detail soalan 2

3
DETAIL PERIBADI: LEKATKAN GAMBAR NAMA PENUH: Evelyn Gemina @ Aisyah Bte Abdullah SAMARAN: Lyn UMUR: 30 tahun STATUS: Berkahwin NAMA SUAMI: Alan Nasersal BILANGAN ANAK: 3 PEKERJAAN: Surirumah tangga & membuat bisnes secara online NOMBOR TEL: 0195849242 NAMA F B/BLOG: https://www.facebook.com/evelyngemina http://www.mybakingworkshop.blogspot.com/ ALAMAT: 26, jalan nikmat, 26/47 seksyen 25, Taman sri muda, Shah alam. SOALAN: 1. APA PERASAAN ANDA APABILA SEKALI LAGI DI PELAWA UNTUK BERKONGSI RESIPI DI DALAM MAJALAH AROMA? Perasaan gembira & bersyukur kerana sekali lagi diberi peluang untuk berkongsi resepi bersama aroma. 2. APAKAH MASAKAN PALING DIGEMARI OLEH KELUARGA DAN HIDANGAN YANG BAGAIMANA MENJADI HIDANGAN WAJIB? Hidangan yang menjadi kegemaran keluarga adalah lauk yang biasa2 sahaja, masakan rumah :) Tak kisahlah hidangan apa pun janji secukup rasa & yang paling penting kurang pedas. Tiada hidangan wajib untuk keluarga saya, setiap hari lauk bertukar-tukar ikut selera & permintaan dari seisi keluarga :) 3. BERAPA RAMAI FOLOWERS ANDA DI DALAM BLOG? Setakat ini ada sebanyak 737 orang yang sudi follow blog saya, terima kasih :) 4. KREATIVITI PADA MASAKAN YANG PERNAH ANDA BUAT? MELIHAT DEKO PADA

Upload: rebecca-brown

Post on 13-Dec-2015

248 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Soalan

TRANSCRIPT

DETAIL PERIBADI:

LEKATKAN GAMBAR

NAMA PENUH: Evelyn Gemina @ Aisyah Bte AbdullahSAMARAN: LynUMUR: 30 tahunSTATUS: Berkahwin NAMA SUAMI: Alan NasersalBILANGAN ANAK: 3PEKERJAAN: Surirumah tangga & membuat bisnes secara onlineNOMBOR TEL: 0195849242NAMA F B/BLOG: https://www.facebook.com/evelyngeminahttp://www.mybakingworkshop.blogspot.com/ALAMAT: 26, jalan nikmat,26/47 seksyen 25,Taman sri muda, Shah alam.

SOALAN:

1. APA PERASAAN ANDA APABILA SEKALI LAGI DI PELAWA UNTUK BERKONGSI RESIPI DI DALAM MAJALAH AROMA?

Perasaan gembira & bersyukur kerana sekali lagi diberi peluang untuk berkongsi resepi bersama aroma.2. APAKAH MASAKAN PALING DIGEMARI OLEH KELUARGA DAN HIDANGAN YANG BAGAIMANA

MENJADI HIDANGAN WAJIB?Hidangan yang menjadi kegemaran keluarga adalah lauk yang biasa2 sahaja, masakan rumah :) Tak kisahlah hidangan apa pun janji secukup rasa & yang paling penting kurang pedas. Tiada hidangan wajib untuk keluarga saya, setiap hari lauk bertukar-tukar ikut selera & permintaan dari seisi keluarga :)

3. BERAPA RAMAI FOLOWERS ANDA DI DALAM BLOG?Setakat ini ada sebanyak 737 orang yang sudi follow blog saya, terima kasih :)

4. KREATIVITI PADA MASAKAN YANG PERNAH ANDA BUAT? MELIHAT DEKO PADA MASAKAN ADAKAH ANDA TERUJA DAN BERMINAT UNTUK MELAKUKANNYA, KENAPA?

Salah satu perkara yang paling saya suka dalam membuat kek ialah proses mendekonya. Saya cuba untuk memberi nafas baru dalam setiap dekorasi kek yang saya buat, inshaallah selagi mampu. Idea chocolate lace adalah salah satu dekorasi kek yang paling saya gemari & paling mencabar pernah saya buat setakat ini.

5. SELAIN MEMASAK, MINAT ATAUPUN TUGASAN LAIN YANG ANDA LAKUKAN?Selain memasak, saya suka menangkap gambar terutamanya gambar makanan :)

6. PERANCANGAN UNTUK 3 TAHUN AKAN DATANG?

Perancangan saya untuk 3 tahun yang akan datang inshaallah jika dimurahkan rezeki saya ingin membuka kedai bakery sendiri. Semestinya yang berkonsepkan lain daripada yang lain. Idea & perancangan sudah ada, hanya masa & rezeki yang menentukan, inshaallah.

7. PERNAH MELIHAT MAJALAH AROMA DARI MANA DAN BERI SEDIKIT KOMEN.Salah satu destinasi yang saya selalu & suka singgah bila keluar ialah kedai buku, terus saja ke bahagian buku masakan :) Majalah aroma antara majalah yang saya biasa lihat dikedai2 buku, tentu saja saya mengenalinya.

8. MUNGKINKAH ANDA SEORANG YANG KREATIF DALAM BAB MENDEKO MAKANAN? DARI MANA IDEA DATANG?Biasanya idea mendeko datang mencurah-curah di waktu malam sebelum saya melelapkan mata, hehe. Saya suka menyiapkan kek sehari awal supaya saya ada masa untuk fikirkan dekorasinya pula kemudian.

9. CERITAKAN PENGALAMAN ANDA MULA BERBLOG DAN BAGAIMANA ANDA MENGENENGHKAN MASAKAN ANDA MELALUI BLOG…Saya mula berblog pada febuari tahun 2012. Saya suka menangkap gambar masakan2 yang saya cuba. Idea untuk berblog muncul bila kawan2 mula meminta saya berkongsi resepi & bagi memudahkan saya berkongsi terus dengan kawan2 yang lain, saya pun mula berblog. Selain dapat berkongsi pengalaman dalam mencuba satu2 resepi, menulis dalam blog juga dapat membangkitkan minat kawan2 yang lain untuk mencuba resepi2 yang saya kongsikan.

10. PENGALAMAN PALING MANIS UNTUK ANDA CERITAKAN MENGENAI BLOG MASAKAN ANDA?Pengalaman manis sepanjang berblog sudah tentulah bila ditawaran untuk berkongsi resepi dalam majalah. Tidak terfikir pun masa mula2 berblog dulu akan berpeluang untuk muncul dalam majalah :)

11. PALING PAHIT APABILA MASAKAN ANDA DIUJI DENGAN PELBAGAI KOMEN DAN KARENAH, BAGAIMANA ANDA MENGATASINYA.Prinsip saya satu saja, lain budaya lain makanannya. Perlu ikut kesesuaian & citarasa masing2. Lain kedai lain rasa nasi lemaknya, lain juga rasa roti canainya. Masing2 ada peminatnya yang tersendiri kan. Apa yang kita suka tidak semestinya orang lain pun suka & begitulah sebaliknya.

Contohnya suami saya yang sangat suka menambah lemon dalam hidangan, kek atau dessert. Tidak suka makan ikan atau ayam yang direbus. Saya pula sebaliknya, boleh terima apa sahaja jenis masakan asalkan tidak terlalu pedas. Kenalah pandai menilai sesuatu masakan sesuai dengan citarasa masing2.

(ANDA BOLEH BERKONGSI APA SAJA CERITA MENGENAI MASAKAN DI SINI SECARA DETAIL DAN MUDAH DIFAHAMI) – TUJUAN UNTUK BERKONGSI PENGALAMAN SUKA DAN DUKA DALAM BIDANG MASAKAN DAN MENDEKORASI MASAKAN ANDA…