skrip mini kejohanan olahraga

6
KEJOHANAN MINI OLAHRAGA DPLI IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA MASA PERKARA TINDAKAN 2 00 ptg Pengumuman Ketibaan Tetamu Kehormat Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Puan Hjh Noor Hayatee binti Md Noor selaku Pengarah IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka, diiringi oleh Dr. Hj Mihat Bin Dollah, En Zaini bin Abd Aziz dan Saudari Raja Norliza binti Raja PA. Untuk Naik Ke Pentas Kecil. Kak Wahidah Bismillahirrahmanirrahim Yang Berbahagia Puan Hjh Noor Hayatee binti Md Noor pengarah IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka, Yang dihormati Dr. Hj Mihat bin Dollah Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Yang Berusaha En. Zaini Bin Abdul Aziz Ketua Unit Kokurikulum, Barisan Para pensyarah, Saudari Raja Norliza binti Raja Pa Selaku Pengarah Kejohanan Mini Olahraga DPLI 2012 Serta rakan guru pelatih yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum wrtwbr, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia Arnida Selamat datang diucapkan kepada semua ke kejohanan Mini Olahraga DPLI IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka 2012 Kak Wahidah 215 ptg Upacara Lintas Hormat Acara di teruskan dengan pasukan perbarisan masuk Kontigen-kontigen Unit yang bertanding. Di mulakan dengan Kumpulan Pembawa Bendera Kejohanan Yang Mewakili Setiap Arnida

Upload: jamilah

Post on 10-Apr-2016

257 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

TEKS PENGACARAAN MAJLIS SUKAN SEKOLAH

TRANSCRIPT

Page 1: Skrip Mini Kejohanan Olahraga

KEJOHANAN MINI OLAHRAGA DPLI IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA

MASA PERKARA TINDAKAN200 ptg Pengumuman Ketibaan Tetamu Kehormat

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Puan Hjh Noor Hayatee binti Md Noor selaku Pengarah IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka, diiringi oleh Dr. Hj Mihat Bin Dollah, En Zaini bin Abd Aziz dan Saudari Raja Norliza binti Raja PA.

Untuk Naik Ke Pentas Kecil.

KakWahidah

Bismillahirrahmanirrahim

Yang Berbahagia Puan Hjh Noor Hayatee binti Md Noor pengarah IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka, Yang dihormati Dr. Hj Mihat bin Dollah Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Yang Berusaha En. Zaini Bin Abdul Aziz Ketua Unit Kokurikulum, Barisan Para pensyarah, Saudari Raja Norliza binti Raja Pa Selaku Pengarah Kejohanan Mini Olahraga DPLI 2012 Serta rakan guru pelatih yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum wrtwbr, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia

Arnida

Selamat datang diucapkan kepada semua ke kejohanan Mini Olahraga DPLI IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka 2012

KakWahidah

215 ptg Upacara Lintas Hormat

Acara di teruskan dengan pasukan perbarisan masuk Kontigen-kontigen Unit yang bertanding.

Di mulakan dengan

Kumpulan Pembawa Bendera Kejohanan Yang Mewakili Setiap Unit Iaitu 3 Unit DPLI Dan Satu Unit PISMP di ketuai oleh Saudari Kasrina Bahirah Binti Kamarul zaman dari Unit DPLI Bahasa Inggeris.

Arnida

Di ikuti oleh Kontigen Unit SejarahYang bertemakan “Sejarah Mantap Melangkah Gagah Penuh Semangat” Yang di Ketuai oleh Saudari Zura Azrita binti Hussain dengan kekuatan 24 orang peserta

KakWahidah

Seterusnya kontigen Unit Bahasa Inggeris Kump 1 Yang bertemakan “Red Thunder” Yang di Ketuai Oleh Saudari Ayuni Shahirah binti Ahmad dengan kekutan 16 orang peserta

Arnida

Page 2: Skrip Mini Kejohanan Olahraga

Berikutnya kontigen Unit Bahasa Inggeris Kump 2 yang bertemakan “We Are the Blues” Yang di Ketuai Oleh Saudari Intan Suzana Binti Mohd Bukhari dengan kekutan 16 Orang Peserta

KakWahidah

Seterusnya kontigen Unit Prasekolah yang bertemakan “ Riang Ria Bersama” di Ketuai Oleh Saudari Noor Rahaayu binti Hanafi dengan kekutan 19 orang Peserta

Arnida

Akhir sekali adalah kontigen dari Unit PISMP Sains Semesta 5 yang bertemakan “ Can’t Stop Until jingga Reach The Top” di Ketuai Oleh Saudari Nor Dahlia binti Zamani dengan kekutan 20 orang Peserta.

KakWahidah

Dijemput Yang Berbahagia Puan Pengarah, diiringi oleh Pengarah kejohanan untuk naik ke Pentas Utama

Hadirin Sekalian di mohon berdiri

Arnida

Majlis diteruskan dengan upacara menaikkan Bendara Kejohanan. Para hadirin di minta memberi perhatian pada upacara Yang berlangsung di sebelah kanan Astaka

KakWahidah

Sekarang Acara di teruskan dengan nyanyian lagu NegaraKu, Lagu Negeri Melaka, dan Lagu IPG

Hadirin dijemput duduk.

KakWahidah

Bagi memberkati majlis kita pada petang ini, di jemput saudari Norma Binti Ibrahim untuk membacakan doa. Dengan hormatnya dipersilakan

Amin-amin yarobalalamin

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada saudari Norma Binti Ibrahim atas bacaan doa sebentar tadi.

Arnida

Asal juragan mengail ikan Sambil bersuka ditepi kualaMasa jangan kita tangguhkan Tirai dibuka majlis bermula

Kini tibalah masa yang dinanti-nantikan, majlis dengan segala takzim dan hormatnya

KakWahidah

Page 3: Skrip Mini Kejohanan Olahraga

mempersilakan Yang Berbahagia Puan Hjh Noor Hayatee binti Md Noor Pengarah IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan kejohanan mini olahraga anjuran DPLI 2012 dengan segala hormatnya di persilakan

Majlis merakamkan terima kasih atas ucapan perasmian oleh Yang Berbahagia Puan Hjh Noor Hayatee Binti Md Noor Pengarah IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka itu sebentar tadi.

Sebagai tanda penghargaan majlis menjemput Pengarah Kejohanan Saudari Raja Norliza binti Raja Pa mewakili semua guru-guru pelatih DPLI 2012 untuk menyampaikan canderahati kepada Yang Berbahgia Puan Pengarah

Seterusnya dijemput yang Berbahagia Puan Pengarah untuk menjamu selera diiringin oleh Dr Hj Mihat bin Dollah, para pensyarah dan Pengarah kejohanan mini olahraga ketempat yang disediakan iaitu bertentangan dengan unit KoKurikulum.

Majlis Mempersilakan

Arnida

Majlis akan diteruskan lagi dengan bacaan ikrar Kejohanan Mini Olahraga yang diketuai oleh Ketua Kontigen saudari Kazrina Bahirah binti Kamarul Zaman.

Kak Wahida

Kehangatan kejohanan Mini olahraga pada petang ini diteruskan lagi dengan senamrobik yang akan dipimpin oleh saudari Mahfuzah binti Ismail dari Unit DPLI Bahasa inggeris.

KakWahidah

Seterusnya adalah pergerakan keluar baris oleh kontigen-kontigen yang terlibat dalam kejohanan Mini Olahraga pada petang ini.

Arnida

Acara kejohanan pertama yang akan berlangsung pada petang yang berbahagia ini adalah ………..

Page 4: Skrip Mini Kejohanan Olahraga

Sambungan acara padang

Kini tiba lah masa yang dinanti-nantikan oleh semua rakan guru pelatih iatu penyampaian hadiah dan medal kepada para pemenang.

Tanpa membuang masa lagi di jemput_______________________________________________Diiringioleh__________________________Untuk menyampaikan hadiah

Bagi acara …………………………………………………………………………..Tempat ketiga acara …………………………….. dimenangi oleh …………………….

Terima kasih di ucapkan kepada …………………………………………………………. Atas kesudian menyampaikan hadiah dan medal itu tadi.

Kini Kejohanan Mini Olahraga DPLI 2012 kian melabuhkan tirainya. Majlis dengan sukacitanya menjemput saudarai Raja Norliza binti Raja Pa selaku pengarah kejohanan untuk menyampaikan ucapan penutup Kejohanan Mini Olahraga, dengan segala hormatnya dipersilakan.

Penutup Kejohanan Mini Olahraga pada petang ini diakhiri dengan upacara menurunkan bendera kejohanan oleh kumpulan pembawa bendera, hadirin diminta member perhatian pada upacara yang akan berlangsung di sebelah kanan astaka.

Bendera kejohanan ini akan diserahkan kepada pengarah kejohanan dan seterusnya akan diserahkan kepada………………………………………….

Simbolik upacara ini maka berakhirlah sudah Kejohanan Mini Olahraga DPLI 2012…

Tahniah diucapkan kepada yang menang, ampun dan maaf dari kami jika ada salah dan silap. Harap berjumpa lagi di kejohanan yang lain. Sekian.