slaid pemula pembentangan ppg mt.ppt

Upload: fidah-jalil

Post on 03-Nov-2015

254 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • Penyelidikan Tindakan Penjana Kecemerlangan Pendidikan Berkualiti

  • Masalah KajianMurid Tahun 1 tidak menguasai kemahiran tolak dengan mengumpul semula. Murid menghadapi masalah dalam melakukan penolakan mengumpul semula dalam lingkungan 100.Murid melukis satu persatu perwakilan gambar di tepi soalanMurid tidak menguasai perwakilan nilai tempat dan nilai digit sesuatu nombor

  • Fokus Kajian

    Tinjauan dan Analisis Data - Melalui Ujian Diagnostik yang dijalankan setelah mengajar tajuk Tolak Dalam Lingkungan 100 ,didapati hanya 7 daripada 12 orang murid Tahun 1 menjawab betul semua soalan - 3 orang memperolehi 60% markah ke atas dan 2 orang dijadikan subjek kajian memperolehi markah bawah daripada 40% - Mempunyai masalah di dalam tajuk tolak mengumpul semula dengan melukis satu persatu perwakilan gambar yang menyebabkan kesuntukan masa dan berlaku kesilapan pengiraan. - Tidak menguasai perwakilan nilai tempat dan nilai digit kerana jawapan ditulis tidak selari dengan kedudukan nilai tempat.

  • Kertas Jawapan Ujian Diagnostik subjek kajian :Ain dan Osman( nama samaran)Ain melukis satupersatu perwakilan gambar yang menyebabkanjawapan salahAin tidak menguasaiperwakilan nilai tempat dan nilai digitkerana jawapan tidak selari kedudukan dengannilai tempat

    Osman melukis satu persatu perwakilan gambar yang banyak dankesuntukan masauntuk mengira jawapan

  • Kumpulan Sasaran

  • Pelaksanaan Tindakan

  • Semasa subjek diberikan rawatan , pengkaji akan menerangkan dahulu penolakan menggunakan Bongkah Dienes atau jalur berwarna (penerangan dibuat daripada konkrit ke abstrak) . Setelah itu, barulah mereka dibimbing menggunakan garisan berwarna untuk mendapatkan jawapan soalan tolak mengumpul semula dengan tepat.

  • 1

    22 7 =

    Gambar jalur berwarna = 22 - 7

    Gambar Bongkah Dienes = 22 - 7

    Berdasarkan ayat matematik yang diberi, subjek kajian melukis garisan berwarna 2 puluh (biru) dan 2 sa (merah)Garisan berwarna nilai tempat puluh berwarna biru perlu lebih panjang daripada garisan berwarna nilai tempat sa. Contoh: 22 dilukis =

  • 2

    Kemahiran mengumpul semula mengguna jalur berwarna.

    Kemahiran mengumpul semula mengguna bongkah Dienes

    Sebelum membuat operasi tolak , subjek perlu membuat bentuk lazim di sebelah garisan berwarna untuk menulis jawapan dan proses penyemakan. Di nilai tempat sa , 2 tidak boleh ditolak dengan 7 Maka , ambil 1 puluh dari nilai tempat puluh untuk dibawa ke nilai tempat sa. Di nilai tempat sa , 1 puluh = 10 sa . Maka, 10 sa + 2 sa = 12. Jadi, di nilai tempat sa menjadi 12 . Manakala di nilai tempat puluh, tinggal 1 puluh

  • 3

    Jawapan = 15 di jalur berwarna

    Jawapan = 15 di Bongkah Dienes

    Akhirnya , subjek terus menulis jawapan di bentuk lazim berpandukan garisan berwarna yang dilukis tadi Subjek berjaya memperolehi jawapan 22-7 = 15 menggunakan Garisan Berwarna. Garisan Berwarna berwarna ini boleh digunakan oleh murid samaada menggunakan pen marker , pensel warna dan sebagainya.

  • Contoh Pelaksanaan Tindakan Rawatan Pertama

    Pengkaji menunjukkan cara tolak mengumpul semula menggunakan Bongkah Dienes

    Subjek Kajian mengikut langkah guru melukis garisan berwarna bagi menyelesaikan masalah tolak mengumpul semula

    Subjek Kajian menggunakan garisan berwarna untuk menyelesaikan soalan latihan yang diberi oleh guru

    Pengkaji menanya soalan secara lisan kepada murid

    5. Ujian selepas rawatan dijalankan

  • Contoh Pelaksanaan Tindakan Rawatan Kedua

    Pengkaji menunjukkan cara tolak mengumpul semula menggunakan Bongkah Dienes

    Subjek Kajian mengikut langkah guru melukis garisan berwarna bagi menyelesaikan masalah tolak mengumpul semula

    Subjek Kajian menggunakan garisan berwarna untuk menyelesaikan soalan latihan yang diberi oleh guru

    Pengkaji menanya soalan secara lisan kepada murid

    5. Ujian selepas rawatan dijalankan

  • Kaedah Pengumpulan data

  • BILSubjek KajianUjian Pra1Ain6/122Osman4/12

  • BILSubjek KajianUjian Pra1Ain11/122Osman12/12

  • BORANG TRANSKRIP TEMUBUAL

    Respons MuridKodSoalan : Mengapa anda tidak menguasai tajuk Tolak mengumpul semula hingga lingkungan 100 ? AinCikgu ajar tajuk tolak, saya tak fahamLebih-lebih lagi bila pinjam dari rumah puluh..Nak tanya ibu dan ayah , asyik sibuk kerja aj..Saya tak ada adik beradik lain524Othman Cikgu ajar laju sangat, kalau boleh saya nak kira dengan benda yang boleh dipegang kerana kat rumah saya diajar oleh ibu mengira dengan lidi..Lagipun Matematik ni susahla banyak sangat nombor nak kira.136

  • Penentuan Kod berdasarkan Borang Transkrip Temu bual

    1 Faktor Guru Guru mengajar terlalu cepat Guru tidak guna bahan Bantu mengajar

    2 Tiada sokongan / bahan pelajaran di rumah Sokongan pelajaran di rumah tiada ( ibu bapa/penjaga tidak mengajar)

    3 Menganggap Matematik tidak releven Tidak digunakan dalam kehidupan seharian4 Tajuk Tolak Mengumpul semula hingga 100 susah Tajuk ini memang susah

    5 Tidak faham

    6 Tidak berminat /tidak suka

  • Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca

    Rajah 4 Markah subjek kajian dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca

    Osman

    Subjek Markah Ujian Markah Ujian Perbezaan Markah Catatan Pra (%) Pasca (%) Ujian Pra dengan Ujian Pasca (%)Ain 50 100 +50 Meningkat Osman 33.33 83.33 +50 Meningkat

    Chart1

    50100

    33.3383.33

    UJIAN PRA

    UJIAN PASCA

    Sheet1

    UJIAN PRAUJIAN PASCA

    MURID A50100

    MURID B33.3383.33

    To resize chart data range, drag lower right corner of range.

  • UJIAN PASCAKertas ujian pasca Osman Kertas Ujian Pasca AinDidapati kedua-dua subjek kajian berjaya menjawab soalan tolak mengumpul semula mengguna garisan berwarnaOsman telah salah satusoalan kerana kesilapanmengira jawapan

  • BORANG PEMERHATIAN TINGKAHLAKU MURID Daripada 7 soalan , Ain mendapat 5 Osman mendapat 6 tanda (v) dan 1 tanda (X)Tanda (v) dan 2 tanda (x) Rajah 6 Contoh senarai semak pemerhatian subjek kajian , Ain dan OsmanDaripada 7 soalan , Ain mendapat 5 Osman mendapat 6 tanda (v) dan 1 tanda (X)Tanda (v) dan 2 tanda (x)

  • -Kaedah pemerhatian dijalankan sepanjang proses pembelajaran.

    -Aspek-aspek pemerhatian yang dilihat adalah seperti yang dicatatkan dalam rajah

    -Tiga aspek yang utama dinilai dengan menggunakan tanda ( ) dan ( X ) ialah tingkahlaku murid semasa proses PdP dan tiga aspek lagi dinilai ialah hasil kerja murid.

    Dalam borang pemerhatian Ain dan Osman, jelas menunjukkan bahawa subjek-subjak bersikap positif di mana mereka menumpukan perhatian yang sepenuhnya dan bersemangat untuk cuba mengira dengan usaha sendiri

    Kaedah garisan berwarna melibatkan penggunaan warna, kanak-kanak berasa minat dan boleh menguasai kaedah ini dalam masa yang agak singkat iaitu selama 2 minggu .

  • Rajah menunjukkan contoh transkrip temu bual antara pengkaji dengan salah seorang subjek kajian Ain, pada 20 Februari 2015

    Saya : Cara lukis satu-satu lebih senang atau cara kira dengan garisan berwarna lebih senang ?Ain : Cara kira guna garisan berwarna Subjek kajian , Ain berasa sangat gembira dan yakin dengan kaedah ini untuk membuat operasi tolak mengumpul semula

    Rajah menunjukkan contoh trankrip temu bual pengkaji dengan subjek kajian, Osman pada 20 Februari 2015.

    Saya: Suka tak cara garisan berwarna?Osman :Suka sangat. Saya boleh betul banyak soalan dengan guna garisan berwarna Melalui peningkatan pencapaian subjek kajian, Ain dan Osman yang drastik ini, jelas menunjukkan bahawa teknik pengiraan mengunakan kaedah garisan berwarna dapat meningkatkan kemahiran menolak dengan mengumpul semula murid-murid.

  • Implikasi Kajian dan CadanganKesan ke atas Peserta Kajian

    - Penyelidikan tindakan yang pengkaji jalankan ke atas Ain dan Osman telah memberikan kesan positif serta amat memberangsangkan ke atas mereka. - Mereka sudah berupaya menyelesaikan soalan yang melibatkan operasi tolak dengan mengumpul semula tanpa perlu melihat dan bertanya kepada kawannya yang lain

    Kesan ke atas Amalan Kendiri

    - Pengkaji berasa sungguh gembira kerana dapat membantu Ain dan Osman mengatasi masalah mereka dalam pembelajaran.- Pengkaji juga berasa cukup berpuas hati kerana pengkaji berupaya memperbaiki amalan PdP ke arah yang lebih baik. Perubahan positif yang ditunjukkan oleh mereka berdua memberikan pengkaji idea untuk memperbaiki proses PdP pengkaji dalam mata pelajaran Matematik yang melibatkan tajuk tolak dengan mengumpul semula.

  • -Implikasi Kajian dan CadanganKesan ke atas Peserta Kurikulum

    Penyelidikan tindakan yang pengkaji jalankan memberikan kesan positif bagi meningkatkan amalan PdP abad ke-21 yang memerlukan guru yang kreatif dan berinovasi tinggi

    Hal ini kerana adanya inovasi seperti penggunaan bahan bantu mengajar seperti garisan berwarna dapat merangsang minda murid dan seterusnya menarik minat belajar

    Amalan Profesional sebagai guru Matematik

    - Kita mengetahui setiap kecerdasan murid adalah berbeza. Penggunaan garisan berwarna melibatkan pelbagai kecerdasan murid seperti kecerdasan ruang dan kinestetik yang mampu melahirkan murid yang aktif, bijak dan berketrampilan

  • Implikasi Kajian dan CadanganCadangan Kajian Seterusnya

    Menambah bilangan subjek kajian - Hasil dapatan kajian lebih besar - Meningkatkan kebolahpercayaan dan keesahan ujian

    Ujian pra dan ujian pasca ini harus diselaraskankan - Mengukur keberkesanan menggunakan teknik ini.

    Menggalakkan guru melibatkan diri dalam menjalankan kajian tindakan - Menonjolkan amalan terbaik dalam pengajaran, pembelajaran dan pengurusan sekolah

  • Penggunaan kaedah garisan berwarna adalah membantu murid dalam membuat penolakan dengan mengumpul semula Konsep tolak mengumpul semula dapat diperjelaskan dengan lebih mantap menggunakan garisan berwarna kerana dengan warna boleh membangkitkan mood murid untuk belajarMenekankan penerokaan murid terhadap konsep tolak mengumpul semula melalui aktiviti amali berpusatkan murid Sebagai seorang guru Matematik , perlu sentiasa peka dan berubah mengikut perkembangan semasa untuk mencapai 6 aspirasi murid di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) iaitu , pengetahuan , kemahiran berfikir ,kemahiran memimpin ,kemahiran dwibahasa , etika dan kerohanian dan identiti nasional.

  • *