soalan set 5

31
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN SULIT* SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SANDAKAN (Peti Surat 1458, 90716 Sandakan) SOALAN SET 5 PEPERIKSAAN PENGGAL SATU Tingkatan Enam Atas SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE) Arahan Kepada Calon: Jawab empat soalan sahaja: dua soalan daripada Bahagian A dan dua soalan daripada Bahagian B. STPM 940 / SEJARAH KERTAS 2 (Tiga 1

Upload: mohammadiasmks

Post on 31-Jul-2015

134 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Soalan Set 5

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAANMAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAANMAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAANMAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAANMAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAANMAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAANMAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAANMAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAANMAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAANMAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAANMAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAANMAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAANMAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAANMAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN

SULIT*

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SANDAKAN(Peti Surat 1458, 90716 Sandakan)

SOALAN SET 5

PEPERIKSAAN PENGGAL SATU

Tingkatan Enam Atas

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)

Arahan Kepada Calon:

Jawab empat soalan sahaja: dua soalan daripada Bahagian A dan dua soalan daripada Bahagian B.

Kertas soalan ini terdiri daripada 2 halaman bercetak© Unit Peperiksaan STPM SMK Sandakan

BAHAGIAN A

STPM940 / 2SEJARAH

KERTAS 2

(Tiga Jam)

1

Page 2: Soalan Set 5

1. Bincangkan struktur sosial masyarakat Melayu sebelum campur tangan British di Tanah Melayu. [25]

2. Jelaskan sistem perhambaan yang diamalkan di Tanah Melayu sebelum campur tangan British pada atahun 1874

3. Situasi politik dan ekonomi yang tidak stabil telah mempengaruhi British campur tangan di Perak pada tahun 1874.

4. Bincangkan perubahan sistem politik Melayu selepas campurtangan British di Tanah Melayu sehingga akhir abad ke-19.

5. Bagaimanakah perkembangan ekonomi kolonial mempengaruhi perubahan sosial di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua?

6. Jelaskan Perubahan-perubahan pentadbiran yang berlaku di Kelantan dan Terengganu antara tahun 1903 hingga 1920 an.

BAHAGIAN B

7. Terangkan dasar tutup pintu yang diamalkan di China dan Jepun sebelum perluasan pengaruh Barat.

8. Huraikan perkembangan ekonomi di Myanmar (Burma) dan Thailand sebelum kemasukan kuasa Barat pada abad ke-19.

9. Bincangkan peranan Sukarno dan Jose Rizal dalam gerakan nasionalisme di Indonesia dan Filipina.

10. Huraikan dasar luar India dengan Pakistan dari tahun 1949 hingga 1963

11. Bincangkan sistem pentadbiran di Thailand dan Filipina selepas Perang Dunia Kedua.

12. Bincangkan peranan golongan intelektual dalam gerakan nasionalisme di Filipina dan Thailand.

Soalan Set 5

2

Page 3: Soalan Set 5

Kertas 2 Sejarah STPM

Soalan 1

Bincangkan struktur sosial masyarakat Melayu sebelum campur tangan British di Tanah Melayu.

Pendahuluan

Secara umumnya masyarakat Melayu tradisional merupakan sebuah masyarakat feudal dan bercorak hierarki yang dapat dibahagikan kepada 2 golongan iaitu golongan yang memerintah dan golongan yang diperintah. Golongan pemerintah terdiri daripada raja atau sultan, pembesar dan ulama. Manakala golongan yang diperintah pula terdiri daripada rakyat biasa yang merdeheka dan hamba. Wujud hubungan timbal balas anatara golongan pemerintah dan golongan diperintah.

Isi 1. Golongan Pemerintah

Terdiri daripada raja, sultan atau yang dipertuan, keluarga dan kaum kerabat diraja, pembesar negeri termasuk kaum bangsawan, ulama, pendita dan penghulu.

A. Raja/ Sultan/ Yang dipertuan Basar

Raja atau sultan ialah pemerintah tertinggi dalam pentadbiran negeri. Baginda dibantu oleh kaum kerabat dan para pembesar. Baginda memiliki kuasa dan kewibawaan dalam menjalankan pentadbiran dan pemerintahannya di seluruh negeri.

Baginda adalah simbol perpaduan negeri. Mempunyai kuasa mutlak terhadap rakyat jelata dan mesti dihormati. Segala perintahnya mesti dipatuhi. Rakyat yang engkar dianggap menderhaka dan akan mendapat balasan buruk atau dikenakan hukuman yang amat berat.

Konsep daulat digunakan untuk menjadikan seseorang sultan lebih mulia dan dianggap mempunyai kuasa dan kewibawaan yang mutlak. Jawatan raja/ sultan adalah diwarisi oleh anak lelaki baginda daripada permaisuri yang sah ( anak gahara).

B. Keluarga dan kerabat diraja

Kedudukan kedua selepas raja ialah golongan anak raja dan kerabat diraja yang terdiri daripada mereka yang berketurunan raja, bergelar raja atau tengku. Anak raja tidak semestinya putera atau puteri raja yang memerintah kerana mereka juga boleh terdiri daripada keturunan kerabat diraja.

Bilangan anak raja tidak ramai, tetapi mereka mempunyai kuasa tertentu apabila diberi sesuatu tugas rasmi negeri. Ada juga putera raja yang dilantik menjadi pembesar daerah. Anak raja menikmati keistimewaan seperti yang dimiliki oleh raja tetapi tidak boleh mengatasi keistimewaan raja sebagai ketua pemerintah.

C. Golongan bangsawan dan pembesar

3

Page 4: Soalan Set 5

Terdiri daripada para pembesar atau kaum kerabat yang amat berpengaruh dalam pemerintahan dan pentadbiran. Kebiasaannya mereka menjadi pentadbir iaitu membantu raja dalam pentadbiran negeri. Mereka juga menjadi penasihat atau pembesar di daerah-daerah tertentu.

Pembesar dilantik oleh raja melalui pemberian surat tauliah. Pemilihan pembesar ditentukan oleh zuriat keturunannya. Kebiasaannya anak lelaki, sanak saudara sebelah bapa kepada pembesar yang terdahulu. Pembesar diberi hak mentadbir sesuatu daerah dengan kekuatan sendiri tanpa sokongan sultan. Ia akan bertindak seperti seorang raja di dalam daerahnya sendiri.

D. Golongan ulama dan pendeta

Golongan ulama dan pendeta ialah golongan yang dianggap cerdik pandai pada masa itu. Mereka menjadi sumber rujukan dalam perkara-perkara tertentu. Golongan ulama adalah golongan yang pakar dalam bidang agama. Mereka mempunyai kedudukan yang istimewa dan sangat berpengaruh dalam masyarakat.

Golongan ulama terdiri daripada mereka yang berketurunan Arab Melayu. Mereka menggunakan gelaran seperti maulana, makhdum, dan kadi. Mereka diberi gelaran kebesaran seperti maharaja kadi, dato’ mufti seri utama dan imam maharaja.

Golongan ulama berperanan menyebarkan agama Islam. Mereka juga dilantik menjadi guru, ketua agama, kadi dan penasihat kepada sultan dan kerajaan dalam terutamanya tentang hukum syarak dan mengeluarkan fatwa agama. Mereka juga menjadi imam, khatib dan juru nikah.

Golongan pendeta pula ialah orang yang menpunyai kepakaran dalam bidang kesenian, kebudayaan, kesusasteraan, adat istiadat dan salasilah raja. Mereka menjadi pakar rujuk kepada raja dan golongan istana disamping menjadi penulis dan perawi diraja.

E. Penghulu

Penghulu ialah ketua pentadbir di peringkat kampung yang dilantik dari kalangan rakyat biasa. Mereka menjadi orang perantaraan diantara rakyat biasa dengan pembesar.

Penghulu mempunyai pengaruh dan memiliki kuasa penuh ke atas anak-anak buahnya. Antara bidang tugas penghulu ialah menyelesaikan sebarang pertikaian dikalangan anak buah, memelihara keamanan kampung dan mentadbir kampung serta menjadi lambang perpaduan kampung.

Jawatan penghulu tidak dibayar gaji tetap tetapi pendapatannya diperolehi daripada cukai perdagangan dan bayaran hasil sebahagian pendapatan yang diterima daripada anak-anak buahnya.

2. Golongan diperintah

A. Rakyat biasa

Rakyat biasa yang bermastautin tetap dan menjadi pengikut setia kepada pembesar yang mentadbir daerah dan jajahan. Ketaatan kepada sultan ialah mutlak dan tidak berbelah bagi. Mereka rela dengan amalan sistem serah seperti bekerja di tanah pembesar tanpa mendapat upah dan sistem kerah seperti menjadi bala tentera dan mendirikan istana.

4

Page 5: Soalan Set 5

Dalam bidang ekonomi mereka menjalankan kegiatan bertani, berdagang, menangkap ikan, melombong dan menjadi tukang mahir. Tiada dorongan perubahan diri untuk bekerja keras dalam bidang ini kecuali kerja-kerja demi kepentingan raja.

Rakyat biasa sesebuah kampung sesalu mempunyai pertalian kekeluargaan dan mengamalkan tradisi hidup secara bergotong-royong, bekerjasama dan bermuafakat. Amalan ini mewujudkan keharmonian dan membantu pembesar mentadbir sesebuah daerah atau kampung itu dengan lebih teratur dan berjaya

B. Orang Asing

Merupakan orang bukan Melayu dan datang ke Tanah Melayu hanya untuk tujuan tertentu. Tinggal sementara sahaja dan akan pulang ke negara asal setelah urusan mereka selesai.

Terdiri daripada pedagang, perantau, santeri ( orang merantau kerana menuntut ilmu ) dan mubaligh. Rakyat asing boleh dibahagi kepada 2 kumpulan

i. Melibatkan diri dalam pelbagai kegiatan sosial seperti menjadi tentera upahan dan kebanyakan mereka berasal daripada Jawa dan Pasai.

ii. Melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi seperti peniaga runcit, pemborong dan pelombong.

Masyarakat Tamil Islam merupakan kumpulan yang paling ramai dan mereka hidup bebas dan

bergaul dengan penduduk peribumi. Rakyat asing ini tidak diwajibkan mengamal dan mematuhi tradisi kebudayaan tempatan. Walaupun demikian mereka masih tertakluk kepada undang-undang dan peraturan tempatan.

C. Hamba

Golongan hamba menduduki susun lapis masyarakat yang paling bawah sekali. Mereka menjadi hamba kepada para pembesar dan orang kaya dengan melakukan pelbagai tugas seperti mencuci perahu, memetik kelapa, mencari kayu api dan menjadi askar. Hamba boleh dibahagi kepada tiga jenis iaitu hamba raja, hamba berhutang dan hamba abdi/ biasa.

i. Hamba raja ( biduanda )

Mereka berasal dari golongan orang merdeheka. Dikenali juga sebagai budak raja dan bergelar biduanda. Mereka dimiliki oleh raja dan mempunyai taraf yang lebih tinggi berbanding dengan hamba-hamba yang lain. Hamba raja dan keturunannya akan menjadi hamba secara turun temurun dan hanya akan dibebaskan jika mendapat kerelaan raja.

ii. Hamba abdi/ biasa

Hamba abdi/ biasa adalah terdiri daripada mereka yang berasal dari keturunan hamba. Mereka diperolehi daripada pembelian atau pertukaran oleh tuannya. Golongan hamba ini akan menjadi hamba seumur hidup secara turun temurun. Hamba abdi boleh dibahagi

5

Page 6: Soalan Set 5

kepada beberapa jenis iaitu hamba tawanan, hamba diranggah, hamba habsyi, hamba hulur, hamba serah dan anak hamba.

iii. Hamba berhutang

Hamba berhutang berasal daripada orang yang merdeka. Mereka terpaksa menjadi hamba kerana gagal membayar hutang kepada pemiutang dalam tempoh yang ditetapkan. Isteri dan anak-anaknya juga dikehendaki tinggal dengan si pemiutang sebagai hamba tebusan. Hamba berhutang akan mengerjakan segala suruhan tuannya termasuk bercucuk tanam, melombong dan membuat kerja-kerja rumah.

Hamba berhutang boleh dibahagi kepada beberapa jenis iaitu orang berhutang, anak emas, hamba waris dan hamba bayar.

Kesimpulan

Struktur social masyarakat Melayu boleh dibahagikan kepada beberapa susun lapis masyarakat yang dapat digolongkan kepada golongan pemerintah dan diperintah. Setiap golongan ini mempunyai peranan dan tanggung jawab masing-masing di dalam masyarakat. Setelah kedatangan Barat, struktur masyarakat Melayu telah berubah dimana peranan golongan pemerintah semakin berkurangan dan sistem hamba telah dihapuskan. Soalan 2

Jelaskan sistem perhambaan yang diamalkan di Tanah Melayu sebelum campur tangan British pada atahun 1874

Pendahuluan .

Institusi perhambaan merupakan amalan kemasyarakatan yang telah diamalkan di Negeri-negeri Melayu sejak zaman kesultanan Melayu Melaka lagi. Hamba dapat melambangkan pengaruh dan kekayaan seseorang pembesar pada ketika itu. Semakin ramai hamba yang dimiliki seseorang pembesar, ini menunjukkan semakin berstatus kedudukannya dalam masyarakat dan semakin kukuhlah kedudukan ekonominya. Sebelum kedatangan Barat hamba boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu hamba abdi, hamba berhutang, dan hamba raja.

ISI.

1. Hamba raja.

Hamba raja biasanya terdiri daripada orang yang merdeka. Hamba raja juga dikenali sebagai budak raja atau digelar ‘ biduanda’ . Hamba raja lebih tinggi tarafnya berbanding dengan hamba lain terutamanya biduanda.

Hamba raja dan keturunannya akan menjadi hamba turun temurun. Mereka boleh dibebaskan dengan kerelaan dan budi bicara raja . Hamba raja juga terdiri daripada kalangan mereka yang menghulurkan diri ( menyerahkan diri ) kepada raja setelah melakukan kesalahan jenayah berat dan kemudiannya meminta ampun daripada raja atau keramat raja dan berjanji akan menjadi hamba turun temurun. Kebanyakan hamba raja merupakan orang tawanan perang atau banduan. Mereka boleh dibebaskan jika kedua-dua buah negara berbaik semula. Antara gelaran dayang-dayang, beti-beti dan perwara (hamba perempuan )

2. Hamba Biasa.

6

Page 7: Soalan Set 5

Hamba biasa atau abdi atau sahaya terdiri daripada golongan orang suruhan yang khas dan mereka berasal daripada keturunan tersebut. Mereka menjadi hamba seumur hidup kepada golongan pembesar atau orang biasa yang kaya raya.

Golongan hamba jenis ini biasanya diperolehi daripada pembelian atau pertukaran sesama tuan punya hamba. Mereka akan menjadi hamba seumur hidup kepada pemiliknya. Hamba biasa boleh dibahagi kepada tiga jenis iaitu.

1. Hamba abdi

i. Hamba abdi boleh dibahagi kepada beberapa jenis ;-

Hamba tawanan menjadi hamba setelah tertawan dalam peperangan. Hamba Diranggah iaitu hamba di kalangan orang bukan Islam seperti orang Batak , orang Asli dan penduduk bukan Islam dari Asia Tenggara yang diculik oleh perniaga hamba abdi atau mereka yang ditawan oleh lanun menjadi hamba.

Hamba Habsyi iaitu hamba yang diimport dari Afrika. Kebanyakan mereka terdiri adalah kulit hitam yang dibeli oleh orang Melayu semasa menunaikan haji di Makkah . Hamba ini juga diimport oleh saudagar-saudagar Arab dan kemudian di bawa ke Tanah Melayu.

Hamba Hulur ialah orang yang melakukan kesalahan jenayah dan menyerah diri sebagai hamba kepada pemerintah kerana tidak mampu membayar hutang darah atau denda.

Hamba Serah iaitu orang yang menjadi hamba kerana mereka menghadapi kesukaran hidup dan menjadi hamba dengan menyerah diri kepada mereka yang sanggup memberi makanan atau nafkah hidupnya. Anak hamba atau keluarga hamba iaitu isteri dan anak-anak kepada hamba abdi.

Hamba Dengan iaitu hamba yang dibeli atau hamba yang dijual kepada pembeli lain tetapi mereka tidak bebas daripada status hamba.

Hamba Biduanda iaitu orang suruhan yang selalunya dimiliki oleh raja.

4. Hamba Berhutang.

Hamba berhutang berasal daripada orang yang merdeka. Oleh sebab gagal membayar hutang dalam tempoh tertentu yang ditetapkan oleh pemiutang dalam tempoh yang ditetapkan, mereka terpaksa menjadi hamba kepada pemiutang sehingga hutang mereka selesai. Isteri dan anak-anak orang yang tersebut juga akan menjadi hamba dan hendaklah tinggal bersama-sam pemiutang sebagai hamba tebusan. Taraf hamba akan luput apabila hutang tersebut selesai dijelaskan atau setelah tamat sesuatu tempoh perkhidmatan yang dipersetujui dengan pemiutang.

Hamba berhutang akan mengerjakan segala suruhan tuan mereka seperti bercucuk tanam, melombong dan melakukan kerja-kerja rumah. Golongan bangsawan merupakan pihak yang paling banyak mempunyai hamba. Hamba berhutang boleh dibahagi kepada beberapa jenis iaitu.

a. Orang Berhutang iaitu orang yang terikat dengan hutan dan akan dibebaskan selepas membayar hutangnya.

b. Anak Emas iaitu orang yang menjadi hamba melalui perkahwinan. Misalnya hamba lelaki yang berkahwin dengan hamba wanita dan terikat kepada tuannya.

c. Hamba Waris iaitu isteri dan anak-anak kepada hamba berhutang.

7

Page 8: Soalan Set 5

d. Hamba Bayar iaitu hamba abdi yang diserahkan oleh tuannya kepada orang lain sebagai mambayar hutang tuannya.

Hamba berhutang dapat juga dijeniskan mengikut bentuk perkhidmatan mereka. Mereka boleh dibahagikan kepada sistem mengiring dan sistem berbelah;

a. Sistem mengiring ialah hamba berhutang memberi segala perkhidmatan kepada si pemiutang dan mereka berkhidmat sepenuh masa.

b. Sistem berbelah pula hamba akan berkhidmat separuh masa atau sambilan kepada si pemiutang sehingga hutang mereka selesai. Melalui sistem ini hamba lebih bernasi baik kerana mereka masih dapat mencari pendapatan dan menabung berpeluang membebaskan diri dengan lebih cepat. Satu-satunya cara untuk cepat membebasken diri ialah dengan cara berjudi. Oleh sebab itu amalan berjudi menjadi amalan orang Melayu untuk membebaskan diri daripada menjadi hamba.

5. Peranan Hamba

Hamba abdi dan hamba berhutang biasa berkhidmat untuk tuan mereka sebagai pengikut dan ada yang berkhidmat sebagai pembantu rumah. Hamba berhutang juga terlibat dalam kegiatan produktif seperti kegiatan pertanian dan melombong bijih timah.

Hamba lelaki diberi tugas berat di luar rumah. Mereka sering digunakan untuk tujuan pertahanan negeri . Mereka menjalankan kegiatan pertanian seperti penanaman padi seperti membajak,menanam, menuai dan memugar hutan baru atau bertugas dilombong bijih timah. Hamba lelaki yang bernasib baik mungkin berpeluang mengikuti tuan mereka berdagang atau berniaga.

Hamba wanita biasanya membuat kerja-kerja rumah dan menjadi dayang-dayang kepada pemerintah. Tugas lain hamba wanita termasuklah sebagai tukang masak, mengasuh anak-anak kecil tuan mereka, mencuci, mengambil air, membelah kayu dan menganyam. Kadang kala mereka dihantar ke sawah untuk menuai padi. Ada juga hamba wanita dipaksa menjadi pelacur oleh tuannya bagi menambahkan pendapatan tuan mereka. Seorang hamba wanita juga dijadikan guntik oleh tuannya. Gundik ini mendapat taraf yang lebih tinggi daripada hamba-hamba lain. Jika hamba ini melahirkan anak hamba ini berhak dibebaskan.

Kesimpulan

Sistem perhambaan telah menjadi suatu amalan tradisi dalam masyarakat Melayu sejak zaman kesultanan Melayu Melaka lagi. Amalan perhambaan dapat menunjukkan ketinggian status dan kekayaan sesorang pemiliknya. Apabila kedatangan British di Tanah Melayu amalan perhambaan telah diharamkan oleh British. Ini telah menimbulkan kemarahan dan penentangan daripada pembesar-pembesar Melayu. Walau bagaimanapun, amalan perhambaan dapat dihapuskan oleh Britsih di Tanah Melayu sehingga kini.

Soalan 3

Situasi politik dan ekonomi yang tidak stabil telah mempengaruhi British campur tangan di Perak pada tahun 1874. Pendahuluan

Negeri Perak merupakan negeri pertama British campur tangan di Tanah Melayu. Negeri Perak menjadi semakin penting selepas bijih timah ditemui oleh Long Jaafar. Penemuan bijih timah menyebabkan ramai orang China telah berhijrah ke Perak terutamanya di Larut. Kedatangan orang Cina

8

Page 9: Soalan Set 5

telah menyebabkan berlaku perebutan kawasan bijih timah. Keadaan diburukkan lagi apabila berlakunya perebutan tahta di kalangan putera-putera raja. Situasi yang tidak stabil ini telah menjejaskan kestabilan dari segi politik dan ekonomi di Perak. Suasana yang tidak stabil ini menyebabkan British mengambil kesempatan untuk campur tangan di Perak.

Isi:

1. Masalah perebutan tahta.

Masalah perebutan tahta di Perak kerana tidak ada sistem penggantian sultan secara automatik atau warisan. Ini disebabkan Perak mengamalkan sistem giliran. Mengikut sistem ini, tiga orang keluarga diraja akan berkongsi hak untuk menaiki tahta kerajaan. Keluarga akan mencalon seorang putera yang bakal menaiki tahta melalui satu pusingan. Menurut sistem ini, seseorang bakal sultan sepatutnya memegang jawatan Raja Di Hilir, Raja Bendahara dan Raja Muda sebagai Sultan.

Masalah timbul apabila sistem giliran tidak diikuti dengan betul. Terdapat pembesar yang berpengaruh sering campur tangan dalam soal pelantik sultan baru. Oleh itu, terdapat bakal penganti sultan diketepikan tanpa alasan yang munasabah.

Masalah perebutan tahta mulai tercetus pada tahun 1857 selepas kemangkatan Sultan Muhammad ( 1847 -1857 ). Raja Jaafar telah dilantik sebagai Sultan Perak yang baru dengan gelaran Sultan Jaafar Muazzam Syah ( 1857- 1865).

Raja Yusuf iaitu Putera Almarhun Sultan Muhammad yang menjadi Raja Di Hilir tidak dilantik menjadi Raja Bendahara. Ini kerana Raja Yusuf tidak disukai oleh pembesar-pembesar Perak yang menyokong Sultan Jaafar yang pernah memusuhi Almarhum Sultan Muhammad.

Sebaliknya, Raja Ismail berketurunan keluarga Diraja Siak telah dilantik sebagai Raja Bendahara. Bonda Raja Ismail adalah Puteri Diraja Perak, sedangkan ayahandanya adalah seorang Raja Siak. Putera Sultan Jaafar iaitu Raja Abdullah telah dilantik Raja Di Hilir. Ini bermakna Raja Yusof telah digugurkan dari sistem giliran.

Pada tahun 1865, Sultan Jaafar telah mangkat, Raja Ali telah dilantik menjadi sultan dengan gelar Sultan Ali Mukamal Inayat Shah ( 1865- 1971 ). Raja Abdullah, putera Sultan Jaafar yang sepatutnya yang menjadi Raja Bendahara dilantik sebagai Raja Muda. Raja Ismail yang sepatutnya menjadi Raja Muda dikekalkan menjadi Raja Bendahara kerana dianggap tidak dilayak. Ini menimbulkan perasaan tidak puas hati Raja Ismail. Raja Yusuf yang sepatutnya menjadi Raja Muda diketepikan kali kedua.

Apabila Sultan Ali mangkat pada tahun 1871 keadaan menjadi bertambah rumit. Berdasarkan sistem giliran, Raja Abdullah ( Raja Muda ) sepatutnya dilantik menjadi Sultan Perak yang baru.

Raja Abdullah diketepikan dengan alasan Raja Abdullah tidak menghadirkan diri semasa upacara pemakaman Sultan Ali. Sebaliknya, pembesar-pembesar dari Hulu Perak telah sepakat melantik Raja Ismail sebagai sultan. Ini telah menimbulkan perebutan tahta Kerajaan Perak di antara Raja Ismail dan Raja Abdullah.

Pelantikan Raja Ismail sebagai Sultan Perak tidak dipersetujui oleh Raja Abdullah. Raja Abdullah telah mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Perak yang sah serta tidak mahu menyerahkan hasil-hasil Hilir Perak kepada Sultan Ismail. Akibatnya , Perak telah diperintah oleh dua orang sultan iaitu Sultan Ismail di Hulu Perak dan Sultan Abdullah di Hilir Perak.

Bagi mengukuhkan kedudukannya, Raja Abdullah telah bersatu dengan Raja Yusof dan melantiknya sebagai Raja Muda. Raja Abdullah juga telah menjalinkan hubungan baik dengan kumpulan Kongsi

9

Page 10: Soalan Set 5

Gelap Cina Ghee Hin. Jesteru itu, secara tidak langsung Raja Abdullah telah terlibat dalam pertelingkahan di antara kongsi-kongsi gelap Cina di Perak.

2. Pertelingkahan di antara Kongsi-kongsi Gelap Cina.

Kemasukan orang orang-orang Cina secara beramai-ramai ke Perak berlaku selepas Long Jaafar menjumpai bijih timah di Larut pada tahun 1848. Terdapat dua kumpulan kongsi gelap Cina yang besar iaitu Kongsi Gelap Ghee Hin yang berpusat di Kemunting ( Klian Bahru ) dan Kongsi Gelap Hai San yang berpusat di Taiping ( Klian Pauh ).

Pergaduhan antara Kongsi Gelap Ghee Hin dan Hai San memburukkan lagi keadaan huru-hara di Perak sehingga membawa kepada Perang Larut 1 ( 1861 ), Perang Larut 11 ( 1865- 1867 ) dan Perang Larut 111 ( 1872 ).

Perang Larut 1 ( 1861 ) meletus berpunca daripada pergaduhan seorang pelombong Hai San dengan seorang pelombong Ghee Hin tentang masalah bekalan air untuk kerja pelombongan. Seorang pelombong Hai San telah bertindak memotong bekalan air ke lombong-lombong Ghee Hin.

Menteri Besar Larut iaitu Ngah Ibrahim menyebelahi puak Hai San dan melancarkan serangan ke atas puak Ghee Hin di Klian Bahru. Puak Ghee Hin yang diketuai oleh Lee Coyen lari ke Pulau Pinang dan meminta bantuan Inggeris.

Gabenor Negeri-negeri Selat, Orfeur Cavenagh telah meminta Sultan Perak supaya bertanggungjawab atas pertikaian tersebut. Beliau telah mendesak Sultan Perak supaya membayar ganti rugi berjumlah $17,500 kepada puak Ghee Hin.

Sultan telah menolak permintaan tersebut. Walau bagaimana pun Ngah Ibrahim telah bersetuju membayar ganti rugi kepada Ghee Hin. Selepas penyelesaiaan dicapai Ghee Hin dibenarkan pulang ke Klian Bahru dan keamanan dapat dipulihkan.

Ngah Ibrahim telah diberi gelaran ‘ Orang Kaya Menteri Larut’ untuk membalas jasa Ngah Ibrahim dan beliau dijadikan pemerintah seluruh daerah Larut.

Sungguh pun, Perang Larut 1 tamat, puak Hai San masih tidak berpuas hati. Puak Ghee Hin yang kalah dalam peperangan tersebut telah mendapat semula lombong mereka dan mendapat ganti rugi yang banyak. Sebaliknya puak Hai san tidak mendapat apa-apa. Hai san menunggu peluang untuk membalas dendam.

Pada 16 Jun 1865, Perang Larut II berlaku disebabkan oleh masalah perjudian di antara puak Ghee Hind an Hai San. Sekali lagi Ngah Ibrahim menghantar bantuan tentera untuk menolong puak Hai San dan melancarkan serangan ke atas puak Ghee Hin di Klian Bahru.

Puak Ghee Hin lari ke Pulau Pinang untuk meminta bantuan Inggeris tetapi gagal. Peperangan berlaku sehingga ke Pulau Pinang sehingga menyebabkan kegiatan perdagangan terganggu. Inggeris mengambil keputusan untuk menamatkan peperangan dengan memaksa puak Ghee Hind an Hai San membayar ganti rugi berjumlah $5000 kepada Kerajaan Inggeris di Pulau Pinang atas alas an menjejaskan perdagangan.

Pada tahun 1872, meletus Perang Larut III akibat skandal percintaan antara seorang wanita puak Hai San dengan peminpin puak Ghee Hin. Puak Hai San telah menangkap peminpin Ghee Hin bersama pasangannya dan membuang mereka ke dalam lombong. Peristiwa ini telah menimbulkan kemarahan puak Ghee Hin dan telah melancarkan serangan menyerang puak Hai San di Klian

10

Page 11: Soalan Set 5

Pauh. Puak Hai San telah lari ke Pulau Pinang untuk mendapat bantuan. Masalah menjadi bertambah rumit apabila kedua-dua kongsi gelap terlibat dalam pertelingkahan merebut tahta kerajaan Perak.

Puak Hai San menyebelahi Raja Ismail dan puak Ghee Hin menyokong Raja Abdullah. Di samping kumpulan kongsi gelap juga terlibat dalam kegiatan perlanunan di perairan Selat Melaka. Keadaan ini telah menjejaskan aktiviti perlombongan dan mengganggu kegiatan perdagangan di Negeri-negeri Selat. Akibat daripada keadaan negeri Perak yang tidak stabil dari segi politik telah menjejaskan kegiatan ekonomi dan perdagangan.

Pada 4 November 1873 Sir Andrew Clarke iaitu Gabenor baru Negeri-negeri Selat yang dilantik mengganti Sir Harry Ord telah menunggu saat yang sesuai untuk campur tangan di Perak bagi menamatkan kekacauan yang berlaku.

Pada 30 Disember 1873, Raja Abdullah dengan bantuan W.H.Read dan J.G.Davidson telah mengutus surat kepada Sir Andrew Clarke memohon bantuan Inggeris untuk mendapat tahta negeri Perak. Sir Andrew Clarke telah menggunakan kesempatan ini untuk campur tangan di Perak.

Pada 15 Januari 1874 satu rundingan telah berlangsung di atas kapal H.M.S.Pluto di Pulau Pangkor di antara Sir Andrew Clarke, pembesar-pembesar Melayu dan peminpin-peminpin Cina. Satu perjanjian telah ditandatangani pada 20 Januari 1874 yang dikenali dengan nama Penjanjian Pangkor. Perjanjian ini sangat penting kerana ia bermulalah campur tangan Inggeris di Negeri-negeri Melayu.

Kesimpulan

Dari perbincangan di atas, jelaslah menunjukkan bahawa masalah perebutan tahta kerajaan dan juga masalah perebutan kawasan perlombongan di antara puak Hai San dan Ghee Hin telah menyebabkan keadaan politik dan ekonomi di Perak tidak stabil. British telah mengambil kesempatan daripada keadaan ini dengan mengadakan beberapa rundingan untuk campur tangan di Perak. Campur tangan British di Perak merupakan titik permulaan kepada campur tangan British di Negeri-negeri Melayu yang lain.

Soalan 4

Bincangkan perubahan sistem politik Melayu selepas campurtangan British di Tanah Melayu sehingga akhir abad ke-19.

Pendahuluan

Sebelum campurtangan Inggeris di Tanah Melayu pada tahun 1874 kedudukan pemerintah tertinggi yang bergelar Raja, Sultan dan Yam Di Pertuan merupakan heirarki tertinggi di dalam sistem politik Melayu. Kebanyakan Negeri-negeri Melayu, seperti Selangor, Perak , Kedah dan Pahang mengamalkan pemerintahan yang ditiru daripada kerajaan Melayu Melaka. Hanya Negeri Sembilan yang mengamalkan adat Perpatih. Sultan menguasai pemerintahan negara dan menjadi simbol perpaduan rakyat. Pembesar pula terbahagi kepada beberapa peringkat, iaitu peringkat pusat, jajahan/daerah, mukim dan kampung. Namun begitu selepas kedatangan Inggeris pada abad ke-19 kedudukan sultan dan pembesar mula terancam.

Isi

1. Kedudukan Sultan semasa Sistem Residen

1.1 Kehilangan kuasa sultan

11

Page 12: Soalan Set 5

Pemerintahan secara tidak langsung ini digambarkan dengan pembentukan Majlis Mesyurat Negeri (MMN) yang menjadi badan perundangan.Majlis ini terdiri daripada 10 orang wakil ,iaitu sultan, anak-anak sultan, pembesar(Temenggong),Residen, timbalan Residen dan 2 orang wakil Cina iaitu Cheng Keng Kui dan Chin Ah Yam dari kumpulan Hai San dan Ghee Hin.

Sultan tidak mempunyai kuasa untuk melantik wakil-wakil tersebut, tetapi Residenlah yang berkuasa penuh untuk menamakan ahli-ahli tersebut yang akan diluluskan oleh Gabenor. Sultan hanya melantiknya secara rasmi sahaja.

Walaupun sultan mempengerusikan mesyuarat tersebut, tetapi Residen yang menyiapkan agenda setelah berunding dengan Gabenor dalam mengusulkan sesuatu undang-undang. Majlis ini walaupun baik sebagai tempat perbincangan, tetapi pengaruhnya terhadap pengubalan undang-undang amat terhad.

Lama-kelamaan Majlis ini semakin kurang fungsinya . Agenda mesyuarat semakin diperincikan oleh Residen menyebabkan tiada peluang untuk berbincang permasaalahan lain dan jumlah mesyuarat juga semakin berkurangan. Hingga tahun 1890an Majlis ini hanya berfungsi sebagai mengesahkan sahaja keputusan yang telah dibuat oleh Residen.

Sultan juga kehilangan kuasa dalam urusan hasil negeri. Residen memperoleh kuasa memungut dan mengurus hasil negeri melalui perjanjian Pangkor Fasal X, yang menyatakan pemungutan dan pengawalan semua hasil negeri hedaklah dijalankan atas nasihat Residen.

Sultan hanya berkuasa dalam adat istiadat Melayu dan agama Islam serta perlantikan pegawai-pegawai agama sahaja.

1.2 Kehilangan kuasa pembesar

Di bawah pentadbiran sistem Residen ini pembesar juga turut kehilangan kuasa. Pentadbiran daerah/jajahan kini terletak di bawah seorang Majistret atau Pegawai Daerah.Pegawai Daerah ini berfunsi sebagai seorang Residen bagi peringkat daerah. Kadang-kadang kuasa dan pengawalannya meliputi 20,000 orang penduduk dan melebihi kawasan 3800 Batu persegi, umpamanya di Pahang.

Kehadiran Pegawai Daerah ini menafikan hak pembesar-pembesar tempatan yang selama ini mempunyai kuasa ke atas petani sebagai sumber hasil dan sumber tenaga manusia. Pegawai daerah ini berkuasa ke atas khazanah daerah misalnya hasil tanah, keadilan ,kutipan cukai, keamanan dan ketenteraman, kesihatan awam dan pengawalan ke atas pihak berkuasa Melayu.

Elaun yang diberi oleh Inggeris kepada pembesar-pembesar amat sedikit dan tidak mencukupi. Akibatnya hutang mereka semakin bertambah. Amalan menyara pengikut-pengikut dan hamba tidak dapat dilakukan kerana pendapatan mereka terjejas akibat kehilangan hak mengutip cukai. Pada masa itu, amalan ini merupakan simbol taraf seseorang pembesar.

Sementara itu, wujudnya sistem ini juga menyebabkan pembesar-pembesar bukan keturunan bangsawan tidak terpilih menjadi penghulu. Mereka kini bertanggungjawab terus kepada Pegawai Daerah dan bukannya pembesar Melayu. Inggeris hanya mementingkan status bangsawan untuk memilih penghulu. Mereka diberi gaji dan elauan tambahan. Penghulu juga berkuasa ke atas penduduk di Mukim dan kampung yang kebiasaannya meliputi penduduk sekitar 300 hingga 5000 orang.

2. Kedudukan sultan semasa Persekutuan 1896

12

Page 13: Soalan Set 5

2.1 Kedudukan sultan

Persekutuan 1896 memberi kuasa penuh kepada Residen general. Hampir semua kuasa Residen dipindahkan kepadanya.Kedudukan sultan masih seperti pada zaman sistem Residen dahulu.

Kuasa sultan semakin merosot sesudah tahun 1896 kerana banyak urusan pentadbiran yang dijalankan sendiri oleh Residen yang berunding terus dengan Residen General tanpa merujuk dahulu kepada sultan dan Majlis Mesyuarat Negeri.

Walaupun pada tahun 1897 diwujudkan Majlis Mesyuarat Raja-Raja Melayu, iaitu dengan menggabungkan keempat-empat orang sultan duduk berunding, tetapi DURBAR ini mempunyai kuasa penasihat yang samar-samar.

Pembentukan Persekutuan juga menghapuskan keyakinan sultan bahawa sultan yang memerintah atas nasihat residen. Kini Persekutuan 1896 semakin menjauhkan lagi kuasa sultan-sultan dan menghilangkan keperibadian negeri, disamping mengecilkan peranan pembesar-pembesar Melayu dalam pentadbiran.

2.2 Kedudukan pembesar

Persekutuan 1896 telah mengurangkan bilangan pembesar –pembesar Melayu yang selama ini berkhidmat dengan sultan.. Melalui sistem ini Residen general melantik Residen dan Residen melantik Pegawai Daerah dan seterusnya penghulu. Peranan Pembesar Melayu menjadi terhad.

Semua jabatan dikuasai pegawai yang dilantik oleh pihak Inggeris ,misalnya jabatan polis, kerja raya, pos, telegraf, dan keretapi.Semuanya diletakkan di bawah kawalan seorang pengarah.

Pembesar-pembesar Melayu hanya memegang jawatan tertentu diperingkat pusat, jajahan, mukim dan kampung yang kini kuasa mereka amat terhad. Hanya segelintir pembesar Melayu bangsawan yang berpendidikan Inggeris diberi peluang memegang jawatan sebagai pentadbir.

Kesimpulan

Kedatangan Inggeris memperlihatkan jurang yang semakin luas antara golongan pemerintah Melayu peringkat tertinggi dengan golongan rakyat bawahan.Pemerintah Inggeris mengekalkan hubungan yang rapat dengan golongan elit Melayu. Walaupun sultan dan pembesar-pembesar elit Melayu semakin kurang kuasanya ,tetapi mereka sedikit demi sedikit ditarik masuk ke dalam lingkungan Barat , seperti cara hidup, cara mentadbir, berpakaian, dan lain-lain,yang asing dengan nilai-nilai hidup Melayu.Hal ini lama-kelamaan menimbulkan perpecahan kebudayaan di antara kaum elit Melayu dengan kaum tani Melayu.

-Soalan 5

Bagaimanakah perkembangan ekonomi kolonial mempengaruhi perubahan sosial di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua?

Pendahuluan

Perluasan kuasa Inggeris di Negeri-negeri Melayu pada pertengahan abad ke-19 bermula dengan termeterainya Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874 di Perak diikuti dengan campur tangan Inggeris di Selangor (1874), Pahang (1888) dan Negeri Sembilan (1895). Pelaksanaan Sistem Residen di negeri-negeri tersebut telah menyebabkan perubahan politik, sosial dan ekonomi. Dalam bidang ekonomi, pentadbiran Residen telah menyebabkan perkembangan ekonomi komersil yang berorientasikan eksport bagi

13

Page 14: Soalan Set 5

memenuhi kepentingan ekonomi Inggeris sendiri. Pada peringkat awal,ekonomi komersil tertumpu kepada perusahaan perlombongan bijih timah dan perladangan getah. Bijih timah menjadi bahan eksport utama Tanah Melayu pada akhir abad ke-19 manakala getah menjadi eksport penting mulai awal abad ke-20. Perkembangan ekonomi kolonial yang berorientasikan eksport telah menyebabkan banyak perubahan dalam bidang sosial.

Isi

A. Pertambahan bilangan penduduk

Perkembangan ekonomi kolonial telah menyebabkan pertambahan pesat bilangan penduduk di Tanah Melayu. Inggeris telah membawa masuk buruh Cina dan India secara beramai-ramai menerusi Sistem Kontrak dan Kangani tuntuk memenuhi keperluan tenaga kerja dalam perusahaan perlombongan bijih timah dan getah.

Jumlah penduduk Tanah Melayu telah meningkat dari 2.9 juta orang (1921) kepada 3.7 juta orang (1931). Komposisi penduduk turut berubah. Pada akhir abad ke-19, terdapat kira-kira 2 juta orang Cina di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pada tahun 1931, terdapat lebih setengah juta penduduk keturunan India di Tanah Melayu.

B. Kemunculan masyarakat majmuk

Imigrasi buruh Cina dan India telah mewujudkan masyarakat majmuk di Tanah Melayu yang terdiri daripada tiga kumpulan etnik utama iaitu Melayu, Cina dan India. Walaupun mereka tinggal menetap dalam satu unit politik yang sama di Tanah Melayu, tetapi interaksi dan hubungan mereka terhad dan tidak bersatu.

Perbezaan ras ini diperkukuhkan lagi dengan dasar pecah dan perintah Inggeris yang mengasing-asingkan kaum berdasarkan tempat tinggal dan jenis pekerjaan. Orang Melayu tinggal menetap di kampung-kampung terpencil dan kekal dengan aktiviti ekonomi tradisional terutamanya pertanian padi sawah dan perikanan, orang Cina tertumpu di kawasan perlombongan dan bandar, bekerja dalam sektor perlombongan dan pertanian dagangan, sementara orang India tinggal dan bekerja di ladang-ladang getah.

Kesannya setiap kaum berpegang teguh dan mengamalkan agama,kebudayaan,bahasa dan cara hidup yang berbeza. Wujudnya pola perkauman ini telah menyulitkan proses perpaduan kaum.

C. Kemunculan bandar-bandar baru

Perkembangan perusahaan perlombongan bijih timah, perladangan getah dan pertanian dagangan telah mengakibatkan kemunculan bandar-bandar baru. Perkembangan bandar baru bermula dari pekan kecil yang terbentuk di kawasan lombong misalnya Kuala Lumpur, Ipoh, Seremban dan Taiping.

Bandar Miri di Sarawak pula berkembang maju hasil perkembangan perusahaan petroleum. Beberapa buah bandar baru juga muncul hasil daripada perkembangan pertanian dagangan. Contohnya pada tahun 1840-an, bandar Kuching dan Johor Bahru telah muncul akibat perkembangan dan kemajuan pertanian lada hitam.

14

Page 15: Soalan Set 5

Terdapat juga bandar-bandar yang memainkan peranan penting akibat perkembangan sistem perhubungan jalan raya dan jalan keretapi. Contohnya perkembangan Kuala Lumpur bertambah pesat kerana pusat pertemuan jalan raya dan keretapi utama.

Menjelang tahun 1911, bilangan bandar baru di Tanah Melayu telah meningkat kepada 92 buah dan meningkat lagi kepada 176 buah bandar pada tahun 1931. Pertambahan bilangan bandar juga dipengaruhi oleh mobiliti penduduk dari luar bandar ke bandar dan penghijrahan orang Cina dan India.

D. Perkembangan sistem perhubungan dan pengangkutan

Sistem perhubungan yang lengkap dan sistematik diwujudkan bagi memenuhi keperluan perkembangan kedua-dua sektor perlombongan dan perusahaan getah. Pada mulanya jalan raya telah dibina di antara pusat-pusat perlombongan dan pangkalan di sepanjang sungai.

Landasan keretapi juga dibina untuk memenuhi keperluan mengangkut bahan-bahan bijih timah dan getah. Landasan keretapi awal dibina bagi menghubungkan Taiping-Port Weld (1885), Kuala Lumpur-Bukit Kuda (1886) dan Tapah-Teluk Anson (1893).

Pada tahun 1902, pembinaan jalanraya diperluaskan ekoran meningkatnya penggunaan kenderaan bermotor. Pada tahun 1911, jalanraya yang menghubungkan Seberang Prai dengan Melaka telah siap dibina. Diikuti dengan pembinaan jalanraya dari Kuala Lumpur ke Kuantan. Antara tahun 1911 dan 1928, jalanraya yang menghubungkan Perlis dan Singapura siap dibina.

E. Taraf kesihatan

Pertambahan penduduk akibat perkembangan ekonomi komersil mendatangkan pelbagai masalah kesihatan di Tanah Melayu. Persekitaran tempat tinggal dan tempat kerja yang kotor dan tidak memuaskan menyebabkan merebaknya wabak penyakit seperti malaria, taun, disenteri, beri-beri, batuk kering dan campak.

Keadaan ini mendorong Inggeris mengambil langkah-langkah bagi meningkatkan perkhidmatan kesihatan. Pihak Inggeris telah mendirikan hospital, dan pusat perubatan kecil sama ada di bandar dan luar bandar. Pada tahun 1878, hospital kerajaan yang pertama didirikan di Taiping dan Kuala Lumpur. Beberapa pusat perubatan kecil dibina di Tanjung Malim, Batu Gajah, Gopeng, Kerian dan Kuala Kangsar. Klinik bergerak turut beroperasi di kawasan-kawasan pedalaman dan sepanjang sungai terutamanya di Perak dan Pahang bagi memastikan kesihatan penduduk berada pada tahap yang memuaskan.

F. Perkembangan pendidikan

Sistem pendidikan turut berkembang selaras dengan kemajuan sosio-ekonomi di bawah pemerintahan Inggeris. Pengasingan kaum di antara orang Melayu, Cina dan India telah mewujudkan

15

Page 16: Soalan Set 5

empat aliran pendidikan yang berbeza di Tanah Melayu iaitu Sekolah Melayu, Sekolah Cina, Sekolah Tamil dan Sekolah Inggeris.

Penubuhan sekolah-sekolah vernakular ini adalah bagi memenuhi keperluan kaum masing-masing baik dari segi bahasa pengantar mahupun kurikulumnya. Sekolah pelbagai aliran ini adalah berorientasikan sistem pendidikan di negara masing-masing. Keadaan ini telah meluaskan jurang perbezaan antara kaum di Tanah Melayu. Kewujudan sistem pendidikan yang berasaskan ras telah menyukarkan lagi proses pembinaan negara bangsa (nation building) selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

Kesimpulan

Sebagai rumusannya,perkembangan ekonomi kolonial yang bercorak komersil telah membawa perubahan sosial yang ketara di Tanah Melayu sehingga Perang Dunia Kedua. Perkembangan ini dilihat sebagai satu titik peralihan daripada zaman tradisional kepada era pemodenan. Bagaimanapun penduduk pribumi tidak dapat menikmati secara langsung faedah-faedah dari kemajuan tersebut. Kemunculan masyarakat majmuk juga menimbulkan masalah perkauman di Tanah Melayu.

Soalan 6

Jelaskan Perubahan-perubahan pentadbiran yang berlaku di Kelantan dan Terengganu antara tahun 1903 hingga 1920 an.

Pendahuluan

Negeri Kelantan dan Terengganu adalah termasuk di dalam pentadbiran Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu bersama-sama Kedah, dan Perlis. Menjelang tahun 1903 negeri-negeri ini mengalami perubahan pentadbiran apabila Inggeris berjaya meluaskan pengaruh mereka ke negeri-negeri ini.Inggeris memperkenalkan beberapa perubahan dalam pentadbiran dan undang-undang tanah.

Isi

1. Perubahan pentadbiran di Kelantan

Pada tahun 1903 seorang Pegawai British telah dihantar ke Kelantan, bernama W.A Graham. Beliau dilantik sebagai penasihat dan Pesuruhjaya Siam di Kelantan.Pada tahun berikutnya W.A Graham telah menubuhkan beberapa jajahandi Kelantan, antaranya di Kota Bahru, Hulu kelantan dan Pasir Putih.

Setiap jajahan telah ditadbir oleh seorang ketua jajahan yang dibantu oleh 2 orang pembesar yang bergelar Tok Kweng ( Penggawa) dan Tok Nebeng (penghulu).

Di setiap jajahan telah ditubuhkan sebuah balai polis untuk menjaga keamanan dan keselamatan penduduk.

Pada tahun 1905 perubahan juga dilakukan ke atas pertanian. Undang-undang Hasil Padi telah diluluskan. Menurut undang-undang ini, semua pemilik tanah perlu memberi maklumat yang tepat mengenai keluasan tanah, hasil dan kedudukan tanah kepada Tok Kweng.

16

Page 17: Soalan Set 5

Pada tahun 1911 sistem cukai tanah yang tetap telah ditetapkan. Setiap tahun penduduk yang ada tanah dikehendaki membayar cukai tanah.

Sementara itu satu peraturan pendaftaran tanah padi telah diluluskan pada tahun 1915. Peraturan ini dikuatkuasakan di jajahan Pasir Putih. Ia menghendaki semua pemilik tanah padi diwajibkan membayar cukai tahunan. Mereka yang gagal menjelaskannya akan didenda atau disaman.

2. Perubahan pentadbiran di Terengganu

Sama seperti di Kelantan, beberapa jajahan telah diperkenalkan di Terengganu, antaranya jajahan Besut, Dungun, Kemaman dan Kuala Berang mulai tahun 1919. Tiap-tiap jajahan dilantik seorang ketua jajahan.Sementara seorang penolong penasihat British dilantik ke Kemaman dan Besut untuk membantu Pesuruhjaya Kemaman dan Besut.

Pada tahun 1920an peraturan tanah diperkenalkan dengan mewajibkan penduduk Terengganu mendapatkan kebenaran meneroka tanah sebelum digunakan untuk bercucuk tanam. Pada tahun berikutnya, penduduk yang ingin membuat petempatan sementara diwajibkan membayar cukai 50 sen setahun

. Pada 1924, peraturan tanah menetapkan supaya setiap pemilik tanah membayar

$ 2.50 sen kepada mahkamah untuk menyelesaikan masalah tanah mereka. Undang-undang binatang buas juga diperkenalkan pada tahun 1923. Dalam peraturan ini penduduk dilarang memburu binatang liar tanpa mendapat lesen daripada kerajaan.

Kesimpulan

Perubahan pentadbiran di Kelantan telah membangkitkan kemarahan pembesar dan masyarakat Kelantan. Ini mendorong kepada kebangkitan Tok Janggut menentang Inggeris pada tahun 1915. Di Terengganu perubahan pentabiran yang diperkenalkan membawa penentangan Abdul Rahman Limbong terhadap Inggeris hingga 1928.

Soalan 7

Terangkan dasar tutup pintu yang diamalkan di China dan Jepun sebelum perluasan pengaruh Barat.

Pendahuluan

Dasar isolasi dimerujuk kepada pendirian sesebuah negara yang tidak membenarkan campur tangan dan kemasukan pengaruh luar khususnya negara-negara Barat ke negara mereka. Tujuan dasar ini diamalkan adalah untuk mengelakkan campur tangan kuasa asing dalam sistem politik, ekonomi dan sosial. Antara contoh yang paling jelas dalam memperlihatkan kewujudan dasar isolasi ialah dasar yang diamalkan oleh China dan Jepun sehingga pertengahan abad ke-19.

Isi

A. Dasar isolasi di China

Sejak pertengahan abad ke-18 hingga pertengahan abad ke-19 apabila Mancu mengambil alih pemerintahan China, mereka mengamalkan dasar isolasi. Walau bagaimanapun, perdagangan terhad dijalankan dan diawasi rapi oleh kerajaan China

Sebab-sebab China mengamalkan dasar tutup pintu :

17

Page 18: Soalan Set 5

a. Negara China beranggapan bahawa kuasa Barat adalah tidak setanding dengan mereka yang dikenali sebagai Middle Kingdom.China yang sangat dipengaruhi oleh ajaran Confucius menganggap negaranya sebagai ”Chung Kuo” atau pusat tamadun yang termasyhur dan termaju di dunia. Negara-negara lain dianggap pembawa ufti yang rendah martabatnya.

b. Kerajaan China enggan menjalinkan hubungan diplomatik atas dasar persamaan taraf dengan kuasa-kuasa Barat yang dianggap sebagai orang gasar atau barbarian iaitu tidak mempunyai tamadun dan sebagai hantu asing. Mereka mesti menerima kedaulatan, kekuasaan, dan ketuanan negara China yang lebih unggul melalui adat sujud atau “kowtow” dan pembayaran ufti.

c. Kerajaan China mengamalkan sistem sara diri yang merasakan bahawa hubungan dengan luar tidak diperlukan sebab segala keperluan mereka dapat diperoleh dari dalam negara mereka sendiri. Mereka tidak memerlukan barangan dari luar sebab sumber barangan sama ada makanan atau keperluan seharian dapat diperoleh dengan mudah.

d. Malahan masyarakat China menganggap kegiatan perdagangan merupakan satu pekerjaan yang sangat menghinakan. Justeru, perdagangan tidak digalakkan terutamanya dengan kuasa-kuasa Barat. Sebarang urusan perdagangan sekiranya ada akan diawasi dengan ketat oleh kerajaan China.

e. Kerajaan China bimbang dengan kemasukan pihak luar terutama kuasa Barat akan campur tangan dalam politik tempatan. Mereka juga bimbang budaya dan agama tempatan akan terjejas apabila pihak Barat campur tangan. Agama Kristian yang dibawa oleh Barat akan menyebabkan agama tradisi menerima ancaman.

f. Sistem perundangan China bertentangan dengan sistem perundangan Barat. Dalam sistem perundangan China berdasarkan prinsip-prinsip bahawa seseorang yang didapati melakukan kesalahan dianggap bersalah sehingga dibuktikan tidak bersalah dan menitikberatkan tanggungjawab kumpulan. Semua ini jauh berbeza dengan sistem perundangan Barat yang menegaskan tanggungjawab individu dan segala kesalahan mesti dibuktikan.

Pada pertengahan abad ke-18 Maharaja Chien Lung telah mengeluarkan satu dekri untuk mengehadkan perdagangan orang-orang Barat di China. Kerajaan China telah mengeluarkan Lapan Peraturan yang telah ditetapkan dan mesti dipatuhi oleh pedagang asing iaitu :

a. Orang-orang Barat hanya dibenarkan berdagang di pelabuhan Canton sahaja. Pelabuhan-pelabuhan lain tidak dibenarkan.

b. Orang-orang Barat dikehendaki berdagang melalui Cohong yang merupakan wakil perdagangan yang dilantik oleh kerajaan China untuk mengendalikan perdagangan dengan orang asing.

c. Cohong bertanggungjawab memonopoli perdagangan, mengenakan tarif perdagangan serta menguruskan pengedaran barang dagangan.

d. Saudagar-saudagar Barat dilarang mengahwini wanita tempatan.e. Saudagar-saudagar Barat tidak dibenarkan membawa masuk isteri dan senjata api ke

China.f. Saudagar-saudagar Barat dikehendaki pulang ke Macau setelah tamat musim perniagaan.g. Orang-orang asing juga tidak dibenarkan mempelajari Bahasa Cina.h. Orang-orang asing tidak dibenarkan menggunakan sungai dengan bebas. Mereka hanya

dibenarkan melawat Flozver Garden sahaja.

Peraturan-peraturan perdagangan yang ketat ini menyukarkan pihak Barat untuk berdagang di China.Tindakan ini jelas membuktikan bahawa China sememangnya tidak memerlukan barangan Barat. Sebaliknya, orang-orang Barat sangat memerlukan barang-barang dari China terutamanya teh, sutera dan tembikar.

18

Page 19: Soalan Set 5

Justeru, hubungan dengan China perlu diteruskan. Pelbagai usaha dilakukan untuk mewujudkan hubungan perdagangan yang baik antara China dan pihak Barat khususnya Inggeris. Namun, semua usaha yang dilakukan ternyata gagal untuk mendapat kerjasama dari negara China.

Inggeris terpaksa menggunakan kekerasan untuk mengubah dasar luar negara China. Kedegilan China dan tindak balas Inggeris menyebabkan tercetusnya Perang Candu Pertama pada tahun 1839 dan berakhir melalui Perjanjian Nanking pada tahun 1842.

Perjanjian ini membuktikan kelemahan negara China yang terpaksa akur dengan tuntutan Inggeris. Secara tidak langsung Inggeris telah berjaya menamatkan dasar isolasi negara China yang telah diamalkan berkurun lamanya.

B. Dasar Isolasi di Jepun

Jepun telah menjalankan dasar isolasi yang relatif dari dunia luar selama kira-kira 250 tahun. Soghun Tokogawa telah mengamalkan dasar isolasi sejak tahun 1638. Menurut dasar ini, orang Jepun dilarang menjalinkan hubungan perdagangan dengan kuasa-kuasa asing khasnya kuasa-kuasa Barat. Pedagang-pedagang luar juga tidak boleh berdagang di Jepun.

Boleh dikatakan bahawa sehingga tahun 1850-an tidak terdapat pedagang asing di Jepun kerana pada waktu itu Jepun lebih menekankan perkembangan ekonomi dalaman sahaja.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan Jepun mengamalkan dasar isolasi iaitu :

a. Wujudnya perasaan syak wasangka terhadap kejujuran pihak Barat. Jepun bimbang kemungkinan besar kuasa-kuasa Barat akan menggunakan kesempatan untuk melibatkan diri dalam politik tempatan.

b. Perkembangan agama Kristian akan dijadikan landasan oleh orang Barat untuk menjatuhkan dan melemahkan kerajaan Jepun dan masyarakat tempatan.

c. Jepun berasa bahawa mereka tidak perlu bergantung kepada orang Barat kerana mereka tidak memerlukan barangan dari luar. Sistem ekonomi sara diri yang dilaksanakan oleh mereka lebih daripada mencukupi untuk keperluan masyarakat Jepun.

d. Orang-orang asing juga dikatakan kerap kali mencetuskan masalah dan huru-hara di Jepun yang dianggap boleh mengancam keamanan dan keselamatan negara.

e. Kerajaan Jepun juga bimbang pembesar-pembesar seperti Daimyo Tozama dan Ronin yang tidak berpuas hati akan meminta bantuan senjata dan askar dari luar untuk menentang kerajaan.

Berpunca daripada faktor-faktor tersebut, akhirnya Jepun mula menyekat kemasukan orang-orang Barat ke Jepun. Malah mubaligh-mubaligh Kristian yang ketika itu berada di Jepun telah diusir keluar.

Rakyat tempatan turut dilarang melawat ke negara-negara luar terutamanya negara-negara Barat. Tindakan ini jelas membuktikan amalan dasar isolasi Jepun

Pada tahun 1825, Soghun telah mengeluarkan satu perintah bahawa jika kapal-kapal asing menghampiri mana-mana bahagian Jepun pada bila-bila masa, penduduk Jepun akan mengusir mereka keluar. Sekiranya mereka mendarat, mereka akan ditawan, dibunuh dan kapal mereka akan dimusnahkan.

Walau bagaimanapun, dasar isolasi ini juga tidak dapat bertahan lama. Terdapat beberapa percubaan oleh kuasa-kuasa Barat bagi mengubah dasar luar Jepun.

19

Page 20: Soalan Set 5

Sebagai contoh Amerika Syarikat telah cuba menjalinkan hubungan persahabatan dengan Jepun pada pertengahan abad ke-19. Pada tahun 1853, Amerika Syarikat telah menghantar perutusan yang besar di bawah Komoder Matthew Perry.

Utusan Perry menekankan aspek persahabatan dan perdamaian tetapi menegaskan bahawa Amerika Syarikat akan menggunakan kekerasan sekiranya Jepun masih menganggap Amerika Syarikat sebagai musuhnya.

Walaupun Maharaja, pembesar istana dan daimyo menentang permintaan Amerika Syarikat, tetapi mereka sedar sekiranya permintaan-permintaan Amerika Syarikat tidak dipenuhi, Jepun akan senasib dengan China.

Akhirnya Perjanjian Kanagawa telah ditandatangani pada 31 Mac 1854 antara Jepun dan Amerika Syarikat. Perjanjian ini sekaligus telah menamatkan dasar isolasi yang diamalkan oleh Jepun.

Kesimpulan

Kekalahan China dalam Perang Candu Pertama telah menamatkan dasar isolasi yang telah diamalkan sejak pertengahan abad ke-18. Kekalahan ini bukan sahaja merugikan China malah telah menjatuhkan maruah negara China sebagai ”Middle Kingdom”.Selepas Perjanjian Nanking, China telah menandatangani beberapa perjanjian dengan kuasa Barat yang lain seperti Perjanjian Wang Hsia dengan Amerika Syarikat dan Perjanjian Whampoa dengan Perancis. Bagi Jepun pula, Perjanjian Kanagawa telah membuka jalan kepada beberapa perjanjian dengan kuasa-kuasa Barat yang lain seperti Britain, Rusia dan Belanda. Akhirnya, China dan Jepun terpaksa mengamalkan dasar pintu terbuka melalui hubungan perdagangan dan diplomatik dengan kuasa-kuasa Barat selepas pertengahan abad ke-19.

Soalan 8

Huraikan perkembangan ekonomi di Myanmar (Burma) dan Thailand sebelum kemasukan kuasa Barat pada abad ke-19.

Pendahuluan

Sebelum kedatangan kuasa Barat di Myanmar kegiatan ekonomi adalah bersifat ekonomi tradisi. Kegiatan perdagangan yang menguntungkan hanyalah tertumpu kepada kegiatan perniagaan dan pertanian. Sementara di Thailand mempunyai corak ekonomi yang hampir serupa dengan Myanmar dengan pertanian menjadi penyumbang utama ekonomi Thailand. Selepas kemasukan Barat barulah kegiatan ekonomi komersial dijalankan secara besar-besaran.

Isi

1. Perkembangan ekonomi di Myanmar abad ke-19

1.1 Perkembangan ekonomi sara diri

Pertanian merupakan aktiviti utama yang dijalankan di Myanmar. Penanaman padi merupakan tanaman utama. Padi sawah ditanam di Delta Irrawaddy. Penanaman padi ini menjangkau 3.7 juta ekar pada tahun 1886.

20

Page 21: Soalan Set 5

Pada abad ke-19 pengeksportan beras diharamkan oleh Raja Myanmar kerana lebihan hasilnya kecil. Beras hanya dibenarkan dieksport ke Hulu Myanmar yang kekurangan beras.

Padi huma pula ditanam di Hulu Myanmar. Mereka menjalankan pertanian pindah yang dikenali sebagai Taungya.Pertanian ini dijalankan oleh kaum Karen dan Kachin yang tinggal di kawasan pendalaman.

Di kawasan Hulu Myanmar kegiatan ekonomi ialah menanam sekoi, minyak sayur, ikan dan garam, membuat periuk belanga dan alat-alat senjata. Selain itu di kawasan ini juga ditanam kapas, biji minyak dan kacang.

Di bahagian tengah kawasan Hulu Burma juga terdapat petani-petani yang mengamalkan petanian campur di tanah kering. Di dataran delta pula kegiatan penduduknya ialah menanam padi, menangkap ikan dan menindih garam.

1.2 Perkembangan ekonomi komersial di Myanmar

Sebelum adanya jalanraya sistem perhubungan utama yang digunakan untuk menjalankan perdagangan dan perniagaan ialah jalan sungai, laut dan kereta lembu.Sungai Irrawaddy menjadi nadi utama perhubungan. Dari hilir Burma sampan-sampan dan tongkang-tongkang digunakan untuk mengangkut beras, sambal ikan (ngapi), ikan kering, dan barang-barang ke Utara Myanmar.Pedagang-pedagang ini mengambil masa lebih kurang 3 minggu untuk sampai ke Ava dari Ranggon.

Apabila mudik ke hilir Burma mereka membawa barang-barang seperti kapas,minyak masak, gula dan petroleum mentah. Pedagang-pedagang Shan mengambil kesempatan di musim sejuk menaiki kereta lembu dan kuda ke ibu kota dengan membawa embalan, plumbum, gula, kacang tanah, kain dan lembu. Barang-barang ini ditukarkan dengan garam, ikan kering, ngapi dan pinang.

Di Bhamo pula bersempadan dengan China, barang-barang dari China dikumpulkan dari bulan Disember hingga Mac. Barang-barang ini dibawa ke Sagaing. Barang-barang China seperti sutera, beroket,teh, kertas, madu dan berbagai jenis buah-buahan, dan kacang kering dan daun emas.

Barang-barang ini kemudiannya telah ditukarkan dengan kapas, gading, batu ambar,permata, sarang burung dan candu. Raja Mindon memonopoli beberapa perdagangan seperti kapas,batu permata, petroleum dan kayu jati.

2. Perkembangan ekonomi di Thailand pada abad ke-19

2.1 Ekonomi sara diri

Pertanian merupakan kegiatan ekonomi sara diri yang utama di Thailand. Padi merupakan tanaman utama masyarakat Thai. Padi sawah banyak ditanam di Menam Chao Phraya. Selain itu, padi huma juga ditanam terutamannya di Dataran Tinggi Korat.Mereka mengamalkan cara pertanian pindah atau disebut Tham Rai.

Selain padi masyarakat Thai juga menanam sekoi, jagung , taro dan keladi. Masyarakat pedalaman Thai mengusahakan pencarian hasil hutan seperti damar, kapur barus, dan pencelup.

Masyarakat Thai juga mencari kayu cendana, garam, sarang burung dan telur penyu. Kegiatan kraf tangan juga dijalankan secara kecil-kecilan seperti menenun kain untuk membuat pakaian sarung seperti lungyi,panung dan sebagainya. Kegiatan menagkap ikan juga dilakukan di sepanjang pantai Teluk Siam, persisiran sungai Chao Phraya dan di sawah-sawah padi.

21

Page 22: Soalan Set 5

2.2 Ekonomi komersial

Perkembangan ekonomi komersial di Thailad bermula pada pertengahan abad ke-19, terutama selepas kemasukan barat. Penanaman padi menjadi semakin penting kerana ia menjadi eksport utama Thailand. Sebelum tahun 1826 perdagangan beras dimonopoli oleh raja. Hanya selepas tahun 1826 monopoli beras dihapuskan oleh Rama III. Menjelang tahun 1855 iaitu selepas perjanjian Bowring beras menjadi eksport utamanya. Padi banyak diusahakan di Delta Menam Chao Phraya, Dataran tengah dan Korat.

Selain beras Thailand juga mengeksport kayu jati terutamanya ke negara-negara Barat. Sehingga akhir abad ke-19 eksport kayu jati Thai ialah ½ juta Bath setahun.

Bijih timah dilombong di Ranong, dan Pulau Phuket. Kebanyakan perusahaan ini dimonopoli oleh masyarakat Cina. Menjelang tahun 1850 perusahaan ini berjaya menyaingi perusahaan beras di Thai.

Masyarakat Thai pada abad ke -19 juga menjadikan perusahaan gula sebagai aktiviti yang penting. Wilayah Makhon Chaisi telah dijadikan kawasan penanaman tebu yang penting. Kawasan lain ialah seperti Bangplasoi, Paedriu dan Bangplakong. Lebihan gula ini dieksport ke China. India dan Eropah. Selepas perjanjian Bowring gula mendapat sambutan yang baik daripada Amerika Syarikat. Firma-firma asing mula masuk ke Thai menjelang 1860 dan membuka ladang di sekitar Bangkok, Cholburi, dan Nakhon Pathom.

Selain itu, Thailand juga mengeksport lada hitam ke Indo-China. Kawasan yang banyak mengusahakannya ialah di Chanthaburi, dan Tungyai.Mereka juga menanam tembakau.

Kesimpulan

Perubahan ekonomi selepas kedatangan kuasa barat jelas menunjukkan perubahan yang ketara dari segi jumlah eksport dan perniagaan yang dijalankan oleh Myanmar dan Thailand.Namun begitu kemasukan pengaruh Barat tetap tidak dapat meningkatkan tahap ekonomi masyarakat peribumi secara keseluruhannya. Kemasukan orang-orang Cina ke Thailand dan kaum India di Myanmar telah menyekat peluang masyarakat tempatan untuk terlibat dengan perdagangan.

Soalan 9

Bincangkan peranan Sukarno dan Jose Rizal dalam gerakan nasionalisme di Indonesia dan Filipina.

Pendahuluan

Sukarno dilahirkan 6 Januari 1901 di Blitar , JawaTimur. Ibunya berketurunan Bali dan ayahnya iaitu Raden Sukemi berketurunan Jawa yang berkhidmat sebagai guru.Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Tinggi Belanda , Surabaya. Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran ke Maktab Teknik Bandung dalam bidang kejuruteraan antara tahun 1921 hingga 1925.Beliau pernah menjadi anak angkat kepada pemimpin Parti Sarekat Islam ,iaitu Omar Said Tjokroaminoto. Ketika inilah beliau menimba pengalaman dalam bidang politik dan berpersatuan. Sementara Jose Rizal di lahirkan di Calamba, Luzon pada tahun 1861. Beliau adalah berketurunan Sepanyol-Cina. Beliau mendapat pendidikan di Maktab Jesuit dan Universiti Santo Thomas di Manila.Kemudian melanjutkan pelajaran dalam bidang kesusasteraan dan falsafah di Madrid, Sepanyol.

22

Page 23: Soalan Set 5

Isi

1. Peranan Sukarno

1.1 Menyertai pertubuhan pelajar dan Parti Nasional Indonesia

Sukarno mulai aktif dalam politik Indonesia apabila menyertai Kelab Perbincangan Bandung yang ditubuhkan oleh para pelajar Indonesia yang belajar di Belanda, untuk menentang Belanda.Walaupun Sukarno bukan merupakan seorang ahli atau pengasas Perhimpunan Indonesia, tetapi oleh kerana dasar dan ideologinya bersesuaian dengan Perhimpunan Indonesia maka beliau menceburkan diri dalam gerakan itu.

Melalui Kelab bandung ini Sukarno telah menubuhkan Perserikatan Nasional Indonesia pada tahun 1927.Kemudian ditukar nama kepada Parti Nasional Indonesia (PNI).Tujuan PNI ditubuhkan ialah untuk menuntut kemerdekaan dan menubuhkan kerajaan yang demokratik yang dipilih oleh rakyat.

Kehebatan Sukarno menarik sokongan rakyat ialah melalui kepimpinannya yang dinamis, berkaliber dan berkarisma serta kebolehan beliau berpidato secara berapi-api. Dalam masa dua tahun PNI berjaya menarik sokongan 10 000 orang. Sesetengah ahli datangnya daripada bekas anggota Sarekat Islam dan kesatuan-kesatuan sekerja yang dahulunya dikuasai Komunis.

Selain itu, Dasar tidak bekerjasama dengan pemerintah Belanda menarik perhatian rakyat Indonesia untuk menganggotai PNI. Contohnya PNI menyeru pegaawai-pegawai Kerajaan Indonesia supaya memulaukan Volksrad dan perkhidmatan Awam Indonesia.

1.2 Menyatukan persatuan-persatuan

Pada tahun 1928 pula Sukarno telah berusaha menyatukan semua pertubuhan politik di Indonesia untuk mewujudkan perpaduan nasional. Hasilnya satu persekutuan telah diwujudkan yang dinamakan Pemuafakatan Parti-Parti Politik Kebangsaan Indonesia (PPPKI). Ia disertai oleh Parti Sarekat Islam, Budi Utomo, Pasondon Ikatan Sumatera dan Kelab Pelajar Surabaya.

Belanda Menganggap tindakan Sukarno ini sebagai menganggu ketenteramannya. Pemerintah Belanda tidak lagi bersimpati dengan PNI dan berusaha melumpuhkan pergerakan ini. Langkah pertama ialah dengan mengharamkan penerbitan akhbar Persatuan Indonesia. Pada 4 Disember 1928 Sukarno dan tujuh lagi pemimpin telah ditahan atas alasan menganggu keselamatan negara.Mereka dipenjarakan selama 3 tahun hingga 1930.

1.3 Menyertai PARTINDO

Semasa dipenjarakan Sartono telah mengambil alih PNI, namun begitu berlaku pertelingkahan mengenai perubahan dasar yang dilakukan oleh Sartono. Akibatnya Mohamad Tabrani dan pemimpin lain keluar dan menubuhkan Parti Parti Rakyat Indonesia. Kemudian Sartono bertindak membubarkan PNI dan menubuhkan Parti Indonesia (PARTINDO).

Sebaik keluar daripada penjara Sukarno telah menyertai Partindo, lalu beliau dipilih menjadi Presiden parti ini sebulat suara.Di bawah kepimpinannya Partindo menjadi pertubuhan politik yang agresif. Kepetahan Sukarno berpidato telah menyebabkan Partindo berkembang dengan pesat. Dalam masa setahun Partindo berjaya menarik ahli seramai 20 000 orang dan mempunyai 71 cawangan.

23

Page 24: Soalan Set 5

Sukarno sekali lagi dipenjara pada bulan Ogos 1933 tanpa dibicara dan dibuang ke Pulau Flores.Kemudian dipindahkan ke Bangkahulu pada tahun 1938 dan kemudian dibebaskan oleh Jepun pada tahun 1942.

1.4 Peranannya semasa pendudukan Jepun

Semasa Jepun menduduki Indonesia, mereka cuba mendapatkan sokongan penduduk tempatan. Oleh itu, Jepun menubuhkan PUTERA atau Pusat Tenaga Rakyat., pada tahun 1943. Sukarno telah dipilih menjadi presiden PUTERA, sementara Muhammad Hatta menjadi naib Presidennya.Sukarno menggunakan kesempatan ini untuk menyemarakkan lagi semangat nasionalisme.

Sukarno telah membawa PUTERA bersikap anti Jepun bukan menyokongnya. Akibatnya menjelang akhir tahun 1943 PUTERA dimansuhkan dan digantikan denngan HOKOKAI (Gerakan Kebangsaan Jawa) yang juga dipimpin oleh Sukarno.Sukarno terus membangkitkan semangat nasionalisme walaupun ia diletakkan di bawah kawalan ketat pihak Jepun. Sukarno dapat menghubungi rakyat melalui pidato-pidatonya yang disiarkan malalui radio dan alat sebaran am yang lain.

1.5 Peranannya dalam mencapai kemerdekaan Indonesia

Pada pertengahan tahun 1945 kuasa Paksi telah mengalami kekalahan kepada Kuasa Berikat. Oleh itu, pihak Jepun bersetuju untuk memberi kemerdekaan kepada Indonesia. Marshal Terauchi telah memanggil Sukarno dan pemimpin lain ke Saigon untuk merundingkan kemerdekaan. Jepun bersetuju memberi kemerdekaan pada tarikh 24 Ogos 1945. Tetapi belum sempat pada tarikh itu Jepun telah menyerah kalah pada 15 Ogos 1945. Sukarno yang didesak oleh Sultan Shahrir telah mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia pada 17 Ogos 1945.

Malangnya Jepun tidak mengiktiraf kemerdekaan ini kerana terikat dengan syarat-syarat penyerahan kalah. Sukarno melancarkan pemberontakan menentang Jepun dan seterusnya terhadap Belanda.

Belanda juga enggan mengiktiraf kemerdekaan tersebut. Mereka telah memilih Sutan Sjahrir sebagai sebagai Presiden Sementara bagi kerajaan Republik Indonesia. Dalam rundingan di Hague, Belanda bersetuju akan pembentukan Komanwel Belanda tetapi ditolak oleh Sutan Sjahrir.

Pada masa yang sama Komunis di bawah Tan Malaka telah menculik Sjahrir dan cuba menggulingkan kerajaan Republik Indonesia. Sukarno telah berjaya mengalahkan komunis tersebut.

Pada bulan Oktober 1946 persidangan Linggajati diadakan. Belanda bersetuju mengiktiraf Republik Indonesia (Jawa, Sumatera dan Madura). Persidangan ini gagal kerana Belanda tidak mematuhinya. Akibatnya berlaku pemberontakan di Indonesia. Belanda bertindak keras dengan memenjarakan Sukarno dan Hatta.

Akibatnya PBB telah mengadakan persidangan meja bulat di The Hague pada disember 1949. Belanda bersetuju mengiktiraf kemerdekaan Indonesia. Pada 27 Disember 1949 Indonesia merdeka secara rasmi. Sukarno dipilih menjadi Presiden pertama Republik Indonesia.

2. Peranan Jose Rizal

2.1 Perjuangan menerusi akhbar

Jose Rizal memperlihatkan strategi nasionalisnya secara sedarhana melalui gerakan propaganda. Idea nasionalisnya diungkap dalam karya novel Noli Me Tengere yang ditulis di Berlin pada tahun

24

Page 25: Soalan Set 5

1887. Judul buku ini bermaksud “ Jangan sentuh daku atau barah masyarakat” . Ia membincangkan kepincangan yang berlaku dan penindasan Spanyol ke atas masyarakat Filipina. Selain itu karya beliau yang lain ialah El Filibusterismo atau “ Pemerintah yang tamak”.Buku ini mengkritik undang-undang dan golongan agama di Filipina.Beliau bersama para nasionalis yang lain telah menrbitkan akhbar La Solidaridad di Barcelona pada tahun 1889. Akhbar ini mendedahkan keburukan pemerintahan Sepanyol, keadaan petani yang ditindas, dan penyalahgunaan kuasa paderi Sepanyol di Filipina.

2.2 Perjuangan menerusi pertubuhan politik

Sekembalinya Jose Rizal dari Eropah beliau telah menubuhkan Liga Filipina pada tahun 1981 di Hong Kong. Membuka cawangan di Filipina dan berjuang untuk pembangunan masyarakat. Ia juga bertujuan melindungi rakyat daripada ketidakadilan penjajah Sepanyol, selain mengkritik golongan gereja yang menjadi penghalang kepada kemerdekaan Filipina.

Sepanyol menganggap Liga Filipina mengancam kedudukannya ,lalu mengambil tindakan menangkap Jose Rizal dan dibuang negeri ke Dapitan di Pulau Mindanao.

Para nasionalis yang lain bersimpati dengan Jose Rizal. Mereka bertindak menubuhkan pertubuhan yang bersifat revolusiner,iaitu Katipunan. Pengasasnya ialah Andres Bonifacio. Sebaik ditubuhkan mereka menemui Jose Rizal di Dapitan untuk mendapat restunya.

Walaupun Jose Rizal menasihati Katipunan supaya jangan mencetuskan revolusi, kerana rakyat Filipina belum bersedia. Namun begitu tindakan Katipunan menerbitkan akhbar Kalayan yang bersifat radikal. Tulisan mereka menjurus ke arah mencetuskan revolusi, telah menaikan semangat rakyat Filipina.Mereka mula merancang melancarkan revolusi.

Pihak Sepanyol berjaya mengesan bibit-bibit revolusi sebelum meletus. Sepanyol berasa Jose Rizal sebagai satu ancaman kerana ketokohannya. Akibatnya beliau dijatuhi hukuman tembak pada 30 Disember 1896.

Kesimpulan

Kedua-dua tokoh Sukarno dan Jose Rizal telah memberi sumbangan penting untuk mendapatkan kemerdekaan negara masing-masing. Walaupun Sukarno dilihat lebih berjaya dalam usahanya kerana Indonesia merdeka ditangannya. Tetapi Jose Rizal tetap dianggap wira sebenar kerana telah mengorbankan nyawanya untuk kemerdekaan Filipina. Selepas kematiannya pertubuhan politik lain bangkit dengan gigih sehingga berjaya memperolehi kemerdekaan daripada Sepanyol.

Soalan 10

Huraikan dasar luar India dengan Pakistan dari tahun 1949 hingga 1963

Pendahuluan

Perisytiharan akta kemerdekaan India yang diluluskan oleh Parlemen British pada bulan Ogos 1947 telah membolehkan India dan Pakistan memperolehi kemerdekaan. Benua kecil ini telah di bahagikan kepada dua bahagian, iaitu kepada India yang dianuti sebilangan besarnya penganut Hindu dan Pakistan yang sebilangan besarnya menganut agama Islam.

Isi

1. Hubungan Luar India selepas merdeka

25

Page 26: Soalan Set 5

1.1 Menyertai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

India telah menjadi anggota PBB sejak tahun 1946 dan menganggotai banyak cawangan badan PBB. Seorang rakyat India dipilih menjadi pengarah Agung FAO pada tahun 1956, dan dilantik menjadi setiausaha ECAFE yang pertama.Selain itu, ibu pejabat UNESCO dan UNICEF juga terletak di India.

Ibu kota India, New Delhi juga sering menjadi tuan rumah pelbagai persidangan antarabangsa dan ILO bagi rantau Asia pada tahun 1957. India juga mengambil bahagian dalam perjanjian damai antara Korea, Vietnam , Laos dan Kampuchea (Kemboja).

Dalam bidang ketenteraan India pernah menghantar pasukan pengaman ke Mesir pada tahun 1956, untuk menyertai pasukan kecemasan PBB.Lebih 700 asakar dihantar ke Conggo di bawah panji PBB untuk mengawasi hospital tentera dan perkhidmatan komunikasi. Pada tahun 1961 India menghantar 700 tentera ke lebih 24 buah negara di bawah program bantuan teknikal PBB.

1.2 Hubungan diplomatik dengan negara-negara asing

Hubungan diplomatik India dengan negara asing bertujuan untuk mengeratkan hubungan perdagangan antarabangsa. Perdagangan luar India melibatkan eksport bahan mentah dan bahan industri serta tekstil yang ditukar dengan barangan mesin berat dan peralatan.

Eksport terpenting India termasuklah teh, dan jut yang merupakan 2/3 eksport India. Eksport lain seperti kain kapas, besi keluli , peralatan pengangkutan, barangan elektrik, bahan kimia, beras dan lain-lain. Rakan dagang India yang utama ialah Britain, Amerika Syarikat, Jerman, Rusia dan lain-lain.

2. Hubungan Luar Pakitan selepas Merdeka

2.1 Hubungan dengan Pertubuhan bangsa –Bangsa ( PBB)

Pakistan telah menganggotai PBB pada tahun 1947 dan menjadi anggota kepada beberapa buah agensi khas PBB.Pakistan menerima projek-projek UNESCO yang melibatkan perjanjian kebudayaan dengan negara-negara lain dan juga menerima bantuan daripada tabung khas PBB.

Sumbangan Pakistan kepada PBB ialah menyedia kemudahan latihan bagi Rancangan Colombo untuk pemenang biasiswa PBB, terutama dalam bidang pendidikan, perubatan, kejuruteraan, industri dan perdagangan, pengangkutan dan komunikasi, pentadbiran, koperasi dan kawalan pengangkutan udara.

Dalam bidang keselamatan Pakistan telah menghantar 1400 ahli untuk berkhidmat di bawah PBB, dalam mengawal keadaan di Guinea pada tahun 1962 hingga 1963.

2.2 Hubungan dengan negara-negara lain

Pakistan telah mengadakan hubungan diplomatik dengan rakan dagang utamanya seperti Amerika Syarikat, Uniter Kingdom, Jerman, Jepun, India ,Itali dan lain-lain.

Barangan eksport mereka ialah jut,kapas, bulu biri-biri, teh dan lain-lain. Sementara import Pakistan ialah mesin, kenderaan bahan kimia, kain kapas dan sebagainya.

Kesimpulan

26

Page 27: Soalan Set 5

Pakistan dan India menjalin hubungan baik dengan semua negara termasuk PBB. Namun begitu hubungan antara ke dua-dua negara sering tegang kerana isu Kashmir yang berpanjangan. Tambahan pula persaingan senjata juga menyebabkan hubungan menjadi semakin tidak baik. India dan Pakistan pernah terlibat dengan siri peperangan terutamanya di kawasan sempadan berhampiran Kashmir.

Soalan 11

Bincangkan sistem pentadbiran di Thailand dan Filipina selepas Perang Dunia Kedua.

Pendahuluan

Selepas Perang Dunia ke dua menyaksikan berlakunya gerakan kemerdekaan di negara-negara dijajah. Negera-negara ini masing-masing ingin membentuk sistem pentadbiran sendiri sebagai sebuah Negara yang merdeka. Sistem pemerintahan Negara-negara ini, secara langsung atau tidak lansung dipengaruhi oleh dua ideologi utama dunia iaitu Liberal Demokratik di bawah Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya di Eropah Barat dan Komunis di bawah Soviet Union dan sekutu-sekutunya di Eropah Timur dan Asia. Filipina yang merdeka di tangan Amerika Syarikat pada pada tahun 1946 telah membentuk sistem pemerintahan ala Amerika Syarikat, manakala Thailand yang tidak pernah dijajah oleh mana-mana kuasa asing turut menerima pengaruh Barat dalam sistem pentadbirannya iaitu monarki berperlembagaan.

Isi

1. Sistem pentadbiran Thailand

Sistem pemerintahan yang diamalkan sejak tahun1932 iaitu monarki berperlembagaan telah menggantikan sistem monarki mutlak di Thailand dan ia kekal hingga ke hari ini. Raja sebagai ketua bagi tiga badan utama kerajaan iaitu eksekutif, perundangan dan kehakiman. Bentuk pemerintahan ini tidak pernah ditukar sejak tahun1932. Pada zaman Jepun dan selepas itu bentuk pemerintahan seumpama ini telah diteruskan. Walaupun sepanjang tahun 1932 sehingga 1963 berlaku banyak rampasan kuasa, namun bentuk pemerintahan raja berperlembagaan tetap diamalkan oleh pemerintah Thailand.

Badan eksekutif merupakan badan pembuat dasar kerajaan Thailand. Ia dipimpin oleh perdana

menteri dan ahli-ahli kabinet lain terdiri daripada parti yang memenangi majoriti dalam pilihan raya. Raja Thai pula bertindak melantik perdana menteri. Sementara itu terdapat badan perundangan yang mengandungi dua dewan. Sebuah lagi badan adalah kehakiman.

Di peringkat tempatan Thailand dibahagikan kepada 71 wilayah pentadbiran yang disebut Changwats. Setiap Changwats ini diperintah oleh pesuruhjaya yang bertanggungjawab kepada Menteri Dalam Negeri. Changwats ini pula dipecahkan kepada 412 daerah atau amphurs dan 4533 communes atau tambons.

Selepas kekalahan Jepun, Perdana Menteri Khuang Apahiwong kehilangan kuasanya dan diganti oleh Seni Pramoj. Pemerintahan Seni Pramoj hanya kekal sehingga bulan Januari 1946 kerana beliau tidak berpengalaman dalam pentadbiran. Nai Pridi Phanomyong menjadi Perdana Menteri pada tahun 1946. Semasa pemerintahan beliau, Raja Ananda Mahidol ditembak mati dan adindanya Raja Bhumipol Adulyadej menaiki takhta kerajaan Negara Thailand.

27

Page 28: Soalan Set 5

Pada Ogos 1946, Pridi melantik Thamrong Nawasawat sebagai Perdana Menteri. Kerajaan Thamrong hanya memerintah sehingga 1947 kerana Pibul Soggram melancarkan satu rampasan kuasa dengan bantuan tentera dan merampas kuasa kerajaan Thailand daripada Thamrong Nawasawat. Pibul berjaya mewujudkan keadaan politik yang kukuh dan stabil serta memberikan satu perlembagaan baru. Beliau berjanji mengadakan pilihan raya dan mengatur Parlimen semula.

Pada tahun 1948, pilihan raya utama diadakan. Pibul mendapat kepercayaan rakyat dan menjadi Perdana Menteri Negara Thailand. Beliau memerintah dengan dasar diktator tentera. Pibul dapat meneguhkan kuasanya dengan bantuan dua orang sahabatnya iaitu Jeneral Phao Sriyanan dan Jeneral Sarit Thanarat.

Pada tahun 1949, perlembagaan baru tetap digubal. Di bawah perlembagaan ini, Parlimen terdiri daripada dua buah dewan, iaitu Dewan Rakyat dan Dewan diraja. Semua ahli Dewan Rakyat dipilih oleh Raja. Pibul memerintah dengan dasar anti-komunis dan dasar persahabatan dengan Amerika Syarikat. Beliau memberi rakyat jelata kebebasan berpolitik dan membenarkan parti-parti politik bergerak secara bebas.

2. Sistem pentadbiran di Filipina

Pada 4 Julai 1946, Republik Filipina diisytiharkan. Manuel Roxas menjadi Presiden pertama dengan dibantu oleh Eidio Quirino sebagai Naib Presidennya. Setelah Manuel Roxas meninggal dunia pada tahun 1948, Eidio Quirino menjadi Presiden Filipina. Pada tahun 1953, Ramon Magsaysay menjadi Presiden selepas memenangi pilihan raya. Pada tahun 1961, Macapagal pula menjadi Presiden.

Filipina, kerajaannya berbentuk sebuah republik demokrasi yang meniru corak pemerintahan Amerika Syarikat. Kuasa eksekutif diserahkan kepada presiden. Presiden dipilih oleh rakyat untuk empat tahun sepenggal. Presiden menguasai jabatan eksekutif dan mengadakan pengawasan umum terhadap kerajaan tempatan. Beliau merupakan ketua angkatan tertinggi tentera, berperanan melantik ketua jabatan, biro dan pegawai (dengan mendapat pengesahan daripada suruhanjaya). Selain itu presiden juga mempunyai kuasa veto dalam kongres. Namun demikian dengan undi dua pertiga, kongres mempunyai hak untuk membatalkan veto presiden.

Sementara itu badan perundangan Filipina terletak di bawah kongres yang mengandungi dua bahagian, iaitu Senat dengan 24 orang senator dan Dewan Perwakilan yang mengandungi tidak lebih daripada 120 perwakilan. Senator-senator ini dipilih oleh rakyat untuk tempoh enam tahun sepenggal. Manakala ahli Dewan Perwakilan pula dipilih oleh rakyat untuk tempoh empat tahun sepenggal. Kongres mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang dan mengisytiharkan perang.

Filipina secara keseluruhannya terbahagi kepada wilayah, perbandaran dan bandar raya. Terdapat 56 wilayah di Filipina dengan terdapatnya gabenor, naib gabenor dan dua ahli lembaga wilayah yang dipilih bagi tempoh empat tahun.

Pegawai wilayah yang lain seperti bendahari,audit, pentafsir dan lain-lain akan dilantik oleh kerajaan pusat. Di peringkat wilayah terdapat badan pentadbir awam yang dibentuk oleh kongres dan dikawal oleh undang-undang perbandaran. Pegawai-pegawai yang dilantik adalah seperti Datuk Bandar, Naib Datuk Bandar dan ahli majlis (empat hingga lapan, bergantung kepada kewangan perbandaran).

Selain itu, terdapat 39 bandar raya berpiagam dibentuk di bawah undang-undang khas dan setiap bandar raya ini dipilih untuk tempoh empat tahun sepenggal. Bandar raya berpiagam mempunyai

28

Page 29: Soalan Set 5

kuasa untuk mengenakan cukai, membuat ordinan, menyediakan pelaksanaan kerja-kerja awam dan mengurus pasukan polis.

Kesimpulan

Kesimpulannya ialah, kedua-dua negara Thailand dan Filipina mempunyai corak pentadbiran tersendiri selepas perang dunia kedua. Kedua-dua negara telah mengambil kira suara rakyat terutamanya dalam memilih pemimpin negara iaitu melalui pilihan raya. Namun perbezaan yang nyata ialah sering berlaku pertukaran pucuk pimpinan di Thailand sama ada melalui piliharaya atau pun rampasan kuasa.

Soalan 12

Bincangkan peranan golongan intelektual dalam gerakan nasionalisme di Filipina dan Thailand.

Pendahuluan

Perkembagan sistem pendidikan Barat telah melahirkan golongan intelektual yang menjadi tenaga utama kepada gerakan nasionalisme. Golongan nasionalisme Filipina ini juga telah terdedah dengan idea-idea politik barat dan telah menyedari penindasan yang dilakukan oleh penjajah ke atas bangsa mereka. Penindasan yang berterusan terhadap penduduk memberi semangat untuk bangkit memprotes dan menaikkan semangat nasionlisme. Nasionalisme Siam pula bergerak mengikut haluan yang berbeza daripada negeri-negeri lain di Asia Tenggara. Nasionalisme Siam tidak bercorak anti-koloniah kerana Siam tidak dijajah. Ianya lebih bercorak anti-monarki, anti-Cina dan nasionalisme ekonomi serta kebudayaan. Pembaharuan yang dilaksanakan di Siam terutamanya sejak pemerintahan Chulalongkorn menjadi faktor yang mengakibatkan kebangkitan dan perkembangan nasionalisme Siam. Perkembangan tersebut telah menyedarkan rakyat Siam untuk bangun mempertahankan kemerdekaan mereka. Golongan intelektual yang terlibat seperti Jose Rizal dan Andres Banifacio di Filipina dan Pibun Songram di Thailand.

Isi

A. Filipina

Di Filipina gerakan nasionalisme pada peringkat awal bersifat hanya menuntut keadilan. Selepas pemberontakan di Cavite pada tahun 1872 , nasionalisme Filipina bertunjang kepada Gerakan Propaganda. Gerakan ini digerakkan oleh pemimpin intelektual seperti Jose Rozal, Don Miguel Morayta M.H.Del Pilar dan lain-lain. Pergerakan mereka berdasarkan perjuangan “pen dan kertas’ untuk mengkritik dasar penindasan dan kekejaman Sepanyol di Filipina.

Tokoh yang paling menonjol dalam gerakan nasionalisme Filipina kalangan golongan intelektual ialah José Rizal merupakan anak yang ketujuh dari 11 bersaudara dari keluarga Francisco Rizal Mercado dan Teodora Alonzo dan dilahirkan di dalam sebuah keluarga kelas menengah Tionghoa-Mestizo yang kaya di Calamba, Provinsi Laguna, Filipina. Sejak masa kanak-kanak Rizal telah mengajukan gagasan-gagasan politik yang asing pada masa itu, berupa kebebasan dan hak-hak individu yang tentu telah membangkitkan kemarahan penguasa.

Jose Rizal turut melahirkan rasa tidak puashati dan kritikannya terhadap golongan gereja yang dianggap tidak menjalankan tanggungjawab terhadap rakyat Filipina dan keluhannya ini dilakukan dalam penulisan hasil karyanya.Peranan Jose Rizal untuk membangkitkan semangat nasionalisme bermula melalui penulisan novel. Setelah menulis Noli me Tangere, sambutan yang menggalakkan kalangan penduduk tempatan. Gambaran plot bagi novel Noli me Tanggere menjuruskan kepada penindasan dan kekejaman paderi dan rahib Sepanyol terhadap para petani tempatan. Tekanan yyang hebat terhadap petani ini telah menyebabkab mereka bangun memberontak terhadap pihak rahib. Keberanian watak-watak petani ini menentang rahib Sepanyol telah berjaya menaikkan

29

Page 30: Soalan Set 5

semangat nasionalisme Filipina. Ini adalah langkah berani Jose Rizal untuk menyerapkan semangat kental kalangan rakyat untuk menentang kekejaman penjajah.

Jose Rizal juga lebih merupakan pelopor sebuah masyarakat yang terbuka, daripada seorang pejuang revolusioner yang menuntut kemerdekaan politik. Ia menganjurkan sistem perwakilan rakyat untuk menghasilkan pembaharuan institusional dengan cara-cara damai, dan bukan melalui revolusi kekerasan. Dalam hal ini ia adalah penganjur pembaharuan politik anti-kekerasan pertama di Asia.

Sebagai ketua gerakan Gerakan Propaganda mahasiswa Filipina di Spanyol, ia menyumbangkan beberapa artikel kepada surat kabar La Solidaridad di Barcelona dengan agenda-agenda yang berikut:

i. Bahwa Filipina menjadi salah satu provinsi Spanyol ii. Perwakilan bagi orang Filipina di Cortes (Parlemen) iii. Gereja-gereja Filipina dipimpin oleh imam-imam Filipina dan bukan para imam Augustinian

Sepanyol iv. Kebebasan berserikat dan bersuara v. Hak yang sama di hadapan undang-undang (untuk orang Filipina maupun Spanyol yang

mengadu ke pengadilan)

Pemerintah kolonial di Filipina tidak menyukai pembaharuan-pembaharuan ini, meskipun misalnya usul-usul itu didukung secara terbuka oleh para intelektual Sepanyol seperti Morayta, Unamuno dan Pi y Margal . Sekembalinya ke Manila pada 1892, ia membentuk sebuah gerakan masyarakat yang dinamakan La Liga Filipina. Liga ini menganjurkan pembaharuan-pembaharuan sosial yang moderat ini melalui cara-cara yang sah, namun kemudian dibubarkan oleh pemerintah. Pada saat itu, ia sudah dinyatakan sebagai musuh negara oleh penguasa Spanyol kerana novel-novelnya yang menghasut. Noli me Tangere, khususnya, menampilkan para rahib dalam gambaran yang sangat buruk, dengan sedikit sekali atau bahkan tidak ada harapan untuk diperbaiki.

Pada 7 Juli 1892, Andrés Bonifacio, seorang penjaga gudang dan juru cata dari Manila, mendirikan Katipunan, sebuah organisasi rahsia yang bertujuan untuk meraih kemerdekaan dari kolonial Sepanyol dengan cara revolusi bersenjata. Katipunan menyebar ke banyak wilayah, dan Revolusi Filipina pada 1896 dipimpin oleh para anggotanya.

Andres Bonifacio merupakan seorang tokoh nasionalisme Filipina yang bangkit berjuang menentang penjajahan setelah Liga Filipina dibubarkan. Perlancaran revolusi pada Ogos 1896 di Bandar San Juan akhirnya telah menempah kejayaan awal . Bagi pihak Sepanyol mula bertindak mengatasi kejayaan revolusi Katipunan dengan cara kekerasan.

Pejuang di wilayah Cavite mendapatkan kemenangan awal. Salah satu pemimpin yang berpengaruh dan popular adalah Emilio Aguinaldo, yang menguasai sebahagian besar timur Cavite. Akhirnya, Aguinaldo dan faksinya mendapatkan kuasa dalam Katipunan. Katipunan akhirnya dikuasai oleh pemerintahan yang

B. Thailand

Perkembangan pelajaran Barat terutamanya sejak pemerintahan Chulalongkorn telah melahirkan golongan intelek di Siam. Mereka yang mendapat pelajaran Barat terutamanya di seberang laut telah terdedah kepada idea-idea Barat seperti kerajaan berperlembagaan, demokrasi, liberal, sosialisme, komunisme dan sebagainya. Usaha-usaha mereka untuk melaksanakan idea-idea tersebut di Siam mendapat tentangan golongan bangsawan yang menguasai pentadbiran Siam. Mereka yang dapat pelajaran di Jerman dan Perancis dianggap lebih radikal kerana golongan ini menentang sistem monarki mutlak dan menganggapnya sebagai sistem lapuk yang menghalang kemajuan Siam.

30

Page 31: Soalan Set 5

Parti rakyat yang ditubuhkan oleh golongan intelek Thailand yang terdiri daripada pegawai-pegawai tentera darat, laut dan pegawai perkhidmatan awam. Antara golongan intelek ini ialah Pridi Panomyong, Pribun Songkram, Khuang Aiphaiwong, Phya Bahol, Phya Manopakorn dan lain-lain lagi.

Donald E. Nuechterlein dalam bukunya “Thailand and the Struggle for South East Asia” mendakwa punca utama kebangkitan nasionalisme ialah keazaman golongan intelek untuk memodenkan struktur politik dan mengadakan pembaharuan ekonomi yang radikal.

Pada 24 Jun 1932 , satu revolusi ‘tanpa pertumpahan darah’ telah dilancarkan oleh Parti Rakyat dan tertumpu kepada menghapuskan pemerintahan kuasa mutlak raja. Golongan tentera telah memberi sokongan terhadap Parti Rakyat dalam melancarkan revolusi ini.

Kesimpulan

Gerakan nasionalisme di Siam merupakan percubaan orang-orang Siam untuk meminda perlembagaan negeri dan perjuangan rakyat untuk mendapatkan hak mereka. Gerakan nasionalisme di Siam adalah sesuatu yang unik kerana ia hanya melibatkan golongan elit dan tentera dan tidak melibatkan rakyat. Keadaan ini telah membezakan Siam dengan negara-negara lain di Asia Tenggara. Manakala di Filipina perjuangan nasionalisme bertambah getir apabila berlaku konflik yang berterusan melibatkan tokoh-tokoh tempatan dan melibatkan pertukaran penjajahan .

31