skrip pengerusi majlis

3
SKRIP PENGERUSI MAJLIS MAJLIS PENETAPAN TARGET MURID TINGKATAN 1,2 DAN 4 TARIKH : 06 MAC 2015 MASA : 7.50 PAGI TEMPAT : DEWAN SMK GEMAS PENGACARA : PN NOORAIDAH MOHD NOOR Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... Salam sejahtera dan, salam 1Malaysia. Yang berusaha PN SITI AI SYAH SANDRA BT ABDULLAH, Pengetua SMK GEMAS EN ALIAS B. ABD SAMAD, Penolong Kanan PENTADBIRAN PN LILY MASTURA BT KAMARUDDIN, Penolong Kanan HEM EN NAZARI B ABD RAHMAN Penolong Kanan Kokurikulum Ketua-ketua Bidang, kaunselor sekolah, rakan-rakan guru serta para pelajar tingkatan 1, 2 dan 4 yang dikasihi sekalian Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya dapat kita berkumpul di dalam Dewan SMK Gemas pada pagi yang penuh barakah ini untuk sama sama menjayakan satu agenda sekolah iaitu penetapan target bagi pelajar-pelajar Tingkatan 1, 2 dan 4 pada tahun 2015. Saya selaku wakil pihak majlis pada pagi ini, ingin sama merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada seluruh warga sekolah yang terlibat kerana telah sudi meluangkan masa bagi bersama-sama menjayakan majlis yang kita rencanakan pada hari ini. Justeru, menjadi harapan kami warga pendidik agar majlis ini menjadi tonggak bagi memulakan anjakan paradigma dan pencetus revolusi dalam meningkatkan lagi mutu pencapaian para pelajar kita dalam bidang akademik..insyaAllah. Sebagai pembuka tirai acara, majlis menjemput Al-fadhil Ustaz Jailani untuk memimpin bacaan doa, dipersilakan. (DOA) Amin amin yarabbal alamin. Majlis merakamkan setinggi- tinggi ucapan terima kasih kepada Al-fadhil Ustaz atas pimpinan doa sebentar tadi.

Upload: badromeo03

Post on 23-Dec-2015

25 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Skrip Pengerusi Majlis

SKRIP PENGERUSI MAJLISMAJLIS PENETAPAN TARGET MURID TINGKATAN 1,2 DAN 4

TARIKH : 06 MAC 2015MASA : 7.50 PAGITEMPAT : DEWAN SMK GEMASPENGACARA : PN NOORAIDAH MOHD NOOR

  Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...Salam sejahtera dan, salam 1Malaysia.

   Yang berusaha PN SITI AI’SYAH SANDRA BT ABDULLAH,Pengetua SMK GEMAS

EN ALIAS B. ABD SAMAD, Penolong Kanan PENTADBIRAN   PN LILY MASTURA BT KAMARUDDIN,

Penolong Kanan HEM   EN NAZARI B ABD RAHMAN

Penolong Kanan Kokurikulum   Ketua-ketua Bidang, kaunselor sekolah, rakan-rakan guru

serta para pelajar tingkatan 1, 2 dan 4 yang dikasihi sekalian

   Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya dapat kita berkumpul di dalam Dewan SMK Gemas pada pagi yang penuh barakah ini untuk sama sama menjayakan satu agenda sekolah iaitu penetapan target bagi pelajar-pelajar Tingkatan 1, 2 dan 4 pada tahun 2015.

   Saya selaku wakil pihak majlis pada pagi ini, ingin sama merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada seluruh warga sekolah yang terlibat kerana telah sudi meluangkan masa bagi bersama-sama menjayakan majlis yang kita rencanakan pada hari ini.

   Justeru, menjadi harapan kami warga pendidik agar majlis ini menjadi tonggak bagi memulakan anjakan paradigma dan pencetus revolusi dalam meningkatkan lagi mutu pencapaian para pelajar kita dalam bidang akademik..insyaAllah.

  Sebagai pembuka tirai acara, majlis menjemput Al-fadhil Ustaz Jailani untuk memimpin bacaan doa, dipersilakan.(DOA)Amin amin yarabbal alamin.  Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Al-fadhil Ustaz atas pimpinan doa sebentar tadi.

Page 2: Skrip Pengerusi Majlis

  Warga dewan yang dimuliakan,

Majlis diteruskan dengan mempersilakan En Alias B Abd Samad GPK Pentadbiran untuk memberikan sedikit ucapan . Dipersilakan...(UCAPAN)

Terima kasih diucapkan kepada En Alias atas ucapan yang disampaikan.

  Kini, tibalah masa untuk kita mendengar ucapan yang bakal disampaikan oleh Yang Berusaha Pn Siti Aisyah Sandra Bt Abdullah, Pengetua SMK Gemas.

  Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan Tuan  Pengetua.(UCAPAN)

  Begitulah berakhirnya ucapan yang begitu padat berinformasi buat renungan dan panduan semua warga dewan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Puan Pengetua atas kesudian  menyampaikan ucapan.

Hadirin yang dihormati sekalian,Agenda pada pagi ini diteruskan dengan lafaz ikrar Penetapan Target. Bagi menyempurnakan acara majlis mempersilakan _______________________, wakil pelajar Tingkatan 1,2 dan 4 untuk melafazkan ikrar. Dengan ini majlis mempersilakan.(LAFAZ IKRAR)Terima kasih diucapkan kepada wakil pelajar atas kesudian menyempurnakan lafaz ikrar penetapan target itu tadi.

Warga dewan sekalian,Majlis diteruskan dengan acara kemuncak iaitu penetapan target pelajar tingkatan 1,2 dan 4. Untuk itu saya menyerahkan majlis kepada En Waad B Yahya Guru Bimbingan dan kaunseling SMK Gemas.(PENETAPAN TARGET)

Terima kasih kepada En Waad B Yahya kerana telah menyempurnakan acara itu tadi.

Page 3: Skrip Pengerusi Majlis

Sidang hadirin yang dimuliakan, Saya selaku wakil pihak majlis dengan takzimnya menyusun sepuluh jari

memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat sebarang khilaf tanpa sedar sepanjang saya mengendalikan majlis pada hari ini. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T, yang kurang itu datangnya daripada kelemahan diri saya sendiri.

      Sekian, Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan terima kasih.