soalan bm.docx

16
(MENGINGATI) 1. Kawasan perumahan yang dipenuhi sampah sarap memang terdedah ___________________ masalah pencemaran dan wabak penyakit. A. dengan B. kepada C. tentang D. pada (MENGINGATI) 2. Perahu yang menghilir ke sungai itu hampir-hampir tenggelam kerana ____________muatan barangan. A. Sendat B. Ketat C. Sarat D. Pesat (MENGINGATI) 3. Rezekinya bergantung kepada _____________ buluh yang akan digunakan untuk membuat pelbagai kraf tangan kepakarannya. A. Serumpun B. Sejambak C. Sebatang D. Seruas (MENGINGATI) 4. Beliau baru sahaja bertukar ke sekolah ini. Jadi, saya belum mengenal _________nya lagi A. Suku sakat B. Raut wajah C. Tutur kata D. Hati budi

Upload: shafiqa-noor

Post on 13-Apr-2016

216 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: soalan bm.docx

(MENGINGATI)

1. Kawasan perumahan yang dipenuhi sampah sarap memang terdedah ___________________ masalah pencemaran dan wabak penyakit.

A. denganB. kepada C. tentang D. pada

(MENGINGATI)

2. Perahu yang menghilir ke sungai itu hampir-hampir tenggelam kerana ____________muatan barangan.

A. SendatB. KetatC. SaratD. Pesat

(MENGINGATI)

3. Rezekinya bergantung kepada _____________ buluh yang akan digunakan untuk membuat pelbagai kraf tangan kepakarannya.

A. SerumpunB. SejambakC. SebatangD. Seruas

(MENGINGATI)

4. Beliau baru sahaja bertukar ke sekolah ini. Jadi, saya belum mengenal _________nya lagi

A. Suku sakatB. Raut wajahC. Tutur kataD. Hati budi

Page 2: soalan bm.docx

(MENGINGATI)

5. ___________ tombak masih terbenam di badan harimau itu ketika Apoi dan Serul tiba di tampat kejadian.

A. Seruas B. SebuahC. SebilahD. Sebatang

Berdasarkan gambar di bawah

(MENGINGATI)

6. Hanif berdiri di …………………….kakaknya ketika menunggu bas sekolah.

A sisi

B depan

C bawah

D di belakang

Page 3: soalan bm.docx

(KEFAHAMAN)

7. Masa begitu ___________ sekarang. Jadi, Pak Seman terpaksa mengupah ramai pekerja untuk menyiapkan bangunan itu siang dan malam.

A. SeruB. SesakC. SempitD. Suntuk

(KEFAHAMAN)

8. “___________________ yang berpenat lelah menceria bilik ini, dia pula yang mendapat nama,” rungutan Balan di hadapan rakan-rakannya.

A. Kita B. AndaC. Kalian D. Beliau

(KEFAHAMAN)

9. Penonton yang ramai itu sedang ____________ memasuki stadium itu kerana pelawanan akan berlangsung pada bila-bila masa sahaja.

A. Berasak-asakB. Berarak-arakC. Beranjak-anjakD. Bergasak-gasak

(KEFAHAMAN)10. “Sekian ceramah saya pada kali ini. Andainya _________ bahasa, maaf jua yang saya

pinta”, ujar tetamu itu mengakhiri ceramahnya.

A. KekasaranB. PengasarC. BerkasarD. Terkasar

Page 4: soalan bm.docx

(KEFAHAMAN)

11. Siti Norhana dan Nurul Amirah ____________________________ kerana sering bergaduh walaupun perkara itu kecil.

A bagai ayam disambar helangB bagai anjing dengan kucingC bagai katak di bawah tempurungD bagai melepaskan batuk di tangga

(MENGINGATI)

Berdasarkan gambar di bawah.

12. Rumah usang itu sering menjadi buah mulut orang kampung kerana dipercayai berhantu.

Perkataan sama erti bagi perkataan usang di atas ialah

A. TuaB. Baru C. LamaD. Cantik

Page 5: soalan bm.docx

(MENGINGATI)

13. Zamri berjaya mendapat tempat ……………..dalam pertandingan mencipta logo

Sukan Asia.

A kedua-dua

B pertama

C satu

D separuh

(APLIKASI)

14. __________________kah yang menjadi johan dalam Pertandingan Pidato Diraja Peringkat Negeri Pahang Tahun 2007 yang lalu?

Pilih kata tanya yang sesuai bagi ayat tanya di atas

A. Apa B. Bila C. Siapa D. Mengapa

(ANALISIS)

Soalan 15

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.

15. Tina memberitahu ibunya bahawa pakaian di ampaian belum diambilnya lagi.

A. “Beritahu ibu pakaian Tina di ampaian belum saya ambil,” ujarnya kepada ibu.

B. “Beritahu Tina bahawa pakaian ibu di ampaian belum diambilnya,” ujar ibunya.

C. “Ibu, pakaian di ampaian belum saya ambil lagi,” ujar Tina kepada ibunya.

D. “Pakaian ibu di ampaian belum saya ambil,” ujar Tina kepada ibunya.

Page 6: soalan bm.docx

(APLIKASI)

Soalan 21 berdasarkan Gambar 10

16. Setiap minggu, adik Hashim mengelap cermin tingkap biliknya dengan menggunakan _____________ tuala.

A. sehelai B. secarik C. selembar D. sekeping

(ANALISIS)

Soalan 17 hingga 19

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

17. I Pokok rambutan itu berbuah lebat kerana sering dibaja.

II Hujan turun dengan lebat pada petang itu.

III Rambut adik sangat lebat walaupun baru berusia dua tahun.

IV Pendapatannya semakin lebat sejak dia berniaga sendiri.

A. I sahajaB. I dan II sahajaC. I, II dan III sahaja D. I, II, III dan IV

Page 7: soalan bm.docx

(ANALISIS)

18. I Lepas kejadian itu, Ali tidak mahu ke sana lagi.

II Peristiwa yang lepas jangan dikenang.

III Semenjak minggu yang lepas, kecederaannya semakin pulih.

IV Kami tidak lepas peluang menyaksikan perlawanan akhir itu.

A. I dan II sahajaB. II dan III sahajaC. I dan III sahaja

(ANALISIS)

19. I Bilik itu kacau sekali apabila diselongkar oleh adik.

II Keadaan kacau di pekan akibat amukan seorang lelaki gila.

III Fikiran Zaidi kacau apabila mengenangkan kegagalannya dalam peperiksaan.

IV “Kacau kuah kacang itu sehingga pekat,” kata ibu.

A. I dan III sahajaB. II dan IV sahajaC. III dan IV sahajaD. I, II dan III sahaja.

(ANALISIS)

Pilih ayat-ayat yang betul.

Soalan 20 dan 21

20. A. Majalah Pelajar di atas meja guru itu dibeli oleh saya.

B. Pondok bacaan di tepi padang bola itu dibina oleh kami.

C. Pokok kelapa di tepi kantin sekolah itu Pak Mat tebang petang tadi..

D. Makanan yang dijual di pasar tani itu dimasak oleh ibunya.

Page 8: soalan bm.docx

21. I. Pecal adalah makanan kegemaran masyarakat Jawa di Negara kita.ii. Tetamu yang akan merasmikan majlis itu ialah Datk Syamsul Masri.iii. Dengan hormatnya dimaklumkan, permohonan tuan adalah diluluskan.iv. Kelah ialah sejenis ikan yang lazat dan paling mahal harganya di Negara kita.

A. I dan IIB. I dan IIIC. II dan IVD. III dan IV

(MENGINGATI)

22. Isikan tempat kosong dengan antonim yang betul :

b. binatang      = _____________________

c. bimbang      = _____________________

d. bijak              = _____________________

e. berita            = _____________________

f. bendang      = _____________________

Page 9: soalan bm.docx

Baca surat di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

1080, Taman Permai 2,

42700 Banting,

Selangor Darul Ehsan.

15 JANUARI 2009

Menemui kakanda Aini yang kini berada di Kota Kinabalu, Sabah dengan selamatnya.

Semoga kakanda beroleh kesejahteraan dan kebahagiaan. Adinda di sini sentiasa sihat dan

gembira.

Kakanda,

Surat kakanda telah selamat adinda terima dua hari yang lalu. Ribuan terima kasih

adinda ucapkan kerana kakanda sudi meluangkan masa untuk mengutuskan surat kepada

adinda. Adinda sungguh tertarik apabila membaca cerita kakanda tentang keindahan

Taman Negara Kinabalu. Kakanda sungguh bertuah kerana berpeluang untuk menikmati

kehijauan dan keindahan alam di sana. Alangkah seronoknya jika adinda dapat bersama-

sama kakanda pada masa itu. Adinda juga mempunyai cerita menarik untuk dikongsi

bersama kakanda.

Pada minggu pertama cuti sekolah yang lepas adinda telah mengikuti satu

perkhemahan di Hutan Lipur Galah. Aktiviti ini khas dianjurkan untuk memberi pendedahan

kepada murid-murid Tahun Enam berkaitan dengan perkhemahan. Pelbagai aktiviti yang

menarik telah diadakan sepanjang perkhemahan ini antaranya ialah aktiviti pertolongan

cemas, sukan dan rekreasi. Semua aktiviti ini adinda ikuti dengan penuh semangat.

Pada hari terakhir, adinda dan rakan-rakan berpeluang meredah hutan. Aktiviti ini

dijalankan untuk menguji ketahanan mental dan fizikal para peserta di dalam menempuh

rintangan dan cabaran. Walaupun kepenatan, adinda berasa sungguh seronok mengikuti

aktiviti perkhemahan ini.

Adinda berharap agar program ini dapat diteruskan kerana banyak manfaat yang

akan diperoleh oleh setiap peserta yang mengikuti perkhemahan ini. Adinda rasa cukuplah

sampai di sini bicara adinda pada kali ini. Adinda akan menulis lagi untuk kakanda apabila

ada kelapangan kelak. Akhir kata, sambutlah salam rindu daripada adinda, bonda dan

ayahanda serta keluarga.

Page 10: soalan bm.docx

Adinda

(MENGINGATI)

23. Apakah keistimewaan Taman Negara Kinabalu yang menarik perhatian penulis?

A. Kedudukannya yang terletak di kawasan tanah tinggi.B. Keindahan dan kehijauan alam semulajadinya.C. Jumlah pelancong asing yang mengunjunginya pada setiap tahun.D. Kemudahan awam yang disediakan untuk menjamin keselesaan para

pengunjung.

(KEFAHAMAN)

24. Penulis bercadang untuk mengirimkan berita kepada kakaknya

A. setelah selesai menduduki peperiksaan UPSR.B. apabila mendapat balasan daripada kakaknya.C. apabila dia mempunyai masa terluang.D. setelah selesai mengikuti aktiviti perkhemahan.

(ANALISIS)

25. Pernyataan berikut benar tentang tujuan perkhemahan itu dijalankan kecuali

A. menyemai sikap berdikari dalam kalangan pelajar.B. memupuk sikap cintakan alam sekitar.C. mencungkil kreativiti pelajar.D. menjalinkan hubungan yang baik di antara guru dan murid-murid.

Page 11: soalan bm.docx

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Suasana di rumah Encik Kamal agak sibuk. Ramai jiran yang datang ke rumahnya.

Walaupun majlis perkahwinan anak perempuannya Shakila, akan berlangsung seminggu

lagi, Encik Kamal telah menjemput orang kampong bermesyuarat di rumahnya.

Ketua kampung, Encik Ibrahim telah mempengerusikan mesyuarat itu. Mereka

berbincang tentang pembahagian kerja yang akan dilakukan seperti melapah daging lembu,

memasak, mendirikan khemah, membasuh pinggan-mangkuk, dan sebagainya.

Pada petang Sabtu, sehari sebelum majlis perkahwinan dijalankan, kemeriahan

majlis mula dirasai. Kaum wanita sibuk di dapur. Mereka mengupas bawang, kentang,

merebus telur, dan sebagainya. Sementara kaum lelaki pula sibuk dengan tugas-tugas

mendirikan khemah.

Perancangan teliti yang diatur menjadikan majlis perkahwinan berjalan lancar. Tugas-

tugas mengangkat hidangan dilakukan oleh golongan muda. Begitu juga dengan tugas

mengemas dan membersihkan meja. Tuan rumah sibuk melayan tetamu yang datang

berkunjung. Pasangan mempelai tersenyum simpul bersanding di atas pelamin yang direka

khas.

Kira-kira pukul 5.00 petang, keadaan di rumah pengantin mulai lengang. Para tetamu

mula beredar meninggalkan majlis kenduri itu. Sungguhpun begitu, petugas-petugas masih

lagi meneruskan kerja masing-masing sehingga selesai. Encik Kamal dan isterinya sungguh

gembira. Hal ini demikian kerana orang-orang kampung dan saudara-mara mereka banyak

menghulurkan bantuan. Konsep “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing” yang

diamalkan telah memungkinkan majlis perkahwinan tersebut berjalan dengan lancar dan

sempurna.

Page 12: soalan bm.docx

(KEFAHAMAN)

26. Apakah tujuan Encik Kamal memanggil orang kampung bermesyuarat di

rumahnya?

A untuk mengumumkan berita perkahwinan anaknya

B untuk menyuruh orang kampung memulakan tugas mereka

C untuk membahagi-bahagikan tugas yang patut dilakukan

D untuk mengeratkan perhubungan sesama mereka

(KEFAHAMAN)

27. Siapakah sibuk melayan tetamu semasa berlangsungnya majlis

perkahwinan itu?

A Encik Kamal

B Encik Ibrahim

C Shakila

D Orang kampung

(MENGINGAT)

28. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing bermaksud…

A barang yang berat hendaklah diangkat bersama-sama.

B segala kesusahan dan kesenangan sama-sama ditanggung.

C sesuatu kerja mestilah dilakukan mengikut perancangan yang betul.

Page 13: soalan bm.docx

D bertolak-ansur dalam membuat sesuatu pekerjaan.

(ANALISIS)

29. Tugas-tugas yang berikut dilakukan sebelum majlis perkahwinan

dilangsungkan kecuali…

A mengangkat hidangan.

B mendirikan khemah.

C mengupas bawang.

D merebus telur.

Page 14: soalan bm.docx