skrip japa

Upload: sitifatimah92

Post on 01-Nov-2015

236 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

xxddss

TRANSCRIPT

BERITA 1Selepas pembedahan di sebuah hospital swasta ogos lalu bapa kepada seorang murid 13 tahun mendakwa anaknya menderita teruk. Turut meresahkan si bapa,kos rawatan lebih 50ribu ringgit. Begini keadaan nur fazilah ketika ditemui di rumahnya di taman melawati ibu Negara. Semuanya bermula sebelum cuti penggal ke 3 sekolah apabila nur fazilah cedera pada lengan kiri dipercayai kerana jatuh. Rujukan ke klinik berdekatan dan sebuah hospital swasta di ibu Negara,anaknya hanya diberi pil penahan sakit. Namun kesakitan tetap berulang,memaksa abdul barr abdul wahid merujuk anak ke sebuah hospital swasta di jalan ampang 17ogos lalu. Setelah diperiksa, doktor bertugas memberitahu ada darah beku pada lengan kiri anaknya dan perlu pembedahan. Ketika dimasukkan ke wad, doktor yang melakukan pemeriksaan mendapati tiada denyutan nadi pada tangan kiri anaknya. Nur fazilah kemudiannya dibawa ke bilik pembedahan tergesa-gesa untuk pembedahan kedua di bahagian sama. Dakwa abdul barr,pada 16 oktober doktor memberitahu anaknya perlu menjalani satu lagi pembedahan. Kali ini dia dimaklumkan doktor ateri vascular utama nur fazilah tersepit dan stand perlu dimasukkan. Pihak hospitak ketika ditemui hanya mahu bertemu pengadu tanpa kehadiran media. Namun jurucakapnya kemudian menghubungi kami memaklumkan telah berjumpa pengadu dan menyatakan kesediaan merawat luka nur fazilah.

BERITA 2Situasi berbeza pula berlaku di bachok,Kelantan.Lebih 500 penduduk di Kampung Beris Lalang dekat sini mengadakan piket membantah tindakan kerajaan negeri menjadikan kawasan kampung mereka pusat pelupusan sampah sejak Mac lalu.Penduduk mendakwa, tindakan kerajaan negeri menjadikan kawasan seluas 46 hektar kira-kira 500 meter dari kampung mereka sebagai pusat pelupusan sampah telah menjejaskan kesihatan mereka selain terdedah kepada ancaman penyakit seperti demam denggi.Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keamanan Kampung Persekutuan (JKKKP), Che Hamid Che Deraman berkata, selain bantahan tersebut, pihaknya turut mengumpul lebih 1,000 tandatangan penduduk terbabit diserahkan kepada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Exco berkenaan.Beberapa pemimpin masyarakat sudah beberapa kali mengemukakan bantahan kepada kerajaan negeri, namun tidak ada sebarang tindakan diambil bagi menanganinya, katanya ketika ditemui di sini semalam.

BERITA 3 (PENUTUP)

Keengganan pihak pengurusan ladang ternakan khinzir di Kampong Gagong untuk menutup ladang tersebut telah menimbulkan kemarahan penduduk kampong. Kami dimaklumkan bahawa tindakan selanjutnya akan di ambil alih oleh pihak berkuasa tempatan selepas arahan yang dikeluarkan Jabatan alam sekitar tidak diendahkan. Sebelum mengakhiri buletin utamam malam ini,kita saksikan keadaan ladang tersebut. Assalamualaikum dan selamat malam.