soalan esei -jwpn

Upload: shana-ana

Post on 04-Oct-2015

92 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pm

TRANSCRIPT

Sejarah - Sumbangan/Pencapaian PBBPengenalan :

- Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ditubuhkan pada 1945 selepas kegagalan Liga Bangsa dalam menjaga keamanan dunia apabila tercetusnya PD2.- Matlamat utama PBB ialah memelihara keamanan & keselamatan sejagat- PBB juga mainkan peranan dlm menyelesaikan setiap konflik antarabangsa yg berlaku scr aman dan tanpa kekerasan.- Sejak awal penubuhan hingga hari ni, PBB telah memberikan sumbangan yg amat besar dlm pelihara keamanan & kesejahteraan dunia.

Isi :

1. Kemerdekaan Wilayah Jajahan

- PBB memainkan peranan dlm menyelesaikan masalah kemerdekaan wilayah jajahan.- Dalam Piagam PBB ada dikatakan bahawa negara-negara anggota PBB yg diamanahkan mentadbir wilayah jajahan harus memastikan : a) Penduduk wilayah dpt layanan saksama b) Penduduk wilayah dpt perlindungan daripada keganasan c) Menggalakkan pemerintahan sendiri- 1960, Mjls Perhimpunan Agung PBB meluluskan pengisytiharaan tentang pemberian kemerdekaan kpd wilayah & penduduk yang terjajah.- 1961, satu jawatankuasa khusus ditubuhkan iaitu Special Committe on Decolonization untuk membebaskan wilayah jajahan.

2. Masalah Pelarian

- Peringkat awal, PBB menubuhkan International Refugee Organization (IRO) bagi menempatkan semula, menghantar pulang & bg pelindungan kpd lebih 1 000 000 pelarian- PBB juga adakan rundingan diplomatik bg menempatkan pelarian di negara2 tertentu- 1952, UN High Commissioner for Refugees (UNHCR) ditubuhkan utk menangani masalah pelarian dgn lebih berkesan

3. Dasar Aparteid

- Aparteid ialah amalan menyisihkan kaum kulit hitam daripada kaum kulit putih- 1962, Mjls Perhimpunan Agung PBB menubuhkan jawatankuasa khas bg menangani masalah Aparteid.- PBB sarankan semua negara anggotanya memutuskan hubungan diplomatik dgn Afrika Selatan- 1963,Mjls Perhimpunan Agung PBB meluluskan Pengisytiharaan Pembasmian Segala Bentuk Diskriminasi Ras.

4. Menangani Konflik Antarabangsa

- Mjls Keselamatan PBB memainkan peranan dlm menyelesaikan konflik dgn aman- 1946, Mjls Keselamatan berjaya mengundurkan tentera Soviet Union (SU) dr utara Iran- 1956, Mjls Keselamatan berjaya selesaikan krisis Terusan Suez-1960 - 1962, PBB hantar pasukan pendamai ke wilayah Congo yg sedang huru-hara- 1964 - 1979, PBB mainkan peranan dlm mengawal persengketaan di Cyprus drpd merebak.

5. Perebutan Pulau

- Isu perebutan pulau Spratly yg berlaku antara China, Taiwan , Vietnam, Filipina, Brunei & Malaysia.- PBB menyelesaikan masalah tersebut dgn melaksanakan Undang-undang Laut yg diluluskan Mjls Perhimpunan Agung PBB pd November 1994.

6. Perlumbaan Senjata

- PBB berusaha mengawal perkembangan senjata moden yg mampu mengancam keselamatan dunnia- PPP menyekat penggunaan senjata nuklear & senjata kimia- PBB berjaya mempengaruhi SU & US untuk mengundurkan peluru berpandu masing2 dlm krisis di Cuba- PBB berjaya mempengaruhi pihak2 yg terlibat dlm peperangan Iran-Iraq sehingga mencapai gencatan senjata- mengenakan sekatan ekonomi & menghentikan bantuan kewangan kpd Pakistan krn menjalankan ujian bom nuklear semasa persengketaan antara India - Pakistan utk merebut Wilayah Kashmir

7.Bantuan Negara Mangsa Perang - PBB bg sumbangan utk bantu negara2 mangsa perang selepas Perang Dunia ke-2 - PBB bagi bantuan kpd negara mangsa perang menerusi "Program Bantuan & Pembangunan Semula PBB" - Peringkat awal, PBB tertumpu pd negara2 sekutu blok Barat - PBB juga bantu negara2 mangsa perang di Asia, Timur Jauh, Amerika Latin & Afrika - PBB bg bantuan perkhidmatan & kebajikan utk memastikan kualiti kehidupan masyarakat terpelihara - Agensi PBB yg memainkan peranan dlm memberi bantuan kpd mangsa perang: a) Pertubuhan Makanan & Pertanian (FAO) b) Tabung Kanak-kanak PBB (UNICEF) c) Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO)

8. Pembangunan Negara Mundur - PBB sediakan pinjaman utk pembangunan bg negara2 mundur - PBB menubuhkan International Development Association (IDA) sbg badan gabunganBank Dunia - IDA diberi kuasa membiayai projek yg memberi sumbangan kpd kemajuan wilayah - Mjls Ekonomi & Sosial diberi tanggungjwb dlm mengumpul data tntg kemajuan sosial & ekonomi antarabangsa

Penutup :

- PBB berjaya mempertahankan keamanan & kesejahteraan masyarakat dunia dgn berkesan- PBB sentiasa ambil langkah yg bijak bagi menangani konflik yg melibatkan negara2 anggota.

. PBB berjaya membawa keamanan dunia selepas Perang Dunia Kedua. Bincangkan.PengenalanPertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) ditubuhkan pada bulan Oktober 1945.Matlamat utama penubuhan PBB adalah untuk memelihara keamanan dan keselamatan sejagat.PBB juga memainkan perannan menyelesaikan konflik antarabangsa antara secara aman tanpa penggunaan kekerasan.Sejak awalan penubuhan hingga ke hari ini, PBB telah memberikan sumbangan yang amat besar dalam memelihara keamanan dan kesejahteraan masyarakat dunia.Isi-isi pentingKemerdekaan wilayah jajahanPBB memainkan peranan menyelesaikan masalah kemerdekaan wilayah jajahan.Pada tahun 1960, PBB memluluskan perisytiharan kemerdekaan kepada wilayah dan penduduk negara yang dijajah.Masalah pelarianPBB memainkan peranan dalam menyelesaikan masalah pelarian.Bagi menangani masalah ini, PBB mengadakan rundingan diplomatik bagi menempatkan pelarian di negara-negara tertentu.Dasar ApartiedPBB menubuhkan jawatankuasa khas bagi menangani masalah Aparteid.Pada tahun 1963, Perhimpunan Agung PBB meluluskan Perisytiharaan Pmbasmian Segala Bentuk Diskriminasi Ras.Hak asasi sejagatPada tahun 1948, PBB menggubal Perisytiharan Hak Asasi Sejagat.Perjanjian berhubung dengan hak asasi sejagat diluluskan oleh PBB pada tahun 1966.

Menangani konflik antarabangsaPBB memainkan peranan dalam menyelesaikan konflik secara aman.Pada tahun 1956, Majlis Keselamatan berjaya menyelesaikan krisis Terusan Suez.PBB juga menghantar pasukan pendamai ke Congo pada tahun 1960 untuk memulihkan keamanan di negara tersebut.Membantu negara mangsa perangPBB memberi bantuan kepada negara-negara yang menjadi mangsa perang "Program Bantuan dan Pembangunan Semula PBB".Dalam konteks ini, PBB memberi khidmat kebajikan bagi memastikan kualiti kehidupan rakyat di negara tersebut terpelihara.Membangunkan negara-negara mundurPBB menyediakan pinjaman untuk pembangunan negara-negara mundur.International Develpoment Association(IDA) ditubuhkan untuk membiayai projek yang memberi sumbangan kepada kemajuan wilayah.Menyelesaikan perebutan pulauPBB berusaha menangani masalah perebutan pulau agar ketegangan antara negara dapat dikurangkan.Bagi menyelesaikan masalah perebutan pulau, PBB melaksanakan Undang-undang Laut pada tahun 1994.Mengatasi perlumbaan senjataPBB mengambil langkah menyekat penggunaan senjata nuklear dan senjata kimia yang meninggalkan kesan buruk terhadap mangsa perang.Sebagai contoh, PBB mempengaruhi Soviet Union dan Amerika Syarikay mengundurkan peluru berpandu dalam krisis di Cuba.

KesimpulanPBB berjaya mempertahankan keamanan dan kesejahteraan masyarakat dunia dengan berkesan.PBB juga mengambil langkah-langkah bagi menangani konflikyang melibatkan negara-negara anggota.

Huraikan peranan dan tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong sebagai raja berperlembagaan dalam sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan di Malaysia.

Pengenalan Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua negara dalam sistem raja berperlembagaan di Malaysia dan bidang kuasa baginda ditentukan oleh perlembagaan. Baginda berada di kemuncak di antara ketiga-tiga bidang kuasa perundangan, eksekutif, dan kehakiman. Jawatan Yang di-Pertuan Agong mula diwujudkan pada tahun 1957. Jawatan ini adalah unik dan satu-satunya jawatan seumpama itu di dunia dengan seorang raja berperlembagaan memegang jawatan secara dipilih dan bukannya dilantik seperti di negara lain yang mengamalkan sistem beraja.

Isi

Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja Berperlembagaan bertindak atas nasihat Perdana Menteri dan Kabinet. Baginda juga berhak memperoleh maklumat tentang pemerintahan daripada Kabinet. Tambahan pula, Baginda akan menghadiri persidangan Majlis Raja-Raja dengan diiringi oleh Perdana Menteri untuk membincangkan dasar-dasar negara. Tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong dengan Parlimen adalah seperti memanggil, menangguh, dan membubarkan parlimen. Sebenarnya, Yang di-pertuan Agong berperanan sebagai satu daripada tiga komponen parlimen. Baginda akan memberi titah ucapan dalam persidangan parlimen. Di samping itu, Baginda perlu memberi persetujuan ke atas semua rang undang-undang yang diluluskan oleh parlimen. Selanjutnya, tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong dalam bidang kehakiman negara. Baginda akan melantik Ketua Hakim Negara, Hakim Mahkamah Tinggi, dan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi mengikut nasihat Perdana Menteri setelah berunding dengan Majllis Raja-Raja. Baginda juga akan memberi pengampunan kepada segala kesalahan di Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putarjaya), dan segala hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah di Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan. Seiring kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja Berperlembagaan, maka baginda bertindak atas nasihat Jemaah Menteri. Walau bagaimanapun, baginda diperuntukkan kuasa budi bicara dalam perkara-perkara berikut, iaitu kuasa melantik Perdana Menteri. Perdana Menteri yang dilantik hendaklah mendapat sokongan majoriti daripada ahli Dewan Rakyat. Kuasa budi bicara yang seterusnya seperti tidak bersetuju dengan permintaan membubarkan parlimen. Baginda juga berhak meminta diadakan satu persidangan Majlis Raja-Raja bagi membincangkan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan, dan kebesaran raja-raja. Peranan dan tanggunjawab Yang di-Pertuan Agong sebagai raja berperlembagaan dalam sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan di Malaysia adalah menjadi Panglima Tertinggi Angkatan Tentera. Baginda juga merupakan Ketua Agama Islam bagi negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak, dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan, dan Putrajaya). Tambahan pula, seperti diperuntukkan di bawah Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan, Yang di Pertuan Agong bertanggungjawab memelihara kedudukan isitimewa orang Melayu dan kaum bumiputera lain di Sabah dan Sarawak.

Kesimpulan Sebagai kesimpulan, peranan dan tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong sebagai raja berperlembagaan dalam sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan di Malaysia adalah sangat mustahak. Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara berada di kemuncak ketiga-tiga bidang kuasa eksekutif, kehakiman dan perundangan. Akhirnya, Baginda merupakan lambang kedaulatan dan simbol perpaduan negara.

Sejauhmanakah cabaran mewujudkan masyarakat berbudaya penyayang perlu dihadapi oleh negara Malaysia dalam usaha merealisasikan wawasan 2020.

Pengenalan

Wawasan 2020 merupakan gagasan negara untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Idea wawasan ini telah dicetuskan oleh Perdana Menteri keempat, iaitu Tun Dr Mahathir bin Mohamad. Matlamat Wawasan 2020 adalah untuk menjadikan negara ini sebagai sesebuah negara industri yang maju dan setanding dengan negara-negara maju yang lain. Terdapat beberapa perkara asas yang perlu dititik beratkan untuk mencapai kemajuan bersepadu seperti perpaduan rakyat, kestabilan politik, ketinggian taraf hidup, kekukuhan nilai moral dan etika, kekukuhan sistem kerajaan, ketinggian maruah bangsa serta semangat yakin diri bangsanya. Terdapat Sembilan cabaran yang perlu dihadapi oleh negara Malaysia bagi merealisasikan Wawasan 2020.

Isia)Mewujudkan masyarakat berbudaya penyayang Merujuk kepada sistem sosial yang meletakkan kepentingan masyarakat melebihi kepentingan individu dan kebajikan insan tidak berkisar kepada negara atau individu, tetapi di sekeliling sistem kekeluargaan yang kukuh. Masyarakat penyayang akan hidup muafakat, saling memahami, hormat menghormati dan saling membantu antara satu sama lain. Masyarakat berbudaya penyayang mengutamakan kepentingan masyarakat melebihi kepentingan diri sendiri. Asas pembentukan masyarakat penyayang ialah kepatuhan kepada agama, kasih sayang dalam kekeluargaan dan amalan nilai-nilai murni. Hubungan sesama manusia dalam masyarakat juga ditekankan dalam agama. Kasih sayang dalam masyarakat bermula daripada kasih sayang yang terjalin dalam keluarga. Hubungan baik sesama manusia amat ditekankan dalam agama. Budaya tradisi yang penuh dengan nilai-nilai murni perlu ditonjolkan dan dihayati semula untuk memupuk masyarakat yang bersifat penyayang.

b)Membina bangsa Malaysia yang bersatu padu Malaysia menjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum dengan rakyat hidup dalam harmoni, bekerjasama sepenuhnya secara adil serta didokong oleh satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara. Asas kekuatan penting untuk kejayaan sesebuah negara ialah perpaduan yang menjadi cabaran pertama Wawasan 2020. Semua ini telah dilakukan melalui pelbagai dasar kerajaan sepanjang tiga dekad lalu seperti Dasar Bahasa Kebangsaan, Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pelajaran Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan, dan Dasar Pembangunan Nasional sebagai usaha mewujudkan perpaduan kaum dan rakyat yang beridentitikan Malaysia.

c)Membina masyarakat berjiwa bebas, tenteram, dan keyakinan Masyarakat Malaysia mesti dapat dikenali melalui usaha untuk mencapai kecemerlangan, sedar terhadap semua kemampuan yang ada, tidak mudah mengalah kepada sesiapa dan dihormati oleh rakyat negara lain.Masyarakat Malaysia perlu berbangga dengan pencapaian dan berani menghadapi pelbagai masalah.Rakyat Malaysia yang memiliki dan menghayati ciri-ciri tersebut akan menjadi sebuah bangsa gagah yang sentiasa berusaha untuk memajukan negara sehingga dapat mengangkat martabat bangsa dan negara di persada antarabangsa serta mampu mematahkan serangan musuh dengan mudah.

d)Memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang Malaysia perlu mengamalkan satu bentuk persefahaman yang matang dan prinsip demokrasi yang menjadi amalan boleh dijadikan contoh oleh kebanyakan negara membangun yang lain.Sebuah masyarakat yang matang dapat dilahirkan sekiranya dipupuk dan dibina. Masyarakat demokratik memiliki kebebasan untuk memilih kerajaan.Rakyat yang rasianol akan menggunakan hak-hak demokrasi dengan bijak . Perasaan tidak puas hati dan teguran disalurkan melalui saluran tertentu secara berhemah dan bersifat membina.

e)Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika Etika melibatkan tingkah laku atau perangai yang berkait rapat dengan tabiat dan kelakuan manusia. Tabiat dibina di atas tiga unsur, iaitu ilmu, kemahiran, dan keinginan. Bagi membentuk etika yang baik, seseorang perlu mempunyai ilmu pengetahuan, kemahiran, dan keinginan yang tinggi.Ketiga-tiga unsur penting itu perlu diasah dan dipupuk sekaligus dihayati bagi melahirkan rakyat Malaysia yang dinamik dan berusaha untuk meningkatkan hasil kerja yang cemerlang.Kepatuhan kepada agama, pengamalan budaya dan tradisi yang cemerlang, keberkesanan sistem pendidikan, dan keunggulan sistem kekeluargaan juga menjadi sumber untuk membina sebuah masyarakat yang bermoral dan beretika.Falsafah Pendidikan Negara contohnya, bertujuan untuk melahirkan masyarakat berilmu, berakhlak, seimbang dan harmonis.

f)Mewujudkan masyarakat yang matang, liberal, dan bertolenrasi Masyarakat yang matang mampu berfikir secara rasional dan tidak bertindak secara melulu.Mereka akan membebaskan diri daripada fahaman sempit dan berfikiran terbuka menerima perubahan dan pandangan orang lain.Masyarakat yang bertolenrasi dapat digambarkan melalui kebebasan yang dianuti oleh setiap rakyat untuk mengamalkan adat resam, kepercayaan, dan kebudayaan masing-masing tanpa menjejaskan kesetiaan kepada negara.Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Akta Bahasa Kebangsaan merupakan langkah ke arah mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan bertolenrasi.

g)Mewujudkan masyarakat yang maju dan saintifik Masyarakat maju ialah masyarakat progresif yang dapat menyerap segala perubahan persekitaran agar dapat mencapai kecemerlangan. Masyarakat yang maju tidak boleh terpisah daripada masyarakat saintifik. Penguasaan ilmu pengetahuan berunsurkan sains dan teknologi merupakan ukuran kemajuan sesuatu bangsa.Masyarakat yang maju dan saintifik mempunyai budaya ilmu yang menjana produktiviti, kreativiti dan inovatif.Malaysia seharusnya mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke hadapan dan turut sama menyumbang kepada tamadun saintik dan teknologi masa depan.

h)Menjamin masyarakat yang adil dan saksama dalam bidang ekonomi Pengagihan kekayaan negara dilaksanakan secara adil dan saksama dengan mewujudkan perkongsian secara bersama dalam segenap masyarakat. Masyarakat yang dibentuk itu akan menghapuskan pengenalan kaum yang berdasarkan fungsi ekonomi yang diwarisi dari zaman penjajah serta kemunduran kaum dari sudut ekonomi.Kerajaan telah melaksanakan pelbagai rancangan pembangunan ekonomi untuk menjamin keadilan ekonomi dan meningkatkan taraf hidup rakyat seperti Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional dan Rancangan Pembangunan Lima Tahun.

i)Memupuk dan membina masyarakat yang makmur Masyarakat yang makmur ialah masyarakat yang hidup dalam kemewahan dan mempunyai taraf hidup yang tinggi.Masyarakat makmur juga bermaksud tidak ada anggota masyarakat yang hidup dalam kemiskinan. Pendapatan isi rumah dan pendapatan negara juga berada pada tahap yang tinggi. Malaysia perlu mempunyai kekuatan ekonomi untuk bersaing, dinamik, giat, dan kental dalam menghadapi pelbagai cabaran yang mendatang untuk menjadi masyarakat yang makmur.

KesimpulanKesimpulannya, Wawasan 2020 akan terus memacu kemajuan negara. Dasar-dasar kerajaan adalah bertujuan merealisasikan Wawasan 2020. Kesejahteraan rakyat yang menjadi agenda utama pembangunan negara dapat dicapai dengan keadilan ekonomi dan perpaduan negara.

Malaysia telah banyak memainkan peranan dan sumbangan dalam ASEAN sejak penubuhannya hingga tahun 1990-an.Bincangkan pernyataan ini.

Pengenalan

Dasar luar negara Malaysia untuk berbaik-baik dan mengadakan kerjasama dengan negara jiran tetap diteruskan walaupun dua buah pertubuhan yang dibentuk sebelum ini, iaitu ASA dan MAPHILINDO gagal. Usaha ini akhirnya berhasil setelah Deklarasi Bangkok dimeterai pada 8 Ogos 1967 yang membawa kepada penubuhan Association of South East Asian Nations (ASEAN).

Isia ) Peranan dan sumbangan Malaysia dalam ASEAN Malaysia merupakan negara terawal menyedari kerjasama serantau demi keselamatan negara-negara serantau di Asia Tenggara dan mencatuskan idea penubuhan ASEAN.Kesedaran Malaysia adalah berdasarkan scenario politik,ekonomi dan sosial rantau Asia Tenggara rata-rata negaranya baru merdeka, mengalami ketidakstabilan politik, warisan ekonomi penjajah yang tidak seimbang, perpecahan penduduk dan keadaan sosial yang tidak kukuh. Dalam Mesyuarat Menteri Menteri Luar ASEAN di Kuala Lumpur pada November 1971, Deklarasi Kuala Lumpur telah ditandatangani bagi mewujudkan zon aman , bebas, dan berkecuali (ZOPFAN).Tujuan penubuhan ZOPFAN adalah untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara dengan tidak bersekongkol dengan mana mana kuasa besar sama ada dari blok Barat atau blok Timur. Konsep ZOPFAN teruji apabila Veitnam menceroboh Kampuchea pada tahun 1978 dan menjatuhkan kerajaan Khmer Rouge. ASEAN berusaha mengatasi masalah ini dengan mengadakan mesyuarat bagi membentuk kerajaan Demokratik Campuran Kampuchea di bawah pimpinan Putera Norodom Sihanouk.Melaysia telah memainkan peranan sebagai orang tengah dalam isu Kemboja ini. Veitnam telah bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan dan mesyuarat ini telah diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1982. Dalam mesyuarat pada tahun 1984,Menteri-Menteri Luar ASEAN telah memutuskan bahawa ASEAN merupakan Zon Bebas Senjata Nuklear melalui Perjanjian SEANWFZ.Ini bermakna rantau ini tidak membenarkan mana-mana kapal menggunakan perairan serta kemudahan pelabuhannya untuk mengangkut bahan atau senjata nuklear. Walaupun agenda utama ASEAN adalah ke arah integrasi ekonomi,namun perkembangan ke arah kerjasama ekonomi agak perlahan.Negara-negara ASEAN telah membentuk kerjasama dalam projek perindustrian,contohnya Projek Baja Urea di Bintulu (Sarawak) dan Acheh (Indonesia). Kerjasama ekonomi ASEAN juga cuba dilaksanakan melalui ASEAN Free Trade Area (AFTA) yang telah diumumkan dalam Sidang Kemuncak ASEAN di Singapura pada tahun 1992. Malaysia juga telah mengemukakan idea melalui ASEAN untuk memperluas skop kerjasama ekonomi dengan melibatkan China ,Jepun, dan Korea Selatan. Idea yang dikemukakan oleh Tun Dr.Mahathir Mohamad dikenali sebagai East Asian Economic Caucus(EAEC). Walau bagaimanapun, idea ini telah ditentang oleh negara-negara maju terutamanya Amerika Syarikat, tetapi usaha ini tidak dibiarkan begitu sahaja kerana kerjasama secara tidak rasmi terus diadakan melalui konsep ASEAN +3. Konsep ASEAN +3 ini merujuk pada kerjasama yang ingin diwujudkan antara negara ASEAN dengan negara-negara Timur,iaitu China, Jepun, dan Korea.Menteri-Menteri Luar negara tersebut dijemput menghadiri siri perbincangan tentang kerjasama yang ingin diwujudkan. Dalam bidang sosial, kerjasama dalam bidang pendidikan juga wujud dengan tubuhnya Pertubuhan Menteri-Menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO).Contohnya,pembinaan Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik (RECSAM) di Pulau Pinang,Malaysia.Kerjasama lain yang dibuat atas semangat kerjasama ASEAN adalah dalam bidang kebudayaan dan sosial seperti mengadakan festival kebudayaan dan kesenian dengan menubuhkan Tabung Kebudayaan ASEAN.Sukan SEA juga diadakan untuk merapatkan hubungan antara negara melalui semangat kesukanan.Dalam bidang pelancongan, kerjasama dijalinkan dengan mengadakan Tahun Melawat ASEAN pada tahun 1992.

Kesimpulan Peranan dan sumbangan Malaysia dalam ASEAN dapat dilihat sebagai asas yang kuat dalam menjalin kerjasama serantau .Jika dilihat dari awal penubuhannya hingga kini, banyak rancangan yang berjaya dilaksanakan demi kebaikan bersama.

Nilaikan/Analisa dasar-dasar dan kesan-kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu dari tahun 1941-1945.

Pengenalan.

Jepun menyerang Tanah Melayu pada 8hb. Disember 1941. Pada 15hb. Februari 1942, Tanah Melayu dan Singapura jatuh kepada pemerintahan Jepun. Pendudukan Jepun di Tanah Melayu selama kira-kira 3 1/2 tahun telah meninggalkan kesan-kesan politik, ekonomi dan sosial.

Isi.

a)Dasar Pemerintahan JepunPemerintahan bercorak tentera yang berpusat di Singapura untuk menjayakan dasarnya. Tanah Melayu dan Sumatera disatukan dalam satu wilayah tetapi kemudiannya diasingkan pada April 1943.Negeri-negeri Melayu Utara diserahkan kepada Siam pada Ogos 1943 untuk membalas bantuan Siam kerana membantu Jepun menawan Tanah Melayu.Setiap negeri dikir a sebagai daerah. Kuasa tertinggi bagi setiap daerah adalah gabenor. Di bawah gabenor terdapat biro-biro.

b)Dasar Pentadbiran Jepun Jepun amalkan dasar yang memberi keuntungan kepada mereka. Jawatan Sultan masih dikekalkan tetapi hanya terbatas kepada adat istiadat Melayu dan agama Islam. Jepun membahagikan daerah kepada unit yang lebih kecil iaitu kampung, jiran tetangga dan keluarga. Sijil Kehidupan dan Keamanan dikeluarkan untuk memantau kelahiran, perkahwinan dan kematian. Pasukan polis tentera dinamakan kempetai untuk mengawasi pergerakan penduduk tempatan.

1.Dasar Sosial JepunLayanan berbeza mengikut kaum. Orang Melayu dan India dilayan baik,manakala orang Cina dilayan buruk.Penindasan dan kezaliman terhadap orang Cina kerana Jepun berperang dengan negara China.Dasar diskriminasi kaum memberi kesan buruk kepada hubungan kaum di Tanah Melayu.Orang Cina benci kepada orang Melayu kerana terlibat dengan kempetai

c)Dasar penjajahan budayaDengan memaksa penduduk tempatan mempelajari bahasa Jepun, Penyebaran propaganda Jepun dilakukan melalui radio, akhbar dan wayang gambar.Lagu kebangsaan dinyanyikan setiap pagi.Sekolah Cina dan Inggeris ditutup manakala sekolah Melayu dan sekolah Tamil dibuka. Sekolah Inggeris ditukar menjadi sekolah rendah dan bahasa Jepun dijadikan bahasa pengantar utama.Bahasa Jepuun diajar dalam akhbar bahasa Melayu..

d)Dasar EkonomiJepun mengamakan dasar ekonomi kawalan untuk mengawal kegiatan rakyat.Akhirnya, bekalan makanan tidak cukup,harga barangan meningkat dan berlakunya inflasi. Jepun galakkan tanama makanan sendiri untuk menampung bekalan makanan dalam negara. Jepun mencetak wang pokok pisang untuk mengatasi masalah kekurangan wang tetapi akhirnya berlaku inflasi.

Kesan-Kesan Politik Pendudukan Jepun mengakibatkan kesedaran politik yang lebih mendalam dalam kalangan penduduk di Tanah Melayu, khususnya kepada orang Melayu. Penderitaan yang dialami dan propaganda Jepun seperti Asia untuk orang-orang Asia menambahkan keazaman orang-orang Melayu mencapai kebebasan politik dan kemerdekaan. Orang Melayu mendapat pengalaman pentadbiran semasa pendudukan Jepun. Pengalaman memegang jawatan-jawatan kanan seperti Pegawai Daerah telah memberi keyakinan diri yang lebih tegas. Orang-orang Melayu sedar bahawa mereka mempunyai keupayaan memerintah Tanah Melayu sendiri. Pendudukan Jepun juga memberi kesedaran bahawa orang Melayu tidak boleh berharap sepenuhnya kepada British. Mereka harus menentukan nasib sendiri. Pendudukan Jepun telah menamatkan kepercayaan bahawa British tidak boleh dikalahkan. Sikap anti-penjajahan dalam kalangan orang Melayu telah berkembang. Pendudukan Jepun membolehkan Parti Komunis Malaya (PKM) di Tanah Melayu muncul sebagai golongan politik yang teratur dan sangat kuat di antara tahun-tahun 1945 - 1948. Kezaliman Jepun membolehkan Parti Komunis Malaya mendapat sokongan terutamanya dari orang Cina. PKM telah menubuhkan Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya (MPAJA). Hampir kesemua ahli-ahli MPAJA terdiri daripada orang-orang Cina.

Kesan-Kesan Ekonomi Ekonomi dan taraf kehidupan pendudukan Tanah Melayu merosot. Perusahaan bijih timah dan getah terbantut. Masalah ini timbul kerana pihak British telah memusnahkan peralatan perlombongan bijih timah dan loji-loji memproses getah seberlum berundur ke Singapura untuk mengelakkan ianya jatuh ke tangan Jepun. Malahan Tanah Melayu juga terputus daripada pasaran-pasaran eksport yang biasa akibat peperangan. Pihak Jepun teleh menitikberatkan eksploitasi bahan-bahan yang berkurangan di negeri Jepun seperti besi dan bauksit. Tanah Melayu mengalami kekurangan segala jenis barang pengguna terutamanya tekstil. Makanan seperti beras juga berkurangan kerana sukar diimport. Penduduk Tanah Melayu terpaksa bergantung kepada makanan lain seperti ubi kayu dan keledek. Pengedaran wang kertas yang tidak terkawal dan kekurangan makanan dan barang pengguna menyebabkan inflasi di Tanah Melayu. Pihak Jepun tidak mengendalikan infrastruktur dengan baik. Penduduk Tanah Melayu memulakan beberapa perusahaan tempatan memandangkan banyak barang tidak dapat diimport.

Kesan-Kesan Sosial Penduduk Tanah Melayu terutamanya orang Cina menderita akibat kezaliman dan seksaan Jepun. Tentera polis Jepun iaitu Kempeitai sangat kejam dan telah membunuh ramai orang-orang yang anti-Jepun. Tanah Melayu mengalami masalah kekurangan makanan terutamanya beras kerana ianya sukar diimport dari negeri-negeri lain akibat peperangan. Taraf kesihatan penduduk Tanah Melayu merosot. Penyakit-penyakit seperti beri- beri dan malaria berleluasa. Ini kerana ubat-ubatan telah dirampas oleh Jepun bagi merawat askar-askarnya. Pendudukan Jepun telah mengakibatkan permusuhan antara orang-orang Melayu dan Cina. Layanan Jepun yang lebih baik terhadap orang Melayu mengakibatkan kemarahan dalam kalangan orang-orang Cina. Malahan pemerintahan Jepun telah mengambil orang-orang Melayu untuk menjadi askar dan polis. Sebahagian daripada pasukan Jepun yang menyerang tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya (Pertubuhan Komunis yang dikuasai oleh orang Cina) terdiri daripada orang Melayu. Ini mengukuhkan lagi permusuhan perkauman Melayu-Cina. Beberapa pertempuran perkauman yang kecil antara Melayu dengan Cina berlaku selepas Jepun menyerah kalah pada 15hb. Ogos 1945. Sistem pendidikan Jepun yang lebih menekankan latihan akhlak/watak daripada akademik telah mengukuhkan tatatertib dan menanam sifat kerajinan dalam kalangan pemuda-pemuda terutamanya Melayu.

Kesimpulan

Pendudukan Jepun merupakan satu zaman penting dalam sejarah Tanah Melayu. Pendudukan Jepun bukan sahaja membangkitkan kesedaran politik dalam kalangan penduduk Tanah Melayu tetapi juga mengukuhkan perasaan perkauman.Pada keseluruhannya, pendudukan Jepun telah mengubah keadaan politik, ekonomi dan sosial Tanah Melayu sebelum perang dengan begitu radikal sehingga British terpaksa merombak dasarnya selepas perang. Suasana ini telah mempercepatkan proses pencapaian kemerdekaan Tanah Melayu.