soalan 3 perbezaan agama

17
Soalan 3 [10%] – 4-5 halaman Huraikan persamaan dan perbezaan etika berasaskan agama Buddhisme dan Hinduisme dan bagaimana ia diamalkan dalam kehidupan seharian. Berikan contoh-contoh yang relevan. 1.Pengenalan Definisi etika dari segi bahasa, berasal daripada bahasa Inggeris “Ethic” dan bahasa Greek “Ethos” yang membawa maksud nilai-nilai atau perkara yang berkaitan dengan sikap yang menentukan tingkah laku sesuatu golongan. Etika dari segi istilah telah dikemukakan oleh para filosofi dengan maksud yang berbeza mengikut sudut pandangan masing-masing. Menurut Frankena(1973), etika merupakan falsafah moral atau pemikiran falsafah tentang kemoralan, masalah moral dan pertimbangan moral. Menurut Ahmad Amin (1983) pula, beliau mengertikan etika adalah ilmu yang menjelaskan baik dan buruk, menerangkan apa yang seharusnya dilakukan oleh manusia dan menyatakan tujuan di dalam perbuatan mereka. Begitu juga menurut Abdul Fatah Hassan (2001), etika ialah tindakan menyelidik, memikirkan dan mempertimbangkan mengenai yang baik dan yang buruk. Selain itu, menurut Encyclopedia Britanica, etika dinyatakan sebagai falsafah moral yang berkaitan dengan pembelajaran sitematik mengenai sifat dasar dari konsep-konsep nilai baik, buruk, harus, benar, salah, dan sebagainya. Berdasarkan definisi-definisi etika berikut, dapat dinyatakan bahawa etika merupakan ilmu pengetahuan yang berhubung dengan keupayan menentukan perbuatan yang dilakukan manusia untuk dikatan baik atau buruk. Erti kata lain, etika adalah aturan atau pola tingkah laku yang dihasilkan oleh akal manusia bagi

Upload: othman

Post on 15-Apr-2016

147 views

Category:

Documents


21 download

DESCRIPTION

ESEI UNTUK PELAJAR

TRANSCRIPT

Page 1: Soalan 3 Perbezaan Agama

Soalan 3 [10%] – 4-5 halaman

Huraikan persamaan dan perbezaan etika berasaskan agama Buddhisme dan Hinduisme dan bagaimana ia diamalkan dalam kehidupan seharian. Berikan contoh-contoh yang relevan.

1.Pengenalan

Definisi etika dari segi bahasa, berasal daripada bahasa Inggeris “Ethic” dan bahasa Greek

“Ethos” yang membawa maksud nilai-nilai atau perkara yang berkaitan dengan sikap yang

menentukan tingkah laku sesuatu golongan. Etika dari segi istilah telah dikemukakan oleh

para filosofi dengan maksud yang berbeza mengikut sudut pandangan masing-masing.

Menurut Frankena(1973), etika merupakan falsafah moral atau pemikiran falsafah tentang

kemoralan, masalah moral dan pertimbangan moral. Menurut Ahmad Amin (1983) pula,

beliau mengertikan etika adalah ilmu yang menjelaskan baik dan buruk, menerangkan apa

yang seharusnya dilakukan oleh manusia dan menyatakan tujuan di dalam perbuatan mereka.

Begitu juga menurut Abdul Fatah Hassan (2001), etika ialah tindakan menyelidik,

memikirkan dan mempertimbangkan mengenai yang baik dan yang buruk. Selain itu,

menurut Encyclopedia Britanica, etika dinyatakan sebagai falsafah moral yang berkaitan

dengan pembelajaran sitematik mengenai sifat dasar dari konsep-konsep nilai baik, buruk,

harus, benar, salah, dan sebagainya. Berdasarkan definisi-definisi etika berikut, dapat

dinyatakan bahawa etika merupakan ilmu pengetahuan yang berhubung dengan keupayan

menentukan perbuatan yang dilakukan manusia untuk dikatan baik atau buruk. Erti kata lain,

etika adalah aturan atau pola tingkah laku yang dihasilkan oleh akal manusia bagi

membezakan antara yang baik dan buruk dalam masyarakat serta membatasi perlakuan baik

dan jahat . Etika merupakan tingkah laku dan kelakuan moral yang dijangka diikuti oleh

manusia sejagat manakala ilmu etika merupakan satu disiplin ilmu yang mengkaji tentang

moral, prinsip moral, kaedah moral dan tindakan serta kelakuan manusia yang betul. Fungsi

etika menggariskan beberapa prinsip atau ukuran asas untuk menentukan apakah tingkah laku

yang betul, apakah yang salah, apakah tingkah laku yang bertanggungjawab dan apakah yang

tidak.

2. Agama Buddha

Pengajaran Buddha diasaskan oleh Siddartha Gautama. Menurut ajaran Buddha, terdapat

empat kebenaran mulia atau etika yang diperjuangkan iaitu hidup manusia penuh penderitaan,

manusia menderita kerana nafsu, manusia perlu menghapuskan nafsunya untuk melepaskan

Page 2: Soalan 3 Perbezaan Agama

diri daripada penderitaan dan mencapai nirwana dan penderitaan dapat dihapuskan dengan

mengamalkan “Jalan Lapan Lapis Mulia.” Nirvana bermaksud menghembus,kehilangan ego

atau diri seterusnya membawa kepada penamatan penderitaan apabila berhijrah kepada satu

kehidupan seterusnya. Agama Buddha juga turut mengutamakan kebajikan manusia serta

makhluk yang lain sama seperti agama lain dan menyarankan supaya manusia berusaha

sendiri untuk melepaskan diri daripada penderitaan.

3. Agama Hindu

Agama Hindu berdasarkan kepada kitab Veda yang mengandungi dasar-dasar ketuhanan dan

prinsip-prinsip etika yang wajib dipegang teguh oleh pengikutnya. Prinsip tersebut ialah sifat

patuh dan disiplin dalam melaksanakan upacara keagamaan. Tanda-tanda kebaikan dalam

agama Hindu ialah kemerdekaan, kesihatan, kekayaan dan kebahagiaan. Tanda-tanda

kejahatan pula ialah perhambaan, sakit, fakir dan kecelakaan. Prinsip etika Hindu ialah

peraturan agama itu dipandang sebagai sumber segala kemuliaan akhlak manusia. Etika

dalam agama Hindu bergantung kepada prinsip “Brahma” yang menjadi dasar kepada norma

yang teratur dan bermatlamat. Ia bermaksud keadilan, kebaikan, kesucian, benar, sederhana

dan suci. Brahma ini menjadi kod etika yang merangkumi semua aspek kehidupan manusia.

Brahma merupakan salah satu matlamat hidup yang mesti diikuti berdasarkan kelas dan status

seseorang.

4. Persamaan etika berasaskan agama Buddhisme dan Hinduisme.

Agama Buddha dan Hindu amat popular dalam kalangan masyarakat Cina dan India. Setiap

agama mempunyai pengertian yang tertentu terhadap etika. Setiap agama mempunyai

pandangan yang tersendiri tentang etika. Asas dan alasan setiap agama telah mengwujudkan

etika agama masing-masing namun begitu masih terdapat persamaan etika berasaskan agama

seperti agama Buddhisme dan Hinduisme.

4.1 Konteks sosial dan intrapersonal

Menurut ajaran Agama Buddha, teras kepada perhubungan kekeluargaan adalah sikap

hormat-menghormati. Agama Buddha turut menggariskan etika perhubungan iaitu

bagaimana seorang penganut Agama Buddha patut berhubung dengan orang lain

seperti murid dan guru, rakan dan kenalan serta suami dan isteri. Jelas dapat dilihat,

kedua-dua agama ini menggariskan etika sosial dan intrapersonal untuk penganut

agama masing-masing. Agama Hindu mempercayai karma iaitu setiap perbuatan

Page 3: Soalan 3 Perbezaan Agama

samada baik atau buruk akan menerima balasan. Berdasarkan ajaran Agama Hindu,

setiap manusia adalah sama kerana mereka mempunyai tanggungjawab tersendiri dan

persoalan ketidaksamaan di antara satu sama lain tidak wujud. Sehubungan dengan

itu, penganut Agama Hindu hendaklah sentiasa melakukan kebaikan dan seterusnya

bertolak ansur agar dapat mengecapi kebahagiaan.

4.2 Konteks perniagaan, penggunaan dan perdagangan

Perdagangan merupakan apa sahaja kegiatan atau aktiviti yang melibatkan penawaran

barangan, perkhidmatan, pertukaran barangan atau penyimpanan barangan.

Berasaskan kepada keperluan dan kehendak manusia untuk meneruskan kehidupan.

Apabila wujudnya keperluan dan kehendak , maka terhasillah pengeluaran.

Penekanan pada adab dan nilai-nilai etika perniagaan sememangnya perlu diamalkan

untuk mengecapi kejayaan dalam bidang perniagaan. Di dalam dunia korporat,

kecemerlangan dapat dicapai dengan menyeimbang dan memenuhi keperluan setiap

pihak yang terlibat seperti pekerja, pembekal, pelanggan dan masyarakat. Berdasarkan

ajaran agama Buddha, amalan ekonomi yang dijalankan dapat memanfaatkan diri

sendiri dan orang lain. Semua urusniaga yang dijalankan berdasarkan kepercayaan di

antara satu sama lain serta harta harus dikumpul secara moral tanpa menggunakan

sebarang kekerasan. Harta harus digunakan supaya dapat memanfaatkan semua pihak.

Manakala menurut ajaran agama Hindu pula, prinsip asas etika dalam konteks

perniagaan, penggunaan dan perdagangan ialah mencapai kecemerlangan dengan cara

memenuhi keperluan semua yang terlibat, organisasi turut ditentukan oleh karma,

sentiasa memperbaiki, belajardan berinovasi untuk berkembang dan setiap individu

yang terlibat mempunyai peranan tersendiri serta harus menjalankan tanggungjawab

sebaik mungkin supaya dapat mendatangkan faedah untuk masyarakat khasnya. Etika

yang diamalkan oleh kedua-dua agama ini mengutamakan kepentingan yang

diperolehi oleh semua pihak yang terlibat dalam perniagaan.

4.3 Konteks perubatan, sains dan kesihatan.

Pengguguran fetus ialah proses penamatan kandungan sebelum kelahiran.

Berdasarkan ajaran agama Buddha dan Hindu, proses ini dilarang sama sekali

melainkan jika ianya merupakan proses terakhir bagi menyelamatkan nyawa ibu bayi

tersebut.

Page 4: Soalan 3 Perbezaan Agama

4.4 Konteks alam sekitar

Menurut agama Buddha, manusia dan hidupan lain hidup bersama untuk menjaga

alam sekitar dan sebaliknya. Etika yang diamalkan oleh agama ini dalam konteks

alam sekitar ialah haiwan tidak patut dibunuh atau disembelih untuk tujuan

pemakanan sendiri serta patut dijaga dan dilayan dengan baik. Haiwan juaga patut

dibebaskan bukan diletak dalam sangkar.selain itu, pokok juga tidak boleh ditebang

kerana pokok-pokok dan hutan sering dijadikan tempat bertapa oleh sami.

Keseimbangan dalam memelihara alam sekitar dan pembangunan mesti dicapai

kerana menghormati alam sekitar meupakan salah satu kewajipan seorang penganut

agama Hindu. Bumi dan setiap makhluk yang wujud mesti dihormati supaya dapat

memperoleh kebenaran. Kebanyakan pokok dianggap suci dan haiwan turut dianggap

mempunyai jiwa seperti manusia. Hal ini dapat disimpulkan bahawa kedua- dua

agama ini mempunyai persamaan etika dalam konteks alam sekitar.

5. Perbezaan etika berasaskan agama Buddhisme dan Hinduisme.

Etika merupakan suatu disiplin ilmu yang mengkaji tentang tingkah lakuindividu seseorang .

Etika penting dalam kehidupan manusia kerana ia membantukepada pembentukkan

keharmonian kesejahteraan, kerukunan dan kedamaianhidup. Secara berindividu, seseorang

yang beretika akan menikmati kebaikanfizikal, rohani dan mental. Orang yang beretika

sentiasa menjaga tingkah lakuagar tidak bertentangan dengan kehendak masyarakat. Begitu

juga dengankemurnian hati dan kawalan emosi atau kualiti emosi yang membantu kepada

pembentukkan sifat-sifat sabar, pengasih, rasional, bertimbang rasa dan sebagainya. Terdapat

beberapa perbezaan etika di antara stau agama dengan agama yang lain berdasarkan fahaman

penganut agama masing-masing. Ciri-ciri perbezaan ini boleh dilihat daripada sudut:-

5.1 Konteks perubatan, sains dan kesihatan.

Kewujudan peralatan moden dalam bidang perubatan membolehkan pesakit hidup

walaupun organ tidak berfungsi dan pesakit tersebut mungkin berada dalam

kesedaran normal, separa sedar atau sel otak mati. Sekiranya peralatan teknologi

sokongan hidup tersebut ditutup secara automatiknya nyawa pesakit tersebut tamat

serta-merta. Berdasarkan ajaran agama Buddha, apabila seseorang itu menghadapi

penyakit terminal dan berkemungkinan jangka hayat hidup pesakit adalah sangat tipis,

penamatan rawatan yang tidak akan memendekkan jangka hayatnya adalah

dibenarkan. Pengamalan Euthanasia dilarang sama sekali kerana golongan yang

Page 5: Soalan 3 Perbezaan Agama

sedang sakit perlu mendapat rawatan yang sepatutnya. Manakala, ajaran agama Hindu

pula mempercayai kewujudan jiwa yang berasing daripada jasad iaitu tiada sesiapa

pun yang patut mati dalam keadaan kecewa kerana kehidupan sebelum akan dibawa

kepada kehidupan akan datang. Kehidupan seseorang itu boleh ditentukan oleh

individu tersebut melalui kaedah Eusthanasia

6. Kesimpulannya

Etika tidak boleh dipisahkan dengan ajaran agama. Etika merupakan sebahagian daripada

cara manusia berurusan dalam kehidupan seharian, maka ia sangat penting kepada manusia

seluruhannya. Etika menunjukkan bahawa manusia tidak boleh bertindak dengan sesuka hati.

Etika atau moral dan akhlak mempunyai tujuan, iaitu mengatur kehidupan manusia supaya

tidak menjadi huru-hara tetapi harmonis dengan diri, keluarga, masyarakat, dan alam

sekelilingnya. Demikian juga agama memainkan peranan dalam membentuk peraturan hidup

manusia. Jelas bahawa etika dalam kehidupan sangat berkait rapat dengan ajaran agama.

Sebenarnya agamalah yang menentukan etika pengikutnya. Setiap agama mempunyai

pengertian tertentu terhadap etika. Setiap agama mempunyai asas dan alasan tersendiri.

Toleransi dan memperakui perbezaan agama antara rakyat adalah asas perpaduan dan

kekuatan rakyat Malaysia. Malah, kekurangan menyedari dan memahami nilai-nilai pelbagai

agama di kalangan rakyat Malaysia akan menghalang dan menjejas usaha-usaha kerajaan

dalam memupuk dan memantapkan perpaduan sejati di kalangan rakyat Malaysia. Generasi

muda perlu dididik memahami persamaan dan perbezaan-perbezaan di antara agama-agama

di Malaysia kerana merekalah bakal pemimpin, tiang dan warisan negara ini. Mereka perlu

dilengkapkan dengan pengetahuan sosio-budaya rakyat berbilang kaum supaya mereka

mampu terus mempertahankan warisan negara agar menjamin kemakmuran bumi ini secara

berterusan. Kefahaman nilai-nilai yang terkandung dalam pelbagai agama akan membantu

rakyat Malaysia secara amnya dan golongan generasi muda secara khususnya supaya

mengkikiskan persepsi negatif terhadap penganut agama lain.

Soalan 4 [10%] – 4-5 halaman

Huraikan etika berasaskan agama Islam dan bagaimana ia diamalkan dalam kehidupan seharian. Berikan contoh-contoh yang relevan.

1.Pengenalan

Page 6: Soalan 3 Perbezaan Agama

Etika adalah sebahagian daripada bidang falsafah yang berkaitan dengan kehidupan yang

baik,menjadi orang baik,melakukan perkara yang betul,dapat bergaul dengan orang lain dan

memerlukan perkara yang betul dalam hidup.Ia juga dikatakan ilmu yang membincangkan

berkenaan teori tingkah laku manusia yang dipandang daripada sudut baik dan buruk yang

dapat ditentukan oleh akal manusia.Etika mempunyai tanggungjawab menganalisis,menilai

dan mengembangkan norma-norma dan kriteria-kriteria moral bagi menyelesaikan masalah-

masalah moral.Ia juga adalah teori yang berkaitan dengan tindakan,hujah-hujah dan tujuan

yang diarahkan kepada makna sesuatu tindakan.Ia juga dikenali sebagai falsafah moral yang

tidak berkaitan dengan fakta ataupun fizikal manusia tetapi sebagai falsafah nilai yang

mengambil kira tindakan ataupun tingkah laku.

Selain itu juga,etika bermaksud suatu ukuran dan piawaian yang digunakan bagi

membezakan kelakuan seseorang sama ada baik ataupun buruk.Perkataan etika juga berasal

daripada perkataan Yunani ethos yang membawa maksud perangai. Dalam perkataan Latin

pula,etika dikenali sebagai mores yang bermaksud moral ataupun perangai. Ia juga

didefinisikan sebagai adat atau kebiasaan.Moral lebih sesuai dengan idea-idea umum bagi

diterima pakai dalam tindakan manusia.Persoalan itu mencakupi perbuatan yang baik dan

wajar berhubung dengan etika.Manakala etika lebih bersifat teori bagi menyelidik,memikir

dan mempertimbangkan perkara yang baik dan buruk.Tegasnya,etika memandang kelakuan

dan perbuatan manusia secara universal.Sedangkan moral pula dibentuk oleh etika yang lahir

dengan kelahiran manusia.

2. Etika Agama Islam

Etika berasaskan Agama Islam pula mempunyai kriteria-kriteria sebagaimana berikut:

Etika Islam mengajarkan dan membawa manusia kepada tingkah laku yang baik dan

menjauhkan diri dari tingkah laku yang buruk.

Etika Islam menetapkan bahawa yang menjadi sumber moral, ukuran baik dan

buruknya perbuatan seseorang berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Hadits yang

sahih.

Etika Islam bersifat universal dan komprehensif, dapat diterima dan dijadikan

pedoman oleh seluruh umat manusia bilapun dan dimanapun mereka berada.

Etika Islam mengatur dan mengarahkan fitrah manusia kepada akhlak yang luhur dan

mulia serta meluruskan perbuatan manusia sebagai upaya memanusiakan manusia.

Page 7: Soalan 3 Perbezaan Agama

Etika Islam merupakan pedoman mengenai perilaku individu mahupun masyarakat di

segala aspek kehidupan yang sesuai dengan ajaran islam.

3. Etika berasaskan agama Islam dalam kehidupan seharian

3.1 Etika Bergaul dengan orang lain

Apabila kita bergaul dengan masyarakat sekeliling ,kita hendaklah menghormati

perasaan orang lain, tidak cuba menghina atau menilai mereka secara negetif.Islam

melarang umatnya membuat keputusan secara terburu-buru, malah digalakkan supaya

perhatikanlah keadaan orang yang didampingi kenalilah karakter dan akhlak mereka,

kemudian barulah bergaulah dengan mereka, mengikut apa yang sepatutnya. Semasa

bersama dan berbicara ,kita digalakkan sentiasa bermanis muka dan sentiasa senyum.

Berbicaralah dengan nada lembut ,sopan-santun dan berbicaralah dengan mereka

mengikut taraf kemampuan akal mereka. Maafkanlah jika berlaku kekeliruan yang

mereka lakukan dan jangan mencari-cari kesalahan mereka malah tahanlah perasaan

benci terhadap mereka jika ada. Dengarlah dengan penuh minat apa yang hendak

mereka bicarakan dan hindarilah perdebatan dan bantah membantah dengan mereka.

3.2 Etika berjiran .

Menghormati jiran dan berkelakuan baik terhadap mereka. Rasulullah saw bersabda,

sebagaimana di dalam hadis Abu Hurairah ra: ".... Barang siapa yang beriman kepada

Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan jirannya". Dan di dalam

riwayat lain disebutkan: "hendaklah ia berkelakuan baik terhadap tetangganya".

(Muttafaq'alaih). Bangunan atau rumah yang kita dirikan janganlah mengganggu jiran

kita. Jangan membuat mereka tertutup dari sinar matahari atau udara, dan kita tidak

boleh melampaui batasnya, apalagi merosakkan atau mengubah miliknya. Hendaknya

Kita memelihara hak-haknya di saat mereka tiada di rumah. Kita jaga harta dan

kehormatan mereka dari perbuatan orang- orang jahil; dan hendaknya kita hulurkan

bantuan dan pertolongan kepada mereka yang memerlukan. Tidak melakukan

perbuatan yang boleh mengganggu mereka, seperti meninggikan suara radio atau

televisyen (TV), atau mengganggu mereka dengan melontar laman mereka dengan

kotoran, atau menutup jalan bagi mereka. Rasulullah saw telah bersabda: "Demi

Allah, tidak beriman; demi Allah, tidak beriman; demi Allah, tidak beriman! Nabi

ditanya: Siapa, wahai Rasulullah? Nabi menjawab: "Adalah orang yang jirannya tidak

Page 8: Soalan 3 Perbezaan Agama

berasa tenteram kerana perbuatannya". (Muttafaq'alaih). Jangan kedekut untuk

memberikan nasihat dan cadangan kepada mereka, dan seharusnya kita ajak mereka

berbuat yang ma`ruf dan mencegah yang mungkar dengan bijaksana (hikmah) dan

nasihat baik tanpa maksud menjatuhkan atau memburuk-burukkan mereka.

3.3 Etika memberi salam

Islam menggalakkan supaya mengucapkan salam sebanyak tiga kali jika berada dalam

kumpulan orang yang ramai. Di dalam hadis Anas disebutkan bahawa Nabi

Muhammad saw apabila baginda mengucapkan suatu kalimat, baginda

mengulanginya tiga kali. Dan apabila ia datang kepada suatu kaum, baginda memberi

salam kepada mereka tiga kali "(HR. Al- Bukhari). Selain itu. sunnah juga orang

yang menaiki kenderaan memberikan salam kepada orang yang berjalan kaki, dan

orang yang berjalan kaki memberi salam kepada orang yang duduk, orang yang

sedikit kepada yang banyak, dan orang yang lebih muda kepada yang lebih tua.

Demikianlah dinyatakan di dalam hadis Abu Hurairah yang muttafaq'alaih.

3.4 Etika Majlis

Semasa dimajlis, disunatkan juga memberikan salam sewaktu masuk ke suatu majlis

dan ketika akan meninggalkannya. Kerana hadis menyatakan: "Apabila salah seorang

kamu sampai di suatu majlis hendaklah memberikan salam , jika dilihat layak baginya

duduk maka duduklah. Dan apabila hendak keluar, hendaklah memberikan salam, dan

tidaklah yang pertama lebih berhak daripada yang kedua. (HR. Abu Daud dan

disahihkan oleh Al-Albani).Selain itu, semasa mencari tempat untuk duduk, janganlah

duduk di antara dua orang yang sedang duduk kecuali meminta izin mereka.

Rasulullah saw bersabda: "Tidak halal bagi seseorang memisah di antara dua orang

kecuali diizin keduanya". (HR. Ahmad dan disahihkan oleh Al-Albani). . Ahli majlis

juga hendaknya tidak melakukan suatu perbuatan yang bertentangan dengan perasaan

orang lain, seperti menguap ,meludah , membuang hingus atau bersendawa di dalam

majlis.

Disunnatkan menutup majlis dengan doa Kaffarat majlis, kerana Rasulullah saw telah

bersabda: "Barang siapa yang duduk di dalam suatu majlis dan di majlis itu terjadi

banyak gaduh, kemudian sebelum bersurai dari majlis itu ia membaca:

Page 9: Soalan 3 Perbezaan Agama

هم سبحانك ، وبحمدك الل أن أشهد إله ال أنت إال وأتوب أستغفركإليك

"Maha Suci Engkau ya Allah, dengan segala puji bagi-Mu; aku bersaksi bahawa tiada

yang berhak disembah selain engkau; aku memohon keampunanmu dan aku bertaubat

kepada-Mu", melainkan Allah mengampuni apa yang berlaku di majlis itu baginya ".

(HR. Ahmad dan At-Tirmidzi, dan dishahihkan oleh Al- Albani).

3.5 Etika Makan dan Minum

Hendaklah memulakan makan dan minum dengan membaca Bismillah dan diakhiri

dengan Alhamdulillah. Rasulullah saw bersabda: "Apabila seorang diantara kamu

makan, hendaklah menyebut nama Allah Subhanahu wa Ta'ala dan jika lupa

menyebut nama Allah Subhanahu wa Ta'ala pada awalnya maka hendaknya

mengatakan: Bismillahi awwalihi wa akhirihi". (HR. Abu Daud dan dishahihkan oleh

Al-Albani). Adapun mengakhirinya dengan Hamdalah, karana Rasulullah bersabda:

"Sesungguhnya Allah sangat meredhari seseorang hamba yang apabila telah makan

suatu makanan dia memuji-Nya dan apabila minum minuman dia pun memuji-Nya".

(HR. Muslim). Hendaknya makan dengan menggunakan tangan kanan dan dimulai

dari yang ada di depanmu. Rasululah saw bersabda kepada Umar bin Salamah:

“Wahai anak, sebutlah nama Allah dan makanlah dengan tangan kananmu dan

makanlah apa yang di depanmu. (Muttafaq’alaih). Hendaknya kamu tidak memulai

makan atau minum sedangkan di dalam majlis ada orang yang lebih berhak memulai,

baik kerana ia lebih tua atau mempunyai kedudukan, karana hal tersebut bertentangan

dengan etika.

3.6 Etika Menziarahi Orang Sakit

Semasa menziarahi orang sakit, janganlah berkunjung terlalu lama,carilah waktu yang

difikirkan sesuai dan jangan sesekali menyusahkan pesakit malah digalakkan agar

berkata-kata yang boleh menghiburkan serta membahagiakannya. Sebagai contoh,

hendaknya mendekati kepada si sakit dan menanyakan keadaan dan penyakit yang

Page 10: Soalan 3 Perbezaan Agama

dirasakannya, seperti mengatakan: “Bagaimana kamu rasakan keadaanmu?”.

Sebagaimana pernah dilakukan oleh Rasulullah saw. Di samping, mendoakan semoga

cepat sembuh, dibelas kasihi Allah, selamat dan disihatkan. Ibnu Abbas Radhiallaahu

anhu telah meriwayatkan bahawasanya Nabi saw apabila beliau menjenguk orang

sakit, baginda mengucapkan: “Tidak apa-apa. Sihat (bersih) insya Allah”. (HR. Al-

Bukhari). Dan berdoa tiga kali sebagaimama dilakukan oleh baginda Nabi saw. Selain

itu, ucapkanlah kata-kata bagi mengingatkan si sakit agar bersabar di atas takdir Allah

Subhanahu wa Ta’ala dan jangan berputus asa.

4. Kesimpulan

Etika menurut firasat dapat disebut sebagai ilmu yang menyelidiki perkara yang baik dan

perkara yang buruk dengan memperhatikan amal perbuatan manusia sejauh yang dapat

diketahui oleh akal fikiran. moral adalah penetuan baik buruk terhadap perbuatan dan

kelakuan. Etika merupakan hal yang paling penting dalam pembentukan akhlak karimah

seseorang manusia. Dan manusia yang paling baik budi pekertinya adalah Rasulullah S.A.W.

Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu seorang sahabat yang mulia menyatakan: “Rasulullah

shalallahu ‘alaihi wa sallam adalah manusia yang paling baik budi pekertinya.”

RUJUKAN

A. Aziz Deraman (2001). Masyarakat dan kebudayaan Malaysia (edisi baharu). Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Ibrahim Abu Sin (1991), Pengurusan dalam Islam. Kuala Lumpur: DewanBahasa dan Pustaka

Ab. Mumin Ab.Ghani (2006), Dimensi Pengurusan Islam. Kuala Lumpur: UniversitiMalaya.

Aizzat Mohd. Nasurdin (2006), Pengantar Pengurusan. Kuala Lumpur: Utusan &Publications Sdn. Bhd.

Auni Abdullah (1991). Islam dalam Sejarah Politik dan Pemerintahan di Alam Melayu. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise

Page 11: Soalan 3 Perbezaan Agama

Choo Keng Kun. Masyarakat Majmuk Semenenjung Malaysia: Evolusi Sejarah. Dlm. Zuraina Majid (1986). Masyarakat Malaysia: Tinjauan dan Perbincangan Terhadap Beberapa Isu-Isu dan Topik Semasa. Pulau Pinang:

Jalaluddin as-Suyuthi (t.t), Koleksi Hadis-Hadis Nabi, jil. 1-4 (Al-Jami’ush Shaghir).Johor Darul Takzim: Perniagaan Jahabersa. )SBN:983-077-288-8)

http://pascasarjanastainkds.blogspot.com/2013/10/agama-dan-etika-islam_7949.html

http://topeq-berbagi.blogspot.com/2011/04/etika-sehari-hari-dalam-perspektif.html