skema percubaan sejarah penggal 1 2013

17

Click here to load reader

Upload: saiful-maslul

Post on 29-Nov-2015

140 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

percubaan kuantan

TRANSCRIPT

Page 1: Skema Percubaan Sejarah Penggal 1 2013

SKEMA JAWAPAN PERCUBAAN SEJARAH PENGGAL 1 2013

1

1. Bincangkan ciri-ciri masyarakat maritim di Portugal pada abad ke16 hingga abad

ke 17.

Pengenalan

Masyarakat maritim bermaksud masyarakat yang memberikan tumpuan utama terhadap

perdagangan dan kegiatan yang berkaitan dengan laut. Masyarakat ini mempunyai

pelabuhan-pelabuhan sebagai tempat untuk menjalankan kegiatan perdagangan atau kegiatan

kelautan yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti bekalan air, tempat tinggal,

tempat menyimpan barang dan kawasan untuk berjual beli. Masyarakat maritim merupakan

masyarakat yang tinggal di pesisir pantai, kepulauan dan di lembah sungai bagi memudahkan

mereka menjalankan aktiviti perdagangan, membuat kapal, menangkap ikan dan mengutip

hasil laut.

Semasa pemerintahan Putera Henry (Henry The Navigator), kerajaan Portugal telah menjadi

kuasa maritim yang terunggul di Eropah pada abad ke-15. Putera Henry bersungguh-sungguh

mempromosi kegiatan penjelajahan melalui penubuhan Akademi Laut di Sagres. Melalui

akademi ini beliau telah mengundang ahli pelayaran, pakar matematik, kartografi dan

astronomi dari luar negara untuk memberi tunjuk ajar kepada pelaut Portugal. Usaha Putera

Henry ini telah memunculkan ramai kelasi atau pelayar Portugal telah menjelajah ke selatan

sehingga ke Cape Verde di sebelah pantai barat benua Afrika.

Isi-isi

Ciri-Ciri Masyarakat Maritim Portugal

1. Lokasi di pesisiran pantai

Portugal merupakan kerajaan pertama di Eropah mula menjalankan penerokaan tanah baru

yang serius melalui aktiviti pelayaran ke dunia luar. Hal ini berlaku kerana Portugal

mempunyai geografi tempatan di Lautan Atlantik, mempunyai pantai yang panjang dan

memiliki pelabuhan yang baik seperti Lisbon. Selain daripada itu, Portugal tidak menghadapi

persaingan dengan negara-negara Eropah yang lain seperti Sepanyol yang masih belum teguh

dan bersatu padu, Itali pula masih tidak bersatu, Belanda menghadapi masalah dalam negara,

manakala negara England dan Perancis terlibat dalam Perang 100 Tahun. Keadaan ini telah

memberi peluang kepada Portugal untuk muncul sebagai negara maritim yang terunggul

ketika itu.

2. Terdapat pelabuhan pembekal

Portugal mempunyai pelabuhan yang menjadi tumpuan pedagang-pedagang Eropah iaitu

pelabuhan Lisbon dan Antwerp. Portugal menjadikan pelabuhan-pelabuhan ini sebagai pusat

pengeksportan dan pengeluaran barangan dagangan Portugal. Dalam masa 30 tahun, Portugal

berjaya menembusi pasaran rempah-ratus yang dikuasai oleh pedagang Venice di Itali.

Portugal berhasrat untuk menguasai perdagangan rempah kerana pada abad ke-15, pedagang

Islam telah menjual barangan dari Timur kepada pedagang di Venice dengan harga yang

tinggi. Pedagang di Venice pula bertindak sebagai orang tengah pula telah menjual barangan

tersebut kepada pedagang Eropah yang lain dengan harga yang lebih tinggi. Oleh itu, dengan

menguasai jalan perdagangan di Lautan Hindi akan membawa kepada penguasaan

Page 2: Skema Percubaan Sejarah Penggal 1 2013

SKEMA JAWAPAN PERCUBAAN SEJARAH PENGGAL 1 2013

2

perdagangan rempah-ratus dan boleh mengambil alih peranan pedagang Venice sebagai

orang tengah.

3. Memiliki pelabuhan entrepot

Menjelang abad ke-16, kapal-kapal Portugal sentiasa belayar ke Timur Jauh menggunakan

Tanjung Pengharapan dan membawa pulang rempah-ratus, lada hitam, sutera dan batu

permata. Mereka juga berjaya membawa hasil hutan seperti kayu kayan dan bahan pencelup

dari Brazil. Portugal juga telah membuka ladang tebu, menjalankan penanaman tembakau,

menternak lembu dan kuda untuk diperdagangkan. Ini semua telah memberikan keuntungan

kepada masyarakat Portugal. Pelabuhan Lisbon juga telah menjadi pusat agihan rempah-ratus

kepada pedagang-pedagang Eropah yang lain bagi menggantikan pelabuhan Venice di Itali.

4. Mampu membuat perahu dan kapal layar

Masyarakat maritim Portugal mempunyai teknologi membuat kapal walaupun kapal yang

dibina lebih kecil daripada kapal buatan China. Kapal orang Portugal yang dibina mempunyai

dasar yang lebih dalam dan badan kapal yang agak bulat sesuai untuk perjalanan di Lautan

Atlantik.

5. Mempunyai kemahiran dalam ilmu pelayaran dan mencari jalan ke Timur.

Masyarakat maritim Portugal mempunyai kemahiran dalam ilmu pelayaran hasil usaha Putera

Henry. Beliau mahu orang Portugal mahir dalam bidang pelayaran untuk menguasai

kekayaan di Afrika. Tujuan lain ialah mencari Prester John yang menjadi raja sebuah

kerajaan Kristian di Afrika bagi mendapatkan bantuannya untuk menguasai kerajaan Islam di

Maghribi.

Usaha Putera Henry ini telah berjaya melahirkan ramai pelayar Portugal seperti Bartholomew

Diaz, Vasco da Gama dan Alfonso de Albuquerque. Mereka telah berjaya menjelajah ke

selatan sehingga ke Cape Verde di sebelah pantai Barat benua Afrika. Bartholomew Diaz

telah belayar dan sampai ke Cape of Good Hope iaitu bahagian paling selatan di Afrika pada

tahun 1487. Vasco da Gama pula berjaya mengelilingi Tanjung Pengharapan pada tahun

1497 dan seterusnya telah sampai di Malindi (1487) dan seterusnya beliau telah belayar ke

Kalikat (1499). Selepas itu beliau telah kembali ke Lisbon dengan membawa penuh muatan

barangan daripada Timur.

Pada tahun 1511, Lopez de Sequeire telah berjaya menguasai Melaka dan ini membolehkan

Portugal menguasai jalan perdagangan di Lautan Hindi. Pada tahun 1542, orang Portugal

berjaya memasuki negara Jepun melalui pelabuhan Kyushu. Pada tahun 1570, satu perjanjian

telah ditandatangani antara pedagang Portugal dengan Shogun Ashikaga iaitu mereka

dibenarkan berdagang di pelabuhan Nagasaki. Seterusnya pedagang Portugal telah sampai ke

pelabuhan Canton di China pada tahun 1517.

Page 3: Skema Percubaan Sejarah Penggal 1 2013

SKEMA JAWAPAN PERCUBAAN SEJARAH PENGGAL 1 2013

3

6. Kemajuan Teknologi Pelayaran.

Masyarakat maritim Portugal juga mempunyai teknologi pelayaran yang diambil daripada

negara lain seperti penemuan baru seperti peta Benua Eropah (kartografi), kompas magnetik,

reka bentuk kapal, memiliki teknologi senapang dan meriam, dan astrolab.

Pelayar Portugal mempunyai catatan wilayah baru di atas peta dan seni catatan peta yang

tepat dalam peta gaya baru. Mereka juga mempunyai teknologi kompas yang diambil

daripada orang Cina. Kompas ini menunjukkan utara iaitu satu petunjuk penting bagi kapal-

kapal yang belayar dari timur ke barat. Orang Portugal juga mempunyai teknologi membina

kapal yang baik sesuai untuk belayar di Lautan Atlantik dan memiliki astrolab hasil ciptaan

orang Arab yang membenarkan seorang kapten kapal laut mengagak kedudukan kapal

mereka sejauh mana dari garisan Khatulistiwa. Masyarakat maritim Portugal juga memiliki

teknologi senjata api seperti senapang dan meriam. Mereka menggunakan bahan letupan

daripada China dan kemudian diubah suai dengan ciptaan senjata api mereka. Senjata api

digunakan semasa pelayaran untuk menakutkan dan mengalahkan musuh-musuh yang

ditentang.

Kesimpulan

Masyarakat Portugal berjaya membina sebuah empayar perdagangan serta menguasai jalan

perdagangan di Lautan Hindi selama lebih daripada satu kurun. Masyarakat Portugal berjaya

menjadi perintis dan meluaskan kekuasaan kerana tidak perlu bersaing dengan pihak lain di

Eropah pada masa tersebut .Pusat perdagangan hanya didirikan di kawasan pantai sahaja

bukannya kawasan pedalaman.

Page 4: Skema Percubaan Sejarah Penggal 1 2013

SKEMA JAWAPAN PERCUBAAN SEJARAH PENGGAL 1 2013

4

2. Jelaskan sistem pemerintahan persekutuan yang diamalkan di Amerika Syarikat.

Pengenalan

1. Persekutuan berasal daripada perkataan Greek iaitu foedus yang membawa maksud

perjanjian. Persekutuan merupakan gabungan beberapa wilayah atau negeri di bawah satu

perlembagaan pusat.

2. Sistem persekutuan adalah satu sistem pemerintahan yang mengandungi 2 kerajaan iaitu

kerajaan pusat dan negeri yang mempunyai bidang kuasa masing-masing dalam perkara

tertentu.

3. Walaupun negeri-negeri ini berada di bawah pemerintahan pusat, negeri-negeri ini diberi

kebebasan untuk mengubal undang-undang sendiri berdasarkan kepada adat dan budaya

tempatan.

4. Amerika Syarikat merupakan kerajaan persekutuan yang dibentuk daripada 13 buah negeri

yang pernah menjadi koloni Britian, kemudian menjelang akhir abad ke-19 telah menjadi 50

buah negeri. Pusat pemerintahannya terletak di Washington dan Presiden sebagai ketua

kerajaan.

Isi-isi:

Perkembangan Sejarah Amerika Syarikat

1. Sebelum tertubuhnya kerajaan persekutuan Amerika, orang Eropah berlumba-lumba untuk

meneroka dan membuat penempatan di benua Amerika seperti orang Sepanyol, Portugis,

Perancis, Belanda dan British.

2. John Cabot merupakan orang pertama meneroka di Amerika pada tahun 1497, diikuti oleh

Sir Humphrey Gilbert (1583) dan Sir Walter Raleigh (1584). Kesemua usaha mereka

menemui kegagalan kerana mendapat tentangan kaum peribumi Red Indian dan kawasan

tersebut tidak sesuai untuk pertanian.

3. Pada tahun 1607, Kapt. John Smith membuka koloni di Virginia dan berjaya memajukannya

kerana memiliki kubu-kubu pertahanan di Jamestown dan wujudnya hubungan baik dengan

puak Red Indian. Ini telah mendorong lebih ramai orang British berhijrah ke Amerika untuk

memulakan kehidupan baru ekoran kerajaan Britian mengenakan cukai yang tinggi kepada

mereka dan masalah agama terutama daripada golongan puritan.

4. Pada tahun 1620, golongan puritan telah mendarat di New Plymouth dan telah mendapat

bantuan orang Red Indian untuk menanam jagung. Pada tahun 1621, mereka telah

menganjurkan ‟Kenduri Kesyukuran” kerana mendapat hasil jagung yang banyak sebagai

tanda berterima kasih kepada tuhan.

5. Kedatangan orang British semakin bertambah di Amerika dengan membentuk 13 koloni iaitu

telah membuka penempatan koloni di Virginia (1607), Massachusetts dan New Hampshire

(1630), Maryland (1634), Connecticut dan Rhode Island (1636), Delaware (1638), Carolina

Page 5: Skema Percubaan Sejarah Penggal 1 2013

SKEMA JAWAPAN PERCUBAAN SEJARAH PENGGAL 1 2013

5

Utara (1653), Carolina selatan (1663), New Jersey (1664), New York (1664), Pennsylvania

(1681) dan Georgia (1732).

6. Pada abad ke-18, Britian dan Perancis mempunyai koloni di Amerika Utara. Pada tahun

1756, telah tercetus Perang Tujuh Tahun (1756-1763) antara Britian dengan Perancis di

Eropah. Dalam perang ini Perancis telah kalah dan perang ini ditamatkan melalui Perjanjian

Paris. Oleh kerana perang ini melibatkan belanja yang besar, Britian mendesak koloni di

Amerika membiayai sebahagian perbelanjaan perang tetapi mendapat bantahan penduduk

koloni.

7. Raja George III tidak menghiraukan bantahan ini, sebaliknya memperkenalkan 4 akta bagi

mengutip cukai di koloni seperti akta pelayaran, gula, setem dan teh. Penduduk tetap

membantah dengan melaungkan slogan ‟tiada cukai tanpa perwakilan” dan ini telah

membimbangkan Britian. Britian telah menarik balik kesemua akta kecuali akta teh.

8. Melalui Akta Teh, hanya SHTI sahaja boleh menjual teh kepada penduduk di koloni-koloni

tanpa membayar cukai dan penduduk koloni tidak boleh mengimport teh. Hal ini

menimbulkan kemarahan penduduk di koloni. Pada tahun 1773, beberapa orang penduduk

koloni menaiki kapal SHTI dan membuang kotak-kotak teh ke laut. Peristiwa ini dikenali

sebagai Peristiwa Pembuangan Teh Boston dan ekoran daripada peristiwa ini pelabuhan

Boston telah ditutup pada tahun 1774.

9. Tindakan Britian ini telah menyebabkan penduduk di koloni bangkit memperjuangkan

kemerdekaan mereka daripada Britian. Pada Sept. 1774, pemimpin 13 koloni telah bertemu di

Philadelphia dan bersetuju menubuhkan sebuah Kongres (Parlimen Bersatu). George

Washington telah dilantik sebagai pemimpin tentera koloni-koloni Amerika dan

mengisytiharkan perang terhadap Britian pada tahun 1775.

10. Pertempuran telah berlaku di Lexington pada April 1776. Pada Julai 1776, kongres yang

bersidang di Philadelphia telah meluluskan Pengisytiharan Kemerdekaan Amerika yang

ditulis oleh Thomas Jefferson. Melalui pengisytiharan ini, 13 koloni telah digabungkan

menjadi Amerika Syarikat yang merdeka.

11. Kekalahan demi kekalahan yang dialami oleh tentera Britian seperti di Saratoge (1777) dan

Yorktown (1781). Pada tahun 1783, perang telah ditamatkan melalui Perjanjian Versailles

iaitu Britian mengakui kemerdekaan Amerika Syarikat dan menyerahkan kesemua 13 tanah

jajahannya.

Penggubalan Perlembagaan Amerika Syarikat.

1. Pada tahun 1787, perwakilan daripada semua negeri telah bertemu di Philadelphia untuk

merangka perlembagaan seperti Benjamin Franklin, George Washington, John Adams,

Alexander Hamilton, James Madison dan George Mason.

2. Di bawah perlembagaan ini:

a. Sebuah kerajaan persekutuan akan diwujudkan

b. Kerajaan pusat menguasai perkara-perkara penting seperti dasar luar negeri, pertahanan,

cukai dan mata wang.

c. Hal-hal tempatan terletak di bawah bidang kuasa negeri masing-masing

Page 6: Skema Percubaan Sejarah Penggal 1 2013

SKEMA JAWAPAN PERCUBAAN SEJARAH PENGGAL 1 2013

6

d. Pentadbiran kerajaan akan dibahagi kepada eksekutif, perundangan dan kehakiman.

i. Badan Eksekutif diketuai oleh Presiden, untuk tempoh empat tahun. Undang-undang

yang diluluskan oleh Kongres mesti ditandatangani oleh Presiden. Presiden merupakan

Ketua Turus Angkatan Tentera.

ii. Badan perundangan dikenali sebagai Kongres yang mengandungi Dewan Rakyat dan

Dewan Senat. Kedua-dua ahli dewan dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya.

iii. Badan kehakiman terdiri daripada Mahkamah Tinggi dan mahkamah-mahkamah lain.

Mahkamah boleh mengambil tindakan ke atas Presiden sekiranya beliau melanggar

perlembagaan.

3. Pilihanraya pertama Amerika Syarikat telah diadakan pada 4 Nov. 1789 dan George

Washington telah dilantik menjadi Presiden Amerika Syarikat yang pertama.

4. George Washington bertindak untuk mewujudkan perpaduan antara negeri-negeri

persekutuan dengan dibantu oleh Thomas Jefferson, Henry Knox, Alexander Hamilton dan

John Kay. Antara yang dilakukan oleh Washington ialah memperkenalkan sistem cukai yang

adil dan seragam antara negeri, menyeragamkan penggunaan mata wang, menubuhkan Bank

Nasional pada tahun 1791, dan memindahkan pusat pentadbiran dari Philadelphia ke

Washington.

5. Bangunan Capitol dan White House telah dibina di Washington sebagai lambang perpaduan

dan demokrasi rakyat Amerika Syarikat. Kongres pertama telah diadakan di Capitol pada

tahun 1800.

6. Pada tahun 1812, Perang Inggeris-Amerika telah meletus disebabkan tindakan Britian

memeriksa semua kapal Amerika yang menuju ke Eropah untuk menggelakkan bekalan

sampai ke tangan musuh. Amerika mengumumkan dasar berkecuali dalam Perang Napoleon.

Ini telah menyebabkan Britian menahan dan memeriksa kapal-kapal dagang Amerika dan ini

telah menjejaskan kegiatan perdagangan Amerika.

7. Selepas perang tamat muncul kebimbangan Amerika terhadap aktiviti peluasan kuasa Eropah

dalam hal ehwal Amerika sehingga munculnya ‟doktrin Monroe” yang menekankan konsep

‟Amerika untuk orang Amerika” pada tahun 1823. Doktrin ini diwujudkan bertujuan untuk

menjaga kepentingan negara daripada pencerobohan kuasa luar terutama Eropah. Amerika

juga menegaskan bahawa peperangan akan dilancarkan terhadap mana-mana pihak yang

melanggar doktrin ini.

8. Pada abad ke-19, Amerika telah berkembang daripada 13 buah koloni kepada 50 buah negeri

melalui 3 cara iaitu pembelian, perjanjian dan peperangan. Menjelang tahun 1850-an,

Amerika telah mempunyai sempadan negeri seperti hari ini.

9. Walau bagaimanapun, Amerika mula menampakkan pepecahan antara negeri-negeri utara

dan selatan. Perpecahan ini semakin serius sehingga meletusnya Perang Saudara pada

tahun 1861-1865 antara Kesatuan Amerika Syarikat (Negeri-negeri Utara) dengan Gabungan

Negeri-Negeri Amerika (Negeri-Negeri Selatan). Perang ini meletus disebabkan oleh masalah

hamba abdi, tindakan negeri-negeri selatan menarik diri dari kesatuan Amerika, perbezaan

antara negeri-negeri Utara dengan Selatan dan wujudnya perasaan tidak puas hati terhadap

undang-undang kerajaan pusat.

Page 7: Skema Percubaan Sejarah Penggal 1 2013

SKEMA JAWAPAN PERCUBAAN SEJARAH PENGGAL 1 2013

7

10. Perang ini bermula apabila Fort Sumter telah diserang oleh tentera selatan pada 12 April

1861. Pada September 1862 pula tentera selatan telah mengalami kekalahan di Maryland dan

di Gettysburg pada Julai 1863. Selepas perang tamat, Abraham Lincoln telah memberi

ucapan termasyhur yang dikenali ‟Ucapan Gettysburg” dan berakhir dengan kata-kata

‟...kerajaan daripada rakyat, oleh rakyat, bagi rakyat tidak akan lenyap dari muka

bumi...”.

11. Perang saudara ini telah banyak memberi kesan seperti lebih ½ juta orang Amerika terkorban,

amalan perhambaan dihapuskan di Amerika dan negeri-negeri Utara dan Selatan bersatu

semula.

12. Selepas tamatnya perang, Amerika Syarikat telah membangun sebagai sebuah negara yang

bersatu yang terdiri daripada pelbagai bangsa. Amerika juga mengalami perubahan ekonomi

yang pesat dalam bidang perindustrian, pertanian dan pengangkutan.

Kesimpulan.

Penubuhan kerajaan persekutuan Amerika Syarikat melalui sejarah yang agak panjang.

Kewujudannya bermula daripada penentangan koloni-koloni terhadap dasar pentadbiran

British yang mengenakan cukai dan akta-akta baru ke atas penduduk Amerika. Ia menjurus

kepada perang kemerdekaan dan penubuhan persekutuan Amerika Syarikat.

Page 8: Skema Percubaan Sejarah Penggal 1 2013

SKEMA JAWAPAN PERCUBAAN SEJARAH PENGGAL 1 2013

8

3. Huraikan sistem ekonomi feudalisme yang diamalkan di China pada abad ke-16.

Pengenalan.

1. Sistem ekonomi bermaksud cara atau kaedah dalam menjalankan kegiatan ekonomi yang

terbahagi kepada ekonomi tradisional dan moden (kapitalisme, merkantilisme dan

perdagangan bebas).

2. Sistem ekonomi feudalisme menunjukkan golongan petani bekerja dan menjadi tentera untuk

golongan bangsawan sebagai balasan mereka dibenarkan mengusahakan tanah golongan

bangsawan.

3. Ekonomi feudalisme di China berkait rapat dengan faktor geografi di mana hampir

keseluruhan negara China merupakan kawasan pergunungan dan gurun. Hanya 15% sahaja

tanah di China sesuai untuk kegiatan pertanian, namun mereka mampu menampung

keperluan dalam negara.

4. Pada abad ke-16, sistem ekonomi feudalisme di China adalah dikawal ketat oleh maharaja ke

atas golongan petani dan pedagang asing yang datang berdagang di China. Golongan

bangsawan bertindak sebagai penguasa kawasan dan mengawal aktiviti ekonomi di kawasan

luar bandar.

Isi-isi:

Kegiatan ekonomi feeudalisme di China.

A. Pertanian

1. Kegiatan pertanian merupakan kegiatan utama masyarakat China dan penyumbang utama

dalam ekonomi di zaman Dinasti Ming pada abad ke-16. Kawasan pertanian utama ialah di

kawasan timur laut China dan Mongolia iaitu di dataran loes yang subur sepanjang Sungai

Kuning dan Sungai Yangtze.

2. Tanaman utama ialah tanaman padi sawah yang ditanam di kawasan lembah Sungai

Yangtze, Sungai Kuning dan Selatan China. China turut memperkenalkan penanaman padi

dua musim setahun di atas tanah yang sama iaitu baka padi jenis baharu yang cepat masak di

bawa dari Vietnam Selatan. Padi ini juga tidak memerlukan air yang banyak, oleh itu ia boleh

ditanam di kawasan yang berbukit di China. Masyarakat China di sini menjadikan nasi

sebagai makanan utama mereka.

3. Tanaman lain yang ditanam di Selatan China ialah tanaman kapas, tebu, teh, gandum, barli,

sekoi, millet, oat dan lain-lain bijirin. Tanaman gandum banyak ditanam di Dataran Tinggi

Utara China, Wilayah Shantung, Kansu, Shensi dan Bahagian Utara Anhui dan Hupeh. Millet

pula ditanam di Wilayah Kansu, Shensi dan Shansi.

4. Tanaman kaoliang ditanam secara meluas di Manchuria untuk dijadikan atap rumah,

anyaman alas lantai dan dibuat minyak. Tanaman kapas juga ditanam di utara dan selatan

China dan kapas menjadi bahan utama dalam industri membuat pakaian di China

Page 9: Skema Percubaan Sejarah Penggal 1 2013

SKEMA JAWAPAN PERCUBAAN SEJARAH PENGGAL 1 2013

9

5. Masyarakat China yang tinggal di kawasan tanah tinggi seperti di bahagian utara China iaitu

sekitar Sungai Heilongjiang, mereka telah menanam padi huma, sekoi dan tanaman

kekacang. China turut memperkenalkan tanaman baru seperti jagung India, ubi kentang

manis dan kekacang.

6. Tanaman sayur-sayuran juga ditanam oleh masyarakat China. Mereka akan menanam

sayur-sayuran di sekitar rumah mereka di setiap ruangan tanah kosong. Mereka turut

menanam pokok buluh iaitu rebung buluh untuk dibuat makanan manakala batang buluh

untuk membina bangunan, membuat perabot dan peralatan memasak.

7. Setelah berlaku revolusi dalam bidang pertanian, beberapa kaedah baru dalam pertanian

diperkenalkan seperti memperkenalkan sistem penanaman bergilir, penggunaan baja dan

peralatan pertanian baru seperti tenggala penabur benih, penyisir tanah, penggiling, kereta

sorong beroda dua dan kolar kuda. Revolusi dalam bidang pertanian telah mendorong

peningkatan pengeluaran pertanian dan bertambahnya keluasan kawasan pertanian di akhir

abad ke-16.

8. Penggunaan teknologi pengairan juga telah mendorong perkembangan bidang pertanian di

China seperti terusan, kolam takungan air dan empangan. Kawasan yang jauh dari sumber air

juga sudah boleh ditanam dengan pelbagai tanaman.

9. Pada abad ke-16, China turut mengamalkan ekonomi komersil seperti mengusahakan

tanaman tembakau di wilayah Kwangsi dan Fukein, tanaman kapas di Sungking, Taitsang

dan Tung-chou manakala tanaman mulberi di wilayah Kwangtung.

B. Menternak Binatang

Selain bercucuk tanam, petani China juga turut menjalankan kegiatan menternak binatang

untuk dijadikan sumber makanan dan kegunaan pertanian serta pengangkutan. Antara

binatang yang diternak untuk sumber makanan ialah ayam, itik, kambing, lembu, babi,

kerbau dan sebagainya. Kerbau juga digunakan untuk kegiatan penanaman padi sawah

manakala lembu biasanya untuk menarik kereta lembu. Binatang ini biasanya dipelihara

kawasan yang berdekatan dengan rumah mereka.

C. Industri Kecil

1. Masyarakat China juga turut menjalankan kegiatan industri-industri kecil seperti pengeluaran

barang-barang kertas, sutera, kapas dan porselin. Industri porselin telah berkembang di

China dan telah memberi sumbangan yang besar dalam perbendaharaan negara. Wilayah

Kiangsi merupakan pusat pengeluaran porselin utama China.

2. Wilayah Soochow pula sebagai pusat pengeluaran tekstil dan Sungkiang pula sebagai pusat

utama pengeluaran kapas di China. Perkembangan industri tekstil ini telah menjadikan

tanaman kapas sebagai salah satu tanaman terpenting di abad ke-16.

3. Industri kraf tangan dan tenunan turut menyumbang dalam sektor pertanian dan

pembangunan negara China. Industri mengubah bunga plastik diusahakan di Peiping dan

industri sutera dijalankan di wilayah Shangtung, Hopei dan Manchuria.

Page 10: Skema Percubaan Sejarah Penggal 1 2013

SKEMA JAWAPAN PERCUBAAN SEJARAH PENGGAL 1 2013

10

D. Perdagangan

1. Pada abad ke-16, ekonomi feudalisme China mengutamakan kegiatan pertanian sebagai

sumber utama. Dengan itu, ekonomi perdagangan berada di lapisan paling bawah dan

pekerjaan berdagang merupakan pekerjaan yang hina di China. Walau bagaimanapun

kegiatan perdagangan tetap berjalan lancar dengan wujudnya sistem pengangkutan yang baik.

2. Sungai-sungai di China telah dijadikan jalan perhubungan yang utama untuk menjalankan

kegiatan perdagangan seperti Sungai Yangtze yang boleh dimudiki kapal sejauh seribu batu

dari muaranya. Sungai-sungai barat membolehkan perdagangan dijalankan di selatan China

dan Sungai Peiho serta Sungai Kuning telah memudahkan perhubungan timur dan barat di

sebelah utara China.

3. Sistem jalan air seperti pembinaan Terusan Besar dari Peking di sebelah utara ke Hangchow,

selatan Sungai Yangtze. Terusan-terusan kecil juga dibina di bahagian tengah dan selatan

China untuk memudahkan membawa barang dari satu kawasan ke kawasan yang lain.

4. Pada abad ke-16, maharaja telah membenarkan pelayar-pelayar China belayar ke Asia

Tenggara, India, Sri Lanka, Hormuz dan pantai timur Afrika. Hubungan dengan negara luar

ini telah meningkatkan aktiviti perdagangan China di pelabuhan Canton seperti dengan

pedagang Asia Tenggara, Portugal, Sepanyol dan Belanda.

5. Hubungan dengan Portugal telah bermula dengan Rafeal Perestrello pada tahun 1516

kemudian dengan Tom Pires dihantar untuk menjalinkan hubungan dengan China. Pedagang

Portugis hanya dibenarkan berdagang di Macau sahaja pada tahun 1532 dan dibenarkan

berdagang di Canton pada hari-hari tertentu sahaja atas kawalan ketat oleh pembesar China.

Hasil hubungan ini, China memperoleh barangan perak dari pedagang Portugal dan sebagai

tukarannya sutera untuk dibawa ke Eropah.

Kesimpulan.

Sistem ekonomi feudalisme yang diamalkan di China memperlihatkan kawalan yang ketat

daripada maharaja ke atas golongan petani dan pedagang asing yang dating berdagang di

China. Pentadbiran maharaja China memainkan peranan utama dalam perkembangan

ekonomi. Kerajaan dibantu oleh golongan bangsawan sebagai penguasa kawasan luar bandar

dan mengawal aktiviti ekonomi. Kemakmuran ekonomi China pada zaman pemerintahan

Dinasti Ming memperlihatkan dengan pertambahan penduduk kepada 150 juta pada akhir

abad ke-16.

Page 11: Skema Percubaan Sejarah Penggal 1 2013

SKEMA JAWAPAN PERCUBAAN SEJARAH PENGGAL 1 2013

11

4. Nilaikan sumbangan Adam Smith kepada perkembangan pemikiran ekonomi di

Eropah.

Pengenalan.

Adam Smith merupakan seorang pakar ekonomi dan ahli falsafah dari Scotland. Beliau

terkenal kerana pengaruh bukunya The Wealth of Nation dan dianggap sebagai Bapa

Ekonomi moden. Dilahirkan di Kirkcaldy, Fife, Scotland. Beliau mendapat pendidikan di

Burgh School of Kirkcaldy dan seterusnya di Universiti Glasgow dan mempelajari bidang

falsafah moral seterusnya pada tahun 1740 memasuki Kolej Balliol, Universersiti of

Glasgow. Beliau memegang jawatan sebagai Reaktor Universiti Glasgow dari tahun 1787

hingga 1789. Beliau meninggal dunia pada 17 Julai 1790.

Isi-isi:

Sumbangan Adam Smith kepada pemikiran ekonomi di Eropah.

Beliau berpendapat tiada siapa yang menjalankan perdagangan jika mereka

menjangkakan akan mengalami kerugian. Faedah perdagangan perlu dinikmati oleh kedua-

dua pihak. Kekayaan sesebuah negara bukan dalam kuantiti emas dan perak dalam bilik

kebal, tetapi bergantung kepada jumlah pengeluaran dan perdagangan. Adam Smith

mempunyai pemahaman dan pandangan yang radikal tentang bagaimana masyarakat manusia

bekerja. Beliau menyedari bahawa keharmonian sosial akan muncul secara semula jadi

apabila manusia berusaha mencari jalan untuk tinggal dan bekerja bersama.

Adam Smith menerbitkan buku yang bertajuk The Theory of Moral Sentiments atau

Teori Sentimen Moral. Antara yang dibincangkan dalam karyanya tentang kesedaran

terhasil daripada perhubungan sosial. Beliau mengemukakan Teori Simpati yang

menerangkan bagaimana pemerhatian terhadap orang lain yang menyebabkan seseorang

menyedari tentang diri dan kelakuan sendiri.

Adam Smith menulis buku Wealth of Nations yang mempengaruhi ahli-ahli politik pada

zamannya dan menjadi asas intelektual pada zaman kegemilangan abad ke 19. Buku ini juga

telah membuka dimensi baru dalam displin ekonomi moden. Memperkenalkan teori

ekonomi yang sistematik yang menentang teori lama ekonomi perdagangan yang

menekankan perlunya negara memiliki jongkong emas. Beliau juga menolak pandangan

golongan physiokrat yang menyatakan tanah adalah sumber utama. Beliau juga berpendapat

bahawa pasaran bebas bergerak menurut mekanisme secara automatik, di mana pengeluar

akan mengeluarkan barangan yang diperlukan oleh masyarakat dan permintaan terhadap

barang tersebut akan meningkat. Beliau juga menyatakan bahawa campur tangan pemerintah

akan menjejaskan kecekapan ekonomi dan akhirnya akan menaikkan harga. Konsep ini

kemudiannya dikenali dengan istilah laissez faire. Doktrin laissez faire dikembangkan oleh

Adam Smith di England dengan menubuhkan institusi yang dikenali sebagai School of

Political Economy.

Adam Smith menekankan pentingnya meritokrasi. Meritokrasi mendorong masyarakat

agar selalu memperbaiki dirinya sendiri dan mewujudkan pengkhususan dan kecekapan

dalam ekonomi. Beliau percaya bahawa pembahagian kerja adalah titik permulaan dari teori

pertumbuhan ekonomi. Dengan adanya pembahagian kerja, maka berlaku peningkatan

Page 12: Skema Percubaan Sejarah Penggal 1 2013

SKEMA JAWAPAN PERCUBAAN SEJARAH PENGGAL 1 2013

12

produktiviti tenaga kerja, yang akhirnya meningkatkan keterampilan pekerja, menjimatkan

waktu dalam pengeluaran barang dan penemuanyang menjimatkan tenaga kerja.

Adam Smith menekankan bahawa proses pengumpulan modal harus dilakukan lebih

dahulu daripada pembahagian kerja. Pengumpulan modal merupakan syarat utama terjadinya

proses pembangunan ekonomi. Modal diperolehi daripada tuan tanah atau bangsawan. Para

pengusaha atau kapitalis akan mengembangkan modal daripada tuan tanah atau bangsawan.

Modal akan digunakan untuk perdagangan.

Adam Smith menyatakan proses pertumbuhan ekonomi bersifat kumulatif. Ini bermakna

apabila wujud kemakmuran kesan dari kemajuan dalam bidang pertanian, industri

pengeluaran dan perniagaan akan menarik pelaburan modal, kemajuan teknologi,

meningkatkan jumlah penduduk, perluasan pasaran, pembahagian kerja dan peningkatan

keuntungan secara berterusan. Idea beliau menjadi realiti apabila lebihan barangan kapas di

Mancester dipasarkan ke India menjelang awal abad ke 19.

Kesimpulan

Adam Smith percaya bahawa kerajaan cuma mempunyai tiga fungsi utama iaitu

melindungi rakyat daripada penaklukan tentera, melindungi warganegara daripada

ketidakadilan dan menyediakan kemudahan seperti jalanraya dan sebagainya yang tidak

boleh disediakan oleh individu.

Page 13: Skema Percubaan Sejarah Penggal 1 2013

SKEMA JAWAPAN PERCUBAAN SEJARAH PENGGAL 1 2013

13

5. Bincangkan isu-isu yang menimbulkan ketegangan antara British dengan

pemerintah China pada pertengahan abad ke-19.

Pengenalan.

Pada pertengahan abad ke-19, China mula diasak oleh British dan keadaan ini

merupakan satu permulaan era baharu dalam sejarah China. Ketidakpuasan hati para

pedagang dan pegawai British mula memuncak dengan pelbagai insiden yang

merenggangkan hubungan British dengan kerajaan China. terdapat enam isu yang

menyebabkan ketidakpuasan hati ini.

Isi-isi:

1. Isu perdagangan.

Antara isu yang dibangkitkan ialah isu perdagangan. Setelah memutuskan untuk

berdagang di China, British mengharapkan keuntungan yang besar. Namun kerajaan China

mengamalkan dasar pemencilan/isolasi. Menurut ajaran Confucius, perdagangan merupakan

pekerjaan yang hina. Para pedagang dianggap cuba memeras golongan lain untuk mengaut

keuntungan berlipat kali ganda.

Oleh itu, kerajaan China mengenakan pelbagai sekatan ke atas pedagang asing.

Antaranya ialah pedagang hanya dibenarkan berdagang di pelabuhan Canton sahaja melalui

pegawai yang dilantik iaitu Co-hong. Pedagang asing tidak dibenarkan tinggal sepanjang

tahun di Canton serta tidak boleh membawa senjata. Mereka juga tidak boleh berkahwin

dengan wanita tempatan dan tidak boleh mempelajari bahasa Cina. Peraturan yang ketat ini

telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pedagang British.

2. Isu candu.

Isu candu merupakan isu yang dominan yang mencetuskan ketegangan antara pihak

British dengan China. Kerajaan China menjalankan kegiatan ekonomi saradiri dan tidak

memerlukan barangan dari luar. Keadaan ini amat merugikan pihak British disebabkan

berlakunya perdagangan yang tidak seimbang antara British dengan China. Barangan China

seperti teh dan sutera amat diperlukan untuk dijual di Eropah namun China tidak mahu

membeli barangan dari barat. Untuk mengelakkan pengaliran wang emas dan perak ke China,

British telah membawa masuk candu yang akhirnya kegemaran masyrakat di China. Ini

menyebabkan pengeluaran wang yang terlalu banyak kerana kos mengimport candu melebihi

kos mengeksport teh dan sutera. Keadaan tersebut menyebabkan ekonomi China mulai

merosot dan Maharaja Tao Kuang telah mengharamkan pembelian dan penggunaan candu.

3. Isu perundangan.

Prinsip keadilan di China berdasarkan „guilty until proven innocent‟ yang

menganggap seseorang yang dituduh melakukan jenayah dianggap bersalah sehingga

kebenaran dapat dibuktikan. Manalaka prinsip keadilan barat berpegang kepada prinsip

„innocent until proven guilty‟ yang bermakna seseorang yang dituduh bersalah dapat

dibuktikan dengan jelas.

Falsafah undang-undang di China juga berbeza dengan amalan undang-undang barat.

Undang-undang barat adalah berdasarkan konsep tanggungjawab individu, iaitu hukuman

akan dijtauhkan kepada individu yang melakukan kesalahan. Undang-undang China pula

bersandarkan kepada prinsip tanggungjawab berkumpulan yang bermaksud sekiranya

Page 14: Skema Percubaan Sejarah Penggal 1 2013

SKEMA JAWAPAN PERCUBAAN SEJARAH PENGGAL 1 2013

14

individu yang melakukan kesalahan itu tidak dapat dikesan, maka kumpulannya akan

bertanggungjawab untuk menyerahkan salah seoarang daripada ahli kumpulan mereka untuk

menerima hukuman setimpal dengan kesalahan yang dilakukan oleh ahli kumpulan itu.

4. Isu agama Kristian.

Agama Kristian yang dibawa masuk ke China turut menjadi punca ketidakpuasan hati

masyarakat China. Ramai rakyat China berjaya dikristiankan dan perkembangan ini

mengancam kebudayaan orang China yang berpegang kepada kepercayaan nenek moyang,

ajaran Confucius dan Taoisme. Selain membina gereja-gereja baru, mubaligh Kristian

dikatakan melindungi orang China yang memeluk agama Kristian. Kemuncak kepada isu ini

ialah pembunuhan di Tientsin pada tahun 1870 yang menyebabkan paderi, rahib dan pegawai

barat dibunuh. Gereja turut dibakar oleh orang China.

5. Isu petempatan orang asing.

Kemunculan petempatan asing khususnya di kawasan pelabuhan. Petempatan orang

asing mempunyai pentadbiran tersendiri dan tidak dikawal oleh pemerintah China. Penduduk

di kawasan ini hanya perlu membayar pajakan kepada pemerintah China. Di wilayah pajakan

ini, orang asing membentuk majlis perbandaran, undang-undang, mahkamah, polis dan

pasukan pertahanan sendiri. Perkembangan ini menimbulkan rasa kurang senang terhadap

orang asing yang membentuk komuniti masing-masing di bumi China. Mereka bimbang

orang barat akan menceroboh tanah air mereka seperti apa yang berlaku terhadap Hong Kong

yang diambil alih oleh British dan Macau yang dikuasai oleh Portugis.

6. Isu pengenalan teknologi barat.

Pengenalan teknologi barat telah menyebabkan berlaku pengangguran dalam

masyarakat China. Misalnya, pengenalan teknik baharu dalam sektor perlombongan telah

mempercepatkan penggunaan sumber alam yang terhad di samping mengurangkan

pengambilan tenaga buruh. Sarjana China menganggap mereka tidak akan maju jika belajar

dengan kuasa barat kerana orang barat tidak ikhlas. Keuntungan yang diperolehi daripada

teknologi baharu ini adalah untuk jangka masa pendek dan orang barat akan memeras

ekonomi China secara perlahan-lahan.

Kesimpulan.

Keengganan pemerintah China berkompromi terhadap isu-isu yang menimbulkan

kemarahan pihak British yang menyebabkan British mencari helah untuk menguasai China.

Faktor budaya yang berbeza menyebabkan sifat toleransi sukar diamalkan dan membawa

kepada tercetusnya peperangan antara British dan China.

Page 15: Skema Percubaan Sejarah Penggal 1 2013

SKEMA JAWAPAN PERCUBAAN SEJARAH PENGGAL 1 2013

15

6. Bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan tercetusnya Perang Dingin.

Pengenalan

1.Perang Dingin merujuk kepada ketegangan dan konflik yang wujud antara Amerika

Syarikat dengan Soviet Union (Rusia). Ia tidak melibatkan peperangan yang sebenar .

2. Perang Dingin ini lebih merupakan persaingan arah meluaskan ideologi komunis oleh

pihak Soviet Union dan pihak yang mempertahankan demokrasi yang diketuai oleh Amerika

Syarikat dan negara-negara yang pro demokrasi.

3. Perang Dingin juga berlaku persaingan dan perlumbaan senjata antara Blok Barat yang

pro demokrasi dan Blok Komunis yang diketuai oleh Soviet Union.(Rusia)

4. Perang Dingin berlaku ketara selepas Perang Dunia Kedua dan berakhir pada tahun 1989.

Perang Dingin bermula apabila Presiden Harry Truman mengisytiharkan “ Doktrin Truman”

pada 1947. Istilah Perang Dingin telah digunakan oleh seorang wartawan Walter Lippmann

semasa membuat liputan tentang Doktrin Truman tersebut.

Isi-isi:

Faktor-faktor Perang Dingin

1.Perbezaan ideologi politik.

Perkembangan ideologi komunis yang dipelopori oleh Rusia ke atas negara-negara Eropah

Timur telah menyebabkan kebimbangan pihak Amerika Syarikat untuk mempertahankan

sistem demokrasi di dunia. Dari segi politik, blok Barat menerapkan sistem demokrasi dan

mengamalkan sistem pelbagai parti dan pemilihan kerajaan adalah berdasarkan pilihanraya

umum. Ini berbeza dengan sistem komunis yang diperintah oleh parti komunis sahaja dan

pemerintahan secara diktator. Masing-masing cuba meluaskan pengaruh dan kepentingan

mereka melalui propaganda ,bantuan ekonomi dan ketenteraan.

2.Perbezaan sistem ekonomi dan sosial.

Amerika Syarikat memperjuangkan sistem ekonomi bebas iaitu ekonomi kapitalis manakala

Rusia menentang sistem ekonomi bebas. Rusia dan negara-negara blok komunis mengawal

perdagangan bebas dengan memberikan peranan yang besar kepada pemerintah. Dengan

kata lain sektor perniagaan dimiliki dan diuruskan oleh kerajaan sahaja dan semua harta

dimiliknegarakan demi kepentingan umum. Sistem ini telah menghancurkan persaingan yang

menjadi dasar ekonomi kapitalisme.Hal ini menyebabkan perkembangan ekonomi yang

perlahan. Dari segi sosial juga, negara komunis mengamalkan sistem menyekat dan

mengawal kebebasan memilih kerajaan, kebebasan bersuara,hak asasi dan sebagainya. Ini

berbeza dengan negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Kedua-dua blok ini bersaing

dan cuba menunjukkan kekuatan dan kekuasaan masing serta cuba campur tangan dalam

negara –negara lain yang menghadapi konflik dalaman sama ada di Eropah, Afrika dan

Asia.

3. Kemunculan kuasa besar dunia yang baru.

Perang Dunia Kedua menyebabkan lahir dua kuasa besar iaitu Amerika Syarikat dan

Rusia menggantikan Britain , Peranchis dan Jerman. Britain dan Peranchis mengalami

kemerosotan akibat perang dan kemerosotan ekonomi. Begitu juga dengan Jerman, Itali dan

Jepun yang mengalami kekalahan. Bandar-bandar di Amerika Syarikat tidak musnah akibat

peperangan dan ekonominya teguh. Amerika Syarikat telah muncul sebagai kuasa tentera

yang baru selepas Perang Dunia Kedua. Kejayaan Amerika Syrarikat menggugurkan bom

atom di Hiroshima pada 6 Ogos 1945 dan 9 Ogos 1945 di Nagasaki menjadikan Amerika

Page 16: Skema Percubaan Sejarah Penggal 1 2013

SKEMA JAWAPAN PERCUBAAN SEJARAH PENGGAL 1 2013

16

Syarikat sebagai satu kuasa besar dunia yang baru. Begitu juga dengan Rusia yang mampu

bertahan dan menakluki Jerman Timur , Poland dan sebahagian negara-negara Eropah Timur

mengukuhkan lagi kekuasaannya . Ia telah menjadi satu kuasa baru di Eropah dan di dunia.

Kedua-dua kuasa besar ini mula bersaing untuk mengukuhkan kedudukan dan pengaruh

masing-masing.

4. Dasar peluasan pengaruh Rusia di Eropah.

Sebelum Perang Dunia Kedua berakhir, Rusia telah meluaskan pengaruhnya di

Eropah.Semasa Perang Dunia hampir tamat, Rusia mengukuhkan cengkaman terhadap

negara-negara Eropah Timur dan menyatukan negara-negara ini hingga akhirnya menjadi

Kesatuan Soviet/ Soviet Union.Negara-negara Eropah Timur telah menjadi negara –negara

Blok Komunis. Tindakan Rusia menyebarkan pengaruh komunis di Eropah Barat

menyebabkan hubungan antara kedua –dua besar dunia telah menjadi renggang dan

tercetusnya Perang Dingin.

5. Perkembangan semasa Perang Dunia Kedua.

Semasa Perang Dunia Kedua(PD2) berlaku dan sebelum PD2 tamat , tiga kuasa besar atau

big three iaitu Amerika Syarikat, Rusia dan England telah mengadakan rundingann tetapi

kegagalan dan ketiadaan kesepakatan dalam rundingan membincangkan tentang

pembahagian wilayah selepas PD2 menyebabkan hubungan mereka menjadi renggang.

Hubungan renggang antara kuasa ini jelas ketara dalam persidangan Yalta pada tahun 1945.

Hubungan ini menjadi semakin renggang apabila Rusia menolak tuntutan Amerika Syarikat

agar pilihanraya diadakan dinegara-negara Eropah Timur yang dikuasai oleh Rusia semasa

Persidangan Potsdam dan mencetuskan Perang Dingin. Amerika Syarikat terus

memperjuangkan penubuhan negara demokrasi Eropah Barat.

6. Perubahan pucuk pimpinan.

Perubahan pucuk pimpinan yang berlaku di Amerika Syarikat dan England menyebabkan

hubungan antara kuasa-kuasa besar menjadi tegang. Presiden Harry Truman yang

menggantikan Roosevelt ,manakala Perdana Menteri England Winston Churchill telah

digantikan oleh Clement Atlee. Kedua-duanya tidak mempunyai pengalaman luas dalam

hubungan antaraabangsa dan amat curiga dengan dasar luar Joseph Stalin (Rusia). Harry

Truman percaya dasar Stalin adalah tidak membenarkan sistem demokratik diamalkan di

Eropah Timur. Oleh itu, Truman mula mengamalkan dasar untuk menyekat perluasan

pengaruh Soviet Union. Kejayaan Amerika Syarikat meletupkan bom atom juga telah

menyebabkan Truman bertekad menggunakan pendekatan lebih agresif untuk menyekat

pengaruh Rusia. Ini menyebabkan hubungan antara dua kuasa ini semakin tegang dan

mencetuskan Perang Dingin.

7. Amerika Syarikat menolak bantuan ekonomi oleh Rusia.

Tindakan Amerika Syarikat menolak bantuan ekonomi yang diminta oleh Rusia untuk

membangunkan semula negaranya selepas perang telah mengeruhkan lagi hubungan antara

dua kuasa tersebut. Hubunngan ini menjadi bertambah buruk apabila Winston Churchill

dalam ucapannya di Foulton, Missouri pada Mac 1946 menyatakan terdapat „tirai besi‟ yang

memisahkan Eropah Timur dengan Eropah Barat. Ucapan ini jelas menunjukkan

kebimbangan Amerika Syarikat dan Britain terhadap perluasan pengaruh Soviet Union di

Eropah Timur dan Eropah Barat.

Rusia turut beranggapan bahawa bantuan Amerika Syarikat di bawah Rancangan Marshall

juga merupakan campurtangan Amerika Syarikat terhadap negara lain . Oleh itu , Rusia

Page 17: Skema Percubaan Sejarah Penggal 1 2013

SKEMA JAWAPAN PERCUBAAN SEJARAH PENGGAL 1 2013

17

memaksa negara-negara Eropah Timur supaya tidak menerima bantuan berkenaan. Sebagai

alternatifnya, blok komunis telah membentuk COMECON ( Council for Mutual Economic

Aid) bertujuan menyelaraskan dasar-dasar ekonomi di negara Eropah Timur. Oleh itu, jelas

kemusnahan ekonomi negara-negara yang terlibat dalam Perang Dunia Kedua merupakan

salah punca berlakunya Perang Dingin.

8. Zon Penampan.

Pemimpin Soviet Union, Stalin ingin mewujudkan zon penampan bagi mengelakkan

ancaman daripada Eropah Barat kerana sebelum ini wilayah Rusia pernah ditawan oleh

Hitler dari arah barat melalui Poland, Romania, Bulgaria dan Hungary. Oleh itu, Rusia

mewujudkan “negara-negara satelit” yang berperanan sebagai “buffer zone” (zon

penampan) antara Rusia dengan negara-negara di Eropah Barat. Rusia menjadikan negara-

negara Eropah Timur sebagai benteng untuk menghadapi ancaman musuh daripada Eropah

Barat. Rusia juga telah membina Tembok Berlin untuk memisahkan Jerman Timur dengan

Jerman Barat.

9. Teori Domino.

Amerika Syarikat dan Britain bimbang ideologi komunis akan merebak ke Eropah Barat .

Rusia yang menjadi negara komunis yang pertama selepas Revolusi Bolshevik semasa

menggulingkan kuasa Tsar Nichollas II telah berjaya menyebarkan ideologi ini ke negara

jiran terdekat atau sekutunya. Pemimpin-pemimpin di Barat percaya kepada `teori domino‟

iaitu apabila sesebuah negara dikuasai oleh komunis maka satu demi satu negara lain

terdekat akan jatuh ke tangan komunis. Perkembangan ini amat membimbangkan Amerika

Syarikat dan Britain hingga kedua-dua negara tersebut bertekad bagi menyekat

perkembangan komunis di mana-mana negara . Keadaan ini telah menimbulkan konflik dan

ketegangan antara Soviet Union dengan Amerika Syarikat dan juga Britain sehingga

merancakkan lagi Perang Dingin.

10. Kekalahan Jepun.

Menjelang tahun 1945,hubungan kuasa-kuasa besar khususnya antara Amerika Syarikat dan

Rusia (kemudiannya Soviet Union ) bertambah buruk . Ini kerana kekalahan Jepun pada Ogos

1945 di tangan tentera Amerika Syarikat dan bukannya Rusia menjadikan hubungan mereka

bertambah buruk. Amerika Syarikat tidak mahu Rusia mengalahkan Jepun terlebih dahulu

daripadanya. Oleh itu kejayaan Amerika Syarikat menggugurkan bom atom di Hiroshima

dan Nagasaki menyebabkan Jepun menyerah kalah tanpa syarat dan Amerika Syarikat

berjaya menduduki dan menguasai Jepun . Kekalahan Jepun meningkatkan kebimbangan

Soviet Union terhadap dasar Amerika Syarikat.

Kesimpulan.

Sebagai kesimpulannya, Perang Dingin telah menyebabkan wujud ketegangan antara blok

Komunis dengan blok pro Demokrasi yang dipimpin oleh Amerika Syarikat. Penyebaran

ideologi komunis ke negara lain seperti China, Korea Utara ,Vietnam Utara dan lain-lain

menyebabkan peperangan yang berlaku di kebanyakan negara disokong dan dibantu oleh

Rusia atau Amerika secara langsung atau tidak langsung.