skrip mc majlis

Upload: hafeezay

Post on 12-Oct-2015

49 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

skrip mc

TRANSCRIPT

SKRIP PENGACARAAN MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA DATIN NORIMA

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Datin _________________________.-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Hadirin semua diminta berdiri bagi menyanyikan Lagu Bakat

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas nyanyian lagu bakat tadi.

KATA ALU-ALUAN PENGERUSI MAJLIS

Sirih berlipat sirih pinang,sirih dari pulau mutiara,Pemanis kalam selamat datang,Awal bismillah pembuka bicara.

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh, Yang berbahagia,_______________________________________ ,Yang dihormati _______________________________,yang berusaha Puan Hajariah bt Abdul Ghaffar,pengerusi Bakat 9 ramd para, pengerusi-pengerusi bakat seterusnya ahli-ahli Bakat dikasihi sekalian.

PENGENALAN

Alhamdulillah,marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita diberikan luangan waktu dan digerakkan minda dan deria kita untuk sama-sama berkumpul di Rumah Bakat 9ramd Para ini bagi meraikan Yang Berbahagia Datin

Terbang helang di malam kelam,Hinggap berdua di dahan rotan,Tangan dihulur menyapa salam,Kehadiran datin kami alukan.

Pihak majlis serta seluruh warga Bakat 9ramd para merasa berbesar hati,mengucapkan selamat datang serta mengalu-alukan Yang berbahagia datin dan semua tetamu jemputan yang hadir.semoga dengan kehadiran kalian dapat menyemarakkan lagi iltizam,memperkuatkan tekad,memperkasakan ikhtiar bagi mengangkat martabat Bakat kita ini.

UCAPAN ALUAN PENGERUSI

Hadirin sekalian, Meneruskan acara,Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang berbahagia puan Hajariah bt abd ghaffar , pengerusi bakat 9ramd para untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Majlis mempersilakan.

------------------Terima kasih diucapkan kepada yang berbahagia puan hajariah bt abd ghaffar atas ucapan beliau tadi.

UCAPAN DATIN Hadirin yang dihormati sekalian,

Sampai masa yang kita nantikan untuk mendengar bingkisan kata,lontaran idea dan pengalaman. Bagi maksud itu, majlis dengan penuh rasa takzimnya menjemput yang berbahagia Datin _______________________. Dipersilakan..

--------------------Demikian tadi satu penyampaian yang tulus,percikan kata yang halus membawa mesej dan makna yang kudus dari yang berbahagia datin.Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada yang berbahagia datin ____________________.

PENYAMPAIAN SUMBANGAN

Hadirin sekalian, Untuk pengetahuan semua, pihak bakat 9 ramd para amat berbesar hati kerana kesudian yang berbahagia datin ke majlis ini adalah untuk turut meraikan anak-anak kurang upaya dari 9ramd para.

Dengan ini majlis mempersilakan Puan Hajariah bt Abd Ghaffar, pengerusi Bakat 9ramd para dan Puan Norita bt Yaacob, isteri RSM B9 RAMD PARA untuk mengiringi yang berbahagia datin untuk menyampaikan sumbangan kepada anak-anak kita ini.Disamping itu para hadirin bolehkan berkongsi pengalaman yang berbahagia datin selama beliau berada di dalam bakat.

---------------------Majlis menjemput yang berbahagia datin dan tetamu-tetamu untuk melihat hasil-hasil kraftangan yang telah dihasilkan oleh ahli-ahli bakat 9 ramd para sendiri.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih. Di atas kesudian datin untuk melihat hasil kraftangan daripada pihak kami.

Hadirin sekalian,Majlis diteruskan lagi dengan beberapa persembahan daripada ahli-ahli bakat 9 ramd para. Dengan ini majlis menjemput kumpulan boria bakat 9 ramd para untuk menyampaian persembahan merekamajlis mempersilakan.

-----------------------------Majlis mengucapkan terima kasih. Diharap para penonton terhibur dengan persembahan yang ceria dan mantap itu tadi.

Awan bersua citra berkisah,Ukiran sukma kilauan kelisa,Persembahan boria selesai sudah,Nyanyian solo menyusul pula,

Majlis dengan ini menjemput puan __________________________ bagi mempersembahkan nyanyiannya yang bertajuk warisan.-----------------------------Terima kasih puan __________________ atas nyanyian itu tadi.Seterusnya, majlis mempersilakan penyanyi kedua dengan nyanyian yang bertajuk perwiramajlis mempersilakan.------------------------------Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

Nyanyian ketiga _ semakin asyik semakin sayangNyanyian terakhir dimanakan kucari ganti

Majlis meramkankan setinggi-tinggi penghargaan di tas persembahan2 itu tadi.

PEMBERIAN CENDERAKENANGAN DAN PENUTUP

Bagi menyempurnakan majlis, dengan ini dijemput puan hajariah bt abd ghaffar diiringi puan aida noraini bt yusof untuk naik ke pentas bagi menyampaikan sedikit cenderakengan dari pihak kami kepada yang berbahagia datin __________________-.Majlis mempersilakan

Majlis mengucapkan terima kasih.

Majlis kita sampai ke penghujungnya. Pihak majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada yang berbahagia datin dan tetamu-tetamu yang hadir serta semua pihak yang terlibat dalam memastikan majlis permai pada pagi ini dapat dilangsung dengan jayanya.Tulip mekar di atas para,Anak dusun pasang pelita;Kalau tersilap tutur bicara,Jemari disusun maaf dipinta.

Dijemput barisan ahli-ahli BAKAT mengiringi Yang berbahagia datin untuk majlis bersurai

Sekian, Wassalam Mualaikum Warahmatullah Hi Wabarakatuh dan terima kasih.

-------------------------------Ahli-ahli bakat beratur dan bersalaman dengan datin.