soalan esei pengajian am (kegiatan memberi pinjaman wang secara haram).docx

2
Soalan Esei PENGAJIAN AM Kegiatan memberi pinjaman wang secara haram yang mendapat permintaan tinggi daripada masyarakat menghadapi pelbagai masalah untuk membendungnya. Bincangkan. Kombinasi Soalan: 5+0 Isu Soalan: Kegiatan Memberi Pinjaman Wang Secara Haram Fokus Isu: Masalah Untuk Membendungnya Kegiatan memberi pinjaman wang secara haram merujuk kepada orang perseorangan ataupun badan tertentu yang menawarkan pinjaman secara haram pada kadar faedah yang tinggi. Aktiviti ini mendapat sambutan hangat daripada masyarakat dan sukar untuk diatasi. Antara masalah yang dihadapi bagi membendung kegiatan memberi pinjaman wang secara haram ialah sikap peminjam. Mereka sering menganggap pemberi pinjaman wang tersebut sebagai jalan pintas untuk menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi. Keperluan untuk mendapatkan wang dengan segera menyebabkan peminjam hilang pertimbangan. Terdapat juga peminjam yang meminjam kerana mahu memenuhi gay hidup mewah mereka. Seterusnya, syarat pinjaman wang yang hanya merupakn masalah untuk menghalang kegiatan ini. Pemberi pinjaman secara haram hanya menetapkan prosedur dan syarat pinjaman yang longgar. Dokumen yang banyak tidak diperlukan, sebaliknya hanya salinan pasport atau kad pengenalan sahaja diperlukan untuk kelulusan sesuatu permohonan pinjaman. Pinjaman juga diluluskan dalam masa yang singkat. Peminjam yang disenaraikan hitam dan muflis juga layak untuk mendapatkan pinjaman. Kegiatan ini sukar untuk dibendung kerana publisiti yang meluas. Promosi perkhidmatan pinjaman wang secara haram dilakukan secara meluas di merata tempat. Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi telah menyebabkan iklan perkhidmatan peminjam wang secara haram disebarkan di media sosial seperti “facebook”, “twitter”, dan “blog”. Agen-agen pinjaman ini juga bergerak secara aktif untuk mencari pelanggan. Selain itu, syarat pinjaman institusi kewangan yang ketat telah menyukarkan kegiatan ini dibendung. Banyak prosedur yang harus dipenuhi oleh peminjam bagi mendapatkan kelulusan pinjaman. Proses kelulusan juga mengambil masa yang panjang sedangkan peminjam memerlukan wang dengan kadar segera. Situasi ini menyebabkan peminjam terpaksa mengambil jalan pintas dengan membuat pinjaman daripada peminjam wang secara haram. Masalah berikutnya bagi membendung kegiatan memberi pinjaman wang secara haram ialah kelemahan penguatkuasaan undang-undang. Undang-undang berkaitan wang secara haram sudah lapuk dan tidak pernah dikemas kini. Hukuman pula hanya dikenakan kepada pihak

Upload: jangan-tengok

Post on 21-Jan-2018

534 views

Category:

Education


24 download

TRANSCRIPT

Page 1: Soalan esei pengajian am (kegiatan memberi pinjaman wang secara haram).docx

Soalan Esei PENGAJIAN AM

Kegiatan memberi pinjaman wang secara haram yang mendapat permintaan tinggi daripada

masyarakat menghadapi pelbagai masalah untuk membendungnya. Bincangkan.

Kombinasi Soalan: 5+0

Isu Soalan: Kegiatan Memberi Pinjaman Wang Secara Haram

Fokus Isu: Masalah Untuk Membendungnya

Kegiatan memberi pinjaman wang secara haram merujuk kepada orang perseorangan

ataupun badan tertentu yang menawarkan pinjaman secara haram pada kadar faedah yang tinggi.

Aktiviti ini mendapat sambutan hangat daripada masyarakat dan sukar untuk diatasi.

Antara masalah yang dihadapi bagi membendung kegiatan memberi pinjaman wang

secara haram ialah sikap peminjam. Mereka sering menganggap pemberi pinjaman wang tersebut

sebagai jalan pintas untuk menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi. Keperluan untuk

mendapatkan wang dengan segera menyebabkan peminjam hilang pertimbangan. Terdapat juga

peminjam yang meminjam kerana mahu memenuhi gay hidup mewah mereka.

Seterusnya, syarat pinjaman wang yang hanya merupakn masalah untuk menghalang

kegiatan ini. Pemberi pinjaman secara haram hanya menetapkan prosedur dan syarat pinjaman

yang longgar. Dokumen yang banyak tidak diperlukan, sebaliknya hanya salinan pasport atau

kad pengenalan sahaja diperlukan untuk kelulusan sesuatu permohonan pinjaman. Pinjaman juga

diluluskan dalam masa yang singkat. Peminjam yang disenaraikan hitam dan muflis juga layak

untuk mendapatkan pinjaman.

Kegiatan ini sukar untuk dibendung kerana publisiti yang meluas. Promosi perkhidmatan

pinjaman wang secara haram dilakukan secara meluas di merata tempat. Perkembangan

teknologi maklumat dan komunikasi telah menyebabkan iklan perkhidmatan peminjam wang

secara haram disebarkan di media sosial seperti “facebook”, “twitter”, dan “blog”. Agen-agen

pinjaman ini juga bergerak secara aktif untuk mencari pelanggan.

Selain itu, syarat pinjaman institusi kewangan yang ketat telah menyukarkan kegiatan ini

dibendung. Banyak prosedur yang harus dipenuhi oleh peminjam bagi mendapatkan kelulusan

pinjaman. Proses kelulusan juga mengambil masa yang panjang sedangkan peminjam

memerlukan wang dengan kadar segera. Situasi ini menyebabkan peminjam terpaksa mengambil

jalan pintas dengan membuat pinjaman daripada peminjam wang secara haram.

Masalah berikutnya bagi membendung kegiatan memberi pinjaman wang secara haram

ialah kelemahan penguatkuasaan undang-undang. Undang-undang berkaitan wang secara haram

sudah lapuk dan tidak pernah dikemas kini. Hukuman pula hanya dikenakan kepada pihak

Page 2: Soalan esei pengajian am (kegiatan memberi pinjaman wang secara haram).docx

pemberi pinjaman, tetapi peminjam yang tidak membeyar tersebut tidak dihukum dengan

sewajarnya. Kegiatan peminjam wang secara haram juga sukar dikesan kerana mereka sering

berselindung di sebalik perniagaan lain.

Kesimpulannya, masyarakat hari ini hendaklah bersatu tenaga dengan pihak berkuasa

untuk menangani kegiatan ini. Kegiatan ini boleh mengundang padah bukan sahaja kepada

masyarakat, bahkan juga kepada pembangunan negara.