soalan pksr2 kh thn 5

21
SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN KEMAHIRAN HIDUP TAHUN 5 Nama : .......................................................... ................... Tahun : ................................. Bahagian A : Soalan Objektif ( 40 Markah ) Arahan : Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B , C dan D. Antaranya ada satu jawapan yang betul. Pilih jawapan yang betul itu. 1. Antara berikut alatan tangan yang manakah digunakan untuk mengetuk paku kecil ? A. Gandin getah B. Tukul Warrington C. Tukul kuku kambing D. Sepana boleh laras 2. Antara berikut perkara yang manakah benar tentang pernyataan di atas ? A. Buku Rujukan B. Kad Kerja C. Manual D. Buku Idea Merupakan rujukan dan panduan penggunaan, pemasangan, dan penyenggaraan sesuatu peralatan.

Upload: hasnah-annuar

Post on 28-Jul-2015

89 views

Category:

Internet


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Soalan pksr2 kh thn 5

SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN KEMAHIRAN HIDUP

TAHUN 5

Nama : ............................................................................. Tahun : .................................

Bahagian A : Soalan Objektif ( 40 Markah )

Arahan : Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B , C dan D. Antaranya ada satu jawapan yang betul. Pilih jawapan yang betul itu.

1. Antara berikut alatan tangan yang manakah digunakan untuk mengetuk paku kecil ?

A. Gandin getahB. Tukul WarringtonC. Tukul kuku kambingD. Sepana boleh laras

2.

Antara berikut perkara yang manakah benar tentang pernyataan di atas ?

A. Buku RujukanB. Kad KerjaC. ManualD. Buku Idea

3. Apakah nama alatan tangan yang ditunjukkan di atas ?

A. Gergaji tanganB. Gergaji putingC. Gergaji kecilD. Gergaji besi

Merupakan rujukan dan panduan penggunaan, pemasangan, dan penyenggaraan sesuatu peralatan.

Page 2: Soalan pksr2 kh thn 5

4. Antara berikut alatan tangan yang manakah tidak digunakan untuk mengukur dan menanda ?

A. Sesiku LB. Pembaris keluliC. Pisau penandaD. Gergaji puting

5. Apakah nama bahagian komponen yang dilabelkan dengan huruf P dalam rajah di atas ?

A. AnodB. KatodC. KetodD. Stom

6. Rajah di atas menunjukkan litar

A. skematikB. bergambarC. bersimbolD. bersambung

Page 3: Soalan pksr2 kh thn 5

7. Apakah kegunaan alatan tangan yang ditunjukkan di atas ?

A. Memotong wayar atau dawaiB. Menjalur dan memotong wayarC. Mengetat atau melonggarkan skruD. Menebuk lubang pada papan

8. Antara berikut bahagian bangunan yang manakah boleh diselenggara sendiri ?

I. Cermin tingkapII. Engsel pintuIII. Penghawa dinginIV. Kerangka tingkap

A. I, II, dan IIIB. I, II, dan IVC. I, III, dan IVD. II, III, dan IV

9. Antara berikut bahan pembersih yang manakah sesuai digunakan untuk membersihkan cermin tingkap yang kotor ?

A. Bulu keluliB. Kertas lasC. MinyakD. Sabun

10. Apakah nama alatan jahitan yang ditunjukkan dalam rajah di atas ?

A. Gunting fabrikB. BenangC. Jarum tanganD. Penetas jahitan

Page 4: Soalan pksr2 kh thn 5

11. Apakah fungsi alatan jahitan yang ditunjukkan dalam rajah di atas ?

A. Menetapkan kedudukan fabrikB. Mengambil ukuran fabrikC. Menggunting fabrikD. Membuka jahitan

12. Berdasarkan rajah di atas, namakan bahagian ikan yang berlabel X.

A. MulutB. MataC. SiripD. Sisik

Page 5: Soalan pksr2 kh thn 5

13. Antara berikut, pasangan yang manakah yang benar tentang rajah di atas ?Huruf Bahagian

I. P MulutII. Q MataIII. R SiripIV. S Sisik

A. I dan IIB. II dan IIIC. III dan IVD. I dan IV

14. Berkedai membawa maksud

A. menjalankan perniagaan secara besar-besaran di pasar rayaB. menjalankan perniagaan di tempat yang tetap secara kecil-kecilanC. menjalankan perniagaan di tempat khas yang lebih besar daripada geraiD. menjalankan perniagaan secara bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain

15. Tujuan promosi adalah untuk

A. menaikkan nama peniaga B. melariskan sesuatu jenis barangC. menyaingi barang keluaran syarikat lainD. menggalakkan pembeli datang ke kedai

Page 6: Soalan pksr2 kh thn 5

16. Iklan di atas menunjukkan bahawa kedai makanan segera tersebut menerima tempahan melalui......

A. e-melB. telefonC. majalahD. borang pesanan

17. Pesanan melalui e-mel mestilah menggunakan......

A. telefonB. majalahC. komputerD. borang pesanan

18. Wang masuk atau hasil pendapatan terdiri daripada.....

I. sedekahII. wang sakuIII. upah

IV.rasuah

A. I dan IIB. II dan IIIC. II dan IVD. III dan IV

19. Yang berikut adalah benar mengenai tujuan menyediakan rekod pendapatan dan perbelanjaan, kecuali...

A. untuk menambah pendapatanB. untuk mengetahui cara berbelanjaC. untuk mengetahui jumlah pendapatan dan puncanyaD. untuk mengetahui jumlah perbelanjaan dan cara wang dibelanjakan

CENDAWAN GORENG SEGAR

Jika anda berminat, sila hubungi kami :

07-6634567

Page 7: Soalan pksr2 kh thn 5

20. Rekod pendapatan dan perbelanjaan perlu disediakan untuk tujuan....

A. merekod pembaziranB. merekod keuntunganC. merekod simpanan wang di bankD. merekod aliran wang masuk dan wang keluar

21. Antara berikut peralatan yang manakah menggunakan sistem takal dalam sistem pergerakannya ?

I. Kereta kabelII. Mesin jahitIII. Mesin rumputIV. Kasut beroda

A. I, II, dan IIIB. I, II, dan IVC. I, III, dan IVD. II, III, dan IV

22.Membaca lukisan projek

Menentukan jenis bahan dan kuantiti

X

Mengukur, menanda, dan memotong bahan projek

Memasang komponen projek

Membuat kemasan projek

Page 8: Soalan pksr2 kh thn 5

Rajah di atas menunjukkan langkah-langkah membuat projek daripada bahan terbuang. Langkah X ialah

A. mereka bentuk projekB. mengenal pasti alatanC. melukis gambar rajah projekD. mengukur dan menanda projek

23. Antara berikut yang manakah kebaikan menggunakan bahan kitar semula sebagai bahan projek rekacipta ?

I. Mengurangkan kosII. Mengekalkan sumber alamIII. Bahan kitar semula adalah terbaikIV. Mengelakkan pembaziran

A. I, II, dan IIIB. I, II, dan IVC. I, III, dan IVD. II, III, dan IV

24. Litar skematik ialah lukisan yang menunjukkan sambungan komponen-komponen dalam litar yang digambarkan oleh

A. alatanB. simbolC. komponenD. gambar

25. Antara berikut pernyataan yang manakah benar tentang alatan tangan di atas ?

I. Memotong dan menjalur wayarII. Memegang dan membentuk dawaiIII. Memegang benda-benda kecilIV. Memotong wayar berlebihan pada tamatan

A. I dan IIB. I dan IVC. II dan IVD. III dan IV

Page 9: Soalan pksr2 kh thn 5

26. Apabila menjahit butang tanpa tangkai, apakah kegunaan jarum peniti yang diletakkan di atas butang ?

A. Untuk membuat gelung bagi tangkai butangB. Untuk mencantikkan jahitan benangC. Untuk mengurangkan jumlah lilitanD. Untuk menyenangkan kerja menjahit

27.

Keterangan di atas menerangkan tentang

A. kelepetB. kelimC. kancingD. fabrik

28. Antara berikut mata jahitan yang manakah sesuai digunakan untuk menjahit kelepet baju kemeja yang meretas ?

I. Jahitan kiaII. Jahitan mesinIII. Jahitan sembat susupIV. Jahitan silang pangkah

A. I dan IIB. II dan IIIC. III dan IVD. I dan IV

29. Antara berikut yang manakah kepentingan tumbuhan akuatik dalam akuarium ?

I. Menyerap bahan toksik yang dihasilkan daripada perkumuhan ikanII. Sebagai tempat perlindungan ikan kecil daripada ikan besarIII. Membekalkan keperluan oksigen terlarut kepada ikanIV. Mengurangkan nilai pH dalam akuarium

A. I dan IIB. II dan IIIC. III dan IVD. I dan IV

Terdapat dihujung kaki seluar, hujung lengan bawah blaus, dan tepi artikel.

Page 10: Soalan pksr2 kh thn 5

30. Antara barang-barang yang berikut, manakah yang dapat diubahsuai oleh peniaga untuk dijual kepada pembeli ?

A. BajuB. BukuC. SabunD. Nenas

31.

Apakah jenis maklumat penting yang tidak tercatat dalam poster di atas ?

A. Harga barangB. Jenis barangC. Berat barangD. Jenama barang

32.

Maklumat di atas merupakan empat aspek utama dalam menentukan cara untuk mendapatkan pesanan. X ialah

A. harga perniagaanB. masa perniagaanC. kualiti perniagaanD. kuantiti perniagaan

~ Jenis barang jualan~ Kemudahan sedia ada~ X~ Lokasi perniagaan

Page 11: Soalan pksr2 kh thn 5

33. Apakah sistem pergerakan yang mungkin sekali digunakan oleh kereta mainan yang ditunjukkan di atas ?

A. Pergerakan menggunakan gandarB. Pergerakan menggunakan takal dan tali sawatC. Pergerakan menggunakan rantaiD. Pergerakan menggunakan gear

34. Antara berikut bahan-bahan logam yang manakah sering digunakan kerana ia mudah dibentuk dan tahan karat ?

A. KeluliB. ZinkC. Plat timahD. Aluminium

35. Ikan yang memakan benda-benda hidup seperti ikan kecil atau haiwan lain dikenali sebagai

A. Ikan herbivorB. Ikan karnivorC. Ikan omnivorD. Ikan pemakan plankton

36. Mengapakah peniaga sukar untuk mendapat pelanggan apabila terdapat pesaing ?

A. Kerana pesaing banyak mendapat bekalan B. Kerana pesaing mempunyai pembekalC. Kerana pesaing akan berusaha mengatasi jualannyaD. Kerana pesaing mengenali pembekal atau pemborong

37. Perbelanjaan ini boleh ditinggalkan jika wang yang ada tidak mencukupi. Perbelanjaan yang dimaksudkan ialah

A. Perbelanjaan tetapB. Perbelanjaan terhadC. Perbelanjaan tambahanD. Perbelanjaan sampingan

Page 12: Soalan pksr2 kh thn 5

38. Antara yang berikut yang manakah merupakan ciri istimewa pada ikan hiasan

I. WarnaII. SisikIII. Bentuk badanIV. Jenis makanan

A. I, II, dan IIIB. I, II, dan IVC. I, III, dan IVD. II, III, dan IV

39.

Berdasarkan pernyataan di atas, apakah jenis penyakit yang mungkin sekali dijangkiti oleh ikan ?

A. Penyakit bintik putihB. Penyakit kutu insangC. Penyakit kulatD. Penyakit bakteria

40. Antara berikut, yang manakah merupakan cara promosi melalui media elektronik ?

A. InternetB. RisalahC. MajalahD. Surat khabar

( /40 Markah )

Bintik-bintik putih wujud pada badan dan sirip ikan.

Page 13: Soalan pksr2 kh thn 5

Bahagian B : Soalan Subjektif ( 30 Markah )

Gariskan pilihan jawapan yang betul pada pernyataan di bawah.

1. Kepingan logam nipis memerlukan gunting, ( fabrik, logam ) untuk dipotong mengikut ukuran yang dikehendaki.

2. ( Penggarit, Pembaris ) digunakan untuk menanda dan membuat garisan pada kepingan logam sewaktu proses penandaan.

3. ( Gandin, getah, Tukul warrington ) digunakan untuk mengetuk dan membentuk kepingan logam lembut sewaktu sedang melakukan aktiviti menghasilkan projek dijalankan.

4. Pelajar boleh menggunakan ( alat, bahan ) kitar semula untuk menghasilkan projek bagi menjaga alam sekitar.

5. ( Minyak pelincir, Pengilap cermin ) dapat mengurangkan geseran antara permukaan yang bergerak.

6. ( Pembeli, Peniaga ) perlu memikirkan cara menghasilkan barang jualan bagi memastikan jualan meningkat.

7. Perancangan perniagaan perlu dilakukan secara ( sistematik, matematik ) bagi memastikan jualan meningkat.

8. Peniaga perlu ( menyediakan, membeli ) barang jualan yang ingin dijual kepada pembeli.

9. Peniaga boleh menghasilkan sendiri barang ( belian, jualan ) untuk dijual bagi mendapatkan keuntungan.

10. Menganyam merupakan contoh cara menghasilkan sendiri barang jualan yang boleh mendatangkan ( kerugian, keuntungan ) kepada peniaga.

( /10 Markah )

Page 14: Soalan pksr2 kh thn 5

Isi tempat kosong di bawah.

Poster mempromosi menarik maklumat tarikh

1. Poster merupakan salah satu cara usahawan untuk ____________________ barang jualan mereka kepada pembeli.

2. Poster perlu dihasilkan dengan grafik yang _____________________ perhatian orang ramai untuk melihatnya.

3. ____________________ dan masa perniagaan dijalankan perlu disertakan sebagai maklumat dalam poster.

4. ____________________ adalah notis yang ditampal pada dinding atau papan kenyataan untuk bacaan orang ramai.

5. Semua ______________________ penting yang berkaitan perlu diletakkan dalam poster bagi memudahkan pembeli untuk mengetahuinya.

( /5 Markah )

Tandakan ( √ ) pada pernyataan yang betul dan ( X ) pada pernyataan yang salah.

1. Poster merupakan salah satu cara promosi jualan yang berkesan. ( )

2. Lokasi perniagaan tidak perlu diletakkan pada poster kerana tidak ( )berkaitan dengan barang jualan.

3. Pemilihan dan kombinasi warna yang menarik mempengaruhi orang ( )ramai untuk membaca poster yang dihasilkan.

4. Susun atur maklumat perlu kemas dan menarik supaya orang ramai lebih ( )mudah memahami isi kandungan poster.

5. Saiz huruf tidak memainkan peranan penting dalam menghasilkan poster ( )yang baik.

( /5 Markah )

Page 15: Soalan pksr2 kh thn 5

Padankan jenis alatan jahitan di bawah ini dengan fungsinya yang betul.

( /5 Markah )

e) Memindahkan tanda dan garisan pemadan.

d) Menggunting fabrik.

b) Melicinkan fabrikdan menekan mata jahitan.

c) Menanggalkan benang dan menetas jahitan.

a) Menjahit jahitan tangan.

1.

2.

3.

4.

5.

Page 16: Soalan pksr2 kh thn 5

Namakan bahagian bangunan di bawah ini.

Selak Engsel Siling Pengunci pintu Kerangka tingkap

1. 2. 3.

4. 5.

( /5 Markah )

SOALAN TAMAT

Markah Bahagian A / 40

Markah Bahagian B / 30

Projek dan Sahsiah / 30

Jumlah / 100

Pembuat kertas, Pemeriksa kertas,

----------------------------------------------------- -----------------------------------------(HASNAH BINTI MOHAMED ANNUAR) (PN.SUFIANA BT AB SAKRI)Guru Mata pelajaran Ketua PanitiaKemahiran Hidup Kemahiran Hidup