skrip mc mjlis penutup kem motivasi tingkatan lima 2013

Upload: nur-atiah-daud

Post on 30-Oct-2015

682 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

skrip mc kem motivasi

TRANSCRIPT

  • 1

    TEKS PENGACARA MAJLIS

    KEM SENTUHAN JIWA SEMANGAT MEMBARA, SMKBS 2013 (23JUN2013-AHAD)

    Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

    Dari Johor hendak ke Pekan,

    Singgah di Lipis membeli haruan,

    Semanis senyuman kami hamparkan,

    Buat bingkisan salam pertemuan.

    Yang Berusaha,

    Dr Hj Tajuddin bin Mohd Yunus

    Pengetua SMK Bukit Sagu

    Yang Dihormati,

    En Hirudin bin Mohit, Guru Penolong Kanan Pentadbiran,

    En Badruddin bin Shukor, Guru Penolong Kanan HEM,

    En Abd Aziz bin Jaafar, Guru Penolong Kanan Kokurikulum,

    Barisan guru-guru, para fasilitator serta rakan-rakan pelajar tingkatan lima sekalian.

    Alhamdulillah marilah kita sama-sama melafazkan setinggi ucapan kesyukuran kehadrat Ilahi kerana dengan

    izin kasih-Nya pada pagi yang barakah ini kita dapat sama-sama melangsung Majlis Penutup Kem Sentuhan

    Jiwa Semangat Membara SMK Bukit Sagu bagi tahun 2013.

    Untuk makluman semua, Kem Sentuhan Jiwa Semangat Membara merupakan sebuah program motivasi ke

    arah kecemerlangan serta pembentukan sikap yang positif juga melahirkan pelajar-pelajar yang

    bertanggungjawab untuk menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2013. Program ini turut dijayakan dengan

    kerjasama dari ALUMNI SMK Bukit Goh yang mana kebanyakan bekas pelajarnya merupakan anak jati FELDA

    Bukit Sagu.

  • 2

    Hadirin yang dikasihi sekalian,

    Orang Jawa berdagang ke kota,

    Singgah di Acheh membeli gamat,

    Tangan dirafak, restu dipinta;

    Doa diamin moga selamat.

    Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan bermunajat, memohon

    berkat agar segala urusan mendapat rahmat. Untuk itu, majlis mempersilakan al-fadhil

    _____________________________________________bagi memimpin bacaan doa.

    *****************

    Majlis mengucapkan terima kasih kepada _______________________________________________atas

    bacaan doa sebentar tadi.

    Hadirin yang dihormati,

    Tirai ucapan pada pagi ini, dimulakan dengan ucapan oleh wakil pelajar tingkatan lima,

    __________________________________ bagi menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

    ******************

    Sekalung penghargaan kepada _______________________________________ atas kesudian menyampaikan

    ucapan sebentar tadi.

    Hadirin sekalian,

    Majlis diteruskan lagi dengan menjemput ketua fasilitator, ________________________________________

    bagi menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan.

    *******************

    Majlis merakamkan ucapan terimakasih kepada ______________________________________ atas ucapan

    sebentar tadi.

  • 3

    Hadirin semua,

    Majlis diteruskan lagi dengan menjemput ayahanda Pengetua SMK Bukit Sagu, Dr Hj Tajuddin bin Mohd

    Yunus bagi menyampaikan amanat beliau. Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan.

    ****************

    Setinggi ucapan terima kasih kepada ayahanda pengetua kerana sudi menyampaikan ucapan.

    Hadirin yang dikasihi,

    Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah dan sijil kepada peserta dan juga fasilatator-fasilitator

    kem motivasi ini. Majlis dengan ini menjemput Dr Hj Tajuddin bin Mohd Yunus diringi oleh En Hirudin b.

    Mohit untuk menyampaikan sijil dan hadiah kepada para peserta. Dipersilakan.

    Bagi menerima sijil penyertaan Kem Sentuhan Jiwa Semangat Membara, dijemput wakil pelajar tingkatan

    lima, _________________________________________ untuk menerima sijil. Dipersilakan.

    Seterusnya, dijemput para fasilitator Kem Sentuhan Jiwa Semangat Membara untuk menerima hadiah dan

    sijil. Dijemput.

    1. Nujma Hayati bt Mohd Shukri

    2. Nik Nor Asyikin bt Raja Ismail

    3. Syarmilah bt Mohammed Noor Razak

    4. Mohamad Hafiz b. Mezaazman

    5. Nurul Shuhada bt Rasid

    6. Nur Amira bt Hasanudin

    7. Halimatul Sadiah bt Osman

    8. Shawal Izudin b. Mashari @ Mashuri

    9. Nik Afieza bt Che Azhar

    10. Noor Wahiedayah Hudaa bt Mohamad Ali

    11. Zulhairun b. Abdul Karim

    12. Mazatul Latifah bt Abdul Manaf

    13. Mohamad Shafuan b. Abdul Jamal

    14. Mohammad Sharir Faliq b. Omar

    15. Aman b. Ahamad

    16. Muhammad Faisal b. Rohman

    17. Raja Nur Shaffirah bt Raja Norma Salim

    18. Mohd Zam Zahir b. Che Ahmad

    19. Syazwani bt Zainudin

    20. Mohamad Hanif b. Osman

    *******************

  • 4

    Majlis merakamkan setinggi terima kasih kepada ayahanda Pengetua, Dr Hj Tajuddin b. Mohd Yunus di atas

    kesudian menyampaikan sijil dan hadiah sebentar tadi.

    Tuan puteri pergi ke Rasah

    Pulang semula sebelah pagi

    Kita bertemu akhirnya berpisah

    Di lain acara bersua lagi.

    Dengan berakhirnya penyampaian sijil dan hadiah sebentar tadi maka berakhirlah majlis kita pada hari ini.

    Akhir kata, saya memohon maaf jika terdapat sebarang kesilapan sepanjang mengendalikan majlis ini.

    Yang baik itu datangnya dari Allah, yang buruk itu datangnya dari kelemahan saya sendiri.

    Tirai majlis saya tutup dengan Wabillahi taufiq walhidayah, wassalaamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.

    Kita sudahi majlis yang penuh barakah ini dengan surah wal-asr dan tasbih kafarah. Sekian terima kasih.