soalan bab 8

3

Click here to load reader

Upload: arafeh-karimi

Post on 23-Jun-2015

303 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Soalan bab 8

BAB 8

SOALAN OBJEKTIF :

1. Apakah ciri matrilineal dalam Adat Perpatih ?

A. Perlantikan ketua adat

B. Perkahwinan luar suku

C. Nasab keturunan bapa

D. Perempuan mewarisi harta

2. Tokoh berikut berperanan penting dalam Kesultanan Melayu Melaka.

Makhdum Sayid Abdul Aziz

Maulana Abu Bakar

Maulana Sadar Jahan

Apakah peranan mereka ?

A. Menasihati pemerintah

B. Menetapkan istiadat diraja

C. Mengetuai diplomatik

D. Menguatkuasakan undang-undang

3. Senarai di bawah menunjukkan gelaran Sultan setelah kedatangan Islam

Zillullah Fil-alam

Zillullah Fil-ardh

Khalifatul mukminin

Apakah tujuan penggunaan gelaran tersebut ?

A. Melambangkan kekuatan

B. Menunjukkan kuasa mutlak

C. Mengesahkan kewibawaan

D. Mengukuhkan konsep dewa-raja

4. Rajah di bawah menunjukkan perubahan kesan kedatangan Islam

Apakah perubahan tersebut ?

A. Nasab keturunan

B. Asas perundangan

C. Sistem pentadbiran

D. Susun lapis masyarakat

Penitisan dewa Iskandar Zulkarnain

Page 2: Soalan bab 8

5. Rajah di bawah menunjukkan pengaruh Islam dalam Adat Temenggung.

Apakah X ?

A. Sistem ekonomi

B. Perwarisan harta

C. Sistem pentadbiran

D. Pemasalahan ibadat

6. Manakah antara berikut yang terkandung dalam Hukum Kanun Melaka ?

I. Cara berniaga

II. Kuasa pemerintah

III. Kesalahan jenayah

IV. Kewajiban pendidikan

A I dan II C II dan III

B I dan IV D III dan IV

7. Maklumat di bawah ada kaitan dengan pendidikan tidak formal masyarakat Melayu

Tradisional.

Cerita jenaka

Cerita binatang

Apakah tujuan cerita-cerita tersebut diceritakan kepada kanak-kanak ?

A. Menerapkan nilai murni

B. Memupuk semangat kerjasama

C. Menjauhkan diri daripada sifat malas

D. Menanamkan semangat kepahlawanan

8. Pepatah Melayu di bawah digunakan dalam pendidikan tidak formal orang Melayu.

Siakap senohong gelama ikan duri,

Bercakap bohong lama-lama mencuri

Mengapakah pepatah tersebut digunakan ?

A. Mengekalkan sastera lisan

B. Mengajar membina pantun

C. Menerap unsur pengajaran

D. Menentukan hukuman yang diterima

Adat

Temenggung

Jurai keturunan

perkahwinan

X

Page 3: Soalan bab 8

9. Jadual di bawah menunjukkan pengaruh Islam di Tanah Melayu.

Pentadbiran Kerajaan

Institusi kesultanan Kerajaan Abbasiyah

Amalan protokol X

Apakah X ?

A. Khalifah al-Rasyidin

B. Kepimpinan Rasulullah

C. Kerajaan Bani Umaiyah

D. Kerajaan Turki Uthmaniyah

10. Karya berikut mempunyai pengaruh terhadap rakyat Kesultanan Melayu Melaka

Apakah pengaruh karya tersebut ?

A Memperluas ilmu pengetahuan

B Mewujudkan golongan intelek

C Memantapkan sistem perundangan

D Meningkatkan semangat perjuangan

Hikayat Amir Hamzah

Hikayat Muhammad Ali Hanafi