skrip perhimpunan sekolah rendah

4
Selamat pagi kawan-kawan. Saya akan membacakan pantun khas murid Tahun 6. Menaiki feri ke Pulau Pinang, Berhenti sebentar di sebuah jeti; Jangan gelabah hanya bertenang, Rajin berdoa penenang hati. Kambing mengembek, ayam berkokok, Memecah sunyi sepi waktu subuh; Masuk dewan berperangailah elok, Supaya nama sekolah tak jatuh! Waktu malam mencari lampu, Lampu picit ditekan- tekan; Jangan meniru atau menipu, Agar diri tidak dimalukan Biola digesek gitar dipetik, Disertai dengan semerdu suara; Cuba dan buat yang terbaik, Andalah harapan bangsa dan negara. Saya wakil murid Sk. Bundu Tuhan mengucapkan selamat berjuang dan ber U. P.S.R kepada murid Tahun 6. Jangan lupa 5A dalam genggaman.

Upload: jenny-adeh

Post on 06-Dec-2015

312 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Skrip ini sangat berguna kepada murid-murid yang bertugas dalam perhimpunan sekolah

TRANSCRIPT

Page 1: Skrip perhimpunan Sekolah rendah

Selamat pagi kawan-kawan. Saya akan membacakan pantun khas murid Tahun 6.

Menaiki feri ke Pulau Pinang,Berhenti sebentar di sebuah jeti;Jangan gelabah hanya bertenang,Rajin berdoa penenang hati.

Kambing mengembek, ayam berkokok,Memecah sunyi sepi waktu subuh;Masuk dewan berperangailah elok,Supaya nama sekolah tak jatuh!

Waktu malam mencari lampu,Lampu picit ditekan- tekan;Jangan meniru atau menipu,Agar diri tidak dimalukan

Biola digesek gitar dipetik,Disertai dengan semerdu suara;Cuba dan buat yang terbaik,Andalah harapan bangsa dan negara.

Saya wakil murid Sk. Bundu Tuhan mengucapkan selamat berjuang dan ber U. P.S.R kepada murid Tahun 6. Jangan lupa 5A dalam genggaman.

Anak helang mencari makan,Anak merbah menyanyi menari;Selamat datang kami ucapkan,Semoga hadirin selesa di sini.Buah berangan dalam dulang,Buah rambutan dalam perahu;

Page 2: Skrip perhimpunan Sekolah rendah

Kami ucapkan selamat datang,Hadirin jemputan para tetamu.Pohon selasih tumbuh sebatang,Sayang merbah di dahan cemara;Terima kasih dan selamat datang,Kalimah Bismillah pembuka bicara.Pantun bukan sahaja digunakan di awal majlis sebagai pembuka kata malah sering di ucapkan oleh pengacara majlis sebagai penyeri ketika majlis sedang berlangsung atau ketika majlis berehat seketika.

Emas tempawan buat puteri,Busana indah tampil bergaya;Sudilah tuan tampilkan diri,Bersama madah kata pujangga.Kelopak biru dalam jambangan,Delima merekah menambah seri;Para tetamu hadirin budiman,Majlis nan indah diteruskan lagi.Majlis juga sering diakhir  dan ditutup dengan rangkap-rangkap pantun sebagai penyeri. Juga sebagai kenang-kenangan untuk tetamu yang hadir.

Padang Kota pantainya indah,Banyak penjaja ada di sana;Majlis kita selesailah sudah,Kita ke acara menjamu selera.Besi tembaga biar di tanah,Emas suasa di bawa pergi;Berakhir kata di hujung noktah,Di lain ketika bersua kembali.Kalau ada jarum yang patah,Patah jangan tercucuk jari;Kalaulah ada silap dan salah,Usah disimpan di dalam hati.

Melati kuntum tumbuh melata,Sayang merbah di pohon cemara;Selamat pagi mulanya kata,Saya sembah pembuka bicara.

Page 3: Skrip perhimpunan Sekolah rendah

Selamat pagi kepada Yang Berusaha, Guru Besar Cg. Johnny Ghani, Penolong Kanan HEM, Cg. Hafiah Lajis, Penolong Kanan Kokurikulum, Cg. Pamela Daimin, guru-guru dan rakan-rakan sekalian.

Bagi memulakan majlis perhimpunan kita pada pagi ini, saya mempersilakan rakan saya Clarissa untuk memimpin kita menyanyikan lagu Negaraku dan Sabah Tanahairku.

Bukan rumput sebarang rumput,Rumput penghias tepi halaman;Bukan jemput sebarang jemput,Jemput memohon bacaan ikrar.

Saya menjemput Penolong ketua murid lelaki untuk mengetuai pembacaan ikrar.

Saya menjemput guru-guru yang mempunyai pengumuman untuk disampaikan. Dipersilakan.

Bagi memulakan aktiviti kita pada hari ini, saya menjemput semua murid dari kelas Tahun 1.

Seterusnya, saya menjemput wakil murid dari kelas Tahun 4.

Bagi memeriahkan lagi majlis perhimpunan kita, saya menjemput wakil murid kelas Tahun 5 untuk menyampaikan persembahan mereka.

Demikianlah tadi persembahan-persembahan dari kelas Tahun 1, 4 dan 5. Syabas dan tahniah.

Bunga dedap di atas para,Anak dusun pasang pelita;Kalau tersilap tutur bicara,Jemari disusun maaf dipinta.

Bagi mengakhiri majlis perhimpunan kita pada hari ini, sekali lagi saya menjemput rakan saya Clarissa untuk memimpin kita menyanyikan Lagu sekolah.

Page 4: Skrip perhimpunan Sekolah rendah