smart grill

57
1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Negara selalu digemparkan dengan kematian akibat terperangkap semasa kebakaran. Amat menyedihkan lagi terdapat mangsa menjerit-jerit meminta pertolongan sebelum menghadapi kematian, tetapi orang ramai tidak dapat melakukan apa–apa tindakan disebabkan jeriji yang dipasang mati pada tingkap mahupun pintu. Alangkah sedih dan kesal selepas kebakaran dapat dipadamkan, didapati mayat mangsa yang terperangkap tadi berada berhampiran pintu atau tingkap yang telah dipasang jeriji. Jika tiada jeriji atau jeriji yang boleh dibuka mungkin mangsa dapat diselamatkan.”

Upload: acik-fai-rusz

Post on 22-Jun-2015

8.112 views

Category:

Education


7 download

DESCRIPTION

Telah memenangi ANUGERAH EMAS INOVASI pertandingan COMPEX PSA 2012...

TRANSCRIPT

Page 1: Smart Grill

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

“ Negara selalu digemparkan dengan kematian akibat terperangkap

semasa kebakaran. Amat menyedihkan lagi terdapat mangsa menjerit-jerit meminta

pertolongan sebelum menghadapi kematian, tetapi orang ramai tidak dapat

melakukan apa–apa tindakan disebabkan jeriji yang dipasang mati pada tingkap

mahupun pintu.

Alangkah sedih dan kesal selepas kebakaran dapat dipadamkan, didapati

mayat mangsa yang terperangkap tadi berada berhampiran pintu atau tingkap yang

telah dipasang jeriji. Jika tiada jeriji atau jeriji yang boleh dibuka mungkin mangsa

dapat diselamatkan.”

( Petikan Pendahuluan Buku Garis Panduan Pemasangan Jeriji Di Kediaman Oleh

Ketua Pengarah, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) [1] pada 1 Ogos

2004 )

Page 2: Smart Grill

2

Rekabentuk jeriji keselamatan yang sediada pada pintu dan tingkap di

kediaman kebanyakannya tidak menepati aspek keselamatan secara keseluruhannya.

Ini kerana rekabentuk yang ada hanya memfokuskan untuk mencegah kepada kes-

kes kecurian sahaja tanpa mengambil kira aspek lain seperti keselamatan penghuni

ketika waktu kebakaran dan kecemasan (gempa bumi, rompakan, banjir, tanah

runtuh, letupan gas, litar pintas dan kehilangan anak kunci).

“ Rekabentuk dan pemasangan jeriji keselamatan pada masa kini, telah

menjadi salah satu perangkap maut kepada penghuni dan menyukarkan pasukan

penyelamat untuk mengeluarkan mangsa yang terperangkap di kediaman apabila

berlaku kecemasan.”

( Petikan Dari Ucapan Ketua Pengarah, JBPM [1] Negeri Pahang )

Oleh yang demikian, satu penambahbaikan perlu dibuat dengan

merekabentuk jeriji keselamatan yang mudah dibuka tanpa menggunakan kunci dari

dalam kediaman oleh penghuni ketika berlaku kecemasan.

1.2 Penyataan Masalah

Pemasangan jeriji keselamatan jenis tetap dan bermangga pada tingkap

dan pintu kediaman merupakan salah satu halangan utama bagi mangsa untuk

melepaskan diri ketika kecemasan.

“KUALA KRAI: Seorang ibu menyelamatkan tiga anaknya dalam

kebakaran rumah mereka di Taman Sri Guchil di sini, semalam, sebelum maut

apabila terperangkap selepas gagal membuka jeriji pintu utama.”

(Petikan diambil daripada myMetro, 7 Mei 2011)

Page 3: Smart Grill

3

Mangsa akan terperangkap disebabkan jeriji keselamatan berkunci dan

tidak dapat dibuka dengan segera. Hal ini terjadi kerana mangsa bergegas keluar dari

rumah untuk menyelamatkan diri dan dalam situasi panik, mereka terlupa di mana

letaknya anak kunci tersebut. Kejadian ini akan mengakibatkan mangsa terperangkap

di dalam rumah.

“Norma Ali, 25, yang sedang mengandung anak sulung, terperangkap di

antara pintu rumah dan pintu jeriji di bahagian hadapan rumahnya ketika sedang

tergesa-gesa hendak keluar rumah berikutan gegaran gempa bumi yang berlaku

petang tadi.”

(Petikan diambil daripada Laporan Bernama, 30 September 2009)

Manakala bagi pasukan keselamatan pula, jeriji keselamatan yang

dipasang oleh penghuni akan melambatkan proses untuk menyelamat dan

mengeluarkan mangsa ketika kecemasan kerana pasukan keselamatan perlu

memotong jeriji keselamatan yang bermangga dan berkunci terlebih dahulu sebelum

dapat menyelamatkan mangsa.

1.3 Objektif

Objektif projek ini adalah seperti berikut :

1. Mengenalpasti kadar kebakaran di rumah kediaman bagi Negeri

Selangor.

2. Merekabentuk satu jeriji keselamatan pada tingkap atau pintu yang

menepati Garis Panduan Pemasangan Jeriji di Kediaman [3] oleh

JBPM.

3. Menentukan keberkesanan pemasangan jeriji keselamatan dari segi

masa, kos, kualiti dan fungsi.

Page 4: Smart Grill

4

1.4 Skop Projek

Projek ini akan dijalankan di kawasan rumah kediaman bagi memastikan

keselamatan penghuni ketika berada di rumah mahupun ketika penghuni tiada di

rumah.

Dengan adanya Smart Grill ini, penghuni dapat mencegah risiko

kecurian, rompakan, dan kematian akibat terperangkap ketika berlakunya kebakaran

atau kecemasan.

Kawasan kediaman dipilih disebabkan kadar peningkatan kemalangan

akibat berlakunya kebakaran. Selain itu, kerana kurangnya ciri-ciri keselamatan

seperti tiada pengawal keselamatan untuk mengawasi rumah dan juga tiada

pemasangan alat-alat penggera keselamatan di kawasan rumah.

Penekanan aspek keselamatan yang menyeluruh dalam merekabentuk

dan memasang jeriji keselamatan perlu diutamakan supaya objektif projek dan

keberkesanan pelaksanaannya berjaya dicapai.

Page 5: Smart Grill

5

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Kajian literatur bertujuan menghuraikan tentang kajian terhadap

peralatan pencegah kebakaran di Malaysia, kelemahan-kelemahan yang wujud pada

jeriji keselamatan yang sediada, masalah-masalah yang perlu diatasi dan teori-teori

sokongan yang berkaitan agar objektif utama kajian ini tercapai.

Kajian ini tidak hanya tertumpu kepada kelemahan yang ada pada jeriji

keselamatan semata-mata bahkan juga kelemahan yang ada pada sistem keselamatan

yang lain seperti alat pengera keselamatan, alat pengesan asap, sistem automatik

pembukaan jeriji dan ‘grill lock’.

Page 6: Smart Grill

6

2.2 Kajian Terhadap Keselamatan Kebakaran

Di Malaysia, kebakaran diketahui telah memberi ancaman kepada nyawa,

harta benda dan alam sekitar. Merujuk statistik kemalangan akibat kebakaran, rumah

kediaman mencatatkan jumlah yang paling tinggi berbanding premis-premis lain dan

kadar tersebut meningkat pada setiap tahun.

Manakala data statistik kebakaran yang berlaku di rumah kediaman

mengikut negeri pula menunjukkan Negeri Selangor mencatatkan jumlah yang

tertinggi berbanding negeri-negeri lain.

Mohd Sufyan (2009) [2] juga pernah menganalisis statistik kebakaran

yang melibatkan bangunan antara tahun 2004 hingga 2008 di mana data tersebut juga

menunjukkan bahawa pada tahun 2004, rumah kediaman mencatatkan sebanyak

1497 kes, pada tahun 2005 sebanyak 1689 kes, pada tahun 2006 sebanyak 1741 kes,

pada tahun 2007 sebanyak 1735 kes dan pada tahun 2008 sebanyak 1775 kes. Ini

jelas menunjukkan bahawa rumah kediaman merupakan penyumbang utama kadar

peningkatan kes kebakaran di Malaysia.

2.3 Jeriji Keselamatan Jenis Tetap

JBPM [1] telah menghasilkan satu buku Garis Panduan Pemasangan

Jeriji Di Kediaman pada tahun 2004 [3]. Buku ini dihasilkan bertujuan untuk

memberi kefahaman tentang konsep asas dan syarat-syarat pemasangan jeriji di

kediaman.

Menurut satu kajian yang dibuat oleh JBPM [1] Negeri Pahang, jeriji

keselamatan jenis tetap kebanyakkannya dipasang pada tingkap jenis ram kaca boleh

laras, tingkap bukaan keluar dan tingkap jenis gelangsar. Jeriji ini dipasang pada

Page 7: Smart Grill

7

kesemua tingkap yang terdapat dalam rumah seperti bilik-bilik tidur, bilik air, ruang

tamu dan dapur seperti yang ditunjukkan dalam rajah 2.1 dibawah.

Rajah 2.1: Jeriji Keselamatan Jenis Tetap Dipasang PadaTingkap

Kebaikan pemasangan jeriji jenis ini ialah pencuri tidak dapat memecah

masuk ke dalam rumah melalui tingkap yang ada. Tetapi apabila berlaku sesuatu

kebakaran ataupun kecemasan, penghuni yang berada dalam rumah tidak dapat

melepaskan diri melalui tingkap tersebut kerana dihalang oleh pemasangan jeriji

jenis tetap ini. Perihal ini terjadi apabila kebakaran tersebut berlaku pada laluan

keluar kecemasan utama seperti di bahagian pintu bilik tidur, pintu dapur dan pintu

utama (pintu depan rumah).

Page 8: Smart Grill

8

2.4 Jeriji Keselamatan Jenis Bermangga dan Berkunci

Jeriji keselamatan jenis bermangga dan berkunci ini dipasang pada

tingkap jenis bukaan keluar, tingkap jenis gelangsar, pintu jenis bukaan ke dalam,

pintu jenis bukaan keluar dan pintu jenis gelangsar seperti yang ditunjukkan dala

rajah 2.2 di bawah.

Rajah 2.2 : Jeriji Keselamatan Jenis Bermangga dan Berkunci Dipasang Pada Pintu

Kebaikan pemasangan jeriji jenis bermangga dan berkunci ini boleh

digunakan sekiranya berlaku kebakaran di laluan kecemasan utama yang terdapat di

dalam rumah, dimana penghuni boleh melepaskan diri melalui tingkap yang

berdekatan dengan membuka selak kunci atau pun mangga kunci yang terdapat pada

jeriji tersebut.

Namun begitu, dalam situasi panik, penghuni tidak dapat mencari anak

kunci untuk membuka mangga kunci tersebut menyebabkan mangsa akan

Page 9: Smart Grill

9

terperangkap. Hal ini diburukkan lagi sekiranya anak kunci tersebut hilang dan tidak

mempunyai set kunci pendua.

Terdapat beberapa kes mangsa maut dan terperangkap akibat halangan

jeriji di rumah kediaman. Pada 9 Julai 2011, satu kejadian kebakaran berlaku di

Sandakan, Sabah. Kejadian ini meragut sebanyak 6 orang yang menghuni kediaman

tersebut. Pihak media melaporkan bahawa kesemua penghuni tersebut gagal

menyelamatkan diri kerana pintu dan tingkap rumah tersebut berjeriji. Mangsa

tersebut juga dipercayai gagal menemui kunci pintu dan kunci jeriji kerana panik.

(Sumber dari laman web easycomeseasygoes.blogspot) [4] .

Satu lagi kes mangsa terperangkap akibat halangan jeriji berlaku di

Putrajaya pada 30 September 2009. Mangsa merupakan seorang ibu hamil lima bulan

cemas berikutan terperangkap hampir sejam di rumah kediamannya yang berada di

tingkat teratas pangsapuri 16 tingkat di Presint 14. Mangsa tergesa-gesa hendak

keluar dari rumah tersebut berikutan berlaku gegaran gempa bumi dan menyebabkan

beliau tidak sempat mengambil kunci pintu dan kunci jeriji. Beliau terperangkap

diantara pintu utama dan jeriji disebabkan oleh beliau takut untuk mengambil kunci

yang tertinggal di dalam rumah. (Sumber dari laporan media Bernama) [5].

Menurut Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri

(2012) [6] yang menguruskan kuarters perumahan kakitangan awam yang bekerja di

Putrajaya dan Kuala Lumpur, kelemahan lain yang ada pada jeriji keselamatan jenis

berkunci dan bermangga ini ialah apabila berlaku kerosakan pada mangga kunci

tersebut seperti mangga kunci tidak dapat dibuka setelah memasukkan anak kunci

pada lubang mangga kunci tersebut. Perkara ini selalunya terjadi disebabkan oleh

lubang kunci berkarat.

Page 10: Smart Grill

10

2.5 Sistem Automatik Pembukaan Jeriji Keselamatan

Sistem Automatik Pembukaan Jeriji Keselamatan ini merupakan satu

inovatif terhadap pemasangan jeriji yang ada. Menurut Mohd Sufyan (2009) [2],

Sistem ini dibangunkan bagi mengatasi kelemahan yang ada pada jeriji keselamatan

jenis berkunci. Rajah 2.3 di bawah menunjukkan alat automatik pembukaan jeriji

keselamatan.

Rajah 2.3: Alat Automatik Pembukaan Jeriji Keselamatan

Kelemahan yang ada pada sistem ini ialah ianya bergantung sepenuhnya

terhadap bekalan elektrik. Sekiranya bekalan elektrik terputus maka sistem ini tidak

dapat berfungsi. Begitu juga halnya apabila terdapat serangan virus pada sistem

automatik tersebut.

Page 11: Smart Grill

11

Kos pemasangan sistem automatik ini adalah tinggi. Hanya penghuni

yang berkemampuan dari segi kewangan sahaja yang mampu memasang sistem ini

pada kediaman mereka. Manakala penghuni yang tidak berkemampuan dari segi

kewangan tidak dapat memasangnya.

Kos penyelenggaraan pada sistem ini juga adalah tinggi. Penghuni perlu

sentiasa membeli software anti virus yang pelbagai bagi menangani serangan virus

yang menyerang data sistem utama automatik ini. Begitu juga halnya apabila

komponen-komponen peralatan utama pada sistem ini mengalami kerosakan. Kos

penggantian peralatan yang rosak kepada peralatan yang baru juga amat tinggi dan

berkemungkinan peralatan-peralatan tersebut sukar didapati di pasaran tempatan.

Pembekal terpaksa mengimport peralatan tersebut dari negara luar.

2.6 Pengesan Asap dan Pengesan Kebakaran

Menurut Wikipedia (2011) [7], alat pengesan asap dipasang bertujuan

untuk mengesan asap yang terdapat di dalam rumah. Ini merupakan satu amaran awal

kepada penghuni dan membolehkan penghuni keluar menyelamatkan diri. Rajah 2.4

di bawah menunjukkan alat pengesan asap manakala rajah 2.5 menunjukkan

Sprinkler iaitu sejenis alat untuk memadamkan api dengan menyiram air.

Rajah 2.4: Alat Pengesan Asap

Page 12: Smart Grill

12

Rajah 2.5 : Sprinkler

Menurut Wikipedia (2011) [7] lagi, George Andrew Darby merupakan

orang yang pertama mempatenkan alat pengesan haba dan pengesan asap jenis

elektrik pada tahun 1902 di Birmingham, England. Manakala Duane D. Pearsall

membuat inovasi dengan mencipta alat pengesan asap yang hanya menggunakan

bateri berkuasa double A. Alat ini dijual oleh syarikat milik Duane D. Pearshall iaitu

Statitrol Corporation di Lakewood, Colorado.

Menurut National Buyer House Association (NBHA) (2004) [8], alat

pengesan asap dapat membantu menyelamatkan diri hampir 50% lebih tinggi

berbanding bangunan yang tidak memilikinya.

Kelemahan yang ada ialah, selalunya penghuni tidak mengendahkan

amaran yang diberi oleh alat ini kerana alat ini akan berbunyi sebaik sahaja

mengesan asap-asap kecil seperti asap rokok. Kos pemasangan dan penyelenggaraan

alat ini juga adalah tinggi dan hanya golongan kaya sahaja yang akan memasangnya

pada kediaman rumah mereka.

Page 13: Smart Grill

13

2.7 Grill Lock

Grill lock adalah sejenis alat untuk mengunci jeriji keselamatan jenis

gelangsar pada tingkap jenis bukaan keluar dan tingkap jenis gelangsar. Alat ini

mudah dipasang dengan hanya membuat lubang pada dinding konkrit di bawah jeriji

tingkap dan mengetatkannya dengan skru.

Sistem penguncian utama pada alat ini ialah pin berdiameter 5mm

dipasang dibahagian bawah alat untuk menahan sebatang besi bar penahan yang

berada berdekatan dengan bahagian bawah kekunci jeriji.

Kelebihan grill lock ini adalah sistem pengunciannya mudah dibuka dari

dalam bangunan kediaman oleh semua golongan umur apabila berlaku kebakaran

mahupun kecemasan dengan hanya menarik pin pengunci yang terdapat di bahagian

bawah alat ini seterusnya memudahkan dan mempercepatkan proses menyelamatkan

diri.

Kelebihan lain adalah penjenayah seperti pencuri tidak dapat memasuki

rumah melalui tingkap disebabkan oleh jeriji keselamatan tidak boleh dibuka dari

luar bangunan dan alat penguncian tidak boleh dicapai dari luar. Bahagian

Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri (2012) [6] memasang alat ini pada

semua jeriji jenis gelangsar pada tingkap kuarters kerajaan di Putrajaya.

Kelemahan Grill lock ini ialah alat pengunciannya terletak terlalu rendah

sehinggakan bayi yang merangkak boleh mencapai dan menarik pin pengunci grill

lock tersebut. Sekiranya pin pengunci ini hilang, jeriji keselamatan tersebut tidak

dapat dikunci dan mudah dibuka dari luar oleh penjenayah sekiranya pin pengunci

yang hilang tidak diganti.

Menurut Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri [6],

Grill lock ini juga sukar didapati kerana tidak semua tempat ada menjual peralatan

ini dan terpaksa mengimport dari negara luar seperti Singapura.

Page 14: Smart Grill

14

2.8 Loceng Kecemasan, Lampu Kecemasan, dan Sistem Pancuran Basah

dan Kering.

Loceng kecemasan, lampu kecemasan dan sistem pancuran basah dan

kering selalunya dipasang pada bangunan-bangunan pejabat, premis-premis

perniagaan, bangunan sekolah, bangunan hospital, kompleks membeli-belah dan

kompleks lapangan terbang. Rajah 2.6 di bawah menunjukkan alat-alat tersebut.

Rajah 2.6: Loceng Kecemasan, Lampu Kecemasan, Alat Pancuran Basah dan

Kering

Page 15: Smart Grill

15

Fungsi utama alat-alat tersebut adalah sama dengan alat pengesan asap

dan pengera kebakaran iaitu memberi amaran awal kepada penghuni bangunan-

bangunan tersebut untuk menyelamatkan diri apabila berlaku sesuatu kebakaran atau

kecemasan.

Kelemahan alat-alat tersebut ialah kos pemasangan dan penyelenggaraan

yang tinggi menyebabkan alat-alat ini hanya dipasang pada bangunan-bangunan

tersebut. Pemilik kediaman selalunya tidak mampu untuk menyediakan alat-alat

tersebut.

2.9 Dasar Yang Diamalkan Oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat

Malaysia (JBPM) [1]

Pada tahun 2004, JBPM [1] telah menggariskan satu panduan

pemasangan jeriji di kediaman agar pemasangannya selamat kepada penghuninya.

Pihak JBPM [1] telah mengamalkan dasar berikut :

1. Pemasangan jeriji tidak dibenarkan bagi semua pembinaan Balai Bomba

dan Kuarters.

2. Pemasangan jeriji tidak digalakkan bagi kediaman.

3. Jika perlu, pemasangan jeriji mestilah :

a. Mempunyai tatacara membuka tanpa kunci yang mudah di- buka dari

dalam premis ketika kecemasan,

b. Kos pemasangan dan penyelenggaraan yang tidak membeban-kan,

dan

Page 16: Smart Grill

16

c. Telah merujuk dan mendapat nasihat dari pegawai jabatan.

4. Jika pemasangan dengan kunci diperlukan, tatacara pembukaannya mestilah

mudah dilakukan oleh semua lapisan golongan.

2.9.1 Kesesuaian Lokasi Pemasangan Jeriji

Setiap kediaman dicadangkan memasang jeriji mudah buka di

mana-mana lokasi terutamanya premis 2 dan 3 tingkat bagi tindakan

yang rasional oleh golongan orang dewasa.

Kediaman yang melebihi 3 tingkat, bolehlah memasang ke

laluan yang selamat seperti anjung bilik, laluan koridor atau ke anjung

kediaman jiran.

Keutamaan pemasangan di kediaman seperti asrama, rumah

kedai, tempat berhimpun dan hotel mestilah diberikan perhatian.

Pemasangan jeriji amatlah baik jika dibandingkan dengan pemasangan

Alat Pengesan Asap Mudah Alih.

2.9.2 Spesifikasi Rekabentuk Pemasangan Jeriji

Gambarajah 2.1 hingga 2.9 merupakan rekabentuk

pemasangan jeriji yang dibenarkan oleh JBPM [1]. Gambarajah ini juga

terdapat di dalam buku Garis Panduan Pemasangan Jeriji Di

Kediaman[3].

Page 17: Smart Grill

17

Rajah 2.7: Jeriji Tingkap Yang Boleh Dibuka Pandangan Hadapan

Rajah 2.8: Jeriji Ensel Berjenis Pad Lock

Page 18: Smart Grill

18

Rajah 2.9: Jeriji Ensel Berjenis Spring Loaded Lock

Rajah 2.10: Pandangan Dari Dalam Bagi Jeriji Untuk Tingkap Jenis

Gelunsur

Page 19: Smart Grill

19

Rajah 2.11: Tingkap Jeriji Jenis Lipat

Rajah 2.12: Tingkap Jeriji Jenis Gelunsur dan Lipat

Page 20: Smart Grill

20

Rajah 2.13: Tingkap Jeriji Jenis Louvers Beserta Security Mild Steel

Bars

Rajah 2.14: Tingkap Jeriji Jenis Gelunsur Yang Dipasang di Bahagian

Luar

Page 21: Smart Grill

21

Rajah 2.15: Pandangan Dari Dalam Bagi Jeriji Yang Dilengkap

Dengan Penyelak Spring Loaded

2.10 Kesimpulan

Bagi menangani kelemahan-kelemahan yang terdapat pada jeriji

keselamatan yang sedia ada di pasaran, maka satu rekabentuk pemasangan jeriji

keselamatan iaitu Smart Grill yang boleh dipasang mengikut saiz pintu dan mudah

dibuka dari dalam bangunan oleh penghuni untuk menyelamatkan diri tanpa

menggunakan kunci atau mangga.

Smart grill juga hanya menggunakan selak kunci biasa yang boleh

dibuka dengan pantas dan kos pemasangan serta kos penyelenggaraannya adalah

murah.

Page 22: Smart Grill

22

BAB 3

METODOLOGI

3.1 Pengenalan

Bab Metodologi ini bertujuan untuk menerangkan tentang proses yang

digunakan bagi penghasilan rekabentuk Smart Grill secara lebih terperinci.

Rekabentuk Smart Grill ini mematuhi syarat-syarat yang telah digariskan di dalam

Buku Garis Panduan Pemasangan Jeriji Di Kediaman [3].

Selain itu, terdapat juga beberapa subtopik yang akan diterangkan di

dalam bab ini seperti instrumentasi kajian, analisis data, penghasilan produk Smart

Grill , pemasangan Smart Grill dan seterusnya pengujian keberkesanannya dari segi

masa, kos, kualiti dan fungsi.

Page 23: Smart Grill

23

3.2 Prosedur Kajian

Rajah di bawah menunjukkan proses kajian yang telah dibuat bagi

penghasilan Smart Grill.

Rajah 3.1: Carta Alir Metodologi Kajian

Mula

Mengenalpasti masalah yang sediada

Mengumpulkan data dan maklumat

Membuat kajian data dan maklumat yang diperolehi

Penghasilan Smart Grill

Pengujian Kebekesanan

Tamat

Respon

Page 24: Smart Grill

24

3.3 Analisis Data

a) Mengenalpasti Masalah Yang Sediada

Setelah masalah berkenaan jeriji keselamatan dan sistem pencegahan

kebakaran yang sediada dikenalpasti, maka pengumpulan data dan maklumat

berkenaan dijalankan.

b) Mengumpulkan Data Dan Maklumat

Pengumpulan data dan maklumat yang berkaitan diperolehi melalui hasil

pembacaan iaitu daripada laporan-laporan media di surat khabar dan juga di internet

mengenai mangsa yang terperangkap dan maut akibat halangan daripada jeriji

sediada. Pencarian untuk tambahan maklumat juga dilakukan dengan merujuk

kepada laman web yang berkaitan seperti JBPM [1], dan Wikipedia [7].

Manakala bagi mendapatkan data statistik kebakaran, perjumpaan

bersama Encik Mohd Azuan [9] yang merupakan Pegawai Bomba, Ibu Pejabat di

Putrajaya adalah bertujuan untuk membincangkan berkaitan isu kebakaran di

Malaysia, dan jeriji keselamatan serta alat pencegahan kebakaran yang di terdapat di

pasaran semasa.

c) Membuat Kajian Data Dan Maklumat Yang Diperolehi

Kajian data dibuat bagi menganalisis data dan maklumat tersebut agar

bertepatan dengan objektif kajian. Daripada data yang diperolehi dari JBPM [1],

statistik data yang melibatkan kebakaran di Malaysia pada tahun 2009, 2010 dan

2011 diperolehi.

Page 25: Smart Grill

25

Kajian juga dibuat melalui Buku Garis Panduan Pemasangan Jeriji Di

Kediaman [3] dan juga mengikut Spesifikasi Piawai Untuk Kerja-Kerja Binaan

Bangunan, JKR [10] bagi Kerja Keluli dan Logam.

3.4 Penghasilan Produk

Rajah 3.2 menunjukkan lukisan rekabentuk Smart Grill yang telah

dicipta oleh kumpulan “SmartIQ”.

Rajah 3.2: Lukisan rekabentuk Smart Grill

Page 26: Smart Grill

26

Rekabentuk Smart Grill ini dicipta untuk dipasang pada pintu di rumah

kediaman. Saiz ukuran Smart Grill boleh diubahsuai mengikut kesesuaian saiz pintu

di rumah kediaman dan juga boleh direkabentuk mengikut kehendak pelanggan.

a) Prosedur Penghasilan Smart Grill

Rajah 3.3 : Carta Alir Penghasilan Smart Grill

Penghasilan Rekabentuk Smart Grill

Pemasangan Smart Grill Di Rumah Kediaman

Mengambil Ukuran

Mula

Perbincangan bersama Pelanggan

Pembuatan Smart Grill Di Bengkel

Respon

Pelanggan

Tamat

Page 27: Smart Grill

27

i- Mengambil Ukuran

Kumpulan “SmartIQ” akan mendapatkan ukuran bagi pintu di lokasi

pemasangan Smart Grill.

ii- Perbincangan Bersama Pelanggan

Perbincangan bersama pelanggan dibuat bagi memastikan rekabentuk

Smart Grill mengikut kehendak pelanggan dan kesesuaian pada lokasi. Terdapat

tiga (3) jenis bahan yang boleh digunakan iaitu Stailess Steel, Wrought Iron dan

Rectangular Hollow Section (RHS) 1”x1”.

iii- Penghasilan Rekabentuk Smart Grill

Setelah lakaran awal siap semasa perbincangan bersama pelanggan, maka

penyediaan lukisan Smart Grill menggunakan pengisian AutoCAD dibuat

mengikut ukuran sebenar di lokasi pemasangan.

iv- Respon Pelanggan

Mendapatkan respon pelanggan mengenai Smart Grill yang dicipta.

Setelah mendapat kesepakatan persetujuan maka proses seterusnya adalah

melantik kontraktor bagi melaksanakan kerja-kerja pembuatan dan pemasangan

Smart Grill.

Kos bagi Smart Grill ini berjumlah RM1500.00 sahaja. Harga ini

diketahui apabila kumpulan SmartIQ telah berunding bersama kontraktor yang

dilantik untuk melaksanakan projek ini.

v- Pembuatan Smart Grill Di Bengkel

Smart Grill ini telah dibuat di Bengkel Low Seng, Ulu Bernam, Selangor

merupakan cawangan bagi Syarikat Kong Meng Welding [11], Jalan Slim Baru,

Tanjong Malim, Perak.

Page 28: Smart Grill

28

Proses penghasilan Smart Grill ini mengambil masa hanya tiga (3) hari

sahaja dimana :

Proses rundingan harga bersama rekabentuk

dan pemotongan RHS serta Welding - 1 hari

Proses mengecat - 1 hari

Proses Pemasangan di lokasi - 1 hari

vi- Pemasangan Smart Grill Di Lokasi

Setelah siap kerja-kerja pembuatan di Bengkel, Smart Grill ini telah

dipasang di pada pintu dapur ( pintu belakang ) di kediaman Encik Muhammad

Fairus bin Arshad, beralamat No.18, Jalan Kemudi 2F/2, Bernam Jaya, Selangor.

Di dalam kajian ini, lokasi pemasangan Smart Grill adalah berpandukan

Buku Garis Panduan Pemasangan Jeriji di Kediaman [3] yang telah ditetapkan.

3.5 Pengujian Keberkesanan.

Proses pengujian dilakukan untuk mengukur keberkesanan dari segi masa

dan fungsi.

Satu lakonan telah dibuat dimana terdapat dua situasi. Situasi pertama

dilakonkan pada jeriji keselamatan yang biasa dan situasi kedua dilakonkan pada

Smart Grill.

Daripada lakonan ini, masa diambil bagi membandingkan situasi

pertama dan situasi kedua untuk membuat penilaian. Selain itu, lakonan ini juga

dapat membuktikan bahawa Smart Grill ini berfungsi ataupun tidak.

Page 29: Smart Grill

29

3.6 Respon

Rekabentuk Smart Grill telah ditunjukkan kepada En. Fuad [12] Arkitek

Senibina dan En. Jamal [13] Jurutera Awam di Jabatan Pengurusan Pembangunan

dan Harta Benda, Universiti Pendidikan Sultan Idris bagi semakan dan mendapatkan

pandangan awal serta komen daripada segi kualiti Rekabentuk dan Spesifikasi.

Smart Grill ini telah ditunjukkan kepada PPgB En. Abdul Rahim [14]

Ketua Balai, Balai Bomba Tanjong Malim bertujuan untuk mendapatkan khidmat

nasihat dan komen dari segi teknikal iaitu bagi memastikan keberkesanan rekabentuk

serta lokasi pemasangan pada rumah kediaman adalah mematuhi syarat-syarat yang

telah digariskan di dalam Garis Panduan Pemasangan Jeriji di Kediaman [3].

Bagi memastikan kualiti bahan yang digunakan, rekabentuk Smart Grill

dirujuk kepada En. Mohamad Dzakir [15] Penolong Pengarah JKR, supaya

rekabentuk Smart Grill ini mengikut Spesifikasi Piawai Untuk Kerja-Kerja Binaan

Bangunan [10] bagi Kerja Keluli dan Logam.

Page 30: Smart Grill

30

BAB 4

DAPATAN DAN ANALISA DATA

4.1 Pengenalan

Analisa dibuat kepada data atau maklumat yang telah diperolehi bagi

tujuan penghasilan Smart Grill ini. Hasil analisa terhadap projek ini adalah mengikut

objektif yang telah dinyatakan pada bab 1.

4.2 Statistik Kebakaran Di Malaysia

Pada tahun 2009 hingga 2011, statistik kebakaran yang berlaku di

kediaman menunjukkan bahawa negeri Selangor merekodkan jumlah kes kebakaran

yang paling tinggi sebanyak 560 kes pada tahun 2009, 724 kes pada tahun 2010 dan

658 kes pada tahun 2011 seperti yang ditunjukkan dalam jadual 4.1 di bawah.

Page 31: Smart Grill

31

Jadual 4.1 : Statistik Kebakaran Yang Berlaku Di Kediaman Mengikut Negeri

Tahun 2009 - 2011

Negeri 2009 2010 2011

Perlis 11 19 13

Kedah 177 209 218

Pulau Pinang 182 193 201

Perak 134 167 163

Selangor 560 724 658

Kuala Lumpur 553 464 463

Negeri Sembilan 74 103 144

Melaka 98 69 97

Johor 233 229 200

Pahang 112 116 105

Terengganu 73 67 78

Kelantan 111 124 133

Sabah 213 243 312

Sarawak 169 179 201

Labuan 9 10 7

Putrajaya 3 2 1

Jumlah 2712 2918 2994

(Sumber : Bahagian Pengurusan Korporat, Jabatan Bomba dan Penyelamat,

Malaysia)

4.3 Statistik Kebakaran Di Negeri Selangor

Daripada Jadual 4.2 di sebelah menunjukkan bahawa rumah kediaman

mencatatkan jumlah kes kebakaran yang tertinggi berbanding jenis bangunan yang

Page 32: Smart Grill

32

lain. Sebanyak 2712 kes kebakaran direkodkan pada tahun 2009, 2918 kes pada

tahun 2010 dan meningkat sebanyak 2994 kes kebakaran pada tahun 2011.

Jadual 4.2 : Jenis Bangunan Yang Terlibat Dengan Kebakaran Dari Tahun

2009 –2011

Jenis Bangunan 2009 2010 2011

Kedai 569 657 713

Kilang 335 287 334

Stor 254 219 239

Bengkel 67 97 75

Hotel 34 32 40

Pusat Beli-Belah 31 21 20

Pejabat 193 143 144

Tempat Hiburan 27 28 25

Restoran 58 60 71

Rumah Kediaman 2712 2918 2994

Setinggan 69 50 62

Bilik Dapur 173 193 251

Makmal 8 10 14

Sekolah 81 82 102

Asrama 29 44 40

Hospital / Klinik 31 45 19

Gudang 10 10 17

Lain-lain 386 344 522

Jumlah 5067 5240 5689

(Sumber : Bahagian Pengurusan Korporat, Jabatan Bomba dan Penyelamat,

Malaysia)

Page 33: Smart Grill

33

4.4 Analisa Data Pengujian

4.4.1 Pengujian Masa

Satu ujian masa telah dilakukan secara lakonan yang

menggambarkan situasi kecemasan yang berlaku di bangunan kediaman. Ujian masa

ini dilakukan ke atas dua jenis jeriji iaitu jeriji jenis biasa yang sediada di pasaran

dan Smart Grill. Ujian masa ini dilakukan bertujuan untuk membuat perbandingan

tempoh masa yang diperlukan oleh mangsa untuk melarikan diri dari situasi

kebakaran atau kecemasan. Catatan masa yang direkodkan seperti dalam jadual 4.3

di bawah.

Jadual 4.3 : Ujian Masa Di Dalam Situasi Panik

Situasi Jenis Jeriji Masa

1 Jenis Biasa

(kunci dijumpai dengan mudah)

12 saat

2 Smart Grill 5 saat

Hasil ujian masa yang dilakukan, didapati mangsa berjaya melarikan diri

dari situasi panik hanya dalam tempoh 5 saat sahaja melalui Smart Grill berbanding

jeriji jenis biasa yang mencatatkan tempoh masa selama 12 saat untuk melarikan diri.

Page 34: Smart Grill

34

4.4.2 Pengujian Fungsi

Membuka selak pintu tanpa kunci

Smart Grill diturunkan ke bawah

Memanjat pintu dengan memijak

tempat pemijak yang disediakan

BERJAYA melepaskan diri

untuk keluar dari rumah

Rajah 4.1 : Ujian Fungsi

Rajah 4.1 di atas menunjukkan tatacara penggunaan bagi membuka

Smart Grill untuk menyelamatkan diri dari situasi kebakaran atau kecemasan.

LANGKAH 1

LANGKAH 3

LANGKAH 4

LANGKAH 2

Page 35: Smart Grill

35

BAB 5

PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN

5.1 Pengenalan

Bab ini membincangkan hasil dapatan kajian yang diperolehi dan menilai

keseluruhan projek ini adakah mencapai objektif yang ditetapkan dalam bab 1.

5.2 Penilaian

a) Kadar Kebakaran di Malaysia.

Merujuk kepada jadual 4.1, menunjukan bahawa Negeri

Selangor merupakan negeri yang tertinggi jumlah berlaku kebakaran

berbanding negeri-negeri lain di Malaysia. Data statistic ini menunjukkan

kadar kebakaran di Negeri Selangor meningkatan pada setiap tahun.

Page 36: Smart Grill

36

Merujuk kepada jadual 4.2, menunjukan bahawa Rumah

Kediaman merupakan kadar kebakaran yang tertinggi berbanding jenis-

jenis bangunan yang lain. Ini mungkin disebabkan kecuaian penghuni

ketika berada di rumah ataupun ketika penghuni tiada di rumah mereka.

Oleh yang demikian, berdasarkan data statistik kebakaran pada

tahun 2009 hingga tahun 2011 di Malaysia dan jenis rumah kediaman di

Negeri Selangor menunjukkan kadar kebakaran yang tertinggi setiap

tahun, maka kumpulan SmartIQ telah bersetuju memilih rumah kediaman

untuk melaksanakan projek ini.

a) Menentukan Keberkesanan Pemasangan Smart Grill.

i- Ujian Masa

Merujuk kepada keputusan masa yang telah diambil,

Situasi 1 : Jeriji keselamatan dapat dibuka menggunakan kunci (yang

mudah dijumpai) telah mengambil masa selama 12 saat untuk dapat

melepaskan diri keluar dari rumah.

Bagi Situasi 2 : SmartGrill telah berjaya dibuka hanya mengambil

masa selama 5 saat sahaja.

Smart Grill telah membuktikan kelebihannya dimana objektif projek

ini telah BERJAYA dicapai apabila mangsa berjaya keluar daripada

rumah tanpa menggunakan sebarang kunci dalam masa hanya 5 saat

sahaja. Dimana perbezaan 7 saat membuktikan kelebihan reka cipta ini.

Page 37: Smart Grill

37

ii- Ujian Fungsi

Merujuk kepada gambar lakonan di bab 4,

Langkah 1 : Menunjukkan bahawa mangsa lari ke pintu dalam

keadaan cemas dan membuka selak yang sedia ada

pada pintu.

Langkah 2 : Smart Grill terbuka dan jatuh ke bawah.

Langkah 3 : Mangsa memijak pada tempat pemijak yang

disediakan dan memanjat untuk keluar daripada

rumah yang terbakar.

Langkah 4 : Mangsa berjaya melepaskan diri untuk keluar rumah

dengan selamat.

Rekabentuk Smart Grill ini terbukti berfungsi apabila mangsa

BERJAYA melepaskan diri untuk keluar dari rumah dengan mudah tanpa

menggunakan kunci. Kejayaan ini membuktikan penghasilan Smart Grill mencapai

objektif asal bagi projek ini.

5.3 Ulasan-ulasan

Ulasan ini adalah merujuk kepada lampiran yang disertakan iaitu

daripada komen En. Mohd Fuad yang menyatkan bahawa Smart Grill ini mempunyai

rekabentuk yang inovatif dan boleh dikomersialkan.

Page 38: Smart Grill

38

En. Jamal Abdul Nasir pula menyatakan bahawa Smart Grill adalah

seperti yang dinyatakan dalam lukisan pembinaan dan mematuhi spesifikasi yang

ditetapkan.

Manakala En. Abdul Rahim telah menyatakan bahawa rekabentuk Smart

Grill ini adalah rekabentuk yang baik dan bersesuaian digunakan semasa berlaku

kebakaran.

Rujukan dan semakan bersama En. Mohamad Dzakir [15] adalag

bertujuan untuk memastikan bahan yang digunakan bagi Smart Grill menepati

spesifikasi piawai JKR [10].

5.4 Pertimbangan

Daripada ujian masa, ujian fungsi, komen mengenai rekabentuk, komen

mengenai kualiti bahan, komen daripada wakil Jabatan Bomba dan wakil daripada

JKR, maka Smart Grill ini berjaya BERJAYA mencapai OBJEKTIF projek.

Kumpulan SmartIQ bercadang untuk mempelbagaikan rekabentuk Smart

Grill supaya lebih cantik dan mempunyai nilai-nilai estatik di bangunan.

Page 39: Smart Grill

39

BAB 6

KESIMPULAN

6.1 Pencapaian

Tujuan utama projek ini adalah untuk menyelesaikan permasalahan yang

timbul (seperti yang telah diterangkan pada bab 1) dan mencapai objektif projek ini.

Usaha kumpulan SmartIQ mendatangkan hasil apabila suatu rekaan baru tercipta

dikenali sebagai Smart Grill.

Smart Grill ini adalah suatu rekabentuk yang mudah dan ringkas serta

kosnya yang murah. Walau bagaimanapun Smart Grill ini boleh diubahsuai mengikut

kehendak pelanggan dan boleh direkabentuk supaya nampak lebih cantik, menarik

serta mempunyai nilai estatika. Namun begitu konsep gelangsar yang ada pada Smart

Grill ini perlu dikekalkan.

Page 40: Smart Grill

40

6.2 Cabaran Dan Halangan

Sepanjang pelaksanaan Smart Grill, terdapat masalah yang dihadapi dalam

menyempurnakan objektif dan skop kajian. Masalah yang dihadapi ini dijadikan

cabaran dalam menjayakan projek ini.

Lima masalah yang dihadapi adalah:

i. Kesukaran untuk mendapatkan maklumat statistik data berkaitan kes

kecurian

(daripada pihak Polis). Oleh yang demikian, bagi pelaksanaan projek ini,

kumpulan Smart Grill hanya memfokuskan kepada kes kebakaran sahaja.

ii. Kesukaran untuk merekabentuk Smart Grill dimana ahli kumpulan

SmartIQ tidak mahir untuk melukis pelan rekabentuk menggunakan perisian

AutoCAD.

iii. Kesukaran mendapatkan pengesahan daripada Jurutera JKR.

iv. Kurang mendapat kerjasama daripada kontraktor untuk mengetahui harga

bahan secara terperinci.

v. Mengalami kesukaran untuk menerangkan kepada kontraktor berkaitan

rekabentuk yang terdapat didalam lukisan.

6.3 Cadangan Kajian Selanjutnya

Smart Grill ini mempunyai potensi untuk diperkembangkan pada masa akan

datang. Rekabentuk yang dibangunkan untuk kajian ini hanyalah satu rekabentuk

Page 41: Smart Grill

41

yang mudah, murah dan boleh diubahsuai mengikut kehendak dan kesesuaian di

lokasi pembinaan.

6.4 Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, diharapkan Smart Grill ini dapat dijadikan sebagai

sistem sokongan dalam membantu JBPM bagi mengurangkan kematian yang akibat

terperangkap dengan jeriji keselamatan ketika berlaku kebakaran dan kecemasan.

Selain itu, diharapkan Smart Grill ini, dipatenkan dan dikomersialkan pada

masa hadapan.

Page 42: Smart Grill

42

RUJUKAN

[1] Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

[2] Mohd Sufyan Bin Sulaiman - Sistem Pengautomatan Pembukaan Jeriji

Ketika Kebakaran 2009, Ijazah Sarjana Sains Keusahawanan (Teknologi

Maklumat).

[3] Buku Garis Panduan Pemasangan Jeriji di Kediaman

Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia pada 1 Ogos 2004.

[4] Laman web : easycomeseasygoes.blogspot

[5] Laporan BERNAMA, 30 September 2009

[6] Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri (2012)

[7] Laman web Wikipedia http : //www.wikipedia.org/

[8] National Buyer House Association

[9] En. Mohd Azuan bin Abu Hassan, Pegawai Bomba, Ibu Pejabat JPBM

di Putra Jaya.

[10] Spesifikasi Piawai untuk Kerja-Kerja Binaan Bangunan JKR bagi

Kerja Keluli dan Logam mukasurat 85.

Page 43: Smart Grill

43

[11] Mr.Meng, Kong Meng Welding, Ulu Bernam, Selangor.

[12] En. Fuad bin Eshak, Arkitek Senibina, Jabatan Pengurusan Pembangunan

Dan Harta Benda, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

[13] En. Jamal Abdul Nasir bin Baharudin, Jurutera Awam, Jabatan Pengurusan

Pembangunan Dan Harta Benda, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

[14] PPgB Abdul Rahim bin Saari, Ketua Balai, Balai Bomba Tanjung Malim.

[15] Mohamad Dzakir b. Ahmad Yusoff, Penolong Pengarah, Unit Bangunan Am,

Bahagian Kejuruteraan Awam, Cawangan Kejuruteraan Awam, Struktur dan

Jambatan, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Malaysia, Kuala Lumpur