soalan 1

13
SOALAN 1 JELASKAN PRINSIP UTAMA DALAM MERENCANA PEMBANGUNAN MAPAN Pembangunan mapan lazimnya merujuk kepada pembangunan lestari atau pembangunan seimbang iaitu pembangunan yang adil dengan memenuhi kehendak generasi masa kini tanpa mengorbankan keperluan generasi yang akan datang contohnya sumber alam yang dinikmati oleh generasi masa kini masih juga dapat dinikmati oleh generasi yang akan datang. Pembangunan mapan ini dilihat amat penting diamalkan dalam sesebuah negara terutamanya negara-negara yang pesat membangun adalah untuk mengelakkan serta melambatkan kepupusan sumber. Ia juga penting bagi melambatkan kepupusan sumber tenaga fosil dan juga kepupusan sepsis. Kepentingan pembangunan mapan ini juga adalah bagi memastikan industri pengeluaran tidak merosakkan alam sekitar. Konsep pembangunan lestari telah lama wujud namun kemajuan sains dan teknologi telah memberi kuasa kepada masyarakat untuk mengganggu sistem alam semulajadi. Eksploitasi sumber alam semulajadi secara besar-besaran telah menyebabkan kitara semulajadi terganggu. Menurut World Commission on Environment Development (WCED), konsep pembangunan mapan adalah untuk mengatasi masalah polarisasi antara alam dengan pembangunan. Masyarakat tidak perlu menghentikan pembangunan tetapi perlu menukar arah pembangunan untk memenuhi keperluan masyarakat.

Upload: syuhakim

Post on 29-Jun-2015

154 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: SOALAN 1

SOALAN 1

JELASKAN PRINSIP UTAMA DALAM MERENCANA PEMBANGUNAN MAPAN

Pembangunan mapan lazimnya merujuk kepada pembangunan lestari atau pembangunan

seimbang iaitu pembangunan yang adil dengan memenuhi kehendak generasi masa kini tanpa

mengorbankan keperluan generasi yang akan datang contohnya sumber alam yang dinikmati

oleh generasi masa kini masih juga dapat dinikmati oleh generasi yang akan datang.

Pembangunan mapan ini dilihat amat penting diamalkan dalam sesebuah negara terutamanya

negara-negara yang pesat membangun adalah untuk mengelakkan serta melambatkan kepupusan

sumber. Ia juga penting bagi melambatkan kepupusan sumber tenaga fosil dan juga kepupusan

sepsis. Kepentingan pembangunan mapan ini juga adalah bagi memastikan industri pengeluaran

tidak merosakkan alam sekitar.

Konsep pembangunan lestari telah lama wujud namun kemajuan sains dan teknologi

telah memberi kuasa kepada masyarakat untuk mengganggu sistem alam semulajadi. Eksploitasi

sumber alam semulajadi secara besar-besaran telah menyebabkan kitara semulajadi terganggu.

Menurut World Commission on Environment Development (WCED), konsep pembangunan

mapan adalah untuk mengatasi masalah polarisasi antara alam dengan pembangunan.

Masyarakat tidak perlu menghentikan pembangunan tetapi perlu menukar arah pembangunan

untk memenuhi keperluan masyarakat. Melalui laporan yang dikemukakan oleh WCED juga

menegaskan, pembangunan lestari bukan merupakan keadaan harmoni yang berkekalan tetapi

lebih kepada proses perubahan yang berlaku iaitu eksploitasi sumber, peluang pelaburan,

orientasi perkembangan teknologi dan perubahan institusi yang dilaksanakan secara bersama

untuk penuhi keperluan semasa dan masa depan.

Pembangunan yang memenuhi keperluan merujuk kepada capaian tiga matlamat iaitu

sosial, ekonomi dan ekologi. Faktor yang mempengaruhi matlamat sosial, ekonomi dan ekologi

saling berkaitan dan tidak boleh dipisahkan. Oleh itu, objektif sesuatu pembangunan perlu

merangkumi ketiga-tiga elemen sosial, ekonomi dan ekologi. Namun, terdapat percanggahan

pendapat dalam kalangan pemikir daripada bidang berlaina. Menurut Dresner (2002), terdapat

Page 2: SOALAN 1

pencanggahan antara pakar ekonomi dan pakar alam sekitar yang membincangkan tentang

kebolehan teknologi dapat menggantikan modal semula jadi dan had penerimaan idea tentang

pembangunan mapan sebagai pembangunan yang menghabiskan modal semulajadi. Dalam

model klasik pembangunan mapan, wujud keadaan yang mana weak vs strong iaitu kemapanan

lemah dan kemapanan kuat. Kemapanan lemah merujuk kepada alam sekitar dan masyarakat

secara asas dalam keadaan berasingan. Manakala kemapanan kuat merujuk kepada model

alternatif untuk pembangunan mapan yang menyatakan ekonomi merupakan sebahagian

daripada masyarakat. Masyarakat dan ekonomi merupakan sebahagian daripada sfera ekologi.

Masyarakat dan ekonomi saling bergantung kepada ekologi dan tidak dapat berfungsi tanpa

persekitaran ekologi yang sihat.

Dalam pembangunan mapan, terdapat beberapa pendekatan yang digunakan dalam sektor

industri primer. Terdapat tiga kategori sektor industri primer iaitu sektor perhutanan, sektor

pertanian dan sektor perlombongan. Dalam sektor perhutanan, pendekatan yang digunakan ialah

dengan pengurangan penenbangan pokok dan juga dengan mengadakan rancangan tanam semula

untuk menggantikan pokok yang telah ditebang. Pendekatan pembangunan mapan bagi sektor

pertanian pula ialah dengan meningkatkan pengeluaran produk pertanian yang berkualiti baik

dan berhasil tinggi seiring dengan pengurangan penggunaan baja kimia. Sektor yang terakhir

ialah sektor perlombongan yang menggunakan pendekatan dengan menggantikan bahan api fosil

dengan bahan api yang boleh diperbaharui seperti tenaga solar, air dan angin. Andai sektor-

sektor yang terlibat tidak mengamalkan pendekatan pembangunan mapan, alam sekitar akan

mendapat kesan yang buruk seperti perubahan imbangan sinaran tenaga dan juga terdapat

gangguan kitaran hidrologi.

Dalam merencanakan pembangunan mapan, pengurusan sumber adalah perkara yang

penting untuk diberikan perhatian. Pengurusan sumber perlu dilakukan dengan secara

terancanga bagi mengelakkan negara berhadapan dengan masalah pada masa hadapan. Antara

kepentingan pengurusan sumber secara terancangan ialah bagi kepentingan masa depan.

Pengurusan sumber penting untuk menjamin bekalan yang berterusan terutama sumber yang

tidak boleh diperbaharui. Sumber yang tidak boleh diperbaharui seperti sumber galian (contoh:

petroleum) jika tidak diuruskan dengan baik akan meninggalkan kesan seperti menjejaskan

Page 3: SOALAN 1

politik dan ekonomi negara. Jika suatu hari nanti pengurusan sumber petroleum negara tidak

diuruskan dengan baik, negara akan berhadapan dengan kehabisan sumber ekonomi negara dan

negara perlu mengeluarkan belanja besar bagi mengimport sumber petroleum dari negara-negara

pengeluar yang lain.

Pengurusan sumber yang baik dan terancang juga memberi kesan kepada kepentingan

alam sekitar. Jika sumber alam tidak diurus dengan baik, akan mengakibatkan kesan negatif

kepada alam sekitar seperti mewujudkan pencemaran alam sekitar. Contohnya, kegiatan

pembalakan tanpa penggantian semula akna menyebabkan ekosistem terganggu. Tambahan pula

kegiatan hakisan akan berlaku dengan lebih buruk apabil hujan turun dengan jumlah yang

banyak. Pengurusan sumber secara terancang juga mempunyai kepentingan kepada sosial. Hal

ini kerana, kadar pertumbuhan penduduk yang cepat memerlukan satu program terancangan bagi

menggelakkan kes seperti kekurangan sumber makanan dan penyakit akibat daripada kekurangan

zat makanan. Kepentingan yang terakhir ialah kepentingan ekonomi yang mana melihat kepada

perkembangan industry yang memerlukan banyak sumber alam. Tanpa sumber alam yang

berterusan ekonomi sesebuah negara akan terjejas. Justeru, sumber semulajadi perlu diurus

dengan baik supaya tidak berlaku pembaziran.

Dalam membicarakan soal pembangunan mapan ini, kita boleh melihat kepada satu

contoh industri yang mengambil tanggungjawab dan peranan dalam menjaga ekologi alam

sekitar seiring dengan menjana ekonomi negara. Contoh yang dapat dilihat adalah melalui

syarikat Lafarge Malayan Cement yang menjalankan industri simen iaitu sejenis bahan yang

berbentuk serbuk halus berwarna kelabu yang digunakan untuk menyebatikan pasir dan batu

menjadi matriks konkrit padu. Ia juga adalah pelekat yang menggabungkan kebanyakkan

infrastruktur global yang moden. Namun, dalam menjalankan industri mereke, Lafarge turut

mengambil kira mengenai beberapa isu yang berkaitan dengan kitaran ekologi alam semulajadi

iaitu langkah bagi memulihkan kuari batu kapur yang tandus, mengurangkan sisa buangan,

mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida dalam proses pengeluaran dan kesan tempatan

daripada debu simen, bunyi dan trafik. Dalam pada masa yang sama juga terdapat peluang

pemulihan sumber bagi tujuan bahan buangan yang dikeluarkan oleh industri lain melalui cara

yang mesra alam dan bertanggungjawab.

Page 4: SOALAN 1

Pembangunan mapan bagi syarikat Lafarge Malayan Cement adalah memenuhi

permintaan jangka pendek tanpa menjejaskan masa depan perniagaan serta masa depan generasi

akan datang. Prinsip-prinsip Lafarge dalam mencapai pembangunan mapan adalah melalui tiga

tanggungjawab iaitu tanggungjawab ekonomi, tanggungjawab alam sekitar dan tanggungjawab

sosial. Dalam tanggungjawab ekonomi, mereka bertanggungjawab untuk membina nilai melalui

peningkatan prestasi yang berterusan iaitu melalui nilai produk, bayaran cukai, peluang

pekerjaan serta faktor-faktor ekonomi yang tidak langsung yang termasuk dalam kecekapan kos.

Bagi tanggungjawab terhadap alam sekitar pula, Lafarge berperanan untuk membina perniagaan

yang mesra alam yang mapan dengan berpandukan Dasar Alam Sekitar iaitu mewujudkan sistem

pengurusan alam sekitar dengan kawalan yang ketat di setiap lokasi dan pemulihan sumber –

sumber bernilai dalam tanur pihak Lafarge. Pihak Lafarge telah mensasarkan untuk

mengurangkan pelepasan karbon dioksida sebanyak 20 peratus bagi setiap tan simen di antara

tahun 1990 dan 2010. Pihak Lafarge juga mengawal peleasan debu di bawah 50mg/Nm3 iaitu di

bawah had yang telah ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar sekitar 100 atau 150 mg/Nm3.

Menerusi tanggungjawab sosial pula, pihak Lafarge mempunyai komitmen untuk menyediakan

suasana yang sihat dan selamat untuk pekerja dan komuniti tempatan,

Page 5: SOALAN 1

SOALAN 2

JELASKAN APAKAH TINDAKAN-TINDAKAN YANG DIAMBIL OLEH KERAJAAN

MALAYSIA TERHADAP KONSEP PEMBANGUNAN BERTERUSAN

Selaras dengan pembangunan pesat dalam negara, kerajaan juga tidak mengambil mudah

terhadap kesan-kesan pembangunan terhadap alam sekitar. Kerajaan bertanggungjawab dan

mengambil peranan dalam memelihara alam sekitar di samping menjalankan pembangunan agar

wujud keseimbangan antara dua entiti ini.

Kerajaan Malaysia telah mengambil beberapa langkah dalam konsep pembangunan

berterusan antaranya ialah dengan mengadakan Dasar Teknologi Hijau. Dasar Teknologi Hijau

ditakrifkan sebagai satu dasar yang mengaplikasi teknologi moden untuk memulihara sumber

dan alam sekitar semula jadi dan mengawal kesan negative aktiviti manusia. Konsep ini

berhubung rapat dengan prinsip pembangunan mapan iaitu pembangunan hendaklah memenuhi

keperluan masyarakat masa kini tanpa mengabaikan keperluan generasi akan datang. Dasar ini

mempunyai tiga (3) fungsi utama iaitu untuk mengkaji dan menggubal dasar untuk

meningkatkan pembangunan mapan melalui aplikasi teknologi hijau. Fungsi yang kedua ialah

bagi mempromosikan dasar teknologi hijau untuk menyokong pembangunan inovasi teknologi

hijau dan mengawal serta mengurus potensi risiko. Fungsi yang terakhir ialah bagi menyediakan

kerangka perundangan untuk menyokong pembangunan teknologi hijau.

Dalam usaha melaksanakan Dasar Teknologi Hijau, ianya bersandar kepada beberapa

strategi seperti promosi dan pelaksanaan pembangunan tenaga boleh diperbaharu yang efektif

dalam sektor tenaga dan sektor air. Dasar ini juga mempromosikan dan melaksanakan program

kecekapan tenaga yang efektif dalam sektor tenaga dan sektor air, mewujudkan peluang

pekerjaan berkaitan dengan teknologi hijau, mewujudkan peluang aktiviti ekonomi berkaitan

teknologi hijau, mengorientasikan semula industri-industri sedia ada untuk mempraktikkan

amalan teknologi hijau. Selain daripada itu, dasar ini juga mempromosikan pembangunan

strategi Research and Development (R&D) dalam teknologi hijau kea rah pengkomersilan bagi

Page 6: SOALAN 1

pasaran tempatan, peningkatan pembangunan modal insane dalam bidang teknologi hijau dan

akhir sekali penubuhan rangkaian strategic dengan stakeholders yang utama dan relevan.

Pelaksanaan Dasar Teknologi Hijau ini diperkukuhkan lagi dengan pembinaan bangunan

Pusat Tenaga Malaysia (PTM) yang terletak di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi. Bangunan ini

diiktiraf sebagai bangunan hijau petama di negara ini dan mempunyai ciri-ciri yang unik

antaranya bangunan dilengkapi dengan sistem fotovoltanik bersepadu bangunan (BIPV) yang

berfungsi sebagai sel menyimpan tenaga solar (suria) 93kwP (kilowatt peak). Kelebihan

bangunan ini adalah melalui penerapan unsur-unsur penjimatan tenaga dan tenaga boleh

diperbaharui iaitu gandingan teknologi kecekapan tenaga yang dipertingkatkan dan teknologi

penjanaan tenaga daripada sumber diperbaharui. Bangunan ini juga mempunyai dua ciri utama

iaitu mengurangkan penggunaan tenaga dan menjana sendiri sebahagian tenaga daripada yang

digunakan. Secara ringkasnya, pembinaan bangunan ini melambangkan usaha-usaha serta

tindakan yang diambil kerajaan dalam memelihara alam sekitar di samping menjalankan

kegiatan pembangunan kerana bangunan bercirikan bangunan hijau ini berfungsi mengurangkan

penggunaan cahaya elektrik dengan menerapkan unsur-unsur pencahayaan siang.

Selain daripada itu, kerajaan juga menubuhkan Majlis Teknologi Hijau yang berperanan

sebagai badan penyelaras peringkat tertinggi dalam kalangan kementerian, agensi, sektor swasta

dan pihak berkepentingan utama bagi mendokong Dasar Teknologi Hijau yang mempunyai

empat tunggak iaitu menggunakan teknologi hijau bagi mempromosikan kecekapan tenaga,

meminimumkan kesan pada alam sekitar, pembangunan ekonomi negara dan meningkatkan

kualiti hidup.

Tindakan lain yang diambil oleh kerajaan dalam konsep pembangunan berterusan ialah

dengan mengadakan garis panduan bagi kod etika dalam pelbagai bidang antaranya bidang

ekopelancongan yang diselia oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan.

Konsep ekopelancongan adalah perjalanan dan lawatan yang melibatkan individu atau kumpulan

untuk bertanggungjawab terhadap alam sekitar yang dibawa ke tempat-tempat bersifat alam

semulajadi bagi menikmati dan menyedari akan sifat semula jadi dan menggalakkan

pemuliharaan alam sekitar. Ia juga membolehkan penglibatan secara aktif masyarakat setempat

Page 7: SOALAN 1

di dalam aktiviti sosio-ekonomi. Oleh kerana aktiviti pelancongan ini berteraskan kepada alam

sekitar di samping menjana ekonomi, maka kerajaan mengambil tindakan dengan mengadakan

piagam untuk pelancongan mapan bagi mengelakkan penyalahgunaan atau pencemaran berlaku

dalam aktiviti pelancongan ini.

Piagam untuk Pelancongan Mapan ini diterima oleh Persidangan Sedunia Pelancongan

Mapan di Lanzarote, Canary Islands, Sepanyol pada bulan April 1995. Antara prinsip dan

objektif pengisytiharan piagam ini ialah pembangunan pelancongan haruslah berdasarkan kepada

ciri-ciri kemapanan iaitu mesti dapat bertahan dari segi ekologi dalam jangka masa panjang,

berdaya maju dari segi ekonomi dan adil dari segi etika dan sosial bagi masyarakat setempat.

Pelancongan juga perlu menyumbang kepada pembangunan mapan dan penggabungannya

dengan alam semulajadi, kebudayaan manusia dengan menghormati imbangan yang unggul

kepada banyak destinasi pelancongan terutama di pulau-pulau kecil dan kawasan yang sensitive

kepada alam sekitar.

Kerajaan Malaysia melalui Jabatan Alam Sekitar juga mengambil tindakan dalam

penekanan konsep pembangunan berterusan dengan mengadakan Penilaian Impak Alam Sekitar

(EIA). Penilian Impak Alam Sekitar merupakan satu proses pencegahan daripada berlaku

kemerosotan kualiti alam sekitar. Penilaian ini bertujuan mengelakkan berlakunya kerugian

besar khususnya terhadap alam sekitar akibat daripada kesilapan perancangan dan pelaksanaan

sesuatu projek pembangunan.

Penilaian Impak Alam Sekitar ini merupakan satu pendekatan yang menyeluruh ke arah

pengurusan alam sekitar yang melibatkan kawalan dan perancangan sumber jaya agar wujud

keseimbangan antara kepentingan projek pembangunan dengan pemeliharaan dan pemuliharaan

alam sekitar yang berkualiti. Pemuliharaan sumber alam sekitar bermaksud usaha-usaha

melestarikan bekalan sumber alam yang telah diteroka menerusi usaha-usaha memelihara dan

membaikpulih sumber setelah digunakan terutama sumber yang boleh diperbaharui seperti air

dan hutan supaya sumber tersebut tidak pupus atau tidak boleh digunakan lagi. Misalnya

program penanaman semula anak pokok bakau, penghutanan semula dan rawatan semula air.

Page 8: SOALAN 1

Oleh itu, sesuatu projek pembangunan khususnya projek mega yang hendak dijalankan

memerlukan pemaju untuk menyediakan laporan EIA yang lengkap untuk diteliti dan diluluskan

oleh pihak berkuasa iaitu merujuk kepada Ketua Pengarah, Jabatan Alam Sekitar. Pihak

berkuasa mempunyai kuasa untuk menangguh atau membatalkan sesuatu projek jika tidak

menepati kehendak dan syarat yang ditetapkan dalam Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar.

Antara contoh aktiviti pembangunan yang memerlukan laporan Penilaian Impak Alam

Sekitar ialah pembinaan lapangan terbang iaitu pembinaan lapangan terbang yang mempunyai

dua landasan 2500 meter atau lebih dan juga pembinaan lapangan terbang dalam taman negara.

Contoh aktiviti lain ialah perhutanan. Laporan peniliaan diperlukan bagi perhutanan yang

bertujuan pengubahan hutan bukit yang meliputi 50 hektar atau lebih, pembalakan mengubah

kawasan tadahan kepada kegunaan lain dan juga pembalakan melebihi 500 hekta atau lebih.

Kerajaan Malaysia juga telah mengambil beberapa langkah lain dalam konsep

pembangunan berterusan, antaranya ialah melalui langkah perundangan dengan melaksanakan

Akta Perhutanan Negara 1984, mewartakan kawasan hutan simpan yang terbahagi kepada tiga

kelas iaitu hutan perlindungan, hutan berhasil dan hutan lipur, melaksanakan penebangan

berpilih dan berkitar. Malaysia mengamalkan Sistem Sebaya Malaya (MUS) dan Sistem

Pengurusan Tebangan Memilih (SMS), mengadakan program penanaman semula hutan iaitu

Perladangan Hutan Kompensatiri serta pembangunan dan penyelidikan berkaitan pengurusan,

penjagaan dan perawatan hutan

Page 9: SOALAN 1

SOALAN 3

PILIH SATU ISU BERKAITAN ALAM SEKITAR BESERTA LANGKAH

PENGURUSANNYA DAN HURAIKAN. (