skrip lakonan melaka

3
SKRIP PERISTIWA PEMBUKAAN MELAKA Parameswara adalah seorang putera raja dari Palembang. Parameswara berperang dengan kerajaan Majapahit apabila beliau cuba membebaskan Palembang daripada Majapahit. Parameswara : Datuk-datuk, beta rasakan sudah tiba waktunya kita bebaskan Palembang daripada Majapahit. Datuk 1 : Ampun Tuanku. Apakah yang patut kita lakukan Tuanku? Parameswara : Beta mahu kita semua berperang dengan tentera Majapahit. Kumpulkan orang-orang kita. Datuk-datuk : Junjung perintah Tuanku. Berlakulah peperangan antara orang-orang Parameswara dan tentera Majapahit. Namun, Parameswara tewas dalam pertempuran tersebut. Beliau dan orang-orangnya berundur ke Temasik. Semasa di Temasik telah berlaku perbalahan antara Parameswara dan Temagi iaitu wakil kerajaan Siam yang memerintah di sana. Parameswara telah membunuh Temagi dan mengisytiharkan dirinya pemerintah di Temasik. Datuk 2 : Ampun Tuanku, patik ternampak tentera Siam menuju ke sini Tuanku. Parameswara : Apa? Adakah mereka mahu menyerang kita? Datuk 1 : Ampun, Tuanku. Patik rasa mereka semua hendak membalas dendam atas kematian Temagi.

Upload: syuhada-mohd-tajuddin

Post on 29-Sep-2015

125 views

Category:

Documents


25 download

DESCRIPTION

Skrip Lakonan Melaka

TRANSCRIPT

SKRIP LAKONAN

SKRIP PERISTIWA PEMBUKAAN MELAKA Parameswara adalah seorang putera raja dari Palembang. Parameswara berperang dengan kerajaan Majapahit apabila beliau cuba membebaskan Palembang daripada Majapahit.Parameswara : Datuk-datuk, beta rasakan sudah tiba waktunya kita

bebaskan Palembang daripada Majapahit. Datuk 1 : Ampun Tuanku. Apakah yang patut kita lakukan Tuanku?

Parameswara : Beta mahu kita semua berperang dengan tentera Majapahit.

Kumpulkan orang-orang kita.Datuk-datuk : Junjung perintah Tuanku.

Berlakulah peperangan antara orang-orang Parameswara dan tentera Majapahit. Namun, Parameswara tewas dalam pertempuran tersebut. Beliau dan orang-orangnya berundur ke Temasik.

Semasa di Temasik telah berlaku perbalahan antara Parameswara dan Temagi iaitu wakil kerajaan Siam yang memerintah di sana. Parameswara telah membunuh Temagi dan mengisytiharkan dirinya pemerintah di Temasik.

Datuk 2 : Ampun Tuanku, patik ternampak tentera Siam menuju ke

sini Tuanku.

Parameswara : Apa? Adakah mereka mahu menyerang kita?

Datuk 1 : Ampun, Tuanku. Patik rasa mereka semua hendak membalas

dendam atas kematian Temagi.

Parameswara : Kalau begitu, kumpulkan orang-orang kita Datuk.

Datuk-datuk : Junjung perintah Tuanku.

Berlakulah pertempuran antara orang-orang Parameswara dan tentera Siam. Malangnya, Parameswara telah kalah dalam pertempuran tersebut dan berundur ke Muar.

Setelah berada di Muar selama 2 tahun, baginda berundur ke utara dan seterusnya ke muara Sungai Bertam (kini di kenali sebagai Sungai Melaka).

Parameswara: Datuk-datuk sekalian, marilah kita berehat sebentar.

Datuk-datuk : Menjunjung peritah Tuanku.

Parameswara kemudiannya bersandar pada sebatang pokok tidak jauh dari orang-orangnya.

Tiba-tiba, baginda ternampak seekor pelanduk telah menendang anjing perburuannya ke dalam sungai.

Parameswara : Datuk, lihat pelanduk itu telah menendang anjing beta.

Datuk 2 : Benar Tuanku.Apakah yang perlu kita lakukan Tuanku?

Parameswara : Beta rasa kawasan ini boleh mendatangkan tuah kepada kita

semua Datuk. Oleh itu, beta mahu jadikan kawasan ini sebagai

negeri.Negeri Melaka.

Datuk2 : Menjunjung perintah Tuanku.

Kagum dengan peristiwa itu, maka Parameswara menamakan kawasan tersebut sebagai Melaka disamping pokok tempat baginda bersandar. Maka, tertubuhlah sebuah negeri di situ.