soalan bm bahagian c

13

Click here to load reader

Upload: jacqueline-angie-teo

Post on 02-Dec-2015

29 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Soalan Bahagian c

TRANSCRIPT

Page 1: Soalan BM Bahagian c
Page 2: Soalan BM Bahagian c

BAIK HATI- Belas kasihan (Bersimpati terhadap kesesusahan orang lain)- Bertimbang rasa (Mengambil kira keperluan dan perasaan orang lain apabila membuat sesuatu tindakan)- Murah hati (Memberi bantuan secara ikhlas kepada mereka yang memerlukannya)- Saling memahami (Sanggup memberi dan menerima pandangan serta memahami perasaan dan keperluan masing-masing)- Saling bermaafan (Sanggup meminta maaf dan memberi kemaafan)

BERDIKARI- Berupaya bertindak sendiri (Sanggup dan boleh melakukan sesuatu tanpa mengharapkan orang lain)- Yakin pada diri sendiri (Percaya kepada kebolehan diri sendiri dan sanggup mencuba)

HEMAH TINGGI- Kesopanan (Berbudi bahasa dan beradab dalam pergaulan)- Mengakui kesalahan sendiri (Sedia mengaku kesilapan diri sendiri serta sanggup menerima nasihat)- Ramah mesra (Sedia bergaul mesra dengan semua orang)

HORMAT-MENGHORMATI- Ibu bapa (Memuliakan dan mentaati ibu bapa)- Ahli keluarga, orang yang lebih tua, guru, rakan, jiran tetangga dan pemimpin (menunjukkan rasa hormat kepada kumpulan tersebut dengan memberi layanan yang baik)- Institusi kerajaan dan Negara (Menerima dan hormat kepada kerajaan serta lambang-lambang kebesaran negeri)- Kepercayaan dan adat resam pelbagai keturunan (Menghormati kepercayaan dan adat resam semua keturunan di Malaysia)- Patuh kepada undang-undang negara (Mematuhi undang-undang yang telah ditentukan tanpa mengira di mana seseorang itu berada)- Patuh kepada ketepatan masa (Menepati waktu dan menggunakan masa dengan berfaedah)

KASIH SAYANG- Sayang diri sendiri dan orang lain (Menyayangi diri sendiri dan orang lain)- Sayang akan alam sekitar (Memelihara dan memulihara kehidupan flora dan fauna untuk kesejahteraan hidup)

KEADILAN- Adil (Membuat pertimbangan secara objektif, menyeluruh dan bersesuaian)- Saksama (Tidak berat sebelah dalam sesuatu tindakan dan keputusan sama ada dalam memberikan ganjaran atau hukuman)

KEBEBASAN- Boleh melakukan sesuatu asalkan tidak melanggar batas peraturan dan undang-undang yang tersurat dan tersirat dalam keluarga, sekolah, komuniti, masyarakat, negara dan agama

KEBERANIAN- Berani mencuba (Berani melakukan sesuartu perkara yang baru dan mencabar untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain dengan mengambil risiko yang akan dihadapi)- Berani kerana benar (Berani mempertahankan sesuatu yang diakui sebenarannya dengan menunjukkan bukti yang nyata)

KEBERSIHAN FIZIKAL DAN MENTAL- Kebersihan diri (Kebersihan anggota yang perlu dijaga oleh setiap individu untuk hidup sihat)- Kebersihan persekitaran (Pemeliharaan alam sekeliling supaya rapi dan bebas daripada kekotoran dan pencemaran)- Kebersihan mental (Pertuturan dan perlakuan yang terpuji yang perlu diamalkan oleh seseorang dalam hubungannya dengan orang lain)

KEJUJURAN- Amanah (Bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu tugas yang diberikan dan dapat menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain)

Page 3: Soalan BM Bahagian c

- Bercakap benar (Menyatakan perkara yang benar tanpa menokok tambah atau berselindung)- Ikhlas (Melakukan sesuatu dengan suci hati tanpa mengharapkan balasan)

KERAJINAN- Daya usaha (Berusaha bersungguh-sungguh dengan inisiatif, kreatif dan inovatif untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti.)- Dedikasi (Berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga untuk perkara yang berfaedah)

KERJASAMA- Gotong-royong (Melakukan sesuatu tugas secara beramai-ramai dan sukarela)- Toleransi (Bertolak ansur serta dapat mengawal diri untuk mengelakkan berlakunya perselisihan)- Perpaduan (Bersefahaman dan bekerjasama di peringkat keluarga, masyarakat, negara dan antarabangsa)

KESEDERHANAAN- Pertuturan dan perlakuan yang sederhana (Bertutur dan berkelakuan yang tidak melampaui batas serta menyinggung perasaan atau menimbulkan kemarahan orang lain)- Kesederhanaan dalam menimbangkan kepentingan diri dan kepentingan orang lain (Membuat pertimbangan yang sewajarnya supaya Memuaskan diri sendiri dan orang lain)

KESYUKURAN- Berterima kasih (Melahirkan perasaan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan dan pemberian)

PATRIOTISME- Semangat cintakan negara (Mempunyai semangat yang tinggi untuk menjaga keselamatan, nama baik negara)

RASIONAL- Membuat pertimbangan (Berupaya mengambil kira baik buruknya sesuatu perkara sebelum membuat keputusan)

SEMANGAT BERMASYARAKAT- Bermuafakat (Mengutamakan persetujuan dan kerjasama dalam sesuatu pekerjaan bagi kepentingan bersama)- Kejiranan (Berbaik-baik, bertolak ansur, tolong-menolong, dan bekerjasama dengan jiran tetangga)- Peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat (Menyedari masalah masyarakat dan sedia berusaha menyelesaikannya)

Format

Antara nilai-nilai dan pengajaran yang boleh kita contohi ialah sikap .............(1) supaya kita.................. contohnya...................................... Selain itu, kita perlu mengamalkan sikap ................(2) agar kita menjadi............................................. seperti...................................... Di samping itu sikap....................... (3) patut kita contohi kerana ia............................... umpamanya.............................. . Seterusnya, sikap ......(4) harus kita teladani agar mendidik kita menjadi.................seperti.................. Akhirnya, sikap ......(5) wajar kita ikuti agar...................contohnya................... Nilai-nilai dan pengajaran-pengajaran ini patut kita amalkan agar menjadikan kita seorang yang baik dan berhemah tinggi.

Page 4: Soalan BM Bahagian c

SOALAN BAHAGIAN C (UPSR 2010)

Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.

Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu peranggan.

Sahabatku Fadhil,

                Tujuan saya menulis warkah ini adalah untuk menceritakan pengalaman saya semasa menyertai lawatan ke Pulau Langkawi anjuran Kelab Bahasa Melayu sekolah saya.

                Kami memperoleh ilmu pengetahuan yang banyak. Setiap detik yang dilalui, kami manfaatkan dengan mengunjungi pelbagai tempat bersejarah seperti Beras Terbakar Makam Mahsuri dan Pantai Pasir Hitam. Ketika menaiki Kereta Kabel Langkawi menuju ke puncak Gunung Machinchang, kami kagum akan keindahan alam semula jadi. Cuacanya sejuk manakala udaranya segar dan nyaman.

                Semasa di Pantai Cenang, kami meminta kebenaran untuk mandi tetapi guru pengiring melarang kami kerana ombak besar. Kami akur akan nasihat guru tersebut. Lawatan seterusnya ke ‘Underwater World’, iaitu tempat pelbagai jenis kehidupan air dipamerkan. Kami berbaris sebelum masuk untuk mengelakkan kesesakan.

                Sebelum pulang kami singgah di pekan Kuah untuk membeli-belah. Saya hanya membeli barang-barang yang perlu sahaja kerana itulah yang dipesan oleh ibu. Saya juga membeli cenderamata untuk kawan-kawan dan keluarga.

Nilai  murni Penerangan / Ulasan

Page 5: Soalan BM Bahagian c

SOALAN BAHAGIAN C (UPSR 2009)

Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.

Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu peranggan.

            Sang Semut sering keluar mencari makanan untuk kumpulannya. Sang Semut bersungguh-sungguh dalam menjalankan tugas yang diberikan.

                Pada suatu hari, ketika Sang Semut asyik mencari makanan, Sang Semut telah terjatuh ke dalam sungai. Sang Semut dihanyutkan air dan hampir lemas.

                Sang Merbuk yang melihat kejadian itu segera menjatuhkan sehelai daun agar Sang Semut dapat berpaut. Sang Semut berjaya menyelamatkan dirinya dengan bantuan Sang Merbuk.

                Pada suatu pentang, Sang Semut terlihat seorang pemburu sedang mengacukan senapang ke arah Sang Merbuk. Sang Semut segera mengigit kaki pemburu itu. Pemburu terkejut lalu tembakannya tersasar. Sang Merbuk segera terbang untuk menyelamatkan diri. Sang Merbuk mengucapkan terima kasih kepada Sang Semut.

                Sejak peristiwa itu, Sang Semut dan Sang Merbuk bersahabat baik.

Nilai  murni Penerangan / Ulasan

Page 6: Soalan BM Bahagian c

SOALAN BAHAGIAN C (UPSR 2008)

Tulis lima  pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.

Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu peranggan.

Ana          : Apa khabar, Halim?

Halim       : Beransur baik sekarang. Cuma badan saya masih lemah dan tidak berselera untuk makan.

Ana          : Awak mesti makan, jangan turutkan hati. Makanan di sini berkhasiat. Kalau tak makan, bagaimana nak sihat?

Halim       : Terima kasih atas ingatan awak.

Ana          : Eh, tentulah! Kita berkawan mestilah saling mengingati.

Halim       : Apa khabar kawan-kawan kita?

Ana          : Oh, semuaya baik belaka! Mereka mendoakan supaya awak segera sembuh. Apa kata soktor tentang

                  penyakit awak?

Halim       : Doktor mengatakan bahawa saya disyaki menghidap demam denggi.

Ana          : Oh, begitu! Penyakit demam denggi ini berpunca daripada nyamuk aedes. Kita mesti pastikan air tidak bertakung agar nyamuk aedes tidak membiak.

Halim       : Betul tu, Ana. Semua pihak perlu menjaga kebersihan persekitaran.

Ana          : Baiklah, Halim. Saya minta diri dulu. Saya dah berjanji dengan ibu saya untuk pulang awal. Ini ada

                  beberapa buah buku yang boleh awak baca untuk menghilangkan rasa bosan awak.

Halim       : Terima kasih, Ana. Sekurang-kurangnya buku ini boleh mengisi masa lapang saya di sini. Berhati-hati Semasa pulang. Sampaikan salam saya kepada kawan-kawan dan keluarga awak.      

Nilai  murni Penerangan / Ulasan

Page 7: Soalan BM Bahagian c
Page 8: Soalan BM Bahagian c

SOALAN BAHAGIAN C (UPSR 2007)

Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.

Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu peranggan.

Ketika berjalan ke sekolah untuk menghadiri latihan sukan, aku terjumpa sebuah dompet. Aku membuka dompet itu untuk mengetahui siapa pemiliknya. Di dalam dompet itu terdapat wang yang banyak dan dokumen penting. Aku berfikir sejenak sambil melihat sekeliling sekiranya ada orang yang sedang mencari-cari dompetnya.

Tiba-tiba rakanku datang dan aku memberitahunya tentang dompet tersebut. Dia menyuruh aku mengambil sahaja dompet itu. Aku tidak berani untuk berbuat demikian. Aku teringat akan pesanan ibu bapaku agar tidak mengambil barang kepunyaan orang lain.

Aku membuat keputusan untuk menyerahkan dompet tersebut kepada guru bertugas, iaitu Cik Rani. Beliau telah membawa aku berjumpa dengan guru besar. Guru besar memuji tindakan yang telah aku lakukan itu.

Nilai  murni Penerangan / Ulasan

Page 9: Soalan BM Bahagian c

SOALAN BAHAGIAN C (UPSR 2006)

Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.

Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu peranggan.

Nani murid yang sentiasa mengambil berat tentang pelajaranya. Pada masa yang sama dia mempunyai pelbagai hobi. Mengumpul setem adalah antara hobi yang paling digemarinya. Dia memiliki lima buah album setem yang disimpan di dalam almari yang berkunci.

                Setem yang dikumpulkannya diperoleh daripada beberapa buah negara. Nani bertukar-tukar setem dengan kawan-kawan sekolahnya dan sahabat pena dari negeri-negeri di Malaysia dan luar negara.

                Kini dia memiliki pelbagai setem dan mempunyai ramai kawan. Melalui hobinya, Nani dapat mengetahui berbagai-bagai maklumat tentang negara luar seperti mata wang, kebudayaan, makanan dan pemimpin negara.

                Dia amat gembira kerana hobinya mendatangkan banyak faedah. Di samping itu, dia dapat mengelakkan dirinya daripada terlibat dengan perkara-perkara yang tidak bermanfaat dan membuang masa.

Nilai  murni Penerangan / Ulasan

Page 10: Soalan BM Bahagian c

SOALAN BAHAGIAN C (UPSR 2005)

Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.

Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu peranggan.

          Semasa kakak pergi bekerja, adik telah masuk ke bilik kakak dan bermain-main di situ. Sedang asyik bermain, tiba-tiba adik ternampak sebuah cenderamata kepunyaan kakak yang diperbuat daripada kaca. Cenderamata itu ialah pemberian kawan kakak yang baru pulang dari luar negeri.

                Saya telah melarang adik supaya tidak bermain-main dengan cenderamata itu tetapi adik tidak mengendahkannya. Tiba-tiba, cenderamata itu terlepas dari tangan adik dan terhempas di lantai lalu pecah berderai. Emak memarahi adik.

                Sebelah petang, kakak pulang dari tempat kerja. Kakak sungguh sedih apabila mengetahui cenderamata kesayangannya telah pecah. Adik meminta maaf dan berjanji tidak akan mengusik barang-barang kepunyaan kakak lagi.

Nilai  murni Penerangan / Ulasan