soalan 2

6
PENGENALAN Sesungguhnya tidak boleh dinafikan bahawa seorang guru berperanan penting membentuk watak bangsa melalui perkembangan keperibadian serta nilai-nilai seper yang diaspirasikan oleh sesebuahnegara. Tanggungjawab yang dimandatkan kepada seseorang guru itu adalah sukar untuk dituruni bebannya kepada orang lain yang b berkualifikasi sebagai seorang guru. Tugas ini pastinya menjadi suatu bebanan u oleh orang lain apalagi dalam masyarakat multibudaya dan multidimensi di negara Justeru, jelaslah bahawa hanya seorang guru yang berkelayakan sahaja boleh merea impian untuk melahirkan generasi masa hadapan mengikut acuan negara. Sehubungan semua negara di dunia kian rancak meletakkan garis panduan sesuai yang menepati kelayakan seorang guru professional untuk mencerna sistem pendidikan neg masing. Maka, dalam proses inilah timbulnya persoalan akan peri pentingnya seora memperoleh ijazah sarjana muda ataupunijazah sarjana dalam pengajian pendidikan perguruannya. DEFINISI IJAZAH Menurut ikipedia kata ijazah merujuk mana-mana dalam selingkungan besar tahap darjat yang dikurniakan oleh !nstitusi "engajian Tinggi seperti uni#ersi sebagai ganjaran bagi kejayaan menyiapkan satu program pengajian. "erkataan ijazah berasal dari bahasa $rab iaitu ‘ajaza’ bermakna tenaga pengajar bersandar atas satu kebenaran % kuasa % lesen untuk memindahkan ilmu kepada orang lain. !jazah melibat peringkat seperti ijazah asas & foundation degre) ijazah bersekutu & associate degree ', ijazah sarjana muda &bachelor’s degree', ijazah sarjana & master’s degree', ijazah perlesenan &licentiate degree', ijazah kedoktoran & doctorate degree', ijazah profe degree', ijazah pakar & specialist degree' dan ijazah kehormat & honorary degree "erkembangandunia masa ini, menyaksikan kemestian seseorang guru untuk memperoleh ijazah sarjanamuda sahaja tidak mencukupi untuk mengharapkan 1

Upload: mullai21

Post on 05-Oct-2015

228 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

1

TRANSCRIPT

PENGENALAN

Sesungguhnya tidak boleh dinafikan bahawa seorang guru berperanan penting untuk membentuk watak bangsa melalui perkembangan keperibadian serta nilai-nilai seperti mana yang diaspirasikan oleh sesebuah negara. Tanggungjawab yang dimandatkan kepada seseorang guru itu adalah sukar untuk dituruni bebannya kepada orang lain yang bukan berkualifikasi sebagai seorang guru. Tugas ini pastinya menjadi suatu bebanan untuk diganti oleh orang lain apalagi dalam masyarakat multibudaya dan multidimensi di negara kita. Justeru, jelaslah bahawa hanya seorang guru yang berkelayakan sahaja boleh merealisasikan impian untuk melahirkan generasi masa hadapan mengikut acuan negara. Sehubungan ini, semua negara di dunia kian rancak meletakkan garis panduan sesuai yang menepati aras kelayakan seorang guru professional untuk mencerna sistem pendidikan negara masing-masing. Maka, dalam proses inilah timbulnya persoalan akan peri pentingnya seorang guru memperoleh ijazah sarjana muda ataupun ijazah sarjana dalam pengajian pendidikan perguruannya.

DEFINISI IJAZAH

Menurut Wikipedia kata ijazah merujuk mana-mana dalam selingkungan besar tahap darjat yang dikurniakan oleh Institusi Pengajian Tinggi seperti universiti secara amnya sebagai ganjaran bagi kejayaan menyiapkan satu program pengajian. Perkataan ijazah berasal dari bahasa Arab iaitu ajaza bermakna tenaga pengajar bersandar atas satu kebenaran @ kuasa @ lesen untuk memindahkan ilmu kepada orang lain. Ijazah melibatkan semua peringkat seperti ijazah asas (foundation degre) ijazah bersekutu ( associate degree), ijazah sarjana muda (bachelors degree), ijazah sarjana ( masters degree), ijazah perlesenan (licentiate degree), ijazah kedoktoran ( doctorate degree), ijazah professor (professorial degree), ijazah pakar ( specialist degree) dan ijazah kehormat ( honorary degree).Perkembangan dunia masa ini, menyaksikan kemestian seseorang guru untuk memperoleh ijazah sarjana muda sahaja tidak mencukupi untuk mengharapkan perkembangan minda dan emosi para pelajar didikan mereka. Kebanyakan guru, berpendapat bahawa kepuasan mengajar dan kepuasan melihat perkembangan pelajar itu sendiri menjurus ke arah dedikasi, obligasi dan daya usaha guru berkenaan. Sehubungan ini, banyak kajian telah merintis usaha baru untuk mengintegrasikan teori-teori akademik serta pengajaran yang boleh membuahkan kemahiran baharu untuk meninggalkan impak positif terhadap pelajar. Justeru, ramai tenaga didik @ guru mengambil inisiatif untuk bergerak ke hadapan dalam mengejar profesionalisme keguruan yang lebih mencabar dengan melanjutkan pengajian masters @ sarjana pendidikan bagi mengenal pasti keupayaan mereka untuk menjadi pakar pendidik. Persoalannnya kini apakah ciri-ciri perbezaan seorang guru yang berijazah sarjana muda dengan guru yang bersarjana?

BUKTI KAJIAN

Laporan Coleman, (1966) dalam kertasnya bertajuk Equality of Educational Oppurtunity membuktikan bahawa kecemerlangan prestasi seseorang pelajar lebih banyak bergantung kepada kualiti sesebuah sekolah itu dan bukannya kepada tahap kelayakan pendidikan masters degree seorang guru. Malah, laporan ini juga menyimpulkan bahawa latar belakang sosioekonomi seorang pelajar juga memberikan pengaruh besar dalam pencapaian akademik pelajar berkenaan. Selepas laporan ini dibentangkan, pelbagai pihak yang berkenaan telah membuat tinjauan secara mendalam terhadap keberkesanan faktor guru dengan pencapaian akademik pelajar. Salah satu hasil tinjauan ini adalah guru yang berkualiti akademik tinggi akan meningkatkan kecemerlangan prestasi seorang pelajar di samping mengukuhkan kulaiti sesebuah sekolah. Kajian Dan Goldhaber daripada Urban Institute in Washington, (1991) juga menunjukkan bahawa guru yang berikhtisas tinggi, berkebolehan mengajar, berpengalaman, bersemangat, berkemahiran, berpengetahuan dan lulus ujian perbendaharaan kata sahaja boleh menjamin kecemerlangan akademik pelajar.

Menyedari hakikat ini, maka Kementerian Pendidikan di Amerika Syarikat (AS) telah menguatkuasakan semua guru perlu mempunyai kelayakan masters degree bagi melahirkan masyarakat yang cemerlang. Malah, para guru diberikan ganjaran kenaikan gaji setelah memperoleh masters degree berkenaan. Segala yang diusahakan oleh Amerika Syarikat adalah atas kepercayaan bahawa guru yang berkelayakan sarjana mampu menunjukkan impak dalam kecemerlangan akademik pelajar lantas meningkatkan kredibiliti arena pendidikan Amerika Syarikat. Namun demikian,menurut Klirk Vandersall, Michelle Vruwink, Kristina Lavenia dalam Arroyo Research Services (Feb, 2012) tiada bukti yang empirikal untuk menggambarkan signifikasi jelas antara kelayakan akademik sarjana seorang guru berkaitan rapat dengan prestasi akademik seorang pelajar. Malah, setiausaha Pendidikan AS Arne Duncan (Dec 19, 2010) telah mengeaskan bahawa memang tiada keperluan bagi negara tersebut berbelanja banyak untuk melihat kelayakan kredit kertas ijazah sarjana guru semata-mata sekiranya tiada impak ke atas pencapaian pelajar Amerika Syarikat. Selain itu, ahli ekonomis Eric Hanushek & Steven Rivkin turut menunjukkan bukti kajian bahawa hanya segelintir daripada 34 buah sekolah yang terdiri daripada guru-guru berkelayakan sarjana sahaja yang mampu bekerja secara yakin, konsisten dan penuh minat manakala yang selebihnya hanya sekadar belajar masters demi menikmati pulangan gaji yang lebih tinggi.

Menurut Heather Hill dalam dokumennya bertajuk Learning in the teachers workforce (2010) program sarjana yang berkualiti tinggi dalam arena pendidikan akan memberikan pemahaman tinggi kepada seseorang pendidik bagi memimpin anak didiknya ke arah pendidikan yang berkualiti. Menyedari akan kepentingan ini maka konsep ini dipersetujui oleh Australia Utara yang telah menggariskan bahawa semua gurunya perlu berkelayakan sarjana untuk memartabatkan kualiti pendidikan generasi masa depan di Australia Utara. Gagasan ini juga telah disokong oleh Ms Correna Haytrope, Presiden Kesatuan Pendidikan Australia (2009) bahawa Australia Utara ingin berdiri sama tegak dengan negara Finland untuk melahirkan barisan pendidik yang berkualiti. Usaha yang sama telah dirintis oleh United Kingdom pada tahun 2008 yang turut memperkenalkan program Masters in Teaching & Learning bagi barisan guru negara tersebut. Kementerian Pendidikan di negara Taiwan pula (2006) juga berwawasan untuk meningkatkan bilangan guru berijazah sarjana di negaranya sekurang-kurangnya peningkatan sebanyak 4% pada setiap tahun.

KELEBIHAN GURU BERIJAZAH SARJANA BERBANDING GURU BERIJAZAH SARJANA MUDA

PENGETAHUAN

Seorang guru yang berijazah sarjana lebih berpeluang untuk memasteri sesuatu bidang secara komprehensif lagi kompetetif. Pengalaman memasteri bidang ilmu ini tidak begitu banyak diterokai semasa belajar ijazah sarjana muda atas batasan waktu dan kandungan sukatan bidang pengajian. Pengetahuan yang mendalam ini telah meningkatkan pemahaman seseorang guru dalam ilmu pendidikan, kurikulum, kokurikulum, ICT, dan Falsafah Pendidikan Negara lantas mampu memberikan arahan yang jelas dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Guru berkenaan boleh menganalisis bidang mereka ke akar umbinya bagi meluaskan pengetahuan dan pengalaman individual. Mereka akan lebih arif dalam penggunaan pedagogi sesuai untuk membaiki teknik, pendekatan dan prosedur pengajaran yang lebih efektif. Malah, guru ini juga tidak akan teragak-agak untuk mencuba kaedah terbaharu dan mempelbagaikan pengajaran kerana mereka lebih yakin dengan keupayaan mereka. Idea-idea baharu turut diadaptasi oleh guru berijazah sarjana dengan pemikiran terbuka dan sering mengasosiasikannya dalam polisi sistem pendidikan negara terkini.

KEMAHIRAN BERFIKIR

Sememangnya tidak boleh dipertikaikan bahawa pengajian sarjana pendidikan akan mencabar tahap pemikiran seorang guru dalam dimensi yang lebih luas. Cabaran ini akan memfokuskan minda ke arah pemikiran yang lebih spesifik dalam bidang-bidang tertentu untuk mewujudkan specialization atau kepakaran seseorang. Ini secara tidak langsung meningkatkan kemahiran mengajar seseorang guru dan meletakkan guru itu seiring dengan perkembangan kontemporari arena pendidikan negara. Kemahiran berfikir ini boleh mencungkil daya kreativiti seorang guru sehingga pelbagai inovasi dilakukan untuk menepati objektif Falsafah Pendidikan Negara. Peranan seorang guru konvensional yang berijazah sarjana muda hanyalah menerima dan mengadaptasi segalanya tanpa berfikir secara kritis. Manakala guru bersarjana akan cuba mencipta sesuatu kaedah baharu dengan aras pemikiran tinggi yang berkualiti.Adopt---------------------Adapt ------------------- Create(MINDLESS) (LOTS) (HOTS)

PERSONALITI

Seorang guru yang berijazah sarjana akan lebih yakin dengan semua kaedah dan pendekatan yang digunakannya dalam usaha melahirkan pelajar cemerlang. Sesi pengajaran bukan lagi digambarkan sebagai salah satu pekerjaan biasa tetapi profesion yang berprestij untuk menampilkan kebolehan dan kewibawaan seseorang guru. Guru ini difikirkan sebagai seorang pendidik yang berakauntabiliti untuk membina generasi masa hadapan mengikut acuan negara. Personaliti yang berkualiti pastinya akan membentuk kepercayaan dan sikap bergantungan pelajar terhadap guru berkenaan. Malah, guru-guru inilah yang sering dijadikan sebagai idola atau role model oleh pelajar untuk maju ke hadapan. Sikap yang terbuka dan beretika positif ini akan menjadikan domain diri pendidik berkenaan yang lebih menyerlah di sebuah sekolah. Tidak boleh dinafikan juga bahawa, guru yang ada masters sering kali dipandang tinggi oleh komuniti sekolahnya khususnya golongan pelajar dan ibu bapa. Ini juga akan membentuk personaliti guru yang berkualiti serta berkarisma di khalayak komuniti sekolah.

KEPIMPINAN

Guru bersarjana selalunya ada pengalaman meluas tentang realiti sistem pendidikan, sistem sekolah @ kolej dan sebagainya. Mereka akan menjadi pendidik berciri kepimpinan demokratis yang toleran demi kemajuan profesionalismenya. Meraka akan menjalinkan hubungan antara insan berlandaskan konsep saling memahami kelebihan dan kekurangan seseorang atau sesuatu sistem secara mendalam sebelum bertindak. Kelayakan akademik sarjana ini membuka ruang kepada seseorang guru untuk menjadi pemimpin di sekolahnya seperti berpeluang menjawat jawatan guru besar @ pengetua, penolong kanan, penolong HEM, penyelia, ketua Panitia yang menawarkan cabaran serta tanggungjawab baharu. Segala cabaran tersebut boleh dihadapi dengan melakukan perubahan tertentu dalam sistem sekolah demi menjamin kepimpinan diri di samping kepentingan ribuan pelajar. Malah, ijazah sarjana juga memberikan kesempatan untuk seorang guru mengeksplorisasi laluan karier yang baharu untuk mereka di sekolah. Misalnya, seorang guru yang berijazah sarjana Bimbingan Kunseling boleh bertukar menjadi seorang kaunselor di sekolahnya, manakala seorang guru biasa yang bersarjana pendidikan khas akan memulakan karier di sekolah pendidikan khas.

PENUTUP

Sesungguhnya pernyataan W.B.Yeats Education is not the filling of a pail, but the lighting of a fire, bertepatan dengan isu kelayakan seorang guru dalam merealisasikan konsep ini. Sesungguhnya, guru yang berkelayakan sarjana lebih sesuai untuk memenuhi kehendak menyuntik semangat belajar anak muridnya untuk terus maju ke hadapan berbanding dengan cikgu yang berkelulusan sarjana muda. Ini adalah ekoran daripada perubahan pemikiran, personaliti, kepimpinan, pengetahuan dan kompetensi diri seseorang guru selepas menguasai sesuatu bidang ilmu dalam pengajian masters. Justeru, adalah wajar jika semua tenaga didik di Malaysia turut berkelayakan sarjana untuk berdiri sama tegak dan duduk sama rendah dengan negara-negara maju di dunia. Pendek kata, minat untuk mendalami bidang ilmu Masters oleh tenaga didik di Malaysia ini perlu lahir secara realitinya dan bukannya atas dorongan pertambahan gaji atau kenaikan pangkat kerana setiap usaha yang hanya mengharapkan ganjaran semarta-mata tidak akan memberikan kesan jangka panjang seperti mana yang diaspirasikan oleh Negara.1