#smart selangor

23
Media_Selangor MediaSelangor tv.selangorkini.my www.selangorkini.my BERITA LANJUT MUKA 2 #SmartSelangor PERCUMA 26 Ogos - 2 September 2016, 23 - 29 Zulkaedah 1437H BERITA PENUH MUKA � Rizab yang kukuh akan diterjemahkan dalam bentuk pembangunan untuk terus memberi manfaat kepada rakyat Selangor Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali Dato' Menteri Besar Rizab yang kukuh akan diterjemahkan dalam bentuk pembangunan untuk terus memberi manfaat kepada rakyat Selangor Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali Dato' Menteri Besar Rizab yang kukuh akan diterjemahkan dalam bentuk pembangunan untuk terus memberi manfaat kepada rakyat Selangor Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali Dato' Menteri Besar UNISEL terajui pendidikan serantau 11 Bantu petani atasi pembakaran terbuka BELANJAWAN 2017 TUMPU ASPEK PEMBANGUNAN LEBIH BERMANFAAT PEDULI RAKYAT Tubuh Institut Kajian Malaysia-Indonesia Himpun kajian berteraskan Melayu antara dua negara Terajui bidang pendidikan berteras pengajian bahasa dan bangsa Smart Selangor impak langsung kepada rakyat 6

Upload: vanminh

Post on 31-Dec-2016

289 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: #Smart Selangor

Media_SelangorMediaSelangor

tv.selangorkini.my

www.selangorkini.my

BERITALANJUTMUKA 2

#SmartSelangorPERCUMA 26 Ogos - 2 September 2016, 23 - 29 Zulkaedah 1437H

BERITA PENUH MUKA �

Rizab yang kukuh akan diterjemahkan dalam bentuk pembangunan untuk terus memberi

manfaat kepada rakyat Selangor

Dato’ Seri Mohamed Azmin AliDato' Menteri Besar

Rizab yang kukuh akan diterjemahkan dalam bentuk pembangunan untuk terus memberi

manfaat kepada rakyat Selangor

Dato’ Seri Mohamed Azmin AliDato' Menteri Besar

Rizab yang kukuh akan diterjemahkan dalam bentuk pembangunan untuk terus memberi

manfaat kepada rakyat Selangor

Dato’ Seri Mohamed Azmin AliDato' Menteri Besar

UNISEL terajui pendidikan serantau

11

Bantu petani atasi pembakaran terbuka

BELANJAWAN 2017 TUMPU ASPEK PEMBANGUNAN

LEBIH BERMANFAAT

PEDULI RAKYAT

Tubuh Institut Kajian Malaysia-Indonesia

Himpun kajian berteraskan Melayu antara dua negara

Terajui bidang pendidikan berteras pengajian bahasadan bangsa

#SmartSelangorSmart Selangor impak langsung kepada rakyat

6

Page 2: #Smart Selangor

Utama2 SelangorKini 26 Ogos - 2 September 2016

OLEH ERMIZI MUHAMAD

PEKANBARU - Universiti Selangor (Unisel) mengukuhkan kedudu-kannya menerajui bidang pen-didikan berteraskan pengajian bahasa dan bangsa terkemuka di rantau ini.

Komitmen itu dizahirkan menerusi penubuhan Institut Ka-jian Malaysia-Indonesia yang ber-peranan menghimpunkan kajian berteraskan Melayu antara kedua negara.

Dekan Fakulti Pendidikan dan

Sains Sosial Unisel, Profesor Dr Mohd Zaidi Mohd Hajazi, berkata pelaksanaannya tertumpu ke-pada inisiatif mengukuhkan pe-ranan bangsa Melayu serantau di Malaysia dan Indonesia.

“Fokusnya ke arah penyelidi-kan antara dua negara merangku-mi disiplin politik, sains sosial dan teknologi yang menjadi landasan terbaik untuk mempertemukan ahli akademik.

“Pastinya, penyelidikan dibuat ahli akademik dan penggiat baha-sa ini akan menjadi manfaat ter-

baik kepada Selangor khususnya Malaysia dan Indonesia,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata, kajian terhadap penyelidikan bahasa dan bangsa Melayu menjadi momentum ter-baik, sekali gus merungkai elemen serumpun antara kedua negara.

“Hubungan Malaysia dan Indo-nesia ini agak unik. Faktor sejarah itu sendiri mengatakan hampir 50 peratus asal usul orang Malaysia adalah dari Indonesia.

“Jadi hubungan darah dan se-rumpun ini sememangnya tidak

boleh dipisahkan kerana ia sudah lama terjalin dan perlu dikekal-kan,” katanya.

Pada masa sama, Mohd Zaidi yang juga Pengarah IKMI berkata, jurang pendidikan diyakini mam-pu menyumbang kepada penya-tuan antara budaya dan negara bangsa sejagat.

“Pendidikan itu tidak terhad, sebaliknya meliputi semua aspek dan bersifat terbuka kerana kom-ponen itu menjadi penyatuan ke-pada perkembangan sesebuah kerajaan,” katanya.

Institut Kajian Malaysia-Indonesia

UNISEL kukuh peranan bangsa Melayu serantau

PEKANBARU - Proses pertukaran pelajar membabitkan mahasiswa Universitas Lancang Kuning (ULK) dan Uni-versiti Selangor (Unisel) akan diadakan sebagai usaha me-lebar jaringan pendidikan kedua institusi pengajian tinggi itu.

Rektor ULKS, Dr Hasnati S.H.M.H, berkata keperluan berkenaannya seiring komitmen dizahirkan universiti terbabit untuk menjadi ‘rakan pendidikan’ berteraskan pembangunan Melayu dan budayawan serantau bersa-ma Unisel.

“Kita harap dapat melakukan pelbagai kegiatan khu-susnya penelitian terhadap bidang pendidikan, kema-syarakatan dan proses pertukaran pelajar yang boleh merapatkan lagi jurang pendidikan,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi temu bual eksklusif SelangorKini, di pejabatnya, di Riau, Indonesia, pada 18 Ogos lalu.

Dr Hasnati berkata, program seumpamanya mampu memberi sumbang saran kepada pertumbuhan akses pendidikan kedua negara untuk mengejar status institusi terbaik.

Pada masa sama, Dr Hasnati berkata, pihaknya terbuka menjalinkan kerjasama serantau dengan institusi penga-jian di Malaysia termasuk penganjuran Seminar Malay Ar-chipelago Postgraduate (MAPS) bersama Unisel, pada 20 dan 21 Ogos lalu.

Kerjasama pendidikan berteraskan aspek budayawan itu adalah kali ketiga dilakukan membabitkan Unisel dan ULK.

Kejar status institusi pengajian terbaik

PEKANBARU - Program pendidikan serantau antara Selangor dan negara luar perlu dipergiatkan ke arah model pendidikan seimbang serta berkesan.

Abbas Awang yang juga wakil pendidikan dari Selangor, berkata inisiatif itu mampu mempelbagai-kan fungsi pendidikan terbuka se-iring pasaran global.

“Inisiatif ini menjadi motivasi baru kepada kita untuk melihat secara global sekali gus mampu menye-

suaikan diri dalam suasana kondusif ke arah pembentukan wawasan ne-gara cemerlang.

“Mengambil contoh apa yang di-lakukan Universiti Selangor (Unisel) ini sangat baik kerana Unisel sendiri sudah lebih ke hadapan.

“Fitrahnya keberkesanan (kesan) positif itu akan terhasil secara berke-san bagi membentuk model pendi-dikan ke depan dan menyokong wa-wasan pendidikan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian me-ngulas inisiatif Unisel menjalinkan kerjasama pendidikan di Indone-sia menerusi penganjuran Seminar Malay Archipelago Postgraduated (MAPS) 2016 di Universitas Lancang Kuning, Riau di sini.

Beliau hadir mewakili Dato’ Men-teri Besar, Dato’ Seri Mohamed Az-min Ali dalam rangka kerja pendidi-kan di Indonesia, bermula 19 hingga 21 Ogos.

Kerjasama rentas sempadan

PEKANBARU - Prospek pendidikan Universiti Selangor (Unisel) diperluas ke negara luar dengan pembukaan operasi kampus baru di Bangladesh ta-hun depan.

Timbalan Naib Canselor Pentad-bir, Perancangan dan Jaringan Global Unisel, Profesor Dr Mohd Nor Nawawi, berkata inisiatif terbabit adalah peran-cangan pelan jangka panjang menjadi-kan Unisel sebagai institusi terkemuka antarabangsa.

“Unisel adalah universiti negeri dalam negara yang berjaya membuka kampus di luar negara setakat yang kita sedia maklum berbanding IPTA dan IPTS lain di Malaysia.

“Untuk tempoh ini, kita masih lagi dalam proses (perbincangan) terhadap beberapa perkara yang belum selesai.

“Namun, dalam masa singkat pem-bukaan rasminya akan dirasmikan sendiri Perdana Menteri Bangladesh nanti,” katanya kepada SelangorKini.

Mohd Nor berkata, UNISEL tidak me-nolak kemungkinan membangunkan prospek pendidikan lanjutan di Indo-nesia.

“Ini adalah usaha kita untuk terus ke hadapan kerana kita bukan sekadar menjadi hero kampung sahaja tetapi sudah mampu berdiri lebih jauh lagi.

“Kalau bukan pembinaan kampus penuh, mungkin kita boleh wujud-kan kursus Unisel di IPT Indonesia,” ka- tanya.

Bukan ‘hero kampung’

Dr Mohd Zaidi

Page 3: #Smart Selangor

Utama3SelangorKini 26 Ogos - 2 September 2016

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM - Belanjawan 2017 bakal menumpukan aspek pem-bangunan lebih bermanfaat khu-susnya buat rakyat serta anak jati Selangor.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata has-rat itu dijangka mampu direalisa-sikan berdasarkan kedudukan ku-kuh rizab kewangan negeri.

“Saya sudah maklumkan kepa-da Perbendaharaan dan Unit Per-ancang Ekonomi Negeri (UPEN)

bahawa dalam suasana ekonomi hari ini, Kerajaan Negeri bertang-gungjawab meringankan beban rakyat.

“Rizab yang kukuh akan diter-jemahkan dalam bentuk pem-bangunan untuk terus memberi manfaat kepada rakyat Selangor,” katanya pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan Sela-ngor dan Pelancaran Kempen Ki-bar Jalur Gemilang di Dewan Jubli Perak, di sini, pada 22 Ogos lalu.

Hadir sama, Yang Dipertua Maj-lis Perbandaran Klang (MPK), Dato'

Mohamad Yasid Bidin; Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Hannah Yeoh dan Setiausaha Ke-rajaan Selangor, Dato' Mohd Amin Ahmad Ahya.

Mengikut rekod, Kerajaan Negeri berjaya membentangkan belanjawan berimbang tanpa mengemukakan belanjawan tam-bahan, sejak tiga tahun lalu.

Selain itu, Kerajaan Selangor juga memperkenalkan konsep meningkatkan belanja pemba-ngunan dan mengurangkan be-lanja pengurusan.

Belanjawan 2017

Tumpu pembangunan bermanfaat

SHAH ALAM - ‘Selangorku: Seha-ti Sejiwa’ diangkat sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan 2016 di Selangor mengambil sema-ngat keharmonian antara Kera-jaan Negeri dan Persekutuan.

Perkara itu diumumkan Dato’ Menteri Besar, Dato' Seri Mo-hamed Azmin Ali pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan Negeri dan Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sul-tan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, pada 22 Ogos lalu.

Dalam majlis itu, beliau turut menyampaikan Jalur Gemilang

kepada Ketua Jabatan dan Agensi Kerajaan Selangor.

Pada masa sama, Mohamed Azmin turut mengulas kenyata-an menteri yang meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) menge-luarkan arahan supaya premis perniagaan mengibarkan Jalur Gemilang atau berhadapan huku-man.

Katanya, patrio-tisme tidak boleh diselesaikan de-ngan hukuman, sebaliknya perlu mengambil se-mangat permasy-

huran kemerdekaan yang dilaung-kan Bapa Kemerdekaan, Almarhum Tunku Abdul Rahman.

“Saya ingin mengingatkan pat-riotisme tidak boleh diselesaikan dengan hukuman dan tekanan.

“Patriotisme menuntut keber-tanggungjawaban dan ketelusan serta tidak merompak harta ne-gara juga negeri,” katanya.

‘Selangorku: Sehati Sejiwa’ tema Hari Kebangsaan ����

SHAH ALAM - Kerajaan Nege-ri bersedia memperuntukkan sejumlah dana bagi membi-na masjid baru menampung keperluan masyarakat Islam di Seksyen 24, di sini.

Bagaimanapun, Dato’ Men-teri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata beberapa isu perlu diselesaikan terlebih dahulu seperti keluasan tanah yang sesuai.

“Sebelum ini, ada isu tapak kerana tapak sedia ada pasti ti-dak dapat menampung pembi-naan masjid baru dengan kelua-san lebih besar.

“Dengan selesainya isu ini, kita akan meneliti dana yang perlu diperuntukan kepada Ja-batan Agama Islam Selangor

(Jais) untuk pembangunan mas-jid di Selangor, bukan Seksyen 24 sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menunaikan solat Ju-maat di Masjid Al-Ehsan bersa-ma penduduk di Seksyen 24, di sini, pada 19 Ogos lalu.

Terdapat keperluan pembi-naan masjid baru bagi menam-pung penduduk beragama Islam di Seksyen 24 ekoran masjid se-dia ada dibina di atas tapak kecil.

Sementara itu, Nazir Masjid Seksyen 24, Baharuddin Dawam, berkata masjid baru dicadang-kan dibina di atas tanah seluas dua hektar berhampiran Kom-pleks Warga Emas yang dimiliki organisasi bukan kerajaan, Pri-hatin.

Sedia dana bina masjid baru

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri optimis tidak akan membentang-kan belanjawan tambahan de-ngan mewujudkan perancangan strategik dan unjuran tepat.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata perancangan itu demi memas-tikan prestasi kewangan negeri dibelanjakan secara berhemah tanpa berlakunya defisit.

“Kita tidak mahu memben-tangkan belanjawan berim-bang pada bulan Oktober untuk mendapatkan persepsi positif semata-mata.

“Tetapi komitmen kita untuk tidak membentangkan belan-jawan tambahan yang menye-babkan belanjawan sebenar menjadi defisit,” katanya pada sesi perbincangan meja bulat Belanjawan 2017, di sini, pada 15 Ogos lalu.

Tahun lalu, Kerajaan Negeri berjaya menurunkan belanja mengurus dan meningkatkan belanja pembangunan secara konsisten bagi memastikan ke-san gandaan daripada aktiviti

Optimis tiada belanjawan tambahan

pembangunan positif di Sela-ngor.

Sepanjang pentadbiran Mo-hamed Azmin, Kerajaan Negeri tidak pernah mengumumkan bajet tambahan berbanding Kerajaan Persekutuan di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Na-jib Razak yang membuat ‘peng-ubahsuaian’ bajet 2016 lalu.

Kita tidak mahu membentangkan belanjawan berimbang pada bulan Oktober untuk mendapatkan persepsi positif semata-mata

MOHAMED AZMINDato’ Menteri Besar

Page 4: #Smart Selangor

Nasional4 SelangorKini 26 Ogos - 2 September 2016

Pembangunan tersusun selesai isu milikan tanahKUALA SELANGOR - Kerajaan Negeri meneruskan program pembangunan di Kampung Su-ngai Yu, di sini, dengan proses penyerahan notis 5A dibuat se-cara terus kepada penduduk kampung berkenaan.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata Kerajaan Negeri berjaya menga-tasi masalah pemilikan tanah di-hadapi penduduk di kawasan itu dengan pendekatan berkenaan.

“Kerajaan Negeri terdahulu menyerahkan kepada pemaju

bagi membangunkan tanah dan menyediakan rumah tetapi pro-gram itu gagal.

“Kita berharap dapat mewu-judkan penempatan tersusun dengan infrastruktur baik di kam-pung ini,” katanya kepada media selepas majlis penyerahan surat kelulusan dan notis 5A di De-wan Serbaguna Haji Omar, di sini, pada 19 Ogos lalu.

Dalam majlis itu, Mohamed Az-min menyerahkan notis 5A kepa-da 175 penduduk di situ.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri

membuat keputusan itu selepas mempertimbangkan permohon-an Pejabat Daerah dan Tanah Kua-la Selangor, April lalu.

“Ia juga adalah antara pro-gram Kerajaan Negeri bagi membawa pembangunan ke kawasan desa kerana kita tidak mahu tertumpu di bandar sa-haja.

“Ia perlu dilakukan di daerah lain juga kerana pembangunan moden amat penting supaya rakyat dapat menikmati kemak-muran,” katanya.

Hadiah ‘merdeka’ penduduk Kuala Selangor

KUALA SELANGOR - Tiada apa selain perasaan gembira dan syukur mewarnai kehidupan penduduk Kampung Sungai Yu, di sini, selepas sekian lama menanti surat kelulusan dan no-tis 5A.

Malah, sebahagian daripada 175 penerima menganggap ia hadiah ‘merdeka’ bersesuaian dengan sambutan bulan ke-merdekaan, pada 31 Ogos ini.

R Chandran, 46, berkata penye-rahan notis daripada Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali amat bermakna dalam hidup beliau kerana detik manis itu me-mang dinantikan.

“Permohonan untuk mendapatkan hak milik ini su-dah lama dibuat, namun hampa

apabila ia sering berakhir de-ngan kegagalan.

“Tetapi hari ini saya gem-bira kerana hasrat memilikinya terlaksana juga dan lebih ber-makna ia berlaku ketika kita me-nyambut bulan kemerdekaan,” katanya kepada SelangorKini.

Sementara itu, Zaaba Husin, 47, berkata masalah pemilikan tanah berlarutan sejak sekian lama dan permohonan dibuat berulang kali membabitkan se-bahagian penduduk di situ.

“Kita memohon kembali selepas pilihan raya umum (PRU) lalu dan bersyukur ia berakhir. Penempatan juga memberikan ruang kepada penduduk iaitu kaum Melayu, India dan Cina,” katanya.

OLEH NAEEM RAFFI

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri bakal mem-perkenalkan Dasar Pembangunan Pangsa-puri Kediaman Komersial dan Boutique Office Mampu Milik khusus menyediakan ruang perniagaan kepada golongan usahawan muda yang baru menceburi perniagaan serta tidak memerlukan ruang pejabat besar.

Dasar berkenaan berkuatkuasa ke atas semua cadangan pembangunan Pang-sapuri Kediaman Komersial dan Boutique Office baharu yang dikemukakan pemaju semasa peringkat Kebenaran Merancang kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) mulai 1 September ini.

Keputusan diluluskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri lalu yang di-pengerusikan Dato’ Menteri Besar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali itu meliputi Ser-vice Apartment, Small Office Home Office (SOHO), Service Apartment atau SOHO di ka-wasan Transit Oriented Development (TOD), Small Office Versatile Office (SOVO) atau Small Office Flexible Office (SOFO).

“Usahawan muda adalah aset negara dan khususnya Selangor yang juga pe-nyumbang hasil negara terbesar.

“Kerajaan Negeri mengambil inisiatif untuk membantu mereka dengan dasar yang juga adalah sebahagian daripada komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam menyediakan rumah mampu milik untuk golongan menengah dan bawah,” katanya.

Di bawah dasar itu, komponen pem-bangunan kediaman mampu milik bagi empat jenis Pangsapuri Kediaman Komer-sial dan Boutique Office itu adalah antara 10 hingga 30 peratus bergantung pada jumlah unit keseluruhan dibangunkan.

Harga jualan setiap unit ditetapkan ti-dak melebihi RM250,000 selaras dengan Dasar Rumah Selangorku dengan keluas-an setiap unit antara 450 sehingga 550 kaki persegi.

Dengan keutamaan kepada usaha-wan muda berumur tidak melebihi 40 tahun, mereka berminat membeli perlu memenuhi syarat pendapatan tunggal

Dasar Pembangunan Boutique Office diperkenal

Bantu usahawan baru miliki pejabat

atau bersama pasangan tidak melebihi RM15,000 sebulan.

Pembeli dan pemohon yang bermi-nat juga hanya dibenarkan memiliki satu unit sahaja daripada unit ditawarkan Lem-

baga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).

Maklumat lanjut dan pendaftaran bagi memiliki hartanah mampu milik itu boleh dilakukan dengan menghubungi LPHS.

R Chandran Zaaba Husin

Page 5: #Smart Selangor

Nasional5SelangorKini 26 Ogos - 2 September 2016

PENASIHAT: Lembaga Editorial CCSBKETUA PENGARANG: Cecelia Alphonsus

PENGARANG : Nurul Farina NazlanPENOLONG PENGARANG Mohd Ezli Mashut, Naeem Raffi, Afeeqa Afeera

WARTAWAN: Hafizan Taib: [email protected],

Nazli Ibrahim: [email protected], Afix Redzuan: [email protected],

Lizawati Madfa: [email protected], Norhayati Umor: [email protected],

Syasya Sufian : [email protected] Ermizi Muhamad : [email protected]

JURUGAMBAR: Asri Sapfie, Raheemie Arifin & Shuaib AyobGRAFIK & REKA LETAK: Unit Grafik CCSB

PENGURUS PEMASARAN & PENGIKLANAN:Budi Setyawan : [email protected] | 013 399 2848

Aras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites, No 1, Persiaran, Akuatik 13/43,Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor

Tel : 03-5523 4856 Faks : 03-5523 5856 Emel: [email protected]

SIDANG PENGARANG

Terima kunjungan negara luar

Bukti ekonomi negeri rancakOLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM - Selangor kian menjadi tumpuan kuasa besar ekonomi dunia apabila sema-kin banyak negara luar berminat menghantar wakil masing-ma-sing bertemu Kerajaan Negeri se-jak dua tahun kebelakangan ini.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, ber-kata hal itu dapat dilihat apabila dalam tempoh kurang sebulan, beliau menerima empat kun-jungan hormat delegasi daripa-da negara luar termasuk Ameri-ka Syarikat dan Britain.

“Perkembangan positif, saya bertemu dengan beberapa

wakil negara besar seperti Duta Besar Amerika Syarikat, berbin-cang panjang dengan Pesuruh-jaya Tinggi Britain, New Zealand juga Singapura .

“Ini menunjukkan keyakinan mereka kepada pentadbiran Kerajaan Negeri yang bukan sahaja dapat menjamin prinsip ketelusan dan kebertanggung-jawaban dalam pentadbiran tetapi membuktikan Selangor mampu memacu pertumbuhan dan pembangunan ekonomi mampan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada SelangorKini selepas menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi New Zea-

land dan delegasi Singapura yang diketuai Menteri Kanan-nya di Pejabat Menteri Besar, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), di sini, pada 17 Ogos lalu.

Mohamed Azmin berkata, ke-adaan itu membuktikan bakat pekerjaan yang ada di Selangor mampu mengembangkan lagi peluang perniagaan dan perda-gangan dengan negara luar.

“Keyakinan negara luar dile-takkan di Selangor dan Kera-jaan Negeri terus berperanan memastikan Selangor penyum-bang utama ekonomi Malaysia pada masa akan datang,” ka-tanya.

Selangor–New Zealand kukuh hubungan dagangSHAH ALAM - Pentadbiran sederhana dan stabil diamalkan Kerajaan Selangor memikat pela-bur asing untuk mengukuhkan hubungan dagang dua hala ber-sama negeri itu.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata ama-lan itu sekali gus menjamin kehar-monian kaum dan agama yang menjadi prasyarat untuk pelabur meletakkan pelaburan besar.

“Mana-mana negara juga, se-belum meletakkan pelaburan dalam sesebuah negara atau negeri ingin melihat kestabilan politik.

“Di Selangor sudah terbukti apabila Toyota melabur RM2 bi-lion di Klang, baru-baru ini.

"Mereka tidak akan melabur jika Selangor tidak aman dan harmoni, begitu juga UMW dan Air Bus yang beroperasi di Sela-ngor,” katanya kepada Selangor-Kini.

Pada 17 Ogos lalu, Mohamed Azmin menerima kunjungan hormat daripada Pesuruhjaya Tinggi New Zealand, HE Dr Jo-han Subritzky.

Dalam pertemuan selama se-jam itu, kedua pihak saling ber-tukar pandangan berkenaan peluang pelaburan di Selangor.

Pada masa sama, Mohamed Azmin turut memberi jaminan Selangor mampu menyediakan modal insan berkemahiran tinggi, berpendidikan dan bakat bagi memenuhi permintaan pelabur dari New Zealand.

“Saya percaya New Zealand bersedia melihat Selangor seba-gai destinasi pelaburan yang dapat dipertahankan walaupun Malaysia sedang berada dalam situasi gawat.

"Ini ekoran Selangor masih mengekalkan persekitaran kon-dusif bagi tujuan pelaburan,” ka-tanya.

Rapat hubungan dua halaSHAH ALAM - Kerajaan Selangor menerima kunjungan hormat Delegasi Kerajaan Singapura di-ketuai Menteri Kanan Hal Ehwal Luar dan Pertahanannya, Dr Mo-hamad Maliki Osman bagi me-ngukuhkan hubungan dua hala.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata selain membincangkan komitmen mem-perkukuh hubungan perdagangan, kedua pihak turut membincangkan isu keselamatan Asia Tenggara.

“Kita mengenal pasti ada ker-jasama strategik boleh diperting-katkan seperti soal perdagangan, kebudayaan juga latihan.

“Kita juga banyak membin-cangkan soal keselamatan rantau Asean, khususnya bila tercetus tuntutan China terhadap wilayah yang banyak diperbahaskan dan bagaimana negara Asean seperti

Malaysia dan Singapura dapat memainkan peranan menjamin kestabilan dan keselamatan di rantau ini,” katanya.

Kunjungan berlangsung se-jam itu turut disertai Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon; Timbalan Pengarah Menteri Hal Ehwal Luar, Shivakumar Nair; Setiausaha Per-tama Pesuruhjaya Tinggi Singa-pura, Rifdi Ridwan; Pegawai Ne- gara Kementerian Hal Ehwal Luar, Janice Lui dan Han Kaijie.

Mohamed Azmin berkata, Ma-laysia dan Singapura mempunyai peranan masing-masing mem-pamerkan kepimpinan kepada negara Asean lain supaya kembali kepada doktrin Zopfan (Kawasan Aman, Bebas dan Berkecuali) un-tuk menjamin kestabilan serta ke-selamatan di rantau ini.Belanjawan ����: Fokus pacu

pertumbuhan ekonomi negeriSHAH ALAM - Inisiatif mengga-lakkan pertumbuhan ekonomi negeri menjadi komponen ter-penting penghasilan Belanjawan 2017, kata Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata, tumpuannya turut menekankan justifikasi pengiraan dan pembinaan in-deks kemiskinan yang giat dilak-sanakan Kerajaan Negeri.

“Kita perlu membahaskan sama ada kemiskinan mengikut daerah dan kaum serta penetap-an pendapatan garis kemiskinan (PGK) bagi Selangor.

“Ia perlu disemak semula ber-dasarkan justifikasi pengiraan dan pembinaan indeks kemiski-

nan,” katanya pada Perbinca-ngan Meja Bulat Belanjawan 2017, pada 15 Ogos lalu.

Mohamed Azmin berkata, perkembangan itu mendorong Kerajaan Negeri menetapkan PGK baru pada kadar lebih posi-tif demi manfaat jangka panjang rakyat.

Katanya, ketetapan itu dili-hat boleh menyumbang kepada perolehan pertumbuhan ekono-mi mampan dan berdaya saing di peringkat global.

“Satu kajian dijalankan Kera-jaan Negeri untuk menetapkan PGK pada kadar 60 peratus dari-pada medien pendapatan isi rumah Selangor iaitu RM3,300,”

katanya Pada masa sama, Mohamed

Azmin berkata, Kerajaan Nege-ri komited memastikan rakyat mendapat pembelaan sewa-jarnya ekoran peningkatan taraf hidup dan pelaksanaan Cukai Ba-rangan dan Perkhidmatan (GST).

“Sementara itu Selangor per-lu meningkatkan pertumbuhan, menyediakan persekitaran yang meransang pelaburan dan kita ti-dak boleh berkrompomi dengan tangungjawab keadilan sosial.

“Kebajikan rakyat yang terus tertekan dengan peningkatan kos kehidupan juga beban GST perlu diberi perhatian sepenuh-nya,” katanya.

Page 6: #Smart Selangor

Utama

lSeramai 891,685 murid Ta-

hun Satu dan Tingkatan Satu memulakan sesi persekolahan

SMART SELANGOR RETREAT

Memang bagus dan wajar diteruskan kerana kami dapat mengetahui den-gan mendalam, malahan Kerajaan Negeri juga dapat maklum balas peringkat akar umbi berkenaan Smart Selangor

ADN Seri Andalas, Dr Xavier Jayakumar

Pimpinan berinteraksi, bertukar panda-ngan dan cadangan terhadap hala

tuju bagaimana Smart Selangor yang ingin dicapai daripada segi pem-bangunan, pengurusan sampah, pembangunan teknologi maklumat dan akhirnya menjadikan Selangor

sebagai peneraju atau model ‘smart state’

ADN Sekinchan, Ng Sue Lim

Walaupun mungkin ada pendapat yang kontroversi tetapi semua itu adalah untuk mendapatkan idea ter-baik bagi kebaikan rakyat Selangor

ADN Meru, Dr Abdul Rani Osman

6 SelangorKini 26 Ogos - 2 September 2016

Smart Selangor Retreat 2016

Gagasan bela rakyat OLEH NAZLI IBRAHIM

SEPANG - Smart Selangor bu-kan gagasan retorik, seba-liknya bakal memberikan im-pak langsung kepada rakyat dengan mendokong objektif utama bagi kepentingan rak-yat negeri termaju itu.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya, berkata objektif utama Smart Selangor adalah meningkatkan pertumbuhan ekonomi, kua-liti hidup rakyat, mengukuh- kan fiskal, mewujudkan pelu-ang pekerjaan dan memelihara kelestarian alam sekitar.

“Kerajaan Negeri serius de-ngan pelaksanaan agenda Smart Selangor. Kefahaman jelas harus diberikan kepada semua lapisan masyarakat terutama penjawat awam yang bertindak sebagai pelaksana utama.

“Kerajaan Negeri juga sedar ‘the voice of citizens of Sela-ngor’ adalah teras kejayaan Smart Selangor ini,” katanya

dalam ucapan pembukaan ‘Smart Selangor Retreat 2016’ di Avani Sepang Goldcost Re-sort, pada 20 Ogos lalu.

Mohd Amin berkata, Kera-jaan Negeri sudah memben-tuk tadbir urus Smart Se-langor membabitkan Majlis Perundingan Smart Selangor, Jawatankuasa Pemandu, Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) dan kumpulan kerja.

“Struktur tadbir urus ini adalah penting bagi memas-tikan setiap pelaksanaan dan pelaburan Kerajaan Negeri kelak menekankan kepada konsep ‘good governance’ su-paya segala dirancang dapat direalisasikan secara telus dan berkesan,” katanya.

Pada masa sama, katanya, struktur tadbir urus ini juga mempermudahkan dan me- nyelaras kerjasama antara agensi kerajaan, pihak berkua-sa tempatan (PBT), Pemer-badanan Menteri Besar Sela- ngor (MBI), syarikat Kerajaan Negeri, sektor swasta juga pi-hak berkepentingan terlibat.

Fokus tujuh aspek, tingkat hidup rakyatSEPANG - Gagasan Smart Se-langor bakal memberi kesan sekurang-kurangnya dalam tujuh aspek kehidupan rakyat di negeri termaju itu, kata Setiausaha Ke-rajaan Negeri, Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya.

Beliau berkata, aspek itu adalah aduan rakyat lebih ber-kesan, pengurusan sisa pepejal lebih baik, bekalan air terawat bersih tanpa gangguan, sistem

pengangkutan lancar, peluang memiliki rumah kediaman de- ngan harga berpatutan, keji-ranan lebih selamat dan mewu-judkan lebih banyak peluang

pekerjaan yang menjanjikan pendapatan lebih baik.

“Selaku kerajaan bertang-gungjawab, sistem penyampaian haruslah dimantapkan supaya keperluan rakyat pada masa kini dan masa hadapan terjamin.

“Berdasarkan pengalaman beberapa bandar utama dunia seperti Barcelona dan Singapu-ra, memastikan penyampaian berkesan kepada keperluan asas rakyat adalah perkara yang harus dititikberatkan,” katanya.

Mohd Amin berkata, gagasan Smart Selangor adalah cabar-an besar dan dijangka mampu

mengupaya, melonjakkan juga meneruskan kemampanan sosial dan ekonomi Selangor ke tahap lebih tinggi.

Pada masa sama, katanya, penggunaan teknologi pintar ti-dak lagi menjadi pilihan kepada sebuah negeri maju seperti Sela-ngor yang terus dilanda proses ur-banisasi, sebaliknya sudah men-jadi satu kemestian.

“Apatah lagi dalam era globa-lisasi yang berteraskan ‘intercon-nected networks’, maklumat kini boleh diperolehi dan dikongsi melalui hujung jari sahaja,” ka-tanya.

Majlis Perundingan Smart Selangor dipengerusikan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mo-hamed Azmin Ali dan diang-

gotai Exco, Setiausaha Kera-jaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri, Penasihat Undang-un-dang Negeri, Pengarah Unit Pe-

rancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor serta panel penasihat antarabangsa sebagai ahli tetap atau jemputan.

Banyak manfaat, wajar diperluaskanSEPANG - Program Smart Sela-ngor Retreat 2016 wajar diperlu-askan ekoran ia memberi manfaat kepada negeri dan rakyat.

Dihadiri lebih 70 peserta terma-suk 36 Exco dan Ahli Dewan Negeri (ADN), program diadakan pada 19 dan 20 Ogos itu menjadi landasan terbaik mengupas dan memba-haskan idea dalam penambahbai-kan terhadap pembangunan ga-gasan Smart Selangor.

Setiausaha Kerajaan Negeri Se-langor, Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya, berkata penerangan dibuat membolehkan Kerajaan Negeri memperolehi maklum balas ma-syarakat secara lebih menyeluruh.

“Kerajaan Negeri sedar suara rakyat adalah teras kejayaan pro-gram Smart Selangor ini dan stake-holder engagement wajar diper-luaskan dengan siri penerangan membabitkan semua lapisan ma-syarakat supaya dapat memastikan keperluan dan kehendak rakyat di-penuhi bagi meningkatkan kualiti hidup mereka," katanya.

Program berlansung dua hari satu malam di Avani Sepang Goldcost Resort itu adalah lanjut-an daripada beberapa sesi pene-rangan dan makmal Smart Sela- ngor yang diadakan, pada Julai dan Ogos lalu.

Menerusinya, input dan pan-

dangan daripada ADN mewakili suara rakyat dialu-alukan supaya pelaksanaan agenda Smart Sela-ngor mencapai objektif digariskan.

Sementara itu, Pengarah Smart Selangor Delivery Unit (SSDU), Raja Shahreen Raja Othman yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Pemerbadanan Menteri Besar Se-langor (MBI) dalam reaksinya ber-kata, sesi seperti itu akan diterus-kan.

“Ini adalah sesi yang bagus dengan matlamat kita mene-rangkan apa itu Smart Selangor, program yang ada dan bagaima-na ia dapat membantu rakyat,” katanya.

Landasan terbaik kupas dan bahas idea dalam penambahbaikan pembangunan gagasan Smart Selangor

Page 7: #Smart Selangor

Utama7SelangorKini 26 Ogos - 2 September 2016

Dakwa gagal bina rumah di Selangor

PR�MA jangan bohong rakyat

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM - Perumahan Rak-yat 1 Malaysia (PR1MA) tidak perlu berbohong kepada rakyat dengan mendakwa kononnya gagal membina perumahan di Selangor ekoran premium tanah yang tinggi.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Ban-dar, Dato’ Iskandar Abdul Samad, berkata alasan itu tidak boleh diterima memandangkan tiada bukti menunjukkan projek pe-rumahan tertangguh atas sebab berkenaan.

“Kita minta PR1MA memberi-kan kes spesifik. Projek Peruma-han Rakyat (PPR) mana yang tertangguh akibat premium

atau benarkah birokrasi pihak berkuasa tempatan (PBT) seperti didakwa.

“Atau berapa banyak permo-honan Kebenaran Merancang (KM) untuk PPR dihantar ke PBT tetapi masih belum mendapat kelulusan? Jawapannya tiada,” katanya kepada SelangorKini.

PR1MA sebelum ini mendak-wa karenah birokrasi dalam ka-langan PBT menjadi punca pe-rumahan terbabit tidak dibina di Selangor ditambah projek aliran transit ringan (LRT) disediakan Kerajaan Persekutuan menye-babkan Kerajaan Negeri menaik-kan harga tanah.

Mengulas perkara itu, Iskan-dar berkata, PR1MA gagal me-ngotakan janji untuk mema-

jukan tapak LRT Pandan Jaya, Pandan Indah dan Chempaka sejak dua tahun lalu.

Lebih teruk, katanya, pihak terbabit masih belum menghan-tar permohonan KM.

“Kali terakhir saya berjumpa dengan PR1MA pada Mei lalu, namun sehingga hari ini mereka belum lagi memohon KM,” ka-tanya.

Pada Jun lalu, Kerajaan Se-langor bersetuju supaya PRIMA mengambil alih projek Rumah Selangorku daripada pemaju swasta supaya badan itu dapat mencapai sasaran mereka.

Projek itu adalah di Cyber 11, Cyberjaya membabitkan 1,932 unit Rumah Selangorku dengan mematuhi beberapa syarat.

Terkenang diketawakan BN isu tanahSABAK BERNAM - Penduduk Kampung Batu 23, Sungai Ni-bong, di sini terharu apabila menerima hak milik tanah yang didiami selepas berpuluh tahun berusaha mendapatkannya.

Menceritakan usaha mendapatkan hak milik tanah itu, Jamal Dasuki, 70, berkata beliau pernah diketawakan pemimpin Barisan Nasional (BN) selepas membangkitkan isu terbabit pada majlis dihadiri bekas Men-teri Besar, Dr Khir Toyo.

“Saya bercakap di dewan pada masa itu dan diketawakan, mala-han kali kedua suarakan pun tetap diketawakan.

“Arwah Tok Sidang ketika itu

berkata, tanah kelompok ini satu geran dan dipegang Ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung membuat-kan saya kecewa," katanya pada Majlis Penyerahan Notis 5A, pada 11 Ogos lalu.

Penyerahan hak milik tanah itu turut membabitkan 31 penerima yang juga penduduk asal kam-pung sama.

Zainuddin Samingan, 56, pula melahirkan kegembiraan ekoran penantiannya lebih 20 tahun akhirnya membuahkan hasil.

“Sangat bersyukur kerana menanti selama 20 tahun dan syarat diberi juga tidak membe-bankan," katanya.

Tanah perkuburan mampu milik disediakanSHAH ALAM - Selangor bakal menyediakan Tanah Perkuburan Wilayah Bersepadu mampu mi-lik bagi menyelesaikan masalah kekurangan tanah di kawasan ke-padatan pembangunan tinggi.

Antara kawasan yang berdepan masalah itu adalah Petaling Jaya, Subang Jaya dan Ampang Jaya.

Pengarah Komunikasi Strategik Pejabat Akhbar Menteri Besar, Yin Shao Loong, berkata Majlis Me-syuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor meluluskan 100 ekar ta-nah dalam daerah Sepang untuk tujuan itu.

“Perkara ini dibincangkan bersama pelbagai pihak sejak 2010 kerana Kerajaan Selangor mendapati kekurangan tanah dan penswastaan tanah perkuburan adalah trend terkini yang membe-bankan keluarga berpendapatan sederhana dan miskin,” katanya dalam kenyataan media.

Beliau berkata, atas prinsip peduli rakyat, Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamad Azmin Ali me-mutuskan Kerajaan Negeri perlu menyelesaikan masalah terbabit.

Katanya, penyelesaian itu me-

ngambil kira kepentingan semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama, termasuk golongan ber-pendapatan rendah bagi memas-tikan mereka tidak terbeban de-ngan kos tanah kubur yang tinggi ketika dalam kesedihan.

“Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) akan bertindak se-bagai pengurus dalam menga- wal selia pelaksanaan ini, manaka-la perincian lanjut berkenannya di peringkat kebenaran merancang kelak,” katanya.

Tanah Perkuburan Wilayah Ber-sepadu itu dilengkapi kemudahan seperti pejabat pentadbiran, surau, tandas awam, laluan akses dan pejalan kaki, tempat meletak ken- deraan, kemudahan lawatan, de-pot penyelanggaraan dan zon penampan bersesuaian.

Perkuburan Wilayah merujuk kepada pembangunan tanah perkuburan di suatu kawasan yang boleh menampung keper-luan tanah perkuburan bagi be-berapa pihak berkuasa tempatan yang berjiran dan terletak ber-hampiran (maksimum 45 minit perjalanan).

Keuntungan Petronas jatuh ��%KUALA LUMPUR - Keuntungan Petronas bagi suku kedua tahun ini jatuh 85 peratus ekoran harga minyak rendah apabila melapor-kan untung bersih RM1.62 bi-lion dalam tempoh itu daripada RM11.07 bilion, tahun lalu.

Petronas dalam satu kenyata-an menyatakan pendapatan syarikat ialah RM48.44 bilion, kurang 21 peratus daripada tem-poh sama, pada 2015.

Petronas menjangkakan terus menerima kesan daripada harga minyak tidak seimbang sepan-jang tahun ini.

“Walaupun harga minyak men-tah pulih sedikit, lebihan bekalan dan keadaan lembap menyebab-kan ketidaktentuan masih kekal,” kata kenyataan itu.

Ekonomi Malaysia adalah ke-tiga terbesar di Asia Tenggara, tetapi kini terpaksa berdepan dengan kejatuhan harga minyak

dan permintaan dari luar menye-babkan pendapatan berkura-ngan dan tekanan ke atas ringgit.

Malaysia juga digegarkan dengan skandal kewangan su-sulan dakwaan berbilion ring-git dilesapkan daripada sebuah dana pelaburan milik negara yang diasaskan perdana menteri.

Awal bulan ini, pertumbuhan ekonomi Malaysia pada empat peratus bagi tempoh setahun

April-Jun, iaitu kadar pertumbu-han paling perlahan sejak bera-da pada 1.1 peratus ketika krisis ekonomi global pada 2009.

Bulan lalu, Malaysia buat per-tama kali dalam tujuh tahun mengumumkan pemotongan kadar faedah.

Harga minyak juga mengala-mi kejatuhan di pasaran saham ekoran lebihan bekalan, susut lebih 20 peratus dan ditutup pada AS$40 setong buat perta-ma kali, sejak April lalu.

Page 8: #Smart Selangor

Nasional8 SelangorKini 26 Ogos - 2 September 2016

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM - Kerajaan Perse-kutuan diminta mengkaji semula keputusan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Na-sional (PTPTN) menghentikan pembiayaan penuh kepada pe-lajar yang menyambung pengajian di insti-tusi pengajian tinggi (IPT).

Ketua Ang-katan Muda K E A D I L A N (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad, ber-kata keputu-san itu bukan sahaja memberi kesan kepada pela-jar, bahkan menyukar-kan rakyat Malaysia mendapat pendidikan di peringkat lebih tinggi.

“Tanpa PTPTN atau apa-apa bantuan kewangan seumpa-manya, majoriti rakyat Malaysia

akan menghadapi kesusahan menyambung pelajaran hingga terpaksa meminjam daripada keluarga, kawan, malahan lebih teruk Ah Long.

“Faktor ini juga perlu diam-bil kira ekoran keperluan ke-hidupan harian seperti makan

minum, kos pengang-kutan dan bayaran

sewa serta utiliti rumah mes-

ti diutama-kan,” katanya dalam ke-nyataan.

Nik Nazmi berkata, wa-

laupun pi-haknya mema-

hami keputusan itu diambil ekoran

kadar bayaran balik ren-dah, namun PTPTN harus se-dar bahawa badan itu adalah sumber utama bagi pelajar me-nyambung pengajian ke IPT.

“Masalah pembayaran semu-la sudah lama dikenal pasti

PTPTN, namun mereka masih gagal melaksanakan peranca-ngan berkesan untuk mengata-sinya.

“Daripada dulu lagi KEADIL-AN menyarankan kerajaan mengkaji punca sebenar per-masalahan ini tetapi sehingga kini, kami tidak dimaklumkan sebarang kajian dibuat,” kata-nya.

Pada 21 Ogos lalu, Pengerusi PTPTN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah, berkata trend bayaran balik yang masih rendah dalam kalangan peminjam sedia ada menyebabkannya terpaksa mengurangkan kadar pinjaman kepada penuntut baru.

Sehingga Disember 2015, PTPTN hanya mengutip RM8 bilion berbanding sasaran RM15 bilion daripada RM26 bi-lion pinjaman diluluskan.

PTPTN juga hanya melulus-kan 95 peratus daripada kos pengajian kepada penuntut IPTA dan 85 peratus kepada penuntut IPTS.

Henti pembiayaan penuh

PTPTN digesa kaji keputusan

SHAH ALAM - Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor didakwa sengaja mencari alasan tidak mu-nasabah untuk mengelakkan diri daripada membuat pengisytiharan harta.

Pengarah Komunikasi KEADIL-AN, Fahmi Fadzil, berkata tindakan itu bagi menepis spekulasi negatif bersabit penahanan pegawai ter-tinggi kerajaan bergelar Datuk Seri yang terpalit skandal kewangan dan pengumpulan harta.

“Usah takut mengisytihar harta kepada umum kerana saya per-caya Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa bersedia menjaga kesela-matan mereka serta seluruh rakyat Malaysia daripada penjenayah dan perompak.

“Jika dasar pengisytiharan harta kepada umum dilaksanakan bukan sahaja di Kuala Lumpur, bahkan di Putrajaya, saya pasti Malaysia sela-mat daripada ‘Malaysian Official 1’ dan DBKL Official 1,” katanya dalam kenyataan.

Pada 21 Ogos lalu, Tengku Ad-nan yang juga Setiausaha Agung Umno, berkata beliau tidak akan membuat pengisytiharan harta kepada umum kerana bimbang keluarganya menjadi sasaran pen-jenayah.

Isytihar harta tangkis wujud DBKL Official �

SHAH ALAM - Tiada apa yang perlu dita-kutkan ekoran hasrat Parti Pribumi Ber-satu Malaysia (Bersatu) yang mengintai beberapa kerusi PAS dan KEADILAN untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata perkara itu sememangnya menjadi hasrat setiap parti politik yang ditubuhkan untuk me-nyertai pilihan raya.

Katanya, KEADILAN juga tidak mengha-dapi masalah untuk mengadakan perbin-cangan secara kolektif bersama parti pembangkang berkenaan perkara itu.

“Apabila parti politik dibentuk mesti (mereka) mahu sertai pilihan raya.

“Ini bukan soal ambil (kerusi) tetapi bin-cang. Tiada parti politik dibentuk untuk duduk dan tengok daripada jauh,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan Selangor, di sini, pada 22 Ogos lalu.

Mohamed Azmin berkata, KEADILAN juga pernah melakukan tindakan sama dengan berbincang bersama PAS dan DAP soal pembahagian kerusi ketika mula ditubuhkan, pada 1999.

Terdahulu, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata rundingan keru-si bersama parti pembangkang lain akan dimulakan sebaik saja pendaftaran parti itu diluluskan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Apa ditakutkan dengan BERSATU?

Bekas ahli perniagaan itu berka-ta, terdapat pelbagai kemungkinan boleh berlaku jika aset dimilikinya diumumkan secara terbuka.

Antara risiko dibimbangi Teng-ku Adnan adalah kemungkinan is-teri atau anaknya menjadi sasaran penculik.

Saya percaya PDRM sentiasa bersedia menjaga keselamatan mereka serta seluruh rakyat Malaysia daripada penjenayah dan perompak

FAHMI FADZILPengarah Komuniti KEADILAN

BATU CAVES - Kerajaan Persekutuan digesa mewujudkan Tabung Pember-hentian Kerja (TBK) bagi membela nasib pekerja yang ditamatkan perkhidmatan oleh majikan, kata Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Setiausaha Agungnya, A Sivarajan, berkata cadangan itu ekoran keba-nyakan kes pemberhentian pekerja tidak mendapat bayaran ganti rugi daripada syarikat atau majikan.

“Banyak syarikat menamatkan per-khidmatan pekerja secara serta-merta tanpa pampasan atau bayaran dan PSM membangkitkan isu syarikat member-hentikan pekerja akibat bankrap,” ka-tanya dalam sidang media di sini, pada

18 Ogos lalu.Katanya, PSM menggerakkan kem-

pen bagi menggesa kerajaan mewu-judkan TBK mulai awal Julai lalu dan ia mendapat sambutan positif daripada pelbagai pihak khususnya pekerja.

“Kita memulakan kempen menerusi dalam talian dan ia mendapat sambut-an menggalakkan dengan kebanyakan mereka yang ditamatkan perkhidmatan menyatakan sokongan terhadapnya.

“Lebih 40,000 risalah dan kad so-kongan sudah diedarkan dengan lebih 2,000 kad berjaya dikumpulkan kembali setakat ini,” katanya yang menyasarkan kutipan 20,000 kad menjelang akhir ta-hun ini.

Wujud TBK bela pekerja tertindas

Page 9: #Smart Selangor

9SelangorKini 26 Ogos - 2 September 2016

Page 10: #Smart Selangor

10Ekonomi

SelangorKini 26 Ogos - 2 September 2016

Jana ekonomi efektif

Penggiat SME disaran ‘curi’ peluang pelaburanSHAH ALAM - Penggiat Industri Kecil dan Sederhana (SME) disaran mengambil peluang terlibat dalam bidang pelaburan negeri secara aktif bagi menjana lebihan pendapatan ekonomi yang efektif.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mo-hamed Azmin Ali, berkata saranan itu dibuat ekoran sasaran jumlah pelaburan diumumkan Kerajaan Negeri meningkat untuk 2017.

“Kerajaan Negeri mensasarkan jum-lah pelaburan RM6 bilion, justeru saya menggesa penggiat industri mengambil peluang ini.

“Peluang pelaburan dan teknologi per-lu digunakan sebaiknya dengan melak-sanakan modenisasi terhadap operasi meningkatkan produktiviti,” katanya pada

sesi perbincangan meja bulat Belanjawan 2017, pada 15 Ogos lalu.

Selangor konsisten mengekalkan kedudukannya sebagai destinasi ter-penting pelaburan negara.

Ia susulan laporan Jabatan Perang-kaan bagi tempoh 2010-2014 menunjuk-kan Selangor dan Wilayah Persekutuan adalah penyumbang terbesar bagi sek-tor perkhidmatan di Malaysia dengan jumlah gabungan 49.9 peratus.

Sementara itu, statistik dikeluarkan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) bagi 2015 menunjuk-kan 222 projek pelaburan diluluskan.

Ia meletakkan Selangor memperolehi pelaburan RM7.96 bilion berbanding ta-hun sebelumnya, RM7.04 bilion.

Smart Selangor pikat sektor swastaSHAH ALAM - Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) menerima maklum balas positif pihak swasta yang berminat turut serta dan berkongsi pandangan dalam pembangunan agenda Smart Se-langor dirintis Kerajaan Negeri.

Ketua Program Pengurusan MBI, Mo-hamad Suhaimi Mohamad Tahir, berkata perkembangan baik dalam memajukan dasar terbabit sama seperti sambutan terhadap bengkel “Smart Selangor: Ex-pression Of Interest Briefing Smart Trans-port & Mobility”.

“Kita jangkakan kurang 100 (penyer-taan) tetapi catatan menunjukkan lebih 200 dan sudah tentu membanggakan,” katanya kepada SelangorKini, baru-baru ini.

Bengkel itu membuka ruang kepada pelbagai pihak termasuk swasta bagi menjayakan agenda Smart Selangor dibangunkan Kerajaan Negeri.

Beliau berkata, pandangan dikemuka-

kan sektor swasta dalam pelbagai bidang kepakaran itu akan diguna pakai bagi ke-sesuaian projek pembangunan agenda berkenaan termasuk perbelanjaannya.

“Kita menghimpun pihak swasta dalam pelbagai bidang khususnya pengurusan urus tadbir, pembangunan infrastruktur digital, pengurusan sampah serta pengu-rusan pengangkutan dan mobiliti.

“Penekanan terhadap empat bidang ini adalah berdasarkan dapatan dikum-pul dan permintaan daripada pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan serta orang ramai,” katanya.

Smart Selangor adalah pembangunan berpaksikan rakyat sebagai nadi bagi menjadikan ia suatu realiti.

Falsafahnya mengambil kira faktor seperti pengukuhan rangkuman sosial, perhubungan dan pembabitan aktif di setiap peringkat masyarakat dan mena-ngani cabaran urbanisasi dengan meng-gunakan teknologi sebagai ‘key enabler’.

Peluang miliki perniagaan mewah mampu milikSUBANG JAYA - Bakal pengusaha restoran yang berminat menjalankan perniagaan restoran mewah tetapi masih menawar-kan harga berpatutan kini mempunyai pilihan memiliki restoran sendiri.

Pengasas Restoran Pollo Mendi, Fazli Rahim, berkata hal itu ekoran rangkaian restoran terbabit menawarkan konsep francais untuk golongan bumiputera memiliki perniagaan pada harga mam-pu milik.

“Semua makanan dari Pollo Mendi dan Pollo Mendi Food Truck ini dibekalkan sepenuhnya kilang dapur sentral yang tersendiri bagi memudahkan operasi ha-rian di Pollo Mendi.

“Pengusaha tidak perlu pergi ke pasar atau memasak barangan mentah yang

banyak kerana teknologi ‘blast freeze’ dan ‘blast chill’ dari Perancis mengekalkan standard rasa juga kualiti setiap makanan di Pollo Mendi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Rangkaian Perniagaan Rau-dhah Mart dan Restoran Pollo Mendi di One City, di sini, pada 14 Ogos lalu.

Katanya, selain memiliki ‘food truck’ sendiri, Pollo Mendi mensasarkan mem-buka 50 lagi cawangan dalam tempoh lima tahun.

Bersesuaian dengan slogan ‘Authen-tic Arabian & Italian Cuisine’, hidangan yang ditawarkan di Restoran Pollo Mendi membuat pelanggan merasakan seolah-olah sedang menikmati hidangan di hotel enam bintang.

Page 11: #Smart Selangor

11SelangorKini 26 Ogos - 2 September 2016

Tempatan

Tangani pembakaran secara terbuka

Pelan jangka panjang

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri giat merangka pelan jangka pan-jang bagi menangani masalah pembakaran terbuka, kata Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Indus-tri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib.

Beliau berkata, perbincangan bersama Jabatan Pertanian Ne- geri sedang dilakukan untuk membantu petani yang menga-lami kerugian ekoran hasil tanam-an terbakar berpunca daripada aktiviti pembakaran terbabit.

"Kita akan melihat perkara ini secara dekat bersama Jabatan Pertanian Negeri untuk mencari kaedah penyelesaian terbaik ter-masuk membantu petani yang mengalami kerugian.

"Namun, keutamaannya kini kita masih melihat dan men-jalankan pemantauan secara berterusan mencari sebarang bentuk langkah efektif mena-ngani permasalahan ini," katanya kepada SelangorKini.

Zaidy berkata, masyarakat di-saran lebih peka terhadap seba-

rang punca yang boleh mengaki-batkan berlakunya pembakaran terbuka khususnya di kawasan tanaman pertanian petani dan peladang.

Beliau berkata, kesedaran berkenaannya penting bagi me-mastikan hasil tanaman dapat dibekalkan secara berterusan demi menjana peluang ekonomi mampan.

Pada masa sama, Zaidy ber-kata, pihaknya juga kini me-mandang serius berkenaan isu pembakaran hutan terbuka dari

negara luar, sekali gus mengun-dang faktor jerebu di negara ini.

"Kejadian yang berada di luar kawalan kita ini memang menje-jaskan pengeluaran hasil tani di Selangor. Kalau melihat kepada perkembangan fenomena itu, setakat ini kita masih memban-teras daripada sudut sumber itu sendiri.

"Namun, jika ia datang dari luar, agak sukar untuk kita tanganinya tetapi diharapkan masyarakat se-dar berkenaan impak berlakunya fenomena ini," katanya.

Peladang sokong, cadang sesi dialogSHAH ALAM - Perancangan Kera-jaan Negeri mengatasi masalah pembakaran terbuka di Selangor disambut baik dan dialu-alukan kalangan petani yang menyifat-kannya sebagai pendekatan wajar.

Setiausaha Persatuan Pe-ladang Sekinchan, Loo Kim Le-ong, berkata usaha dirangka itu menggambarkan keprihatinan Kerajaan Negeri demi mena-ngani masalah dihadapi golo-ngan berkenaan.

"Ia satu langkah yang baik ke-rana memang terdapat peladang dan petani di Selangor yang berdepan kerugian ekoran ber-laku pembakaran terbuka di ka-wasan diusahakan mereka.

"Kita menyokong segala usaha

baik dirancang bagi menangani masalah dihadapi peladang dan petani di negeri ini," katanya ke-pada SelangorKini, di sini, pada 22 Ogos lalu.

Bagaimanapun, Kim Leong berkata, pihaknya mencadangkan sesi dialog antara Jabatan Perta-nian Negeri dan persatuan pe-ladang di Selangor diadakan bagi berkongsi masalah serta panda-ngan demi manfaat bersama.

"Ini disebabkan bukan hanya pembakaran terbuka tetapi ter-dapat pelbagai masalah lain se-perti kekurangan bekalan air di-alami petani di Sekinchan.

"Maka, sesi dialog atau perbin-cangan wajar diadakan untuk tu-juan ini," katanya.

PBT terbatas rampas tanah SUBANG JAYA - Majlis Perban-daran Subang Jaya (MPSJ) mene-gaskan pihaknya beberapa kali membuat tindakan kompaun dan sitaan lori di kawasan aktiviti pem-bakaran terbuka dan sampah ha-ram kawasan Taman Putra Prima Puchong.

Ketua Komunikasi Korporat MPSJ, Muhamad Azli Miswan, berkata aktiviti itu berlaku di atas tanah milik individu dan tanah kerajaan.

“Tindakan kompaun dan si-taan lori sudah beberapa kali di-lakukan MPSJ, malahan sudah dipanjangkan kepada Pejabat Daerah Petaling untuk tindakan.

“Ini kerana tindakan penguat-kuasaan terletak di bawah Akta Kanun Tanah Negara yang boleh membawa kepada rampasan ta-nah,” katanya.

Difahamkan, sejak tiga tahun lalu, taman berkenaan terkesan dengan pembakaran terbuka.

Page 12: #Smart Selangor

Album12 SelangorKini 19 - 26 Ogos 2016

Album13SelangorKini 19 - 26 Ogos 2016

ADN Batu Caves, Amirudin Shari turun padang sambil menge-darkan bendera Malaysia menjelangkemerdekaan kepada masyarakat setempat

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menyantuni masyarakat ketika turun ke Bazarena Shah Alam

ADN Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyantuni penduduk di Tesco Kajang

ADN Sabak, Sallehen Mukhyi berjumpa dengan penduduk yang terlibat dalam musibah ribut di Parit 8 ADN Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah memeriksa lot kedai terbiar di kawasan itu bagi membanteras gejala dadah dan sampah haram

ADN Sijangkang, Dato’ Dr Ahmad Yu-nus Hairi menyam-

paikan sumbangan kerusi roda kepada pesakit diabetis di

DUN itu

ADN Taman Medan, Haniza Talha menge-

darkan sumbangan Selangor Food Stamp kepada penduduk di

DUN itu

ADN Semenyih, Datuk Johan

Abd Aziz menghadiri

pertandingan boling anjuran

Kelab Rukun Tetangga Taman

Harmoni

ADN Subang Jaya, Hannah Yeoh meng-hadiri sambutan Merdeka Raya bersama penduduk di kawasan USJ 12

Page 13: #Smart Selangor

14Rencana

SelangorKini 26 Ogos - 2 September 2016

Gagalnya Mogok Utusan

Era gelap kebebasan media bermula

OLEH NAZLI IBRAHIM

Mungkin ramai masih in-gat filem Sarjan Hassan lakonan Allahyarham

Tan Sri P Ramlee. Banyak ade-gan menarik dalam filem yang memaparkan perjuangan Sarjan Hassan dan rakan seperjuangan-nya dalam Rejimen Askar Melayu yang baru ditubuhkan itu.

Salah satunya, adegan Aziz (adik angkat Hassan) yang me-mutuskan untuk menyertai Reji-men Askar Melayu selepas men-getahui pengambilan rekrut baru untuk persediaan menghadapi serangan tentera Jepun melalui laporan akhbar Utusan Melayu yang dibelinya.

Adegan itu secara tidak lang-sung menggambarkan akhbar bertulisan jawi yang ditubuhkan pada 29 Mei 1939 ketika itu men-jadi akhbar paling berpengaruh dan penting lantaran laporannya sentiasa mengutamakan kepen-tingan rakyat dan Tanah Melayu, pada masa itu.

Sementara itu dalam satu ade-gan lain, bapa kepada Salmah ia-itu kekasih Hassan menyorokkan radio di dalam sebuah tempayan bagi mengelakkan ditangkap Buang yang menjadi polis Jepun atau Kampeitai.

Ini kerana penjajah Jepun pada masa itu akan menahan dan mendera sesiapa sahaja yang memiliki radio bagi mengelakkan mereka mengetahui perkemba-ngan semasa situsi perang ketika itu.

Dua adegan dalam filem ara-han P Ramlee itu sedikit seban-yak memberikan gambaran bagaimana media yang pada mulanya agak bebas pada za-man British tetapi dikawal ke-tat semasa era penjajahan Jepun di Tanah Melayu.

Selepas berakhirnya penjajah-an Jepun dan British kembali ke Tanah Melayu, Utusan Melayu meneruskan tradisinya melapor-kan berita terutama laporan yang

meniup semangat orang ramai untuk menuntut kemerdekaan daripada penjajah British.

Peranan penting Utusan Melayu sebelum merdeka

Pada era itu, Utusan Melayu memainkan peranan penting apabila menyedarkan dan mem-beri penerangan kepada rakyat supaya menentang percubaan British mewujudkan Malayan Union.

Selain penentangan penubuh-an Malayan Union, Utusan Me-layu pada masa itu banyak memainkan peranan dalam isu-penting yang berlaku sebelum merdeka.

Walaupun sikap penentangan Utusan Melayu terhadap kera-jaan penjajah pada masa itu dise-dari pihak British, namun akhbar itu terus diterbitkan tanpa kekan-gan.

Tidak dapat dinafikan, Utu-san Melayu yang agak merdeka pada masa itu menjadi satu wa-dah penting dalam menyalurkan maklumat kepada orang ramai dan membangkitkan semangat patriotik dalam kalangan rakyat.

Bagaimanapun selepas negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, di bawah kerajaan baru yang ditadbir anak tempa-tannya sendiri, kebebasan Utu-san Melayu dan akhbar lain mulai tergugat.

Ini berlaku apabila Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman ti-dak boleh menerima kritikan dan menganggap suara yang dibawa Utusan Melayu sebagai ancaman

kepada Umno dan kerajaan. Maka, Tunku mula mengatur

rancangan untuk mengambil alih pengurusan Utusan Melayu de- ngan menjadikan akhbar berpe-ngaruh itu dimiliki sepenuhnya Umno.

Pelbagai rancangan dijalankan termasuk menawarkan gelaran Tan Sri kepada Ketua Pengarang Utusan Melayu pada masa itu, Al-lahyarham Said Zahari.

Namun, permintaan Tunku itu bukan sahaja tidak dilayan, mala-han ditentang Said juga rakan media lain khasnya pekerja Utu-san Melayu sendiri.

Bagi Said, Utusan Melayu ha-ruslah berdiri sendiri tanpa dika-wal mana-mana pihak termasuk kerajaan supaya akhbar itu boleh terus menjadi suara penting un-tuk rakyat.

Kembali ke era penjajahan Jepun

Tiada pilihan lain, Tunku ter-paksa menggunakan paksaan untuk mengambil alih pengurus-an Utusan Melayu.

Kerajaan bertindak menying-kirkan Said dan melantik Ahli Majlis Tertinggi Umno yang juga bekas Ketua Penerangan Umno, Ibrahim Fikri sebagai Ketua Pe-ngarang baru dan mengemuka-kan dasar baru yang diusulkan Lembaga Pengarah Utusan yang didominasi individu daripada Umno dan Parti Perikatan.

Dasar itu sudah tentunya ma-hukan Utusan menjadi lebih mesra dan lunak kepada kerajaan di bawah pimpinan Tunku dan

kebebasan media pada masa itu dilihat semakin berundur ke be-lakang kembali ke era penjajahan Jepun.

Mulanya episod 93 hari yang panjang

Maka pada 20 Julai 1961, 115 kakitangan editorial dan poduksi (kilang cetak) Utusan mula me-lancarkan mogok diketuai Said sendiri yang kemudiannya dike-nali sebagai 'Mogok Utusan'.

Mereka menduduki perkara-ngan bangunan pejabat Utusan Melayu di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur secara berterusan dengan mendirikan khemah un-tuk tidur dan makan sepanjang mogok berjalan.

Mereka juga menerbitkan bu-letin 'Siaran Mogok' yang sem-pat diterbitkan 20 keluaran se-belum dihentikan kerajaan.

Walaupun pemogok itu menghadapi banyak tekanan dan halangan daripada majikan (baru) dan pihak polis, namun mereka berjaya mendapatkan bantuan bekalan makanan dan kewangan daripada golongan yang menyokong perjuangan untuk menegakkan kebebasan akhbar.

Selepas 30 hari mogok ber-

jalan, kerajaan mengambil ke-sempatan untuk memutuskan hubungan Said dan pemogok lain apabila mengetahui Said berada di Singapura.

Tunku Abdul Rahman pada masa itu bertindak mengeluar-kan surat perintah mengharam-kan Said untuk kembali mema-suki Persekutuan Tanah Melayu.

Selepas menghadapi pel-bagai rintangan, khemah pro-tes mereka akhirnya diroboh-kan empat hari sebelum tamat, pada 21 Oktober 1961.

Mogok Utusan berjaya ber-tahan selama 93 hari tanpa mencapai matlamat mereka. Selepas mogok berakhir, Utu-san Melayu (yang kemudian na-manya ditukar menjadi Utusan Malaysia) terus dikuasai Umno sehingga kini.

Selain Utusan, akhbar lain turut menjadi mangsa diambil alih oleh Umno atau parti kom-ponen perikatan dan kemudi-annya Barisan Nasional (BN).

'Kejayaan' kerajaan melalui Umno mengambil alih Utu-san Melayu dengan mematah-kan Mogok Utusan pada masa itu merupakan satu titik hitam yang menandakan era kegela-pan kebebasan media hingga hari ini.

Page 14: #Smart Selangor

15SelangorKini 26 Ogos - 2 September 2016

Rencana

OLEH ERMIZI MUHAMAD

Jika dulu, Mahmeri dianggap sebagai bangsa pelarian berhijrah dari pulau ke pulau ekoran serangan musuh yang

menyerang kependudukan masyarakat itu. Dikenali jolokan sebagai 'Orang Utan'

kerana perilaku dan gaya pakaian mis-tiknya, ternyata kaum terawal menetap di bumi Selangor ini pantas melalui kehidu-pan yang baik.

Tidak perlu lagi berlapar perut dan merantau dari satu tempat ke tempat ma-syarakat Mahmeri kini selayaknya menik-mati hasil kekayaan bumi secara adil dan saksama.

Ternyata, mereka bukan sebuah bangsa yang semudahnya ditindas perakus zalim yang meratah hasil kekayaan negeri serta langsung menafikan hak golongan itu.

Nasib masyarakat Mahmeri Selangor ternyata berbeza apabila keprihatinan ter- hadap golongan itu dizahirkan secara komited oleh Kerajaan Negeri.

Kenyataan itu bukan bersifat retorik, na-mun hakikatnya golongan ini sudah berdiri sama tinggi dengan masyarakat kaum lain di bumi Selangor.

Misalnya berkaitan aspek pendidikan, mereka diberi peluang secara adil untuk mendapatkan peluang pembelajaran di universiti.

Komitmen itu dinyatakan Dato’ Menteri Besar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali dalam Belanjawan 2016 lalu menerusi gagasan Smart Selangor menjadikan negeri ini se-bagai negeri berkebajikan dan peduli rak-yat semua kaum.

Lantas, insentif biasiswa Sagong Tasi di-perkenalkan bagi tujuan pembiayaan pen-didikan di peringkat universiti kepada anak-anak Mahmeri yang melanjutkan pengajian tertinggi.

Sebelumnya, peruntukan dikeluar-kan bagi proses penambahbaikan per-pustakaan mini di Kampung Sungai Bum-bun, Pulau Carey memberi manfaat kepada 500 masyarakat Mahmeri di sana.

Mengakui peranan terbabit, Ketua Kam-pung, Sidin Anak Bujang menyambut baik

Nikmat MerdekaMahmeri berterusan terima insentif Kerajaan Negeri

inisiatif dilaksanakan Kera-jaan Negeri dalam memasti-kan masa depan anak-anak suku Mahmeri lebih terjamin.

Justeru, peluang berke-naan sewajarnya digunakan sebaik mungkin bagi me-ngubah persepsi masyarakat Orang Asal untuk berjaya dan membina laluan hidup yang lebih sempurna.

Kesungguhan itu menja-dikan Selangor sebagai ne-geri berkebajikan dan adil ke-pada hak rakyat seluruhnya di bawah pentadbiran Mohamed Azmin.

“Selangor satu-satunya ne-geri yang memberikan peng-hormatan dan pengiktirafan Orang Asal sebahagian keluarga besar rakyat Malaysia.

“Kerajaan Negeri berpendirian identiti dan jati Orang Asal adalah sebagai seba-hagian ciri kepelbagaian dan kerencaman rakyat di negeri ini.

“Keunikan dan kepelbagaian inilah men-jadi aset penting untuk memajukan ekono-mi negeri,” kata Mohamed Azmin.

Jika dulu, masyarakat memandang se-belah mata dan beranggapan Orang Asal hanya sekadar berkain cawat dan menerus-kan kehidupan nenek moyang mereka be-rabad lamanya.

Namun, tafsiran berkenaannya ditepis Kerajaan Negeri apabila aspek pembuda-yaan dan pembangunan moden diper-giat seiring tanpa mematikan adat resam kaum itu.

Mohamed Azmin berkata, tumpuan pembangunan bukan sekadar memfokus-kan usaha terhadap pelebaran jaringan ke-majuan zaman semata-mata.

Namun, katanya, ia juga tertumpu ke-pada usaha pembangunan kebudayaan di bawah program yang merancakkan lagi pelan kebudayaan negeri di bawah Exco bertangunggjawab, Amirudin Shari dan Elizabeth Wong.

“Ikrar dan tekad Kerajaan Negeri baha-

wa kita teruskan dasar memberikan keadil-an dan kesaksamaan kepada masyarakat Orang Asal di Selangor.

“Pendirian ini diambil kerana kemajuan sesebuah negara dan negeri bukan sahaja berteraskan pembangunan fizikal.

“Kita tetap mengambil pendirian baha-wa pembangunan nilai, budaya dan waris-an amat kaya dalam kalangan masyarakat Orang Asal,” katanya.

Bukan sekadar itu, Kerajaan Negeri menggembleng usaha mewujudkan or-ganisasi Badan Bertindak Orang Asal Se-langor yang menjalankan pemantauan sepenuhnya isu kependudukan tanah Orang Asal di Selangor.

Mohamed Azmin sebelum ini berka-ta, inisiatif terbabit dilaksanakan sejak 2009 berperanan khas membantu Kera-jaan Negeri dalam usaha mengenal pas-ti tanah dan kawasan rayau masyarakat Orang Asal.

Beliau berkata, pelaksanaannya untuk memastikan tanah Orang Asal tidak di-rampas Kerajaan Negeri atau pihak swas-ta sewenang-wenangnya.

Buktinya, hak Tanah Rizab Orang Asal di Selangor mencapai keluasan hampir 10,000 ekar sejak Pakatan mentadbir.

"Inilah penghormatan dan pengiktiraf-an yang diberikan Kerajaan Negeri kepada masyarakat Orang Asal, bahkan kita akan memastikan hak mereka akan terus diper-tahankan.

"Sebagai contoh, dalam satu kes di mahkamah bagi kes Sagong Tasi, Kerajaan Negeri membuat keputusan untuk tidak meneruskan rayuan demi menghormati hak Orang Asal di negeri ini," katanya.

Buktinya, hak Tanah Rizab Orang Asal di Selangor mencapai keluasan hampir 10,000 ekar sejak Pakatan mentadbir

Pada masa sama, Kerajaan Negeri terus melaksanakan dasar untuk memperka-sakan masyarakat Orang Asal daripada segi ekonomi dan pendidikan dengan mengintegrasikan mereka melalui arus perdana pembangunan.

Dalam bidang ekonomi, Kerajaan Ne-geri mengumumkan skim mikrokredit un-tuk mengupayakan perniagaan masyara-kat Orang Asal.

Sebagai contoh, Program Hijrah adalah skim pinjaman mikro kredit yang perlu dimanfaatkan untuk membantu peniaga Orang Asal meningkatkan juga mengem-bangkan perniagaan mereka.

Justeru, apa lagi yang boleh digarap-kan berkenaan aspek kebajikan dan keta-madunan dinikmati masyarakat Mahmeri di Selangor?

Jauh bezanya daripada negeri lain yang hanya menikmati perkataan kemerdekaan sekadar pada nama apabila pertikaian berkenaan soal kependudukan tanah dan kebajikan masih menjadi krisis besar.

Apakah ia berlaku di Selangor? Jawa-pannya, tidak. Cuma berbangkit persoalan, merdekakah kaum Orang Asal di bawah pentadbiran Umno Barisan Nasional (BN)?

Page 15: #Smart Selangor

16Seni

SelangorKini 26 Ogos - 2 September 2016

OLEH ERMIZI MUHAMAD

PEKAN BARU - Adat dan tradisi Melayu diangkat menerusi pe-nganjuran Malay Archipelago Postgraduate Seminar (MAPS) 2016, pada 20 Ogos lalu.

Seminar di Universitas Lan-cang Kuning (ULK), Riau, Indone-sia itu menyajikan upacara pem-bukaan dengan persembahan tarian tradisi Melayu oleh maha-siswa fakulti ekonomi universiti terbabit.

Menariknya, upacara pembu-kaan turut dimeriahkan dengan tradisi pemberian sireh daripada wakil ULK kepada wakil Univer-

siti Selangor (Unisel) sebagai simbolik menyambut kedata-ngan tetamu.

Tradisi itu diteruskan bagi mengukuhkan adat kemelayuan serumpun yang wujud antara Selangor dan Riau.

Penganjuran MAPS bertujuan menghimpunkan budaya Mela-yu menerusi aspek kajian ilmiah dan akademik oleh pelajar pasca-siswazah dan penggiat industri.

Hasil kajian ilmiah disimpan untuk manfaat rujukan jangka panjang kepada ahli akademik dan masyarakat setempat bagi-mendapat kefahaman luas berke-naan aspek kemelayuan asli.

Pada masa sama ULK dan Unisel turut memeterai memo-randum pendidikan serumpun sebagai inisiatif jaringan pendi-dikan serantau.

Detik bersejarah itu turut di-sertai Gabenor Riau, Arshad Ju-liandi Rahman yang menyaksi-kan sesi pemeteraian perjanjian berkenaan dilakukan, pada 20 Ogos lalu.

Pemeteraian itu berupaya memberi manfaat jangka pan-jang kepada kedua institusi pendidikan terkemuka berke-naan untuk mengukuhkan pe-ranannya sebagai pusat keme-layuan ilmu serantau.

Malay Archipelago Postgraduate Seminar (MAPS)

Angkat tradisi Melayu serantau

KLANG - Pertandingan ga-sing pangkah di Kampung Bukit Kapar, di sini bertujuan mengekalkan identitinya se-bagai salah satu permainan tradisional di Selangor.

Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Selangor (Padat) dalam kenyataan, berkata pengan-jurannya bagi mempopularkan kembali permainan tradisional itu supaya setanding dengan permainan moden pada masa kini.

“Kejohanan ini juga berpe-ranan melahirkan lebih ramai pelapis muda bagi pemain ga-sing pangkah terutama dalam kalangan warga muda.

“Ia adalah pertandingan per-mainan tradisional kedua di peringkat Selangor,” katanya berkenaan Kejohanan Gasing Pangkah Terbuka Selangor 2016 yang diadakan pada 15 Ogos lalu.

Ia disertai 50 regu dari Sela-ngor, Pahang dan Johor.

Sebelum itu, Padat mengan-jurkan pertandingan permain-an tradisional pertama iaitu Per-tandingan Wau Kapal Terbuka Selangor, pada 31 Julai lalu.

Selain pertandingan gasing pangkah, turut diadakan majlis sambutan 100 tahun pembu-kaan Kampung Bukit Kapar.

Pertandingan terbabit diras-mikan Ahli Dewan Negeri (ADN) Meru, Dr Abdul Rani Osman manakala penyampaian hadiah disempurnakan Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu & Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Padat, Mohd Faizul Fitri Muslil.

Pertandingan itu dijuarai regu Bukit Kapar D (Selangor) yang membolot wang tunai RM1,800, manakala naib juara adalah Bukit Desak A (Pahang) (RM1,300) dan ketiga, Kuala Medang B (Pahang) (RM700).

Popularkan permainan tradisional

Page 16: #Smart Selangor

17SelangorKini 26 Ogos - 2 September 2016

Pertanian

JABATAN KERJA RAYAKENYATAAN TENDER

Tender adalah dipelawa daripada Kontraktor-kontraktor Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia/PUKONSA/UPKJ/Kementerian Kewangan dalam gred, kategori dan pengkhususan dan jenis pendaftaran yang berkaitan dan masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja berikut:-

Dokumen Meja Tender boleh disemak dan dokumen tender boleh diperolehi di pejabat-pejabat berkenaan semasa waktu pejabat.

Bayaran bagi dokumen tender hendaklah dibuat dalam bentuk draf bank/kiriman wang/wang pos di atas nama Ketua Akauntan Kementerian Kerja Raya. Dokumen tender akan dikeluarkan kepada wakil Kontrak yang sah sahaja. Untuk maksud ini, wakil kontraktor dikehendaki membawa perakuan/Sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) serta Sijil Taraf Bumiputera yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Usahawan (Jika Berkenaan) beserta satu salinan sijil-sijil tersebut. Bagi Kontraktor yang berdaftar dengan PUKONSA atau UPKJ, wakil kontraktor yang sah dikehendaki membawa perakuan/Sijil ASAL Perakuan Pendaftaran PUKONSA atau UPKJ dan Sijil Taraf Bumiputera (jika berkenaan)

Pejabat yang

Memanggil Tender

Tajuk Projek Taraf/Jenis Syarikat*

Gred, Kategori, Pengkhususan/Kelas Tajuk & Tajuk Kecil/

Kelas, Kepala & Sub Kepala

Tempat & Tarikh

Dokumen Mulai Dijual

Harga Dokumen & Bayaran Atas Nama

Tempat, Tarikh & Waktu Tender Tutup

Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan,

JKR Negeri Selangor

CADANGAN MEMBINA PILE EMBANKMENT

SLAB DAN KERJA-KERJA

BERKAITAN DI SEKSYEN 4.2, JALAN

B35,DAERAH KUALA

SELANGOR, SELANGOR

DARUL EHSAN

JKR/SEL/(N)014(T)/2016

BumiputeraT1

PPK, SPKK, STB & UPEN

Gred :

G4

Kategori : CE

Pengkhususan: CE01,

CE10,CE21, CE42

Bahagian Kontrak &

Ukur Bahan,

JKR Selangor.

22/08/2016(Isnin)

Sehingga

05/09/2016 (Isnin)

RM177.00

(Draf Bank/ Kiriman Wang/

Wang Pos)

Atas Nama Pengarah Kerja Raya

Negeri Selangor

Bahagian Kontrak &

Ukur Bahan,JKR Negeri

Selangor Tingkat. 1, Bangunan

SSAAS 40582

Shah Alam, Selangor

Pada:

13/09/2016(Selasa)

Sebelum/Pada Jam

12.00 tengahari.

Lawatan Tapak adalah digalakkan. Sebarang pertanyaan hubungi Bahagian Kontrak Dan Ukur Bahan, JKR Negeri Selangor. No. Tel: 03-55447754

*Jenis SyarikatTempatan:

T1A1

A2

--

-

Syarikat 100% ekuiti Bumiputra milik tempatan (Warganegara)Syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL yang ditubuhkan dan diperbadankan di Malaysia oleh Warganegara Malaysia dan Pegangan saham individu asing tidak melebihi 30% dan Lembaga Pengarah, Pengurusan dan pekerja dianggotai 100% oleh warganegara.Syarikat Usahasama yang diperbadankan di Malaysia dan equiti asing tidak melebihi 49% dan majoriti ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan dan pekerja adalah warganegara.

4 col x 17cm

Bagi lawatan tapak atau sesi taklimat tender yang diwajibkan, hanya penama yang tercatat di dalam sijil PKK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ yang dibenarkan menghadiri lawatan tapak atau sesi taklimat berkenaan. Kontraktor/syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama dalam PKK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ.

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri giat merangka pelan induk pertanian untuk tempoh 10 tahun ke arah inisiatif pembangunan pertanian jangka panjang.

Exco Insfrastruktur dan Kemuda-han Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib, berkata pelan itu merangkumi inisiatif meningkatkan hasil penge-luaran pertanian negeri.

“Secara dasarnya pelan induk ini menggariskan beberapa perkara yang perlu dilihat dan dikaji teruta-ma usaha meningkatkan hasil per-tanian.

“Ini termasuk hasil pertanian un-tuk sayuran-sayuran, ternakan lem-bu, ayam pedaging dan akuakultur,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini, Selangor menjadi penyumbang tertinggi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malay-sia dengan 5.2 peratus hasil penge-luaran pertanian.

Perkasa sektor pertanian

Pelan induk lonjak hasil tani

SHAH ALAM - Kajian terhadap hala tuju sektor pertanian perlu dilaksanakan Kerajaan Negeri bagi mengukuhkan peranan per-tanian secara efektif.

Perkara itu disarankan Dr Syau-fique Fahmi Sidque, dari Institut Kajian Dasar Pertanian Univer-siti Putra Malaysia (UPM) dengan merujuk pertumbuhan indus-tri terbabit yang dilihat mampu memacu pertumbuhan ekonomi negeri.

“Jumlah penduduk di Selangor tertinggi bagi tahun 2013 dengan kepadatan 5.8 juta bersamaan 19 peratus keseluruhan rakyat Ma-laysia.

“Namun, kadar pertumbuhan sektor pertanian tidak selari den-gan kadar pertumbuhan populasi negeri.

“Justeru, satu kajian perlu dia-

dakan untuk merancang hala tuju sektor pertanian yang lebih efek-tif di Selangor,” katanya pada sesi pembentangan Perbincangan Meja Bulat Belanjawan 2017, pada 15 Ogos lalu.

Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Ta-lib turut hadir mendapatkan mak-lum balas terhadap cadangan ke arah penambahbaikan program pertanian 2017.

Pada 2013, wujud ketidakseim-bangan populasi penduduk de- ngan kepesatan industri perta-nian yang rancak dibangunkan Kerajaan Negeri.

Atas kapasiti itu, Pelan Induk Pembangunan Pertanian (PIPP) 2016-2025 rancak dibangunkan ke arah penghasilan sumber per-tanian negeri.

SHAH ALAM - Sejumlah RM992,500 diperuntukkan bagi menjayakan Pro-gram Pembangunan Usahawan Indus-tri Komuniti Kampung 2016, berban-ding RM793,300 pada 2015.

Exco Hal Ehwal Agama, Jawatankua-sa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato’ Dr Ah-mad Yunus Hairi, berkata ia bertujuan membangunkan industri dan ekonomi luar bandar seterusnya meningkatkan pendapatan penduduk.

Katanya, program itu

adalah usahasama Kolej Antarabangsa INPENS dan Institut Kulinari Anjung Utara (ITKAU).

“Kita mahu memberi peluang kepa-da rakyat berminat memulakan pernia-gaan tetapi tidak mempunyai kemahir-an dan modal.

“Peluang juga terbuka kepada me-reka yang berminat dan beriltizam menjadikan usahawan bidang kerjaya sepenuh masa,” katanya kepada Sela-ngorKini.

Terdapat empat kursus ditawarkan iaitu Program Pembangunan Usahawan Gunting Rambut, Program Pembangunan Usa-hawan Penjaja Makanan dan Minumam, Program Pemba-ngunan Usahawan Penjaja Se-bagai Juruterapi Komplimen-tari Berdaftar dan Program Pembangunan Usahawan Membaiki Kasut.

Seramai 170 peserta menyer-tai temuduga dijalankan, namun hanya 105 yang layak menghadi-ri kursus berkenaan.

Untuk Program Pembangu-nan Usahawan Gunting Ram-but, 29 layak menyertai, Pro-gram Pembangunan Usahawan Penjaja Makanan dan Minuman (98), Program Pembangunan Usahawan Penjaja Sebagai Ju-ruterapi Komplimentari Berdaf-tar (34) dan Program Pemba-ngunan Usahawan Membaiki Kasut (9).

RM���,��� jayakan program

Perolehan itu sekali gus men-dorong pentadbiran Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali meluluskan peruntukan RM31.6 juta untuk program pembangunan pertanian.

Mengulas lanjut, Zaidy berkata, peruntukan itu menjurus kepada inisiatif galakan pertanian moden bersesuaian tema Belanjawan 2016, Smart Selangor.

Pada masa sama, katanya, Kera-jaan Negeri turut melaksanakan Program Agro Generasi Muda (AGROGEMS) kepada golongan belia berumur antara 18 hingga 40 tahun.

"Inisiatif ini diwujudkan sebagai komitmen Kerajaan Negeri mem-bantu golongan muda untuk terli-bat secara langsung dalam bidang pertanian," katanya.

Populasi-pertanian perlu selari

Page 17: #Smart Selangor

18PBT

SelangorKini 26 Ogos - 2 September 2016

OLEH SYASYA SUFIAN

SUBANG JAYA - Usaha meran-cakkan ekonomi pelancongan di Selangor terus digerakkan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) melalui penganjuran Program Seni Budaya 2016.

Yang Dipertua MPSJ, Dato' Nor Hisham Ahmad Dahlan, berkata usaha itu dapat membuka pelu-ang pemasaran kepada karyawan dan penggiat seni memperluaskan produk juga kesenian.

“Mereka diberi peluang mem-promosikan keunikan kesenian dan kebudayaan yang terdapat di Ma-laysia sama ada di pasaran domes-tik atau antarabangsa.

“MPSJ sentiasa menyokong perkembangan program ini supaya sentiasa berdaya saing dan secara tidak langsung meningkatkan eko-nomi Selangor,” katanya ketika Maj-

lis Perasmian Program Seni Budaya MPSJ 2016 di West Boulavard, One City, Subang Jaya, di sini, pada 20 Ogos lalu.

Program selama dua hari pada 20 dan 21 Ogos lalu padat dengan pengisian atur cara persembahan kebudayaan, pertandingan koir, pertandingan dikir barat, pameran kesenian dan jualan.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi Eksekutif One City, Tan Sri Dato’ Sri Barry Goh Ming Choon; Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Su-pritenden Polis, Ler Swee Meng dan ahli majlis MPSJ.

Program itu mendapat kerjasa-ma pelbagai pihak antaranya Unit Perancangan Ekonomi Selangor (Upen), Perbadanan Adat Mela-yu dan Warisan Selangor (Padat), Tourism Selangor, Orang Asal Mah Meri Pulau Carey dan Kaum Su-ngai Rasau Hilir Puchong.

Program Seni Budaya MPSJ 2016

Tingkat ekonomi pelancongan

KLANG - Minyak masak terpa-kai tidak wajar dibazirkan, seba-liknya boleh dimanfaatkan me-lalui kaedah kitar semula, kata Yang Dipertua Majlis Perbandar-an Klang (MPK), Dato' Mohamad Yasid Bidin.

Beliau berkata, pembuangan sisa minyak masak akan mengun-dang pencemaran alam sekitar khususnya sumber air, malahan menyebabkan saluran air tersum-bat dan mengundang penyakit bawaan.

"Sisa minyak dibuang akan menjadi pejal dan menyebabkan longkang tersumbat serta me-nyebarkan wabak penyakit dari-pada nyamuk dan tikus.

“Justeru, MPK mengambil ini-siatif berkongsi pengetahuan berkenaan cara mengitar semula dan pelupusan minyak yang be-tul serta mesra kepada alam seki-tar," katanya.

Beliau berkata demikian pada perasmian Program Pasalewa MPK di Masjid Kampung Raja Uda, di sini, baru-baru ini.

Pada masa sama, Yasid ber-kata, masalah pencemaran alam sekitar khususnya sumber air ekoran sikap masyarakat ti-dak mengamalkan kitar semula dalam kehidupan seharian.

“Lebih teruk lagi membuang sampah di tempat tidak sesuai seperti longkang, parit, tepi jalan dan kawasan lapang yang meng-akibatkan pencemaran bau dan alam sekitar serta wabak penya-kit seperti denggi juga taun,” ka-tanya.

Untuk merealisasikan usaha itu, dua syarikat dilantik bagi mengadakan program pengum-pulan minyak masak terpakai daripada peniaga restoran, pa-sar malam, gerai MPK dan kantin sekolah sekitar bandar Klang.

Kongsi pengetahuan kitar semula minyak masak

SHAH ALAM - Sistem parkir berkupon di kawasan Maj-lis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan mula dikuatkua-sakan kepada orang ra-mai, pada 1 September ini.

Pegawai Komunikasi

Korporatnya, Norhayati Ah-mad, berkata ketetapan itu

dibuat selepas syarikat konsesi menyerahkan urusan kutipan kepada MPAJ sepenuhnya.

"MPAJ kini bertang-gungjawab mengurus

selia kutipan tempat le-

tak kereta di kawasan pentad-biran kami," katanya ringkas dalam kenyataan media.

Sebarang maklumat atau pertanyaan lanjut, orang ra-mai boleh terus menghubungi Bahagian Perhubungan Awam dan Sekretariat di talian 03-428973753.

Parkir kupon di MPAJ mulai September

KUALA SELANGOR - Karnival Si-hat Selangor dan Hari Bertemu Pelanggan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) menerima sam-butan hangat masyarakat.

Yang Dipertua MDKS, No-raini Roslan, berkata program itu bertujuan memberi keseda-ran berkenaan amalan bersenam, pemakanan dan diet sihat, sikap positif serta pemeriksaan kesi-

hatan berkala.“Program itu juga menjadi

platform untuk kita bertemu orang awam untuk mendengar masalah setempat mereka.

"Kita turut menerima baik cadangan dan penambahbaikan bagi meningkatkan taraf per- khidmatan kepada mereka,” kata-nya pada program berkenaan di Dewan Saujana Utama, Sungai

Buloh pada 20 Ogos lalu.Majlis disempurnakan Exco

Kesihatan, Kebajikan, Pemba-ngunan Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi.

Sekurang-kurangnya 2,000 peserta mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti dianjur-kan antaranya Berjalan 10,000 Langkah, Kayuhan Jantungku dan senamrobik.

Karnival Sihat terima sambutan hangat

Page 18: #Smart Selangor

19SelangorKini 26 Ogos - 2 September 2016

PBT

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM - Majlis Bandara-ya Shah Alam (MBSA) sekali lagi menerima kunjungan pelajar Je-pun menerusi Program Tokoname City Student’s International Ex-change Conference Association.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shah-rin Ahmad, berkata lapan pela-jar daripada Tokoname terlibat dalam rangka lawatan tahun ini

yang bermula pada 15 hingga 19 Ogos lalu.

“Mereka diberikan taklimat dan penerangan berkenaan perkem-bangan Shah Alam sebagai ban-dar raya membangun, termasuk aktiviti, fungsi dan perkhidmatan MBSA serta lokasi juga tempat pelancongan menarik,” katanya kepada SelangorKini.

Kumpulan pelajar berkenaan diiringi dua guru dari Jepun ser-ta tiga guru Sekolah Kebangsaan

Seksyen 9, Shah Alam.Pada 2015, MBSA menerima

kunjungan pertama pelajar To-koname menerusi program sama.

Pada masa sama, Shahrin ber-kata, MBSA sentiasa terbuka menerima kunjungan mana-ma-na agensi dan jabatan sama ada dalam juga luar negara.

“Kita bersedia berkongsi dan bertukar pandangan serta penge-tahuan berhubung perkhidmatan MBSA,” katanya.

Kunjungan pelajar Tokoname

Terokai keunikan Shah Alam

Dua PBT terima laluan baru

KLANG - Sekurang-kurangnya RM10,000 berjaya dikutip Maj-lis Perbandaran Klang (MPK) ha-sil bayaran permit sementara membabitkan 25 premis di Bukit Raja dalam operasi julung kali di-adakan, baru-baru ini.

Setiausaha MPK, Adi Faizal Ah-mad Tarmizi, berkata ia ekoran semua premis berkenaan gagal mematuhi garis panduan penge-luaran permit kerusi.

Katanya, MPK turut menam-pal pelekat pada meja termasuk memberi tempoh sebulan bagi mereka memohon permit sepa-tutnya.

“Permit berdasarkan bilangan meja yang diletak di luar premis, contohnya RM1 bagi satu meja sehari,” katanya.

Pada masa sama, Adi berkata, pihaknya mendapati banyak pre-mis di kawasan itu meletakkan kerusi dan meja di luar premis tanpa kebenaran MPK.

Bagaimanapun, katanya, semua premis terlibat memberi kerjasama baik dan akur dengan tindakan penguatkuasaan.

“Ini adalah tindakan proaktif MPK memantau dan memeriksa premis makanan bagi penguat-kuasaan terhadap garis panduan ditetapkan.

“Selain memeriksa permit, kita juga beri khidmat nasihat dari-pada segi kebersihan dan kita mengalu-alukan peniaga yang melakukan perkara sama mem-buat permohonan ke bahagian perlesenan,” katanya.

�� premis gagal patuh permit kerusi

SABAK BERNAM - Dua laluan baru bas Smart Selangor masing-masing di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dijang-ka mula beroperasi, pada September ini.

Exco Pelaburan, Perindustrian IKS serta Perdagangan dan Pengangkutan, berkata kos ditanggung secara bersama antara Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa tem-patan (PBT) menggunakan formula 1:1.

Katanya, RM1.2 juta diperuntuk Kera-jaan Negeri bagi menampung kos satu laluan baru, sementara satu lagi ditang-gung PBT.

“Laluan bagi setiap PBT berkenaan akan menjadi tiga, berbanding hanya

satu laluan sebelum ini.“Kerajaan Negeri menampung dua

laluan, manakala PBT menanggung kos satu laluan,” katanya kepada Selangor-Kini.

Chang Khim berkata, laluan baru di MBSA membabitkan Pusat Bandar ke Stadium Shah Alam berhampiran pusat beli- belah.

“Ia bersambung pula Stesen Komuter Batu Tiga dan kawasan perumahan di Seksyen 19.

“Di MPSJ pula, satu laluan diperkenal kan di kawasan baru, manakala satu lagi kawasan lama yang mempunyai kepa-datan penduduk tinggi,” katanya.

Page 19: #Smart Selangor

20Pendidikan

SelangorKini 26 Ogos - 2 September 2016

SHAH ALAM - KIK INFYNYTY yang menghasilkan aplikasi tele-fon pintar untuk merapatkan ju-rang kerajaan dengan rakyat me-layakkan inovasi itu menerima tajaan Kerajaan Selangor.

Lebih manis, ciptaan Kumpu-lan Inovasi dan Kreatif (KIK) Ja-batan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) Selangor itu bakal ke pertandingan ’International Con-vention On Quality Control Circle’ (ICQCC) 2016 di Bangkok, Thai-land, pada 22 hingga 27 Ogos ini.

Exco Pendidikan, Pembangu-nan Modal Insan, Sains, Teknolo-gi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata tajaan itu bukti komitmen Kerajaan Negeri terha-dap penghasilan teknologi ber-manfat kepada agensi lain, ma-syarakat dan negara.

“Tajaan ini juga memberi pelu-ang kepada INFYNYTY meluas-

kan faedah yang diterima bagi produk perancangan pertama diiktiraf selain mempromosikan intelek negara ke pasaran luar.

“Smart Solution diiktiraf di pel-bagai peringkat pertandingan lantaran ia memberi solusi dalam merapatkan jurang antara kera-jaan dengan rakyat dalam me-rencana pembangunan fizikal, ekonomi, sosial dan persekitar-an," katanya.

Aplikasi itu memfokuskan produk perancangan ‘Aplikasi Telefon Pintar Bagi Mengak-ses Rancangan Pemajuan dan Memudahkan Penyertaan Awam’.

Penghasilannya selaras matla-mat Kerajaan Negeri ke arah membangun Smart Selangor Yang Peduli dan ia mensasar-kan peningkatan keberkesanan sistem penyampaian kepada rakyat.

Terima tajaan negeri

KIK INFYNYTY ke Thailand

SHAH ALAM - RM10 juta di-perlukan untuk melaksanakan usaha penambahbaikan Pendi-dikan dan Program Modal Insan menerusi program Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi mening-katkan tenaga kerja mahir di Se-langor.

Timbalan Naib Canselor Unisel, Prof Dr Mokhtar Abdullah, berka-ta persediaan perlu dipertingkat-kan daripada segi pengetahuan dan kemahiran sesuai kepada golongan belia serta meningkat-kan bilangan pelajar bagi aliran TVET.

“Kita memerlukan insti-tusi yang dapat menampung sekurang-kurangnya 4,000 pela-jar tetapi kapasiti kampus Inpens terhad kepada 600 pelajar sahaja.

“Disarankan Kerajaan Negeri meminjam kepada Inpens un-tuk mengguna pakai aset seperti

bangunan, tanah dan fasiliti di setiap daerah bagi mewujudkan lebih banyak pusat latihan,” ka-tanya kepada SelangorKini.

Selain itu, katanya, terdapat beberapa projek lain yang dicadangkan, antaranya penye-diaan Blueprint & Roadmap 2017 hingga 2020 TVET di Selangor dan penambahbaikan peralatan dalam program kerjasama Aka-demia Industri TVET di antara UNISEL dan Inpens.

“Kita juga bercadang melak-sanakan program ‘Smart Educa-tion Using MOOC Platform’ un-tuk pembelajaran kemahiran teknikal dan vokasional serta program STEM berteraskan Al-Quran (Q-STEM) bagi sekolah di bawah Kerajaan Negeri.

“Itu antara beberapa projek yang kita percaya berpotensi memperkasakan pelaksanaan

TVET lahir pekerja mahir

SHAH ALAM - Amalan '5S' kini di-guna pakai Kolej Antarabangsa Inpens bagi memastikan operasi pentadbiran dan pembelajaran-nya berjalan lancar juga menca-pai tahap terbaik.

Pengurus Komunikasi Korpo-rat Inpens, Jefri Mejan, berkata institusi itu menyasarkan perisi-jilan 5S pada 2017 bagi mengga-lakkan kemajuannya seiring has-rat Kerajaan Negeri.

“Inpens boleh berkembang maju jika 5S dapat segera diamal-kan untuk mewujudkan suasana kerja lebih tenang selain mengu-

rangkan tekanan di tempat.“Penjimatan tenaga, masa

dan kewangan juga dapat dilak-sanakan melalui amalan 5S,” ka-tanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Inpens melancar-kan amalan 5S disempurnakan Yang Dipertua Majlis Daerah Kua-la Selangor (MDKS), Noraini Ro-slan bersama pegawai dan wakil daripada Menteri Besar Incorpo-rated (Pemerbadanan) (MBI).

Sementara itu, Noraini ber-kata, amalan 5S yang berterusan berupaya menjadikan sesebuah organisasi beroperasi dengan

lebih efektif.“Budaya ini bukan sahaja dapat

meningkatkan produktiviti organi-sasi, malahan membentuk disiplin kakitangan, justeru diharap warga INPENS terus istiqamah menga-malkan 5S,” katanya.

5S adalah kaedah atau alat pengurusan untuk mewujudkan persekitaran tempat kerja berkuali-ti, selesa, kemas dan selamat.

Amalan itu dipelopori Jepun dengan penumpuan kepada lima langkah tindakan iaitu sisih, su-sun, sapu, seragam dan sentiasa amal.

�S tingkat produktiviti INPENSSUBANG JAYA - Lebih 100 pe-lajar institusi pengajian tinggi (IPT) mengikuti program latihan di Pejabat DUN Subang Jaya se-jak 2008.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Subang Jaya, Hannah Yeoh, ber-kata pihaknya menjalin kerjasa-ma dengan beberapa IPT bagi memberi peluang peserta men-dalami pentadbiran negeri dan politik.

“Ini penting kerana mere-ka sentiasa ada idea baru un-tuk dipraktikkan selari dengan perkembangan semasa.

“Tiada tempoh masa ditetap-kan tetapi saya lebih gemar mereka mengikuti dalam jang-ka masa panjang supaya dapat belajar lebih banyak,” katanya kepada SelangorKini.

Hannah berkata, program itu sesuai dilaksanakan di setiap DUN bagi menarik minat anak muda dengan pentadbiran dan politik.

“Untuk wakil rakyat yang ju-jur dan telus serta tiada apa rah-sia untuk disorokkan, program seperti ini sesuai dijalankan,” katanya.

Program latihan dalami pentadbiran negeri

Page 20: #Smart Selangor

21SelangorKini 26 Ogos - 2 September 2016

Agama

WAKTU SOLAT SELANGOR26 Ogos - 2 September 2016

23 - 30 Zulkaedah 1437HGombak, Hulu Selangor, Rawang, Hulu Langat, Sepang, Petaling, Shah Alam

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

26 Jumaat 5.42 5:52 7.09 1:18 4:29 7:23 8:3327 Sabtu 5.42 5:52 7.08 1:17 4:28 7:22 8:3228 Ahad 5.42 5:52 7.08 1:17 4:27 7:22 8:3229 Isnin 5.42 5:52 7.08 1:17 4:26 7:22 8:3130 Selasa 5.42 5:52 7.08 1:17 4:25 7:21 8:3131 Rabu 5.42 5:52 7.07 1:16 4:25 7:21 8:3001 Khamis 5.42 5:52 7.07 1:16 4:24 7:20 8:3002 Jumaat 5.41 5:51 7.07 1:16 4:23 7:20 8:30

26 Jumaat 5.44 5:54 7:12 1:20 4:31 7:25 8:3527 Sabtu 5.44 5:54 7:11 1:19 4:30 7:24 8:3428 Ahad 5.44 5:54 7:11 1:19 4:29 7:24 8:3429 Isnin 5.44 5:54 7:11 1:19 4:28 7:24 8:3330 Selasa 5.44 5:54 7:11 1:19 4:27 7:23 8:3331 Rabu 5.44 5:54 7:11 1:18 4:26 7:23 8:3301 Khamis 5.44 5:54 7:10 1:18 4:26 7:22 8:3202 Jumaat 5.43 5:53 7:10 1:18 4:25 7:22 8:32

Landasan persefahaman tangani isu agama

ABIM saran wujud jawatankuasa khasOLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM - Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyarankan Kera-jaan Negeri menubuhkan jawatankua-sa khas sebagai perunding bagi mem-bantu menyelesaikan hal berkenaan sensitiviti antara agama.

Presiden ABIM, Mohamad Raimi Ab-dul Rahim, berkata jawatankuasa ter- babit bakal menjadi landasan pe-mimpin dan pertubuhan agama un-tuk berbincang serta mencari perse-fahaman jika timbul isu berkaitan agama.

"Usaha ini memudahkan Kerajaan Negeri menangani isu sensitif dan dapat mencari persefahaman melalui sesi dialog atau perbincangan.

"Kerajaan Negeri juga disarankan

turut duduk bersama memberi juga menerima pandangan serta saranan daripada ahli jawatakuasa dalam me-nyelesaikan sebarang isu," katanya ke-tika dihubungi Selangor Kini.

Raimi berkata, terdapat pelbagai isu sensitif membabitkan agama perlu diselesaikan dengan bijak supaya tidak timbul sebarang kekecohan yang bo-leh menjejaskan keamanan negara.

"Jawatankuasa ini bertindak sebagai satu inisatif dalam usaha mewujudkan persefahaman serta perpaduan antara kaum dan agama.

"Selain itu, orang bukan Islam dan badan bukan kerajaan harus di-beri peluang menyertai sesi dia-log dalam memberikan pan-dangan jika wujud konflik," katanya.

Perit jerih tiga asnaf berbaloi

SHAH ALAM - Perit jerih tiga as-naf untuk bebas daripada beleng-gu kemiskinan akhirnya berbalas apabila menerima penghargaan daripada Lembaga Zakat Sela- ngor (LZS), pada 16 Ogos lalu.

Tiga individu terbabit ialah Zamri Kasim, Rasman Nordin dan Sharifuddin Meon, masing-ma-sing menerima sijil penghargaan atas kecemerlangan mereka dalam perniagaan.

Sharifuddin Meon bersyukur diberikan peluang meningkat-kan pendapatan keluarganya selepas diberhentikan kerja pada 2003.

Katanya, kepayahan itu dibayar apabila perniagaan roti dan keknya mencecah pendapa-tan sekitar RM15,000 hingga RM20,000 sebulan.

"Saya menerima bantuan peralatan daripada LZS selepas mendapat tender untuk meng-hasilkan 7,000 biji kuih-muih sehari dan terus berazam me-nambah pendapatan dengan mempelajari bidang bakeri.

“Sehingga kini, saya masih menghantar roti ke sekolah dan membuka kedai di Semenyih ta-hun lalu, sekali gus bebas asnaf fakir dan miskin,” katanya.

Rasman Nordin pula berkata, beliau mula mendapat bantuan lori dan modal pusingan pada 2012 serta memulakan pernia-gaan berasaskan mi, laksa dan char kuey teow di Kelana Jaya.

“Saya berhujan, berpanas de-ngan anak dan isteri yang turut ikut ke tempat berniaga. Tahun lalu, isteri saya berjaya membuka kedai jahit hasil daripada pernia-gaan dijalankan sebelum ini.

“Saya bersyukur diberikan pe-luang dan bantuan daripada LZS untuk membantu kami sekelu-arga meningkatkan pendapatan,” katanya.

Pasalewa pupuk masyarakat pemurahKLANG - Program Flea Market Day (Pasalewa) berkonsepkan ’Derma Sambil Beramal’ kepada masjid sekitar Klang mendapat sambutan menggalakkan dari-pada penduduk setempat.

Yang Dipertua MPK, Dato' Mohamad Yasid Bidin, berkata program anjuran MPK dengan kerjasama Pejabat Agama Is-lam Daerah (PAID) itu bertujuan memupuk ‘masyarakat pemurah’ dengan menyumbang barangan yang masih elok terus kepada masjid terlibat secara waqaf.

Katanya, hasil jualan barangan itu akan didermakan untuk kegu-naan masjid.

“Program ini akan diperluas-kan pada masa akan datang ke-rana ia memberi manfaat kepada penderma dan masjid, di samping menjadi landasan awal mewujud-

kan masyarakat pemurah.“Kerjasama daripada PAID dan

nazir masjid banyak membantu menjayakan aktiviti amal ini dan ia akan diperluaskan ke masjid lain,” katanya dalam kenyataan.

Program itu berjaya mengum-pul pelbagai barangan antara-nya pakaian, beg, kasut dan per-mainan kanak-kanak.

Program ini akan diperluaskan pada masa akan datang kerana ia memberi manfaat kepada penderma dan masjid

MOHAMAD YASIDYang Dipertua MPK

Page 21: #Smart Selangor

22Wanita & Kebajikan

SelangorKini 26 Ogos - 2 September 2016

OLEH HAFIZAN TAIB

PETALING JAYA - Menyedari wanita bergelar ibu berdepan cabaran be-sar dalam kehidupan masa kini, Car-ing Moms (Ibu Prihatin) mengambil inisiatif membantu golongan itu terbabit dalam aktiviti berfaedah khususnya perniagaan.

Pengasasnya, Shera An Bosco, ber-kata program digerakkan kumpu-lan itu mengambil kira kepentingan wanita khususnya berstatus ibu yang lazimnya banyak berkorban dalam hidup demi kebahagiaan keluarga masing-masing.

"Caring Moms ingin membantu golongan ini dengan mewujudkan peluang pekerjaan sesuai kepada mereka demi meningkatkan kualiti hidup juga ekonomi keluarga.

"Kebanyakan mereka terpaksa meninggalkan kerjaya ekoran keper-luan mendesak dalam hidup serta mementingkan keluarga dan men-jaga anak," katanya.

Caring Moms dimulakan atas usaha Shera bersama Umesh Nara-simhaiah di laman sosial Facebook sejak April lalu dan mendapat sam-butan menggalakkan apabila berja-ya menghimpunkan kira-kira 50,000

pengikut sehingga kini.Hasil inisiatif bersama, kumpulan

itu berjaya menjalankan program Caring Moms Bazaar di Evolve Con-cept Mall, Ara Damansara, di sini, pada 20 Ogos lalu.

Pada masa sama, Shera berharap usaha digerakkan itu dapat mem-bantu kumpulan sasaran menikmati kehidupan lebih baik.

“Bazaar ini bukan setakat mem-berikan ruang untuk menjalankan perniagaan, malahan ia adalah kesempatan untuk berinteraksi dan memberi motivasi antara satu sama lain.

“Dengan cara ini juga kita mampu meluaskan jaringan perniagaan hasil kerjasama semua,” katanya.

Hadir sama, penerbit majalah Upin & Ipin, Tunku Maziah Tunku Datuk Mukhtar dan Datuk Norhuda Ahmad.

Ia disertai 100 peserta dengan 80 daripadanya adalah kalangan ibu dengan perniagaan masing-ma-sing, manakala selebihnya kumpul-an korporat.

Mereka yang berminat untuk tu-rut serta bersama Caring Moms bo-leh melayari laman sesawang: http://caringmoms.my atau https://www.facebook.com/groups/caringmoms.

Tingkat kualiti hidup

Caring Moms bina karier ibu

PETALING JAYA - Golongan wanita menyambut baik usa-ha Caring Moms bagi mewu-judkan peluang pekerjaan dan perniagaan dalam usaha membantu mereka mendepani kehidupan men-cabar masa kini.

Bagi Allisya Chai, 37, pendeka-tan itu berguna kepada mereka khususnya ber-status ibu kerana lebih membantu dalam meningkat-kan pendapatan juga ekonomi ke-luarga.

"Saya sendiri menghadapi masalah dalam kerjaya dan ter-paksa meninggalkannya bagi memberi tumpuan kepada ke-luarga.

"Kini, saya mempunyai masa lebih fleksibel dengan men-jalankan perniagaan sendiri," kata mantan pegawai syarikat pembinaan itu kepada media.

Allisya, ibu empat anak beru-sia 10 bulan hingga enam ta-hun, menjalankan perniagaan sebagai perunding hiasan da-laman dan menyifatkannya sebagai usaha bermanfaat ke-rana kini mempunyai banyak masa bersama keluarga.

Begitu juga Datin Has-nah Abdul Rahman, 57, yang menjelaskan usaha digerak-kan Caring Moms seperti pe-nganjuran Caring Moms Bazaar adalah inisiatif terbaik bagi

menggalakkan ka-langan ibu mence-buri bidang per-niagaan serta mendapat peluang membina kerjaya.

"Dengan pe-nganjuran bazaar seperti ini kita dapat berkongsi

ilmu pengeta-huan berkenaan kerjaya serta per-

niagaan dan meluaskan pasar-an dengan lebih baik.

"Sememangnya ia satu usa-ha yang banyak membantu kalangan wanita bergelar ibu dalam meningkatkan ekono-mi keluarga dan pada masa sama mempunyai masa me-nguruskan keluarga," katanya yang menjalankan perniagaan makanan.

Caring Moms Bazaar mem-buka ruang kepada golongan terbabit menjalin hubungan sesama mereka di samping mendapat peluang pekerjaan dan perniagaan serta meluas-kannya.

Jana pendapatan sendiri

KUALA SELANGOR - Seramai 150 peserta menyertai Kursus Asas Seni Mempertahankan Diri Wani-ta 2016 anjuran Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) di Dewan Sri Siantan, di sini.

Yang Dipertua MDKS, Noraini Roslan, berkata kursus itu bertu-juan menyampaikan maklumat kepada golongan wanita berke-naan kepentingan memperta-hankan diri apabila berlaku sera-ngan atau jenayah.

“Berita ragut, rogol dan bunuh yang sering menghiasi dada akhbar negara menggusarkan masyarakat dan memberi ke-san mendalam terutama kepada kaum hawa.

“Bak kata pepatah lama, malang itu tidak berbau. Wanita sering dijadikan sasaran mereka yang tidak dikenali, malahan yang dikenali kerana dianggap ‘lemah’ dan mudah diambil kesempatan,” katanya.

Beliau berkata, ilmu memperta-hankan diri mampu memantapkan daya ketahanan fizikal dan mental selain meningkatkan keyakinan ke-tika berhadapan situasi cemas.

Kursus itu berjaya menghim-punkan peserta wanita terdiri dari-pada pelajar dan jabatan dalam daerah Kuala Selangor.

Taklimat disampaikan Ketua Unit Bahagian Jenayah, Ibu pejabat Polis Daerah Kuala Selangor, ASP Ram-lee Bakar.

��� wanita sertai Kursus Asas Pertahanan Diri

Allisya Chai

Page 22: #Smart Selangor

23SelangorKini 26 Ogos - 2 September 2016

Sukan

SUBANG JAYA - RM350,000 menanti penggemar permainan siber yang menyertai Selangor International Cyber Games (SICG) 2016 di One City, di sini, pada 9 hingga 11 September ini.

Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Sukan, Amirudin Shari, berkata SICG mempertan-dingkan tujuh permainan siber dengan penyertaan terbuka ke-pada profesional juga amatur.

“Sebelum ini hanya empat

permainan dipertandingkan, na-mun tahun ini kita menambah kepada tujuh.

“Kita berharap selepas ini le-bih banyak permainan yang bo-leh dipertandingkan,” katanya dalam sidang media di One City, di sini, pada 18 Ogos lalu.

Pada masa sama, Amirudin menyasarkan SICG mendapat penyertaan lebih 2,000 pemain untuk menunjukkan kemahiran masing-masing dalam permain-an itu.

“Selangor sentiasa menera-jui apa sahaja sukan di Malaysia dan kami percaya keputusan ini tepat dalam memastikan ge-nerasi muda mendapat manfaat daripada pelaburan ini,” kata-nya.

Antara permainan siber yang dipertandingkan adalah Mines-ki Pro Gaming League South-east Asia (DOTA 2), DOTA 2 Ama-teur League of legends counter strike, hearthstone, Street Fight-er V, Fifa 16 dan Clash Royal.

Selangor International Cyber Games (SICG)

RM���,��� buat kaki ‘game’

PETALING JAYA - Petaling Jaya (PJ) Half Marathon 2016 melabuhkan tirai dengan menyaksikan penyer-taan kira-kira 5,100 peserta pada edisi ke-28.

Acara terulung itu memper-tandingkan empat kategori, Larian 21 kilometer (km), 10 km, 7 km dan 3 km Family Fun Run bermula jam 5 pagi.

Acara perlepasan disempur-nakan Timbalan Datuk Bandar, Jo-hary Anuar yang turut menyertai larian 3 km.

Kali kedua berlangsung, pihak penganjur memilih Laman MBPJ Seksyen 52 sebagai lokasi pe-

nganjuran bersesuaian dengan hasrat Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) membuka dimensi baru.

Bertemakan ‘Run Because You Can’, peserta melalui Jalan Gasing, Jalan Templer, Jalan Universiti dan Jalan Sultan dengan aliran trafik di-kawal polis bermula jam 4 pagi.

Acara terulung itu mendapat kerjasama Persatuan Olahraga PARA Selangor, dari Puncak Ven-tured Sra Sdn Bhd.

Turut terlibat adalah minuman isotonik 100 plus, Ultron, Running Lab, Soleus, Phiten dan Tropicana City Mall.

Lebih �,��� meriahkan PJ Half Marathon

SHAH ALAM - Larian ‘U We Glow Fun Run 2016’ musim kedua bakal kembali pada 10 Disember ini khu-sus buat penggemar aktiviti itu.

Berlangsung di Stadium Shah Alam, program anjuran Lab An-chor Sdn Bhd dengan kerjasama Tourism Selangor itu memerlukan peserta berlari sejauh lima kilome-ter (km).

Orang ramai yang berminat boleh membuat pendaftaran se-hingga 30 Oktober ini di https://

mro.myraceonline.com/uwgr16/Registrations dengan harga an-tara RM83 hingga RM88 seorang, manakala bagi ‘double’ RM156 hingga RM166.

Larian akan bermula pada jam 8 malam dan berakhir jam 10 malam.

Penyertaan terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan keuntungan melalui penyertaan itu akan disalurkan kepada badan kebajikan terpilih.

‘U We Glow Fun Run ����’ kembali

Cub Prix: Kasma muncul juara KEMAMAN - Pendahulu keselu-ruhan, Kasma Daniel Kasmayu-din meraih kemenangan kelima musim ini dalam perlumbaan CP130 pada pusingan keenam Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2016 yang berakhir di Kemaman, Terengganu, pada 20 Ogos lalu.

Berbeza dengan pusingan lalu, perlumbaan kali ini me-maksa pelumba PETRONAS Ya-maha Maju Motor itu bekerja keras mengatasi pelumba tuan rumah, Ahmad Afif (PETRO-NAS Yamaha-CKJ) yang

memberikan saingan sengit.Kasma akhirnya berjaya me-

namatkan 18 pusingan perlum-baan dengan masa keseluruhan 16’05.980s, 0.275s di hadapan Ah-mad Afif.

Tempat ketiga menjadi milik

seorang lagi rakan sepasukan Kas-ma Daniel, Abd Muhaimin Roslan dengan masa 16’15.282s.

“Perlumbaan ini adalah yang paling sengit tahun ini. Gear jen-tera saya mengalami sedikit ma-salah, sekali gus memberi pelu-

ang untuk Afif merapatkan kedudukan.

“Saya cuba kekal fokus untuk memenangi per-

lumbaan,” jelas Kasma yang kini mendahu-

lui kedudukan ke-seluruhan dengan 125 mata.

Page 23: #Smart Selangor

23

Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul EhsanDicetak oleh Angkatan Edaran Ent Sdn Bhd Lot 6, Jln Tukang 16/4, Sek. 16, 40000, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan Tel : 03-5519 6373 Fax : 03-5512 7985

SHAH ALAM - PKNS FC dan Po-lis Diraja Malaysia mengisi dua slot ke suku akhir Piala Malaysia selepas berakhir perlawanan Kumpulan C.

PKNS FC membuka tirai jaringan meneru-si pemain import dari Palestin, Matias Hadwa seawal minit ketiga perlawanan se-belum bekas pemain kebangsaan, Safee Sali menyamakan kedudukan un-tuk pasukan pelawat pada minit ke-42.

Manakala PDRM menewas-kan Perak 2-1 di Stadium Hang Jebat, Melaka, sekali gus muncul juara kumpulan dengan kutipan

10 mata, manakala PKNS FC me-ngiringi mereka dengan kutipan lapan mata setelah seri 1-1 berde-

pan juara Piala FA, Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Shah Alam.

Enam pasukan su-dah melayakkan diri ke suku akhir sebe-lum ini iaitu Kedah

dan T-Team dari Kum-pulan A, Selangor dan

Kelantan (Kumpulan B) serta Felda United dan Ne-

geri Sembilan dalam Kumpulan D.Peringkat suku akhir Piala

Malaysia dijadual berlangsung mengikut format timbal balik pada 27 dan 28 Ogos serta 17 dan 18 September ini.

PKNS FC layak ke suku akhir

The Red Giants ganda usaha

Pertahan Piala MalaysiaKita kena terus bekerja keras dan pasukan mana ditentang tidak menjadi soal cuma pasukan perlu terus berusaha gigihK GUNALANPengendali pasukan

The Red Giants mencatat seri 1-1 menentang Kuala Lumpur dan layak ke suku akhir apabila menduduki tangga teratas Kumpulan B dengan 11 mata.

Dalam saingan suku akhir, Selan-gor bakal berdepan naib juara Piala FA, PKNS FC dalam perlawanan tim-bal balik di Stadium Shah Alam, pada akhir Ogos dan September ini.

Perhebat serangan, cipta gol

OLEH HAFIZAN TAIB

SELAYANG - Selangor berusaha mem-pertahankan kejuaraan Piala Malaysia dimenangi musim lalu walaupun men-gakui laluan sukar bakal ditempuh bagi merealisasikannya.

Pengendali pasukan, K Gunalan me-njelaskan sebagai juara bertahan, The Red Giants mempertingkatkan usaha bagi menghadapi cabaran pasukan lain dalam saingan suku akhir piala berprestij itu.

“Kita kena terus bekerja keras dan pasukan mana ditentang tidak menjadi soal cuma pasukan perlu terus berusa-ha gigih,” katanya dalam sidang media di Stadium Majlis P e r b a n d a r a n S e l a y a n g (MPS), pada 20 Ogos lalu.

menanti kaki ‘game’RM350,000

SELAYANG - Selangor perlu terus me-ningkat dalam permainan bagi meng-hadapi baki perlawanan Liga Super dan suku akhir Piala Malaysia musim ini.

Pengendali Selangor, K Gunalan, berkata pasukannya harus banyak

mencipta ruang dan lebih me-nyerang ke kubu lawan untuk

mendapatkan gol bagi meraih kemenangan.

“Saya kira kita kena banyak melakukan se- rangan berbanding

bertahan.

“Selangor kena bermain seperti mana separuh masa kedua (menen-tang Kuala Lumpur malam tadi) hing-ga berjaya menjaringkan gol,” katanya dalam sidang media di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS), pada 20 Ogos lalu.

Selangor dan Kuala Lumpur seri 1-1 dalam aksi Kumpulan B Piala Malaysia dengan juara bertahan itu menduduki tangga teratas dengan 11 mata dan layak ke suku akhir lebih awal.

The Red Giants memperoleh gol daripada Ahmad Hazwan Bakri (m68),

manakala gol Kuala Lumpur dijaring-kan Fahrul Razi Kamaruddin (m42).

Gunalan menjelaskan Selangor di-hukum Kuala Lumpur apabila banyak memberi ruang kepada lawan pada separuh masa pertama.

“Bagaimanapun, saya berpuas hati dengan persembahan pemain apabila menurunkan pemain baru dari Piala Presiden dan ia baik bagi Selangor.

“Dengan jadual padat dihadapi, kita perlukan pemain sebegitu dan mere-hatkan beberapa pemain utama,” ka-tanya.