soalan 5

Upload: fasyatiir

Post on 09-Mar-2016

234 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

SEKADAR KONGSI

TRANSCRIPT

Kandungan

11.0 Pengenalan

21.1Penangguhan Wajib Lulus Bahasa Inggeris

42.0 Sebab-Sebab Penangguhan

42.1 Kesediaan Guru

52.2 Kesediaan Pelajar

62.3 Prasarana Yang Tidak Mencukupi

63.0 Cadangan Bagi Meningkatkan Dan Penambahbaikan Pengajaran Dan

6Pembelajaran Di Sarawak

63.1Kesediaan Guru

73.2Sediakan Prasarana Yang Mencukupi.

73.3 Kesediaan murid

83.4 Atasi masalah pelajar dan guru di pedalaman

94.0 Kesimpulan

10RUJUKAN

SOALAN 5 Mengikut Perancangan Awal Olen Kemterian Pendidikan Malaysia Bahawa Pelajar-Pelajar Disyaratkan Wajib Lulus Bahasa Inggeris Dalam Peperiksaan Awam Pada 2016 Akan Datang Tetapi Ianya Ditunda. Analisis Sebab Ianya Ditunda Pelaksanaannya Dan Beri Cadangan Anda Bagi Meningkatkan Dan Penambaikan Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Inggeris Di Sarawak Sebelum Pelaksanaan Syarat Wajib Lulus Dalam Peperiksaan Awam.

1.0 Pengenalan

Umum sudah tahu bahawaBahasa Inggerisadalah bahasa kedua negara kita dan bagi sesiapa yang dapat menguasainya dengan baik akan mendapat lebih kebaikan dari segi kerjaya. Bagi pelajar pula,penguasaan Bahasa Inggerisyang baik mampu membantu mereka dalam menjawab soalan dan mengembangkan penguasaan itu hingga ke menara gading. Semasa di Universiti, kebanyakan buku rujukan adalah di dalam Bahasa Inggeris dan kemahiran yang tinggi di dalam penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar akan memudahkan pelajar tersebut. Kadangkala, sesi pembentangan juga dilakukan dalam Bahasa Inggeris. Sekiranya tahap penguasaan bahasa inggeris seseorang itu lemah, pasti amat menyukarkan pelajar tersebut dalam penyampaiannya. Pelan pembangunan pendidikan Malaysia(PPPM) yang telah dilancarkan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidkan pada 6 september 2013 yang melakarkan visi sistem pendidikan dan aspirasi murid yang dapat memenuhi keperluan Negara pada masa depan. Dasar meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris dalam kalangan murid-murid merupakan salah satu aspirasi yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Dalam dasar MBMMBI mengukuhkan penguasaan bahasa inggeris sebagai bahasa yang wajib dipelajari,bahasa komunikasi dan bahasa ilmu merupakan salah satu dasar yang telah dilakarkan dalam PPPM yang bertujuan melahirkan warga Malaysia yang fasih dan yakin untuk menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Selain itu Malaysia juga ingin membina modal insan yang mampu mengakses pelbagai bidang ilmu melalui pelbagai media seperti ICT dan membentuk 1 Malaysia yang mempunyai jati diri yang kuat,progresif,dinamik dan mampu bersaing di peringkat antarabangsa kea rah mencapai kemajuan Negara.

(KPM 2014)

Menurut Muhyiddin sebagai Menteri Pendidikan, pada masa itu, jumlah peratusan pelajar yang lulus mata pelajaran berkenaan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah kira-kira 60 peratus.

Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua bagi negara kita akan diwajibkan lulus bagi calon SPM 2016. Ini telah diumumkan oleh Menteri pendidikan semasa melancarkan PPPM 2013 yang seiring dengan pelaksanaan gelombang kedua Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.1.1Penangguhan Wajib Lulus Bahasa InggerisNamun demikian syarat wajib lulus Bahasa Inggeris ini telah ditangguhkan.

Kementerian Pendidikan melihat keputusan menangguhkan syarat wajib lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris (BI) dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2016 adalah untuk berlaku adil kepada guru dan pelajar di kawasan luar bandar supaya mereka lebih bersedia.

( Datuk Seri Mahdzir Khalid).Hasrat kerajaan menjadikan subjek Bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib lulus bermula 2016 mendapat reaksi pelbagai pihak. Perkara ini juga menarik perhatian warga pendidik, para pelajar dan ibu bapa.Namun begitu Kementerian Pendidikan menangguhkan syarat wajib lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), yang sepatutnya berkuat kuasa mulai tahun depan. Menurut Lembaga Peperiksaan,penangguhan itu bertujuan memberi ruang dan peluang kepada guru, murid serta pihak berkaitan membuat persediaan yang lebih rapi.Minimum lima tahun merupakan tempoh yang sesuai untuk pelajar memperbaiki kelemahan mereka dalam Bahasa Inggeris (BI) sebelum syarat wajib lulus mata pelajaran itu dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dilaksanakan. Menurut Prof Madya Dr Raja Nor Safinas Raja Harun, jangka masa itu mampu melatih pelajar menguasai bahasa itu bermula dengan pelajar yang memasuki tingkatan satu tahun depan. "Tempoh lima tahun akan memberi kesedaran kepada pelajar memperbaiki kelemahan berbahasa Inggeris serta lulus dengan jayanya pada SPM nanti," kata dekan Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu.Kementerian Pendidikan melihat keputusan menangguhkan syarat wajib lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris (BI) dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun depan ialah untuk berlaku adil kepada guru dan pelajar di kawasan luar bandar supaya mereka lebih bersedia. penangguhan itu perlu bagi memberi lebih ruang kepada penduduk di luar bandar membuat persiapan kerana, berbeza dengan kawasan bandar, pelajar di kampung dan pedalaman masih belum mencapai tahap menguasai bahasa tersebut.

( Datuk Seri Mahdzir Khalid)

Keputusan itu disambut baik Kongres Kesatuan Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia di mana presidennya Datuk Mohamed Sabri Mohd Arsad. Beliau berkata, syarat wajib lulus mata pelajaran tersebut memerlukan kepada persediaan lebih lengkap melibatkan guru, pelajar serta aspek pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.Tindakan Kementerian Pelajaran menangguhkan wajib lulus Bahasa Inggeris dalam SPM tahun 2016,merupakan satu langkah yang tepat.Perkara itu telah dibangkitkan di Parlimen ketika membahas Ucapan Bajet 2015 supaya kerajaan mengkaji semula peraturan ini kerana ia menzalimi pelajar-pelajar luar bandar terutama Sabah dan Sarawak. Kerana tidak ada persediaan guru yang mencuckupi.

(Ustaz Idris Hj Ahmad)Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan rancanagan mewajibkan bahasa inggeris SPM tahun 2016 mencetuskan kebimbangan ekoran kesannya terhadap pelajar luar Bandar berhubung factor hambatan dan kekurangan di kawasan tersebut.Malaysia memerlukan pendidikan yang berkembang dalam memastikan Negara benar-benar bersedia melaksanakannya. Syarat wajib lulus itu mempunyai beberapa kelemahan.2.0 Sebab-Sebab Penangguhan

Pada 15hb Jun 2014, Timbalan Menteri Pendidikan Satu, Datuk Mary Yap Kain Ching kira -kira 70 peratus daripada 60,000 guru bahasa Inggeris yang menduduki peperiksaan Cambridge Placement Test (CPT) pada pertengahan tahun lepas tidak mencapai tahap memuaskan.Sebilangan besar guru hanya mencapai penguasaan bahasa tahap pertengahan, Sound English Proficiency (SEP) dan tahap rendah, Low English Proficiency (LEP) .2.1 Kesediaan Guru Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof, berkata penangguhan pelaksanaannya ialah untuk memberi lebih banyak masa kepada guru dan pelajar membuat persediaan.

"Seperti diumumkan oleh Lembaga Peperiksaan, pelaksanaannya ditangguhkan kerana terdapat keperluan untuk kajian selanjutnya kerana guru kita masih belum bersedia.Namun ia akan dilaksanakan juga tetapi bukan pada 2016.Kira -kira 70 peratus daripada 60,000 guru bahasa Inggeris yang menduduki peperiksaan Cambridge Placement Test (CPT) pada pertengahan tahun lepas tidak mencapai tahap memuaskan.

Menurut Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof lagi, pastikan semua sekolah mesti menerimanya dan guru mereka mesti terlatih sepenuhnya dan bersedia melaksanakan sepenuhnya pelan itu. Masih terdapat sekolah dan guru-guru yang belum bersedia dan menyokong pelaksanaannya. Untuk persiapan lebih baik bagi pelaksanaan cadangan itu, Kementerian telah mula melatih 61,000 orang guru Bahasa Inggeris supaya lebih mahir dalam bahasa itu sejak 2013.Sering kali kita mendengar rungutan guru bahasa inggeris yang tidak begitu menguasai bahasa inggeris dengan baik. Ini bukan kerana guru tersebut tidak belajar Bahasa Inggeris tetapi kerana pengkhususan mereka bukanlah bahasa inggeris tetapi diminta mengajar Bahasa Inggeris.Terdapat guru-guru Bahasa Inggeris yang pengkhususannya bahasa melayu tetapi disuruh mengajar Bahasa Inggeris.inilah merupakan factor yang menjadikan guru tidak bersedia. Mereka tidak mampu mengajar bahasa inggeris dengan berkesan kerana mereka sendiri juga mempunyai kekurangan dan tidak mahir dalam bidang tersebut.2.2 Kesediaan Pelajar

Kesediaan pelajar juga merupakan faktor yang menyebabkan penangguhan wajib lulus bahasa Inggeris ini. Pelajar masih belum bersedia untuk menhadapi peperiksaan SPM yang bahasa Inggeris diwajibkan lulus terutamanya di kawasan luar bandar. Pelajar luar Bandar dikatakan sedikit ketinggalan berbanding pelajar Bandar yang lebih terdedah kepada penggunaan bahasa tersebut. Syarat wajib lulus bahasa inggeris dalam SPM bermatlamat untuk memastikan calon SPM mempunyai penguasaan bahasa tersebut ysng sangat penting sebagai bahasa kebangsaan. Pelajar luar Bandar masih mamlu-malu untuk bertutur bahasa inggeris. Bertutur dalam bahasa tersebut membolehkan pelajar mahir dalam penggunaannya.ini merupakan pembelajaran yang berkesan untuk menguasai bahasa tersebut. Tidak perlu bimbang tentang anggapan orang yang suka merendahkan kebolehan orang lain kerana bertutur dalam bahasa inggeris inio akan member impak yang positif dalam penguasaan bahasa tersebut. Pelajar-pelajar luar Bandar dan pelajar-pelajar melayu malu-malu hendak bertutur dalam bahasa inggeris kerana bimbang sebutan salah atau diketawakan oleh rakan-rakan mereka. Sifat rendah diri membuatkan mereka rasa takut dan malu untuk bertutur dalam bahasa inggeris. Sifat malu dan rendah diri ini perlu dikikiskan agar dapat bersaing dan maju dalam dunia yang semakin mencabar ini. Orang yang membuat kesilapan lalu membetulkannya adalah orang yang bijak. Orang yang pandai yang bijak bermula dengan membuat kesilapantetapi berusaha memperbaiki kesilapan tersebut sehingga berjaya. 2.3 Prasarana Yang Tidak MencukupiMempersiapkan prasarana yang mencukupi dan tidak ada mana-mana sekolah keciciran jika mahu subjek Bahasa Inggeris menjadi subjek wajib lulus adalah wajar. Pelajar-pelajar kawasan luar Bandar, kurang terdedah dengan bahan bacaan dalam bahasa Inggeris.

Mereka juga lebih terdedah kepada bahasa ibunda mereka. 3.0 Cadangan Bagi Meningkatkan Dan Penambahbaikan Pengajaran Dan

Pembelajaran Di Sarawak3.1Kesediaan GuruGuru perlu bersedia menghadapi cabaran dalam pelaksanaan wajib lulus bahasa Inggeris SPM ini. Guru-guru yang sudah mantap amat diperlukan bagi membimbing pelajar menguasai bahasa Inggeris dengan baik. Hantar guru yang benar-benar layak dan kursus dalam bidang tersebut sebagai tenaga pengajar bukannya menyuruh guru yang pengkhusannya Bahasa Melayu untuk mengajar bahasa Inggeris. Sudah pasti guru yang sebegini tidak mampu menyediakan pelajar mereka dengan penguasaan bahasa Inggeris yang baikKeperluan guru mahir di kawasan luar Bandar amat tinggi. Guru-guru yang betul-betul mahir mampu manjadikan pelajar menguasai bahasa inggeris dengan baik.

Kesediaan guru dalam mengajar bahasa inggeris perlu diambilkira.guru perlu kreatif dan mampu menarik minat murid dalam mata pelajaran ini. Bahan pengajaran yang pelbagai dan menarik mampu menjadikan pelajar lebih berminat dan bermotivasi dan lebih dekat kepada persekitaran pengajaran pembelajaran.

3.2Sediakan Prasarana Yang Mencukupi.Prasarana yang sesuai dan mencukupu amat diperlukan dalam usaha meningkatkan mutu pengajaran pembelajaran di sekolah. Prasarana yang kondusif akan menjadikan pelajar lebih bermotivasi dan lebih berminat dalam mata pelajaran ini. Bahan bacaan dalam bahasa Inggeris perlu diperbanyakkan di setiap sekolah. Pendedahan bahasa inggeris melalui pembacaan amat berkesan bagi menguasai bahasa tersebut. Peralatan pengajaran yang mencukupi seperti computer, talian internet yang tidak bermasalah disamping bahan-bahan lain yang boleh digunakan dalam pembelajaran dan pengajaran bahasa Inggeris.

3.3 Kesediaan muridBagi menjadikan murid lebih bersedia dan lebih yakin menghadapi ujian bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib lulus, beberapa tindakan perlu difikirkan.

Tanamkan minat terhadap bahasa inggeris bdan bukan menanggap mata pelajaran ini sukar. Pelajar-pelajar perlu diberi pendedahan yang lebih meluas tentang bahasa inggeris terutama perkaitan dengan kehidupan seharian.Galakan dan dorongan daripada guru,ibubapa dan masyarakat sekeling perlu ada dan utuh agar pelajar-pelajar tidak malu dan rasa rendah diri semasa hendak bertutur dalam bahasa Inggeris. Pelajar juga perlu mengikis rasa malu mereka untuk menggunakan bahasa tersebut semasa berintraksi dengan rakan,guru, ibubapa malah masyarakat sekeliling. Ini akan menambah lagi keyakinan mereka dalam menguasai bahas inggeris ini. Perbanyakkan kelas belajar bahasa Inggeris di samping program-program motivasi dan sebagainya.

3.4 Atasi masalah pelajar dan guru di pedalamanMasalah di pedalaman sudah menjadi santapan telinga kita sejak dulu lagi. Dari segi jarak yang menjadi punca kepada sukarnya pembangunan sampai ke kawasan ini. Dengan kesukaran ini sudah pasti pembaharuan dan pembangunan sukar di bawa masuk ke kawasan seperti ini. Justeru itu, tindakan mengatasinya perlu difikir dan dilaksanakan. Sediakan prasarana yang sesuai dan mencukupi. Dedahkan mereka dengan penggunaan internet sebagai sumber ilmu yang berkesan. Buku-buku bahasa Inggeris amat diperlukan. Pihak-pihak yang mampu sila hulurkan bantuan agar sekolah di kawasan pedalaman ini mampu dibangunkan seperti kawasan yang lain agar pelajar lebih terdedah kepada dunia luar.4.0 Kesimpulan Pengumunan penagguhan wajib lulus bahasa inggeris ini disambut baik sebilangan masyarakat Malaysia. Namun terdapat juga golongan yang mempersoalkan rasional penangguhannya.Pihak berwajib perlulah membincangkan sedalam-dalamnya hal ini sebelum melaksanakannya. Persediaan awal juga perlu dilakukan bagi menjayakan pelaksanaannya. Penekan penangguhan ini yang berkaitan dengan isu persediaan guru-guru dan pelajar pelajar luar bandar perlu diteliti terlebih dahulu.Atasi dahulu masalah-masalah yang timbul dan perhalusi dulu impak pelaksanaannya agar ia dapat dijalankan dengan lancar tanpa membazirkan kos dan masa. Sokongan pihak-pihak tertentu diperlukan bagi member dorongan dalam menjayakan pelaksanaan wajib lulus bahasa Inggeris ini.

Pihak ibu bapa perlu diterangkan tentang pelaksanaannya agar mereka faham dan tidak merasakan yang pelaksanaannya membebankan anak mereka. Para guru perlu mahir dalam pedagogi dan teknik dalam pengajaran bahasa ini. Memparaktikkan penggunaan bahasa inggeris walau di mana sahaja tanpa rasa malu dan rendah diri dalam kalangan pelajar perlu ditekankan . Motivasi diri seorang pelajar perlu dipertingkatkan agar mereka yakin dalam penguasan bahasa Inggeris ini.

RUJUKAN

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, (2012): Kementerian

Pendidikan MalaysiaSurat Pekeliling Lembaga Peperiksaan Bil. 2 Tahun 2014.Pelaksanaan Mata Pelajaran Bahasa Inggeris Sebagai Syarat Wajib Lulus Mulai Sijil Pelajaran Malaysta (SPM) 2016.Cabaran Wajib Lulus Bahasa Inggeris SPM, (2015): Bernama.

Wajib lulus BI.(2015) www.mstar.com.my Wajib Lulus Bahasa Inggeris SPM Jadi Tambatan ,(2015) www.bernama.com/bernama/v8Bahasa Inggeris sebagai satu syarat wajib lulus SPM ditangguhkan(2015) www.babb.netNabihah Hamid, (2015) Wajib lulus Bahasa Inggeris SPM Tak Adil Kepada Penduduk Pedalaman 110