slide alyamin

28

Click here to load reader

Upload: snj-snj

Post on 11-Jan-2017

387 views

Category:

Law


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Slide alyamin

KONSEP AL-YAMIN DAN PELAKSANAANNYA

DI MAHKAMAH SYARIAH

NAMA NO. KAD MATRIK

NURUS SAADAH BT ABD RAZAK 2150035

SITI NUR JANNAH BT HASANUDDIN 2150032

Page 2: Slide alyamin

KONSEP AL YAMIN DAN PELAKSANAANNYA

DI DALAM UNDANG-UNDANG KETERANGAN

ISLAM

Page 3: Slide alyamin

KONSEP AL YAMIN DAN PELAKSANAANNYA DI DALAM UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM

2.0 Definisi al-yamīn• Bahasa : bermaksud kanan atau bahagian kanan• manakala di dalam bahasa melayu bererti sumpah. • Selain itu, al-yamīn juga dikenali sebagai al-halaf, al-istihlaf,al-Ila’ dan juga

al-qasam• Istilah : mengukuhkan(tahqiq) kata-kata yang tidak sabit kebenaran

kandungannya dengan menyebut salah satu dari nama-nama Allah S.W.T ataupun salah satu sifat-Nya dengan lafaz yang tertentu. Ianya sama ada berkait dengan masa yang lalu atau akan datang atau sama ada benar atau pun dusta.

• Contohnya: “Dengan nama Allah aku tidak pernah meminjam duit engkau”• Dalam konteks keterangan dan pembuktian dalam sistem kehakiman

Islam, yang dimaksudkan al yamin adalah di hadapan hakim sahaja. Sekiranya seseorang itu bersumpah di luar mahkamah, kemudian dibawa perkara tersebut kepada hakim maka hakim tidak boleh menerimanya.

Page 4: Slide alyamin

2.1 Dalil- Dalil Pensyariatan Al-yamin• Surah Ali Imran, ayat 77,

ه إ الل بعهد يشترون ذين ال قليال وأيمانهم ن ثمناينظر وال ه الل مهم يكل وال اآلخرة في لهم خالق ال أولئك

أليم عذاب ولهم يهم يزك وال القيامة يوم إليهمBermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang menukar janji Allah dan sumpah-sumpah mereka dengan harga yang murah, mereka itu tidak memperoleh bagian (pahala) di akhirat, dan Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka, tidak akan memperhatikan mereka pada hari kiamat dan tidak akan menyucikan mereka. Bagi mereka azab yang pedih...

• Maidah, 89• Yunus, 53• An Nahl, 91

Page 5: Slide alyamin

• Hadithالله صلى النبي أن عنهما الله رضي عباس ابن عن

على باليمين قضى وسلم "عليه عليه المدعىBermaksud: “Riwayat daripada Ibn Abbas r.a bahawa Nabi S.A.W pernah menghukum sumpah ke atas orang kena dakwa

• IjmaSahabat-sahabat Nabi sering bersumpah dalam dakwaan dan mereka diminta bersumpah dalam perbicaraan bagi menyelesaikan perbalahan. Tiada seorang pun yang membantah amalan ini, maka ia dikira ijmak umat Islam sejak dahulu hingga sekarang

• Hujah Akal Pada asalnya, orang yang kena tuduh bebas dari tanggungannnya daripada apa yang didakwa ke atasnya, selaras dengan kaedah fiqh” براءة األصل.”الذمة

Page 6: Slide alyamin

2.2 Hikmah Pensyariatan Aspek kebenaran dalam pengkhabaran itu

dapat mengatasi pendustaan berdasarkan iman dan akidah serta menjadikan Allah S.W.T sebagai saksi di atas perkataannya.

Memberi kesan yang kuat samada dari sudut keagamaan dan keduniaan.

Page 7: Slide alyamin

2.3 Hukum SumpahHukum sumpah dapat dibahagikan kepada lima iaitu wajib, sunat, makruh, harus dan haram.Wajib - sumpah untuk menjaga keselamatan

manusia Sunat - sumpah untuk sesuatu permasalahan Harus - sumpah untuk melakukan atau

meninggalkan sesuatu yang harus Makruh - sumpah untuk mengerjakan sesuatu

yang makruh Haram - sumpah yang dusta atau sumpah

melakukan yang haram

Page 8: Slide alyamin

2.4 Pembahagian Al-YaminDi Luar Mahkamah

(al-Yamīn Ghair alQadha’iyyah)

Di Dalam Mahkamah (Al-Yamīn Al-Qadhaiyyah)

Al-Munaqidah Al-Mudda’a alaih(org yg didakwa)

Al-Lagha Al-Mudda’i (org yg

mdkwa)i. al-Jalibahii. al-Tuhmah

iii. al-Istizhar/IstishaqAl-GhumusAl-Shahid (saksi)

Page 9: Slide alyamin

2.5 Syarat- Syarat Perlaksanaan Al-yamin

• Islam• Mukalaf• Niat• Sumpah dengan nama Allah• Orang yang kena dakwa menafikan hak orang

yang mendakwa• Sumpah dilakukan bersifat

peribadi(syakhsiyyah)• Dalam kes selain hak Allah

Page 10: Slide alyamin

2.6 Kaedah Perlaksanaan

i. Susunan Lafaz al-Yamīnii. Niat Ketika Melaksanakan al-Yamīniii. Bentuk lafaz al-Yamin al-Qadhaiyyah

Page 11: Slide alyamin

2.7 Keengganan Bersumpah (Nukul ‘An Al-yamīn) Dan

Sumpah Yang Dikembalikan (Al-yamīn Al-mardudah)

Keengganan bersumpah bermaksud mudda’a alaih enggan bersumpah setelah diarahkan oleh hakim, sedangkan mengikut proses biasa dia mesti melakukan sumpah.

Sumpah yang dikembalikan bermaksud sumpah yang dikembalikan kepada pihak yang mendakwa setelah pihak yang kena dakwa enggan bersumpah

Persoalannya sekarang, sekiranya mudda’a alaih enggan bersumpah adakah hakim boleh menghukumnya berdasarkan keengganannya atau dikembalikan sumpah kepada mudda’i???

Page 12: Slide alyamin

• G1 (jumhur) – berpendapat tidak boleh dihukum ke atas yang didakwa (mudda’a alaih) kerana keengganannya bersumpah. Bahkan hendaklah dikembalikan sumpah itu kepada yang mendakwa.

Hujah - Saidina Umar r.a pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah memulangkan sumpah kepada yang mendakwa

• G2 (M.Hanafi, Syuraih, dan M.Hanbali) - dihukum ke atas yang didakwa kerana dia enggan bersumpah dan tidak dikembalikan sumpah kepada yang mendakwa.

Hujah - Keengganan bersumpah dikira ia mengakui dakwaan mudda’i. Sekiranya ia berada dipihak yang benar kenapakah dia enggan untuk melaksanakan sumpah seperti yang dituntut.

• G3 (Ibn Hazm, zahiriyyah) - Tidak dihukum ke atas yang didakwa disebabkan keengganan bersumpah dan tidak dikembalikan sumpah kepada mudda’i. Tetapi hendaklah memaksa mudda’a alaih bersumpah apabila dituntut ia melakukan demikian. Sekiranya dia enggan lagi, hendaklah dipenjarakan sehinggalah ia bersumpah atau iqrar.

Page 13: Slide alyamin

GolonganDihukum atas

عليه ((مدعي

Dikembalikan kepada(مدعى) Paksa

G1 (Jumhur) x / xG2 (Hanafi, Syuraih, Hanbali) / x xG3 (Ibn Hazm) x x /

Page 14: Slide alyamin

Berdasarkan pada ketiga-tiga pendapat, pendapat yang rajih adalah jumhur.

Pendapat ini lebih sesuai dengan prinsip keadilan kerana tidak wajar dijatuhkan hukuman ke atas seseorang yang didakwa (mudda’i alaih) semata-mata kerana kegagalan orang yang mendakwa (mudda’i) membuktikan kebenaran dakwaannya. Ini kerana prinsip asal yang menanggung beban pembuktian ialah mudda’i.

Page 15: Slide alyamin

KONSEP AL YAMIN DAN PELAKSANAANNYA DI DALAM MAHKAMAH SYARIAH

Page 16: Slide alyamin

PROSES PERBICARAANMudda’iy (plaintif)

mengemukakan semua

keterangan atau bayyinah bagi dakwaannya.

Mudda’a Alaih (defendan) dipanggil

untuk mengemukakan keterangan bagi mejawab

tuntutan Mudda’iy

Keterangan

Hakim akan putuskan

untuk menerima keterangan Mudda’iy

atau Mudda’a

Alaih

Mudda’iy – dakwaan Mudda’iy disabitkan

Mudda’a Alaih –

Muddai’y berhak tuntut

sumpah nafi

Hujah

Mudda’a Alaih

mengangkat sumpah bagi

menafikan tuntutan Mudda’iy (Yamin al-

Nafi).

Plaintif angkat sumpah sekali

lagi

Tidak mahu bersumpah –

dakwaan plaintif gugur

Minta untuk kemukakan

saksi – boleh tangguh sumpah plaintif

Page 17: Slide alyamin

AL-YAMIN DALAM AKTA KETERANGAN

• Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 – Seksyen 87 : cara memberi keterangan.– Seksyen 88 : keterangan oleh saksi tunggal dan

sumpah plaintif.– Seksyen 129 : bila saksi dikehendaki mengangkat

sumpah.

Page 18: Slide alyamin

AL-YAMIN ORANG YANG MENUNTUT (PLAINTIF) –

SEKSYEN 87• Dalam kes mal keterangan hendaklah diberikan oleh

plaintif dan jika defendan menafikan tuntutan terhadapnya dia dikehendaki mengangkat sumpah mengikut hukum syarak. Sekiranya defendan mengangkat sumpah, tuntutan yang dibuat oleh plaintif hendaklah ditolak. Jika defendan enggan mengangkat sumpah maka barulah Mahkamah boleh meminta plaintif mengangkat sumpah dan dengan sumpah itu tuntutannya hendaklah diterima.

• Kes Wan Abdul Hamid lwn Maimunah.

Page 19: Slide alyamin

AL-YAMIN ORANG YANG KENA TUNTUT (DEFENDAN) -

SEKSYEN 87• Apabila defendan bersumpah menafikan tuntutan itu

sumpah akan mengikat Mahkamah untuk membuat keputusan bahawa tuntutannya tidak sabit. Defendan boleh memohon Mahkamah untuk mempersaksikan sumpah dan direkod. Sekiranya denfendan menolak untuk melaksanakan al-yamin, maka Mahkamah hendaklah memulangkan balik al-yamin kepada plaintif dan membuat keputusan dan jika plaintif enggan mengangkat sumpah maka tuntutannya boleh ditolak.

• Kes Ahmad lwn Mahabat Khad dan Seorang Lagi.

Page 20: Slide alyamin

AL-YAMIN DIBUAT OLEH SAKSI - SEKSYEN 129

• Al-yamin yang dibuat oleh saksi ini bukan menjadi satu-satunya keterangan yang menjadi asas kepada sesuatu keputusan di Mahkamah. Sumpah ini dilaksanakan bagi menguatkan lagi keterangan yang dibuat oleh seseorang saksi. Saksi yang memberi keterangan dan bersumpah di Mahkamah akan meningkatkan lagi keyakinan hakim untuk menentukan sesuatu keputusan.

• Kes Norman Bin Harun lwn Abd Razak bin Razali

Page 21: Slide alyamin

PERATURAN SUMPAH SYARIE MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH

PERSEKUTUAN)

Page 22: Slide alyamin

1. Ta’arif Sumpah Syarie– Suatu perkataan yang disertakan dengannya

nama Allah S.W.T atau sifat-sifatNya, ia digunakan untuk menyatakan ada haknya (Isbat) terhadap sesuatu perkara atau menafikan sesuatu perkara di hadapan Hakim.

2. Pembahagian Sumpah Syarie– Yamin al-Hasimah– Yamin al-Mutammimah.

Page 23: Slide alyamin

3. Syarat-syarat Sumpah Syarie. (Peraturan 5)(i) Orang yang bersumpah hendaklah akil baligh dan

sukarela;(ii) Al-Mudda’a ‘alaih tidak mengakui hak al-Mudda’ii;(iii) Pihak yang bertikai meminta Hakim arahkan pihak

satu lagi bersumpah;(iv) Orang yang bersumpah hendaklah bersumpah

bagi dirinya sendiri;(v) Perkara yang disumpah itu bukanlah hak Allah

semata-mata;(vi) Perkara yang hendak dilaksanakan sumpah itu

hendaklah mengenai hak yang boleh diterima pembuktiannya melalui iqrar.

Page 24: Slide alyamin

4. Jenis-jenis hak yang boleh dilaksanakan sumpah syarie. (Peraturan 1)

a) pertunangan, perkahwinan, rujuk, perceraian, nusyuz atau apa-apa perkara yang berkaitan dengan hubungan suami isteri;

(b) apa-apa pelupusan atau tuntutan harta yang berbangkit daripada mana-mana perkara yang dinyatakan dalam subperenggan (a);

(c) nafkah orang-orang tanggungan;(d) kesahtarafan;(e) penjagaan atau jagaan (hadhanah) kanak-kanak;(f) pembahagian atau tuntutan harta sepencarian;(g) perkara-perkara lain yang dibenarkan oleh Hukum Syarak

di bawah bidangkuasa Mahkamah yang dinyatakan oleh mana-mana undang-undang bertulis.

Page 25: Slide alyamin

5. Kehadiran pihak-pihak ketika bersumpah. (Peraturan 2)– al-yamin hanya dapat dilaksanakan dengan

kehadiran dari kedua-dua belah pihak. 6. Kaedah Perlaksanaan al-Yamin– Susunan Lafaz al-Yamin (Peraturan 7(e) dan 7(f))– Niat Ketika Melaksanakan Sumpah Syarie

(Peraturan 7(a))

Page 26: Slide alyamin

7. Ketika Mana Sumpah Syarie Perlu Dilaksanakan (Peraturan 8)

8. Hakim boleh memerintah kedua-dua belah pihak bersumpah. (Peraturan 9)– Dalam kes pertelingkahan harta yang bercampur di

antara suami isteri atau waris yang mana kedua-dua pihak tidak ada bayyinah atau qarinah di atas tuntutan masing-masing, Hakim boleh memerintahkan atas permohonan kedua-dua pihak bersumpah al-Yamin al-Hasimah dan tuntutan dibahagi sama rata

Page 27: Slide alyamin

9. Taghliz Sumpah Syarie.– Taghliz Dengan Lafaz (Peraturan 10(1)(a))– Taghliz Pada Masa dan Tempat (Peraturan 10(1)

(b))10. Anggapan Enggan Bersumpah (Peraturan 3)– ketidakhadiran mana-mana pihak yang

dikehendaki bersumpah hendaklah dianggap enggan bersumpah (nukul).

Page 28: Slide alyamin

Kesimpulan• Daripada perbincangan konsep al-yamin di atas,

bolehlah disimpulkan bahawa mengikut perundangan Islam, bersumpah dalam Mahkamah mempunyai peranan penting untuk menolak atau mensabitkan sesuatu dakwaan atau tuduhan seseorang ke atas seseorang yang lain. Seseorang yang bersumpah, sama ada Mudda’iy atau Mudda’a Alaih yang dibuat oleh mereka dalam Mahkamah mempunyai faedah dan kegunaan yang besar bagi orang yang mendakwa dan yang didakwa.