skrip sketsa
DESCRIPTION
Kisah pembesar yang mengkhianati nageriTRANSCRIPT
BABAK 1
LOKASI ` : PASARMASA : WAKTU MALAMWATAK : Seorang Sultan dan dua orang penduduk.
(Berlatarkan muzik unggas, cengkerik dan burung hantu)Raja Hussain sambil memegang obor api berjalan-jalan di sekitar pasar yang sunyi memerhati dan mengawal sekeliling kerana sejak kebelakangan ini sering berlaku kes-kes rompakan. Raja Hussain berhenti di depan gerai yang bertulis Buah-buahan dan sayur-sayuran sambil memukul dan menghalau nyamuk.
RH : Barangkali, rakyat aku sudah tidur semuanya. Tidurlah dengan aman wahai rakyatku.
RH meneruskan perjalanan. Dalam perjalanan, RH bertemu dengan dua penduduk yang sedang berehat di atas pangkin.
RH : Assalamualaikum!
Pemuda 1 : Waalaikumsalam…
Pemuda 2 : Gerangan apakah wahai pemuda berjalan-jalan dimalam hari tanpa berteman?
RH : Beta mengambil angin malam…
Pemuda 1 : Beta?
RH : Tuan hamba tersilap dengar tu….maksud hamba, putera…..p..e…t pet….r..a.. ra.. Putera…
(ketawa..)Pemuda 2 : Oh….begitu rupanya….marilah duduk bersama kami sambil menghirup kopi.
RH : Oh….tidak boleh…malam semakin dingin….isteri hamba keseorangan di rumah…
Pemuda 1 + Pemuda 2 : Ohhh….suami penyayang….(ketawa)….
BABAK 2LOKASI : PASARWAKTU : SIANGWATAK : 2 gadis penjual, 2 pengintip,
(Berlatarkan muzik - suasana bingit di pasar)
Dua orang pengintip sedang berjalan-jalan di pasar dalam keadaan mencurigakan. Dua pengintip merapati dua gadis penjual sayur.
Pengintip 1 : Hallo….adik manis…
(Gadis penjual membuat muka marah dan tak senang hati) Pengintip 1 memegang sayur-sayuran. Pengintip 2 memegang buah-buahan
Pengintip 2 : Buah banyak berat…..sayur banyak segar …..adik-adik manis, itu betik berapa harga?
Gadis 1 : 50 sen sahaja.
Pengintip 1 : Ini kangkung, berapa?
Gadis 2 : 10 sen seikat.
Pengintip 1 : Itu apa??? (menunding ke arah belacan)
Gadis 1 : Belacan……belacan pun tak tau….
Pengintip 1 : Kita belacan….
Pengintip 2 : (membaling buah yang dipegang ke Pengintip 1) Adik manis……x mahu tanya kita berapa harga ke?
Gadis 1 : Muka tak lawa…..badan berbau….pakaian comot….
Gadis 2 : Jambang tak cukur….eeeeiii……muka putih, tangan hitam…. tak laris langsung….
(Pengintip 1 dan Pengintip 2 saling berpandangan, seterusnya meletakkan muka di meja jualan)
Pengintip 1 : Tengok betul-betul…ada rupa Jong Kook ma……
Gadis 1 dan Gadis 2 : Eeeeeummmmm…….
Pengintip 2 : Adik manis…..sini raja nama apa? Abang tengok penduduk sini hidup aman,…harmoni….ada orang jual barang…….ada orang beli barang…..banyak makmur….
Gadis 1 : Mestilah….kita punya negeri memang aman damai. Kita punya Sultan sangat baik, tegas…bijak….semua rakyat sanjung Sultan………
Gadis 2 : Semalam, Sultan mengadakan keramaian kerana negeri Falopia berjaya menawan satu lagi wilayah. Apa nama wilayah tu, Gadis 1?
Gadis 1 : Parunas…..askar-askar Sultan sangat cekap bermain senjata.
Gadis 2 : Betul! Mereka kuat….gagah perkasa…..SETIA PADA RAJA DAN NEGARA……takkan berundur sebelum bertempur…..
Gadis 1 : Betul…betul….betul….
Gadis 2 : Tuan hamba berdua ni…dari mana? Jika rakyat Falopia, mesti tahu keupayaan negara.
Pengintip 1 : Eerrrrr……er…..Kami pedagang….belayar dari sebelah Selatan.
Pengintip 2 : Kita suka tempat ini….ada adik manis lagi cantik…… Tadi ….adik manis kata, askar pandai main senjata. Apa senjata?
Gadis 1 : Macam-macam…..pedang, tombak, busur….itu senjata biasa…..askar Sultan juga sudah ada meriam….bla…bla…..
(Iringi latar muzik)
Kedua-dua pengintip pergi
BABAK 3
LOKASI : TEMPAT ISTIRAHAT ISTANA WAKTU : SIANGWATAK : Sultan, permaisuri, dayang dan seorang pembesar.
Sultan sedang beristirahat bersama-sama permaisuri dan dayang.
Sultan sedang mengangga mulut sambil permaisuri mengacah-acah untuk memberi sultan buah anggur.
Sultan : Aaa…..Aaaa…(sambil mangangah) (3 kali ulang)
Permaisuri : Kanda…kanda….
Sultan : Ya dinda….
Permaisuri : Siapakah yang paling cantik di dalam negara kita ini….(sambil menjeling-jeling dayang yang sedang mengipas)
Sultan : (Berdiri dan berjalan-jalan) Sudah tentulah dinda……(memandang dayang) Ayu….sopan…comel……putih melepak….tinggi….. (permaisuri berdiri membelakangkan Sultan sambil terpinga-pingga) saiz L…… (permaisuri membeliakkan mata)
Permaisuri : Kanda!
Sultan : (merapati permaisuri) Ya dinda….
Permaisuri : Macam tak sama sahaja….
Sultan :