sumberpendidikan.comsumberpendidikan.com/.../2017/09/pemahaman-ramalan-bm.docx · web viewramli bin...

26
PEMAHAMAN & PENULISAN Disediakan oleh

Upload: hoangnhi

Post on 03-Mar-2018

258 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: sumberpendidikan.comsumberpendidikan.com/.../2017/09/pemahaman-ramalan-bm.docx · Web viewRAMLI BIN SABRAN Guru Cemerlang Bahasa Melayu SK Kampong Bahagia, Teluk Intan Kertas Ramalan

PEMAHAMAN & PENULISAN

Disediakan oleh

Page 2: sumberpendidikan.comsumberpendidikan.com/.../2017/09/pemahaman-ramalan-bm.docx · Web viewRAMLI BIN SABRAN Guru Cemerlang Bahasa Melayu SK Kampong Bahagia, Teluk Intan Kertas Ramalan

HAJI MD. RAMLI BIN SABRANGuru Cemerlang Bahasa MelayuSK Kampong Bahagia, Teluk Intan

Page 3: sumberpendidikan.comsumberpendidikan.com/.../2017/09/pemahaman-ramalan-bm.docx · Web viewRAMLI BIN SABRAN Guru Cemerlang Bahasa Melayu SK Kampong Bahagia, Teluk Intan Kertas Ramalan

Kertas Ramalan - UPSR Tahun 2017 2 Soalan Pemahaman dan Penulisan

SEKAPUR SIRIH – TERSENTUH PERASAAN, TERGORES HATI

Assalamualaikum. Salam mesra. Salam bahagia. Salam UPSR 2017.

Terlebih dahulu, pada kesempatan ini saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakan guru yang sudi menerima perkongsian ilmu yang saya bangunkan ini dan sebarkan atau tularkan di media sosial demi membantu melonjakkan kecemerlangan Bahasa Melayu UPSR 2017 di kaca mata dunia pendidikan global masa kini. Pada kesempatan ini juga, tatkala UPSR di hujung-hujung waktu ... ketika permata hati-permata hati kita membuat persiapan akhir menghadapi saat penuh bermakna ini. Saya diberi kesempatan ruang dan peluang olah Allah S.W.T. untuk menyiapkan modul khusus bagi kegunaan anak didik saya dan semua anak didik yang akan menghadapi UPSR 2017 nanti dengan sedikit bekalan tambahan agar mereka terus berusaha untuk mengejar, memburu impian nyata dan seterusnya mengapai kejayaan cemerlang yang semua orang harap-harapkan.

Barisan pendidik yang saya muliakan,Modul ini sekadar latih tubi dengan bimbingan sepenuhnya oleh penulis serta berpandu

analisis taburan item UPSR 2005 hingga 2016. Modul ini juga sebagai menghargai kerjasama dan sokongan para guru yang menggunakan buku-buku serta CD Inovasi PdPc Bahasa Melayu UPSR yang telah dihasilkan mahupun yang telah dibangunkan oleh penulis. Penulis (Md. Ramli Sabran) juga sangat-sangat mengharapkan agar semua guru yang sudi menggunakan modul ini supaya dapat BERLAPANG DADA ... menerima kesalahan yang tidak dirancang dalam modul ini. Marilah bantu saya untuk memperbetulkan kesilapan tersebut. Mohon jangan kecam saya, jangan tularkan kesilapan tersebut, sama-samalah kita tambah nilai, kita murnikan dan kita perbetulkan kesilapan tersebut. Semoga rakan-rakan guru dapat memenuhi permintaan saya ini.

Seperkara lagi, jika ada kesilapan yang di luar pengamatan saya, tolong hubungi saya (019-5758131), tegur saya ... bimbing saya, saya penulis kerdil yang pastinya tidak layak, tidak sehebat mereka yang mempunyai status Profesor Doktor (Prof. Dr.). Namun demikian, jauh di sudut hati saya ingin berjaya seperti penulis-penulis tersohor yang saya kagumi. Saya cuba menarikan pena walaupun ratusan kilogram terasa beratnya, saya harungi juga. Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Munsyi Dewan, Tuan Ghalib Yunus dan Tuan Rosli Omar yang sudi menegur kesilapan saya berbahasa sekali gus membimbing saya dalam menggunakan bahasa yang gramatis dalam bahan-bahan yang saya hasilkan.

Saya tersentuh perasaan, tergores hati apabila kesilapan yang saya lalukan ditularkan dalam media sosial (FB, WhatsApp dan Telegram) sedangkan kesalahan itu saya telah betulkan setelah ditegur dan dibimbing oleh rakan guru yang prihatin. Apabila diselidik, maklumat dan kesalahan itu mereka jumpai dalam CD PdPc yang pernah saya bangunkan tetapi CD PdPc tersebut saya sudah tidak aktifkan atau tidak pasarkan lagi (dah jadi bahan arkib). Guru-guru peroleh maklumat ini bukan daripada CD yang saya pasarkan sendiri dari semasa ke semama. CD PdPc yang saya pasarkan hanya megandungi maklumat setahun belakangan, tahun semasa dan tahun yang akan datang (bahan ramalan). Contonya, CD PdPc Bahasa Melayu 2017, isi kandungannya merupakan bahan soalan mengikut format 2016, format 2017 dan set ramalan 2018 agar guru-guru tidak terkeliru dengan bentuk item UPSR yang sebenar.

Saya harap rakan-rakan guru sudi berkongsi idea dengan saya bagi memertabatkan Bahasa Melayu dalam kalangan anak didik, permata hati kita agar terus cemerlang.Sekian, terima kasih.

Salam mesra: Haji Md. Ramli bin Haji Sabran

Page 4: sumberpendidikan.comsumberpendidikan.com/.../2017/09/pemahaman-ramalan-bm.docx · Web viewRAMLI BIN SABRAN Guru Cemerlang Bahasa Melayu SK Kampong Bahagia, Teluk Intan Kertas Ramalan

(Guru Cemerlang Bahasa Melayu Sekolah Rendah, KPM)

Merealisasikan Kemenjadian A+ Pencapaian Bahasa Melayu Penulisan - Dalam Program Hari Untuk Gemilang (HUG) - UPSR 2017 Disediakan oleh : Tuan Haji Md. Ramli Sabran - Guru Cemerlang Bahasa Melayu - Kementerian Pendidikan Malaysia – 019-5758131

Page 5: sumberpendidikan.comsumberpendidikan.com/.../2017/09/pemahaman-ramalan-bm.docx · Web viewRAMLI BIN SABRAN Guru Cemerlang Bahasa Melayu SK Kampong Bahagia, Teluk Intan Kertas Ramalan

Kertas Ramalan - UPSR Tahun 2017 3 Soalan Pemahaman dan Penulisan

SOALAN RAMALAN BAHASA MELAYU : UPSR TAHUN 2017

PEMAHAMAN [011/1] Satu jam lima belas minit

1. Kertas peperiksaan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian ini.3. Bagi Bahagian A, setiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Bagi

setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja.4. Bagi Bahagian B, jawab semua soalan dalam ruang jawapan yang disediakan.

Bahagian A

[20 markah]

Soalan 1 hingga 8

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Salwa menghadiahi gurunya dengan ________ bunga ros dan tiga ________ pena penanda. A setangkai ... ikatB sekuntum ... bilah C sejambak ... batangD sejambangan ... berkas

2 Pekerja yang mempunyai ________ yang cemerlang berpeluang untuk dinaikkan pangkat.A seni kata B adat resam C kertas kerjaD rekod prestasi

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

3 Hasil eksperimen Sains itu akan ________ dalam kumpulan masing-masing terlebih dahulu sebelum dibentangkan kepada kelas.A dinyatakanB dibahaskanC diumumkanD dibincangkan

Page 6: sumberpendidikan.comsumberpendidikan.com/.../2017/09/pemahaman-ramalan-bm.docx · Web viewRAMLI BIN SABRAN Guru Cemerlang Bahasa Melayu SK Kampong Bahagia, Teluk Intan Kertas Ramalan

Merealisasikan Kemenjadian A+ Pencapaian Bahasa Melayu Penulisan - Dalam Program Hari Untuk Gemilang (HUG) - UPSR 2017 Disediakan oleh : Tuan Haji Md. Ramli Sabran - Guru Cemerlang Bahasa Melayu - Kementerian Pendidikan Malaysia – 019-5758131

Page 7: sumberpendidikan.comsumberpendidikan.com/.../2017/09/pemahaman-ramalan-bm.docx · Web viewRAMLI BIN SABRAN Guru Cemerlang Bahasa Melayu SK Kampong Bahagia, Teluk Intan Kertas Ramalan

Kertas Ramalan - UPSR Tahun 2017 4 Soalan Pemahaman dan Penulisan

4 ________ pandangannya menjadi gelap apabila matanya terkena semburan cecair itu.A SetiapB SeluruhC SeparuhD Sebahagian

5 Rotan saga itu akan menjadi ________ setelah dilayur di atas bara api beberapa minit oleh Haji Miswan.A lemahB lembikC longlaiD lembut

6 Bumbung bangunan yang dalam pembinaan itu runtuh kerana ________ bangunan itu tidak mampu menampung atap genting yang terlalu berat.A jejariB kekisiC kekudaD tetulang

7 Budak lelaki itu terjatuh dari pokok mempelam di belakang rumahnya kerana dia terpijak bahagian dahan yang ________.A rapuhB sekahC usangD lembik

Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah.

8 Muhammad Hafizi ________ gelas plastiknya dengan soya cincau ais sambil diperhatikan dan diawasi oleh ibunya.A tuanganB menuangC menuangiD menuangkan

Page 8: sumberpendidikan.comsumberpendidikan.com/.../2017/09/pemahaman-ramalan-bm.docx · Web viewRAMLI BIN SABRAN Guru Cemerlang Bahasa Melayu SK Kampong Bahagia, Teluk Intan Kertas Ramalan

Merealisasikan Kemenjadian A+ Pencapaian Bahasa Melayu Penulisan - Dalam Program Hari Untuk Gemilang (HUG) - UPSR 2017 Disediakan oleh : Tuan Haji Md. Ramli Sabran - Guru Cemerlang Bahasa Melayu - Kementerian Pendidikan Malaysia – 019-5758131

Page 9: sumberpendidikan.comsumberpendidikan.com/.../2017/09/pemahaman-ramalan-bm.docx · Web viewRAMLI BIN SABRAN Guru Cemerlang Bahasa Melayu SK Kampong Bahagia, Teluk Intan Kertas Ramalan

Kertas Ramalan - UPSR Tahun 2017 5 Soalan Pemahaman dan Penulisan

Baginda Sultan Kedah dan permaisuri serta delegasi Malaysia bersiap-siap untuk menghadiri Persidangan Negara-negara Islam di Ankara, Turki.

9 Apakah yang dilakukan oleh Sultan Kedah dan rombongannya selepas itu?A beraduB bertitahC berkenanD berangkat

10 Zazilee membantu ayahnya memasukkan pisang ke dalam van untuk dijual di pasar tani.Pilih perkataan sinonim bagi dijual.A dibeliB disewaC dipasarkanD dibersihkan

11 Hadiah ini khusus untuk atlet yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah dalam acara olahraga baru-baru in.Pilih perkataan antonim bagi khusus.A khasB biasaC umumD normal

12 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.I Badannya terasa lemah kerana dia hilang selera makan selama beberapa hari.

II Kalau semangat kita lemah, kita tidak dapat mencapai hasrat yang diidam-idamkan. III Bicaranya yang lemah itu sangat sesuai sebagai penyambut tetamu di hotel tersebut.IV Kerepek pisang itu menjadi lemah kerana tidak disimpan di dalam bekas kedap udara.A I dan IIB II dan IIIC III dan IVD I dan IV

13 Pilih simpulan bahasa yang sesuai bagi mengisi tempat kosong.

Abdul Rahim ________ kerana ketika dia sampai di rumah pak ciknya di kampung durian sudah mulai luruh.A langkah kiri B langkah kanan C langkah seribu D langkah bendul

Page 10: sumberpendidikan.comsumberpendidikan.com/.../2017/09/pemahaman-ramalan-bm.docx · Web viewRAMLI BIN SABRAN Guru Cemerlang Bahasa Melayu SK Kampong Bahagia, Teluk Intan Kertas Ramalan

Merealisasikan Kemenjadian A+ Pencapaian Bahasa Melayu Penulisan - Dalam Program Hari Untuk Gemilang (HUG) - UPSR 2017 Disediakan oleh : Tuan Haji Md. Ramli Sabran - Guru Cemerlang Bahasa Melayu - Kementerian Pendidikan Malaysia – 019-5758131

Page 11: sumberpendidikan.comsumberpendidikan.com/.../2017/09/pemahaman-ramalan-bm.docx · Web viewRAMLI BIN SABRAN Guru Cemerlang Bahasa Melayu SK Kampong Bahagia, Teluk Intan Kertas Ramalan

Kertas Ramalan - UPSR Tahun 2017 6 Soalan Pemahaman dan Penulisan

14 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

Murid-murid harus melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan kokurikulum di sekolah. A Aktiviti kokurikulum harus ada penglibatan yang aktif Murid-murid sekolah.B Murid-murid perlu bergiat secara aktif dalam aktiviti kokurikulum di sekolah. C Di sekolah Murid-murid akan terlibat dalam aktiviti kokurikulum dengan aktif. D Kegiatan kokurikulum yang diadakan di sekolah perlu Murid-murid yang aktif.

Soalan 15 dan 16

Pilih ayat yang betul.

15 A Para pekerja di Kilang Batik Desa Murni itu sedang sibuk mengecop kain batik. B Radzuan Kassim terpaksa menghela basikalnya kerana tayar belakangnya bocor. C Industri pembuatan kereta di negara kita berkembang pesat dari masa ke semasa. D Dua puluh murid-murid sekolah saya sedang berkhemah di puncak Bukit Timah.

16 I Oleh kerana kakinya terseliuh, dia tidak datang untuk menjalani latihan hoki.II Kertas-kertas kerja persidangan tersebut telah dibentangkan oleh Guru Cemerlang.

III Sumbangan derma itu telah diagih-agihkan dalam kalangan murid fakir dan miskin. IV Di dalam perbincangan itu, mereka bersetuju melantik Syazmil sebagai ketua kelas.A I dan IIB II dan IIIC III dan IVD I dan IV

Soalan 17 hingga 20

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Kita berkenalan dengan Encik Megat Zulkifli bin Megat Naziruddin. Beliau merupakan seorang pengusaha gerai yang menjual juadah hidangan makan tengah hari. Gerai yang dimaksudkan terletak berhampiran kawasan taman perumahan dan deretan rumah kedai di daerah Manjung. Gerai makanannya juga terletak bersebelahan dengan Pengkalan Tentera Laut Lumut. Beliau seorang peniaga yang cekal dan gigih berusaha. Setiap hari dia menyediakan lauk yang pelbagai jenis dan beraneka rasa untuk memenuhi selera para pelanggannya. Layanan perkhidmatannya juga cepat dan mesra pelanggan.

Gerainya tidak putus-putus dikunjungi oleh pelanggan yang memang gemar akan juadah yang disediakan. Pilihan makanan yang pelbagai, rasanya juga enak serta harga yang dikenakan amat berpatutan. Selain itu, persekitaran gerainya juga kemas dan bersih. Oleh sebab itu, gerai ini telah terpilih memenangi hadiah tempat pertama dalam “Pertandingan Gerai Terbersih Tahun 2017” bagi daerah Manjung. Justeru, faktor ini menjadi daya tarikan kepada para pelanggan dan orang ramai singgah menjamu selera di gerainya.

Page 12: sumberpendidikan.comsumberpendidikan.com/.../2017/09/pemahaman-ramalan-bm.docx · Web viewRAMLI BIN SABRAN Guru Cemerlang Bahasa Melayu SK Kampong Bahagia, Teluk Intan Kertas Ramalan

Merealisasikan Kemenjadian A+ Pencapaian Bahasa Melayu Penulisan - Dalam Program Hari Untuk Gemilang (HUG) - UPSR 2017 Disediakan oleh : Tuan Haji Md. Ramli Sabran - Guru Cemerlang Bahasa Melayu - Kementerian Pendidikan Malaysia – 019-5758131

Page 13: sumberpendidikan.comsumberpendidikan.com/.../2017/09/pemahaman-ramalan-bm.docx · Web viewRAMLI BIN SABRAN Guru Cemerlang Bahasa Melayu SK Kampong Bahagia, Teluk Intan Kertas Ramalan

Kertas Ramalan - UPSR Tahun 2017 7 Soalan Pemahaman dan Penulisan

Pendapatan hasil perniagaannya bertambah dari sebulan ke sebulan. Namun, beliau tidak pernah lupa untuk menyimpan sebahagian daripada pendapatannya dalam bank. Duit perniagaan itu

jugalah yang digunakan bagi menyara isteri dan lima orang anaknya yang masih belajar. Setelah lima tahun menjalankan perniagaan, beliau berhasrat untuk memperbesar perniagaannya Encik

Megat Zulkifli mempunyai impian dan bercita-cita untuk membeli sebuah rumah kedai bagi dijadikan restoran. Hasratnya tercapai apabila pinjaman yang dipohonnya diluluskan

oleh pihak pengurusan bank. Kini, beliau sudah memiliki tiga buah restoran. Ketiga-tiga buah restorannya terletak di pekan Sitiawan, Teluk Batik dan Pulau Pangkor. Usahanya yang tidak pernah mengenal erti putus asa dan sentiasa bertawakal, menjadikannya seorang peniaga yang berjaya dan memperoleh pendapatan yang lumayan sekali. Bak kata pepatah Melayu, “Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya”.

17 Encik Megat Zulkifli bin Megat Naziruddin memulakan perniagaannya di A pekan Lumut.B pekan Sitiawan.C pekan Teluk Batik. D pekan Pulau Pangkor.

18 Mengapakah kita digalakkan menyimpan sebahagian daripada pendapatan kita di bank? A Supaya kita boleh membuka restoran yang baharuB Supaya kita mudah membuat pinjaman dengan pihak bank C Supaya wang kita selamat dan boleh digunakan ketika perluD Supaya orang ramai tahu yang kita golongan orang yang berharta

19 Berikut adalah antara nilai murni yang boleh dijadikan contoh teladan berdasarkan petikan tersebut, kecualiA berjimat cermat dalam berbelanja.B menyediakan menu mengikut harga makanan.C cekal dan gigih berusaha ketika melakukan sesuatu.D mengamalkan budaya bersih dan kemas pada setiap masa.

20 Peribahasa “Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya” bermaksudA kulit rumbia perlu dibuang dahulu sebelum mengambil isinya.B seseorang itu mesti bersih dan kemas untuk mendapatkan hadiah. C kita perlu membuat pinjaman bank supaya berjaya dalam perniaga.D cita-cita kita tidak akan tercapai sekiranya tidak berusaha dengan gigih.

BAHAGIAN A TAMAT

Page 14: sumberpendidikan.comsumberpendidikan.com/.../2017/09/pemahaman-ramalan-bm.docx · Web viewRAMLI BIN SABRAN Guru Cemerlang Bahasa Melayu SK Kampong Bahagia, Teluk Intan Kertas Ramalan

Merealisasikan Kemenjadian A+ Pencapaian Bahasa Melayu Penulisan - Dalam Program Hari Untuk Gemilang (HUG) - UPSR 2017 Disediakan oleh : Tuan Haji Md. Ramli Sabran - Guru Cemerlang Bahasa Melayu - Kementerian Pendidikan Malaysia – 019-5758131

Page 15: sumberpendidikan.comsumberpendidikan.com/.../2017/09/pemahaman-ramalan-bm.docx · Web viewRAMLI BIN SABRAN Guru Cemerlang Bahasa Melayu SK Kampong Bahagia, Teluk Intan Kertas Ramalan

Kertas Ramalan - UPSR Tahun 2017 8 Soalan Pemahaman dan Penulisan

SOALAN RAMALAN BAHASA MELAYU

UPSR TAHUN 2017

Bahagian B

[30 markah]

Soalan 21

(a) Tandakan ( √ ) bagi simpulan bahasa yang betul berdasarkan ayat di bawah.

(i) Novel tersohor ‘Ranjau Sepanjang Jalan’ itu merupakan __________ sasterawan muda yang terkenal di negara kita.

buah mulut ( ) buah tangan ( ) buah pena ( )

(ii) Hanya orang yang __________ sanggup melupakan jasa dan pengorbanan ibu bapa yang mendidik dan membesarkan mereka.

buta hati ( ) bulat hati ( ) makan hati ( )

[2 markah]

(b) Padankan perkataan yang sesuai berdasarkan ayat yang diberikan. Satu daripadanya telah ditunjukkan sebagai contoh.

(i) Tanah sawah itu ________ kerana musim kemarau yang melanda sudah hampir tiga bulan.

(ii) Dia tidak dapat mengenal pasti kelibat orang yang lalu di hadapannya kerana cahaya ________.

(iii) Puan Chew membuang dan membersihkan sarang________ yang melekat pada kain langsir itu.

(iv) Beberapa orang ahli pengakap mengutip

________kering untuk menyalakan api bagi menjerang air.

Page 16: sumberpendidikan.comsumberpendidikan.com/.../2017/09/pemahaman-ramalan-bm.docx · Web viewRAMLI BIN SABRAN Guru Cemerlang Bahasa Melayu SK Kampong Bahagia, Teluk Intan Kertas Ramalan

samar-samar

kering-kontang

ranting-ranting

angkut-angkut

[2 markah]

Merealisasikan Kemenjadian A+ Pencapaian Bahasa Melayu Penulisan - Dalam Program Hari Untuk Gemilang (HUG) - UPSR 2017 Disediakan oleh : Tuan Haji Md. Ramli Sabran - Guru Cemerlang Bahasa Melayu - Kementerian Pendidikan Malaysia – 019-5758131

Page 17: sumberpendidikan.comsumberpendidikan.com/.../2017/09/pemahaman-ramalan-bm.docx · Web viewRAMLI BIN SABRAN Guru Cemerlang Bahasa Melayu SK Kampong Bahagia, Teluk Intan Kertas Ramalan

Kertas Ramalan - UPSR Tahun 2017 9 Soalan Pemahaman dan Penulisan

(c) Garis jawapan yang paling sesuai bagi ayat di bawah.

(i) Pekebun-pekebun kecil kelapa sawit (keliru, benak, gempar) apabila tanaman mereka dimusnahkan oleh gajah liar.

(ii) Paras air Sungai Batang Kali semakin (deras, dalam, dangkal) kerana kekotoran dan sampah sarap mendap di dasarnya.

[2 markah]

Soalan 22

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan di bawah.

sepi jauh kelat lewat gopoh bengis

pagi awal sejuk malam cermat lembut

Jam dinding sudah menunjukkan tepat pukul 7:00 __________. Isnani baru terjaga kerana tidur

__________ malam. Isnani tidak sempat bersarapan, hanya minum seteguk air teh __________

yang terletak di atas meja makan. Isnani mengayuh basikalnya ke sekolah dengan __________

walaupun dia sudah terlewat. Tiba-tiba, dia terbayang wajah __________ guru disiplinnya yang

sedang tercegat di pintu pagar sekolah. Namun, dia tetap mengayuh basikalnya menghampiri pintu

pagar sekolah dengan berhati-hati.

[5 markah]

Diariku / Catatanku:

Page 18: sumberpendidikan.comsumberpendidikan.com/.../2017/09/pemahaman-ramalan-bm.docx · Web viewRAMLI BIN SABRAN Guru Cemerlang Bahasa Melayu SK Kampong Bahagia, Teluk Intan Kertas Ramalan

Merealisasikan Kemenjadian A+ Pencapaian Bahasa Melayu Penulisan - Dalam Program Hari Untuk Gemilang (HUG) - UPSR 2017 Disediakan oleh : Tuan Haji Md. Ramli Sabran - Guru Cemerlang Bahasa Melayu - Kementerian Pendidikan Malaysia – 019-5758131

Page 19: sumberpendidikan.comsumberpendidikan.com/.../2017/09/pemahaman-ramalan-bm.docx · Web viewRAMLI BIN SABRAN Guru Cemerlang Bahasa Melayu SK Kampong Bahagia, Teluk Intan Kertas Ramalan

Kertas Ramalan - UPSR Tahun 2017 10 Soalan Pemahaman dan Penulisan

Soalan 23

Baca dan teliti jadual di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya menggunakan ayat yang lengkap.

Butiran di bawah menceritakan hobi, cita-cita, sukan kegemaran, mata pelajaran yang disukai serta keahlian kelab bagi lima orang murid. Murid-murid ini belajar dalam satu kelas yang sama namun bagi mereka ada persamaan dan perbezaan bagi lima kategori yang disenaraikan seperti jadual di bawah ini:

Butiran Razman Raj Kumar Chong Beng Jamilah Kuldip Singh

Hobi Bersukan Bersukan Mengumpul Melancong Membacasetem

Cita-cita Atlit Pegawai Akauntan Pramugari DoktorNegara Bank

Sukan Bola Badminton Badminton Bola BadmintonKegemaran Sepak Jaring

Mata Sains Matematik Bahasa Bahasa SainsPelajaran Melayu Inggeris

Keahlian Bola Bahasa Matematik Kembara SainsKelab Sepak Inggeris

(a) Berdasarkan jadual, nyatakan satu persamaan antara Razman dengan Kuldip Singh.

___________________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________________[2 markah]

(b) Jenis sukan yang diminati oleh majoriti murid-murid tersebut ialah

___________________________________________________________________________________________[1 markah]

(c) Pada pendapat kamu, mengapakah Jamilah memilih untuk menyertai Kelab Kembara?

___________________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________________[3 markah]

Page 20: sumberpendidikan.comsumberpendidikan.com/.../2017/09/pemahaman-ramalan-bm.docx · Web viewRAMLI BIN SABRAN Guru Cemerlang Bahasa Melayu SK Kampong Bahagia, Teluk Intan Kertas Ramalan

Merealisasikan Kemenjadian A+ Pencapaian Bahasa Melayu Penulisan - Dalam Program Hari Untuk Gemilang (HUG) - UPSR 2017 Disediakan oleh : Tuan Haji Md. Ramli Sabran - Guru Cemerlang Bahasa Melayu - Kementerian Pendidikan Malaysia – 019-5758131

Page 21: sumberpendidikan.comsumberpendidikan.com/.../2017/09/pemahaman-ramalan-bm.docx · Web viewRAMLI BIN SABRAN Guru Cemerlang Bahasa Melayu SK Kampong Bahagia, Teluk Intan Kertas Ramalan

Kertas Ramalan - UPSR Tahun 2017 11 Soalan Pemahaman dan Penulisan

Soalan 24

Baca petikan berita di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

KUALA LUMPUR, 11 Julai – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah memaklumkan perkhidmatan tren elektrik (ETS) dari stesen KL Sentral ke Padang Besar, Perlis dan Ipoh, Perak ke Padang Besar telah bermula hari ini. KTMB dalam kenyataannya memberitahu, kedua-dua perkhidmatan tren tersebut dikendalikan oleh KTM Intercity.

Buat permulaan KTMB hanya menyediakan satu perkhidmatan tren untuk setiap arah bagi dua unit ETS. Kekerapan tren akan ditambah dari semasa ke semasa apabila ETS baharu mula beroperasi. Perkhidmatan ETS Ekspres ke Padang Besar hanya akan berhenti di 15 buah stesen atau hentian bermula dari KL Sentral.

“Laluan tren dari KL Sentral ke Padang Besar berlepas pada pukul 9:30 pagi dan dijangka tiba pada pukul 3:00 petang manakala, perjalanan dari Padang Besar ke KL Sentral pula bertolak pada pukul 4:00 petang dan sampai 9:15 malam. Harga tiket untuk perjalanan sehala adalahRM80.00,” menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak KTMB hari ini.

Dalam pada itu, menurut kenyataan pegawai KTM itu lagi, perkhidmatan tren ETS Transit Ipoh ke Butterworth ke Padang Besar dan sebaliknya telah bermula semalam. Perkhidmatan transit ini akan berhenti di kesemua 24 stesen dari Ipoh ke Padang Besar.

(a) Nyatakan laluan perkhidmatan tren elektrik (ETS) yang telah diperkenalkan oleh KTMB.

___________________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________________

[2 markah]

(b) Tandakan ( √ ) bagi pernyataan yang betul dan ( X ) bagi penyataan yang salah.

Perkhidmatan ETS dari stesen KL Sentral ke Padang Besar, dan

Ipoh ke Padang Besar dikelolakan oleh KTM Intercity.

Perjalanan ETS Ekspres dari KL Sentral ke Padang Besar hanya memakan masa selama lebih kurang empat jam setengah.

[2 markah]

(c) Pada pendapat kamu, apakah istimewanya menggunakan perkhidmatan tren elektrik (ETS)?

___________________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________________

[3 markah]

Page 22: sumberpendidikan.comsumberpendidikan.com/.../2017/09/pemahaman-ramalan-bm.docx · Web viewRAMLI BIN SABRAN Guru Cemerlang Bahasa Melayu SK Kampong Bahagia, Teluk Intan Kertas Ramalan

Merealisasikan Kemenjadian A+ Pencapaian Bahasa Melayu Penulisan - Dalam Program Hari Untuk Gemilang (HUG) - UPSR 2017 Disediakan oleh : Tuan Haji Md. Ramli Sabran - Guru Cemerlang Bahasa Melayu - Kementerian Pendidikan Malaysia – 019-5758131

Page 23: sumberpendidikan.comsumberpendidikan.com/.../2017/09/pemahaman-ramalan-bm.docx · Web viewRAMLI BIN SABRAN Guru Cemerlang Bahasa Melayu SK Kampong Bahagia, Teluk Intan Kertas Ramalan

Kertas Ramalan - UPSR Tahun 2017 12 Soalan Pemahaman dan Penulisan

Soalan 25

Baca iklan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya menggunakan ayat yang lengkap.

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI KANDI

PERTANDINGANMENGARANG CERITA

SEMPENA HARI GURU 2017Anjuran : Panitia Bahasa Melayu

Penyertaan : Terbuka kepada Murid Tahap DuaTema : Guru Pembina Negara Bangsa

Tarikh tutup : 12 Mei 2017 (Jumaat)

Hasil karangan hendaklah dihantar kepada:

Cikgu Roziah binti Ibrahim (Ketua Panitia Bahasa Melayu)

Jumlah perkataan hendaklah antara 250 hingga 300 patah perkataan

HADIAH LUMAYAN MENANTI ANDA!Pertama Kedua Ketiga 10 Sagu Hati

Borang Penyertaan Pertandingan Mengarang Cerita Sempena Hari Guru 2017 Boleh Didapati daripada Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Guru Kelas Masing-masing

(a) Panitia Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Seri Kandi mempelawa murid tahap dua untuk menyertai pertandingan mengarang cerita bersempena

___________________________________________________________________________________________[1 markah]

(b) Sambutan Hari Guru diraikan pada 16 Mei 2017, tajuk tema Hari Guru tahun ini ialah

Page 24: sumberpendidikan.comsumberpendidikan.com/.../2017/09/pemahaman-ramalan-bm.docx · Web viewRAMLI BIN SABRAN Guru Cemerlang Bahasa Melayu SK Kampong Bahagia, Teluk Intan Kertas Ramalan

___________________________________________________________________________________________[1 markah]

Merealisasikan Kemenjadian A+ Pencapaian Bahasa Melayu Penulisan - Dalam Program Hari Untuk Gemilang (HUG) - UPSR 2017 Disediakan oleh : Tuan Haji Md. Ramli Sabran - Guru Cemerlang Bahasa Melayu - Kementerian Pendidikan Malaysia – 019-5758131

Page 25: sumberpendidikan.comsumberpendidikan.com/.../2017/09/pemahaman-ramalan-bm.docx · Web viewRAMLI BIN SABRAN Guru Cemerlang Bahasa Melayu SK Kampong Bahagia, Teluk Intan Kertas Ramalan

Kertas Ramalan - UPSR Tahun 2017 13 Soalan Pemahaman dan Penulisan

(c) Borang penyertaan pertandingan mengarang cerita sempena sambutan Hari Guru 2017 boleh didapati daripada Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan

___________________________________________________________________________________________[1 markah]

(d) Apakah hadiah utama pertandingan mengarang cerita sempena sambutan Hari Guru 2017? Dan, berapakah jumlah hadiah yang ditawarkan kepada murid-murid yang bertanding?

___________________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________________[3 markah]

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

Diariku / Catatanku:

Page 26: sumberpendidikan.comsumberpendidikan.com/.../2017/09/pemahaman-ramalan-bm.docx · Web viewRAMLI BIN SABRAN Guru Cemerlang Bahasa Melayu SK Kampong Bahagia, Teluk Intan Kertas Ramalan

Merealisasikan Kemenjadian A+ Pencapaian Bahasa Melayu Penulisan - Dalam Program Hari Untuk Gemilang (HUG) - UPSR 2017 Disediakan oleh : Tuan Haji Md. Ramli Sabran - Guru Cemerlang Bahasa Melayu - Kementerian Pendidikan Malaysia – 019-5758131