hoabinhian soalan 5

48
1.0 PENGENALAN Istilah ‘kebudayaan’ merupakan satu istilah yang merujuk kepada manifestasi yang berbeza tentang budaya. 1 Kebudayaan juga merupakan pola tingkah laku yang dipelajari yang disampaikan daripada satu generasi kepada generasi seterusnya. Aspek-aspek kebudayaan juga tidak boleh disampaikan melalui faktor-faktor baka atau warisan. Ianya juga merujuk kepada keseluruhan cara hidup masyarakat dan merangkumi pelbagai cara hidup termasuklah ilmu pengetahuan, kepercayaan seni, undang-undang, moral, adat istiadat dan kemahiran-kemahiran lain yang biasanya dipelajari oleh manusia sebagai seorang anggota di dalam masyarakatnya 2 . Dari segi periodisasi, sejarah sesuatu tempat dikatakan melalui tiga peringkat zaman iaitu zaman Prasejarah 3 , zaman 1 Hole, Frank dan Heizer, Robert F. 1990. Arkeologi Prasejarah: Satu Pengenalan Ringkas (terjemahan). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.hlm.408. 2 Untuk keterangan lanjut, lihat Abdullah Taib. 1985. Asas-asas Antropologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 2. 3 Sejarah sebelum wujudnya rekod-rekod peulisan sebagaimana yang disimpulkan daripada tinggalan arkeologi atau zaman yang tidak mempunyai sebarang sumber tulisan tentang sesuatu kawasan tersebut. Lihat Hole, Frank dan Heizer, Robert F. 1990. Arkeologi Prasejarah: Satu Pengenalan Ringkas (terjemahan). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.hlm.414 dan Abdul Rahman Hj. Abdullah. 2006. Sejarah dan Kebudayaan Asia Tenggara Tradisional . Shah Alam: Karisma Publications.hlm.1. 1

Upload: ct-awer-yusoh

Post on 12-Apr-2016

172 views

Category:

Documents


16 download

DESCRIPTION

d

TRANSCRIPT

Page 1: Hoabinhian soalan 5

1.0 PENGENALAN

Istilah ‘kebudayaan’ merupakan satu istilah yang merujuk kepada manifestasi

yang berbeza tentang budaya.1 Kebudayaan juga merupakan pola tingkah laku yang

dipelajari yang disampaikan daripada satu generasi kepada generasi seterusnya. Aspek-

aspek kebudayaan juga tidak boleh disampaikan melalui faktor-faktor baka atau warisan.

Ianya juga merujuk kepada keseluruhan cara hidup masyarakat dan merangkumi pelbagai

cara hidup termasuklah ilmu pengetahuan, kepercayaan seni, undang-undang, moral, adat

istiadat dan kemahiran-kemahiran lain yang biasanya dipelajari oleh manusia sebagai

seorang anggota di dalam masyarakatnya2.

Dari segi periodisasi, sejarah sesuatu tempat dikatakan melalui tiga peringkat

zaman iaitu zaman Prasejarah3, zaman Protosejarah4 serta zaman Sejarah.5 Zaman

Holosen merujuk kepada zaman geologi selepas zaman Pleistosen6 atau zaman Ais iaitu

berlaku lebih kurang 10,000 tahun dahulu7 sehinggalah permulaan zaman Neolitik.

1 Hole, Frank dan Heizer, Robert F. 1990. Arkeologi Prasejarah: Satu Pengenalan Ringkas (terjemahan). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.hlm.408.2 Untuk keterangan lanjut, lihat Abdullah Taib. 1985. Asas-asas Antropologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 2.3 Sejarah sebelum wujudnya rekod-rekod peulisan sebagaimana yang disimpulkan daripada tinggalan arkeologi atau zaman yang tidak mempunyai sebarang sumber tulisan tentang sesuatu kawasan tersebut. Lihat Hole, Frank dan Heizer, Robert F. 1990. Arkeologi Prasejarah: Satu Pengenalan Ringkas (terjemahan). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.hlm.414 dan Abdul Rahman Hj. Abdullah. 2006. Sejarah dan Kebudayaan Asia Tenggara Tradisional. Shah Alam: Karisma Publications.hlm.1.4 Sejarah sama ada bagi orang-orang buta huruf yang telah ditulis oleh masyarakat sezamannya atau bagi orang-orang seperti Maya; tulisan mereka adalah jarang dan tidak boleh ditafsirkan. Lihat Hole, Frank dan Heizer, Robert F. 1990. Arkeologi Prasejarah: Satu Pengenalan Ringkas (terjemahan). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.hlm.414.5 Abdul Rahman Hj. Abdullah. 2006. op. cit. 6 Zaman geologi yang selalu dikatakan sebagai zaman Ais yang bermula lebih kurang 1.6 juta tahun dahulu dan berakhir dengan kedatangan zaman Holosen lebih kurang 11,500 tahun lalu. Lihat Hole, Frank dan Heizer, Robert F. 1990. Arkeologi Prasejarah: Satu Pengenalan Ringkas (terjemahan). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.hlm:413. Lihat juga Bellwood, Peter. 2000. Prasejarah Kepulauan Asia Tenggara (terjemahan). Jakarta: Penerbit PT Gramedia Pustaka Utama.hlm.23.7 Pincauze, Dena Ferran. 2000. Environmental Archeology: Principles and Practice. Cambridge: Cambridge University Press.hlm. 78.

1

Page 2: Hoabinhian soalan 5

Menurut para pengkaji, belum terdapat kesan-kesan kewujudan manusia pada

zaman Pleistosen di Asia Tenggara. Setelah muncul zaman Batu dan zaman Logam

barulah terdapat bukti-bukti kewujudannya melalui kajian-kajian arkeologi yang

dilakukan oleh pengkaji8.

Pada zaman Pleistosen iaitu ketika cuacanya yang sejuk menyaksikan paras air

laut turun, Asia Tenggara merupakan sekeping tanah Pelantar Sunda dan Pelantar Sahul

yang timbul. Oleh sebab Pelantar Sunda menghubungkan tanah besar Asia Tenggara

dengan Kepulauan Melayu manakala Pelantar Sahul pula menghubungkan New Guinea

dengan Australia, manusia pada zaman dahulu boleh bergerak dengan bebas tanpa

memerlukan kapal atau perahu. Namun apabila bermulanya zaman Holosen iaitu ketika

cuacanya mulai panas dan paras laut mulai naik, Pelantar Sunda dan Pelantar Sahul mula

tenggelam hinggalah menjadi seperti Asia Tenggara sekarang.9

Apabila zaman Pleistosen (ais) berakhir, maka timbullah zaman Holosen (panas)

yang bermula dengan zaman Mesolitik dan seterusnya diikuti oleh zaman Neolitik yang

menandakan berakhirnya zaman Batu. Pada zaman inilah dikatakan munculnya jenis

manusia moden atau Homo Sapiens seperti yang ada sekarang. Antara penemuan fosil-

fosil Homo Sapiens yang terpenting ialah seperti dari Gua Cro-Magnon dan Gua Chou-

Kou-Tien di China.10

Istilah Holosen pula sebenarnya berasal daripada perkataan Greek iaitu “holos”

yang bererti semua atau keseluruhan serta perkataan "kai-ne" yang bermaksud baru atau

sekarang. Zaman Holosen juga turut dikenali sebagai Alluvium Epoch (zaman Alluvium)

dan merupakan zaman ketika berlakunya proses interglacial iaitu pencairan ais 11. Ketika 8 Abdul Rahman Hj. Abdullah. 2006. op. cit.9 Lihat Abdul Rahman Abdullah. 2000. op. cit.10 Ibid.11 Untuk keterangan lanjut berkenaan zaman Holosen, lihat http://en.wikipedia.org/wiki/Holocene.

2

Page 3: Hoabinhian soalan 5

itu, paras air laut meningkat dengan mendadak menyebabkan banyak kawasan daratan

dan tanah besar telah diteggelami air. Zaman Holosen juga berlangsung selepas zaman

Pleistosen iaitu berlaku kira-kira 10,000 tahun lalu.

Masyarakat awal zaman Holosen pula merupakan masyarakat zaman Mesolitik

atau dikenali juga dengan zaman Hoabinhian di Asia Tenggara oleh ahli arkeologi

semasa era kolonial di Malaysia dalam usaha mereka untuk menyesuaikan jumpaan di

sini dengan zaman Prasejarah di Eropah.12 Hal ini kerana zaman Holosen bermula sekitar

10,000 tahun lalu iaitu bertepatan dengan kemunculan kebudayaan Hoabinhian di

sesetengah tempat. Jadi, memang wajar untuk menganggap masyarakat awal Holosen

sebagai masyarakat Hoabinhian melihat kepada tarikh kemunculan zaman Holosen.

Selain itu, terdapat perbezaan antara istilah yang telah digunakan oleh ahli

arkeologi bagi menggambarkan kebudayaan masyarakat zaman awal Holosen. Hal ini

kerana zaman ini turut dikenali dengan pelbagai nama seperi zaman Hoabinh13 atau Hoa-

Binhian14 dan Zaman Epi-Paleolitik oleh para ahli arkeologi.15

12 Hal ini kerana terdapat perbezaan yang nyata antara kebudayaan masyarakat Mesolitik di Eropah dengan kebudayaan masyarakat Mesolitik di Asia Tenggara. Lantaran itu, zaman Mesolitik dikenali sebagai zaman Hoabinhian di Asia Tenggara terutamanya jika dilihat pada industri pembuatan alat batunya. Untuk keterangan lanjut, lihat Zuraina Majid. 2003. Archaeology in Malaysia. Pulau Pinang : Puast Penyelidikan Arkeologi Malaysia, Universiti Sains Malaysia. hlm. 167.13 Zaman Hoabinh merujuk kepada budaya Hoabinh yang berasal dari utara Vietnam. Ia dinamakan sedemikian kerana itu ialah tempat asalnya usaha pertanian industri tembikar serta pengaruhnya di Asia Tenggara. Lihat Abdul Rahman Abdullah. 2000. op. cit.14 Zaman Hoabinhian mandapat namanya sempena nama tempat galian Hoa-Binh di utara Vietnam yang mula-mula sekali menunjukkan corak kebudayaan ini di Asia Tenggara. Istilah Hoa-Binh pula mula dugunakan sejak tahun 1920-an iaitu merujuk kepada industri batu kerikil yang diserpihkan pada satu atau dua bahagian batu tersebut. Lihat Abdul Rahman Hj. Abdullah. 2006. op. cit.15 Zaman Epi-Paleolitik atau Mesolitik merupakan zaman perkembangan teknologi manusia yang mendahului zaman Neolitik dan bermula sekitar akhir Zaman Pleistosen iaitu lebih kurang 10,000 tahun lalu dan berakhir lebih kurang 8,000 tahun lalu iaitu apabila kegiatan pertanian bermula. Untuk keterangan lanjut, lihat http://en.wikipedia.org/wiki/Epi-Paleolithic. Zaman ini juga dipanggil zaman Epi-aleolitik kerana masyarakat ketika itu masig meneruskan tradisi kebudayaan masyarakat Paleotilik walaupun sudah berada dalam zaman Mesolitik atau Hoabinhian seperti yang dikemukakan oleh Zuraina Majid. Untuk keterangan lanjut, lihat Zuraina Majid. 2003. op.cit. hlm.168. Beliau turut menjelaskan bahawa Gua Gunung Runtuh di Lenggong, Perak sebagai tapak Epi-Paleolitik. Lihat Zuraina Majid. 1994. The Excavation of Gua Gunung Runtuh and The Discovery of The Perak Man in Malaysia . Kuala Lumpur: Department of Museums and Antiquity Malaysia. hlm.167.

3

Page 4: Hoabinhian soalan 5

Di Malaysia, penggunaan istilah Paleolitik, Mesolitik dan Neolitik pula telah

diperkenalkan oleh M. F. W. Tweedie dalam bukunya The Stone Age in Malaya yang

telah diterbitkan pada tahun 1953. Walau bagaimanapun, beliau memilih untuk

menggunakan istilah “Hoabinhian” berbanding istilah “Mesolitik” bagi menggambarkan

zaman Mesolitik di Asia Tenggara. Hal ini kerana terdapat penemuan yang menunjukkan

bahawa terdapat perbezaan yang jelas dan ketara antara kebudayaan zaman Mesolitik di

Asia Tenggara dengan kebudayaan zaman Mesolitik di Eropah.

Secara umumnya, istilah Hoabinhian merujuk kepada satu industri alatan batu

yang dicirikan oleh alat batu kerikil (pebble) yang direpih pada satu atau dua sisi

permukaan batu tersebut16 dan bermula sekitar 17,000 tahun dahulu dan berakhir kira-kira

3,000 tahun. Namun begitu, terdapat percanggahan pendapat tentang tarikh sebenar

permulaan zaman Hoabinhian kerana di sesetengah tempat ianya bermula lebih lewat

iaitu sekitar 10,000 tahun dahulu. Terdapat ramai ahli arkeologi yang telah

mengemukakan pendapat tentang kebudayaan Hoabinhian seperti Gorman, Matthews,

Solheim serta Colani.

Istilah Hoabinhian pula mula-mula sekali dipakai oleh Medelline Coloni yang

telah menerbitkan beberapa perincian tentang sembilan eskavasi yang telah dilakukannya

di kawasan utara Vietnam iaitu di Hoa Binh. Beliau juga menjadi pengasas kepada istilah

ini dengan mengemukakannya di persidangan Kongres Ahli Arkeologi Timur Jauh yang

diadakan pada 193217 seperti berikut:

16 Lihat Peter Bellwood. 2000. Prasejarah Kepulauan Indo-Malaysia. Jakarta : PT Gramedia Pustaka Utama. hlm. 238.17 Adi Haji Taha. 1999.”Hoabinian”: Persoalan Yang Belum Selesai Dalam Pra-Sejarah Malaysia (Jurnal Arkeologi Malaysia). Kuala Lumpur: United Selangor Press Sdn. Bhd.hlm.109.

4

Page 5: Hoabinhian soalan 5

“…a culture composed of implements that are in general flaked with somewhat varied types of

primitive workmanship. It is characterised by tools often worked only on one face, by hammerstones, by

implements of sub-triangular section, by discs, short axes and almond shaped artefacts, with an appreciable

number of bone tools (Matthews 1966)…”

Pembentangan yang telah dilakukan oleh Colani membolehkan ahli kongres

mendifinisikan kebudayaan Hoabinhian adalah kebudayaan memburu dan mengumpul

(hunters & gathers) serta terbahagi kepada tiga tahap yang utama iaitu Hoanbinh Awal

atau Kuno (Early / Archaic) iaitu zaman yang mempunyai alatan batu besar yang kasar

buatannya dan kebanyakkannya dalam bentuk Unifas. Tahap yang kedua pula ialah

Hoabinh Pertengahan (Intermediate) yang dicirikan oleh alat batu Bifas manakala tahap

yang ketiga dan terakhir pula ialah Honbinh Akhir (Late) yang dicirikan oleh pembuatan

tembikar, batu giling serta alatan batu yang digilap dan dilicinkan.18

Para Ahli Kongres Arkeologi Timur Jauh juga telah membahagikan Kebudayaan

Hoabinhian kepada tiga tahap iaitu Hoabinhian Satu yang diwakili oleh alatan batu yang

direpih secara kasar, Hoabinhian Dua yang diwakili oleh alatan batu teras (core tool)

yang lebih kecil sedikit dan halus buatannya dan turut mengandungi alat batu asahan

(ground tool) dan tahap yang terakhir pula ialah Hoabinhian Tiga yang mempunyai alat

batu lebih kecil dan mempunyai kesan repihan semula serta kurang alat batu asahan.

J.M. Matthews pula telah mengakaji dan menganalisa artifak-artifak Hoabinhian

di pergunungan Sai Yuk, Thailand pada tahun 1964. Beliau sebenarnya melakukan kajian

tersebut bagi menentukan sama ada jenis-jenis artifak Hoabinian yang telah dijelaskan

oleh Colani boleh ditafrifkan sebagai satu rangkaian sifat-sifat yang berulang dan

18 Untuk keterangan lanjut, lihat Paul Bahn. 2004. The New Penguin Dictionary of Archaeology. London : Penguin Books Limited. hlm. 205.

5

Page 6: Hoabinhian soalan 5

berterusan seperti panjang, lebar, ketebalan serta jisim artifak tersebut. Hasilnya, beliau

mendapati bahawa jenis-jenis alat batu serta artifak Hoabinhian bukan benar-benar wujud

seperti yang dijelaskan oleh Colani sebaliknya artifak-artifak Hoabinhian tersebut

menunjukkan lingkungan serta julat perbezaan bentuk serta saiz yang berterusan19.

Chester Gorman pula telah memberikan satu definisi yang lebih terpirinci

berkenaan kebudayaan Hoabinhian berdasarkan eskavasi yang telah dilakukan di wilayah

Mae Hong Son, barat laut Thailand pada tahun 1970 iaitu :

1. A generally unifacial flaked tool tradition made primarily on water rounded pebbles and large flakes detached from these pebbles

2. Core tools ("Sumatraliths") made by complete flaking on one side of a pebble and grinding stones also made on rounded pebbles, usually in association with iron oxide

3. A high incidence of utilized flakes (identified from edge-damage characteristics) 4. Fairly similar assemblages of food remains including remains of extant shellfish, fish, and small-

medium-sized mammals 5. A cultural and ecological orientation to the use of rockshelters generally occurring near fresh

water streams in an upland karstic topography (though Hoabinhian shell middens do indicate at least one other ecological orientation)

6. Edge-grinding and cord-marked ceramics occurring (though perhaps as intrusive elements), individually or together, in the upper layers of Hoabinhian deposits 20

Dalam tahun 1972, W. G. Solheim telah menerbitkan artikel di dalam jurnal

Scientific American dan telah membincangkan tentang penemuannya di Spirit Cave.

Beliau telah mendapati bahawa spesimen tumbuhan yang dijumpai di situ hanya

merupakan spesis liar yang dipungut daripada kawasan sekitar. Namun begitu, beliau

juga mendapati bahawa penghuni Spirit Cave turut mempunyai ilmu pengetahuan yang

maju tentang kegiatan bercucuk tanam. Beliau juga mengaggarkan bahawa kewujudan

pertanian bermula sekitar 20,000 BC. di kawasan Asia Tenggara dan teknologi

pembuatan seramik serta tembikar pula telah dicipta sekitar 13,000 B.C. walaupun

19 Untuk keterangan lanjut, lihat http://en.wikipedia.org/wiki/Hoabinhian20 Ibid.

6

Page 7: Hoabinhian soalan 5

penemuan di Spirit Cave menunjukkan bahawa teknologi pembuatan tembikar dan

seramik belum wujud sehinggalah selepas 6800 B.C21.

Menurut Brian M. Fagan dalam buku ensiklopedia The Oxford Companion to

Archaeology pula, istilah “Hoabinhian” boleh ditakrifkan sebagaimana berikut:

“…archaeological assemblages found in caves and open sites on the mainland of Southest Asia

and northen Sumatra, from 13,000 years ago until the spread of rice agriculture after 3000 B.C. Named

after discoveries made in 1920s in the former Hoa Bin Province of northern Vietnam, the Hoabinhian has

acquired importance because of claimed associations with the origin of agriculture in Southeast Asia. These

associations still lack definite proof…”22

Pada tahun 1993 pula, satu persidangan telah diadakan di Hanoi, Vietnam bagi

meraikan sambutan ulang tahun pengenalan istilah “Hoabinhian” yang ke-60. Dalam

persidangan tersebut, lebih daripada 80 orang ahli arkeologi daripada seluruh dunia telah

berhimpun bagi membincangkan tentang kebudayaan Hoabinhan dan telah bersetuju

tentang perkara-perkara berikut :

1. Konsep “Hoabinhian” patut dipertahankan 2. Konsep terbaik Hoabinhian : satu INDUSTRI berbading KEBUDAYAAN / TEKNOKOMPLEKS 3. Kronologi industri Hoabinhian bermula dari “akhir Pleistosen” sehingga “awal Holosen” 4. Istilah "Sumatralith" perlu dikekalkan 5. Indutri Hoabinhian perlu dirujuk sebagai "cobble“ berbanding industri alat "pebble"

6. Hoabinhian sepatutnya tidak boleh dirujuk sebagai fenomena “Mesolitik”. 23

2.0 CIRI-CIRI KEBUDAYAAN MASYARAKAT HOABINHIAN

Dalam aspek kebudayaan pula, masyarakat awal Holosen iaitu masyarakat

Hoabinhian dikatakan masih meneruskan tradisi Paleolitik walaupun telah mengalami 21 Ibid.22 Brian M. Fagan. et.al. 1996. The Oxford Companion To Archaeology. New York: Oxford University Press.hlm. 305.23 Untuk keterangan lanjut, lihat http://en.wikipedia.org/wiki/Hoabinhian.

7

Page 8: Hoabinhian soalan 5

kemajuan dalam segenap aspek kehidupan. Misalnya mereka masih memungut makanan

di merata-rata tempat seperti di dalam hutan, sungai dan laut tetapi sudah wujud tanda-

tanda awal wujudnya kegiatan pertanian (incipient agriculture).

Selain itu, kebanyakan masyarakat Hoabinhian seperti juga masyarakat Paleolitik

masih lagi menetap di ceruk peneduh serta di gua batu kapur24. Namun begitu, secara

keseluruhannya masyarakat Hoabinian banyak tinggal di kawasan serta alam persekitaran

yang berbeza termasuklah di kawasan paya bakau, padang rumput (savana), kawasan

hutan hujan khatulistiwa serta di kawasan tanah tinggi. Selain itu, terdapat juga

masyarakat Hoabinhian yang tinggal di lembah sungai25 serta pesisir pantai26.

Kebudayaan utama masyarakat Hoabinhian pula boleh dilihat pada industri alat-

alat batunya. Kebanyakan alat-alat batu Hoabinahian dicirikan oleh penyerpihan

menyeluruh pada satu ataupun dua sisi batu kerikil sungai dan berusia tidak lebih dari

13,000 tahun lalu selain banyak ditemui di sekitar Semenanjung Melaka dan Sumatera27.

Sebahagian besar tapak-tapak Hoabinhian juga ditemui dalam gua ataupun di

kawasan ceruk peneduh. Namun begitu, beberapa Bukit Sampah Kerang atau

Shellmidden di kawasan pantai Sumatera dan Semenanjung Melaka pula didapati berasal

dari zaman yang sama dengan ketinggian permukaan laut sekarang. Bukit-bukit sampah

kerang ini juga tidak pernah dikaji dan diteliti secara menyeluruh oleh ahli arkeologi dan

kebanyakkannya pula sudah hancur sekarang kerana digunakan untuk pembakaran batu

kapur28. Ciri-ciri kebudayaan masyarakat Hoabinhian pula boleh dilihat dalam aspek jenis

alat batu yang digunakan, kegiatan ekonomi yang melibatkan aktiviti memburu dan

24 Brian M. Fagan. op. cit.25 Charles Higham. 2002. Early Cultures Of Mainland Southeast Asia. Bangkok: River Books Ltd. hlm. 3426 Peter Bellwood. 2000. op.cit. hlm. 252.27 Ibid. hlm.241.28 Ibid.

8

Page 9: Hoabinhian soalan 5

mengumpul makanan, jenis penguburan manusia, penggunaan hematite selain terlibat

dalam kegiatan prapertanian serta kegiatan pratembikar.

2.1 JENIS-JENIS ALAT BATU

Antara ciri-ciri kebudayaan yang membezakan kebudayaan Hoabinhian dengan

kebudayaan sebelumnya atau selepasnya dapat dilihat dan diketahui menerusi perbezaan

yang terdapat pada jenis alatan batu yang digunakan oleh masyarakat ketika itu.

Kebanyakan alat-alat ataupun senjata masyarakat prasejarah diperbuat daripada kayu,

tulang, kulit kerang, batu serta besi29. Misalnya, telah ditemui alatan yang telah dibuat

daripada tulang di Bukit Chuping, Perlis30. Bagi masyarakat Hoabinhian pula,

kebanyakan alatan yang ditemui dan dijumpai oleh ahli arkeologi adalah alatan yang

diperbuat daripada tulang binatang serta batu-batan seperti batu sungai.

Antara ciri khas alat batu Hoabinhian ialah kebanyakannya merupakan batu yang

mempunyai penyerpihan pada satu atau dua sisi permukaan batu kerakal sungai yang

berukuran satu genggaman tangan dan keseluruhan tepinya juga menjadi bahagian yang

tajam. Hasil penyerpihan juga menunjukkan pelbagai bentuk dan rupa seperti bentuk

bujur, segi empat dan segi tiga. Alat batu yang dibentuk pada satu sisi sahaja banyak

terdapat di bahagian semenanjung Muang Thai seperti di Lang Rongrien dan di Malaysia

manakala alat batu yang dibentuk hanya pada satu sisi pula kebanyakanya terdapat di

tapak lain seperti di Muang Thai, Myanmar, Loas, Kemboja dan Vietnam31.

29 Lihat P. Kenneth Oakley. 1967. Man : The Tool-Maker. London: The British Museum Publications (Natural History).hlm.13-23.30 Untuk keterangan lanjut, lihat John Matthews. 1961. A Check-List Of “Hoabinhian” Sites Excavated In Malaya 1860-1939. Singapore: Eastern Universities Press Ltd. hlm.5831 Peter Bellwood. 2000. op. cit. hlm. 241.

9

Page 10: Hoabinhian soalan 5

Menurut Chester Gorman, industri Hoabinhian paling bayak ditemui dalam

penggalian di kawasan pergunungan di utara Vietnam dan industri penyerpihan alat-alat

batu ini juga dikenali sebagai ‘teknokompleks’ oleh Gorman. Di tapak-tapak ini, alat-alat

batu tersebut ditemui bersama-sama dengan pelbagai alat-alat lain seperti alat serpih, batu

pelandas dan batu giling yang mempunyai pelbagai ukuran serta sudip yang diperbuat

daripada tulang. Selain itu, terdapat juga sisa-sisa tengkorak manusia yang telah ditanam

dalam posisi berlipat dan ditaburi dengan serbuk merah yang dikenali sebagai hematite32.

Selain itu, terdapat juga pelbagai corak industri alat batu yang berkembang ketika

waktu kebudayaan Hoabinhian di kawasan Vietnam. Banyak tapaknya mempunyai alat

batu yang diasah tajamnya yang bertarikh sekitar 18,000 tahun dahulu seperti di Gua

Xom Trai, Vietnam33. Antara contoh jenis alat batu masyarakat Hoabinhian ialah Biface,

Uniface, Biface Preform, Cortex Flake Tool, Bimarginally Flake Narrow Pebble, Side

Flaked Pebble Tool, End-Flaked Pebble Tool, Hammerstone, Grindstone serta Batu

Giling Pemukul.

2.1.1 UNIFACE

Uniface pula merupakan sejenis batu kerikil yang bujur dan memiliki rupa luar

yang leper, pecah dan rata. Selain itu, terdapat juga banyak parut serpihan di sekeliling

tepi permukaan batu manakala lapisan luarnya pula berbentuk cembung. Selain itu, alat

32 Ibid.33 Ibid.

10

Page 11: Hoabinhian soalan 5

batu Uniface juga tidak sama seperti ‘alat batu Sumatralith’ yang biasanya ditemui di

tapak Hoabinhian di Sumatera dan di kawasan utara Semenanjung Malaysia.

2.1.2 BIFACE ( COMPLETE AND BROKEN )

Biface adalah sejenis alat batu yang bercirikan pemukaan yang kasar serta bujur

dan kadang-kadang permukaannya berkeadaan rata. Selain itu, terdapat dua kaedah

penyerpihan iaitu penyerpihan menggunakan Tukul Batu (Hammerstone) serta

penyerpihan Bipolar. Tukul Batu pula digunakan untuk mengetuk dan memukul batu

tersebut bagi membentuk dan membuat alat batu Biface. Kaedah penyerpihan yang kedua

pula ialah penyerpihan Bipolar (Bipolar Flaking) yang digunakan untuk menajamkan atau

menumpulkan bahagian tepinya. Alatan batu ini juga terhasil akibat daripada pukulan

yang berulang kali sehingga menghasilkan alatan batu yang terpisah daripada pasaknya

sehingga terbentuklah alatan batu yang berbentuk bujur seperti Bifas.

11

Page 12: Hoabinhian soalan 5

2.1.3 BIFACE PREFORM

Biface Preform pula merupakan alat batu yang berbentuk ramping kebujuran dan

dikenali juga sebagai ‘Bifas Yang Tidak Sempurna’. Saiz alat batu ini kebiasaanya adalah

lebih besar daripada saiz Bifas yang sempurna. Di samping itu, hanya sempadan atau

kawasan tertentu pada alat batu sahaja yang berfungsi sebagai mata pisau pemotong. Ciri-

ciri ramping pada lapisan luarnya juga adalah lebih besar daripada batu kerikil yang asal.

Selain tu, reka bentuk dan fungsi alat batu ini juga lebih moden dan maju daripada

teknologi alat batu sebelumnya.

2.1.4 CORTEX FLAKE TOOL

12

Page 13: Hoabinhian soalan 5

Cortex Flake Tool pula merupakan alatan batu yang dibentuk daripada batu

kerikil (pebble) atau batu bundar (cobble) dan kebiasannya mempunyai saiz yang

sederhana. Alatan batu jenis ini juga kebanyakannya mempunyai ciri penyerpihan yang

besar dengan keadaan di bahagian tepi sekelilingnya sering ditajamkan. Selain itu,

permukaan alat batu ini juga masih lagi berbentuk kasar seperti kebanyakan alat batu lain.

2.1.5 BIMARGINALLY FLAKE NARROW PEBBLE

Bimarginally Flake Narrow Pebble pula merupakan sejenis alatan batu yang

mempunyai ciri-ciri khusus seperti mempunyai saiz yang nipis, kebiasaannya berbentuk

bulat dan kadang-kadang mempunyai bentuk yang ramping. Selain itu, terdapat juga

parut penyerpihan di sepanjang garis bujur di sekitar tepi alat batu tersebut.

2.1.6 SIDE FLAKED PEBBLE TOOL

13

Page 14: Hoabinhian soalan 5

Side Flaked Pebble Tool atau ‘Alat Batu Kelikil Yang Direpih Pada Sebelah

Bahagian’ pula merupakan alatan batu yang diperbuat daripada sejenis batu kerikil

sungai. Di samping itu, kebanyakan alatan batu ini juga berbentuk rata selain terdapat

kesa serpihan di sepanjang sebelah garis bujur. Kebanyakan artifak alatan batu dalam

kategori ini juga kebiasaanya dikenali sebagai scraper atau ‘Alat Pengikis’.

2.1.7 END-FLAKED PEBBLE TOOL

End-Faked Pebble Tool pula merupakan sejenis alat batu yang diperbuat daripada

sejenis batu kerikil yang telah dipanjangkan bentuknya. Selain itu, terdapat sekurang-

kurangnya satu kesan serpihan yang akan dibuang pada alatan batu ini dan kadang-

kadang terdapat juga kesan sepihan pada kedua-dua bahagian yang dibuang untuk

menghasilkan bentuk alatan batu yang tajam seperti alatan batu ini.

2.1.8 HAMMERSTONE

14

Page 15: Hoabinhian soalan 5

Hammerstone atau ‘Tukul Batu’ pula merupakan sejenis alatan batu yang

kebiasaannya diperbuat daripada batu kerikil. Alatan batu ini juga sering digunakan

sebagai penukul bagi memisahkan serpihan-serpihan batu teras. Hal ini dilakukan untuk

menghalus lagi alatan batu tersebut agar kelihatan lebih licin dan cantik. Batu penukul ini

juga kebiasaannya diperbuat daripada batu Kuarza ataupun batu gunung berapi yang

bersifat sangat keras. Alatan batu ini juga kebanyakannya berbentuk bulat ataupun

mempunyai bentuk yang bujur.34

2.1.9 GRINDSTONE

Grindstone atau ‘Batu Giling’ pula merupakan sejenis alatan batu yang

mempunyai bentuk serta saiz yang besar selain mempunyai permukaan yang lusuh. Alat

Batu Giling atau Batu Canai ini juga mempunyai sekurang-kurangnya satu permukaan

yang berkeadaan lusuh kesan daripada aktiviti pencanaian yang dilakukan terhadap alatan

batu ini. Walaupun begitu, kadang-kadang terdapat juga satu bahagian permukaan alatan

34 Untuk keterangan lanjut berkaitan alatan batu masyarakat Hoabinhian, lihat Adi Haji Tahar. 2000. Arkeological Investigation in Ulu Kelantan, Peninsular Malaysia. A Thesis Submitted for TheDegree of Doctor of Philosophy of The Australian National Universitiy Vol 1. hlm.170-173.

15

Page 16: Hoabinhian soalan 5

batu ini yang mempunyai satu garisan sempadan yang berwarna merah yang telah

dilakarkan dengan menggunakan hematite pada permukaan batu tersebut.

2.1.10 BATU GILING PEMUKUL

‘Batu Giling Pemukul’ pula merupakan sejenis alat batu yang digunakan sebagai

pemukul oleh masyarakat Hoabinhian. Alatan batu ini juga kebanyakannya mempunyai

garisan sempadan yang berwarna merah yang dilakarkan pada permukaan yang telah

dilecetkan. Selain itu, ia juga mempunyai garisan sempadan berwarna merah yang telah

dicanai pada permukaaan yang licin ataupun pada permukaan batu yang telah dipukul.35

2.2 MASYARAKAT PEMBURU DAN PENGUMPUL MAKANAN

Secara umumnya, kegiatan ekonomi masyarakat Hoabinhian ialah memburu dan

memungut makanan36 (hunter & gather). Hal ini dapat dibuktikan melalui kajian yang

telah dilakukan oleh G de G. Sieveking di Gua Cha, Kelantan37. Masyarakat Hoabinhian

memburu pelbagai jenis binatang38 seperti kijang dan babi bagi mendapatkan sumber

makanan kerana telah dijumpai banyak tulang-tulang pelbagai spesis mamalia seperti

tulang babi serta tulang rusa39.

35 Ibid.36 Peter Bellwood. 2000. op.cit. hlm.254.37 Lihat Abdul Rahman Abdullah. 2000. op.cit. hlm. 17.38 Lihat Nik Hassan Suhaimi Nik Abdul Majid. 1999. Arkeologi Pra-Islam Pesisir Selat Melaka: Evolusi atau Migrasi. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.hlm:1139 Brian M. Fagan. op. cit.

16

Page 17: Hoabinhian soalan 5

Selain itu, mereka turut memburu rusa, beruang, monyet, kera, tupai, kelawar,

badak serta kerbau untuk dijadikan sumber makanan40. Mereka akan menggunakan alat

batu serta pelbagai senjata lain yang diperbuat daripada tulang-tulang haiwan ketika

memburu binatang. Mereka juga kebiasaannya akan memburu dalam satu kumpulan yang

agak besar bagi memudahkan tugas menangkap dan memburu haiwan selain dapat

melindungi diri mereka daripada ancaman binatang buas seperti beruang dan gajah

kerana telah ditemui sisa tulang mereka di Sumatera, Indonesia41.

Sementara itu, Vu The Long (1977) yang telah melakukan penyelidikan dan

penggalian terhadap spesis fauna di Gua Con Moong, Vietnam pula telah menjumpai

tulang pelbagai spesisi binatang seperti lembu liar, kerbau, badak sumbu, burung hutan

serta kura-kura42. Terdapat juga pelbagai siput serta kerang yang menjadi bukti tentang

jenis binatang yang menjadi sumber makanan masyarakat Hoabinhian ketika itu. Hal ini

juga membuktikan bahawa masyarakat Hoabinhian ketika itu merupakan pemburu43 yang

mahir dan handal berdasarkan penemuan pelbagai jenis tulang haiwan yang mungkin

menjadi sumber makanan mereka. Terdapat juga sesetengah kawasan yang menjadi

kawasan pemburuan bermusim seperti di Gua Steep Cliff, Thailand44.

Selain itu, masyarakat Hoabinh juga turut menangkap ikan45 dan pelbagai hidupan

laut lain bagi mendapatkan sumber makanan. Mereka selalunya menangkap ikan di

sungai-sungai, tasik serta di dalam laut menggunakan pelbagai alat batu serta senjata.

Selain itu, mereka juga menggunakan sampan atau perahu yang diperbuat daripada

40 Untuk keterangan lanjut, lihat Peter Bellwood. 2000. op. cit. hlm. 246. Lihat juga Charles Higham. 2002. Early Cultuers of Mainland South East Asia. Bangkok : River Books Ltd. hlm. 34.41 . Peter Bellwood. 2000. op.cit. hlm. 25342 Charles Higham. 2002. op.cit.43 Brian M. Fagan. op. cit.44 Paul Bahn. 2004. op.cit. hlm. 449.45 Nik Hassan Suhaimi Nik Abdul Majid. op. cit.

17

Page 18: Hoabinhian soalan 5

pokok-pokok kayu ketika menangkap ikan di dalam sungai serta di dalam laut yang

dalam. Kegiatan menangkap ikan juga dilakukan secara bersendirian atau secara

berkumpulan. Hasil tangkapan kemudiannya akan dibawa pulang untuk dibakar dan

dimakan oleh ahli keluarga.

Hakikatnya, hasil tangkapan ikan telah menjadi sumber makanan utama

masyarakat Hoabinhian terutamanya bagi masyarakat yang tinggal di kawasan

berhampiran sungai dan laut serta di kawasan-kawasan kepulauan di Asia Tenggara.

Buktinya, Colani yang telah melakukan eskavasi di Gua Lang Bon, Vietnam yang

terletak pada ketinggian 40 meter di atas paras laut sekitar tahun 1930-an telah menemui

tulang serta fosil pelbagai hidupan laut seperti ikan, kerang, siput, ketam serta kura-kura

di kawasan sungai berhmpiran yang terletak hanya 200 meter daripada gua tersebut46.

Selain itu, turut ditemui tulang-tulang ikan pelbagai spesis di Guar Kepah, Pulau

Pinang47. Hal ini membuktikan bahawa masyarakat Hoabinhian turut menangkap

pelbagai hidupan air sebagai sumber makanan mereka. Selain itu, penemuan tulang ikan

di Guar Kepah juga membuktikan bahawa walaupun masyarakat ketika itu sudah tinggal

di kawasan tepi pantai namun mereka tidak mempunyai kanu atau perahu laut dalam dan

hanya mampu menangkap ikan di dalam air yang cetek sahaja.48

Masyarakat Hoabihian juga turut memungut makanan seperti hasil hutan49dan

sebagainya sebagai sumber makanan selain sebagai salah satu sumber ekonomi mereka.

Antara hasil hutan yang dipungut ialah buah-buahan, pucuk-pucuk kayu, rotan, buluh,

serta pelbagai ubat-ubatan herba. Kebanyakan hasil hutan tersebut juga adalah untuk

kegunaan keluarga mereka sendiri dan kesemuanya boleh didapati dengan mudah di 46 Charles Higham. 2002. op. cit.47 John Matthews. op. cit. hlm. 27.48 Ibid. hlm.28.49 Nik Hassan Suhaimi Nik Abdul Majid. op. cit.

18

Page 19: Hoabinhian soalan 5

dalam hutan. Aktiviti memungut hasil hutan juga mudah dilakukan oleh masyarakat

Hoabinh kerana mereka tidak perlu bersusah-payah memburu binatang serta mengakap

ikan sebaliknya hanya perlu memungut hasil-hasil hutan yang terdapat di sekeliling

tempat tinggal mereka. Masyarakat Negrito misalnya masih lagi terus mempertahankan

kegiatan mengumpul makanan50 yang juga merupakan salah satu kegiatan masyarakat

Hoabinhian bagi mendapatkan sumber makanan suatu ketika dahulu.

2.3 PENGUBURAN MANUSIA

Contoh ciri-ciri masyarakat Hoabinhian juga dapat dilihat dalam aspek

penguburan manusia51. Sisa penguburan daripada lapisan pratembikar di Gua Niah,

Sarawak misalnya terdiri daripada sisa rangka manusia yang telah dikebumikan dalam

posisi duduk atau terlipat seperti yang ditemui di kebanyakan tapak-tapak Hoabinhian52.

Beberapa ujian radiokarbon yang telah dibuat ke atas kalogen tulang juga menunjukkan

bahawa hampir kesemua mayat yang dikuburkan dalam posisi duduk seperti “Buddha”

berusia antara 12,000 sehingga 6,000 SM manakala rangka manusia yang dikuburkan

secara terlipat pula berumur kira-kira 9,000 SM ke atas53.

Selain itu, terdapat juga penemuan orker merah dan bekas pembakaran yang

dikebumikan bersama rangka tersebut di Gua Niah. Turut ditemui juga pelbagai peralatan

yang dibekalkan bersama-sama si mati seperti alat batu kerakal yang diasah tajam, bantal

batu, tulang paha badak, lancipan tulang dan kerang sungai bercat orker merah54.

50 Peter Bellwood. 2000. op.cit. hlm. 237. 51 Charles Hingham. 2002. op. cit. hlm. 256.52 Brian M. Fagan. op. cit53 Peter Bellwood. 2000. op. cit. hlm. 262.54 Ibid.

19

Page 20: Hoabinhian soalan 5

Perak Man55 misalnya telah dikebumikan bersama-sama dengan pelbagai jenis

daging binatang seperti babi hutan, monyet, biawak, kura-kura, rusa, harimau bintang

serta ungka. Selain itu, beliau juga turut dikebumikan bersama-sama alat batu serta

pelbagai jenis cengkerang. Perak Man juga telah dikebumikan dalam kedudukan fetus

dan beliau juga mungkin merupakan satu-satunya manusia prasejarah setakat ini yang

diketahui mempunyai kecacatan sejak lahir yang disebut sebagai Brachymesophalangia

jenis A2 iaitu kecacatan yang terjadi pada lengan serta tangan kiri.56

Beliau dikatakan telah meninggal dunia pada usia sekitar 40-45 tahun dahulu57

berkemungkinan akibat sakit tua. Namun begitu, beliau boleh dianggap orang yang

mempunyai umur yang agak panjang kerana jangka hayat masyarakat ketika itu ialah

sekitar 20 hingga 30 tahun. Oleh sebab itu, beliau berupaya memindahkan kemahiran

hidupnya kepada beberapa buah generasi dan mewariskan pelbagai ilmu serta kemahiran

seperti cara memburu binatang, masa dan tempat memburu binatang serta kaedah untuk

mengumpulkan pokok-pokok serta herba untuk dijadikan makanan serta ubat-ubatan.

Hal ini menunjukkan bahawa sudah wujud kepercayaan tentang keperluan hidup

di alam yang lain dalam masyarakat Hoabinhian. Selain itu, wujud juga unsur

kepercayaan spiritual iaitu mayat telah dihiasi dengan orker merah dan dikebumikan

dengan posisi terlipat (flexed) atau terduduk beserta beberapa peralatan batu58. Selain itu,

kebanyakkan ciri-ciri mayat Hoabinhian juga bertindih dengan kebudayaan lain yang

lebih awal atau selepasnya. Oleh yang demikian, ciri-ciri kebudayaan Hoabinhian tidak

55 Walaupun Perak Man merupakan manusia zaman Paleolitik dan pengebumiannya berlaku sekitar 10, 000 hingga 11,000 tahun lalu, namun upacara serta ritual pengbumiannya hamper sama dengan masyarakat zaman Hoabinhian iaitu ditanam dalam keadaan melentur (flexed). Untuk keterangan lanjut, lihat Zuraina Majid. 2003. op.cit. hlm. 140. 56 Ibid. hlm. 250.57 Zuraina Majid. 2000. op.cit. hlm.18758 Charles Higham. 2002. op. cit. hlm.35

20

Page 21: Hoabinhian soalan 5

boleh ditentukan dengan hanya mengfokuskan kepada ciri-ciri mayat sahaja kerana ianya

perlu dibandingkan dengan jumpaan artifak lain seperti alatan batu dan sebagainya.

Antara ciri-ciri utama mayat Hoabinhian ialah rangka mayat Hoabinhian lazimnya

ialah kaki mayat berada pada posisi yang terlipat atau telah dilenturkan (flexed). Di

samping itu, terdapat juga mayat yang dibaringkan di atas bongkah batu seperti sebuah

bantal manakala bahagian tubuhnya pula terutama bahagian pinggang pula ditindih

dengan batu. Selain itu, telah wujud unsur kepercayaan (spiritual) iaitu kebanyakan

mayat akan dihiasi dengan oker merah dan mayat kemudiannya akan diletakkan pada

posisi terlentang.59 Selain itu, mayat Hoabinhian juga turut dikebumikan bersama-sama

pelbagai jenis sisa makanan seperti daging, cengkerang serta alat batu60.

Bagi pengebumian melentur (flexed burial) pula, lutut si mati akan diangkat ke

dagu dan teknik serta kedudukan ini berkemungkinan diadaptasi daripada kedudukan

bayi di dalam perut ibunya. Hal ini menunjukkan bahawa masyarakat ketika itu mungkin

sudah mempercayai konsep kehidupan selepas mati menyebabkan mereka meletakkan si

mati dalam posisi atau kedudukan sedemikian seolah-olah menggambarkan bahawa si

mati akan dilahirkan ke alam serta dunia yang baru dalam keadaan suci dan bersih seperti

bayi yang baru lahir.

Di Gua Niah pula, telah ditemui sisa perkuburan dari lapisan pratembikar dan

posisi mayat berkenaan pula ialah pada kedudukan terlipat atau terduduk seperti yang

dijumpai pada kebanyakan tapak Hoabinhian. Beberapa mayat yang telah ditemui juga

turut dikebumikan bersama-sama dengan tembikar. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa

59 Peter Bellwood. 2000. op.cit., hlm. 243.60 Zuraina Majid. 2003. op.cit.

21

Page 22: Hoabinhian soalan 5

teknik penguburan terlipat ini mungkin berasal daripada kebudayaan lain dan tidak

semestinya berasal daripada lapisan kebudayaan Hoabinhian sahaja.61

2.4 PENGGUNAAN HEMATITE

Hematite pula ialah sejenis serbuk merah yang telah digunakan oleh masyarakat

Hoabinhian sebagai salah satu bahan utama ketika menjalankan aktiviti pengebumian62.

Hal ini kerana mereka percaya bahawa hematite yang berwarna merah adalah lambang

kepada darah yang membawa maksud kematian.

Penggunaan hematite oleh masyarakat Hoabinhian ketika upacara pengebumian

juga dapat dilihat menerusi penemuan rangka manusia yang telah dikebumikan dalam

posisi terlipat dan telah ditaburkan serbuk hematite berwarna merah di atas kubur si mati.

Misalnya M. W. F. Tweedie telah menemui fosil rangka manusia yang telah ditemui

bersama-sama serbuk hematite di Gua Madu, Kelantan pada tahun 1939.63

61 Peter Bellwood. 2000. op.cit. hlm 262.62 Untuk keterangan lanjut, lihat Brian M. Fagan. op. cit.63.John Matthews. op. cit. hlm. 54-55.

22

Page 23: Hoabinhian soalan 5

Selain itu, serbuk hematite juga turut dilumurkan ke atas batu giling serta

kepingan batu64. Hal ini dilakukan bagi memudahkan tugas untuk menyerpihkan batu-

batu sungai dengan membuat tanda di atas permukaan batu tersebut dan telah digunakan

untuk membuat alat batu ”sumatralith” dan sebagainya.

Serbuk hematite juga digunakan turut sebagai bahan pewarna merah untuk

melukis gambar dan lukisan di dinding-dinding gua seperti di Kain Hitam, Niah,

Sarawak. Selain itu, ia juga digunakan untuk mewarnakan pelbagai jenis tembikar seperti

penemuan sisa tembikar hasil daripada aktiviti ekskavasi yang telah dilakukan di Kain

Hitam, Niah, Sarawak65.

2.5 PRAPERTANIAN

Masyarakat Hoabinhian juga turut melibatkan diri dengan aktiviti prapertanian.

Namun begitu, mereka masih tidak mampu untuk menghasilkan makanan sendiri kerana

tidak mempunyai teknologi pertanian yang moden untuk bercucuk tanam. Hal ini dapat

dibuktikan dengan ujian terhadap gigi mayat di Gua Cha66 yang telah dilakukan oleh

64 Ibid. hlm. 3.65 Lihat Zuraina Majid. 2003. op.cit. hlm. 193.66 Peter Bellwood. 2000. op.cit. hlm. 245.

23

Page 24: Hoabinhian soalan 5

Bullbeck (1982). Ujian ini membuktikan bahawa si mati banyak memakan makanan

manis seperti buah-buahan dan madu semasa hayatnya.

Selain itu, ia juga menunjukkan bahawa masyarakat Hoabinhian masih

mengamalkan kegiatan mengumpul dan memungut hasil hutan untuk menampung

keperluan hidup mereka. Namun begitu, tidak terdapat bukti-bukti penanaman biji-bijian

seperti padi dan sebagainya di Gua Cha, Kelantan67. Alat-alat batu Hoabinhian yang

dihasilkan pula tidak digunakan untuk menggali tanah atau menanam benih sebaliknya

telah digunakan untuk memotong tumbuh-tumbuhan yang boleh dimakan.

Di samping itu, penemuan tinggalan tumbuhan juga jarang ditemui oleh ahli

arkeologi. Namun, penemuan yang paling penting ialah yang datang daripada

kebudayaan awal Holosen iaitu di Spirit Cave, barat laut Thailand. Antara bahan

makanan yang telah dijumpai ialah kekacang, buluh68 serta buah labu. Walaupun begitu,

tiada hasil bijirin seperti beras dan gandum telah dijumpai walaupun tinggalan padi telah

dijumpai di utara Thailand sekitar tahun 3000 B.C.69

Menurut Gorman (1970) pula, beberapa sisa buah-buahan dan sayur-sayuran telah

ditemui pada lapisan Hoabinhian pada zaman Pleistosen akhir di Spirit Cave, Thailand.

Namun begitu, tidak terdapat bukti yang menunjukkan bahawa sisa-sisa tersebut telah

ditanam oleh masyarakat Hoabinhian. Pandangan Gorman ini diperkukuhkan lagi apabila

mendapat sokongan daripada Yen (1977) yang telah menyatakan bahawa ekonomi

Hoabinhian adalah sebahagian daripada gaya hidup pengumpul makanan.70

Kuchikura (1983) pula menyatakan bahawa kepadatan ubi liar yang hidup subur

di kawasan hutan hujan khatulistiwa di Malaysia membuktikan bahawa para pemburu 67 Ibid. hlm. 246.68 Lihat Sol Tax (ed). World Anthropology. Chicago : Mouton Publishers. hlm. 145.69 Brian M. Fagan. op. cit.70 Lihat Peter Bellwood. 2000. op. cit. hlm. 242.

24

Page 25: Hoabinhian soalan 5

dan pengumpul makanan tidak mungkin dapat hidup tanpa memperoleh sumber makanan

daripada hasil pertanian. Hal ini kerana mereka mungkin menggunakan alat batu untuk

mengerat dan membersihkan kulit kayu bagi menyuburkan tanaman yang menjalar

seperti ubi kayu dan sebagainya dan bukannya menanam ubi kayu tersebut.71 Kajian yang

telah dilakukan di Spirit Cave juga menunjukkan bahawa tapak tersebut mungkin

merupakan sebahagian daripada kawasan yang telah digunakan oleh masyarakat

Hoabinhian untuk aktiviti mengumpul makanan.

Selain itu, ekskavasi yang telah dilakukan di Gua Xom Trai, Vietnam pula telah

menghasilkan satu penemuan yang menarik tentang kebudayaan Hoabinhian di Vietnam

iaitu penemuan sisa padi. Tapak ini terletak hanya 15 meter di atas kawasan tanah lapang

yang terdekat dan telah ditemui oleh Nguyen Viet, seorang ahli arkeologi Vietnam72. Hal

ini membuktikan bahawa masyarakat Hoabinhian sudahpun pandai menanam padi dan

tidak hanya bergantung kepada kegiatan memburu dan mengumpul hasil hutan sahaja

untuk mendapatkan sumber makanan.73 Selain itu, penggalian yang telah dilakukan di

lembah Gua Banyan yang terletak 30 KM ke sebelah timur Spirit Cave juga turut

menjumpai sisa sekam padi74.

Bagi Abdul Rahman Abdullah (2000) pula, beliau berpendapat bahawa agak

sukar untuk menyatakan bahawa kebudayaan Hoabinhian adalah bercorak pertanian

kerana kebanyakan tapak-tapaknya menunjukkan bahawa mereka adalah pemburu.

Walaupun telah ada tanda-tanda awal dalam kegiatan pertanian (incipient agriculture),

namun yang lebih penting ialah pemerhatian pada pembuatan alat-alat batu serta tulang75.

71 Ibid. hlm. 24372 Lihat Charles Higham. 2002. op. cit. hlm. 34.73 John Matthews. op. cit. hlm. 27.74 Paul Bahn. op.cit. hlm.449.75 Lihat Abdul Rahman Abdullah. 2000. op.cit. hlm.17.

25

Page 26: Hoabinhian soalan 5

Peter Bellwood pula tidak bersetuju dengan pendapat bahawa sudah wujud

kegiatan pertanian di Asia Tenggara ketika zaman Hoabinhian76. Hal ini kerana

penemuan tersebut hanya dalam bentuk sisa dan serpihan sahaja dan mungkin ianya

hanya tumbuh secara meliar dan bukannya ditanam oleh masyarakat Hoabinhian.

Walaupun ramai ahli arkeologi cuba membuktikan bahawa sudah wujud perubahan dan

trasformasi daripada kegiatan memburu dan mengumpul (hunter & gather) kepada

kegiatan pertanian, namun tiada satupun bukti yang kukuh ataupun demonstrasi yang

jelas tentang kemungkinan tersebut yang telah ditemui atau dilakukan.77

2.6 PRATEMBIKAR

Aktiviti pembuatan tembikar sebenarnya masih belum wujud semasa awal

kebudayaan Hoabinhian dan jika wujud sekalipun, ia agak kurang dan sukar dijumpai.78

Hal ini kerana majoriti masyarakat ketika itu hanya tertumpu kepada kegiatan membuat

serta menghasilkan alat batu sahaja dan dapat dibuktikan dengan penemuan pelbagai jens

alat batu di tapak-tapak Hoabinhian di Asia Tenggara.

Selain itu, pembuatan tembikar juga didapati belum wujud ketika itu kerana

tumpuan dan perhatian lebih diberikan kepada aktiviti menghasilkan alat batu yang

mudah didapati dan tidak memerlukan kemahiran yang kompleks untuk menghasilkannya

berbanding pembuatan tembikar yang memerlukan kemahiran dan kepakaran tertentu.

Selain itu, cara hidup mereka juga lebih ringkas dan sering berpindah-randah

menyebabkan mereka tidak memerlukan tembikar yang boleh menjadi beban kepada

76 Peter Bellwood. 2000. op. cit. hlm. 254.77 Lihat Peter Bellwood. 2005. The First Farmers : The Origins Of Agricultural Societies. Australia: Blackwell Publishing. hlm.127. 78 Ibid. hlm. 56.

26

Page 27: Hoabinhian soalan 5

mereka untuk membawanya sekali ketika mencari kawasan baru bagi mendapatkan

sumber makanan.

Namun begitu, terdapat juga ahli arkeologi yang mendakwa sudah wujud aktiviti

pembuatan tembikar ketika zaman Hoabinhian seperti Chester Gorman. Secara

umumnya, tinggalan tembikar banyak ditemui di kebanyakan kawasan pergunungan

Hoabinhian bersama-sama pelbagai barangan lain.79 Antara tapak serta kawasan yang

telah ditemui tinggalan tembikar masyarakat Hoabinhian ialah di Sao Dong, Vietnam80.

Selain itu, Chester Gorman yang telah melakukan ekskavasi di Spirit Cave turut

menjumpai tinggalan tembikar bersama beberapa artifak serta alatan lain seperti alat-alat

batu. Kebanyakan tembikar tersebut juga mempunyai tanda tali dan dicorakkan dengan

teknik menggunakan alat pemukul yang diperbuat daripada kayu81. Ekskavasi yang telah

dilakukan di Guar Kepah oleh M. W. F. Tweedie juga turut menjumpai banyak artifak

tembikar di hampir kesemua lapisan tanah di gua tersebut.

Walaupun terdapat penemuan yang menunjukkan sudah wujud industri

pembuatan tembikar di Zaman Hoabinhian, namun tedapat pelbagai persolan serta tanda

tanya yang boleh mempertikaikan andaian tersebut. Hal ini kerana terdapat gangguan

serta kerosakan yang telah berlaku pada tapak penemuan tersebut82 yang mungkin

menunjukkan bahawa tembikar tersebut adalah dari zaman Neolitik dan bukannya dari

zaman Hoanbinhian berdasarkan lapisan tanah yang telah digali sebagaimana yang

dipersetujui oleh Peter Bellwood. Menurut beliau, alat-alat Hoabinhian yang ditemui

bersama-sama tembikar di Gua Cha misalnya mungkin terkeluar dan terbawa ke

79 Brian M. Fagan. op. cit.80 Charles Higham. 2002. op. cit.81 Lihat Charles Higham. 1989. The Archaeology of Mainland Southeast Asia. Cambridge: Cambridge University Press. hlm. 51. 82 Peter Bellwood. 2005. op. cit. hlm. 254.

27

Page 28: Hoabinhian soalan 5

permukaan lapisan Neolitik ketika penggalian kubur sedang dijalankan dan alat tersebut

pula kemungkinan digunakan kembali atau dibuang begitu sahaja.83 Kebanyakan kawasan

serta tapak yang mempunyai tinggalan tembikar juga musnah berikutan banjir yang

berlaku semasa permulaan zaman Holosen84. Ketika itu, air laut meningkat secara

mendadak menyebabkan pelbagai tapak, fosil serta artifak musnah dan rosak teruk85.

Namun terdapat satu pendapat yang agak menarik yang telah dikemukakan oleh

Tweedie dan Sieveking dalam pembinaan semula sejarah zaman prasejarah di Tanah

Melayu. Melalui penyelidikan arkeologi yang dilakukan di Gua Musang dan Gua Cha di

Kelantan, mereka mengesahkan bahawa dalam kebudayaan Hoabinhian tidak wujud

tembikar tanah dan alat batu yang licin.86

3.0 PENDAPAT MENGENAI PENYEBARAN KEBUDAYAAN HOABINHIAN

Hakikatnya, pelbagai pendapat telah dikemukakan oleh ahli-ahli arkeologi sama

ada dari dalam mahupun luar negara mengenai ciri-ciri kebudayaan Hoabinhian serta

proses penyebarannya. Ada sesetengah pendapat yang mengatakan bahawa kebudayaan

Hoabinhian tidak tersebar ke kepulauan Asia Tenggara, tetapi ada juga ahli arkeologi

berpendapat bahawa kebudayaan Hoabihian memang sudah tersebar luas di Asia

Tenggara. Hal ini terjadi kerana setiap ahli arkelogi bebas mengemukakan pandangannya

sendiri berdasarkan hasil kajian yang telah dilakukan. Namun begitu, sehingga kini tiada

kata putus yang jelas mengenai kebudayaan Hoabinhian sama ada kebudayaan Hoabihian

ini telah tersebar luas ke Kepulauan Asia Tenggara atau tidak.

83 Ibid. hlm. 247.84 Charles Higham. 2002. op. cit. 85 Paul Bahn. op. cit. hlm. 205.86 Nik Hassan Suhaimi Nik Abdul Majid. op. cit. hlm.12.

28

Page 29: Hoabinhian soalan 5

Menurut Peter Bellwood, kebudayaan Hoabinhian tidak tersebar luas ke

Kepulauan Asia Tenggara. Hal ini bermakna kebudayaan Hoabinhian hanya berlegar dan

berkisar di sekitar tanah besar Asia Tenggara sahaja dan tidak tersebar ke kawasan lain.

Beliau menegaskan bahawa tapak-tapak Hoabinhian sebenarnya tidak terdapat di pulau-

pulau Indo-Malaysia di luar timur laut Sumatera.87

Selain itu, beliau turut berpendapat bahawa penemuan himpunan tinggalan

kebudayaan Hoabinhian di Palawan, Filipina yang telah dilaporkan oleh J. Kress sebagai

tapak kebudayaan Hoabinhian adalah tidak kukuh kerana peralatan yang ditemui di tapak

Hoabinhian tersebut adalah berbeza dengan peralatan yang ditemui di tapak Kepulauan

Indo-Malaysia dan sezaman dengan budaya Hoabinhian iaitu dari segi alat-alatan batu

kerikil dan serpih.88 Menurut beliau lagi, kebudayaan Hoabinhian di Malaysia adalah

hasil penyebaran yang lebih terkemudian iaitu setelah terjadinya kekosongan penghuni

ketika zaman puncak glasial akhir dan telah masuk ke hutan hujan khatulistiwa ketika

zaman pascaglasial pada zaman Holosen awal.89

Kuchikura pula turut bersetuju dengan pandangan Peter Bellwood yang

menyatakan bahawa kebudayaan Hoabinhian tidak tersebar luas di kepulauan Asia

Tenggara. Hal ini kerana para pemburu dan pengumpul makanan di pedalaman daerah

Muang Thai dan Gua Hantu (Spirit Cave), Thailand tidak mungkin dapat hidup dengan

hanya memakan hasil buruan dan pengumpulan makanan tanpa memperolehi bahan

makanan daripada hasil pertanian.

Abdul Rahman Abdulah (2000) pula berpendapat bahawa pengaruh Hoabinhian

tidaklah menyeluruh di kawasan Asia Tenggara sebaliknya hanya terbatas di sekitar

87 Peter Bellwood. 2000. op.cit. hlm. 254.88 Ibid.89 Ibid. hlm. 238.

29

Page 30: Hoabinhian soalan 5

Semenanjung Malaysia dan beberapa tempat lain. Selain itu, tanggapan bahawa budaya

Mesolitik di Asia Tenggara sebagai pancaran budaya Hoabinhian mungkin berlaku secara

kebetulan sahaja tanpa sebarang hubungan dengan Hoabinhian walaupun terdapat

semacam persamaan antara kedua-dua kebudayaan tersebut90.

Bagi Adi Haji Taha pula, istilah Hoabinhian hanya tepat digunakan di Vietnam

dan di Thailand sahaja kecuali di selatan Thailand kerana tapak tersebut turut bercampur

dengan kebudayaan zaman Neolitik. Beliau bependapat demikian kerana kebudayaan

Hoabinhian sebenarnya berasal daripada utara Vietnam iaitu di Hoabinh dan ia lebih asli

iaitu tidak bercampur dengan kebudayaan zaman lain. Hal ini jelas terbukti jika kita

melihat kepada ‘alat batu Sumatralith’ yang dijadikan ukuran seperti yang dipersetujui

dalam persidangan 1994 iaitu persidangan mengenai kebudayaan Hoabinhian.91

Zuraina Majid pula telah mengemukakan pendapat bahawa penduduk Asia

Tenggara merupakan pendukung kebudayaan Epi-Paleolitik. Hal ini kerana masyarakat

ketika itu masih meneruskan cara hidup Paleoltik dengan perubahan yang beransur-ansur

pada himpunan alat batu mereka. Selain itu, peyelidikan terbaru di Hulu Perak

menunjukkan buat kali pertamanya bahawa alat batu yang digelar alat Hoabinhian

sebenarnya dihasilkan beberapa ratus ribu tahun lebih awal berdasarkan penemuan di

Bukit Jawa serta tapak-tapak Paleolitik lain di Lenggong, Perak. Oleh itu, istilah Hoabinh

dan Mesolitik bagi zaman prasejarah di antara Paleolitik dan Neolitik perlulah dikaji

semula kerana terdapat banyak bukti yang tidak menyokong kewujudan peringkat budaya

ini bagi zaman prasejarah di Malaysia.92

90 Lihat Abdul Rahman Abdullah. 2000. op.cit.91 Adi Haji Taha. 2000. op.cit. hlm. 119.92 lihat Zuraina Majid. 2003. op. cit. hlm. 168.

30

Page 31: Hoabinhian soalan 5

Hakikatnya, kebudayaan Hoabihian sebenarnya tidak tersebar luas ke kepulauan

Asia Tenggara sebaliknya hanya tersebar di kawasan utara Vietnam dan penyebarannya

pula mengambil masa yang agak lama. Buktinya, penyebarannya ke Semenanjung Tanah

Melayu dan Sumatera mengambil masa yang agak lama dan kebudayaan Hoabinhian di

Semenanjung Tanah Melayu juga agak terkemudian. Hal ini menunjukkan bahawa agak

mustahil jika ia tersebar luas di tanah besar Asia Tenggara seperti di Filipina kerana

proses penyebarannya mungkin mengambil masa yang agak lama dan panjang.

4.0 TAPAK-TAPAK HOABINHIAN DI ASIA TENGGARA

Tapak-tapak Hoabinhian sebenarnya banyak dijumpai di sekitar tanah besar Asia

Tenggara iaitu pada pentarikhan kira-kira 18,000 hingga 3,000 tahun lalu seperti di

Semenanjung Tanah Melayu serta di timur laut Sumatera93, utara Vietnam, Burma94,

selatan China, Thailand, Taiwan dan Kemboja. Tapak-tapak ini pula kebanyakannya

terletak di kawasan gua-gua dan ada juga tapak yang terletak di kawasan terbuka. Antara

tapak masyarakat Hoabinh yang terawal di Asia Tenggara ialah di kawasan pergunungan

batu kapur di utara Vietnam, selatan Muang Thai serta di Malaysia95

Di Semenanjung Tanah Melayu, tapak-tapak Hoabinhian banyak terdapat di

Perak, Kelantan, Kedah, Pahang, Pulau Pinang, Terengganu dan Perlis96. Di Perak, tapak-

tapak Hoabinhian terdapat di Gua Gunung Runtuh, Gua Harimau, Gua Dayak, Gua

93 Peter Bellwood. 2000. op. cit. hlm. 238.94 Kebudayaan Hoabinhian tidak begitu dikenali di Burma sehinggalah pelbagai jenis alat batu telah dijumapai di sekitar tapak kebudayaan Hoabinhian di wilayah Shan. Untuk keterangan lanjut, lihat Sol Tax (ed). op.cit. hlm.93.95 Peter Bellwood. 2000. op.cit.96 Ibid. hlm. 243.

31

Page 32: Hoabinhian soalan 5

Kajang, Gua Ngaum, Gua Telok Kelawar, Gua Gong Badak, Gua Mesin, Gua Kerbau,

Gua Balik serta di Gua Badak.

Tapak-tapak kebudayaan Hoabinhian di Kelantan pula ialah di Gua Cha, Gua

Chawas, Gua Madu, Gua Musang, Gua Jaya, Gua Cawan, Gua Tagut, Gua Tampak dan

Gua Peraling97. Di Kedah pula, tapak-tapak Hoabinhian terdapat di Gua Debu, Gua

Kambing, Gua Berhala, Gua Taufan dan Gua Pasir. Di negeri Pahang pula, terdapat

bukti-bukti kewujudan kebudayaan Hoabinhian di banyak kawasan seperti di Gua Luas,

Gua Sagu, Gua Tenggek, Gua Kecil, Gua Balai, Gua Angin, Gunung Senyum, Padang

Tengku serta di Gua Chintamani.

Sementara itu, tapak kebudayaan Hoabinhian di Pulau Pinang pula ialah di Guar

Kepah, Seberang Perai iaitu sebuah tapak terbuka. Di Terenganu pula, bukti kewujudan

tapak Hoabinhian dapat dilihat di Gua Bewah yang terletak di Tasik Kenyir dan di Gua

Bukit Taat yang terletak di Hulu Terengganu98. Di Perlis pula, kewujudan tapak

kebudayaan masyarakat Hoabinhian dapat ditemui di Gua Tengku Lembu dan Gua

Bintong. Tapak-tapak in pula merupakan tapak-tapak tertutup dan kebanyakannya

terletak di gua batu batu kapur serta di ceruk peneduh99.

Di Indonesia pula, tapak-tapak kebudayaan masyarakat Hoabinhian boleh ditemui

di Sukajadi Pasar, Sumatera. Selain itu, tapak Hoabihian juga terdapat di Bukit Kerang,

Acheh100. Kedua-dua tapak ini menggambarkan kewujudan kebudayaan masyarakat

Hoabinhian di Indonesia suatu ketika dahulu.

Antara tapak-tapak Hiabinhian yang terdapat di Thailand pula ialah di Spirit Cave

atau Gua Hantu yang telah dikaji oleh Chester Goerman dan ianya terletak berhampiran 97 Ibid. hlm.244.98 Ibid.99 Brian M. Fagan. op.cit.100 Koentjaraningrat. 1999. Manusia dan Kebudayaan di Indonesia. Jakarta:Penerbit Djambatan. hlm. 7

32

Page 33: Hoabinhian soalan 5

sungai Kong.101 Selain itu, bukti kewujudan kebudayaan Hoabinhan di Thailand juga

boleh ditemui di Lang Rongrien102 serta di Gua Moh Kiew.

Namun begitu, tapak terpenting bagi kebudayaan Hoabinhian ialah di Hoa Binh

yang terletak di utara Vietnam sendiri. Hal ini kerana daripada tapak inilah kebudayaan

Hoabinhian mendapat namanya hasil kajian dan penyelidikan yang telah dilakaukan oleh

Medelline Colani sekitar tahun 1920-an103. Selain itu, tapak-tapak Hoabinhian di utara

Vietnam juga boleh ditemui di Gua Xom Trai, Da Phuc, Sung Sam, Lang Bon, Duc Thi,

Lang Cao, Xom Thon, Xom Tham, Khe Toong, Hang Tran dan Hang Doi. Sementara itu,

tapak-tapak terbuka pula terdapat di Ban Rac, Dakrong serta di Lao Bao104.

TAPAK-TAPAK HOABINHIAN DI ASIA TENGGARA

101 Charles Higham. 1989. op.cit. hlm.46.102 Peter Bellwood. 2000. op.cit. hlm. 239.103 Lihat Charles Higham. 1989. op.cit. hlm.36.104 Charles Hgham. 2002. op.cit hlm.34-35.

33

Page 34: Hoabinhian soalan 5

TAPAK-TAPAK HOABINHIAN DI SEMENANJUNG MALAYSIA

5.0 KESIMPULAN

34

Page 35: Hoabinhian soalan 5

Kesimpulannya, kebudayaan Hoabinhian merupakan satu kebudayaan yang unik

dan mempunyai ciri-ciri yang khusus dan tersendiri yang membezakannya dengan

kebudayaan-kebudayan setempat yang lain seperti kebudayaan Bacsonian serta

kebudayaan Son Vi di utara Vietnam. Ia juga merupakan satu kebudayaan yang telah

berkembang maju khususnya di kawasan tanah besar Asia Tenggara seperti di utara

Vietnam, Burma, Thailand, Semenanjung Tanah Melayu serta di utara Sumatera105.

Hakikatnya, istilah “Hoabinhian” sendiri sebenarnya masih menjadi perbahasan

dan pertikaian ramai cendekiawan serta ahli arkeologi dan masih belum wujud kata putus

mengenai tarikh sebenar kewujudannya serta ciri-ciri khusus kebudayaan tersebut.

Selain itu, terdapat juga ahli arkeologi seperti Zuraina Majid yang

mempertikaikan kewujudan zaman Hoabinhian di Asia Tenggara sebaliknya

mengaitkannya dengan kebudayaan Epi-Paleolitik. Peter Bellwood pula berpendapat

bahawa kebudayaan Hoabinhian tidak tersebar luas di Asia Tenggara dan hanya berlegar

di sesetengah kawasan sahaja seperti di utara Vietnam.

Namun apa yang pasti, kebudayaan Hoabinhian merupakan satu kebudayaan

yang unik dan tersendiri terutam anya berkaitan dengan alat-alat batu yang dihasilkan

oleh masyarakat Hoabinhian. Oleh yang demikian, satu usaha yang bersepadu dan

menyeluruh perlu dilaksanakan bagi memelihara artifak-artifak Hoabinhian daripada

terus luput ditelan zaman agar generasi akan datang dapat mengetahui asal-usul

keturunan mereka serta menghargai nilai-nilai kebudayaan mereka.

6.0 BIBLIOGRAFI

105 Peter Bellwood. 2000. op.cit. hlm. 238.

35

Page 36: Hoabinhian soalan 5

Abdullah Taib. 1985. Asas-asas Antropologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Adi Haji Taha. 1999.”Hoabinian” Persoalan Yang Belum Selesai Dalam Pra-Sejarah

Malaysia (Jurnal Arkeologi Malaysia) Kuala Lumpur: United Selangor Press Sdn.

Bhd.

---------------------2000. Arkeological Investigation in Ulu Kelantan, Peninsular Malaysia.

A Thesis Submitted for The Degree of Doctor of Philosophy of The Australian

National Universitiy Vol 1 .

Abdul Rahman Abdullah. 2000. Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara Sebelum dan

Sesudah Pengaruh Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors

----------------------------------2006. Sejarah dan Kebudayaan Asia Tenggara Tradisional.

Shah Alam: Karisma Publications.

Bahn, Paul. 2004. The New Penguin Dictionary of Archaeology. London : Penguin Books

Limited.

Bellwood, Peter. 2000. Prasejarah Kepulauan Asia Tenggara (terjemahan). Jakarta:

Penerbit PT Gramedia Pustaka Utama.

----------------------2005. The First Farmers : The Origins Of Agricultural Societies.

Australia: Blackwell Publishing.

Fagan, Brian M. et.al. 1996. The Oxford Companion To Archaeology. New York: Oxford

University Press.

Higham, Charles. 1989. The Archaeology of Mainland Southeast Asia. Cambridge:

Cambridge University Press.

------------------------2002. Early Cultures Of Mainland Southeast Asia. Bangkok : River

Books Ltd.

Hole, Frank dan Heizer, Robert F. 1990. Arkeologi Prasejarah: Satu Pengenalan Ringkas

(terjemahan). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Koentjaraningrat. 1999. Manusia dan Kebudayaan di Indonesia. Jakarta : Penerbit

Djambatan.

Matthews, John. 1961. A Check-List Of “Hoabinhian” Sites Excavated In Malaya 1860-

1939. Singapore: Eastern Universities Press Ltd.

Nik Hassan Suhaimi Nik Abdul Rahman. 1999. Arkeologi Pra-Islam Pesisir Selat

Melaka. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

36

Page 37: Hoabinhian soalan 5

Oakley, P. Kenneth. 1967. Man : The Tool-Maker. London: The British Museum

Publications (Natural History).

Pincauze, Dena Ferran. 2000. Environmental Archeology: Principles and Practice.

Cambridge: Cambridge University Press.

Renfrew, Colin and Bahn, Paul. 2000. Archaeology: Theories Methods and Pactice.

London: Thames & Hudson Ltd.

Tax, Sol (ed). 1977. World Anthropology. Chicago: Mouton Publishers.

Zuraina Majid. 1994. The Excavation of Gua Gunung Runtuh and The Discovery of The

Perak Man in Malaysia. Kuala Lumpur: Department of Museums and Antiquity

Malaysia.

-------------------2003. Archaeology in Malaysia. Pulau Pinang : Pusat Penyelidikan

Arkeologi Malaysia, Universiti Sains Malaysia.

Rujukan Internet :

http://en.wikipedia.org/wiki/Holocene

http://en.wikipedia.org/wiki/Epi-Paleolithic

http://en.wikipedia.org/wiki/Hoabinhian

37