contoh 1_cadangan skrip jawapan open book test kertas 3 sejarah spm 2014 ppd kuala langat

Upload: cikgu-faizal

Post on 02-Jun-2018

281 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/10/2019 Contoh 1_Cadangan Skrip Jawapan Open Book Test Kertas 3 Sejarah SPM 2014 PPD Kuala Langat

    1/17

    !"#"$%"$ '" !"#"$ &'()"* + !"# %&'(

    Bengkel Pembinaan Skrip Kertas 3 Sejarah 1 Kuala Langat 201 4

    CADANGAN SKRIP JAWAPAN SEJARAH 1249/3

    SPM 2014

    BAHAGIAN A: OPEN BOOK TEST

    OLEHGURU-GURU SEJARAH

    DAERAH KUALA LANGAT

    Di Bengkel Pembinaan Skrip Kertas 3 MataPelajaran Sejarah SPM Daerah Kuala Langat 2014

    8 & 9 Oktober 2014SMK Bandar Banting

  • 8/10/2019 Contoh 1_Cadangan Skrip Jawapan Open Book Test Kertas 3 Sejarah SPM 2014 PPD Kuala Langat

    2/17

    !"#"$%"$ '" !"#"$ &'()"* + !"# %&'(

    Bengkel Pembinaan Skrip Kertas 3 Sejarah 2 Kuala Langat 201 4

    PANDUAN

    BIL PERINCIAN CATATAN

    1.1 Demokrasi Berparlimen

    Latar belakang Sistem Demokrasi Berparlimen

    1.2 Maksud Demokrasi Berparlimen

    1.3 Maksud Sistem Raja Berperlembagaan

    1.4 Maksud Sistem Republik

    2.1 Maksud Perlembagaan

    3.1 Maksud Keluhuran perlembagaan

    3.2 Maksud ketertinggian Perlembagaan Malaysia

    4 Kepentingan Perlembagaan

    4.1 Sebab-sebab/ tujuan/ faktor pindaan Perlembagaan

    4.2 Langkah/ Kaedah/Cara Pindaan Perlembagaan

    5.1 Raja Berperlembagaan

    Maksud Raja berperlembagaan

    5.2 Maksud Yang di Pertuan Agong

    5.3 Bidang/ Peranan/ Tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong

    6.1 Kuasa Pemerintahan

    Maksud kuasa pemerintahan6.2 Maksud Badan Perundangan atau Legislatif .

    6.3 Ciri-ciri Dewan Negara atau Senat

    6.4 Keahlian Dewan Negara

    6.5 Ciri-ciri Dewan Rakyat

    6.6 Proses meluluskan Undang-undang di Parlimen

    7.1 Badan Pelaksana atau Eksekutif

    Ciri-ciri/ Peranan Badan Pelaksana atau Eksekutif

    8.1 Badan Kehakiman

    Ciri-ciri/ Peranan Badan Kehakiman atau Judisiari

    9.1 Pilihan Raya

    Maksud/ Latar Belakang Pilihan Raya

    9.2 Peranan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)

    9.3 Tujuan Pilihan Raya

    9.4 Proses Pilihan Raya di Malaysia

    9.5 Kelayakan/Syarat Calon Pilihan Raya

    9.6 Kelayakan/ Syarat Pengundi

  • 8/10/2019 Contoh 1_Cadangan Skrip Jawapan Open Book Test Kertas 3 Sejarah SPM 2014 PPD Kuala Langat

    3/17

    !"#"$%"$ '" !"#"$ &'()"* + !"# %&'(

    Bengkel Pembinaan Skrip Kertas 3 Sejarah 3 Kuala Langat 201 4

    9.7 Kempen Pilihan Raya

    9.8 Kepentingan Pilihan Raya

    10.1 Parti Politik di Malaysia Sehingga Tahun 1963.

    Latar belakang/ Tujuan penubuhan parti-parti politik di

    Malaysia sehingga tahun 1963.

    11.1 Negara Persekutuan

    Maksud/Konsep Negara Persekutuan

    11.2 Bidang kuasa/ Tanggungjawab/ Peranan Pentadbiran

    Malaysia

  • 8/10/2019 Contoh 1_Cadangan Skrip Jawapan Open Book Test Kertas 3 Sejarah SPM 2014 PPD Kuala Langat

    4/17

  • 8/10/2019 Contoh 1_Cadangan Skrip Jawapan Open Book Test Kertas 3 Sejarah SPM 2014 PPD Kuala Langat

    5/17

    !"#"$%"$ '" !"#"$ &'()"* + !"# %&'(

    Bengkel Pembinaan Skrip Kertas 3 Sejarah 5 Kuala Langat 201 4

    Perlembagaan ini mengandungi peruntukan seperti senarai kerajaanpersekutuan, kerajaan negeri,institusi Yang Dipertuan Agong, Parlimen,Jemaah Menteri dan badan kehakiman.

    Perlembagaan Malaysia telah membuat pembahagian kuasa antara kerajaanpersekutuan dengan kerajaan negeri kerana Malaysia merupakan sebuah

    negara persekutuan Negeri -negeri yang bergabung dengan persekutuan Malaysia diberikan hak,kuasa dan tanggungjawab seperti yang diperuntukkan dlm perlembagaannegeri.

    Perlembagaaan Malaysia telah memperuntukkan Senarai persekutuan,Senarai Negeri dan senarai Bersama.

    2.1 Maksud Perlembagaan

    Maksud Perlembagaaan ialah ! Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas

    kepada pembentukan sesebuah kerajaan. Tujuan perlembagaan adalah sebagai dokumen rasmi negara. Mengandungi segala peraturan dan prinsip sebagai panduan kepada

    kerajaan Untuk melaksanakan kuasanya dan mentadbir negara. Perlembagaan

    Malaysia menjadi garis panduan sistem pemerintahan demokrasi berparlimendi Malaysia.

    Beberapa pindaan perlembagaan dibuat untuk menyesuaikan sistempentadbiran dengan perkembangan politik semasa.

    Parti politik yang mentadbir akan mengetahui hala tuju pentadbiran negara. Menjamin kerajaan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat melalui

    peruntukan yang terkandung di dalamnya.

    Perlembagaan Malaysia yang diperkenalkan pada 16 september 1963mengandungi 183 perkara. Perlembagaan ini mengandungi peruntukan seperti senarai kerajaan

    persekutuan, kerajaan negeri,institusi Yang Dipertuan Agong, Parlimen,Jemaah Menteri dan badan kehakiman.

    Perlembagaan Malaysia telah membuat pembahagian kuasa antara kerajaanpersekutuan dengan kerajaan negeri kerana Malaysia merupakan sebuahnegara persekutuan

    Negeri -negeri yang bergabung dengan persekutuan Malaysia diberikan hak,kuasa dan tanggungjawab seperti yang diperuntukkan dlm perlembagaannegeri.

    Perlembagaaan Malaysia telah memperuntukkan Senarai persekutuan,Senarai Negeri dan senarai Bersama.

    3.1 Maksud Keluhuran perlembagaan

    Maksud Keluhuran Perlembagaan ialah ! Merupakan Prinsip rukun Negara yang ketiga. Bermaksud keagungan dan ketertinggian undang-undang atau perlembagaan

    itu sendiri. Keluhuran perlembagaan Malaysia mengatasi Yang Dipertuan Agong,

    parlimen, jemaah Menteri, dan mahkamah Semua jenis undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan

    Malaysia adalah tidak sah Undang-undang negeri mestilah selaras dengan Perlembagaan persekutuan.

  • 8/10/2019 Contoh 1_Cadangan Skrip Jawapan Open Book Test Kertas 3 Sejarah SPM 2014 PPD Kuala Langat

    6/17

    !"#"$%"$ '" !"#"$ &'()"* + !"# %&'(

    Bengkel Pembinaan Skrip Kertas 3 Sejarah 6 Kuala Langat 201 4

    Perkara 75 menyatakan undang-undang yang bertentangan denganPerlembagaan persekutuan adalah terbatal dengan sendirinya.

    Perlembagaan Persekutuan mempruntukkan kuasa kepada mahkamah untukmembatalkan akta yang diluluskan di luar bidang kuasa parlimen ataubercanggah dengan perlembagaan Malaysia.

    Mahkamah berkuasa menentukan kesahihan setiap undang-undang bagimenjamin keluhuran dan ketertinggian Perlembagaan Malaysia.

    3.2 Maksud ketertinggian Perlembagaan Malaysia

    Maksud ketertinggian Perlembagaan Malaysia ialah ! Ketertinggian Perlembagaan dilihat pada peruntukkan kuasa Parlimen,

    kedudukan Yang Dipertuan Agong, kuasa Perundangan dan Kebebasanasasi.

    Parlimen memperoleh kuasa daripada Perlembagaan. Yang DiPertuan agong tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia.

    4. Kepentingan Perlembagaan

    Kepentingan Perlembagaan ialah ! Perlembagaan berperanan menjamin kestabilan sesebuah negara. Perlembagaan berperanan menentukan rangka dan bentuk pentadbirannya. Perlembagaan membantu dalam menjaminkan

    kecekapan,kejujuran,keadilan,ketelusan dan kelicinan pentadbiran. Setiap pemimpin memerlukan panduan semasa memerintah. Ini supaya pemerintahannya menepati kehendak perlembagaan dan aspirasi

    rakyat. Perlembagaan Malaysia menjamin taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi

    kepada negara. Rakyatnya memegangmatlamat yang sama supaya semangat patriotismdapat dibentuk.

    Perkara 24 perlembagaan Malaysia menyatakan seseorang yang mempunyaikerakyatan negara lain akan dilucutkan kewarganegaannya.

    Perkara 25 pula menyatakan bahawa seseorang warganegara bolehdilucutkan kerakyatannya jika terbukti tidak setia kepada Negara ini.

    Tujuannya supaya rakyat memberikan sepenuh ketaatan kepada tanah air. Ini bagi mengekalkan identiti negara dan bangsa Malaysia. Perlembagaan Malaysia menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat di

    negara ini. Setiap warganegara mempunyai hak asasi dan kebebasan seperti

    berpersatuan, beragama dan memiliki harta. Ini membolehkan rakyat mengetahui hak kebebasan mereka disisi Undang-

    undang. Perlembagaan Malaysia, dalam perkara 153 memperuntukkan peranan Yang

    di Pertuan Agong dalam menjaga dan memelihara hak istimewa sertakedudukan orang Melayu dan bumiputera di Sarawak dan Sabah.

    Hak istimewa tersebut ialah pemberian jawatan dalm perkhidmatanawam,biasiswa,kemudahan pendidikan serta pemberian lessen perniagaandan perdagangan.

    Walaupun bagaimanapun, perlembagaan juga memastikan perkara 153tersebut dilaksanakan dengan berhati-hati .

    Ini supaya pelaksanaannya tidak mengabaikan kaum-kaum yang lain.

  • 8/10/2019 Contoh 1_Cadangan Skrip Jawapan Open Book Test Kertas 3 Sejarah SPM 2014 PPD Kuala Langat

    7/17

    !"#"$%"$ '" !"#"$ &'()"* + !"# %&'(

    Bengkel Pembinaan Skrip Kertas 3 Sejarah 7 Kuala Langat 201 4

    Perlembagaan Malaysia juga menjamin kerjasama, kesepakatan, keadilandan kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dengan KerajaanNegeri.

    Perlembagaan menjadi rujukan utama dalam penggubalan undang-undangpersekutuan dan negeri.

    Dengan cara ini sistem pentadbiran negara dapat diselaraskan tanpasebarang perbalahan. Pembahagian ini menjelaskan perlembagaan Negeri pula tidak boleh

    bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia. Perlembagaan Malaysia menjamin kedudukan hak istimewa orang Melayu

    dan bumiputera di Sarawak dan Sabah tidak boleh dipersoalkan. Ini adalah jaminan yang ditetapkan oleh perlembagaan Malaysia sebelum

    Sarawak dan Sabah menyertai Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Kerajaan Persekutuan menggunakan senarai kuasannya dalm bidang

    pendidikan dan kesihatan untuk memesatkan pembangunan di negeriSarawak dan Sabah.

    4.1 Sebab-sebab/ tujuan/ faktor pindaan Perlembagaan

    Sebab-sebab/tujuan/ faktor pindaan Perlembagaan ialah ! Untuk melindungi kepentingan rakyat. Untuk menjaga keselamatan Negara. Untuk melicinkan urusan pentadbiran negara Supaya sentiasa releven dan sesuai dengan keperluan semasa. Untuk menjadikan perlembagaan sebagai undang-undang yang munasabah. Supaya kandungan dipatuhi oleh rakyat dengan rela hati. Bagi melarang perkara sensitif dipersoalkan secara terbuka seperti

    pemerintahan beraja, agama Islam, kedudukan Bahasa melayu dan hak

    keistimewaan orang melayu. Parlimen telah meluluskan pindaan Akta Hasutan 1970 yang menghadkan

    seorang individu daripada bercakap sewenang-wenangnya sepertimenyentuh perkara yang sensitif yang boleh menimbulkan perbalahan antarakaum di negara ini.

    Untuk memelihara keselamatan/ketenteraman/ keharmonian masyarakat.

    4.2 Langkah/ Kaedah/Cara Pindaan Perlembagaan

    Terdapat empat langkah/ kaedah/ cara pindaan Perlembagaan iaitu ! Kaedah pertama dengan persetujuan majoriti lebih suara dua per tiga Dewan

    Parlimen dan persetujuan Majlis Raja-Raja.Perkara pindaan kaedah pertamaialah tugas dan kuasa Majlis Raja-Raja Melayu,kewarganegaraan,keutamaan Yang di Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong,Raja-Rajadan Yang di Pertuan Negeri

    Kaedah kedua dengan peraetujuan majoriti lebih suara dua per tiga DewanParlimen dan kelulusan Yang di Negeri Sarawak dan Sabah. Perkarapindaan kaedah kedua adalah keanggotaan dan bidang kuasa MahkamahTinggi di Sarawak dan Sabah.Hak dan kuasa kepada Kerajaan Negeritentang kuasa menahan kemasukkan orang yang bukan dari Sarawak danSabah. Perkara pindaan kaedah kedua juga berkaitan perkara perundangandan pemerintahan kuasa negeri,agama,bahasa dan hak istimewa orang

    Melayu dan bumiputera di Sarawak dan Sabah.

  • 8/10/2019 Contoh 1_Cadangan Skrip Jawapan Open Book Test Kertas 3 Sejarah SPM 2014 PPD Kuala Langat

    8/17

    !"#"$%"$ '" !"#"$ &'()"* + !"# %&'(

    Bengkel Pembinaan Skrip Kertas 3 Sejarah 8 Kuala Langat 201 4

    Kaedah ketiga dengan persetujuan lebih suara du aper tiga DewanParlimen.Perkara-perkara yang tidak disebut dalam mana-mana tiga kaedahpindaan terkandung dalam kaedah pertama.

    Kaedah keempat dengan persaetujuan lebih suara Dewan Parlimen. Perkara

    yang terkandung dalam kaedah keempat termasuk pindaan jadual 2,6 dan 7,bahagian III tentang kewarganegaraan,bentuk sumpah,ikrar,pemilihan danpersaraan ahli Dewan Negara serta persempananan pilihan raya. Pindaanperkara 74 dan 76 dalam perlembagaan. Dalam perkara 74, Parlimen bolehmembuat atau meminda undang-undang mengenai perkara yang disebutdalam Senarai Persekutuan dan Senarai Bersama. Hal yang sama jugaboleh dilakukan oleh Dewan Undangan Negeri bagi perkara yang berhubungdengan Senarai Negeri atau Senarai Berasama yang diperuntukkan olehperlembagaan.

    Dalam perkara 76, Parlimen boleh membuat undang-undang dalam SenaraiNegeri yang melibatkan pelaksanaan persetiaan,perjanjian atau konvensyen

    antara persekutuan dengan mana-mana negara lain.

    5. RAJA BERPERLEMBAGAAN5.1 Maksud Raja berperlembagaan

    Maksud Raja berperlembagaan ialah ! Raja berpelembagaan bermaksud sistem pemerintahan beraja mengikut

    peruntukan dalam Pelembagaan Malaysia. Yang di-Pertuan Agong bertindak berdasarkan Perlembagaan Malaysia dan

    nasihat Perdana Menteri.

    5.2 Maksud Yang di Pertuan Agong

    Maksud Yang di Pertuan Agong ialah ! Jawatan Yang di Pertuan Agong diwujudkan sejak tahun 1957. Yang di pertuan Agong adalah tonggak dan Ketua Utama Negara Yang di Pertuan Agong adalah symbol keutuhan dan perpaduan rakyat.

    5.3 Bidang/ Peranan/ Tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong

    Bidang/ Peranan/ Tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong ialah ! Bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong mengikut Perlembagaan Malaysia

    ialah sebagai ketua negara.

    Yang di-Pertuan Agong mengetuai tiga badan kerajaan iaitu BadanPerundangan, Badan Pemerintah dan Badan Kehakiman. Yang di-Pertuan Agong juga merupakan satu daripada tiga unsur Parlimen. Yang di Pertuan Agong mempunyai kuasa memanggil dan membubarkan

    Parlimen. Yang diPertuan Agong merupakan Ketua Tertinggi Angkatan Bersenjata. Yang di-Pertuan Agong berkuasa mengampunkan dan menangguhkan

    sesuatu hukuman terhadap kesalahan yang dibicarakan oleh MahkamahTentera.

    Yang di Pertuan Agong bertanggungjawab menjaga dan memeliharakedudukan dan hak istimewa orang Melayu.

    Yang di Pertuan Agong boleh menitahkan Majlis Raja-Raja Melayumengadakan mesyuarat bagi membincangkan keistimewaan, kedudukan,kehormatan dan kemuliaan Raja-Raja Melayu.

  • 8/10/2019 Contoh 1_Cadangan Skrip Jawapan Open Book Test Kertas 3 Sejarah SPM 2014 PPD Kuala Langat

    9/17

    !"#"$%"$ '" !"#"$ &'()"* + !"# %&'(

    Bengkel Pembinaan Skrip Kertas 3 Sejarah 9 Kuala Langat 201 4

    Yang di-Pertuan Agong ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri,Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan, Sarawak dan Sabah.

    Yang di Pertuan Agong juga mempunyai kuasa budi bicara untuk melantikPerdana Menteri.

    Yang di Pertuan Agong berkuasa melantik dan melucutkan jawatan Jemaah

    Menteri dan Timbalan Menteri setelah mendapat nasihat Perdana Menteri. Yang di-Pertuan Agong boleh mengisytiharkan undang-undang darurat dibawah Undang-undang X jika mendapati keselamatan negara terancam.

    Yang di Pertuan Agong juga berkuasa melantik Pengerusi dan tiga orang ahliSuruhanjaya pilihan Raya, ahli Perkhidmatan kehakiman, serta pengerusidan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

    Yang di Pertuan Agong bertanggungjawab melantik Peguam Negara danKetua Audit Negara bagi Persekutuan.

    Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa tertinggi untuk mentauliahkanduta-duta negara kita

    6. Kuasa Pemerintahan6.1 Maksud kuasa pemerintahan

    Maksud kuasa pemerintahan ialah Kuasa pemerintahan dibahagikan kepada tiga cabang iaitu badan

    perundangan atau legislatif, badan pelaksana atau eksekutif dan badankehakiman atau judisiari.

    Ketiga-tiga badan ini harus dipegang oleh pihak yang berasingan untukmengelakkan pembolotan kuasa.

    6.2 Maksud Badan Perundangan atau Legislatif .

    Maksud Badan Perundangan atau Legislatif ialah ! Perundangan merujuk pada undang-undang yang digubal oleh badan

    perundangan yang dipertanggungjawabkan oleh perlembagaan. Fungsi badan perundangan adalah menggubal undang-undang bagi

    menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat. Parlimen ialah badan perundangan yang bertanggungjawab menggubal

    undang-undang di negara kita. Parlimen terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan

    Rakyat.

    6.3 Ciri-ciri Dewan Negara atau Senat

    Ciri-ciri Dewan Negara atau Senat ialah ! Merupakan dewan tertinggi dalam sistem pemerintahan negara kita. Dewan Negara mengandungi 69 orang ahli. Ahli Dewan Negara digelar Senator. Mereka mewakili setiap negeri dan mereka dilantik tanpa melalui

    pertandingan dalam pilihanraya. Seseorang Senator memegang jawatan bagi tempoh tiga tahun. Senator mestilah berumur sekurang-kurangnya 30 tahun. Taraf Senator sama dengan Ahli Parlimen. Mereka boleh dilantik menjadi ahli Jemaah Menteri.

  • 8/10/2019 Contoh 1_Cadangan Skrip Jawapan Open Book Test Kertas 3 Sejarah SPM 2014 PPD Kuala Langat

    10/17

    !"#"$%"$ '" !"#"$ &'()"* + !"# %&'(

    Bengkel Pembinaan Skrip Kertas 3 Sejarah 10 Kuala Langat 201 4

    6.4 Keahlian Dewan Negara

    Keahlian Dewan Negara ialah ! Iaitu 26 orang ahli Dewan Negara dipilih daripada 13 buah negeri iaitu dua

    orang setiap negeri.

    Ahli ini dipilih oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada bukan kalanganahli DUN. Dua orang ahli dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong untuk mewakili Wilayah

    Persekutuan Kuala Lumpur dan seorang lagi mewakili Wilayah PersekutuanLabuan.

    40 ahli pula dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong yang terdiri daripada individuyang telah berjasa dan cemerlang dalam bidang professional.

    Keahlian Dewan Negara dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Ahlinya terdiri daripada individu yang telah memberikan sumbangan

    cemerlang dalam perkhidmatan awam, bidang profesional atau bidangtertentu seperti perniagaan, perusahaan, pertanian, kesenian dan kebajikanatau yang mewakili sesuatu kumpulan minoriti seperti Orang Asli.

    6.5 Ciri-ciri Dewan Rakyat

    Ciri-ciri Dewan Rakyat ialah ! Dewan Rakyat pula merupakan dewan terpenting kerana ahlinya dipilih oleh

    rakyat dalam pilihan raya umum. Dewan Rakyat mengandungi 219 orang ahli yang mewakili semua kawasan

    pilihan raya di seluruh negara. Tempoh jawatan bagi anggota ahli Dewan Rakyat ialah lima tahun. Tugas utama Dewan Rakyat adalah menggubal dan meluluskan undang-

    undang pada peringkat Dewan Rakyat.

    Undang-undang yang dibuat oleh Parlimen dinamai Akta. Undang-undang yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri dinamaiEnakmen kecuali di Sarawak dan Sabah dinamai Ordinan.

    6.6 Proses meluluskan Undang-undang di Parlimen

    Proses meluluskan Undang-undang di Parlimen ialah ! Ianya bermula dengan cadangan oleh pihak kementerian. Seterusnya, penggubalan rang undang-undang oleh Jabatan Peguam

    Negara. Di Dewan Rakyat, pembacaan pertama akan dilakukan iaitu pembacaan tajuk

    rang undang-undang sahaja.

    Diikuti dengan pembacaan kedua dan rang undang-undang ini dibahaskan. Seterusnya, perbincangan secara terperinci tentang rang undang-undang ini

    pada peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat.

    Pembacaan ketiga kemudiannya akan dilakukan di Dewan Rakyat dan rangundang-undang ini dibahaskan sebelum diluluskan untuk dikemukakan keDewan Negara.

    Sekiranya rang undang-undang tersebut diluluskan, pembentangan rangundang-undang akan dibuat di Dewan Negara dan melalui proses yang sama

    seperti di Dewan Rakyat diulangi. .

  • 8/10/2019 Contoh 1_Cadangan Skrip Jawapan Open Book Test Kertas 3 Sejarah SPM 2014 PPD Kuala Langat

    11/17

  • 8/10/2019 Contoh 1_Cadangan Skrip Jawapan Open Book Test Kertas 3 Sejarah SPM 2014 PPD Kuala Langat

    12/17

    !"#"$%"$ '" !"#"$ &'()"* + !"# %&'(

    Bengkel Pembinaan Skrip Kertas 3 Sejarah 12 Kuala Langat 201 4

    Contoh badan berkanun ialah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia(MIDA), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan InstitutPenyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).

    Suruhanjaya telah ditubuhkan di negara kita untuk mengendalikan urusanpelantikan, kenaikan pangkat dan pemantauan disiplin kakitangan

    perkhidmatan awam. Antaranya termasuklah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, SuruhanjayaPerkhidmatan Pendidikan, Suruhanjaya Perkhidmatan Undang-undang danKehakiman, Suruhanjaya Pasukan Polis dan Majlis Angkatan Tentera.

    8. Badan Kehakiman8.1 Ciri-ciri/ Peranan Badan Kehakiman atau Judisiari

    Ciri-ciri/ Peranan Badan Kehakiman atau Judisiari ialah ! Badan Kehakiman mempunyai kuasa mendengar serta menentukan perkara

    sivil dan jenayah. Perkara sivil berkaitan dengan saman biasanya memerlukan afidavit. Perkara jenayah pula melibatkan kanun keseksaan. Badan Kehakiman boleh

    menentukan kesahihan undang-undang yang dibuat oleh badanperundangan dan pihak badan pelaksana.

    Badan Kehakiman juga berkuasa mentafsir Perlembagaan Persekutuan danPerlembagaan Negeri.

    Sistem mahkamah telah diwujudkan oleh Perlembagaan Malaysia untukmelaksanakan tugas kehakiman di negara ini.

    Mahkamah mempunyai kuasa mentafsirkan perlembagaan negara,mentafsirkan undang-undang, mengisytiharkan undang-undang bertulisKerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri

    Mempunyai kuasa mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan tidak sah disisi undang-undang. Mahkamah tidak boleh meminda undang-undang kerana perkara itu

    merupakan kuasa badan perundangan atau Parlimen. Sistem mahkamah di Malaysia disusun mengikut hierarki piramid. Melalui sistem ini, individu atau kumpulan yang tidak berpuas hati dengan

    keputusan perjalanan mahkamah boleh membuat rayuan ke mahkamah yanglebih tinggi.

    Mahkamah terbahagi kepada dua iaitu Mahkamah Rendah dan Mahkamah Atasan.

    Mahkamah Rendah terdiri daripada Mahkamah Majistret dan MahkamahSesyen.

    Mahkamah Atasan pula terdiri daripada Mahkamah Tinggi Malaya,Mahkamah Tinggi Sarawak dan Sabah, Mahkamah Rayuan dan MahkamahPersekutuan.

    Semua hakim dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat PerdanaMenteri.

    Urusan pelantikan, kenaikan pangkat dan pelucutan jawatan terletak dibawah kuasa Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan

    Agong. Seseorang hakim tidak boleh dipecat dengan sewenang-wenangnya tanpa

    sebarang sebab yang munasabah. Hakim tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam politik.

  • 8/10/2019 Contoh 1_Cadangan Skrip Jawapan Open Book Test Kertas 3 Sejarah SPM 2014 PPD Kuala Langat

    13/17

    !"#"$%"$ '" !"#"$ &'()"* + !"# %&'(

    Bengkel Pembinaan Skrip Kertas 3 Sejarah 13 Kuala Langat 201 4

    Tujuannya supaya hakim dilindungi daripada pengaruh politik untukmenjamin keadilan dan kesaksamaan undang-undang.

    Penasihat undang-undang kerajaan ialah Peguam Negara. Peguam Negara akan menjadi Pendakwa Raya atau Peguam Bela bagi

    kerajaan.

    Peguam Negara dibantu oleh Pegawai Perkhidmatan Undang-undang danKehakiman.

    9. Pilihan Raya9.1 Maksud/ Latar Belakang Pilihan Raya

    Maksud/ Latar Belakang Pilihan Raya ialah ! Pilihan raya ialah proses memilih wakil rakyat untuk memerintah sama ada

    pada peringkat negeri atau persekutuan. Pemilihan ini dilakukan secara sulit menggunakan prosedur yang telus dan

    teratur. Pengiraan undi dibuat secara terbuka dan keputusannya direkodkan. Calon yang mendapat undi terbanyak dikira menang. Sistem ini dikenali dengan sistem majoriti mudah. Pilihan raya merupakan ciri penting sistem demokrasi berparlimen di

    Malaysia.

    9.2 Peranan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)

    Peranan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ialah ! Pilihan raya di Malaysia dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Keanggotaannya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding

    dengan Majlis Raja-Raja Melayu.

    Suruhanjaya Pilihan Raya ditubuhkan untuk menjamin pilihan raya yang adildan bebas. Tanpa tekanan parti pemerintah atau pembangkang. Tiga fungsi utama SPR adalah menentukan sempadan bahagian-bahagian

    pilihan raya, menjalankan pendaftaran pemilih dan mengendalikan pilihanraya sama ada pilihan raya umum atau pilihan raya kecil.

    9.3 Tujuan Pilihan Raya

    Tujuan Pilihan Raya ialah ! Pilihan raya umum diadakan untuk memilih ahli Dewan Rakyat dan ahli

    Dewan Undangan Negeri secara serentak di seluruh Semenanjung Malaysia. Di Sarawak dan Sabah pula pilihan raya umum bagi bagi Dewan Rakyat dan

    Dewan Undangan Negeri diadakan secara berasingan. Pilihan raya kecil diadakan apabila berlaku kekosongaan kerusi di mana-

    mana kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. Kekosongan itu berlaku mungkin disebabkan hal-hal tertentu seperti

    kematian, peletakan jawatan dan perlucutan jawatan. Pilihan raya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari bagi Semenanjung

    Malaysia. Pilihan raya kecil mesti diadakan 90 hari bagi Sarawak dan Sabah selepas

    kekosongan itu.

  • 8/10/2019 Contoh 1_Cadangan Skrip Jawapan Open Book Test Kertas 3 Sejarah SPM 2014 PPD Kuala Langat

    14/17

    !"#"$%"$ '" !"#"$ &'()"* + !"# %&'(

    Bengkel Pembinaan Skrip Kertas 3 Sejarah 14 Kuala Langat 201 4

    9.4 Proses Pilihan Raya di Malaysia

    Proses Pilihan Raya di Malaysia ialah ! Penetapan tarikh penamaan calon dan pengundian oleh Suruhanjaya Pilihan

    Raya (SPR).

    Penamaan calon. Penyediaan manifesto oleh parti yang bertanding. Pelancaran kempen pilihan raya. Pengumuman tentang tempat pengundian dan tempat pengiraan undi oleh

    SPR. Pemberian kertas undi yang mengandungi lambang parti calon yang bakal

    dipilih kepada pengundi di tempat pengundian. Pembuangan undi. Pengundi akan memangkah calon pilihannya pada kertas undi dan

    memasukkan kertas tersebut ke dalam peti undi. Pengiraan undi. Pengumuman keputusan pilihan raya oleh Pegawai Pilihan Raya.

    9.5 Kelayakan/Syarat Calon Pilihan Raya

    Kelayakan/Syarat Calon Pilihan Raya ialah ! Warganegara Malaysia bebas memilih dan menganggotai mana-mana parti

    politik yang mereka gemari. Mereka boleh menjadi calon dan bebas untuk bertanding dalam pilihan raya. Seseorang yang ingin menjadi calon dalam pilihan raya mestilah

    warganegara Malaysia, berumur 21 tahun, bermastautin di Malaysia,sempurna akal, bukan orang yang muflis, tidak memegang jawatan dalamperkhidmatan awam dan tidak disabitkan dengan sesuatu kesalahan oleh

    mahkamah. Seseorang warganegara akan hilang kelayakannya sebagai ahli Parlimen

    atau ahli Dewan Undangan Negeri jika dihukum penjara tidak kurangdaripada 12 bulan atau didenda tidak kurang daripada RM2000 dan belummendapat pengampunan.

    Calon-calon dalam sesuatu pilihan raya boleh bertanding atas nama partiatau atas nama individu sebagai calon bebas.

    Mereka harus mengemukakan kertas penamaan calon pada hari penamaancalon.

    9.6 Kelayakan/ Syarat Pengundi

    Kelayakan/ Syarat Pengundi ialah ! Seseorang pengundi yang berkelayakan boleh mengundi jika namanya

    didaftarkan dalam Senarai Daftar Pemilih. Menuruf perkara 119 Perlembagaan Malaysia, seseorang warganegara yang

    berumur 21 tahun, bermastautin atau tidak bermastautin, tinggal di mana-mana kawasan pilihanraya Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negerimengundi dalam pilihanraya tersebut.

    Seseorang pengundi hanya boleh mengundi dalam sebuah kawasanpilihanraya sahaja.

    Perlembagaan membenarkan anggota pasukan keselamatan, pelajar di luarnegara dan pegawai kerajaan yang bertugas di luar negara mengundi melalui

    pos dengan syarat nama mereka terdaftar sebagai pengundi.

  • 8/10/2019 Contoh 1_Cadangan Skrip Jawapan Open Book Test Kertas 3 Sejarah SPM 2014 PPD Kuala Langat

    15/17

  • 8/10/2019 Contoh 1_Cadangan Skrip Jawapan Open Book Test Kertas 3 Sejarah SPM 2014 PPD Kuala Langat

    16/17

    !"#"$%"$ '" !"#"$ &'()"* + !"# %&'(

    Bengkel Pembinaan Skrip Kertas 3 Sejarah 16 Kuala Langat 201 4

    Malayan Indian Congress (MIC) ditubuhkan pada bulan Ogos 1946 dan Yangdi-Pertuanya ialah John Thivy. Antara tujuan parti ini ialah menjagakepentingan orang India di Tanah Melayu dan memperjuangkan kemajuanpolitik bersama-sama kaum lain

    Majlis Tindakan Bersama Tanah Melayu atau All Malayan Council of Joint Action (AMCJA), ditubuhkan oleh beberapa persatuan bukan Melayu padabulan September 1946. Pengerusinya ialah Tan Cheng Lock dansetiausahanya ialah John Eber. Tujuan penubuhannya ialah menentangPerlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, menyatukan Singapura denganTanah Melayu dan menuntut kewarganegaraan yang sama.

    Hizbul Muslimin, merupakan pertubuhan politik yang pertama antara tahun1948 hingga awal tahun 1950an. Hizbul Muslimin bermaksud PertubuhanKaum Muslimin.Pertubuhan ini diasaskan oleh Haji Abu Bakar al-Baqir.Perjuangan Hizbul Muslimin kemudian disambung oleh Parti Islam Se-tanahMelayu (PAS). Tujuan penubuhannya ialah menubuhkan sebuah kerajaan

    Islam di Tanah Melayu yang merdeka.

    Malayan Chinese Association (MCA), ditubuhkan pada tahun 1949. Antarapengasasnya ialah Tan Cheng Lock, Yong Shock Lin, Kolonel Lee Hou Shik(H.S. Lee) dan Leong Yew Koh. Tujuan penubuhan parti ini ialah menjagakepentingan politik kaum Cina di Tanah Melayu dan bekerjasama menentangkeganasan komunis di Tanah Melayu.

    Parti Kemerdekaan Tanah Melayu atau Independence Malaya Party (IMP),diasaskan oleh Dato Onn Jaafar pada bulan Sepetember 1951. Iamerupakan parti berbilang bangsa. Parti ini tidak mendapat sambutan.Tujuan penubuhan parti ini adalah menuntut pilihan raya diadakan padatahun 1955 dan mahukan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun1961.

    Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS), ditubuhkan pada 24 November 1951 diKepala Batas, Seberang Perai. Diasaskan oleh Haji Ahmad Fuad bin Hassan.Tujuan penubuhan parti ini pula ialah untuk menubuhkan sebuah negaraIslam di Tanah Melayu dan menjadikan Islam agama rasmi negara.

    Parti Buruh Se-Tanah Melayu, ditubuhkan pada tahun 1952 dan Presidenpertamanya ialah Mohamad Sopiee Ibrahim. Tujuan penubuhannya ialahmenentang keganasan komunis dan merancang kemerdekaan Tanah

    Melayu. Parti Negara, diasaskan oleh Dato Onn bin Jaafar pada bulan Februari

    1954. Parti ini menekankan kepentingan orang Melayu kerana Dato OnnJaafar ingin mendapatkan sokongan semula masyarakat Melayuterhadapnya. Tujuan penubuhan parti ini ialah mendapat kemerdekaanTanah Melayu dalam tempoh lima tahun dan memperjuangkan bahasaMelayu sebagai bahasa Kebangsaan.

  • 8/10/2019 Contoh 1_Cadangan Skrip Jawapan Open Book Test Kertas 3 Sejarah SPM 2014 PPD Kuala Langat

    17/17

    !"#"$%"$ '" !"#"$ &'()"* + !"# %&'(

    11. Negara Persekutuan11.1 Maksud/Konsep Negara Persekutuan

    Maksud/Konsep Negara Persekutuan ialah ! Persekutuan bermaksud penyatuan beberapa buah negeri yang mempunyai

    sebuah Kerajaan Persekutuan serta beberapa buah Kerajaan Negeri. Kedua-dua kerajaan ini menjalankan tugas berdasarkan kuasa yangdiperuntukkan dalam Pelembagaan Malaysia.

    11.2 Bidang kuasa/ Tanggungjawab/ Peranan Pentadbiran Malaysia

    Bidang kuasa/ Tanggungjawab/ Peranan Pentadbiran Malaysia ialah ! Pengagihan kuasa pentadbiran Malaysia dapat dibahagikan kepada Senarai

    Persekutuan, Senarai Negeri dan senarai Bersama. Senarai Persekutuan memuatkan bidang kuasa Persekutuan, iaitu Kerajaan

    Persekutuan mempunyai kuasa terhadapnya. Antara bidang kuasa Persekutuan ialah hal ehwal luar negeri (hubungan

    luar), pertahanan dan keselamatan dalam negeri. Selain itu, bidang kuasa lain ialah pentadbiran dan keadilan, kerakyatan

    negara dan pilihan raya negara. Kerajaan Persekutuan juga berkuasa dalam bidang kewangan, perniagaan,

    perdagangan dan perusahaan. Persekutuan juga berkuasa dalam bidang perkapalan, pelayaran dan

    pengangkutan. Selain itu, Jabatan Ukur, penyelidikan, Kerja raya dan tenaga pusat juga

    terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. Pelajaran, Kesihatan, orang asli, keselamatan buruh dan social turut terletak

    di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.

    Senarai Negeri mengandungi bidang kuasa yang diperuntukan kepadanegeri, iaitu Kerajaan Negeri sahaja mempunyai kuasa terhadapnya. Anatara bidang kuasa Negeri ialah undang-undang Islam, Tanah dan

    pertanian dan perhutanan. Selain itu, bidang kuasa lain negeri ialah kerajaan tempatan dan

    perkhidmatan tempatan . Kerajaan negeri, hari cuti negeri dan undang-undang negeri turut terletak di

    bawah bidang kuasa kerajaan Negeri. Senarai Bersama pula menurunkan bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan

    Kerajaan Negeri. Antara bidang kuasanya ialah kebajikan social, biasiswa dan Taman Negara. Perancangan Bandar dan wilayah juga turut diletakkan di bawah senarai

    bersama. Bidang lain yang diletakkan di bawah senarai bersama ialah penjagaan

    haiwan, kesihatan dan kebersihan awam dan parit dan tali air. Selain itu, pemulihan, hiburan awam dan perhubungan turut diletakkan di

    bawah Senarai Bersama.