skrip penutupan hari sukan

Upload: wan

Post on 08-Jan-2016

227 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

skrip pengacara

TRANSCRIPT

UCAPAN PERASMIAN PENUTUPANKOT 2015Salam sejahteraTerima kasih pengacara majlis

1. Yang Berusaha, En. Shaari Bin Osman ,Pengarah IPG Kampus Ilmu Khas

2. Timbalan Pengarah IPG Kampus Ilmu Khas, merangkap Pengerusi Majlis Kokurikulum IPG Kampus Ilmu Khas,3. Mohd Dahlan bin Abdul Kadir, Ketua Unit Kokurikulum,Ketua-ketua Jabatan,

Ketua Unit, Pensyarah

Barisan AJK PelaksanaPara pensyarah

Pelajar-pelajar hadirin dan hadirat sekalian.

4.Pertama kali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menjemput saya Kejohanan Olahraga Tahunan kali ke-55 peringkat IPG Kampus Ilmu Khas

5.Dikesempatan ini juga saya merakam sekalung tahniah dan setinggi pengharargaan kerana IPG Kampus Ilmu berjaya mengadakan satu majlis yang amat penting dan bermakna untuk mengiktiraf terus menyemai sikap positif dalam bidang kesukanan baik dari individu mahupun secara kumpulan.6.Setinggi-tinggi ucapan tahniah buat para pelajar semester 5 yang telah bertungkus lumus dan juga bekerja keras dengan bantuan barisan pensyarah Unit Kokurikulum, kerana dengan segala keringat usaha anda majlis kejohanan pada hari ini menjadi satu kenyataan

7.Tahniah diucapkan Unit kokurikulum atas pengurusan dan perancangan dan bimbingan terbaik yang diberikan sepanjang mereka menguruskan majlis ini. Tidak lupa juga kepada barisan pensyarah lain yang turut turun padang bagi bersama-sama menyemarakkan semangat kesukanan dalam diri pelajar.Para hadirin yang diraikan sekalian,

8.Motto Kejohanan Olahraga Tahunan kali ke-55 peringkat IPG Kampus Ilmu Khas adalah ________________________________________________. Saya berharap para pelajar khususnya dapat membudayakan pemikiran ini sehingga ke dalam sekolah dan bukan semata-mata memehuni kehendak tugasan sewaktu dalam latihan perguruan ini.

Tuan / puan para pelajar yang sekalian9.Gelombang pertama (2013-2015) yang melihat kepada pemerkasaan guru ini amatlah signifikan. Masyarakat memandang tinggi profesion perguruan sebagai pendidik dalam pembangunan ilmu, kemahiran dan sahsiah pelajar. Seperti yang termaktub dalam Pelan Pembangungan Pendidikan Malaysia10.Dalam usaha mencapai aspirasi yang tinggi dalam persekitaran persaingan global yang semakin sengit, perlu melakanakan perubahan besar terhadap keseluruhan sistem pendidikan semasa untuk melonjakkan pencapaian semua murid. Tidak dinafikan bahawa proses pelaksanaan transformasi pendidikan memerlukan pendekatan dan strategi baharu agar setiap murid mampu memiliki dan menguasai kemahiran yang diperlukan dalam abad ke-21

11.Oleh itu, Kementerian juga akan menyemak semula kurikulum pendidikan untuk menerap dan membangunkan kemahiran abad ke-21melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ( PPPM ) Dalam melaksanakan hasrat tersebut , para guru berperanan untuk melonjakkan kualiti pendidikan negara ke tahap bertaraf dunia. Untuk itu, para guru perlu memiliki satu wawasan unggul untuk mentransformasi pelbagai aspek pendidikan, berpemikiran aras tinggi dan mampu berinovasi. Kebolehan kita untuk berjaya bergantung pada kelebihan daya saing kita yang ditentukan oleh kemampuan minda dan keupayaan berfikir pada aras tinggi. Oleh itu, kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) meliputi pemikiran kritikal, keupayaan berkomunikasi, kemampuan penerokaan persekitaran serta keyakinan kendiri perlu sentiasa dijana menerusi pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang holistik. Disinilah kita lihat bahawa aktiviti selAIN daripada akademik adalah merupakan salah satu elemen yang sangat penting dalam melaksanakan dan menjayakan pelan PPPM tersebut.12. Penglibatan para pelajar dalam aktiviti sukan seperti ini lah secara tidak langsung memberikan pendedahan dan pengalaman secara hand on. Nilai nilai positif dan murni , sanggup berkorban dan mempunyai semangat juang yang tinggi. Pendedahan kepada cara pengurusan, pengelolaan, kepegawaian,kejurulatihan dan penglibatan pelajar diperingkat antarabangsa dan kebangsaan adalah merupakan nilai tambah dan selaras dengan pasaran terbuka di mana yang terbaik sahaja yang akan ditawarkan menjadi guru .

13.Sifat sabar, tabah, berusaha, tekun, bertolak ansur kerjasama ,bersemangat tinggi, berdaya saing , daya juang, berkorban tenaga dan wang ringgit , masa, tidak bersungut dan bersyukur dengan apa yang ada adalah nilai falsafah disebalik aktiviti kokurikulum ini. Inilah nilai yang seharusnya ada dan dipupuk dalam jiwa setiap pendidik. Ini adalah merupakan watak yang amat penting bagi seorang guru . Para pelajar

14.Anda adalah bakal pendidik yang akan ditempatkan di serata sekolah tanah air. Di sana nanti anda menggunakan pengalaman ini dalam usaha mendidik dan membangunkan kecemerlangan sekolah dan anak didik anda. Anda perlu ingat bahawa sebilangan sekolah sahaja di negara ini mempunyai kemudahan dan peralatan pembelajaran maka nilai disebalik aktiviti inilah yang mematangkan anda mentadbir sekolah kelak . Saya berharap nilai falsafah ia akan memberi pendedahan kepada para pelatih untuk dipraktikkan apabila anda semua keluar sebagai seorang pendidik .Oleh itu, peranan aktiviti kokurikulum dilihat sebagai pelengkap kepada usaha pendidikan formal di sekolah yang perlu diperkasakan dan diberi perhatian yang serius oleh bakal pendidik.

Para hadirin sekalian

15.Tahniah dan syabas sekali lagi saya ucapkan kepada pelajar semester 5 ambilan Januari 2013 kerana berjaya mengendalikan dan menjayakan majlis ini atas bimbingan Unit Kokurikulum.16. Dengan ini saya dengan merasmikan Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan Olahraga Tahunan kali ke-55 peringkat IPG Kampus Ilmu Khas 2015 .Sekian terima kasih

4