panduan JPS 1/97; dan

(e) Kawalan Hakisan Berikutan Dari Pembangunan Di Kawasan Pantai dan sebagainya termasuk arahan-arahan semasa yang dikeluarkan melalui Pekeliling-Pekeliling JPS.

Page 324: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

324

Selain itu, Kerajaan Negeri melalui Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah menetapkan supaya, semua Permohonan Kebenaran Merancang yang dikemukakan kepada Majlis perlu dirujuk kepada jabatan teknikal dalaman dan luaran untuk mendapatkan ulasan sebelum sebarang pelaksanaan projek pembangunan.

Syarat-syarat teknikal untuk mengatasi masalah banjir dikawal melalui syarat Jabatan Pengairan Saliran (JPS) dan Jabatan Kejuruteraan MBPP. Syarat-syarat jabatan teknikal tersebut akan dijadikan syarat dalam kebenaran merancang, pelan bangunan dan juga pelan jalan dan parit seperti berikut:

(i) Sistem pemaritan hendaklah dibaik pulih dan disediakan dengan sempurna sebelum, semasa dan selepas pembinaan dijalankan bagi mengatasi masalah banjir di kawasan sekitar tapak pemajuan; dan

(ii) Kerja-kerja sistem pemaritan/saliran, kestabilan cerun/lereng, pemotongan cerun/lereng, pembinaan jalan dan penyediaan langkah-langkah keselamatan di tapak hendaklah disempurnakan terlebih dahulu sebelum Sijil Kebenaran Mula Kerja (COW) bangunan dikeluarkan.

Bagi Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) pula, langkah-langkah kawalan dalam membangunkan sesuatu kawasan untuk pemajuan bagi mengelakkan banjir yang mungkin berlaku atas sebab pembangunan adalah seperti berikut:

Pelan Induk Tebatan Banjir dan Sistem Saliran yang disediakan oleh JPS digunakan sebagai panduan didalam merancang pembinan parit-parit baru. Pelan induk ini juga disyarat kepada pemaju perumahan bagi membina parit utama mengikut pelan induk tersebut;

Memastikan pemaju mematuhi pelan kawalan hakisan dan kelodak tanah yang telah diluluskan di peringkat kerja tanah agar isu banjir lumpur tidak berlaku ditapak-tapak pembangunan baharu;

Memastikan pemaju menyediakan kolam takungan berdasarkan kehendak-kehendak Manual Saliran Mesra Alam (MSMA) di dalam pembangunan mereka bagi kawalan air larian di dalam tapak pembangunan mereka sebelum dialirkan ke parit utama/sungai;

Memastikan pemaju mereka bentuk sistem pemaritan dalam pembangunan mereka berdasarkan kehendak-kehendak MSMA;

Mengenakan syarat tambunan minima 2.13m atau lebih dengan memastikan paras selamat dari banjir bagi pembangunan baharu. Manakala bagi kawasan pembangunan di daerah Seberang Perai Tengah, paras tambunan tanah/platform level hendaklah mematuhi paras yang telah ditetapkan di dalam pelan induk tebatan peparitan Seberang Perai Tengah yang telah digunapakai; dan

Membuat pemantauan ke atas projek pembangunan dijalankan dari masa ke semasa bagi memastikan pemaju mengikut spesifikasi Pelan Jalan dan Parit yang ditetapkan terutama dari segi penyediaan kolam takungan dan penyelenggaraan parit-parit dalam kawasan pembangunan yang sedang dilaksanakan.

XXI. Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

1. Mohon Kerajaan Negeri nyatakan usaha yang diambil untuk meningkatkan taraf kebersihan premis makanan dari C ke B dan seterusnya A dalam keadaan masih terdapat ramai pekerja asing yang menguasai perniagaan tersebut di mana kebersihan di kalangan pekerja asing agak kritikal?

Page 325: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

325

Y.A.B. Ketua Menteri:

1. Antara usaha-usaha yang telah dijalankan oleh Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan bagi meningkatkan taraf premis makanan dari Gred C Ke Gred B dan seterusnya Gred A adalah seperti berikut:

(i) Membuat Kajian Penggredan Semula Tahap Kebersihan Pasar Awam di Negeri Pulau Pinang supaya semua pasar awam mencapai sekurang-kurangnya Gred A dan B sahaja.

(ii) Menjalankan pemeriksaan dan pemantauan berjadual.

(iii) Memberikan khidmat nasihat kepada pengusaha untuk meningkatkan kualiti dan kebersihan premis.

(iv) Menyemak semula silibus bagi kursus pengendali makanan.

(v) Menjalankan operasi bersepadu bersama dengan Jabatan Kesihatan Negeri dan Jabatan Imigresen bagi premis yang diusahakan warganegara asing.

(vi) Mengedarkan bahan rujukan dan poster kebersihan kepada agen pekerja warga negara asing yang terlibat dengan sektor pengendalian makanan.

(vii) Mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pemilik premis makanan berkaitan ketidakpatuhan terhadap syarat-syarat pelesenan daripada aspek kebersihan yang ditetapkan dan notis berkaitan kebersihan.

(viii) Membatalkan atau tidak memperbaharui lesen perniagaan bagi premis perniagaan yang gagal menaik taraf kebersihan seperti mana yang telah ditetapkan dalam syarat pelesenan.

Selain itu, pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) turut menganjurkan kempen dan pertandingan kebersihan premis makanan setiap tahun sempena Sambutan Hari Penjaja dan Komuniti Peniaga MBPP.

Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

2. Apakah langkah yang diambil Kerajaan Negeri untuk membatalkan secara pesona non grata pemilik lesen premis perniagaan makanan yang menyerah hak (assign) perniagaan kepada warga asing?

Y.A.B. Ketua Menteri:

2. Antara langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri ke atas pemilik lesen premis

perniagaan makanan yang dilabelkan sebagai persona non grata kerana menyerah hak (assign) perniagaan kepada warga asing adalah seperti berikut:

(i) Membatalkan lesen premis perniagaan yang telah dikeluarkan;

(ii) Meneruskan tindakan mahkamah bagi kesalahan memajak perniagaan kepada warganegara;

(iii) Mengeluarkan kompaun di atas kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen;

(iv) Membangunkan sistem sekatan / menyenaraihitamkan syarikat dan nama individu yang menyerah hak lesen kepada warganegara; dan

(v) Menjalankan operasi penguatkuasaan bersama jabatan / agensi peguatkuasaan lain seperti Jabatan Imigresen, Jabatan Kesihatan Negeri dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

3. Mohon Kerajaan Negeri nyatakan jumlah Rumah Mampu Milik A dan B sejak skim tersebut diperkenalkan di Pulau Pinang sehingga September 2018?

Page 326: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

326

(a) Berapakah perbelanjaan yang telah ditanggung Kerajaan Pulau Pinang untuk skim Rumah Mampu Milik A dan B bagi tempoh diperkenalkan sehingga September 2018?

Y.A.B. Ketua Menteri:

3. Rumah Mampu Milik (RMM) ‘A’ dan ‘B’ merujuk kepada skim-skim perumahan yang sebelum ini dikenali dengan pelbagai nama seperti rumah murah, rumah kos rendah dan rumah kos sederhana rendah. Pada dasarnya skim perumahan ini mula diperkenalkan dan dibangunkan oleh Kerajaan Negeri untuk menyediakan bekalan perumahan kepada golongan berpendapatan rendah.

Antara skim terawal yang dibina adalah Rancangan Perumahan Awam Padang Tembak telah siap dibina pada tahun 1969 di atas tanah seluas 7.3 hektar (18.25 ekar). Skim perumahan ini terdiri daripada sembilan (9) blok bangunan rumah pangsa setinggi 17 tingkat yang menyediakan sebanyak 3,660 unit kediaman dan 62 unit kedai. Jumlah bekalan unit kediaman kategori ini dipertingkatkan lagi melalui pelbagai usaha kerajaan termasuk melalui pelaksanaan dasar syarat penyediaan 30% RMM ‘A’ dan ‘B’ ke atas setiap pemajuan perumahan swasta di Pulau Pinang.

Setakat ini tiada sebarang kajian dijalankan di peringkat Kerajaan Negeri untuk mengenalpasti jumlah RMM ‘A’ dan ‘B’ yang terdapat di Pulau Pinang. Namun begitu, dalam laporan yang disediakan oleh Pusat Maklumat Harta Tanah Negara dinyatakan bahawa sehingga suku kedua tahun 2018, terdapat sebanyak 80,388 unit RMM ‘A’ terdiri daripada 62,545 kediaman berstrata dan 17,843 kediaman yang dijual pada harga asal tidak melebihi RM42,000/unit. Laporan ini walau bagaimanapun tidak memperincikan jumlah unit RMM ‘B’ (harga maksima RM72,500). Ringkasan statistik stok RMM ‘A’ mengikut daerah dan jenis rumah di Pulau Pinang adalah seperti di Lampiran A.

Berdasarkan rekod yang dikumpul, sejak 2008 sehingga September 2018 terdapat sebanyak 119 projek yang menyediakan sejumlah 27,065 unit RMM 'A' (15,288) dan RMM 'B' (11,777). Senarai Projek RMM 'A' dan 'B' Pulau Pinang adalah seperti di Lampiran B.

(a) Pada masa ini Kerajaan Negeri masih menjalankan tanggungjawab menyelenggara sejumlah 50 skim perumahan awam yang boleh dikategorikan sebagai RMM ‘A’. Berdasarkan perbelanjaan sebenar yang direkodkan bagi tempoh lima tahun bermula 2013 hingga 2017, secara purata Kerajaan Negeri membelanjakan sebanyak RM18,548,270.00 setiap tahun untuk mengurus dan menyelenggara skim-skim perumahan awam ini. Manakala sehingga September 2018, sebanyak RM10,049,485.00 telah dibelanjakan untuk maksud tersebut. Bagi projek-projek RMM 'A' dan 'B' yang dibangunkan oleh pemaju swasta pula, kos mengurus dan menyelenggara bangunan adalah di bawah tanggungjawab pemaju, Badan Pengurusan Bersama (JMB) atau Perbadanan Pengurusan (MC) sebagaimana ditetapkan Akta Pengurusan Strata 2013 [Akta 757].

RUJUK LAMPIRAN A DAN B.

Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

4. Berapakah jumlah Rumah Mampu Milik A dan B yang sedang dalam pembinaan?

(a) Adakah Kerajaan Negeri meningkatkan pendapatan isi rumah minima bagi tujuan permohonan Rumah Mampu Milik A dan B?

Y.A.B. Ketua Menteri:

4. Terdapat sejumlah 35 projek pembinaan Rumah Mampu Milik (RMM) 'A' dan 'B' yang sedang dalam peringkat pembinaan pada masa ini melibatkan penyediaan sejumlah 7,094 unit kediaman di seluruh Pulau Pinang. Taburan projek mengikut daerah adalah seperti di jadual berikut:

Page 327: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

327

Bil. Daerah Jumlah Projek Unit RMM 'A' Unit RMM 'B'

1. Timur Laut 10 742 2568

2. Barat Daya 7 297 934

3. Seberang Perai Tengah 6 796 556

4. Seberang Perai Utara 7 663 0

5. Seberang Perai Selatan 5 453 85

Jumlah 35 2,951 4,143

(a) Buat masa ini Kerajaan Negeri tidak bercadang untuk meningkatkan had pendapatan isi rumah untuk proses permohonan RMM 'A' dan 'B'. Ini kerana sehingga kini terdapat ramai lagi pemohon dalam julat pendapatan tidak lebih RM2,500 untuk RMM 'A' dan RM3,500 untuk RMM 'B' yang berada dalam kategori 'senarai menunggu'. Namun begitu, rayuan boleh dipertimbangkan atas dasar case-by-case dengan mengambil kira tanggungan dan komitmen semasa pemohon.

Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

5. Mohon Kerajaan Pulau Pinang nyatakan sama ada berhasrat untuk membaik pulih infrastuktur dan keadaan sekitar rumah pangsapuri PPR Ampang Jajar kepada keadaan lebih baik?

Y.A.B. Ketua Menteri:

5. Selaras dengan aspirasi Kerajaan Negeri untuk menyediakan kediaman dan persekitaran yang selesa dan kondusif, keperluan bagi menjalankan kerja-kerja pembaikan dan naik taraf skim-skim perumahan awam sentiasa diberi perhatian. Atas dasar ini, Kerajaan Negeri pada tahun 2017 telah membelanjakan sejumlah RM12.49 juta untuk menaik taraf bangunan kediaman, menyelenggara kawasan dan kemudahan guna sama yang secara langsung memberi manfaat kepada semua 13,288 keluarga/isi rumah di 28 Rancangan Perumahan Awam yang terlibat. Daripada jumlah itu, sebanyak RM1.62 juta telah dibelanjakan bagi kerja-kerja menaik taraf dan menyelenggara Rumah Pangsa Ampang Jajar.

Usaha ini diteruskan pada tahun 2018 apabila Kerajaan Negeri meluluskan peruntukan sebanyak RM11.8 juta. Dari jumlah tersebut, RM1.13 juta daripadanya telah dibelanjakan bagi kerja-kerja menaik taraf dan menyelenggara Rumah Pangsa Ampang Jajar. Secara ringkas, agihan peruntukan ini adalah untuk membiayai kerja-kerja seperti di jadual berikut:

BIL. TAJUK PROJEK AMAUN STATUS

Projek Sambungan

1 Kerja-kerja Menggantikan Lif Yang Telah Rosak Untuk Blok B&C (4 unit) Serta Kerja Berkaitan di PPR Ampang Jajar.

RM30,000.00 Siap Dilaksanakan

Projek Baharu

2 Kerja-kerja Menggantikan Lif Yang Telah Rosak Untuk Blok A (2 unit)

RM400,000.00 Dalam peringkat pelantikan kontraktor

Page 328: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

328

Dan Kerja Berkaitan di PPR Ampang Jajar.

3 Kerja-kerja Membina Imprint Di Ruang Koridor Blok Dan Kerja-kerja Berkaitan di PPR Ampang Jajar.

RM200,000.00 Dalam peringkat pelaksanaan

4 Kerja-kerja Waterproofing Di Bumbung Blok Dan Kerja-kerja Berkaitan Di PPR Ampang Jajar.

RM300,000.00 Dalam peringkat pelantikan kontraktor

5 Kerja-kerja Membina Pondok Kawalan Dan Kerja Berkaitan di PPR Ampang Jajar.

RM200,000.00 Siap Dilaksanakan

JUMLAH RM1,130,000,000

Selanjutnya untuk tahun 2019, Bahagian Perumahan telah mengemukakan permohonan peruntukan sebanyak RM6.5 juta bagi menjalankan kerja-kerja naiktaraf dan penyelenggaraan di semua skim perumahan awam Kerajaan Negeri termasuk RM570,000 yang akan diperuntukkan bagi usaha membaik pulih infrastuktur dan keadaan sekitar Rumah Pangsa Ampang Jajar. Kerja-kerja yang dicadangkan adalah penggantian lif Blok A, pembinaan tempat letak kereta yang baru dan lain-lain kerja berkaitan dengan kos yang dianggarkan sebanyak RM570,000.

Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

6. Mohon Kerajaan Negeri Pulau Pinang nyatakan cadangan projek tebatan banjir bagi kawasan di Seberang Perai Utara yang melibatkan jaringan/daerah aliran sungai bagi Sungai Perai, Sungai Dua dan Sungai Jarak?

Y.A.B. Ketua Menteri:

6. Cadangan projek tebatan banjir bagi kawasan di Seberang Perai Utara yang melibatkan jaringan/daerah aliran sungai bagi Sungai Perai, Sungai Dua dan Sungai Jarak adalah seperti berikut:

(i) Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Perai bagi lembangan Sungai Perai yang melibatkan penaiktarafan ban sepanjang 30km dan penaiktarafan 10 struktur outlet;

(ii) RTB Sungai Jarak bagi Lembangan Sungai Jarak yang melibatkan pembinaan rumah pam dan lain-lain komponen Mekanikal dan Elektrikal;

(iii) RTB Tasek Gelugor yang melibatkan Sungai Dua seperti berikut:

(a) Pakej 1: Menaik taraf sistem saliran di Pekan Sungai Dua yang telah siap pada Februari 2015; dan

(b) Pakej 4: Pembinaan Rumah Pam di Sungai Pengkalan Machang yang telah siap pada Mei 2017.

Sebagai makluman tambahan, Pakej 2 dan 3 tidak melibatkan Sungai Dua, di mana ianya melibatkan kawasan Tasek Gelugor.

Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

7. Mohon Kerajaan Negeri nyatakan sama ada kedudukan YB TKM 1 sebagai EXCO yang bertanggungjawab ke atas portfolio Hal Ehwal Agama Islam mempunyai percanggahan kepentingan dengan jawatan Timbalan YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang?

(a) Jika ya, apakah langkah akan diambil selaras dengan prinsip CAT?

Page 329: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

329

Y.A.B. Ketua Menteri:

7. Kedudukan YB. Timbalan Ketua Menteri 1 sebagai EXCO Hal Ehwal Agama Islam dan dalam masa yang sama memegang jawatan Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP) tidak menimbulkan sebarang percanggahan kepentingan kerana Timbalan YDP MAINPP tidak bertanggungjawab terus kepada Exco Agama.

Pelantikan Timbalan YDP MAINPP adalah perkenan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung manakala lantikan Timbalan Ketua Menteri I merangkap Exco Agama adalah dilantik oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri atas nasihat Ketua Menteri.

Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

8. Mohon Kerajaan Pulau Pinang nyatakan sama ada terdapat cadangan bagi menyiarkan kepada umum laporan kewangan/audit Pusat Zakat Pulau Pinang bagi menjadikan prinsip CAT dilihat benar-benar dilaksanakan?

(a) Berapakah lebihan wang zakat akaun berakhir December 2017?

Y.A.B. Ketua Menteri:

8. Laporan kewangan Zakat Pulau Pinang (ZPP) mengenai kutipan dan agihan sememangnya dipaparkan untuk perhatian umum melalui pelbagai saluran media seperti laman web ZPP, terbitan Info Zakat dan baru-baru ini, laporan kewangan bagi agihan yang khusus seperti bantuan pendidikan telah disiarkan di Buletin Mutiara. Laporan kewangan mengenai kutipan dan agihan di laman web ZPP adalah yang terkini kerana ianya dikemaskini setiap hari. Selain daripada itu, maklumat kutipan dan agihan zakat juga disiarkan di surat khabar, billboard, “Display Panel Board” di masjid-masjid seluruh Pulau Pinang. Ini menunjukkan maklumat mengenai kutipan dan agihan zakat ZPP disiarkan secara telus kepada umum.

(a) Bagi tahun 2017, jumlah kutipan zakat adalah sebanyak RM101,454,432.72 juta dan agihan adalah sebanyak RM99,782,721.01 juta menjadikan lebihan wang zakat tahun 2017 sebanyak RM1,671,711.71juta.

Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

9. Mohon Kerajaan Pulau Pinang nyatakan sama ada terdapat apa-apa langkah diambil bersama Kerajaan Persekutuan untuk menghapuskan bayaran tol Jambatan Pulau Pinang sebanyak RM2 bagi pengguna motorsikal?

Y.A.B. Ketua Menteri:

9. Pada 2 November 2018, semasa pembentangan Belanjawan 2019 di Parlimen, YB Menteri Kewangan Malaysia telah membuat pengumuman bahawa mulai 1 Januari 2019 tol motosikal di Jambatan Pertama dan Kedua Pulau Pinang serta Lebuhraya Laluan Kedua di Johor akan dimansuhkan. Implikasi kewangan dianggarkan sebanyak RM20 juta setahun.

Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

10 . Mohon Kerajaan Negeri Pulau Pinang nyatakan berapakah kelulusan permohonan tukar syarat kegunaan tanah daripada pertanian kepada kediaman dan industri?

Y.A.B. Ketua Menteri:

10. Secara keseluruhannya, dari tahun 2017 hingga 30 September 2018 Kerajaan Negeri telah meluluskan 32 permohonan tukar syarat kegunaan tanah daripada pertanian kepada bangunan dan industri. Perinciannya adalah seperti berikut:

Page 330: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

330

Bil. Jenis Permohonan Bilangan Permohonan

2017 2018

1 Pertanian kepada bangunan 14 5

2 Pertanian kepada industri 9 4

Jumlah 23 9

Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

11. Mohon Kerajaan Negeri Pulau Pinang nyatakan langkah-langkah yang akan diambil untuk mempromosikan sukan e-Sports?

(a) Berapakah perbelanjaan yang telah dikeluarkan sepanjang tahun 2018 bagi menjalankan aktiviti sukan e-Sports?

Y.A.B. Ketua Menteri:

11. Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Belia Negeri Pulau Pinang (PYDC) telah memperkenalkan inisiatif bertema "e-SportsPG" bagi mempromosi dan membangunkan sukan eletroknik (e-Sports) di Pulau Pinang. Langkah-langkah yang diambil adalah seperti berikut:

(i) Pengenalan e-Sports PG ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swasta di Negeri Pulau Pinang. Seramai 371 orang pelajar dari 8 IPT di Negeri Pulau Pinang telah turut serta dalam program e-Sports Campus Roadshow ini;

(ii) Mewujudkan Pusat e-Sports Pulau Pinang dengan kerjasama awam swasta. PYDC sedang berusaha untuk menarik pelabur swasta untuk mewujudkan Pusat e-Sports yang pertama di Negeri Pulau Pinang;

(iii) Menganjurkan pertandingan dan pameran bersifat pengalaman (Experience & Exposure). Esport Experience telah diadakan pada bulan April 2018 yang lepas dan telah menarik seramai 10,000 orang pengunjung;

(iv) Pengenalan peluang pekerjaan yang pelbagai dan berpotensi yang dapat disediakan oleh industri e-Sports kepada orang awam.Bidang pembangunan permainan (Games Development) dan industri e-Sports menyediakan platform untuk belia membina kerjaya mereka. Selain pemain sukan sepenuh masa (Professional Gamer), peluang pekerjaan yang lain seperti pengulas sukan, programmer, video editor, pereka cipta permainan (Games Developer), Games tester, Games Consultant dan sebagainya akan disediakan oleh Industri e-Sports ini.

(v) Menubuhkan Pasukan e-Sports Negeri Pulau Pinang. PYDC juga sedang melaksanakan kolaborasi dengan beberapa persatuan sukan elektronik tempatan dalam menubuhkan pasukan negeri dan pasukan jurulatih e-Sports Pulau Pinang. Ianya merupakan salah satu inisiatif PYDC untuk menyediakan sebuah pasukan e-Sports negeri yang akan mewakili negeri Pulau Pinang ke pertandingan e-Sports di peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa.

(a) PYDC telah membelanjakan sejumlah RM131,425.00 bagi program-program e-Sports anjuran bersama organisasi swasta bagi tahun 2018 seperti perincian berikut:

Bil Nama Program Kos

1 ASUS ROG OPEN CATOGERY & UNIVERSITY RM 20,000.00

Page 331: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

331

2 League of Makers RM 1,200.00

3 ESPORTS EXPERIENCE RM100,000.00

4 ESPORTS CAMPUS ROADSHOW RM1,000.00

5 SEGI CARNIVAL RM 2,000.00

6 USM THE DOTA 2 RM 2,000.00

7 Kejohanan Mobile Legends Bang Bang PSDC RM 225.00

8 ANSARA Esports Malaysia Championship 2018 RM 5,000.00

Jumlah RM131,425.00

Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

12. Mohon Kerajaan Negeri nyatakan sama ada terdapat cadangan untuk mengenakan caj kepada warga asing yang menggunakan bas percuma CAT Pulau Pinang?

Y.A.B. Ketua Menteri:

12. Perkhidmatan Bas CAT disediakan secara percuma oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada semua lapisan masyarakat termasuk warga asing. Buat masa ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak bercadang untuk mengenakan caj atau bayaran kepada warga asing yang menggunakan perkhidmatan ini.

Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

13. Mohon Kerajaan Negeri nyatakan rancangan meningkatkan pembangunan di Permatang Pasir dalam Rancangan Struktur Pulau Pinang 2030?

Y.A.B. Ketua Menteri:

13. Dalam draf Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang (RSNPP) 2030, dinyatakan cadangan pembangunan secara umum bagi kawasan Permatang Pasir masih kekal dengan guna tanah sedia ada dan kawasan pertanian terutamanya kawasan padi. Walau bagaimanapun, Kubang Semang dijangka akan menjadi pusat pertumbuhan aktif dan kawasan kampung disyor untuk dikekalkan.

Perancangan terperinci bagi kawasan Permatang Pasir akan diambil kira dalam penyediaan Rancangan Tempatan Seberang Perai (RTSP) yang sedang dilaksanakan oleh pihak Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

14. Mohon Kerajaan Negeri nyatakan sama ada terdapat apa-apa perancangan untuk mengurangkan kesesakan di Lebuhraya Utara Selatan dari tol Sungai Dua ke tol Juru?

Y.A.B. Ketua Menteri:

14. Sebagai langkah mengatasi kesesakan di laluan antara Sg. Dua dan Juru di Lebuhraya Utara Selatan, pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah melaksanakan tindakan seperti berikut:

(i) Menambah kapasiti laluan melalui penjajaran semula lorong;

Page 332: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

332

(ii) Mengemaskini maklumat trafik untuk panduan pengguna melalui hebahan maklumat di paparan VMS serta saluran radio dan aplikasi twitter; dan

(iii) Menggalakkan pengguna untuk mengggunakan laluan alternatif di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) sekiranya bersesuaian dengan keperluan perjalanan mereka.

Terdapat juga cadangan untuk membina laluan baru di antara Sg. Dua dan Juru di mana cadangan ini masih di peringkat penelitian lanjut di peringkat Kerajaan Persekutuan.

Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

15. Mohon Kerajaan Negeri Pulau Pinang nyatakan perancangan bagi menjamin bekalan air bersih (water security) di Seberang Perai selain bekalan daripada sumber Sungai Muda?

Y.A.B. Ketua Menteri:

15. Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) telah meminta Kerajaan Persekutuan Malaysia untuk membangunkan sumber air mentah kedua untuk Pulau Pinang pada abad ke-21.

Pada tahun 2009, Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) telah mengenal pasti sumber bekalan air mentah alternatif dari Sungai Perak melalui skim “Sungai Perak Raw Water Transfer Scheme” (SPRWTS).

Seterusnya melalui sesi kunjungan hormat Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada YB. Menteri Air Tanah dan Sumber Asli (KATS) yang telah berlangsung pada 7 Ogos 2018 dan sesi kunjungan hormat YB Menteri KATS kepada Y.A.B. Ketua Menteri Pulau Pinang pada 4 September 2018, pihak KATS telah bersetuju untuk memanggil Mesyuarat Penyelarasan antara Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang (SUK Pulau Pinang) dan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SUK Perak) bagi membincangkan projek Sungai Perak Raw Water Transfer (SPRWTS) seperti yang dijanjikan dalam mesyuarat pada 25 Mac 2015 dan 13 Januari 2017. YB. Zairil Khir Johari, ADUN Tanjong Bunga selaku Pengerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Bagi Kerja Raya, Utiliti dan Tebatan Banjir telah memohon kepada YB. Menteri KATS supaya menyegerakan mesyuarat tersebut melalui surat bertarikh 20 September 2018.

Seandainya skim ini direalisasikan ianya dapat menjamin bekalan air bersih (water security) bukan sahaja untuk kawasan Seberang Perai malah bagi seluruh Negeri Pulau Pinang sehingga tahun 2050.

Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

16. Mohon Kerajaan Negeri Pulau Pinang nyatakan langkah-langkah yang akan diambil bagi menggalakkan aktiviti kelab-kelab bolasepak tempatan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

16. Kerajaan Negeri melalui Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP) sentiasa memberi sokongan dan galakan kepada aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh kelab bola sepak tempatan yang bernaung di bawah Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP). Antara aktiviti yang dijalankan adalah:

(a) Penganjuran kejohanan Liga Bola Sepak Daerah yang dikelolakan oleh badan gabungan dan kelab-kelab di bawah naungan Persatuan Bolasepak Pulau Pinang. Kejohanan ini telah disertai oleh kelab-kelab bola sepak tempatan di Negeri Pulau Pinang;

(b) Memberi sokongan kepada penganjuran Liga Akademi Bolasepak Pulau Pinang (LABPP) yang bertujuan mencungkil bakat-bakat baru pemain muda negeri Pulau Pinang. Pertandingan ini disertai oleh akademi-akademi bolasepak di Negeri Pulau Pinang; dan

Page 333: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

333

(c) Memberi sokongan dan galakan kepada penubuhan kelab-kelab bola sepak tempatan. Pada bulan September 2018, pihak Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang telah menyokong penubuhan Akademi Bolasepak Wira Muda yang beroperasi di daerah Seberang Perai Selatan (Padang Awam Jawi, Nibong Tebal). Akademi bolasepak ini telah dilancarkan secara rasmi pada 6 Oktober 2018 oleh Presiden Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP), YB. Dr. Amar Pritpal Bin Abdullah.

Selain itu, penyaluran sumbangan penaja oleh syarikat/organisasi melalui FAP dan MSNPP kepada kelab-kelab bola sepak tempatan layak diberi pengecualian cukai.

Di samping itu, di bawah pimpinan presiden baharu, pembangunan bola sepak di setiap daerah telah dirancang dan akan mulai tahun 2019 seperti berikut:

(i) pengambilan jurulatih tempatan untuk setiap daerah; (ii) setiap daerah akan mengadakan akademi sendiri; (iii) setiap daerah harus mengadakan liga daerah masing-masing; dan (iv) pertandingan peringkat daerah.

Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

17. Mohon Kerajaan Negeri nyatakan perancangan penggunaan Stadium Batu Kawan setelah Stadium Bandaraya digunakan semula?

Y.A.B. Ketua Menteri:

17. Stadium Negeri Batu Kawan akan terus beroperasi meskipun Stadium Bandaraya akan digunakan semula.

Perbadanan Pembangunan Negeri Pulau Pinang (PDC) telah mengambil alih pengurusan dan penyelenggaraan stadium ini sejak Mei 2014.

Walau bagaimanapun, Stadium Batu Kawan dicadangkan untuk diserahkan kepada Perbadanan Stadium dan Kawasan Lapang setelah Perbadanan beroperasi. Antara perancangan untuk meningkatkan tahap penggunaan Stadium Batu Kawan dan pembangunan keseluruhan kompleks sukan adalah:

(i) Stadium dicadangkan dijadikan pejabat Perbadanan;

(ii) Menyediakan dan melengkapkan stadium dengan kemudahan dan kelengkapan sukan yang terkini;

(iii) Mempromosikan stadium di peringkat kebangsaan dan antarabangsa sebagai suatu tempat serbaguna untuk acara sukan, rekreasi, kebudayaan, pendidikan, komersial dan hiburan;

(iv) Meningkatkan penggunaan padang dan trek dengan mensasarkan kelab bola sepak tempatan dan Persatuan Sukan Negeri; dan

(v) Menjadikan stadium sebagi hub sukan pemotoran.

Di samping itu, pihak PDC juga sedang dalam proses perbincangan dan perancangan bersama Penang Global Tourism untuk menganjurkan konsert-konsert di dalam stadium.

Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

18. Mohon Kerajaan Negeri nyatakan sama ada akan mengambil langkah yang sama dengan Kerajaan Persekutuan yang bercadang mengambil guru KAFA sebagai kakitangan tetap?

Y.A.B. Ketua Menteri:

18. Kerajaan Negeri melalui Bahagian Pendidikan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang sentiasa memberi perhatian terhadap perkembangan dan usaha Kerajaan Persekutuan untuk mengambil guru-guru Kelas Al Quran dan Fardu Ain (KAFA) sebagai

Page 334: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

334

kakitangan tetap. Cadangan ini masih di peringkat perbincangan dan penelitian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

19. Mohon Kerajaan Negeri Pulau Pinang nyatakan apakah perancangan pemulihan Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) bagi berdaya saing setaraf kolej-kolej Islam lain di Malaysia?

Y.A.B. Ketua Menteri:

19. Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) sedang membangunkan "Blue Print KITAB 2019-2029" yang akan menjadi kerangka panduan pembangunan KITAB yang komprehensif untuk tempoh 10 tahun akan datang.

Di samping itu, buat masa ini KITAB sedang melaksanakan perancangan yang telah disusun dalam misi meletakkan KITAB pada tahap kualiti yang berdaya saing setaraf dengan kolej-kolej Islam lain di Malaysia dan dinaik taraf ke tahap Kolej Universiti. Di antara usaha-usaha yang sedang dilaksanakan ke arah itu adalah seperti berikut:

(a) Mewujudkan program-program pengajian baharu dan mengubah suai beberapa program sedia ada;

(b) Melaksanakan kajian di lapangan bagi mendapat input serta pandangan dari masyarakat umum berkaitan program-program pengajian yang diperlukan pada November 2018 kepada 800 responden yang terdiri dari ibu bapa, remaja, pegawai-pegawai sektor awam dan swasta supaya program-program pengajian yang ditawarkan di KITAB adalah relevan serta memenuhi permintaan masyarakat yang menjadi pelanggan KITAB;

(c) Menawarkan program pengajian sepenuh masa yang lebih fleksibel iaitu secara harian, hujung minggu dan atas talian (internet based) dengan kadar 60% dan 40% secara bersemuka;

(d) Menambah program-program pengajian Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana (M.A) serta Diploma Pasca Siswazah dengan melaksanakan kerjasama secara inklusif dengan institusi-institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara;

(e) Menjadikan program-program pengajian di KITAB bertaraf antarabangsa dengan menjalankan aktiviti pengajaran dan proses penilaian di tiga tempat yang telah dikenal pasti iaitu di Krabi, Narathiwat dan Songkhla Thailand untuk peringkat permulaan. Dijangka program seumpama ini dapat dilaksanakan pada Mei 2019;

(f) Meningkatkan fleksibiliti graduan KITAB dari segi pengetahuan dan kemahiran supaya lebih relevan dengan permintaan pasaran kerjaya masa kini dengan menawarkan program di peringkat sijil kemahiran yang akan dilaksanakan mulai semester Mei 2019. Program ini mendapat kerjasama dengan Kolej Komuniti dan Universiti Teknologi Mara. Kursus-kursus kemahiran yang dirancang pada peringkat awal adalah jahitan, masakan dan pastri. Kursus-kursus kemahiran ini beserta dengan pengurusan keusahawanan dapat menyediakan graduan KITAB untuk lebih berdikari dan kreatif seterusnya menjadi muslim yang produktif.

(g) Manakala dari aspek pembangunan infrastruktur dan modal insan, KITAB sedang melaksanakan perancangan berikut:

(i) Menambah baik kualiti kemudahan bilik-bilik kuliah, perpustakaan, makmal komputer, asrama, pengangkutan, dewan, cafe, kemudahan bersukan dan lain-lain kemudahan yang sesuai bagi sebuah institusi pendidikan tinggi;

(ii) Menambah bilangan staf akademik dan pentadbiran serta merancang pembangunan kerjaya mereka; dan

Page 335: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

335

(iii) Mengambil tenaga pengajar asing bagi memenuhi keperluan program pengajian yang dibuka kepada pelajar antarabangsa.

Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

20. Mohon Kerajaan Negeri Pulau Pinang nyatakan sama ada wujud kes perkahwinan bawah umur orang Islam sepanjang tahun 2018?

(a) Bilakah Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhasrat meminda Enakmen Undang-undang Keluarga Islam untuk meningkatkan umur minimum perempuan dari 16 ke 18 tahun?

Y.A.B. Ketua Menteri:

20. Berdasarkan Seksyen 8, Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004, had umur berkahwin lelaki ialah 18 tahun dan ke atas manakala had umur berkahwin perempuan ialah 16 tahun dan ke atas. Walaupun demikian, lelaki dan perempuan boleh berkahwin di bawah umur 18 tahun dan 16 tahun dengan syarat mereka hendaklah mendapat kebenaran daripada Mahkamah Syariah terlebih dahulu.

Sehingga Oktober 2018, terdapat sejumlah 32 permohonan untuk berkahwin di bawah umur, masing-masing 19 pemohon lelaki dan 13 pemohon perempuan. Daripada jumlah ini, sembilan (9) permohonan telah diluluskan iaitu tujuh (7) bagi lelaki dan dua (2) bagi perempuan. Setakat ini, tiada kes yang melibatkan perkahwinan bawah umur pasangan Islam tanpa kebenaran sepanjang tahun 2018.

(a) Kerajaan Negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAIPP) dan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) mengambil maklum akan saranan Kerajaan Persekutuan untuk menaikkan had umur berkahwin bagi perempuan dari umur 16 tahun kepada 18 tahun dan perkara ini sedang dalam proses kajian untuk meminda peruntukan di bawah Enakmen berkaitan pada tahun ini.

Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

21. Mohon Kerajaan Negeri nyatakan langkah-langkah yang diambil bagi membantu pengusaha kecil kolam ikan air tawar?

Y.A.B. Ketua Menteri:

21. Kerajaan Negeri tidak menyediakan bantuan spesifik bagi pengusaha kecil kolam ikan air tawar. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri dengan kerjasama Jabatan Perikanan menyediakan khidmat nasihat teknikal, kursus-kursus teknikal akuakultur, bantuan benih kali pertama kepada pengusaha baharu, bantuan input peralatan akuakultur kepada pengusaha yang berpotensi dan bantuan di bawah Program Agropreneur Muda bagi pengusaha di bawah umur 40 tahun.

Selain daripada itu, Kerajaan Negeri juga turut menyediakan bantuan pinjaman mikrokredit kepada pengusaha yang layak melalui Tabung Usahawan Tani (TUT). Syarat-syarat asas bagi permohonan Tabung Usahawan Tani (TUT) adalah seperti berikut:

(i) Warga Malaysia berumur 18 tahun hingga 60 tahun;

(ii) Tinggal, menetap dan mengusahakan projek di Pulau Pinang;

(iii) Merupakan usahawan industri asas tani yang merangkumi industri penternakan ikan sepenuh masa;

(iv) Mempunyai pengalaman mengusahakan perniagaan berasaskan industri asas tani sekurang-kurangnya satu (1) tahun;

Page 336: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

336

(v) Mendapat sokongan daripada jabatan pengelola iaitu Jabatan Pertanian, Jabatan Perkhidmatan Veterinar atau Jabatan Perikanan; dan

(vi) Mampu membayar balik pinjaman dalam tempoh yang ditetapkan.

Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

22. Mohon Kerajaan Negeri Pulau Pinang nyatakan pengawalan atau kuatkuasakan individu, pertubuhan NGO yang meminta derma tanpa kelulusan MAINPP?

Y.A.B. Ketua Menteri:

22. Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) melaksanakan pengawalan dan penguatkuasaan terhadap individu atau pertubuhan yang meminta derma tanpa kelulusan MAINPP berdasarkan Seksyen 106 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Pulau Pinang) 2004 yang antara lain memperuntukan perkara seperti berikut:

(a) Majlis boleh memungut atau, dengan surat kebenaran yang dikeluarkan oleh Majlis, membenarkan mana-mana orang atau kumpulan orang, dengan apa-apa terma yang difikirkan patut oleh Majlis, memungut wang atau sumbangan-sumbangan lain bagi apa-apa maksud khairat bagi menyokong dan memajukan agama Islam atau bagi faedah orang-orang Islam mengikut Hukum Syarak.

(b) Penerima kebenaran itu dan semua orang lain yang dibenarkan melaluinya untuk memungut wang atau sumbangan lain hendaklah mematuhi syarat-syarat berikut:

(i) Mengeluarkan berkenaan dengan tiap-tiap jumlah wang dipungut itu, suatu resit mengikut nombor siri dalam bentuk yang ditetapkan;

(ii) Menyimpan akaun-akaun yang benar dan lengkap bagi semua jumlah wang dipungut dan tentang pelupusannya, dengan semua baucar yang sepatutnya;

(iii) Apabila dituntut, hendaklah mengemukakan potongan resit dan semua akaun serta baucar itu bagi pemeriksaan dan pengauditan oleh MAINPP; dan

(iv) Menggunakan dan melupuskan semua jumlah wang yang dipungut mengikut terma kebenaran itu atau jika tiada cara untuk melupuskan wang itu, membayar dan mengakaunkannya kepada Baitulmal.

(c) Wang yang dipungut menurut seksyen ini bolehlah digunakan bagi apa-apa maksud yang dinyatakan oleh MAINPP, dan jika tiada maksud dinyatakan sedemikian, hendaklah menjadi sebahagian daripada Baitulmal.

(d) Tiada seorang pun boleh membuat atau mengambil bahagian dalam apa-apa pungutan wang bagi apa-apa maksud lain kecuali dengan kebenaran nyata daripada MAINPP atau menurut kuasa surat kebenaran yang dikeluarkan.

(e) Mana-mana orang yang melanggar syarat-syarat seperti yang tersebut di atas, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit (RM1,000.00) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam (6) bulan atau kedua-duanya.

Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

23. Mohon Kerajaan Negeri nyatakan pengawalan atau kuatkuasakan sistem-sistem tauliah bagi penceramah agama di Pulau Pinang?

Page 337: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

337

Y.A.B. Ketua Menteri:

23. Kawalan dan penguatkuasaan tauliah bagi penceramah-penceramah di Negeri Pulau Pinang adalah tertakluk kepada Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004 dan Kaedah-kaedah Pentadbiran Aktiviti Yang Berkaitan Dengan Pengajaran Agama (Negeri Pulau Pinang) 1998. Prosedur bagi permohonan mendapatkan tauliah mengajar adalah seperti berikut:

(i) Individu yang beragama Islam yang berhasrat untuk menjalankan aktiviti pengajaran agama Islam hendaklah mengemukakan permohonan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAIPP);

(ii) Setelah disemak dan dinilai kelayakan pemohon oleh pihak urus setia Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam, pemohon akan dipanggil untuk menghadiri sesi temuduga tauliah yang dipengerusikan oleh Sahibus Samahah Mufti Negeri Pulau Pinang;

(iii) Senarai pemohon yang lulus dalam temuduga tauliah berkenaan akan diangkat ke Mesyuarat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) untuk mendapat kelulusan; dan

(iv) JHEAIPP akan mengeluarkan sijil tauliah mengajar agama kepada pemohon-pemohon yang telah mendapat kelulusan melalui Mesyuarat MAINPP.

Pihak MAINPP berhak untuk menarik balik tauliah mengajar yang diberikan sekiranya pemegang-pemegang tauliah tidak mematuhi syarat-syarat tauliah yang telah ditetapkan.

Tindakan juga diambil di bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) Tahun 2004 dan Seksyen 11 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Pulau Pinang) 1996, iaitu 'Mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau apa-apa aspek tentang agama Islam tanpa tauliah yang diberikan di bawah Seksyen 118 adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

24. Mohon Kerajaan Negeri Pulau Pinang nyatakan persediaan 'Penang Free Wifi' di kawasan Permatang Pasir dan meningkatkan kelajuan wifi?

Y.A.B. Ketua Menteri:

24. Perkhidmatan Penang Free Wifi (PFW) sememangnya telah disediakan di kawasan Permatang Pasir sejak tahun 2011 denganAccess Point (AP) sebanyak 25 APs. Kelajuan (bandwidth) perkhidmatan PFW di kawasan Permatang Pasir adalah 7Mbps.

Perkhidmatan Penang Free Wifi pada masa ini mempunyai beberapa kekangan seperti kualiti bandwidth dan liputan yang disediakan oleh penyedia perkhidmatan sedia ada. Bagi tujuan meningkatkan kualiti perkhidmatan Penang Free Wifi, Kerajaan Negeri kini sedang meneliti semula perkhidmatan ini agar dapat diteruskan dengan kualiti bandwidth dan liputan yang lebih baik melalui perincian keperluan teknikal yang sedang dikenal pasti oleh jabatan/agensi yang terlibat.

Penambahbaikan perkhidmatan PFW kelak adalah tidak terhad kepada penyedia perkhidmatan sedia ada tetapi terbuka kepada mana-mana pihak yang berminat untuk bekerjasama dengan Kerajaan Negeri bagi memastikan kualiti perkhidmatan Penang Free Wifi yang lebih baik di masa akan datang.

Page 338: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

338

Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

25. Mohon Kerajaan Negeri nyatakan berapakah jumlah permohonan AES untuk skim pembinaan rumah di kawasan Permatang Pasir yang telah ditolak?

(a) Apakah alasan penolakan permohonan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

25. Dari tahun 2013 sehingga kini,seramai 12 orang daripada penerima bantuan Program Agenda Ekonomi Saksama (AES) telah memohon untuk bantuan bina baru rumah di bawah Program Pembaikan Rumah Rakyat Termiskin. Daripada jumlah tersebut seramai lapan (8) orang telah diluluskan permohonan untuk pembinaan rumah. Manakala empat (4) lagi permohonan telah ditolak.

(a) Daripada empat (4) permohonan yang ditolak, dua (2) daripadanya adalah disebabkan pemohon telah berpindah ke tempat lain. Manakala seorang pemohon telah mendapat bantuan bina rumah oleh pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan seorang lagi tidak berminat untuk meneruskan permohonan tersebut dan telah memohon rumah di bawah Program Rumah Mesra Rakyat.

Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

26. Bilakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menguatkuasakan pengharaman penggunaan straw plastik di Pulau Pinang?

Y.A.B. Ketua Menteri:

26. Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhasrat untuk melaksanakan Dasar Larangan Penggunaan Plastik Sekali Guna (No To Single-Use Plastic) bermula pada 1 Januari 2019 secara berfasa dimulakan dengan Polisi Larangan Penggunaan Penyedut Plastik (No To Plastic Straw) secara menyeluruh di peringkat negeri.

Ke arah matlamat tersebut, Kerajaan Negeri pada masa ini melalui Penang Green Council (PGC) telah memulakan pendekatan soft approach dengan mendekati masyarakat serta pemilik restoran/peniaga untuk memberikan informasi dan kesedaran supaya menyokong dasar No To Single-Use Plasticsecara amnya dan Polisi No To Plastic Straw secara khusus.

Selain itu, Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) juga telah memperkenalkan Malaysia’s Roadmap Towards Zero Single-Use Plastics 2018-2030 yang akan menjadi pelan halatuju Negara ke arah pembasmian penggunaan plastik sekali guna. Justeru itu, perancangan Kerajaan Negeri dalam Larangan Penggunaan Plastik Sekali Guna khususnya No To Plastic Straw akan diselaraskan dengan pelan halatuju nasional tersebut.

Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

27. Mohon Kerajaan Negeri nyatakan apakah langkah yang diambil untuk meningkatkan jumlah perkhidmatan teksi E-Hailing

Y.A.B. Ketua Menteri:

27. Sistem e-Hailing merupakan inisiatif syarikat swasta yang menjadikan sistem pengangkutan awam di negara ini menjadi lebih menarik dan digemari oleh para pengguna. Kawal selia perkhidmatan e-Hailing terletak di bawah bidang kuasa Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan Kementerian Pengangkutan Malaysia. Kerajaan Negeri tidak mempunyai sebarang perancangan untuk meningkatkan jumlah perkhidmatan teksi e-Hailing di Pulau Pinang kerana tiada kuasa kawalannya.

Page 339: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

339

MAKLUMAT TAMBAHAN

Kerajaan Persekutuan melalui SPAD telah memperkenalkan 11 langkah melalui Pelan Transformasi Industri Teksi (TITP) untuk menambahbaik industri teksi Negara. Salah satu tujuan langkah tersebut dihasilkan adalah untuk menjaga kepentingan pengguna terutama dari segi keselamatan dan keselesaan. Antara langkah-langkah yang sedang dan akan dilaksanakan bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna adalah seperti berikut:

(i) Mengawal selia perkhidmatan e-hailing iaitu sistem aplikasi telefon pintar dan komputer melalui syarat operasi yang seimbang dengan perkhidmatan teksi. Syarat-syarat tersebut merangkumi pemeriksaan rekod jenayah pemandu, pendaftaran pemandu dan kenderaan, pemeriksaan kenderaan berkala di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer(PUSPAKOM), keperluan penyediaan insurans yang melindungi pemandu, penumpang, kenderaan dan pihak ketiga;

(ii) Kenderaan-kenderaan yang hendak digunakan sebagai teksi atau e-Hailing perlu mencapai penarafan keselamatan 3-bintang di bawah Program Penilaian Kereta Baharu ASEAN (NCAP) atau setaraf telah diluluskan;

(iii) Menjalankan proses saringan yang lebih komprehensif dan menyeluruh terhadap semua pemandu teksi dan e-hailing bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kepada pengguna;

(iv) Memperkenalkan modul latihan baharu bagi meningkatkan kualiti dan prestasi pemandu teksi dan e-Hailing menjadi lebih cekap dan berdaya saing;

(v) Melaksanakan Piawaian Perkhidmatan yang menggunakan sistem merit dan demerit. Menerusi sistem ini, semua perkhidmatan teksi dan e-Hailing akan dinilai dan tindakan akan diambil terhadap pengendali yang mencatatkan rekoddemerit untuk memastikan mereka sentiasa menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna;dan

(vi) Memperkenalkan Key Performance Indicator (KPI) wajib ke atas syarikat pengendali teksi dan penyedia perkhidmatan e-Hailingbagi melindungi kepentingan dan kebajikan pemandu teksi dan pemandu e-Hailing.

Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

28. Mohon Kerajaan Negeri nyatakan adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk memajukan industri kraftangan tempatan sebagai satu produk tarikan pelancongan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

28. Industri kraftangan tempatan dilihat mempunyai potensi yang tinggi dan Kerajaan Negeri akan berusaha memajukan industri kraftangan sebagai satu produk tarikan pelancong. Bagi menggerakkan industri kraftangan sebagai salah satu sumber pendapatan rakyat tempatan, Kerajaan Negeri melalui Penang Women’s Development Corporation (PWDC) telah memperkenalkan Projek Transformasi Ekonomi Komuniti (CET). Di bawah projek ini, PWDC telah mengendalikan bengkel membuat kraf kertas dan kraf plastik untuk penduduk di PPR Desa Wawasan. Hasil kraftangan telah mendapat sambutan tinggi dan sehingga September 2018, sebanyak 700 produk kraftangan telah berjaya dijual. Selain itu, Kerajaan Negeri juga menggalakkan pembuatan produk kraftangan melalui kaedah up-cycle. Kerajaan Negeri juga menyokong industri kraftangan dengan menggunakan produk kraftangan sebagai cenderahati dalam program-program Kerajaan. Kerajaan Negeri mengalu-alukan cadangan daripada penggiat tempatan bagi memajukan industri kraftangan tempatan sebagai satu produk tarikan pelancongan di Pulau Pinang.

Page 340: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

340

Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

29. Mohon Kerajaan Negeri nyatakan sama ada Kerajaan Negeri akan memperluaskan sistem pengasingan sampah sisa pepejal dan sampah kitar semula ke atas seluruh pasar malam seluruh Pulau Pinang?

(a) Jika ya, bilakah garis masa perlaksanaan sistem tersebut?

Y.A.B. Ketua Menteri:

29. (a) Pada ketika ini, pelaksanaan Dasar Pengasingan Sisa di Punca sedang ditumpukan kepada kumpulan-kumpulan sasar tertentu seperti penghuni perumahan bertingkat dan bertanah serta di bangunan-bangunan komersial/institusi. Kerajaan Negeri akan memperluaskan Dasar Pengasingan Sisa di Punca di kawasan-kawasan pasar malam pada masa hadapan setelah dasar ini dapat diterima dengan meluas oleh kumpulan sasar. Walau bagaimanapun, program-program pendidikan dan kesedaran mengenai pengasingan sisa di punca menerusi sesi taklimat kepada peniaga dan penganjur pasar malam diadakan secara berkala.

(b) Sehingga kini, masih belum terdapat garis masa yang ditetapkan bagi pelaksanaan Dasar Pengasingan Sisa di Punca di kawasan-kawasan pasar malam.

Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

30. Mohon Kerajaan Negeri nyatakan sejauh manakah projek industri halal hub antarabangsa di Pulau Pinang?

Y.A.B. Ketua Menteri:

30. Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) bersama Penang International Halal Hub (PIHH) telah mewujudkan Taman Hub Halal atau Halal Park dalam kawasan perindustrian PDC. Kawasan ini menempatkan industri makanan yang mempunyai sijil Halal di samping memberi peluang kepada para pelabur untuk menikmati kemudahan insentif yang ditawarkan oleh Halal Development Corporation (HDC). Langkah ini adalah selaras dengan permintaan pesat dalam sektor industri makanan dan mewujudkan peluang kepada pelabur untuk bersaing di peringkat global.

Tapak pertama yang dikenal pasti oleh PDC untuk tujuan pembangunan Taman Hub Halal adalah di Penang Science Park (PSP Fasa 1) dengan kawasan seluas 52 ekar. Keseluruhan tapak telah habis dijual kepada 10 buah syarikat dengan nilai pelaburan berjumlah RM484 juta. Sehingga kini, 4 syarikat telah beroperasi sepenuhnya.

Kawasan pembangunan Taman Hub Halal kedua adalah di Utara Penang Science Park (PSP Fasa 2 – Zon Makanan) yang berkeluasan 98 ekar dan telah mula dijual sejak tahun 2015. Sehingga Oktober 2018, sebanyak 20 buah syarikat telah membeli tanah industri daripada PDC iaitu kawasan seluas 42 ekar dengan nilai pelaburan sebanyak RM242.78 juta untuk tujuan pengembangan perniagaan mereka.

Kedua-dua kawasan PSP1 dan PSP2 juga telah memperoleh pengiktirafan sijil Halmas daripada HDC bagi melayakkan para pelabur untuk menikmati insentif termasuk pengecualian cukai dan duti import bahan mentah bagi pengeluaran produk mereka.

Selain itu, dalam usaha menarik pelabur dan memantapkan Pulau Pinang sebagai lokasi perdagangan dalam industri halal di Asia Tenggara, pelbagai inisiatif telah dijalankan oleh Penang International Halal Hub (PIHH) seperti berikut:-

Page 341: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

341

(a) Menyertai pameran perdagangan seperti WORLD-HAPEX 2018 dan 4th IMT-GT & BIMP-EAGA Trade Fair 2018 di Universiti Prince Songkhla, Thailand, International Halal Lifestyle Conference & Business Forum di Jakarta, Indonesia dan 33rd Trade Expo Indonesia di Tangerang, Indonesia. Penyertaan Halal Penang dalam pameran perdagangan ini bertujuan untuk mengukuhkan jalinan perdagangan dan pelaburan halal di rantau IMT-GT dan BIMP-EAGA;

(b) Menjalinkan hubungan kerjasama dengan delegasi Republik Zimbabwe bagi menarik pelaburan dan perdagangan halal, import dan eksport serta mendapatkan khidmat nasihat dalam membangunkan industri halal khususnya mengenai pensijilan halal Malaysia dalam Sesi Pemadanan Perniagaan (Business Matching) yang telah diadakan pada Oktober 2018;

(c) Menjadikan Pulau Pinang sebagai Hub OEM halal bagi tujuan mengukuhkan jalinan dagangan domestik dan antarabangsa serta menarik pelaburan asing dan domestik. Bagi mengerakkan inisiatif ini, perjumpaan bersama syarikat OEM halal telah diadakan sebagai langkah pertama untuk mengenal pasti dan mempromosikan pengusaha OEM halal di Pulau Pinang;

(d) Mewujudkan sektor francais premis makanan halal bertujuan untuk membantu usahawan khususnya IKS, mewujudkan peluang pekerjaan di kalangan belia dan sekaligus mengukuhkan rantaian di antara industri francais dan francaisorterutamanya dalam pengurusan rantaian bekalan yang bermula daripada bahan mentah, pemprosesan makanan, pengeluaran dan penghantaran produk siap kepada pelanggan;

(e) Bekerjasama dengan platform e-dagang bagi membantu IKS dan golongan belia menceburi sektor eUsahawan dalam memasarkan produk mereka ke peringkat global di samping untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak (stakeholder) yang relevan dalam bidang teknologi bagi usaha memaksimumkan kecekapan dan produktiviti untuk pertumbuhan industri Halal; dan

(f) Berkerjasama dengan Halal Informatics (HOLISTICS) Lab Sdn Bhd, Universiti Teknologi Malaysia, Halal International Selangordan Global Haltech Sdn Bhd untuk menjana tenaga kepakaran halal yang menjadi satu keperluan dalam industri halal.

XXII. Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

1. Apakah kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri untuk golongan yang meminati bidang e-sukan?

(a) Adakah terdapat bajet yang disediakan oleh Kerajaan Negeri bagi pihak yang ingin menganjurkan pertandingan e-sukan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

1. Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC) telah memperkenalkan inisiatif bertema "e-SportsPG” dalam usaha membangunkan dan menyediakan kemudahan sukan eletroknik (E-Sports) di Pulau Pinang. Antara usaha yang sedang dilaksanakan oleh PYDC adalah seperti berikut:

(i) Mewujudkan Pusat e-Sports Pulau Pinang dengan kerjasama awam swasta. PYDC sedang berusaha untuk menarik pelabur swasta untuk mewujudkan Pusat e-Sports yang pertama di Negeri Pulau Pinang;

(ii) Pengenalan e-SportsPG ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swasta di Negeri Pulau Pinang. Seramai 371 orang pelajar dari 8 IPT di Negeri Pulau Pinang telah turut serta dalam program e-Sports Campus Roadshow ini;

Page 342: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

342

(iii) Menganjurkan pertandingan dan pameran bersifat pengalaman (Experience & Exposure). e-Sports Experience yang telah diadakan pada bulan April tahun ini telah berjaya menarik seramai 10,000 orang pengunjung;

(iv) Pengenalan peluang pekerjaan yang pelbagai dan berpotensi yang dapat disediakan oleh industri e-Sports kepada orang awam.Bidang pembangunan permainan (Games Development) dan industri e-Sports menyediakan platform untuk belia membina kerjaya mereka. Selain pemain sukan sepenuh masa (Professional Gamer), peluang pekerjaan yang lain seperti pengulas sukan,programmer, video editor, pereka cipta permainan (Games Developer), Games tester, Games Consultant dan sebagainya akan disediakan oleh Industri e-Sports ini.

(v) Menubuhkan Pasukan e-Sports Negeri Pulau Pinang. PYDC juga sedang melaksanakan kolaborasi dengan beberapa persatuan sukan elektronik tempatan dalam menubuhkan pasukan negeri dan pasukan jurulatih e-Sports Pulau Pinang. Ianya merupakan salah satu inisiatif PYDC untuk menyediakan sebuah pasukan e-Sports negeri yang akan mewakili negeri Pulau Pinang ke pertandingan e-Sports di peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa.

(a) Pada tahun 2018, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM1 juta di bawah initiatif e-Sports kepada PYDC. Cadangan penganjuran pertandingan e-Sports boleh dikemukakan kepada pihak PYDC untuk permohonan peruntukan bergantung kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh PYDC.

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

2. Berapakah jumlah orang yang hendak atau telah bunuh diri di jambatan Pulau Pinang?

(a) Nyatakan bilangan mengikut bangsa dan punca berlaku.

(b) Apakah tindakan kerajaan dalam mengurangkan permasalahan ini?

Y.A.B. Ketua Menteri:

2. (a) Sepanjang tahun 2018 (Jan –Sept), sebanyak (14) kes cubaan membunuh diri telah dilaporkan di Kontinjen Pulau Pinang. Dari (14) kes tersebut, sebanyak (3) kes melibatkan kes cubaan bunuh diri di Jambatan Pulau Pinang seperti di jadual berikut:

CARA TINDAKAN BUNUH DIRI LELAKI PEREMPUAN JUMLAH

Lain-Lain 6 5 11

Terjun Jambatan 1 2 3

JUMLAH KESELURUHAN 7 7 14

Manakala statistik kes bunuh diri di Jambatan Pulau Pinang tahun 2018 (Jan – Sept) bagi Negeri Pulau Pinang berdasarkan pecahan mengikut bangsa dan jantina adalah:

PECAHAN KAUM LELAKI PEREMPUAN JUMLAH

Cina 1 1 2

Melayu - 1 1

JUMLAH KESELURUHAN 1 2 3

Page 343: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

343

Daripada (3) kes yang dilaporkan tersebut, seramai (2) orang mangsa adalah dari kaum Cina melibatkan (1) lelaki berumur 37 tahun dan (1) perempuan berumur 49 tahun. Manakala (1) lagi adalah perempuan berbangsa Melayu berumur 27 tahun.

Statistik kes bunuh diri di Jambatan Pulau Pinang Tahun 2018 (Jan – Sept) bagi Negeri Pulau Pinang berdasarkan rekod punca kejadian:

PUNCA KEJADIAN LELAKI PEREMPUAN JUMLAH

Tekanan Dalam Pembelajaran - 1 1

Tekanan Tiada Pekerjaan 1 - 1

Perselisihan Faham Dengan Suami - 1 1

JUMLAH KESELURUHAN 1 2 3

(b) Antara tindakan Kerajaan Negeri dalam menangani isu Bunuh diri adalah seperti:-

(i) Mengadakan sesi dialog seperti yang berlangsung pada pada 25hb September 2018 yang lalu, di antara I-Life Suicide Prevention Campaign & Organization dalam membincangkan isu bunuh diri dan cara pencegahan terhadap kes bunuh diri telah diadakan.

(ii) Mengadakan mesyuarat bersama dengan Ketua Pengarang dan Wakil dari Media-Media di Negeri Pulau Pinang. Mesyuarat tersebut membincangkan cara pencegahan serta cara laporan dan penerbitan yang akan mendatangkan kesan terhadap kes bunuh diri.

(iii) Kerajaan Negeri juga memberikan Outright Grant (OG) untuk badan bukan kerajaan (NGO) yang menyalurkan perkhidmatan kaunseling, sesi pengurusan tekanan dan lain-lain.

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

3. Senaraikan kawasan-kawasan Warisan di Pulau Pinang.

Y.A.B. Ketua Menteri:

3. Kawasan-kawasan warisan di Pulau Pinang adalah termasuk:

(i) Bandar Warisan Dunia George Town yang berkeluasan 259.42 hektar (zon teras seluas 109.38 hektar dan zon penampan seluas 150.04 hektar);

(ii) Tapak/bangunan yang telah diwartakan sebagai warisan iaitu Gereja St. George, Masjid Melayu Lebuh Acheh, Masjid Kapitan Keling, Kota Cornwallis, Leong San Tong Khoo Kongsi, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Penang Free School, Bangunan Lembaga Muzium Pulau Pinang, Bangunan Municipal, Batu Bertulis Cherok To’kun, Makam Sheikh Omar dan Menara Jam Besar;

(iii) Tapak/bangunan yang dikenalpasti berkepentingan warisan dan telah dimasukkan dalam senarai inventori Jabatan Warisan Negara untuk kajian lanjut seperti senarai di Lampiran A.

RUJUK LAMPIRAN A.

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

4. SUKMA seterusnya akan berlangsung di Pulau Pinang.

(a) Apakah target Pulau Pinang yang hendak dicapai untuk SUKMA kali ini memandangkan Pulau Pinang sebagai tuan rumah?

Page 344: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

344

Y.A.B. Ketua Menteri:

4. Sukan Malaysia (SUKMA) yang ke-20 akan berlangsung pada tahun 2020 dan penganjurnya adalah negeri Johor Darul Takzim.

(a) Penilaian serta penetapan sasaran pungutan pingat masih tidak dapat dilaksanakan buat masa ini berikutan daripada ketidakpastian acara sukan yang akan dipertandingkan di Sukan Malaysia (SUKMA) yang akan datang. Secara amnya, berdasarkan kepada rekod serta prestasi terkini atlet-atlet, Kontinjen Negeri Pulau Pinang mensasarkan kedudukan 5 terbaik (Top 5) di SUKMA 2020 Johor kelak. Malah pencapaian Pulau Pinang di SUKMA Perak 2018 adalah lebih baik berbanding SUKMA Sarawak 2016.

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

5. Rakyat terpaksa menghadapi banjir semasa menanti peruntukan pusat dan tebatan banjir siap dibina.

(a) Apakah bantuan yang disediakan oleh kerajaan dari sudut peralatan, makanan, kewangan dan sebagainya semasa banjir melanda sementara menunggu tebatan banjir siap?

Y.A.B. Ketua Menteri:

5. (a) Selain pihak Kerajaan Negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melalui Arahan No. 20 Majlis Keselamatan Negara (MKN), merupakan agensi utama yang terlibat dengan bantuan dan pemulihan kepada mangsa bencana. Antara bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri dan pihak JKM semasa berlakunya kejadian banjir kepada mangsa adalah seperti:

(i) Membuka pusat pemindahan banjir yang senantiasa siap sedia bagi mangsa-mangsa yang memerlukan tempat tinggal sementara;

(ii) Peralatan - Pihak JKM menyediakan keperluan asas kepada mangsa bencana banjir iaitu hygiene kitkeluarga (ubat gigi, berus gigi, sabun mandi, syampu, sikat rambut, sabun dan berus pakaian). Selain itu, keperluan asas lain iaitu tikar, selimut, kain pelikat, kain batik, tuala dan toto (comforter) kepada mangsa bencana banjir yang di tempat ke Pusat Pemindahan;

(iii) Makanan - Bantuan serta merta berupa makanan / minuman dan lain-lain keperluan asas adalah dibekalkan kepada setiap keluarga mangsa bencana dan kadar maksima adalah RM15.00 sehari bagi seorang mangsa dan kadar maksima RM7.50 bagi setiap bungkusan makanan/minuman. Pemberian ini adalah tertakluk kepada keadaan keperluan mangsa- mangsa berkenaan;

(iv) Kewangan - Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kewangan Negeri (JKN) telah menyediakan bantuan wang tunai one-off kepada Ketua Isi Rumah (KIR) mangsa banjir terlibat. Contoh: Bantuan Kecemasan RM700.00One-Off Penang Bangkit.

(v) Kemudahan pengangkutan untuk berpindah ke pusat pemindahan;

(vi) Kemudahan pemeriksaan kesihatan dan bekalan ubat bagi memerlukan; dan

(vii) Menyelaras bantuan-bantuan kemanusian daripada Non-Governmental Organization (NGO), syarikat swasta, agensi kerajaan dan orang awam.

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

6. Apakah tindakan Kerajaan Negeri terhadap peruntukan pembangunan masjid-masjid yang tertangguh?

Page 345: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

345

Y.A.B. Ketua Menteri:

6. Berikutan keputusan Kerajaan Persekutuan untuk menangguhkan projek-projek yang berstatus belum mula termasuk projek-projek pembinaan masjid, Kerajaan Negeri telah mengadakan perbincangan dengan Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Pulau Pinang (PPPNPP) . Hasil perbincangan tersebut, Kerajaan Negeri telah mengambil maklum bahawa PPPNP telah mengemukakan semula permohonan peruntukan khas bagi projek-projek pembangunan masjid yang mempunyai justifikasi untuk diteruskan. Di antara projek yang dimohon untuk diteruskan adalah seperti berikut :-

(i) Membina baru Masjid Qariah Bandar Tasek Mutiara, Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan;

(ii) Pembinaan semula Masjid Sungai Nibong Besar, Pulau Pinang ; dan

(iii) Pembinaan Masjid Perai, Pulau Pinang.

Setakat itu, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan pembinaan semula Masjid Sungai Nibong Besar, Pulau Pinang. Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAIPP) akan membuat susulan dengan pihak PPPNPP mengenai kedudukan dua (2) lagi masjid yang masih dalam pertimbangan Kerajaan Persekutuan.

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

7. Sejarah Revolusi Industri memberi impak kepada ramai orang dan akan menghadapi masalah pengangguran.

(a) Apakah persediaan kerajaan dalam menghadapi Revolusi Industri 4.0?

(b) Apakah usaha kerajaan supaya anak tempatan mempunyai peluang pekerjaan yang lebih baik di Pulau Pinang?

Y.A.B. Ketua Menteri:

7. (a) Tidak dapat dinafikan bahawa Revolusi Industri akan memberi impak besar dalam pelbagai aspek kehidupan termasuklah dalam pekerjaan. Persediaan dan perancangan yang rapi sedang diusahakan oleh Kerajaan Negeri untuk menghadapi Revolusi Industri 4.0 adalah seperti berikut:

(i) Memberi tumpuan kepada Pendidikan STEM (Science, Technology, Engineering and Maths) bagi memastikan Pulau Pinang menjadi pusat kecemerlangan sains dan teknologi melalui penubuhan Tech Dome Penang, Penang Science Cluster, Pusat @CAT dan Penang Math Platform;

(ii) Kerajaan Negeri bekerjasama dengan Penang Skills Development Center (PSDC) dan institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta untuk meningkatkan tahap pembangunan sumber manusia berteraskan latihan kemahiran mengikut keperluan pasaran di Pulau Pinang. Semua pelajar (100%) yang mengikuti kursus kemahiran Technical and Vocational Education and Training (TVET) di PSDC mendapat pekerjaan selepas menamatkan program masing-masing. Dianggarkan 60% daripada pelajar-pelajar tersebut mendapat pekerjaan di syarikat tempatan(Local Large Company dan SME) manakala baki 40% telah mendapat pekerjaan di Multinational Corporation(MNC);

(iii) Menubuhkan Penang Digital Library (PDL), Butterworth Digital Library, Penang Islamic Digital Library juga merupakan inisiatif Kerajaan Negeri dalam menuju Revolusi Industri 4.0 yang memberi fokus kepada PendidikanESTEEMA (English, Science, Technology, Engineering, Entrepreneur, Mathematics, Arts);

(iv) Mewujudkan Penang i4.0 Seed Fund melalui dana permulaan berjumlah RM4.0 juta (USD1 juta) untuk membantu usahawan kecil dan syarikat-syarikat start-up yang terlibat dalam bidang teknologi seperti IoT

Page 346: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

346

(Internet of Things),e-commerce dan bidang berkaitan bagi mempercepatkan dan mengembangkan pembangunan syarikat-syarikatstart-up di Pulau Pinang;

(v) Membangunkan Konsep Bandar Pintar di Negeri Pulau Pinang dengan mengutamakan infrastruktur ICT(Information and Communication Technology) sebagai kemudahan asas bandar dalam menuju era Revolusi Industri 4.0;

(vi) Bekerjasama dengan agensi-agensi seperti Malaysian Investment Development Authority (MIDA) dan organisasi antarabangsa seperti SEMI (Badan Peralatan dan Bahan Semikonduktor Antarabangsa (Semiconductor Equipment and Materials International) bagi menganjurkan seminar-seminar berkaitan inovasi dan proses dalam Industri 4.0;

(vii) Seminar Kerajaan Digital dianjurkan secara tahunan dengan pembentangan dan sesi forum khusus berkaitan bidang-bidang Industri 4.0 seperti IoT, big data, blockchain, machine learning dan lain-lain;

(viii) Menganjurkan Program Hackaton Data Terbuka untuk mencetus dan menggalakkan penggunaan data terbuka kerajaan dalam kalangan rakyat, pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT), organisasi dan individu yang berbakat dalam menghasilkan produk data yang inovatif;

(ix) Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga akan menubuhkan Jawatankuasa Industri 4.0 (Fourth Industrial Revolution Committee) yang mengandungi masyarakat setempat, Ahli Majlis, pegawai kerajaan dan sektor swasta. Jawatankuasa ini akan membincangkan polisi berkaitan industri 4.0 dan cara pelaksanaannya dengan mengambil manfaat teknologi seperti Internet of Things (IoT), Big Data dan wireless communication ke arah mencapai bandar rendah karbon;

(x) Pihak PBT menggunakan pemantauan operasi lampu isyarat dan lampu jalan secara pintar; dan

(xi) Membangunkan sistem Smart Traffic Analytics & Recognation System untuk alat kawalan lampu isyarat.

(b) Kerajaan Negeri telah melaksanakan beberapa inisiatif dalam membantu rakyat tempatan mendapat peluang pekerjaan di negeri ini. Perkara ini dapat dibuktikan melalui pelbagai peluang pekerjaan telah diwujudkan sejak tahun 2008 sehingga akhir tahun 2017 yang mencatatkan lebih 15,000 kekosongan secara purata pada setiap tahun.

Antara usaha yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri adalah dengan menubuhkan Pusat CAT (Penang Career Assistance and Talent Centre) yang menjalankan pemadanan jawatan kepada semua golongan pencari kerja dengan pihak industri. Sejak penubuhan Pusat CAT pada Mac 2009 sehingga 22 Oktober 2018, seramai 10,551 orang telah berdaftar sebagai pemohon pekerjaan di mana sebanyak 6,445 pemadanan jawatan telah dijalankan untuk 289 buah syarikat.

Selain itu, program mengasah kemahiran berkaitan automasi, robotik, dan proses pengurusan data bagi meningkatkan kemahiran dalam sektor pembuatan turut dilaksanakan oleh Malaysian Meister Program (MMP). Pekerja yang terlibat dalam sektor pembuatan dapat menambahbaik kemahiran yang sedia ada dalam bidang kejuruteraan, automasi, robotik dan analisis data.

Di samping itu, langkah-langkah strategik juga diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mempelbagaikan jenis pekerjaan, terutamanya pekerjaan bernilai tinggi (high value jobs) seperti advanced manufacturing dalam sektor pembuatan,

Page 347: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

347

reka bentuk dan pembangunan. Dari segi perniagaan, sektor Perkhidmatan Perniagaan Global (Global Business Services) seperti kewangan, perkhidmatan penyumberan luar, teknologi maklumat dan sumber manusia merupakan sektor baharu yang turut diperkenalkan.

Dalam masa yang sama, satu program baharu dinamakan “Penang Accelerator for Creative, Analytics & Technology (@CAT)” telah dilancarkan bagi golongan yang ingin menceburi bidang perniagaan sebagai perintis pemula niaga (entreprenuer). Program ini bertujuan untuk membantu usahawan kecil yang terlibat di dalam bidang animasi kreatif, analisis dan teknologi ataupun yang terlibat di dalam sektor Internet of Things(IOT).

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

8. Senaraikan pusat-pusat pemulihan akhlak di Pulau Pinang.

(a) Nyatakan pembahagian dari sudut bangsa, jantina dan umur mereka yang masuk pusat tersebut.

Y.A.B. Ketua Menteri:

8. Terdapat dua (2) buah pusat pemulihan akhlak di Pulau Pinang iaitu Asrama Akhlak Paya Terubong dan Sekolah Tunas Bakti Teluk Air Tawar. Kebanyakan penghuni di Asrama Akhlak Paya Terubong adalah terdiri kes reman Polis yang akan menghuni dalam tempoh setahun manakala penghuni Sekolah Tunas Bakti Teluk Air Tawar tertakluk kepada kes masing-masing.

(a) Perincian mengikut pecahan bangsa, jantina dan umur penghuni bagi tahun 2018 di pusat tersebut adalah seperti berikut:

(i) Asrama Akhlak Paya Terubong

Tahun Bangsa Jantina Umur

Jan 2018 – Ogos 2018

Melayu 1 L 1

10 - 11 0

Cina 0 12 - 13 1

India 0

P 0

14 - 15 0

Lain-lain 0

16 - 17 0

18 tahun ke atas

0

Jumlah Keseluruhan

1 1 1

(ii) Sekolah Asrama Tunas Bakti Teluk Air Tawar

Tahun Bangsa Jantina Umur

Jan 2018 – Ogos 2018

Melayu 165 L 169

10 - 11 0

Cina 0 12 - 13 6

India 4

P 0

14 - 15 67

Lain-lain 0 16 - 17 96

18 tahun ke atas 0

Jumlah Keseluruhan

169 169 169

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

9. Arak adalah benda yang sensitif kepada umat Islam di negara kita.

(a) Berapakah jumlah premis kedai arak yang terdapat di Pulau Pinang?

Page 348: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

348

(b) Apakah syarat yang dibenarkan kepada peniaga-peniaga yang meletak 'signboard' arak seperti Carlbergs di kedai mereka?

Y.A.B. Ketua Menteri:

9. (a) Jumlah premis kedai arak yang terdapat di Pulau Pinang adalah sebanyak 464 buah premis.

(b) Syarat-syarat kepada peniaga yang meletak signboard arak di premis perniagaan adalah seperti berikut:

(i) Memastikan imej syarikat pengeluar arak tidak boleh dipamerkan lebih 20% daripada saiz papan iklan.

(ii) Memasang notis amaran ”Minuman keras adalah haram disisi agama ISLAM” pada premis yang menjual minuman keras.

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

10. Industri perikanan ikan tuna sudah bertapak di Pulau Pinang.

(a) Berapakah jumlah bot ikan tuna?

(b) Berapakah jumlah tan ikan tuna yang berjaya didaratkan?

(c) Apakah hal-hal lain berkenaan pendaratan ikan tuna yang disediakan oleh pihak kerajaan dan berapakah jumlah tenaga pekerja tempatan dan warga asing?

Y.A.B. Ketua Menteri:

10. (a) Berdasarkan rekod Jabatan Perikanan Malaysia, terdapat sejumlah 20 buah bot/vesel penangkapan tuna berlesen.

(b) Jumlah pendaratan ikan tuna bagi tahun 2017 dan sehingga Oktober 2018 adalah sebanyak 4,982 tan metrik.

(c) Pada tahun 2018, Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang telah menyediakan platform pendaratan tuna mudah alih di Pelabuhan Pulau Pinang. Kemudahan ini disediakan bagi memudahkan bot/vesel penangkapan tuna untuk mendaratkan tangkapan tuna.

Secara amnya, tiada tenaga kerja tempatan yang bekerja di atas bot/vesel tuna yang dilesenkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia. Majoriti tenaga kerja adalah warganegara Indonesia manakala golongan minoriti terdiri daripada warganegara China dan Taiwan yang bertugas sebagai tekong bot. Secara purata, 15 orang tenaga kerja/kru bekerja di atas setiap bot/vesel. Walau bagaimanapun, semua pemilik bot/vesel adalah rakyat tempatan. Faktor-faktor yang menyebabkan dominasi pekerja asing dalam industri perikanan ikan tuna ini adalah seperti berikut:

(i) Tenaga kerja mahir terhad;

(ii) Kurang ketahanan mental dan fizikal di kalangan orang tempatan untuk berada di laut bagi tempoh masa yang lama;

(iii) Pekerjaan ini tidak dianggap sebagai kerjaya yang baik berbanding pekerjaan lain;

(iv) Persekitaran kerja yang berisiko tinggi iaitu terdedah kepada cuaca yang tidak menentu, ancaman lanun, peralatan yang berisiko; dan

(v) Tiada kemudahan yang selesa disediakan di bot/vesel semasa pelayaran bagi tempoh masa yang lama seperti komunikasi yang terhad, tiada hiburan dan rekreasi serta tempat berehat yang tidak selesa.

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

11. Data paras air laut meningkat secara purata 10 sentimeter setiap tahun.

Page 349: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

349

(a) Adakah Pulau Pinang berada di paras laut dan akan hadapi masalah ancaman banjir dan alam sekitar? Jelaskan.

Y.A.B. Ketua Menteri:

11. (a) Kerajaan Negeri dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan melalui Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) sedang giat mengkaji dan menyelidik kesan kenaikan aras laut serta langkah berjaga-jaga bagi mengatasi masalah bandar-bandar yang akan ditenggelami akibat dari kenaikan aras laut kesan daripada pemanasan global.

Intergovernmental Panel on Climate Change - Fifth Assessment Report (IPCC-AR5, 2015) meramalkan bahawa kenaikan aras laut global pada tahun 1990-2100 ialah antara 2.8 mm/tahun hingga 3.6 mm/tahun. Kajian NAHRIM (2017) pula mendapati kadar kenaikan aras laut berdasarkan analisa dari 20 stesen tolok pasang surut Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) di sepanjang pesisir pantai Malaysia adalah antara 2.2 hingga 5.3 mm/tahun bagi tempoh tahun 1993 hingga 2015 (22 tahun). Kadar kenaikan ini adalah berbeza dari satu tempat ke satu tempat yang lain bergantung kepada pelbagai factor antaranya perubahan suhu, tekanan atmosfera, angin dan peredaran arus laut di lokasi tersebut. Sehubungan itu, kenyataan bahawa data paras air laut meningkat secara purata 10 sentimeter setiap tahun adalah tidak tepat.

Kadar kenaikan aras laut yang diramal antara 2.8 mm/tahun hingga 3.6 mm/tahun wujud sekiranya tindakan mitigasi untuk menangani fenomena perubahan iklim tidak dilaksanakan dengan sewajarnya. Tindakan mitigasi ini perlu dilaksanakan di peringkat domestik dan melalui pendekatan pelbagai hala (multilateralism) di peringkat antarabangsa. Negeri Pulau Pinang tidak berada di paras laut, namun masalah ancaman banjir dan alam sekitar bergantung kepada pelbagai faktor terutama di kawasan yang mempunyai topografi yang rendah sahaja. Kedudukan kawasan-kawsan rendah (low laying area) di Pulau Pinang hanya terdedah kepada kejadian banjir kilat apabila berlakunya hujan lebat melebihi 30-60mm/jam dan menjadi lebih serius apabila ianya berlaku ketika fenomena air laut pasang.

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

12. Sila nyatakan langkah-langkah awal yang perlu diambil oleh Kerajaan Negeri dalam persiapan penyediaan sistem maklumat awal kepada penduduk Pulau Pinang seperti mengesan Tsunami, banjir kilat, tanah runtuh dan apa saja bentuk bencana alam.

Y.A.B. Ketua Menteri:

12. Pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah bekerjasama dengan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) melalui agensi pelaksana Jabatan Meteorologi Malaysia (MMD) dalam menyalurkan maklumat berkenaan ramalan dan amaran cuaca buruk kepada agensi-agensi pengurusan bencana melalui faksimile, e-mel dan Short Message Service (SMS). Manakala penyebaran amaran cuaca kepada orang awam adalah melalui laman web:www.met.gov.my, siaran televisyen (TV), Crawler TV, media sosial (facebook: malaysiamet, twitter:@malaysianmet dan Whatsapp) dan Hotline di talian 1-300-22-1MET(1638).

MMD juga telah mengadaptasi inovasi aplikasi mobil dengan membangunkan aplikasi myCuaca versi 2.0 yang dapat memberikan maklumat cuaca dan gempa bumi untuk diakses pada bila-bila masa oleh orang ramai. Aplikasi myCuaca boleh dimuat turun melalui Google Play Store dan Apple App Store. MMD turut melaksanakan RakanMET iaitu medium interaksi dua hala antara MMD dan orang awam bagi perkongsian maklumat sahih mengenai perkembangan cuaca semasa di Negara.

Page 350: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

350

Di Pulau Pinang, amaran cuaca buruk bagi ribut petir dan hujan lebat yang boleh menyebabkan banjir, tanah runtuh dan kerosakan harta benda dihantar dengan faksimile oleh Pejabat Meteorologi Pulau Pinang kepada Stesen Radio Mutiara FM (Radio Malaysia Pulau Pinang) untuk dihebahkan kepada orang awam melalui siaran radio. Maklumat amaran hujan lebat ini merupakan amaran awal bagi kemungkinan berlakunya banjir disebabkan oleh hujan lebat terutama bagi orang awam yang tinggal di kawasan yang kerap kali mengalami banjir kilat.

Maklumat amaran cuaca buruk ini juga dihantar dengan faksimile kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, semua Pejabat Daerah di Negeri Pulau Pinang, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pulau Pinang dan agensi yang terlibat dalam pengurusan bencana dan keselamatan seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Negeri Pulau Pinang, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Pulau Pinang, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Pulau Pinang. Di samping itu, maklumat amaran cuaca buruk ini turut dimaklumkan oleh Pengarah Meteorologi Pulau Pinang kepada ahli-ahli kumpulan pengurusan bencana peringkat negeri dan daerah menerusi aplikasiWhatsapp.

Pada masa kini, Malaysia telah mempunyai sistem pemantauan tsunami yang merangkumi rangkaian tolok pasang surut iaitu alat yang mengukur perubahan paras air laut, kamera pantai untuk memantau keadaan laut dan siren tsunami untuk menghebahkan maklumat waspada / nasihat dan amaran tsunami kepada orang awam yang terdedah kepada bahaya tsunami. Rangkaian tolok pasang surut, kamera pantai dan siren tsunami ini telah dipasang di persisiran pantai. Untuk makluman ahli yang berhormat, kini terdapat sebanyak satu (1) tolok pasang surut, tiga (3) kamera pantai dan 12 siren tsunami telah pun dipasang di kawasan yang berisiko berlaku tsunami di Pulau Pinang.

Selain daripada itu, pada 7 Mac 2018 yang lalu, Kerajaan Negeri juga telah melancarkan Portal Penang Alert yang berfungsi memberi hebahan berhubung insiden, kejadian dan apa jua informasi yang melibatkan situasi yang boleh menjejaskan atau mengganggu perancangan serta membantu memudahkan persediaan orang awam di Negeri Pulau Pinang. Pendek kata, Penang Alert membantu orang awam untuk lebih bersedia dalam menghadapi situasi bencana ataupun meminima / mengelak impak bencana / situasi kecemasan / halangan. Portal Penang Alert ini mengandungi informasi-informasi terkini mengenai paras air sungai, taburan air hujan, banjir, banjir kilat, tsunami, kebakaran besar, penutupan jalan-jalan utama, tanah runtuh, ribut dan lain-lain makluman yang perlu diwar-warkan kepada orang awam.

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

13. Nyatakan anggaran jumlah bayaran Cukai Perkhidmatan Kerajaan kepada Cukai Perkhidmatan dan Jualan (SST) oleh rakyat Pulau Pinang setelah dilaksanakan.

Y.A.B. Ketua Menteri:

13. Berdasar anggaran oleh Bahagian Cukai Dalam Negeri (SST) Jabatan Kastam Pulau Pinang, kutipan Cukai Perkhidmatan bagi Negeri Pulau Pinang sehingga 31 Disember 2018 ialah RM38 juta.

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

14. Jelaskan produk pelancongan yang terdapat di daerah Seberang Perai Utara dan sejauh manakah kerajaan membantu meningkatkan ekonomi produk pelancongan disini serta berapakah peruntukan yang disediakan oleh pihak kerajaan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

14. Produk-produk pelancongan yang terdapat di Seberang Perai Utara adalah seperti berikut:

(i) Homestay Lahar Yooi dan Homestay Kota Aur;

Page 351: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

351

(ii) Pasar Bisik;

(iii) Hutan Pelajaran Air Hitam Dalam;

(iv) Persisiran Pantai Teluk Air Tawar - Kuala Muda; dan

(v) Lembah Makanan Sungai Dua.

Kerajaan Negeri membantu meningkatkan ekonomi produk pelancongan di Seberang Perai Utara melalui inisiatif-inisiatif berikut:

(i) Homestay dipromosikan melalui risalah Penang Homestay dan turut mengandungi cadangan aktiviti harian. Risalah-risalah pelancongan lain seperti Seberang Perai Tourist Map dan Seberang Perai Street Food turut mempromosikan produk pelancongan di Seberang Perai Utara dan menarik kehadiran lebih ramai pelancong;

(ii) Memberikan kursus kepada pengusaha tempatan, contohnya Kursus Pengenalan Aktiviti Birdwatching yang memberi pendedahan kepada pengurus pelancong untuk mendalami aktiviti Birdwatching;

(iii) Menyediakan papan tanda arah ke tempat tarikan pelancong untuk meningkatkan kehadiran pelancong; dan

(iv) Menganjurkan program pelancongan seperti program RM2 Mini Food Festival yang diadakan di Butterworth Artwalk pada April 2018.

Melalui kemasukan lebih ramai pelancong, industri-industri berkaitan pelancongan seperti perhotelan, pengangkutan, kawasan-kawasan tarikan pelancong, kraftangan, makanan dan sebagainya akan berkembang pesat. Seterusnya, ia akan menyumbang kepada peningkatan peluang pekerjaan dan perniagaan serta pertumbuhan ekonomi negeri yang akan meningkatkan taraf hidup rakyat.

Bagi tahun 2018, Kerajaan Negeri melalui MPSP telah menyediakan peruntukan sebanyak RM100,000.00 bagi tujuan pelancongan eko di Seberang Perai. Selain itu, Jabatan Perhutanan telah diperuntukan RM230,000.00 dalam tempoh tahun 2016 hingga 2018 untuk menaiktaraf kemudahan rekreasi di Hutan Pelajaran Air Hitam Dalam. Kerajaan Negeri juga telah membantu penganjuran program-program pelancongan di Seberang Perai Utara seperti Fiesta Sungai Perai, Pertandingan Memasak Tradisi Melayu, Karnival Pesta Tanglung dan lain-lain program dengan jumlah peruntukan sebanyak RM167,000.00 bagi tempoh tahun 2017 hingga 2018.

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

15. Nyatakan statistik PBT dan PDRM terkini mengenai kedai-kedai Judi Siber dan Nombor Ekor tanpa lesen yang beroperasi berleluasa.

(a) Apakah tindakan yang diambil oleh penguatkuasa terhadap kedai-kedai tersebut di seluruh Pulau Pinang yang tumbuh seperti cendawan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

15. Statistik terkini mengenai premis mesin perjudian dan aktiviti nombor ekor haram di Pulau Pinang, bagi tahun 2018 adalah seperti berikut

PERKARA JUMLAH PREMIS

PREMIS MESIN PERJUDIAN 0

AKTIVITI NOMBOR EKOR 720

(a) Tindakan-tindakan yang telah diambil oleh Pihak PDRM terhadap penganjur aktiviti haram ini ialah melalui serbuan, tangkapan dan pertuduhan di

Page 352: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

352

Mahkamah serta tindakan dibawah undang-undang pencegahan. Melalui tindakan penguatkuasaan yang diambil, sebanyak 923 serbuan telah dijalankan mulai Januari sehingga September tahun 2018. Hasil daripada serbuan tersebut sebanyak 952 tangkapan telah dibuat dan tujuh (7) penganjur aktiviti haram ini diambil tindakan dibawah Akta Pencegehan Jenayah 1959.

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

16. Apakah langkah dan tindakan Kerajaan Negeri bagi mengawal dan menangani gejala sosial melalui PBT dan PDRM?

Y.A.B. Ketua Menteri:

16. Pada era globalisasi ini, masalah gejala sosial semakin meningkat dari semasa ke semasa. Hal ini mendatangkan kebimbangan banyak pihak antaranya ibu bapa khususnya. Masalah sosial seperti gejala melepak, lumba haram, buli dan sebagainya semakin hangat diperkatakan dari buah mulut masyarakat malah menjadi isu yang serius dipaparkan di dada-dada akhbar kebelakangan ini.

Antara langkah dan tindakan Kerajaan Negeri bagi mengawal dan menangani gejala sosial melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) adalah seperti:

(i) Pemasangan Closed Circuit Television (CCTV), untuk pemantauan bandar selamat. Sehingga kini sebanyak 345 buah CCTV telah di pasang di seluruh negeri Pulau Pinang yang dipantau oleh PDRM bersama MBPP/ MPSP;

(ii) Program Crime Awareness anjuran bersama PDRM dan kerajaan tempatan dengan kerjasama Jabatan Perpaduan Negara, agensi- agensi kerajaan dan Non-Governmental Organisation (NGO) seperti Malaysia Crime Prevention Foundation (MCPF), Lions Club dan lain-lain lagi;

(iii) Pemasangan lampu-lampu (straight Lighting) di tempat-tempat awam bagi tujuan pencerahan selaras dengan tujuan untuk pencegahan jenayah;

(iv) Pemasangan besi penghadang di antara yang memisahkan antara tempat pejalan kaki dengan jalan raya untuk tujuan pencegahan jenayah. Lokasi dikenal pasti dengan kerjasama PBT dan PDRM;

(v) Pihak PBT telah meletakkan pelbagai syarat ke atas pemegang lesen tempat-tempat hiburan iaitu pusat snooker, karaoke, pub dan internet kafe dengan memastikan bahawa tiada pertaruhan /perjudian dijalankan dalam tempat hiburan. Memastikan bahawa pelaku-pelaku dalam tempat hiburan berpakaian sopan. Memastikan kanak-kanak yang berumur 18 tahun ke bawah hendaklah disertai seorang dewasa semasa memasuki tempat hiburan. Memastikan tiada hiburan yang berunsur lucah di tempat hiburan dan juga pusat-pusat tersebut beroperasi dalam masa yang dibenarkan; dan

(vi) Pihak PBT juga membuat pemeriksaan dan pemantauan di tempat-tempat hiburan dengan mengenakan syarat had umur iaitu remaja di bawah umur 21 tahun adalah tidak dibenarkan dalam premis hiburan (Pub,Disko). Tidak membenarkan aktiviti hiburan selepas jam 3.00 pagi dan juga mengawal aktiviti pusat hiburan dari mengadakan aktiviti yang menyalahi undang-undang.

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

17. Apakah tindakan Kerajaan Negeri melalui PBT ke atas pemilik premis perniagaan yang menyewa premis mereka untuk kegiatan haram ini?

Y.A.B. Ketua Menteri:

17. Antara tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ke atas pemilik premis perniagaan yang menyewa premis mereka untuk kegiatan

Page 353: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

353

haram adalah dengan membatalkan lesen premis perniagaan. Disamping sekiranya terdapat aktiviti-aktiviti yang membabitkan perbuatan jenayah ianya akan dirujuk kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau agensi penguatkuasa yang lain untuk tindakan bersama.

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

18. Berapakah jumlah koperasi yang aktif di Negeri Pulau Pinang setakat 2018?

(a) Apakah usaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang merancakkan ekonomi setempat seperti mewujudkan Koperasi JKKK atau Koperasi Masjid seumpamanya?

Y.A.B. Ketua Menteri:

18. Sehingga September 2018, sebanyak 724 koperasi telah ditubuhkan di Pulau Pinang dan didaftarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Daripada jumlah tersebut, 503 koperasi adalah aktif iaitu terdiri daripada 373 koperasi dewasa dan 130 koperasi sekolah.

(a) Kerajaan Negeri Pulau Pinang sentiasa memberi galakan kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Kariah Masjid untuk menubuhkan koperasi bagi membudayakan gerakan koperasi di Pulau Pinang dan mewujudkan peluang perniagaan demi memperkasa ekonomi rakyat. Sehingga September 2018, sebanyak 33 Koperasi Kariah Masjid dan 2 Koperasi JKKK telah ditubuhkan dan didaftarkan oleh SKM di Negeri Pulau Pinang.

Koperasi Kariah Masjid dan JKKK yang berdaftar dengan SKM berpeluang untuk mendapatkan bantuan yang disediakan seperti berikut:

(i) Bimbingan dan khidmat nasihat perakaunan bagi memastikan tadbir urus koperasi lebih cekap;

(ii) Pembiayaan melalui Tabung Modal Pusingan (TMP-JPK) kepada koperasi yang layak dan memenuhi syarat tidak melebihi RM10 juta untuk setiap koperasi melaksanakan aktiviti perniagaan selaras dengan Dasar Koperasi Negara 2011-2020;

(iii) Bantuan Pembangunan Koperasi berdasarkan permohonan oleh koperasi untuk menjalankan aktiviti yang berdaya maju, tertakluk kepada peruntukan kewangan yang sedia ada; dan

(iv) Latihan dan kursus wajib melalui Maktab Koperasi Malaysia (MKM) bagi memastikan tadbir urus koperasi menjadi lebih berkesan.

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

19. Berapakah perbezaan pelaburan (FDI) di Negeri Pulau Pinang antara tahun 2015 dan sehingga kini?

Y.A.B. Ketua Menteri:

19. Pulau Pinang sentiasa menunjukkan prestasi memberangsangkan dalam menarik pelaburan asing Foreign Direct Investment(FDI) di Malaysia. Perincian pelaburan FDI di Negeri Pulau Pinang dari tahun 2015 hingga Mac 2018 adalah seperti berikut:-

Tempoh

Pelaburan Pembuatan Diluluskan Pulau Pinang (RM Juta)

Jumlah Pelaburan (FDI + Pelaburan

Domestik)

Pelaburan FDI

Kedudukan (bagi FDI) antara negeri

di Malaysia

Jan-Mar 2018 1,019.33 580.47 3

2017 10,811,88 8,540.49 1

2016 4,293.89 3,056.92 3

2015 6,724.34 4,498.73 1

Page 354: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

354

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

20. Berapakah peruntukan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk membina masjid yang uzur dan bantuan kepada sekolah tahfiz bagi tahun 2018?

Y.A.B. Ketua Menteri:

20. Bagi tahun 2018, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah RM4,650,000.00 untuk tujuan membaiki, menaik taraf dan membina semula masjid yang uzur. Bagi sekolah agama rakyat pula, sejumlah RM2,800,000.00 telah diperuntukkan pada tahun ini untuk tujuan yang sama.

Selain itu, sejumlah RM168,584.00 juga telah disalurkan kepada 37 buah maahad tahfiz yang berdaftar di Pulau Pinang. Bantuan ini bertujuan meringankan beban bayaran bil utiliti seperti elektrik dan air di maahad-maahad tahfiz tersebut.

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

21. Berapakah jumlah pekerja yang telah diberhentikan dan dibuang dari sektor industri perkilangan bagi tahun 2015 hingga setakat ini di Pulau Pinang?

Y.A.B. Ketua Menteri:

21. Berdasarkan statistik daripada Jabatan Tenaga Kerja Pulau Pinang, seramai 9,390 orang pekerja dalam sektor perkilangan telah diberhentikan kerja dari tahun 2015 sehingga September 2018 dengan perincian seperti jadual berikut:

TAHUN 2015 2016 2017 2018 (sehingga

bulan September)

JUMLAH

KESELURUHAN

JUMLAH PEKERJA YANG TERLIBAT

1,609 4,923 1,215 1,643 9,390

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

22. Berapakah jumlah kakitangan kontrak di MPSP, PBA dan MBPP?

(a) Apakah pelan penyerapan mereka sebagai kakitangan tetap?

Y.A.B. Ketua Menteri:

22. Jumlah kakitangan kontrak yang terdapat di Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Perbadanan Bekalan Air (PBA) adalah seperti berikut:

AGENSI BIL. KAKITANGAN KONTRAK

1. MPSP 2416

2. MBPP 150

3. PBA 127

JUMLAH 2693

(a) Perancangan yang dilaksanakan terhadap kakitangan kontrak di bawah MPSP untuk dilantik tetap adalah tertakluk kepada syarat yang telah ditetapkan oleh skim perkhidmatan jawatan serta kakitangan kontrak tersebut perlu mempunyai prestasi dan disiplin yang memuaskan .Bagi MBPP pula adalah melalui permohonan pewujudan jawatan tetap baru dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan keutamaan pengisian diberi kepada kakitangan kontrak.

Page 355: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

355

Manakala di PBA, penilaian prestasi akan dijalankan terhadap pegawai kontrak dengan sekurang-kurangnya pencapaian laporan penilaian mereka ditahap 70% sebelum diserap sebagai kakitangan tetap.

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

23. Apakah jenis peruntukan untuk pembangunan industri tani di Pulau Pinang?

Y.A.B. Ketua Menteri:

23. Kerajaan Negeri menyediakan 11 jenis peruntukan untuk pembangunan industri pertanian di negeri ini. Jenis-jenis peruntukan adalah seperti berikut:

Bil. Jenis Peruntukan Skop Projek/Program

1. Pembangunan Industri Tanaman Padi

i. Infrastruktur ladang; ii. Input pertanian (baja/racun dan

lain-lain) iii. Jentera dan peralatan kecil ladang; iv. Perkhidmatan mekanisasi ladang; v. Latihan/Bengkel/Seminar; vi. Program pengukuhan modal insan

untuk Kelompok Pertanian, Kumpulan Pengembangan Wanita (KPW) dan Usahawan; dan

vii. Program pemasaran dan promosi produk

2. Pembangunan Industri Tanaman Sayur-sayuran

3. Pembangunan Industri Tanaman Buah-buahan

4. Pembangunan Industri Pemprosesan Makanan

5. Pembangunan Tanaman Kelapa

6. Pembangunan Lain-lain Ekonomi

7. Pembangunan Pelapis Petani

8. Program Khidmat Pengembangan

9. Program Khidmat Kejenteraan

10. Pembangunan Kelompok Tani

11. Program Aktiviti Jualan Terus

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

24. Apakah pelan pembangunan Rumah Mampu Milik di negeri Pulau Pinang bagi membantu golongan muda?

Y.A.B. Ketua Menteri:

24. Kerajaan Negeri buat masa ini tidak menetapkan sebarang dasar atau perancangan yang khusus untuk membantu golongan muda dalam memperolehi unit Rumah Mampu Milik (RMM). Ini kerana dasar sedia ada adalah untuk memastikan unit-unit kediaman dengan harga berpatutan ini dibekalkan kepada rakyat Pulau Pinang yang berpendapatan rendah dan sederhana tanpa mengira peringkat usia. Kerajaan Negeri mendapati kegagalan golongan muda untuk membeli rumah disebabkan sumber kewangan yang tidak mencukupi bagi memperoleh pinjaman dari institusi kewangan.

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

25. Di pekan Penaga mengalami masalah kesesakan lalu lintas yang teruk, laluan sempit dan mengganggu laluan penduduk jika ada kecemasan.

(a) Apakah pelan MPSP bagi penstrukturan semula penjaja dan peniaga pasar minggu di pekan Penaga?

Y.A.B. Ketua Menteri:

Page 356: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

356

25. Masalah kesesakan lalu lintas di Pekan Penaga telah dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perlesenan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) pada bulan September 2018 yang lepas. Menurut laporan yang dikemukakan, kesesakan lalu lintas terhadap perjalanan kenderaan yang melepasi Pekan Penaga pada hari minggu adalah 5 hingga 10 minit.

(a) Pihak MPSP bercadang untuk menyusun semula jajaran penjaja dan peniaga pasar minggu di Pekan Penaga pada tahun 2019. Penstrukturan semula ini dibuat bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas sehingga mengganggu laluan penduduk sekitar di kawasan tersebut.

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

26. Apakah tindakan Kerajaan Negeri dalam mengatasi projek terbengkalai dan bangunan yang tidak digunakan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

26. Pemantauan dan pengkelasan projek perumahan swasta terbengkalai adalah di bawah tanggungjawab Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Pada dasarnya, projek terbengkalai ditakrifkan sebagai projek-projek yang mengalami masalah seperti berikut:

(i) Projek yang tidak siap dalam atau luar tempoh Perjanjian Jual dan Beli dan tiada sebarang aktiviti yang ketara di tapak pembinaan selama enam (6) bulan secara berterusan; atau

(ii) Petisyen penggulungan telah didaftarkan di Mahkamah Tinggi di bawah Seksyen 218 Akta Syarikat 1966; atau

(iii) Syarikat diletakkan di bawah Pegawai Penerima dan Pengurus (Receiver & Manager); atau

(iv) Pemaju mengakui tidak berupaya secara bertulis kepada Pengawal Perumahan; dan

(v) Disahkan projek terbengkalai oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan di bawah Seksyen 11 (1) (c) Akta 118.

Berdasarkan definisi tersebut, setakat ini tidak ada projek perumahan yang terbengkalai di negeri Pulau Pinang. Kerajaan Negeri sentiasa bersedia untuk membantu KPKT mengatasi masalah berkaitan projek perumahan terbengkalai sebagaimana yang pernah berlaku dahulu.

Selain itu, masalah bangunan terbiar dan tidak digunakan pada masa ini dilihat berada dalam keadaan terkawal memandangkan iklim pasaran hartanah yang masih lagi aktif di Pulau Pinang.

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

27. Berapakah jumlah sekolah SAR, Tahfiz, SRJK(C) dan SRJK(T) yang diberi bantuan oleh Kerajaan Negeri?

(a) Berapakah peruntukan kepada sekolah tersebut bagi tahun 2015 hingga 2018?

Y.A.B. Ketua Menteri:

27. Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah RM30.532 juta bagi Sekolah Agama Rakyat (SAR), Tahfiz, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dari tahun 2015 hingga 2018. Bilangan sekolah yang menerima bantuan dan jumlah peruntukan yang disalurkan adalah seperti perincian di bawah.

Page 357: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

357

Tahun

Sekolah Agama Rakyat (SAR)/Tahfiz

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil

Jumlah

Bilangan Sekolah

(RM juta) Bilangan Sekolah

(RM juta) Bilangan Sekolah

(RM juta)

2015 174 buah 1.75 85 buah 4.235 28 buah 1.75

2016 180 buah 1.75 85 buah 4.055 28 buah 1.75

2017 183 buah 1.75 85 buah 4.092 28 buah 1.75

2018 196 buah 1.75 89 buah 4.150 28 buah 1.75

Jumlah 7.00 16.532 7.00 30.532

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

28. Nyatakan pendapatan Kerajaan Negeri daripada 3 sumber hasil iaitu hasil cukai, hasil bukan hasil dan terimaan bukan hasil bagi tahun 2013, 2014, 2015, 2016, 2017 & 2018?

Y.A.B. Ketua Menteri:

28. Jumlah pendapatan Kerajaan Negeri daripada 3 sumber hasil iaitu cukai, hasil bukan cukai dan terimaan bukan hasil dari tahun 2013 hingga September 2018 adalah seperti di Lampiran A.

RUJUK LAMPIRAN A.

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

29. Nyatakan kategori rumah mengikut harga di Pulau Pinang.

(a) Berapa jumlah rumah yang ada untuk setiap kategori tersebut?

(b) Berapakah jumlah dan peratus bilangan pemilikan rumah di Pulau Pinang mengikut kaum berdasarkan kategori tersebut?

Y.A.B. Ketua Menteri:

29. (a) Kajian yang dijalankan oleh Pusat Maklumat Harta Tanah Negara melaporkan bahawa untuk suku kedua tahun 2018, terdapat sejumlah 502,886 unit kediaman pelbagai jenis di Pulau Pinang. Daripada jumlah ini, sebanyak 62,545 kediaman berstrata dan 17,843 kediaman bukan strata merupakan unit rumah kos rendah atau Rumah Mampu Milik (RMM) 'A' yang dijual pada harga tidak melebihi RM42,000/unit. Kajian ini walau bagaimanapun tidak memperincikan harga bagi jenis-jenis kediaman lain yang dilaporkan. Ringkasan statistik stok kediaman mengikut daerah dan jenis rumah di Pulau Pinang adalah seperti di Lampiran A.

(b) Selaras dengan Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang (RSN) 2020, tawaran unit-unit RMM 'A' dibuat mengikut dasar pengagihan kuota 50% kepada pembeli Bumiputera, 15% kepada pembeli India dan 35% kepada pembeli Cina dan lain-lain. Manakala bagi unit-unit RMM 'B' (harga maksima RM72,500) dan RMM 'C' (harga maksima RM300,000), pengagihan kuota adalah 30% Bumiputera, 15% India dan 55% Cina dan lain-lain. Buat masa ini masih tiada sebarang kajian yang dijalankan untuk mengenal pasti jumlah dan peratus pemilikan mengikut kaum atau jenis dan harga kediaman di Pulau Pinang. Bagaimanapun, rekod lengkap sejak 2008 hingga Oktober 2018 sebanyak 28,195 RMM A, B dan C telah siap dibina, 24,445 sedang dibina dan 44,602 telah diluluskan Pelan Kebenaran Merancang atau berada di peringkat perancangan Kerajaan Negeri dan juga Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) seperti di Lampiran B.

RUJUK LAMPIRAN A DAN B.

Page 358: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

358

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

30 . Nyatakan jumlah rakyat negeri ini yang menganggur mengikut tahap umur, bangsa dan taraf pendidikan bagi tahun 2015 hingga 2018.

(a) Apakah usaha kerajaan untuk membimbing golongan ini supaya dapat menjalani kehidupan dengan baik dan sejauh mana tahap hasil usaha-usaha yang telah dilakukan sebelum ini?

Y.A.B. Ketua Menteri:

30. Berdasarkan statistik daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, bilangan rakyat negeri Pulau Pinang yang menganggur mengikut kumpulan umur, kumpulan etnik utama dan taraf pendidikan di Pulau Pinang dari tahun 2015 hingga 2017 masing-masing adalah seperti Jadual 1, 2 dan 3 di bawah :

Jadual 1 : Bilangan Penganggur Mengikut Kumpulan Umur, Pulau Pinang 2015-2017

Tahun Kumpulan Umur Bilangan Penganggur ('000)

2015

15-24 7.0

25-34 3.6

35-44 2.3

45-64 1.1

2016

15-24 7.4

25-34 6.6

35-44 2.4

45-64 1.7

2017

15-24 9.1

25-34 4.9

35-44 1.8

45-64 1.3

Jadual 2 : Bilangan Penganggur Mengikut Kumpulan Etnik Utama, Pulau Pinang 2015-2017

Kumpulan Etnik/Tahun 2015 2016 2017

Bumiputra 6,000 7,800 9,500

Cina 4,600 6,300 4,200

India 2,800 2,200 2,600

JUMLAH 13,400 16,300 16,300

Jadual 3 : Bilangan Penganggur Mengikut Taraf Pendidikan, Pulau Pinang 2015-2017

Tahun Tiada Pendidikan Rasmi Rendah Menengah

('000) Tertiari ('000)

2015 - - 8.9 4.9

2016 - - 10.5 7.3

2017 - - 9.1 7.6

Nota:

Statistik tidak diterbitkan bagi kategori tiada pendidikan rasmi dan rendah kerana mempunyai ralat piawai relatif yang terlalu tinggi

Kerajaan Negeri tidak mempunyai statistik bagi tahun 2018. Statistik pengangguran bagi tahun 2018 hanya akan diterbitkan pada tahun 2019.

(a) Usaha-usaha yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi membantu golongan yang masih menganggur dan hasil yang tercapai adalah seperti berikut:

Page 359: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

359

(i) Meningkatkan Pelaburan

Kerajaan Negeri sentiasa mengambil langkah proaktif bagi memastikan perkembangan pelaburan baharu dan pelaburan semula di Pulau Pinang yang akan mewujudkan peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor. Pada tahun 2017, Pulau Pinang mencatatkan rekod pelaburan asing (FDI) tertinggi dalam bidang pembuatan antara negeri-negeri di Malaysia, dengan nilai FDI RM8.5 bilion. Bagi jumlah pelaburan (pelaburan asing dan pelaburan domestik) pula, Pulau Pinang mencatatkan rekod sebagai negeri dengan jumlah pelaburan kedua tertinggi dalam bidang pembuatan, dengan nilai RM10.8 bilion.

Hasil daripada pelaburan baharu dan pelaburan semula, sebanyak 14,549 pekerjaan telah diwujudkan sejak 2017 hingga Mac 2018 hasil daripada pelaburan baharu dan pelaburan semula. Kadar pengangguran di Pulau Pinang kekal stabil pada 2.1%, kedua terendah antara negeri-negeri di Malaysia.

(ii) Mempelbagaikan Jenis Pekerjaan

Di samping meningkatkan jumlah pelaburan, langkah-langkah strategik juga diambil untuk mempelbagaikan jenis pekerjaan, terutamanya pekerjaan bernilai tinggi (high value jobs) seperti advanced manufacturing dalam sektor pembuatan, reka bentuk dan pembangunan. Dari segi perniagaan, sektor Perkhidmatan Perniagaan Global (GlobalBusiness Services) seperti kewangan, perkhidmatan penyumberan luar, teknologi maklumat dan sumber manusia merupakan sektor baharu yang diperkenalkan. Antara pekerjaan baharu yang diwujudkan dalam sektor pembuatan di Pulau Pinang ialah seperti saintis data/maklumat (Data Scientist) dan jurutera robotik.

(iii) Memperkenalkan Program Penang @CAT

Satu program baharu dinamakan “Penang Accelerator for Creative, Analytics & Technology (@CAT)” telah dilancarkan bagi golongan yang ingin menceburi bidang perniagaan sebagai perintis pemula niaga (entreprenuer). Program ini bertujuan untuk membantu usahawan kecil yang terlibat di dalam bidang animasi kreatif, analisis dan teknologi ataupun yang terlibat di dalam sektor “Internet of Things”(IOT). Melalui @CAT, pelbagai aktiviti/program telah dilaksanakan untuk melahirkan usahawan dalam bidang teknologi (technopreneurs). Di antaranya ialah Artificial Intelligence Workshop, Alibaba Northern Region Workshop, YouthCoLab : Penang dan Google Analytics Workshop.

(iv) Menawarkan kursus kemahiran

Kerajaan Negeri bekerjasama dengan Penang Skills Development Center (PSDC) dan institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta untuk meningkatkan tahap pembangunan sumber manusia berteraskan latihan kemahiran mengikut keperluan pasaran di Pulau Pinang. Semua pelajar (100%) yang mengikuti kursus kemahiran (TVET) di PSDC telah mendapat pekerjaan selepas menamatkan program masing-masing. Dianggarkan 60% daripada pelajar-pelajar tersebut mendapat pekerjaan di syarikat tempatan (Local Large Company dan SME) manakala baki 40% telah mendapat pekerjaan di MNC.

Kerajaan Negeri turut melaksanakan program-program bantuan bagi menggalakkan keusahawanan dalam kalangan rakyat Pulau Pinang khususnya bagi golongan muda dan belia. Antara program-program yang dilaksanakan adalah seperti berikut :

Page 360: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

360

(i) Skim Pinjaman Harapan (SPH)

Skim Pinjaman Harapan (SPH) Negeri Pulau Pinang yang dahulunya dikenali sebagai Projek Titian Saksama Rakyat (PTSR) Negeri Pulau Pinang. Program ini merupakan program mikrokredit yang memberi pinjaman tanpa sebarang cagaran dan penjamin kepada peniaga-peniaga kecil untuk menggalakkan usahawan tempatan, penganggur dan golongan rakyat berpendapatan rendah untuk menceburi bidang perniagaan. Peruntukan dana sebanyak RM11 juta telah disediakan bagi tujuan ini. Jumlah pinjaman adalah di antara RM2,000 hingga maksima RM25,000 dan tempoh bayaran balik adalah di antara 2 hingga 3 tahun. Sehingga bulan Oktober 2018, sebanyak RM15.15 juta telah diagihkan kepada seramai 3,060 orang usahawan.

(ii) Tabung Usahawan Tani (TUT) Negeri Pulau Pinang

Kerajaan Negeri telah memperkenalkan Tabung Usahawan Tani (TUT) Negeri Pulau Pinang yang sebelum ini dikenali sebagai Tabung Usahawan Tani Muda (TUTM) yang memberi bantuan kepada golongan belia termasuk para graduan untuk menjadikan sektor industri asas tani sebagai kerjaya yang berpotensi menjana pendapatan yang lumayan. Peruntukan sebanyak RM750,000 telah disediakan di mana sehingga September 2018, sebanyak RM658,000 telah diagihkan kepada 122 orang untuk menikmati kemudahan kredit ini.

Kerajaan Negeri melalui Pusat CAT (Penang Career Assistance and Talent Centre) menjalankan pemadanan jawatan kepada semua golongan pencari kerja dengan yang ditawarkan oleh industri. Sejak penubuhan Pusat CAT pada Mac 2009 sehingga 22 Oktober 2018, seramai 10,551 orang telah berdaftar sebagai pemohon pekerjaan di mana sebanyak 6,445 pemadanan jawatan telah berjaya dijalankan untuk 289 buah syarikat.

XXIII. Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

1. Nyatakan peruntukkan yang akan disediakan oleh Kerajaan Negeri dalam usaha penyelenggaraan dan penambahbaikan sistem perparitan dan longkang bagi keselesaan penduduk dalam KADUN Telok Ayer Tawar.

Y.A.B. Ketua Menteri:

1. Kerajaan Negeri melalui Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi tahun 2019 telah menyediakan peruntukan sebanyak RM672,833.14 dalam usaha penyelenggaraan dan penambahbaikan sistem perparitan dan longkang bagi keselesaan penduduk di KADUN Telok Air Tawar. Perincian peruntukan adalah seperti di bawah.

BIL SKOP KERJA AGENSI PELAKSANA PERUNTUKAN (RM)

1 Penyelenggaraan Struktur Parit Di Dalam Taman Perumahan.

MPSP 300,000.00

2 Penyelenggaraan Dan Pembersihan Kolam Takungan.

MPSP 9,392.76

3 Penyelenggaraan Dan Pembersihan Parit Monsun.

MPSP 105,288.00

4 Kerja-Kerja Penyelenggaran Parit Dan Taliair Blok M3B(2) Di Skim Pengairan Sungai Muda Daerah Seberang Perai Utara

JPS 71,532.03

Page 361: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

361

5 Kerja-Kerja Penyelenggaran Parit Dan Taliair Blok M3B(1) Di Skim Pengairan Sungai Muda Daerah Seberang Perai Utara

JPS 83,109.35

6 Kerja-Kerja Penyelenggaran Parit Dan Taliair Blok M5B Di Skim Pengairan Sungai Muda Daerah Seberang Perai Utara

JPS 103,511.00

JUMLAH

672,833.14

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

2. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh MPSP dalam usaha menghalang pertumbuhan gerai dan kedai haram yang beroperasi dalam KADUN Telok Ayer Tawar?

Y.A.B. Ketua Menteri:

2. Antara langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak MPSP dalam usaha menghalang pertumbuhan gerai dan kedai haram yang beroperasi dalam KADUN Telok Ayer Tawar adalah seperti berikut:

(i) Mengeluarkan notis dan tawaran kompaun atas kesalahan menjalankan aktiviti penjajaan / perniagaan tanpa lesen;

(ii) Merampas / menyita alatan niaga ke atas gerai yang beroperasi tanpa lesen;

(iii) Mewujudkan Garis Panduan Kaedah Penjajaan Secara Mudah Alih dan Garis Panduan Kaedah Perniagaan Berkonsepkan Trak Makanan & Trak Perkhidmatan untuk memudahkan kelulusan lesen kepada penjaja warga tempatan; dan

(iv) Membuka kekosongan dan membuat pengisian kekosongan ruang niaga MPSP pada setiap bulan.

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

3. Mohon pencerahan Kerajaan Negeri mengenai Sijil Layak Menduduki bagi status kesemua projek ini dalam KADUN Telok Air Tawar.

(a) Kedai dan pejabat 2 tingkat 8 unit di Taman Sejahtera Indah.

(b) Surau satu tingkat di Taman Sejahtera Indah.

(c) Tadika satu tingkat di Taman Sejahtera Indah.

Y.A.B. Ketua Menteri:

3. Status Sijil Kelayakan Menduduki (CCC/OC) bagi projek Taman Sejahtera di dalam KADUN Teluk Air Tawar adalah seperti berikut:

(a) Pelan Bangunan bagi 8 unit kedai dan pejabat 2 tingkat di Taman Sejahtera Indah telah diluluskan pada 12 Januari 1996. Sehingga kini pihak arkitek masih belum mengemukakan permohonan pengeluaran Perakuan Siap Dan Pematuhan (OC).

(b) Pelan Bangunan bagi 1 unit surau satu tingkat di Taman Sejahtera Indah telah diluluskan pada 30 Mei 2011 dan pihak Principal Submitting Person (PSP) masih belum mengeluarkan Perakuan Siap Dan Pematuhan (CCC) sehingga kini.

(c) Pelan Bangunan bagi 1 unit tadika satu tingkat di Taman Sejahtera Indah telah diluluskan pada 30 Mei 2011. Pihak Principal Submitting Person (PSP) sehingga kini masih belum mengeluarkan Perakuan Siap Dan Pematuhan (CCC).

Page 362: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

362

Oleh kerana Pelan Bangunan berkenaan diluluskan sebelum tahun 2007, maka ianya terikat dengan syarat-syarat Perakuan Siap Dan Pematuhan (OC).

Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah mengadakan satu mesyuarat mengenai status Sijil kelayakan Menduduki (CCC/OC) bagi projek Taman Sejahtera di dalam KADUN Teluk Air Tawar bersama pihak pemaju iaitu Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan perunding pada 2 Oktober 2018. Tujuan mesyuarat diadakan untuk membantu pihak perunding untuk mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh jabatan teknikal. Susulan daripada mesyuarat tersebut, MPSP telah memberikan tempoh selama dua (2) bulan untuk membolehkan pihak perunding mengambil tindakan selanjutnya bagi mematuhi semua syarat-syarat yang ditetapkan oleh jabatan teknikal.

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

4. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri bagi JMB yang tidak aktif?

(a) Berapa banyakkah JMB yang telah diambil tindakkan selaras dengan seksyen 86(1)?

(b) Akta 757 di bawah Pesuruhjaya Bangunan (COB).

Y.A.B. Ketua Menteri:

4. Dalam keadaan di mana Badan Pengurusan Bersama (JMB) atau Perbadanan Pengurusan (MC) tidak aktif, Pesuruhjaya Bangunan (COB) yang bertanggungjawab menguatkuasakan Akta Pengurusan Strata 2013 [Akta 757] akan mengeluarkan dan menampal notis di skim perumahan yang terlibat bagi mendapatkan kerjasama mana-mana pemilik petak untuk dilantik sebagai penganjur Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM). Tujuan EGM ini adalah untuk memilih ahli jawatankuasa JMB/MC yang baru. Dalam pada itu, COB akan memainkan peranan membantu dan memberikan panduan kepada pemilik petak yang berminat untuk bekerjasama dalam urusan pengeluaran notis dan pematuhan peraturan-peraturan mesyuarat.

COB selanjutnya akan membuat pemantauan semasa EGM dan akan mengaktifkan semula JMB/MC sekiranya ahli jawatankuasa pengurusan yang baru berjaya dilantik. Namun sekiranya perlantikan tidak dapat dibuat, COB akan melantik ejen pengurusan selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 86, Akta 757. Dalam melaksanakan peruntukan ini, COB walau bagaimanapun berdepan dengan masalah untuk mendapatkan ejen pengurusan terutama untuk skim-skim perumahan kos rendah. Sehubungan itu, langkah untuk menubuhkan JMB/MC melalui EGM akan dimulakan semula.

(a) Setakat ini, tindakan telah diambil ke atas sembilan (9) skim perumahan di Bahagian Pulau menggunakan peruntukan di bawah Seksyen 86 Akta 757. Satu daripadanya telah pun berjaya menubuhkan MC dan baki lapan (8) skim perumahan masih diuruskan oleh ejen pengurusan yang dilantik COB. Buat masa ini, masih tiada tindakan diambil menggunakan peruntukan Seksyen 86 Akta 757 bagi JMB/MC yang tidak aktif di Bahagian Seberang Perai.

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

5. Sila nyatakan berapakah dewan orang ramai miolik kerajaan terdahulu yang belum diambil alih oleh Kerajaan Negeri dalam KADUN Telok Ayer Tawar?

Y.A.B. Ketua Menteri:

5. Mengikut senarai yang terdapat di Pejabat Daerah dan Tanah, Seberang Perai Utara (PDT SPU) kini terdapat hanya 7 (tujuh) buah dewan sahaja yang dibina atas tanah kerajaan yang belum diambil alih oleh Kerajaan Negeri dalam KADUN Telok Air Tawar. Dewan-dewan tersebut adalah seperti berikut :-

Page 363: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

363

(i) Dewan Orang Ramai Shaik Madar

Tiada permohonan untuk mengambil alih daripada pihak JKKK Permatang Kuching. Pihak JKKK menggunakan Dewan Telok Air Tawar Indah sebagai pejabat pengurusan dan aktiviti.

(ii) Dewan Orang Ramai Taman Melati

Dalam proses pengambilalihan untuk diserah kepada JKKK Permatang Kuching.

(iii) Dewan Orang Ramai Kampung Setol

Tiada permohonan untuk mengambil alih daripada pihak JKKK Permatang Kuching.

(iv) Pusat Aktiviti Orang Ramai Pekan Baru

Tiada Permohonan untuk mengambil alih daripada pihak JKKK Permatang Kuching.

(v) Dewan Kelab Sukan Komuniti Telok Air Tawar, Taman Senangan

Dalam proses pengambilalihan untuk diserah kepada JKKK Taman Senangan setelah dimohon oleh ADUN Telok Air Tawar.

(vi) Gimnasium Taman Wira

Dalam proses pengambilalihan bersama YB Soon Lip Chee, Exco Belia dan Sukan; dan

(vii) Pusat Aktiviti GDW Kampung Contoh

Tiada permohonan untuk mengambil alih daripada pihak JKKK Bagan Ajam. Pihak JKKK mempunyai Dewan JKKK sebagai pejabat pengurusan dan aktiviti.

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

6. Sila nyatakan berapa banyakkah dewan yang digunakan oleh KEMAS dan aktiviti yang dijalankan bagi menjalan dan meningkatkan aktiviti masyarakat dalam DUN Telok Ayer Tawar.

Y.A.B. Ketua Menteri:

6. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) merupakan salah satu Jabatan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Secara keseluruhan, di DUN Teluk Ayer Tawar, KEMAS beroperasi di pelbagai kemudahan termasuklah dewan, kem Tentera Udara Malaysia (TUDM) dan bengkel. Aktiviti utama yang dijalankan oleh KEMAS ialah Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA) dan Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA). Dalam aspek meningkatkan aktiviti masyarakat di DUN Teluk Ayer Tawar, KEMAS turut menjalankan aktiviti-aktiviti masyarakat lain seperti kelas masakan dan kelas jahitan. Kesemua aktiviti ini dijalankan di 15 buah dewan dan 5 buah kemudahan lain. Perincian bagi aktiviti dan lokasi yang dijalankan KEMAS di DUN Teluk Ayer Tawar adalah seperti di Lampiran A.

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

7. Nyatakan langkah yang diambil bagi meningkatkan sumber pendapatan kaum nelayan di Negeri Pulau Pinang.

(a) Adakah kerajaan bercadang untuk menambah baikkan jeti yang sedia ada bagi membantu nelayan?

(b) Membaiki rumah api sebagai panduan

Page 364: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

364

(c) Adakah bantuan pukat 2 kali dalam setahun di teruskan oleh kerajaan dan nyatakan bila bantuan tersebut dilaksanakan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

7. Kerajaan Negeri dan agensi-agensi berkaitan seperti Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Negeri Pulau Pinang telah mengambil pelbagai langkah bagi meningkatkan sumber pendapatan kaum nelayan di negeri ini dengan insentif dan bantuan seperti berikut:

(i) Program Agropreneur Muda

Bantuan geran diberikan kepada pemohon yang berumur antara 18 hingga 40 tahun. Untuk program ini, geran dengan nilai maksimum sebanyak RM20,000.00 berupa peralatan diberikan kepada usahawan akuakultur dan maksimum RM15,000.00 untuk usahawan Industri Asas Tani (IAT).

(ii) Kursus dan demo in-situ

Kursus ini lebih menumpukan kepada kemahiran teknikal seperti pembaikan enjin sangkut, pemprosesan dan pembuatan/penyelenggaraan sampan fiber.

(iii) Pinjaman Dana Nelayan

Pinjaman mudah bagi pembelian bot dan peralatan baru atau meningkatkan keupayaan bot sedia ada, pinjaman modal operasi, pinjaman kecemasan untuk nelayan dan modal pusingan pemasaran untuk Persatuan Nelayan.

(iv) Elaun Sara Hidup Nelayan

Membantu meringankan beban golongan nelayan yang berkelayakan dengan jumlah antara RM250.00 hingga RM300.00 bergantung kepada kriteria yang ditetapkan.

(v) Pengurusan Skim Subsidi Diesel dan Petrol Nelayan

Membantu menampung sebahagian kos operasi menangkap ikan kesan daripada kenaikan harga pasaran minyak.

(vi) Insentif Pendaratan Ikan

Insentif ini diberikan kepada nelayan yang mendaratkan ikan di jeti-jeti yang diwartakan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

(vii) Program Tukun Tiruan

Sejak tahun 2008 hingga 2018, sejumlah 1,173 tukun tiruan yang terdiri daripada pelbagai jenis dan saiz telah dilabuhkan di perairan Pulau Kendi dan Pulau Aman bagi menambah populasi ikan.

(a) Kerajaan Negeri melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Negeri Pulau Pinang bersedia membantu menyelenggara dan menaiktaraf jeti-jeti sedia ada. Buat masa ini, LKIM selaku agensi bertanggungjawab ke atas jeti-jeti yang diwartakan akan bekerjasama dengan Persatuan Nelayan Negeri/ Kawasan dalam mengenalpasti keperluan penyelenggaraan dan naiktaraf di jeti-jeti tersebut.

(b) Jabatan Laut Malaysia merupakan agensi bertanggungjawab bagi menjalankan

pemeriksaan dan pemantauan ke atas peralatan bantuan pelayaran secara berkala bagi kapal-kapal yang memasuki Had Pelabuhan Pulau Pinang di bawah Akta Dius Api Persekutuan 1953. Terdapat tiga (3) rumah api yang diselia Jabatan Laut Malaysia di Pulau Pinang iaitu Rumah Api Muka Head, Rumah Api Fort Cornwallis dan Rumah Api Pulau Rimau yang diselenggara Jabatan secara berkala. Sekiranya terdapat sebarang kerosakan di rumah api tersebut, laporan boleh dibuat kepada pihak Jabatan Laut Malaysia. Dalam masa yang sama,

Page 365: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

365

Jabatan juga bertanggungjawab untuk menyelenggara 18 unit Tandarah Suar dan 34 unit Pelampung Pandu di Pulau Pinang.

(c) Bantuan pukat kepada nelayan pesisir pantai telah digantikan dengan kaedah bantuan baharu iaitu melalui pemberian baucar bernilai RM400.00 bagi setiap nelayan. Baucar ini kemudiannya digunakan oleh nelayan untuk pembelian peralatan menangkap ikan daripada kedai-kedai yang dikenalpasti oleh Kerajaan Negeri. Pada tahun 2017 dan 2018, Kerajaan Negeri telah memutuskan agar bantuan ini diserahkan dalam satu (1) kali pemberian baucar bernilai RM400.00 pada 4 Disember 2017 dan 26 Februari 2018.

Buat masa ini, Kerajaan Negeri masih lagi bercadang untuk meneruskan program ini. Walau bagaimanapun, keputusan ini tertakluk kepada impak dan keberkesanan program ini kepada perkembangan industri asas tani di negeri ini.

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

8. Mohon nyatakan jumlah hektar rezab hutan yang masih belum ditebus guna oleh Kerajaan Negeri.

(a) Berapa hektarkah rezab hutan yang masih kekal disepanjang pantai untuk dijadikan sebagai Eko-Pelancongan?

(b) Adakah Kerajaan Negeri bercadang bagi penanam pokok bakau disepanjang pantai bagi mengelak hakisan dan kejadian tsunami. Sila nyatakan dikawasan mana projek sedang dijalankan.

Y.A.B. Ketua Menteri:

8. Terdapat 16 Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Negeri Pulau Pinang dengan jumlah keluasan seluas 5,100.93 hektar. Keluasan HSK tersebut tidak berubah sejak tahun 2008 sehingga kini.

(a) Terdapat dua (2) Hutan Simpanan Kekal (HSK) jenis hutan paya laut yang terletak di kawasan pantai dengan jumlah keluasan 381.04 hektar di Negeri Pulau Pinang iaitu Hutan Simpan Balik Pulau (166.38 hektar) dan Hutan Simpan Byram (214.66 hektar). Kedua-dua kawasan HSK ini berpotensi dan sesuai untuk dijadikan sebagai kawasan tarikan eko pelancongan.

(b) Selepas kejadian tsunami pada Disember 2004, Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang secara berterusan telah melaksanakan usaha penanaman semula pokok bakau dan spesies yang sesuai di pesisir pantai bermula dari tahun 2005 sehingga kini. Program pemeliharaan dan pemuliharaan kawasan hutan paya laut dan pesisir pantai yang merangkumi hutan simpan dan tanah Kerajaan ini dilaksanakan melalui peruntukan pembangunan yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan di bawah Program Penanaman Pokok Bakau dan Spesies-Spesies yang sesuai di Pesisiran Pantai Negara. Program ini dilaksanakan bertujuan untuk memelihara dan memulihara hutan paya laut di samping mengawal hakisan pantai, memelihara ekosistem dan sebagai benteng semulajadi daripada pukulan ombak besar tsunami. Maklumat penanaman pokok bakau dan spesies-spesies yang sesuai di pesisiran pantai Negeri Pulau Pinang bagi tahun 2008 hingga 2018 adalah seperti di Lampiran A

RUJUK LAMPIRAN A.

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

9. Setakat ini berapa banyakkah sekolah rendah dan menengah yang terlibat dalam projek 'recycle' dalam KADUN Telok Ayer Tawar.

(a) Apakah langkah pemantauan yang diambil dan kejayaan program yang dilaksana di sekolah yang terlibat?

Page 366: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

366

(b) Adakah program ini akan diperluaskan diseluruh sekolah di Pulau Pinang bagi meningkatkan kesedaran dikalangan pelajar

Y.A.B. Ketua Menteri:

9. Setakat ini terdapat tiga (3) buah sekolah rendah dan tiga (3) buah sekolah menengah yang terlibat dalam projek recycle di KADUN Telok Air Tawar. Senarai sekolah-sekolah tersebut adalah seperti berikut:

(i) Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Onn

(ii) Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Air Tawar

(iii) Sekolah Menengah Kebangsaan St. Mark

(iv) Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Aik Keow

(v) Sekolah Kebangsaan Taman Senangan

(vi) Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Li Hwa

(a) Langkah-langkah pemantauan yang diambil terhadap sekolah yang terlibat dalam projek recycle adalah:

(i) Taklimat dan lawatan berkala ke sekolah.

(ii) Laporan beratan barangan kitar semula yang dijana dan dilaporkan kepada Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) pada setiap bulan.

Projek recycle ini menampakkan kejayaan apabila sekolah-sekolah berkenaan menunjukkan peningkatan kutipan barang kitar semula sebanyak 7,813.8 kg pada tahun 2018 (sehingga September) berbanding 950 kg barang kitar semula pada tahun 2017.

(b) Program ini telah pun diperluaskan ke sekolah di seluruh negeri Pulau Pinang dengan melibatkan 218 sekolah di kawasan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan 162 sekolah di kawasan MPSP.

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

10. Nyatakan langkah-langkah jangka pendek dan panjang yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi menangani musibah banjir dan becana alam yang sering berlaku dalam negeri ini.

Y.A.B. Ketua Menteri:

10. Kerajaan Negeri Pulau Pinang sentiasa komited dalam mengambil langkah-langkah bagi menangani kejadian bencana termasuk banjir di negeri ini. Sehubungan dengan itu, penyampaian info awal bencana dan kejadian kecemasan yang memberi kesan langsung kepada rakyat haruslah diurus tadbir dengan cekap, teratur dan berkesan. Kerajaan Negeri telah melancarkan sistem Portal Penang Alert pada 7 Mac 2018 yang lalu di mana fungsi utama Portal Penang Alert adalah untuk membuat hebahan berhubung insiden, kejadian dan apa jua informasi yang melibatkan situasi yang boleh menjejaskan atau mengganggu perancangan, di samping membantu memudahkan persediaan orang awam di Negeri Pulau Pinang dalam menghadapi kemungkinan bencana. Portal Penang Alert ini mengandungi informasi terkini mengenai paras air sungai, taburan air hujan, banjir, banjir kilat, tsunami, kebakaran besar, penutupan jalan-jalan utama, tanah runtuh, ribut dan lain-lain makluman yang perlu diuar-uarkan kepada orang awam. Portal ini turut menyediakan maklumat rujukan berkaitan pusat pemindahan, agensi bantuan, pembekal dan pegawai bertugas. Portal ini boleh dilayari melalui alamat url http://alert.penang.gov.my/ atau dicapai di laman utama Portal Rasmi Kerajaan Negeri di alamat www.penang.gov.my.

Page 367: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

367

Kerajaan Negeri melalui Penang Green Council (PGC) juga telah memulakan fasa kedua membangunkan Agenda Hijau Pulau Pinang 2030 (AHPP) yang bertujuan untuk menghasilkan satu pelan hala tuju yang dapat mencapai matlamat pembangunan mampan menjelang 2030 dan salah satu fokus pelan ini adalah Pengurangan dan Pengurusan Risiko Bencana.

Manakala bagi menangani masalah banjir, langkah penyelesaian dibahagikan kepada jangka masa pendek, sederhana dan panjang seperti berikut:

(a) Penyelesaian jangkamasa pendek

Melalui pelaksanaan kerja-kerja menyelenggara sungai dan parit utama di kawasan yang sering dilanda banjir kilat oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan menggunakan peruntukan pembangunan negeri dan caruman perparitan. Antara kerja yang sering dilaksanakan adalah seperti mengorek, mendalam, memperbaiki tebing / ban sungai serta menaiktaraf parit-parit utama;

(b) Penyelesaian jangkamasa sederhana

Melalui pelaksanaan projek berskala sederhana bagi mengurangkan risiko banjir dengan menggunakan peruntukan Caruman Perparitan Negeri. Antaranya adalah melalui pembinaan parit lencongan serta pembentungan dan juga kerja-kerja menaiktaraf rumah pam; dan

(c) Penyelesaian Jangkamasa Panjang

Melalui pelantikan perunding untuk membuat kajian-kajian di kawasan yang sering mengalami banjir sebelum pelaksanaan projek-projek tebatan banjir yang bersesuaian. Antara kajian-kajian pelan induk yang telah dan sedang disediakan adalah:

(i) Kajian Pelan Induk Tebatan Banjir Dan Sistem Saliran Mesra Alam Bagi Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Pulau Pinang – Siap pada Disember 2017;

(ii) Kajian Pelan Induk Tebatan Banjir Dan Sistem Saliran Mesra Alam Bagi Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Pulau Pinang – Dalam penyediaan dan dijangka siap pada Disember 2018;

(iii) Kajian Pelan Induk Tebatan Banjir Dan Sistem Saliran Mesra Alam Bagi Daerah Timur Laut (DTL), Pulau Pinang - Siap pada Ogos 2018;

(iv) Kajian Pelan Induk Tebatan Banjir Dan Sistem Saliran Mesra Alam Bagi Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Pulau Pinang – Siap pada April 2016; dan

(v) Kajian Pelan Induk Tebatan Banjir Dan Sistem Saliran Mesra Alam Bagi Daerah Barat Daya (DBD), Pulau Pinang – Siap pada November 2014.

Antara projek-projek tebatan banjir yang sedang dilaksanakan di bawah Projek-Projek Berimpak Tinggi berdasarkan kajian-kajian yang dilaksanakan ini dengan peruntukan Kerajaan Negeri adalah :

(i) Projek Tebatan Banjir Sungai Permatang Rawa di Kampung Tanah Liat, Taman Guru, Padang Lalang dan Kampung Permatang Rawa, SPT;

(ii) Projek Tebatan Banjir Sungai Nipah di Taman Iping, DBD;

(iii) Projek Tebatan Banjir di Bayan Baru, DBD;

(iv) Projek Tebatan Banjir Parit 5 di Taman Mangga dan Jalan Juru, SPT;

(v) Projek Tebatan Banjir Parit 4 di Bukit Tengah, Taman Desa Damai, SPT; dan

(vi) Projek Tebatan Banjir Mak Mandin, SPU.

Page 368: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

368

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

11. Apakah langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri dalam usaha membaik pulih sistem perparitan dan longkang dalam kawasan Hot Spot dalam KADUN Telok Ayer Tawar.

(a) Kawasan perumahan seperti Taman Berlian,Taman Perkasa & Jalan Tunku Putra

(b) Kawasan pertanian sawah padi di Pekan Darat, Permatang Binjai, Permatang Benuan dan sekitarnya yang sering berlaku banjir

Y.A.B. Ketua Menteri:

11. (a) Kerajaan Negeri melalui Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah mengambil beberapa inisiatif dalam usaha membaik pulih sistem perparitan dan longkang di kawasan hot spot dalam Kawasan ADUN Telok Ayer Tawar seperti di kawasan perumahan di Taman Berlian, Taman Perkasa dan Jalan Tunku Putra. Perincian mengenai inisiatif yang telah dilaksanakan adalah seperti di bawah.

BIL LOKASI LANGKAH

1 Jalan Berlian 1, Taman Berlian, Jalan Meranti, Taman Meranti / Taman Perkasa

i. Kerja-kerja pembaikan struktur parit / longkang lama.

2 Taman Berlian dan Taman Perkasa

i. Ketika lawatan tapak bersama YB. EXCO Kerja Raya dan Utiliti pada 20/10/2017, MPSP telah mengenal pasti keperluan untuk menaik taraf/ membina satu pembentung baru di Jalan Teluk Air Tawar, berhadapan dengan SMK Datuk Onn. Kerja naik taraf/pembinaan ini perlu dilaksanakan oleh pihak JKR Persekutuan. Susulan itu, MPSP telah mengemukakan satu surat kepada pihak JKR pada 22/06/2018 berhubung cadangan naik taraf tersebut.

3 Jalan Tunku Putra i. Pembaikan pintu air. ii. Penyelenggaraan parit monsun

secara berkala, iaitu dua (2) bulan sekali bagi memastikan air tidak bertakung di dalam parit bagi mengurangkan masalah banjir di kawasan tersebut.

(b) Kawasan pertanian sawah padi di Pekan Darat, Permatang Binjai, Permatang Benuan dan sekitarnya merupakan parit buang bagi skim pengairan sawah padi di mana kerja-kerja cucian akan dilaksanakan mengikut musim tanaman padi. Dalam perkara ini, ‘final discharge’ parit buang adalah di Sungai Puyu Kiri dan Sungai Maklom yang akan menyebabkan berlakunya pasang surut dan memberi kesan kepada kelancaran air di parit-parit berkenaan. Oleh yang demikian, untuk mengurangkan risiko banjir di kawasan tersebut, pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan pencucian parit secara berkala di kawasan Pekan Darat, Permatang Binjai dan Permatang Benuan.

Page 369: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

369

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

12. Apakah tindakan penguatkuasaan majlis tempatan ke atas restoran yang baru dibina di kawasan Bagan Belat yang menjual arak secara berleluasa.

(a) Penjualan arak dikawasan kampung dan berhampiran kawasan surau dan masjid serta berdekatan dengan Pusat Tahfiz mendapat bantahan daripada penduduk tempatan.

Y.A.B. Ketua Menteri:

12. Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) mendapati restoran yang baru dibina di kawasan Bagan Belat adalah struktur binaan yang dibina tanpa kebenaran. MPSP boleh mengambil tindakan ke atas restoran tersebut seperti berikut:

(i) Mengeluarkan Notis Binaan Tanpa Kebenaran kepada pemilik struktur / restoran yang baru dibina supaya meruntuhkan binaan haram tersebut;

(ii) Memaklumkan kepada Pentadbir Tanah Daerah Seberang Perai Utara (SPU) berkaitan binaan haram tersebut yang terlibat dengan tanah kerajaan/ rezab pantai untuk tindakan selanjutnya, dan;

(iii) Merancang operasi bersepadu bersama pihak Kastam, Kementerian Kesihatan, dan Jabatan Dalaman MPSP untuk aktiviti jualan arak.

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

13. Apakah langkah Kerajaan Negeri bagi membantu golongan orang upaya.

(a) Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membina bengkel bagi melatih orang kurang upaya contohnya latihan kraftangan dan sebagainya bagi mereka hidup berdikari tanpa kebergantungan golongan ini kepada kerajaan,

Y.A.B. Ketua Menteri:

13. Langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk membantu golongan OKU adalah dari segi bantuan kewangan dan bantuan peralatan, kemahiran dan peningkatan ekonomi. Perincian bantuan-bantuan tersebut adalah seperti berikut:-

(A) BANTUAN KEWANGAN

(i) Bantuan kewangan RM130.00 setahun melalui Program Bantuan OKU dan Sumbangan Pengurusan Jenazah, RM1,000.00;

(ii) Melaksanakan Program Agenda Ekonomi Saksama (AES) bagi membantu OKU yang mempunyai pendapatan perkapita di bawah RM220.00 melalui bantuan kewangan bulanan secara top up;

(iii) Elaun Pekerja Cacat (EPC) bagi OKU yang berpendapatan tidak melebihi RM1,200.00 sebulan;

(iv) Bantuan Penjagaan OKU Terlantar /Pesakit Terlantar (BPT) sebanyak RM300.00 kepada OKU yang terlantar dan diuruskan oleh ahli keluarga/penjaga 24 jam sehari; dan

(v) Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) sebanyak RM200.00 kepada OKU berusia 59 tahun ke bawah yang tidak berupaya bekerja dan mempunyai sumber pendapatan tidak melebihi RM720.00 sebulan;

(B) BANTUAN PERALATAN, KEMAHIRAN DAN PENINGKATAN EKONOMI

(i) Memberikan bimbingan kerjaya kepada OKU melalui Penang Career Assistance and Talent Centre (PenangCAT) untuk mencari pekerjaan yang bersesuaian;

Page 370: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

370

(ii) Menyediakan peruntukan bagi Program Peningkatan dan Pemulihan Ekonomi yang memfokuskan kepada peniaga-peniaga kecil termasuk golongan OKU yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan dan telah beroperasi sekurang-kurangnya setahun . Bantuan peralatan bagi perniagaan sedia ada bertujuan bagi meningkatkan kapasiti/output perniagaan;

(iii) Mengadakan Karnival Pekerjaan OKU, seperti “OKU Career Fair” yang telah diadakan di Sunway Carnival Convention Center pada Februari 2017 bagi memastikan golongan OKU lebih berdikari dan berdaya maju dalam arus pembangunan masa kini;

(iv) Menganjurkan kempen pendaftaran OKU di pameran kerajaan digital Pulau Pinang yang bertujuan untuk:

Memberi pendedahan kategori baru OKU kepada masyarakat setempat setiap daerah;

Menambahkan bilangan pendaftaran OKU melalui SMOKU; dan

Meningkatkan jaringan kerjasama dengan komuniti masyarakat berhubung dengan pendaftaran OKU; dan

(v) Penyediaan tempat letak khas parkir kenderaan untuk OKU oleh Pihak Berkuasa Tempatan terutamanya di kawasan bank.

(a) Setakat ini, Kerajaan Negeri belum mempunyai cadangan untuk membina sebuah bengkel yang khusus melatih OKU. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri melalui JKM sentiasa mengenalpasti OKU yang layak untuk diserap masuk ke dalam perkhidmatan latihan dan kemahiran pekerjaan di Bengkel Terlindung dan Pusat Latihan Pemulihan dan Perindustrian OKU serta Program Penempatan Pekerjaan (Job Coach) dengan kerjasama Jabatan Tenaga Manusia yang merangkumi pelbagai bidang termasuk pengendalian makanan, pembuatan alat prostetik dan orthotik, elektrik dan elektronik, kraftangan, mencanting batik dan lain-lain.

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

14. Nyatakan berapa hektarkah tanah-tanah kepunyaan PERDA yang masih belum dibangunkan dan sedang dibangunkan.

Y.A.B. Ketua Menteri:

14. Jumlah keluasan tanah milik PERDA di Negeri Pulau Pinang yang sedang dibangunkan adalah 1,019.6 hektar manakala yang masih belum dibangunkan adalah 78.22 hektar. Pecahan mengikut daerah adalah seperti berikut:

Bil Daerah Tanah Sedang Dibangunkan

(Hektar)

Tanah Belum Dibangunkan

(Hektar)

1 Seberang Perai Utara 981.99 60.87

2 Seberang Perai Tengah - 13.46

3 Seberang Perai Selatan 10.69 1.09

4 Daerah Barat Daya 26.92 2.80

JUMLAH 1,019.6 78.22

Daerah Timur Laut tidak termasuk dalam kawasan operasi PERDA.

Page 371: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

371

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

15. Apakah tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri dan agensi yang terlibat dalam usaha membatalkan sebarang perjanjian membangunkan tanah PERDA yang gagal dibangunkan sehingga tamat tempoh perjanjian contohnya dikawasan bandar PERDA Seberang Perai Tengah.

Y.A.B. Ketua Menteri:

15. Tempoh tamat perjanjian antara pihak Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) dan pemaju berkenaan bagi membangunkan kawasan bandar PERDA Seberang Perai Tengah (SPT) adalah pada 14 November 2018. Perjanjian bagi membangunkan kawasan ini melibatkan seluas 456 ekar. Daripada jumlah tersebut seluas 46 ekar masih tidak terdapat sebarang perancangan pembangunan. Selepas tempoh perjanjian ini tamat pada 14 November 2018, tanah yang tidak dibangunkan oleh pemaju berkenaan di bandar PERDA akan dikembalikan kepada pihak PERDA.

Tindakan membatalkan atau melanjutkan sebarang perjanjian untuk membangunkan tanah PERDA tersebut adalah diluar bidang kuasa Kerajaan Negeri. Sebarang keputusan mengenai pembangunan tanah PERDA atau perjanjian dengan pemaju berkenaan adalah tertakluk kepada keputusan Lembaga Pengarah PERDA untuk memutuskannya.

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

16. Apakah rancangan jangka pendek dan jangka panjang majlis tempatan dan agensi yang berkaitan dalam usaha memaju dan mengembangkan perniagaan di medan selera Taman Tun Dr Awang yang kini semakin sepi dan ramai peniaga yang akan gulung tikar.

Y.A.B. Ketua Menteri:

16. Pihak Kerajaan Negeri sememangnya prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh peniaga di Medan Selera Taman Tun Dr Awang. Oleh itu pada tahun 2018, Kerajaan Negeri melalui Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah menghadkan waktu perniagaan pada sebelah pagi sahaja memandangkan tiada sambutan di sebelah petang dan malam di kalangan pengunjung. Penetapan ini telah meningkatkan jumlah peniaga di Medan Selera Taman Tun Dr Awang daripada 5 orang pada tahun 2007 kepada 28 orang pada tahun 2018.

Bagi memastikan kebajikan para peniaga di Medan Selera Taman Tun Dr Awang terus terjaga, pihak MPSP telah menyediakan rancangan jangka pendek dan jangka panjang dalam usaha memaju dan mengembangkan perniagaan di Medan Selera Taman Tun Dr Awang seperti berikut:

(A) Rancangan Jangka Pendek

(i) Mengiklankan kekosongan dan membuat pengisian kekosongan ruang niaga MPSP pada setiap bulan bagi ruang niaga MPSP khususnya di Kompleks Makanan Taman Tun Dr Awang.

(ii) Memperbaiki kerosakan-kerosakan kecil yang berlaku di Kompleks Makanan Taman Tun Dr Awang.

(B) Rancangan Jangka Panjang

(i) Menimbang dan meluluskan aktiviti karnival / ekspo jualan berhampiran Tapak Letak Kereta (TLK) berhampiran bagi memberi sokongan kepada aktiviti Kompleks Makanan Taman Tun Dr Awang.

(ii) Menjalankan kajian bagi cadangan untuk menukar guna jenis jualan kepada jenis jualan yang bersesuaian dengan trend semasa.

Page 372: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

372

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

17. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mengwujudkan mini stadium untuk permainan e-Sport Mobile Legend di Pulau Pinang seperti yang dihasratkan oleh Kementerian Belia & Sukan dalam menjadikan sukan ini sukan yang baru di Malaysia dengan penganjuran program Major Dota 2 pertama di Malaysia

Y.A.B. Ketua Menteri:

17. Kerajaan Negeri memahami dan memberi perhatian yang serius terhadap masa depan e-Sports yang cerah dan semakin diminati oleh pelbagai pihak terutamanya golongan muda. Berikutan itu Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC) telah diberikan tanggungjawab bagi promosi dan pembangunan e-Sports di Pulau Pinang.

Kerajaan Negeri sememangnya berhasrat untuk mewujudkan Pusat e-Sports Pulau Pinang dengan kerjasama awam swasta dan PYDC sedang berusaha untuk menarik pelabur swasta bagi tujuan tersebut.

Defense of the Ancients 2 (Dota 2) merupakan permainan Multiplayer Online Battle Arena (MOBA) yang direka untuk platform Microsoft Windows, OS X, dan Linux.

Oleh itu, kedua-dua permainan elektronik ini adalah berbeza, maka keperluan tapak dan platform kedua-dua permainan ini tidak dapat dibandingkan. Bagi Mobile Legend, ia tidak memerlukan tempat yang luas memandangkan ia hanya dimainkan menggunakan telefon pintar masing-masing manakala bagi Dota 2, spesifikasi untuk penganjuran program amat tinggi dan memerlukan tapak dan gaming computer yang canggih.

Dalam pada itu, Kerajaan Negeri dan PYDC sedang berusaha untuk mendapatkan pelaburan dari pihak swasta untuk mewujudkan satu Arena E-Sports dalam negeri. Walau bagaimanapun, bagi memastikan operasi Arena tersebut adalah secara berterusan (sustainable) dan efektif, kajian menyeluruh perlu dilakukan dari segi kewangan, teknikal dan penyelenggaraan.

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

18. Apakah kriteria pelantikan Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Kelab Rukun Tetangga (KRT) yang berada di bawah naungan KADUN.

(a) Adakah perlantikan ini perlu mendapat pandangan KADUN di dalam kawasan ADUN masing-masing?

(b) Adakah kuasa pelantikan KRT di bawah kuasa Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional tanpa merujuk kepada ADUN kawasan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

18. Rukun Tetangga merupakan satu program sukarela yang bertujuan untuk membantu dalam pembangunan masyarakat setempat di Malaysia. Program Rukun Tetangga (KRT) ini telah ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia pada asalnya untuk menjamin keselamatan penduduk setempat. Peranan utama Rukun Tetangga (KRT) ialah menganjurkan kumpulan-kumpulan rondaan yang bertugas pada waktu malam untuk mengurangkan kegiatan jenayah di sekitar kawasan kejiranan dan anggota kumpulan rondaan ini biasanya dianggotai oleh ahli-ahli masyarakat di kawasan kejiranan tersebut sendiri.

Pelantikan Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Rukun Tetangga (KRT) dibuat berdasarkan peraturan-peraturan yang terdapat dalam Akta Rukun Tetangga 2012 (AKTA 751) iaitu:

Page 373: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

373

Seksyen 7(1) :

(i) Pemastautin;

(ii) Orang yang mempunyai kepentingan dalam kawasan (KRT);

(iii) Orang lain sebagaimana diluluskan oleh Pengarah (Rukun Tetangga);

Seksyen 7(3) :-

(i) Berumur 18 tahun dan ke atas;

(ii) Tidak bankrap belum lepas;

(iii) Tidak disabitkan atas suatu kesalahan dan dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada dua ribu ringgit atau kedua-duanya;

(iv) Warganegara atau pemastautin tetap;

(v) Sempurna akal atau berupaya untuk melaksanakan kewajipannya.

(a) Pelantikan Pengerusi atau Ahli Kawasan Rukun Tetangga (KRT) tidak perlu dirujuk atau mendapat pandangan mana-mana Kawasan Ahli Dewan Undangan Negeri (KADUN), Namun sebarang pelantikan pengerusi dan ahli KRT haruslah mendapat pengesahan dari pihak Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional terlebih dahulu dan juga akan dirujuk kepada pihak Polis untuk tujuan tapisan keselamatan.

(b) Kesedaran masyarakat mengenai kepentingan bersama menjaga keselamatan tempat kediaman menerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT), secara tidak langsung mewujudkan suasana harmoni dalam kawasan komuniti masing-masing. Kuasa pelantikan ahli-ahli KRT adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional sebagaimana termaktub di bawah Seksyen 7(1) dan Seksyen 7(2) Akta Rukun Tetangga 2012 tanpa melibatkan rujukan atau pandangan dari mana-mana pihak lain yang tidak berkepentingan dalam penubuhan KRT tersebut.

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

19. Nyatakan jumlah bantuan rumah untuk golongan asnaf yang diberikan oleh Pusat Zakat dalam kawasan DUN Telok Ayer Tawar sejak tahun 2008 hingga 2018.

Y.A.B. Ketua Menteri:

19. Mengikut rekod Zakat Pulau Pinang, jumlah bantuan rumah untuk golongan asnaf yang telah diberikan dalam kawasan DUN Telok Ayer Tawar sejak tahun 2008 hingga 2018 adalah berjumlah RM381,500.00 dan melibatkan sebanyak 12 buah rumah.

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

20. Nyatakan jumlah keseluruhan perbelanjaan yang dikeluarkan oleh Pusat Zakat bagi membina rumah untuk golongan asnaf dan jumlah kontraktor yang terlibat dalam pembinaan tersebut.

Y.A.B. Ketua Menteri:

20. Berdasarkan rekod Zakat Pulau Pinang, jumlah perbelanjaan yang dikeluarkan oleh Zakat Pulau Pinang bagi membina rumah untuk golongan asnaf bagi tahun 2008 sehingga 2018 adalah seperti berikut:

Tahun Perbelanjaan (RM) Bil Rumah Bil Kontraktor

2008 1,649,102.00 65 23

Page 374: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

374

2009 684,660.00 23 16

2010 955,156.00 30 19

2011 1,080,000.00 34 23

2012 1,164,173.00 35 18

2013 466,700.00 14 11

2014 1,056,900.00 30 14

2015 1,361,000.00 37 16

2016 1,391,000.00 32 16

2017 811,000.00 19 16

Jumlah 10,619,691.00 319 172

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

21. Nyatakan jumlah kontraktor MARRIS yang dilantik oleh Kerajaan Negeri melalui Majlis Kerajaan Tempatan bagi pembersihan dalam DUN Telok Ayer Tawar.

(a) Nyatakan keberkesanan kerja-kerja yang diberikan dan keseluruhan nilai kontrak yang diberikan kepada kontraktor berkenaan.

(b) Apakah pihak majlis tempatan melakukan pemantauan diatas kerja-kerja yang dilaksanakan dan apakah tindakan yang diambil sekiranya kontraktor ini melanggar perjanjian diatas kerja-kerja yang berikan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

21. Kontraktor MARRIS sedia ada yang dilantik oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) bagi kerja-kerja pembersihan adalah mengikut kawasan parlimen dan bukannya mengikut kawasan DUN. Bagi Parlimen Tasek Gelugor hanya satu kontraktor sahaja yang dilantik iaitu Syarikat Majujaya Utama Sdn. Bhd. untuk urusan kerja-kerja pembersihan.

(a) Tahap keberkesanan kerja-kerja yang dilaksanakan oleh kontraktor adalah kurang memuaskan disebabkan oleh perkara-perkara berikut:

(i) Kekurangan tenaga pekerja;

(ii) Kadar pusing ganti (turn over) pekerja yang tinggi;

(iii) Pekerja kurang pengalaman; dan

(iv) Tempoh masa yang ditawarkan adalah satu (1) tahun dan pihak kontraktor sukar membuat pelaburan bagi peralatan, jentera serta pengambilan pekerja.

Nilai keseluruhan kontrak yang diberikan kepada Syarikat Majujaya Utama Sdn. Bhd. adalah sebanyak RM257,845.00 sebulan bagi keseluruhan Parlimen Tasek Gelugor.

(b) Pihak MPSP melaksanakan pemantauan secara harian ke atas kerja-kerja yang dilaksanakan oleh pihak kontraktor. Tindakan yang diambil oleh MPSP sekiranya pihak kontraktor melanggar perjanjian di atas kerja-kerja yang diberikan adalah seperti berikut:

(i) Mengenakan penalti dan pemotongan bayaran terhadap kontraktor;

(ii) Memberikan surat amaran kepada kontraktor; dan

Page 375: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

375

(iii) Sekiranya kontraktor gagal menjalankan kerja-kerja pembersihan setelah surat amaran diberikan, MPSP akan menjalankan kerja pembersihan bagi kawasan tersebut dan kos pembersihan akan dikenakan kepada kontraktor.

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

22. Adakah pihak majlis tempatan mempunyai rancangan membina gerai atau pasar terbuka di dalam KADUN Telok Ayer Tawar dalam usaha menempatkan perniaga-peniaga kecil yang berselerak di dalam kawasan DUN Telok Ayer Tawar.

Y.A.B. Ketua Menteri:

22. Pihak Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) tidak mempunyai perancangan bagi membina gerai atau pasar terbuka diKawasan Ahli Dewan Undangan Negeri (KADUN) Telok Ayer Tawar pada masa ini. Walau bagaimanapun, terdapat usaha-usaha yang telah diambil oleh pihak MPSP bagi menempatkan peniaga-peniaga kecil yang berselerak di dalam kawasan KADUN Telok Ayer Tawar. Antara usaha-usaha yang telah diambil oleh pihak MPSP adalah seperti berikut:

(i) Mewujudkan Garis Panduan Kaedah Penjajaan Secara Mudah Alih dan Garis Panduan Kaedah Perniagaan Berkonsepkan Trak Makanan dan Trak Perkhidmatan untuk memudahkan kelulusan lesen kepada penjaja tempatan yang berniaga sekitar KADUN Telok Ayer Tawar;

(ii) Menimbang serta meluluskan aktiviti penjajaan secara penganjuran oleh pihak penganjur (pasar malam / pasar pagi) dalam KADUN Telok Ayer Tawar di lokasi-lokasi yang bersesuaian dengan sokongan agensi teknikal seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), pejabat daerah dan tanah serta jabatan dalaman MPSP; dan

(iii) Mengiklankan kekosongan dan membuat pengisian kekosongan ruang niaga MPSP pada setiap bulan bagi ruang niaga MPSP di bawah KADUN Telok Ayer Tawar.

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

23. Nyatakan status terkini projek menaik taraf medan selera kawasan Taman Telok Ayer Tawar Indah yang dirancangkan lebih daripada 2 tahun oleh pihak Majlis Kerajaan Tempatan.

(a) Nyatakan kedudukan projek tersebut dan bila ianya akan dilaksanakan.

Y.A.B. Ketua Menteri:

23. Projek menaik taraf Medan Selera Taman Telok Ayer Tawar Indah telah ditangguhkan pelaksanaannya kerana masih terdapat kekosongan ruang niaga Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) di Kompleks Tun Dr Awang dan Kompleks Pantai Robina. Didapati ruang niaga di kedua-dua kompleks makanan tersebut belum diisi sepenuhnya kerana kurang mendapat sambutan peniaga di KADUN Telok Ayer Tawar. Selain itu, Pasar Awam Bayu Aman pula didapati tidak mendapat sambutan dan telah ditukar status kepada pasar tidak aktif.

(a) Pihak MPSP akan mempertimbangkan semula pelaksanaan kerja-kerja menaik taraf di lokasi tersebut sekiranya terdapat keperluan mendesak di masa hadapan.

Page 376: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

376

XXIV. Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

1. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk meningkatkan perhubungan 'connectivity' pengangkutan awam seperti laluan dan perkhidmatan bas awam ke Kuala Juru dari Penang Sentral dan kawasan pulau? Jika ada, berikan perincian rancangan itu.

Y.A.B. Ketua Menteri:

1. Pada ketika ini, Kerajaan Negeri belum mempunyai perancangan mengenai perkara tersebut. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri bersedia meneliti sebarang cadangan daripada pihak-pihak bertangungjawab untuk meningkatkan perhubungan connectivity pengangkutan awam ke Kuala Juru dari Penang Sentral dan kawasan pulau yang dapat memberi manfaat kepada penduduk di Pulau Pinang.

Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

2. Apakah dasar dan program-program yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri untuk mempromosikan dan membangunkan pertanian organik di Negeri Pulau Pinang?

Y.A.B. Ketua Menteri:

2. Buat masa ini, Kerajaan Negeri tidak mempunyai dasar yang khusus untuk mempromosi dan membangunkan pertanian organik. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri sedar akan peningkatan permintaan produk-produk pertanian berasaskan organik. Menyedari hal ini, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian telah melaksanakan beberapa program Pembangunan Ladang Organik. Pada tahun 2018 sahaja, sebanyak empat (4) projek dibangunkan dengan tumpuan di Pusat Kecemerlangan Ladang Organik Kampung Pelet, Daerah Seberang Perai Tengah, Agropark Permatang Pauh, Daerah Seberang Perai Tengah dan projek berskala kecil di Balik Pulau, Daerah Barat Daya dan di Penaga, Daerah Seberang Perai Utara.

Selain itu, Kerajaan Negeri turut memperkenalkan pensijilan myOrganic iaitu penjenamaan semula Skim Organik Malaysia (SOM) dalam usaha untuk memberi pengiktirafan kepada ladang yang diusahakan secara organik berpandukan Malaysian Standard MS1529:2015 Plant-based organically produced food-requirements for production, processing, handling, labelling and marketing (First Revision). Melalui pensijilan ini, ianya akan membantu mempromosikan pertanian organik untuk diceburi oleh petani-petani sedia ada dan baharu. Kerajaan Negeri juga berharap pertumbuhan aktiviti pertanian organik ini dapat dirangsang dan seterusnya memberikan nilai tambah kepada tanaman yang diusahakan.

Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

3 . Bagaimanakah Kerajaan Negeri akan membantu menangani kekurangan jururawat di Klinik Kesihatan Bukit Minyak yang juga bertanggungjawab untuk perkhidmatan kesihatan untuk klinik-klinik desa dan 1Malaysia dalam kawasan jagaannya?

Y.A.B. Ketua Menteri:

3. Pada masa ini, terdapat 26 perjawatan Jururawat yang telah diisi sepenuhnya di Klinik Kesihatan Bukit Minyak dan sekiranya terdapat jururawat berkursus atau bercuti, pengganti dari klinik-klinik kesihatan berdekatan di daerah Seberang Perai Tengah akan diminta untuk menggantikan mereka di Klinik Kesihatan Bukit Minyak. Setiap Klinik Desa dan Klinik Komuniti mempunyai di antara 4 hingga 8 perjawatan Jururawat yang telah diisi sepenuhnya.

Namun begitu Kerajaan Negeri dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri dari semasa ke semasa akan memantau dan menganalisis keperluan bagi memastikan penambahbaikan dapat dibuat sama ada dari segi perjawatan, kawasan liputan dan sebagainya mengikut keperluan sesebuah klinik.

Page 377: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

377

Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

4. Apakah peranan dan tanggungjawab yang dimainkan oleh jawatan EXCO kesihatan dan nyatakan program-program kesihatan yang dilaksanakan oleh jabatannya untuk kawasan Bukit Tengah dari 2013 - 2018.

Y.A.B. Ketua Menteri:

4. Ahli Majlis Mesyuarat Negeri (EXCO) Kesihatan memainkan peranan yang besar dalam perkhidmatan kesihatan di negeri ini. Secara amnya, EXCO Kesihatan bertanggungjawab dalam memastikan penduduk Pulau Pinang menerima perkhidmatan kesihatan yang sepatutnya berdasarkan perkhidmatan yang telah ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan berperanan dalam menerajui dasar dan program kesihatan di peringkat negeri. Antara dasar dan program tersebut ialah program pemeriksaan mammogram percuma, program subsidi rawatan dialisis dan langganan sistem Crush Aedes Totally (CAT).

Dalam aspek memerangi wabak denggi, Pengerusi Jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Kesihatan juga bertanggungjawab untuk mempengerusikan Mesyuarat Petugas Khas Denggi yang diadakan khusus dalam mengawal wabak denggi di negeri ini. EXCO Kesihatan turut memainkan peranan dalam kawalan Non-Communicable Disease (NCD) atau Penyakit Tidak Berjangkit. Bagi tujuan ini, EXCO Kesihatan telah menubuhkan Jawatankuasa NCD bagi membincangkan isu-isu berkenaan NCD dan tindakan-tindakan kawalan yang boleh dilaksanakan di negeri bagi mengawal penyakit ini.

Di samping itu, EXCO Kesihatan juga memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan hubungan kerjasama di antara Kerajaan Negeri dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Persatuan Hospis Pulau Pinang, St. John Ambulance Malaysia Negeri Pulau Pinang, Persatuan Bulan Sabit Merah Cawangan Negeri Pulau Pinang, Lions Club of Georgetown Central dan lain-lain. Melalui kerjasama dengan pihak NGO, Kerajaan Negeri melalui EXCO Kesihatan telah menggerakkan Penang Heart Safe Programme di mana kawasan-kawasan awam telah mula dipasang dengan peralatan Automated External Defibrillator (AED). Secara keseluruhan, sebanyak 40 unit AED telah dipasang di tempat-tempat awam hasil sumbangan orang awam dan Kerajaan Negeri.

EXCO Kesihatan turut menjalankan tanggungjawab dalam memantau projek-projek infrastruktur kesihatan di negeri ini di mana Jawatankuasa Pemantauan Projek-Projek Infrastruktur Kesihatan telah diwujudkan bagi memastikan projek-projek yang dilaksanakan berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.

Terdapat pelbagai program telah dilaksanakan di kawasan Bukit Tengah sejak tahun 2013 hingga 2018. Program-program tersebut adalah seperti berikut:

(a) Program jelajah sekolah secara tahunan bagi meningkat kesedaran kesihatan murid dan pelajar iaitu Program Ganyang Aedes di Sekolah Rendah dan Program Kesedaran HIV/AIDS di Sekolah Menengah;

(b) Program Jelajah Sihat di Perkampungan Juru pada tahun 2013;

(c) Penubuhan tiga (3) pasukan sukarelawan Communication for Behaviourial Impact (COMBI) di kawasan Bukit Tengah iaitu COMBI Taman Jambu, COMBI Taman Seri Delima dan COMBI Taman Sukun yang berperanan dalam menjalankan aktiviti-aktiviti pencegahan denggi di peringkat komuniti;

Berdasarkan rekod Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, terdapat 24 episod wabak denggi berlaku di kawasan Bukit Tengah. Oleh yang demikian, Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Tengah telah melaksanakan beberapa siri program kesedaran denggi di semua kawasan terlibat. Program ini dilaksanakan di lokasi seperti berikut:

Page 378: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

378

Tahun Lokasi

2014 i. Taman Pelangi

2015

i. Taman Limau Manis; ii. Taman Permai Jaya; iii. Kampung Kebun Sireh; dan iv. Taman Pelangi v.

2016 i. Pangsapuri Delima Intan; ii. Taman Pelangi; dan iii. Kampung Permatang Batu

2017 i. Taman Perindustrian Beringin; ii. Pangsapuri Delima Indah; dan iii. Taman Pelangi

2018

i. Pangsapuri Idaman; ii. Taman Perwira Indah; iii. Kampung Tok Panjang; iv. Taman Perwira; v. Perkampungan Juru; vi. Pangsapuri Delima Intan; dan vii. Ladang Chip Joo

Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

5. Apakah fungsi dan siapakah ahli-ahli dalam "Focus Group Discussion" yang ditubuhkan susulan taklimat Kerajaan Negeri kepada KPKT bertarikh 7.6.2018 mengenai Pilihanraya Kerajaan Tempatan dan berapa kalikah kumpulan ini telah bermesyuarat dan apakah hasil daripada mesyuarat-mesyuarat tersebut?

Y.A.B. Ketua Menteri:

5. Cadangan pelaksanaan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan adalah merupakan Janji 25 seperti mana terkandung dalam Buku Harapan, Membina Negara Memenuhi Harapan dengan memperkukuhkan peranan dan kuasa Pihak Berkuasa Tempatan melalui demokrasi setempat. Sehubungan itu, pada 7 Jun 2018 Jabatan Kerajaan Tempatan (PBT), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah mengadakan Mesyuarat Cadangan Pelaksanaan Pilihan Raya Pihak Berkuasa Tempatan dan telah memutuskan supaya satu jawatankuasa ditubuhkan untuk mengkaji secara komprehensif peruntukan perundangan, mekanisme pelaksanaan dan kos pelaksanaan pilihan raya.

Terdapat dua (2) bengkel telah diadakan di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi membincangkan secara khusus cadangan pelaksanaan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan. Bengkel Siri 1/2018 telah diadakan pada 12 Julai 2018 manakala bengkel Siri 2/2018 telah diadakan pada 8 Oktober 2018. Bengkel-bengkel ini telah dihadiri oleh pelbagai wakil agensi Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Badan Bukan Kerajaan seperti berikut:

(i) Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR); (ii) Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP); (iii) Penasihat Undang-Undang (PUU KPKT); (iv) SUK Negeri Pulau Pinang; (v) SUK Negeri Selangor; (vi) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL); (vii) Majlis Bandaraya Pulau Pinang; (viii) Majlis Bandaraya Petaling Jaya; (ix) Majlis Bandaraya Ipoh; (x) Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ); (xi) Wakil Penang Institute – YBrs. Dr. Wong Chin Huat; (xii) Wakil NGO (Bersih) – YB. Puan Maria Chin Abdullah; dan (xiii) Wakil NGO (Petaling Jaya Coalition) – Encik Derek Fernandez

Bengkel Siri 1/2018 bagi Jawatankuasa Kluster Pilihan Raya Kerajaan Tempatan yang diadakan pada 12 Julai 2018 telah membincangkan kerangka asas dan hala tuju

Page 379: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

379

pelaksanaan pilihan raya. Peserta bengkel bersetuju untuk menjurus kepada 3 skop yang utama seperti berikut:

(a) Aspek Perundangan

Mengenal pasti peruntukan perundangan yang perlu dikaji dan dipinda bagi membolehkan pelaksanaan pilihan raya PBT dilaksanakan:

(b) Mekanisme Pelaksanaan Terdapat tiga cadangan kaedah pemilihan calon yang akan dipertandingkan pada pilihan raya PBT seperti berikut:

(i) Pemilihan Datuk Bandar / dan Ahli Majlis melalui kaedah undi popular di mana calon Datuk Bandar / dan Ahli Majlis dipilih secara langsung oleh penduduk dalam pilihanraya;

(ii) Pemilihan Yang Dipertua dipilih dalam kalangan dan oleh Ahli Majlis (Majlis Perbandaran/Majlis Daerah) yang memenangi pilihanraya; dan

(iii) Mix system (Datuk Bandar / Yang Dipertua dipilih melalui pilihan raya / Sebahagian Ahli Majlis dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri)

Kaedah pengundian di semua 149 PBT dicadangkan secara manual sepertimana praktis semasa dalam pilihan raya. Selain itu, mesyuarat juga mencadangkan supaya Pihak Berkuasa Negeri diberi kuasa boleh mengecualikan mana-mana PBT mengikut budi bicaranya daripada melaksanakan pilihan raya berdasarkan kaedah-kaedah yang ditetapkan. Tempoh bagi satu penggal pilihan raya dicadangkan 4 tahun dan bagi memastikan jawatan Datuk Bandar sentiasa dinamik dan lebih berintegiriti, Datuk Bandar tidak boleh menyandang melebihi tempoh 2 penggal.

(c) Implikasi Kewangan

Semakan kos dengan wakil Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia mendapati bahawa anggaran kos bagi pilihan raya kecil adalah antara RM1.2 juta hingga RM1.5 juta. Memandangkan anggaran kos adalah tinggi maka jawatankuasa ini mencadangkan kos pelaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan seperti mana pilihan raya umum.

Bengkel Siri 2/2018 pula telah diadakan pada 8 Oktober 2018 membincangkan komponen perundangan dan punca kuasa bagi pelaksanaan pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan yang serta tindakan-tindakan susulan yang akan

Bil. Punca Kuasa Catatan

a. Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171]

Seskyen 10: Datuk Bandar dan Yang Dipertua dipilih oleh Pihak Berkuasa Negeri perlu dipinda melalui pilihan raya Kerajaan Tempatan

Seksyen 15 (1): Penggantungan pilihan raya Kerajaan Tempatan

b. Akta Ibukota Persekutuan 1960 [Akta 190]

Pindaan dengan menambah peruntukan berkaitan pilihan raya

c. Akta Pilihan Raya Kerajaan Tempatan 1960

Perlu diaktifkan semula

d. Akta Pilihan Raya, 1958

(Akta 19);

Kajian mendalam untuk memasukkan peraturan baharu berkaitan pilihan raya Kerajaan Tempatan

Page 380: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

380

dilaksanakan. Perbincangan Bengkel Siri 2/2018 bertujuan untuk menentukan punca kuasa pelaksanaan pilihan raya dan perundangan yang terlibat untuk membolehkan pilihan raya dilaksanakan seperti pindaan Akta Kerajaan Tempatan 1976, Akta Ibu Kota Persekutuan 1960, Akta Pilihan Raya Kerajaan Tempatan 1960, Akta Pilihan Raya 1958 dan Peraturan-peraturan Pilihan Raya.

Antara perkara yang dibincangkan dalam bengkel ini adalah mengenai punca kuasa pilihan raya. Menurut Perlembagaan Persekutuan Perkara 113 (4), Undang-undang Persekutuan atau Negeri boleh memberi kuasa kepada Suruhanjaya Pilihan Raya untuk menjalankan pilihan raya selain pilihan raya yang disebut dalam Fasa (1) iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri. Walau bagaimanapun, bengkel berpendapat bahawa terdapat keperluan untuk meminda akta-akta seperti berikut:

Akta Perkara

1 Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 [Akta 190] Seksyen 4(2,4 & 7)

Perlantikan Datuk Bandar, pemecatan dan kuasa melaksanakan fungsi tugas

2 Akta Pilihan Raya, 1958 [Akta 19]

Seksyen 2 Tafsiran

Bahagian II Penyeliaan Pilihan Raya

Bahagian III Bahagian Pilihan Raya

Bahagian IV Pendaftaran Pemilih

Seksyen 16

Kuasa Membuat Peraturan Perjalanan Pilihan Raya

Penyeliaan Pilihan Raya

3 Akta Pilihan Raya Kerajaan Tempatan 1960, (Pindaan 1991)

Melaksanakan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan

4 Meminda Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171]

Seksyen 9(2) Kuasa mendapatkan maklumat harta dan aktiviti PBT

Seksyen 10(1) dan (7) Perlantikan Datuk Bandar dan Ahli Majlis oleh PBN; dan

Kuasa PBN membuat keputusan ke atas PBT jika berlaku perselisihan antara Datuk Bandar dan Ahli Majlis

Page 381: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

381

Bengkel juga mencadangkan supaya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diberi kuasa (partial autonomous) bersifat operasi seperti cukai taksiran dan lain-lain dengan tertakluk kepada persetujuan Pihak Berkuasa Negeri (PBN) dan Kerajaan Persekutuan dan PBN meneruskan pemberian bantuan kewangan kepada PBT.

Susulan daripada Bengkel Siri 2/2018, pihak Kementerian akan mewujudkan jawatankuasa kerja yang dianggotai oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Suruhanjaya Pilihan Raya dan Bahagian Undang-Undang Kementerian Perumahan Kajian Tempatan (KPKT) bagi membincangkan dengan lebih lanjut cadangan pembahagian kuasa (rasionalisasi) PBN dan PBT, sistem dan kaedah pelaksanaan pilihan raya PBT.

Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

6. Bagaimanakah dan apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk membantu mengurangkan masa tunggu pesakit mendapat rawatan perubatan di Klinik Kesihatan Bukit Minyak?

Y.A.B. Ketua Menteri:

6. Langkah-langkah yang telah diambil bagi mengurangkan masa menunggu mendapatkan rawatan perubatan di Klinik Kesihatan Bukit Minyak adalah seperti berikut:

(i) Mengadakan sistem temujanji berjumpa doktor secara berperingkat. Pesakit boleh memilih masa yang sesuai untuk berjumpa dengan Pegawai Perubatan. Ia bertujuan mengurangkan kesesakan di klinik serta mengurangkan masa menunggu.

Seksyen 15(1) Peruntukan berhubung pilihan raya PBT terhenti

5 Peraturan-peraturan Pilihan Raya

Penjalanan Pilihan Raya, 1981

Penamaan

Pilihan Raya Yang Dipertandingkan

Pengundian Awal

Pendaftaran Pemilih, 2002

Registration area and registration units

Entitlement to vote

Alteration of boundries and constituencies

Electoral roll for the purpose of GE or by elections

Public inquiry

Pengundian Pos, 2003

Persons entitled to vote as postal voters

Any person who has registered as a Parliamentary or State elector under the Elections (Registration of Electors) Regulations 2002 – perlu pindaan

Page 382: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

382

(ii) Menambahkan bilangan Pegawai Perubatan dari jumlah 7 orang kepada 14 orang.

Namun begitu, Kerajaan Negeri dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri dari semasa ke semasa akan memantau dan menganalisis keadaan dan tempoh menunggu bagi memastikan penambahbaikan dapat dibuat mengikut keperluan.

Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

7. Dengan cara bagaimana Rancangan Struktur Pulau Pinang 2030 merancang untuk mewujudkan satu negeri atau bandar yang mesra warga tua "elderly-friendly city" untuk membolehkan mereka menikmati tahun-tahun keemasan mereka dengan rahmat dan martabat?

Y.A.B. Ketua Menteri:

7. Draf Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang (RSNPP) 2030 adalah merupakan satu dokumen perancangan berbentuk penyataan bertulis yang mengandungi Dasar-Dasar dan Polisi Perancangan dan disokong dengan Gambar Rajah Utama / Peta Cadangan Guna Tanah Negeri Pulau Pinang sehingga tahun 2030. Ia juga merupakan hasil kajian semula terhadap RSNPP 2020yang telah diwartakan pada tahun 2007.

Bagi mewujudkan satu negeri atau bandar mesra warga tua, dalam Draf RSNPP 2030, perkara ini dinyatakan di Teras 2 iaitu Modal Insan yang Kreatif dan Inovatif, di bawah Dasar Perancangan Utama 2.3 iaitu Menyediakan Kemudahan Masyarakat yang Mencukupi, Berkualiti, Berteknologi Pintar dan Mudah Sampai Kepada Semua Lapisan Masyarakat. Antara dasar strategik pelaksanaan dan langkah-langkah adalah:

(i) Menyediakan kemudahan kesihatan yang mencukupi dan berkualiti termasuk perkhidmatan pakar akan disediakan berdasarkan piawaian dan keperluan penduduk; dan

(ii) Menyediakan kemudahan kebajikan masyarakat mengikut keperluan kumpulan sasar.

Dasar ini juga akan diperkemaskan dan dijelaskan dengan lebih teliti dalam penyediaan kedua-dua Rancangan Tempatan bagi bahagian Pulau dan Seberang Perai.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga akan sentiasa memperkemaskan dasar-dasar sedia ada agar memenuhi keperluan setiap lapisan masyarakat terutamanya warga emas.

Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

8. Dengan cara apakah rancangan Rancangan Struktur Pulau Pinang 2030 akan menggalakkan pemuliharaan sungai dan menjaga kualiti sungai dan alam sekitar secara menyeluruh di Pulau Pinang?

Y.A.B. Ketua Menteri:

8. Draf Rancangan Struktur Pulau Pinang (RSNPP) 2030 merupakan satu dokumen perancangan berbentuk penyataan bertulis yang mengandungi Dasar-dasar dan Polisi Perancangan dan disokong dengan Gambar Rajah Utama/Peta Cadangan Guna Tanah Negeri Pulau Pinang sehingga tahun 2030. Draf RSNPP 2030 ini juga adalah hasil kajian semula terhadap RSNPP 2020 yang telah diwartakan pada tahun 2007.

Perkara-perkara utama yang terkandung dalam RSNPP 2020 turut diambil kira dalam penyediaan Draf RSNPP 2030 termasuklah mengenai dasar yang berkaitan dengan aspek pemuliharaan dan penjagaan sungai iaitu melalui:-

Dasar Sektoral (DS) 48 : Langkah-langkah Jangka Panjang dan Jangka Pendek yang Akan Diambil untuk Mengatasi atau Mengurangkan Masalah Saliran, Perparitan dan Banjir.

Page 383: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

383

Langkah 1 Menyediakan sistem pam dan kolam takungan di kawasan-kawasan rendah bagi menyimpan air semasa hujan lebat dan mengepamnya semula ke sungai setelah air sungai surut serta melaksanakan projek pengindahan dan pemeliharaan sungai-sungai.

Langkah 15 Membaik pulih dan mempertingkatkan kualiti air sungai yang digunakan untuk bekalan air seperti Sungai Kereh.

Langkah 18 Menyediakan program kesedaran sivik kepada masyarakat setempat tentang kebersihan dan kepentingan sungai.

Selain itu, Jabatan Pengairan dan Saliran Pulau Pinang (JPSPP) juga turut memberi penekanan kepada pematuhan beberapa garis panduan yang sedang diguna pakai seperti Garis Panduan Manual Saliran Mesra Alam Edisi 2 (MSMA), MalaysianStandard for Urban Storm Water Management MS2526 (keluaran Standard and Industrial Research Institute of Malaysia (SIRIM)), Garis Panduan JPSPP : Pembangunan melibatkan sungai dan rezab sungai, Garis Panduan Konsep Pembangunan Berhadapan Sungai, Pelan Induk Saliran Mesra Alam dan sebagainya termasuk arahan-arahan semasa yang dikeluarkan melalui Pekeliling-Pekeliling JPSPP.

Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

9. Bagaimanakah kerajaan akan selesaikan aduan berulang penduduk Tambun Royale City mengenai bau busuk kimia yang kuat dari Sg Junjung disyaki dari pembuangan bahan-bahan kimia dari kilang-kilang bersekitaran yang sehingga kini masih berlanjutan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

9. Kerajaan Negeri sememangnya komited dalam mengatasi isu-isu pencemaran di Negeri Pulau Pinang. Berdasarkan rekod, terdapat lebih 300 premis perindustrian di kawasan Perindustrian Bukit Minyak, Seberang Perai Tengah yang terletak berhampiran dengan kawasan perumahan Tambun Royale City, Simpang Ampat, Seberang Perai Tengah. Oleh itu, pencemaran bau ini adalah sukar untuk dikenalpasti memandangkan kawasan perumahan Tambun Royale City terletak dalam lingkungan jarak 80 meter dari kawasan industri tersebut. Bau busuk yang diadu merupakan bau persekitaran (ambient) yang mana ianya boleh berpunca daripada pelbagai sumber bergantung kepada arah tiupan angin dan keadaan cuaca.

Namun begitu, bagi mengatasi isu-isu pencemaran khususnya bau yang berlaku di Tambun Royale City, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah melaksanakan perkara-perkara berikut:-

(a) Menjalankan siasatan dan tindakan ke atas premis-premis industri yang beroperasi di sekitar kawasan tersebut bagi memastikan pematuhan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974;

(b) Menjalankan operasi pemeriksaan bersepadu ke atas premis-premis yang disyaki melakukan kesalahan dan melanggar perundangan yang telah ditetapkan;

(c) Menubuhkan Jawatankuasa Khas yang dipengerusikan oleh MPSP bagi memantau dan melaksana langkah-langkah mitigasi terhadap aduan penduduk;

(d) Mengaktifkan pasukan pemantau pencemar yang membuat rondaan di kawasan-kawasan berkaitan terutamanya pada hujung minggu dan cuti umum bagi memastikan premis-premis sentiasa mematuhi ketetapan AKAS 1974; dan

Page 384: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

384

(e) Penyelarasan dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk penyelenggaraan Sungai Junjung yang berdekatan dengan kawasan perumahan berkenaan bagi melancarkan aliran air sungai tersebut.

Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

10. Apakah hasil siasatan Kerajaan Negeri mengenai penerokaan hutan bakau di Juru, Bukit Tengah baru-baru ini yang melibatkan lebih daripada 1 ekar tanah dan sama ada tindakan undang-undang telah diambil terhadap dalang yang bertanggungjawab untuk pencerobohan tersebut.

Y.A.B. Ketua Menteri:

10. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang (JPNPP) telah menerima aduan awam mengenai pencerobohan yang didakwa berlaku di Hutan Simpan Bukit Juru dan telah membuat semakan di lapangan pada 17 Oktober 2018. Hasil pemeriksaan yang dijalankan mendapati kawasan yang diteroka terletak berhampiran dengan Kuala Sungai Jawi berstatus tanah Kerajaan dan berada di luar Hutan Simpan Bukit Juru dengan keluasan lebih kurang satu (1) ekar. Pemeriksaan dan siasatan JPNPP mendapati pokok-pokok daripada spesies api-api yang terdapat di kawasan tersebut telah dimusnahkan. Pada masa yang sama tiada kesan menunjukkan pokok-pokok tersebut dipindah keluar bagi tujuan komersial. Semasa pemeriksaan dijalankan oleh pegawai penguatkuasa JPNPP, didapati tiada individu yang berjaya dikesan menjalankan penerokaan di kawasan tersebut.

Pihak JPNPP akan menguatkuasakan Akta Perhutanan Negeri 1984 ke atas individu yang didapati melakukan sebarang penebangan pokok bakau ini di atas tanah Kerajaan dan boleh disabitkan di bawah seksyen 15, Akta Perhutanan Negara 1984 iaitu larangan mengambil hasil hutan dari mana-mana hutan simpan kekal atau tanah Kerajaan yang boleh didenda sehingga RM500,000.00 dan penjara selama satu (1) hingga dua puluh (20) tahun.

Berikutan kejadian ini, JPNPP akan melaksanakan kerja-kerja pemantauan agar tidak berlaku lagi sebarang penerokaan hutan paya laut di kawasan berkenaan. Selain itu, Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah (PDTSPT) telah meletakkan Notis Pencerobohan Tanah Kerajaan Negeri di bawah seksyen 425 Kanun Tanah Negara 1965 di kawasan tersebut pada 19 Oktober 2018. Pihak JPNPP telah mengadakan perbincangan bersama PDTSPT pada 23 Oktober 2018 dan merancang untuk mengadakan program memulihkan semula kawasan tersebut dengan menanam spesies pokok yang sesuai pada tahun ini.

Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

11. Adakah Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan untuk mewartakan hutan bakau di sepanjang pantai Juru Bukit Tengah sebagai hutan simpan untuk melindungi hutan bakau, dan jika tidak, mengapa?

Y.A.B. Ketua Menteri:

11. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bermesyuarat pada 19 Disember 2007 telah bersetuju dengan Pewartaan Semua Kawasan Hutan Bakau dan Hutan Nipah dalam Tanah Kerajaan dan Tanah Milik Agensi Kerajaan sebagai Hutan Simpan Kekal (HSK).

Lanjutan itu, Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang (JPNPP) telah mengenal pasti kawasan hutan paya bakau seluas 560 hektar di sepanjang persisiran pantai Seberang Perai, Negeri Pulau Pinang untuk pertimbangan bagi pewartaan sebagai HSK meliputi kawasan Penaga (Seberang Perai Utara), Air Hitam Dalam (Seberang Perai Utara), Sungai Kerian (Seberang Perai Selatan), Sungai Chenaam (Seberang Perai Selatan), Sungai Udang (Seberang Perai Selatan), Sungai Perai (Seberang Perai Tengah) dan termasuk kawasan paya laut antara Sungai Jawi (Seberang Perai Tengah) dengan Sungai Juru, Bukit Tengah (Seberang Perai Tengah).

Page 385: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

385

Pada masa ini, JPNPP melalui “Jawatankuasa Kecil Pewartaan Semua Hutan Bakau dan Hutan Nipah Dalam Tanah Milik Agensi Kerajaan Sebagai Hutan Simpan Kekal” yang dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa MMK Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar sedang dalam tindakan pemurnian penyediaan pelan warta kawasan berkenaan.

Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

12. Apakah tindakan susulan yang diambil Kerajaan Negeri selepas PRU14 untuk menggesa Kerajaan Persekutuan bertindak balas usul Kerajaan Negeri bertarikh 22.2.2017 untuk mengkaji semula dan atau meminda undang-undang sedia ada untuk mengelakkan harta kediaman kos rendah dan sederhana disewakan kepada pihak ketiga dan atau pekerja warga asing.

Y.A.B. Ketua Menteri:

12. Kerajaan Negeri dalam usul bertarikh 22 Februari 2017 yang ditandatangani bersama Ketua Menteri dan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri pada ketika itu telah menggesa Kerajaan Persekutuan supaya perundangan sedia ada disemak dan/atau dipinda untuk menangani masalah penyewaan unit kediaman kos rendah dan sederhana rendah kepada pihak ketiga. Usaha ini telah menunjukkan perkembangan yang positif susulan perubahan tampuk kepimpinan Kerajaan Persekutuan selepas Pilihanraya Umum Ke-14 dan sedang diberi perhatian oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Perkara ini juga telah dibincang antara EXCO Perumahan Negeri Pulau Pinang dan Menteri Perumahan didalam perjumpaan pada 4 Jun 2018 selepas PRU14.

Pada 26 Jun 2018, KPKT telah mengatur sesi perbincangan bersama bersama wakil-wakil daripada Bahagian dan Agensi Perumahan di peringkat Kerajaan Negeri. Objektif mesyuarat adalah untuk membincangkan pelbagai isu berkaitan perumahan termasuk berkaitan masalah penyewaan unit kediaman Rumah Mampu Milik (RMM) kepada pihak ketiga. Di peringkat awal, terdapat cadangan supaya Jadual G dan H dokumen piawai perjanjian jual-beli di dalam Akta 118 dipinda bagi menghalang pemilik daripada menyewakan unit kediaman mereka.

Selain daripada ini, KPKT mengatur perbincangan lanjut secara khusus bagi merangka inisiatif lain yang selari dengan aspek perundangan untuk menangani isu ini. Antara langkah yang akan diteliti termasuk pendekatan yang telah pun diambil oleh Kerajaan Pulau Pinang di mana klausa akujanji menduduki sendiri unit yang ditawarkan telah dimasukkan di dalam akuan berkanun pada borang permohonan Rumah Mampu Milik Kerajaan negeri Pulau Pinang (PN1).

Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

13. Apakah langkah-langkah dan rancangan bersepadu yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menguruskan lembangan Sungai Juru bagi memulihara dan mengekalkan kesihatan sungai untuk jangka masa lama?

Y.A.B. Ketua Menteri:

13. Kerajaan Negeri mengambil langkah-langkah untuk memulihara dan mengekalkan kesihatan lembangan Sungai Juru bagi jangka masa panjang melalui tindakan bersepadu pengurusan lembangan sungai yang diurus oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bersama Jabatan-jabatan /agensi-agensi yang berkepentingan iaitu Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah (PDTSPT), Jabatan Alam Sekitar (JAS) , Jabatan Veterinar, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBA) , Indah Water Konsortium (IWK) dan lain-lain agensi berkenaan di bawah jawatankuasa Task Force Pencemaran Sungai dan Laut. Melalui pemantauan berkala oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang bertujuan menghalang pencerobohan rizab sungai dan pembuangan sampah haram, JPS akan bekerjasama dengan agensi yang mempunyai punca kuasa penguatkuasaan iaitu PDTSPT dan MPSP untuk tindakan

Page 386: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

386

penguatkuasaan jika berlaku pencerobohan rizab dan pembuangan sampah haram. Pihak JAS turut memainkan peranan dalam memantau kualiti air sungai terutamanya dari punca pelepasan efluen kilang-kilang yang berada di sekitar kawasan sungai ini. Tindakan penguatkuasaan juga diambil oleh JAS susulan kepada ketidakpatuhan industri yang menyumbang kepada effluen yang tidak mematuhi parameter yang ditetapkan oleh JAS. Setiap agensi termasuklah PBA dan IWK melaksanakan program dan kempen kesedaran kepada orang awam tentang tanggungjawab memelihara dan memulihara sungai. Selain itu, Pihak JPS mempunyai rancangan pemantauan kualiti air ke atas sungai-sungai yang kritikal di Seberang Perai Tengah untuk mengekalkan tahap kualiti air yang baik. Pihak JPS telah merancang untuk memohon peruntukan tahun 2019 bagi pemuliharaan Sungai Juru di bawah peruntukan persekutuan.

Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

14. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menangani kebimbangan penduduk di Juru mengenai rancangan untuk membina asrama pekerja asing di kawasan tersebut?

Y.A.B. Ketua Menteri:

14. Kerajaan Negeri telah melaksanakan beberapa langkah bagi menangani isu-isu berbangkit berkaitan pembinaan asrama pekerja di kawasan Juru, Bukit Mertajam. Antaranya, Kerajaan Negeri telah mengadakan taklimat dan sesi dialog bersama Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan dan penduduk setempat pada 9 Januari 2017. Sesi dialog ini turut melibatkan pemaju projek iaitu Tetuan Westlite Dormitory, Tetuan Architect T.Y.AU, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bukit Minyak (pemilik lot berjiran), Pengerusi JKKK Perkampungan Baru Bukit Minyak dan pihak Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC).

Selain itu, di peringkat Permohonan Kebenaran Merancang (PKM), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah mengemukakan Notis Lot Berjiran mengikut Subseksyen 21 (6), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, Akta 172 dan turut mengadakan mesyuarat pendengaran awam mengikut Subseksyen 21 (7), Akta 172 bagi tujuan mendengar bantahan dan pandangan penduduk. Semua bantahan dan pandangan ini telah dipertimbangkan semasa Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) PBT.

Dalam masa yang sama, pembinaan asrama pekerja ini juga perlu mematuhi Garis Panduan Pembinaan Asrama Pekerja Negeri Pulau Pinang 2018 yang telah diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Bil.3/2018 bertarikh 15 Mac 2018. Garis Panduan ini disediakan bagi membantu Pihak Berkuasa Negeri, (PBT), jabatan-jabatan teknikal, pemaju, pelabur industri, pihak pengurusan asrama pekerja dan perunding bagi merancang pemajuan, pembangunan, pengurusan, pelaksanaan dan penguatkuasaan pembinaan asrama pekerja di Negeri Pulau Pinang.

Garis Panduan ini juga akan memudahkan pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap pemilik unit perumahan dan pemilik industri yang menyewakan unit-unit kediaman kepada pekerja asing yang mahir dan tidak mahir terutamanya perumahan bertingkat seperti Rumah Kos Rendah (LC) dan Rumah Kos Sederhana Rendah (LMC).

Pembinaan asrama pekerja ini dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang membolehkan pemantauan pergerakan pekerja bagi mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak diingini.

Di samping itu, Kerajaan Negeri juga telah bersetuju untuk melebarkan Jalan Juru daripada dua (2) lorong kepada empat (4) lorong bermula dari persimpangan Jalan Tok Kangar sehingga persimpangan Jalan Permatang Tinggi bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas yang menjadi salah satu isu yang dibangkitkan oleh penduduk setempat.

Page 387: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

387

Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

15. Apakah kos, skop kerja perincian dan status kemajuan projek JKR untuk menaik taraf jalan tunggal 2 lorong kepada jalan berkembar 4 lorong dari Permatang Tinggi ke Sungai Juru, dan bilakah projek tersebut dijangka siap?

Y.A.B. Ketua Menteri:

15. Berdasarkan rekod Jabatan Kerja Raya (JKR), projek menaik taraf jalan tunggal dua (2) lorong kepada jalan berkembar empat (4) lorong dari Permatang Tinggi ke Sungai Juru tiada dalam senarai projek yang diluluskan untuk dilaksanakan oleh JKR.

Walau bagaimanapun, Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Pulau Pinang telah membuat permohonan dalam RMK-11rolling plan ke-4 dan tertakluk kepada kelulusan dalam Bajet 2019 oleh Kementerian Kerja Raya.

Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

16. Berapa rumah kos rendah dan sederhana telah dibina dalam kawasan Bukit Tengah dari 2008 - 2018, dan berapa unit rumah kos rendah dan sederhana dirancangkan akan dibina di Bukit Tengah dalam jangka masa 5 tahun ke depan dengan butiran perincian?

Y.A.B. Ketua Menteri:

16. Sejak tahun 2008 hingga kini, terdapat sebanyak lima (5) projek Perumahan Kos Rendah atau kini dikenali sebagai Rumah Mampu Milik (RMM) 'A' telah siap dibina di Kawasan Ahli Dewan Undangan Negeri (KADUN) Bukit Tengah melibatkan penyediaan 726 unit kediaman. Buat masa ini tiada projek Rumah Kos Sederhana Rendah atau RMM 'B' yang telah dibina di kawasan tersebut. Senarai projek RMM 'A' yang dibina di Bukit Tengah adalah seperti berikut:

(i) Taman Bukit Juru sebanyak 95 unit oleh pemaju Juru Height Sdn. Bhd.; (ii) Taman Bayu Mutiara sebanyak 77 unit oleh pemaju Mayang Zaman Sdn. Bhd.; (iii) Taman Seri Delima sebanyak 260 unit oleh pemaju TPPT Sdn. Bhd.; (iv) Taman Bukit Juru 120 unit oleh Juru Height Sdn. Bhd.; dan (v) Parkview Residence sebanyak 174 unit oleh pemaju Serai Mas Sdn. Bhd.

Selanjutnya Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) bercadang membina satu lagi projek di Juru, KADUN Bukit Tengah yang akan menyediakan sebanyak 800 unit RMM 'A' dan 800 unit RMM 'B'. Projek ini masih di peringkat perancangan awal dan tarikh pelaksanaan belum ditetapkan.

Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

17. Apakah status terkini mengenai pertimbangan Kerajaan Negeri terhadap cadangan untuk menaik taraf MPSP daripada status perbandaran ke status bandaraya?

Y.A.B. Ketua Menteri:

17. Mengikut Seksyen 4(2) AKT 1976, Pihak Berkuasa Negeri dengan berunding dengan Menteri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), boleh, melalui pemberitahuan dalam warta menukar taraf sesuatu kawasan PBT.

Bagi permohonan untuk menukar taraf Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) kepada status Majlis Bandar Raya, berikut adalah tatacara proses permohonan menukar taraf PBT mengikut Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Bilangan 4/2008:

(i) Mendapatkan persetujuan Kerajaan Negeri melalui Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMK);

(ii) Kerajaan Negeri mengemukakan cadangan kertas permohonan kepada KPKT;

(iii) KPKT memproses cadangan kertas permohonan dan kemudian mengemukakannya untuk ulasan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Unit

Page 388: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

388

Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (EPU) dan Kementerian Kewangan;

(iv) Cadangan kertas permohonan akan dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Saiz Perkhidmatan Awam (JPSPA);

(v) Sekiranya dipersetujui oleh Mesyuarat JPSPA, cadangan kertas permohonan seterusnya diangkat kepada Mesyuarat Jemaah Menteri; dan

(vi) Setelah mendapat persetujuan Jemaah Menteri, perisytiharan status bandar raya akan diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Majlis Penuh MPSP Ke-524 pada 22 Februari 2018 telah meluluskan permohonan menaik taraf status MPSP kepada bandar raya. MPSP didapati telah memenuhi kriteria-kriteria sebagai bandar raya seperti yang ditetapkan oleh Mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) ke-60 pada 3 Jun 2018. Kriteria-kriteria kelayakan bagi sesuatu PBT untuk dinaik taraf ke status bandar raya adalah seperti berikut:

(i) PBT harus meliputi kawasan pusat pentadbiran sesebuah negeri;

(ii) Jumlah penduduk tidak kurang daripada 500,000 orang;

(iii) Pendapatan dari sumber kewangan yang mapan tidak kurang dari RM100 juta setahun;

(iv) Perkhidmatan pada tahap yang tinggi;

(v) Pembangunan bandar yang menekan kepada pembangunan mampan;

(vi) Pembentukan imej bandar ataupun identiti yang bersesuaian;

(vii) Pusat perindustrian, institusi kewangan dan kemudahan menjalankan perniagaan dan perdagangan;

(viii) Institusi pendidikan dan perubatan;

(ix) Pusat kebudayaan, sukan dan riadah serta konvensyen;

(x) Kemudahan infrastruktur, utiliti dan taman-taman awam; dan

(xi) Pengiktirafan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa sejajar dengan taraf sebagai sebuah bandaraya.

Berdasarkan kelulusan Majlis Penuh tersebut, pihak MPSP telah mengemukakan permohonan untuk menukar taraf bagi pertimbangan dan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri (PBN). Permohonan MPSP untuk menukar taraf kepada status bandar raya telah diluluskan oleh PBN pada 7 November 2018.

Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

18. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mempromosikan Bukit Juru dan kawasan persekitaran semula jadinya sebagai destinasi eko pelancongan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

18. Langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mempromosikan Bukit Juru dan kawasan persekitaran semula jadinya sebagai destinasi eko pelancongan adalah seperti berikut:

(i) Membuat kajian keperluan kawasan rekreasi daripada penduduk setempat dan orang awam untuk mendapatkan pandangan berhubung untuk menjadikan kawasan tersebut sebagai hutan lipur;

(ii) Menyediakan cadangan rancangan pengurusan hutan lipur bagi membangunkan kawasan tersebut sebagai hutan lipur;

(iii) Meningkatkan program Forest Bathing sepertimana yang telah dilancarkan oleh YAB Ketua Menteri pada 23 September 2017; dan

Page 389: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

389

(iv) Menyediakan dokumentari pelancongan yang mempamerkan keindahan alam semula jadi untuk hebahan dan tarikan pelancong.

Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

19. Adakah Kerajaan Negeri akan berhenti membenarkan kegiatan kuari dijalankan di Sg. Sembilang, Bukit Juru memandangkan kawasan tersebut berada dalam hutan simpan, dengan menyatakan alasan-alasan untuk keputusan kerajaan tersebut.

Y.A.B. Ketua Menteri:

19. Kegiatan kuari yang dijalankan di Sungai Sembilang, Bukit Juru, Seberang Perai Tengah tidak berada dan melibatkan kawasan hutan simpan. Oleh itu, kelulusan telah diberi oleh Kerajaan Negeri untuk meneruskan aktiviti pengeluaran bahan batuan (Permit 4C) dengan menetapkan syarat-syarat yang perlu dipatuhi dalam operasi kuari berkenaan. Tindakan terhadap pengusaha berkenaan akan diambil sekiranya terdapat kegagalan dalam mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

20. Apakah kos dan skop kerja terperinci yang akan dilaksanakan oleh kerajaan berkenaan dengan tiga rancangan tebatan banjir, iaitu RTB Sungai Junjung, RTB Lembangan Sungai Juru, dan RTB Lembangan Sungai Jawi, dan bilakah projek-projek tersebut dijangka akan bermula dan disiapkan.

Y.A.B. Ketua Menteri:

20. (a) Kos projek di bawah Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sg. Junjung dianggarkan sebanyak RM60 juta.

Skop kerja yang terlibat di bawah projek RTB. Sg. Junjung adalah seperti berikut:

(i) Pelantikan perunding kejuruteraan bagi reka bentuk terperinci;

(ii) Pengambilan balik tanah;

(iii) Pembinaan ban dan tembok penahan tebing di Sg Machang Bubuk/Sg Junjung;

(iv) Pembinaan struktur saliran ke Sg Machang Bubuk/Sg Junjung/Sg Tasek Junjung;

(v) Pembinaan ban dan tembok penahan di Sg Tasek Junjung; dan

(vi) Kerja-kerja komponen kejuruteraan dan mekanikal (M&E).

(b) Kos projek di bawah RTB Sg. Juru @ Sg. Kilang Ubi dianggarkan sebanyak RM40 juta.

Skop kerja yang terlibat adalah seperti berikut:

(i) Pelantikan perunding kejuruteraan;

(ii) Pengambilan balik tanah;

(iii) Pembinaan ban dan tembok penahan banjir;

(iv) Pembinaan Rumah Pam bersama sistem pam dan komponen M&E; dan

(v) Pembinaan struktur saliran ke Sg. Juru;

(c) Kos projek di bawah RTB Sg. Jawi dianggarkan sebanyak RM100 juta.

Skop kerja yang perlu dijalankan adalah seperti berikut:

(i) Pelantikan perunding kejuruteraan;

(ii) Pengambilan balik tanah;

(iii) Pembinaan ban dan tembok penahan banjir; dan

Page 390: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

390

(iv) Pembinaan struktur saliran ke Sg. Jawi

Reka bentuk terperinci bagi ketiga-tiga RTB ini dijangka akan mula dilaksanakan pada tahun 2019. Seterusnya pelaksanaan fizikal bergantung kepada kelulusan peruntukan di peringkat persekutuan.

Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

21. Adakah Kerajaan Negeri akan mengambil langkah untuk mendesak Kerajaan Persekutuan untuk memindahkan kem tahanan Juru pendatang tanpa izin, dan jika ya, bilakah ia akan dilakukan.

Y.A.B. Ketua Menteri:

21. Kerajaan Negeri Pulau Pinang sentiasa mengambil perhatian mengenai keadaan depot tahanan Imigresen di Juru yang tidak sesuai digunakan, penuh dan melebihi kapasiti. Depot Tahanan Imigresen Juru ini telah beroperasi sejak 14 April 1991 di mana kapasiti sedia ada depot ini adalah seramai 550 orang iaitu 450 lelaki dan 100 wanita.

Sehubungan itu, selepas beberapa siri perbincangan dan susulan bersama pihak Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah mengenal pasti tapak yang sesuai untuk pembinaan depot tahanan yang baru ini iaitu di Lot 7370, Mukim 7, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Lokasi tapak depot baru yang dicadangkan adalah bersesuaian dan jauh dari kediaman penduduk awam serta bersebelahan dengan Penjara Seberang Perai Selatan, Hospital Sungai Bakap dan Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan.

Buat masa ini, Jabatan Imigresen sedang dalam proses tender bagi projek pembinaan depot tahanan baru tersebut dan satu lawatan tapak dan taklimat tender projek telah diadakan pada 4 Oktober 2018 (Khamis) dan telah dihadiri oleh pihak kontraktor dan jadual tender adalah seperti berikut:

(i) Iklan tender : 24/09/2018

(ii) Tarikh mula dijual : 24/10/2018

(iii) Tarikh akhir dijual :07/11/2018

(iv) Tarikh tutup : 14/11/2018 (sebelum 12:00 tengah hari)

(v) Jangkaan tempoh pembinaan adalah selama 3 tahun

Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

22. Nyatakan bagaimana secara terperinci Kerajaan Negeri akan berusaha untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai bandar sifar karbon 'zero-carbon city'

Y.A.B. Ketua Menteri:

22. Kerajaan Negeri Pulau Pinang selaras dengan dasar Cleaner, Greener, Safer & Healthier Penang berhasrat untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri yang bersih, mempunyai alam sekitar yang hijau dan mampan, selamat untuk didiami dan mempunyai masyarakat serta persekitaran yang sihat. Berteraskan kepada dasar ini, rancangan dan rangka kerja Kerajaan Negeri dalam menjadikan Pulau Pinang sebagai bandar sifar karbon (zero-carbon city) adalah dengan memulakan proses pembangunan Agenda Hijau Pulau Pinang (Penang Green Agenda) yang akan berperanan sebagai roadmap untuk tempoh 10 tahun bagi memacu Negeri Pulau Pinang ke arah negeri hijau dan lestari (green and sustainable state) dari 2020 hingga 2030. Fokus Penang Green Agenda adalah untuk memformulasikan kaedah bagi:-

(a) menangani isu-isu sensitif alam sekitar berpaksikan kepada pemeliharaan, pemuliharaan dan kawalan pencemaran ke arah kelestarian;

(b) mengenalpasti sasaran jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang untuk meningkatkan kelestarian alam sekitar; dan

Page 391: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

391

(c) merangka strategi dan pelan tindakan untuk mencapai sasaran kelestarian alam sekitar yang telah dikenal pasti berdasarkanSustainable Development Goals (SDGs).

Proses pembangunan Penang Green Agenda dimulakan pada tahun 2017 dan dijangka siap sepenuhnya pada penghujung 2019. Proses ini dilaksanakan dalam tiga (3) fasa seperti berikut:

(a) Fasa Pertama: mengenalpasti skop, halatuju, rangka kerja, tindakan, tugas serta tanggungjawab pihak berkepentingan;

(b) Fasa Kedua: mengenalpasti sasaran serta indikator yang perlu dicapai dan membentuk strategi serta pelan tindakan untuk mencapai sasaran yang dikenal pasti; dan

(c) Fasa Ketiga: pelancaran dan pelaksanaan pelan tindakan secara bersepadu.

Pada masa ini, pembangunan Penang Green Agenda berada pada peringkat Fasa Kedua.

Selain itu, Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan telah mengerakkan inisiatif Low Carbon City Framework (LCCF)dengan kerjasama Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC). Rangka kerja ini akan membolehkan Pihak Berkuasa Tempatan merangka dan merancang pembangunan berasaskan strategi dan langkah-langkah ke arah pembangunan rendah karbon.

Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

23. Apakah matlamat dan objektif MOU yang ditandatangani antara Kerajaan Negeri dan UN-Habitat pada 6.10.2018 dan bagaimanakah ia akan mempromosikan dan mempercepat pelaksanaan visi Pulau Pinang 2030?

Y.A.B. Ketua Menteri:

23. Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Perbadanan Ketua Menteri (CMI) dan United Nations Human Settlements Programme (UN-Habitat) yang dimeterai pada 6 Oktober 2018 merupakan yang pertama dilaksanakan di Malaysia. MoU ini adalah bertujuan untuk mewujudkan jalinan kerjasama lebih erat antara Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan UN Habitat ke arah memastikan pembangunan mampan dan seimbang di Pulau Pinang. Y.A.B. Perdana Menteri juga dalam ucapan beliau semasa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) baru-baru ini turut menyatakan komitmen Kerajaan Malaysia Baru untuk mengaplikasi dan melaksanakan Matlamat 11, Sustainable Development Goals (SDG) di bawah UN Habitat . MoU ini jelas menunjukkan sokongan padu Kerajaan Negeri terhadap hasrat Y.A.B. Perdana Menteri dan selaras dengan komitmen yang diutarakan di peringkat antarabangsa.

UN Habitat merupakan satu agensi yang ditubuhkan di bawah PBB dan berperanan sebagai agensi penyelaras bagi PBB untuk membantu meningkatkan kualiti kehidupan manusia sejagat berteraskan Matlamat Pembangunan Mampan - Sustainable Development Goals (SDG) dan Agenda Perbandaran Baharu - New Urban Agenda (NUA). Secara spesifik UN Habitat memfokuskan kepada Matlamat 11 SDG iaitu "Mewujudkan bandar dan penempatan manusia yang inklusif, selamat, berdaya tahan dan lestari”.

Sehubungan dengan itu, jalinan kerjasama melalui MoU ini akan membantu Kerajaan Negeri dalam mencapai objektif seperti berikut:

(a) Penyediaan framework untuk memantau projek-projek yang sedang dilaksanakan di Pulau Pinang untuk membantu dari segi berikut:

(i) Mengenal pasti setiap projek yang sedang dilaksanakan berpandukan kepada dimensi SDG dan NUA secara spesifik;

(ii) Mengenal pasti jurang (gaps) di antara penunjuk aras sedia ada dengan penunjuk aras yang ditetapkan di bawah SDG dan NUA;

Page 392: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

392

(iii) Merakyatkan (localize) NUA dan SDG; dan

(iv) Memastikan projek dilaksanakan berasaskan impak dan result-based.

(b) Pelaksanaan baseline study berdasarkan framework pemantauan yang sama bagi penyediaan pangkalan data untuk memantau dan menilai status kemajuan projek di Pulau Pinang menggunakan indikator SDG dan NUA serta mewujudkan sasaran tempatan.

(c) Pembangunan dan pelaksanaan projek-projek dengan mengambil kira pandangan komuniti setempat dan kemudahan infrastruktur sedia ada, urban resilience, regenerasi bandar, kemudahan mobiliti dan kesalinghubungan antara bandar.

(d) Mewujudkan jalinan kerjasama untuk mempromosikan dan menerapkan pelaksanaan Agenda Perbandaran Baharu selaras dengan NUA dan SDG;dan

(e) Memanfaatkan kepakaran dan keupayaan setiap pihak untuk mencapai objektif bersama.

MOU ini juga merupakan langkah progresif dan tepat ke arah merealisasikan Visi Pulau Pinang 2030. Ini adalah kerana ianya selaras dengan hasrat Visi Pulau Pinang 2030 yang menyasarkan Pulau Pinang akan menjadi national leader ke arah pembangunan yang memfokuskan kepada hijau, pintar dan keluarga. Visi ini adalah sejajar dengan kriteria di bawah SDG yang diperkenalkan oleh UN Habitat di mana ia dapat membantu pembangunan negeri ini ke arah lebih mampan, dengan mengambil kira cabaran perubahan iklim dan ketahanan ekonomi. SDG juga merupakan salah satu set sasaran yang boleh dijadikan asas baru untuk perancangan, pelaksanaan dan pemantauan kemajuan negara berdasarkan piawaian global.

Jalinan kerjasama ini juga ia dapat membantu mempromosi dan mempercepatkan pelaksanaan Visi Pulau Pinang 2030 melalui:

(i) Perundingan, konsultansi dan perbincangan secara berkala antara UN-Habitat dan Kerajaan Negeri;

(ii) Pelaksanaan projek, program dan aktiviti berdasarkan instrumen undang-undang yang spesifik; dan

(iii) Pertukaran pengetahuan dan maklumat secara berterusan antara kedua-dua pihak.

Sebagai langkah awal ke arah pengwujudan bandaraya yang berdaya saing dan bertaraf antarabangsa, Kerajaan Negeri akan bekerjasama dengan UN Habitat dalam meneliti semula Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang supaya ianya selaras dengan SDG.

Selain itu, Kerajaan Negeri melalui anak syarikat CMI iaitu George Town Conservation & Development Corporation (GTCDC) akan memastikan hampir kesemua projek di bawah seliaan GTCDC mematuhi Matlamat 11 SDG. Ini menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri untuk memastikan pembangunan lebih sistematik di Pulau Pinang di samping mendapat pengiktirafan antarabangsa. GTCDC juga bersedia untuk menjadi agensi bagi pihak Kerajaan Negeri untuk bekerjasama dan membantu jabatan dan agensi Kerajaan Negeri dalam memastikan pelaksanaan projek pembangunan lain ke arah bertaraf antarabangsa dan mampan.

Kerajaan Negeri berharap agar MOU yang ditandatangani untuk tempoh lima (5) tahun ini akan memberi manfaat kepada pembangunan mampan di Pulau Pinang dan jalinan kerjasama bersama pihak UN Habitat dapat diteruskan di masa akan datang.

Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

24. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai rancangan untuk menjadikan dan mempromosikan Pulau Pinang sebagai hab pendidikan di Malaysia dan di rantau ini, dan sekiranya ada, nyatakan butir-butir terperinci rancangan tersebut.

Page 393: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

393

Y.A.B. Ketua Menteri:

24. Sejajar dengan aspirasi Kerajaan Negeri menjadikan Pulau Pinang sebagai hub pendidikan bertaraf antarabangsa, Kerajaan Negeri amat komited dalam usaha untuk menarik lebih banyak pusat pengajian tinggi untuk mendirikan kampus di Pulau Pinang. Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) telah berjaya menarik minat KDU University Collegedan sebuah universiti swasta yang berusaha sama dengan PKT Logistics Group Sdn Bhd untuk mendirikan kampus di Bandar Cassia, Batu Kawan. PDC kini sedang berusaha untuk menarik minat sekolah antarabangsa, sekolah swasta dan beberapa pusat pendidikan lagi ke kawasan tersebut.

Kerajaan Negeri juga telah menerima cadangan pembangunan sekolah antarabangsa Stonyhurst Penang dengan kerjasama Stonyhurst College dari United Kingdom di atas tanah milik Perbadanan Ketua Menteri (CMI) Lot 705 (Lot baharu 100008), Seksyen 1, Bandar Tanjung Pinang, Daerah Timur Laut yang meliputi kawasan seluas 4.33 ekar (17,546 mp). Stonyhurst merupakan kolej berusia 425 tahun dan akan menggunakan silibus akademik dan kokurikulum dari United Kingdom bagi pelajar seawal umur empat (4) tahun sehingga lapan belas (18) tahun dengan persijilan "O Level ", "A Level" dan "International Baccalaureate" (IB) Level. Projek ini kini dalam peringkat perancangan dan pelan telah dikemukakan kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP). Pembangunan projek ini akan mengambil masa 24 bulan selepas mendapatkan kelulusan semua pelan berkaitan.

Kerajaan Negeri sentiasa berusaha untuk menggalakkan pelajar antarabangsa untuk datang belajar di Pulau Pinang. Pulau Pinang kini menjadi tumpuan pelajar dari beberapa negara terutamanya dari Indonesia, Iran, Palestin, Jordan dan Arab Saudi. Sehubungan dengan itu, StudyPenang (sebelum ini dikenali sebagai Penang Centre of Education Tourism) telah ditubuhkan untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai hub pendidikan bertaraf dunia bagi pendidikan dan tempat untuk hidup, belajar dan berkembang. StudyPenang berfungsi untuk mempromosi dan memasarkan Pulau Pinang sebagai pusat kecemerlangan pendidikan.

Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

25. Adakah Kerajaan Negeri akan merundingkan semula dengan Kerajaan Persekutuan, syarat-syarat dan undang-undang sedia ada untuk menjadikan pembiayaan dan geran persekutuan tahunan kepada Pulau Pinang lebih adil memandangkan negeri kita adalah salah satu penyumbang cukai terbesar kepada negara.

Y.A.B. Ketua Menteri:

25. Kerajaan Negeri akan berunding dengan Kerajaan Persekutuan mengenai syarat-syarat dan undang-undang sedia ada supaya Kerajaan Persekutuan meningkatkan pembiayaan dan geran tahunan persekutuan kepada Pulau Pinang.

Pada masa ini, Kerajaan Persekutuan telah menyalurkan peruntukan kepada Kerajaan Negeri melalui beberapa pemberian iaitu Pemberian Mengikut Bilangan Kepala, Pemberian Bayaran Perkhidmatan 10%, Pemberian Pertambahan Hasil, Pemberian Membiayai Perbelanjaan Mengurus di Bawah Senarai Bersama, Pemberian Berdasarkan Tahap Pembangunan Ekonomi, Infrastruktur dan Kesejahteraan Hidup dan Pemberian Kepada Kumpulan Wang Amanah Penyenggaraan Jalan Raya Negeri (MARRIS).

Jumlah Pemberian Kerajaan Persekutuan Kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang Dari 2009 Sehingga Oktober 2018 adalah seperti di Lampiran A.

RUJUK LAMPIRAN A.

Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

26. Adakah Kerajaan Negeri akan merancang membina lebih banyak ruang gerai dan niaga di kawasan Taman Pelangi Prai yang tidak mencukupi untuk menampung keperluan penduduk yang ramai di rumah-rumah pangsa di sana?

Page 394: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

394

Y.A.B. Ketua Menteri:

26. Pada ketika ini, kawasan Taman Pelangi Prai telah mempunyai dua (2) buah kompleks makanan kekal dan dua (2) buah kompleks makanan sementara. Pihak MPSP menyediakan dua (2) buah kompleks makanan sementara bagi menempatkan penjaja-penjaja tanpa lesen di sekitar kawasan tersebut. Kompleks-kompleks makanan tersebut masih belum diisi sepenuhnya.

Bagi memastikan kebajikan peniaga di kawasan tersebut, Kerajaan Negeri juga telah memutuskan supaya sebuah kompleks makanan kekal tambahan dibina oleh pihak PDC untuk menempatkan penjaja di dua (2) buah kompleks makanan sementara sedia ada.

Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

27. Dengan peruntukan Kerajaan Negeri yang disalurkan kepada PWDC, apakah impak yang dapat dilihat untuk meningkatkan kualiti kehidupan ibu tunggal di sekitar Pulau Pinang?

Y.A.B. Ketua Menteri:

27. Penang Women’s Development Corporation (PWDC) telah memperkenalkan Projek Transformasi Ekonomi Komuniti (CET) di bawah Program Pemerkasaan Ekonomi Wanita (WEE). Ia merupakan sebuah projek yang direka khusus untuk membantu penduduk, termasuk ibu tunggal untuk menjana pendapatan. Sebagai projek perintis, PWDC telah mengadakan dialog untuk memperkenalkan program ini kepada penduduk PPR Desa Wawasan pada bulan Februari 2018 dan seterusnya mengedarkan soal selidik untuk mendapat maklumat terperinci yang mana akan membantu PWDC membuat analisis keperluan penduduk PPR Desa Wawasan. Hasil analisis soal selidik menunjukkan 37.4% responden memilih kraftangan sebagai aktiviti CET. Satu siri bengkel membuat kraf kertas dan kraf plastik telah dikendalikan untuk penduduk yang berminat. Kini, hasil kraftangan telah mula mendapat tempahan dan menghasilkan pendapatan kepada penduduk. Sehingga September 2018, sebanyak 700 produk kraftangan telah dihasilkan dan dijual.

Selain program CET, PWDC juga telah bekerjasama dengan KDU Penang University College dalam menjalankan Projek Wonder Mama, khas untuk ibu tunggal. Projek ini meliputi bengkel kemahiran membuat kuih, pastri dan roti, bengkel memulakan perniagaan dan bengkel menggunakan media sosial dalam mempromosikan perniagaan. Sehingga kini, 16 ibu tunggal telah dilatih dan akan diberi bimbingan seterusnya untuk menjadi usahawan.

Di samping itu, PWDC juga telah menganjurkan Persidangan Wanita dalam Ekonomi – Memikirkan Semula Keusahawanan untuk Wanita Masa Kini pada 24 dan 25 September 2018, di mana usahawan-usahawan daripada komunti ibu tunggal juga telah dijemput untuk mempelajari dan berkongsi pengalaman menceburi bidang keusahawanan dan mempromosikan produk-produk keluaran mereka. Lebih kurang 400 peserta wanita dari pelbagai latar belakang telah menghadiri persidangan tersebut. Satu perjumpaan‘networking’ akan diadakan hasil persidangan ini untuk memberi peluang kepada usahawan-usahawan memasarkan produk mereka secara online yang disediakan oleh sebuah pasar raya besar.

Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

28. Susulan daripada jawapan kepada soalan saya no.9 pada sesi DUN yang lalu, bilakah kajian untuk mewartakan Bukit Juru sebagai hutan lipur di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 akan jangka disiapkan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

28. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang (JPNPP) sedang berusaha untuk mewartakan 12 pengelasan fungsi hutan sebagaimana diperuntukkan di bawah seksyen 10, Akta Perhutanan Negara 1984. Di bawah seksyen ini, setiap Hutan Simpanan Kekal (HSK) perlu dikelaskan satu atau lebih fungsi hutan seperti berikut:-

Page 395: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

395

(a) Hutan pengeluaran kayu di bawah perolehan berkekalan; (b) Hutan perlindungan tanah; (c) Hutan tebus guna tanah; (d) Hutan kawalan banjir; (e) Hutan tadahan air; (f) Hutan perlindungan hidupan liar; (g) Hutan simpanan hutan dara; (h) Hutan lipur; (i) Hutan pelajaran; (j) Hutan penyelidikan; (k) Hutan bagi maksud-maksud persekutuan; dan (l) Hutan taman negeri.

JPNPP melalui proses pemetaan dan sesi konsultasi bersama jabatan berkepentingan dan badan bukan kerajaan (NGO) telah menentukan kawasan yang bersesuaian untuk pengelasan fungsi hutan ke atas semua 16 HSK di Negeri Pulau Pinang bagi tujuan pewartaan termasuk Hutan Simpan Bukit Juru di Seberang Perai Tengah yang dikelaskan sebagai hutan lipur.

Pihak JPNPP sedang menyediakan pelan warta pengelasan hutan ke atas semua 16 HSK bagi pertimbangan Pihak Berkuasa Negeri untuk diwartakan di bawah sub seksyen 10(3), Akta Perhutanan Negara 1984 dan dijangka dapat diselesaikan pada akhir tahun 2019.

Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

29. Apakah sasaran dan program-program Briged Wanita sejak pertubuhannya 5 tahun lalu, dan adakah matlamat dan sasaran Briged Wanita telah dicapaikan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

29. Briged Wanita Pulau Pinang adalah sebuah badan sukarela yang ditubuhkan di bawah Kerajaan Negeri untuk memudahkan akses wanita kepada bantuan-bantuan yang telah ditawarkan oleh Kerajaan Negeri. Sasaran briged wanita adalah seperti berikut:

(a) Mendaftarkan ibu tunggal dan ibu emas bagi Program Bantuan Ibu Tunggal dan Program Bantuan Ibu Emas;

(b) Mendaftarkan wanita yang berumur 35 tahun ke atas untuk perkhidmatan mammogram percuma yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri.; dan

(c) Mendaftarkan wanita yang menjalankan perniagaan kecil-kecilan untuk menerima pinjaman mikrokredit kerajaan negeri di bawah Skim Pinjaman Harapan (SPH) yang dahulunya dikenali sebagai Projek Titian Saksama Rakyat (PTSR).

Pencapaian Briged Wanita dapat dilihat dari segi jumlah penerima bantuan seperti berikut:

Jenis Bantuan

Jumlah Penerima Bantuan Mengikut Tahun

2013 2014 2015 2016 2017 2018

Ibu Emas Dimulakan pada tahun 2014

38,770 51,253 55,563 58,682 53,370 (sehingga Okt)

Ibu Tunggal 10,341 12,308 13,078 13,165 12,967 12,250 (sehingga Okt)

Mammo Penang

Dimulakan pada tahun 2015 2,584 4,146 4,702 402 (sehingga Mei)

SPH 465 229 69 202 203 156 (sehingga Okt)

Page 396: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

396

Sasaran Briged Wanita telah dicapai berdasarkan kepada jumlah penerima bantuan yang meningkat setiap tahun. Walau bagaimanapun, terdapat pengurangan bagi jumlah penerima bantuan Mammo Penang. Ini adalah kerana kontrak dengan syarikat yang dilantik sebelum ini sebagai pengendali Mammo Penang telah tamat pada 31 Mei 2018 dan Kerajaan Negeri sedang mempertimbangkan kaedah baru pelaksanaan program pemeriksaan mammogram yang lebih efektif dengan akses yang lebih meluas.

Program-program yang dilaksanakan oleh Briged Wanita di selaraskan oleh ADUN masing-masing melalui peruntukan yang disalurkan terus kepada ADUN.

XXV. Ahli Kawasan Seri Delima (YB. Syerleena Binti Abdul Rashid) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

1. Mengutamakan kesihatan adalah salah satu tanggungjawab kerajaan kerana ia merupakan tulang belakang sesebuah negara. Di Malaysia, sektor perubatan dan kesihatan kerajaan meliputi lokasi yang luas, tetapi di Pulau Pinang, kemudahan seperti ini hampir tidak wujud.

(a) Adakah Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhasrat untuk menubuhkan Klinik Kesihatan Kerajaan di setiap KADUN?

Y.A.B. Ketua Menteri:

1. Bidang kuasa kesihatan terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. Namun begitu, Kerajaan Negeri tidak berpandangan bahawa terdapat keperluan untuk menubuhkan Klinik Kesihatan di setiap KADUN. Ini adalah kerana Kerajaan Negeri mendapati taburan klinik-klinik kesihatan sedia ada di Pulau Pinang adalah komprehensif dan mudah dicapai oleh semua penduduk Negeri Pulau Pinang. Sebagai makluman, taburan klinik-klinik kerajaan di daerah-daerah di Negeri Pulau Pinang adalah seperti berikut :

Daerah Klinik

Kesihatan Klinik Ibu dan

Anak Klinik Desa

Klinik Komuniti

Jumlah

SPU 7 - 20 7 34

SPT 7 1 12 5 25

Daerah Klinik

Kesihatan Klinik Ibu dan

Anak Klinik Desa

Klinik Komuniti

Jumlah

SPS 4 1 11 5 21

TL 9 3 4 4 20

BD 3 1 12 3 19

Jumlah 30 6 59 24 119

Polisi / kriteria yang perlu untuk pembinaan klinik

Perancangan pembinaan sesebuah klinik perlu bersesuaian dan mudah diakses oleh masyarakat setempat. Oleh itu adalah lebih sesuai jika kemudahan kesihatan dibina berdekatan kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi. Walaubagaimanapun dalam keadaan tertentu seperti kawasan pendalaman, jarak di antara fasiliti kesihatan akan diambilkira.

Page 397: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

397

Pada dasarnya klinik kesihatan dirancang berdasarkan kepada anggaran kedatangan pesakit dalam sehari:

1 Klinik Kesihatan Jenis I Kedatangan 800-1000 pesakit sehari

2 Klinik Kesihatan Jenis II Kedatangan 500- 800 pesakit sehari

3 Klinik Kesihatan Jenis III Kedatangan 300-500 pesakit sehari

4 Klinik Kesihatan Jenis IV Kedatangan 150-300 pesakit sehari

5 Klinik Kesihatan Jenis V Kedatangan 50-150 pesakit sehari

6 Klinik Kesihatan Jenis V1 Kedatangan kurangdari 50 pesakit sehari

Perkhidmatan asas yang disalurkan disemua klinik kesihatan merangkumi promosi kesihatan, rawatan kuratif, pencegahan dan pemulihan.

Ahli Kawasan Seri Delima (YB. Syerleena Binti Abdul Rashid) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

2. Pulau Pinang terkenal sebagai hab seni dan muzik. 'Penang House of Music' merupakan tempat yang unik dan membuktikan kegemilangan industri muzik dan seni tempatan.

(a) Apakah cadangan Kerajaan Negeri untuk mempromosikan 'Penang house of Music' sebagai satu produk pelancongan dan warisan negeri?

Y.A.B. Ketua Menteri:

2. (a) Antara cadangan dan tindakan Kerajaan Negeri untuk mempromosikan ‘Penang

House of Music’ sebagai satu produk pelancongan dan warisan negeri adalah seperti berikut:

(i) Membuat edaran risalah di lokasi strategik kunjungan pelancong seperti hotel, lapangan terbang, pusat membeli-belah dan tempat-tempat tarikan pelancong;

(ii) Promosi dalam laman web pelancongan Pulau Pinang mypenang.gov.my, risalah Penang Here and Now, peta pelancong Pulau Pinang dan trade booklet yang diedarkan di lokasi pameran pelancongan; dan

(iii) Penang House of Music telah dimasukkan sebagai salah satu acara dalam program Last Friday, Saturday and Sunday of the month (LFSS) yang menjadi panduan kepada pelancong untuk menyertai program-program pelancongan yang diadakan pada hujung minggu terakhir setiap bulan.

(iv) Lembaga Muzium Negeri juga telah menerima permintaan daripada Penang House of Music untuk "parked" sebagai salah satu komponen kepada Muzium Negeri. Lembaga Muzium akan mengkaji cadangan tersebut.

Ahli Kawasan Seri Delima (YB. Syerleena Binti Abdul Rashid) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

3. Setakat ini, ada 2 buah 'skate park', di Taman Belia MBPP dan KBS Batu Uban, tetapi kedua-dua fasiliti ini berada dalam keadaan yang tidak memuaskan dari segi penyelenggaraan dan keselamatan.

(a) Apakah cadangan untuk menambahbaikkan 'skate park' ini supaya dapat memartabatkan sukan 'skateboarding', 'in-line skating' dan 'BMX'?

Y.A.B. Ketua Menteri:

3. Skate Park di Kompleks Belia dan Sukan Batu Uban adalah di bawah seliaan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang. Skate Park ini telah dibina pada tahun 2012. Binaannya bersifat ‘Outdoor Court’ yang tidak berbumbung dan Rampdiperbuat daripada kayu dan plywood. Keadaan Skate Park ini telah mengalami kerosakan pada ramp, pagar keselamatan di sekeliling park dan fasiliti di kawasan skate park kelihatan lusuh.

Page 398: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

398

Bagi Skate Park di Taman Belia Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) pula, MBPP telah menjalankan penyelenggaraan secara berkala sejak ia mula diguna pakai pada tahun 2003. Walaupun skate park ini bersifat outdoor, tetapi strukturnya diperbuat daripada simen konkrit, maka keadaannya masih baik dan banyak aktiviti dapat dijalankan serta kadar penggunaan oleh orang awam adalah tinggi.

Antara cadangan penambahbaikan supaya dapat memartabatkan sukan skateboarding, in-line skating dan Bike Motocross(BMX) adalah melalui:

(i) Menaik taraf fasiliti skate park mengikut keperluan spesifikasi sukan dan perlawanan. Ia termasuklah menggantikan rampyang telah rosak, membaiki pagar keselamatan (safety barrier) antara pemain dan penonton, membaiki permukaan lantaiskate park yang tidak rata yang menyebabkan takungan air semasa hujan, penambahan pencahayaan di skate park serta cadangan untuk membina bumbung agar ia dapat diguna pakai dalam semua keadaan dan mampu mengurangkan kerosakan dan kos membaik pulih fasiliti. Jabatan Belia dan Sukan akan memohon peruntukan untuk tujuan tersebut daripada pihak Kementerian.

(ii) Bekerjasama dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO) / Persatuan bagi memartabatkan tiga (3) jenis sukan ini. MBPP juga sering mengadakan mesyuarat berkala dengan persatuan dan NGO rekreasi di Taman Bandaraya dalam merancang penggunaan kawasan, penyelenggaran dan pengurusan Taman Bandaraya. Contoh program yang telah dilaksanakan diskate park Taman Belia MBPP bagi menggalakkan aktiviti tersebut adalah seperti berikut:

Bil Butiran Tarikh Lokasi Catatan

1. Kejohanan Mini X-Games Taman Bandaraya [BMX Flatland, BMX Park, Skateboard Park].

20 Mei 2017 Taman Bandaraya [Youth Park]

50 peserta dari dalam dan luar negara. Klinik amatur untuk BMX, Rollerblade & Skateboard diadakan.

2. Kejohanan Skateboard Miyasaka Edition

10 Mac 2018 Jalan Padang Kota Lama

80 peserta Kerjasama MBPP dan Persatuan Ekstrim Pulau Pinang [PEGA]

3. ‘Game Of Skate dan Old School BMX Gathering & Competition’

25 & 26 Ogos 2018

Jalan Padang Kota Lama

250 peserta Kerjasama MBPP dan Persatuan Ekstrim Pulau Pinang [PEGA], OSBMX Utara dan BMX Malaysia.

4. ‘SkateRock Gathering & Competition 2018’

8 Disember 2018

Taman Bandaraya [Youth Park]

Kerjasama NGO di Taman Bandaraya

XXVI. Ahli Kawasan Pulau Betong (YB. Haji Mohd Tuah Bin Ismail) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

1. Gerai MBPP di Taman Desa Genting Balik Pulau Nampak terbiar.

(a) Kenapa peniaga tidak menggunakannya?

(b) Adakah ia memerlukan kerja-0kerja menaik taraf?

Y.A.B. Ketua Menteri:

1. (a) Gerai makanan di Kompleks Makanan Taman Desa Genting, Balik Pulau adalah berjumlah 9 buah gerai dan 8 buah daripadanya masih beroperasi seperti biasa. Kompleks makanan ini tidak beroperasi pada sebelah pagi kerana didapati tiada pengunjung pada waktu tersebut. Berdasarkan kepada pemantauan yang dijalankan oleh pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), terdapat dua (2) orang peniaga menjalankan perniagaan dari jam 1 petang hingga 6 petang

Page 399: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

399

manakala, enam (6) orang peniaga menjalankan perniagaan dari jam 4 petang hingga 12.00 tengah malam.

(b) Untuk makluman, pada ketika ini, Kompleks Makanan Taman Desa Genting masih dalam keadaan baik. Kerja naik taraf kompleks berkenaan telah dilaksanakan pada tahun 2013 dan disiapkan pada tahun 2014. Tiada rancangan untuk menaik taraf bangunan tersebut sehingga tahun 2025.

Ahli Kawasan Pulau Betong (YB. Haji Mohd Tuah Bin Ismail) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

2. Apakah peranckaan belia yang tiada pekerjaan?

(a) Apakah langkah-langkah yang diambil untuk mengatasi permasalahan ini?

Y.A.B. Ketua Menteri:

2. Berdasarkan Dasar Pembangunan Belia Negara 1997, takrifan umur belia adalah dari 15 hingga 40 tahun. Statistik belia yang tidak mempunyai pekerjaan di negeri Pulau Pinang pada tahun 2017 adalah 15,800 orang seperti perincian di jadual berikut:-

Kumpulan Umur Bilangan Penganggur

15-24 9,100

25-34 4,900

35-44 1,800

Sumber data: Jabatan Perangkaan Malaysia

(a) Langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi membantu anak muda tempatan mendapat peluang pekerjaan adalah seperti berikut:

(i) Meningkatkan Pelaburan

Kerajaan Negeri sentiasa mengambil langkah proaktif bagi memastikan kemasukan pelaburan baharu dan pelaburan semula di Pulau Pinang yang akan mewujudkan peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor. Pada tahun 2017, Pulau Pinang mencatatkan rekod pelaburan asing (FDI) tertinggi dalam bidang pembuatan antara negeri-negeri di Malaysia, dengan nilai FDI RM8.5 bilion. Bagi jumlah pelaburan (pelaburan asing dan pelaburan domestik) pula, Pulau Pinang mencatatkan rekod sebagai negeri dengan jumlah pelaburan kedua tertinggi dalam bidang pembuatan, dengan nilai RM10.8 bilion. Jumlah peluang pekerjaan yang diwujudkan sejak 2017 hingga Mac 2018 adalah sebanyak 14,549. Kadar pengangguran di Pulau Pinang kekal stabil pada 2.1%, kedua terendah antara negeri-negeri di Malaysia.

(ii) Mempelbagaikan Jenis Pekerjaan

Di samping meningkatkan jumlah pelaburan, langkah-langkah strategik juga diambil untuk mempelbagaikan jenis pekerjaan, terutamanya pekerjaan bernilai tinggi (high value jobs) seperti advanced manufacturing dalam sektor pembuatan, reka bentuk dan pembangunan. Dari segi perniagaan, sektor Perkhidmatan Perniagaan Global (Global Business Services) seperti kewangan, perkhidmatan penyumberan luar, teknologi maklumat dan sumber manusia merupakan sektor baharu yang diperkenalkan.

(iii) Memperkenalkan Program Penang @CAT

Satu program baharu dinamakan “Penang Accelerator for Creative, Analytics & Technology (@CAT)” telah dilancarkan bagi golongan yang ingin menceburi bidang perniagaan sebagai perintis pemula niaga (entreprenuer). Program ini bertujuan untuk membantu usahawan kecil

Page 400: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

400

yang terlibat di dalam bidang animasi kreatif, analisis dan teknologi ataupun yang terlibat di dalam sektor “Internet of Things” (IOT).

(iv) Menawarkan kursus kemahiran

Kerajaan Negeri bekerjasama dengan Penang Skills Development Center (PSDC) dan institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta untuk meningkatkan tahap pembangunan sumber manusia berteraskan latihan kemahiran mengikut keperluan pasaran di Pulau Pinang. Semua pelajar (100%) yang mengikuti kursus kemahiran Technical and Vocational Education and Training (TVET) di PSDC mendapat pekerjaan selepas menamatkan program masing-masing. Dianggarkan 60% daripada pelajar-pelajar tersebut mendapat pekerjaan di syarikat tempatan (Local Large Company dan SME) manakala baki 40% telah mendapat pekerjaan di MNC.

Kerajaan Negeri turut melaksanakan program-program bantuan bagi mengalakkan keusahawanan dalam kalangan rakyat Pulau Pinang khususnya bagi golongan muda dan belia. Antara program-program yang dilaksanakan adalah seperti berikut:

(i) Skim Pinjaman Harapan (SPH)

Skim Pinjaman Harapan (SPH) Negeri Pulau Pinang yang dahulunya dikenali sebagai Projek Titian Saksama Rakyat (PTSR) Negeri Pulau Pinang. Program ini merupakan program mikrokredit yang memberikan pinjaman tanpa sebarang cagaran dan penjamin kepada peniaga-peniaga kecil untuk menggalakkan usahawan tempatan, penganggur dan golongan rakyat berpendapatan rendah untuk menceburi bidang perniagaan. Peruntukan dana sebanyak RM11 juta telah disediakan bagi tujuan ini. Jumlah pinjaman adalah di antara RM2,000.00 hingga maksima RM25,000.00 dan tempoh bayaran balik adalah di antara 2 hingga 3 tahun. Sehingga bulan Oktober 2018, sebanyak RM15.15 juta telah diagihkan kepada seramai 3,060 orang usahawan.

(ii) Tabung Usahawan Tani (TUT) Negeri Pulau Pinang

Kerajaan Negeri telah memperkenalkan Tabung Usahawan Tani (TUT) Negeri Pulau Pinang yang sebelum ini dikenali sebagai Tabung Usahawan Tani Muda (TUTM) yang memberi bantuan kepada golongan belia termasuk para graduan untuk menjadikan sektor industri asas tani sebagai kerjaya yang berpotensi menjana pendapatan yang lumayan. Peruntukan sebanyak RM750,000.00 telah disediakan di mana sehingga September 2018, sebanyak RM658,000.00 telah diagihkan kepada 122 orang untuk menikmati kemudahan kredit ini.

Kerajaan Negeri melalui Pusat CAT (Penang Career Assistance and Talent Centre) juga menjalankan pemadanan jawatan kepada semua golongan pencari kerja dengan yang ditawarkan oleh industri. Sejak penubuhan Pusat CAT pada Mac 2009 sehingga Oktober 2018, seramai 10,551 orang telah berdaftar sebagai pemohon pekerjaan di mana sebanyak 6,445 pemadanan jawatan telah dijalankan untuk 289 buah syarikat.

Dalam membantu anak muda tempatan mendapat peluang pekerjaan, Kerajaan Negeri melalui Penang Skills Development Centre (PSDC) telah memperkenalkan Program Meister Malaysia bagi meningkatkan bakat dalam bidang teknikal dan vokasional selari dengan perkembangan Industri 4.0. Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM6 juta untuk Program Meister Malaysia. Peserta yang terpilih akan menjalani latihan peningkatan kemahiran dan pada masa yang sama bekerja di kilang untuk memperoleh kemahiran pekerjaan yang sebenar. Para peserta program ini tidak perlu membayar yuran

Page 401: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

401

pengajian kerana telah dibiayai oleh Kerajaan Negeri dan pada masa yang sama menerima gaji daripada syarikat tersebut.

Di samping itu, Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC) telah mewujudkan Kemahiran Asas VSEP (Vocational Skills Employment Programme) yang bertujuan untuk melibatkan golongan muda yang terlepas peluang dan minat serta kemampuan diri terhadap bidang akademik. PYDC telah bekerjasama dengan Fourier TVET Center Sdn. Bhd. dan Program Agenda Ekonomi Saksama (AES) Pulau Pinang.

Tambahan lagi, PYDC juga mengadakan Bengkel "Jom Cari Kerja" dengan kerjasama Jobstreet.com. dengan tujuan membantu anak muda tempatan memahami cara menyediakan resume, menguasai teknik temu duga dan memberi peluang untuk anak muda memahami kehendak pasaran kerja semasa.

Melalui bengkel tersebut, pihak penganjur dapat memberi gambaran trend pasaran kerja sekarang dan keperluan asas untuk memasuki pasaran kerja bagi golongan muda. Penceramah juga berkongsi pengetahuan mereka tentang kepentingan perancangan kerjaya, tips penulisan resume efektif dan sesuai dengan kehendak industri semasa, teknik dan tips untuk menghadapi temuduga. Penceramah dari Jobstreet.com juga mengadakan Klinik Resume untuk peserta supaya peserta dapat menyemak semula penulisan resume mereka.

Ahli Kawasan Pulau Betong (YB. Haji Mohd Tuah Bin Ismail) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

3. Kesesakan jalan di pekan Balik Pulau berhadapan deretan kedai selepas ‘roundabout’ di Balik

Pulau amat ketara. Keadaan ini terjadi semakin teruk apabila ada yang parkir di hadapan kedai. Parkir hanya boleh di tengah jalan.

(a) Apakah langkah penyelesaian yang boleh diambil dengan kadar segera?

Y.A.B. Ketua Menteri:

3. Kerajaan Negeri melalui Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) akan terus melaksanakan tindakan-tindakan berikut untuk mengurangkan kesesakan jalan di kawasan tersebut:

(i) Menjalankan penguatkuasaan secara berjadual terhadap aktiviti perniagaan yang mendatangkan halangan kepada lalu lintas;

(ii) Menjalankan penguatkuasaan ke atas kenderaan yang parkir di bahu jalan dan yang menjadi halangan kepada lalu lintas; dan

(iii) Menggalakkan pengguna untuk menggunakan tempat letak kenderaan di bekas tapak Pasar Lama Balik Pulau

XXVII. Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

1. Dalam ucapan pembentangan kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Ke-11, YAB Perdana Menteri membayangkan beberapa kuasa negeri yang dahulunya 'dirampas' melalui pemusatan kuasa, akan dikembalikan kepada Kerajaan Negeri, selaras dengan semangat "Federalisme".

(a) Apakah harapan Kerajaan Negeri dalam proses disentralisasi yang dibayangkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri ini?

Y.A.B. Ketua Menteri:

1. Ucapan ini merujuk kepada Pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Tonggak 1: Mereformasi Tadbir Urus ke Arah Meningkatkan Ketelusan dan Kecekapan Perkhidmatan Awam, Keutamaan Pertama : Menambah Baik Tadbir Urus pada Semua Peringkat, Perenggan 23.

Page 402: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

402

Y.A.B. Perdana Menteri telah menyatakan bahawa, hubungan antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan akan ditambah baik dengan mengembalikan semula semangat federalisme. Kerajaan Negeri akan diperkasa melalui proses pengagihan kuasa pusat bagi beberapa fungsi termasuk pengangkutan awam, perkhidmatan sosial dan perlindungan alam sekitar.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengalu-alukan proses pengagihan kuasa pusat ini seperti yang dimaklumkan oleh YAB. Perdana Menteri terutamanya perkara berkaitan pengangkutan awam, bersama dengan peruntukan kewangan dari Kerajaan Pusat, untuk memastikan beberapa fungsi yang diturunkan kepada Kerajaan Negeri ini dapat dibangunkan dan dijalankan dengan lancar.

Kerajaan Negeri juga mengharapkan agar Kerajaan Pusat dapat mengagihkan fungsi perumahan awam kepada kerajaan negeri supaya dapat memenuhi permintaan dan keperluan masyarakat untuk memiliki kediaman sendiri.

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

2. Tokong "Meriam Timbul" di kawasan pantai di sebelah terminal feri Butterworth, merupakan satu kawasan yang penuh bersejarah.

(a) Adakah Kerajaan Negeri mempunyai rancangan untuk membangunkannya sebagai kawasan pelancong?

(b) Bolehkah Kerajaan Negeri menambah baik kawasan meriam timbul ini sebagai kawasan tumpuan pelancong dengan bantuan para nelayan yang bertapak di situ?

Y.A.B. Ketua Menteri:

2. (a) Kerajaan Negeri telah mengenal pasti ‘Meriam Timbul’ di kawasan pantai sebelah terminal feri Butterworth sebagai salah satu tempat bersejarah di Seberang Perai. Pada masa ini, Kerajaan Negeri merancang untuk mempromosikan kawasan tersebut bagi menarik kehadiran lebih ramai pelancong. Rancangan pembangunan akan disusuli setelah kawasan tersebut mendapat sambutan. Bagi tujuan ini, Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah menyediakan satu dokumentari pendek mengenai kawasan ‘Meriam Timbul’ yang akan diterbitkan pada hujung tahun 2018.

(b) Oleh kerana kawasan ‘Meriam Timbul’ terletak berdekatan dengan hab pengangkutan bas dan feri, akses ke kawasan tersebut adalah lebih mudah. Antara cadangan yang diterima adalah pelancongan pantai di mana para nelayan membawa pelancong menaiki bot. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri masih perlu membuat kajian ke atas cadangan program tersebut. Kerajaan Negeri mengalu-alukan apa-apa cadangan pelancongan dengan bantuan para nelayan.

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

3. Kawasan bakau sepanjang persisiran Penaga - Teluk Ayer Tawar - Kuala Muda dikenalpasti sebagai 'Important Bird and Biodiversity Area' (IBA) oleh badan antarabangsa 'Birdlife International'. Selaras dengan dasar Kerajaan Negeri yang mementingkan alam sekitar, adakah projek ZIA yang dilihat mengugat habitat alam sekitar tersebut akan dikaji semula dan dibatalkan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

3. Projek Zon Industri Akuakultur (ZIA) yang dimaksudkan merujuk kepada tanah Kerajaan Negeri di sepanjang pesisir Pantai Pasir Gebu, Mukim 1 hingga Kuala Bekah, Mukim 4 Daerah SPU seluas 1,938,945 meter persegi atau 479.13 ekar yang telah diberi milik kepada Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang (CMI) pada 1 November 2013. Kawasan paya bakau ini telah digazetkan oleh Kerajaan Negeri sebagai Zon Industri Akuakultur

Page 403: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

403

bagi menampung keperluan sumber makanan (food security) rakyat di Pulau Pinang. Permohonan perlingkungan semula kawasan tersebut daripada Zon Hutan (Paya Bakau) kepada Zon Pertanian (Akuakultur) telah diluluskan oleh Jawatankuasa Perancang Negeri dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Bil.6/2014 yang diadakan pada 30 April 2014 dan disahkan pada 26 Mei 2014.

Kerajaan Negeri sememangnya maklum dengan pengiktirafan persisiran Penaga - Teluk Air Tawar - Kuala Muda sebagai kawasan 'Important Bird and Biodiversity Area' (IBA) oleh badan antarabangsa Birdlife International. Justeru itu, Kerajaan Negeri telah menetapkan bahawa pelaksanaan projek perlu mengikut Garis Panduan Akuakultur Negeri Pulau Pinang yang telah disediakan dengan kerjasama pelbagai jabatan teknikal. Garis panduan ini berperanan untuk memastikan setiap projek akuakultur di Negeri Pulau Pinang dilaksanakan berdasarkan konsep amalan terbaik (best practices) dan tidak memberi kesan signifikan kepada alam sekeliling. Kerajaan Negeri juga akan memastikan bahawa pelaksanaan Projek Zon Industri Akuakultur berkenaan masih mengekalkan sebahagian kawasan hutan paya bakau di kawasan tersebut yang akan dipantau oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang.

Selain itu, bagi memastikan pelaksanaan Projek Zon Industri Akuakultur ini tidak memberi kesan buruk kepada penduduk setempat dan alam sekitar, Jawatankuasa Perancang Negeri telah mensyaratkan keperluan kepada pelaksana projek untuk menyediakan Laporan Environmental Impact Assessment (EIA), Jadual 2. Penyediaan Laporan EIA ini disyaratkan oleh Jawatankuasa Perancang Negeri sebagai salah satu syarat yang perlu dipatuhi bagi cadangan pembangunan Projek Zon Industri Akuakultur. Sebarang aktiviti tanah atau aktiviti berkaitan pembangunan di kawasan tersebut hanya boleh dilaksanakan selepas mendapat kelulusan EIA.

Pihak CMI telah mengadakan sesi Pra Pembentangan Bagi Penyediaan Laporan EIA pada 2 Mei 2018 dan 17 Mei 2018 bersama Ibu Pejabat Jabatan Alam Sekitar dan Ibu Pejabat Jabatan Perikanan bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai perincian perkara-perkara yang perlu diketengahkan dalam penyediaan Laporan EIA penuh kelak. Susulan itu, Mesyuarat MMK pada 31 Oktober 2018, telah memutuskan bahawa Kerajaan Negeri melalui CMI akan mengambil alih dan membiayai penyediaan Laporan EIA tersebut yang berjumlah RM848,000.00. Kos bagi membiayai penyediaan laporan tersebut akan dikenakan dalam bayaran pajakan pengusaha kelak. Kerajaan Negeri hanya akan mempertimbangkan semula kesesuaian projek ini berdasarkan Laporan EIA tersebut.

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

4. Laporan IUCN menyatakan bahawa paya bakau dilihat sebagai salah satu cara yang paling berkesan untuk menghadapi ancaman pemanasan global, kerana keupayaannya untuk menyimpan karbon yang lebih.

(a) Adakah Kerajaan Negeri komited untuk melawan pemanasan global dengan mengekalkan hutan paya bakau, dengan membatalkan semua projek yang dirancang di atas kawasan payabakau?

Y.A.B. Ketua Menteri:

4. Kerajaan Negeri tiada perancangan untuk membatalkan projek-projek pembangunan yang telah diluluskan di kawasan hutan paya laut yang berstatus tanah milik.

Namun begitu, Kerajaan Negeri sememangnya komited dalam usaha menangani isu perubahan iklim dan pemanasan global. Komitmen ini telah dilaksanakan melalui pelbagai program-program hijau Kerajaan Negeri termasuk tindakan pemeliharaan kawasan hutan paya bakau sedia ada.

Pada masa ini, terdapat dua (2) Hutan Simpanan Kekal (HSK) jenis hutan paya laut di Negeri Pulau Pinang yang terletak di kawasan pantai dengan jumlah keluasan 381.04 hektar iaitu Hutan Simpan Balik Pulau, Daerah Barat Daya (166.38 hektar) dan Hutan Simpan Byram, Seberang Perai Selatan (214.66 hektar).

Page 404: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

404

Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang (JPNPP) komited untuk mengekalkan dan seterusnya meningkatkan keluasan HSK jenis hutan paya laut di Negeri Pulau Pinang dari semasa ke semasa sebagai usaha melawan pemanasan global dan memelihara sumber biodiversiti. Sehubungan itu, JPNPP telah mengenal pasti kawasan hutan paya bakau seluas 664 hektar dalam tanah Kerajaan di Negeri Pulau Pinang untuk diwartakan sebagai HSK. Pada peringkat ini, JPNPP bersama jabatan-jabatan berkepentingan sedang mengemaskini dan melaksanakan pemurnian pelan warta kawasan tersebut untuk diwartakan sebagai HSK di bawah Akta Perhutanan Negara 1984.

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

5. Adakah Kerajaan Negeri sedia untuk menyediakan sebidang tanah untuk pembinaan Sekolah Rendah Tamil baru di kawasan Bagan Dalam seperti yang pernah diutarakan sebelum ini, kerana permintaan untuk satu Sekolah Rendah Tamil baru di kawasan Butterworth sedang diutarakan oleh penduduk tempatan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

5. Kerajaan Negeri buat masa ini belum ada perancangan untuk menyediakan tanah bagi pembinaan Sekolah Rendah Tamil baharu di kawasan Bagan Dalam. Kerajaan Negeri perlu membuat penelitian lanjut berhubung dengan cadangan tersebut dengan mengambil kira keperluan sebenar seperti bilangan murid dan pihak yang akan menanggung kos pembinaan sekolah.

Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri buat masa ini telah menyediakan sebidang tanah di kawasan Bagan Dalam untuk pembinaan sebuah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Tamil yang pertama di Malaysia di mana ia merupakan salah satu manifesto Kerajaan Pakatan Harapan. Buat masa ini, satu jawatankuasa khas dengan keahlian seramai lapan (8) orang yang terdiri daripada Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) keturunan India dari Pakatan Harapan telah ditubuhkan bagi merealisasikan janji-janji Pakatan Harapan untuk masyarakat India seperti yang digariskan dalam manifesto.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga akan menganjurkan Persidangan Kebangsaan Pendidikan Tamil di Malaysia pada 26 dan 27 November 2018 di Light Hotel, Seberang Jaya. Persidangan ini bertujuan untuk menambah baik serta memudahkan pembelajaran dan pengajaran dalam bahasa Tamil di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan turut akan membincangkan berkenaan pembinaan sebuah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Tamil yang pertama dalam negara dan masa depan sekolah jenis kebangsaan Tamil.

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

6. Senaraikan projek-projek yang sedang dilaksanakan ataupun dalam perancangan oleh Chief Minister Incorporated (CMI).

Y.A.B. Ketua Menteri:

6. Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang (CMI) merupakan salah satu agensi Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab ke atas aktiviti pelaburan dan pembangunan yang berpotensi bagi menjana ekonomi Negeri Pulau Pinang melalui 'Public Private Partnership'. CMI juga menguruskan cadangan pembangunan di atas tanah-tanah Kerajaan Negeri yang telah diberimilik kepada CMI bagi memastikan pembangunan dan kemajuan negeri dicapai melalui sistem tadbir urus yang cekap, akauntabiliti dan telus.

CMI sedang melaksanakan 26 projek manakala 42 projek masih dalam peringkat perancangan.

Perincian projek adalah seperti di Lampiran A.

RUJUK LAMPIRAN A.

Page 405: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

405

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

7. Kenapakah lesen perniagaan besi buruk / barangan lusuh (kelas pertama) diletakkan di bawah bidang kuasa Polis, apabila kuasa pelesenan adalah kuasa negeri, melalui pihak berkuasa tempatan, menurut Perlembagaan Persekutuan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

7. Pihak polis merupakan Pegawai Lesen dibawah Seksyen 3, AKTA PENIAGA SEKENDHEND 1946 (Akta 189) dan oleh itu lesen perniagaan besi buruk/ barangan lusuh adalah diletakkan dibawah bidang kuasa pihak PDRM Ketua Pegawai Polis Negeri selaku pegawai pelesen boleh mewakilkan kuasanya berkenaan bagi sesuatu daerah dalam Negeri itu kepada mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor.

Manakala di bawah Seksyen 4, AKTA PENIAGA SEKENDHEND 1946 (Akta 189) pula memperuntukkan bahawa Seseorang pegawai pelesen boleh, menurut budi bicaranya, mengeluarkan lesen di bawah Akta ini kepada orang yang diluluskan olehnya setelah dibayar bayaran yang ditetapkan dan apa-apa bayaran lain yang ditetapkan. Walau bagaimanapun, salah satu syarat untuk Lesen Sekendhend dikeluarkan pemohon perlu dapatkan kelulusan/ sokongan mendirikan premis dari Pihak Berkuasa Tempatan.

Pembatalan lesen pula adalah di bawah Seksyen 11, AKTA PENIAGA SEKENDHEND 1946 (Akta 189) iaitu dalam mana-mana Negeri, Menteri Besar atau Ketua Menteri, mengikut mana yang berkenaan, dan dalam Wilayah Persekutuan, Menteri boleh, menurut budi bicaranya, pada bila-bila masa membatalkan sesuatu lesen yang dikeluarkan atau apa-apa pengecualian yang dibuat di bawah Akta ini.

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

8. Kenapakah Penang Global Tourism hanya menumpukan promosi pelancongan Pulau Pinang kepada negara-negara Asia Timur sahaja dan telah mengabaikan pasaran pelancong Asia Selatan, khusunya pasaran pelancong India, yang begitu besar potensinya?

Y.A.B. Ketua Menteri:

8. Bagi promosi pelancongan Pulau Pinang, keutamaan adalah diberikan kepada pasaran negara yang mempunyai penerbangan terus ke Pulau Pinang dan juga pasaran yang mempunyai bilangan kedatangan yang tinggi. Pada masa ini, tiada laluan penerbangan terus dari negara-negara Asia Selatan ke Pulau Pinang. Bagi menerokai pasaran Asia Selatan khususnya India,Penang Global Tourism (PGT) telah memperbaharui inisiatif promosi pelancongannya. Antara tindakan promosi pelancongan kepada negara-negara Asia Selatan khususnya pasaran India adalah seperti berikut:

(i) Pada September 2017, PGT telah mengadakan program Familiarization Trip yang berlangsung selama tujuh (7) hari untuk ejen-ejen pelancongan dari Mumbai dan New Delhi. Ejen-ejen tersebut daripada agensi pelancongan GTA Travel merupakan perintis yang berpengalaman dalam produk dan perkhidmatan pelancongan di India;

(ii) PGT telah menyertai India Roadshow dari 17 hingga 24 Januari 2018 untuk mempromosikan Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan di Kolkata, New Delhi, Mumbai dan Bengaluru;

(iii) Pada Mac 2018, PGT dengan kerjasama Tourism Malaysia New Delhi telah mengadakan program Familiarization Trip untuk Gauhar Khan (pelakon wanita Bollywood dan model yang terkenal di India) dan Yatra.com (sebuah syarikat pelancongan yang terkemuka di India yang telah memenangi pelbagai anugerah daripada Kementerian Pelancongan, India) untuk menghasilkan video promosi di Pulau Pinang;

Page 406: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

406

(iv) PGT juga kerap menyertai South Asia’s Leading Travel Show (SATTE) yang diadakan di India bagi mempromosi pelancongan Pulau Pinang kepada pasaran Asia Selatan;

(v) PGT berkerjasama dengan Tourism Malaysia dalam mengaturkan dua chef pakar masakan Malaysia dari Pulau Pinang untuk menyertai Malaysian Food Promotion di India. Program ini telah memperkenalkan Pulau Pinang kepada pasaran India; dan

(vi) PGT telah mengedarkan risalah-risalah dan bahan promosi kepada Pejabat Tourism Malaysia yang terletak di bandar-bandar utama India untuk mempromosikan destinasi pelancongan Pulau Pinang.

Oleh yang demikian, PGT sememangnya tidak mengabaikan pasaran pelancong Asia Selatan, khususnya pasaran India dengan inisiatif promosi pelancongan yang berterusan.

Selain itu, usaha-usaha untuk menarik pasaran pelancong Asia Selatan, khususnya pasaran India turut dilaksanakan oleh Penang Convention and Exhibition Bureau (PCEB). Pada Januari 2018, Kerajaan Negeri melalui PCEB telah menjalankan roadshowpromosi pelancongan di India bersama-sama dengan 17 agensi pelancongan. Pasukan roadshow ini telah menjelajah empat (4) bandar di India bagi mempromosi Pulau Pinang sebagai destinasi utama pelancongan dalam bidang Business Events danMeetings, Incentives, Conventions, Exhibitions (MICE), percutian, perkahwinan dan penggambaran. Dalam Penang International Travel Exchange (PITE) yang diadakan pada September 2018 di Setia SPICE Convention Centre, PCEB telah menghimpunkan 113 ejen-ejen pelancongan dari Global Panorama Showcase, sebuah syarikat rangkaian pelancongan utama dari India. ProgramBusiness-to-Business (B2B) bagi pasaran India ini merupakan yang terbesar diadakan di Malaysia. Melalui program ini, sebanyak 5,763 pakej berkaitan sektor pelancongan Pulau Pinang telah berjaya dijual. PCEB juga telah menghasilkan video promosi pelancongan bagi pasaran India. Bagi tahun 2019, PCEB akan menggandakan usaha bagi mempromosi pelancongan Pulau Pinang ke pasaran India dengan sasaran pelancong dari bandar Chennai, Ahmedabad, Mumbai dan New Delhi.

Baru-baru ini semasa lawatan Chief Executive Officer (CEO) Air Asia ke Pulau Pinang, Yang Berhormat (YB.) Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) Pelancongan telah menyatakan hasrat untuk mengadakan penerbangan terus antara Pulau Pinang dan India.

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

9. Sila nyatakan tanah-tanah perkuburan Hindu di seluruh Negeri Pulau Pinang dan status pemilikan tanah-tanah perkuburan Hindu tersebut.

Y.A.B. Ketua Menteri:

9. Senarai tanah-tanah perkuburan Hindu di Negeri Pulau Pinang dan status pemilikan tanah-

tanah perkuburan tersebut mengikut daerah adalah seperti di Lampiran A.

RUJUK LAMPIRAN A.

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

10. Apakah kriteria pemilihan ahli jawatankuasa OSC dalam PBT di Pulau Pinang?

(a) Adakah mereka yang dipilih sebagai ahli OSC ini mempunyai sensitiviti sosial seperti pemahaman budaya, agama dan penduduk tempatan?

(b) Kenapakah ada keputusan OSC di MPSP tidak sensitif sosial, seperti meletakkan tapak RIBI di tepi tong sampah dan IWK?

Page 407: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

407

Y.A.B. Ketua Menteri:

10. Keahlian Jawatankuasa Unit Pusat Setempat (OSC) di Pihak Berkuasa Tempatan adalah berdasarkan Pekeliling Ketua Setiausaha, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Bilangan 6 Tahun 2008 iaitu terdiri daripada seorang Pengerusi, seorang Setiausaha, empat (4) Ahli Majlis, dua (2) Ahli Majlis Pemerhati dan Jabatan-Jabatan Teknikal Dalaman Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan Teknikal Luaran tetap yang bertanggungjawab memberikan ulasan teknikal bagi setiap permohonan pelan pemajuan. Walau bagaimanapun, pekeliling tersebut tidak menyatakan secara terperinci kriteria pemilihan Ahli Jawatankuasa OSC. Namun, Kerajaan Negeri membuat pemilihan Ahli Jawatankuasa OSC dengan mengambilkira perkara-perkara seperti berikut:

(i) Penguasaan Bahasa Inggeris dan Bahasa Kebangsaan;

(ii) Memiliki pengalaman kerja dalam bidang yang tertentu yang boleh memberi manfaat kepada jawatankuasa berkenaan;

(iii) Mempunyai kepakaran dan pengetahuan dalam sesuatu bidang disesuaikan dalam keanggotaan jawatankuasa tersebut; dan

(iv) Mempunyai latar belakang pendidikan yang bersesuaian seperti Sijil/Diploma/Ijazah.

(a) Ahli Jawatankuasa OSC yang dilantik oleh Kerajaan Negeri adalah dipilih berdasarkan kepada kegiatan dan sumbangan aktif masing-masing kepada masyarakat di Negeri Pulau Pinang. Ahli-Ahli Jawatankuasa OSC yang dilantik adalah dikalangan individu yang mempunyai sensitiviti sosial selain mempunyai latar belakang, pengalaman dan pemahaman yang luas berkaitan budaya, agama dan penduduk setempat.

(b) Isu ini berlaku disebabkan pemaju ingin menyediakan tapak tersebut secara fizikal sedangkan tapak pemajuan adalah terhad dan kecil. Selain itu, kesesuaian tapak cadangan yang dicadangkan oleh pemaju kurang diberi penekanan semasa kelulusan diberikan. Dalam menangani masalah ini, MPSP telah menyediakan satu dasar di mana bagi pembangunan yang mempunyai tapak yang kecil dan terhad, pemaju dibenarkan menggantikan tapak RIBI tersebut dengan sumbangan kewangan. MPSP juga telah memastikan penekanan diberikan terhadap penentuan lokasi yang disediakan oleh pemaju semasa kelulusan di berikan.

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

11. Apakah rancangan/tindakan yang diambil untuk mengawal kesesakan lalu lintas di Jalan Heng Choon Thian, persimpangan masuk keluar ke Jalan Bagan Luar-BORR yang disebabkan oleh lori-lori kontena?

(a) Apakah tindakan penguatkuasaan yang telah diambil oleh PDRM, JPJ & SPAD terhadap lori-lori kontena yang mengganggu lalu lintas di kawasan berkenaan pada waktu puncak?

Y.A.B. Ketua Menteri:

11. Tindakan serta perancangan Kerajaan Negeri bagi mengawal kesesakan lalu lintas di Jalan Heng Choon Thian dan persimpangan keluar masuk Jalan Bagan Luar BORR yang disebabkan oleh lori-lori kontena adalah seperti berikut:

(i) Menugaskan anggota trafik PDRM bagi mengawal dan menyuraikan kesesakan lalu lintas;

(ii) Menjalankan tindakan penguatkuasaan dengan mengeluarkan saman terhadap kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan;

Page 408: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

408

(iii) Menjalankan advokasi kepada pemandu-pemandu lori kontena; dan

(iv) Mengadakan perbincangan berterusan dengan semua pihak yang terlibat bersama dengan pihak pengurusan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang bagi mengatasi masalah ini.

Kerajaan Negeri telah mengadakan perbincangan bersama pihak Persatuan Wakil-wakil Penghantaran Pulau Pinang (Penang Freight Forwarders Association - PFFA) pada 29 Oktober 2018. Pihak PFFA telah menyuarakan beberapa isu antaranya berkaitan dengan isu lori kontena yang menyebabkan kesesakan lalu lintas terutama di sepanjang jalan menuju ke depot. Pihak Kerajaan Negeri akan meneliti isu ini bersama dengan pihak Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) untuk tindakan lanjut.

(a) Tindakan penguatkuasaan yang telah diambil oleh agensi penguatkuasaan (PDRM, JPJ dan SPAD) terhadap lori-lori kontena yang mengganggu lalu lintas adalah seperti berikut:

(i) Mengeluarkan saman sekiranya pemandu-pemandu lori kontena melanggar peraturan Akta Pengangkutan Jalan; dan

(ii) Mengarahkan lori kontena untuk beredar dengan segera ke kawasan lain sekiranya mengganggu lalu lintas di kawasan tersebut.

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

12. Apakah fungsi Penang Youth Development Corporation (PYDC)?

(a) Sila senaraikan program-program yang dikendalikan oleh PYDC sepanjang tahun 2016, 2017 & 2018?

(b) Berapakah peruntukkan yang telah disalurkan untuk pembangunan belia di Pulau Pinang melalui PYDC?

Y.A.B. Ketua Menteri:

12. Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang atau lebih dikenali sebagai Penang Youth Development Corporation (PYDC) telah ditubuhkan pada tahun 2012 bertujuan untuk memperkasa dan melengkapkan golongan belia di Negeri Pulau Pinang dengan pelbagai ilmu dan kemahiran dalam menghadapi cabaran masa depan.

Buat masa ini, PYDC memfokuskan tiga (3) sektor utama dalam pembangunan belia, iaitu:

(i) Pendidikan dan Kerjaya;

(ii) Pembangunan Bakat dan Kepimpinan; dan

(iii) Kesedaran Sivik dan Demokrasi.

(a) Senarai program yang dikendalikan oleh PYDC bagi tempoh tahun 2016 hingga 2018 adalah seperti di Lampiran A.

(b) Sejumlah RM3,198,236.00 telah diperuntukkan kepada PYDC sejak tahun 2016 bagi pembangunan belia serta kos operasi PYDC. Perincian adalah seperti berikut:

(i) Tahun 2016 – RM610,511.00

(ii) Tahun 2017 – RM767,725.00

(iii) Tahun 2018 – RM1,820,000.00

Daripada jumlah tersebut, RM1 juta telah diperuntukkan khusus untuk pembangunan inisiatif e-Sports di Negeri Pulau Pinang pada tahun 2018.

RUJUK LAMPIRAN A.

Page 409: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

409

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

13. Adakah Kerajaan Negeri bersedia dan mempunyai apa rancangan untuk membangunkan Institusi Pendidikan milik Kerajaan Negeri seperti UNISEL di Selangor, dengan kerjasama dengan mana-mana universiti antarabangsa?

Y.A.B. Ketua Menteri:

13. Setakat ini Kerajaan Negeri tidak bercadang untuk membina sebuah universiti seperti UNISEL di negeri Pulau Pinang. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri sememangnya berhasrat dan mempunyai perancangan untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai hab pendidikan antarabangsa. Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) telah berjaya menarik minat KDU University College dan sebuah universiti swasta yang berusaha sama dengan PKT Logistics Group Sdn Bhd untuk mendirikan kampus di Bandar Cassia, Batu Kawan. PDC kini sedang berusaha untuk menarik minat sekolah antarabangsa, sekolah swasta dan beberapa pusat pendidikan lagi ke kawasan tersebut.

Kerajaan Negeri juga telah menerima cadangan pembangunan sekolah antarabangsa Stonyhurst Penang dengan kerjasama Stonyhurst College dari United Kingdom di atas tanah milik Perbadanan Ketua Menteri (CMI) Lot 705 (Lot baharu 100008), Seksyen 1, Bandar Tanjung Pinang, Daerah Timur Laut yang meliputi kawasan seluas 4.33 ekar (17,546 mp). Stonyhurst merupakan kolej berusia 425 tahun dan akan menggunakan silibus akademik dan kokurikulum dari United Kingdom bagi pelajar seawal umur empat (4) tahun sehingga lapan belas (18) tahun dengan persijilan O Level, A Level dan International Baccalaureate(IB) Level. Projek ini kini dalam peringkat perancangan dan pelan telah dikemukakan kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang. Pembangunan projek ini akan mengambil masa 24 bulan selepas mendapatkan kelulusan semua pelan berkaitan.

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

14. Tender terbuka di PBT, khususnya di MPSP, seringkali dilihat dimonopoli beberapa syarikat terpilih sahaja.

(a) Adakah keadaan ini wujud disebabkan oleh jabatan dalaman PBT diberi ruang untuk mengulas sokong atau tidak sesuatu syarikat tersebut?

(b) Adakah keadaan ini disebabkan oleh pengalaman kerja diberi keutamaan oleh agensi-agensi berkenaan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

14. (a) Proses tender terbuka oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diuruskan oleh Jabatan mengikut skop kerja masing-masing. Berikut adalah tatacara penilaian bagi tender terbuka yang dijalankan oleh PBT:

(i) Dokumen tender akan dinilai berdasarkan garis panduan penilaian tender yang mengikut kriteria berikut:

Analisa Kesempurnaan Tender;

Analisa Kecukupan Dokumen Wajib;

Analisa Kecukupan Modal; dan

Analisa Pengalaman Kerja.

(ii) Seterusnya, dokumen tender yang telah dinilai akan diperhalusi oleh Jawatankuasa Penilaian Teknikal dan Harga berdasarkan garis panduan yang ditetapkan seperti di Lampiran A.

(iii) Kemudiannya Jawatankuasa Penilaian Teknikal dan Harga akan membuat syor untuk diperakukan oleh Ketua Jabatan sebelum diangkat bagi pertimbangan dan kelulusan Lembaga Perolehan.

Page 410: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

410

Penilaian tender terbuka oleh PBT adalah mengikut Arahan Perbendaharaan, Surat Pekeliling Perolehan Kerajaan, Surat Pekeliling Perolehan PBT dan tatacara yang disebutkan di atas. Sehubungan dengan itu, dakwaan yang mengatakan bahawa tender terbuka di PBT dimonopoli oleh beberapa syarikat terpilih adalah tidak benar.

(b) Terdapat empat (4) kriteria yang diambil kira oleh Lembaga Perolehan PBT semasa mempertimbangkan kontraktor yang berjaya iaitu:

(i) Pengalaman kerja dan prestasi projek-projek yang telah dilaksanakan;

(ii) Kemampuan kewangan yang kukuh;

(iii) Projek semasa di tangan; dan

(iv) Kemampuan teknikal.

Berasaskan kriteria di atas, Lembaga Perolehan akan memutuskan tawaran terbaik dan ada kemungkinan terdapat kontraktor yang ditawarkan lebih dari satu kerja. Namun ianya tidak bermakna kontraktor tersebut memonopoli kerja-kerja yang ditawarkan.

RUJUK LAMPIRAN A.

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

15. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk memacu pembangunan negeri dalam ekonomi yang bersifat lebih lestari?

(a) Sila nyatakan projek Kerajaan Negeri yang dilihat sebagai projek yang mampu memacu ekonomi lestari?

(b) Sila nyatakan projek yang dilihat sebagai projek yang tidak mampan atau lestari dalam pertimbangan semula ataupun dibatalkan oleh Kerajaan Negeri.

Y.A.B. Ketua Menteri:

15. Pembangunan lestari adalah keseimbangan antara keperluan pertumbuhan ekonomi, pembangunan kemajuan sosial, kestabilan politik, pemuliharaan alam sekitar dan lain-lain. Oleh yang demikian, dasarCleaner, Greener, Safer dan Healthier Penang digubal dalam hasrat menjadikan Pulau Pinang bukan sahaja negeri yang bersih malah mempunyai alam sekitar yang hijau dan mampan serta selamat untuk didiami dan mempunyai masyarakat serta persekitaran yang sihat.

Sehubungan itu, bagi menjayakan dasar ini perancangan pembangunan negeri juga menjurus ke arah pembangunan yang seimbang dan lestari. Antara usaha Kerajaan Negeri adalah dalam aspek perancangan guna tanah yang baik dengan mengambil kira alam sekitar agar dapat mengurangkan konflik guna tanah, memelihara kawasan sensitif alam sekitar dan menjaga liputan kawasan hijau.

Dalam masa yang sama, Agenda Hijau Pulau Pinang (Penang Green Agenda) yang sedang disediakan oleh Kerajaan Negeri sebagai roadmap untuk tempoh 10 tahun akan datang (2020 hingga 2030) akan menjadi formula utama dalam mana-mana perancangan pembangunan negeri ke arah menuju bandar sifar karbon (zero carbon city). Selain itu, Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga telah menggerakkan inisiatif Low Carbon City Framework (LCCF) dengan kerjasama Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) bagi merangka dan merancang pembangunan berasaskan strategi dan langkah-langkah ke arah pembangunan rendah karbon.

(a) Antara projek utama yang dirancang untuk dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri yang dilihat mampu memacu ekonomi lestari adalah Projek di bawah Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP), Projek Pembinaan Tapak Pelupusan Sampah di Pulau Burung, Projek perintis Dasar Pengasingan Sisa Di Punca, Projek High

Page 411: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

411

Impact Tebatan Banjir, Projek Perpustakaan Digital Pulau Pinang, Projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM), dan projek pemuliharaan dan pembangunan warisan seperti Projek Pesisir Pantai Utara George Town. Semua projek yang dirancang ini dilihat mampu memacu ekonomi lestari yang menjana ekonomi negeri, menjaga kelestarian alam sekitar dan pembangunan sosial.

(b) Sehingga kini, tiada projek Kerajaan Negeri yang dibatalkan atau dibuat pertimbangan semula kerana tidak lestari atau mampan.

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

16. Dilaporkan bahawa Mantan Ketua Menteri telah menyatakan bahawa kawasan paya bakau di sepanjang persisiran Penaga - Teluk Air Tawar berpotensi untuk dimajukan sebagai kawasan eko-pelancongan dalam satu forum eko-pelancongan pada tahun 2015. Apakah tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk merealisasikan kenyataan tersebut?

Y.A.B. Ketua Menteri:

16. Kerajaan Negeri telah mengenal pasti pesisiran Teluk Air Tawar - Kuala Muda sebagai aset eko-pelancongan. Bagi memajukan kawasan tersebut sebagai kawasan eko-pelancongan, Kerajaan Negeri telah mengambil tindakan seperti berikut:

(i) Persisiran Teluk Air Tawar - Kuala Muda telah dimasukkan dalam Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2030 sebagai Kawasan Pemuliharaan Paya Bakau. Sebahagian Pesisiran Penaga - Teluk Air Tawar merupakan sebahagian daripada rancangan tersebut;

(ii) Dalam proses pewartaan kawasan tersebut sebagai hutan simpanan kekal di bawah Akta Perhutanan Negara 1984. Pewartaan kawasan sepanjang pantai dan sebahagian hutan bakau sebagai hutan simpan kekal adalah amat penting bagi melindungi kawasan hutan paya laut dan hutan nipah daripada mengalami kemusnahan dan dapat mengoptimakan sumbangan kepada kestabilan alam sekitar;

(iii) Mempromosikan kawasan tersebut dalam persidangan antarabangsa. Melalui program Seberang Perai International Conference on Ecotourism and Conservation Efforts (SPICEC 2018) yang telah diadakan pada 8 hingga 9 Oktober 2018, lokasi tersebut telah dijadikan sebagai tempat untuk lawatan teknikal bagi peserta seminar; dan

(iv) Kerajaan negeri akan memberi tumpuan kepada aktiviti birdwatching di lokasi persinggahan burung-burung hijrah dan juga burung spesis tempatan.

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

17. Apakah rancangan dan tindakan Kerajaan Negeri untuk menarik pelabur-pelabur asing dari Asia Selatan, khususnya India untuk melabur di Pulau Pinang, memandangkan Pulau Pinang mampu membuka peluang kepada mereka untuk menembusi pasaran ASEAN?

Y.A.B. Ketua Menteri:

17. Antara rancangan dan tindakan Kerajaan Negeri untuk menarik pelabur – pelabur asing dari Asia Selatan khususnya India ke Pulau Pinang adalah seperti berikut:

(a) Mempertingkatkan kerjasama dengan komuniti bisnes Negara India untuk mempromosikan peluang dan potensi pelaburan yang sedia ada di Pulau Pinang. Syarikat teknologi maklumat (IT) di India mempunyai kemahiran dan kepakaran terutamanya dalam industri “Global Business Services”, Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) serta Pembangunan Perisian Perkomputeran (Software Development) yang dapat mewujudkan peluang pekerjaan bernilai tinggi. Pada

Page 412: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

412

masa kini, pelaburan dari segi reka bentuk/pembangunan perisian dan IT dari Negara India kian meningkat di Pulau Pinang;

(b) Bekerjasama dengan agensi kerajaan pusat seperti MITI dan MIDA terutamanya dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan penawaran insentif negara kepada pelabur yang kompentitif berasaskan ‘benchmark’ antarabangsa khusus kepada negara-negara Asia Selatan. Ini juga merangkumi kemudahan membawa masuk kepakaran luar untuk melatih tenaga kerja tempatan;

(c) Penambahbaikan infrastruktur dilaksanakan secara berterusan bagi taman-taman perindustrian dan teknologi yang bertaraf antarabangsa termasuk perkhidmatan jalur lebar dan menaik taraf utiliti termasuk elektrik dan air.

(d) Menyediakan fasilitasi kepada pelabur supaya membantu dalam “ease of doing business” dan juga bekerjasama dengan semua “stakeholder” supaya kos untuk menjalankan perniagaan (“cost of doing business”) di negeri ini kekal kompetitif; dan

(e) Bekerjasama dengan agensi-agensi dan pihak-pihak berkepentingan seperti pusat pengajian tinggi dan kolej-kolej teknikal dalam memastikan Pulau Pinang mempunyai bakat yang mencukupi untuk memenuhi kehendak para pelabur.

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

18. Apakah komitmen Kerajaan Negeri dalam melawan pemanasan global dan kesannya?

(a) Adakah hutan paya bakau kita akan dilindungi sepenuhnya daripada ancaman pembangunan?

(b) Adakah Kerajaan Negeri mempunyai rancangan untuk mewartakan hutan-hutan paya bakau di Pulau Pinang sebagai Hutan Simpanan Kekal?

Y.A.B. Ketua Menteri:

18. Kerajaan Negeri Pulau Pinang selaras dengan dasar Cleaner, Greener, Safer & Healthier Penang berhasrat untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri yang bersih, mempunyai alam sekitar yang hijau dan mampan, selamat untuk didiami dan mempunyai masyarakat serta persekitaran yang sihat. Berteraskan kepada dasar ini, rancangan dan komitmen Kerajaan Negeri dalam menangani isu pemanasan global (global warming) adalah dengan memulakan proses pembangunan Agenda Hijau Pulau Pinang (Penang Green Agenda) yang akan berperanan sebagai roadmap untuk tempoh 10 tahun bagi memacu Negeri Pulau Pinang ke arah negeri hijau dan lestari (green and sustainable state) dari tahun 2020 hingga tahun 2030. Fokus Penang Green Agenda adalah untuk memformulasikan kaedah bagi:

(i) menangani isu-isu sensitif alam sekitar berpaksikan kepada pemeliharaan, pemuliharaan dan kawalan pencemaran ke arah kelestarian;

(ii) mengenal pasti sasaran jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang untuk meningkatkan kelestarian alam sekitar; dan

(iii) merangka strategi dan pelan tindakan untuk mencapai sasaran kelestarian alam sekitar yang telah dikenal pasti berdasarkanSustainable Development Goals.

Proses pembangunan Penang Green Agenda dimulakan pada tahun 2017 dan dijangka siap sepenuhnya pada penghujung 2019. Proses ini dilaksanakan dalam tiga (3) fasa seperti berikut:

(i) Fasa Pertama: mengenal pasti skop, halatuju, rangka kerja, tindakan, tugas serta tanggungjawab pihak berkepentingan;

(ii) Fasa Kedua: mengenal pasti sasaran serta indikator yang perlu dicapai dan membentuk strategi serta pelan tindakan untuk mencapai sasaran yang dikenal pasti; dan

Page 413: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

413

(iii) Fasa Ketiga: pelancaran dan pelaksanaan pelan tindakan secara bersepadu.

Pada masa ini, pembangunan Penang Green Agenda berada pada peringkat Fasa Kedua.

Selain itu, Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan telah mengerakkan inisiatif Low Carbon City Framework (LCCF)dengan kerjasama Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC). Rangka kerja ini akan membolehkan Pihak Berkuasa Tempatan merangka dan merancang pembangunan berasaskan strategi dan langkah-langkah ke arah pembangunan rendah karbon dan secara langsung menangani isu pemanasan global.

(a) Terdapat dua (2) Hutan Simpan Kekal (HSK) jenis hutan paya laut dengan jumlah keluasan 381.04 hektar di Negeri Pulau Pinang iaitu Hutan Simpan Balik Pulau, Daerah Barat Daya dan Hutan Simpan Byram, Seberang Perai Selatan. Kawasan hutan paya laut yang telah diwartakan sebagai HSK di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 adalah dilindungi sepenuhnya daripada sebarang pencerobohan atau penukaran kepada guna tanah yang lain. Kawasan yang telah diwartakan ini akan terus kekal terpelihara dan terjamin sumbangannya dari aspek alam sekitar dan sosio ekonomi kepada rakyat. Selain itu, pihak Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang (JPNPP) akan menguatkuasakan Akta Perhutanan Negeri 1984 ke atas mana-mana pihak yang didapati melakukan sebarang penebangan pokok bakau di dalam mana-mana HSK dan Tanah Kerajaan dan boleh disabitkan di bawah seksyen 15, Akta Perhutanan Negara 1984. Akta ini memperuntukkan larangan mengambil hasil hutan dari mana-mana HSK atau tanah Kerajaan yang boleh didenda sehingga RM500,000.00 dan penjara selama satu (1) hingga dua puluh (20) tahun.

(b) Kerajaan Negeri melalui JPNPP komited untuk mengekalkan dan seterusnya meningkatkan keluasan pewartaan HSK jenis hutan paya laut di Negeri Pulau Pinang dari semasa ke semasa sebagai usaha melawan pemanasan global dan memelihara sumber biodiversiti. Sehubungan itu, JPNPP telah mengenal pasti kawasan hutan paya bakau seluas 664 hektar dalam tanah kerajaan di Negeri Pulau Pinang untuk diwartakan sebagai HSK di lapan (8) kawasan berikut:-

(i) Penaga (200 hektar) tidak termasuk kawasan ZIA Penaga; (ii) Air Hitam Dalam (10 hektar); (iii) Sungai Perai (100 hektar); (iv) Sungai Juru/Sungai Jawi (150 hektar); (v) Sungai Kerian / Sungai Chenaam / Sungai Udang (100 hektar); (vi) Pantai Acheh (60 hektar); (vii) Balik Pulau (40 hektar); dan (viii) Batu Maung (4 hektar).

Pada peringkat ini, JPNPP bersama jabatan-jabatan berkepentingan sedang mengemaskini dan melaksanakan pemurnian pelan warta kawasan tersebut untuk diwartakan sebagai HSK di bawah Akta Perhutanan Negara 1984.

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

19. Bilakah perkhidmatan "Water Taxi" di antara Butterworth dan Georgetown akan dilaksanakan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

19. Rancangan untuk mewujudkan perkhidmatan water taxi merupakan salah satu cadangan yang terkandung dalam Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP). Namun begitu, beberapa kajian terperinci perlu dilaksanakan terlebih dahulu bagi mengenal pasti keperluan serta permintaan terhadap perkhidmatan ini sebelum ianya dapat dilaksanakan.

Page 414: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

414

Kerajaan Negeri juga perlu mendapatkan kelulusan bagi permohonan pengoperasian water taxi ini daripada Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang dan Bahagian Maritim di bawah Kementerian Pengangkutan. Antara syarat-syarat yang perlu dipenuhi dalam permohanan adalah:

(a) Syarikat perlu mendapatkan kebenaran dan hak berlabuh (berthing right) di terminal secara bertulis daripada pihak berkuasa negeri iaitu Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang.

(b) Syarikat hanya boleh memohon untuk mendapatkan Lesen Perkapalan Dalam Negeri setelah mendapat kebenaran dan hak berlabuh (berthing right) di terminal yang berkaitan secara bertulis daripada Pihak Berkuasa Negeri.

(c) Syarikat bertanggungjawab untuk mendapatkan kelulusan berhubung slot pelayaran dan frekuensi perkhidmatan feri daripada Jabatan Laut Malaysia dan Pihak Berkuasa Negeri;

(d) Syarikat feri perlu menggunakan feri daftaran Malaysia sahaja bagi maksud mengendalikan perkhidmatan feri di laluan tempatan; dan

(e) Sebarang kelulusan adalah tertakluk kepada syarat-syarat teknikal, operasi, keselamatan dan sekuriti serta lain-lain syarat yang akan ditetapkan oleh Jabatan Laut Malaysia dan Kementerian Pengangkutan dari semasa ke semasa.

Perkhidmatan Water Taxi dijangka akan dilaksanakan pada tahun 2025 berdasarkan kajian Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang yang dilaksanakan oleh Halcrow.

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

20. Laporan Tahunan Jabatan Perhutanan tahun 2013, dinyatakan bahawa Hutan Paya Laut di atas tanah kerajaan seluas 100 hektar di Sungai Perai dicadangkan untuk dijadikan Hutan Simpanan Kekal Hutan Paya Laut.

(a) Sila nyatakan lokasi spesifik 100 hektar tersebut.

(b) Berapa hektar hutan paya laut tersebut telah diwartakan sehingga kini?

Y.A.B. Ketua Menteri:

20. (a) Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang telah mengenalpasti kawasan hutan paya laut seluas 664 hektar di sepanjang pesisiran pantai di Negeri Pulau Pinang untuk diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal (HSK) termasuk hutan paya laut di atas tanah Kerajaan seluas 100 hektar di Sungai Perai, Seberang Perai Tengah. Kawasan ini terletak di tanah Kerajaan sepanjang pesisiran pantai antara Sungai Perai, Seberang Perai Tengah dan Sungai Juru, Seberang Perai Tengah.

(b) Pada peringkat ini, kawasan hutan paya laut di Sungai Perai, Seberang Perai Tengah masih dalam proses pewartaan. Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang bersama jabatan-jabatan berkepentingan sedang mengemaskini dan melaksanakan pemurnian pelan warta kawasan tersebut sebelum ianya diwartakan sebagai HSK di bawah Akta Perhutanan Negara 1984.

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

21. Kerja-kerja mendalamkan dan mengorek keluar sedimen di Sungai Perai, khususnya di muara Sungai Perai dijangka akan mengurangkan risiko banjir kilat di kawasan Bagan Dalam dan Perai.

(a) Bilakah kerja-kerja fizikal tersebut akan dimulakan?

(b) Apakah model kewangan untuk projek tersebut?

Page 415: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

415

Y.A.B. Ketua Menteri:

21. Jabatan Pengairan dan Saliran Pulau Pinang (JPSPP) tidak mempunyai perancangan dalam masa terdekat untuk menjalankan kerja-kerja mendalamkan dan mengorek muara Sungai Perai. Kajian Intergrated River Basin Management (IRBM) bagi Lembangan Sungai Perai kini sedang dilaksanakan oleh JPSPP untuk menyokong permohonan peruntukan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Lembangan Sungai Perai yang telah dimohon di bawah peruntukan persekutuan.

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

22. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai rancangan untuk membangunkan satu kawasan pelancongan "birdwatching" yang mampu menarik pelancong dari luar seperti Bukit Timah Nature Reserve di Singapura?

Y.A.B. Ketua Menteri:

22. Pulau Pinang merupakan antara destinasi pelancong untuk melihat kepelbagaian spesies-spesies burung tempatan ataupun burung hijrah. Antara tempat yang menjadi tumpuan bagi birdwatching adalah Hutan Paya Bakau Sungai Burung yang terletak di Balik Pulau, Taman Negara Pulau Pinang, Taman Botani, Penang Hill, Hutan Pelajaran Air Hitam Dalam, Hutan Simpan Bukit Juru, Pulau Burung di Byram, Taman Negeri Bukit Panchor, Taman Eko Rimba Bukit Mertajam dan Pesisiran Pantai Teluk Ayer Tawar di Butterworth.

Antara kawasan yang tersenarai, Hutan Pelajaran Air Hitam Dalam adalah kawasan yang paling sesuai untuk dibangunkan sebagai kawasan pelancongan birdwatching di Pulau Pinang. Kawasan yang berkeluasan lebih kurang 10 hektar ini mempunyai lebih daripada 150 spesies burung. Tempoh bulan Oktober hingga Jun merupakan musim memerhati burung hijrah di kawasan hutan pelajaran ini.

Bagi membangunkan Hutan Pelajaran Air Hitam Dalam sebagai kawasan pelancongan birdwatching, Kerajaan Negeri telah melaksanakan Kursus Pengenalan Aktiviti Birdwatching yang bertujuan untuk memberi pendedahan asas kepada pegawai dan kakitangan agensi kerajaan, pengurus homestay dan masyarakat setempat dalam mengenal spesies-spesies burung yang terdapat di kawasan Hutan Pelajaran Air Hitam Dalam. Kerajaan Negeri juga telah bekerjasama dengan penggiat aktiviti birdwatching dalam menerbitkan risalah pelancongan Birdwatching in Penang.

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

23. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk menarik minat birdwatchers dari benua Eropah dan Amerika Utara?

Y.A.B. Ketua Menteri:

23. Rancangan Kerajaan Negeri untuk menarik minat birdwatchers dari benua Eropah dan Amerika Utara adalah seperti berikut:

(i) Menerbitkan risalah Birdwatching in Penang bagi mempromosikan aktiviti pelancongan pemerhati burung di Pulau Pinang. Bagi memudahkan capaian risalah ini kepada umum, risalah ini telah dimuat naik ke laman web pelancongan Pulau Pinang, mypenang.gov.my.

(ii) Mempromosikan birdwatching dalam tradeshow, roadshow, sales mission serta familiarization trip yang disertai atau dianjurkan oleh Kerajaan Negeri. Antaranya, aktiviti birdwatching di Pulau Pinang telah dipromosikan kepada ejen-ejen pelancongan semasa World Travel Mart di London bagi pasaran Eropah dan Amerika Utara.

Page 416: SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/SALINAN PORTAL MESY KEDUA PENG… · SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN

416

(iii) Menyediakan kemudahan yang seimbang antara keperluan para pencinta burung dengan mengekalkan alam semulajadi sebagai habitat yang kondusif kepada burung hijrah dan burung tempatan. Antara kemudahan yang disediakan adalah laluan pejalan kaki, menara pandang, jambatan gantung dan juga program penanaman pokok-pokok nadir. Kemudahan-kemudahan ini akan membantu menambahkan keselesaan pelancong.

(iv) Mengenal pasti burung yang terancam dan hampir pupus yang berada dalam senarai International Union for Conservation of Nature’s Red List of Threatened Species (ICUN Red List) yang tidak terdapat di kawasan Eropah dan Amerika Utara untuk dipromosi bagi menarik minat para pelancong. Antara burung hijrah yang dikenal pasti adalah Spoon-billed Sandpiper (Eurynorhynchus pymaes) di mana ianya telah dikategorikan sebagai hampir pupus atau ‘critically endangered’ dan Chinese Egret (Egretta eulophotes) yang telah dikategorikan sebagai terancam atau ‘vulnerable’. Spesies-spesies yang sukar ditemui di tempat lain amat berpotensi untuk dijadikan tarikan peminat birdwatchers antarabangsa terutamanya dari benua Eropah dan Amerika Utara.