smart study skill for setiabudi jan 2014

8
AZZAHRA PROFESSIONAL MANAGEMENT SERVICES No.107, Tingkat 1, Jalan Komersil Senawang 4,, Taman Komersil Senawang, 70450 Senawang, Negeri Sembilan Tel: 017-3727486 / Faks: 06-6715366 [email protected] Student Mapping a Right Track Kertas Kerja Cadangan Smart Study Skills Workshop Untuk SEKOLAH MENENGAH SETIABUDI Tarikh: 6 Januari 2014 & 7 Januari 2014 Masa: 8.00 pagi 4.00 petang Tempat: Dewan Sekolah Sekolah Menengah Setiabudi Gombak, Kuala Lumpur

Upload: akademi-azzahra

Post on 31-Dec-2015

24 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Program Rahsia Belajar Mudah untuk sekolah seluruh Malaysia.Hubungi 012-6797486 (En Imran)

TRANSCRIPT

Page 1: Smart Study Skill for Setiabudi Jan 2014

AZZAHRA PROFESSIONAL MANAGEMENT SERVICES

No.107, Tingkat 1, Jalan Komersil Senawang 4,, Taman Komersil Senawang, 70450 Senawang, Negeri Sembilan Tel: 017-3727486 / Faks: 06-6715366

[email protected]

Student Mapping a Right Track

Kertas Kerja Cadangan Smart Study Skills Workshop

Untuk

SEKOLAH MENENGAH SETIABUDI

Tarikh:

6 Januari 2014 & 7 Januari 2014

Masa: 8.00 pagi – 4.00 petang

Tempat:

Dewan Sekolah Sekolah Menengah Setiabudi

Gombak, Kuala Lumpur

Page 2: Smart Study Skill for Setiabudi Jan 2014

AZZAHRA PROFESSIONAL MANAGEMENT SERVICES

No.107, Tingkat 1, Jalan Komersil Senawang 4,, Taman Komersil Senawang, 70450 Senawang, Negeri Sembilan Tel: 017-3727486 / Faks: 06-6715366

[email protected]

PENGENALAN

“ Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia itu sebagai sebaik- baik kejadian ”

( Surah At Tiin : 4 )

Manusia pada fitrah kejadiannya telah dicipta dengan penuh teliti dan suci untuk

diangkat martabatnya sebagi pemimpin dan pemegang amanah untuk bertanggungjawab

pada memakmurkan alam raya. Darjat manusia ditinggikan melebihi seluruh makhluk yang

lain.

Dengan keseimbangan tahap kecerdasan Akal, Rohani, Emosi dan Fizikal, manusia

pastinya mampu membina kecemerlangan pada impian yang tersimpan pada kepercayaan

diri. Apabila manusia mengerti dan menghayati akan tujuan penciptaannya, seluruh

kehidupannya akan terarah untuk membangkit potensi tersebut bagi mencapai maksud

agung penciptannya iaitu memakmurkan muka bumi yang bermula dengan membina

kecemerlangan diri.

Didalam menjalani kehidupan, setiap manusia akan membuat keputusan untuk

memberi balas dan bertindak pada kepercayaan yang terbina didalam diri. Kepercayaan

itu pula terbina pada setiap yang masuk ke dalam diri melalui pintu pancaindera dan

membentuk pandangan hidup, sistem kepercayaan, sistem nilai dan kesemuanya ini akan

membentuk sikap. Dari sikap inilah lahirnya tingkahlaku zahiriah seseorang yang menjalani

kehidupan sehariannya.

Maka, untuk melahirkan manusia yang mampu mencipta kejayaan yang hakiki,

sistem kepercayaan seseorang itu perlu dibina dengan menjuruskan pandangan hidup,

sistem kepercayaan, sistem nilai dan sikap ke arah yang ingin dicapai. Sistem kepercayaan

positif yang sudah terbina di dalam diri akan membentuk jatidiri yang perkasa.

Dalam merealisasikan harapan ini, Azzahra Professional telah merangka modul

khusus untuk tujuan di atas. Program-program pembangunan insan giat dijalankan bagi

memastikan para pelatih mempunyai ilmu dan pandangan hidup yang benar untuk

membentuk jatidiri yang kukuh sekaligus mampu menghadapi cabaran dunia kini.

Semoga program ini mampu membantu meningkatkan pencapaian diri para pelatih

dalam menunaikan amanah selaku khalifah Allah s.w.t, seterusnya berbakti kepada agama,

bangsa dan negara.

Page 3: Smart Study Skill for Setiabudi Jan 2014

AZZAHRA PROFESSIONAL MANAGEMENT SERVICES

No.107, Tingkat 1, Jalan Komersil Senawang 4,, Taman Komersil Senawang, 70450 Senawang, Negeri Sembilan Tel: 017-3727486 / Faks: 06-6715366

[email protected]

OBJEKTIF

Meningkatkan motivasi untuk memperbaiki diri dalam diri peserta

Memberi gambaran kehidupan yang betul sabagai seorang pelajar Muslim

Memberi pendedahan dalam ilmu pengurusan kendiri pelajar Muslim

Mengadaptasi teknik – teknik kemahiran belajar yang betul kepada para pelajar melalui kaedah NLP

Menerapkan budaya pembelajaran dan persahabatan yang baik di kalangan para

pelajar

Memberi ruang dan peluang mendapatkan pengalaman berharga daripada Mantan

Pengetua Cemerlang Malaysia

PENGANJUR

Unit Bimbingan & Kaunseling Sek. Men. Setiabudi dengan kerjasama pihak Akademi Azzahra.

TARIKH

6 Januari 2014 – 7 Januari 2014 (Tidak bermalam)

TEMPAT

Dewan dan Bilik Darjah Sek. Men. Setiabudi

MODUS OPERANDI

1. Melibatkan siri ceramah (Kuliah Audio Visual dan Interaktif) dan siri Peningkatan Keilmuan dan Penjanaan Kesedaran (PKPK) sepanjang tempoh 2 hari program

2. Melibatkan kebersamaan para fasilitator dalam setiap aktiviti PKPK di dalam kelas

3. Turut mendapat kerjasama para guru dan kakitangan dalam memastikan keberkesanan program

Page 4: Smart Study Skill for Setiabudi Jan 2014

AZZAHRA PROFESSIONAL MANAGEMENT SERVICES

No.107, Tingkat 1, Jalan Komersil Senawang 4,, Taman Komersil Senawang, 70450 Senawang, Negeri Sembilan Tel: 017-3727486 / Faks: 06-6715366

[email protected]

Kuliah Audio Visual dan Interaktif Siri perkongsian pintar dan dialog oleh pakar motivasi Malaysia yang akan diadakan di dewan sekolah melibatkan pengbabitan seramai 400 pelajar dan para guru.

Peningkatan Keilmuan dan Penjanaan Kesedaran (PKPK) Para pelajar akan diagihkan mengikut kumpulan kelas dan tingkatan masing – masing untuk berada di kelas bagi sesi perkongsian pintar dan perbincangan kumpulan oleh para fasilitator berpandukan kepada modul dan permainan berkonsep yang telah disediakan.

PESERTA

Seramai 400 pelajar terdiri daripada Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5

TENTATIF PROGRAM

Rujuk lampiran 1

PENCERAMAH & FASILITATOR

Keseluruhan program latihan akan dikendalikan sepenuhnya oleh Pasukan Jurulatih Akademi Azzahra dan di bantu oleh para Fasilitator terlatih daripada Pasukan Professional Learning Facilitator (PLF)

KOS PENGENDALIAN PROGRAM

Cadangan kos keseluruhan ini termasuk:

Pembangunan Modul

Jurulatih perunding / penceramah jemputan

Khidmat fasilitator seramai 30 orang

Dokumentasi pelajar & Sijil Penyertaan

Pengurusan Teknikal & Kelengkapan PKPK

Sebutharga akan disertakan kemudian merujuk kepada perbincangan bersama kedua

belah pihak.

Page 5: Smart Study Skill for Setiabudi Jan 2014

AZZAHRA PROFESSIONAL MANAGEMENT SERVICES

No.107, Tingkat 1, Jalan Komersil Senawang 4,, Taman Komersil Senawang, 70450 Senawang, Negeri Sembilan Tel: 017-3727486 / Faks: 06-6715366

[email protected]

KEPERLUAN PROGRAM

Pihak kami memohon kerjasama pihak sekolah untuk menyediakan:

Sistem siaraya bersama pembesar suara

Whiteboard (jika ada)

Projektor LCD & Skrin

Sijil kepada Penceramah

Sijil kepada pihak Fasilitator

Sijil kepada pihak syarikat pengendali

RUMUSAN

Diharapkan program ini mendapat sokongan daripada semua pihak dan berjaya

mencapai objektif yang telah digariskan. Usahasama ini akan menjadi lebih lancar apabila

semua pihak menggembeleng tenaga memainkan peranan secara berterusan.

Semoga Allah S.W.T merahmati usaha ini dan membantu kita semua dalam

pembentukan tamadun gemilang.

“We cannot always build the future for our youth, but we can build youth for the future.”

(Franklin D. Rooservelt)

Kertas cadangan disediakan oleh, ……………………………………………….. MUHAMMAD IMRAN MOKHTAR Akademi Profesional Azzahra 012-6797486

Page 6: Smart Study Skill for Setiabudi Jan 2014

AZZAHRA PROFESSIONAL MANAGEMENT SERVICES

No.107, Tingkat 1, Jalan Komersil Senawang 4,, Taman Komersil Senawang, 70450 Senawang, Negeri Sembilan Tel: 017-3727486 / Faks: 06-6715366

[email protected]

Lampiran

CADANGAN TENTATIF PROGRAM

HARI PERTAMA

8.00 am Pendaftaran & Taklimat

8.30 am Kuliah Audio Visual Interaktif I Pengurusan Masa Pelajar Cemerlang Cadangan I En. Azman Mohd Nawi Ketua Editor Majalah FOKUS SPM Pengurusan Masa Pelajar Cemerlang Cadangan II En. Azif bin Abd Razak Principle Trainer ABAR Group of Companies 10.30 am Rehat 11.00 am Kuliah Audio Visual Interaktif II

Minda Pelajar Cemerlang Melalui Teknik NLP En. Ridzuan Osman NLP Certified Master Trainer 1.00 pm Rehat dan Solat Zuhur 2.00 pm Peningkatan Keilmuan dan Penjanaan Kesedaran I Kemahiran Belajar & Mendengar Kemahiran Kerja Berpasukan (Group Study) 3.00pm Peningkatan Keilmuan dan Penjanaan Kesedaran II Kemahiran Mengambil & Membuat Nota Gaya MAPPiCXS 4.00 pm Bersurai

HARI KEDUA

8.00 am Pendaftaran & Taklimat

8.30 am Kuliah Audio Visual Interaktif III “Smile, Respect, Appreciate”

Pn Raffidah Asnawi Managing Director RA Training & Consultancy 10.30 am Rehat

Page 7: Smart Study Skill for Setiabudi Jan 2014

AZZAHRA PROFESSIONAL MANAGEMENT SERVICES

No.107, Tingkat 1, Jalan Komersil Senawang 4,, Taman Komersil Senawang, 70450 Senawang, Negeri Sembilan Tel: 017-3727486 / Faks: 06-6715366

[email protected]

11.00 am Kuliah Audio Visual Interaktif IV Dialog Bersama Mantan Pengetua Cemerlang Malaysia Pn Hjh Rokiah bte Alias Kolej Tunku Kurshiah, Negeri Sembilan 1.00 pm Rehat dan Solat Zuhur 2.00 pm Peningkatan Keilmuan dan Penjanaan Kesedaran III

Kemahiran Mengingat 3.00pm Peningkatan Keilmuan dan Penjanaan Kesedaran IV

Kemahiran Merangka Perancangan Belajar Secara Individu dan Berkumpulan

3.30 pm Penutup dan penyampaian sijil

Page 8: Smart Study Skill for Setiabudi Jan 2014

AZZAHRA PROFESSIONAL MANAGEMENT SERVICES

No.107, Tingkat 1, Jalan Komersil Senawang 4,, Taman Komersil Senawang, 70450 Senawang, Negeri Sembilan Tel: 017-3727486 / Faks: 06-6715366

[email protected]

Lampiran

CADANGAN ANGGARAN KOS

PERKARA JUM PESERTA

JUMLAH (RM)

Pengurusan Konsultansi

Penceramah (4 orang X RM 400)

Fasilitator (30 orang X RM 200 untuk 2 hari)

Peralatan Tulis + Fail (RM 3 Seorang)

Nota Kuliah & Modul PKPK (RM 5 seorang)

Sijil Penyertaan

400

600.00

1,600.00

6,000.00

1,200.00

2,000.00

600.00

JUMLAH KESELURUHAN 12,000

RINGGIT MALAYSIA DUA BELAS RIBU SAHAJA

Nota: Pihak kami mengalu-alukan perbincangan bersama kedua belah terlebih dahulu

kerana kertas cadangan ini adalah TIDAK MUKTAMAD. Sebarang perbincangan dan

perubahan tertakluk kepada persetujuan kedua belah pihak atas kepercayaan

bersama. Namun, ianya tidak menjadi halangan dan bebanan bagi kami untuk

memastikan objektif program ini tercapai sepenuhnya atas kepercayaan yang

diberikan.

Terima kasih atas kerjasama yang diberikan. Moga dipermudahkan segalanya.

Amin.