soalan dan contoh jawaban novel papa

2

Click here to load reader

Upload: chandransub

Post on 24-Jun-2015

2.514 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Soalan Dan Contoh Jawaban Novel Papa

SOALAN DAN CONTOH JAWABAN: NOVEL PAPA

1. TEMA DAN BUKTINYATema:Novel ini bertemakan kasih sayang antara ahli keluarga. Kasih sayang amat penting untuk mewujudkan keluarga yang bahagia dan harmoni.

Buktinya:

1. PapaSebelum mama koma, hubungan mama dan papa sangat mesra dan erat. Setelah mama koma, papa tidak pernah cuai menjaga mama. Papa sentiasa menemani dan berbual-bual dengan mama. Papa sentiasa berdoa agar mama cepat sembuh. Walaupun telah berkahwin lain, kasih sayang papa kepada mama tidak pernah pudar bahkan papa melarang isteri keduanya, Aisyah masuk ke dalam bilik mama berseorangan kerana bimbang sesuatu yang buruk akan berlaku. Kali terakhir papa menangis sewaktu kelahiran Julia, namun papa menangis lagi sewaktu mama meninggal dunia.

2. MamaMama membuktikan kasih sayangnya kepada papa dengan mengandung lagi walaupun dia mengetahui risiko yang bakal dihadapinya. Mama pernah mengalami komplikasi dan koma semasa melahirkan Julia. Namun begitu, mama tetap meneruskan kandungannya walaupun telah dinasihati oleh Mak Cik Noraini dan rakannya, Cikgu Suzie.

3. JuliaDemi kebahagiaan dan kesejahteraan papa, Julia membenarkan papa berkahwin dengan Aisyah walaupun pada awalnya, dia menentang hasrat papa itu.

2. FAEDAH MEMBACA NOVELSoalan: Huraikan faedah-faedah membaca novel dengan berdasarkan novel yang telah anda pelajari. (7 markah)

Novel yang telah saya pelajari ialah novel Papa...(akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof. Terdapat beberapa manfaat yang boleh didapati daripada membaca novel ini.

Antara kebaikan membaca novel ini termasuklah pembaca mendapat pengajaran daripada novel tersebut. Terdapat banyak mesej yang ingin disampaikan oleh penulis kepada pembaca yang dapat dijadikan iktibar. Salah satu pengajaran yang terkandung dalam novel ini ialah kita hendaklah tabah menghadapi segala dugaan dan cabaran hidup. Dalam novel ini, Julia seorang remaja yang tabah menjalani kehidupannya walaupun diuji dengan pelbagai cabaran seperti kematian adik kembarnya, mamanya yang koma, perkahwinan kedua papanya dan hubungannya dengan Rasylan yang tidak disetujui oleh papanya.

Selain itu, kita juga dapat mempelajari keindahan bahasa. Di samping menggunakan bahasa Melayu, penulis juga menggunakan bahasa asing seperti bahasa Inggeris dan bahasa Cina. Contoh penggunaan bahasa asing ialah complain untuk bahasa Inggeris dan car beh liauuntuk bahasa Cina. Penulis juga menyelitkan penggunaan peribahasa seperti bagai menatang minyak yang penuh.

KESESUAIAN TAJUK NOVEL PAPASoalan: Berdasarkan novel yang anda pelajari, wajarkah pengarang menjudulkan novel itu dengan judul tersebut? Berikan alasan anda. (7 markah)

Berdasarkan novel yang telah saya kaji, iaitu novel Papa...(akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof, saya berpendapat bahawa pengarang wajar menjudulkan novel itu dengan judul tersebut.

Antara sebab saya bersetuju dengan judul tersebut adalah kerana papa Julia akhirnya menangis juga selepas mama menghembuskan nafasnya yang terakhir di hadapan papa. Selama ini, papa seorang yang tabah menerima segala dugaan yang menimpa keluarganya. Dia reda menerima ketentuan Ilahi. Walaupun anak kembar Siam papa meninggal dunia, papa tidak mengeluarkan air matanya. Namun, air mata papa tewas apabila insan yang paling disayanginya, mama pergi buat selama-lamanya. Buktinya, Julia melihat kelopak mata papa berair dan jatuh ke pipinya buat kali pertamanya.

Selain itu, papa juga tewas dalam membuktikan kesetiaannya kepada mama. Papa telah berjanji akan setia kepada mama. Namun, papa telah memungkiri janjinya dengan berkahwin buat kali kedua dengan Aisyah lantaran kesunyian hidup. Hidup papa sunyi kerana mama koma selepas melahirkan anak kembar Siamnya. Tindakan papa yang tidak mengotakan janjinya kepada mama telah mengecewakan mama dan akhirnya, mama meninggal dunia selepas papa memperkenalkan isteri baharunya kepada mama.

Demikianlah alasan-alasan yang membuktikan kewajaran penulis menjudulkan novel itu dengan judul yang telah diberikan.