soalan 1: rumusan - · pdf file1 soalan 1: rumusan [30 markah] baca petikan di bawah dengan...

8
1103/2 1 Soalan 1: Rumusan [30 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang akibat-akibat merokok dan langkah-langkah mengatasi gejala merokok. Panjangnya rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menunjukkan kebolehan untuk menangani wabak Sindrom Pernafasan Akut yang teruk (SARS) yang membunuh 500 mangsa secara efektif dan cepat, kini sedang bersiap sedia untuk membasmi „penyakit‟ yang telah membunuh lebih daripada empat juta manusia di seluruh dunia sepanjang tahun lalu. WHO sebelum ini memberi amaran jika penggunaan tembakau, khususnya dalam bentuk rokok dibiarkan dalam keadaan seperti sekarang ini, kematian tahunan akibat penggunaan tembakau dijangka mencecah 10 juta pada tahun 2020. Di Malaysia, tinjauan yang dijalankan pada tahun 1996 mendapati bahawa 40 jenis penyakit yang dihidapi oleh rakyat Malaysia berpunca daripada amalan merokok. 25 daripada jenis penyakit tersebut membawa maut. Hal ini termasuklah penyakit jantung, saluran pernafasan tersekat, angin ahmar dan kanser. Asap rokok turut menambahkan pencemaran udara di kawasan orang yang menghisap rokok. Sudah pasti keadaan ini mengganggu keselesaan awam, lebih-lebih lagi sekiranya terdapat wanita yang mengandung. Bagi wanita yang mengandung pula, kesihatan bayi dalam kandungan akan terjejas sekiranya mereka mengamalkan tabiat merokok. Kemungkinan besar bayi tersebut meninggal dunia sebelum dilahirkan. Kebanyakan wanita membenci suami mereka menghisap rokok kerana bau yang tidak menyenangkan. Namun, timbul persoalan, mengapakah sesetengah wanita itu sendiri ada yang menghisap rokok? Ditinjau dari aspek agama, amalan merokok sememangnya dilarang memandangkan aktiviti tersebut banyak mendatangkan keburukan. Amalan merokok juga membawa pembaziran, lebih-lebih lagi kos membeli rokok pada masa kini adalah mahal. Gejala menghisap rokok perlu dikurangkan meskipun tidak dapat diatasi sepenuhnya, terutamanya dalam kalangan golongan remaja dan pelajar. Oleh itu, sebarang peningkatan penggunaan rokok harus ditangani. Sebenarnya peningkatan penggunaan rokok sangat berkait rapat dengan corak pemasaran agresif dan efektif syarikat gergasi rokok. (Dipetik dan diubah suai daripada Perang Antimerokok Sedunia' Massa, Jun 2013)

Upload: doanh

Post on 06-Feb-2018

399 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Soalan 1: Rumusan - · PDF file1 Soalan 1: Rumusan [30 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti, ... Di Malaysia, tinjauan yang dijalankan pada tahun 1996 mendapati bahawa 40 jenis

1103/2

1

Soalan 1: Rumusan

[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang akibat-akibat

merokok dan langkah-langkah mengatasi gejala merokok. Panjangnya rumusan anda

hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menunjukkan kebolehan untuk menangani

wabak Sindrom Pernafasan Akut yang teruk (SARS) yang membunuh 500 mangsa secara

efektif dan cepat, kini sedang bersiap sedia untuk membasmi „penyakit‟ yang telah

membunuh lebih daripada empat juta manusia di seluruh dunia sepanjang tahun lalu.

WHO sebelum ini memberi amaran jika penggunaan tembakau, khususnya dalam

bentuk rokok dibiarkan dalam keadaan seperti sekarang ini, kematian tahunan akibat

penggunaan tembakau dijangka mencecah 10 juta pada tahun 2020.

Di Malaysia, tinjauan yang dijalankan pada tahun 1996 mendapati bahawa 40 jenis

penyakit yang dihidapi oleh rakyat Malaysia berpunca daripada amalan merokok. 25 daripada

jenis penyakit tersebut membawa maut. Hal ini termasuklah penyakit jantung, saluran

pernafasan tersekat, angin ahmar dan kanser. Asap rokok turut menambahkan pencemaran

udara di kawasan orang yang menghisap rokok. Sudah pasti keadaan ini mengganggu

keselesaan awam, lebih-lebih lagi sekiranya terdapat wanita yang mengandung. Bagi wanita

yang mengandung pula, kesihatan bayi dalam kandungan akan terjejas sekiranya mereka

mengamalkan tabiat merokok. Kemungkinan besar bayi tersebut meninggal dunia sebelum

dilahirkan. Kebanyakan wanita membenci suami mereka menghisap rokok kerana bau yang

tidak menyenangkan. Namun, timbul persoalan, mengapakah sesetengah wanita itu sendiri

ada yang menghisap rokok?

Ditinjau dari aspek agama, amalan merokok sememangnya dilarang memandangkan

aktiviti tersebut banyak mendatangkan keburukan. Amalan merokok juga membawa

pembaziran, lebih-lebih lagi kos membeli rokok pada masa kini adalah mahal.

Gejala menghisap rokok perlu dikurangkan meskipun tidak dapat diatasi sepenuhnya,

terutamanya dalam kalangan golongan remaja dan pelajar. Oleh itu, sebarang peningkatan

penggunaan rokok harus ditangani. Sebenarnya peningkatan penggunaan rokok sangat berkait

rapat dengan corak pemasaran agresif dan efektif syarikat gergasi rokok.

(Dipetik dan diubah suai

daripada Perang Antimerokok

Sedunia' Massa, Jun 2013)

Page 2: Soalan 1: Rumusan - · PDF file1 Soalan 1: Rumusan [30 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti, ... Di Malaysia, tinjauan yang dijalankan pada tahun 1996 mendapati bahawa 40 jenis

1103/2

2

Soalan 2 : Pemahaman

Soalan 2(a)- Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat

anda sendiri.

(i) Berikan maksud corak pemasaran agresif dan efektif syarikat gergasi rokok.

[2 markah]

(ii) Pengarang ada menyatakan penyakit berbahaya boleh menimpa perokok. Nyatakan

penyakit-penyakit tersebut. [3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menyebabkan peningkatan gejala

merokok dalam kalangan pelajar masa kini? [4 markah]

Page 3: Soalan 1: Rumusan - · PDF file1 Soalan 1: Rumusan [30 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti, ... Di Malaysia, tinjauan yang dijalankan pada tahun 1996 mendapati bahawa 40 jenis

1103/2

3

Soalan 2 (b) – Petikan Drama

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya

dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Mengapakah PELAKON III mengatakan bahawa tindakan Encik Domski atau Azmir

itu bukan lakonan? [2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah tindakan yang sepatutnya diambil oleh Azmir ketika

mula mengalami kesakitan itu? [3 markah]

(iii) Jelaskan satu nilai yang terdapat dalam petikan di atas dan satu nilai lain yang

terdapat daripada drama tersebut yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]

PELAKON III : Bos, saya fikir perkara yang berlaku kepada Encik Domski itu bukan lakonan lagi.

ARIF : Bukankah dia dah kata, segala-galanya benar. Lakonan atau bukan lakonan semuanya

betul. Semuanya kehidupan.

PELAKON III :Tapi bos, lakonan ke atau bukan lakonan ke, takkan kita nak biarkan saja, nak tengok

saja orang tu berguling-guling di atas lantai tu mungkin dia sedang menderita tu. Jom

kita pergi tengok.

(Mereka menolong AZMIR, memicit-micit belakang badan dan kepalanya. Darah

masih mengalir di pipi AZMIR)

AZMIR : Kita sambung balik tadi, ya?

PELAKON II : (Kepada Pelakon I). Setelah hampir pecah kepala, dia masih ingat tentang hujahnya.

PELAKON III : Agaknya makin dihantukkan kepalanya tu, makin kuat ingatannya.

PELAKON I : Betul ke?

PELAKON II : Kalau nak tau cubalah tengok!

(Perhatian mereka terarah pada AZMIR apabila dia mula bersuara)

AZMIR :Selepas orang itu menghantukkan kepalanya ke lantai, maka darah merah pun

mengalirlah membasahi pipinya. Sesiapa yang menyaksikan kejadian itu pasti

mengatakan bahawa orang yang menghantukkan kepalanya ke lantai itu ialah orang

gila. Orang yang siuman tentu tidak berbuat demikian. Orang yang menonton tidak

tahu bahawa sebenarnya sedang mengalami dan menderita suatu kesakitan yang tidak

tertanggung, yang tidak terucap dengan kata-kata lagi. Kata-kata sudah kehilangan

makna. Kata yang bermakna adalah dengan menghantukkan kepalanya ke lantai.

(Kesemua mereka terpegun mendengar penjelasan AZMIR). Apakah saya sudah

menjawab soalan saudara? (Sambil tersenyum ke arah PELAKON I).

PELAKON I :(Semacam kagum bercampur bingung sambil menganggukkan kepalanya perlahan-

lahan). Ya, terima kasih.

(Dipetik dari drama „Bukan

Gila‟ oleh Shariff Shaary dalam antologi Sejadah Rindu, Tingkatan 5)

(Dipetik daripada drama Bukan Gila, antologi

Sejadah Rindu, DBP hlm. 75)

Page 4: Soalan 1: Rumusan - · PDF file1 Soalan 1: Rumusan [30 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti, ... Di Malaysia, tinjauan yang dijalankan pada tahun 1996 mendapati bahawa 40 jenis

1103/2

4

Soalan 2 (c) - Petikan Prosa Tradisional

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang

berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri

(i) Apakah maksud rangkai kata pekerjaan kami orang memegang negeri. [2 markah]

(ii) Sultan Muzzafar Syah melakukan beberapa pekara setelah mendengar aduan orang

Kelang.

Nyatakan perkara-perkara tersebut. [3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah akibatnya jika Sultan Muzzafar Syah terburu-buru

mempercayai aduan orang Kelang itu? [3 markah]

Maka ada seorang orang Kelang mengatakan dirinya teraniaya oleh Tun Perak sedikit. Maka ia

berdatang sembah ke bawah duli baginda. Maka baginda memberi titah kepada bentara Seri

Amertam, menyuruh berkata kepada Tun Perak. Maka Tun Perak pun datang menghadap. Maka

Seri Amerta berkata kepada Tun Perak, “Orang ini ya Tuan Tun Perak, mengadukan halnya ke

bawah Duli yang Dipertuan, mengatakan dirinya dianiaya oleh Tun Perak. Mengapakah maka

demikian pekerti tuan hamba?”

Maka diam Tun Perak tiada disahutinya kata Seri Amerta itu. Setelah tiga kali Seri Amerta

berkata-kata itu, maka barulah disahutinya oleh Tun Perak, katanya “Tuan Seri Amerta, akan tuan

hamba dijadikan Yang Dipertuan Bentara, dianugerahi pedang sebilah itu jua tuan hamba

peliharakan baik-baik, usahakan jangan diberi berkarat kemakanan. Akan pekerjaan kami orang

memegang negeri di mana tuan hamba tahu? Jikalau sebesar tempurung kelapa sekalipun, negeri

namanya; baik juga kepada kami, maka kami kerjakan, kerana Yang Dipertuan tahu akan baiknya

juga kepada kami, tiada tahu akan jahatnya. Tetapi jikalau Duli Yang Dipertuan hendak mencerca

hamba sebab orang itu, pecatlah hamba dahulu, maka cercakan hamba dengan dia. Jikalau hamba

belum dipecat, bagaimana hamba hendak dicerca?”

Syahdan, maka berkenan Sultan Muzzafar Syah mendengar kata Tun Perak itu. Pada hati

baginda,”Adapun Tun Perak ini tidaklah patut jadi bentara lagi, patut menjadi Perdana Menteri”

(Dipetik daripada Prosa Tradisional

‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’ dalam

antologi Sejadah Rindu, Tingkatan 5)

Page 5: Soalan 1: Rumusan - · PDF file1 Soalan 1: Rumusan [30 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti, ... Di Malaysia, tinjauan yang dijalankan pada tahun 1996 mendapati bahawa 40 jenis

1103/2

5

Soalan 2 (d) - Sajak

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan

menggunakan ayat anda sendiri.

SAJAK AKU MEMBACA LAGI

(i) Apakah maksud meratapi luka nasib bangsa ? [2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengangkat

martabat bahasa Melayu yang hampir tenggelam semula?

Nyatakan tiga saranan anda. [3 markah]

(iii) Huraikan dua bentuk sajak di atas. [4 markah]

Aku mendongak langit

membaca garis dan titik

menaakuli kebesaran-Mu

di bawahnya gumpalan mega

hembusan bayu dan banjaran gunung.

Kuselusuri alam

kicauan burung

desiran ombak dan wajah pelangi

mewarnai kehidupan umat-Mu

Aku mendongak langit

membaca lagi

di dalamnya pohon-pohon kayun rapuh

daun-daun berguguran

helai demi helai

di lantai tanah airku yang makmur

Aku membaca langit

kutemui

bulan dan bintang menangis

meratapi luka nasib bangsa

Aku mendongak lagi

menitis air mata langit

membasahi bahasa Melayuku

yang berdarah.

Razali Mohd. Yussof

Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,

Dewan Bahasa dan Pustaka

Page 6: Soalan 1: Rumusan - · PDF file1 Soalan 1: Rumusan [30 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti, ... Di Malaysia, tinjauan yang dijalankan pada tahun 1996 mendapati bahawa 40 jenis

1103/2

6

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

[30 markah]

Jawab semua soalan

(a) Tulis satu ayat daripada perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa

anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan

imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa

atau nama khas.

(i) ikhtisar

(ii) ikhtisas

(iii) menyekat

(vi) menyumbat

(iv) tembok

(v) tebuk [6 markah]

(b) Tulis ayat-ayat di bawah supaya menjadi tiga ayat sahaja dengan mengekalkan

susunan dan maksud asal ayat-ayat tersebut.

Banyak remaja terlalu mengejar kebebasan. Mereka sanggup menjual maruah kepada

orang lain. Mereka sebenarnya tahu bahawa perbuatan mereka itu adalah salah. Pihak

berkuasa seperti polis dan pengawai pencegah maksiat memberi amaran kepada

mereka. Kegiatan mereka itu patut dihentikan segera. Pihak berkuasa akan mengambil

tindakan tegas termasuk menangkap mereka. Mereka sanggup menggadaikan maruah

kepada orang yang tidak bertanggungjawab. Mengikut undang-undang yang sedia

ada, remaja tidak boleh melakukan aktiviti sosial yang negatif. Mereka digalakkan

melakukan aktiviti yang sihat. [6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan

penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi

setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan

satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Pada abad yang serba maju ini, muncul pelbagai masaalah dalam masyarakat

dan kadangkala mencapai tahap yang dibimbangkan.

(ii) Antara kebaikan berkerja sendiri adalah kebebasan untuk memilih tempat

kerja dan membuat keputusan.

(iii) Zat protin boleh terdapat daripada telur, ikan, susu dan daging. [6 markah]

Page 7: Soalan 1: Rumusan - · PDF file1 Soalan 1: Rumusan [30 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti, ... Di Malaysia, tinjauan yang dijalankan pada tahun 1996 mendapati bahawa 40 jenis

1103/2

7

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah

dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.

Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan penggunaan kata

atau istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu

semula.

(i) Setiap pelajar-pelajar yang mengikuti seminar itu diminta mengecamkan

struktur ayat yang menyalahi hukum tatabahasa.

(ii) Semua kotak-kotak itu sudah mereka bawa dari dalam van.

(iii) Pihak yang melemparkan ulasan itu sebenarnya mengambil berat kepada segala

kepincangan yang berlaku. [6 markah]

(e) Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, kemukakan tiga peribahasa yang

menggambarkan tiga situasi yang berbeza yang terdapat dalam petikan ini.

Aku dengan Anzalna bersahabat baik sejak kecil. Aku mempercayai dirinya dan yakin

bahawa di adapat menyimpan rahsiaku, namun telahanku silap. Anzalna telah

menceritakan rahsia peribadiku kepada orang lain sedangkan sebelum ini dia pernah

berjanji untuk menyimpan rahsia tersebut walau berlaku apa-apa sekalipun. Betullah

kata orang tua-tua bahawa kita tidak boleh menyamakan orang lain seperti diri kita.

Mungkin sekarang Anzalna sudah berubah. Sungguhpun begitu, tiada apa-apa yang

boleh dibuat lagi. Semuanya sudah terlambat. Aku sudah tidak mempercayai dirinya

lagi. [6 markah]

Page 8: Soalan 1: Rumusan - · PDF file1 Soalan 1: Rumusan [30 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti, ... Di Malaysia, tinjauan yang dijalankan pada tahun 1996 mendapati bahawa 40 jenis

1103/2

8

Soalan 4: Novel

[15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut.

(i) Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin

(ii) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latif bin Talib

(iii) Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor

(iv) Pantai Kasih karya Azmah Nordin

(v) Songket Berbenang karya Khairuddin Ayip

(vi) Tirani karya Beb Sabariah

(vii) Bima Sakti Menteri karya Sri Rohayu Mohd Yusop

(viii) Silir Daksina karya Nizar Parman

(a) Bahagian peleraian merupakan pengakhiran sebuah cerita.

Huraikan peleraian dalam novel yang telah anda kaji. [7 markah]

(b) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua peristiwa yang

menunjukkan konflik. [8 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT