skp kebangkitan bermatlamat

2
Abstrak Sebuah program motivasi berbentuk ceramah, aktiviti mudah dan tayangan beberapa video motivasi yang dibangunkan khas untuk para pelajar tahap 2 sekolah rendah dan semua tingkatan sekolah menengah. Program ini disediakan khusus untuk para pelajar ‘kelas belakang’ yang memerlukan perhatian dan motivasi pembangunan yang lebih untuk bangkit menjadi pelajar yang berjaya di dalam peperiksaan dan menjadi seorang remaja yang mempunyai matlamat di dalam kehidupan. Program ini juga dibangunkan untuk membantu para guru yang menghadapi pelbagai cabaran untuk membantu para pelajar ‘kelas belakang’ mengenal potensi diri sebenar mereka. Mengapa Program Ini Diperlukan Oleh Para Pelajar ‘Kelas Belakang’? Para pelajar ‘kelas belakang’ kebanyakannya terdiri daripada para pelajar yang bermasalah. Mereka datang dari latarbelakang keluarga yang pelbagai. Mereka menghadapi cabaran dalam pelajaran mereka kerana ada yang tidak secemerlang para pelajar kelas hadapan. Mereka perlukan ‘booster’ yang lebih hebat untuk melonjakkan diri mereka di dalam pelajaran. Justeru, mereka perlu sentiasa bermotivasi dari dalam diri secara jujur untuk menjamin kecemerlangan di dalam pelajaran dan kehidupan. Para pelajar ‘kelas belakang’ perlu bangkit daripada cabaran-cabaran kehidupan di luar sekolah yang mereka sedang pikul. Pembinaan matlamat merupakan satu senjata yang amat penting untuk setiap pelajar ‘kelas belakang’ demi memastikan mereka ‘ada sebab’ untuk meningkatkan estim diri masing-masing. Para pelajar ‘kelas belakang’ juga mesti mempunyai keinginan untuk cemerlang, malahan perlu tahu definisi kecemerlangan, keperluan untuk cemerlang dan manfaat yang mereka bakal perolehi daripada kecemerlangan. Di dalam program ini juga, pembimbing motivasi akan mula memperkenalkan kepada para pelajar ‘kelas belakang’ akan kit-kit pelajar cemerlang agar mereka tahu untuk mengemudi masa depan mereka. Metod Pembelajaran Di dalam program motivasi ini, para pelajar akan didedahkan dengan pelbagai input berdasarkan kaedah ceramah motivasi dan para pelajar boleh membuat catatan nota berdasarkan ceramah yang disertakan dengan tayangan slaid di hadapan pentas. Sedikit aktiviti mudah juga dijalankan bagi memudahkan pemahaman ilmu kehidupan yang disua kepada mereka manakala tayangan beberapa video motivasi yang akan menaikkan semangat para pelajar. ‘Jeritan kata-kata semangat’ adalah salah satu aktiviti mudah yang menambahkan motivasi para pelajar untuk memahami peranan mereka selaku seorang pelajar dan juga seorang remaja. Keperluan/Penyediaan Peralatan Motivator akan memerlukan projektor LCD, mikrofon dan kotak pembesar suara yang mungkin telah sedia ada di dalam dewan sekolah. Motivator akan membawa komputer bimbit untuk tujuan penayangan slaid dan video. Pelaburan Sekolah Pelaburan sekolah hanyalah RM400 termasuk perbatuan (mileage) untuk sekolah di seluruh Kuala Lumpur, atau RM450 termasuk perbatuan (mileage) untuk sekolah di seluruh Selangor yang berjarak 50 km dari Setiawangsa, atau RM550 termasuk perbatuan dan penginapan untuk sekolah di seluruh Semenanjung Malaysia. Untuk program di Sabah dan Sarawak, pelaburan oleh pihak sekolah boleh dibincangkan meliputi tiket penerbangan dan penginapan. SKP : Kebangkitan Bermatlamat

Upload: hamirudin-hamidi

Post on 23-Jun-2015

37 views

Category:

Education


0 download

DESCRIPTION

Ringkasan modul SKP : Kebangkitan Bermatlamat. Sebuah program motivasi pembangunan untuk rujukan para guru bimbingan dan kaunseling. Program yang direka khas untuk para pelajar 'kelas belakang' untuk bangkit kembali menjadi pelajar yang cemerlang! Untuk maklumat lanjut, hubungi Motivator Amir di 019 2994388 sekarang!

TRANSCRIPT

Page 1: SKP Kebangkitan Bermatlamat

Abstrak

Sebuah program motivasi berbentuk ceramah, aktiviti mudah dan tayangan beberapa video motivasi yang

dibangunkan khas untuk para pelajar tahap 2 sekolah rendah dan semua tingkatan sekolah menengah.

Program ini disediakan khusus untuk para pelajar ‘kelas belakang’ yang memerlukan perhatian dan

motivasi pembangunan yang lebih untuk bangkit menjadi pelajar yang berjaya di dalam peperiksaan dan

menjadi seorang remaja yang mempunyai matlamat di dalam kehidupan. Program ini juga dibangunkan

untuk membantu para guru yang menghadapi pelbagai cabaran untuk membantu para pelajar ‘kelas

belakang’ mengenal potensi diri sebenar mereka.

Mengapa Program Ini Diperlukan Oleh Para Pelajar ‘Kelas Belakang’?

Para pelajar ‘kelas belakang’ kebanyakannya terdiri daripada para pelajar yang bermasalah. Mereka

datang dari latarbelakang keluarga yang pelbagai. Mereka menghadapi cabaran dalam pelajaran mereka

kerana ada yang tidak secemerlang para pelajar kelas hadapan. Mereka perlukan ‘booster’ yang lebih

hebat untuk melonjakkan diri mereka di dalam pelajaran. Justeru, mereka perlu sentiasa bermotivasi dari

dalam diri secara jujur untuk menjamin kecemerlangan di dalam pelajaran dan kehidupan. Para pelajar

‘kelas belakang’ perlu bangkit daripada cabaran-cabaran kehidupan di luar sekolah yang mereka sedang

pikul. Pembinaan matlamat merupakan satu senjata yang amat penting untuk setiap pelajar ‘kelas

belakang’ demi memastikan mereka ‘ada sebab’ untuk meningkatkan estim diri masing-masing. Para

pelajar ‘kelas belakang’ juga mesti mempunyai keinginan untuk cemerlang, malahan perlu tahu definisi

kecemerlangan, keperluan untuk cemerlang dan manfaat yang mereka bakal perolehi daripada

kecemerlangan. Di dalam program ini juga, pembimbing motivasi akan mula memperkenalkan kepada

para pelajar ‘kelas belakang’ akan kit-kit pelajar cemerlang agar mereka tahu untuk mengemudi masa

depan mereka.

Metod Pembelajaran

Di dalam program motivasi ini, para pelajar akan didedahkan dengan pelbagai input berdasarkan kaedah

ceramah motivasi dan para pelajar boleh membuat catatan nota berdasarkan ceramah yang disertakan

dengan tayangan slaid di hadapan pentas. Sedikit aktiviti mudah juga dijalankan bagi memudahkan

pemahaman ilmu kehidupan yang disua kepada mereka manakala tayangan beberapa video motivasi

yang akan menaikkan semangat para pelajar. ‘Jeritan kata-kata semangat’ adalah salah satu aktiviti mudah

yang menambahkan motivasi para pelajar untuk memahami peranan mereka selaku seorang pelajar dan

juga seorang remaja.

Keperluan/Penyediaan Peralatan

Motivator akan memerlukan projektor LCD, mikrofon dan kotak pembesar suara yang mungkin telah sedia

ada di dalam dewan sekolah. Motivator akan membawa komputer bimbit untuk tujuan penayangan slaid

dan video.

Pelaburan Sekolah

Pelaburan sekolah hanyalah RM400 termasuk perbatuan (mileage) untuk sekolah di seluruh Kuala

Lumpur, atau RM450 termasuk perbatuan (mileage) untuk sekolah di seluruh Selangor yang berjarak 50

km dari Setiawangsa, atau RM550 termasuk perbatuan dan penginapan untuk sekolah di seluruh

Semenanjung Malaysia. Untuk program di Sabah dan Sarawak, pelaburan oleh pihak sekolah boleh

dibincangkan meliputi tiket penerbangan dan penginapan.

SKP : Kebangkitan Bermatlamat

Page 2: SKP Kebangkitan Bermatlamat

Kenali Motivator Anda!

Hamirudin Hamidi dilahirkan pada petang tanggal 10

Januari 1977 di Hospital Kuala Lumpur. Beliau mendapat

pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Taman

Selayang 1 sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat

menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Maxwell,

Kuala Lumpur sehingga tamat tingkatan enam atas pada

tahun 1996. Beliau melangkah ke pengajian tinggi di

Universiti Teknologi MARA, Shah Alam dan dianugerahi

Ijazah Sarjana Muda (Sains) Pengajian Maklumat (Kepujian) pada tahun 2001.

Beliau memulakan karier sebagai Pustakawan di sebuah kolej terkenal di Petaling Jaya pada tahun 2001 dan pernah

menjawat jawatan sebagai Ketua Pustakawan di beberapa buah perpustakaan akademik dan perpustakaan khusus.

Beliau juga pernah menjadi Pegawai Latihan di sebuah bank Islam terkemuka di Kuala Lumpur.

Beliau telah menerbitkan dua buah buku motivasi yang bertajuk 'Siapa Kita 10 Tahun Lagi? (2011) dan Survival Kit

Pelajar Menengah (2013). Beliau kini adalah pengasas Amir Hamidi Consultant dan bertindak sebagai Pembimbing

Motivasi dan Konsultan untuk program-program di peringkat sekolah dan organisasi.