€¦ · web viewlihat jadual di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya....

17
(BAHAGIAN A) [20 markah] Soalan 1 hingga 13 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1 "Mengapa________ selalu datang lewat ke sekolah? Nampaknya________terpaksa mengambil tindakan yang tegas," kata guru disiplin. A kamu … kita B mereka … dia C awak … saya D dia … kami 2 Kata Laksama Hang Tuah kepada Sultan Muzaffar Shah, "Silalah ________ santap hidangan ini." A beta B beliau C tuanku D baginda 3 Dia akan bertolak ___________ Melaka __________ pukul 9.00 pagi ini. A ke … pada B kepada … pada C di … kepada D dari … kepada 4 Dia pasti akan menjual kucing kesayangannya itu __________ ditawarkan dengan harga yang tinggi. A tatkala B namun C sekiranya D bagaimanapun 1

Upload: others

Post on 03-Jan-2020

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: €¦ · Web viewLihat jadual di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Juara-juara Futsal Piala Dunia Tahun Pasukan Pemenang Jaringan Tuan Rumah 1978 Argentina

(BAHAGIAN A)[20 markah]

Soalan 1 hingga 13

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 "Mengapa________ selalu datang lewat ke sekolah? Nampaknya________terpaksa mengambil tindakan yang tegas," kata guru disiplin.

A kamu … kitaB mereka … diaC awak … sayaD dia … kami

2 Kata Laksama Hang Tuah kepada Sultan Muzaffar Shah, "Silalah ________ santap hidangan ini."

A betaB beliauC tuankuD baginda

3 Dia akan bertolak ___________ Melaka __________ pukul 9.00 pagi ini.

A ke … padaB kepada … padaC di … kepadaD dari … kepada

4 Dia pasti akan menjual kucing kesayangannya itu __________ ditawarkan dengan harga yang tinggi.

A tatkalaB namunC sekiranyaD bagaimanapun

5 Termometer itu tidak dapat digunakan lagi kerana ______ kacanya  telah  pecah.

A jejariB kekisiC bebuliD kekuda

1

Page 2: €¦ · Web viewLihat jadual di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Juara-juara Futsal Piala Dunia Tahun Pasukan Pemenang Jaringan Tuan Rumah 1978 Argentina

6 Beberapa __________ pemandu kereta telah ditahan oleh se__________ polis semasa operasi malam tadi kerana tiada lesen memandu.

A orang … angkatanB kawan … pasukanC orang … pasukanD kawan … angkatan

7 __________, rajin sungguh Nureen membantu ibunya menyiram pokok bunga di halaman rumah!

A WahB HaiC NahD Eh

8 Warna kain pelekat semakin _________ selepas dicuci beberapa kali.

A kecutB lunturC lusuhD susut

9 “Kamu mesti pandai _________ rakit ini, jika tidak kamu mesti terlanggar batu,” pesan Komander Zaim.

A mengawalB menjagaC memeliharaD mendayung

10 Bangunan yang baru siap dibina itu akan dirasmikan __________ Timbalan Menteri Pendidikan 1 pada hari Khamis hadapan.

A oleh B dengan C bagaiD untuk

11 Usahlah dirahsiakan hal itu. ____________ akan diketahui orang juga.

A Setidak-tidaknyaB Sehari-harianC Habis-habisanD Lama-kelamaan

2

Page 3: €¦ · Web viewLihat jadual di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Juara-juara Futsal Piala Dunia Tahun Pasukan Pemenang Jaringan Tuan Rumah 1978 Argentina

12 Dia ______________ untuk menghabiskan lariannya kerana lama benar dia tidak berlari.

A termengah-mengahB terumbang-ambingC terkapai-kapaiD tersedak-sedak

13 Kanak-kanak itu merangkak di _____________ meja untuk mengambil __________bola.

A. tepi … sebuahB atas ... sebutirC bawah … sebijiD hujung … sebentuk

Soalan 14 dan 15

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat bergaris.

14 Corak batik yang cantik itu dilukis oleh seorang pereka yang terkenal.

A Pereka yang terkenal telah menghasilkan corak batik yang cantikB Pereka batik yang termasyhur telah mengeluarkan batik yang cantik ituC Corak batik yang terkenal itu telah dihasilkan oleh pereka yang cantik ituD Batik yang termasyhur itu dikeluarkan oleh seorang pereka yang terkenal

15 Sejak harga sayur-sayuran melambung tinggi, Encik Jamal menanam pelbagai jenis sayur di kawasan lapang di belakang rumah mereka.

A Kenaikan harga sayur yang mendadak memaksa Encik Jamal memanfaatkan tanah di belakang rumahnya untuk berkebun.

B Pelbagai jenis sayur ditanam oleh Encik Jamal di kawasan lapang di belakang rumahnya sejak berlakunya peningkatan harga sayur-sayuran.

C Harga sayur-sayuran naik sejak Encik Jamal menanam pelbagai jenis sayur di kawasan lapang di belakang rumahnya.

D Encik Jamal menanam pelbagai jenis sayur di belakang rumahnya pada masa lapang berikutan kenaikan harga sayur.

3

Page 4: €¦ · Web viewLihat jadual di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Juara-juara Futsal Piala Dunia Tahun Pasukan Pemenang Jaringan Tuan Rumah 1978 Argentina

Pilih ayat-ayat yang betul.

16. I Kedua kakaknya sayang akan dirinya.II Anda memanggil saya atau dia sebentar tadi?III Sejak setahun lalu ayah saya giat menulis sajak.IV Setengah murid didapati sengaja melanggar peraturan sekolah.

A I dan II B II dan III C III dan IV D I dan IV

Soalan 17 hingga 20Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Tanpa berfikir panjang, Yaakob segera melompat pagar buluh yang separas pinggangnya itu. Dia segera meluru ke arah kerbau jantan yang sedang naik angin itu. Dia begitu nekad dengan tindakannya. Dia mesti menyelamatkan nyawa Pak Hamid. Pak Hamid kelihatan mengerang menahan kesakitan. Darah membasahi pahanya. Dia tidak terdaya lagi untuk bangun menyelamatkan dirinya. "Aku perlu menarik perhatian Si Balau ini," bisik hati Yaakob. Yaakob cuba mengacah-acah Si Balau dengan menggunakan ranting senduduk. Perbuatannya itu menyebabkan Si Balau mengalih pandangannya kepada Yaakob. Kerbau jantan itu menundukkan kepala sambil menguis-nguiskan kakinya ke tanah menyerang Yaakob pula. Namun begitu, Yaakob yang sudah bersedia sempat mengelak daripada terkena tandukannya. Tiba-tiba, kedengaran beberapa das tembakan. Kepala kerbau jantan yang terkena tembakan itu berlumuran darah lalu meronta-ronta dan akhirnya tersungkur menyembah tanah. Tembakan daripada beberapa orang pasukan Rela tepat mengenai sasarannya. Yaakob dengan dibantu oleh orang-orang kampung segera memberikan bantuan kepada Pak Hamid. Beberapa orang penduduk Kampung Permatang segera membawa Pak Hamid ke hospital untuk mendapatkan rawatan memandangkan lukanya yang agak parah.

"Bersyukurlah kerana Pak Hamid selamat. Nasib baik kerbau kesayangan Pak Hamid itu dapat dibunuh. Kalau tidak, entah apa nasib Pak Hamid," terdengar keluhan Yaakob sambil melangkah kakinya. Orang-orang kampung turut memuji keberanian Yaakob yang sanggup menggadaikan nyawanya bagi menyelamatkan nyawa jirannya, Pak Hamid. Berita keberanian Yaakob telah menjadi buah mulut penduduk Kampung Permatang.

4

Page 5: €¦ · Web viewLihat jadual di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Juara-juara Futsal Piala Dunia Tahun Pasukan Pemenang Jaringan Tuan Rumah 1978 Argentina

17 Siapakah Pak Hamid berdasarkan petikan di atas?

A Ayah Yaakob B Jiran Yaakob C Sahabat Yaakob D Ahli pasukan Rela

18 Perkataan meluru dalam petikan bermaksud …

A menerpa B memburu C mengelak D menghalau

19 Pilih pernyataan yang tidak benar.

A Yaakob membawa Pak Hamid ke hospital. B Kerbau jantan mati ditembak oleh pasukan Rela. C Si Balau ialah kerbau jantan peliharaan Pak Hamid. D Keberanian Yaakob mendapat pujian orang kampung.

20 Mengapakah Yaakob melahirkan rasa kesyukuran?

A Pak Hamid dapat diselamatkan. B Orang-orang kampung memuji keberaniannya. C Dia terselamat daripada ditanduk oleh kerbau itu. D Orang-orang kampung telah menyelamatkan Pak Hamid.

5

Page 6: €¦ · Web viewLihat jadual di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Juara-juara Futsal Piala Dunia Tahun Pasukan Pemenang Jaringan Tuan Rumah 1978 Argentina

Soalan 21

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang diberi.

pada terhadap dengan di

daripada dalam kepada sebagai

Banyak dugaan dan halangan yang perlu ditempuhi golongan remaja. Pada usia

begini seseorang remaja mudah terpengaruh ___________ sesuatu yang benar atau salah.

Tanggungjawab golongan muda ___________ agama, keluarga, masyarakat dan persekitaran amat

luas. Jika remaja tahu menjaga dirinya, maruah dan nama baik keluarga, pasti remaja akan hidup

tenteram ____________ dunia dan di akhirat.

[ 4 markah ]

Soalan 22

a. Tulis ayat jawapan yang paling sesuai bagi soalan yang diberikan.

Mengapakah kita digalakkan minum air kosong sebanyak lapan gelas sehari?

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

[2 markah]

6

Page 7: €¦ · Web viewLihat jadual di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Juara-juara Futsal Piala Dunia Tahun Pasukan Pemenang Jaringan Tuan Rumah 1978 Argentina

b. Tulis dialog yang sesuai berdasarkan petikan di bawa pada ruangan jawapan yang disediakan.

_____________________________________________________________

_____________________________________________________________

_____________________________________________________________

_____________________________________________________________

[2 markah]

7

Aqib bertanya guru Sainsnya tentang kandungan makanan seimbang. Guru Sainsnya memberitahu bahawa kandungan makanan seimbang adalah seperti karbohidrat, protein, mineral, kalsium, magnesium, vitamin dan sebagainya.

Bolehkah Cikgu terangkan apakah kandungan makanan seimbang?

Page 8: €¦ · Web viewLihat jadual di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Juara-juara Futsal Piala Dunia Tahun Pasukan Pemenang Jaringan Tuan Rumah 1978 Argentina

c. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.

Apakah perumpamaan yang sesuai berdasarkan gambar di atas?

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

[2 markah]

Soalan 23

Lihat jadual di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Juara-juara Futsal Piala Dunia

Tahun Pasukan Pemenang Jaringan Tuan Rumah

1978 Argentina lwn Belanda Argentina 3 – 1 Argentina

1982 Itali lwn Jerman Barat Itali 3 – 1 Sepanyol

1986 Argentina lwn Jerman Barat Argentina 3 – 2 Mexico

1990 Jerman Barat lwn Argentina Jerman Barat 1 – 0 Itali

1994 Brazil lwn Itali Brazil 3 – 2 Amerika Syarikat

1998 Perancis lwn Brazil Perancis 3 – 0 Perancis

2002 Brazil lwn Jerman Brazil 2 – 0 Korea

a. Pertandingan Futsal Piala Dunia diadakan setiap __________________________________

8

Page 9: €¦ · Web viewLihat jadual di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Juara-juara Futsal Piala Dunia Tahun Pasukan Pemenang Jaringan Tuan Rumah 1978 Argentina

[1 markah]

b. Apakah maksud Tuan Rumah dalam jadual di atas?

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

[2 markah]

c. Tulis ‘betul’ atau ‘salah’ pada pernyataan yang diberikan. Satu daripada telah ditunjukkan sebagai contoh.

Pernyataan ‘Betul’ atau ‘Salah’

Tuan Rumah pada tahun 1974 ialah China. Salah

Argentina menang dalam perlawanan menentang Jerman Barat pada tahun 1986.

Perancis berjaya mengalahkan Brazil 3 – 0 ketika perlawanan di Perancis.

Dari tahun 1978 hingga 2002 Argentina berjaya menjadi juara sebanyak 3 kali.

Negara Asia pernah menjadi tuan rumah Futsal Piala Dunia.

[2 markah]

9

Page 10: €¦ · Web viewLihat jadual di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Juara-juara Futsal Piala Dunia Tahun Pasukan Pemenang Jaringan Tuan Rumah 1978 Argentina

Soalan 24

Baca iklan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

PEGAWAI KESIHATAN

Syarat Mesti mempunyai pengetahuan asas sebagai Pegawai Kesihatan dan

kemahiran asas perubatan Mempunyai kelulusan berkaitan di peringkat sijil atau diploma Berpengalaman dalam bidang pengurusan perubatan Tingkah laku yang baik dan tidak mempunyai tabiat buruk Warganegara Malaysia Gaji ditawarkan bermula RM2600.00, Elaun perkhidmatan RM1000.00

Calon yang berminat sila hubungi 012-2967123

a. Perkataan pengetahuan dalam petikan boleh juga digantikan dengan perkataan

________________________

[ 1 markah ]

b. Mengapakah jawatan ini memerlukan calon yang mempunyai kemahiran asas perubatan?

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

[ 2 markah]

c. Pada pendapat anda apakah perbezaan jawatan pegawai perubatan dengan doktor seperti

maklumat yang terdapat dalam iklan di atas?

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

[ 2 markah]

10

Page 11: €¦ · Web viewLihat jadual di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Juara-juara Futsal Piala Dunia Tahun Pasukan Pemenang Jaringan Tuan Rumah 1978 Argentina

d. Razak seorang pengamal perubatan tradisional. Adakah beliau boleh memohon jawatan ini? Mengapa?

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

[ 3 markah]

Soalan 25

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Labu adalah khazanah yang dihasilkan daripada tanah liat yang dibakar dan digilap sebelum digunakan. Labu digunakan oleh para pengkaji sejarah sebagai tanda yang membuktikan kewujudan tamadun-tamadun zaman dahulu terutamanya pada zaman prasejarah.

Di Malaysia, penggunaan labu telah wujud sejak beribu-ribu tahun dahulu. Hal ini terbukti melalui penemuan khazanah ini seperti di Bukit Ulu Lembu, Perlis, Ghua Cha, Kelantan dan Ulu Tembeling, Pahang.

Pelbagai jenis labu telah dihasilkan. Labu-labu ini biasanya digunakan dalam kehidupan sehari-harian. Bagi suku-suku kaum di Sabah dan Sarawak, labu digunakan untuk upacara keagamaan.

Kini, terdapat empat buah negeri yang secara umumnya masih mengusahakan kraftangan ini. Negeri Perak terkenal dengan “Labu Sayong”, Pahang terkenal dengan “Labu Terenang”, “Mambong” pula terkenal di Kelantan dan Sarawak pula terkenal dengan “Pasu Sarawak”.

Labu-labu yang dihasilkan ini lazimnya berbeza antara satu dengan yang lain berdasarkan reka corak, reka bentuk atau warnanya. Hal ini demikian kerana setiap negeri ini mempunyai cara pembuatan labu yang berbeza serta pengaruh budaya yang berbeza yang menggerakkan daya kreativiti penciptanya bagi menghasilkan labu yang cantik dan unik.

Labu-labu dihasilkan daripada tanah liat yang telah dijemur dan diayak tanahnya.Kemudian tanah-tanah ini dibancuh dan diuli sebelum dibentuk.Peringkat terakhir ialah di mana labu-labu ini dibakar menggunakan sabut kelapa kering.

a. Apakah fungsi labu kepada ahli pengkaji sejarah?

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

11

Page 12: €¦ · Web viewLihat jadual di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Juara-juara Futsal Piala Dunia Tahun Pasukan Pemenang Jaringan Tuan Rumah 1978 Argentina

[1 markah]

b. Pada pendapat anda, mengapakah labu masih digunakan sehingga hari ini?

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

[2 markah]

c. Susunkan proses membuat labu berdasarkan petikan di atas ke dalam peta pemikiran yang

diberi.

Proses Membuat Tembikar

[ 1 markah ]

d. Apakah perbezaan yang wujud antara labu yang dicipta? Mengapa hal ini berlaku?

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

[3 markah]

12

Tanah diayakTanah diayak Tanah dibentuk

Digilap

Tanah diwarnakan Tanah diuli Tanah dibersihkan Tanah dibakar

Page 13: €¦ · Web viewLihat jadual di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Juara-juara Futsal Piala Dunia Tahun Pasukan Pemenang Jaringan Tuan Rumah 1978 Argentina

13