skrip juruacara sukan tahunan

7
SK SERI CEMPAKA KEJOHANAN OLAHRAGA SUKAN TAHUNAN KALI KE-27 1) Ucapan Alu-aluan Assalamualaikum wrt wbkth dan salam sejahtera diucapkan kpd Yang Berbahagia Dato’ Hj. Ibrahim bin Katop, Pegawai Khas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak Yang berusaha Encik Abdul Muttalib bin Omar, Guru Besar SK Seri Cempaka Yang dihormati Encik Ahmad Zabidi bin Abd Samad, Yang Dipertua PIBG SK Seri Cempaka Encik Iberahim bin Lop Ahamad, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Azalinawati binti Salleh, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Guru-guru, staf-staf, AJK-AJK PIBG yang hadir pada hari ini serta murid-murid yang disayangi sekalian. SELAMAT DATANG KE KEJOHANAN OLAHRAGA SUKAN TAHUNAN SEKOLAH KEBANGSAAN SERI CEMPAKA KALI KE-27 Terlebih dahulu, marilah kita sama-sama panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi, kerana atas limpah kurniaNYA dapat kita bersama- sama sekali lagi, pada hari yang gilang gemilang ini untuk menjayakan kejohanan sukan tahunan SK Seri Cempaka kali ke 27. Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian para hadirin yang hadir bagi memeriahkan lagi kejohanan pada hari ini. 2) Upacara Perarakan Badan Beruniform dan Rumah Sukan Hadirin yang dihormati,

Upload: zuhaidi-yunus

Post on 27-Sep-2015

279 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

skrip

TRANSCRIPT

SK SERI CEMPAKA

KEJOHANAN OLAHRAGA SUKAN TAHUNAN KALI KE-271) Ucapan Alu-aluanAssalamualaikum wrt wbkth dan salam sejahtera diucapkan kpd

Yang Berbahagia Dato Hj. Ibrahim bin Katop, Pegawai Khas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak

Yang berusaha Encik Abdul Muttalib bin Omar, Guru Besar SK Seri CempakaYang dihormati Encik Ahmad Zabidi bin Abd Samad, Yang Dipertua PIBG SK Seri Cempaka Encik Iberahim bin Lop Ahamad, Guru Penolong Kanan Pentadbiran,

Puan Azalinawati binti Salleh, Guru Penolong Kanan Kokurikulum,

Guru-guru, staf-staf, AJK-AJK PIBG yang hadir pada hari ini serta murid-murid yang disayangi sekalian.

SELAMAT DATANG KE KEJOHANAN OLAHRAGA SUKAN TAHUNAN SEKOLAH KEBANGSAAN SERI CEMPAKA KALI KE-27Terlebih dahulu, marilah kita sama-sama panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi, kerana atas limpah kurniaNYA dapat kita bersama-sama sekali lagi, pada hari yang gilang gemilang ini untuk menjayakan kejohanan sukan tahunan SK Seri Cempaka kali ke 27.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian para hadirin yang hadir bagi memeriahkan lagi kejohanan pada hari ini.

2) Upacara Perarakan Badan Beruniform dan Rumah SukanHadirin yang dihormati,

Pembuka acara pada pagi ini akan dimulakan dengan perarakan perbarisan dan lintas hormat Pengawas sekolah, unit-unit Badan Beruniform, rumah-rumah sukan dan murid Prasekolah.

Dengan itu pihak majlis dengan segala hormat mempersilakan Yang berusaha Encik Abdul Muttalib bin Omar bagi mengiringi Yang Berbahagia Dato Hj. Ibrahim bin Katop, Pegawai Khas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak bagi menerima perbarisan lintas hormat.

Pasang CD MarchingPerbarisan lintas hormat pada petang ini diketuai oleh adik Muhammad Irfan bin Yusuf.

Kontinjen perbarisan pada petang ini didahului oleh pembawa bendera Kejohanan Olahraga Sukan Tahunan SK Seri Cempaka diiringi oleh pembawa bendera Jalur Gemilang, bendera negeri Perak dan bendera SK Seri Cempaka.Diikuti oleh kontinjen Lembaga Pengawas Sekolah yang sentiasa memastikan peraturan sekolah dipatuhi oleh setiap murid di SK Seri Cempaka. Terdiri daripada seramai _______ ahli. Diketuai oleh _______________________________________________.

Seterusnya kontinjen dari Rumah kuning. Kuning melambangkan warna diraja. Diketuai oleh adik Muhammad Arif Danial bin Rosdin. Ahli seramai _____ orang peserta. Moto rumah, Kuning Mengaum.Dibelakang rumah kuning ialah kontinjen dari Kelas Prasekolah Permata. Mempunyai seramai 25 orang murid yang berusia 5 tahun.Kontinjen seterusnya ialah kontinjen dari Tunas Kadet Remaja Sekolah berpakaian serba hijau. Terdiri daripada _____ ahli dan diketuai oleh _________________________________________.

Diikuti oleh kontinjen dari Rumah hijau. Hijau melambangkan kedamaian dan ketenangan antara ahli-ahlinya.Hijau mewarnai alam sekeliling kita. Kontinjen ini diketuai oleh adik Muhammad Faeizul Baihaqi bin Samsudin dengan ahlinya seramai ______ orang. Hijau dengan laungan amarannya Hijau Pasti Dihadapan.Seterusnya kontinjen dari kelas Prasekolah Nilam.Terdiri daripada 25 orang murid yang pastinya bersemangat untuk turut sama memeriahkan kejohanan pada tahun ini.

Kontinjen yang sedang melintasi pentas lintas hormat ialah kontinjen unit badan beruniform Persatuan Bulan Sabit Merah dengan berpakaian serba putih. Kontinjen ini diketuai oleh _____________________________________________ dengan ahli seramai _____orang.

Kontijen seterusnya ialah Rumah Biru. Biru melambangkan perpaduan.Ini menunjukkan mereka bersatu padu untuk membentuk sesebuah pasukan yang mantap. Mempunyai seramai _____ orang ahli dan diketuai oleh adik Asyraaf Bin Amir Hassan. Dengan moto rumahnya .Diikuti kontinjen dari Kelas Prasekolah Baiduri juga mempunyai seramai 25 orang ahli yang pastinya akan turut sama menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi.Kecil-kecil cilipadi.

Dengan langkah ayu dan berpakaian serba putih dan merah jambu. Kontinjen seterusnya ialah kontinjen unit badan beruniform Puteri Islam. Dengan ahli seramai _____ orang dan diketuai olah adik ___________________________________________________.

Kontinjen seterusnya ialah kontinjen Rumah Merah

Merah melambangkan keberanian dan kegagahan sesebuah pasukan. Rumah ini diketuai oleh___________________________________________________ mempunyai seramai ____ ahli.Kontijen yang terakhir adalah kontinjen unit badan beruniform Pengakap. Mempunyai seramai _____ orang ahli. Diketuai oleh ____________________________________________________. Untuk makluman hadirin unit ini telah mewakili sekolah dan daerah Perak Tengah dalam pertandingan Kawad Kaki Peringkat Negeri yang telah diadakan di Taiping Perak.Pihak Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang berusaha tuan Guru Besar danYang berbahagia Dato atas kesudian menyempurnakan acara lintas hormat sebentar tadi.3)Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu SekolahMajlis akan diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku, dan Lagu sekolah.

Hadirin dimohon berdiri bagi menghormati dan turut sama menyanyikan lagu Negaraku.Pasang tape nyanyianTerima kasih dan hadirin dipersilakan duduk.4) Bacaan DoaHadirin yang dihormati.

Untuk memberkati kejohanan olahraga sukan tahunan ini, majlis dengan sukacitanya menjemput al-fadhil Ustaz Ahmad Shukri bin Jainuddin untuk memimpin bacaan doa. Majlis mempersilakan dengan segala hormatnya.

Bacaan doaMajlis merakamkan ribuan terima kasih kepada al-fadhil ustaz atas bacaan doa itu tadi.5)Bacaan Ikrar

Seterusnya bacaan ikrar kejohanan olahraga sukan tahunan kali ke 27, dengan itu pihak majlis menjemput adik Muhammad Irfan bin Yusuf untuk mengetuai bacaan ikrar.Terima kasih kepada adik Muhammad Irfan bin Yusuf atas bacaan ikrar sebentar tadi.6)Ucapan YDP PIBG

Seterusnya majlis menjemput Encik Ahmad Zabidi bin Abd Samad, Yang Dipertua PIBG SK Seri Cempaka untuk menyampaikan ucapan alu-aluan dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Encik Ahmad Zabidi bin Abd Samad di atas ucapan beliau itu tadi.7) Ucapan Perasmian Temasya Sukan TahunanSeterusnya majlis menjemput Yang Berbahagia Dato Hj. Ibrahim bin Katop, Pegawai Khas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak untuk memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan SK Majlis dengan hormatnya dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato Hj. Ibrahim bin Katop di atas ucapan dan perasmian itu tadi. Maka dengan itu, rasmilah Temasya Sukan Tahunan SK Seri Cempaka kali ke-27.9)Penyampaian Hadiah dan CenderamataMajlis dengan segala hormatnya mempersilakan Encik Abdul Muttalib bin Omar, Guru Besar SK Seri Cempaka dan Encik Ahmad Zabidi bin Abd Samad untuk menjemput dan mengiringi Yang Berbahagia Dato Hj. Ibrahim bin Katop, Pegawai Khas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir untuk menyampaikan hadiah bagi perbarisan terbaik.Seterusnya majlis mempersilakan, YDP PIBG SK Seri Cempaka untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Berbahagia Dato Hj. Ibrahim bin Katop, Pegawai Khas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak sebagai tanda kenang-kenangan.Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Dato Hj. Ibrahim bin Katop, Tuan Guru Besar dan Encik Ahmad Zabidi bin Abd Samad atas kesudian menyempurnakan acara penyampaian cenderamata sebentar tadi.10)Perarakan Keluar KontingenDemikian tadi selesainya upacara perasmian kejohanan.

Sekarang dipersilakan semua kontingen yang mengambil bahagian untuk bergerak keluar ke khemah masing-masing bagi kita meneruskan acara sukan pada petang ini.

Perhatian- Diminta semua pegawai kejohanan yang bertugas di padang untuk bersedia kerana acara olahraga akan dimulakan sebentar saja lagi.Untuk makluman hadirin sekalian beberapa acara sukan yang dipertandingkan telah dilaksanakan sebelum temasya sukan tahunan diadakan. Acara-acara yang telah dipertandingkan ialah Lontar Peluru, Lompat Jauh dan Lompat Tinggi bagi tahap 2, Acara Sukaneka untuk tahun 1 hingga tahun 6.11)ACARA SUKANAcara sukan akan dimulakan sebentar lagi dengan larian 80 meter lelaki dan perempuan individu bagi tahun 1. Larian 100meter lelaki dan perempuan bagi tahun 2, 3, 4,5 dan 6. Para peserta diminta bersedia.

Acara sukan pertama pada hari ini adalah larian 80 meter individu lelaki Tahun 1.RUJUK BUKU ATURCARA10) Upacara Penyampaian hadiahSekarang tibalah masanya bagi upacara Penyampaian hadiah

Majlis dengan sukacitanya menjemput .

Untuk mengiringi ...

untuk menyampaikan hadiah.

Terima kasih diucapkan kepada . di atas kesudian beliau untuk menyampaikan hadiah.

BAGI HADIAH IKUT ACARA. RUJUK BUKU ATURCARA

Seterusnya diumumkan penyandang bagi olahragawan & olahragawati SKSK

bagi tahun ini.

Olahragawan SK. tahun ini disandang oleh :

Olahragawati SK. tahun ini disandang oleh :

Majlis dengan sukacitanya menjemput ..

Untuk mengiringi .. untuk menyampaikan cenderahati sebagai tanda penghargaan kepada . atas kesudian beliau hadir dan merasmikan majlis pada hari ini.

12) PenutupMaka dengan itu berakhirlah sudah kejohanan sukan tahunan Sk.. kali ke-.

Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah s.w.t dan yang buruk itu adalah daripada kami sendiri.

Akhir kata dari kami berdua,

Maaf atas keterlajuran kata dan bahasa sepanjang kami mengendalikan majlis ini, Syabas untuk semua dan Majulah Sukan .untuk negara

Sekian , terima kasih.