skrip apc 2014

11
1 TEKS ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG SK PEGAGAU 2014 20 NOVEMBER 2014 BI L AGENDA TEKS 1. Ketibaan jemputan dan ibu bapa Nyanyian lagu Negaraku Diumumkan ketibaan Yang Berbahagia Yang Dipertua PIBG ________________diiringi Guru Besar Cemerlang, GPK 1, GPK HEM, GPK KOKO, Sekolah Kebangsaan Pegagau ke tempat duduk utama. Semua hadirin dipersilakan berdiri. Bagi memulakan acara, sama-sama kita menyanyikan lagu Negaraku dengan iringan muzik. Semua hadirin dipersilakan duduk. 2. Bacaan doa. Menadah tangan tanda kerendahan, Lafaz Bismillah memperkukuh tautan, Doa dipohon penuh pengharapan, Agar Majlis mendapat keberkatan. Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita mengaminkan bacaan doa yang akan diketuai oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Amzari bin Iberahim. Dipersilakan.

Upload: muhammad-aliff-abdul-rahman

Post on 07-Apr-2016

36 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Anugerah Pelajar Cemerlang

TRANSCRIPT

Page 1: skrip APC 2014

1

TEKS ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG SK PEGAGAU 2014

20 NOVEMBER 2014

BIL AGENDA TEKS

1. Ketibaan jemputan dan

ibu bapa

Nyanyian lagu

Negaraku

Diumumkan ketibaan Yang Berbahagia Yang Dipertua PIBG

________________diiringi Guru Besar Cemerlang, GPK 1, GPK

HEM, GPK KOKO, Sekolah Kebangsaan Pegagau ke tempat duduk

utama. Semua hadirin dipersilakan berdiri.

Bagi memulakan acara, sama-sama kita menyanyikan lagu Negaraku

dengan iringan muzik.

Semua hadirin dipersilakan duduk.

2. Bacaan doa. Menadah tangan tanda kerendahan,

Lafaz Bismillah memperkukuh tautan,

Doa dipohon penuh pengharapan,

Agar Majlis mendapat keberkatan.

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita

mengaminkan bacaan doa yang akan diketuai oleh Al-Fadhil Ustaz

Mohd Amzari bin Iberahim. Dipersilakan.

*Amin, amin Ya Rabbal Alamin. Majlis merakamkan ucapan terima

kasih atas bacaan doa sebentar tadi.

3. Ucapan alu- Melati kuntum menghias gelas,

Page 2: skrip APC 2014

2

aluan Pengerusi

Majlis

Tumbuh melata di tepi kali,

Anugerah Cemerlang 2014,

Murid-murid cemerlang kita hargai.

Assalamualaikum wbt , Salam sejahtera, Salam Satu Matlamat, Satu

Tujuan dan Satu Pasukan( ubah kl xminat).

Yang Berusaha _________________ selaku Guru Besar Cemerlang

SK Pegagau,

Yang Berbahagia Yang Dipertua PIBG SK Pegagau

______________________________________ ,

Barisan pentadbiran,

Para jemputan khas,

Guru-guru penolong kanan,

guru-guru,

Ajk PIBG SK Jijan,

ibu-bapa,

seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah

Rahmat dan kurnia-Nya dapat kita sama-sama berkumpul dalam

Majlis Hari Anugerah Pelajar Cemerlang SK Pegagau 2014.Pihak

sekolah mengalu-alukan kedatangan para jemputan, ibu bapa dan

murid-murid ke majlis pada hari ini. Tujuan Majlis Hari Anugerah

Pelajar Cemerlang SK Pegagau ini diadakan adalah untuk

menghargai pencapaian murid-murid yang mendapat keputusan yang

cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum sepanjang tahun

2014 ini. Diharap agar dengan penghargaan yang diberikan akan

mencetuskan lagi semangat murid-murid untuk lebih berjaya dalam

pelbagai bidang pada masa-masa akan datang.

Page 3: skrip APC 2014

3

Ucapan Guru Besar

Hadirin yang dihormati,

Tak molek, jika ada alu tiada lesungnyaTak berguna jika ada dayung tiada perahunyaTak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara

Oleh itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

_________________________ selaku Pengarah Majlis Hari

Anugerah Pelacar Cemerlang 2014 untuk menyampaikan ucapan.

Dipersilakan.

*Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada ______________

atas ucapan alu-aluan sebentar tadi.

5. Ucapan Perasmian

oleh NYDP PIBG

Pergi ke kota beli selasih,

Sayang si dara senyum tertawa,

Kata azimat simpulan kasih,

Sulamkan mesra satukan jiwa.

Untuk tidak melengahkan masa marilah sama-sama kita mendengar

ucapan perasmian daripada Yang Berbahagia ___________________________ Yang Dipertua PIBG SK Pegagau. Majlis dengan penuh hormat dan takzim mempersilakan.

***

Hadirin yang dihormati sekalian, rasmilah sudah majlis kita pada pagi

ini. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian

______________________ menyampaikan ucapan perasmian

sebentar tadi.

6. Majlis Hadirin sekalian,

Page 4: skrip APC 2014

4

Graduasi Prasekolah

Bestari :

Penyampaian Sijil Graduasi

&Matapelajara

n terbaik Prasekolah

& Anugerah

Khas Prasekolah

Bestari

Kedudukan dalam kelas

tahun 1 hingga tahun 6 ( sesi pagi)

&Matapelajara

n terbaik(sesi pagi)

Berkebaya batik berwarna merah,

Diserikan dengan permata berlian,

Tibalah masa penyampaian anugerah,

Penerima teruja menunggu giliran.

Oleh itu, bagi menyempurnakan acara, dijemput

_____________________________________________________

ke pentas untuk menyampaikan anugerah.

*** Majlis dimulakan dengan Graduasi Prasekolah bagi tahun 2014.

*** Anugerah seterusnya ialah Matapelajaran Terbaik Prasekolah.

*** Anugerah seterusnya ialah Anugerah Khas Prasekolah.

*** Anugerah seterusnya ialah kedudukan dalam kelas sesi pagi bagi tahun 1 hingga tahun 6.

*** Anugerah seterusnya ialah matapelajaran terbaik bagi sesi pagi bagi tahun 1 hingga tahun 6.

****Majlis merakamkan ucapan setinggi-tingi penghargaan kepada

____________________________ atas kesudian beliau

Page 5: skrip APC 2014

5

menyampaikan anugerah sebentar tadi.

7. Persembahan 1 :

Tarian

Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan persembahan

______________________SK Pegagau. Kumpulan ini mendapat

bimbingan daripada _____________________ dan

______________________________. Dipersilakan.

***

Terima kasih diucapkan atas persembahan yang menarik sebentar

tadi.

11. Penyampaian hadiah

penghargaan:

Kehadiran penuh (pagi)

&Kehadiran

terbaik (petang)

Kebersihan dan

kekemasan kendiri

Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian anugerah seterusnya.

Oleh itu, bagi menyempurnakan acara, dijemput

____________________________________________________

untuk menyampaikan hadiah penghargaan kepada murid dengan

kehadiran penuh sesi pagi dan petang serta murid dengan

kekemasan kendiri tebaik, penyampaian sijil dan hadiah penghargaan

kepada ketua kelas, penolong ketua kelas, pengawas perpustakaan

dan pengawas sekolah bagi tahun 2014. Dipersilakan.

**** Penyampaian penghargaan yang pertama ialah murid dengan kedatangan penuh sepanjang tahun bagi sesi pagi.

**** Penyampaian penghargaan yang seterusnya ialah murid dengan kedatangan terbaik sepanjang tahun bagi sesi petang.

*** Penyampaian penghargaan seterusnya ialah murid dengan

Page 6: skrip APC 2014

6

Penghargaan Sijil

Penghargaan dan wang

tunai:

ketua kelas dan penolong ketua kelas,

pengawas perpustakaan

pengawas 2014.

kebersihan dan kekemasan kendiri terbaik.

Seterusnya ialah penyampaian sijil penghargaan.

****Penyampaian sijil yang pertama ialah penyampaian sijil penghargaan kepada ketua kelas dan penolong ketua kelas SK Pegagau 2014.

****Penyampaian sijil yang seterusnya ialah penyampaian sijil penghargaan kepada pengawas perpustakaan SK Pegagau 2014.

****Penyampaian sijil yang seterusnya ialah penyampaian sijil dan hadiah penghargaan kepada pengawas SK Pegagau 2014.

Majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan

____________________________________________________

atas kesudian beliau menyampaikan anugerah sebentar tadi.

10. Persembahan 2 :

Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan persembahan

_______________________________________________________

_______________________________________________________

_________________” Persembahan ini mendapat bimbingan

daripada

____________________________________________________.

Dipersilakan.

***

Page 7: skrip APC 2014

7

Terima kasih diucapkan atas persembahan itu tadi.

13 Penyampaian Anugerah

Khas :

Murid Terbaik Lelaki 2014

Murid Terbaik Perempuan

2014

Tokoh Murid 2014

Hadirin sekalian,

Hadiah diatur tampak kemas,

Tuan YDP PIBG senyum sekilas,

Tampillah Tuan ke atas pentas.

Menyempurnakan Penyampaian Anugerah Khas.

Dengan penuh takzim majlis mempersilakan sekali lagi Yang Berbahagia ___________________________ ke pentas untuk

menyampaikan anugerah kemuncak kita pada hari ini.

*** Penyampaian Anugerah Khas yang pertama ialah Murid Terbaik Lelaki 2014.

*** Penyampaian Anugerah Khas yang seterusnya ialah Murid Terbaik Perempuan 2014.

***Seterusnya ialah Penyampaian Anugerah Khas kepada Tokoh Murid SK Pegagau tahun 2014.

**** Baca Biodata Murid : Tokoh Murid 2014 ****

Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah pada hari ini.

Semoga dengan penganugerahan ini akan sentiasa membakar

semangat untuk terus maju dalam pelajaran serta menjadi contoh

teladan kepada murid lain.

Page 8: skrip APC 2014

8

14. Penyampaian Cenderahati

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang

Berbahagia _________________________________ atas kesudian

beliau menyampaikan Anugerah Khas sebentar tadi.

Oleh itu, dipersilakan Guru Besar Cemerlang SK Pegagau En Salasa

b. Sabar untuk menyampaikan cenderahati kepada Yang Berbahagia

Tn. YDP PIBG Sk Pegagau.

15. Penutup

&

Jamuan ringan.

Hadirin sekalian,

Kerjasama tuan-puan sangat dihargai,

Terima kasih sekalung budi,

Kenangan nan indah simpanlah di hati,

Semoga kita berjumpa lagi.

Merdu bertingkah alunan suara,

Kadang tak sedar tersilap kata,

Andai terlanjur patah bicara,

Serendah hati kemaafan dipinta.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga

diucapkan kepada semua tetamu jemputan, Ahli Jawatankuasa kerja

Majlis Hari Anugerah Pelajar Cemerlang SK Pegagau 2014, para ibu-

bapa dan mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung

bagi menjayakan malis ini.

Dengan penuh takzim pihak majlis mempersilakan para jemputan

Page 9: skrip APC 2014

9

menjamu selera di bilik gerakan.

Wabillahitaufik walhidayah assalamualaikum wbt