skema percubaan negeri melaka 2009

227
SKEMA PERCUBAAN NEGERI MELAKA 2009 SULITKod Kertas: 940/2 MAJLIS PENGETUA-PENGETUA MALAYSIA CAWANGAN NEGERI MELAKA STPM 2009 SKEMA PEMARKAHAN SEJARAH KERTAS 2 ( SEJARAH MALAYSIA, ASIA TENGGARA, ASIA SELATAN, DAN ASIA SELATAN, 1800-1963 PERINGATAN : Skema pemarkahan ini adalah khas untuk kegunaan pemeriksa dan tidak boleh dikemukakan kepada pihak yang tidak berkenaan. Skema ini terdiri daripada 25 halaman bercetak. Hakcipta Majlis Pengetua-pengetua Malaysia Cawangan Negeri Melaka 2009 © 1. Terangkan struktur sosial masyarakat Melayu di Tanah Melayu sebelum campur tangan British. Pendahuluan 1. Masyarakat Melayu tradisional terbahagi kepada dua golongan iaitu pemerintah dan golongan diperintah. 2. Golongan pemerintah terdiri daripada raja/sultan, keluarga dan kerabat diraja, pembesar, pentadbir serta ulama istana. 3. Golongan diperintah ialah orang merdeheka dan hamba. A. ISI Golongan diperintah 1) Raja/sultan/Yang Dipertuan Besar a. Pemerintah tertinggi dalam pentadbiran negeri. b. Mempunyai kuasa dan wibawa dalam menjalankan pemerintahan dan pentadbiran negeri. c. Mentadbir negeri dengan bantuan kaum kerabat dan para pembesar. d. Menyatupadukan rakyat, memelihara keamanan dan memajukan negeri. e. Berkuasa mutlak terhadap rakyat jelata f. Melaksanakan kuasa kerajaan pusat. Konsep daulat dan derhaka memperkukuhkan kuasa raja g. Menjalinkan hubungan luar. h. Mempunyai keistimewaan tertentu; warna kuning hanya untuk raja, payung putih untuk sultan, payung kuning untuk kerabat, menggunakan bahasa dalam, cop mohor diraja, alat kebesaran seperti kendi. i. Mempunyai cerita mitos /kukuhkan kedudukannya

Upload: nadeshiko99

Post on 23-Jun-2015

1.538 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

SKEMA PERCUBAAN NEGERI MELAKA 2009SULITKod Kertas: 940/2MAJLIS PENGETUA-PENGETUA MALAYSIACAWANGAN NEGERI MELAKASTPM 2009 SKEMA PEMARKAHAN

SEJARAHKERTAS 2( SEJARAH MALAYSIA, ASIA TENGGARA, ASIA SELATAN,DAN ASIA SELATAN, 1800-1963

PERINGATAN :Skema pemarkahan ini adalah khas untuk kegunaan pemeriksa dan tidak boleh dikemukakan kepada pihak yang tidak berkenaan.

Skema ini terdiri daripada 25 halaman bercetak. © Hakcipta Majlis Pengetua-pengetua Malaysia Cawangan Negeri Melaka 2009

1. Terangkan struktur sosial masyarakat Melayu di Tanah Melayu sebelum campur tangan British.

Pendahuluan

1. Masyarakat Melayu tradisional terbahagi kepada dua golongan iaitu pemerintah dan golongan diperintah.2. Golongan pemerintah terdiri daripada raja/sultan, keluarga dan kerabat diraja, pembesar, pentadbir serta ulama istana.3. Golongan diperintah ialah orang merdeheka dan hamba.

A. ISI

Golongan diperintah

1) Raja/sultan/Yang Dipertuan Besara. Pemerintah tertinggi dalam pentadbiran negeri.b. Mempunyai kuasa dan wibawa dalam menjalankan pemerintahan dan pentadbiran negeri.c. Mentadbir negeri dengan bantuan kaum kerabat dan para pembesar.d. Menyatupadukan rakyat, memelihara keamanan dan memajukan negeri.e. Berkuasa mutlak terhadap rakyat jelataf. Melaksanakan kuasa kerajaan pusat. Konsep daulat dan derhaka memperkukuhkan kuasa rajag. Menjalinkan hubungan luar.h. Mempunyai keistimewaan tertentu; warna kuning hanya untuk raja, payung putih untuk sultan, payung kuning untuk kerabat, menggunakan bahasa dalam, cop mohor diraja, alat kebesaran seperti kendi.i. Mempunyai cerita mitos /kukuhkan kedudukannya

Page 2: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

2) Keluarga dan kerabat dirajaa. Kedudukan kedua selepas raja ialah anak raja dan kerabat diraja.b. Anak raja tidak semestinya seorang putera raja yang memerintah.c. Mempunyai gelaran raja, tengku dan wan.d. Jawatan raja muda diberi kepada putera sulung/tertua/adinda sultan jika tiada putera/.anak gaharae. Putera sultan ada yang dilantik menjadi pembesar daerah atau pemerintah jajahan taklukf. Mempunyai keistimewaan sama seperti raja, tetapi tidak melebihi keistimewaan raja.g. Menggunakan bahasa dalam dan payung kuning.

3) Golongan Bangsawan dan pembesara) Golongan bangsawanTerdiri daripada golongan pembesar dan kaum kerabatSangat berpengaruh dalam kalangan pemerintah dan pentadbir.Membantu sultan dalam pentadbiran dan pemerintahan.Menjadi penasihat/pembesar di daerah-daerah tertentu.b) Pembesar daerah§ Terdiri daripada rakyat biasa yang dinaikkan taraf dan dilantik melalui surat tauliah oleh sultan yang bercop mohor.§ Memegang jawatan seumur hidup dan mesti menunjukkan taat setia kepada pemerintah.§ Berkuasa penuh dalam kawasan pegangannya.§ Berkedudukan penting dalam sistem pemerintahan kerajaan dan menjadi perantara sultan dengan rakyat.§ Menjaga keamanan dan memungut cukai di kawasan pemakanannya serta bebas menjalankan kegiatan ekonomi.§ Menjatuhkan hukuman dan denda dalam kes-kes jenayah di daerah mereka.§ Membekalkan tenaga buruh kepada sultan dalam sistem kerah dan serah. Contoh Membina istana.

c) Golongan ulama dan pendeta

i) Golongan ulama§ Berketurunan Arab Melayu dan merupakan cendikiawan dalam bidang agama.§ Berkedudukan istimewa dan sangat berpengaruh dalam susun lapis masyarakat Melayu tradisional. Contoh jawatan mufti, kadi§ Penasihat sultan dalam hal ehwal agama/hukum syarak.

ii) Golongan pendeta§ Pakar dalam bidang kesenian, kebudayaan, kesusasteraan, adat istiadat dan salasilah raja.§ Menjadi pakar rujuk kepada sultan dan golongan di istana.§ Merupakan penulis dan perawi diraja.

Golongan diperintah

Terdiri daripada rakyat biasa dan orang asing yang bebas/merdeheka.

Page 3: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

a) Rakyat biasa§ Petani, nelayan, dagang dan tukang.§ Tidak mempunyai kuasa politik dan jawatan dal;am pentadbiran.§ Mengamalkan tradisi gotong-royong.§ Tiga golongan rakyat biasa iaitu pedagang dan peniaga kecil-kecilan, buruh dan pekerja biasa serta petani dan tukang mahir.§ Bebas menjalankan kegiatan ekonomi- pertanian, perikanan, perlombongan dan perdagangan.

b) Rakyat asing§ Penduduk bukan Melayu yang datang ke Tanah Melayu untuk tujuan tertentu dan tinggal sementara sahaja.§ Terlibat dalam pelbagai kegiatan sosial seperti tentera upahan kerajaan.§ Menjalankan kegiatan ekonomi seperti pelombong dan peniaga runcit.§ Tidak wajib mematuhi dan mengamalkan tradisi kebudayaan tempatan. 

c) Golongan hamba § Menyediakan tenaga manusia untuk aktiviti masyarakat seperti gotong-royong.§ Menyumbang tenaga untuk menambah harta tuannya.§ Melambangkan ketinggian taraf sosial pemiliknya.§ Terdapat tiga jenis hamba:

i) Hamba rajao Merupakan hamba yang tertinggi daripada hamba laino Terdiri daripada bekas tawanan perang/banduaan

ii) Hamba berhutango Menjadi hamba dalam tempoh yang ditetapkan sehingga berjaya melangsaikan hutang dan akhirnya bebas menjadi rakyat biasa

iii) Hamba biasao Menjadi hamba seumur hidup.o Terdapat tiga jenis hamba biasa – hamba abdi, hamba dengan dan biduanda.

C.KESIMPULAN

§ Adanya hierarki dalam masyarakat Melayu tradisional adalah untuk membezakan kedudukan golongan pemerintah dan golongan yang diperintah untuk membezakan kedudukan dan penghormatan.§ Dapat menentukan tugas dan tanggungjawab masing-masing.§ Namun begitu, susun lapis ini mengalami perubahan selepas kedatangan campur tangan British.

Page 4: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

2. Perjanjian Pangkor telah dimetrai pada tahun 1874. Bincangkan kesan sistem pemerintahan yang diperkenalkan dari tahun 1874 hingga tahun 1896 di negeri-negeri Melayu.

A.Pendahuluan.

1.Sistem Residen mula di perkenalkan di negeri Perak setelah termetrainya Perjanjian Pangkor pada tahun 1874.2.Selain Perak ,negeri Sembilan,Selangor dan Pahang juga dikuasai oleh British dan mengamalkan sistem residen3.Sistem Residen telah merubah struktur pentadbiran negeri Melayu daripada semua aspek seperti politik,ekonomi dan sosial.

B.Isi-isi.

1.Politik/pentadbirana.Seorang Residen menjadi penasihat kepada Sultan dalam semua aspek kecuali adat –istiadat Melayu dan agama Islam.b.Kedudukan sultan dikekalkan sepertimana tradisinya tetapi hilang kuasa mutlaknya. Sebaliknya baginda akan dinasihati oleh residen.c.Residen bertanggunjawab kepada Gabenor negeri –negeri Selat di Singapura.d.Pembesar pembesar Melayu hilang kuasa mengutip cukai.e.Kutipan cukai dilakukan oleh pegawai-pegawai yang telah dlantik oleh residen contohnya Pegawai Daerah,Majistretf.Jawatan penghulu dikekalkan untuk merapatkan hubungan antara masyarakat Melayu dengan pegawai British. Menyelesaikan masaalah kecil diperingkat kampungg.British telah menubuhkan Majlis Mesyuarat Negeri yang berperanan merangka perlembagaan negeri,menggubal undang-undang,menyusun sistem cukai menetapkan gaji pegawai-pegawai Melayu.h.Menubuhkan jabatan –jabatan dalam usaha untuk melicinkan pentadbiran negrei

Page 5: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

Melayu contoh Jabatan Kerja Raya.i.British memperkenalkan undang-undang barat bagi menggantikan undang-undang tradisi Melayu seperti Undang-Undang 99 Perak

2.Ekonomia.Tanaman getah diperkenalkan.b.Dasar Tanah yang liberal, banyak tanah dibuka untuk dijadikan tanah pertanian.c.Pengeluaran bijih timah meningkat disebabkan penggunan teknologi moden.d.Suasana yang aman berjaya menarik pelabur-pelabur di dalam perusahaan getah dan bijih timah.e.Pembentukan ekonomi moden telah membawa kemajuan dalam bidang pengangkutan.Landasan keretapi menghubungkan antara pusat pengeluaran dengan pelabuhan.contohnya Port Weld ke Taiping.Jalanaya dihubungkan antara pelabuhan dengan pusat –pusat kegiatan ekonomi.

f.Kewangan.Institusi kewangan dan bank juga penting dalam perkembangan ekonomi moden.Bank-bank berperanan memberi kemudahan pinjaman bagi tujuan pelaburan terutamnya dalam perusahaan getah dan bijih timah.

3.Sosial.a.Suasana aman menyebabkan pengeluaran bijih timah meningkat.

b.British telah mewujudkan balai-balai polis yang mana anggotanya terdiri daripada sepoi berbangsa India.

c.British mengharamkan sistem hamba atas alasan kemanusiaan.

d.Dasar terbuka British, menyebabkan kemasukan kaum China dan India ke negara ini secara beramai-ramai.Secara tidak langsung ia telah mewujudkan masyarakat majmuk .

e.British telah menjalankan dasar pecah dan perintah .Penduduk negara ini telah diasingkan mengikut pekerjaan dan empat tinggal.Kesannya tidak wujud semangat perpaduan /integrasi antara kaum di negara ini 

f.Pendidikan moden diperkenalkan oleh British di negara ini.Antara sekolah pertama dibina di negara ini ialah Sekolah Penang Free School,Malacca Free School dan Singpore Free School.

4.Penentangana.Pembaharuan-pembaharuan yang dibawa oleh British telah membawa kemajuan di negeri-negeri Melayu.

b.Walaubagaimana pun wujud perasaan tidak puas hati terhadap pembaharuan yang telah dilakukan oleh British Contohnya penghapusan sistem hamba dan larangan mengutip cukai serta hilangnya kuasa sultan dan pembesar

Page 6: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

c.Penentangan berlaku di Perak oleh pembesar dan kerabat di raja Perak.Di Negeri Sembilan oleh Yam Tuan Tengku Antah dan Dato Syahbandar.Manakala di Pahang penentangan di pimpin oleh Dato Bahaman.

C.Kesimpulan.

a.Kedatangan British telah berjaya merubah sistem ekonomi negeri-negeri daripada saradiri kepada ekonomi dagang.

b.Perubahan yang dibawa hanya menguntungkan pihak tertentu sahaja.Sebaliknya orang Melayu kekal seperti dahulu.

c.Perasaan tidak puas hati masyarakat Melayu dipaparkan melalui penentangan bersenjata terhadap British.

.

3. Bincangkan dasar pendidikan kolonial di Tanah Melayu sehingga Perang Dunia Kedua.

A.Pendahuluan.

Sistem pendidikan zaman penjajahan British merupakan titik permulaan kepada perubahan tradisi di Tanah Melayu. Semenjak campurtangan British di Negeri-negeri Selat mereka telah memperkenalkan corak pendidikan British iaitu sekolah vernakular yang terdiri daripada sekolah Melayu, sekolah Cina, sekolah Tamil dan sekolah Inggeris.

B.Isi-isi.

1. Sekolah Melayu.

a) Mulai pertengahan kurun ke-19 sekolah Melayu mula ditubuhkan. Sekolah Melayu pertama ditubuhkan pada tahun 1821 iaitu Sekolah Melayu Gelugor.b) Pada 1855, sebuah sekolah Melayu ditubuhkan di Bayan Lepas dan pada tahun 1856, dua buah sekolah ditubuhkan di Singapura iaitu di Teluk Belanga dan Kampung Gelam.c) Sekolah-sekolah Melayu tidak mendapat sambutan ibu bapa kerana mereka berasa curiga kerana mata pelajaran agama Islam tidak diajar dan sekolah terletak jauh di bandar.d) Kerajaan British mengambil langkah mengadakan mata pelajaran agama Islam dan Al-Quran pada sebelah petang di semua sekolah Melayu dan langkah ini berjaya menarik peningkatan pelajar kepada 9,000 orang.e) Dasar pendidikan di sekolah Melayu yang diperkenalkan British ini memberi

Page 7: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

pelajaran minimum (membaca, menulis dan mengira) dan untuk melahirkan masyarakat petani yang lebih baik.f) Kurikulum (Bahasa Melayu-Jawi, Matematik Asas, Ilmu Kesihatan, Ilmu Alam, Sejarah, berkebun pada sebelah pagi dan Agama, Al-Quran pada sebelah petang). 

2.Sekolah Cina.

a. Kurikulum yang diajar selaras dengan pendidikan yang diajar di negara China seperti Kesusasteraan Cina Klasik, Bahasa Cina, Ilmu Hisab, Sains, Nyanyian, Lukisan dan Latihan Kejuruteraan.7.b.Tenaga pengajar didatangkan dari negara China dan sekolah dibiayai secara persendirian oleh masyarakat Cina melalui orang perseorangan yang kaya dan persatuan-persatuan Cina.c.British sedar camnpurtangan dan pengaruh kerajaan China ke atas sekolah Cina di Tanah Melayu semakin meluas maka pada tahun 1920, British menguatkauasakan Ordinan Pendaftaran Sekolah untuk mengawal perjalanan dan penubuhan sekolah-sekolah Cina.d.Kerajaan British mula memberi bantuan kewangan kepada sekolah-sekolah Cina mulai 1923.e.Terdapat sekolah rendah selama 6 tahun dan sekolah menengah 6 tahun seterusnya melanjutkan pelajaran ke universiti-universiti di China.

3.Sekolah Tamil.

a) Bermula pada pertengahan abad ke-19 hingga awal abad ke-20 akibat kemasukan buruh-buruh India untuk bekerja di ladang getah, kopi, kelapa dan tebu.b) Penubuhan awal sekolah Tamil bermula di Negeri-negeri Selat dan ditumpangkan di Sekolah Penang Free(1816) dan Sekolah Anglo-Tamil di Melaka.c) Sekolah Tamil ini pada mulanya dibiayai oleh orang perseorangan dan badan-badan sukarela dan didirikan di ladang-ladang getah di bawah pengurusan estet.d) Kurikulum sekolah ini memberi kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Mata pelajaran lain termasuk Ilmu Hisab, Ilmu Alam, Lukisan dan Kerjatangan, Pengetahuan Am dan Pendidikan Jasmani.e) Sekolah Tamil condong kepada negara India. Semua buku teks, kurikulum dan kebanyakan guru terlatih dibawa masuk dari India.f) Pada tahun 1930 seorang nazir bangsa Eropah telah dilantik untuk menyelia dan mengawas sekolah Tamil tetapi kemudian dimansuhkan pada 1932 dan diwujudkan semula pada 1938.

4.Sekolah Inggeris.

a) Sekolah Penang Free di Pulau Pinang (1816) adalah sekolah Inggeris yang pertama di Asia Tenggara. Seterusnya Sekolah Malacca Free pada 1826 kemudian di Singapura dan di negeri-negeri Melayu yang lain.

Page 8: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

b) Sekolah-sekolah Inggeris menggunakan bahasa pengantar Bahasa Inggeris sepenuhnya. Sekolah-sekolah ini biasanya terdapat di bandar-bandar dan terbahagi kepada tiga jenis iaitu sekolah Inggeris yang didirikan oleh mubaligh Kristian, sekolah kerajaan seperti Maktab Melayu Kuala Kangsar dan sekolah Inggeris persendirian.c) Kurikulum sekolah Inggeris berasaskan Senior Cambridge School Certificate Examination yang disusun di England. Lulusan sekolah Inggeris mempunyai peluang cerah dalam bidang pekerjaan.d) Kebanyakan pelajar terdiri daripada kaum Cina manakala golongan Melayu terdiri daripada golongan atasan. Dua tahap pendidikan iaitu peringkat menengah rendah dan menengah atas.e) Lulusan sekolah Inggeris yang baik akan melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma di Maktab Perubatan King Edward VII di Singapura (1912), Maktab Raffles (1919) atau ke peringkat ijazah di universiti-universiti di England.

C.Kesimpulan

Dasar pendidikan kolonial yang telah diperkenalkan oleh kerajaan British di Tanah Melayu telah menjadi sebab bermulanya sikap perkauman dan kurang interaksi antara kaum di Tanah Melayu.

Namun demikian kerajaan British mulai sedar pentingnya sistem pendidikan yang seragam dengan memperkenalkan Rancangan Cheeseman, Laporan Fern-Wu seterusnya Laporan Barnes bagi memenuhi kepuasan hati semua kaum.

4.Bincangkan peranan penuntut-penuntut Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) dalam perjuangan semangat nasionalisme di Tanah Melayu pada awal abad ke 20.A. Pendahuluan

Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) ditubuhkan pada tahun 1922 dan merupakan golongan berpendidikan Melayu yang bersifat radikal sederhana. Golongan ini memainkan peranan penting dalam arena politik Tanah Melayu pada tahun 1920-1930an. Golongan ini mahu melenyapkan kuasa penjajah di Tanah Melayu. Perjuangan MPSI adalah melalui bidang bahasa dan kesusasteraan.

B. Isi-isi.1. Menubuhkan Jabatan Karang Mengarang yang bertujuan mengeluarkan buku-bukuterjemahan,buku teks sekolah dan buku –buku bacaan umum untuk menimbulkansemangat kebangsaan.2. Pada tahun 1923, MPSI menerbitkan majalah Cenderamata dan majalah ini telah mendapat sambutan daripada para pelajar dan lulusan maktab ini. Majalah ini membincangkan pelbagai permasalahan yang dihadapi oleh orang Melayu.3 Majalah Guru diterbitkan pada tahun 1924. Majalah ini menyiarkan berbagai-bagai rencana pendidikan, sejarah dan cerpen yang bertujuan untuk memberikan pengajaran dan nasihat kepada para pembaca.4. Terdapat beberapa karya sastera yang dihasilkan oleh kakitangan dan guru pelatih MPSI. Antaranya ialah Melor Kuala Lumpur Harun Aminurrashid pada tahun 1930. Novel ini menceritakan masalah-masalah sosial yang dihadapi oleh orang-orang Melayu yang menekankan tugas dan kewajipan mereka dalam kehidupan moden. Novel ini adalah novel terawal diterbitkan dan memperlihatkan betapa besarnya

Page 9: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

peranan MPSI dalam membangunkan kesedaran sosial di kalangan intelek Melayu pada masa itu, iaitu guru-guru dan sekolah Melayu.5 . Persatuan Sastera Melayu juga ditubuhkan bagi menggalakkan pertumbuhan sastera Melayu. Banyak penulisan tentang kepincangan orang Melayu dan hasrat mereka untuk mencapai kemerdekaan daripada penjajah British. Orang Melayu mulai sedar bahawa mereka jauh ketinggalan berbanding dengan bangsa-bangsa lain.6. Majalah-majalah Seruan Azhar dan Pilihan Timur menyalurkan fahaman JamiahMalayu (iaitu Penyatuan Tanah Melayu dan Indonesia) dan fahaman anti-Penjajah.7. Penuntut-penuntut MPSI juga menubuhkan badan-badan bercorak politik iaitu BeliaMelayu (1930-1931) dan Kesatuan Melayu Muda (1938) bagi memperjuangkanhasrat mereka membebaskan tanah air daripada belenggu penjajah.8. Beberapa orang pemimpin politik Tanah Melayu juga begitu tertarik denganperkembangan politik Indonesia. Antaranya Ibrahim Yaacob dan Dr BurhanuddinHelmi. Mereka menyertai Parti Nasinalis Indonesia (PNI) dan tertarik denganperjuangan politik yang diasaskan oleh Sukarno.9 Kesedaran yang lahir di kalangan penuntut MPSI telah mendorong mereka untukmenyuarakan perasaan cintakan tanah air dan tentang kedudukan orang Melayu yangmasih mundur.

C. Kesimpulan

MPSI memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya dalam membangkitkan kesedaran semangat nasinalisme di kalangan orang Melayu. Penglibatan guru pelatih dan kakitangan MPSI merupakan satu sumbangan penting dalam gerakan awal kesedaran kebangsaan di Tanah Melayu.

5. Galurkan langkah-langkah ke arah kemerdekaan di Tanah Melayu antara tahun 1951-1957.

Pendahuluan.

Peristiwa Darurat 1948 telah mempercepatkan kemerdekaan. Pembentukan perlembagaan dan politik adalah penting untuk membanteras komunis. Perpaduan kaum telah meahirkan Parti Perikatan yang dianggotai UMNO,MCA dan MIC dan memainkan peranan penting dalam proses mencapai kemerdekaan. Kemerdekaan dicapai melalui rundingan pada 31 Ogos 1957.

Isi-isi.

1.Sistem Ahli.

a) Dimulakan dengan memperkenalkan Sistem Ahli iaitu pemimpin tempatan dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan.b) Taraf mereka sama dengan menteri dan menguasai jabatan seperti Dato’ Onn Jaafar (Hal Ehwal Dalam Negeri),EEC Thuraisingam(Pelajaran), Tunku Yaakob (Pertanian dan Perhutanan) dan Lee Ting Keng (Kesihatan). Ini memberi peluang

Page 10: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

kepada rakyat mendapat latihan secara demokrasi.

2.Pilihanraya Majlis-Majlis Tempatan.

a) British memperkenalkan pilihanraya sebagai usaha memberi rakyat memilih pemimpin di peringkat tempatan.b) Pada pilihanraya pertama, 9 kerusi dipertandingkan bagi Majlis Bandaran Pulau Pinang pada Disember 1951.c) Parti yang bertanding ialah Parti Radikal, Parti Buruh dan UMNO. Keputusannya Parti Radikal menang enam daripada sembilan kerusi.d) Pilihanraya Majlis Bandaran Kuala Lumpur diadakan pada Februari 1952. Parti Perikatan menang sembilan daripada dua belas kerusi, IMP dua kerusi dan Parti Bebas satu kerusi..e) Wakil yang terpilih akan membincangkan kepentingan awam dan ini merupakan pengalaman kepada mereka.

3.Pilihanraya Umum Persekutuan 1955

a) Pada 1953, Parti Perikatan menuntut agar pilihanraya diadakan bagi menempatkan wakil yang terpilih dalam Majlis Undangan Persekutuan.b) Hasil rundingan antara Tunku Abdul Rahman dengan British pilihanraya umum akan diadakan pada 27 Julai 1955. Parti yang bertanding ialah Parti Perikatan, PAS, Parti Negara, Parti Buruh dan Parti Progresif Perak.c) Dalam pilihanraya itu Parti Perikatan telah memenangi 51 daripada 52 kerusi dan PAS satu kerusi. Parti Perikatan telah diberi mandat untuk memulakan perundingan kemerdekaan Tanah Melayu

4.Rundingan Kemerdekaan.

a) Ucapan Tunku Abdul Rahman dalam Majlis Undangan Persekutuan telah mendesak British mempercepatkan kemerdekaan Tanah Melayu.b) Cadangan ini mendapat bantahan daripada Sultan Johor yang menganggap tempoh ini terlalu singkat. Untuk menyelesaikannya, 4 wakil raja-raja Melayu dan 4 wakil rakyat telah pergi ke London pada tahun 1956 dan wakil British Lord Lennox Boyd (Setiausaha Tanah Jajahan).c) Hasilnya, telah ditetapkan tarikh kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dengan syarat British menempatkan pengkalan tentera, Tanah Melayu menyertai Komanwel, pemerintahan demokrasi berparlimen dan pembentukan Suruhanjaya Reid.

5.Suruhanjaya Reid

a) Berperanan menggubal Perlembagaan Tanah Melayu 1957. Pengerusi Lord Reid, Sir Ivor jenning (Britain), Sir William McKell (Australia), B.Malik(India) dan Hakim Abd Hamid (Pakistan).

Page 11: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

b) Persidangan diadakan sebanyak 18 kali dan suruhanjaya telah menerima 131 memorendum yang berkaitan tuntutan semua kaum yang dikenali Pakatan Murni.c) Rang Perlembagaan diumumkan pada Februari 1957 dan ditandatangani oleh Majlis raja-raja Melayu dan Pesuruhjaya Tinggi serta diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan pada 15 Ogos 1957 dan bersetuju mengisytiharkan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Kesimpulan.

Kemerdekaan telah diisytiharkan di Stadium Merdeka oleh Perdana Menteri Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman. Kemerdekaan telah membawa Tanah Melayu meneruskan pemerintahan sendiri dan mencipta pelbagai kejayaan dalam bidang politik,ekonomi dan sosial.

SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN B(UNTUK PANDUAN PEMERIKSA)

7. Bincangkan sistem sosial masyarakat tradisional di Thailand dan Vietnam sebelum campurtangan Barat .

A. PendahuluanDalam pemerintahan bercorak feudal bagi masyarakat di negara-negara Asia Tenggara, wujud satu hirarki di bawah pemerintahan seorang raja dan kuasa seorang pembesar wilayah yang sangat jelas. Sistem ini berbentuk piramid iaitu terdapat golongan pemerintah dan yang diperintah. Di Vietnam, masyarakat feudal terdiri daripada maharaja, golongan mandarin (cendekiawan) dan rakyat (petani) , manakala di Thailand diterajui oleh golongan Raja dan Nai dan golongan diperintah iaitu Phrai dan That.

1. VietnamMasyarakat feudal Vietnam terdiri daripada maharaja di puncak teratas diikuti oleh

Page 12: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

golongan cendekiawan/pentadbir dan petani. Sistem pemerintahannya merupakan sistem pemusatan kuasa melalui birokrasi pusat. Golongan cendekiawan/pentadbir (mandarin) menduduki lapisan kedua dalam susun lapis masyarakat. Ini diikuti golongan petani.Dalam masyarakat tradisional Vietnam, taraf pendidikan, ijazah dan jawatan dalam pentadbiran awam serta kuasa merupakan pertimbangan penting. Syarat-syarat ini menandakan sama ada seseorang itu menjadi pegawai atau pekerja bawahan. Pendidikan berasaskan ajaran Confucius menjadi kayu ukur yang mengasingkan golongan petani dengan golongan mandarin. Golongan mandarin mempunyai kuasa besar dan berpengaruh. Mandarin bertanggungjawab menentukan beberapa aspek kehidupan rakyat termasuk keluasan rumah, bentuk dan warna pakaian yang mesti dipakai, upacara keagamaan yang berkaitan dengan pengkebumian. Hanya sebilangan kecil rakyat berpeluang menjadi golongan mandarin dan pangkat golongan mandarin tidak diwarisi.

Pada abad ke 19 masyarakat Vietnam tidak lagi terdiri daripada golongan bangsawan kerana Maharaja Gia Long telah menghapuskan keistimewaan yang dipegang oleh golongan bangsawan dan kerabat raja. Sejak tahun 1839, semua punca pendapatan golongan ini dibayar dengan wang dan beras.Rakyat miskin dan tidak mendapat sokongan mandarin hanya diberi pendidikan rendah supaya mereka memahami adat istiadat, kesopanan dan amalan hidup. Petani menjalankan kegiatan ekonomi sara diri seperti menanam padi sawah. Setiap kampung terlibat dalam pengkhususan seperti menenun atau membuat pertukangan tangan.

2. ThailandMasyarakat feudal Thailand kekal dengan sistem Nai-Phrai-That dan Sakdina. Institusi raja terletak pada lapisan teratas dan di bawahnya golongan bangsawan ( Khunnang atau Chao) dan putera-putera raja yang dikenali sebai Nai atau tuan masyarakat. Di bawah Nai ialah rakyat biasa (Phrai) diikuti golongan hamba(That). Golongan Sangha juga memainkan peranan penting dalam masyarakat feudal di Thailand. Asas kepada susun lapis ialah Sakdina contohnya Raja Muda diberi 100,000 sakdina manakala That 5 sakdina.

Golongan Nai merupakan golongan kedua penting selepas raja. Mereka terdiri daripada golongan Chao atau Khunnang dan berperanan sebagai pemimpin masyarakat. Golongan Phrai dikehendaki mendaftarkan diri dengan seorang Nai yang menjadi penaung dan pelindung. Hubungan Nai Phrai lebih kepada hubungan patron-client (penaung-pelanggan). Phrai menjadi sumber kekayaan dan kekuasaan golongan Nai. Golongan Nai bertanggungjawab terhadap segala aspek kehidupan Phrai termasuk keluarganya. Jika Nai gagal menjaga kebajikan Phrainya, beliau boleh dihukum. Phrai terdiri daripada rakyat lelaki bebas. Mereka dikehendaki mendaftar diri dengan seorang Nai dan jika gagal mereka dianggap sebagai penjenayah atau orang buangan masyarakat dan tidak mempunyai harta.hat adalah hamba kepada golongan nai atau Phrai yang kaya. Mereka tidak bebas tetapi berhak memiliki tanah dan harta. That mempunyai Sakdina sebanyak 5 rai. Tuan hamba kepada That tidak mempunyai kuasa mutlak ke atas semua aspek kehidupan That kerana terdapat undang-undang yang melindung That. Terdapat dua kelas That yang penting iaitu hamba belenggu hutang dan hamba tawanan perang. That lebih suka mengekalkan kedudukan sosial mereka kerana kehidupan That lebih senang berbanding Phrai. Sangha mempunyai kedudukan

Page 13: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

istimewa dan dikecualikan daripada sistem Nai-Phrai-That. Kedudukan sosialnya lebih tinggi dan mulia kerana sangha berperanan sebagai pendidik dalam soal keagamaan kepada semua lapisan masyarakat.C. KesimpulanStruktur sosial masyarakat feudal di Vietnam mempunyai mobiliti sosial melalui peperiksaan. Anak-anak petani yang lulus peperiksaaan mempunyai peluang dilantik sebagai pegawai perkhidmatan awam. Di Thailand, lebih terikat kepada golongan bangsawan, keturunan dan kekuatan sakdina.8. Bincangkan pelaksanaan adat masyarakat di India dan China sebelum campurtangan kuasa barat.A. PendahuluanAdat dan kepercayaan merupakan satu bentuk peraturan yang bertujuan untuk mengawal perlakuan anggota masyarakat yang mengamalkannya bagi mengekalkan keharmonian dan menjamin kesejahteraan. Sistem nilai yang terbentuk daripada adat dan kepercayaan ini berbeza mengikut masyarakat dan bangsa di negara –negara rantau Asia termasuklah negara China dan India. Antara adat yang diamalkan oleh masyarakat di negara China dan India adalah adat ibu hamil, adat perkahwinan, adat kelahiran bayi dan seumpamanya.

ChinaHukum adat di China diamalkan secara meluas bermula sejak seseorang itu dilahirkan hingga pada hari kematiannya. Dalam masyarakat Cina, wanita hamil tidak dibenarkan menyertai sebarang majlis sosial terutama majlis perkahwinan dan pengkebumian dari mula hamil hingga seratus hari selepas bersalin.Bagi wanita selepas bersalin pula mesti mengelakkan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran mentah sebab dipercayai ia terlalu ‘sejuk’ atau ‘yin’ kepada sistem badan dan mungkin akan menyebabkan ibu jatuh sakit. Kekuatan mereka akan dipulihkan dengan rehat yang banyak serta makanan yang baik. Mengikut adat masyarakat Cina, seseorang bayi yang baru dilahirkan ke dunia sudah berumur satu tahun dan semasa umurnya satu tahun didunia sudah dikira dua tahun.

Dalam soal perkahwinan, adat masyarakat Cina menjelaskan bahawa ia sudah diatur sejak kecil bertujuan agar hubungan keluarga tidak terputus selain untuk mengekalkan kesejahteraan dan tali persaudaraan. Pihak pengantin perempuan tidak mengadakan majlis perkahwinan sebaliknya majlis tersebut hanya diadakan pihak lelaki.

Satu adat yang penting dalam masyarakat feudal Cina adalah mempunyai anak lelaki dalam keluarga bertujuan bagi mengekal dan meneruskan nama keluarga tersebut. Ini jelas apabila dilihat seseorang anak perempuan yang berkahwin secara langsung akan memutuskan hubungan dengan keluarganya kemudian akan menggunakan nama keluarga suaminya.

Menurut adat, wanita Cina merupakan golongan yang sentiasa dikawal dan mesti tinggal di rumah. Justeru adat membebat kaki anak gadis yang berumur antara empat hingga lapan tahun dilakukan di samping untuk tujuan kecantikan. Keadaan ini akan menyebabkan pertumbuhan kaki tidak seimbang dan mereka hanya mampu melangkah kecil pada satu-satu masa. Secara langsung ini akan menghalang mereka daripada berjalan jauh dari rumah.

Adat memuja roh nenek moyang menambahkan lagi peri pentingnya memperoleh

Page 14: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

anak lelaki sebab seorang bapa yang tidak mempunyai anak lelaki tidak ada persembahan yang diletak di atas meja pujaan rohnya selepas dia meninggal dunia. Ini kerana dia dianggap telah gagal memenuhi tanggung jawab kepada bapa dan nenek. Masyarakat Cina sangat menghormati nenek moyang yang dianggap ketua keluarga dan nama baiknya harus dijaga. Penghormatan biasa dilakukan pada hari-hari tertentu seperti menyambut Tahun Baru.

Adat kowtow diamalkan oleh masyarakat yang ingin mengadap raja. Adat ini adalah untuk menunjukkan tanda hormat dan pandangan tinggi terhadap seseorang raja yang dikatakan sebagai wakil tuhan di muka bumi ini.

Adat di India.Masyarakat feudal di India sangat mementingkan adat dan kepercayaan yang diwarisi sejak zaman berzaman. Bagi ibu-ibu yang sedang hamil dilarang melakukan perbuatan buruk termasuklah mengumpat, dengki, bergaduh, memaki dan seumpamanya tetapi haruslah melakukan perbuatan yang baik seperti bersembahyang dan mendengar lagu-lagu agama. Dalam tempoh ini, segala perbuatan ibu yang hamil akan mempengaruhi anak yang dikandungnya.

Dalam adat perkahwinan, khidmat golongan orang tua atau institusi keagamaan sangat penting terutama dalam memilih hari yang baik bagi upacara perkahwinan itu akan dilangsungkan. Hal ini bertujuan agar menjamin kebahagiaan dan kesejahteraan pasangan yang akan berkahwin. Pihak keluarga perempuan yang akan menyediakan wang perkahwinan atau ‘gowri’ dan selepas berkahwin pengantin perempuan akan mengikut dan tinggal dengan keluarga lelaki.

Terdapat juga segelintir masyarakat feudal di India yang mengamalkan adat pembunuhan bayi perempuan sebab mereka menganggap perempuan akan membawa malang dalam keluarga.

Adat suttee diamalkan oleh masyarakat di India iaitu seseorang balu yang kematian suaminya perlu membakar diri mereka bersama-sama suami semasa upacara pembakaran mayat dijalankan.Ini bertujuan untuk menunjukkan kesetiaan seorang isteri terhadap suaminya.Ada juga balu yang tidak mahu mati bersama suaminya namun akan dipaksa oleh keluarga dan sanak saudara yang inginkan harta benda simati.

Selain itu adat thugge juga diamal oleh masyarakat di Selatan India. Adat ini adalah pembunuhan terhadap orang awam di jalan raya atas nama Dewa Kali. Ada kumpulan –kumpulan tertentu yang akan mencekik hingga mati dan mengorbankan nyawa seseorang untuk dipersembah kepada Dewa Kali dengan tujuan untuk menjaga kesejahteraan dan kemakmuran wilayah mereka.

Kesimpulan

Hubungan antara adat dan kepercayaan sangat penting dalam membentuk nilai dan norma dalam kehidupan masyarakat feudal di negara China dan India. Adat dan kepercayaan ini mempunyai peranan yang sangat besar sebagai panduan dan sempadan yang harus diikuti setiap masyarakat.

Perubahan masa dan keadaan sedikit sebanyak telah mengubah sebahagian adat

Page 15: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

dan kepercayaan yang diamalkan ini. Lebih-lebih lagi setelah berlaku campurtangan barat di negara –negara yang berkenaan di mana barat menganggap mereka yang mengamalkan adat dan kepercayaan ini adalah ortodoks dan tidak moden. 

9. Bincangkan kegiatan ekonomi sara diri masyarakat di Vietnam dan China.

PengenalanVietnam dan China mengamalkan sistem ekonomi sara diri sebelum kedatangan kuasa barat. Penduduk tempatan menjalankan kegiatan ekonomi seperti pertanian, perdagangan, perlombongan, penangkapan ikan dan mencari hasil hutan untuk memenuhi keperluan sendiri. Aktiviti ini dijalankan secara kecil-kecilan.

VietnamSebelum campurtangan kuasa barat, ekonomi Vietnam bergantung kepada ekonomi pertanian dan sedikit perdagangan. Tanaman utama adalah padi. Selain itu, Vietnam juga mengusahakan tanaman ubi keledek, jagung, kacang dan buah-buahan.

Dalam mengusahakan pertanian, Vietnam menggunakan sistem tali air. Melalui tali air ini mereka boleh mengairi kawasan tanah kering dan seterusnya boleh mengusahakan pertanian. Di Vietnam Utara mereka mengusahakan tanaman padi dua kali setahun.

Penananam padi di Delta Mekong berbeza dengan Vietnam Utara. Sistem tali airnya tidak sebaik Vietnam Utara di mana mereka bergantung kepada hujan. Selain itu sistem kawal banjir juga lebih rendah mutunya berbanding Vietnam Utara. Oleh sebab itu petani menjalankan penanaman padi setahun sekali di Delta Mekong.

Petani menyewa tanah untuk menjalankan pertanian, lazimnya ditindas oleh tuan tanah. Hasil tanaman setiap kampung kebanyakannya hanya cukup untuk sesuap makan sahaja. Dalam pada itu ada juga yang menjalankan perusahaan tembikar, tenunan, menganyam dan bertukang.

ChinaBergantung kepada kegiatan pertanian kerana 80% penduduknya adalah petani. Mereka mengamalkan ekonomi sara diri.

Kawasan yang subur untuk pertanian ialah di Delta Yang-Tze dan Hwang Ho. Banjir yang berlaku ketika hujan lebat bukan sahaja membawa bencana tetapi membantu menyuburkan tanah dan membolehkan petani menjalankan aktiviti pertanian

Page 16: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

mereka. Tanaman utama di kawasan ini ialah padi sawah.

Di kawasan yang kering terutama di kawasan utara China tanaman yang penting ialah sekoi, kacang tanah, gandum dan barli.

Di samping itu, aktiviti penternakan juga dijalankan. Antara haiwan yang diternak ialah ayam, khinzir, kerbau dan kuda.

Tanah dikawal sepenuhnya oleh kelas pertengahan. Golongan petani juga dikawal oleh mereka.

Orang China turut menanam sayur-sayuran sehingga melahirkan “vegetable civilization” di mana semua tanah kosong termasuk halaman rumah ditanam dengan sayur.

Kegiatan perdagangan antara kawasan adalah penting di China seperti di wilayah Fukien, Shantung, Tientsin, Peking dan Shanghai. Sungai Yang-Tze – Kiang adalah jalan perdagangan penting di China.

Kesimpulan

Sistem ekonomi sebelum kedatangan kuasa Barat di negara China dan Vietnam lebih banyak tertumpu kepada bidang pertanian. Penanaman padi sawah dan bukit menjadi sumber ekonomi yang utama. Kawasan pertanian pula tertumpu di kawasan lembah sungai. Ini kerana selain mempunyai tanah yang subur, ia juga menyediakan sistem pengairan yang baik. Peralatan yang digunakan masih bersifat tradisional dan dibantu oleh binatang untuk membajak sawah. Oleh itu hasil yang diperolehi hanya sedikit untuk kegunaan keluarga.

Walau bagaimanapun, sistem ekonomi tradisional telah mengalami perubahan yang mendadak setelah campurtangan kuasa barat dalam sistem politik tempatan. Kuasa Barat mula memperkenalkan sistem ekonomi komersial untuk mengaut sumber ekonomi tempatan.

Page 17: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

10. Bincangkan implikasi Perjanjian Nanking (1842) dan Perjanjian Bowring(1855) di Negara-negara berkenaan.

A. PendahuluanPerjanjian Nanking 1842 dan Perjanjian Bowring 1855 merupakan perjanjian pertama yang ditandatangani oleh China dan Thai dengan kuasa-kuasa Barat. Perjanjian ini telah membawa kepada bermulanya hubungan ke dua-dua negara tersebut dengan kuasa-kuasa Barat .

B. Perjanjian Nanking1. PolitikPerjanjian ini menjadi asas kepada China dalam mengadakan perjanjian dengan kuasa-kuasa-kuasa barat yang lain seperti Perancis, Rusia dan Amerika Syarikat. Perubahan dasar luar China daripada Dasar Tutup Pintu kepada dasar Buka Pintu.

China terpaksa membuka 5 pelabuhannya kepada pedagang-pedagang asing di samping menyerahkan Hong Kong kepada British. Kekalahan China dalan perang ini dan keterpaksaannya menerima syarat-syarat Perjanjian Nanking telah menjatuhkan martabat dan maruah China di kaca mata Barat dan masyarakat China sendiri.

Masyarakat tempatan China lebih bersemangat untuk terus menentang dan menjatuhkan Dinasti Manchu dengan melancarkan beberapa pemberontakan seperti Pemberontakan Taiping 1851-1864 dan Revolusi 1911.

Masyarakat China khususnya golongan terpelajar semakin sedar tentang perlunya negara China melaksanakan pembaharuan sehingga tercetusnya Gerakan Menguatkan Diri dan Reformasi 100 Hari.

2. Ekonomia. Tuntutan gantirugi perang sebanyak 21 juta tael oleh Brtish telah menjejaskan dan melemahkan ekonomi Chinab. Pembukaan pelabuhan-pelabuhan China telah menyebabkan kegiatan perdagangan China dengan negara-negara Barat semakin berkembangc. Kemasukan barang-barang barat dengan banyaknya menjejaskan barang-barang keluaran tempatan kesan berikutnya banyak industri tempatan terpaksa ditututup

Page 18: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

d. Peranan Cohong sebagai orang tengah telah ditamatkan seterusnya telah menutup sumber pendapatan golongan ini.

3. Sosiala. Beberapa adat tradisi China telah dihapuskan misalnya amalan kowtow orang Barat kepada Maharaja Chinab. Kemasukan mubaligh menyebabkan agama Kristian semakin berkembang di kalangan orang China dan telah menjejaskan adat resam dan agama Buddhac. Masyarakat China khususnya golongan terpelajar semakin terdedah dengan corak pemikiran serta idea-idea Barat.

C. Perjanjian BowringPolitik

Perjanjian ini menjadi asas perjanjian antara Siam dengan negara-negara barat yang lain seperti Perancis, Amerika Syarikat, Jerman dan sebagainya. Berlaku perubahan dasar luar Siam daripada Dasar Tutup Pintu kepada Dasar Buka Pintu kepada negara-negara barat.

Pembukaan konsul-konsul barat ke Bangkok dan sebaliknya telah mengeratkan hubungan Siam dengan negara-negara Barat.

Hubungan erat Siam dengan negara-negara Barat dapat mengelakkan pencerobohan Barat seterusnya dapat mempertahankan kemerdekaan Siam.

Pengambilan pakar dan penasihat daripada pelbagai negara Barat membantu Raja Mongkut melaksanakan pembaharuan dan permodenan di negara tersebut.

Ekonomi

Perjanjian Siam dengan kuasa-kuasa Barat telah membuka Siam kepada pedagang barat dan perdagangan antarabangsa. Kemasukan pelabur-pelabur barat membantu mempercepatkan perkembangan ekonomi Siam daripada ekonomi sara diri kepada ekonomi komersial.

Berlaku perkembangan pesat dalam sektor padi, tebu dan kayu jati berikutan pembinaan kilang-kilang beras, gula dan papan oleh pemodal-pemodal Barat.

Penetapan kadar cukai import dan eksport telah menguntungkan perdagangan antara Siam dengan negara-negara Barat. Kemasukan pemodal Barat dan pengenalan ekonomi moden telah mengurangkan monopoli golongan bangsawan terhadap beberapa sumber ekonomi seperti kayu jati.

Perkembangan pelaburan barat juga mengurangkan dan telah menyaingi peranan kaum China dalam ekonomi Siam

Sosial

Raja Mongkut memansuhkan beberapa adat resam seperti amalan menghadap raja, perhambaan dan buruh kerah .

Page 19: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

Sistem pendidikan Barat mula diperkenalkan dan berkembang di Siam.

Usaha-usaha meningkatkan taraf hidup rakyat telah dilaksanakan oleh Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn dengan memodenkan sistem perhubungan dan kesihatan dengan bantuan penasihat Barat.

C.Kesimpulan

Perjanjian Nanking banyak memberi kesan negetif kepada China kerana selepas perjanjian ini politik dan ekonomi China semakin lemah. Suasana ini diburukkan lagi dengan timbulnya penentangan orang China untuk menjatuhkan Manchu. Perjanjian Bowring pula memberi banyak kesan positif kerana ia bukan sahaja mempercepatkan pemodenan Siam tetapi yang lebih penting kedaulatan Siam terus dapat dipertahankan .

11. Bincangkan kesan pendudukan Jepun di Thailand dan Indonesia.

Pengenalan

Pendudukan Jepun di Asia Tenggara (1941-1945) telah meninggalkan pelbagai kesan baik dan buruk kepada Thailand dan Indonesia. Thailand tidak diserang oleh Jepun sebab memberi laluan ke Asia Tenggara manakala penjajah Belanda pula berjaya di usir oleh Jepun dari Indonesia.Thailand

a. Semasa Perang Dunia Kedua, Thailand di bawah perdana Menteri Phibun Songgaram telah mengamalkan dasar pro Jepun sebab mahu mengekalkan kemerdekaan dan yakin Jepun akan menang.

Kesannya Thailand memperoleh wilayah-wilayah Kemboja dan Laos yang dilepaskan Perancis dan Negeri Melayu Utara kepada British. Melalui dasar tersebut Thailand membenarkan Jepun menggunakan wilayahnya untuk memasuki Tanah Melayu dan Mynmar. Namun begitu dasar itu tidak mendapat sokongan sepenuhnya sebab terdapat satu pergerakan bawah tanah yang anti- Jepun di bawah pimpinan Pridi Phanomyong.

Manakala di luar Thailand iaitu di Amerika Syarikat ,M.A. Seni Pramoj membentuk pergerakan “ Free Thai “. Ini adalah gerakan bawah tanah yang bekerjasama dengan Pridi untuk mengusir Jepun.

Dasar Pro Jepun mulai berubah apabila Jepun mula mengalami kekalahan dalam Perang Dunia Kedua. Pada Julai 1944 Phibun Songgaram meletakkan jawatan dan digantikan oleh Khuang Aphaiwong.

Selepas pendudukan Jepun agenda utama Thailand adalah memulihkan hubungan dengan kuasa-kuasa barat. Politik di Thailand (1944-1947) dipengaruhi oleh Nai Pridi

Page 20: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

Phanomyong.

Pada September 1945, Seni Pramoj dilantik menjadi Perdana Menteri baru menggantikan Khuang Aphaiwong memandangkan beliau calon paling sesuai memulihkan hubungan Thailand dengan pihak Berikat.

Thailand menandatangani perjanjian-perjanjian diplomatik dengan Britain, Amerika Syarikat dan Perancis. Pada 1946 Thailand diterima menjadi ahli Pertubuhan Bangsa Bersatu.

Keadaan politik di Thailand selepas Perang Dunia Kedua adalah tidak stabil. Seni Pramoj hanya menjadi perdana menteri selama 5 bulan sahaja dan digantikan semula oleh Khuang Aphaiwong pada Januari 1946. Beliau pula hanya berkuasa selama 3 bulan sebab pada bulan Mac Pridi Phanomyong mengambil alih pemerintahan. Seterusnya Pridi digulingkan oleh Phibun Songgaram pada 1948. Akhirnya Phibun dijatuhkan oleh golongan tentera pada tahun 1957.

Indonesia

Indonesia di kuasai oleh Jepun sejak tahun 1942-1945. Dari segi pentadbiran Indonesia dibahagikan kepada 3 unit pentadbiran iaitu Sumatera, Jawa dan Indonesia Timur (Kalimantan). Jepun telah mengekalkan sistem pentadbiran asas Belanda dan memerintah Indonesia melalui golongan elit (priyayi).

Dari segi ekonomi, pendudukan Jepun mengakibatkan inflasi buruk, pengedaran wang kertas yang tidak terkawal dan kekurangan makanan.

Dari segi sosial, penderitaan rakyat rakyat kerana kebuluran dan taraf hidup merosot. Namun ia telah membangkitkan semangat kebangsaan Indonesia melalui kejayaannya mengusir Belanda dengan mudah dan propaganda-propaganda Jepun.

Jepun telah membebaskan nasionalis-nasionalis Indonesia yang dipenjarakan Belanda (Sukarno dan Hatta). Membentuk PUTERA dan PETA untuk mengembangkan nasionalisme tempatan.

Jepun juga memberi latihan ketenteraan dan pentadbiran kepada golongan belia Indonesia. Penubuhan MASJUMI untuk menyebarkan perasaan anti-Belanda.

Membentuk jawatankuasa persediaan kemerdekaan yang dipengerusikan Sukarno. Pancasila sebagai lambang perpaduan negara.

Selepas Jepun berundur Sukarno mengisytiharkan “kemerdekaan” Indonesia pada 17 Ogos. Maka berlakulah Revolusi Kemerdekaan Indonesia (1945-1949). Kedua-dua pihak cuba membuat perdamaian/perjanjian tetapi tidak kekal lama contohnya Perjanjian Linggajati 1946 dan Perjanjian Renville 1948.

Akibat peperangan antara kedua-dua pihak menjejaskan politik dan ekonomi Asia Tenggara maka PBB terpaksa campurtangan. Ekoran tekanan PBB, maka Belanda memberikan kemerdekaan pada 27 Disember 1949.

Page 21: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

Kerajaan sementara pimpinan Sukarno (Presiden) dan Hatta (Perdana Menteri). Ketidakstabilan politik selepas kemerdekaan merupakan ciri politik penting kerana terdapat 7 kabinet dari 1949-1958.

Kesimpulan.

Pendudukan Jepun merupakan satu titik peralihan yang mempercepatkan proses kemerdekaan Indonesia manakala Thailand dapat terus mengekalkan kemerdekaannya ekoran peraturan/dasar politiknya yang bijak oleh pemimpin-pemimpin Phibun Songgram, Pridi Phanomyong dan Seni Pramoj.

12. Huraikan sistem pemerintahan di Indonesia dan India selepas merdeka.

PendahuluanIndonesia merupakan negara yang telah dijajah oleh Belanda manakala India oleh British. Selepas merdeka, kedua-dua negara mengamalkan sistem pemerintahan bercorak republik.

Indonesia1. Sistem pemerintahan Indonesia berbentuk republik demokrasi. Terdapat seorang Presiden dan seorang Naib Presiden. Kabinet mempunyai kuasa eksekutif. Indonesia diperintah mengikut sistem parlimen di mana kabinet bertanggungjawab kepada parlimen. Presiden Indonesia mempunyai hak memerintah seumur hidup. Demokrasi negara diatur dan dipandu oleh Presiden.

2. Parlimen mengandungi satu dewan sahaja iaitu Dewan Perwakilan Rakyat yang mempunyai ahli seramai 260 orang yang berkhidmat untuk tempoh empat tahun. Dewan ini tidak mempunyai banyak kuasa untuk mengawal Presiden.

3. Terdapat 19 wilayah di Indonesia yang setiap satunya diperintah oleh Gabenor. Wilayah pula dibahagikan kepada kabupaten. Bandar kecil dan kampung ialah unit paling bawah dalam pentadbiran.

IndiaIndia merupakan sebuah negara kesatuan. Dibahagikan kepada tiga badan utama, iaitu eksekutif, perundangan dan kehakiman. Presiden adalah ketua badan eksekutif tetapi kuasa pemerintahan diketuai oleh perdana menteri. Beliau dilantik untuk tempoh selama 5 tahun. Kuasa presiden adalah seperti –

a. mengetuai kuasa eksekutifb. ketua tertinggi angkatan tentera

Page 22: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

c. melantik perdana menteri dan ahli kabinet

Perdana Menteri mempunyai kuasa antara lain seperti berikut ;

a. ketua bahagianb. mempunyai kuasa pemerintahan sebenarc. membuat dasar-dasar kerajaan

Tiga unit dalam badan perundangan ialah

a. Presidenb. Dewan Negeri ( Rajya Sabha ) dengan 250 orang ahli yang berkhidmat untuk tempoh 6 tahun. Semua ahli dipilih kecuali 12 dilantik oleh presidenc. Dewan Rakyat ( Lok Sabha ) dengan 500 orang ahli yang berkhidmat selama 6 tahun

India dibahagi kepada beberapa negeri dan setiap negeri diketuai oleh Gabenor yang dilantik oleh presiden untuk tempoh 5 tahun. Kerajaan pusat mempunyai kuasa ke atas negeri. Setiap negeri dibahagi kepada daerah , daerah kecil dan taluk ( tahsil ). Daerah diketuai oleh Pemungut sebagai pemungut cukai atau majistret.

Kesimpulan

Sistem pentadbiran yang tersusun dan bercorak demokrasi ini telah berjaya mewujudkan keadaan yang aman dan meningkatkan pencapaian ekonomi negara masing-masing

Ia juga memberi kesan kepada kewujudan bandar-bandar baru dan sistem sosial yang lebih baik seperti pendidikan, kesihatan dan infrastruktur.

Page 23: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

PERCUBAAN PERAK 2009PERCUBAAN STPM 2009940/2 

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SELARASSIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA2009

SKEMA JAWAPAN

SEJARAH

Kertas 2

Sejarah Malaysia, Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur (1800 – 1963)

Disediakan oleh:

Page 24: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

Jawatankuasa Kurikulum Sejarah STPMJPN PerakSoalan 1

Huraikan peranan raja di Negeri-Negeri Melayu sebelum campur tangan British pada tahun 1874.

Pendahuluan (3/2 markah)

Sebelum campurtangan British di Perak pada tahun 1874, Negeri-negeri Melayu diperintah oleh Raja-raja Melayu. Sultan dan raja menduduki heirarki tertinggi dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran negeri masing-masing. Selepas Islam bertapak gelaran raja bertukar menjadi sultan dan dianggap sebagai ‘Amirul Mukminin’ atau pemimpin bagi orang mukmin. Kerajaan-kerajaan yang menerima warisan kesultanan Melaka seperti Johor, Pahang, Perak dan Kedah mengekalkan gelaran sultan sehingga abad ke-19. Begitu juga Kelantan dan Terengganu. Negeri Sembilan menggunakan gelaran Yamtuan Besar manakala Perlis yang mengekalkan gelaran Raja. Namun demikian, semua Raja-raja Melayu ini mempunyai peranan luas dalam politik, ekonomi dan sosial sehingga campur tangan Inggeris pada tahun 1874.

Isi – (20 markah)

i. Politik

a. Ketua kerajaan

Ø Sultan berada pada kedudukan yang tertinggi dalam struktur pemerintahan dan pentadbiran negeri. Sultan bertindak sebagai ketua kerajaan. Sultan mempunyai kuasa mutlak dan hak sultan tidak boleh dipersoal. Rakyat tidak boleh membantah perintah sultan kerana dianggap mengengkari perintah Tuhan. Perintah sultan menjadi undang-undang. Oleh itu, perintah sultan wajib dipatuhi walaupun bertentangan dengan hukum manusia dan hukum agama. Sultan juga berkuasa menggubal undang-undang, menjatuhkan hukuman termasuk hukuman bunuh serta berhak mengampunkan pesalah.

b. Melantik pembesar

Ø Sultan berkuasa melantik sesiapa sahaja untuk memegang sebarang jawatan pembesar negeri. Baginda berhak melantik sesiapa sahaja untuk memegang jawatan Bendahara dan pembesar-pembesar yang lain. Baginda juga berhak melantik penggantinya sendiri, iaitu dalam kalangan putera-putera baginda. 

Ø Sehingga tahun 1874 di Perak, jawatan Bendahara dipegang oleh keluarga diraja. Jawatan Temenggong dijawat oleh pembesar daerah Kota Lama, Kuala Kangsar. Tiada ketetapan dibuat mengenai jawatan Orang Kaya Besar dan Jawatan Menteri dipegang pembesar Larut. Pembesar Berlapan yang dilantik sultan ialah Maharaja Lela iaitu pembesar Pasir Salak, Laksmana pembesar Durian Sebatang, Sri Andika Raja, pembesar Ulu Perak, Shahbandar, pembesar Daerah Bandar di Hilir Perak, Panglima Kinta iaitu pembesar daerah Kinta, Panglima Bukit Gantang, Sri Agar diraja ,pembesar Kampong Gajah dan Imam Paduka Tuan, iaitu satu jawatan agama Islam. Sementara di Selangor pula beberapa jawatan pembesar yang dilantik oleh sultan ialah Penggawa Permatang, Penggawa Tua, Penghulu Aru dan Orang Kaya Kechil.

Page 25: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

Ø Sultan juga melantik pembesar-pembesar daerah menerusi sepucuk surat dan hadiah sebilah pedang sebagai lambang jawatannya. Di dalam surat tauliah itu dinyatakan nama daerah yang dikurniakan tetapi tidak ditentukan butir-butir sempadannya. Biasanya pembesar dipilih secara turun temurun dalam kalangan keluarga pembesar berkenaan. Sultan hanya akan campur tangan memilih pembesar yang baru dari keturunan lain sekiranya keturunan pembesar tadi ketiadaan waris.

c. Sultan menentukan hubungan diplomatik

Ø Sultan lebih aktif dalam menjalin hubungan hal ehwal luar berbanding bertindak sebagai ketua perang. Perjanjian dengan kuasa-kuasa asing tidak sah jika tidak ditandatangani oleh sultan. Selain itu, ia juga memerlukan tanda tangan 12 orang pembesar. Kebimbangan campur tangan Inggeris di Tanah Melayu menjadikan hubungan sultan dengan para pembesar kian rapat. Kehadiran British di Perak pada tahun 1875 membawa kepada perjumpaan-perjumpaan antara sultan dengan pada pembesar. 

Ø Namun demikian, ada juga pembesar yang menentang sultan secara halus tidak hadir dalam pertemuan seumpama ini. Misalnya pada tahun 1875 pentadbir British telah bersusah payah untuk mendapatkan tanda tangan pembesar-pembesar Perak yang tidak hadir di Pangkor dalam tahun 1874 untuk menandatangani persetiaan Melayu-Inggeris itu.

d. Sultan berperanan sebagai ketua pertahanan

Ø Sultan menjadi ketua tentera bagi negeri masing-masing. Sekiranya berlaku peperangan, sultan akan mengetuai angkatan tentera bagi mempertahankan negara daripada serangan musuh atau menakluk negara lain. Baginda bertanggungjawab menjaga keamanan negara daripada ancaman luar. Pada tahun 1830 an-1870an di Negeri-negeri Melayu tidak terdapat peperangan luar yang serius atau ancaman perang. Kedatangan British juga tidak menggunakan tentera yang besar, hanya menggunakan tentera Negeri-Negeri Selat sahaja.

Ø Oleh yang demikian, peranan sultan sebagai ketua tentera tidak menonjol pada masa ini. Malah perang saudara yang berlaku antara tahun 1865-1875 banyak melibatkan perang saudara antara pembesar-pembesar. Hanya di Pahang berlaku pemberontakan seorang pembesar tetapi sultan telah mengarahkan pembesar lain untuk menamatkan pemberontakan tersebut.

ii. Ekonomi

Ø Sultan berkuasa mutlak ke atas sumber ekonomi. Sultan mengambil bahagian dalam perniagaan dan mendapat keuntungan yang lumayan. Baginda berkuasa dalam soal perburuhan, hasil pertanian, perdagangan dan pemungut cukai. Sultan berperanan menyelaras sistem cukai dalam jajahan takluknya serta mempunyai hak mendapat hasil pungutan cukai negerinya. Contohnya, Sultan Abdul Samad menerima hasil cukai (bijih timah) daerah Kelang daripada Raja Mahadi. Sultan Pahang memperoleh cukai import yang dikenakan di muara Sungai Pahang berjumlah $50,000 setahun. Dari segi pertanian sultan berhak mengerahkan rakyat bertani. Baginda mewakilkan urusan itu kepada para pembesar negeri. 

Page 26: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

Ø Sultan juga berkuasa melaksanakan sistem kerah. Melalui sistem ini rakyat dikerah melaksanakan sesuatu pekerjaan untuk sultan tanpa dibayar upah dalam tempoh masa yang tertentu. Antara pekerjaan yang terlibat ialah membina istana, menjadi tentera,membina jalan, membina jambatan, membina benteng pertahanan, membersih sungai dan sebagainya. Golongan bangsawan dikecualikan daripada sistem ini. Orang biasa yang berstatus tinggi juga dikecualikan dari sistem ini. Contohnya di Kedah mereka yang dikecualikan dari sistem ini ialah golongan syed (keturunan nabi), golongan baik-baik seperti haji, lebai, penghulu, kakitangan masjid dan orang suruhan istana. Sistem ini menunjukkan perbezaan status sosial dalam kalangan rakyat.

iii. Sosial

a) Lambang dan memelihara perpaduan negeri.

Ø Di Negeri-negeri Melayu pada abad ke-19 terdapat beberapa faktor yang membawa kepada perselisihan dan perpecahan. Di dalam sesebuah negeri, selain Negeri Sembilan terdapat pelbagai kebudayaan yang diamalkan oleh rakyatnya. Pembesar-pembesar daerah merupakan pusat-pusat kuasa tempatan. Tentangan sering berlaku dalam kalangan mereka dan mengganggu pentadbiran pusat. Malah mereka sering juga menentang sultan dan ada kalanya menentang pelaksanaan perintah raja di daerah mereka.

Ø Namun demikian, untuk menjaga kepentingan perdagangan, pertahanan negeri dan ketenteraman dalam satu kawasan yang lebih luas dari sebuah daerah memaksa mereka tunduk kepada sultan . Mereka tidak bersedia untuk memusnahkan kesultanan itu sendiri, walaupun pertentangan dan perebutan takhta sering berlaku dalam kalangan pembesar. Mereka melihat tidak ada satu sistem lain sebaik sistem beraja yang diamalkan.

Ø Kedudukan sultan sebagai lambang perpaduan diperkukuhkan dengan baginda diberi kekeramatan dan kuasa-kuasa sakti. Antaranya, baginda dikatakan berdarah putih, menggunakan lambang-lambang kebesaran seperti pakaian dan peralatan berwarna kuning, memiliki alat-alat muzik sendiri seperti nobat, nafiri, seruling dan terumpet. Alatan lain seperti kayu gamit, puan naga, taru, kemala, surat chiri, cop halilintar, ubor-ubor dan lain-lain.

Ø Selain itu, terdapat juga senjata-senjata seperti pedang, tombak dan keris panjang serta penggunaan bahasa dalam atau bahasa istana yang dikhaskan untuk sultan dan kerabatnya. Semua hak-hak keistimewaan ini bertujuan untuk mengagung-agungkan seseorang sultan supaya rakyat taat setia kepada baginda. Sesiapa yang melanggar perintah sultan pula dikatakan akan mendapat tulah, seperti kemalangan dan kesengsaraan.

(b) Ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu

Ø Sultan juga bertindak sebagai ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu. Sultan dianggap sebagai khalifah Allah di bumi dan menjadi penaung kepada masyarakat

Page 27: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

Melayu. Sultan juga memainkan peranan penting untuk menyebarkan agama Islam di dalam negeri dan seluruh tanah jajahannya. Lantaran itulah istana memainkan peranan penting sebagai tempat penyebaran agama Islam di Tanah Melayu.

Ø Hanya sedikit sahaja istiadat yang dihadiri oleh sultan sebagai pemimpin rakyat . Peranannya tidak begitu aktif. Upacara-upacara besar dalam masa pemerintahan baginda ialah hari pertabalan dan pemakaman. Pada masa ini pembesar dan rakyat jelata akan berhimpun. Pada masa perayaan besar tahun Islam seperti Hari Raya Puasa, sultan akan mengadakan majlis jamuan.

Kesimpulan (2/3 markah)

Kesimpulannya, sultan memainkan peranan yang cukup besar sama ada dalam bidang politik, ekonomi mahupun sosial. Pengenalan sistem Residen pada tahun 1874 di Perak, seterusnya Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang telah menjejaskan kedudukan kuasa sultan dari sudut politik, ekonomi dan sosial. Sultan kini hanya berkuasa dalam bidang agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja , semua kuasanya yang lain dibolot oleh Residen Inggeris.

Soalan 2

Bincangkan kegiatan ekonomi di Malaysia sebelum campur tangan British.

Pendahuluan (3/2 markah)

Kegiatan ekonomi Tanah Melayu sebelum campur tangan British lebih bersifat sara diri dan komersial. Kegiatan perdagangan juga dijalankan oleh saudagar-saudagar tempatan (Raja-raja Melayu dan pembesar-pembesar Melayu). Di Sabah dan Sarawak kegiatan ekonomi sara diri dan komersial dijalankan oleh kaum Iban, Bidayuh, Melanau dan Melayu. Di Sabah masyarakat pribumi yang menjalankan kegiatan ekonomi saradiri ialah orang Bajau, Kadazan/Dusun, Melayu Brunei dan Kedayan. Mereka menjalankan kegiatan pertanian seperti menanam padi huma, padi sawah, mencari hasil hutan dan memburu binatang. Sebilangan penduduk ada yang menjalankan kegiatan perniagaan dan perdagangan.

Isi : (20 markah)

A. Kegiatan Ekonomi di Tanah Melayu (10 markah)

1. Kegiatan Ekonomi Saradiri

a. Penanaman Padi.

Ø Padi merupakan tanaman utama yang diusahakan oleh masyarakat Melayu tradisional. Padi ditanam untuk kegunaan sendiri bukan untuk jualan. Dua jenis padi yang ditanam iaitu padi huma dan padi sawah. Padi huma di tanam di kawasan tanah tinggi seperti di lereng-lereng bukit kerana tidak memerlukan air yang banyak. Penanaman padi huma dijalankan secara pertanian pindah yang kebiasaan dijalankan oleh orang Asli seperti Semai Jakun dan Temiar.

Page 28: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

Ø Padi sawah pula dipercayai diperkenalkan oleh orang Siam dan Minangkabau. Padi sawah ditanam di kawasan tanah rendah dan di kawasan yang mempunyai banyak air. Kebanyakan kawasan penanaman padi sawah adalah kawasan yang subur seperti tebing-tebing sungai dan tanah pamah persisiran pantai.

Ø Kawasan penanaman padi yang utama ialah Kuala Selangor, Dataran Perlis, Seberang Prai, Pahang dan Negeri Sembilan. Walau bagaimanapun beras masih diimport oleh Selangor, Perak dan Negeri Sembilan. Padi sawah memerlukan banyak air. Antara kaedah yang digunakan ialah sistem pengairan . Melalui sistem ini air sungai disekat dengan membina empangan yang diperbuat daripada kayu, kincir air dan terusan. Kaedah yang digunakan dalam penanaman padi ialah menggunakan binatang untuk membajak, najis binatang, kuku kambing untuk menanam padi.

b. Tanaman-tanaman Lain.

Ø Selain tanaman padi, tanaman-tanaman lain juga ditanam iaitu jagung, kopi, tembakau, pisang tebu, ubi kayu, lada hitam gambir, kelapa dan keledek.

c. Hasil hutan .

Ø Memungut hasil hutan merupakan kegiatan tradisi masyarakat Melayu. Antara hasil hutan ialah rempah-ratus, kayu-kayan, rotan, damar, madu lebah, nipah, buluh, kapur barus, buah-buahan, getah jelutung, kayu cendana serta pelbagai hasil hutan yang lain. Pengumpulan hasil-hasil hutan ini dilakukan orang-orang Melayu dan Asli.

d. Memburu binatang

Ø Masyarakat Melayu tradisi menjalankan kegiatan memburu binatang sebagai kegiatan sampingan. Antara binatang yang diburu termasuklah pelanduk, kancil, rusa, seladang dan ayam hutan. Kegiatan berburu dijalankan secara meluas di Pahang dan Terengganu. Kegiatan menjerat gajah juga dijalankan kerana gajah boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan . Gajah digunakan sebagai alat pengangkutan atau pengangkutan utama golongan pemerintah ,di samping menjadi lambang ketinggian taraf seseorang pemerintah. Gajah juga dijadikan hadiah oleh pemerintah atau persembahan serta kenderaan semasa peperangan. Kegiatan menjerat gajah dijalankan secara meluas di Pahang kerana terdapat banyak binatang liar di negeri tersebut.

e. Penternakan

Ø Antara kegiatan menternak binatang utama masyarakat Melayu ialah ayam, itik, lembu dan kerbau. Selain menjadi sumber makanan, binatang ternakan seperti lembu dan kerbau juga digunakan untuk membajak sawah dan menarik kayu.

f. Perikanan

Ø Kegiatan menangkap ikan merupakan kegiatan utama masyarakat Melayu yang tinggal di kawasan persisiran pantai, tasik, dan sungai. Hasil tangkapan digunakan untuk keperluan diri dan lebihannya dijual atau dikeringkan.

Page 29: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

Ø Penduduk di Kelantan, Terangganu dan Pahang menjalankan kegiatan menangkap ikan di laut antara bulan Mac hingga Oktober. Kegiatan menangkap ikan dihentikan antara bulan November hingga Februari kerana keadaan laut yang bergelora dan berbahaya kepada nelayan. Cara menangkap ikan berbeza-beza dan bergantung kepada keadaan setempat, sungai atau laut. Antara alat-alat yang digunakan untuk menangkap ikan di sungai dan tasik ialah serampang, tombak, tali kail, bubu, jala, pukat, pancing, jaring, tangguk, kelong, gawai, jermal, serkap dan lukah. Alat-alat yang digunakan menangkap ikan di laut ialah pukat, jala, jaring kelong dan rawai. 

2. Kegiatan ekonomi komersial.

a. Padi dan beras.

Ø Di Kedah , Perlis dan Kelantan kegiatan penanaman padi adalah bersifat separa sara diri dan berorientasikan komersial. Kedah mengeksport beras ke Pulau Pinang. Manakala Kelantan pula mengeksport beras ke Singapura. Negeri-negeri yang dapat menghasilkan lebihan hasil beras ialah Selangor, Perak dan Terengganu. Mereka mampu membekalkan beras kepada negeri-negeri Melayu lain.

b. Hasil Hutan

Ø Hasil hutan merupakan kegiatan ekonomi komersial yang sangat diperlukan oleh para pendagangan. Antara hasil hutan yang dieksport ialah rotan, damar, gading gajah dan sebagainya.

c. Kegiatan pertanian dagang.

i. Lada hitam dan gambir

Ø Lada hitam dan gambir banyak ditanam di Johor dan Pulau Pinang. Di Johor penanaman lada hitam dan gambir dijalankan oleh orang-orang Cina. Temenggong Daeng Ibrahim memberi hak berekonomi kepada tauke-tauke dan ketua kongsi gelap Cina bagi mengusahakan ladang-ladang lada hitam melalui Sistem Kangcu atau Surat Sungai.

ii. Kopi

Ø Ditanam oleh peladang-peladang Eropah. Kopi ditanam secara besar-besaran di Selangor, Negeri Sembilan dan Johor.

d. Tanaman jualan lain

Ø Tanaman tebu banyak ditanam di Seberang Perai dan Krian. Orang Eropah memainkan peranan penting dalam penanaman. Banyak kilang memproses tebu didirikan di kawasan ini. Ubi kayu banyak diusahakan di Melaka, Selangor dan Negeri Sembilan. Ditanam secara meluas pada pertengahan abad ke-19.

3. Kegiatan Perlombongan

a. Bijih Timah

Page 30: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

Ø Diusahakan oleh raja dan pembesar Melayu. Antara pembesar Melayu yang menjalankan kegiatan pelombongan bijih timah ialah Long Jaafar, Ngah Ibrahim dan Raja Jumaat. Mereka menggunakan buruh-buruh Cina. Kawasan kegiatan bijih timah yang utama ialah Kinta, Larut, dan Dinding di Perak; Sungai Ujong dan Sungai Linggi di Negeri Sembilan; Sungai Selangor dan Sungai Kelang di Selangor. 

b. Emas.

Ø Diusahakan di Pahang, Terengganu, Negeri Sembilan dan Johor. Pada peringkat awal emas diusahakan oleh orang-orang Minangkabau dari Sumatera.

B. Kegiatan Ekonomi di Sarawak ( 5 markah )

1. Kegiatan Ekonomi Sara diri.

a. Penanaman Padi.

Ø Padi huma diusahakan oleh orang Iban,Bidayuh dan Kenyah. Diusahakan secara bergotong-royong. Padi huma diusahakan oleh masyarakat Kelabit yang tinggal di kawasan bukit Hulu Sg.Baram. Sistem tali air dibina untuk mengairi kawasan sawah.

b. Perikanan.

Ø Dijalankan oleh orang Melayu yang tinggal di kawasan persisiran pantai Kaum Iban menjalankan penangkapan ikan di kawasan sungai terutamanya di Sungai Rejang, Saribas dan Batang Lupar.

c. Tanaman-tanaman lain.

Ø Antara tanaman lain yang ditanam ialah lada hitam, pokok buah-buahan dan pokok mengkuang. Orang Melanau menjalankan kegiatan memproses sagu di Oya dan Mukah.

d. Perlombongan

Ø Antimoni diusahakan oleh orang Bidayuh.

e. Perdagangan.

Ø Dijalankan oleh orang Melanau dan Brunei di kawasan sempadan. Barang-barang yang didagangkan ialah sagu.

2. Kegiatan ekonomi komersial

a. Lada hitam

Ø Tanaman eksport terpenting pada zaman pemerintahan Brooke. Diusahakan oleh peladang Cina terutamanya pengusaha daripada Singapura.

Page 31: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

Ø Brooke memberi tanah kepada saudagar-saudagar Cina untuk membuka kebun lada hitam. Antara tahun 1935-1939 Sarawak merupakan pengeksport kedua terpenting selepas Indonesia.

b. Gambir.

Ø Harga gambir meningkat pada tahun 1890-an. Brooke memberi tanah kepada peladang Cina. Gambir ditanam secara meluas di Bau. Pada awal abad ke-20, tanaman gambir mulai merosot kerana harganya tidak stabil.

c. Sagu.

Ø Sagu ditanam secara meluas di antara tahun 1850-1860. Diusahakan oleh orang Melayu dan Inggeris. Inggeris membuka kilang di Mukah dan memberi wang pendahuluan kepada pekebun-pekebun kecil. Mulai abad ke-20 orang Cina mulai mengambil alih kegiatan ini dan kemudian menguasai perusahaan sagu.

d. Perlombongan.

Ø Emas dilombong di Bau oleh orang Cina. Antimoni dilombong di Bahagian Pertama Sarawak. Pembesar Melayu menggunakan tenaga buruh Dayak. 

C. Kegiatan ekonomi di Sabah. ( 5 markah )

1. Kegiatan ekonomi sara diri

a. Penanaman Padi

Ø Tanaman makanan utama. Padi sawah diusahakan oleh orang Kadazan dan Dusun. Kawasan penanaman padi yang utama ialah Tuaran, Papar, Penampang dan lembah bukit di Ranau, Keningau dan Tambunan. Padi huma ditanam di lereng-lereng bukit landai di kawasan pedalaman yang bergunung-ganang. Padi huma diusahakan oleh orang Murut dan Bajau.

b. Tanaman-tanaman lain

Ø Jagung, ubi kayu, keledek, buah-buahan dan sayur-sayuran merupakan ‘ makanan selang”

c. Pertukangan

Ø Dijalankan oleh kaum Bajau. Mereka terkenal dengan kemahiran bertukang besi, menenun kain dan memacu kuda.

d. Perikanan

Ø Dijalankan oleh masyarakat Melayu Brunei dan Kedayan. Dijalankan di sepanjang pantai perairan Sabah dan bersempadan dengan Brunei.

Page 32: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

e. Penternakan

Ø Binatang yang diternak ialah kerbau, ayam, itik dan khinzir. Dijalankan oleh suku kaum dusun dan Kadazan.

2. Kegiatan Ekonomi Komersial

a. Tembakau

Ø SBUB telah menggalakkan penanaman tembakau. Tembakau mula diusahakan oleh orang-orang Cina. Selepas tahun 1884, peladang-peladang Belanda dan Jerman memainkan peranan penting dalam penanaman tembakau. Kawasan tumpuan ialah Pantai Timur Sabah. Pada tahun 1890 terdapat 60 estet tembakau yang kebanyakan tertumpu di Bahagian Timur Laut dan Pantai Timur Sabah.

Ø Peladang menggunakan tenaga buruh dari Singapura dan Hong Kong. Pada penghujung abad ke-19 penanaman tembakau merosot apabila permintaan dari Amerika merosot.

b. Perlombongan.

Ø Emas diusahakan oleh orang Cina di Sungai Segama. Petroleum diusahakan secara komersial oleh SBUB.

Kesimpulan ( 2/3 markah )

Kegiatan ekonomi di Malaysia sebelum kedatangan Barat bersifat sara diri dan komersial. Kegiatan ekonomi sara diri adalah untuk keperluan diri dan keluarga sendiri. Kegiatan ini menjadi komersial apabila lebihan yang ada dijual atau ditukar dengan barangan lain. Setelah kedatangan Barat, kegiatan ekonomi sara diri masih wujud dan kegiatan komersial serta perdagangan semakin berkembang. 

Page 33: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

Soalan 3

Bincangkan perluasan pengaruh asing di Sarawak hingga tahun 1841 dan di Sabah hingga tahun 1881.

Pendahuluan (3/2 markah)

Sarawak dan Sabah pada awalnya di bawah penguasaan Kesultanan Brunei manakala pada penghujung abad ke 19 sebahagian Sabah diserahkan kepada Kesultanan Sulu. Menjelang abad ke 19, Sarawak dan Sabah menjadi rebutan antara kuasa Barat. British sendiri mula menunjukkan minat terhadap Borneo sejak tahun 1760 tetapi gagal. Namun begitu, pengaruh asing yang bertapak di Sarawak dan Sabah ini melibatkan pedagang-pedagang Barat dan individu secara bersendirian.

A. Sarawak (10 markah)

Pengaruh James Brooke

Ø Perluasan kuasa asing di Sarawak dimulai dengan kehadiran James Brooke. Kehadiran James Brooke pada peringkat awal bertujuan untuk menyampaikan ucapan terima kasih dan hadiah British dari Gabenor Negeri-Negeri Selat iaitu S.G Bonham kepada Pangeran Muda Hashim kerana menyelamatkan pelaut British di pantai Kuching.

Ø Kehadiran James Brooke pada 1839 di Sarawak diwarnai dengan kekacauan lanun dan pemberontakan . Pemberontakan yang dicetuskan oleh Pangeran Usop bapa saudara Sultan Omar Ali Saifuddin II untuk menentang Pangeran Indera Mahkota (PIM) iaitu pembesar Brunei yang memerintah Sarawak. Kekejaman Pangeran Indera Mahkota melalui sistem percukaian yang membebankan menyebabkan orang Melayu dan Dayak menyokong Pangeran Usop.

Ø Kegagalan Pengeran Indera Mahkota telah membawa kepada penghantaran Pangeran Muda Hashim oleh Sultan Brunei untuk memberhentikan kekacauan di Sarawak. Namun beliau gagal menanganinya lalu meminta bantuan Gabenor Negeri-negeri Selat tetapi permohonan Pangeran Muda Hashim telah ditolak.

Ø James Brooke tertarik dengan perkembangan tersebut lalu kembali ke Sarawak. Pengeran Muda Hashim telah memohon pertolongan daripada James Brooke dan berjanji

Page 34: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

akan memberikan wilayah Serian dan Kuching serta jawatan Gabenor Sarawak jika beliau berjaya memberhentikan pemberontakan.

Ø James Brooke telah menerima tawaran tersebut lalu ke Sarawak bersama pasukan tentera yang diiringi dua meriam besar dan bergabung dengan Pangeran Muda Hashim . Akhirnya pemberontakan dapat dipatahkan pada Disember 1840.

Ø Tekanan James Brooke terhadap Pangeran Muda Hashim untuk memenuhi janjinya akhirnya memaksa Pangeran Muda Hashim melantik James Brooke sebagai Gabenor Sarawak yang sah pada 1841. Untuk mengukuhkan kekuasaannya, James Brooke mengadap Sultan Brunei untuk mendapat pengiktirafan serta menandatangani perjanjian penyerahan Sarawak kepada James Brooke dengan menggunakan gelaran Raja Sarawak.B. Sabah (10 markah)

Pengaruh Syarikat Borneo Utara British (SBUB)

i. Charles Lee Moses

Ø Kehadiran pengaruh asing di Sabah melibatkan beberapa tokoh pedagang. Pengaruh asing di Sabah bermula apabila pada tahun 1865 seorang warga Amerika iaitu Charles Lee Moses mendapat hak pajakan ke atas Sabah daripada Sultan Brunei dan Pangeran Temenggung selama 10 tahun.

Ø Beliau berjaya menubuhkan satu syarikat, iaitu American Trading Company of Borneo.

ii. Joseph Torrey

Ø Namun begitu Charles Lee Moses telah menjual hak pajakannya kepada pedagang Amerika yang berpusat di Hong Kong diketuai oleh Joseph Torrey dan membuat petempatan di Sungai Kimanis.

Ø Joseph Torrey juga gagal untuk mengaut keuntungan lalu menjual konsesinya kepada Baron Von Overback iaitu konsul Jeneral Austria di Hong Kong.

iii. Gustavas Baron Von Overback

Ø Overback telah menjalankan usahasama dengan syarikat British yang dimiliki oleh Dent bersaudara pada tahun 1877.

Ø Kerjasama ini telah mencetuskan satu perjanjian baru antara Sultan Brunei iaitu Sultan Abdul Mumin pada 1877 yang melibatkan penyerahan bahagian pantai Barat Sabah dan Sultan Brunei memperolehi ganjaran 5000 setahun. 

Ø Manakala Sultan Sulu iaitu Sultan Jamal Al-Alam pada 1878 menyerahkan bahagian Timur Sabah dengan bayaran 5000 setahun.

iv. Alfred Dent

Ø Pada tahun 1881 , Baron Von Overback pula, menjual haknya kepada Dent bersaudara menyebabkan Dent mempunyai kuasa sepenuhnya untuk mentadbir Sabah. Namun Dent berhadapan dengan masalah untuk mentadbir Sabah.

Page 35: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

Ø Akhirnya beliau telah menubuhkan SBUB. Dent juga telah memohon daripada Ratu England untuk memperolehi taraf Piagam Di raja.

Ø Pada tahun 1881 juga kerajaan British memberi taraf berkenaan. Bermula episod baru dalam penjajahan British di Sabah.

Kesimpulan (2/3 markah )

Akhirnya pada penghujung abad ke-19, Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu telah kehilangan hak dan kepentingan di wilayah Sabah dan Sarawak sepenuhnya.Campurtangan kuasa asing dalam politik Sabah dan Sarawak akhirnya telah mencetuskan penentangan kalangan rakyat tempatan dan timbulnya gerakan kesedaran.

Page 36: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

Soalan 4

Jelaskan perubahan-perubahan politik, ekonomi dan sosial di Negeri-negeri Melayu dari tahun 1874 hingga tahun 1896.

Pendahuluan (3/2 markah)

Campur tangan British di Negeri-negeri Melayu pada abad ke-19 menandakan bermulanya proses perubahan di Tanah Melayu meliputi aspek politik, ekonomi dan sosial. Terdapat pelbagai perubahan yang telah berlaku di Negeri-negeri Melayu sepanjang tempoh 1874 hingga 1896. Perubahan-perubahan ini berlaku akibat pelaksanaan Sistem Residen di Perak (1874). Sistem ini kemudiannya diperluaskan ke Selangor dan Sungai Ujung pada 1875, Pahang pada 1888 dan Negeri Sembilan pada 1895.

Isi- ( 20 markah )

A. Perubahan Politik

Ø Sultan kehilangan kuasa pentadbiran di tangan Residen Inggeris. Residen merupakan pentadbir sebenar walaupun sepatutnya Residen adalah penasihat kepada Sultan dalam bidang pentadbiran. Sultan hanya berkuasa dalam hal-hal yang berkaitan dengan adat istiadat Melayu dan agama Islam sahaja. Sultan terpaksa akur dengan arahan Residen yang bertanggungjawab kepada Gabenor Negeri-Negeri Selat. Residen Inggeris pertama di Perak, JWW Birch cuba melaksanakan pelbagai pembaharuan radikal sehingga mengakibatkan berlakunya penentangan di Perak pada 1875 yang turut meragut nyawanya sendiri.

Ø British telah memperkenalkan pentadbiran berbentuk birokrasi. Pentadbiran negeri diketuai oleh Residen dan dibantu oleh pegawai-pegawai British. Pentadbiran peringkat daerah diketuai oleh Pegawai Daerah. Di peringkat mukim diketuai oleh Penghulu , Majistret atau Pemungut Cukai . Di peringkat kampung diketuai oleh Ketua Kampung . Kedua-duanya bertanggungjawab kepada Residen. Pejabat-pejabat kerajaan dibuka untuk melicinkan pentadbiran, memungut cukai, melaksanakan undang-undang dan mengawal keamanan.

Ø Majlis Mesyuarat Negeri ditubuhkan di setiap negeri yang terlibat dengan Sistem Residen bagi menggantikan Majlis Melayu. Segala keputusan akan diputuskan oleh Residen. Sultan telah kehilangan kuasa pentadbiran termasuk tidak boleh mempunyai tentera sendiri. Bidang kuasa keselamatan negeri terletak di bawah kekuasaan Residen. British telah membawa masuk anggota polis dan tentera terutamanya dari India untuk mengawal keselamatan dan ketenteraman negeri-negeri Melayu.

Ø Residen bertindak bersendirian dan mengikut budi bicara mereka dalam menjalankan

Page 37: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

pentadbiran di negeri-negeri Melayu. Tidak ada garis panduan yang jelas dan nyata tentang tugas serta peranan Residen. Situasi ini mewujudkan masalah kerana kejayaan atau kegagalan sistem Residen bergantung kepada kebijaksanaan dan keperibadiaan seseorang Residen. Dalam warkah rasmi Pejabat Tanah Jajahan bertarikh 1 Jun 1876, tugas Residen hanyalah penasihat kepada Sultan dalam hal-hal pentadbiran kecuali yang berkaitan dengan adat resam orang Melayu dan agama Islam.

Ø Residen tidak boleh memaksa Sultan untuk menerima nasihatnya tetapi amat memerlukan kerjasama Sultan dan pembesar bagi menjayakan pentadbirannya. Keadaan ini jelas apabila JWW Birch yang bongkak, sombong dan tidak menghormati orang Melayu gagal di Perak tetapi Hugh Low pula sebaliknya. Begitu juga dengan kejayaan Frank Sweettenham di Selangor.

Ø Sistem perundangan Barat telah diperkenalkan dengan menggunakan Hukum Kanun Jenayah India. Pengenalan undang-undang Barat telah mengakibatkan Sultan dan pembesar Melayu kehilangan kuasa menjatuhkan hukuman terhadap pesalah. Peranan Sultan dan pembesar telah diambilalih oleh hakim-hakim atau majistret yang dilantik untuk mengendalikan pelaksanaan sistem perundangan di negeri-negeri Melayu. Raja Idris pernah menjadi hakim Mahkamah Kuala Kangsar.

Ø Pasukan polis telah diperbesarkan di negeri-negeri yang melaksanakan Sistem Residen. Pelaksanaan undang-undang yang teratur juga telah dijalankan termasuk mendirikan mahkamah dan pelantikan majistret. Kesannya keamanan telah dapat diwujudkan di negeri-negeri Melayu dan telah membolehkan kegiatan ekonomi berjalan lancar.

Ø Dalam Majlis Mesyuarat Negeri, Sultan dilantik sebagai Presiden majlis untuk memberi nasihat kepada Residen. Majlis ini turut dianggotai oleh pembesar Melayu dan wakil pedagang Cina. Peranan majlis ini termasuklah membincangkan soal pembahagian hasil dan perbelanjaan negeri, melaksanakan tugas-tugas perundangan dan kehakiman, soal perlantikan pembesar Melayu dan menguruskan hal ehwal agama Islam.

B. Perubahan Ekonomi

Ø Perkembangan ekonomi yang pesat terutamanya kegiatan perlombongan bijih timah dan perusahaan getah. Kawasan-kawasan baru perlombongan bijih timah telah dibuka terutamanya di Lembah Kinta dan pada 1890 telah menjadi kawasan utama pengeluaran bijih timah bagi menggantikan Larut. Kegiatan pertanian ladang juga telah berkembang pesat terutamanya tanaman getah. Dasar tanah yang liberal telah diperkenalkan untuk pembukaan kawasan lombong dan ladang getah yang baru. 

Ø Undang-undang Buruh turut dilonggarkan bagi menggalakkan kemasukan imigran dari India dan China untuk menampung keperluan tenaga buruh lombong bijih timah dan ladang getah. Modal asing turut masuk secara besar-besaran ke negeri-negeri Melayu. Perkembangan ekonomi telah meningkatkan hasil pendapatan dan eksport. Eksport negeri-negeri Melayu telah meningkat daripada $1,906,952.00 kepada $9,691,786.00 pada 1885.

Ø Selain Sultan, pembesar-pembesar Melayu turut menerima nasib yang sama apabila kehilangan kuasa pentadbiran dan hak memungut cukai kepada pegawai-pegawai British. Tugas-tugas pembesar termasuk memungut cukai telah diambilalih oleh Pegawai Daerah,

Page 38: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

Majistret atau Pemungut Cukai. Keadaan ini mengakibatkan berlakunya penentangan di kalangan pembesar seperti penentangan Dato Maharaja Lela di Perak dan Dato’ Bahaman di Pahang.

Ø Peranan Sultan dan pembesar dalam hal-hal yang berkaitan dengan ekonomi juga turut berubah. Kuasa Sultan dan pembesar dalam memungut cukai telah diambilalih oleh pegawai-pegawai British. Cukai yang dipungut digunakan untuk pembangunan negeri. Sultan dan pembesar dibayar gaji atau elaun tetapi tidak mencukupi. Mereka bukan sahaja kehilangan sumber pendapatan tetapi juga pengaruh. Natijahnya berlakulah penentangan terhadap Inggeris di Perak dan Pahang.

C. Perubahan Sosial

Ø Dari segi sosial, keamanan Negeri-negeri Melayu dipulihkan. Sistem Residen berjaya mewujudkan keadaan yang stabil, sistem pentadbiran berjaya diperkemaskan. Perebutan takhta, perbalahan pembesar Melayu, pergaduhan kongsi gelap serta masalah perlanunan telah dapat ditamatkan atau dikurangkan secara beransur-ansur. Ini termasuklah perebutan takhta di Perak, perbalahan pembesar di Selangor dan Sungai Ujung serta masalah kongsi gelap (Ghee Hin dan Hai San) di Perak dan Selangor.

Ø Sistem Residen yang diperkenalkan telah membawa kepada pertambahan penduduk yang pesat di Negeri-negeri Melayu khususnya di kawasan pantai Barat. Pelaksanaan dasar buruh yang longgar serta galakan kerajaan Inggeris telah menyebabkan berlaku imigrasi penduduk Cina dan India secara beramai-ramai ke Tanah Melayu.

Ø British turut campur tangan dalam adat resam orang Melayu terutamanya dalam hal perhambaan, pungutan cukai dan pelaksanaan hukuman. Campur tangan ini sukar diterima oleh orang Melayu sehingga mereka sanggup menentang pentadbiran Inggeris terutamanya di Perak pada 1875.

Ø British juga datang sebagai pemodal dan membawa imigran lain datang ke Tanah Melayu. Akibatnya terbentuk masyarakat majmuk di negeri-negeri Melayu. Proses urbanisasi atau perkembangan bandar-bandar turut berlaku di Negeri-negeri Melayu. Bandar-bandar ini wujud dan berkembang hasil daripada perkembangan pesat kegiatan ekonomi terutamanya perlombongan bijih timah. Bandar-bandar ini termasuklah Taiping, Kuala Kangsar, Ipoh, Kuala Lumpur, Ampang dan Seremban.

Ø Perkembangan ekonomi moden di Negeri-negeri Melayu akibat pelaksanaan Sistem Residen 1874 sehingga 1896 turut membawa kemajuan pesat terhadap kemajuan infrastruktur. Jalan raya dan jalan keretapi telah dibina bagi menghubungkan kawasan perlombongan bijih timah dan ladang-ladang getah dengan bandar dan pelabuhan. Pada 1880an, Perak dan Selangor telah membelanjakan hampir 50% daripada belanjawan negeri untuk memajukan kemudahan perhubungan.

Ø Landasan keretapi yang pertama dibina di Perak menghubung Taiping ke Port Weld pada tahun 1885 manakala pada 1886, landasan keretapi yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Bukit Kuda, Kelang telah dibina dan pada 1899 dipanjangkan ke Port Swettenham. Di samping itu perkhidmatan telefon dan telegraf turut diperkenalkan di Perak pada 1876 dan telah diperluaskan ke Kuala Lumpur pada tahun 1891.

Ø Perkhidmatan kesihatan mula diperkenalkan pada1878 dengan pembinaan hospital di

Page 39: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

Taiping dan Kuala Lumpur. Menjelang 1896, Perak mempunyai 15 buah hospital, Selangor mempunyai 14 buah manakala Negeri Sembilan 3 buah dan 2 buah di Pahang. Perkhidmatan kesihatan sangat penting untuk mengawal wabak penyakit terutamanya beri-beri yang sering menyerang pekerja-pekerja lombong biijih timah.

Ø Satu kejayaan penting dalam bidang sosial ialah penghapusan amalan perhambaan. Di Perak, Hugh Low berjaya menghapuskan sistem perhambaan pada 1884. Usaha-usaha yang sama juga dilakukan di Negeri Sembilan. Penghapusan sistem perhambaan membawa kerugian besar kepada para pembesar kerana mereka kehilangan sumber tenaga kerja serta telah merubah struktur masyarakat Melayu tradisional.

Kesimpulan (2/3 markah)

Perubahan-perubahan politik, ekonomi dan sosial yang berlaku di Negeri-negeri Melayu dari tahun 1874 sehingga 1896 telah mendatangkan kesan positif dan negatif. Kelemahan pelaksanaan Sistem Residen dan kejayaannya telah menyedarkan British untuk memperbaikinya sehingga membawa kepada penubuhan Persekutuan 1896.

Soalan 5

Huraikan langkah-langkah ke arah kemerdekaan Tanah Melayu dari tahun 1949 hingga tahun 1957.

Pendahuluan (3/2 markah)

Perjuangan ke arah berkerajaan sendiri dan pembinaan negara bangsa di Tanah Melayu terserlah dengan kejayaan membentuk perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 bagi menggantikan Malayan Union (1946). Perisytiharan darurat yang bermula tahun 1948 secara tidak langsung telah menyemarakkan lagi semangat perjuangan ke arah kemerdekaan. Pengalaman Tanah Melayu menghadapi ancaman Parti Komunis Malaya (PKM) semasa darurat telah mencetuskan kesedaran dalam kalangan penduduk terutamanya golongan nasionalis bagi memperjuangkan kemerdekaan tanahair. Kemenangan besar Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC dalam Pilhanraya Umum 1955 telah membolehkan parti itu membentuk kerajaan dengan diketuai oleh Tunku Abdul Rahman sebagai Ketua Menteri. Setelah itu, perjuangan ke arah kemerdekaan semakin kemas sehinggalah Persekutuan Tanah Melayu berjaya mencapai kemerdekaan secara rasmi pada 31 Ogos 1957.Isi – (20 markah)

1. Jawatankuasa Perhubungan Antara Kaum (JAK)

Ø Dato’ Onn bin Jaafar yang merupakan Yang Dipertua UMNO mendapati pentingnya diwujudkan perpaduan kaum sebagai mengukuhkan perjuangan ke arah kemerdekaan. Dengan ini Jawatankuasa Perhubungan Antara Kaum (JAK) telah ditubuhkan pada 10 Januari 1949.

Ø JAK pada mulanya terdiri daripada 15 orang pemimpin pelbagai kaum yang dipengerusikan oleh E.E.C Thuraisingam. Orang Melayu diwakili oleh Dato’ Onn manakala

Page 40: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

orang Cina diketuai oleh Tan Cheng Lock. Walau bagaimanapun langkah Dato’ Onn membuka keahlian UMNO kepada orang bukan Melayu bagi mewujudkan perpaduan telah ditentang hebat dan menemui kegagalan.2. Sistem Ahli (1951)

Ø Kegiatan komunis sepanjang tempoh darurat telah menyebabkan ketegangan antara kaum khususnya di antara orang Melayu dan Cina. Keadaan ini membimbangkan kerajaan kolonial Britsih lalu memulakan langkah ke arah kemerdekaan.

Ø Pada tahun 1951, Henry Gurney telah memperkenalkan Sistem Ahli yang bertujuan memberi pendedahan dan latihan pentadbiran kepada rakyat tempatan untuk memerintah negara sendiri.

Ø Melalui Sistem Ahli, pemimpin tempatan dilantik menjadi ahli Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan. Mereka diberi tanggungjawab ke atas beberapa jabatan kerajaan pusat. Ia bertujuan mewujudkan kerjasama antara pelbagai kaum di semua peringkat pentadbiran demi perpaduan kaum. Pada tahun 1951, Sistem Ahli terdiri daripada dua orang Melayu, seorang Cina, seorang India, dan seorang Ceylonese.

3. Pilihanraya

Ø Selepas pembentukan Sistem Ahli, British telah memperkenalkan pilihanraya untuk memberi ruang kepada rakyat memilih pemimpin mereka di peringkat tempatan.Langkah ini juga sebagai latihan ke arah demokrasi berparlimen.

Ø Pilihanraya Majlis Perbandaran Georgtown Pulau Pinang diadakan pada tahun 1951. Parti Perikatan UMNO-MCA dibentuk pada tahun yang sama untuk bertanding menentang Parti Buruh dan Parti Radikal. Keputusannya Parti Radikal memenangi 6 daripada 9 kerusi.

Ø Pada tahun 1952, Parti Perikatan berjaya mengalahkan Parti Kemerdekaan Tanah Melayu (IMP) dalam Pilihanraya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur. Perikatan memenangi 9 kerusi, IMP memiliki 2 kerusi, manakala 1 kerusi lagi dimenangi Parti Bebas.

Ø Berikutan kemenangan itu, keanggotaan Sistem Ahli telah ditambah dengan mewujudkan beberapa portfolio baru. Dato’ Onn bin Jaafar dilantik menjawat portfolio Hal Ehwal Dalam Negeri, E.E.C Thuraisingam Portfolio Pelajaran, Kolonel H.S.Lee Portfolio Pengangkutan, dan Dato’ Nik Ahmad Kamil memegang Portfolio Kerajaan Tempatan. Dr Ismail bin Abd. Rahman memegang portfolio Hasil Bumi.

Ø Pada 27 Julai 1955, Malayan Indian Congress (MIC) telah bergabung dengan Perikatan UMNO-MCA lalu membentuk Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC. Dalam Pilihanraya Umum pertama (1955), Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Pilihanraya telah memberi pengalaman secara langsung amalan sistem demokrasi kepada penduduk Tanah Melayu.4. Pembentukan Kabinet Persekutuan Tanah Melayu

Ø Kemenangan besar Parti Perikatan dalam Pilihanraya 1955 memberinya mandat untuk membentuk kerajaan/kabinet. Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai ketua Perdana Menteri bagi Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Kabinet beliau dianggotai oleh 10 orang Menteri, iaitu enam dari UMNO, 3 dari MCA, dan 1 dari MIC.

Page 41: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

Ø Sesungguhnya kejayaan membentuk kerajaan dan pemerintahan melalui prinsip demokrasi telah mengukuhkan lagi usaha ke arah kemerdekaan.

5. Rundingan Kemerdekaan

Ø Pada bulan Ogos 1955, Lennox- Boyd, Setiausaha Tanah Jajahan telah berbincang dengan Tunku Abdul Rahman mengenai usaha pemberian taraf berkerajaan sendiri.Tunku Abdul Rahman telah mengetuai satu rombongan ke London untuk membincangkan kemerdekaan PTM. Rombongan disertai oleh 4 orang wakil Raja-Raja Melayu dan 4 orang wakil Parti Perikatan. Rundingan kemerdekaan dipengerusikan oleh Lennox-Boyd, Setiausaha Tanah Jajahan British berjalan selama tiga minggu dari 18 Januari hingga 8 Februari 1956.

Ø Hasilnya Perjanjian London 1956 telah ditandatangani antara Parti Perikatan dengan kerajaan British. Beberapa persetujuan dicapai, antaranya ialah:

i) PTM akan diberikan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957ii) Harta benda dan perdagangan British di Tanah Melayu tidak akandimiliknegara oleh Perikataniii) British bebas menjalankan kegiatan ekonomi di Tanah Melayuiv) Sebuah suruhanjaya akan dibentuk untuk menggubal satu perlembagaan baruv) Pangkalan tentera British akan dikekalkan di Tanah Melayu.6. Suruhanjaya Reid

Ø Kesan daripada Perjanjian London, Suruhanjaya Reid telah ditubuhkan pada Jun 1956 yang diketuai oleh Lord Reid. Ahli-ahlinya terdiri daripada pakar perundangan dari negara-negara Komanwel. Suruhanjaya ini bertujuan mengadakan tinjauan dan mendapatkan pandangan rakyat mengenai bentuk pemerintahan yang akan diamalkan kelak.

Ø Suruhanjaya Reid mencadangkan supaya:

i) Ketua kerajaan Persekutuan Tanah Melayu ialah seorang Rajaii) Raja-Raja Melayu lain kekal mengetuai negeri masing-masingiii) Melaka dan Pulau Pinang diketuai oleh Yang DiPertua Negeriiv) Sistem kerajaan Persekutuan terdiri daripada Kerajaan Pusat manakalakerajaan negeri dikekalkanv) Ahli Parlimen akan dipilih melalui pilihanraya umumvi) Selepas 10 tahun merdeka, hak istimewa orang Melayu akan dikaji semula

Ø Laporan Suruhanjaya Reid telah dikaji semula dan beberapa pindaan telah diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan pada Ogos 1957. Dalam satu memorandum tolak ansur (Pakatan Murni) di antara UMNO, MCA dan MIC, sebanyak lima perkara telah disepakati untuk menjadi asas pemerintahan Tanah Melayu, iaitu kedudukan Raja-raja Melayu, agama Islam, Bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu, dan kewarganegaraan.

Ø MCA dan MIC sedia menerima kedudukan istimewa orang Melayu dan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan manakala UMNO pula menerima prinsip jus soli mengenai

Page 42: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

pemberian kewarganegaraan kepada orang Cina dan India; mereka juga bebas mengamalkan bahasa ibunda dan kepercayaan agama masing-masing.7. Pengisytiharan kemerdekaan

Ø Pada 9 Mei 1957, Tunku Abdul Rahman dan rombongan telah berangkat ke London untuk merundingkan hal kemerdekaan.Tepat jam 12.01 minit pagi pada 31 Ogos 1957, bendera Union Jack telah diturunkan dan bendera PTM telah dikibarkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur sebagai menandakan tamatnya penjajahan Inggeris ke atas Tanah Melayu. Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan dalam satu upacara gilang gemilang di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Kesimpulan (2 /3 markah)

Perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu merupakan satu proses yang panjang dan menarik. Kemerdekaan dicapai menerusi kerjasama antara kaum dan kebijaksanaan kepemimpinan tempatan. Kemerdekaan telah mengembalikan semula kedaulatan bangsa Melayu dan tanahair yang telah dijajah oleh Inggeris sejak tahun 1874. Pengalaman pahit getir semasa dijajah merupakan peristiwa sejarah yang cukup bermakna kepada seluruh penduduk Tanah Melayu.

Soalan 6

Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan dasar luar Malaysia dari tahun 1957 hingga tahun 1963.

Pendahuluan (3/2 markah )

Dasar luar merupakan interaksi sesebuah negara dengan negara lain. Melalui dasar luar sesebuah negara akan menyatakan pendirian terhadap perkembangan yang berlaku di luar sempadannya. Pembentukan dasar luar Malaysia di antara tahun-tahun 1957 hingga 1963 banyak dipengaruhi faktor dalaman dan luaran. Faktor dalaman dan luaran ini pula berkaitan dengan prinsip utama negara yang meliputi pelbagai aspek seperti soal keselamatan negara, kebajikan rakyat, keutuhan negara dan sebagainya.

Page 43: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

Isi – ( 20 markah)

1. Geografi

Ø Malaysia terletak di kawasan yang paling strategik di dunia. Malaysia berada di tengah-tengah laluan utama perdagangan dunia, iaitu laluan yang menghubungkan Lautan Hindi dan Lautan Pasifik. Ini menjadikan laluan Selat Melaka sebagai laluan tersibuk di rantau Asia Tenggara. 

Ø Selat Melaka menjadi laluan utama bagi pedagang-pedagang di antara Timur Jauh, Timur Tengah dan India. Berasaskan kedudukan ini Malaysia meletakkan pendirian yang bebas dan berkecuali sebagai keutamaan dalam pembentukan dasar luarnya. Oleh itu Malaysia berusaha menjadikan rantau Asia Tenggara sebagai rantau yang aman, bebas dan berkecuali daripada sebarang pengaruh luar. 

2. Ekonomi

Ø Kepentingan ekonomi mempengaruhi penggubalan dasar luar Malaysia. Sebagai pengeluar bahan mentah utama seperti bijih timah, getah dan kelapa sawit, Malaysia memerlukan pasaran luas dan menyeluruh di peringkat antarabangsa bagi memasarkan barangan dan hasil negara.

Ø Malaysia mengharapkan rakan dagang di seluruh dunia bukan sahaja untuk memasarkan hasil keluarannya tetapi juga memerlukan pelbagai barangan dari luar untuk keperluan rakyatnya. Jalinan hubungan dagang dengan pelbagai negara akan dapat meningkatkan hasil ekspotnya dan menjadikan pelabuhan di Malaysia sebagai destinasi pelabuhan utama di dunia. 

3. Sejarah dan demografi

Ø Sejak dahulu lagi Malaysia menjalinkan hubungan yang rapat dengan negara-negara Islam. Hubungan ini dipengaruhi oleh faktor sejarah dan penduduk di negara ini yang majoritinya beragama Islam. Malaysia juga tidak menjalin hubungan diplomatik dengan negara Israel bagi menjaga sensitiviti umat Islam di negara ini.

Ø Dasar luar Malaysia juga menekankan prinsip perpaduan antara manusia dengan prinsip menghormati hak asasi manusia. Keadaan ini sesuai dengan kedudukan negara yang terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum. Oleh itu, Malaysia menentang dasar perbezaan warna kulit, bangsa dan agama seperti dasar apartheid yang pernah diamalkan di Afrika Selatan.

4. Sistem Politik Negara.

Ø Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen yang menekankan kebebasan dan kemakmuran rakyat. Oleh itu, dasar luar Malaysia menekankan prinsip kebebasan manusia, keamanan dan menentang segala bentuk penjajahan , penindasan ekonomi, sosial dan politik dalam kalangan masyarakat antarabangsa.

5. Keselamatan Negara dan Masalah Politik Serantau

Page 44: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

Ø Untuk mengelakkan ancaman dari luar negara maka Malaysia memerlukan dasar luar yang dapat mengekalkan hubungan baik dengan semua negara.

Ø Penggubalan dasar luar juga dipengaruhi oleh faktor keselamatan negara dan keadaan politik semasa, contohnya ancaman fahaman komunis pada tahun 1960-an menyebabkan Malaysia melaksanakan dasar luar yang sesuai bagi membendung kemaraan fahaman komunis.

Ø Pergolakan politik yang berlaku di Vietnam dan Kampuchea telah mendorong Malaysia berusaha menjadikan rantau ini sebagai zon aman, bebas dan berkecuali.

Ø Malaysia memainkan peranan dalam menyelesaikan krisis politik di beberapa buah negara, contohnya berperanan menyelesaikan konflik politik di Kampuchea 

6. Institusi Antarabangsa

Ø Malaysia memainkan peranan penting dalam institusi-institusi antarabangsa. Malaysia memberi sokongan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam usaha mengekalkan keamanan dan kemakmuran dunia.

Ø Malaysia menunaikan tanggungjawab memberi sumbangan kewangan kepada pertubuhan dunia sebagai syarat keahlian.

Ø Malaysia juga terlibat dengan pertubuhan antarabangsa lain seperti Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN), Pergerakan Negara Berkecuali (NAM) Pertubuhan Negara-Negara Komanwel dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).

Ø Penglibatan Malaysia dalam pertubuhan antarabangsa menunjukkan komitmen Malaysia dalam memelihara keamanan serta memupuk semangat kerjasama dan perpaduan antarabangsa 

7. Undang-undang Antarabangsa

Ø Sistem perundangan antarabangsa turut mempengaruhi pembentukan dasar luar Malaysia. Malaysia menghormati prinsip yang terkandung dalam Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan peraturan yang ditetapkan oleh badan-badan antarabangsa. Peraturan-peraturan itu seperti tindak tanduk semua negara mengenai diplomasi, menghormati keutuhan wilayah negara lain, komunikasi dan mekanisme untuk menyelesaikan sebarang masalah yang timbul antara negara.

Ø Malaysia mengamalkan dasar berbaik-baik dengan semua negara dan memainkan peranan aktif dalam perbincangan ke arah mewujudkan keamanan dan mengekalkan kemakmuran dunia. 

8. Kepimpinan

Ø Selepas mencapai kemerdekaan keadaan politik negara masih belum stabil angkara ancaman komunis. Lantaran itulah dasar luar Malaysia pada ketika itu bersifat anti komunis dan pro Barat. Pada ketika itu Malaysia menjalinkan hubungan yang baik dengan Amerika Syarikat, Britain dan sekutunya. Melalui hubungan ini Malaysia mengharapkan Amerika Syarikat memberi bantuan kepada Malaysia untuk menentang komunis.

Page 45: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

Ø Dasar pro-barat ini juga dipengaruhi oleh keperibadian Tunku Abdul Rahman yang condong kepada Barat. Beliau mendapat pendidikan di Eropah dan lebih mesra dengan pemimpin negara-negara barat yang anti komunis.

Kesimpulan ( 2/3 markah )

Perbincangan di atas menjelaskan bahawa pembentukan dasar luar Malaysia dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Namun yang jelas dasar luar Malaysia di antara tahun-tahun 1957 hingga 1963 ,iaitu era kepimpinan Tunku Abdul Rahman menunjukkan kecondongan hubungan rapat Malaysia dengan negara-negara barat yang diketuai oleh Amerika Syarikat dan Britain. Ini banyak dipengaruhi oleh situasi politik di Malaysia pada ketika itu yang masih lagi menghadapi ancaman komunis. Selepas Tun Abdul Razak mengambilalih kepimpinan negara dasar luar, Malaysia mulai berubah daripada terlalu pro barat kepada dasar luar yang berbaik-baik dengan semua negara tanpa mengira ideologi. Dasar ini bermatlamat untuk memastikan negara selamat daripada sebarang ancaman luar.

Soalan 7

Huraikan sistem pembesar di Vietnam dan Thailand sebelum perluasan pengaruh Barat.

Pendahuluan (3/2 markah)

Pembesar bermakna pegawai-pegawai kerajaan yang dilantik oleh raja dan maharaja untuk menjawat jawatan tertentu dan melaksanakan tugas-tugas dalam bidang kuasa yang diberikan kepadanya. Sebelum kemasukan pengaruh barat, negara-negara di Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur mengamalkan sistem pemerintahan beraja dan disokong oleh sistem pembesar. Kelompok pembesar inilah yang melaksanakan tugas-tugas pemerintahan. Kedudukan pembesar ini sangat penting dan berada pada paras kedua selepas kedudukan raja dan maharaja. Kedatangan Perancis di Vietnam telah mengubah sistem pemerintahan di negara tersebut kepada corak pemerintahan Perancis. Manakala di Thailand, sistem pembesar feudal yang mulai kukuh pada zaman dinasti Chakri yang diasaskan oleh Pya Taksin pada 1767 mengalami sedikit perubahan apabila Raja Mongkut dan Chulalongkorn menaiki takhta.

Page 46: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

Isi – (20 markah)

A. Vietnam (10 markah)

Ø Di Vietnam, satu bentuk pemerintahan yang sistematik telah disusun semasa pemerintahan dinasti Nguyen. Sebuah Majlis Tertinggi (Noi-Cac) yang dipengerusikan oleh maharaja akan dibantu oleh enam kementerian (Quan) iaitu Hal Ehwal Awam, Kerja Raya, Kewangan, Upacara, Kehakiman, dan Peperangan. Quan yang penting ialah Quan Awam yang mempunyai taraf yang tinggi berbanding Quan-quan lain.

Ø Ketua-ketua Quan terdiri daripada kalangan yang menerima pendidikan Confucius dan turut bertindak sebagai pembesar mempunyai kedudukan istimewa dalam sistem pentadbiran kerajaan. Mereka akan melalui peperiksaan perkhidmatan awam Confucius dan kemudiannya dilantik oleh maharaja.

Ø Majlis ini bukan hanya bertanggungjawab memberikan pandangan kepada maharaja dalam semua hal yang berkaitan dengan pemerintahan dan pentadbiran kerajaan malah lebih penting lagi, ia menjadi medan untuk menyelesaikan perkara-perkara yang tidak dapat diselesaikan di peringkat kementerian.

Ø Golongan Quan atau Mandarin mempunyai bidang kuasa yang besar dan berpengaruh. Mereka melaksanakan tugas-tugas maharaja. Mereka mendapat sokongan dan sanjungan serta dihormati oleh rakyat. Mereka dianggap penegak keadilan. Mereka juga merupakan pentafsir undang-undang dan bertindak sebagai pegawai kehakiman.

Ø Para pembesar di peringkat daerah bertanggungjawab untuk mengutip cukai, menjalankan upacara-upacara keagamaan serta adat istiadat, mengambil dan melatih tentera dan bertanggungjawab dalam soal kehakiman.

Ø Pembesar yang paling rendah sekali ialah pembesar yang berkuasa di peringkat komun (kampung). Dalam soal ini, selagi wujud ketenteraman dan penguatkuasaan undang-undang di kampung, kerajaan pusat tetap memberikan kebebasan kepada pembesar untuk melaksanakan pentadbirannya.

Ø Walaupun kuasa politik ada pada golongan Quan atau Mandarin dan kepimpinan mereka diperakui oleh masyarakatnya, tidak semuanya menjalankan tugas dengan amanah dan jujur. Terdapat segelintir Quan yang mengambil rasuah berupa ‘hadiah’ apabila mengendalikan sesuatu kes yang melibatkan undang-undang. 

Ø Terdapat juga pembesar yang menindas rakyat dengan merampas tanah mereka. Oleh itu, pada zaman pemerintahan Maharaja Gia Long, baginda telah menamatkan keistimewaan yang dipegang oleh golongan bangsawan. Golongan ini tidak lagi memiliki ladang yang besar dan hak memungut cukai. Hal ini dilakukan demi menjaga kebajikan rakyat dan pemerintahannya.

B. Thailand (10 markah)

Ø Pembesar di Thailand terdiri daripada kalangan bangsawan yang digelar Khunnang, serta anak-anak raja. Pembesar atau Khunnang di bahagikan kepada beberapa jabatan (krom). Antaranya, Krom Mahattai (Jabatan Hal Ehwal Pentadbiran Awam), Krom Kalahon (Jabatan Pertahanan) dan Krom Khlang (Jabatan Kewangan dan Hubungan Luar).

Page 47: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

Ø Krom Mahattai adalah krom yang paling berprestij. Pembesar yang mengetuai ketiga-tiga krom /jabatan ini adalah pembesar kanan yang berhubung terus kepada raja.

Ø Ketua krom Mahattai memakai gelaran Samuha Nayok yang turut bertanggungjawab mengawal wilayah utara Siam. Ketua Krom Kalahon memakai gelaran Samuha Phra Kalahon atau Ketua Menteri yang mentadbir bahagian Selatan dan turut menjaga aspek pertahanan. Ketua Krom Khlang memakai gelaran Chao Phraya Phra Khlang yang bertanggungjawab mengawal kawasan pesisir pantai dan teluk Siam.

Ø Di bawah Ketua Krom Kalahon dan Mahattai terdapat para pembesar yang berjawatan lebih rendah. Mereka ini terdiri daripada empat Krom yang termasuk dalam kebinet pemerintah Siam. Keempat-empat krom ini dikenali Jatusadom atau 4 jabatan kanan yang bertanggugjawab melicinkan pentadbiran Siam.

Ø Keempat-empat jabatan ini terdiri daripada Krom Muang (Jabatan Ibu Kota) yang bertanggungjawab terhadap pentadbiran ibu kota dan kawasan sekitarnya. Krom Na (Jabatan tanah) yang bertanggungjawab kepada pentadbiran tanah. Krom Wang (Jabatan Istana) yang bertanggungjawab kepada soal istana. Satu lagi ialah Krom Khlang.

Ø Matlamat utama sistem pentadbiran pusat dan wilayah di Thai ialah untuk melicinkan pentadbiran kerajaan. Mereka juga mempunyai matlamat untuk menguasai sumber tenaga manusia, iaitu unsur penting yang dapat menjamin kedudukan ekonomi, politik dan sosial mereka.

Kesimpulan (2/3 markah)

Tidak dinafikan bahawa sistem pembesar merupakan satu aset penting dalam sistem pemerintahan di Vietnam dan Thailand . Mereka telah membantu raja di negara masing-masing di peringkat kuasa masing-masing. Selepas kedatangan kuasa Barat pada abad ke-19, pihak Perancis telah menghapuskan peranan pembesar feudal di Vietnam. Sistem pemerintahan bercorak Barat diperkenalkan dan jauh berbeza dengan sistem pemerintahan tradisional. Barat amat menekankan undang-undang, manakala pemerintahan tradisional bersifat terbuka dan bergantung kepada raja. Meskipun tidak pernah dijajah, Thailand juga turut melakukan sedikit perubahan apabila Raja Mongkut telah mengambil penasihat-penasihat Barat dalam pentadbirannya.

Page 48: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

Soalan 8

Bincangkan perjuangan Jose Rizal di Filipina dan Ho Chi Minh di Vietnam dalam gerakan nasionalisme di negara masing-masing.

Pendahuluan ( 3/2 markah )

Jose Rizal dan Ho Chi Minh adalah dua tokoh yang dianggap wira dalam perjuangan nasionalisme di negara masing-masing. Jose Rizal dilahirkan di Calamba, Luzon pada tahun 1861 daripada keturunan Sepanyol-Cina. Beliau berminat dalam bidang bahasa dan kesusasteraan. Beliau telah berusaha menuntut kemerdekaan bagi Filipina melalui idea penulisan. Ho Chi Minh mempelopori ideologi komunis di Vietnam. Beliau telah mempelajari idea-idea komunis semasa berada di Eropah. Sekembalinya dari Eropah beliau telah singgah di Canton dan di sinilah beliau menubuhkan Kesatuan Revolusi Belia Vietnam yang berfahaman komunisme. Kedua-dua tokoh ini mempunyai matlamat perjuangan yang sama iaitu masing-masing berusaha menuntut kemerdekaan bagi negara masing-masing.

Isi (20 markah)

A. Jose Rizal ( 10 markah )

i. Perjuangan melalui penulisan.

Ø Semasa berada di Sepanyol beliau bersama cendekiawan Filipina lain yang bersemangat nasionalisme telah menerbitkan akhbar La Solidaridad pada tahun 1889 di Barcelona, Sepanyol. Akhbar ini telah mengkritik penindasan pentadbiran Sepanyol di Filipina. Antara mereka ialah Marcelo del Pilar dan Graciano Lopez Jaena.

Page 49: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

Ø Jose Rizal yang meminati bidang penulisan telah menghasilkan idea nasionalisme melalui tulisannya yang bernama Noli Me Tanggere yang dihasilkan di Berlin pada tahun 1887. Karya tersebut bermaksud ‘ Jangan Sentuh Daku atau Darah Masyarakat’. Novel ini telah mendedahkan kepincangan masyarakat Filipina akibat ketidakadilan yang dilakukan oleh Sepanyol. Melalui novel El Filibusterismo atau “Pemerintah yang tamak’ beliau telah mengkritik undang-undang dan golongan agama di Filipina.

ii. Perjuangan melalui persatuan.

Ø Sekembalinya beliau dari luar negara beliau telah menubuhkan Liga Filipina di Hong Kong pada tahun 1891. Liga Filipina bukan sebuah pertubuhan berbentuk revolusi. Pertubuhan ini sebuah pertubuhan nasionalis yang lebih menumpukan perjuangan terhadap pembangunan masyarakat. Beliau berjaya menubuhkan cawangan Liga Filipina di Manila pada tahun 1892 dengan tujuan :

· mendapatkan pembaharuan sosial, ekonomi dan politik secara aman.

· Melindungi penduduk Filipina daripada kekejaman dan ketidakadilan Sepanyol.

· Mengkritik golongan gereja yang menjadi penghalang kemerdekaan Filipina.

Ø Pihak Sepanyol menganggap Liga Filipina sebagai sebuah pertubuhan yang membahayakan kedudukan mereka. Akibatnya Jose Rizal telah ditangkap dan telah dibuang negeri ke Dapitan ,Mindanao, manakala Liga Filipina telah diharamkan. Idea-idea nasionalisme yang dibawa oleh Jose Rizal telah memberi kesedaran kepada Andres Bonifacio untuk menubuhkan Katipunan ( Kesatuan Putera-putera Republik ) pada tahun 1892.

Ø Katipunan lebih bersifat radikal dan matlamat penubuhannya ialah untuk memperolehi kemerdekaan bagi Filipina. Pemimpin-pemimpin Katipunan menemui Jose Rizal di Dapitan untuk mendapat restunya terhadap perjuangan mereka. Walau pun beliau memberi restu tetapi beliau menasihatkan mereka supaya revolusi tidak dicetuskan kerana rakyat Filipina belum bersedia. Apabila rahsia gerakan Katipunan diketahui oleh Sepanyol setelah menemui alat-alat percetakan di Biaro dan Manila, pemerintah Sepanyol telah menangkap pemimpin Katipunan. Bonifacio dan pengikut-pengikutnya telah berjaya melarikan diri ke kawasan berbukit di Balintawak.

Ø Bonifacio dan pengikutnya telah mengambil keputusan melancarkan revolusi pada 29 Ogos 1896. Revolusi telah merebak ke seluruh Filipina. Jose Rizal yang masih dalam buangan masih tidak menyokong rancangan revolusi Katipunan kerana beranggapan rakyat Filipina belum bersedia dari segi kelengkapan senjata.

Ø Sepanyol tetap beranggapan ketokohan Jose Rizal sebagai satu ancaman kepada mereka, lantaran itu Sepanyol telah menuduh Jose Rizal mendalangi revolusi. Akhirnya Rizal dijatuhi hukuman bunuh. Pembunuhan Jose Rizal menyebabkan perjuangan para nasionalis terutamanya Katipunan lebih gigih dan bersemangat dalam menuntut kemerdekaan.

B. Ho Chi Minh ( 10 markah )

Page 50: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

Ø Ho Chi Minh ( Nguyen Ai Quoc ) merupakan pelopor ideologi komunis di Vietnam. Beliau anak seorang pegawai rendah di Nghe-an. Pada tahun 1911 beliau telah pergi ke Eropah berkerja sebagai kelasi kapal. Antara tahun 1913 hingga 1917 beliau telah tinggal di London dan bekerja sebagai tukang masak di sebuah hotel.

Ø Pada tahun 1917 beliau telah berpindah ke Perancis dan bertugas sebagai penolong jurugambar. Beliau telah tinggal bersama dengan pemimpin nasionalisme Phan Chau Trinh. Beliau telah mengambil bahagian dalam kegiatan nasionalisme. Beliau telah berjinak-jinak dengan kegiatan sosialis Perancis yang anti penjajah.

Ø Pada tahun 1920, beliau menjadi orang pertama Vietnam menjadi ahli Parti Sosialis Perancis. Pada masa yang sama beliau telah menubuhkan Kesatuan Rakyat Vietnam di Paris. Pada masa yang sama beliau telah menyertai Comintern Pertubuhan Komunis Antarabangsa ). Beliau telah mula menulis rencana-rencana untuk Parti Komunis Perancis. Beliau telah menjadi wakil Parti Komunis Perancis dalam Kongres Majlis Petani Antarabangsa di Moscow. Semasa di Moscow beliau telah mengkaji idea-idea komunis dan revolusi.

Ø Pada tahun 1925 Ho Chi Minh telah dilantik menjadi juru bahasa dalam misi Borodin. Borodin ialah agen dan penasihat Russia bagi Kuomintang di Canton. Semasa berada di Canton. Ho Chi Minh bersama-sama pelarian politik Vietnam yang tinggal Canton telah menubuhkan Kesatuan Revolusi Belia Vietnam tahun 1925. Ibu pejabat Kesatuan Revolusi Belia Vietnam telah berpindah ke Hong Kong.

Ø Liga Pemuda Revolusi Vietnam ini merupakan pertubuhan Marxist tulen di Indo-China. Liga ini dijadikan asas kepada melatih pemuda-pemuda Vietnam tentang ajaran komunis. Anggota Liga Pemuda Revolusi Vietnam telah dihantar ke Vietnam bagi membangkitkan kesedaran kebangsaan dan fahaman komunis di kalangan rakyat.

Ø Berbeza dengan perjuangan golongan nasionalis sebelum ini, Ho Chi Minh dan Liga Pemuda Revolusi Vietnam telah memperjuangkan kepentingan golongan rakyat bawahan terutama golangan proletariat dan petani kerana golongan inilah yang paling tertindas akibat imperialisme Perancis.

Ø Ho Chi Minh telah mengasaskan kemerdekaan Vietnam dalam dua peringkat. Pertama beliau merancangkan penubuhan sebuah kerajaan demokratik terlebih dahulu. Kedua fahaman komunis akan diperkenalkan kemudian.

Ø Pada tahun 1930, Liga Pemuda Revolusi Vietnam dibawah Ho Chi Minh telah mempengaruhi para pekerja untuk melakukan beberapa mogok dan tunjuk perasaan terhadap Perancis. Ini disebabkan pendapat petani terjejas teruk akibat kemelesetan ekonomi. Komunis telah mengatur tunjuk perasaan petani dan pemogokan di ladang-ladang dan kilang-kilang secara besar-besaran. Kekacauan telah berlaku di Annam dan Cochin-China.

Ø Akibatnya, pihak pemerintah Perancis bertindak terhadap Liga Pemuda Revolusi dengan melakukan penindasan dan penangkapan terhadap pemimpin dan ahli Liga Pemuda Revolusi. Ramai pemimpin-pemimpin komunis dihukum bunuh. Ho Chi Minh dan para pengikutnya telah melarikan diri ke Hong Kong pada tahun 1930.

Ø Di Hong Kong, British telah berjaya menangkap Ho Chi Minh dan memenjarakannya

Page 51: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

sebagai ahli revolusi pada bulan Jun 1931. Pada tahun 1933, mahkamah British telah membebaskannya kerana tidak ada bukti untuk mendakwanya. Pada tahun 1936 beliau telah pergi ke Moscow dan kemudian telah pergi ke China pada tahun 1937. Di China, pemimpin Kuomintang telah menangkap dan memenjarakannya sehingga tahun 1948.

Ø Pada tahun 1943, Kerajaan Kuomintang telah membebaskan dan membantu mengatur gerakan penentangan di Vietnam. Dengan persetujuan kerajaan China, Ho Chi Minh telah menubuhkan Viet Nam Doc Lap Dong Minh Hoi ( Liga bagi Kemerdekaan Vietnam ) dan kemudiannya dikenali sebagai Viet Minh.

Ø Viet Minh menjadi kumpulan nasionalis yang menentang Jepun dan Perancis. Ahli-ahli kumpulan Dong Minh Hoi juga telah menyertai Viet Minh. Kerajaan China dan Amerika telah menyokong dan memberi bantuan senjata, peluru kepada Viet Minh.

Ø Pada tahun 1944 Jepun mulai kalah dalam peperangan Dunia kedua. Jepun telah memujuk Maharaja Bao Dai supaya mengisytiharkan kemerdekaan Vietnam ( Tongkin, Annam dan Cochin-China ). Pada ketika ini Ho Chi Minh berada di Utara Vietnam. Beliau enggan mengakui pengisytiharan kemerdekaan oleh Maharaja Bao Dai. Beliau dengan segera mengambil alih tujuh wilayah di Tongking.

Ø Pada tahun Ogos 1945, Jepun telah menyerah kalah. Ho Chi Minh telah berjaya menawan Hanoi. Kongres Viet Minh telah bersidang dan telah membentuk Jawatankuasa Pembebasan Kebangsaan Rakyat. Ho Chi Minh telah dilantik sebagai Presiden. Manakala pada 25 Ogos 1945 Maharaja Bao Dai telah turun takhta dan melarikan diri keluar negara. Baginda telah menyerah kuasa kepada kerajaan Viet Minh. Pada 2 September 1945, Viet Minh di bawah pimpinan Ho Chi Minh telah mengisytiharkan ‘ Republik Demokratik Vietnam”. Ho Chi Minh menjadi Presiden pertama Vietnam.

Kesimpulan ( 2/3 markah )

Kedua-dua pemimpin Jose Rizal dan Ho Chi Minh memainkan peranan yang sangat penting dalam gerakan nasionalisme di negara masing-masing. Jose Rizal berperanan dalam mencetuskan idea-idea nasionalis. Idea-idea nasionalisme diteruskan oleh Katipunan kerana Sepanyol telah menangkap dan menjatuhkan hukuman bunuh terhadap Rizal. Manakala Ho Chi Minh terpaksa melalui liku-liku perjuangan yang panjang sebelum dapat menegakkan sebuah negara komunis di Vietnam.

Page 52: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

Soalan 9

Bincangkan kesan-kesan Perjanjian Yandabo di Burma (1826) dan Perjanjian Nanking di China (1842).

Pendahuluan (3/2 markah)

Perjanjian Yandabo telah ditandatangani antara Burma (Myanmar) dengan British pada 24 Februari 1826 bagi menamatkan Perang Inggeris-Burma I. Manakala Perjanjian Nanking telah ditandatangani pada tahun 1842 bagi menamatkan Perang Inggeris-China I atau Perang Candu I. Kedua-dua perjanjian ini telah meninggalkan kesan politik, ekonomi dan sosial yang ketara kepada Burma dan China sebagai negara yang tewas. Kedua-dua perjanjian ini merupakan peristiwa penting bagi Burma dan China kerana menjadi titik permulaan hubungan rasmi antara pemerintah tempatan dengan kuasa Barat. Ia menandakan tamatnya dasar tutup pintu (isolasi) yang diamalkan oleh pemerintah Dinasti Konbaung di Burma dan Dinasti Manchu di China sejak sekian lama. Kesan langsung daripada kedua-dua perjanjian ini menyebabkan kuasa Barat mula bertapak di Burma dan China.Isi ( 20 markah )

A. Perjanjian Yandabo (1826) – (10 markah)

1. Permulaan campur tangan British di Burma

Ø Perjanjian Yandabo menandakan permulaan campur tangan dan penjajahan British ke atas Burma. Melalui perjanjian ini, Burma dipaksa menjalinkan hubungan diplomatik dengan British.

Ø Burma terpaksa menerima seorang residen British yang ditempatkan di ibu negaranya Amarapura. Sir Henry Burney telah dilantik menjadi Residen British pertama di Burma pada tahun 1830

2. Tamatnya dasar tutup pintu Burma

Ø Perjanjian Yandabo pada dasarnya telah menamatkan dasar tutup pintu yang selama ini diamalkan oleh Dinasti Konbaung. Syarat-syarat perjanjian ini ternyata menguntungkan British dan merugikan Burma dari segi politik dan ekonomi

Ø Selepas perjanjian ini, politik Burma dan imej Dinasti Konbaung yang telah memerintah sejak tahun 1752 semakin lemah. Justeru, ia juga menjadi titik tolak kepada meletusnya Perang Inggeris-Burma kedua pada tahun 1852

Page 53: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

3. Terjejasnya imej Dinasti Konbaung

Ø Perjanjian Yandabo ditandatangani setelah British mencapai kemenangan dalam perang ke atas Burma. Kekalahan Burma telah mengaibkan serta menghancurkan keangkuhan pemerintah dan rakyat Burma

Ø Kekalahan ini juga mendedahkan kelemahan tentera Burma. Kesannya Burma terpaksa menerima British dan kuasa Barat atas dasar diplomatik dan sama taraf. Ia memberi tamparan hebat kepada keutuhan Dinasti Konbaung yang selama ini memusuhi British dan Barat.

4. Penguasaan wilayah Burma oleh British

Ø Selepas perjanjian ini, beberapa wilayah Burma yang kaya dengan pertanian, terutamanya di bahagian Burma Hilir iaitu Arakan dan Tennaserim mula dikuasai oleh British. Wilayah-wilayah ini akhirnya menjadi tapak permulaan penjajahan British ke atas seluruh Burma

5. Sentimen anti-British

Ø Kesan Perjanjian Yandabo telah menyemarakkan lagi sentiment anti-British dalam kalangan pemerintah dan pegawai kerajaan Burma. Ini jelas terbukti semasa pemerintahan Raja Tharawady yang enggan mengakui perjanjian Yandabo. Sebaliknya baginda bertindak keras dengan melakukan penindasan terhadap residen, pegawai dan pedagang British di Burma. Kerajaan Myanmar enggan memberi layanan sewajarnya kepada residen-residen British sehingga pada tahun 1840, British telah menarik balik residensinya di Amarapura. Tindakan ini telah memutuskan hubungan diplomatik antara kedua-dua pihak.

6. Perang Inggeris-Burma II

Ø Sentimen anti-British berterusan dan semakin memuncak semasa pemerintahan Raja Pagan Min, pengganti Raja Tharawaddy. Baginda bertindak melakukan kekerasan dan kekejaman ke atas pegawai dan pedagang British. Sikap anti-British ini juga telah mempengaruhi pegawai Burma seperti Maung Ok iaitu Gabenor Pegu. Beliau menghalang perniagaan saudagar British di Rangoon dan Tennaserim. Saudagar British sebaliknya menuntut supaya mereka diberi kebenaran berniaga di pedalaman Burma.

Ø Maung Ok juga mengenakan tuduhan membunuh dan menipu ke atas dua orang kapten British dan memaksa mereka membayar ganti rugi sebanyak 1000 rupi. Hubungan buruk yang berlanjutan di antara Pagan Min dengan British telah menyebabkan British menghantar Komander Lambert bersama dua buah kapal perang ke Burma. Burma dituntut membayar ganti rugi kepada British dan melucutkan jawatan Maung Ok.

Ø Hubungan tegang Burma-British akhirnya menimbulkan kekacauan berterusan. Ini memaksa Lord Dalhousie iaitu Gabenor Jeneral British di India menghantar pasukan tentera ke Rangoon dan mendesak Burma membayar ganti rugi sebanyak 100 000 paun. Keengganan Burma memenuhi tuntutan British menyebabkan British mengisytiharkan

Page 54: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

perang pada Mei1852.

B. Perjanjian Nanking (1842) - (10 markah)

1. Kemerosotan dan kejatuhan Dinasti Manchu

Ø Perjanjian Nanking telah menamatkan Perang Inggeris-China I (1839-1842) yang disebabkan oleh pertentangan dua tamadun dan permasalahan candu. Kekalahan China dalam perang tersebut telah mendedahkan kelemahan tentera kerajaan Manchu

Ø Berdasarkan konsep “devine kingship”, masyarakat Cina percaya bahawa kerajaan Manchu telah kehilangan mandat dari syurga untuk terus memerintah negara China. Keadaan ini akhirnya telah mencetuskan Pemberontakan Taiping (1850-1864) yang bertujuan untuk menggulingkan Dinasti Manchu tetapi gagal.

2. Pencerobohan kuasa-kuasa Barat

Ø Kesan daripada Perjanjian Nanking menyebabkan China mula diceroboh oleh British dan kuasa-kuasa Barat yang lain. Ini disebabkan selepas perjanjian itu, China dipaksa menandatangani beberapa siri perjanjian lain dengan kuasa-kuasa Barat seperti Perjanjian Bogue dengan British (1843), Perjanjian Wang-hsia dengan Amerika Syarikat (1844), Perjanjian Whampoa dengan Peranchis (1844), Perjanjian China-Norway dan Perjanjian China-Sweden

3. Wujudnya lingkungan-lingkungan pengaruh kuasa asing

Ø Perjanjian Nanking telah membuka ruang kepada kuasa-kuasa asing bertapak dan meluaskan pengaruh di China. Melalui beberapa siri perjanjian yang ditandatangani selepas perjanjian Nanking, kuasa-kuasa Barat telah berlumba-lumba mendapatkan konsesi di China. Kesannya, negara China mula dibahagi-bahagikan di antara kuasa-kuasa Barat

Ø Rusia mendapat pajakan ke atas hujung selatan Semenanjung Liaotung termasuk Port Arthur dan Dairen selama 25 tahun mulai Mac 1898. Jerman pula diberi pajakan selama 99 tahun terhadap Teluk Kiaochow melalui satu perjanjian pada 6 Mac 1898. Ini memberi kebenaran kepada pihak Jerman untuk membina landasan keretapi dan mengeksploitasi lombong-lombong arang batu di Shantung.

Ø Pada April tahun yang sama, Peranchis mendapat pajakan selama 99 tahun ke atas Teluk Kwangchow. Ini membolehkan Peranchis membina jalan keretapi dari Tongking ke Yunnan-fu. British pula telah mendapat hak pajakan 99 tahun ke atas Kowloon. Menjelang bulan November 1898, Britain berjaya mendapatkan konsesi-konsesi membina jalan keretapi.

4. Penyerahan Hong Kong kepada British

Ø Melalui Perjanjian Nanking , China terpaksa menyerahkan wilayahnya iaitu Hong Kong kepada British. Ini amat bertentangan dengan konsep "Negara Tengah" (Middle Kingdom) yang dipegang China yang yang selama ini menganggap British dan kuasa Barat sebagai barbarian dan bertaraf rendah

Page 55: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

5. Kesan ekonomi

Ø Salah satu syarat Perjanjian Nanking memaksa China membuka lima buah pelabuhannya kepada pedagang luar, iaitu Canton, Amoy, Ningpo, Shanghai, dan Foochow. Ini telah mendorong kemasukan pedagang-pedagang asing ke China. Namun China kehilangan kuasa mengenakan sistem tarif untuk melindungi barang-barang buatannya. Sebaliknya barang-barang buatan kilang asing yang lebih murah mula membanjiri pasaran China. Ini telah menjejaskan industri tempatan terutamanya kilang paku dan perusahaan kraf tangan

6. Kesan sosial

Kedatangan pedagang Barat selepas Perjanjian Nanking membawa bersama mereka ajaran Kristian ke China. Agama Kristian semakin tersebar luas berikutan Perjanjian Whampoa (1844) yang memberi kebenaran kepada Peranchis membina gereja. Kesan sosial yang lain ialah berlaku masalah pengangguran, rompakan, dan penindasan yang berleluasa di China

Kesimpulan (2/3 markah)

Konklusinya, kedua-dua Perjanjian Yandabo dan Perjanjian Nanking banyak memberi keuntungan kepada pihak British dalam usaha untuk mengeksploitasi sumber-sumber kekayaan Burma dan China. Perjanjian Yandabo telah membuka ruang kepada British untuk meluaskan pengaruhnya dan menguasai seluruh wilayah Burma selepas menewaskan Burma dalam Perang Inggeris-Burma III (1885). Dasar tutup pintu yang diamalkan Dinasti Konbaung telah menyebabkan Burma akhirnya terpaksa tunduk kepada British sehingga diberi kemerdekaan pada tahun 1948. Demikian juga, Perjanjian Nanking telah memulakan dasar buka pintu di China. Ia memaksa China menjalinkan hubungan diplomatik dengan British dan kuasa-kuasa Barat lain. Kedua-dua perjanjian dengan jelas telah merintis jalan kepada perluasan kuasa dan penjajahan British ke atas Burma dan China.

Page 56: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

Soalan 10

Bincangkan dasar pengilhakan kuasa Barat di India dan di Indo-China pada abad ke-19

Pendahuluan (3/2 markah)

Pengilhakan adalah satu cara perluasan kuasa Barat di Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur. Cirinya tidak berbeza dengan penguasaan melalui peperangan. Faktor utama perluasan kuasa Perancis di Indo-China dan British di India ialah untuk menguasai wilayah dan ekonomi di negara berkenaan. Dasar pengilhakan ini membolehkan kuasa-kuasa Barat menguasai wilayah dan ekonomi .Hasil barangan keluaran India khususnya mendapat permintaan yang luas di pasaran Barat.

A. Indo-China (10 markah )

Pengilhakan Tourane dan Saigon di Vietnam

Ø Selepas kematian Maharaja Gia Long 1820 an dasar luar negeri Vietnam telah berubah. Penggantinya, Minh Mang telah meneruskan dasar ayahandanya dengan Perancis. Baginda berpegang teguh kepada ajaran Confucianisme dan menjalankan dasar Pintu Tertutup.

Ø Revolusi Perindustrian yang berlaku di Perancis telah meningkatkan keperluannya bagi bahan-bahan mentah dan pasaran baru untuk hasil kilangnya di Timur. Vietnam mempunyai potensi sebagai pasaran bagi Perancis.

Ø 1825 baginda juga mengeluarkan undang-undang melarang kemasukan mubaligh-mubaligh Kristian kerana agama Kristian dianggap merosakkan kebudayaan tempatan.

Page 57: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

Hubungan Perancis-Vietnam semakin tegang semasa pemerintahan Tu Duc (1848-1883). Baginda juga merupakan seorang penganut yang berpegang kuat kepada ajaranConfucianisme dan menjalankan dasar pemencilan.

Ø Perancis telah mengambil tindakan menakluki Vietnam semasa agama Kristian menerima penekanan yang paling teruk antara tahun 1833 hingga 1883 iaitu pada masa pemerintahan Maharaja Thien Tri dan Maharaja Tu Duc.

Ø Permusuhan Perancis-Vietnam memuncak pada zaman pemerintahan Maharaja Tu Duc. Kegiatan agama Kristian semakin meluas dan kejadian pembunuhan mubaligh-mubaligh semakin bertambah. Antara tahun 1851-1852, Paderi Augustin Schoeffler dan Paderi Jean-Louis Bonnard telah dihukum bunuh.

Ø Akibatnya, Napoleon III, Raja Perancis ketika itu mengambil tindakan untuk menakluki Vietnam. Perancis menggunakan pembunuhan Bishop Diaz, seorang paderi Sepanyol di Tongking sebagai alasan untuk menyerang Vietnam.

Ø Pada 1 September 1858 de Genouily menyerang Tourane dan keesokkan harinya, Tourane jatuh ke tangan Perancis. Kemudian tentera de Genouilly mengalih perhatiannya terhadap Saigon yang merupakan kawasan penanaman padi utama dan pusat pengumpulan padi bagi Vietnam. Saigon telah jatuh ke tangan Perancis pada 17 Februari 1859. Tujuan penaklukan Saigon ini ialah untuk membolehkan Perancis mengugut Vietnam supaya mengadakan perjanjian dengan Perancis. Pada tahun 1862 Maharaja Tu Duc terpaksa menandatangani perjanjian dengan Perancis. Antara syarat-syarat perjanjian tersebut ialah,

(a) Tu Duc menyerahkan tiga buah wilayah ke timur Cochin-China kepada Perancis.(b) Pelabuhan-pelabuhan seperti Tourane , Balat dan Kuang Anh dibuka kepada perdagangan Perancis.(c) Kapal-kapal Perancis dibenarkan belayar di sepanjang Sungai Mekong.(d) Vietnam berjanji memberikan kebebasan agama. Mubaligh-mubaligh dibenarkan menyebarkan agama Kristian di seluruh Vietnam.

Pengilhakan Kemboja.

Ø Kemboja telah memelihara kemerdekaannya dengan membayar ufti kepada Vietnam dan Siam. Pada tahun 1862, Laksamana Bonnard melawat Raja Norodom dan memintanya membayar ufti kepada Perancis dan bukan lagi kepada Vietnam.

Ø Pada tahun 1863 Laksamana la Grandiere memaksa Raja Norodom menandatangani satu perjanjian dengan Perancis. Raja Norodom bersetuju menghentikan pembayaran ufti kepada Vietnam dan Siam. Siam membantah hebat campur tangan Perancis kerana Kemboja merupakan negeri naungan Siam.

Ø Perselisihan atas soal taraf Kemboja dapat di atasi melalui satu perjanjian yang ditandatangani antara Perancis dengan Siam pada tahun 1867. menurut perjanjian tersebut Siam menarik balik semua tuntutan ke atas Kemboja dan sebagai balasannya, Perancis mengakui kedaulatan Siam ke atas Battambang dan Siem Reap.

Ø Dengan itu, Kemboja menjadi naungan Perancis. Raja Norodom menjadi raja boneka di bawah naungan Perancis.

Page 58: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

Pengilhakan Tongking

Ø Tujuan utama Perancis menakluki Tongking ialah meluaskan pengaruh perdagangannya ke Tongking. Selain itu, Perancis juga berasa bimbang akan persaingan kuasa-kuasa Barat yang lain seperti Jerman, Itali dan Amerika Syarikat. Penindasan Maharaja Tu Duc terhadap orang Kristian juga memaksa Perancis menakluk Tongking.

Ø Serangan ke atas Tongking bermula 1873. Pada bulan Disember 1873 Perancis merampas Hanoi dan lain-lain kubu pertahanan di Haipong. Perluasan Perancis semakin berleluasa di bawah Kapten Henri Riviere telah menyerang dan merampas Hanoi dan Tongking pada tahun 1883.

Ø Tentera Vietnam semakin lemah untuk meneruskan peperangan kerana Maharaja Tu Duc mangkat pada tahun 1883. Penggantinya Maharaja Hiep Hoa bersetuju membuat perjanjian dengan Perancis,

(a) Vietnam diiktiraf sebagai negeri lindungan Perancis. Hal ehwal Vietnam dikuasai Perancis.

(b) Wilayah Binh Thuan diserahkan kepada Perancis.

(c) Vietnam bersetuju menarik balik semua angkatan tenteranya di Tongking.

Menjelang tahun 1884, Perancis menguasai seluruh Vietnam.

Pengilhakan Laos

Ø Perancis campurtangan dalam hal ehwal Laos dengan membantah penghantaran ufti kepada Siam dan mendakwa Laos harus menghantar ufti kepada Perancis kerana Vietnam sudah pun menjadi negeri naungannya.

Ø Pada tahun 1886 Perancis menuntut hak ke atas seluruh kawasan di sebelah timur Sungai Mekong termasuk Luang Prabang. Laos membantah kuat tuntutan Perancis. Perancis melantik Auguste Pavie sebagai naib Konsular di Luang Prabang.

Ø Siam campurtangan dalam hal ehwal di Laos dengan membantu pemberontak-pemberontak Cina. Augustu Pavie membantu Raja Luang Prabang menentang pemberontak dan memaksa mereka menyerah diri.

Ø Auguste Pavie mengambil alih Sip Song Chu Thai pada tahun 1888. Raja Oun Kham ditabalkan semula di Luang Prabang, yang dijadikan negeri naungan Perancis. Selepas itu, Auguste Pavie dilantik sebagai Residen Menteri di Bangkok pada tahun 1892. Beliau mendakwa wilayah-wilayah di sebelah barat Sungai Mekong sebagai hak Perancis.

Ø Siam enggan mengakuinya menyebabkan Perancis menghantar 2 buah kapal di Paknam pada tahun 1893. Pertempuran berlaku dengan Siam di Paknam. Peristiwa ini membimbangkan Siam. Siam setuju berdamai dan menyerahkan Luang Prabang dan seluruh wilayah di sebelah barat Sungai Mekong. Siam juga berjanji akan mengundurkan tenteranya dari Battambang dan Siem Reap.

Page 59: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

Ø Perancis kemudian menyatukan kedua-dua wilayah berkenaan menjadi Laos. Luang Prabang dikekalkan sebagai sebuah negeri naungan di bawah rajanya. 

B. India (10 markah)

Zaman Lord William Bentick

Ø Lord William Bentinck telah mengilhak wilayah-wilayah Cachar,Coorg dan Mysore. British telah menggunakan alasan bahawa Raja Cachar mangkat tanpa meninggalkan waris. Lord Bentick , Gabenor Jeneral India, 1828-1835 melakukan ugutan dan seterusnya mengilhakan beberapa wilayah di India.

Ø Walaupun pada banyak keadaan William Bentick mengamalkan dasar tidak campur tangan dalam hal-ehwal negeri-negeri, tetapi beliau campurtangan juga apabila didapati perlu. Beliau mengambil alih negeri kecil Coorg di Selatan India di atas permintaan penduduk-penduduk tempatan kerana penyelewengan dan kezaliman pemerintah.Rajanya dibersarakan dan pemerintahannya diletakkan di bawah pegawai-pegawai British.

Ø Pada tahun 1832, wilayah kecil Cachar di sempadan timur laut Benggal juga diambilalih atas permintaan penduduk-penduduknya. Raja Cachar meninggal dunia tanpa meninggalkan waris. Atas permintaan penduduk William Bentick telah mengambil alih pemerintahan di situ.

Ø Pada tahun 1835 beliau telah meletak jawatan dan diganti dengan Lord Auckland. Semasa pentadbirannya sehingga 1842 beliau tidak sempat mengilhakkan kawasan di India kerana zaman pentadbirannya dipenuhi dengan pergolakan di sempadan . Kebangkitan menentang British juga berlaku di sana tambahan pula ketika itu Russia mula meluaskan pengaruhnya di Afghanistan. 

Zaman Lord Ellenborough

Ø Sind ialah wilayah India yang merangkumi Lembah Indus yang rendah ke Selatan Punjab dan terus menuju ke laut.Sejak 1809, British telah mengadakan hubungan dengan British. Pada tahun 1809 British telah menandatangani perjanjian dengan Amir-Amir untuk menghalang pengaruh Perancis. Semasa peperangan Afghanistan , Sind telah menjadi pengkalan gerakan British.

Ø Perjanjian pada tahun 1832 menyatakan bahawa pedagang dibenarkan menggunakan jalan sungai dan jalan raya. Kapal dan tentera bersenjata tidak dibenarkan melalui negeri itu. Semasa peperangan Afghanistan syarat ini dicabuli apabila Lord Auckland mengarahkan tenteranya berbaris di Sind.Semasa pemerintahan Lord Ellenborough, Sind telah diilhakkan ekoran peperangan Afganistan. 

Ø Lord Ellenborough juga bertindak terhadap wilayah Gwalior . Sejak tahun 1818 kawasan ini diperintah oleh Daulat Rao Sindhia ketua puak Maratha. Pada tahun 1827 Daulat Rao meninggal dunia dan seorang yang masih muda menjadi pengganti, sementara janda beliau memangku jawatan raja. Ketidakstabilan kerajaan ini

Page 60: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

mengundang kemungkinan berlakunya perang saudara. Tentera Gwalior seramai 40 000 orangnya.

Ø Sementara itu, di Punjab Maharaja Sikh mati dibunuh oleh pemberontak istana. Tentera seramai 70 000 orang semakin berpengaruh. Ellenborough sangat bimbang jika tentera-tentera ini bergabung. Pada 29 Disember 1843 tentera British telah menyerang Gwalior dan mencapai kemenangan. Gwalior dijadikan negeri lindungan British dan menerima seorang Residen. Tidak lama kemudian Ellenborough digantikan oleh Sir Hendry Hardinge.

Zaman Lord Delhouise

Ø Lord Delhousie menggunakan 3 alasan untuk melakukan pengilhakan. Antaranya, hak menakluk kuasa agung, iaitu Syarikat Hindia Timur Inggeris. Ke dua Doctrine of lapse / undang-undang lesap waris dan ketiga keinginan untuk meluaskan kebaikan dan faedah yang dibawa oleh pemerintah British ke atas wilayah yang dibelenggu masalah pemerintahan.

Ø Pengilhakan cara pertama dilakukan oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) ke atas Wilayah Punjab. Lord Delhouise mengisytiharkan perang ke atas kaum Sikh dan mengalahkan mereka di Gujerat. Dengan ini, empayar British diperluaskan ke kawasan pergunungan Afghanistan.

Ø Pengilhakan melalui cara kedua dilakukan dengan menggunakan alasan undang-undang lesap waris. Menurut doktrin ini, sekiranya pemerintah mana-mana negeri atau wilayah mangkat tanpa meninggalkan waris keturunannya sendiri kerajaan itu akan diambil alih oleh British.

Ø Jhansi di negeri Maratha pula diilhakkan oleh British pada tahun 1854.Jhansi adalah sebuah negeri pada awal abad ke-19 dan menyokong Kompeni Hindia Timur. Raja Jhansi yang jatuh sakit pada tahun 1853 tidak mempunyai putera untuk mewarisi tahtanya. Setelah dinasihati pembesar baginda mengambil seorang anak angkat dan dilantik sebagai bakal pengganti.

Ø Lord Delhousie menyatakan yang anak angkat tersebut tidak sah selagi tidak mendapat pengiktirafan British. Oleh kerana Lord Delhousie ingin menguasai Jhansi, beliau tidak mengiktirafkan anak angkat tersebut. Balu Raja Jhansi, Lakshmibhai mengutuskan surat kepada British pada 3 Disember 1853, 16 Februari 1854 dan 22 April 1854 untuk membantah sikap British mengilhakkan Jhansi.

Ø Lord Delhousie tidak melayan tuntutan balu Raja Jhansi ini. British menawarkan pencen seumur hidup kepada balu Raja Jhansi sebanyak 60 000 rupi dan membenarkan baginda tinggal di istana Jhansi. Melalui kaedah ini wilayah lain yang diilhakan ialah Sarata, Jaitpur, Baghat, Sambalpur dan Sutlej

Ø Pada tahun 1854, British mengilhak Nagpur. Nagpur juga di negeri Maratha dan luasnya ialah 80 000 batu persegi. British berpendapat Nagpur bukan sahaja dapat menyumbang pendapatan sebanyak 40 laksa setahun tetapi juga dapat menguatkan kedudukan tentera serta menambahkan sumber perdagangan British. Begitu juga dengan jajahan Berar yang diletakkan di bawah kawalan British. Nizam hanya mempunyai

Page 61: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

kedaulatan dari segi nama sahaja.

Ø Seterusnya pada tahun 1856, Awadh pula diilhakkan oleh British. Ketika pemerintahan Wajid Ali Shah, baginda dalam keadaan sihat dan mempunyai putera pengganti menyebabkan Lord Delhousie tidak menjalankan dasar pengilhakan .Walaupun demikian, Kompeni mengugut Awadh supaya mengubah pentadbiran atau hukuman British.Tanpa alasan nyata British mengilhak Awadh pada tahun 1865.

Ø Pengilhakan Awadh ini menjadi salah satu faktor mencetuskan konflik 1857. Dalam pada itu, British juga telah mengubah dasarnya ,iaitu Kerajaan British membubar Kompeni Hindia Timur dan membentuk kerajaan India.Kerajaan baru ini mengambil langkah tidak meneruskan dasar pengilhakan. 

Ø Melalui cara ke tiga, penyelewengan pentadbiran tempatan pula wilayah Oudh diletakkan di bawah naungan SHTI oleh Lord Wellesley. Alasan Wellesley ialah pentadbiran negeri tersebut yang diketuai oleh Nawab berada dalam keadaan huru- hara dan amalan rasuah yang berleluasa. Lord Delhousie menggunakan peraturan ini untuk mengilhak Oudh. Lord Delhouise menawarkan satu perjanjian baru untuk mengambil alih kerajaan Oudh. SHTI akan mengambil alih kerajaan dan Nawab akan dibenarkan mengekalkan gelaran serta dibayar 15 000 rupi.

Ø Apabila Nawab enggan menandatangani perjanjian tersebut, Lord Delhouise mengambil keputusan menjalankan dasar pengilhakan atas alasan penyelewengan pemerintahan.

Kesimpulan (2/3 markah)

Dasar pengilhakan telah berjaya meluaskan penjajahan kuasa Barat. Di Indo-China Perancis berjaya meluaskan pengaruhnya hingga ke Laos dan Kemboja ,manakala di India Empayar Inggeris tersebar luas diseluruh India. Dasar ini akhirnya mencetuskan penentangan dalam kalangan penduduk tempatan seperti Dahagi di India. 

Page 62: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

Soalan 11

Mengapakah perjuangan Parti Komunis China (PKC) lebih berjaya berbanding perjuangan Parti Komunis Indonesia (PKI) pada pertengahan abad ke 20.

Pendahuluan (3/2 markah)

Secara umumnya penubuhan parti komunis adalah bertujuan untuk mengulingkan kerajaan sedia ada dan menubuhkan Republik Komunis melalui revolusi. Merujuk kepada Parti Komunis China dan Parti Komunis Indonesia , ternyata mempunyai pencapaian yang agak berbeza . PKC ditubuhkan pada tahun 1921 di Shanghai oleh Mao Tze Tung manakala PKI oleh Semaun dan Darsono. Walaupun idealogi perjuangan kedua-dua parti ini sama iaitu bersifat radikal namun pencapaian PKC lebih berjaya berbanding PKI .

Isi (20 markah)

A. Parti Komunis China (10 markah)

i) Sokongan Kaum Tani

Ø Mao Tze Tung menegaskan bahawa sokongan daripada kaum petani amat penting bagi menjayakan revolusi untuk menumbangkan kerajaan parti KMT. Beliau berjaya menawan hati dan mengerahkan kuasa kaum petani sebagai satu daya pengerak revolusi. Golongan petani dan peniaga yang miskin telah memberi sokongan kepada PKC kerana mereka merasakan ditindas dan terbiar tanpa pembelaan.

Ø PKC juga menggunakan kuasa revolusi kaum petani dan menyatukan tenaga kaum tani ke arah pembentukan kuasa politik yang kuat. Salah satu usaha PKC yang berkesan ialah berbaik-baik dengan penduduk luar bandar terutama petani yang dilakukan oleh PKC sebelum perang lagi. Justeru itu ramai penduduk menyertai PKC dalam siri peperangan dengan KMT.

Ø Selain itu, prinsip komunis dapat diterima oleh kaum tani kerana tindakan PKC yang lebih mengutamakan kerjasama dalam pemulihan tanah, pertukaran buruh bagi kaum petani dan menubuhkan koperasi perusahaan kecil bagi kaum petani serta konsep persamaan taraf tanpa mengira kedudukan ekonomi.

Ø Reformasi pertanian yang djalankan dengan penekanan kepada pengurangan sewa, koperasi dan mengambil berat tentang kebajikan petani merupakan antara tarikan

Page 63: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

kepada kejayaan perjuangan PKC. Dasar PKC ini juga dilihat sebagai memenuhi idea-idea Sun Yat Sen khususnya 3 prinsip rakyat. Umumnya PKC telah dapat menarik minat penduduk China dengan dasar yang adil dan cuba menghapuskan tindakan kejam para tuan tanah.

ii) Sokongan Rusia

Ø PKC mendapat sokongan dari Kerajaan Rusia yang mempunyai ideologi yang sama dengan PKC. Rusia campurtangan dengan membantu PKC merampas kuasa dan menghalang KMT mengukuhkan kuasanya dengan menyekatkan kemasukan tentera KMT. Russia juga telah menolong PKC semasa merampas senjata yang ditinggalkan oleh Jepun.

iii) Kedudukan KMT yang lemah

Ø KMT lemah dan tidak upaya mengawal tindak tanduk PKC. Selepas Jepun menyerah kalah tentera KMT mula bersikap seperti penakluk baru yang angkuh. Pihak KMT juga melakukan penindasan terhadap golongan anti kerajaan dalam kalangan intelektual dan pemimpin anti kerajaan . Mereka ditangkap dan dibunuh. Malahan penduduk bandar juga telah bosan dengan sikap KMT yang kejam dan keadaan ekonomi China yang meleset .

Ø Tuduhan terhadap KMT sebagai neokolonialisme dan bersubahat dengan Barat telah memberi semangat baru kepada ahli-ahli PKC. Mereka merampas harta benda untuk kepentingan sendiri dan bukan untuk memperbaiki kehidupan penduduk.

Ø Suasana tertekan penduduk menyebabkan masyarakat Cina menganggap PKC sebagai penyelamat mereka. Tambahan pula pihak Amerika tidak dapat memberi bantuan ketenteraan kepada KMT. Malahan bantuan kewangan yang diberikan oleh Amerika telah disalahgunakan oleh KMT. Pegawai KMT menjual senjata dan ubat ubatan kepada PKC menyebabkan masyarakat Cina hilang kepercayaan dan kesetiaan kepada KMT.

iv) Kepimpinan yang berwibawa

Ø PKC mempunyai pemimpin yang berkaliber dan berwibawa iaitu Mao Tze Tung dan Chu Teh. Kalangan tentera PKC amat berdisiplin dan dibekalkan dengan strategi perang gerila. Salah satu idea PKC ini ialah pembentukan sel-sel komunis pada tahun 1920 dan 1921 seperti di Wuhan, Changsha, Canton , Paris dan Jepun oleh pelajar China di sana. Persatuan-persatuan komunis inilah yang berperanan dalam menyebarkan fahaman komunis dalam kalangan pekerja Cina.

Ø Selain itu, akhbar-akhbar rasmi diterbitkan untuk memberi penerangan kepada golongan massa tentang komunis seperti Dunia Pekerja di Shanghai , Suara Pekerja di Beijing dan Buruh di Canton.

B. Parti Komunis Indonesia (10 markah)

Page 64: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

i) Tiada sokongan Rakyat (kaum Petani)

Ø Petani merupakan 90 % daripada jumlah penduduk di Indonesia. PKI kehilangan sokongan gol petani kerana dasarnya yang mengabaikan perjuangan Sarekat Islam. Selain itu, PKI lebih mengutamakan kaum buruh daripada petani. Ini merupakan satu kesilapan kerana kaum tani merupakan sebahagian besar penduduk Indonesia. Fahaman Marx dan sosialis yang lebih menekankan kaum buruh ternyata satu fahaman asing bagi penduduk tempatan Indonesia.

Ø Selain itu, majoriti penduduk Indonesia terutama di pulau Jawa dan Sumatera, sebahagian besar beragama Islam. Mereka tidak menyokong perjuangan komunis. Idealogi dan tindakan komunis menggunakan kekerasan adalah bertentangan dengan ajaran Islam.Hanya segelintir penduduk tempatan yang menyokong revolusi ini . Mereka sebenarnya tidak mengetahui tujuan sebenarnya revolusi itu.

ii) Tiada sokongan Comintern dan Rusia

Ø PKI tidak mendapat sokongan daripada Comintern dan Russia. Comintern dan Rusia tidak bersetuju dengan dasar PKI yang membelakangkan Sarekat Rakyat dan menolak kerjasama dengan parti nasionalis yang lain seperti Sarekat Islam dan Budi Utomo. Mereka juga tidak bersetuju dengan rancangan revolusi PKI kerana menganggap PKI belum mencapai kerjasama antara kelas pekerja dengan semua golongan nasionalis revolusinar yang diperlukan untuk menjayakan revolusi komunis itu.

Ø Wakil Comintern bagi Asia dan Australia ketika itu berada di Manila tidak bersetuju dengan keputusan melancarkan revolusi. Beliau berpendapat masa belum tiba untuk berbuat demikian. Pihak Comintern mengencam revolusi yang didokong oleh golongan pelampau seperti Alimin dan Musso.

Ø Pemimpin-pemimpin pelampau dalam PKI bertindak menolak segala perintah dan arahan Comintern yang mencadangkan pembentukan satu barisan bersatu anti penjajahan dengan pertubuhan nasionalis bukan komunis. Tindakan ini tentunya bertentangan dengan prinsip Kongres Komunis Antarabangsa dan menyebabkan perpecahan kepada PKI itu sendiri.

iii) Tekanan Kerajaan Belanda

Ø Belanda mengenakan tindakan menindas yang melemahkan revolusi PKI. Kerajaan Belanda telah bertindak mengharamkan parti dan kesatuan buruh daripada mengadakan perhimpunan. Ini menyekat hubungan antara PKI dengan kesatuan sekerja malahan sebarang mesyuarat komunis tidak dibenarkan. Sebarang tunjuk perasaan dan kebebasan akhbar turut diharamkan. Tindakan ini tentunya menyulitkan pergerakan komunis.

Ø Pihak Kerajaan Belanda juga melalui perkhidmatan Inteligen Belanda berjaya mengesan rancangan PKI untuk melancarkan revolusi bersenjata.Tindakan kerajaan Belanda telah menjejaskan rancangan pemogokan dan strategi revolusi. Antara tindakan Kerajaan Belanda yang berjaya melemahkan PKI ialah melarang PKI dan parti berhaluan kiri mengadakan perhimpunan, menangkap dan membuang beberapa pemimpin buruh seperti Tan Malaka, Semaun, Haji Misbah dan Darsono, menangkap dan membuang

Page 65: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

segelintir pemimpin komunis ke New Guinea.

Ø PKI cuba mengadakan revolusi Barat tetapi revolusi ini berjaya digagalkan oleh Belanda. Seramai 13000 orang ditangkap , 4500 dipenjara dan 1308 ditahan.

iv) Perpecahan dalam PKI

Ø PKI tidak bersatu padu .Pemimpin seperti Alimin dan Musso mengamalkan dasar tidakbertolak ansur dan enggan berkerjasama dengan golongan nasionalis yang lain. Mereka hendak melancarkan revolusi dengan segera. Golongan ini tidak sependapat dengan golongan liberal seperti Tan Malaka dan Semaun. Senario ini memberi kesan kepada kekuatan PKI berikutan perselisihan faham di kalangan pemimpinnya.

v) Bantuan British

Ø Kerajaan British di Tanah Melayu turut memberi bantuan kepada Belanda melaluipenyebaran maklumat mengenai kegiatan komunis.British juga membantu Belanda mematahkan percubaan PKI untuk merampas kuasa. British membantu Belanda menangkap Alimin dan Musso di Johor Bahru.

vi ) Fahaman Komunis Bertentangan dengan Islam

Ø Lebih 90% penduduk Indonesia adalah beragama Islam. Mereka menentang ideologi komunis yang menolak konsep ketuhanan. Strategi agresif yang digunakan oleh PKI seperti pemogokan dan pemberontakan juga sukar diterima oleh penduduk Indonesia .

Kesimpulan (2/3 markah)

PKC berjaya merampas kuasa dari KMT dalam perang saudara dan menubuhkan Republik Rakyat China pada tahun 1949. Akhirnya China telah muncul sebagai pusat penyebaran ideologi komunis di rantau Asia. Manakala PKI pula gagal menggulingkan kerajaan Belanda malah telah diharamkan di Indonesia. Akhirnya ideologi komunis di Indonesia tidak lagi relevan dan tidak mendapat tempat dalam arena politik Indonesia.

Page 66: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

Soalan 12

Bincangkan dasar luar Myanmar dan Thailand selepas Perang Dunia Kedua

Pendahuluan (3/2 markah)

Myanmar mencapai kemerdekaan pada tahun 1948. Dasar luar Myanmar hampir sama dengan negara jirannya India iaitu, mengamalkan dasar berkecuali. Dasar luar Thailand pula bersifat pro-Barat. Dasar ini dilaksanakan demi menjaga kepentingan dan kedaulatan negaranya. Dasar ini juga bertujuan untuk menyekat perkembangan pengaruh komunis yang sedang bertapak di Indo-China. Myanmar dan Thailand telah menganggotai beberapa pertubuhan antarabangsa dan serantau khususnya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Isi – (20 markah)

A. Myanmar (10 markah)

Ø Menganggotai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Dalam Perang Korea, Myanmar turut memainkan peranan dan bekerjasama dengan PBB, iaitu terlibat secara tidak langsung dalam Perang Korea. Myanmar telah bekerjasama dengan PBB, untuk mencegah pencerobohan Korea Utara terhadap Korea Selatan.

Ø Dalam menyelesaikan masalah sempadan dengan China, Myanmar telah mendapatkan bantuan PBB untuk memindahkan tentera-tentera Kerajaan Nasionalis China di sempadan Myanmar kembali ke China.

Ø Polisi luar negara Myanmar adalah dasar berkecuali terutama dalam menghadapi pertelingkahan Blok Barat dengan Blok Komunis dan telah menolak penyertaan dalam pertubuhan SEATO. Myanmar di bawah Perdana Menteri U Nu telah menjalinkan hubungan erat dengan banyak negara terutamanya negara-negara jiran. Myanmar turut mengambil beberapa langkah perdamaian:

a. Mengakui kedaulatan / mengiktiraf Republik Rakyat China pada tahun 1949.b. Membuat perjanjian persahabatan dengan Indonesia, India dan Pakistan.c. Membuat lawatan muhibbah ke Bangkok pada 1954 dan turut meminta maaf kepada Thailand atas sikap agresif Myanmar pada masa dahulu.d. Myanmar turut mengutuk keganasan yang dilakukan oleh Rusia ke atas Hungary serta serangan sekutu Britain terhadap Mesir pada tahun 1956 selaras dengan piagam PBB,iaitu memelihara keamanan sejagat.

Ø Menjalinkan hubungan perdagangan dengan Negara China, India, Amerika Syarikat dan negara-negara Asia Tenggara. Merupakan bekas tanah jajahan British dan dengan itu Myanmar turut menyertai pertubuhan Komanwel.

Page 67: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

B. Thailand (10 markah)

Ø Thailand di bawah pentadbiran Phibul Songgram melaksanakan polisi luar pro-Barat khususnya dengan Amerika Syarikat. Menyertai dan menganggotai banyak pertubuhan dan badan serantau mahupun antarabangsa. Menyertai Pertubuhan Perjanjian Asia Tenggara (SEATO) yang ditubuhkan oleh Amerika Syarikat pada 1955 untuk menyekat perkembangan pengaruh komunis malah Bangkok turut dijadikan ibu pejabat pertubuhan tersebut.

Ø Thailand mengamalkan dasar antikomunis dan tidak mengiktiraf Kerajaan Beijing malah telah membantah kemasukan China ke dalam PBB. Pada msa yang sama kerajaan Thailand turut mengenakan pelbagai sekatan terhadap peniaga-peniaga Cina di Thailand.

Ø Thailand telah menyertai PBB mulai 1946 dan telah memainkan peranan penting dalam PBB . Thailand sering menghantar pasukan tentera sama ada tentera pengaman mahupun pemerhati di negara-negara yang bergolak termasuk di Korea.Thailand telah membantu Amerika Syarikat dengan menghantar 20,000 tan beras malah tenteranya turut serta menentang tentera China dan Korea Utara dalam Perang Korea.

Ø Ketika Amerika Syarikat menjalankan operasi ketenteraan di Indo- China, Thailand telah menyediakan pangkalan tentera udara untuk kegunaan Amerika Syarikat.Pada tahun 1956 hingga 1957, Putera Waithayakon telah dilantik sebagai telah dilantik sebagai preiden Persidangan Perhimpunan Agung PBB yang ke-11.

Ø Thailand turut menganggotai Persidangan Solidariti Afro-Asia, Suruhanjaya Beras Antarabangsa, Suruhanjaya Perhutanan Asia-Pasifik, Majlis Perikanan Indo-Pasifik dan Kumpulan Penyelidikan Bijih Timah Antarabangsa. Dengan menganggotai pelbagai pertubuhan, Thailand telah menerima pelbagai faedah termasuklah bantuan kewangan daripada PBB untuk projek pertanian, industri dan kesihatan.

Ø Amerika Syarikat turut menghulurkan bantuan ekonomi kepada Thailand khususnya untuk pembangunan punca-punca semulajadi, kemudahan pengangkutan dan kemudahan tenaga. Perdagangan dua hala turut meningkat.Thailand turut menyertai Rancangan Colombo dengan menjadi rakan kongsi projek pembangunan di Lembangan Mekong Hilir bersama-sama Kemboja, Laos dan Vietnam.

Ø Dari segi perdagangan luar, Thailand telah menjalin hubungan dengan pelbagai negara termasuklah Tanah Melayu, Jepun, Indonesia, Hong Kong, Singapura, Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Ø Eksport utama Thailand termasukah beras, getah, bijih timah, kayu jati, jut, minyak masak dan tembakau manakala Thailand mengimport tekstil, esin petroleum, besi, keluli,kenderaan, barangan elektrik dan kertas yang mana kebanyakannya diimport daripada Jepun Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Page 68: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

Kesimpulan (2/3 markah)

Dasar luar Myanmar bersifat berkecuali untuk mewujudkan keamanan dan kestabilan serantau manakala Thailand melaksanakan polisi pro-Barat demi menjaga kepentingan dan kedaulatan negara khususnya untuk menyekat perkembangan pengaruh komunis yang sedang bertapak di Indo-China. Myanmar memilih untuk tidak memihak kepada mana-mana negara yang bersengketa terutamanya ketika perbalahan Blok Barat dan Blok Komunis. Kedua-dua negara walaupun mengamalkan polisi luar yang berbeza tetapi tetap menjalinkan hubungan perdagangan dengan pelbagai negara dan telah memberi sumbangan yang besar kepada pembangunan di kedua-dua buah negara.

Page 69: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

Bahagian A

1. Huraikan peranan raja di Negeri-negeri Melayu sebelum campur tangan British 1874. [ 25 markah ]

2. Bincangkan kegiatan ekonomi tradisional di Malaysia sebelum campur tangan British. [ 25 markah ]

3. Bincangkan penglibatan pengaruh asing di Sarawak sehingga 1842 dan Sabah sehingga 1881. [ 25 markah ]

4. Jelaskan perubahan-perubahan politik,ekonomi,dan sosial di Negeri-negeri Melayu dari tahun 1874 sehingga 1896. [ 25 markah ]

5. Huraikan langkah-langkah ke arah kemerdekaan Tanah Melayu dari tahun 1949- 1957. [ 25 markah ]

6. Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan dasar luar Malaysia dari tahun 1957 hingga 1963. [ 25 markah ]

Bahagian B

7. Huraikan sistem pembesar di Vietnam dan Thailand sebelum perluasan kan perjuangan Jose Rizal di Filipina dan Ho Chi Min di Vietnam dalam gerakan nasionalisme di negara masing-masing. [ 25 markah ]

8. Bincangkan kesan-kesan Perjanjian Yandabo di Myanmar (1826) dan Perjanjian Nanking (1842) di China. [ 25 markah ]

9. Bincangkan dasar pengilhakan kuasa Barat di India dan di Vietnam pada abad ke-19. [ 25 markah ]

11. Mengapakah perjuangan Parti Komunis China (PKC) lebih berjaya berbanding perjuangan Parti Komunis Indonesia pada pertengahan abad ke-20. [ 25 markah ]

12. Bincangkan dasar luar Myanmar dan Thailand selepas Perang Dunia ke-2 [ 25 markah ]

Page 70: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

KOLEKSI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN SEJARAH 2 BHG A DAN B1. Jelaskan peranan adat dalam masyarakat Melayu tradisional, serta ciri-ciri Undang-undang Melaka dan Undang-undang 99 Perak. 

A. PENDAHULUAN

§ Adat menjadi pegangan masyarakat Melayu tradisional.§ Segala bentuk undang-undang bersumberkan daripada adat.§ Undang-undang terbahagi kepada dua iaitu undang-undang bertulis dan tidak bertulis.§ Undang-undang tidak bertulis terbahagi kepada dua iaitu Adat Perpatih dan Adat Temenggung.§ Setiap negeri mempunyai undang-undang tersendiri.

B.ISI1) Kepentingan adat dan undang-undang.§ Menjamin keamanan dan keselamatan dalam masyarakat Melayu.§ Mengawal tingkah laku manusia dan mengeratkan persaudaraan.§ Menentukan hak seseorang dalam masyarakat terutamanya harta warisan terjamin.

2) Undang-undang Melaka.§ Terbahagi kepada dua iaitu Undang-undang Laut Melaka dan Undang-undang Darat / Hukum Kanun Melaka yang ditulis pada zaman pemerintah Sultan Muzaffar Shah dan dilengkapkan zaman Sultan Mahmud Shah.

§ Disusun secara sistematik dan mempunyai 44 bab yang meliputi perkara mengenai raja, tugas pembesar dan peraturan rasmi di istana – memudahkan pentadbiran. Ini termasuklah segala keistimewaan yang dimiliki oleh raja seperti penggunaan bahasa istana, pakaian kuning dll.

§ Mengandungi pelbagai bentuk hukuman kepada penderhaka dan pencuri, contoh: hukuman mati dikenakan kepada sesiapa yang mengingkari perintah sultan dan membunuh tanpa kebenaran sultan – untuk menjamin keamanan Melaka.

§ Sultan mesti mempunyai pembantu untuk melaksanakan tugas kerajaan sultan contohnya Penghulu Bendahari sebagai pengutip cukai di pelabuhan, Temenggung menangkap pesalah dan mendirikan penjara.

§ Menjadikan hukum syarak sebagai panduan – semua bentuk peraturan berdasarkan ajaran Islam – selari dengan taraf Melaka sebagai pusat penyebaran agama Islam yang utama di nusantara.

§ Hukuman sivil dan jenayah turut dimuatkan dalam undang-undang, contoh sivil : menyentuh perkara-perkara berkaitan hutang, harta, sewa tanah dan hamba. Contoh jenayah: merujuk terhadap kesalahan jenayah – mencuri, merompak dll.

§ Hukuman lebih berat dikenakan jika kesalahan dilakukan ke atas seseorang yang berpangkat tinggi daripada pelakunya.

§ Penghakiman dilaksanakan oleh sultan dan pembesar negeri.

Page 71: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

§ Undang-undang Laut Melaka merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan laut seperti peraturan pelayaran, tatacara jualbeli di atas kapal, bidang kuasa nakhoda serta tanggungjawab pegawai kapal.

§ Digubal untuk untuk menjaga keselamatan anak-anak kapal dan pedagang-pedagang yang berdagang dengan kapal.

3) Undang-undang 99 Perak.

§ Meliputi 99 perkara yang mengandungi tugas-tugas sultan, pembesar dan penghulu.

§ Cara dan syarat melantik pegawai negeri – seorang kadi mesti mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang agama Islam. Seorang pegawai kerajaan berdasarkan kemahiran dan pengalaman yang dimiliki individu itu.

§ Hukuman mengenai dakwaan penduduk dan hukum jenayah.

§ Mengutamakan perikemanusian dan bertimbang rasa, contoh : perwarisan harta, menetapkan hak dan harta warisan anak.

§ Menggariskan hubungan antara pemerintah dengan pembesar serta golongan pemerintah dengan yang diperintah.

C. KESIMPULAN

§ Adat dan undang-undang bertulis menjamin kesejahteraan hidup masyarakat.

§ Kedua-dua undang-undang ini berasaskan hukum syarak sebagai panduan.

2. Huraikan bagaimana kedatangan Islam telah mengubah corak kehidupan masyarakat Melayu sebelum kedatangan Barat.

Page 72: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

A. PENDAHULUAN

Kedatangan Islam bermula abad ke-17 di alam Melayu.Abad ke- 13 hingga 16 pengaruh keseluruhan alam Melayu dan mengurangkan pengaruh agama Hindu dan Buddha.Menjadi anutan majoriti penduduk.Penyebaran Islam bermula dengan pemelukan Islam oleh golongan istana dan diikuti oleh rakyat jelata.

B. ISI PENTING

1) Perubahan kepercayaan.Animisme kepada Islam.Membawa konsep tauhid dengan menafikan kewujudan banyak Tuhan.Keimanan dan konsep keesaan Tuhan.Ibadat yang luas menanam fahaman secara akidah dan rasional - mengubah berfikir secara tahyul dan fantasi.Amalan yang bertentangan dengan Islam terhapus atau diubahsuai walaupun masih mengekalkan sedikit ciri asal seperti upacara perkahwinan, pertabalan dan lain-lain.Mengubah pandangan masyarakat terhadap tokoh-tokoh agama Hindu, ahli sihir, bomoh dan dukun diganti dengan tokoh-tokoh Islam.

2) Perundangan/peraturanHukum Kanun Melaka pada abad ke-14 – memasukkan unsur-unsur perundangan Islam. Contoh: berkaitan minum arak, berzina, membunuh, memfitnah, murtad, riba dan lain-lain.Undang-Undang Pahang mengisytiharkan Pahang sebagai Dar al-Islam dan 42 Fasal merupakan terjemahan sepenuhnya dari undang-undang Fiqah Mazhab Shafie.

3) PentadbiranMemperkenalkan sistem kesultanan yang berbeza dengan beraja ala Hindu-Buddha.Konsep Dewaraja dihapuskan dan digantikan dengan sultan sebagai pemegang amanah Allah di muka Bumi.Alim ulama’ sebagai penasihat sultan.

4) PendidikanSistem pendidikan yang lebih teratur/sistematik.Terbuka kepada semua golongan masyarakat.Diajar oleh alim ulama yang disanjung dan dihormati.Antara pengajarannya – al-Quran, Feqah, sejarah dan lain-lain.Menyentuh perkara berkaitan dengan rukun Islam seperti solat, zakat, puasa dan haji.Pendakwah mengubahsuai tradisi supaya sejajar dengan Islam.Muncul institusi pondok/madrasah, masjid dan surau sebagai tempat mengajar.Pendidikan secara formal dan lebih sistematik selepas tahun 1900 dan kemasukan kurikulum baru seperti Bahasa Arab, Ilmu Sains dan Ilmu Hisab.

5) Bahasa dan Kesusasteraan.Banyak hasilkan karya dari luar diterjemahkan.Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan taraf lingua-franca.Tulisan jawi sebagai tulisan rasmi.Kemasukan istilah Arab dan Parsi. Contohnya: alim, ulama’, musyawwarah dan lain-lain.

Page 73: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

Penulisan karya sastera seperti hikayat Muhammad Ali Hanafiah, Hikayat Amir Hamzah.Antara penulis – Hamzah Fansuri, Shamsuddin al-Sumatrani, Nuruddin al-Ramli.

6) Kesenian IslamUkiran di dinding masjid, bentuk kubah, tempat berwudhuk, mihrab, menara azan, mimbar, batu nisan dan lain-lain.Rumah-rumah persendirian – bentuk relung, ukiran daun dan bunga-bungaan.Tulisan-tulisan berbentuk geometri, ayat-ayat al-Quran dan hadis.

PENUTUP

Penerimaan Islam telah mengubah sistem kehidupan masyarakat Melayu dari semua aspek dan berjaya membawa kemunculan Tanah Melayu sebagai pusat ilmu dan penyebaran Islam.

3. Sejauh manakah sistem ekonomi yang dijalankan oleh masyarakat Melayu tradisional di Malaysia sebelum kedatangan British bersifat sara diri .

A. PENDAHULUAN

Sistem ekonomi Tanah Melayu sebelum kedatangan Barat bukan sahaja bersifat sara diri dan separa sara diri di Kedah dan Perlis bahkan juga bersifat komersil seperti perdagangan, perlombongan, pertanian dagangan di Negeri-negeri Selat dan Johor.

Sara diri bermaksud pengeluaran yang dihasilkan untuk kegunaan diri sendiri namun

Page 74: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

begitu, terdapat juga sebilangan kecil masyarakat Melayu terlibat dengan aktiviti komersil yang dihasilkan untuk tujuan perdagangan.

Komersil bermaksud usaha menjalankan kegiatan ekonomi secara jual beli yang melibatkan wujudnya hubungan antara dua pihak dan saling memerlukan barangan yang berbeza.

B. ISI – ISI PENTING.

Sara Diri

1) Pertanian utamaSara diri berteraskan padi sawah dan padi huma.Dijalankan di Kuala Selangor dan Negeri Sembilan.Pengeluaran secara kecil-kecilan.Teknologi padi masih belum maju.Di Sabah padi sawah diusahakan oleh orang Kadazan dan Dusun.Kawasan tanaman – Tuaran dan Papar.Padi sawah ditanam di lembah bukit – Ranau, Keningau dan Tambunan.Padi huma diusahakan oleh orang Murut – pertanian pindah - bergantung kepada air hujan sahaja.Sarawak – diusahakan oleh – orang Bidayuh, Kenyah dan Iban.Masyarakat Kelabit usahakan padi sawah di kawasan bukit di hulu Sungai Baram.

2)Tanaman lainPisang, jagung, tebu, ubi kayu dan kopi.Pokok buah-buahan – kelapa, manggis.Ditanam di sekeliling rumah untuk keperluan sendiriSarawak – sayur-sayuran, lada hitam, buah-buahan, pokok mengkuang.

3) Hasil hutan dan memburu binatangDamar, rotan, getah perca dan buluh untuk dijual.Hasil hutan ditukar dengan keperluan lain seperti garam.Binatang buruan – rusa, kancil.

4) TernakanMenternak binatang seperti ayam, lembu, kambing.Dijadikan sumber untuk mendapatkan bekalan makanan.Kerbau digunakan untuk membajak sawah.

5) Tangkapan ikanDijalankan di pesisir pantai, sungai, sawah, tasik.Contoh ikan air tawar – lampanMenggunakan pancing, bubu.Contoh ikan laut – kembung.Menggunakan jala.Hasil untuk kegunaan keluarga dan dijadikan ikan kering dan belacan.

6) Sistem kerah - serah

Page 75: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

Rakyat perlu melakukan pelbagai kerja untuk sultan – membina jambatan dan jadi tentera.Sistem ini menggganggu kegiatan ekonomi petani-petani.Diwajibkan ke atas rakyat untuk kepentingan pembesar dan raja.Sistem serah – petani yang mengerjakan tanah pembesar perlu menyerahkan sebahagian hasil yang diusahakan sebagai balasan kepada pembesar yang membenarkan tanahnya dikerjakan

Separa sara diri dan komersil.

1) Pertanian utamaTerdapat di Kedah dan Perlis – hasil padi dijual ke negeri-negeri lain.Semua tanah dimiliki oleh sultan dan petani dibenarkan bergerak bebas mencari pembesar yang tidak menindas mereka.Di Kedah terdapat tiga jenis perairan – kincir air, terusan dan empangan.Terusan Wan Mat Saman – tahun 1885 untuk mengairi kawasan tanaman padi – menganjur dari Alor Setar ke kaki Gunung Jerai – 32 km.Membolehkan pengeluaran padi secara komersil – pasaran baik di Pulau Pinang .

2) Tanaman lainContoh ubi kayu, lada hitam, tebu, gambir – Negeri-negeri Selat dan Johor – orang Cina.Di Johor sistem Kangcu – orang cina diberi surat sungai – hak untuk menanam lada hitam dan gambir kepad tauke di Singapura dan ketua kongsi gelap cina.Lada hitam dan gambir dipasarkan ke luar negara melalui SingapuraDi Sarawak orang cina dari Singapura diberi konsesi – ditanam di Hulu Sarawak.Gambir di Bau, Sarawak – orang cina.Sagu ditanam di Mukah dan Oya.

3) Sistem pajakDikenali ampun kurnia – diberi kepada pembesar dan tauke cina dari Pulau Pinang merangkumi padi, arak, candu dan beras.Pembesar dan kerabat diberikan ampun kurnia seperti mengutip cukai pasar di sesebuah pekan kecil.

4) PerlombonganBijih timah diusahakan oleh pembesar-pembesar Melayu dengan menggunakan buruh-buruh cina.Lokasi – Melaka, Lukut dan Sungai Ujung.Perak – lombong di kawasan Klian Pauh (Taiping) dan Klian Bahru (Kamunting). Hilir Perak dan Kinta merupakan kawasan yang kaya dengan bijih timah.Kuala Lumpur – Kanching, Ampang, KlangKawasan-kawasan ini menjadi rebutan para pembesar dan kongsi gelap contoh Raja Jumaat dengan Chee Yam Chuan di Lukut – lombong akhirnya menjadi rebutan antara kongsi gelap.Menggunakan teknologi moden seperti pam dedah – orang cina.Dieksport ke Negeri-negeri Selat terutamanya Melaka.Emas dilombong di Kelantan – diusahakan oleh orang cina, di Raub, Pahang, di Bau, Sarawak dan di Sungai Segama, Sabah.Antimoni – di Bahagian Pertama Sarawak – tenaga buruh Dayak.

5) Perdagangan Antarabangsa.

Page 76: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

Berpusat di Melaka dan Pulau Pinang dan Singapura.Menyebabkan orang Melayu terdedah kepada sistem perdagangan kapitalis, contoh : di Terengganu - mengeksport emas, bijih timah, kopi, damar dan mengimport barangan buatan China dan buatan British.

6) Pelabuhan Perdagangan UtamaKedah, Melaka, Klang, Johor Lama.Merupakan pelabuhan persinggahan utama bagi saudagar dari India, China dan Arab sejak abad ke 15.

KESIMPULAN

Sistem ekonomi masyarakat Melayu tradisional bukan sahaja berbentuk sara diri tetapi berbentuk ekonomi komersil juga.Kedua-dua ekonomi dilakukan serentak.Kemajuan ekonomi menarik perhatian saudagar cina dan Eropah untuk menanam modal mereka dalam perusahaan pertanian, perdagangan dan perlombongan.Wujud masyarakat majmuk dan eksploitasi ekonomi Tanah Melayu oleh orang Barat.

4. Huraikan bentuk pentadbiran masyarakat Melayu sebelum campur tangan British di Tanah Melayu.

A. PENDAHULUAN

Pentadbiran di Negeri-negeri Melayu sebelum campur tangan British dibahagikan kepada pentadbiran peringkat negeri, daerah dan kampung.Unit politik tertinggi ialah negeri – diketuai raja/sultan/YDP BesarUnit kedua ialah daerah – diketuai seorang pembesar daerah.Unit terkecil ialah kampung – diketuai seorang penghulu/penggawa.

ISI

Page 77: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

(A) – Peringkat Negeri

Merupakan unit pentadbiran tertinggi dan terbesar.Kuasa tertinggi dipegang oleh sultan/ raja/ Yang di Pertuan Besar.Sultan/raja berkuasa mutlak. Cth: Menjatuhkan hukuman bunuh.Sultan/ raja menjalankan pemerintahan dengan dibantu oleh pembesar-pembesar. Pembesar menjadi tulang belakang dalam menjalankan pentadbiran peringkat negeri.Sultan/raja dibantu oleh Raja Muda/Putera Mahkota.Perlantikan sultan/raja..a. sistem perwarisan takhta di kebanyakan negeri-negeri Melayu. Contoh: Perak – sistem perlantikan sultan berbeza sedikit daripada negeri-negeri Melayu yang lain, melalui sistem penggiliran (Raja Di Hilir, Raja Bendahara, Raja Muda, Sultan).b. N.Sembilan – perlantikan dari pada bawah ke atas (demokrasi), Perut-Buapak-Lembaga-Undang-Yang Dipertuan Besar. Kuasa tertinggi ialah Yang Di Pertuan Besar dibantu 4 orang Undang – Sg Ujung, Rembau, Jelebu dan Johol.c. Kedah – Gelaran berbeza, pembesar memakai gelaran Tunku Bendahara dan Tunku Temenggung.Sultan/raja mempunyai daulat dan tulah. Rakyat yang menderhaka akan terkena tulah..Diperkukuh dengan penggunaan bahasa, warna – payung kuning untuk kerabat dan payung putih untuk raja, alat-alat kebesaran, alat muzik dan cop mohor.

(B) – Peringkat Daerah

Unit pentadbiran yang kedua terbesar. Sesebuah negeri dibahagikan kepada beberapa buah daerah untuk memudahkan urusan pentadbiranPembesar diberi surat tauliah yang bercop mohor oleh Sultan/Yang Dipertuan Besar.Jawatan pembesar akan diwarisi secara turun temurun.Pembesar mesti menunjukkan taat setia kepada sultan seperti :Menghadiri istiadat pertabalan.Adat menjunjung duli.Pembesar perlu menjaga keamanan dan memungut cukai di kawasan pegangannya yang dikenali sebagai kawasan pemakanan.Tugas-tugas pembesar daerah:a. Memungut cukai dan menyerahkan sebahagian daripada cukai kepada pusat sebagai taat setia pembesar.b. Menyediakan tenterac. Menyediakan kerahan tenagad. Menjaga keamanan dan keselamatan masyarakat dalam daerahnya.e. Mengadili dan menjatuhkan hukuman kecuali hukuman bunuh kepada yang melakukann jenayah.f. Menjunjung duli atau mengadap raja pada Hari Raya.

Pembesar mempunyai pengikut atau anak buah dari kalangan masyarakat yang tinggal di kawasannya. Jumlah pengikut menentukan kedudukan dan pengaruh seseorang pembesar.

(C) – Peringkat Kampung

Unit pentadbiran paling kecilDitadbir oleh pembesar daerah yang dilantik oleh sultan daripada kalangan keluarga

Page 78: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

baik-baik.Contoh: Penghulu atau Tok Kweng di Kelantan.Penghulu masih berada di bawah kawalan pembesar daerah walaupun mempunyai surat tauliah daripada Sultan.Menjadi perantara antara penduduk dengan pembesar daerah.Tugas-tugas penghulua. Memungut cukaib. Menjaga keamanan kampungc. Mengendalikan dan menyelesaikan masalah yang timbuld. Membekalkan tenaga tentera semasa peperangane. Mendapatkan tenaga buruh.f. Memastikan rakyat di kampungnya taat setia kepada Sultan.

KESIMPULAN

Sistem pentadbiran Melayu tradisional sebelum campur tangan British membuktikan satu sistem pentadbiran yang sistematik

Sistem pentadbiran masyarakat melayu mengalami perubahan drastik selepas campur tangan British 1874 yang telah menghakis kuasa raja dan pembesar-pembesar Melayu khususnya dalam bidang politik dan ekonomi.

5. Bincangkan hukum Adat yang diamalkan di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak sebelum campur tangan British.

PENDAHULUAN

Adat merupakan peraturan yang diamalkan oleh sesebuah masyarakat turun-temurun sehingga sebati dengan cara hidup masyarakat berkenaan dan dianggap sebagai hukum atau undang-undang yang harus dipatuhi.

Undang-undang ini disebut sebagai hukum adat iaitu sesuatu peraturan yang menjadi undang-undang berdasarkan amalan, adat resam atau kebiasaan yang telah lama wujud dalam sesebuah masyarakat. Sesiapa melanggarnya boleh dihukum.

Adat penting bagi menjamin hak anggota masyarakat supaya anggota masyarakat boleh

Page 79: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

hidup selesa, aman dan makmur.

Ada dua jenis adat yang paling berkembang di Tanah Melayu iaitu Adat Temenggung dan Adat Perpatih. Sementara di Sarawak, masyarakat Bumiputera mengamalkan Adat Dusun Tunggu manakala Adat Tenom, Adat Dusun dan Adat Temogun diamalkan di Sabah.

ISI

(A) Adat TemenggungPengasasnya Datuk Ketemenggungan, berasal dari Palembang, Sumatera. Dibawa ke Tanah Melayu oleh keturunan Diraja Palembang. Adat ini juga diresapi oleh unsur-unsur Islam Mazhab Shafie.

Adat ini diamalkan secara meluas di semua negeri Tanah Melayu kecuali Negeri Sembilan dan kawasan Naning di Melaka.

Adat Temenggung bersifat patriarchal iaitu lebih mengutamakan lelaki sebagai ketua keluarga.

Keluarga sebelah bapa dan sebelah ibu dianggap sama penting. Kaum lelaki mewarisi harta pusaka keluarga. Anak lelaki mewarisi harta dengan kadar 2/3 berbanding anak perempuan berdasarkan anak lelaki lebih besar tanggungjawabnya dalam keluarga berbanding anak perempuan. Manakala anak perempuan mendapat hak 1/3 daripada harta pusaka.

Sistem pemerintahan Adat Temenggung bersifat autokrasi iaitu sultan berkuasa penuh dalam pemerintahan. Sultan atau pemerintah berkuasa penuh ke atas masyarakat dan menentukan bentuk undang-undang.

Pelantikan seseorang sultan mengikut warisan. Biasanya putera sulung sultan akan menjadi pemerintah.

Hukuman ke atas kesalahan jenayah lebih keras. Bentuk hukuman berdasarkan prinsip pembalasan. Kesalahan membunuh akan dihukum bunuh.

Peraturan perkahwinan berdasarkan undang-undang Islam. Dibenarkan berkahwin dengan sesiapa sahaja asalkan tiada pertalian darah. Perempuan yang berkahwin dikehendaki tinggal bersama-sama dengan keluarga ibu bapa suaminya.

(B) Adat Perpatih

Diasaskan oleh Datuk Perpatih Nan Sebatang yang berasal dari Pagar Ruyung, Sumatera. Adat ini telah dibawa masuk ke Tanah Melayu dan disebarkan oleh orang-orang Minangkabau dan berkembang di Negeri Sembilan serta Naning di Utara Melaka pada abad ke-17. Terdapat perbezaan antara Adat Temenggung dengan Adat Perpatih.

Adat Perpatih bersifat matriarchal iaitu lebih mengutamakan kaum wanita kerana wanita dianggap sebagai pengasas suku.

Harta pusaka turun-temurun ialah kepunyaan suku. Pewarisan harta pusaka diberatkan

Page 80: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

sebelah ibu, anak perempuan menjadi asas wujudnya suku.

Sistem pemerintahan Adat Perpatih bercorak demikrasi dan permuafakatan. Ini bermakna kuasa pemerintah tidak terletak di tangan seorang sahaja. Terdapat empat orang Undang memilih seorang kerabat diraja untuk menjadi Yam Tuan Besar Negeri Sembilan. Di bawah Undang dan Penghulu ialah Lembaga, di bawah Lembaga terdapat Buapak. Buapak menjadi ketua bagi Perut.

Hukuman Adat Perpatih bersifat pemulihan. Tidak bertujuan untuk menghukum pesalah, sebaliknya bertujuan untuk mendidik dan membaiki keadaan. Ia lebih bersifat kemanusiaan dan bertimbang rasa serta memberi peluang kepada pesalah insaf. Oleh itu, pesalah akan didenda dengan membayar ganti rugi seperti si pembunuh mesti menanggung kehidupan keluarga si mati.

Perkahwinan sesama suku dilarang kerana ahli dalam sesuatu suku mempunyai hubungan yang sangat erat dan dianggap bersaudara. Setelah berkahwin suami dikehendaki menetap bersama keluarga perempuan.

(C) Hukum Adat Masyarakat Bumiputera Sarawak dan Sabah

Di Sabah dan Sarawak hukum adat juga memainkan peranan penting dalam peraturan hidup.

Masyarakat bumiputera Sarawak mengamalkan Adat Dusun Tunggu dan Undang-undang Mahkamah Melayu. Hukum adat mengawal soal bertanam padi dan tempat tinggal orang Iban. Hukum adat menentukan tanah kampung halaman adalah kepunyaan bersama sesuatu kumpulan masyarakat.

Semua penduduk rumah panjang dalam kumpulan berkenaan berhak bercucuk tanam, memburu dan mengambil hasil-hasil hutan di kawasan kampung mereka.

Kegagalan melaporkan sesuatu bencana, kecemasan, tidak bekerjasama terhadap sesuatu tindakan yang dipersetujui bersama, pelawat yang memasuki rumah panjang tanpa menanggalkan parang adalah contoh yang akan dikenakan hukuman.

Di peringkat kampung, hukum adat dilaksanakan oleh ketua kampung atau Majlis Orang Tua-tua. Dalam sesuatu perbicaraan biasanya terdapat tiga orang hakim untuk mengadili kes iaitu Pengeran Temenggung atau Datuk Orang Kaya yang mewakili Sultan Brunei dan dua orang wakil suku-suku yang terlibat dalam kes berkenaan.

Bagi masyarakat Sabah, mereka mengamalkan Adat Dusun, Adat Tenom dan Adat Timogun.

KESIMPULAN

Hukum adat mempunyai peranan penting bagi mengekalkan peraturan hidup agar dapat menjamin keharmonian dalam masyarakat, menentukan hak dan mengawal tingkah laku individu dalam kehidupan masyarakat.

Page 81: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

6. Bincangkan pelbagai bentuk kepercayaan dalam kehidupan masyarakat Melayu di Malaysia sebelum kedatangan Barat.

PENDAHULUAN

Bentuk-bentuk kepercayaan dan keagamaan.Amat berkesan ke atas segala tindak tanduk manusia dalam kehidupan.Sukar untuk dikesan perbezaan yang nyata dalam kepercayaan dan keagamaan masyarakat Melayu.

ISI

1. Kepercayaan animisme masyarakat Tanah Melayu

Kepercayaan kepada makhluk-makhluk halus atau kuasa ghaib yang mempunyai semangat.

Benda hidup/tidak hidup mempunyai roh dan semangat seperti gunung, pokok besar, batu-batu besar, sungai dan sebagainya.

Page 82: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

Makhluk halus seperti jin, hantu, penunggu dan sebagainya boleh memberi kesan baik seperti rezeki, kesihatan, keharmonian dan sebaliknya seperti malapetaka dan bencana.

Mengadakan upacara-upacara pemujaan seperti puja pantai di Terengganu, semangat padi di Pahang, main puteri, main dewa, memutus ubat dan sebagainya untuk mengelakkan bencana atau meminta pertolongan.

Ada kaitan dengan kehidupan masyarakat Melayu tradisional seperti menanam padi, turun ke laut, masuk hutan dan mengubati penyakit.

Upacara ini dipercayai boleh menjamin keselamatan mereka, kesuburan tanah, hasil tanaman dan sebagainya.

Memerlukan orang perantaraan di antara manusia dengan kuasa ghaib atau makhluk halus kerana manusia biasa tidak mampu berhubung dengan mereka.

Orang perantaraan ini ialah bomoh, dukun atau pawang yang berperanan untuk mententeramkan kuasa ghaib daripada mengganggu anak-anak kecil, perempuan bersalin, orang sakit dan sebagainya. Mereka percaya kepada keramat, azimat dan tangkal.

Mengamalkan jampi serapah, limau, kain kuning, telur, bunga-bungaan, senjata tradisinal dan sebagainya.

Alat-alat muzik yang mempunyai kaitan dengan kuasa ghaib diasap dengan kemenyan dan sirih dan disimpan di tempat yang tinggi dan dijaga dengan sempurna.

2. Kepercayaan animisme di Sarawak

Orang Melanau percaya hantu tertentu menyebabkan penyakitHantu yang menyebabkan sakit perut dan kejang, hantu langit membawa sakit kepala dan demam, hantu gurun mendatangkan bengkak kaki dan lenguh sendi tangan.

3. Kepercayaan animisme di SabahOrang Ilanun percaya penyakit ada kena mengena dengan syaitan.Percaya ilmu batin dan perkara ghaib seperti ilmu palimun (ghaib), kublak (kebal), dualatut (dipukul tidak rasa sakit), mabagar (kuat), pagawang (menakutkan musuh dengan suara)Orang Bumiputera Sabah juga percaya adanya jimbaran (orang belaan) dan kemasukan apok-apok (lintasan).Mengadakan upacara menjamu hantu bagi mengelakkan ditimpa penyakit.Orang Murut percaya kepada Aki Kopuno (dipercayai berkuasa dalam segala hal) yang dianggap dapat menolong menyelesaikan masalah.Bomoh Babalion menjadi perantaraan antara manusia dengan Aki Kopuno.

PENUTUP

1. Amalan kepercayaan dan agama telah membentuk sistem sosial mereka.2. Namun demikian selepas kedatangan Islam sebahagian besar amalan kehidupan

Page 83: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

mereka telah berubah.3. Namun masih ada amalan animisme dan pengaruh Hindu-Buddha yang masih diamalkan.

7. Bincangkan perbezaan antara Adat Perpatih dengan Adat Temenggung yang diamalkan oleh masyarakat Melayu pada abad ke 19.

PENDAHULUAN

1. Adat Perpatih dan Adat Temenggung dapat dikategorikan sebagai hukum adat di negeri-negeri Melayu. Adat ini berasal dari utara Sumatera dan dikembangkan oleh dua beradik iaitu Datuk Ketemenggungan yang kemudiannya berkuasa di Palembang (Adat Temenggung) dan Datuk Perpatih Nan Sebatang yang kemudiannya berkuasa di Pagar Ruyung (Adat Perpatih).

2. Adat Temenggung diamalkan di semua negeri kecuali Negeri Sembilan dan daerah Naning di Melaka.

3. Hukum adat ini meliputi segala aspek kehidupan, peraturan hidup, adat istiadat dan hidup bermasyarakat.

4. Hukum adat ini dipercayai dibawa masuk sekitar abad ke 15 Masihi dan kemudiannya berkembang di negeri-negeri taklukan Melaka. Contoh: Undang-Undang Johor yang diamalkan di Johor dan Kedah, Undang-undang Pahang dan Undang-undang 99 Perak di Perak. Adat Temenggung kemudiannya diresapi dengan pengaruh Islam dan hukum

Page 84: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

syarak bermazhab Shafie.

ISI

Perbezaan antara Adat Perpatih danAdat Temenggung

(A) Bersifat Matriachal/Patriachal1. Dalam Adat Perpatih kaum wanita mempunyai kedudukan dalam masyarakat§ kaum wanita mempunyai hak dan keutaman dalam mewarisi harta§ Nasab keturunan juga dikira melalui suku ibu§ Anak perempuan menjadi asas dalam wujudnya suku.2. Manakala/berbeza Adat Temenggung kaum lelaki mempunyai kedudukan dalam keluarga§ Anak lelaki mempunyai hak dalam pewarisan harta§ Susur galur keturunan dikira dari sebelah lelaki.§ Lelaki juga berperanan sebagai ketua keluarga.

(B) Perkahwinan1. Dalam Adat Perpatih suami dikenali sebgai orang Semenda§ bertanggungjawab menyediakan kediaman untuk isteri dan anak-anaknya§ tempat kediaman atau rumah kemudiannya menjadi hak isteri.2. Manakala Adat Temenggung selepas perkahwinan isteri mesti mengikut suami dan boleh tinggal bersama keluarga suami.

(C) Taraf perkahwinan1. Dalam Adat Perpatih perkahwinan melibatkan berlainan suku kerana dianggap bersaudara.2. Manakala Adat Temenggung perkahwinan dibenarkan dengan sesiapa sahaja asalkan tidak melanggar hukum syarak.

(D) Pentadbiran1. Adat Perpatih bersifat demokrasi§ kuasa dibahagi dari bawah ke atas – Perut, Buapak, Lembaga dan Undang.§ Pemilihan ketua dilakukan dengan persetujuan ketua yang berada di setiap peringkat§ Perut akan memilih Buapak, Buapak memilih Lembaga, Lembaga memilih Undang dan Undang memilih Yang Di Pertuan Besar.2. Sebaliknya Adat Temenggung bersifat autokrasi (kuasa mutlak)§ hak istimewa memperkukuhkan kuasa sultan, contoh: warna.§ pentadbiran diketuai oleh raja/sultan dan dibantu oleh pembesar.§ sultan melantik pembesar§ pembesar peringkat paling bawah ialah ketua kampung§ sultan berperanan sebagai lambang perpaduan antara rakyat dan ketua negara§ anak lelaki sultan adalah pewaris takhta§ sekiranya tiada anak lelaki, adik lelaki sultan akan mewarisi takhta(E) Perundangan1. Dalam Adat Perpatih undang-undang jenayah lebih bersifat pemulihan untuk menyedarkan masyarakat§ kesalahan yang dilakukan boleh ditebus dengan membayar ganti rugi§ ganti rugi mengikut tahap seperti seorang yang dicederakan akan dibayar dengan

Page 85: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

ayam atau kambing, mangsa kecurian akan memperolehi kembali gantian barang-barangnya dan pembunuh akan menanggung kehidupan keluarga mangsa.§ Yang Dipertuan Besar atau Undang sahaja yang boleh menjatuhkan hukuman bunuh2. Manakala Adat Temenggung berunsur pembalasan dan undang-undangnya lebih tegas§ hukuman terhadap pembunuhan ialah balasan bunuh, mencuri akan dipotong tangan.§ Hanya raja/sultan yang akan menjatuhkan hukuman bunuh.

(F) Pembahagian Harta1. Dalam Adat Perpatih harta milik keluarga§ Pembahagian harta pusaka diwarisi daripada ibu kepada anak perempuan yang menjadi asas wujudnya suku.§ Harta pusaka turun temurun adalah kepunyaan suku.§ Harta carian : harta yang diperoleh oleh pasangan sepanjang perkongsian hidup. Jika berlaku perceraian harta dibahagi dua.§ Harta dapatan : harta seia ada pada isteri sebelum berkahwin. Jika berlaku perceraian, harta kekal di tangan isteri.§ Harta pembawaan : harta yang dimiliki oleh suami sebelum berkahwin, bekas isteri tidak boleh menuntut hartanya.

2. Manakala Adat Temenggung harta milik individu§ Berdasarkan undang-undang Islam dan memberi keadilan kepada semua pihak .§ Anak lelaki berhak mewarisi harta pusaka denga kadar 2/3 berbanding anak perempuan kerana berdasarkan tanggungjawab anak lelaki yang lebih besar dalam keluarga.§ Anak perempuan berhak mewarisi sebahagian kecil daripada harta pusaka 1/3 bahagian.

KESIMPULAN

1. Adat Perpatih dan Adat Temenggung jelas mempunyai perbezaannya. Walau bagaimanapun, kedua-dua hukum adat mempunyai maksud yang sama iaitu untuk melindungi anggota masyarakat, hidup dengan mematuhi peraturan, berdisiplin, menghormati sesama manusia, mematuhi adat istiadat.2. Kedua-duanya merupakan hukum adat masih diamalkan hingga hari ini.3. Selepas kedatangan British, berlaku perubahan dalam amalan adat masyarakat tempatan.

Page 86: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

8. Terangkan bagaimana kuasa raja-raja Melayu diperkukuhkan sebagai kuasa yang tertinggi dalam sistem politik Melayu sebelum kedatangan kuasa barat.

PENDAHULUAN

1. Sistem politik Melayu tradisional sebelum kedatangan Barat dibahagikan kepada dua iaitu golongan pemerintah yang terdiri daripada sultan dan pembesar serta golongan yang diperintah terdiri daripada rakyat dan hamba.2. Golongan pemerintah terutamanya sultan mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan aspek politik, ekonomi dan sosial di dalam pemerintahan.

ISI

1) Bidang politikKetua pentadbir sesebuah negara yang berkuasa mutlak seperti membuat undang-undang, ketua tentera, memegang jawatan penting, berkuasa menjatuhkan hukuman bunuh dan boleh melantik pembesar dalam membantu urusan pentadbiran negeri.Ketua diplomatik dalam hubungan luar.Kuasa raja diperkukuhkan dengan adanya konsep daulat dan rakyat yang derhaka akan ditimpa tulah.Pemusatan kuasa berada di tangan sultan, pembesar hanya berkuasa di wilayah pegangannya.Pembesar dan rakyat perlu taat setia kepada raja atau sultan. Segala arahan raja atau sultan haruslah dilakukan tanpa bantahan.

2) Bidang EkonomiBerkuasa dalam kegiatan ekonomi seperti perlombongan, pungutan cukai, perdagangan.Pungutan cukai dikutip oleh pembesar yang dilantik dan raja hanya memantau tugas pembesar tersebut.

3) Bidang SosialRaja atau sultan dilambang sebagai khalifah atau wakil Allah di muka bumi.Sultan dibantu oleh ulama yang bertindak sebagai penasihat dalam hal ehwal agama Islam.Memastikan peraturan Islam dilaksanakan.Raja wajib mengekalkan keamanan dan keharmonian di dalam negeri baginda.

Page 87: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

Raja berhak mengerah rakyat untuk khidmat sosial seperti membina istana dan sebagai tentera.Sebagai pelindung adat resam dan adat istiadat contohnya mengetuai segala upacara diraja seperti pertabalan.

4) Hak KeistimewaanWarna kuning dan putih digunakan oleh raja dan kerabat diraja. Contoh – payung putih- raja, payung kuning – kerabat dirajaBahasa dalam/istana seperti gering, santap digunakan oleh rajaAlat kebesaran seperti dokoh, kendi, cop mohor, keris, pending dan lain-lain – menunjukkan keistimewaan raja.Muzik diraja – nobat, nafiri digunakan dalam upacara pertabalan diraja.

KESIMPULAN

1. Raja mempunyai kedudukan tertinggi dengan adanya sistem beraja dan keistimewaan ini jelas menunjukkan perbezaan antara pemerintah dengan rakyat.2. Selepas kedatangan barat, kekuasaan raja semakin berkurangan.

Page 88: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

9. Sejauh manakah pengaruh Hukum Kanun Melaka ke atas undang-undang yang terdapat di negeri-negeri Melayu yang lain.

PENDAHULUAN.

1. Undang-undang terbahagi kepada dua iaitu undang-undang bertulis dan tidak bertulis.2. Undang-undang bertulis yang diamalkan di negeri-negeri Melayu berasaskan Hukum Kanun Melaka tetapi menggunakan nama yang berbeza-beza di setiap negeri.3. Contoh Undang-undang Pahang, Undang-undang Johor dan Undang-undang Kedah, manakala Undang-undang Laut dan Undang-undang 99 Perak tidak dipengaruhi oleh Hukum Kanun Melaka.

ISI1) Undang-undang Melaka.

Terbahagi kepada dua iaitu Undang-undang Laut Melaka dan Undang-undang Darat / Hukum Kanun Melaka yang ditulis pada zaman pemerintah Sultan Muzaffar Shah dan dilengkapkan zaman Sultan Mahmud Shah.

Disusun secara sistematik dan mempunyai 44 bab yang meliputi perkara mengenai raja, tugas pembesar dan peraturan rasmi di istana – memudahkan pentadbiran. Ini termasuklah segala keistimewaan yang dimiliki oleh raja seperti penggunaan bahasa istana, pakaian kuning dll.

Mengandungi pelbagai bentuk hukuman kepada penderhaka dan pencuri, contoh: hukuman mati dikenakan kepada sesiapa yang mengingkari perintah sultan dan membunuh tanpa kebenaran sultan – untuk menjamin keamanan Melaka.

Sultan mesti mempunyai pembantu untuk melaksanakan tugas kerajaan sultan contohnya Penghulu Bendahari sebagai pengutip cukai di pelabuhan, Temenggung menangkap pesalah dan mendirikan penjara.

Menjadikan hukum syarak sebagai panduan – semua bentuk peraturan berdasarkan ajaran Islam – selari dengan taraf Melaka sebagai pusat penyebaran agama Islam yang utama di nusantara.

Hukuman sivil dan jenayah turut dimuatkan dalam undang-undang, contoh sivil : menyentuh perkara-perkara berkaitan hutang, harta, sewa tanah dan hamba. Contoh jenayah: merujuk terhadap kesalahan jenayah – mencuri, merompak dll.

Page 89: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

Hukuman lebih berat dikenakan jika kesalahan dilakukan ke atas seseorang yang berpangkat tinggi daripada pelakunya.

Penghakiman dilaksanakan oleh sultan dan pembesar negeri.

Undang-undang Laut Melaka merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan laut seperti peraturan pelayaran, tatacara jualbeli di atas kapal, bidang kuasa nakhoda serta tanggungjawab pegawai kapal.Digubal untuk untuk menjaga keselamatan anak-anak kapal dan pedagang-pedagang yang berdagang dengan kapal.

2) Undang-undang KedahDipengaruhi oleh Hukum Kanun Melaka.Undang-undang Kedah yang dipengaruhi Hukum Kanun Melaka seperti Undang-undang Seri Paduka Tuan yang berkaitan peraturan pertanian dan ternakan serta bidang tugas ketua kampong.Hukum Kanun Dato’ Kota Star berkaitan dengan bidang tugas raja dan pembesar.Adat istiadat, alat kebesaran dan ufti.

3) Undang-undang PahangUndang-undang ini disusun berpandukan Hukum Kanun Melaka dan disesuaikan dengan pengaruh Islam.Antaranya ialah Adat Lembaga yang merangkumi bidang tugas dan tanggungjawab pembesar dan rakyat. Contoh: Hulubalang mempertahankan dan melindungi raja dan negeri daripada musuh.Undang-undang Jenayah- menetapkan 360 seksaan bagi kesalahan menderhaka.Undang-undang awam berkaitan dengan tanah dan perumahan.

3) Undang-undang JohorUndang-undang Johor merupakan warisan daripada Hukum Kanun Melaka dan telah disesuaikan dengan adat dari Riau dan Undang-undang Islam.Undang-undang ini berkaitan dengan bidang tugas raja, pembesar dan tanggungjawab rakyat untuk mentaati pemerintah.

4) Undang-undang 99 Perak.Berasal dari Parsi dan dibawa ke Perak pada abad ke 17.Undang-undang ini unik kerana ditulis dalam bentuk soal jawab.Meliputi 99 perkara yang mengandungi tugas-tugas sultan, pembesar dan penghulu.Cara dan syarat melantik pegawai negeri – seorang kadi mesti mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang agama Islam. Seorang pegawai kerajaan berdasarkan kemahiran dan pengalaman yang dimiliki individu itu.Hukuman mengenai dakwaan penduduk dan hukum jenayah.Mengutamakan perikemanusian dan bertimbang rasa, contoh : perwarisan harta, menetapkan hak dan harta warisan anak.Menggariskan hubungan antara pemerintah dengan pembesar serta golongan pemerintah dengan yang diperintah.

5) Undang-undang Laut Melakaa. Undang-undang Laut Melaka merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan laut seperti peraturan pelayaran, tatacara jualbeli di atas kapal, bidang kuasa nakhoda serta

Page 90: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

tanggungjawab pegawai kapal.b. Digubal untuk untuk menjaga keselamatan anak-anak kapal dan pedagang-pedagang yang berdagang dengan kapal.

KESIMPULAN.

1. Kedatangan Barat telah mengubah sistem perundangan di Tanah Melayu.2. Pihak British telah memperkenalkan sistem perundangan Barat bagi menggantikan sistem perundangan tradisional.

Page 91: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

10. Terangkan struktur sosial masyarakat Melayu di Tanah Melayu sebelum campur tangan British.

PENDAHULUAN

1. Masyarakat Melayu tradisional terbahagi kepada dua golongan pemerintah dan golongan diperintah.2. Golongan pemerintah terdiri daripada raja/sultan, keluarga dan kerabat diraja, pembesar, pentadbir serta ulama istana.3. Golongan diperintah ialah orang merdeheka dan hamba.

ISI

Golongan diperintah

1) Raja/sultan/Yang Dipertuan Besara. Pemerintah tertinggi dalam pentadbiran negeri.b. Mempunyai kuasa dan wibawa dalam menjalankan pemerintahan dan pentadbiran negeri.c. Mentadbir negeri dengan bantuan kaum kerabat dan para pembesar.d. Menyatupadukan rakyat, memelihara keamanan dan memajukan negeri.e. Berkuasa mutlak terhadap rakyat jelataf. Melaksanakan kuasa kerajaan pusat. Konsep daulat dan derhaka memperkukuhkan kuasa rajag. Menjalinkan hubungan luar.h. Mempunyasi keistimewaan tertentu; warna kuning hanya untuk raja, payung putih untuk sultan, payung kuning untuk kerabat, menggunakan bahasa dalam, cop mohor diraja, alat kebesaran seperti kendi.

2) Keluarga dan kerabat dirajaa. Kedudukan kedua selepas raja ialah anak raja dan kerabat diraja.b. Anak raja tidak semestinya seorang putera raja yang memerintah.c. Mempunyai gelaran raja, tengku dan wan.d. Jawatan raja muda diberi kepada putera sulung/tertua/adinda sultan jika tiada putera.e. Putera sultan ada yang dilantik menjadi pembesar daerah atau pemerintah jajahan taklukf. Mempunyai keistimewaan sama seperti raja, tetapi tidak melebihi keistimewaan raja.g. Menggunakan bahasa dalam dan payung kuning.

3) Golongan Bangsawan dan pembesar

Page 92: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

a) Golongan bangsawanTerdiri daripada golongan pembesar dan kaum kerabatSangat berpengaruh dalam kalangan pemerintah dan pentadbir.Membantu sultan dalam pentadbiran dan pemerintahan.Menjadi penasihat/pembesar di daerah-daerah tertentu.

b) Pembesar daerah§ Terdiri daripada rakyat biasa yang dinaikkan taraf dan dilantik melalui surat tauliah oleh sultan yang bercop mohor.§ Memegang jawatan seumur hidup dan mesti menunjukkan taat setia kepada pemerintah.§ Berkuasa penuh dalam kawasan pegangannya.§ Berkedudukan penting dalam sistem pemerintahan kerajaan dan menjadi perantara sultan dengan rakyat.§ Menjaga keamanan dan memungut cukai di kawasan pemakanannya serta bebas menjalankan kegiatan ekonomi.§ Menjatuhkan hukuman dan denda dalam kes-kes jenayah di daerah mereka.§ Membekalkan tenaga buruh kepada sultan dalam sistem kerah dan serah. Contoh Membina istana.

c) Golongan ulama dan pendeta

i) Golongan ulama§ Berketurunan Arab Melayu dan merupakan cendikiawan dalam bidang agama.§ Berkedudukan istimewa dan sangat berpengaruh dalam susun lapis masyarakat Melayu tradisional. Contoh jawatan mufti, kadi§ Penasihat sultan dalam hal ehwal agama/hukum syarak.

ii) Golongan pendeta§ Pakar dalam bidang kesenian, kebudayaan, kesusasteraan, adat istiadat dan salasilah raja.§ Menjadi pakar rujuk kepada sultan dan golongan di istana.§ Merupakan penulis dan perawi diraja.

Golongan diperintah

Terdiri daripada rakyat biasa dan orang asing yang bebas/merdeheka.

a) Rakyat biasa§ Petani, nelayan, dagang dan tukang.§ Tidak mempunyai kuasa politik dan jawatan dal;am pentadbiran.§ Mengamalkan tradisi gotong-royong.§ Tiga golongan rakyat biasa iaitu pedagang dan peniaga kecil-kecilan, buruh dan pekerja biasa serta petani dan tukang mahir.§ Bebas menjalankan kegiatan ekonomi- pertanian, perikanan, perlombongan dan perdagangan.

b) Rakyat asing§ Penduduk bukan Melayu yang datang ke Tanah Melayu untuk tujuan tertentu dan tinggal sementara sahaja.§ Terlibat dalam pelbagai kegiatan sosial seperti tentera upahan kerajaan.

Page 93: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

§ Menjalankan kegiatan ekonomi seperti pelombong dan peniaga runcit.§ Tidak wajib mematuhi dan mengamalkan tradisi kebudayaan tempatan. 

c) Golongan hamba § Menyediakan tenaga manusia untuk aktiviti masyarakat seperti gotong-royong.§ Menyumbang tenaga untuk menambah harta tuannya.§ Melambangkan ketinggian taraf sosial pemiliknya.§ Terdapat tiga jenis hamba:i) Hamba rajao Merupakan hamba yang tertinggi daripada hamba laino Terdiri daripada bekas tawanan perang/banduaan

ii) Hamba berhutango Menjadi hamba dalam tempoh yang ditetapkan sehingga berjaya melangsaikan hutang dan akhirnya bebas menjadi rakyat biasa

iii) Hamba biasao Menjadi hamba seumur hidup.o Terdapat tiga jenis hamba biasa – hamba abdi, hamba dengan dan biduanda.

KESIMPULAN

§ Adanya hierarki dalam masyarakat Melayu tradisional adalah untuk membezakan kedudukan golongan pemerintah dan golongan yang diperintah untuk membezakan kedudukan dan penghormatan.§ Dapat menentukan tugas dan tanggungjawab masing-masing.§ Namun begitu, susun lapis ini mengalami perubahan selepas kedatangan campur tangan British.

Page 94: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

1. Bincangkan perluasan kuasa British di Negeri-negeri Melayu Utara antara tahun 1897 hingga 1909.

Pengenalan (3 m) 

1. Negeri-negeri Melayu Utara terdiri dari Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu.Keempat-empat negeri ini adalah negeri naungan Siam.

2. Negeri-negeri ini akhirnya diletakkan di bawah kuasa British. British meluaskan pengaruh dan kuasanya ke atas negeri-negeri Melayu Utara ini melalui Perjanjian Sulit 1897,Pengisytiharan 1902, dan Perjanjian Bangkok 1909. 

Isi-isi (20 m)

British mendapat khabar angin bahawa Perancis merancang hendak membina sebuah terusan melintasi Segenting Kra.

Terusan ini akan menjejaskan perdagangan dan kedudukan Singapura kerana kapal-kapal dagang yang menggunakan terusan ini akan mengenepikan Selat Melaka.

Rancangan Perancis gagal tetapi British masih bimbang.

British menandatangani satu Perjanjian Sulit 1897 dengan Siam untuk menyekat kuasa-kuasa Barat.

Melalui perjanjian ini British berjanji membantu Siam sekiranya diserang musuh.

British mengiktiraf kedaulatan Siam ke atas NNMU .

Siam pula bersetuju tidak menyerahkan mana-mana wilayahnya kepada kuasa lain.

1890an bermula dasar imperialisme kuasa-kuasa Barat mencari tanah jajahan,sekali lagi British bimbang.

Jerman berusaha mendapatkan Pulau Langkawi, Rusia cuba mendapatkan konsesi pangkalan arang batu di Teluk Siam dan Ujong Salang. Amerika Syarikat cuba mendapatkan konsesi perlombongan di Terengganu.

Kelantan dan Patani tidak senang dengan pengaruh Siam di kawasan mereka.

Page 95: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

Frank Swettenham menyeru British membantu Kelantan dan Patani bagi mengelak mereka meminta bantuan kuasa lain.

Sultan Kelantan telah menyerahkan konsesi tanah kepada warga British bernama Duff, Siam membantah – Sultan mengugut meminta bantuan kuasa lain – Frank Swettenham campurtangan – mendesak Siam menerima seorang penasihat British di Kelantan dan Terengganu.

September 1902 Pengisytiharan Inggeris – Siam ditandatangani – syarat Siam diberi 10% daripada pandapatan Terengganu dan Kelantan jika hasil pendapatan melebihi $100 000 .

Pakatan British-Perancis - Perancis mengambilalih jajahan Siam di sempadan Siam Kemboja – British mungkir janji tidak membantu Siam sedangkan NNMU telah diserahkan kepada British.

1904 Siam menghadapi krisis kewangan kerana membantu Kedah –Siam berunding dengan British hasilnya termetrailah Perjanjian Bangkok 1909.Perjanjian Sulit 1897 ditarik balik .

Melalui Perjanjian Bangkok dengan rasmi NNMU diletakkan di bawah pentadbiran British.

Kesimpulan (2 m)

Perjanjian Sulit 1897, Pengisytiharan 1902 dan Perjanjian Bangkojk merupakan satu langkah peluasan kuasa British ke atas NNMU. Mulai 1909 pengurusan NNMU memantapkan pengaruh dan kekuasaan British di Tanah Melayu.

Page 96: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

2. British telah mengubah dasar tidak campur tangan kepada campur tangan secara langsung terhadap negeri-negeri Melayu pada akhir abad ke-19 bagi menjaga kepentingan mereka di Tanah Melayu. Bincangkan

Pengenalan (3 m)

1. Pada akhir abad ke -19, British berusaha untuk campurtangan secara langsung di NNM dengan menggunakan pelbagai alasan antaranya perebutan takhta dan pergaduhan antara kongsi gelap Cina.2. Setelah berjaya ,British memperkenalkan pelbagai dasar bertujuan mengukuhkan kedudukan mereka contohnya pengenalan Sistem Residen 

Isi-isi (20 m)

1. Keadaan huru-hara yang disebabkan oleh Perang Saudara di negeri-negeri Melayu seperti di Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan . Perkembangan tersebut menyebabkan pemodal Eropah mendesak kerajaan British supaya campurtangan untuk memulihkan keamanan. Hal ini akan membantu kegiatan perdagangan berjalan dengan lancar.Malahan masalah di negeri-negeri Melayu yang lain menyebabkan Kerajaan British di London mengarahkan Andrew Clarke terlibat secara langsung bagi menyelesaikan konflik raja-raja Melayu.

2. Di samping itu masalah kongsi gelap Cina antara puak Hai San dan Ghee Hin turut menyumbang ke arah perubahan dasar campur tangan British di Tanah Melayu. Kedua-dua puak seringkali terlibat dalam pergaduhan yang mengakibatkan kegiatan perlombongan bijih timah dan keselamatan terjejas teruk malahan pergaduhan kongsi gelap menyebabkan kemusnahan banyak peralatan di lombong bijih timah.

3. British ingin menguasai sumber mineral yang bernilai untuk pasaran antarabangsa tyang terdapat di Tanah Melayu. Selepas meletusnya Revolusi Perindustrian di Eropah, keperluan terhadap bahan- bahan mentah begitu tinggi bagi menampung kadar permintaan yang semakin meningkat . Britain amat memerlukan bahan mentah khasnya bijih timah dan getah. Olehitu British di Tanah melayu bertindak menguasai sumber-sumber bahan mentah tersebut.

4. Campurtangan British secara langsung di Tanah melayu juga didorong oleh perubahan dalam politik antarabangsa iaitu persaingan antara negara-negara barat untuk meluaskan wilayahnya khasnya di Tanah Melayu. Oleh itu, British bimbang dengan usaha-usaha pihak Eropah yang lain untuk menguasai Tanah Melayu. Pada ketika itu, kuasa-kuasa Eropah yang lain sedang giat mencari kedudukan di Asia Tenggara.

5. Perubahan politik di Britain mempengaruhi dasar mereka berkaitan dengan tanah jajahan. 1874 Parti Konservatif menguasai parlimen England menyebabkan berlaku perubahan dasar luarnya. Andrew Clarke telah didesak supaya menjalankan dasar yang lebih agresif terhadap Tanah Melayu .

6. Di samping itu pihak British membangunkan pelbagai infrastruktur pengangkutan

Page 97: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

untuk memudahkan perhubungan mereka. Perdagangan anatara timur dengan barat semakin cepat dan singkat. Contohnya pembukaan Terusan Suez yang mampu memendekkan jarak perjalanan. Barangan dagangan dari Tanah Melayu akan mudah diangkut ke Negara Barat. 

Kesimpulan (2 m)

1. Campurtangan British secara langsung di negeri-negeri Melayu telah mengakibatkan sistem politik dan ekonomi tempatan mengalami perubahan yang ketara.Tujuan utama British campurtangan di Tanah Melayu ialah untuk menguasai sumber ekonomi .

2. Walaubagaimanapun campurtangan Barat menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk tempatan terutama golongan pemerintah yang kehilangan hak dan kepentingan di Tanah Melayu.

3. “Pihak British telah memperkenalkan pembaharuan di Tanah Melayu pada tahun 1874

Page 98: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

hingga 1930. Pembaharuan-pembaharuan ini telah mengakibatkan rasa tidak puas hati masyarakat tempatan.” Jelaskan.

Pengenalan: (3 m)

1. Campurtangan British di NNM bermula dengan termetrainya Perjanjian Pangkor 1874. Pihak British menjalankan pembaharuan yang bertentangan dengan nilai-nilai tradisi dan adapt tempatan.

2. Oleh itu terdapat penentangan akibat rasa tidak puas hati rakyat antaranya penentangan di Perak 1875, Kebangkitan Pahang 1891-95, Kebangkitan Tok Janggut 1815 dan Kebangkitan Abdul Rahman Limbong 1922-28.

Isi-isi (20 m)

1. British memperkenalkan Sistem Residen atau Penasihat- kedudukan Sultan dan pembesar masih dikekalkan tetapi mesti menerima nasihat Residen dalam semua hal kecuali Agama Islam dan adat istiadat Melayu.

2. Satu pembaharuan penting ialah system pungutan cukai secara berpusat yang dikelolakan oleh pegawai Eropah – bercanggah dengan tradisi dan adat tempatan – menafikan hak Sultan dan pembesar ,sebagai contoh perubahan yang dilakukan oleh Birch di Perak menjejaskan kedudukan Sultan Abdullah dan pembesar-pembesar, sesiapa yang memungut cukai akan didenda – pendapatan pembesar terjejas.

3. Di Pahang misalnya kekuasaan tradisi Dato’ Bahaman tergugat apabila beliau pernah diberi amaran kerana memungut cukai di kawasan Semantan.

4. Beliau diberi elaun tahunan sebanyak $840.00 yang lebih rendah daripada pendapatan asal dan beliau meminta elaun ini dinaikkan ,permintaannya ditolak.

5. Pengenalan berbagai-bagai jenis cukai juga membebankan rakyat. Contoh di Pasir Puteh, Kelantan semua tanah dikenakan cukai termasuk cukai sirih sebanyak 5 sen sejunjung, lembu kerbau 20 sen seekor setahun. Undang-undang Hasil Padi 1905 juga membenankan rakyat.

6. Di Perak ,cukai perahu diperkenalkan , di Terengganu 1920 pas kerajaan atau surat kebenaran membuka tanah diperkenalkan.

7. Dari segi pentadbiran pula, Sultan langsung tidak dibenarkan mengambil bahagian aktif dalam kerajaan.Sebelum 1874 Sultan mengeluarkan surat tauliah pelantikan pembesar, tetapi selepas 1874 fungsi ini tiada lagi.

8. Selain dari itu pembesar daerah tidak lagi berkuasa menjalankan perbicaraan dan tidak dibenarkan menyimpan hamba serta mengerah tenaga rakyat untuk kepentingan peribadi. Ini menunjukkan campurtangan British dalam adat resam masyarakat tempatan. Contohnya campurtangan Birch dalam adat perhambaan.

a. apabila beliau menamatkan amalan perhambaan tanpa memberi gantirugi kepada

Page 99: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

pembesar.9. Kuasa pembesar-pembesar dearah diambilalih oleh Pegawai Daerah seperti dalam hal ehwal kutipan hasil, pentadbiran kehakiman, penempatan tanah,amalan ke atas penghulu dan pengawasan kegiatan jabatan kerajaan. Walaupun dikekalkan tetapi mereka tidak mempunyai sebarang kewibawaan dan hanya digelar Majistret Tempatan.

10. Di Pahang, Residen J.P Rodger membahagikan Pahang kepada beberapa dearah ataupun jajahan di bawah pentabiran hakim dan pemungut hasil. Contoh, Pekan di bawah pentabiran F. Belfield, Kuantan di bawah pentabiran A.H. Wallm dan Temerloh di bawah pentadbiran E.A. Wise. Pembahagian ini menjadikan peranan, kedudukan dan kewibawaan tradisi pembesar dearah tergugat.

11. Hakim dan majistret British mengambilalih peranan sultan dan pembesar dalam mengadili kes-kes jenayah dan sivil di daerah mereka. Sistem kehakiman digubal berdasarkan undang--undang jenayah British dengan keputusan muktamad terletak di tangan majistret dan residen.

12. Sultan dan pembesar dearah dilarang menjalankan sistem kerah bagi urusan peribadi.

Kesimpulan: 

1. Boleh dikatakan bahawa pembaharuan-pembaharuan yang dilaksanakan oleh British jelas menimbulkan perasaan tidak puas hati masyarakat tempatan.

2. Pembaharuan ini melemahkan sistem pentadbiran masyarakat Melayu tradisional. Kedudukan British terlalu berpengaruh dalam urusan pentabdiran sehingga kuasa raja-raja dan pembesar-pembesar Melayu semakin lemah dan nilai-nilai tradisi serta adat masyarakat peribumi tergugat. 

4. Bandingkan reaksi masyarakat setempat di Sabah dan Sarawak terhadap penyerahan negeri masing-masing kepada British pada tahun 1946.

Page 100: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

Pengenalan: 

1. Sebelum Perang Dunia Kedua, Sarawak berada di bawah pemerintahan keluarga Brooke, manakala Sabah di bawah pemerintahan Syarikat Berpiagam Borneo Utara. Selepas Perang Dunia Kedua Vyner Brooke, dan SBBU ingin menyerahkan pentabdiran kedua-dua buah negeri kepada kerajaan British.

2. Penyerahan Sabah tidak menerima sebarang tentangan daripada masyarakat tempatan, tetapi penyerahan Sarawak ditentang dengan hebatnya. 

Isi-isi: (20 m)

1. Di Sabah penyerahan berlaku secara aman. Tiada sebarang tentangan berlaku kerana masalah tahap pendidikan masyarakat tempatan yang rendah. Ramai penduduk buta huruf dan perhubungan adalah sukar. Sebahagian besar penduduk tidak digalakkan terlibat dalam pentadbiran atau politik.

2. Politik Sabah hanya jelas apabila cadangan gagasan Malaysia dibuat oleh Tunku Abdul Rahman pada awal 1960-an. Perkembangan politik Sabah adalah lembab.

3. Walau bagaimanapun berbeza halnya dengan Sarawak, yang menyaksikan reaksi yang bertentangan ditunjukkan oleh penduduknya terhadap kedatangan Barat terutamnya selepas kekalahan Jepun.

4. Semasa pendudukan Jepun Vyner Brooke meninggalkan Sarawak dan kembali semula selepas Jepun berundur pada 1945.Brooke mahu menyerahkan Sarawak kepada British kerana beliau tidak mempunyai pengganti yang berkebolehan, sering uzur, dan tidak percaya kepada anak saudaranya Anthony Brooke.

5. Selain itu, berlaku kemerosotan ekonomi Sarawak selepas Perang Dunia Kedua.

6. Januari 1946, Brooke menghantar Gerald Mac Bryan untuk berunding dengan pemimpin-pemimpin tempatan.

7. 1 Julai 1946, Sarawak diserahkan secara rasmi kepada British.

8. Persatuan Melayu Sarawak menentang penyerahan tersebut kerana bertentangan dengan Perlembagaan 1941 yang menjanjikan pemerintahan sendiri kepada masyarakat tempatan. PMS menghantar surat bantahan kepada Setiausaha Pejabat Tanah Jajahan.

9. Persatuan Dayak Sarawak diketuai oleh Dato Patinggi Abang Haji Abdillah, Pergerakan Pemuda Melayu, Angkatan Semangat Anak Sarawak, dan Barisan Sarawak turut menentang penyerahan tersebut.

10. Gerakan antipenyerahan pimpinan PMS mengadakan Persidangan Kebangsaan pada November 1946 yang meluluskan dua usul iaitu tunjuk perasaan secara besar-besaran pada tahun pertama penyerahan Sarawak dan telegram bantahan kepada Perdana Menteri Britain.

Page 101: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

11. Tunjuk perasaan diadakan 1 Julai 1947 melibatkan kakitangan kerajaan, kesannya British bertindak mengeluarkan Pekeliling Nombor 9 yang melarang kakitangan kerajaan terlibat dalam tunjuk perasaan. Sebagai protes, 338 orang kakitangan kerajaan meletak jawatan dan 22buah sekolah Melayu ditutup.

12. British terus menekan golongan antipenyerahan dan pada 1948 tunjuk perasaan reda.

13. Pergerakan Pemuda Melayu Sibu telah ditubuhkan. Kumpulan sulit ( Rukun 13 ) telah bertindak keras terhadap golongan pegawai awam yang menyokong penyerahan, hingga membawa kepada pembunuhan Duncan Steward, Gabenor Sarawak Kedua oleh Rosli Dobi di Sibu.

14. British menjatuhkan hukuman bunuh dan mengharamkan PPM. Kesannya PMS mula berjuang secara terhad dan sah seperti dengan cara mengirim surat bantahan kepada Gabenor Sarawak dan memujuk Anthony Brooke menyokong perjuangan mereka.

15. Setelah menemui jalan buntu, akhirnya semua pihak patuh kepada kehendak British dan memberhentikan penentangan perjuangan pada tahun 1951. 

Kesimpulan:

1. Reaksi masyarakat setempat terhadap penyerahan Sabah dan Sarawak berbeza-beza. Di Sabah tidak berlaku penentangan sehebat di Sarawak.

2. Namun begitu usaha dan kegigihan Sarawak dalam perjuangannya menemui kegagalan atas sebab-sebab tertentu seperti yang telah dijelaskan. 

5. Jelaskan situasi politik di negeri Pahang dan Perak yang menyebabkan penentangan masyarakat tempatan terhadap kuasa British pada abad ke-19.

Pengenalan: 

1. Oktober 1888, J.P Rodger dilantik sebagai Residen Inggeris pertama di Pahang.. J .P Rodger telah memperkenalkan pelbagai pembaharuan di mana telah menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan penduduk .

2. Hal ini telah membangkitkan semangat menentang Inggeris yang dipimpin oleh Dato

Page 102: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

Bahaman dan dibantu oleh Tok Gajah serta anaknya Mat Kilau. Di Perak pula, penguasaan British bermula dengan Perjanjian Pangkor 20 Januari 1874 dan perlantikan J.W.W Birch sebagai residen.

3. Birch telah melaksanakan pembaharuan secara drastik dan mengikut corak pentadbiran ala barat yang tidak mendapat kerjasama dan sambutan daripada kerajaan Perak dan para pembesar sehingga menimbulkan penentangan terhadap pemerintahannya. 

Isi-isi:

Pahang: 

1. British telah menguasai ekonomi Pahang terutama sektor perlombongan yang menjejaskan kepentingan orang Melayu.

2. Sultan Pahang kehilangan pengaruh dan kuasa dalam pemerintahan dengan penubuhan Majlis Mesyuarat Negeri di mana segala keputusan penting dibuat oleh Residen. Contohnya bayaran gantirugi kepada pembesar-pembesar kerana kehilangan hak mengutip cukai.

3. Pengenalan undang-undang berkaitan dengan tanah, sistem kerah, dan penghapusan sistem perhambaan bercanggah dengan sistem tradisional Pahang.

4. Rakyat tidak puas hati dengan kemasukan pelombong-pelombong Eropah dan Cina yang sombong dan bongkak serta tidak menghormati adat istiadat orang Melayu. Contohnya larangan dalam pemakaian keris.

5. Pembesar-pembesar kehilangan hak sebagai pemungut cukai dan pentadbir keadilan yang menyebabkan mereka kehilangan sumber pendapatan dan jawatan yang diwarisi dengan perlantikan pemungut cukai dan majistret Inggeris.

6. Pelbagai jenis cukai diperkenalkan contohnya cukai tanah seperti tanah kampong, tanah paya, tanah dusun dan tanah nipah dengan kadar 40 sen seeker.7. Sistem lesen dan permit telah diperkenalkan oleh J.P Rodger – rakyat terpaksa mendapatkan lesen untuk memungut hasil hutan dan mencari atap nipah.

Perak: (10 m)

1. Perjanjian Pangkor tidak dapat meneyelesaikan perebutan takhta kerajaan negeri Perak – Sultan Abdullah yang memerintah telah menggunakan kuasanya secara berleluasa. Kedatangan Birch menyebabkan Sultan Abdullah tidak puas hati. Kerana terpaksa menerima nasihat daripada Kapten Speedy.

2. Birch tidak tahu adat resam orang Melayu, beliau juga tidak tahu berbahasa Melayu. Beliau tidak berusaha bergaul dengan pembesar untuk mendapatkan kerjasama. Sebalikmya beliau menghina Sultan Abdullah. Tindakan Birch membakar rumah Raja Ngah dan Tengku Panglima Besar menjadikan rakyat Perak dan pembesarnya semakin marah.

Page 103: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

3. Birch juga bersikap degil dan tidak diplomatik serta tidak pernah mahu berbincang dengan sultan atau pembesar.

4. Birch menambahkan kebencian rakyat dengan menghapuskan amalan perhambaan hutang dan beliau memberikan perlindungan kepada hamba berhutang yang melarikan diri daripada tuan-tuan mereka. Tindakan Birch telah melanggar syarat Perjanjian Pangkor iaitu tidak mencampuri adat resam masyarakat Melayu.

5. Tindakan Birch telah dianggap oleh pembesar dan sultan sebagai mencabar kedaulatan tradisional mereka kerana hak memungut cukai menjadi sumber pendapatan mereka turun temurun. 

6. Birch juga bertindak membatalkan pajakan cukai kastam Sultan Abdullah oleh seorang saudagar Cina bernama Lee Cheng Tee - pembatalan ini menyebabkan kerugian di pihak sultan. Tindakan Birch membenarkan Lee membawa minuman keras dan candu ke Perak menambahkan lagi kemarahan Sultan Abdullah.

7. Gabenor NNS Sir William Jervois telah melakukan kesilapan besar dengan memaksa Sultan menyerahkan pentadbiran negeri kepada British kerana ini menambahkan kebencian sultan, pembesar dan rakyat Perak terhadap British.

Kesimpulan: (2 m)

1. Berlaku beberapa siri peperangan antara rakyat Pahang dengan British kerana timbul perasaan tidak puas hati terhadap perlaksanaan system residen. Bagaimanapun British berjaya mengawal pemberontakan yang berlaku kerana kelemahan susunan pertahanan di pihak rakyat Pahang sendiri.

2. Di Perak pula, kemuncak daripada perasaan benci rakyat terhadap British membawa kepada komplot untuk membunuh Birch yang telah dilaksanakan pada 2 November 1875. Bagaimanapun kejayaan itu tidak kekal lama kerana British telah menghantar sepasukan tentera ke Pasir Salak untuk menamatkan penentangan rakyat Perak.

3. Walaupun penentangan rakyat di kedua-dua negeri gagal mengusir British namun hal ini mengajar pihak British sendiri agar lebih sensitive dalam urusan melakukan perubahan dan pembaharuan di negeri-negeri Melayu. 

Page 104: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

6. Bincangkan kesan sosioekonomi akibat kedatangan imigran pada abad ke 20

Pengenalan:

1. Orang Melayu dan orang asli merupakan penduduk asal di Tanah Melayu.2. Kehadiran kaum-kaum lain mempengaruhi dan mengubah sistem sosial negara keseluruhanya.3. Umumnya terrdapat 3 kumpulan kaum utama di T.Melayu iaitu Melayu, Cina dan India.4. Kedatangan imigran dari Indonesia, China dan India berpunca daripada pelbagai sebab yang berlaku di T.Melayu dan negara asal mereka.

Isi-isi

Kesan Sosial (10 m)

Page 105: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

1. Jumlah Penduduka. Orang Indonesia seperti masyarakat Jawa, Minangkabau, Bugis, Banjar dan sebagainya menambahkan bilangan plenduduk.b. 1870 jumlah orang Melayu hanya 500,000 , menjelang tahun 1921 meningkat sehingga 3 juta orang.c. Kemasukan orang Cina dan India , orang Melayu tidak lagi menjadi kaum majoriti, dianggarkan menjelang 1921, jumlah kaum Melayu hanya melebihi sedikit dari jumlah kaum bukan Melayu iaitu penduduk Melayu hanya 44.7% berbanding 53.3% penduduk bukan Melayu.

2. Jenis Penduduka. Penduduk Melayu merupakan penduduk tetap dan peribumi. Tidak terdapat sebarang sikap perkauman dan permusuhan di kalangan bangsa Melayu.b. Keadaan ini berubah berikutan munculnya kaum China dan India. 1921 hampir setengah penduduk Tanah Melayu adalah penduduk tidak tetap.c. Tujuan mereka adalah untuk mencari rezeki dan kekayaan dan kembali semula ke negara asal.d. 1921 hanya 22% daripada jumlah orang Cina dilahirkan di Tanah Melayu.e. Orang India juga merupakan penduduk tidak tetap. Hanya 12 % dilahirkan di Tanah Melayu pada 1921.

3. Nisbah Jantinaa. Penduduk Melayu pada pertengahan abad ke 19, mempunyai jumlah nisbah jantina yang seimbang.b. Bilangan kaum lelaki India dan China, masing-masing jauh melebihi jumlah wanita.c. 1901 bagi setiap 1000 orang lelaki India, bilangan wanita India hanya 171 orang. 1911 bilangannya 308 orang dan 1921 meningkat sehingga 406 orang.

4. Pendidikan Plurala. Wujud Sistem Sekolah Vernakular , Melayu, Cina dan Tamilb. Berasaskan bahasa masing-masing,buku dan guru diambil dari Negara asal

5. Pertumbuhan Bandara. Wujud Bandar seperti Taiping, Ipoh, Kuala Lumpur, Seremban dan lain-lain.

Kesan Ekonomi 

1. Pengenalan Kaum Mengikut Fungsi Ekonomi

a. Orang Melayu : umumnya tinggal di kawasan lembah sungai dan kawasan pertanian. Mengamalkan ekonomi sara diri seperti menanam padi, melombong secara kecil-kecilan, menangkap ikan dan mengutip hasil hutan, damar dan getah perca.

b. Orang Cina : Merupakan masyarakat bandar. Kebanyakan tinggal di bandar perlombongan seperti Ipoh, Taiping, Kuala Lumpur dan Seremban. Lazimnya menjalankan pekerjaan yang berkaitan dengan perlombongan, perdagangan dan pertukangan mahir. Sebilangan orang Cina terllibat dalam bidang perladangan serta penanaman lada hitam dan gambir di Johor di bawah system Kangchu. 1870 Johor mempunyai 1200 ladang gambir dan lada hitam dengan jumlah buruh Cina berjumlah 15 000 orang. 1876 Sarawak menyerahkan konsesi kepada orang Cina dari Singapura untuk menanam lada hitam di

Page 106: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

sekitar Kuching, Serian dan Sarawak menjadi pengeluar lada hitam kedua terbesar di dunia selepas Indonesia. Orang Cina juga menetap di ladang getah 1896 , 16 kawasan yang ditanam dengan getah telah dibuka oleh pengusaha Cina bernama Tay Choy Yan

c. Orang India : Mereka menetap di kawasan ladang getah dan kelapa sawit. Penghujung abad ke-19 sejumlah 43,515 orang buruh India di lading-ladang getah di negeri Melayu bersekutu.Kehadiran mereka membolehkan pembukaan lebih banyak estet getah yang besar oleh orang-orang Eropah. Terdapat mereka yang menetap di Bandar besar seperti Ipoh, Kuala Lumpur dan Kelang. Sebahagian orang India bekerja membina jalanraya, jalan keretapi dan buruh di pelabuhan. Mulai 1920 an, terdapat orang Sikh yang terlibat dalam bidang perniagaan dan bidang professional.

Kesimpulan: (2 m)

1. Penghijrahan kaum Imigran membawa kemajuan ekonomi Tanah Melayu terutama sektor pertanian dan perlombongan.2. Turut menimbulkan beberapa masalah social seperti kegiatan kongsi gelap, sentiment perkauman dan setinggan.

7. Halkan perkembangan dan kesan sistem pengangkutan keretapi dan jalan raya di Tanah Melayu sehingga sebelum Perang Dunia kedua.

Pengenalan: 

1. Perkembangan sistem pengangkutan moden bermula selepas 1874 dengan pembinaan rangkaian jalan keretapi dan jalan raya.2. Sebelum itu, sistem berbentuk tradisional seperti pengangkutan sungai, laut dan denai digunakan.3. Perkembangan perusahaan melombong bijih timah dan getah menimbulkan keplerluan mengadakan system pengangkutan membawa keluar hasil ke pelabuhan.4. Perkembangn ini dikaitkan dengan British untuk memudahkan pergerakan dan menguasai kawasan tertentu.

Isi-isi:

PERKEMBANGAN JALAN KERETAPI (7 m)

1. Kemajuan sistem pengangkutan di Tanah Melayu bermula selepas penguasaan British pada 1874.2. Pembinaan jalan keretapi diadakan untuk memajukan perusahaan bijih timah.3. Jalan keretapi pertama dibina di antara Taiping ke Port Weld sejauh 13 km tahun 1885.4. 1893 dari Tapah ke Telok Anson.5. 1895 dari Tapah ke Ipoh.

Page 107: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

6. 1896 Kuala Lumplur ke Bukit Kuda.7. 1889 dipanjangkan ke Port Swettenham.8. 1892-1893 Kuala Lumpur-Rawang-Kuala Kubu Bharu dan Kuala Lumplur-Sungai Besi.9. 1892 perhentian keretapi tetap dibina di Kuala Laumplur.10. 1891 Port Dickson ke Seremban , dibina oleh Syarikat kertapi Sungai Ujong.11. 1908 syarikat ini diambil alih oleh kerajaan negeri Melayu bersekutu.12. Jalan-jalan keretapi yang terdapat di negeri-negeri berlainan mula disambungkan oleh negeri-negeri Melayu Bersekutu pada 1896 atas usaha Frank Swettenham.13. 1903 dari Seremban ke Prai.14. 1909 ke Johor Bharu.15. 1923 selesai hingga ke Singapura.16. 1918 dari Prai ke Bukit Mertajam, Sungai Petani, Alor Star dan Padang Besar siap dibina.17. 1931 dari Gemas ke Bahau-ke Mentakab-ke Kuala Lipis-ke Gua Musang-ke Tumpat dank e Sungai Golok.18. Menjelang 1941 Tanah Melayu mempunyai satu jalinan jalan keretapi yang lengkap dari Selatan ke Utara dan ke Timur.

PERKEMBANGAN JALAN RAYA (7 m)

1. Dibangunkan agak lewat.2. Bermula giat selepas 1902 apabila kenderaan bermotor diperkenalkan di Eropah3. Awalnya dibina untuk menghubungkan kawasan Bijih Timah dan getah ke pelabuhan.4. 1906, T.Melayu memplunyai 2560 km jalan raya bertar.5. 1899 dari Kuala Lumplur ke Kuantan disiapkan.6. 1911 jalan raya utama ke Prai dibina.7. 1928 jalanraya dari Singapura ke Utara siap dibina.8. Pembinaan jalanraya ke Pantai Timur agak kplerlahan.9. Di Kota Bharu terdapat sebatang jalanraya di sekitar plekan sebelum dipanjangkan10. ke Pasir Putih pada 1915.11. Terengganu tidak memplunyai walau sebatang jalanraya sehingga 1931 apabila12. sebatang jalan raya dari Kota Bharu ke Kuala Terengganu dibina.13. 1945 jalan raya ini dipanjangkan ke Kuantan

KESAN (6 m)

1. Menggalakkan perdagangan di Tanah Melayu.2. Pengeksploitasian sumber bijih timah dan getah semakin merangsangkan dengan peningkatan jumlah eksport.3. Memudahkan kemasukkan barangan luar seperti mesin-mesin, barangan keperluan4. dan lain-lain.5. Menggalakkan pembukaan Bandar-bandar baru dan pelabuhan seperti Gemas,6. Port Weld, Port Dickson, Telok Anson, Port Swettenham, Tanjong Malim dan sebagainya.7. Menyebabkan kemasukan buruh asing dari India dan Sri Lanka kerana terlibat dalam membina laluan dan bekerja dalam perkhidmatan teknikal.8. Ini menambah bilangan masyarakat majmuk.9. Kemajuan ekonomi bertumpu di Pantai Barat dan membawa pembangunan yang tidak seimbang. Pantai Timur kurang membangun.

Page 108: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

10. Penerokaan kawasan yang berpotensi untuk pembangunan ekonomi pesat berlaku.11. Berlaku proses penyatuan politik penduduk Tanah Melayu. Penduduk bebas bergerak dan ini menggalakkan perasaan kebangsaan untuk menentang British.12. British mencadangkan penubuhan negeri-negeri Melayu Bersekutu dan kemudian pembentukan negeri melayu tidak bersekutu pada tahun 1910.

Kesimpulan: (2 m)

1. Usaha British ini mempercepatkan pembangunan ekonomi dan sosial.2. British dapat mengeksploitasi sumber ekonomi negara.3. British meluas dan memantapkan kuasa politik di Tanah Melayu.

Page 109: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

8. Jelaskan sebab-sebab pengagihan kuasa pusat (desentralisasi) dan langkah-langkah ke arahnya di Negeri-negeri Melayu Bersekutu sehingga tahun 1939.

Pengenalan:

1. Menurut L.A.Mills, desentralisasi didefinasikan sebagai “….. pemulangan Kuasa pentadbiran, perundangan dan kewangan secara berperingkat oleh kerajaan pusat kepada kerajaan negeri. Pada masa yang sama juga, kerajaan pusat mengekalkan kuasa yang cukup untuk menjaga keselarasan pentadbiran dan kestabilan kewangan”.

2. Pembentukan Persekutuan 1896 telah mewujudkan satu sistem pemusatan kuasa yang keterlaluan di tangan Residen Jeneral di Kuala Lumpur. Semua hal-ehwal pentadbiran ditadbirkan di bawah jabatan-jabatan Persekutuan di Kuala Lumpur.

3. Dasar desentrlisasi disifatkan sebagai satu usaha untuk mengurangkan kuasa kerajaan pusat dengan cara mengembalikan sebahagian daripada kuasa itu kepada kerajaan negeri.

Isi-isi (10 m)

Sebab-sebab Desentralisasi 

Rasa tidak puas hati sultan - Sultan-sultan telah kehilangan kuasa politik, kedudukan mereka seperti patung sahaja. Di samping itu juga Majlis Mesyuarat Negeri juga tidak mempunyai kuasa ke atas perbelanjaan awam, melantik, menukarkan atau memecat pegawai dan menetapkan gaji tanpa persetujuan daripada Residen Jeneral atau Gabenor.

Penyatuan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dengan Negeri-negeri Melayu Bersekutu.- Hasrat Inggeris untuk menggabungkan Negeri-negeri Melayu Bersekut dengan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu di bawah satu unit pentadbiran. Raja-raja di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (Kedah, Kelantan,Terengganu dan Johor enggan menyertai persekutuan tersebut kerana Raja-raja bimbang dengan penyertaan mereka dalam persekutuan akan menyebabkan mereka akan kehilangan kuasa politik seperti apa yang terjadi kepada Raja-raja Negeri Melayu Bersekutu. Inggeris berharap dengan dasar

Page 110: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

desentralisasi akan dapat menarik Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu untuk menyertai persekutuan.

Kemelesetan ekonomi dunia tahun 1920-an - Bertujuan untuk memulihkan keadaan kewangan yang merosot di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Keadaan ini bertambah meruncing apabila harga getah dan bijih timah jatuh sehingga membawa kepada berlakunya krisis kewangan pada tahun-tahun 1921-1923.Di samping itu kerajaan Inggeris juga terlalu boros membelanjakan wang dengan membayar gaji yang tinggi kepada para pegawai Inggeris. Dengan pengagihan kuasa kepada negeri-negeri masing-masing maka perbelanjaan kerajaan pusat akan berkurangan kerana pentadbir-pentadbir yang berkhidmat dalam sesebuah negeri itu akan dibiayai oleh kerajaan negeri sendiri.

4. Perebutan kuasa antara Rasiden Jeneral dengan Pesuruhjaya Tinggi. – Sir Lawrence Guillemard (Persurujaya Tinggi) dengan Sir George Maxwell(Rasiden Jeneral) telah membantut pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Pengagihan kuasa kerajaan Persekutuan kepada kerajaan-kerajaan negeri akan dapat mengurangkan kuasa Rasiden Jeneral .

5. Sokongan orang Melayu untuk mengimbangi sikap anti-Inggeris. - Bertujuan Untuk menyekat kegiatan politik yang bersikap anti-Eropah di kalangan orang-orang Cina yang begitu meluas. Pelaksanaan desentralisasi akan dapat mengimbangkan kedudukan orang-orang Cina dengan orang-orang Melayu.

Langkah-langkah kearah desentralisasi:

1. Semasa pemerintahan Sir John Anderson

a. Menubuhkan Majlis Mesyuarat Persekutuan 1909 . Satu perjanjian ditandatangani antara British dengan Sultan-sultan Melayu berkaitan keahlian MPP dan bidang kuasa MPP serta Majlis Mesyuarat Negeri.

b. Walau bagaimanapun, desentralisasi dalam erti kata sebenar tidak wujud kerana Anderson telah memusatkan kuasa yang berlebihannya di tangannya.

2. Semasa pemerintahan Sir Lawrence Guillemarda. Memulihkan DURBAR. Sultan-sultan tidak lagi menjadi ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan.b. Kedudukan Majlis Mesyuarat Negeri dipulihkan-diberi kuasa yang lebih dalam soal kewangan.c. Hal berkaitan ketenteraan mesti mendapat persetujuan Majlis Mesyuarat Negeri.d. Jawatan Ketua Setiausaha dihapuskan.

3. Semasa pemerintahan Sir Cecil Clementi Smitha. Membubarkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan membentuk satu kesatuan menggabung semua negeri.b. Negeri-negeri diberi kuasa mentadbir semua jabatan kecuali Jabatan Keretapi, Kastam dan Pos.

Page 111: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

4. Cadangan Laporan Sir Samuel Wilsona. Jawatan Ketua Setiausaha dihapuskan dan diganti Jawatan Setiausaha Persekutuan yang pangkatnya lebih rendah dari Residen.b. Gabenor Negeri-negeri Selat dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi bagi 9 buah negeri Melayu dan dibantu oleh Setiausaha Persekutuan.c. Negeri-negeri Selat mempunyai Majlis Perundangan Negeri-negeri Selat.d. Majlis Perundangan Persekutan ditubuhkan di Kuala Lumpur.e. Majlis Mesyuarat Negeri diberi kuasa gubal undang-undang negeri sendiri.f. Pejabat kerajaan diletak di bawah kuasa Ketua Pejabat Persekutuan.

Kesimpulan: (2 m)

a. Hasil laporan Samuel Wilson, dasar desentralisasi dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 1934 hingga 1941.

b. Namun ia tidak berjaya dilaksanakan sepenuhnya ekoran kurangnya sokongan daripada Raja-raja Melayu dan masyarakat tempatan serta meletusnya Perang Dunia Kedua.

Page 112: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

9. Huraikan ciri-ciri utama Sistem Pendidikan Vernakular Melayu dan Inggeris dari tahun 1874 sehingga sebelum Perang Dunia Kedua meletus.

PENGENALAN 

1. Amnya, tidak terdapat system pendidikan kebangsaaan di Tanah Melayu semasa penjajahan British.2. Dasar British yang kurang memberi perhatian kepada bidang pendidikan telah mewujudkan system plendidikan vernacular.3. Pendidikan vernacular bermaksud system plendidikan yang berasaskan bahasa ibunda masing-masing sebagai bahasa pengantar.4. Pendidikan vernacular gagal memupuk perpaduan kaum kerana mereka terpisah antara satu sama lain.5. Empat aliran sekolah yang berbeza telah wujud semasa penjajahan British iaitu Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris.

Isi-isi

Pendidikan Vernakular Melayu 

1. Sebelum penjajahan British, kanak-kanak Melayu mendapat pendidikan di surau, masjid dan sekola pondok.2. Kurikulumnya ialah membaca dan memahami al-Quran, mempelajari bahasa Arab, hokum-hukum agama, serta kemahiran membaca, menulis dan mengira.3. Lulusan sekolah pondok bakal berkhidmat sebagai guru agama serta berkhidmat kepada masyarakat.4. Tempoh pengajian di sekolah pondok lama iaitu sehingga 10 tahun.5. Pendidikan Madrasah pula dilaksanakan mengikut tahapiaitu permulaan, pertengahan dan pengkhususan. Mudir atau guru besar bertanggungjawab mengurus perjalanan sistem madrasah dan urusan kewangan.6. British mendirikan sekolah Melayu untuk memberi pendidikan secular kepada anak petani dan nelayan. Sekular bermaksud pendidikan yang berkaitan dengan ilmu keduniaan.7. Anak-anak Melayu diajar menulis, membaca dan mengira di samping ilmu geografi, seni pertukangan dan perkebunan.8. Sekolah Melayu hanya memberikan pendidikan rendah sehingga darjah enam.9. Sekolah Melayu yang terawal dibuka dibuka di negeri Selat iaitu Sekolah Melayu Gelugor dan Sekolah Melayu Bayan Lepas Pulau Pinang.10. Sekolah yang didirikan British untuk orang Melayu kurang mendapat sokongan walaupun percuma disebabkan syak wasangka ibu bapa Melayu tentang sekolah yang didirikan oleh orang asing, tiada pengajaran Al-Quran, tenaga anak-anak Melayu diperlukan di sawah dan di rumah, lokasi sekolah yang agak jauh dari rumah dan tentangan golongan konservatif.11. 1905 MCKK ditubuhkan khas untuk anak bangsawan Melayu yang menjadi alat pentadbiran British berteraskan sistem plendidikan terbaik di Britain.

Page 113: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

12. R.O.Winstedt selaku Penolong Pengarah telah mencadangkan penubuhan MPSI 1922 di Tanjung Malim Perak bagi melatih guru-guru Melayu .13. Pendidikan vernacular Melayu rendah mutunya dengan tumpuan hanya kepada asas-asas seperti membaca, menulis dan memplelajari asas kira-kira.14. Antara tahun 1914-1940 tidak terdapat sekolah menengah aliran Melayu di Tanah Melayu, sekolah Melayu hanya terhad kepada sekolah rendah sehingga darjah empat dan maktab perguruan sahaja.15. Unsur dualisme dalam pendidikan vernacular Melayu iaitu untuk menjadikan anak-anak petani dan nelayan yang lebih baik daripada ibu bapa mereka.

Pendidikan Vernakular Inggeris (10 m)

1. Sekolah Inggeris menyediakan pelajaran bagi semua kaum di Tanah Melayu. Diusahakan oleh mubaligh Kristian dan badan-badan awam.2. Tujuan sekolah Inggeris – supaya penduduk tahu membaca, menulis dan mengira. Walau bagaimanapun Inggeris memerlukan ramai kerani dan pegawai rendah yang mahir berbahasa Inggeris.3. Sek. Ingg pertama – didirikan di Negeri-negeri Selat – digelar Sek Free dan terbuka utk semua kaum. Sek Inggeris yg pertama ialah Penang Free School – bertujuan melahirkan golongan pegawai yg cerdik, tekun dan jujur.4. Sek Inggeris dibahagikan kpd sek perempuan dan sek lelaki. Kelas yg lebih tinggi mengajar kemahiran pertukangan kayu, membuat kasut dan pakaian.5. Sek Inggeris yg lain ialah Malacca Free School dan SingaporeFree School.6. Terdapat Sek Inggeris Kerajaan di Negeri Melayu yg menawarkan pelajaran percuma kpd anak lelaki golongan pembesar. Pegawai British seperti Frank Swettenham dan Martin Lister menggangap bahawa apabila pelajaran percuma diberikab, para pembesar lebih mudah bekerjasama.7. Sek Inggeris yg pertama didirikan akibat desakan orang ramai ialah Victoria Institution.8. Terdapat Sek Inggeris yg ditubuhkan oleh badan mubaigh Kristian seperti Pertubuhan Mubaligh London yg berkembang apabila mendpt bantuan kerajaan British. Akhir tahun 1947 terdpt kira-kira 33 buah sek mebaligh utk kanak-kanak perempuan.9. Mata pelajaran seperti nahu Inggeris, Sejarah dan Geografi di ajar di sek Inggeris dlm tahun ke 3. Sejarah di ajar berdasarkan sejarah Rom atau Britain. Sek perempuan Inggeris menekankan kelas jahitan, memasak dan muzik.10. Setelah Biasiswa-biasiswa Negeri, Biasiswa Queen dan Sijil Cambridge diperkenalkan barulah Sek Inggeris mempunyai sukatan yg seragam iaitu – sek rendah selama 7 tahun, sek menengah selama 4 thn.11. Sukatan pelajaran di sek Inggeris berdasarkan sukatan pelajaran sekolah menengah di England. Murid dari sek Inggeris belajar sejarah dan geografi British serta kesusasteaaan Inggeris yg tidak berkaitan orang Asia.

PENUTUP (2 m)

1. Wujud perbezaan yang nyata di antara Sekolah Vernakular Melayu dan Sekolah Vernakular Inggeris di Tanah Melatu di anatara tahun 1874 sehingga sebelum Perang Dunia Kedua.2. Keadaan ini wujud kerana Inggeris ingin merialisasikan dasar pecah dan perintahnya.

Page 114: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

3. Menjelang tahun1950-an barulah ada usaha-usaha untuk menjadikan pendidikan sebagai alat mencapai perpaduan.

Page 115: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

10. Perusahaan bijih timah dan getah di Tanah Melayu telah berkembang pesat selepas kedatangan British . Bincangkan kesan-kesan perkembangan bijih timah dan getah ke atas ekonomi Tanah Melayu.

PENGENALAN (3 m)

1. Perlombongan bijih timah sudah pun bermula sebelum kedatangan British lagi.2. Tanah Melayu pernah mengeksport bijih timah ke India, Arab dan China.3. Penanaman getah pula telah diperkenalkan oleh British dengan membawa masuk benih dari Amazon.4. Kedua-dua kegiatan ini mencapai perkembangan pesat semasa era pemerintahan British di Tanah Melayu.5. Tanah Melayu menjadi pengeluar utama dunia bagi bijih timah dan getah.

ISI-ISI (20 m)

1. Perkembangan Ekonomi

Menjelang akhir abad ke 19 ciri-ciri ekonomi moden Tanah Melayu telah muncul. Teras ekonomi Tanah Melayu adalah berlandaskan perkembangan perusahaan bijih timah dan getah.

Kedua-dua bahan ini merangkumi 47 % daripada keseluruhan pendapatan Negara.

2. Perkembangan sistem perhubungan.

Perkembangan sistem perhubungan moden iatu pembinaan rangkaian landasan Keretapi dan jalanraya turut memajukan lagi ekonomi Tanah Melayu.Peringkat awal pembinaan jalanraya dan landasan keretapi adalah dirangsangkan oleh keperluan untuk mengangkut bijih timah dan juga disebabkan tiadanya istem perhubungan yang memuaskan kecuali melalui sistem sungai dan kereta lembu sebelum tahun 1874. 

Kemajuan Pelabuhan.- Dengan wujudnya landasan keretapi pertama beberapa pelabuhan baru mulaMuncul contohnya Port Weld, Telok Anson dan Port Swettenham.

Kemunculan Bandar Baru.§ Perkembangan perusahaan bijih timah dan getah menyebabkan munculnya bandar§ Bandar baru di kawasan pendalaman§ Bandar-bandar ini kemudianya mengambilalih fungsi pentadbiran daripada Bandar§ di pesisiran pantai atau kuala sungai . contohnya Taiping, Ipoh, KL dan Seremban.§ KL menjadi tempat pertemuan jalanraya dan jalan keretapi yang utama.§ Gemas merupakan tempat persimpangan jalan keretapi ke pantai barat dan pantai timur.

Ketidakseimbangan Perkembangan Ekonomi.

Page 116: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

§ Negeri-negeri yg mengalami perubahan paling besar ialah Selangor dan Perak Yang kaya dengan bijih timah. Di negeri-negeri tersebut British telah membina Infrastruktur yang lengkap.

§ Pahang yg mempunyai keadaan geografi, masalah pengangkutan, kekurangan infrastruktur dan galian yang berharga terus merosot.

§ Terengganu dan Kelantan yg tidak mempunyai potensi bijih timah dan getah. Ketinggalan dari aspek perkembangan ekonomi.

Perkembangan Industri Sampingan.- Perkembangan perusahaan bijih timah dan getah turut membawa kepadaPerkembangan perusahaan sampingan yang berkait rapat dengan kedua-dua perusahaan tersebut. Contohnya;

a. Industri peleburan bijih timah di Pulau Pinang dan Seberang Perai.b. Industri berasaskan getah seperti membuat kasut dan barangan berasaskan getah.c. Industri membina kapal korek, kapal kecil dan mesin memproses getah sepertiSyarikat United Engineers.

Peluang Pekerjaan.- Perkembangan perusahaan bijih timah dan getah telah menyediakan peluangpekerjaan.- Keadaan ini menyebabkan tumpuan kepada akativiti ekonomi dan pembinaaninfrastruktur di kawasan Bandar atau kawasan yang kaya dengan bijih timah dan getah.

Kemunculan Sistem Dwiekonomi.- Sektor pertanian tradisional seperti penanaman padi dan penangkapan ikan tidakdiambil berat oleh British.- Pertanian tradisional yg diamalkan oleh orang Melayu terus ketinggalan danberbentuk sara diri sahaja.- Muncul sistem dwiekonomi di Tnah Melayu yg terdiri daripada kegiatanekonomi moden yang berlandaskan eksport di Bandar dan eknomi tradisionalyang berlandaskan pertanian sara diri di kawasan luar Bandar.

KESIMPULAN (2 m)

- Perusahaan bijih timah dan getah telah emngalami perkembangan yg pesat danmembawa kesan yang nyata keatas ekonomi Tanah Melayu.- Kesan-kesan tersebut telah membantu British meningkatkan pendapatan danmengukuhkan kedudukan mereka di Tanah Melayu.- Di samping itu penduduk Tanah Melayu turut mendapat faedah dan meningkatkantaraf hidup mereka.

Page 117: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

1. Sejauh manakah faktor bahasa dan kesusasteraan mempengaruhi kesedaran nasionalisme di kalangan orang Melayu di antara tahun 1900 hingga menjelang Perang Dunia Kedua?

A. Pengenalan:Terdapat banyak faktor yang membawa kepada kesedaran nasionalisme:Faktor agamaKewartawanan

Page 118: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

Sistem pendidikanIntelektualPengaruh luarBahasa dan kesusasteraan

B. Isi:Bahasa dan kesusasteraan: a. Karya-karya sastera bukan sahaja digunakan untuk hiburan tetapi juga untuk menimbulkan semangat kebangsaan di kalangan orang Melayu yang dihimpit oleh kaum imigran

b. Menyedarkan masyarakat Melayu yang berada dalam kemunduran dan kemerosotan khususnya dalam ekonomi menerusi novel ‘Dari Perangkap ke Penjara’ dan cerpen ‘Rumah Besar Tiang Seribu’ .

c. ‘Hikayat Faridah Hanom’ karya Syed Sheik Al-Hadi memperjuangkan emansipasi wanita dan pentingnya wanita Islam moden diberi hak yang sama seperti kaum lelaki

d. ‘Putera Gunung Tahan’ karya Ishak Hj Muhamad menceritakan tentang kelemahan pemimpin Melayu dan ketidakjujuran British.

e. Abad ke-20 muncul karya untuk menyedarkan masyarakat Melayu pentingnya pendidikan dan keazaman untuk mencapainya.

f. Shamsudin Salleh melalui cerpen ‘Cermin Pergaulan Hidup di Dunia’ mengisahkan tentang tekanan di bawah penjajahan British.

g. Puisi dan syair oleh Harun Aminurrashid – semua puisi bertemakan semangat kebangsaan Melayu. Contoh: ‘Semenanjung’, ‘Rayuan Bangsamu’, dan ‘Perwira Melayu’.

h. Abdul Samad Ahmad dalam puisi ‘Serunai Pujangga’ menyeru orang Melayu bersatu dan bergerak cergas untuk mencapai kemajuan.

i. Bidang kesusasteraan merupakan alat bagi masyarakat Melayu yang miskin meluahkan ketidakpuasan hati dan sebagai suatu protes secara senyap terhadap nasib malang di tanah air sendiri.

j. Bidang kesusasteraan menyedarkan orang Melayu tentang perjuangan golongan intelektual melindungi agama, bangsa, dan negara.

Intelektual:a. Perjuangan golongan ini berkait rapat dengan bidang bahasa dan kesusasteraan.

b. Terdapat tiga golongan intelektual yang membangkitkan nasionalisme Melayu iaitu golongan intelektual berpendidikan Arab, Melayu, dan Inggeris.

c. ‘Al-Imam’ meniupkan seruan Islah Islamiyyah di Tanah Melayu dan diilhamkan oleh tokoh-tokoh berpendidikan Arab di Timur Tengah. Contoh: Sheikh Mohd Tahir Jalaluddin dan Sheikh Mohd Salim Al-Kalali

Page 119: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

d. Golongan intelektual yakin umat Islam boleh diselamatkan sekiranya mengikuti apa yang termaktub dalam Al-Quran dan hadis, mengutuk mereka yang mengamalkan agama semata-mata dan enggan menerima hakikat perubahan masa yang menyebabkan pemikiran umat Islam kolot dan mundur.

e. Perjuangan golongan intelektual berpendidikan Inggeris muncul akibat penguasaan ekonomi oleh bangsa asing.

f. Golongan ini juga bersikap sederhana dan boleh bekerjasama dengan pihak penjajah. Perjuangan mereka meliputi soal sosio-ekonomi masyarakat Melayu. seperti peluang melanjutkan pelajaran ke luar Negara. Contoh : Dato’ Onn bin Jaafar dan Mohamad Eunos bin Abdullah.

g. Golongan intelektual Melayu memainkan peranan membentuk persatuan-persatuan dan kelab. Mereka menubuhkan persatuan-persatuan Melayu peringkat negeri. Contoh: Persatuan Melayu Pahang dan Perak.

h. Golongan ini lebih radikal berbanding dengan intelektual berpendidikan Arab dan Inggeris.

i. Intelektual terkemukaa berpendidikan Melayu ialah Ibrahim Hj Yaacob

Sistem Pendidikan:a. Terbukti perkembangan pendidikan dalam dan luar negeri melahirkan golongan intelektual terpelajar yang berperanan penting membangkitkan gerakan nasionalisme.b. Contoh: sistem pendidikan Arab yang dikenal sebagai sistem sekolah pondokc. Pelajar-pelajar yang menuntut di Timur Tengah dipengaruhi oleh gerakan reformis Islam.d. Perkembangan sistem pendidikan Inggeris melahirkan golongan intelektual yang memperjuangkan hak-hak dan keistimewaan orang Melayu. Mereka menuntut keistimewaan yang diberikan kepada orang British perlu juga diberi kepada orang Melayu.e. MPSI merupakan tempat berkumpul golongan intelektual Melayu daripada golongan bawahan yang mempunyai kesedaran untuk memperbaiki nasib orang Melayu.

Kewartawanan:a. Bidang ini turut memberi sumbangan meningkatkan kesedaran politik masyarakat Melayu.b. Contoh: Majlis, Warta Malaya, Idaran Zaman, Al-Imam, Utusan Melayu, Warta Negara, Lembaga Malaya, dan Majalah Guru.c. Akhbar menyalurkan ilmu dan mesej supaya masyarakat Melayu mencapai kemajuan dalam hidup.

Faktor Luaran:a. Peristiwa di luar Tanah Melayu memberi kesan besar kepada semangat nasionalisme orang Melayu.b. Contoh: perkembangan politik Indonesia, Perang Rusia-Jepun (1904-1905), Pergerakan Turki Moden, dan kejayaan Revolusi 1911 di China.

Kesimpulan:

Page 120: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

a. Bahasa dan kesusasteraan merupakan faktor penting membangkitkan kesedaran kebangsaan di kalangan orang Melayu.b. Faktor-faktor lain juga tidak kurang pentingnya dan berkait dengan faktor bahasa dan kesusasteraan

2. Huraikan proses gerakan anti-penyerahan di Sarawak dan terangkan faktor-faktor kegagalannya.

Pendahuluan:Sejak 1941 keluarga Brooke mentadbir Sarawak.Sarawak diperintah oleh raja putih selama 100 tahun.Pada 1 Julai 1946, Sarawak diserah kepada Britih dan menjadi tanah jajahan BritishPenyerahan Sarawak mendapat tentangan daripada masyarakat tempatan.

Isi:1. Pada tahun 1941, Charles Brooke mengisytiharkan perlembagaan yang menjanjikan pemerintahan sendiri kepada rakyat Sarawak.2. Charles Vyne Brooke meninggalkan Sarawak apabila Jepun menyerang3. Selepas kekalahan Jepun, Vyner Brooke telah menyerahkan Sarawak kepada British kerana kerajaannya tidak mampu memulihkan ekonomi Sarawak, desakan oleh kerajaan British, Charles Vyner Brooke sudah tua dan tiada pengganti berkebolehan.4. Penentangan terhadap dipenyerahan Sarawak wujud kerana bertentangan dengan perlembagaan 1941. Penyerahan akan melambatkan proses kemerdekaan.

Page 121: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

5. Vyner Brooke tidak berunding dengan ketua-ketua kaum bumiputera Sarawak.6. Pada 12 Feb 1946, Persatuan Melayu Sarawak (PMS) di bawah pimpinan Datu Patinggi Abang Haji Abdillah menghantar surat bantahan kepada Setiausaha Pejabat Tanah Jajahan7. Pergerakan Pemuda Melayu Sibu (PPMS) dan Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak juga membantah.8. Tunjuk perasaan diadakan di Kuching semasa perlantikan gabenor British yang pertama di Sarawak, Sir Charles Arden Clarke.9. British mengharamkan PPM dan mengeluarkan Pekeliling no 9 yang melarang kakitangan awam menyertai gerakan ini atau terlibat dalam tunjuk perasaan menentang British.10. Kemuncak gerakan anti-penyerahan ialah peristiwa pembunuhan Sir Duncan Stewart oleh Rosli Dhobie11. Rosli ialah ahli Rukun 13 kumpulan sulit yang ditubuhkan oleh PPMS.

12. Faktor-faktor kegagalan:13. Tindakan British mengharamkan pertubuhan gerakan anti-penyerahan14. Mereka mengeluarkan pekeliling no 9 yang memberi amaran kepada kakitangan kerajaan.15. Penangkapan ahli pergerakan pemuda Melayu – dihukum mati atau dipenjarakan.16. Tidak dibenarkan terlibat dengan tunjuk perasaan17. Rakyat tempatan tidak bersatu, kurang pendidikan dan pendedahan politik.

Kesimpulan:Menunjukkan kesedaran nasionalisme di kalangan masyarakat SarawakBritish memberi jaminan akan membantu Sarawak memperoleh pemerintahan sendiriKedudukan British di Sarawak semakin kukuh.

Page 122: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

3. Terangkan ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan reaksi penduduk Tanah Melayu terhadap penubuhannya.

Pengenalan:

1. Pelaksanaan Malayan Union (MU) mendapat tentangan daripada orang Melayu. British terpaksa membubarkan MU dan menubuhkan satu jawatankuasa kerja untuk merangka perlembagaan Tanah Melayu yang baru

2. Pada 1 Februari 1948 Persekutuan Tanah Melayu (PTM) telah diisytiharkan

Isi:

1. Ciri-ciri:a. PTM terdiri daripada 9 buah negeri Melayu dan 2 buah negeri Selatb. Diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi dan dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerja Dewan Undangan Persekutuanc. Majlis Perundangan pula bertanggungjawab dalam menggubal undang-undangd. Kedaulatan dan kuasa sultan dipelihara. Sultan memerintah dengan bantuan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Undangan Negeri yang mempunyai kuasa menggubal undang-undang negeri

Page 123: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

e. Orang Melayu diberi hak-hak istimewa sebagai kaum bumiputeraf. Pemberian kerakyatan mengikut prinsip jus soli dihapuskan dan syarat memohon kerakyatan diperketatkan

2. Reaksi:a. Sebahagian besar masyarakat Melayu menyokong kerana hak-hak istimewa masyarakat Melayu dikembalikanb. Masyarakat Melayu yang menjadi anggota parti berhaluan kiri seperti API, AWAS, PKMM dan PUTERA menentang kerana pemimpin UMNO yang menganggotai jawatankuasa kerja yang berfungsi menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan syarat-syarat memperoleh kerakyatan semakin ketatc. PKMM, AWAS, API dan BATAS mendesak rakyat diberi kebebasan untuk memerintah negarad. Sebuah badan politik bukan Melayu (AMCJA) membantah cara-cara kerajaan memilih ahli jawatankuasa yang merancang cadangan perlembagaan bagi kerajaan PTMe. AMCJA turut membantah pertubuhan kerajaan PTMf. AMCJA dan PUTERA bekerjasama dan mengemukakan idea-idea perlembagaan Tanah Melayu kepada kerajaan British

Kesimpulan:1. Masyarakat Melayu mendapat kejayaan menghapuskan rancangan MU dan memperkenalkan PTM2. Mereka dapat memperjuangkan kedaulatan raja-raja Melayu dan hak istimewa orang-orang Melayu3. PTM 1948 menjadi asas kepada Perlembagaan Kemerdekaan 1957

4. Bincangkan kemunculan pertubuhan-pertubuhan di Tanah Melayu antara tahun 1926 hingga 1941.

Pengenalan:Semangat nasionalisme abad ke-20 lebih menumpu kepada perkembangan ekonomi dan kemajuan socialPertubuhan dipimpin oleh golongan berpendidikan

Isi:Kesatuan Melayu Singapura (KMS)1. Ditubuhkan oleh Muhammad Uenos Abdullah2. Tujuan:a. menyedarkan orang Melayu tentang kepentingan pendidikan peringkat tinggib. mengingatkan kaum Melayu tentang kesan penjajahan Britishc. menyedarkan orang Melayu tentang kepentingan melibatkan diri dalam politik dan hak-hak serta kebebasan merekad. memajukan kedudukan sosio-ekonomi orang Melayu

1. Kejayaane. menawarkan biasiswa kepada anak Melayuf. menuntut sebidang tanah khasg. memperjuangkan penglibatan wakil Melayu dalam Majlis Perundangan Negeri-negeri

Page 124: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

Selat

Kelab Putera

1. Ditubuhkan di Kota Bharu oleh Asa’ad Shukri bin Haji Muda dan Abdul Kadir Abadi2. Tujuan:h. menyatupadukan masyarakat Melayu Kelantani. mencapai kemajuan dalam semua aspek kehidupan orang Melayu

1. Kegiatanj. menganjurkan ceramah agama, kebudayaan, ekonomi, politik dan pendidikank. mengundang tokoh-tokoh seperti Ishak Haji Muhammad dan Ibrahim Haji Yaacobl. terlibat dalam penerbitan Majalah Akhbar Puteram. mendesak supaya tanah Bandar di Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Putih, Kuala Krai dan Bachok dikecualikan daripada undang-undang penjualan tanah

Persekutuan Setiawan Belia1. Ditubuhkan di Kota Bahru – pemimpin-pemimpin Persekutuan Setiawan Belia2. Tujuan:n. menyebarkan ilmu pengetahuan melalui penghasilan buku-buku dan penubuhan perpustakaano. menyatupadukan ahli-ahlinya yang terdiri daripada bekas-bekas pelajar Madrasah Muhammadiah, Kota Bharu

Persaudaraan Sahabat Pena Malaya (PASPAM)

1. Ditubuhkan pada 19342. Dibuka kepada semua orang Melayu yang berumur 16 tahun dan ke atas3. Disokong oleh ramai orang Tanah Melayu dan Sabah4. Diasaskan oleh akhbar Saudara5. Sebuah pertubuhan sosial dan kebajikan6. Pemimpin utama Syed Alwi, SM Zainal Abidin, Sheikh Abdullah Al-Maghribi dan Hamidun b. Mohd Hashim7. Tujuan:p. menyatukan para peserta dari seluruh Tanah Melayu

Persatuan Melayu Perak (1937)

1. Ditubuhkan pada bulan September 1937 di Ipoh2. Pemimpin - Wan Mohd Nur b. Wan Nasir dan Dr S. Kassim3. Tujuan:q. memelihara nasib orang Melayu Perakr. mengeratkan hubungan kerjasama di kalangan orang Melayus. meningkatkan taraf pendidikan dan ekonomi orang Melayut. memajukan kepentingan orang Melayu melalui dasar kerjasama dengan British

Persatuan Melayu Pahang (1938)

1. Ditubuhkan di bawah pimpinan Tengku Muhammad dan Datuk Hussein bin Mohd Talib2. Tujuan:u. memajukan pendidikan dan ekonomi orang Melayu

Page 125: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

v. menyampaikan masalah-masalah ekonomi dan social orang Melayu kepada pihak British

G. Persatuan Melayu Selangor (1938)1. Pemimpin - Tengku Ismail b. Tengku Mohd Yasin, Raja Bon b. Raja Yahya, Raja Yaacob b. Raja Alang dan Abdul Rahim Kajai2. Tujuan:w. memajukan kaum Melayux. meningkatkan taraf pendidikan kaum Melayuy. mendesak kerajaan supaya membenarkan penglibatan orang Melayu yang lebih dalam perkhidmatan awamz. menyeru supaya pihak British menyekat kemasukan secara beramai-ramai kaum asing

1. Perjuanganaa. membantah undang-undang Tanah Simpananä. mendesak pertambahan dalam bilangan askar Melayu dan kewujudan angkatan udara dan laut di Tanah Melayuö. membantah cadangan penubuhan sebuah universiti bari di Tanah Melayudd. menganjurkan Kongres Melayu SeMalayabb. menggesa supaya jawatan tinggi diberi kepada orang Melayu

Persatuan Melayu Negeri Sembilan (1938)

5. Pemimpin - Tengku Mohammad Nasir Raja Nordin dan Haji Mohd Tahir b. Dato’ Bandar Abdul Rahman6. Tujuan:ff. memelihara hak orang Melayu

7. Perjuangan:dd. memelihara kepentingan adat istiadat dan kebajikan orang Melayuee. menggesa bahawa hak keistimewaan orang Melayu dipelihara

Kesatuan Melayu Muda (KMM)8. Parti politik pertama di Tanah Melayu9. Pemimpin - Ishak Haji Muhammad, Abdul Karim Rashid, Onan b. Haji Siraj, Hassan b. Manan, Isa Mohammad b. Mahmud, Ahmad Boestamam dan Mustapha Hussein10. Sebuah parti radikal yang mengamalkan sikap tidak bekerjasama dengan British11. Perjuangan:ii. menentang pihak British di Tanah Melayujj. menghapus rejim British di Tanah Melayukk. melindungi hak-hak orang Melayull. menyatukan Tanah Melayu dengan Indonesia dalam konsep Melayu Raya

Kesimpulan:1. Pada awal abad ke-20 telah muncul kesedaran nasionalis dikalangan pemimpin-pemimpin2. Mereka juga memperjuangkan penglibatan orang Melayu dalam ekonomi dan menekankan kepentingan bidang pendidikan

Page 126: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

5. Jelaskan syor-syor Malayan Union (MU) serta reaksi orang Melayu terhadap penubuhannya.

Pengenalan:

1. MU telah diperkenal pada 1946 - selepas Perang Dunia Kedua2. Orang Melayu menentang MU kerana menghapuskan keistimewaan dan ketuanan mereka

Isi:

1. Syor-syor MU:

a. gabungan sembilan negeri-negeri Melayu dan dua negeri-negeri Selatb. diketuai oleh gabenor dan dibantu oleh dua majlis iaitu Majlis Mesyuarat Kerja dan Majlis Mesyuarat Undanganc. kedudukan raja-raja Melayu dikekalkan tetapi kuasa dikurangkan kepada hal-ehwal agama dan adat istiadat orang-orang Melayud. taraf kewarganegaraan berdasarkan prinsip jus-soli / taraf kerakyatan diberikan kepada orang asing dengan syarat yang longgare. hak kewarganegaraan yang sama kepada semua semua orang tanpa mengira bangsa dan dan keturunanf. Singapura diasingkan dan British mengekalkan pemerintahan di situ - Singapura mempunyai kekayaan ekonomi dan merupakan pusat pertahanan Inggeris (pengkalan tentera laut dan darat)g. Majlis Mesyuarat Negeri dikekalkan untuk menguruskan hal ehwal kerja tempatanh. Gabenor diberi kuasa untuk meluluskan dan membatalkan undang-undang

2. Reaksi terhadap penubuhan MU:a. orang-orang Melayu tidak puashati dan menentang cadangan MUb. penentangan melalui akhbar - Utusan Melayu

Page 127: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

c. menulis surat bantahan kepada kerajaan British di Londond. penentangan melalui persatuan-persatuan Melayu yang mengadakan perarakan dan tunjuk perasaan. Contoh : Persatuan Melayu Selangor dan Kelantane. Dato’ Onn dan Persatuan Melayu Selangor mengadakan Kongress Melayu SeMalaya dan menyatukan keseluruhan persatuan Melayuf. 1 April 1946 - orang Melayu telah memulaukan upacara pelantikan Gabenor MUg. 11 Mei 1946 - UMNO ditubuhkan dan akhirnya rancangan MU terpaksa dibatalkan

Kesimpulan:

1. MU mendapat tentangan darripada orang Melayu yang bersatu padu dan menubuhkan UMNO sebagai parti politik yang kuat.

2. Kerajaan British terpaksa bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin Melayu. Hasilnya satu perlembagaan baru dibentuk iaitu Persekutuan Tanah Melayu 1948 menggantikan MU

Page 128: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

6. Jelaskan perkembangan perlembagaan di Sarawak dan Sabah dari tahun 1946 hingga 1963.

Pengenalan:1. Sarawak ditadbir oleh keluarga Brooke sejak tahun 18422. Perubahan di bawah pentadbiran Raja-raja Putih3. Pengenalan kod undang-undang, penubuhan Majlis Tertinggi, Majlis Negeri dan perlembagaan 19414. Sabah ditadbir oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara5. Gabenor dibantu oleh Majlis Penasihat6. Majlis Undangan ditubuhkan dan Mahkamah Anak Negeri dikekalkan

Isi:

1. Sarawak:a. selepas Jepun, Charles Vyner Brooke telah kembali ke Sarawakb. 1 Julai 1946, Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada Britishc. Tamatnya dinasti Brooke di Sarawak dan Sarawak menjadi tanah jajahan Inggeris atau Crown Colonyd. Perlembagaan 1941 digunakan sebagai asas untuk mentadbir Sarawake. Sarawak ditadbir oleh seorang gabenor, Sir Charles Arden Clarkef. Majlis Tempatan ditubuhkan bertujuan memberi latihan kepada penduduk tempatan dalam pemerintahang. Majlis ini berkuasa dalam bidang pendidikan, kesihatan, bekalan elektrik dan air, jalan raya dan pungutan cukaih. 1956 – perlembagaan baru diluluskani. 10 orang ahli Majlis Tertinggi dan 45 oang ahli Majlis Negeri dikekalkan untuk membantu gabenorj. Majlis Tempatan diubah menjadi Majlis Daerah di bawah Pegawai Daerahk. Sarawak dibahagi kepada lima bahagian. Setiap bahagian diketuai oleh Residen. Daerah diketuai oleh Pegawai Daerahl. 24 buah daerah ditadbir dengan bantuan Majlis Daerah

Page 129: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

m. Pilihanraya pertama untuk Majlis Daerah diadakan pada tahun 1959 untuk memilih wakil ke Majlis Penasihat Bahagiann. Ahli Majlis Penasihat Bahagian memilih wakil ke Majlis Negerio. Sistem ini kekal sehingga tahun 1963

2. Sabah:

a. Syarikat Berpiagam Borneo Utara telah menyerahkan Sabah kepada kerajaan Inggeris pada 15 Julai 1946

b. Sabah menjadi tanah jajahan Inggeris – diperintah oleh gabenor dengan bantuan Majlis Penasihat

c. Perlembagaan baru diperkenalkan yang terdiri daripada Majlis Eksekutif (Majlis Mesyuarat Kerajaan) dan Majlis Mesyuarat Undangan

d. Majlis Eksekutif menasihati gabenor tentang pentadbiran dan dasar penting kerajaan Inggeris

e. Sabah dibahagi kepada empat residensi dan setiap residensi dibahagi kepada daerah-daerah

f. Majlis Tempatan diasaskan di daerah Kota Belud, Sipitang dan Papar. Matlamatnya untuk memberi peluang kepada penduduk tempatan dalam pentadbiran

g. Majlis Tempatan dikenali sebagai Majlis Daerah

h. Perlembagaan dirombak. Jumlah ahli dalam Majlis Eksekutif ialah 12 orang dan Majlis Undangan Negeri Sabah ditambah menjadi 25 ahli

Kesimpulan:

1. Menjelang awal 1960-an, banyak parti politik telah ditubuhkan di Sabah dan Sarawak.2. Penduduk telah berjuang untuk kemerdekaan dan telah menyertai Malaysia yang telah ditubuhkan pada 1963.3. Sabah dan Sarawak telah memperkenalkan perlembagaan baru yang berasaskan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957

Page 130: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

7. Huraikan langkah-langkah yang membawa kepada kemerdekaan Tanah Melayu pada 1957.

Pengenalan:1. Tanah Melayu melalui pelbagai peringkat sebelum mencapai kemerdekaan2. April 1951 - Sistem Ahli diperkenalkan3. Ia merupakan satu usaha penting British untuk mewujudkan Pakatan Murni iaitu perpaduan tiga kaum4. Sistem Ahli dikenali sebagai kabinet bayangan yang merupakan satu barisan tokoh-tokoh tempatan mentadbir Negara secara tidak langsung dan mendapat latihan mentadbir Negara5. Tanah Melayu kemudiannya telah melalui proses pilihanraya

Isi:1. Pilihanraya digunakan oleh British untuk menguji sama ada wujudnya perpaduan di kalangan rakyat Tanah Melayu2. Pada peringkat permulaan, pilihanraya peringkat tempatan diperkenalkan pada 1951 bagi Majlis Bandaran Georgetown, Johor Bharu, Ipoh, Melaka, Seremban dan Kuala Lumpur3. Pilihanraya umum diadakan pada 27 Julai 19554. Sebanyak 52 kerusi dipertandingkan5. Parti Perikatan mewakili kombinasi parti-parti politik tiga kaum berlainan dan memenangi 51 kerusi6. Kemenangan menunjukkan rakyat percaya cara terbaik mencapai kemerdekaan ialah melalui kerjasama antara kaum7. Penubuhan Parti Perikatan bertujuan untuk mendapat undi majoriti8. Penubuhannya untuk membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan kuasa asing9. Rundingan kemerdekaan diadakan di London antara pemimpin Tanah Melayu dengan kerajaan British10. Keputusan pilihanraya umum 1955 memaksa kerajaan British menerima hakikat Parti Perikatan disokong oleh semua rakyat Tanah Melayu11. Parti Perikatan telah berjanji akan mendapatkan kemerdekaan dalam tempoh 4 tahun semasa kempen pilihanraya

Page 131: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

12. Pada Februari 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan ke London untuk merundingkan kemerdekaan Tanah Melayu13. 8 Februari 1956, Perjanjian London dimeterai antara Raja-raja Melayu, Parti Perikatan dan British14. Perjanjian London menjanjikan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 195715. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu digubal oleh Suruhanjaya Reid. Suruhanjaya menerima 131 memorandum bertulis16. Beberapa pindaan telah dibuat oleh Suruhanjaya Reid terhadap rang perlembagaan yang kemudiannya disahkan oleh Majlis Raja-raja17. Perisytiharan kemerdekaan dibuat pada pagi 31 Ogos 1957

Kesimpulan:1. Langkah awal untuk mencapai kemerdekaan ialah melalui Pakatan Murni dalam Sistem Ahli2. British mengadakan pelbagai peringkat pilihanraya untuk menguji tahap perpaduan3. Keputusan pilihanraya umum 1955 membuktikan dasar perjuangan sesuai dengan penduduk Tanah Melayu

Page 132: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

8. Huraikan tindakan-tindakan Parti Komunis Malaya (PKM) yang membawa kepada perisytiharan darurat.

Pengenalan:1. PKM melancarkan pemberontakan bersenjata untuk menggulingkan pemerintahan di Tanah Melayu.2. Menubuhkan Republik Komunis Tanah Melayu3. PKM melakukan kekejaman iaitu dengan pembunuhan para pegawai British4. British berusaha untuk membendung komunis dengan mengisytiharkan darurat pada 1948

Isi:1. PKM ditubuhkan pada 1930 – untuk menggulingkan kerajaan British dan menubuhkan Republik Komunis Malaya2. PKM menyusup masuk ke dalam kesatuan-kesatuan sekerja dan sekolah Cina (golongan belia)3. PKM bergerak secara sulit/gerakan bawah tanah kerana tidak didaftarkan4. 1936 hingga 1937 – organisasi PKM mantap dan menghasut para pekerja dan melancarkan mogok di Perak, Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Johor.5. 1939 – keanggotaan PKM bertambah 37 ribu orang6. Ramai orang Cina terpengaruh dengan perjuangan PKM untuk menjaga kebajikan dan kepentingan mereka7. 1942 hingga 1945 – pihak British bekerjasama dengan PKM untuk menentang PKM8. PKM membentuk Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA)9. British melatih dan membekalkan senjata kepada tentera gerila komunis10. Tamat Perang Dunia Kedua, British iktiraf PKM sebagai parti yang sah di Tanah Melayu11. PKM meluaskan pengaruh – menguasai sekolah Cina dan kesatuan sekerja12. 1947 – permogokan di Batu Arang untuk lumpuhkan ekonomi Chin Peng ambil alih – lebih agresif- guna kekerasan dan melancarkan pemberontakan bersenjata pada Jun 1948

Page 133: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

13. Tiga orang pegawai British dibunuh di Sg Siput dan darurat diisytiharkan – PKM diharamkan

Kesimpulan:1. British telah berjaya melumpuhkan kegiatan komunis2. British lebih bersedia untuk bekerjasama dengan pemimpin tempatan yang lebih berfahaman sederhana – ini telah mempercepatkan proses kemerdekaan Tanah Melayu

9. Bincangkan usaha-usaha yang diambil untuk menubuhkan persatuan akhbar atau pertubuhan orang Cina dan India selepas Perang Dunia Kedua.

Pengenalan:1. Sejak kedatangan orang India ke Tanah Melayu, mereka telah menubuhkan pertubuhan yang bercorak social, kebudayaan dan kebajikan dan memberi tumpuan kepada pergolakkan politik di India.2. Orang Cina pula mempunyai tradisi berpersatuan seperti kegiatan kongsi-kongsi gelap dan lbih berminat dalam kegiatan politik di negara Cina.

Isi:

1. India:

a. Pergerakan politik kaum India telah mula memberi perhatian dalam pergolakan politik negara inib. MIC ditubuhkan pada tahun 1946 dibawah John A. Thivyc. Matlamatnyad. menjaga kepentingan kaum India di Tanah Melayue. memperjuangkan kemajuan politik bersama-sama kaum lainf. Kesatuan Sekerja , Malayan Union Association (MUA) dan Federal India g. Organisation (FIO) di tubuhkan untuk menjaga kepentingan pekerja kaum h. India di Tanah Melayu, dipimpin oleh K. Ramanathani. Perlembagaan MIC dipinda dan parti menerima penubuhan Persekutuan Tanah Melayuj. Akhbar berbahasa Tamil ialah Tamil Nesan dan Tamil Murasu yang memberi perhatian kepada sosio ekonomi kaun India.k. 1954, MIC menyertai Parti Perikatanl. 1955, V.T.Sambanthan dipilih menjadi presiden MIC.

2. Cina:

Page 134: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

a. PKM (diwakili oleh kaum Cina) telah membantu British menentang Jepun semasa pemerintahan Jepun di Tanah Melayub. PKM menentang British selepas pendudukan Britishc. PKM melancarkan pemberontakan bersenjatad. PKM gagal dan diharamkan pada tahun 1948e. Peertubuhan politik dianggotai oleh orang Cina ialah MCA yang cuba menyekat fahaman komunis di kalangan orang Cina dan menghalang mereka daripada menyertai PKMf. Matlamatnya ialah untuk melindungi kepentingan politik kaum Cina di Tanah Melayu dan bekerjasama dengan kerajaan Britishg. MCA dibawah pimpinan Tan Cheng Lock. Keahlian MCA meningkat diwah kepimpinannya.h. MCA telah membantu menempatkan semula setiggan-setinggan CIna di kampong-kampung baru.a. MCA berpakat dengan UMNO untuk pilihanraya 1952. Menang 9 daripada 12 kerusi.i. Parti Buruh Pulau Pinag di bawah pimpinan Yeop Chong Kong, menjaga hak buruh Cina.j. Parti Buruh Pulau Pinang telah bertanding pihihanraya Pulau Pinang 1951 telah menang 1 kerusik. Pan Malayan Labour Party (gabungan beberapa buah parti buruh) telah ditubuhkan diperingkat Negeri.l. Nama parti ditukar kepada Parti Buruh SeMalaya pada 1954.m. Menentang PKM dan bekerjasama dengan British.

Kesimpulan:

1. UMNO,MCA dan MIC telah bergabung dan bertanding dalam pihihanraya peringkat bandaran dan negeri pada tahun 1952 dan menjelang pilihanraya peringkat Persekutuan 1955.Parti Perikatan telah dibentuk(UMNO.MCA,dan MIC) untuk merintis jalan ke kemerdekaan Tanah Melayu.

Page 135: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

10. Terangkan perjuangan parti-parti politik berhaluan kiri di Tanah Melayu dari tahun 1945 hingga 1947.

Pengenalan:

1. Selepas tamat Perang Dunia Keda kegiatan berpolitik di Tanah Melayu semakin berkembang pesat dengan pembentukan banyak parti politik baharu2. Kewujudan parti-parti politik berhaluan kiri telah menyemarakkan lagi perkembangan gerakan nasionalisme di Tanah Melayu3. Parti-parti politik berhaluan kiri berideologikan sosialis dan komunis.

Isi:1. Parti Kebangsaan Melayu Malaya ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di Perak dengan nama asalnya Parti Sosialis2. PKMM dipimpin oleh Ahmad Boestamam dan Mokhtaruddin Lasso3. PKMM berusaha menyatupadukan bangsa Melyu dan mencapai kemerdekaan melalui gabungan dengan Indonesia4. PKMM memajukan ekonomi dan memberi peluang pendidikan kepada orang melayu5. PKMM mewujudkan hubungan baik diantara semua kaum di Tanah Melayu6. Memberi sokongan terhadap perjuangan bangsa Indonesia untuk mencapai kemerdekaan7. Angkatan Pemuda Insaf (API) ditubuhkan pada tahun 1946 menggunakan slogan “Merdeka dengan darah”.Menggunakan cara radikal untuk mencapai kemerdekaan di Tanah Melayu8. Angkatan Wanita Sedar (AWAS) ditubuhkan di Perak pada tahun1946 dipimpin oleh Sawiyah bt. Ali.AWAS berfahaman sosialis dan berjuang bersama dengan pertubuhan berhaluan kiri yang lain untuk menentang British di Tanah Melayu.9. Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) ditubuhkan pada bulan Februari 1947, menjalin pakatan dengan AMCJA untuk menentang pentadbiran British di Tanah Melayu10. Pakatan ini juga menentang pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 194811. PUTERA telah mengemukakan perlembagaan rakyat yang mengandungi 10 perkara utama untuk mencapai kemerdekaan Tanah Melayu dan kedaulatan raja-raja Melayu dan Bangsa Melayu

Page 136: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

Kesimpulan:

2. perjuangan parti-parti politik berhaluan kiri di Tanah Melayu bertujuan untuk mencapai kemerdekaaan3. mengamalkan dasar-dasar tidak bekerjasama dengan British4. perjuangan parti politik berhaluan kiri kurang mendapat sambutan daripada penduduk Tanah Melayu kerana corak perjuangan berbentuk radikal

1. Terangkan perkembangan pemerintahan demokrasi berparlimen yang diamalkan di Malaysia dan jelaskan ciri-ciri kerajaan tersebut

Pendahuluan1. pemerintahan di Malaysia adalah berteraskan prinsip demokrasi berparlimen2. pemerintahan kerajaan Malaysia adalah ditentukan oleh rakyat melalui pilihanraya selaras dengan konsep demokrasi yang bermakna kebebasan bersuara atau suara rakyat

Isi

1. Perkembangan pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia (8M)a. amalan demokrasi telah lama wujud dalam masyarakat Melayu tradisionalb. prinsip demokrasi dapat dilihat dalam Adat Perpatih yang mengamalkan prinsip muafakat keluarga,masyarakat, daerah dan juga negeric. sistem demokrasi berparlimen juga diamalkan dalam pemerintahan raja berkuasa mutlakd. semasa penjajahan British pula,Dewan Undangan Negeri yang ditubuhkan adalah adalah berkonsepkan perwakilan rakyate. pembentukan parlimen bermula di Malaysia dengan penubuhan Majlis Mesyuarat Negeri di Perak pada tahun 1877f. sistem demokrasi berparlimen di Malaysia hari ini adalah berdasarkan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957g. pada 16 September 1963,Kerajaan Persekutuan Malaysia ditubuhkan dan mengandungi Tanah Melayu,Singapura,Sarawak dan Sabah

2. Ciri-ciri kerajaan demokrasi berparlimen (12M)a) Raja Berperlembagaan3. ketua Negara Malaysia ialah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda yang Di Pertuan Agung4. baginda ialah raja berpelembagaan yang tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia5. baginda merupakan lambang perpaduan, keutuhan negara dan tumpuan taat setia rakyat

b) Ketua Negeri6. setiap negeri mempunyai ketua dengan gelaran pelbagai;· ketua negeri Perlis digelar raja· ketua negeri Kedah,Perak,Selangor,Kelantan,Terengganu dan Johor digelar sultan

Page 137: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

· Ketua Negeri Sembilan digelar, Yang Dipertuan· Ketua Negeri Pulau Pinang,Melaka, Sabah dan Sarawak digelar Yang Dipertua Negeri

c) Perlembagaan7. Perlembagaan Persekutuan Malaysia berasaskan Perlembagaan Tanah Melayu 19578. perlembagaan ialah rang undang-undang dasar tertinggi yang 9. menentukan corak pemerintahan sesebuah negara10. tujuan perlembagaan untuk menentukan corak pemerintahan, pembahagian kuasa,menstabilkan undang-undang, memelihara kepentingan rakyat dan menentukan tanggungjawab rakyat terhadap Negara11. setiap negeri mempunyai Perlembagaan Negeri

d) Parlimen· kuasa tertinggi dan lambang demokrasi Negara· badan perundangan yang menggubal rang undang-undang Persekutuan· Malaysia· terdiri daripada Yang Di Pertuan Agung, Dewan rakyat dan Dewan Negara· berfungsi membuat undang-undang pertahanan,hal-ehwal luar negeri,keselamatan Negara, pendidikan, kesihatan dan kewangan

Kesimpulan· sistem pemerintahan demokrasi berparlimen yang diamalkan di Negara kita menunjukkan corak kerajaan yang dipilih mengikut kehendak rakyat.· demokrasi berparlimen dapat menjamin hak dan kepentingan rakyat.

2. Huraikan perbezaan antara sistem pentadbiran kerajaan pusat dan kerajaan negeri sehingga tahun 1963 

Pendahuluan (3M)

Malaysia merupakan sebuah Negara persekutuan yang terdiri daripada Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri

Page 138: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

Kerajaan Pusat adalah lebih kuat daripada Kerajaan Negeri,namun Kerajaan Negeri juga mempunyai keistimewaan tersendiri dan tetap terpelihara identitinya

Isi - isi Penting

Kerajaan Pusat

a) YDPAmerupakan ketua di peringkat pusatmelantik Perdana Menteri daripada ahli Dewan Rakyat yang difikirkan mendapat kepercayaan dan sokongan ahli dewan itujemaah menteri pula akan menasihati YDPA atas semua perkara berkenaan pemerintahan,merangka dan menetapkan apa yang dibuat oleh kerajaan setelah dipersetujui oleh parlimenjawatan YDPA dipegang lima tahun oleh setiap raja yang dipilih untuk memegang jawatan ini.Jawatan juga dipegang secara bergilir-gilir di kalangan raja Melayu dan bukannya diperturunkan mengikut keturunan

b)Perdana Menteridilantik oleh YDPAmerupakan penasihat kepada YDPA berkenaan pemerintahan dan harus sentiasa memberitahu YDPA apa yang perlu dilakukan oleh pemerintahmenjadi tempat menteri mengadukan masalah atau sebarang pertikaian yang timbul antara kementerian

c) Kementerianmenjalankan segala perkara yang diputuskan oleh kerajaan Persekutuandiketuai oleh seorang menteri dan dibantu oleh seorang pegawai setiausahakakitangan kerajaan akan turut membantu menjalankan kerja-kerja pentadbiran

d)Bidang kuasaKerajaan Persekutuan mempunyai bidang kuasa dalam hal ehwal luar negeri,keselamatan dalam negeri,kewangan,pendidikan,pertahanan keselamatan buruh dan sosial,JKR,perhubungan dan pengangkutan,perkapalan,pelayaran dan perikanan serta berkenaan orang asli

Kerajaan Negeri (10M)

a) Sultan/YDP Negerisultan adalah ketua di peringkat negeri,manakala negeri yang tidak mempunyai sultan diketuai oleh YDP Negerisultan mewarisi takhta secara turun temurun dan memerintah sepanjang hayat bagindamenjadi ketua agama islam negeri masing-masing kecuali P.Pinang dan Melaka,ketua agama Islam di negeri itu ialah YDPAsultan tidak lagi menjadi pengerusi atau ahli majlis mesyuarat kerajaan dan tempat beliau digantikan oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri

b)Menteri Besardilantik oleh raja daripada ahli2 DUN yang diiktiraf oleh baginda

Page 139: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

biasanya ketua parti yang teramai pengikutnya di dalam dewan itu yang akan dipilih menjadi Menteri Besar

c)Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeriahli terdiri daripada wakil rakyat yang dipilih melalui pilihanrayadiketuai oleh Menteri Besar atau Ketua Menteriahli Majlis yang lain akan dilantik oleh sultan atas nasihat menteri besar

d)Bidang Kuasakerajaan negeri mempunyai bidang kuasa dalam kerajaan tempatan,perkhidmatan tempatan,undang2 islam,pertanian,perhutanan,jabatan ukur tanah,kastam tempatan dan pelabuhan

Kesimpulan (2M)pembahagian kuasa menyebabkan tidak berlakunya pertindihan kuasa di antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri seterusnya memantapkan lagi pentadbiran Negara

(mana-mana yang sesuai)

3. JJelaskan perbezaan di antara Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dengan Perlembagaan Malayan Union 1946

Pendahuluan1. Selepas pendudukan Jepun, British memperkenalkan satu perlembagaan baru untuk Tanah Melayu iaitu perlembagaan Malayan Union2. Pengenalan Malayan Union mendapat tentangan hebat daripada orang Melayu yang tidak puas hati berkenaan pemberian kerakyatan yang terlalu longgar3. British membentuk jawatankuasa untuk menggubal perlembagaan baru untuk memenuhi tuntutan orang melayu

IsiPerlembagaaan Persekutuan Tanah Melayu mempunyai perbezaan dalam beberapa

Page 140: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

aspek penting berbanding Perlembagaan Malayan union iaitu:-

1. Jawatankuasa penggubal

a. Malayan Union· Perlembagaan Malayan Union digubal oleh kerajaan British di pejabat Tanah Jajahan London, digubal semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu· AJK The Malayan Planning Unit (MPU) dipertanggungjawabkan merangka perlembagaan Malayan Union terdiri daripada orang-orang British· MPU tidak mendapatkan pandangan penduduk Tanah melayu semasa merangka asas dan melengkapkan perlembagaan Malayan Unionb. PTM· Dirangka berdasarkan kecaman dan kritikan orang Melayu terhadap perlembagaan Malayan Union· Jawatankuasa Kerja ditubuhkan pada 25 Julai 1946· Ahli Jawatankuasa kerja terdiri daripada 4 orang wakil Raja-raja Melayu, 2 wakil UMNO dan 6 orang pegawai kanan British

2. Konsep Union dan Persekutuan

a. Malayan Union· Malayan Union merupakan sebuah kerajaan yang bercorak gabungan atau Union· Ciri utama ialah memansuhkan kewujudan kerajaan-kerajaan negeri di bawah kuasa sultan Melayu· Negeri-negeri disatukan sebagai sebuah Union di bawah kuasa seorang Gabenor Britishb. PTM· Persekutuan Tanah Melayu mengarah kepada pembentukan kerajaan Persekutuan· Kerajaan pusat berkuasa ke atas semua negeri dalam Persekutuan· Kerajaan negeri mempunyai bidang kuasa dalam bidang tertentu yang diiktiraf· Kedudukan sultan terpelihara

3. Kedudukan Raja-raja Melayu

Malayan Union· Kuasa sultan tidak dihapuskan tetapi sultan tidak mempunyai sebarang kuasa dalam kerajaan Malayan Union kerana Gabenor British berkuasa penuh· Kuasa sultan terhad dalam bidang agama tetapi pengerusi majlis agama masih gabenorPTM· kedudukan sultan dalam Persekutuan Tanah Melayu dipulihkan seperti sebelum perang· Sultan berkuasa memerintah dengan dibantu Majlis Mesyuarat Kerja dan Dewan Perundangan Negeri· Sultan akan mengesahkan dan meluluskan mana-mana undang-undang yang gagal diluluskan Dewan Perundangan Negeri

4. Majlis-majlis mesyuarat

Malayan Union· Gabenor akan memerintah dengan bantuan MMK dan Majlis Perundangan· gabenor mempunyai kuasa pembatal,negeri-negeri mengekalkan MMN masing-masing yang berfungsi untuk menguruskan kerajaan tempatan

Page 141: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

· majlis ini diletakkan di bawah kawalan terus kerajaan pusat

PTM· kuasa pemerintahan di bawah pesuruhjaya Tinggi yang dibantu majlis Perundangan Persekutuan· Kerajaan Persekutuan menguruskan hal berkaitan pertahanan, kehakiman,perdagangan,perhubungan awam· Sultan berkuasa memerintah dengan bantuan MMk dan MPN di peringkat negeri· Kerajaan negeri berkuasa ke atas kerajaan tempatan,agama, pertaniandan tanah· Malayan Union menafikan tuntutan pengagihan kuasa yang diperjuangkan semenjak tahun 1920-an, sebaliknya kerajaan persekutuan menjelaskan dan menyempurnakan beberapa aspek pengagihan kuasa.

5. Taraf Tanah Melayu

Malayan Union- Perlembagaan MU menukarkan status negeri-negeri Melayu daripada tanah naungan kepada Tanah JajahanSultan-sultan kehilangan kedaulatan kepada mahkota British yang diwakili oleh gabenor yang mentadbir dan memerintah MU

PTM· negeri-negeri Melayu adalah dianggap negeri naungan· kerajaan negeri dan sultan diberi kembali kuasa dalam bidang tersebutseperti agama dan tanah· percubaan British dalam usaha desentralisasi dahulu kini berjaya dan menamatkan pentadbiran yang berbeza-beza antara negeri-negeri di Tanah Melayu

6. Kewarganegaraan

Malayan Union· mencadangkan pemberian kerakyatan yang amat liberal kepada orang bukan Melayu· prinsip jus soli ( hak kewarganegaraan yang sama rata bagi semua orang tanpa mengira bangsa atau keturunan)· hak dan kedudukan orang melayu akan berakhir· mendapat tentangan hebat orang melayu. Malayan Union berjalan hanya daripada 1 April 1946-1 Januari 1948 sahaja

Persekutuan Tanah Melayusoal kewarganegaraan diberi perhatian mendalam, syarat-syarat telah diperketatkanmereka yang ingin memohon kerakyatan juga mesti memenuhi syarat yang ditentukanhak dan kedudukan orang melayu terpelihara

Kesimpulan

penghapusan Malayan Union dan penubuhan Persekutuan Tanah melayu 1948 merupakan kejayaan perjuangan UMNO yang unggul

Page 142: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

4. Bincangkan peranan Yang Dipertuan Agong dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan sehingga tahun 1963

Pendahuluan

1. Jawatan Yang di-Pertuan Agung diwujudkan selepas kemerdekaan Tanah Melayu pada 19572. YDPA lambang kedaulatan dan ketinggian kuasa Negara3. Baginda ketua Negara yang ditaati rakyat tanpa mengira bangsa dan agama4. Jawatan dipegang selama lima tahun secara bergilir-gilir setelah dipilih oleh Majlis Raja-raja mengikut peraturan yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia.

Isi – isi penting.

1. YDPA merupakan Ketua Angkatan Tentera Malaysia yang berkuasa tentang hukuman dan pemgampunan yang dijalankan di dalam mahkamah Tentera, wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan.

2. YDPA lambang kedaulatan dan perpaduan rakyat Malaysia.

3. Menjadi ketua agama Islam bagi negeri-negeri tidak beraja seperti Pulau Pinang, Sabah, Sarawak. Wilayah persekutuan dan negeri baginda sendiri

4. Kuasa mengiktiraf undang-undang yang telah diluluskan oleh Parlimen. Baginda mesti mengiktiraf undang-undang baru yang telah diluluskan parlimen dalam tempoh 30 hari selepas mendapat kelulusan parlimen. Sekiranya baginda tidak bersetuju dengan rang undang-undang yang diluluskan parlimen, baginda boleh merujuknya kepada parlimen untuk dibincangkan semula.

5. Melantik Perdana Menteri, hakim dan jemaah menteri.

Page 143: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

6. Bertanggungjawab memelihara kedudukan istimewa masyarakat melayu dan kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak.

7. YDPA berkuasa memanggil, menangguh dan membubarkan parlimen. Baginda boleh memberi ucapan dalam Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

8. YDPA bertanggungjawab mentauliahkan duta-duta ke luar Negara dan menerima tauliah duta-duta asing. Bertanggungjawab menyambut tetamu luar negarayang setaraf dengan baginda seperti Ratu England atau Maharaja Akihito.

9. YDPA menganugerahkan pingat penghormatan kepada orang yang telah berjaya atau banyak berjasa kepada Negara.

10. YDPA bertanggungjawab mengistiharkan perintah darurat untuk keselamatan rakyat atas nasihat Perdana Menteri.

Kesimpulan(2m)

1. YDPA ketua Negara berperanan dan bertanggungjawab di dalam dan luar Negara.

2. Namun dalam menjalankan kuasa eksekutif, baginda perlu mendapat nasihat Perdana Menteri atau cabinet sepeerti melucutkan jawatan dan melantik hakim,, jemaah menteri,peguam Negara, ketua polis Negara dan pengerusi suruhanjaya

5. Terangkan peranan Suruhanjaya Pilihanraya dalam mengendalikan proses pilihanraya di Malaysia

Pendahuluan (3M)

1. pilihanraya merupakan salah satu ciri penting dalam amalan Negara demokrasi berparlimen2. Di Malaysia,pilihanraya diadakan 5 tahun sekali bagi memilih calon yang layak untuk memegang jawatan dalam pentadbiran3. Suruhanjaya Pilihanraya merupakan badan yang bertanggungjawab untuk mengendalikan proses pilihanraya di Malaysia

Isi(20M)

1. Mengendalikan pilihanraya umum dan pilihanraya kecila. pilihanraya umum dijalankan untuk memilih ahli dewan rakyat dan DUNb. pilihanraya boleh diadakan serentak atau secara berasingan,di semenanjung biasanya dijalankan serentak,manakala di Sabah dan Sarawak pula berasinganc. pilihanraya kecil akan dilaksanakan apabila berlaku kekosongan di luar musim seperti jika berlakunya kematian,perletakan atau perlucutan jawatan untuk satu-satu kawasan parlimen atau DUN.Pilihanraya akan diadakan dalam tempoh 60 hari di semenanjung,manakala di Sabah dan Sarawak dalam tempoh 90 hari kekosongan

2. Menyemak dan Mendaftar pemiliha. menentukan kelayakan umur pengundib. menentukan pusat pengundic. menyediakan senarai semakan pengundi

Page 144: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

3. Menyemak dan mendaftar kawasan pilihanrayasemakan dibuat mengikut persempadanan pilihanraya samada untuk parlimen atau negeri.Bagi kawasan parlimen,jumlah kawasan pilihanraya berubah mengikut keputusan semasa,manakala bagi negeri pula,bilangan ahli DUN yang mewakili kawasan mereka tidak sama antara satu negeri dengan negeri yang lain

4. Menentukan kelayakan calon dalam perkara 119 perlembagaan persekutuancalon mestilah warganegara berumur 21 tahun ke atasbermastautin tetap di Malaysiasempurna akaltidak muflistidak memegang jawatan kerajaantidak disabitkan dengan sesuatu kesalahan oleh mahkamah

5. Menggubal peraturan-peraturan pilihanrayadi antara peraturan yang ditetapkan seperti sebelum hari mengundi calon-calon yang bertanding dibenarkan untuk berkempen.Tempoh berkempen berbeza antara satu pilihanraya dengan pilihanray yang lainselepas pengundian dan pengiraan undi selesai,parti2 yang menang diarah membentuk kerajaan samada di peringkat pusat atau negeri

Kesimpulan

Suruhanjaya pilihanraya merupakan sebuah badan bebas yang bertanggungjawab untuk mengendalikan pilihanraya di Malaysia dengan telus dan amanah

6. British secara beransur-ansur mengubah sistem ekonomi tradisioanal kepada kegiatan ekonomi moden. Berdasarkan penyataan ini, terangkan faktor-faktor yang membawa kepada perubahan ekonomi moden itu dan huraikan kesan-kesannya sebelum merdeka

Pengenalan (3M)1. Sistem ekonomi tradisional bercorak sara diri merupakan ekonomi di Tanah Melayu sebelum campur tangan British2. Pengenalan sistem residen menjelang akhir abad ke 19 telah membawa perubahan dalam bidang ekonomi.3. British mengubah sistem ekonomi tradisional kepada ekonomi moden

Isi (20M)1. Faktor – faktor.Keamanan yang telah berjaya dipulihkan telah mewujudkan satu suasana ekonomi Tanah Melayu yang berkembang pesat

British membawa masuk pelaburan asing untuk dilaburkan dalam sektor perlombongan dan peladangan bagi tujuan eksport

Revolusi Perindustrian – keperluan untk mendapatkan bahan mentah oleh negara perindustrian di barat

Page 145: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

Penggunaan kapal wap – mengurangkan masa pelayaran

Pembukaan Terusan Suez – memendekkan masa dan jarak pelayaran

Kedudukan Tanah Melayu yang kaya dengan bahan mentah mendorong kuasa-kuasa barat terutama British memberi tumpuan kepada Tanah Melayu

Sultan dan para pembesar bersedia menerima pengaruh dan teknologi luar

Kemasukan tenaga buruh secara besar-besaran terutamanya dari negara China dan India untuk bekerja di sektor perlombongan dan peladangan

2. Kesan :

a. Jalan raya dan jalan keretapi dibina untuk menghubungkan ladang getah dan lombong bijih timah dengan kawasan pelabuhan supaya bahan mentah dapat diangkut keluar dengan mudah

b. Kemudahan bekalan air dan elektrik disediakan dengan sebahagian besarnya tertumpu ke kawasan yang hampir dengan pusat perusahaan

c. Pembangunan infrastruktur yang terbatas pada kawasan yang terdapat kedua-dua komoditi menyebabkan wujud pembangunan ekonomi yang tidak seimbang antara negeri dengan wilayahd. Sebahagian besar kekayaan dikuasai oleh para pemodal British dan kaum bukan Melayu

e. British membiarkan orang melayu terus kekal dalam kegiatan ekonomi tradisional

f. Dasar pentadbiran British yang berasaskan amalan pecah dan perintah telah menwujudkan pengasingan penempatan bagi ketiga-tiga kaum

g. Kewujudan masyarakat majmuk dan kepelbagaaian budaya di Tanah Melayu

h. Perbezaan fungsi ekonomi

i. Jurang kemiskinan yang luas

Kesimpulan (2M)

Selepas merdeka kerajaan menggubal pelbagai dasar bertujuan memperbaiki kedudukan ekonomi yang tidak seimbang di samping membentuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum

Page 146: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

7. Sejarah perkembangan getah di Tanah Melayu tidak secara berterusan mengalami zaman mewah tetapi juga menempuh zaman kesukaran dan kemelesetan. Terangkan kesan-kesan kemelesetan ekonomi dunia pada sekitar tahun 1921 dan 1932 terhadap perusahaan getah di Tanah Melayu.

PengenalanDasar dan perhatian pentadbiran British di Tanah Melayu lebih tertumpu kepada perkembangan ekonomi moden yang membawa keuntungan besar kepada merekaSelain bijih timah, penumpuan diberikan kepada perusahaan getahKetidak pelbagaian ekonomi yang ada menyebabkan apabila kemelesetan ekonomi melanda dunia sekitar tahun 1921 dan 1932, ekonomi Tanah Melayu terjejas terukIsiSelepas tahun 1920 harga getah tidak begitu stabil dan sentiasa berlaku naik turunStok simpanan yang berlebihan dan harga yang merosot menyebabkan kerajaan British merangka skim sekatan :

1. Rancangan Sekatan Getah Stevenson 1922mengenakan sekatan kepada pengeluaran getahtujuannya untuk meningkatkan harga dan menstabilkan harga pada 54 sen sepaun dengan mengenakan kuota sebanyak 60% daripada jumlah pengeluaran pada tahun 1920Pengeluaran dikawal dengan mengurangkan hari menoreh dan pengenalan sistem kupon bagi menentukan jumlah jualan getah oleh pekebun kecilRancangan sekatan ini tidak berjaya kerana tidak disertai oleh negara pengeluar terbesar lain iaitu Hindia Timur Belanda (Indonesia)Pengeluaran Indonesia yang bertambah merugikan perusahaan peladangan getah di Tanah MelayuAkibat kegagalan usaha ini Rancangan Sekatan Stevenson dibatalkan pada tahun 1928

2. Rancangan Cuti Menoreh Mei 1930Gagal kerana pekebun kecil masih meneruskan kerja-kerja menoreh.Bilangan pekerja di lading-ladang getah dikurangkan dan upah mereka yang tidak diberhentikan juga diturunkan

3. Peraturan Getah Antarabangsa 1934memperkenalkan kuota eksport bagi setiap negara anggota dan menghalang negara anggota menambahkan keluasan tanah yang sedia ada untuk tanaman getahsepanjang tempoh sekatan itu harga getah bertambah baik dan meningkat dari 20 sen sepaun pada tahun 1935 kepada 43 sen sepaun pada tahun 1937kejayaan ini dicapai kerana hampir semua negara anggota mematuhi peraturan yang ditetapkanmenjelang tahun 1937 beberapa buah syarikat getah mula memperoleh keuntungan

Page 147: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

semulaKesimpulan

Selepas Perang Dunia Ke 2 dan pendudukan Jepun di Tanah Melayu,harapan untuk memulihkan harga getah dalam tempoh masa yang singkat terus musnahAmerika Syarikat memperkenalkan getah tiruan menjadi satu ancaman baru kepada perusahaan getah

Page 148: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

8. Sejauh manakah kemajuan dalam sistem pengangkutan di Tanah Melayu didorong oleh perusahaan bijih timah dan getah.

Pengenalan1. sebelum British campur tangan di Tanah Melayu, sistem pengangkutan dan perhubungan di Tanah Melayu hampir tidak wujud2. Kaedah perhubungan biasa ialah melalui sungai-sungai, jalan-jalan kecil dalam hutan dan juga lorong-lorong kecil yang dijadikan laluan kereta lembu

Isi1. Perusahaan bijih timah dan getah (6M)a. Jalan keretapi dibina untuk mempercepatkan pengangkutan bijih timah dari kawasan perlombongan dengan perlombonganb. Jalan keretapi pertama dibina menghubungkan Taiping-Port Weld, K Lumpur – Rawang, Seremban – Port Dicksonc. Jalan raya dibina untuk menghubungkan kawasan bijih timah dan getah ke pelabuhand. Jalan raya utama menghubungkan K Lumpur – Kuantan (1899)e. Kemajuan dalam kegiatan perlombongan menyebabkan lebih banyak jalan raya dibina.f. Contohnya tahun 1880 an, Perak dan Selangor memperuntukkan hampir 50 % daripada keseluruhan belanjawan negeri untuk memajukan sistem perhubungan.

2. Faktor-faktor lain (14M)a. melicinkan pentadbiranb. menghubungkan ibu negeri dengan ibu negeri yang lain. Contohnya pembinaan jalan raya dari Johor Bahru di selatan ke sempadan Negara Thai di utara.c. pertumbuhan bandard. motokar mula diperkenalkan di Tanah Melayu (1902)e. mengangkut hasil-hasil pertanian dan perlombongan yang lainf. memudahkan bahan makanan dan peralatan melombong dibawa masukg. jarak dan masa perjalanan juga dapat disingkatkan. Contohnya sebelum jalan keretapi dibina, perjalanan dari Klang ke Kuala Lumpur mengambil masa tiga hari berbanding hanya 95 minit sahaja selepas perkhidmatan keretapi diperkenalkan.

Kesimpulan (2M)1. selain perkembangan bijih timah dan getah, terdapat faktor-faktor lain yang mendorong kemajuan sistem pengangkutan di Tanah Melayu2. Kemajuan dalam sistem pengangkutan telah membawa kepada kepesatan ekonomi diTanah Melayu yang hanya menguntungkan pihak British.

9. Sistem pendidikan yang diamalkan pada masa kini telah mengalami banyak perubahan. Bincangkan perkembangan sistem pendidikan di Malaysia sejak dari zaman penjajahan hingga kini.

Pengenalan (3M)Pada umumnya, terdapat 5 jenis pendidikan zaman penjajahan British iaitu sekolah Melayu, Inggeris, Cina, dan India serta sekolah agama.Semasa pendudukan Jepun, ‘sistem penjepunan’ telah cuba diterapkan dalam diri setiap rakyat Tanah Melayu

Page 149: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

Selepas merdeka, kerajaan telah berusaha mewujudkan satu dasar pendidikan yang menjadi asas kepada pembentukan bangsa yang bersatu padu.Isi (20M)1. Sistem pendidikan semasa penjajahan BritishTerbahagi kepada dua corak iaitu sekolah agama dan sekolah vernakulara) Sekolah agama madrasahpembukaan sekolah Inggeris dianggap sebagai ancaman kepada agama Islam dan budaya MelayuTokoh-tokoh dari Kaum Muda mempelopori pembukaan sekolah ini untuk bersaing dgn sekolah Inggeris dan vernakular MelayuMempunyai susunan dan organisasi lebih bersistematik berbanding sekolah pondokPenubuhan sekolah berlaku dgn pesat antara 1920 hingga 1940. Contoh. Madrasah Al Hadi Taib, Muar (1920), Al-Ma’hadil Mahmud, Kedah (1933), Al-Manshor, P. Pinang (1939).

b) Sekolah Vernakular (Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil)Sekolah MelayuKurikulum- Bahasa Melayu (Jawi), Matematik Asas, Ilmu Kesihatan, Ilmu Alam, berkebun sebelah pagi manakala sebelah petang mempelajari Bahasa Arab dan al QuranMemberi pelajaran minimum (membaca, menulis dan mengira)Untuk melahirkan masyarakat petani lebih baik drpd ibu bapa merekaContoh. Sek.Mel.Gelugur (1821), Sek.Mel.Bayan Lepas P.Pinang(1855); 2 buah di Singapura iaitu di Kg. Gelam dan Teluk Belanga(1856);dan 9 di Melaka(1858-1863)Sekolah CinaKurikulum mengikut negara China.Guru-guru, buku teks, kurikulum dan bahasa perantaraan kesemuanya dari ChinaPeringkat awal diusahakan secara persendirian dan dibiayai sendiri. Mulai 1901 menerima bantuan kewangan drpd kerajaan ChinaMula mndapat perhatian pihak Inggeris pada 1920 (mewajibkan sekolah vernakular Cina didaftarkan) dan diberi pembiayaan mulai 1923.Terdapat 3 peringkat: rendah(6 thn), menengah (3 thn) dan peringkat atas(3 thn)Sekolah TamilKurikulum asas kemahiran membaca, menulis dan mengiraBuku dan sukatan pelajaran serta bahasa pengantar dibawa dari IndiaTerbatas setakat sekolah rendah sahaja dan memakan masa 6 tahun iaitu, tahun asas selama setahun dan diikuti darjah satu hingga darjah limaKebanyakkan dibuka di ladang getah dan selepas 1920-an berlaku pertambahan pesat bilangan sekolah Tamil (1925-235 buah sekolah)1930-seorang Nazir Sekolah dilantik bagi menyelia dan mengawasi sekolah Tamil.Sekolah InggerisKurikulum condong kepada negara EnglandHanya terhad kpd golongan tertentu sahaja (85% penuntutnya kaum Cina dan golongan Melayu pula dari golongan atasan)Terdapat 2 tahap – rendah dan menengah.2. Sistem pendidikan semasa pendudukan Jepun (4M)mata pelajaran matematik dan teknikaltanam semangat cinta akan negara dan pemerintahsistem penjepunan – menjepunkan orang Melayu3. Sistem pendidikan selepas merdeka (6M)matlamatnya untuk memupuk semangat perpaduan antara rakyat yang berbilang kaumsistem pendidikan kebangsaan yang seragamPenyata Razak 1956, Ordinan Pelajaran 1957, J/Kuasa Penyemak Pelajaran 1962(Abdul

Page 150: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

Rahman Talib)Akta Pendidikan 1961KesimpulanSelepas merdeka, usaha-usaha terus dilakukan untuk mengemas kini dan memperbaiki sistem pendidikan tinggalan penjajah.Kepentingan dasar pendidikan yang bersepadu tidak dapat dinafikan menyumbangkan kepada usaha ke arah menyatupadukan masyarakat berbilang kaum dan membentuk identiti kebangsaan.

10. Galurkan usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan dalam usaha untuk menyusun semula sistem pendidikan sejak merdeka sehingga tahun 1970anPengenalanSemasa penjajahan British, sistem pendidikan bercorak vernakular telah diwujudkanSelepas Perang Dunia Ke 2, kerajaan British telah berusaha untuk membina semula sistem pendidikan di Tanah Melayu dan beberapa j/kuasa telah dibentuk.Sistem pendidikan yang digubal selepas merdeka bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.Isi (20M)

1. Penyata Razak 1956

Cadangan:sekolah rendah dibahagikan kpd 2 jenis iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan menggunakan bahasa Melayu sbg. bahasa pengantar dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsan menggunakan bahasa Cina dan Tamil sbg. bahasa pengantar.Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dijadikan bahasa yang wajib dipelajari di kedua-dua sekolah itu.Murid-murid keturunan Cina dan India dibenarkan mempelajari bahasa ibunda masing-masing jika terdapat sekurang-kurangnya 15 orang pelajarSatu jenis sekolah menengah kebangsaan diwujudkan dengan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris wajib dipelajari.Penyata Razak diluluskan pada April 1957 sebagai Ordinan Pelajaran 1957

2. Penyata Rahman Talib 1960· Penyata Razak disemak semula pada 1957 dan dipengerusikan oleh Abd.Rahman Hj.Talib (Menteri Pelajaran)· J/kuasa berpuas hati Penyata Razak dan membuat beberapa syor/cadanganCadangan:Pelajaran rendah percuma selama sembilan tahunKenaikan darjah secara automtik, iaitu dari darjah 1 sehingga tingkatan 3Peperiksaan penilaian sekolah rendahPeluasan pelajaran teknik dan vokasionalPeralihan bahasa pengantar

3. Akta Pelajaran 1961· Syor Rahman Talib digubal menjadi Akta Pelajaran 1961

Page 151: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

Cadangan:Satu kurikulum yang sama untuk semua sekolahBahasa melayu digunakan sepenuhnya di semua peringkat pengajianKanak-kanak perlu mendapat pendidikan wajib di sekolah sehingga berumur 15 tahun

4. Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979.Cadangan:Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar yang utamaKurikulum dan sistem peperiksaan yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah.Menyediakan peluang pendidikan asas selama 9 tahun di samping meluaskan pendidikan teknik dan vokasionalMemperkenalkan pendidikan rendah mengikut KBSR yang berasaskan 3MMempelbagaikan kemudahan pendidikan di peringkat universiti serta menggalakkkan kegiatan ko kurikulum

Kesimpulan.Usaha awal kerajaan selepas merdeka merupakan satu cabaran yang besar untuk menyusun semula sistem pendidikan agar bercorak Tanah Melayu.Sistem pendidikan kebangsaan kini berasaskan pelbagai cadangan dan laporan beberapa jawatankuasa pendidikan yang ditubuhkan khas untuk mengkaji sistem persekolahan di Tanah Melayu

Page 152: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

Pembesar di Vietnam dan Burma sebelum kedatangan barat.

Pengenalan

1. Sistem pembesar di Myanmar dan Vietnam diwujudkan membantu raja dalam pemerintahan.2. Golongan ini menduduki lapisan kedua selepas raja dalam sistem feudal.3. Pembesar ini mempunyai kuasa terhad dan sentiasa diawasi oleh pihak istana.

1. Sistem pembesar di Vietnam

1. Sebelum kedatangan Perancis ke Indo-China, negeri-negeri di Indo-China ditadbir oleh sebuah kerajaan pusat berkuasa mutlak yang memberi kuasa penuh kepada pembesar tempatan.2. Semasa pemerintahan maharaja Gia-Long, golongan mandarin yang mengetuai setiap birokrasi di Vietnam.3. Golongan mandarin ini dipengaruhi oleh system pentadbiran di Negara China, mereka dipilih melalui peperiksaan awam dalam bidang bahasa dan klasik, Confucius.4. Golongan mandarin mengetuai kementerian (Quan-quan).5. Terdapat enam kementerian (quan) di mana Quan Awam mempunyai taraf yang lebih tinggi.6. Golongan mandarin bertindak sebagai pembesar dan mempunyai kedudukan istimewa dalam system pentadbiran awam.7. Terdapat pembesar di peringkat daerah. Tanggungjawab mereka seperti mengutip cukai, kendalikan urusan kehakiman, melatih anggota tentera dan menjalankan upacra keagamaan serta adapt istiadat.8. Pembesar paling bawah adalah pembesar peringkat kampong yang mengendalikan urusan pentadbiran kampong.

2. Sistem pembesar di Mynmar.

1. Einshemin atau Raja Muda mempunyai istana dan pegawai sendiri. Raja Muda mengawal hal ehwal negeri.2. Pembesar-pembesar dibahagikan mengikut pangkat atau kedudukan mereka.3. Lapisan yang teratas dalam hierarki kerajaan pusat ialah empat orang wungyi, mereka membentuk Hluttaw atau Majlis Diraja.4. Hluttaw menguruskan pentadbiran mengikut perintah raja dan bertindak sebagai mahkamah yang mengendalikan kes-kes jenayah dan awam.5. Wungyi dibantu oleh menteri kelas kedua iaitu Wun atau Pegawai Tinggi Kerajaan.6. Ahmudan atau Pegawai Diraja mengendalikan pentadbiran dalam istana. Ahmudan mempunyai pengaruh kuat ke atas raja kerana hubungan rapat dengan raja.7. Pentadbiran di peringkat daerah dikendalikan oleh orang Myowun ataupun gabenor. Mereka ini bertugas di ibu negeri dan mempunyai kuasa awam dan ketenteraan. Mereka

Page 153: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

berperanan mengutip cukai dan menyerahkan 60%-80% daripada cukai ini kepada raja. Selain itu mereka juga merupakan pengiring raja semasa utusan asing menghadap raja di istana.8. Akunwun iaitu pengutip cukai serta mandur dan sitke iaitu pegawai polis tentera menduduki lapisan selepas Myowun. Golongan ini membantu Myowun dalam melaksanakan perintah kerajaan pusat.

Kesimpulan.

1. Pembesar di Vietnam dan Mynmar berperanan membantu raja demi melicinkan pentadbiran pusat, wilayah, daerah dan kampong.

2. Walaupun mereka menjalankan pentadbiran diperingkat tertentu, kuasa mereka adalah terhad dan di bawah kawalan raja mereka.2. Peranan maharaja China dan Jepun sebelum kedatangan kuasa barat.

Pendahuluan

1. Sistem beraja merupakan satu bentuk sistem pemerintahan yang diamalkan oleh kebanyakan negara di Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia timur.2. Sistem ini berasaskan campuran sistem tempatan dengan pengaruh agama Buddha dan Confucius di China dan Shinto di Jepun.3. Maharaja di China dan Jepun memainkan peranan penting dalam kerajaan sehinggalah pemantapan kuasa barat.

CHINA

1. Gelaran maharaja mula diguna pakai semasa pemerintahan maharaja Shih Huang Ti (221 – 210 S.M) dari Dinasti Chin.2. Maharaja menduduki tonggak kerajaan dan berkuasa mutlak dalam pemerintahan di peringkat pusat3. Maharaja memberikan kuasa autonomi kepada pentadbir awam dan gabenor di peringkat wilayah Tradisi masyarkat China menganggap maharaja sebagai Son of Heavan iaitu maharaja dikatakan mendapat mandat dari syurga untuk memerintah dunia.4. Maharaja mempunyai kedudukan yang paling tinggi dan berpengaruh di dunia dan bertanggungjawab penuh ke atas keamanan dan kemakmuran rakyat dan Negara Sebarang bentuk penyelewengan yang dilakukan oleh maharaja akan menyebabkan baginda kehilangan mandat dari syurga dan dan Negara akan mengalami kemusnahan dan bala bencana Sebagai balasan ,wujud kebangkitan menentang sistem pemerintahan maharaja seperti dalam Dinasti Manchu pada akhir abad ke 19

JEPUN

1. Sistem pemerintahan maharaja agak berbeza dibandingkan dengan negara lain di Asia, Maharaja di Jepun tidak mempunyai kuasa khususnya selepas tahun 1192M. 2. Kekuasaan sebenar dalam pemerintahan terletak di tangan golongan bangsawan yang dikenali sebagai daimyo.3. Daimyo mampu meluaskan pengaruh dengan menguasai wilayah-wilayah lain di samping mengekalkan kedudukan sebagai pemerintah mutlak.4. Pada masa pemerintahan Shogun Tokugawa tahun 1603 beliau menerajui pemerintahan dengan kuasa penuh.

Page 154: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

5. Golongan Shogun merupakan pentadbir daerah yang menduduki kelas kedua selepas maharaja. Maharaja hanya menjadi boneka di istana.6. Pemerintahan sebenar dilakukan oleh Shogun Tokugawa yang dianggap sebagai maharaja Jepun. Setelah maharaja Meiji menaiki takhta pada tahun 1868 menggantikan Keshogunan Tokugawa, negara Jepun mengalami satu proses peralihan dari zaman tradisional kepada era pemodenan. 7. Meiji memperkenalkan pemerintahan pusat dengan menghapuskan sistem feudal yang dikuasai oleh daimya dan samurai.

Kesimpulan

1. Di Negara China , sistem beraja tamat apabila tercetusnya Revolusi China tahun 1911.2. Kejatuhan Dinasti Manchu Februari 1912 menjadi simbol kehancuran pemerintahan bercorak dinasti di China yang kemudiannya diganti dengan sistem republik.3. Di Jepun pula kerajaan berparlimen diperkenalkan bagi menaikkan imej negara Jepun.4. Setanding dengan negara barat.5. Maharaja Meiji memerintah sebagai raja berperlembagaan.

Sistem pemerintahan beraja yang diamalkan di Asia Tenggara.

Pendahuluan

1. Negara-negara Asia Tenggara mengamalkan system pemerintahan beraja sebelum kedatangan Barat2. Ia merupakan gabungan system tempatan dengan pengaruh Hindu Budha3. Di Vietnam pula dipengaruhi oleh ajaran Confucius

1. Sebagai ketua pentadbira. berkuasa mutlakb. menduduki hierarki tertinggic. berkuasa melantik pembesar

2. Sebagai Dewarajaa. pengaruh Hindu Budha, maharaja keturunan Dewa atau Tuhan bergelar Dewarajab. konsep order kosmos, raja dan istana sebagai pusat kegiatanc. kuasanya tidak terbatas meliputi keduniaan dan keagamaand. Brahmin ber;peranan mengesahkan kedudukan raja melalui pelbagai upacara keagamaan

Page 155: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

3. Raja sebagai pelindung dan lambang perpaduana. melindungi rakyat dari penginayaanb. di Thailand Raja dikenali sebagai Tuhan kehidupanc. Raja sebagai lambang perpaduan masyarakat tempatan

4. Raja berkuasa dalam bidang ekonomia. menguasai sumber ekonomi seperti pungutan cukai, hasil pertanian dan kegiatan perdaganganb. Di Thailand Raja berkuasa ke atas balak dan berasc. melantik pembesar sebagai pegawai menguruskan semua kegiatan ekonomid. Raja menentukan dasar ekonomi Negarae. Raja membuat hubngan diplomatik untuk tujuan perdagangan

5. Raja sebagai penggubal Undang-Undanga. Titah Raja menjadi undang-undang yang perlu dipatuhib. Berkuasa menjatuhkan hukuman

6. Konsep Dharmarajaa. Di Thailand raja berkuasa mutlak ke atas nyawa, tanah dan harta rakyatb. Raja menjadi penaung pengembang agama

Kesimpulan

1. Sistem beraja menpunyai banyak persamaan dalam aspek kedudukan raja dan pengaruh agama2. Raja berperanan penting mengekalkan keamanan dan kemakmuran Negara3. Sistem beraja mengalami banyak perubahan selepas campurtangan kuasa Barat di Asia Tenggara.

Adat masyarakat di Myanmar dan India sebelum kedatangan kuasa barat.

Pendahuluan

1. Adat mempunyai pertalian rapat dengan masyarakat . Membentuk satu sistem nilai dan mewujudkan satu peraturan untuk mengawal perlakuan anggota masyarakat.

2. Sebelum kedatangan barat, di Myanmar dan India telah mempunyai sistem adat yang tersusun dan teratur yang diamalkan secara turun-temurun.

1. Myanmar

A. Adat Tanah

§ Tanah milik keluarga, masyarakat dan raja dan bukan milik perseorangan. Golongan yang mempunyai tanah kedudukannnya terjamin daripada disingkir oleh masyarkat. Seorag pemiutang boleh menjualkan diri dan keluarganya tetapi tidak boleh menuai

Page 156: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

tanah mereka

B. Adat mengadap Raja

§ Pihak istana menetapkan adat mengadap raja perlu dipatuhi kepada golongan bangsawan, rakyat jelata dan perwakilan asing. Contohnya perwakilan asing perlu menunggu di perkarangan istana untuk sesuatu tempoh yang ditetapkan dan dipandu melewati tiga pintu gerbang yang dikawal oleh pasukan tentera yang berlainan.

C. Adat menanggal kasut

§ Setiap rakyat yang ingin memasuki istana perlu tanggalkan kasut dan tundukkan kepala kerana istana dan persekitarannya adalah kawasan larangan dan merupakan kawsan yang suci. Larangan ini sebagai simbol penghormatan tertinggi rakyat kepada raja.

2. India

Masyarakat di India mengamalkan sistem adat dalam seluruh kehidupan sejak lahir sehingga saat kematian

A. Adat ibu mengandung

§ Ibu yang hamil mempunyai banyak pantang larang kerana ditakuti akan mempengaruhi bayi dalam kandungan seperti tidak boleh melakukan perbuatan yang tidak baik: mengumpat, bergaduh, dengki.

B. Adat kelahiran

§ Masyarakat India tidak menyukai kelahiran bayi perempuan. Oleh itu mereka melakukan adat pembunuhan bayi perempuan. Ini untuk mengelakkan ibu bapa menanggung penderitaan dan malu. Selepas kelahiran, bibir bayi akan disapu madu dan minyak sapi yang dilakukan oleh golongan Brahmin.

C. Adat perkahwinan

§ Sebelum berkahwin mereka akan menetapkan hari yang baik untuk melangsungkan perkahwinan. Ia dilakukan oleh golongan Brahmin. Pihak perempuan hendaklan memberikan dowri kepada pengantin lelaki.

D. Adat Sutte

§ Adat ini diamalkan apabila seorang isteri kematian suaminya. Merupakan pengorbanan diri oleh balu-balu dengan merelakan diri mereka dibakar bersama suami. Diamalkan sebgai bukti kesetiaan. Pada 1818 seramai 800 balu telah menjalani adat ini dipedalaman Benggal. Adat ini telah dihapuskan oleh Willian Bentick melalui Akta 1829.

E. Adat Tidak membenarkan perkahwinan semula balu

§ Balu dilarang berkahwin semula selepas kematian suami, oleh itu larangan menghias diri dan hanya membenarkan pemakaian sari berwarna putih sahaja. Balu juga tidak

Page 157: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

boleh menghadiri perayaan keluarga dan tidak dibenarkan pulang ke rumah keluarga sendiri.

F. Adat Thuggee

§ Dilakukan oleh golongan Thug di Wilayah Timu Laut India. Merupakan satu sistem rompakan dan pembunuhan di jalan raya. Diamalkan oleh kumpulan-kumpulan agama bersenjata yang menyamar diri dan mencekik pengembara sehingga mati atas nama Dewi Kali. Pada 1829 William Bentick membentuk sebuah badan untuk hapuskan golongan Thug.

Kesimpulan

§ Adat dan hukum adat di Myanmar dan India mempunyai peranan dan garis panduan yang harus diikuti oleh setiap anggota masyarakat. Adat di Myanmar tertumpu kepada golongan pemerintah sedangkan di India lebih kepada sistem nilai yang membentuk keperibadian masyarakat.

Susun lapis masyarakat feudal di China dan Jepun sebelum kedatangan kuasa barat.

Pengenalan

1. Susun lapis masyarakat feudal China, dan Jepun dibahagikan kepada golongan pemerintah dan golongan diperintah. Golongan pemerintah terdiri daripada raja, golongan bangsawan dan pembesar manakala golongan diperintah terdiri daripada rakyat biasa.

A. China

1. Maharaja

a. Lapisan teratas ialah maharajab. Maharaja berkuasa mutlakc. Maharaja mendapat mandat memerintah dari syurga.

Page 158: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

2. Bangsawan

a. Menduduki lapisan kedua selepas maharaja.b. Terdiri daripada pembesar pusat, wilayah dan tempatan.c. Dilantik dan ditauliahkan kuasa memerintah oleh maharaja.d. Membantu maharaja dalam pentadbiran negara.e. Pemilihan pembesar berdasarkan kelulusan Peperiksaan Awam.f. Kuasa mereka dikawal oleh maharaja.

3. Golongan rakyat biasa.

a. Golongan Sarjana mempunyai kedudukan yang tinggi dan boleh menjadi pegawai kerajaan berdasarkan kelulusan mereka dalam Peperiksaan Awam.b. Golongan petani dianggap sangat penting kerana mereka membekalkan makanan.c. Golongan Artisan/tukang mahir, mereka mempunyai kemahiran dalam bidang tertentu seperti pertukangan besi, kraftangan, dan barangan tembikar.d. Golongan pedagang- dianggap rendah tarafnya kerana perdagangan dianggap satu pekerjaan yang hina.e. Golongan hamba – lapisan paling bawah dalam susun lapis masyarakat feudal di China.

B. Jepun

1. Maharaja menduduki lapisan paling atas.

a. Semasa pemerintahan Shogun Tokugawa, maharaja tidak mempunyai kuasa kerana Shogun telah merampas kuasa maharaja.b. Shogun merupakan pemerintah sebenar di Jepun.c. Shogun memerintah Jepun menerusi sistem pembesar feudal.

2. Pembesar

a. Pembesar feudal iaitu Daimyo, menduduki lapisan selepas Shogun.b. Terdapat Daimyo Shimpan, Fudai dan Tozama.c. Daimyo Shimpan terdiri daripada ahli keluarga Tokugawa, ditempatkan di kawasan strategik.d. Daimyo Tozama ialah daimyo luar, dikawal ketat oleh shogun kerana daimyo ini tidak menyetujui pemerintah shogun.

3. Pahlawan

a. Mereka digelar Samurai atau panglima jepun yang kuat, menduduki lapisan selepas daimyo.b. Samurai sangat setia kepada daimyo.c. Samurai dilarang melibatkan diri dalam pekerjaan lain walaupun di masa aman.

4. Petani

a. Petani menduduki lapisan selepas Samurai.b. Memainkan peranan membekalkan beras kepada rakyat.

Page 159: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

c. Mereka dikehendaki membayar 40-50% hasil keluaran beras mereka kepada daimyo sebagai cukai tahunan.

5. Golongan Artisan

a. Meraka mahir dalam bidang pertukangan seperti membuat pedang dan peralatan lain.

6. Golongan Pedagang

a. Menduduki lapisan paling bawah memandangkan Jepun menjalankan dasar tutup pintu.

Kesimpulan

Masyarakat feudal China membenarkan mobiliti sosial, rakyat biasa boleh menduduki jawatan yang tinggi dalam kerajaan jika lulus peperiksaan awam.

Berbanding dengan Jepun, yang tidak membenarkan mobiliti sosial. Pembahagian golongan di Jepun dibuat berdasarkan warisan turun-temurun.

Hierarki sosial masyarakat tradisional di Negara Thai dan Vietnam sebelum campur tangan barat.

Pendahuluan

1. Umumnya masyarakat di Asia Tenggara pada awalnya mengamalkan sistem sosial yang bercorak tradisional berasaskan sistem feudal.2. Sistem feudal membawa maksud satu bentuk kerajaan yang hanya dijalankan oleh individu tertentu yang bebas dari kawalan kerajaan pusat3. Hierarki sosial masyarakat dalam sistem feudal adalah berbentuk piramid.

A. NEGARA THAI

1. Raja menduduki lapisan teratas diikuti oleh golongan bangsawan(nai),rakyat yang bebas (phrai) dan hamba (that)2. Golongan sangha (sami Buddha) berperanan penting dalam sistem feudal Thai. Raja

Page 160: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

Thai mempunyai kuasa mutlak dalam pemerintahan.3. Golongan nai berperanan sebagai pemimpin masyarakat dan memberi perlindungan kepada golongan phrai4. Phrai menjadi simbol kekayaan dan kekuasaan politik golongan nai5. That pula merupakan hamba kepada golongan nai dan phrai yang kaya6. dua kelas that yang penting iaitu hamba berhutang dan hamba tawanan perang7. Golongan sangha mendapat pengiktirafan yang tinggi di kalangan masyarakat Thai dan menjadi penggerak agama Buddha dengan menjadi tenaga pengajar utama kepada ahli masyarakat Thai8. Kedudukan mereka lebih tinggi dan mulia di sisi masyarakat.

B. VIETNAM

1. Sistem pemerintahan berasaskan sistem pemusatan kuasa melalui birokrasi pusat2. Hierarki sosial masyarakat Vietnam terdiri daripada maharaja, golongan cendikiawan (quan atau mandarin) dan petani3. Golongan cendikiawan mempunyai kedudukan paling tinggi dan berpengaruh dalam masyarakat Vietnam, kerana mereka merupakan pemerintah sebenar yang bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas maharaja4. Golongan quan atau mandarin mendapat pendidikan tinggi berdasarkan ajaran Confucius5. Rakyat biasa yang pintar serta berpengetahuan dalam ajaran Confucius secara mendalam berpeluang menjadi pegawai tinggi awam6. Golongan bangsawan tidak mendapat tempat dalam perkhidmatan awam kesan daripada pembaharuan Maharaja Gia Long yang menamatkan keistimewaan dan pengaruh politik golongan bangsawan dan keluarga diraja7. Golongan petani menduduki hierarki sosial yang paling rendah di mana mereka menjalankan kegiatan ekonomi sara diri iaitu menanam padi sawah

Kesimpulan

Sistem feudal yang diamalkan oleh masyarakat Asia dimansuhkan setelah berlakunya imperialisme kuasa barat pada abad ke – 19 dan awal abad ke-20.

Sistem ekonomi di Asia Tenggara sebelum kedatangan kuasa barat.

Pendahuluan

1. Sebelum kedatangan kuasa barat, ekonomi di Asia Tenggara agak mundur.Walaupun begitu sudah ada sistem ekonomi tersendiri yang bercorak sara diri.2. Bentuk hubungan antara golongan pemerintah dan golongan diperintah mencorakkan sistem ekonomi tempatan di mana kedua-duanya saling mempengaruhi antara satu sama lain.

Isi1. Bentuk ekonomi utama dan terpenting dikenali sebagai ekonomi peasant yang bersifat sara diri. Penduduk di kawasan rendah atau berhampiran sungai mengusahakan padi

Page 161: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

sawah contoh di Delta Irrawaddy di Myanmar, Delta Sg. Mekong di Vietnam dan Delta Menam Chao Phraya di Thailand.2. Masyarakat di dataran tinggi di kawasan pedalaman Asia Tenggara menanam padi bukit atau padi huma. Tanaman lain seperti jagung, ubi, gandum, ubi, gandum,sekoi,barli, buah2an dsb penduduk di sepanjang pantai dan sungai memberi tumpuan kepada penangkapan ikan,jika hasil tangkapan ada lebihan ia akan diproses menjadi ikan kering,keropok dll dan ditukarkan dengan barangan keperluan lain terdapat juga masyarakat peasant yang mempunyai kemahiran dalam pertukangan kayu dan logam.3. Kaum wanita mahir dalam kerja menenun dan menganyam. Ekonomi sara diri juga termasuk penternakan , memburu binatang dan mengutip hasil hutan gajah diburu untuk mengangkut hasil hutan seperti balak.4. Unsur kedua terpenting ialah perdagangan tetapi secara kecil2an dalam dua bentuk iaitu : dalaman – dijalankan sesama penduduk tempatan dengan cara menukar barang dan keperluan hasil tanaman. luaran - rangkaian perdagangan dengan pihak luar dan tertumpu kepada barangan seperti rempah ratus, barangan antik, tembikar, damar, rotan dll5. Negara2 Asia Tenggara menjalankan perdagangan dengan China, Arab, Gujerat dan India kerana kedudukan yang strategik di tengah jalan perdagangan timur dan barat terdapat juga ekonomi kerajaan di mana raja atau kerajaan memperoleh pendapatan melalui pelbagai bentuk cukai seperti cukai perjalanan di sepanjang jalan darat dan air cukai dibayar kepada penbesar jajahan atau pegawai2 birokrasi.6. Bayaran gantian kepada perkhidmatan buruh wajib dikenakan kepada penduduk pedalaman dalam bentuk hasil keluaran seperti cukai bendang, buah2an dan sayur2an. Barat memperkenalkan sistem ekonomi laissez-faire yang mewujudkan sistem ekonomi dual. Berlaku jurang perbezaan akibat penggunaan mata wang ekonomi tradisi hampir2 lenyap di kawasan ekonomi imperialis barat seperti Pulau Jawa.

Kesimpulan

1. Tidak dinafikan kemasukan kuasa Eropah ke Asia Tenggara membawa implikasi negatif terhadap sistem ekonomi tradisi.2. Tetapi kemasukan kuasa Eropah , pengaliaran modal yang banyak, perpindahan teknologi dan sistem perhubungan telah dapat memajukan negara2 di Asia Tenggara dari segi pembangunan ekonomi dan sosial.

Kegiatan ekonomi saradiri masyarakat tradisional Filipina dan Vietnam sebelum kedatangan barat.

PengenalanPenduduk Filipina dan Vietnam mengamalkan ekonomi saradiri sebelum kedatangan kuasa barat. Mereka menjadikan kegiatan pertanian sebagai sumber ekonomi utama.Kegiatan ekonomi saradiri yang dijalankan hanya untuk memenuhi keperluan diri dan keluarga dengan menggunakan kaedah tradisional. Hasil yang diperolehinya sangat sedikit dan hanya mampu menampung keperluan keluarga.

Page 162: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

A. Filipina1. Pertanian merupakan kegiatan ekonomi utama penduduk. Sebelum kedatangan Sepanyol dan Amerika, penduduk menjalankan kegiatan pertanian sebagai sumber ekonomi mereka. Antara jenis tanaman seperti kelapa dan abaka.2. Masyarakat Filipina juga menjalankan kegiatan perindustrian ringan yang berasaskan hasil pertanian dan juga kraftangan terutama yang berasaskan hasil laut.3. Mereka juga menjalankan kegiatan mencari hasil alam.Masyarakat yang tinggal dipinggir pantai akan mendapatkan hasil alam daripada laut, penduduk pinggir hutan mencari hasil hutan.4. Kegiatan perdagangan antara pulau. Aktiviti perdagangan tukar barang merupakan cara penduduk Filipina menjalankan perniagaan. Memandangkan Filipina terdiri daripada beberapa pulau maka perhubungan dengan jalan laut memudahkan aktiviti perdagangan.

B. Vietnam

1. Kegiatan pertanian merupakan sumber ekonomi utama mereka. Tanaman utama yang diuasahakan adalah padi.Penanaman padi sawah bergantung kepada kesuburan tanah di sepanjang lembah Mekong dan lembah Sungai Koi. Penggunaan baja daripada najis haiwan begitu diaplikasikan.2. Masyarakat Filipina telah membina parit dan taliair untuk mengairi kawasan sawah padi dan mengawal banjir dari Sg. Mekong daripada memusnahkan kawasan pertanian.3. Masyarakat turut mengusahakan pertukangan tangan, antaranya seperti tembikar dan anyaman.4. Kegiatan perdagangan kecil-kecilan juga diusahakan. Rakyat Vietnam telah menjalinkan hubungan perdagangan dengan orang Cina di sempadan kedua –dua Negara. Terdapat banyak jong-jong Cina di pelabuhan Vietnam.

Penutup1. Sebelum kedatangan Barat Filipina dan Vietnam kegiatan ekonominya lebih tertumpu kepada pertanian sara diri. Mereka juga menjalankan kegiatan pertukangan dan perdagangan secara kecil-kecilan.

2. Kedatangan Barat telah memperkenalkan ekonomi komersil yang mengutamakan keuntungan semata-mata.3. Ini menyebabkan penduduk tempatan yang menjalankan ekonomi tradisional tidak mampu bersaing dengan penguasaan Barat. 

Jelaskan sistem perundangan di Asia Tenggara pada zaman prakolonial pada abad ke 19.

Pendahuluan

1. Undang-undang merupakan peraturan umum untuk mengawal tingkah laku seseorang .

Page 163: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

2. Undang-undang dikuatkuasakan dan sesiapa yang menyeleweng akan dikenakan tindakan mengikut undang-undang tersebut. Amalan undang-undang wujud dalam bentuk bertulis dan perlaksanaannya ditentukan serta dikawal oleh pemerintah. Selain dipengaruhi oleh amalan-amalan tradisi juga terdapat pengaruh keagamaan dan falsafah terutamanya perkembangan system perumndangan di rantau Asia Tenggara.

1. Pengaruh agama Hindu

a. Sistem perundangan di Asia Tenggara pada zaman prakolonial banyak dipengaruhi oleh agama Hindu Budha dan Islam. Contohnya di Indonesia golongan pemerintah telah lama memegang undang-undang yang mempunyai elemen-elemen Hindu seperti yang termaktub dalam babad Tanah Jawa, babad Matarram dsb

b. Sistem perundangan di Siam pula banyak dipengaruhi oleh tradisi Hindu Budha. Sistem undang-undang yang berkonsepkan Thammasat iaiatu undang-undang Hindu Dharmasastra berlangsung seiring dengan kod undang-undang tiga Tera dan system undang-undang Diraja yang dikenali sebagai system undang-undang istana.

c. Pengaruh agama Hindu dapat dilihat di Siam kerana terdapatnya ungkapan-ungkapan Budha yang meluas digunakan.

2. Pengaruh agama Islam

a. Agama Islam banyak mempengaruhi perundangan yang sedia ada di Asia Tenggara yabg sebelumnya banyak dipengaruhi elemen Hindu Budha.

b. Islam berkembang di kawasan-kawasan Bandar dan pusat-puat perdagangan telah melahirkan satu sifat unik di Asia Tenggara dan dan lahirkan pelbagai perubahan dalam masyarakat. Bagi masyarakat biasa adapt merupakan perkara penting dan masih dipatuhi sementara di kalangan mahkamah, tardisi Hindu Islam diikuti.

c. Kebanyakan Negara Islam di Asia Tenggara mengunakan system perundangan tradisi Hindu Islam sebagaimana yang terdapat dalam undang-undang Acheh, Undang-Undang Minangkabau, Kanun Sulu dan teks undang-undang Jawa.

3. Pengaruh-pengaruh lain 

a. Teradapat pengaruh lain yang mempengaruhi system perundangan di Asia Tenggara. Di Filipina terdapat dua bentuk undang-undang iaiatu undang-undang lisan dan undang-undang bertulis. Undang-undang lisan ialah adapt dan tradisi yang disebut sebagai ugali serta diturunkan secara lisan.

b. Undang-undang bertulis di Filipina telah digubal oleh pemimpin-pemimpin tempatan yang digelar Datu antaranya seperti Undang-undang Kanun Marantas dan Kanun kalantiaw dari panay serta Kanun Sulu.

c. Bagi kesalahan penjenayah besar hukuman yang akan dikenakan ialah hokum bunuh, menjadi abdi atau dibakar hidup-hidup. Jenayah kecil seperti mencuri akan dikenakan

Page 164: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

hukuman sebat, mendedahkan seluruh tub uh agar digigit kerengga atau dikenakan denda.

d. Terdapat juga perbicaraan cara ujian terutama sekali dalam soal yang menimbulkan keraguan seperti menyelam dalam sungai, atau mengambil sesuatu dari air yang mendidih. Barang siapa yang tidak bersalah mereka akan terselamat.

Penutup

1. Sistem undang-undang melambangkan bahawa masyarakat mempunyai peradaban yang tinggi. Di Asia Tenggara system undang-undangnya tidak dapat dipisahkan daripada pengaruh agama dan adapt.

2. Dari pengaruh Hindu dan Islam pengenalan undang-undang Barat telah menghilangkan keaslian undang-undang tradisional.

Bincangkan dasar tutup pintu di Negara China, Jepun, dan Siam.

Page 165: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

Pengenalan

1. Negara-negara China, Jepun dan Siam mengamalkan dasar tutup pintu sehingga pertengahan abad ke-19. Ini bermakna dasar tutup pintu bermaksud tiada ataupun hubungan terhad sahaja dengan dunia luar.2. Ketiga-tiga Negara tersebut mengamalkan dasar tutup pintu dengan menghalang kemasukan pedagang luar atas sebeb-sebab tertentu.

A. China

1. Pada abad ke-16, Negara China mengadakan hubungan yang terbatas dengan barat. Contohnya orang Portugis dibenarkan masuk ke Macao dan Canton sahaja. Maharaja China membenarkan mubaligh kristian menjalankan penyebaran agama kristian. Semasa pemerintahan Maharaja Yung Cheng berlaku perselisihan dengan mubaligh kristian. Oleh itu mubaligh tidak dibenarkan masuk ke China. China amalkan dasar tutup pintu pada zaman pemerintahan Manchu.

2. China menganggap Negara mereka sebagai “Middle Kingdom”, berdasarkan pandangan Kung Fu Tze China sebagai pusat peradaban dunia, manakalan Negara luar tidak mempunyai peradaban. China menganggap maharaja China sebagai anak syurga dan pemerintah universal. Oleh itu China enggan menjalankan hubungan diplomatic atas dasar persamaan taraf dengan dunia luar. Semua utusan barat sebagai pembawa ufti dan harus sujud dihadapan maharaja mereka.

3. China sebagai Negara pertanian dan bersikap anti-perdagangan. Oleh itu China tidak memerlukan barangan luar kerana sumber mereka mencukupi. Walau bagaimana pun, China membuka pelabuhan Canton kepada pedagang asing. Perdagangan di Canton dijalankan dengan pelbagai sekatan, contohnya : urusan perdagangan mesti melalui Co-hong, keluarga tidak dibenarkan dibawa ke Canton.

B. Jepun

1. Sebelum penubuhan Keshogunan Tokugawa, pedagang dan mubaligh asing dibenarkan masuk ke Negara Jepun. Terdapat bangsa Portugis, Sepanyol, British dan Belanda di pelabuhan-pelabuhan Jepun. Orang Jepun kemudian curiga terhadap mereka. Kebencian semakin menebal dengan berita-berita berkenaan penjajahan orang Eropah.

2. Kegiatan mubaligh kristian di Jepun telah merungsingkan pemerintah, masyarakat kristian semakin bertambah di Jepun. Golongan ini telah mengasingkan diri daripada kawalan kerajaan pusat, ini menyebabkan pemerintah Jepun murka apabila masyarakat kristian memutuskan hubungan dengan masyarakat Jepun bukan kristian. Jepun bimbang dengan tindak tanduk kerana mencemar kebudayaan Jepun.

3. Tahun 1638, Shogun Tokugawa mengamalkan dasar yang lebih keras lagi ke atas orang kristian. Contohnya rakyat Jepun dilarang menjalinkan hubungan dengan dunia luar terutama kuasa-kuasa barat. Pedagang-pedagang asing tidak dibenarkan berdagang di Jepun.

4. Shogun Tokugawa yang mengambil alih kuasa dari maharaja Jepun bimbang atas sebarang kesan politik yang tidak diingini. Dasar tutup pintu diperkenalkan untuk

Page 166: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

mengukuhkan kedudukannya supaya dapat menangani sebarang anasir yang tidak puashati di Jepun khasnya Daimyo Tozama. Shogun bimbang daimyo Tozama akan meminta bantuan senjata dan askar dari luar.

5. Seperti China, Negara Jepun sebuah Negara pertanian tidak memerlukan bekalan barangan dari barat. Perdagangan tidak diperlukan kerana jepun amalkan ekonomi sara diri.

C.Siam

1. Kuasa barat yang mula bertapak di Siam ialah Portugis diikuti oleh British, Belanda dan Peranchis. Sehingga awal abad ke-19 Siam enggan menjalinkan hubungan diplomatic dengan kuasa barat, ini disebabkan Siam mempunyai keperluan Negara yang mencukupi kecuali senjata. Siam hanya memperolehi barangan yang diperlukan dari Negara China sahaja. Pada 1818, Rama II mengadakan hubungan terhad dengan barat.

2. Hubungan yang terhad dengan kuasa barat telah dijalinkan oleh Rama III, ini disebabkan pergolakan politik yang berlaku di Negara-negara jiran Siam seperti Perang Ingg-Burma I, Perang Candu I, dan negeri-negeri melayu utara. Negeri-negeri naungan siam memaksa Rama III menjalinkan hubungan dengan kuasa barat khasnya British.

3. Di akhir pemerintahan Rama III, hubungan dengan barat tidak menguntungkan. Baginda mengenakan sekatan perdagangan ke atas ekspot gula dan mengwal input-input lain. Selepas 1940-1n, baginda amalkan dasar tutup pintu.

Kesimpulan

1. Pemerintah di China, Jepun dan Siam mengamalkan dasar tutup pintu kerana mereka dapat memenuhi keperluan Negara. Ketiga-tiga buah Negara merasa bimbang akan campurtangan barat dalam politik tempatan yang akan menjejaskan kedaulatan mereka.

2. Mereka juga bimbang agama dan budaya akan terhakis.

Page 167: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

1. Bincangkan peranan Raja –RajaThai dan Burma dalam menangani kemaraan Barat.

Pengenalan

1. Thailand di bawah Mongkut dan Burma di bawah Raja Mindon telah mengubah dasar tutup pintu kepada buka pintu.

2. Thailand dan Burma tidak mahu menerima nasib yang sama seperti China.

3. Perjanjian Bowring 1855 dan Perjanjian Perdagangan Inggeris-Burma 1862 dan 1867 merupakan titik permulaan pembaratan dan permodenan di Thailand dan Burma.

4. Kebijaksanaan raja-raja Thai dan Raja Mindon Burma menyebabkan Thailand dan Burma berada dalam keadaan aman dan tidak memberi peluang kepada kuasa-kuasa Eropah untuk menjajah Thailand dan Burma.

a. Thailandi). Pembaharuan luar negeri

§ Rama IV mengubah dasar tutup pintu kepada buka pintu.§ Baginda menjalankan dasar berbaik-baik dengan kuasa Eropah agar Thailand§ tidak menerima nasib yang sama seperti China dan Burma.§ Raja Thai mengadakan perjanjian perdagangan dengan Inggeris (1855),ekoran daripada itu perjanjian yang sama ditandatangani di antara Siam dengan Amerika dan Perancis(1856),Denmark(1858),Portugal(1859) dan sebagainya.§ Mongkut juga telah memberikan hak wilayah asingan kepada Barat.

ii).Pembaharuan dalam negeri

§ Mongkut menggaji pakar-pakar Barat dalam pelbagai bidang untuk berkhidmat sebagai penasihat dan ketua-ketua dalam pelbagai jabatan.Contoh, Rolin Jaequemins sebagai penasihat umum dan Ann Leonowens sebagai pendidikan.§ Raja Mongkut menjalankan dasar pembaharuan dan pembaratan negara Thailand melalui pendididkan, pentadbiran,perundangan,dan sebagainya.§ Pembaharuan Raja Mongkut dalam bidang ekonomi,sosial,serta agama dan pentadbiran dapat membantu Thailand bagi menjadi negara yang bebas daripada penjajahan.§ Memansuhkan sistem mengadap dengan menyembah raja kepada orang asing,mereka dibenarkan menunjukkan hormat dengan cara mereka sendiri.§ Raja Mongkut juga cuba menghapuskan sistem perhambaan.§ Mubaligh Kristian dibenarkan menyebarkan agama Kristian di Thailand.§ Layanan yang sama diberikan kepada semua kuasa Eropah.§ Raja Chulalongkorn meneruskan dasar pembaratan, persahabatan,§ dan perdagagangan ayahandanya.

iii).Penyerahan wilayah naungan Thai kepada Inggeris dan Perancis:

§ Raja Mongkut menyerahkan wilayan naungan (Kemboja) kepada Perancis pada tahun

Page 168: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

1867.§ Raja Chulalongkorn juga melepaskan wilayah naungan, 1888 daerah Tongking Utara, 1893 seluruh daerah di Timur Sungai Mekong termasuk Luang Prabang, 1904 daerah di sempadan Laos-Thailand dan 1907 wilayah Angkor, Battambang dan Siemreap.§ Raja Chulalongkorn juga melepaskan Negeri-negeri Melayu Utara kepada Inggeris pada tahun1909 demi mengekalkan kemerdekaan Thailand.

b. Burma:

i).Pembaharuan dalam negeri:

§ Mengukuhkan kerajaan kerajaan pusat dan menghapuskan unsur-unsur feudal, seperti pada tahun 1861 menghapuskan sistem Myosa.§ Mengambil beberapa pegawai Eropah, Perancis, dan Itali untuk berkhidmat di Burma.§ Memperkenalkan cukai pendapatan Thathameda ke atas tiap-tiap keluarga.§ Mewujudkan sepuluh jawatan Kayaigwun yang baru bagi menyelaraskan Myowun.

ii).Ekonomi:

§ Memperkenalkan mata wang syiling, 1861.§ Menubuhkan kira-kira 50 buah kilang kecil yang diselenggarakan oleh orang Barat, membangunkan perusahaan perlombongan arang batu dan besi.§ Menggalakkan perdagangan dengan Burma Hilir yang berada di bawah pemerintahan British.

iii).Hubungan Luar:

§ Raja Mindon Minh benci peperangan, baginda menjalankan dasar berbaik-baik dengan Britain dan kuasa-kuasa Barat yang lain.§ Baginda menandatangani dua perjanjian perdagangan Inggeris-Burma pada 1862 dan 1867. Antara isi perjanjian ialah pedagang British dan Burma diberi kebebasan berdagang di Burma Hulu dan Burma Hilir, membenarkan seorang ejen british menetap di Mandalay. Baginda bersetuju memansuhkan hak-hak monopolinya kecuali ke atas kayu jati, petroleum, dan batu permata; mengurangkan duti kastam kepada 5% daripada jumlah nilai setiap konsignasi barang-barang; bersetuju membenarkan seorang lagi ejen British menetap di Bhamo dan sebagainya.§ Pada akhir pemerintahan Raja Mindon Min, hubungan diplomatic Burma-Inggeris mulai merosot kerana Inggeris enggan memulangkan wilayah-wilayah Burma yang telah ditawan terutamanya Pegu.§ Layanan buruk terhadap perwakilan Burma yang dihantar ke London.§ Mengarahkan wakil Inggeris dan orang asing menanggalkan kasut mereka sebelum masuk ke dalam istana.

Kesimpulan:

Usaha-usaha pembaharuan dan pemodenan yang dijalankan oleh Raja Mongkut dan Chulalongkorn yang terkenal dalam sejarah Thailand dan Raja Mindon terkenal dalam sejarah Burma telah berjaya menahan atau mengekang kemaraan kuasa-kuasa Barat ke atas Thailand dan Burma pada abad ke 19.

Page 169: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

Dasar Tutup Pintu dan Dasar Buka Pintu China dan Jepun terhadap kuasa Barat.

Pengenalan

1. Dasar tutup pintu -usaha China dan Jepun mengelakkan campurtangan dan kemasukan kuasa asing.2. China menjalinkan hubungan perdagangan dengan kuasa asing khususnya dengan Barat tetapi turut mengenakan sekatan hubungan diplomatik mahupun perdagangan.3. Jepun mengamalkan dasar isolasi terhadap kuasa Barat yang berusaha mengadakan hubungan perdagangan.4. Kedua-dua negara beranggapan mampu mengadakan keperluan rakyat dengan mengamalkan ekonomi sara diri.5. Kebimbangan campurtangan kuasa asing dalam politik tempatan dan cubaan Barat untuk menyebarkan agama Kristian.

Dasar Tutup Pintu dan Buka Pintu di China 

1. Kerajaan Manchu berusaha menghadkan perdagangan China dengan Barat.2. Hubungan perdagangan dikawal rapi - mengelakkan penguasaan asing terhadap ekonomi mereka.Walau bagaimanapun orang asing masih dibenarkan berdagang di Canton.Contohnya tahun 1727 Belanda dibenarkan berdagang di Fukien dan Canton.Portugis dan British juga dibenarkan membuka petempatan di Canton.3. Usaha menyekat hubungan perdagangan diperhebat semasa pemerintahan Maharaja Chien Lung.4. Dekri ‘Lapan Peraturan’ diperkenalkan yang menetapkan peraturan-peraturan seperti :

a. Mereka hanya boleh bergerak di kawasan tertentu.Loji-loji - tidak boleh dibina dalam bandar Canton tetapi di luar dinding bandar.Mereka juga memasuki bandar Canton.b. Urusan dagang hanya boleh dijalankan melalui Co-hong (wakil perdagangan yang disahkan oleh kerajaan Manchu). Co-hong berkuasa penuh untuk menentukan tarif , jumlah import dan eksport, jenis barang-barang dan syarat-syarat perdagangan.c. Co-hong bertindak sebagai pengantara di antara orang-orang barat dan pegawai kerajaan China.Co-hong - berkuasa mendenda pedagang-pedagang asing.d. Urusan perdagangan hanya bermula pada musim perdagangan (musim sejuk) dan berhenti pada penghujung musim.Musim lain - anak isteri mereka mesti tinggal di Macao sebagai jaminan supaya pedagang-pedagang asing tidak berdagang di Canton sepanjang tahun.e. Orang asing - dilarang berkahwin dengan wanita tempatan dan ditegah mempelajari bahasa Cina. Mereka tidak boleh menggunakan sungai dengan bebas dan tidak boleh melawat mana-mana tempat kecuali Flower Garden.

5. Sekatan China ke atas pedagang ,menimbulkan pelbagai masalah birokrasi terutama mengenai Co-hong yang melakukan penipuan dan mengenakan harga yang tinggi.6. Para pedagang menghantar utusan berunding dengan kerajaan China tetapi tidak dilayan.7. Kuasa Barat terpaksa menggunakan kekerasan memaksa China membuka pintu pada kuasa-kuasa asing.8. Berlaku Perang Candu memaksa China menandatangani Perjanjian Nanking 1842.

Page 170: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

9. China menamatkan dasar isolasinya apabila terpaksa membuka pelabuhan iaitu Amoy,Foochow,Ningpo, dan Shanghai.10. Sistem Co-hong dihapuskan seterusnya Hong Kong diserahkan kepada British.11. Selain Perjanjian Nanking terdapat perjanjian lain seperti Perjanjian Wanghia dengan Amerika Syarikat dan Whampao dan Perancis.12. Dasar China terhadap Barat akhirnya berubah.

Dasar Tutup Pintu dan Buka Pintu di Jepun

1. Semasa pemerintahan Shogun Tokugawa, kerajaan Jepun - menjalin hubungan dengan pedagang asing khususnya Portugis, Belanda , Sepanyol dan British.

2. Persaingan di kalangan kuasa Barat ini untuk mendapatkan hak perdagangan di Jepun telah menimbulkan masalah kepada Jepun.

3. Selain itu usaha penyebaran agama Kristian mendorong Jepun bertindak mengawal kehadiran orang asing.

4. Jepun melarang rakyatnya menjalin hubungan dengan dunia luar. Misalnya rakyat Jepun dilarang melancong ke luar negara malah rakyatnya yang berada di luar negara tidak dibenarkan pulang ke Jepun.

5. Jepun telah memperkenalkan dasar tutup pintu bermula tahun 1638.

6. Walaupun Jepun mengamalkan dasar tutup pintu terdapat juga kuasa-kuasa Barat contohnya Amerika Syarikat berminat menjalin hubungan diplomatik dan pedagangan dengan Jepun (ini terbukti dengan penghantaran utusan Amerika Syarikat pada tahun 1853).

7. Jepun melayan dengan buruk para kelasi kapal Amerika Syarikat yang terkandas di Jepun.

8. Oleh yang demikian Amerika Syarikat merasakan perlu mewujudkan hubungan baik dengan Jepun bagi mengelakkan kejadian seumpama itu berulang.Selain itu, Amerika Syarikat memerlukan pelabuhan persinggahan di kawasan lautan Pasifik.

9. Pasa peringkat awal hubungan tersebut mendapat tentangan daripada pembesar istana dan daimyo tetapi akhirnya mereka terpaksa menerima kerana ugutan dari Amerika Syarikat yang akan menggunakan kekerasan bagi menjalin hubungan dengan Jepun.Oleh yang demikian Jepun telah menandatangani Perjanjian Kanagawa dengan Jepun Amerika Syarikat pada tahun 1854.Amerika Syarikat diwakili oleh Komodor Perry.

10. Mengikut perjanjian itu Jepun membuka dua pelabuhan iaitu Shimoda dan Hokadate.Jepun juga dikehendaki memberikan layanan baik kepada pedagang dan kelasi Amerika Syarikat.Mereka juga dibenarkan membuka konsulatnya di Shimoda.Perjanjian tersebut telah disemak semula pada tahun 1858 yang memberi banyak keistimewaan kepada Amerika.Dengan itu Jepun telah menamatkan dasar isolasinya seterusnya terbuka kepada pengaruh asing terutama dari Amerika.

Kesimpulan

Page 171: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

1. Dasar tutup pintu yang diamalkan oleh kedua-dua kuasa sebenarnya untuk menyekat perluasan kuasa asing, mengelakkan penguasaan ekonomi, politik dan agama Kristian ke atas masyarakat tempatan.

2. Walau bagaimanapun akhirnya dasar tutup pintu di kedua-dua buah negara telah berakhir apabila China kalah dalam Perang Chandu dan terpaksa menandatangani serta menerima syarat-syarat Perjanjan Nanking.

3. Manakala Jepun pula terpaksa membuka negaranya kerana diugut oleh Amerika Syarikat dengan kekuatan tentera. Akhirnya terpaksa menandatangani Perjanjian Kanagawa.

Page 172: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

Kepentingan Perjanjian Nanking 1842 dan Perjanjian Kanagawa 1854Pengenalan1. Revolusi Perindusrian di Eropah memerlukan sumber bahan mentah dan pasaran untuk memasarkan barangan mereka.2. Jadi kuasa-kuasa Eropah menjalankan dasar imperialisme.3. Perjanjian Nanking 1842 ditandatangani antara China dan British.4. Perjanjian Kanagawa 1854 telah ditandatangani antara Jepun dan Amerika Syarikat.5. Titik permulaan perjanjian antara pemerintah tempatan dengan Barat.

1. Perjanjian Nanking 1842

Sebab-sebab:

a. Negara China mengamalkan dasar tutup pintu.b. Negara China menganggap orang-orang Barat sebagai barbarians dan bertarafc. rendah.d. China enggan mengadakan hubungan diplomatik dengan negara Barat atas dasar persamaan taraf.e. Perdagangan asing dibenarkan secara terhad di Canton sahaja.f. Sistem perundangan yang bertentangan.g. Britain telah menggunakan kekerasan untuk menghapuskan dasar tutup pintuh. negara China dalam Perang Candu 1 yang berakhir dengan Perjanjian Nanking

Syarat-syarat:

a. China bersetuju menyerahkan Hong Kong kepada British.b. Sistem monopoli co-hong dihapuskan..c. China membuka 5 buah pelabuhan, iaitu Amoy, Canton, Foochow, Ningpo dan Shanghai.d. Pegawai-pegawai Konsular British akan ditempatkan di pelabuhan-pelabuhan.e. China berjanji untuk mengenakan cukai-cukai yang sederhana dan sama ke atas eksport dan import.f. China bersetuju membayar gantirugi sebanyak 21 juta tael

Kesan:

a. Menamatkan perang British-China pertamab. Permulaan campur tangan Barat di Chinac. China terpaksa tunduk kepada Barat dan menerima hakikat perdagangan bebasd. China terpaksa menandatangani perjanjian-perjanjian dengan kuasa barat yang laine. China telah dibelah bahagikan oleh kuasa-kuasa barat:§ Rusia mendapat pajakan di Selatan Semenanjung Linotung§ selama 25 tahun pada tahun 1898§ Jerman diberi pajakan 99 tahun di Teluk Kinochow

Page 173: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

§ Perancis mendapat mendapat pajakan 99 tahun di Teluk Kwangchow

b. Perjanjian Kanagawa 1854

Sebab-sebab:

a. Jepun mengamalkan dasar tutup pintu.b. Hanya orang Belanda dan China boleh berdagang di pelabuhan Nagasaki.c. Menjelang abad ke 19 Amerika Syarikat sangat berminat untuk membuka Jepun kerana:

§ *Potensi perdagangan antara Amerika Syarikat dan Jepun.§ *Perusahaan menangkap ikan paus Amerika di Lautan Pasifik berkembang pesat.§ *Perdagangan Amerika dengan China di Canton semakin meningkat.§ *Kerajaan Jepun terpaksa menandatangani perjanjian Kanagawa dengan Amerika Syarikat

Syarat-syarat:

a. 2 buah pelabuhan Jepun Shimoda dan Hokadate telah dibuka kepada kapal-kapal Amerika Syarikat bagi mendapatkan bekalan dan berdagangb. Anak kapal Amerika Syarikat yang terkandas di Jepun diberi layanan yang baikc. Amerika diberi kebenaran melantik seorang konsul di Shimodad. Amerika diberi layanan ‘most favoured nation’Kesan:

Kuasa Barat yang lain seperti Belanda, Rusia, Britain dan Perancis menandatangani perjanjian –perjanjian perdagangan dengan JepunJepun dibuka kepada kuasa-kuasa BaratHubungan diplomatik atas dasar persamaan taraf dan hubungan perdagangan telah ditetapkan

Kesimpulan

Dasar tutup pintu yang diamalkan oleh China telah memberi padah kepada kerajaan China sendiri sehingga dicerobohi oleh British

Selain perjanjian Nanking, China terpaksa membuat perjanjian dengan kuasa Barat yang lain seperti Perjanjian Bogue, Perjanjian Whampoa (Amerika Syarikat) dan Perjanjian Wang Hsia (Perancis) yang lebih merugikan China

Kesedaran pemerintah Jepun tentang perkembangan politik di Asia serta kebijaksanaan pemerintahnya telah membolehkan Jepun mengekalkan kemerdekaannya

Page 174: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

Bincangkan faktor-faktor yang mencetuskan perang di Burma dan China pada awal kurun ke 19.

Pengenalan:-

Campurtangan British di Myanmar melalui 3 siri peperangan (Perang British- Burma 1 ( 1824-1826), II ( 1852-1853),III (1885-1886).Konflik tercetus kerana factor ekonomi, politik dan social.Di China – peperangan Candu I ( 1839-1842) dan II (1856-1860) Berjaya menyebabkan campurtangan British.

Faktor-faktor Perang British Burma

1. Masalah pelarian orang-orang Arakan

a. Hubungan British – Myanmar tegang sejak pemerintahan Raja Bodawpaya yang telah menjalankan dasar perluasan kuasa.

b. 1784 – wilayah Arakan ditawan dan diletak di bawah penguasaan Myanmar.

c. Tercetus kebangkitan penduduk Arakan kerana kekejaman Raja Bodawpaya.

d. Bangkit beberapa siri penentangan tahun 1794,1799,1811 tetapi gagal.

e. Pemberontakan Arakan lari ke Chittagong (wilayah Inggeris) bagi mengelak serangan tentera Bodawpaya.

f. Kehadiran pelarian Arakan mencetuskan konflik sempadan Myanmar dengan Inggeris.g. Tentera Myanmar menceroboh wilayah Inggeris (di seberang Sg Naaf ) untuk menangkap pemberontak telah merenggangkan hubungan Inggeris Myanmar.

2. Pemberontakan Chin Byan

a. Pemberontakan Chin-Byan (1811) semakin meregangkan hubungan Inggeris dengan Myanmar.b. Chin Byan mendirikan pangkalan tentera di Chittagong , menyerang wilayah Myanmar dan menawan Mrohaung.c. Tentera Arakan menyerang balas dan cuba menangkapnya tetapi gagal Chin Byan melarikan diri dan memasuki Chittagong.d. Bodawpaya menuduh Ingeris melindungi Chin Byan .e. Hubungan politik antara dua negara itu semakin rumit.

Page 175: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

3. Penolakan Hubungan Diplmatik

a. Inggeris ingin menjalinkan hubungan diplomatik dengan Myanmar atas kepentingan b. perdagangan(Myanmar kaya dengan kayu jati dan pasaran baik bagi barangan British)c. Inggeris menghantar Kapten Michael Symes 1795 bagi berunding isu-isu:

i. Masalah sempadan Arakanii. Perjanjian perdaganganiii. Penutupan pelabuhan Myanmar kepada Perancisiv. Perlantikan wakil Inggeris di Myanmar

d. Inggeris bersetuju menerima Residen tetapi enggan menutup pelabuhannya kepada Perancis.e. Masalah sempadan Arakan gagal diselesaikan.f. Kapten Hiram Cox yang dihantar sebagai Residen tetapi dibenci rakyat Myanmar.g. Utusan John Canning sebagai Residen kedua gagal kerana layanan buruk pemerintah Myanmar.h. Peperangan langkah penyelesaian kerumitan hubungan tersebut.

4. Penentangan Kebudayaan

a. Burma-konservatif dan angkuh.b. Kejayaan Burma menundukkan puak-puak Mon,Shan dan puak lain dan pemusnaham Kota Ayuthia oleh Hsinbusyin mengukuhkan kepercayaan kekuatan negaranya.c. Burma hanya menjalin hubungan dengan Raja England bukan dengan wizurai India.d. inggeris marah kerana layanan buruk dan dianggap sebagai pembawa ufti yang mesti mematuhi adat menyembah Raja Burma contohnya menanggalkan kasut dan duduk bersila sebelum mengadap raja.

5. Ancaman Perancis

a. Perancis merupakan musuh Inggeris kerana dasar perluasan kuasa Perancisb. Perjanjian Tilsit 1807- Perancis dengan Rusia membimbangkan Inggeris jika Perancisc. menyerang India melalui Rusia.d. Inggeris tidak mahu bermusuhan dengan Myanmar kerana bimbang negara itu akan mandapatkan bantuan Perancis.e. Inggeris bimbang Perancis menjadikan Myanmar pangkalan tentera(perdagangan kayu jati di Myanmar akan terjejas dan hasrat menggunakan Myanmar sebagai jalan darat ke China tidak Berjaya).f. Bagi menyekat perluasan kuasa Perancis,Kapten Michael Symes dihantar untuk meminta Kerajaan Myanmar menutup pelabuhannya pada Perancis tetapi tidak dipersetujui oleh Raja Bodawpaya.g. Keadaan huru-hara di Burma menyenangkan Inggeris kerana diharapkan akan melemahkan Kerajaan Burma.

6. Dasar campur tangan Myanmar di Assammanipur dan Cachar

a. 1879,Raja Bodawpaya mangkat diganti cucunya Bagyidaw.b. Baginda meneruskan dasar perluasan kuasa dengan bantuan Jeneral Maha Bandula

Page 176: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

yang bercita-cita meluaskan kuasa ke Assam,Manipur dan Benggala Timur.c. Pada hari pertabalan Bagyidaw,Raja Manipur tidak hadir.d. Maha Bandula menyerang Manipur.e. Raja Manipur dan rakyat melarikan diri ke Cachar.f. Pemerintah Cachar melarikan diri ke Chittagong dan cuba mendapat bantuan Inggeris.g. Kerajaan Inggeris sedar sekiranya Cachar jatuh ke tangan Burma,kedudukan Benggala Timur terancam.h. Bagi mencegah kemaraan Burma, Inggeris mengisytiharkan pertuanannya ke atas Cachar,Manipur da Assam.

7. Penawanan Pulau Shahpuri

a. 1823,tentera-tentera Myanmar menyerang Pulau Shahpuri dan Sungai Naaf.b. Tindakan Myanmar mencetuskan kebimbangan Inggeris kerana Inggeris mengakui pulau tersebut kepunyaannya dan sebuah kubu pertahanan didirikan di situ.c. inggeris mendesak tentera Myanmar meningggalkan pulau itu .d. Meskipun pulau itu dapat ditawan oleh Inggeris namun kedegilan Maha Bandula meneruskan usaha menyerang Cittagong menambah kebencian Inggeris.e. Inggeris menunggu masa yang sesuai untuk menyerang Burma. 5 Mac 1824 bermulalah Perang Inggeris-Burma 1.

Faktor-faktor Perang Candu 1 di China

1. Kegagalan hubungan diplomatik

a. China menganggap negara mereka pusat tamadun dunia (middle kingdom).b. Orang-orang asing dianggap sebagai barbarian(orang gasar) dan negara mereka kurang bertamadun.c. Maharaja China dianggap Son of Heaven yang diberi mandat memerintah.d. Semua duta asing dianggap pembawa ufti- mesti melakukan kowtow di hadapane. Maharaja-sebagai tanda pengiktirafan dan ketuanan China.f. Kuasa Barat tidak dapat menerima konsep begini.Bagi negara Barat hubungan diplomatik atas konsep persamaan taraf (aliran politik sosialisme,demokarasi dan liberalisme).g. Inggeris tetap menghantar utusan ke China untuk menjalinkan hubungan diplomatik (1793 1816 tetapi gagal mendapat pengiktirafan China) :

§ 1793,George Ma Cartney dihantar ke Peking untuk berunding dengan Maharaja Chien Lung – rundingan gagal kerana masalah adat(beliau enggan melakukan kowtow)§ 1816,Lord Amherst dihantar ke Peking.Rombongan terus belayar ke Tientsin tanpa singgah di Canton. Juga enggan melakukan kowtow dan melanggar peraturan larangan orang asing berhubung dengan pegawai-pegawai kerajaan China (orang asing perlu berhubung melalui cohong di pelabuhan Canton.§ Lord William John Napier yang dilantik sebagai pesuruhjaya perdagangan Inggeris di Canton (1834)-telah ditolak kerana tidak kemukakan ‘surat ping’(surat kebenaran dari cohong dari gabenor)§ Perlantikan Charles Elliot (menggantikan Napier)1839 juga gagal.

h. Inggeris membuat keputusan menggunakan kekerasan ke atas China.

Page 177: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

2. Masalah perdagangan

a. China mengamalkan dasar pintu tertutup.b. 1757,Maharaja Chien Lung mengeluarkan satu dekri bagi menghadkan hubungan dengan Barat.c. 1835,Kerajaan Manchu memperkenalkan undang-undang yang dikenali sebagai “Lapand. Peraturan” melarang saudagar Barat berdagang di China.e. Inggeris yang mengamalkan konsep perdagangan bebas atau laissez faire tidak berpuas hati dengan dasar China kerana sekatan-sekatan menyukarkan Inggeris.f. Inggeris juga tidak berpuas hati kerana terdapat penyalahgunaan kuasa di kalangan pedagang tambahan cohong yang melibatkan orang asing.g. Cukai yang tinggi,rasuah dan masalah hutang dengan pedagang asing juga tidak menyenangkan Inggeris.Inggeris terpaksa melancarkan serangan terhadap China.

3. Masalah perundangan

a. Terdapat perbezaan sistem perundangan antara negara China dengan Barat.b. Perbezaan itu mencetuskan konflik apabila kedua-dua negara itu tidak mahu tunduk dengan tuntutan dasar masing-masing.c. Dalam sistem perundangan China tidak wujud badan penasihat undang-undang kehakiman tertakluk kepada kuasa kerajaan semata-mata.d. Dalam sistem keadilan China, seseorang yang dituduh melakukan jenayah adalah diangggap bersalah sehinggalah kebenaran dapat dibuktikan.e. Kerajaan China juga menjatuhkan hukuman berdasarkan “Doktrin Tanggungjawabf. Berkumpulan”.Mengikut doktrin ini jika terdapat individu yang melakukan kesalahan tidak dapat dikesan ahli kumpulan bertanggungjawab menggantikan orang lain.g. Undang-undang China menuntut nyawa dibalas nyawa.h. Undang-undang Barat pula menekankan konsep tanggungjawab individu dan seseorang yang dituduh melakukan kesalahan akan dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan kesalahannya. Beberapa contoh peristiwa yang mencetuskan konflik:

i. Peristiwa Lady Hughes 4 November 1784 di mana kapal tersebut melakukan tembakan penghormatan apabila melakukan pelabuhan Whampao.Tembakan tersebut telah menyebabkan kematian dua orang China dan seorang cedera.Pihak berkuasa Canton meminta anak kapal terlibat diserahkan dan dibicarakan mengikut undang-undang China, jika enggan mereka akan menyerang kilang Inggeris dan memutuskan hubungan perdagangan. Anak kapal tersebut diserahkan kepada Kerajaan Manchu dan dihukum cekik sampai mati.

ii. Peristiwa Terranova 1821 yang dituduh menyebabkan kematian dua orang wanita China.Beliau dikenakan hukuman cekik sampai mati oleh kerajaan China.

iii. Peristiwa Lin Wei His telah dipukul sampai mati oleh anak-anak kapal Inggeris.Kengganan Inggeris menyerahkan anak-anak kapal tersebut menyebabkan berlaku peperangan.

Page 178: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

4. Masalah Candu

a. Ketegangan Inggeris dengan China semakin memuncak apabila kerajaan China mengarahkan pengharaman perdagangan candu.

b. Candu mula dibawa masuk oleh pedagang Inggeris secara haram dari India dan Turki sehingga menyebabkan menjadi barangan kegemaran masyarakat China – mencetuskan masalah kesihatan dan sosial.

c. Berbagai usaha dijalankan oleh China bagi menghalang perdagangan candu contohnya 2 Jun 1838 Maharaja Tao Kuang mengharamkan perdagangan dan mengenakan hukuman berat sesiapa yang melanggar hukuman tersebut. Lin Tze Hsu( Pesuruhjaya Tinggi di Canton) telah merampas dan memusnahkan candu 3 Jun 1839 di Hu Men.

d. Kapten Charles Elliat (Ketua Penguasa Perdagangan Inggeris) telah membawa Lord Palmerstone menuntut ganti rugi daripada Kerajaan China tetapi gagal.

e. Hubungan semakin runcing apabila Lin mengenakan larangan penjualan makanan dan keperluan lain kepada Inggeris di Macao dan meminta bantuan Perancis mengusirf. Inggeris.

g. Ogos 1839,orang Inggeris meninggalkan Macao dan berpindah ke Hong Kong.Kedegilan keduanya akhirnya mewujudkan peperangan.

Kesimpulan

1. Peperangan telah menyebabkan China dan Burma kalah ditangan Inggeris. Kekalahan Burma menyebabkan mereka terpaksa menandatangani Perjanjian Yandabo.2. Sementara China Perjanjian Nanking yang menyebabkan Inggeris dapat memulakan langkah bertapak di Burma sementara di China menyebabkan maruah China sebagai negara bertamadun tinggi jatuh seterusnya terpaksa membuka negaranya kepada perdagangan Barat dan menamatkan dasar isolasi secara terpaksa

Page 179: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

6. “Pertembungan dua kebudayaan yang berbeza membawa kepada tercetusnya Perang Candu 1 di China dan Dahagi di India” . Bincangkan

Pengenalan: 

1. Perang Candu 1di China tercetus pada tahun 1839 antara British dengan China. Dalam peperangan tersebut, China kalah kepada British.2. Manakala Dahagi India merupakan penentangan orang India khasnya golongan sepoi menentang pihak British di India pada tahun 1857.3. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kedua-dua Perang Candu 1 dan Dahagi India tercetus disebabkan oleh pertembungan dua kebudayaan yang berbeza.

Isi-isi penting ( 20 m)

Perang Candu 1 ( 10 m )

1. Sistem perhubungan antarabangsa yang dipraktikkan oleh China bertentangan dengan konsep hubungan antarabangsa British.

a. Orang Cina menganggap maharaja mereka sebagai anak syurga yang mesti dihormati sebagai tuhan. Maharaja China dianggap sebagai pemerintah universal. Dengan ini segala utusa asing mesti kowtow semasa mengadap maharaja.

b. China enggan menjalinkan hubungan diplomatic dengan kuasa Barat atas dasar persamaan taraf. Ini kerana mereka menganggap Negara mereka itu sebagai Kerajaan Tengah iaitu kerajaan di pusat dunia yang bertamadun. Negara-negara di luar sempada China dianggap tidak bertamadun dan dikecap sebagai pembawa ufti, barbarian atau fan kwee iaitu hantu asing.

c. Bagi British pula, semua negara adalah negara berdaulat. British percaya kepada hubungan diplomatick yang sama. Amalan kowtow di depan maharaja dianggap oleh orang Cina sebagai penghormatan tetapi bagi pihak British amalan ini adalah penghinaan. Inilah yang membawa kepada kegagalan utusan British yang diketuai oleh Lord Amherst pada tahun 1816.

2. Konsep perdagangan antara China dengan British juga jauh berbeza

a. China menganggap kegiatan perdagangan sebagai sesuatu kegiatan yang meghina lalu bersikap anti-perdaganganb. Negara China yang merupakan sebuah Negara pertanian cukup dengan keperluannya. China tidak memerlukan barangan Barat. China hanya membuka pelabuhan Canton kepada perdagangan asing. China mengenakan pelbagai sekatan perdagangan.c. Bagi British pula, dasar perdagangan bebas adalah penting. British memerlukan barangan china seperti sutera dan tembikar. Akibat Revolusi Perindustrian,Britain memerlukan bahan mentah dan pasaran yang luas. Negara China dapat memenuhi hasrat Britain itu.d. Britain sebuah Negara kapitalis yang progresif dan maju tidak setuju dengan konsep perdagangan China, sebuah Negara pertanian yang bersikap anti-perdagangan.

3. Konsep perundangan yang berbeza

Page 180: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

a. Sistem perundangan China menetapkan bahawa seseorang dianggap telah bersalah sehingga dibuktikan tidak bersalah.b. Ini bercanggah dengan system perundangan British yang menganggap seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan demikian.c. Undang-undang China juga mengasaskan tanggungjawab kumpulan dibandingkan dengan undang-undang British yang mengutamakan tanggungjawab individu.d. British menganggap bentuk hukuman China iaitu cekik sampai mati terlalu kejam.e. Semua ini memburukkan lagi hubungan antara China dengan British. Kesudahannya ialah Perang Candu 1 pada tahun 1839 hingga 1842.

Dahagi India.

1. Penghapusan amalan social.a. Lord William Bentick menghapuskan amalan sutee pada tahun 1828. Amalan suttee iaitu pembakaran balu bersama mayat suami merupakan adapt yang telah lama dipraktikkan oleh masyarakat India. British menganggap amalan ini tidak berperikemanusiaan.b. British juga menganggap amalan thugee iaitu perompakan dan pembunuhan pengembara di jalanraya yang dilakukan oleh kumpulan bersenjata atas nama Dewa Kali terlalu kejam dan luar biasa.c. Pembunuhan bayi perempuan yang diamalkan oleh masyarakat India juga dilarang oleh British. British memikirkan bahawa amalan ini adalah jenayah besar.d. Lord William bentick meluluskan undang-undang yang membenarkan balu berkahwin semula. Tindakan beliau ini jelas bertentangan dengan adapt resam orang India.

2. Cadangan pembinaan tali aira. British bercadang membina tali air menghubungkan beberapa kawasam dengan Sungai Ganges .b. Orang India menentang kerana Sungai Ganges adalah sungai suci dan tindakan British ini telah mencemarkan agama Hindu.

3. Pengenalan pendidikan Barata. Orang India menganggap bahawa pendidikan barat yang diperkenalkan oleh British adalah usaha untuk mengkristiankan orang India. Ini bercanggah dengan kepercayaan dan nilai hidup mereka.

4. Akta Pengambilan Khidmat Awama. Lord Canning memperkenalkan Akta Pengambilan Am yang memerlukan orang India tanpa mengira kasta berkhidmat di India.b. Akta ini menjejaskan kedudukan dan kasta golongan Brahmin dan rajput.

5. Pengenalan senapang rifle Enfielda. Dikatakan bahawa hujung peluru senapang disapu dengan minyak babi dan lembu. Hujung senapang mesti digigit sebelum peluru diisikan ke dalam senapang.b. Ini bercanggah dengan amalan agama sepou Hindu dan Muslim.

Kesimpulan.:

Page 181: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

1. Memang tidak dinafikan bahawa Perang Candu 1 dan Dahagi India tercetus kerana pertembungan dua kebudayaan yang berbeza. Bagi China, konsep perdagangan , konsep perundangan yang berbeza mencetuskan Perang Candu 1 .

2. Di India pula, pihak British menganggap bahawa amalan social India terlalu kejam manakala orang India menganggap tindakan British menghapuskan amalan mereka melanggar adapt tradisi dan nilai hidup mereka.

Page 182: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

7. Huraikan kesan-kesan Perang Jawa terhadap Indonesia pada abad ke 19.

Pengenalan:

Perang Jawa telah berlaku antara tahun 1825 hingga 1830 yang dipimpin oleh Pengiran Dipo Negoro. Perang Jawa dilancarkan untuk menentang pihak Belanda di Pulau Jawa khususnya di daerah Jogjakarta. Penduduk Jawa tidak berpuas dengan penguasaan Belando terhadap ekonomi dan politik di Jawa.

Perang tersebut telah memberikan kesan yang besar dalam aspek politik, ekonomi dan social negara. Penindasan politik dan ekonomi telah belaku terhadap penduduk tempatan yang telah dijajah sepenuhnya oleh Belanda. Penindasan politik dan ekonomi telah membawa suatu senario baru di Indonesia iaitu kemunculan gerakan nasionalisme oleh golongan nasionalis yang telah mendapat inspirasi daripada Perang Jawa.

Isi-isi penting.

Kesan ekonomi.

1. Pihak Belanda membelanjakan wang yang banyak iaitu berjumlah 20 juta gulider dalam peperangan. Hal ini menimbulkan masalah ekonomi kepada Belanda. Belanda menghadapi masalah hutang yang banyak kesan peperangan. Beban hutang yang banyak menyebabkan Belanda bertindak mengurangkan pegawai yang berkhidmat di seluruh wilayah Indonesia.

2. - Pihak Belanda terpaksa melaksanakan system ekonomi yang mengakibatkan kesengsaraan kepada rakyat Indonesia. Tidak dapat dinafikan bahawa Belanda yang menguasai politik Indonesia semakin bersemangat memperkenalkan system ekonomi kapitalis iaitu Sistem Tanaman Paksa apabila Johannes Van der Bosch dilantik menjadi Gabenor Jeneral Jawa. Belanda berusaha untuk membangunkan semula ekonomi Negara Belanda yang hamper muflis.

3. Dalam usaha baikpulih ekonomi, pihak Belanda telah membatalkan kontrak sewa tanah yang telah banyak menimbulkan ketidakpuasan di hati orang Belanda. Beberapa jenis cukai yang dikenakan juga telah ditarik balik.

Kesan sosial.

1. Banyak nyawa telah terkorban sama ada semasa peperangan. Dianggarkan bahawa kira-kira 200 ribu orang Jawa telah terkorban dalam peperangan tersebut. Malahan, tentera Belanda yang terkorban dianggarkan sekitar 15 ribu orang. Banyak kawasan pertanian seperti ladang kopi telah mengalami kemusnahan dalam perang tersebut.

2. Peperangan ini menyebabkan berlakunya wabak penyakit dan kebuluran di tempat-

Page 183: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

tempat berlakunya peperangan seperti di Jogjakarta dan Surakarta kerana kawasan pertanian banyak yang musnah.

Kesan politik.

1. Kejayaan Belanda di dalam peperangan tersebut mengukuhkan lagi kedudukan penjajah di Negara Indonesia. Belanda semakin bersemangat untuk meluaskan wilayah kekuasaan di Indonesia. Pulau-pulau yang sebelumnya tidak dikuasai Belanda telah menjadi wilayah jajahannya. Wilayah-wilayah lain di Indonesia yang melakukan tentangan terhadap pemerintahan Belanda akan mengalami nasib yang sama iaitu diperangi oleh tentera Belanda contohnya wilayah-wilayah Banjumas, Bagelen, Madium dan Kediri. Sultan-sultan telah diberi ganti rugi untuk mengelakkan rasa tidak puas hati timbul di kalangan mereka apabila tanah jajahan dilepaskan kepada Belanda.

2. Kuasa pemerintah tempatan turut dikurangkan. Susunan pangkat dalam istana Jogjakarta dan Surakarta telah diperbaiki dan diletak di bawah pengawasan Belanda.Contohnya Sultan PPakubuwono VI telah dibuang ke Ambon kerana disyakki memulakan satu pemberontakan dan digantikan oleh anaknya pakubuwono VII. Baginda menjadi raja boneka Belanda.

3. Membangkitkan semangat rakyat Indonesia menentang Belanda . Perang Jawa telah menjadi pendorong kepada golongan nasionalis untuk bangkit menentang penjajahan Belanda. Penentangan yang dilakukan oleh Dipo Negoro menjadi inspirasi untuk menentang penguasaan Belanda.

Kesimpulan :

1. Perang Jawa yang telah dipimpin oleh kerabat diraja Kesultanan Jogjakarta merupakan suatu tanda ketidakpuasan terhadap penjajahan Belanda di Pulau Jawa, Indonesia. Kekalahan tentera jawa menentang Belanda telah memberi impak yang sangat besar terhadap kehidupan politik, ekonoi dan social khususnya penduduk Jawa.

2. Kehidupan rakyat Indonesia semakin sengsara kerana Belanda telah menguasai system politik Indonesia dan ekonomi . Perang jawa telah mengakibatkan kerugian harta benda dan juga kehilangan banyak nyawa sama ada daripada pihak rakyat mahupu tentera Belanda.

Page 184: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

Pengilhakan India dan pengilhakan di Indo-China.

Pengenalan:

1. Menjelang abad ke 20 hampir seluruh India berada di bawah kekuasaan British.2. Tujuan utama Britsh meluaskan kuasa di India adalah untuk kepentingan perdagangan.3. Syarikat Hindia Timur meluaskan pengaruhnya ke atas wilayah-wilayah di India dengan menggunakan kaedah pengilhakan.4. Kerajaan Laos pada awal kurun ke 19 terdiri daripada negeri-negeri seperti Luang Prabang, Vientiana, Champassah, Chien Kuang, Sip Song panna dan Sip Tha.5. Perancis telah menakluki Delta Mekong, Vietnam dan Kemboja.6. Mereka hanya akan berkuasa dengan berkesan jika semua kawasan ke timur Sungai Mekong dikuasai. Mula mengalihkan perhatian Laos.

a. INDIA

Lord William Bentick mengilhakan wilayah-wilayah seperti Cachar, Coorg dan Mysore:

a. Raja Chacar mangkat tanpa waris atas permintaan penduduknya Lord William Bentick mengilhakan wilayah itu pada tahun 1830.b. Coorg telah diilhakan atas sebab-sebab penyelewengan dalam pemerintahan rajanya yang zalim. Mewujudkan pentadbiran yang tidak stabil.c. Mysore juga diilhakan atas sebab-sebab penyelewengan dalam pemerintahan.

Pengilhakan di bawah Lord Ellenborough

a. Perjanjian diadakan antara British dengan Sind bagi membenarkan saudagar menggunakan sunga-sungai dan jalanraya.b. Beliau ingin merampas wilayah Sind dengan membuat beberapa tuduhan terhadap amir-amir Sind. Mereka dipaksa menyerahkan sebahagian besar wilayah Sind kepada British. Hanya mata wang British diakui sebagai sah.c. Para amir menjadi marah dan menyerang Residensi British. Amir dapat ditewaskan dalam pertempuran di Miami dan Dabo. Sind dirampas dan diletakkan di bawah empayar British.

Pengilhakan di bawah Lord Dalhousie

a. Melanjutkan doktrin kebaikan untuk diperintah ke atas wilayah-wilayah yang dibelenggu pelbagai masalah penyelewengan pemerintahan/ salah tadbir tempatan.b. Beliau mengisytiharkan perang terhadap kaum Sikh dan mengalahkan mereka di

Page 185: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

pertempuran Gujerat. British telah mengilhakan / mencantumkan Punjab ke dalam penguasaan British.c. Beliau juga telah menggunakan doctrine of lapse atau Undang-undang Lesap Waris yang sah, wilayahnya akan diambil alih oleh British.d. Beliau enggan mengiktiraf hak seseorang pemerintah untuk melantik seorang waris yang bukan keturunannya sendiri.e. Doktrin ini digunakan ke atas negeri-negeri merdeka/negeri-negeri yang dibentuk oleh SHT dan bukan ke atas negeri-negeri naungan.f. Negeri-negeri yang diilhakan menggunakan doktrin ini ialah Sarata (1848), Jaipur dan Sambalpur (1849), Baghat (1850), Udaipur (1853), Jhansi (1854), Karnatik (1853) dan Tajnore (1855).g. Melalui cara-cara penyelewengan pemerintahan dan doktrin kebaikan untuk diperintah, pemerintah Oudh, mengabaikan pentadbiran dan berlaku kekecohan atau keadaan huru hara serta amalan rasuah.h. Perjanjian dibuat di anatra Briish dengan pemerintah Nawab, Nawab dibenarkan mengekalkan gelaran serta dibayar pencen 15 000.00 rupee. Apabila Nawab enggan menandatangani perjanjian tersebut, Oudh dilhakan.

Pengilhakan di Vietnam:

a. Maharaja Gia Long mengadakan hubungan baik dengan Perancis – bertolak ansur dengan agama Kristian walaupun fahaman Confucianisme bertapak kukuh di Vietnam. Pelantikan Bishop Pigneau sebagai menteri besar mengeratkan hubungan dengan Perancis.b. Minh Mang tidak meneruskan dasar ayahandanya. Baginda berpegang teguh kepada ajaran Confucianisme dan menjalankan dasar tutup pintu.c. 1825 – mengeluarkan undang-undang melarang kemasukan mubaligh-mubaligh Kristian kerana agama Kristian dianggap merosakkan kebudayaan Vietnam.d. Baginda melakukan kekejaman terhadap orang Kristian, membinasakan gereja-gereja dan melucutkan jawatan pegawai-pegawai Perancis.e. Pada masa pemerintahan Thien Tri, baginda meneruskan dasar ayahanda dan menggiatkan lagi penganiayaan terhadap penganut Kristian. Dasar pemencilan juga diteruskan.f. Permusuhan perancis-Vietnam memuncak pada masa pemerintahan Tu Duc, kegiatan anti-Kristian semakin meluas dan pembunuhan mubaligh-mubaligh bertambah. Contohnya, pembunuhan paderi Augustian Ascheffler dan Paderi Jean-Louis Bonnard antara tahun 1851-1852.g. Perancis memerlukan Vietnam sebagai pangkalan perdagangan di timur.h. Dengan alasan pembunuhan Bishop Diaz, paderi Sepanyol pada 1 September 1858, de Ganouilly menyerang Tourane.i. Kemudian beliau menyerang Saigon, iaitu kawasan penanaman padi utama dan pusat pengumpula padi Vienam pada 17 Februari 1859. Seluruh Vietnam jatuh ke tangan Perancis.

Pengilhakan di Kemboja

a. Kemboja memelihara kemerdekaannya dengan membayar ufti kepada Vietnam dan Siam.b. 1863- Laksamana la grandiere memaksa raja Norodom menghentikan pembayaran ufti kepada Vietnam dan Thailand.

Page 186: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

c. Thailand membantah – Kemboja ialah negeri naungan Thailand.d. Satu perjanjian dibuat antara Thailand – Perancis 1867, Thailand menarik balik semua tuntutannya ke atas Kemboja sementara Perancis mengakui kedaulatan Siam ke atas Battambang dan Siemreap. Kemboja kini menjadi negeri naungan Perancis.

Pengilhakan Tongking

a. Tujuan utama Perancis menakluki Tongking adalah untuk meluaskan pengaruh perdagangannya.b. Perancis juga bimbang persaingan kuasa-kuasa Barat lain seperti Jerman, Itali dan Amerika Syarikat.c. Perluasan kuasa lebih agresif oleh Perancis pada 1880an. Pada 1882, kapten Henri Riviere menyerang dan merampas Hanoi dan Tongking pula pada tahun 1883.d. Maharaja Hiep Hoa menandatangani perjanjian dengan Perancis ( Ogos 1883).e. Melalui perjanjian tersebut, menjelang 1884 Perancis telah menguasai seluruh Vietnam. Tongking pula dipisahkan dari Vietnam dan diletakkan di bawah kuasa langsung Perancis.

Pengilhakan Laos

a. Perancis membantah langkah Laos menghantar ufti kepada Thailand.b. Laos seharusnya menghantar ufti kepada Perancis kerana Laos pernah menghantar ufti kepada Vietnam yang kini merupakan naungan Perancis.c. 1886 – Perancis menuntut hak Vietnam ke atas seluruh kawasan sebelah timur Sungai Mekong termasuk Luang Prabang, Laos membantah menyebabkan seorang naib Konsular dilantik di Luang Prabang bagi membantu raja Luang Prabang.d. Berlaku konflik di antara Perancis- Thailang. Siam campur tangan dalam hal ehwal negeri-negeri Laos itu di Sip Song Chu Tai dengan membantu pemberontak Cina yang melarikan diri ke wilayah itu.e. Perancis terus menekan Laos. Tindakan Thailand tidak patuh kepada tuntutan Perancis supaya tidak campur tangan di Laos menyebabkan Perancis gunakan kekerasan.f. Berlaku peristiwa Paknam 1893. Tentera Perancis telah mengadakan tentera Thailand menyebabkan Chulalongkorn melepaskan kekuasaannya ke atas Laos. Akhirnya Laos dijadikan negeri naungan Perancis.

Kesimpulan:

1. Pengilhakan di India merupakan proses untuk menguasai seluruh India oleh pihak British.2. Pengilhakan di Vietnam, Kemboja, Tongking dan Laos pula merupakan proses untuk menguasai seluruh Indo China oleh Perancis.3. Barat meminati Asia kerana kepentingan ekonomi walau pun sebab-sebab lain seperti politik dan agama juga penting.Bagi mencapai matlamat tersebut, kuasa-kuasa Barat telah campur tangan dalam hal ehwal Negara-negara Asia, khususnya di India dan Indo China melalui tiga cara utama iaitu perjanjian ,peperangan dan pengilhakan.

Page 187: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

9. Jelaskan migrasi orang Cina dan proses pembentukan masyarakat majmuk di Filipina.

Pengenalan:

1. Migrasi-satu bentuk mobiliti ruang yang berlaku antara satu unit atau kawasan yang membabaitkan peruabahan tempat tinggal ke tempat yan baru2. Perpindahan satu kelompok manusia dari negara asal ke negara baru/lain3. Masyarakat majmuk satu masyarakat yang mempunyai dua atau lebih unsur kebudayaan atau kaum yang berbeza yang hidup dalam satu komuniti dan tempat yang sama

Page 188: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

4. Orang Cina berpindah masuk ke negara Filipina dari negara China5. Kemasukan orang Cina telah memberi kesan ke atas struktur social masyarakat Filipina

Isi-isi penting (20 M)

Penghijrahan berlaku dari abad 7 hingga 19 masihi

Penghijrahan dibahagikan kepada dua peringkat: I). 1834(Manila dibuka kepada perdagangan asing) II). 1876-1886

Pemerintahan Sepanyol- masyarakat Cina dipanggil ‘Sanleys’ (bermaksud pedagang yang mengembara)

Dasar Sepanyol terhadap orang Cina mengikut keperluan ekonomi dan kebijaksanaan politik

Jawatan ‘Gobernadorcillos’ diwujudkan bagi mengawal hal-ehwal dan aktiviti orang Cina

Larangan-larangan terhadap orang Cina:tidak dibenarkan menjelajah sesuka hati; dilarang milik tanah; dibenarkan bergerak pada waktu siang sahaja.Reaksi penduduk Cina terhadap larangan dan sekatan adalah melalui pemberontakan.

Pihak Gereja Roman Katholik menyokong orang Cina sebab mereka penting dalam gerakan kristianisasi dan ekonomi.Dengan itu, pihak Sepanyol melepaskan sekatan terhadap orang Cina Kristian;kumpulan ini dikenali ‘Mestizo’ dan dianggap setaraf dengan orang tempatan serta diberi banyak keistimewaan.

Orang Mestizos menguasai pertanian eksport, menjadi orang tengah dalam perniagaan, pemborong dan ceti; merupakan golongan berpendidikan (llustrados) .

Orang Mestizos pandang rendah terhadap penduduk tempatan sehingga tercetusnya kekacauan kaum.

Amerika Syarikat mewujudkan undang-undang seperti Akta Buku Simpanan Kira-kira 1921 yang menghalang tulisan Cina dalam buku Akaun.

1940, Komanwel Filipina meluluskan kuota seramai 500 orang bagi tiap-tiap negeri tanpa mengira warna kulit.

Undang-undang Kewarganegaraan 1939 –kerakyatan tidak diberikan kepada sesiapa yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan penduduk tempatan/tidak mempelajari budaya dan idealisme Filipina.

Akta Perdagangan Perkapalan 1923 dan Perlembagaan Filipina –sekatan aktiviti ekonomi orang Cina kerana orang Cina mula mendominasi bidang ekonomi negara Filipina.

Majlis Perniagaan Cina(Dewan Perniagaan Umum Cina) ditubuhkan menjadi suara rasmi penduduk Cina Filipina

Page 189: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

Dua sistem pendidikan diwujudkan pada zaman Sepanyol bagi orang Cina (Oleh mubaligh kristian dan orang Cina sendiri); Semasa Amerika Syarikat, sekolah Anglo Chinese (1899) ditubuhkan.

Kurukulum berdasarkan negara China diamalkan; sekolah Cina diperakui oleh jabatan negara China

Kesimpulan

1. Pada awalnya, kemasukan orang Cina ke Filipina diterima oleh kuasa penjajah atas kepentingan ekonomi tetapi sekatan mula dikenakan apabila mereka mula mengatasi kuasa ekonomi pihak penjajah.

2. Ini memberi kesan ke atas migrasi penduduk Cina ke Filipina. Namun, peranan mereka dalam bidang ekonomi telah menyebabkan mereka telah diserap dalam struktur masyarakat Filipina dan terus menjadi sebahagian daripada bangsa Filipina hingga hari ini

10. Bincangkan peranan orang Cina dan orang India dalam perkembangan ekonomi di negara Thailand dan Myanmar.

Pengenalan

1. Asia Tenggara tarikan pedagang Cina dan India sejak abad I ke Masihi. (Kerajaan Hindu awal- Funan)2. Asia Tenggara kaya dengan rempah ratus dan sumber asli3. Kedudukan strategik: Negara Thailand berdekatan dengan negara China dan negara Myanmar berdekatan dengan negara India

Isi-isi Penting (20 M)

Page 190: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

a). Peranan orang Cina di Thailand.

1. Selepas PD II, penghijrahan orang Cina ke Thailand meningkat (Tahun 19412. bilangan orang Cina bertambah 10% daripada jumlah penduduk)3. Melibatkan diri dan menguasai sektor-sektor perdagangan (70%), industri(16%), perlombongan(6%), pertanian dan perikanan (8%)4. Sebab-sebab penghijrahan: permintaan tenaga buruh Cina yang tinggi dan penglibatan mereka dalam hal perdagangan5. Penglibatan orang Cina dalam perdagangan import dan eksport6. Melibatkan diri dalam penanaman padi dan tebu, perlombongan bijih timah serta perusahaan beras (didominasi oleh orang Cina)7. Dasar dinasti Chakri mengalakkan orang Cina tinggal di Bangkok;kadar upah yang tinggi ditawarkan8. Golongan Lukchin-Lelaki imigran Cina selalunya tidak membawa isteri bersama semasa berhijrah ke Thailand dan bersifat sementara; Kekurangan wanita Cina tempatan menyebabkan mereka mula berkahwin dengan wanita tempatan (jumlah Lukchin: tahun 1820-an berjumlah 80 000 orang)9. Suku Hokkien dan Kantonis- suku Hokkien terlibat dalam perlombongan bijih timah di Segenting Kra dan suku Kantonis terlibat dalam sector professional seperti pengurusan dan kejuruteraan (sekitar abad ke-18)10. Memonopoli judi, penjualan candu, loteri dan arak; bergerak bebas; dikecualikan daripada cukai11. Membangunkan bandar-bandar utama seperti Bangkok, Korat, Sukhotai dan Uttradit-aktiviti perdagangan dan perniagaan12. Penglibatan orang Teochew dalam perdagangan dan perniagaan beras[pengimport dan pengeksport beras serta pengilang padi] (mulai abad ke-19, menjadi suku dominan di Thailand)13. Orang Cina menjadi penggerak ekonomi negara Thailand atas sebab-sebab dasar perlindungan diraja seperti keistimewaan yang diterima daripada raja Mongkut dan Chulalongkarn dan persepsi orang tempatan yang menganggap orang Cina bukan sebagai orang asing(budaya dan rupa fizikal yang sama)14. Memperkenalkan sistem pendidikan dan persekolah tersendiri;Bahasa Cina sebagai bahasa perantaraan; naungan daripada orang kaya Cina di Thailand(sehingga tahun 1930-an sahaja)

b).Peranan orang India di Myanmar

1. Orang India masuk ke Myanmar disebabkan oleh British:sebab kedudukan geografi yang sama dengan India mengalakkan penghijrahan2. Mengisi ruang pekerjaan yang sedia wujud di Myanmar dalam sector pertanian, perusahaan dan perburuhan3. Merupakan tenaga buruh murah4. Mengisi ruang pekerjaan dalam sector perkhidmatan, pendidikan dan perubatan; sebab orang India mahir dalam bahasa Inggeris; pentadbiran British di India dan Myanmar adalah sama5. Mendominasi pekerjaan di hospital6. Melibatkan diri secara aktif dalam sector penanaman padi-menjadi ekonomi komersial; tenaga buruh murah; menjelang tahun 1900, penghijrahan orang India ke Myanmar menjadi suku juta setahun7. Kemasukan orang India ke Myanmar tiga cara: kerajaan, syarikat-syarikat persendirian dan sendiri

Page 191: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

8. Golongan Chettiar- aktiviti peminjaman wang; memberi 2/3 daripada pinjaman kepada petani; mengambil tanah sebagai cagaran; sekiranya petani gagal membayar balik pinjaman tanah akan menjadi miliknyaKesimpulan1. Kemasukan orang Cina di Thailand dan orang Cina di Myanmar membawa kepada pembentukan masyarakat majmuk2. Kedudukan golongan imigran ini menjadi kuat dan kukuh disebabkan oleh penguasaan ekonomi; wujudnya perasaan anti Cina dan anti India.3. Hak ekonomi orang tempatan mula berkurangan; ini membawa kepada penentangan dan kemunculan gerakan nasionalisme di Myanmar dan Thailand (contohnya gerakan anti Cina yang dipimpin oleh Pibun Songram

Sejauh manakah faktor bahasa dan kesusasteraan mempengaruhi kesedaran nasionalisme di kalangan orang Melayu di antara tahun 1900 hingga menjelang Perang Dunia Kedua?

A. Pengenalan:Terdapat banyak faktor yang membawa kepada kesedaran nasionalisme:Faktor agamaKewartawananSistem pendidikanIntelektualPengaruh luarBahasa dan kesusasteraan

B. Isi:Bahasa dan kesusasteraan: k. Karya-karya sastera bukan sahaja digunakan untuk hiburan tetapi juga untuk menimbulkan semangat kebangsaan di kalangan orang Melayu yang dihimpit oleh kaum imigranl. Menyedarkan masyarakat Melayu yang berada dalam kemunduran dan kemerosotan khususnya dalam ekonomi menerusi novel ‘Dari Perangkap ke Penjara’ dan cerpen ‘Rumah Besar Tiang Seribu’

Page 192: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

m. ‘Hikayat Faridah Hanom’ karya Syed Sheik Al-Hadi memperjuangkan emansipasi wanita dan pentingnya wanita Islam moden diberi hak yang sama seperti kaum lelakin. ‘Putera Gunung Tahan’ karya Ishak Hj Muhamad menceritakan tentang kelemahan pemimpin Melayu dan ketidakjujuran Britisho. Abad ke-20 muncul karya untuk menyedarkan masyarakat Melayu pentingnya pendidikan dan keazaman untuk mencapainyap. Shamsudin Salleh melalui cerpen ‘Cermin Pergaulan Hidup di Dunia’ mengisahkan tentang tekanan di bawah penjajahan Britishq. Puisi dan syair oleh Harun Aminurrashid – semua puisi bertemakan semangat kebangsaan Melayu. Contoh: ‘Semenanjung’, ‘Rayuan Bangsamu’, dan ‘Perwira Melayu’.r. Abdul Samad Ahmad dalam puisi ‘Serunai Pujangga’ menyeru orang Melayu bersatu dan bergerak cergas untuk mencapai kemajuan.s. Bidang kesusasteraan merupakan alat bagi masyarakat Melayu yang miskin meluahkan ketidakpuasan hati dan sebagai suatu protes secara senyap terhadap nasib malang di tanah air sendiri.t. Bidang kesusasteraan menyedarkan orang Melayu tentang perjuangan golongan intelektual melindungi agama, bangsa, dan negara.

Intelektual:j. Perjuangan golongan ini berkait rapat dengan bidang bahasa dan kesusasteraan.k. Terdapat tiga golongan intelektual yang membangkitkan nasionalisme Melayu iaitu golongan intelektual berpendidikan Arab, Melayu, dan Inggeris.l. ‘Al-Imam’ meniupkan seruan Islah Islamiyyah di Tanah Melayu dan diilhamkan oleh tokoh-tokoh berpendidikan Arab di Timur Tengah. Contoh: Sheikh Mohd Tahir Jalaluddin dan Sheikh Mohd Salim Al-Kalalim. Golongan intelektual yakin umat Islam boleh diselamatkan sekiranya mengikuti apa yang termaktub dalam Al-Quran dan hadis, mengutuk mereka yang mengamalkan agama semata-mata dan enggan menerima hakikat perubahan masa yang menyebabkan pemikiran umat Islam kolot dan mundur.n. Perjuangan golongan intelektual berpendidikan Inggeris muncul akibat penguasaan ekonomi oleh bangsa asing.o. Golongan ini juga bersikap sederhana dan boleh bekerjasama dengan pihak penjajah. Perjuangan mereka meliputi soal sosio-ekonomi masyarakat Melayu. seperti peluang melanjutkan pelajaran ke luar Negara. Contoh : Dato’ Onn bin Jaafar dan Mohamad Eunos bin Abdullah.p. Golongan intelektual Melayu memainkan peranan membentuk persatuan-persatuan dan kelab. Mereka menubuhkan persatuan-persatuan Melayu peringkat negeri. Contoh: Persatuan Melayu Pahang dan Perak.q. Golongan ini lebih radikal berbanding dengan intelektual berpendidikan Arab dan Inggeris.r. Intelektual terkemukaa berpendidikan Melayu ialah Ibrahim Hj Yaacob

Sistem Pendidikan:f. Terbukti perkembangan pendidikan dalam dan luar negeri melahirkan golongan intelektual terpelajar yang berperanan penting membangkitkan gerakan nasionalisme.g. Contoh: sistem pendidikan Arab yang dikenal sebagai sistem sekolah pondokh. Pelajar-pelajar yang menuntut di Timur Tengah dipengaruhi oleh gerakan reformis Islam.i. Perkembangan sistem pendidikan Inggeris melahirkan golongan intelektual yang memperjuangkan hak-hak dan keistimewaan orang Melayu. Mereka menuntut keistimewaan yang diberikan kepada orang British perlu juga diberi kepada orang

Page 193: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

Melayu.j. MPSI merupakan tempat berkumpul golongan intelektual Melayu daripada golongan bawahan yang mempunyai kesedaran untuk memperbaiki nasib orang Melayu.

Kewartawanan:d. Bidang ini turut memberi sumbangan meningkatkan kesedaran politik masyarakat Melayu.e. Contoh: Majlis, Warta Malaya, Idaran Zaman, Al-Imam, Utusan Melayu, Warta Negara, Lembaga Malaya, dan Majalah Guru.f. Akhbar menyalurkan ilmu dan mesej supaya masyarakat Melayu mencapai kemajuan dalam hidup.

Faktor Luaran:c. Peristiwa di luar Tanah Melayu memberi kesan besar kepada semangat nasionalisme orang Melayu.d. Contoh: perkembangan politik Indonesia, Perang Rusia-Jepun (1904-1905), Pergerakan Turki Moden, dan kejayaan Revolusi 1911 di China.

Kesimpulan:c. Bahasa dan kesusasteraan merupakan faktor penting membangkitkan kesedaran kebangsaan di kalangan orang Melayu.d. Faktor-faktor lain juga tidak kurang pentingnya dan berkait dengan faktor bahasa dan kesusasteraan

Page 194: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

3. Huraikan proses gerakan anti-penyerahan di Sarawak dan terangkan faktor-faktor kegagalannya.

Pendahuluan:Sejak 1941 keluarga Brooke mentadbir Sarawak.Sarawak diperintah oleh raja putih selama 100 tahun.Pada 1 Julai 1946, Sarawak diserah kepada Britih dan menjadi tanah jajahan BritishPenyerahan Sarawak mendapat tentangan daripada masyarakat tempatan.

Isi:Pada tahun 1941, Charles Brooke mengisytiharkan perlembagaan yang menjanjikan pemerintahan sendiri kepada rakyat Sarawak.Charles Vyne Brooke meninggalkan Sarawak apabila Jepun menyerangSelepas kekalahan Jepun, Vyner Brooke telah menyerahkan Sarawak kepada British kerana kerajaannya tidak mampu memulihkan ekonomi Sarawak, desakan oleh kerajaan British, Charles Vyner Brooke sudah tua dan tiada pengganti berkebolehan.Penentangan terhadap dipenyerahan Sarawak wujud kerana bertentangan dengan perlembagaan 1941. Penyerahan akan melambatkan proses kemerdekaan.Vyner Brooke tidak berunding dengan ketua-ketua kaum bumiputera Sarawak.Pada 12 Feb 1946, Persatuan Melayu Sarawak (PMS) di bawah pimpinan Datu Patinggi Abang Haji Abdillah menghantar surat bantahan kepada Setiausaha Pejabat Tanah JajahanPergerakan Pemuda Melayu Sibu (PPMS) dan Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak juga membantah.Tunjuk perasaan diadakan di Kuching semasa perlantikan gabenor British yang pertama di Sarawak, Sir Charles Arden Clarke.British mengharamkan PPM dan mengeluarkan Pekeliling no 9 yang melarang kakitangan awam menyertai gerakan ini atau terlibat dalam tunjuk perasaan menentang British.Kemuncak gerakan anti-penyerahan ialah peristiwa pembunuhan Sir Duncan Stewart oleh Rosli DhobieRosli ialah ahli Rukun 13 kumpulan sulit yang ditubuhkan oleh PPMS.

Faktor-faktor kegagalan:Tindakan British mengharamkan pertubuhan gerakan anti-penyerahanMereka mengeluarkan pekeliling no 9 yang memberi amaran kepada kakitangan

Page 195: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

kerajaan.Penangkapan ahli pergerakan pemuda Melayu – dihukum mati atau dipenjarakan.Tidak dibenarkan terlibat dengan tunjuk perasaanRakyat tempatan tidak bersatu, kurang pendidikan dan pendedahan politik.

Kesimpulan:Menunjukkan kesedaran nasionalisme di kalangan masyarakat SarawakBritish memberi jaminan akan membantu Sarawak memperoleh pemerintahan sendiriKedudukan British di Sarawak semakin kukuh.

Page 196: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

4. Terangkan ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan reaksi penduduk Tanah Melayu terhadap penubuhannya.

Pengenalan:

1. Pelaksanaan Malayan Union (MU) mendapat tentangan daripada orang Melayu. British terpaksa membubarkan MU dan menubuhkan satu jawatankuasa kerja untuk merangka perlembagaan Tanah Melayu yang baru

2. Pada 1 Februari 1948 Persekutuan Tanah Melayu (PTM) telah diisytiharkan

Isi:

1. Ciri-ciri:a. PTM terdiri daripada 9 buah negeri Melayu dan 2 buah negeri Selatb. Diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi dan dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerja Dewan Undangan Persekutuanc. Majlis Perundangan pula bertanggungjawab dalam menggubal undang-undangd. Kedaulatan dan kuasa sultan dipelihara. Sultan memerintah dengan bantuan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Undangan Negeri yang mempunyai kuasa menggubal undang-undang negerie. Orang Melayu diberi hak-hak istimewa sebagai kaum bumiputeraf. Pemberian kerakyatan mengikut prinsip jus soli dihapuskan dan syarat memohon kerakyatan diperketatkan

2. Reaksi:g. Sebahagian besar masyarakat Melayu menyokong kerana hak-hak istimewa masyarakat Melayu dikembalikanh. Masyarakat Melayu yang menjadi anggota parti berhaluan kiri seperti API, AWAS, PKMM dan PUTERA menentang kerana pemimpin UMNO yang menganggotai jawatankuasa kerja yang berfungsi menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan syarat-syarat memperoleh kerakyatan semakin ketati. PKMM, AWAS, API dan BATAS mendesak rakyat diberi kebebasan untuk memerintah negaraj. Sebuah badan politik bukan Melayu (AMCJA) membantah cara-cara kerajaan memilih ahli jawatankuasa yang merancang cadangan perlembagaan bagi kerajaan PTMk. AMCJA turut membantah pertubuhan kerajaan PTMl. AMCJA dan PUTERA bekerjasama dan mengemukakan idea-idea perlembagaan Tanah Melayu kepada kerajaan British

Page 197: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

Kesimpulan:4. Masyarakat Melayu mendapat kejayaan menghapuskan rancangan MU dan memperkenalkan PTM5. Mereka dapat memperjuangkan kedaulatan raja-raja Melayu dan hak istimewa orang-orang Melayu6. PTM 1948 menjadi asas kepada Perlembagaan Kemerdekaan 1957

15. Bincangkan kemunculan pertubuhan-pertubuhan di Tanah Melayu antara tahun 1926 hingga 1941.

Pengenalan:Semangat nasionalisme abad ke-20 lebih menumpu kepada perkembangan ekonomi dan kemajuan socialPertubuhan dipimpin oleh golongan berpendidikan

Isi:Kesatuan Melayu Singapura (KMS)1. Ditubuhkan oleh Muhammad Uenos Abdullah2. Tujuan:jj. menyedarkan orang Melayu tentang kepentingan pendidikan peringkat tingginn. mengingatkan kaum Melayu tentang kesan penjajahan Britishll. menyedarkan orang Melayu tentang kepentingan melibatkan diri dalam politik dan hak-hak serta kebebasan merekapp. memajukan kedudukan sosio-ekonomi orang Melayu

1. Kejayaanqq. menawarkan biasiswa kepada anak Melayurr. menuntut sebidang tanah khaspp. memperjuangkan penglibatan wakil Melayu dalam Majlis Perundangan Negeri-negeri Selat

Kelab Putera

1. Ditubuhkan di Kota Bharu oleh Asa’ad Shukri bin Haji Muda dan Abdul Kadir Abadi2. Tujuan:tt. menyatupadukan masyarakat Melayu Kelantanuu. mencapai kemajuan dalam semua aspek kehidupan orang Melayu

1. Kegiatanss. menganjurkan ceramah agama, kebudayaan, ekonomi, politik dan pendidikantt. mengundang tokoh-tokoh seperti Ishak Haji Muhammad dan Ibrahim Haji Yaacobuu. terlibat dalam penerbitan Majalah Akhbar Puteravv. mendesak supaya tanah Bandar di Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Putih, Kuala Krai dan Bachok dikecualikan daripada undang-undang penjualan tanah

Persekutuan Setiawan Belia1. Ditubuhkan di Kota Bahru – pemimpin-pemimpin Persekutuan Setiawan Belia2. Tujuan:ww. menyebarkan ilmu pengetahuan melalui penghasilan buku-buku dan penubuhan

Page 198: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

perpustakaanxx. menyatupadukan ahli-ahlinya yang terdiri daripada bekas-bekas pelajar Madrasah Muhammadiah, Kota Bharu

Persaudaraan Sahabat Pena Malaya (PASPAM)

1. Ditubuhkan pada 19342. Dibuka kepada semua orang Melayu yang berumur 16 tahun dan ke atas3. Disokong oleh ramai orang Tanah Melayu dan Sabah4. Diasaskan oleh akhbar Saudara5. Sebuah pertubuhan sosial dan kebajikan6. Pemimpin utama Syed Alwi, SM Zainal Abidin, Sheikh Abdullah Al-Maghribi dan Hamidun b. Mohd Hashim7. Tujuan:bbb. menyatukan para peserta dari seluruh Tanah Melayu

Persatuan Melayu Perak (1937)

1. Ditubuhkan pada bulan September 1937 di Ipoh2. Pemimpin - Wan Mohd Nur b. Wan Nasir dan Dr S. Kassim3. Tujuan:ccc. memelihara nasib orang Melayu Perakåå. mengeratkan hubungan kerjasama di kalangan orang Melayuää. meningkatkan taraf pendidikan dan ekonomi orang Melayuöö. memajukan kepentingan orang Melayu melalui dasar kerjasama dengan British

Persatuan Melayu Pahang (1938)

1. Ditubuhkan di bawah pimpinan Tengku Muhammad dan Datuk Hussein bin Mohd Talib2. Tujuan:aaa. memajukan pendidikan dan ekonomi orang Melayubbb. menyampaikan masalah-masalah ekonomi dan social orang Melayu kepada pihak British

P. Persatuan Melayu Selangor (1938)1. Pemimpin - Tengku Ismail b. Tengku Mohd Yasin, Raja Bon b. Raja Yahya, Raja Yaacob b. Raja Alang dan Abdul Rahim Kajai2. Tujuan:iii. memajukan kaum Melayujjj. meningkatkan taraf pendidikan kaum Melayukkk. mendesak kerajaan supaya membenarkan penglibatan orang Melayu yang lebih dalam perkhidmatan awamlll. menyeru supaya pihak British menyekat kemasukan secara beramai-ramai kaum asing

1. Perjuanganmmm. membantah undang-undang Tanah Simpananhhh. mendesak pertambahan dalam bilangan askar Melayu dan kewujudan angkatan udara dan laut di Tanah Melayuiii. membantah cadangan penubuhan sebuah universiti bari di Tanah Melayuppp. menganjurkan Kongres Melayu SeMalayakkk. menggesa supaya jawatan tinggi diberi kepada orang Melayu

Page 199: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

Persatuan Melayu Negeri Sembilan (1938)

16. Pemimpin - Tengku Mohammad Nasir Raja Nordin dan Haji Mohd Tahir b. Dato’ Bandar Abdul Rahman17. Tujuan:rrr. memelihara hak orang Melayu

18. Perjuangan:mmm. memelihara kepentingan adat istiadat dan kebajikan orang Melayunnn. menggesa bahawa hak keistimewaan orang Melayu dipelihara

Kesatuan Melayu Muda (KMM)19. Parti politik pertama di Tanah Melayu20. Pemimpin - Ishak Haji Muhammad, Abdul Karim Rashid, Onan b. Haji Siraj, Hassan b. Manan, Isa Mohammad b. Mahmud, Ahmad Boestamam dan Mustapha Hussein21. Sebuah parti radikal yang mengamalkan sikap tidak bekerjasama dengan British22. Perjuangan:uuu. menentang pihak British di Tanah Melayuvvv. menghapus rejim British di Tanah Melayuwww. melindungi hak-hak orang Melayuxxx. menyatukan Tanah Melayu dengan Indonesia dalam konsep Melayu Raya

Kesimpulan:1. Pada awal abad ke-20 telah muncul kesedaran nasionalis dikalangan pemimpin-pemimpin2. Mereka juga memperjuangkan penglibatan orang Melayu dalam ekonomi dan menekankan kepentingan bidang pendidikan

5. Jelaskan syor-syor Malayan Union (MU) serta reaksi orang Melayu terhadap penubuhannya.

Pengenalan:

1. MU telah diperkenal pada 1946 - selepas Perang Dunia Kedua2. Orang Melayu menentang MU kerana menghapuskan keistimewaan dan ketuanan mereka

Page 200: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

Isi:

3. Syor-syor MU:

a. gabungan sembilan negeri-negeri Melayu dan dua negeri-negeri Selatb. diketuai oleh gabenor dan dibantu oleh dua majlis iaitu Majlis Mesyuarat Kerja dan Majlis Mesyuarat Undanganc. kedudukan raja-raja Melayu dikekalkan tetapi kuasa dikurangkan kepada hal-ehwal agama dan adat istiadat orang-orang Melayud. taraf kewarganegaraan berdasarkan prinsip jus-soli / taraf kerakyatan diberikan kepada orang asing dengan syarat yang longgare. hak kewarganegaraan yang sama kepada semua semua orang tanpa mengira bangsa dan dan keturunanf. Singapura diasingkan dan British mengekalkan pemerintahan di situ - Singapura mempunyai kekayaan ekonomi dan merupakan pusat pertahanan Inggeris (pengkalan tentera laut dan darat)g. Majlis Mesyuarat Negeri dikekalkan untuk menguruskan hal ehwal kerja tempatanh. Gabenor diberi kuasa untuk meluluskan dan membatalkan undang-undang

4. Reaksi terhadap penubuhan MU:h. orang-orang Melayu tidak puashati dan menentang cadangan MUi. penentangan melalui akhbar - Utusan Melayuj. menulis surat bantahan kepada kerajaan British di Londonk. penentangan melalui persatuan-persatuan Melayu yang mengadakan perarakan dan tunjuk perasaan. Contoh : Persatuan Melayu Selangor dan Kelantanl. Dato’ Onn dan Persatuan Melayu Selangor mengadakan Kongress Melayu SeMalaya dan menyatukan keseluruhan persatuan Melayum. 1 April 1946 - orang Melayu telah memulaukan upacara pelantikan Gabenor MUn. 11 Mei 1946 - UMNO ditubuhkan dan akhirnya rancangan MU terpaksa dibatalkan

Kesimpulan:

1. MU mendapat tentangan darripada orang Melayu yang bersatu padu dan menubuhkan UMNO sebagai parti politik yang kuat.

2. Kerajaan British terpaksa bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin Melayu. Hasilnya satu perlembagaan baru dibentuk iaitu Persekutuan Tanah Melayu 1948 menggantikan MU

Page 201: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

6. Jelaskan perkembangan perlembagaan di Sarawak dan Sabah dari tahun 1946 hingga 1963.

Pengenalan:7. Sarawak ditadbir oleh keluarga Brooke sejak tahun 18428. Perubahan di bawah pentadbiran Raja-raja Putih9. Pengenalan kod undang-undang, penubuhan Majlis Tertinggi, Majlis Negeri dan perlembagaan 194110. Sabah ditadbir oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara11. Gabenor dibantu oleh Majlis Penasihat12. Majlis Undangan ditubuhkan dan Mahkamah Anak Negeri dikekalkan

Page 202: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

Isi:

2. Sarawak:a. selepas Jepun, Charles Vyner Brooke telah kembali ke Sarawakb. 1 Julai 1946, Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada Britishc. Tamatnya dinasti Brooke di Sarawak dan Sarawak menjadi tanah jajahan Inggeris atau Crown Colonyd. Perlembagaan 1941 digunakan sebagai asas untuk mentadbir Sarawake. Sarawak ditadbir oleh seorang gabenor, Sir Charles Arden Clarkef. Majlis Tempatan ditubuhkan bertujuan memberi latihan kepada penduduk tempatan dalam pemerintahang. Majlis ini berkuasa dalam bidang pendidikan, kesihatan, bekalan elektrik dan air, jalan raya dan pungutan cukaih. 1956 – perlembagaan baru diluluskani. 10 orang ahli Majlis Tertinggi dan 45 oang ahli Majlis Negeri dikekalkan untuk membantu gabenorj. Majlis Tempatan diubah menjadi Majlis Daerah di bawah Pegawai Daerahk. Sarawak dibahagi kepada lima bahagian. Setiap bahagian diketuai oleh Residen. Daerah diketuai oleh Pegawai Daerahl. 24 buah daerah ditadbir dengan bantuan Majlis Daerahm. Pilihanraya pertama untuk Majlis Daerah diadakan pada tahun 1959 untuk memilih wakil ke Majlis Penasihat Bahagiann. Ahli Majlis Penasihat Bahagian memilih wakil ke Majlis Negerio. Sistem ini kekal sehingga tahun 1963

3. Sabah:

a. Syarikat Berpiagam Borneo Utara telah menyerahkan Sabah kepada kerajaan Inggeris pada 15 Julai 1946

b. Sabah menjadi tanah jajahan Inggeris – diperintah oleh gabenor dengan bantuan Majlis Penasihat

c. Perlembagaan baru diperkenalkan yang terdiri daripada Majlis Eksekutif (Majlis Mesyuarat Kerajaan) dan Majlis Mesyuarat Undangan

d. Majlis Eksekutif menasihati gabenor tentang pentadbiran dan dasar penting kerajaan Inggeris

e. Sabah dibahagi kepada empat residensi dan setiap residensi dibahagi kepada daerah-daerah

f. Majlis Tempatan diasaskan di daerah Kota Belud, Sipitang dan Papar. Matlamatnya untuk memberi peluang kepada penduduk tempatan dalam pentadbiran

g. Majlis Tempatan dikenali sebagai Majlis Daerah

h. Perlembagaan dirombak. Jumlah ahli dalam Majlis Eksekutif ialah 12 orang dan Majlis Undangan Negeri Sabah ditambah menjadi 25 ahli

Page 203: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

Kesimpulan:

4. Menjelang awal 1960-an, banyak parti politik telah ditubuhkan di Sabah dan Sarawak.5. Penduduk telah berjuang untuk kemerdekaan dan telah menyertai Malaysia yang telah ditubuhkan pada 1963.6. Sabah dan Sarawak telah memperkenalkan perlembagaan baru yang berasaskan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957

7. Huraikan langkah-langkah yang membawa kepada kemerdekaan Tanah Melayu pada 1957.

Pengenalan:6. Tanah Melayu melalui pelbagai peringkat sebelum mencapai kemerdekaan7. April 1951 - Sistem Ahli diperkenalkan8. Ia merupakan satu usaha penting British untuk mewujudkan Pakatan Murni iaitu perpaduan tiga kaum9. Sistem Ahli dikenali sebagai kabinet bayangan yang merupakan satu barisan tokoh-tokoh tempatan mentadbir Negara secara tidak langsung dan mendapat latihan mentadbir Negara

Page 204: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

10. Tanah Melayu kemudiannya telah melalui proses pilihanraya

Isi:18. Pilihanraya digunakan oleh British untuk menguji sama ada wujudnya perpaduan di kalangan rakyat Tanah Melayu19. Pada peringkat permulaan, pilihanraya peringkat tempatan diperkenalkan pada 1951 bagi Majlis Bandaran Georgetown, Johor Bharu, Ipoh, Melaka, Seremban dan Kuala Lumpur20. Pilihanraya umum diadakan pada 27 Julai 195521. Sebanyak 52 kerusi dipertandingkan22. Parti Perikatan mewakili kombinasi parti-parti politik tiga kaum berlainan dan memenangi 51 kerusi23. Kemenangan menunjukkan rakyat percaya cara terbaik mencapai kemerdekaan ialah melalui kerjasama antara kaum24. Penubuhan Parti Perikatan bertujuan untuk mendapat undi majoriti25. Penubuhannya untuk membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan kuasa asing26. Rundingan kemerdekaan diadakan di London antara pemimpin Tanah Melayu dengan kerajaan British27. Keputusan pilihanraya umum 1955 memaksa kerajaan British menerima hakikat Parti Perikatan disokong oleh semua rakyat Tanah Melayu28. Parti Perikatan telah berjanji akan mendapatkan kemerdekaan dalam tempoh 4 tahun semasa kempen pilihanraya29. Pada Februari 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan ke London untuk merundingkan kemerdekaan Tanah Melayu30. 8 Februari 1956, Perjanjian London dimeterai antara Raja-raja Melayu, Parti Perikatan dan British31. Perjanjian London menjanjikan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 195732. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu digubal oleh Suruhanjaya Reid. Suruhanjaya menerima 131 memorandum bertulis33. Beberapa pindaan telah dibuat oleh Suruhanjaya Reid terhadap rang perlembagaan yang kemudiannya disahkan oleh Majlis Raja-raja34. Perisytiharan kemerdekaan dibuat pada pagi 31 Ogos 1957

Kesimpulan:4. Langkah awal untuk mencapai kemerdekaan ialah melalui Pakatan Murni dalam Sistem Ahli5. British mengadakan pelbagai peringkat pilihanraya untuk menguji tahap perpaduan6. Keputusan pilihanraya umum 1955 membuktikan dasar perjuangan sesuai dengan penduduk Tanah Melayu

Page 205: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

8. Huraikan tindakan-tindakan Parti Komunis Malaya (PKM) yang membawa kepada perisytiharan darurat.

Pengenalan:5. PKM melancarkan pemberontakan bersenjata untuk menggulingkan pemerintahan di Tanah Melayu.6. Menubuhkan Republik Komunis Tanah Melayu7. PKM melakukan kekejaman iaitu dengan pembunuhan para pegawai British8. British berusaha untuk membendung komunis dengan mengisytiharkan darurat pada 1948

Page 206: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

Isi:14. PKM ditubuhkan pada 1930 – untuk menggulingkan kerajaan British dan menubuhkan Republik Komunis Malaya15. PKM menyusup masuk ke dalam kesatuan-kesatuan sekerja dan sekolah Cina (golongan belia)16. PKM bergerak secara sulit/gerakan bawah tanah kerana tidak didaftarkan17. 1936 hingga 1937 – organisasi PKM mantap dan menghasut para pekerja dan melancarkan mogok di Perak, Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Johor.18. 1939 – keanggotaan PKM bertambah 37 ribu orang19. Ramai orang Cina terpengaruh dengan perjuangan PKM untuk menjaga kebajikan dan kepentingan mereka20. 1942 hingga 1945 – pihak British bekerjasama dengan PKM untuk menentang PKM21. PKM membentuk Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA)22. British melatih dan membekalkan senjata kepada tentera gerila komunis23. Tamat Perang Dunia Kedua, British iktiraf PKM sebagai parti yang sah di Tanah Melayu24. PKM meluaskan pengaruh – menguasai sekolah Cina dan kesatuan sekerja25. 1947 – permogokan di Batu Arang untuk lumpuhkan ekonomi Chin Peng ambil alih – lebih agresif- guna kekerasan dan melancarkan pemberontakan bersenjata pada Jun 194826. Tiga orang pegawai British dibunuh di Sg Siput dan darurat diisytiharkan – PKM diharamkan

Kesimpulan:3. British telah berjaya melumpuhkan kegiatan komunis4. British lebih bersedia untuk bekerjasama dengan pemimpin tempatan yang lebih berfahaman sederhana – ini telah mempercepatkan proses kemerdekaan Tanah Melayu

10. Bincangkan usaha-usaha yang diambil untuk menubuhkan persatuan akhbar atau pertubuhan orang Cina dan India selepas Perang Dunia Kedua.

Pengenalan:3. Sejak kedatangan orang India ke Tanah Melayu, mereka telah menubuhkan pertubuhan yang bercorak social, kebudayaan dan kebajikan dan memberi tumpuan kepada pergolakkan politik di India.4. Orang Cina pula mempunyai tradisi berpersatuan seperti kegiatan kongsi-kongsi gelap dan lbih berminat dalam kegiatan politik di negara Cina.

Page 207: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

Isi:

3. India:

m. Pergerakan politik kaum India telah mula memberi perhatian dalam pergolakan politik negara inin. MIC ditubuhkan pada tahun 1946 dibawah John A. Thivyo. Matlamatnyap. menjaga kepentingan kaum India di Tanah Melayuq. memperjuangkan kemajuan politik bersama-sama kaum lainr. Kesatuan Sekerja , Malayan Union Association (MUA) dan Federal India s. Organisation (FIO) di tubuhkan untuk menjaga kepentingan pekerja kaum t. India di Tanah Melayu, dipimpin oleh K. Ramanathanu. Perlembagaan MIC dipinda dan parti menerima penubuhan Persekutuan Tanah Melayuv. Akhbar berbahasa Tamil ialah Tamil Nesan dan Tamil Murasu yang memberi perhatian kepada sosio ekonomi kaun India.w. 1954, MIC menyertai Parti Perikatanx. 1955, V.T.Sambanthan dipilih menjadi presiden MIC.

4. Cina:

n. PKM (diwakili oleh kaum Cina) telah membantu British menentang Jepun semasa pemerintahan Jepun di Tanah Melayuo. PKM menentang British selepas pendudukan Britishp. PKM melancarkan pemberontakan bersenjataq. PKM gagal dan diharamkan pada tahun 1948r. Peertubuhan politik dianggotai oleh orang Cina ialah MCA yang cuba menyekat fahaman komunis di kalangan orang Cina dan menghalang mereka daripada menyertai PKMs. Matlamatnya ialah untuk melindungi kepentingan politik kaum Cina di Tanah Melayu dan bekerjasama dengan kerajaan Britisht. MCA dibawah pimpinan Tan Cheng Lock. Keahlian MCA meningkat diwah kepimpinannya.u. MCA telah membantu menempatkan semula setiggan-setinggan CIna di kampong-kampung baru.a. MCA berpakat dengan UMNO untuk pilihanraya 1952. Menang 9 daripada 12 kerusi.v. Parti Buruh Pulau Pinag di bawah pimpinan Yeop Chong Kong, menjaga hak buruh Cina.w. Parti Buruh Pulau Pinang telah bertanding pihihanraya Pulau Pinang 1951 telah menang 1 kerusix. Pan Malayan Labour Party (gabungan beberapa buah parti buruh) telah ditubuhkan diperingkat Negeri.y. Nama parti ditukar kepada Parti Buruh SeMalaya pada 1954.z. Menentang PKM dan bekerjasama dengan British.

Kesimpulan:

2. UMNO,MCA dan MIC telah bergabung dan bertanding dalam pihihanraya peringkat bandaran dan negeri pada tahun 1952 dan menjelang pilihanraya peringkat Persekutuan

Page 208: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

1955.Parti Perikatan telah dibentuk(UMNO.MCA,dan MIC) untuk merintis jalan ke kemerdekaan Tanah Melayu.

10. Terangkan perjuangan parti-parti politik berhaluan kiri di Tanah Melayu dari tahun 1945 hingga 1947.

Pengenalan:

4. Selepas tamat Perang Dunia Keda kegiatan berpolitik di Tanah Melayu semakin berkembang pesat dengan pembentukan banyak parti politik baharu5. Kewujudan parti-parti politik berhaluan kiri telah menyemarakkan lagi perkembangan gerakan nasionalisme di Tanah Melayu6. Parti-parti politik berhaluan kiri berideologikan sosialis dan komunis.

Page 209: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

Isi:12. Parti Kebangsaan Melayu Malaya ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di Perak dengan nama asalnya Parti Sosialis13. PKMM dipimpin oleh Ahmad Boestamam dan Mokhtaruddin Lasso14. PKMM berusaha menyatupadukan bangsa Melyu dan mencapai kemerdekaan melalui gabungan dengan Indonesia15. PKMM memajukan ekonomi dan memberi peluang pendidikan kepada orang melayu16. PKMM mewujudkan hubungan baik diantara semua kaum di Tanah Melayu17. Memberi sokongan terhadap perjuangan bangsa Indonesia untuk mencapai kemerdekaan18. Angkatan Pemuda Insaf (API) ditubuhkan pada tahun 1946 menggunakan slogan “Merdeka dengan darah”.Menggunakan cara radikal untuk mencapai kemerdekaan di Tanah Melayu19. Angkatan Wanita Sedar (AWAS) ditubuhkan di Perak pada tahun1946 dipimpin oleh Sawiyah bt. Ali.AWAS berfahaman sosialis dan berjuang bersama dengan pertubuhan berhaluan kiri yang lain untuk menentang British di Tanah Melayu.20. Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) ditubuhkan pada bulan Februari 1947, menjalin pakatan dengan AMCJA untuk menentang pentadbiran British di Tanah Melayu21. Pakatan ini juga menentang pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 194822. PUTERA telah mengemukakan perlembagaan rakyat yang mengandungi 10 perkara utama untuk mencapai kemerdekaan Tanah Melayu dan kedaulatan raja-raja Melayu dan Bangsa Melayu

Kesimpulan:

5. perjuangan parti-parti politik berhaluan kiri di Tanah Melayu bertujuan untuk mencapai kemerdekaaan6. mengamalkan dasar-dasar tidak bekerjasama dengan British7. perjuangan parti politik berhaluan kiri kurang mendapat sambutan daripada penduduk Tanah Melayu kerana corak perjuangan berbentuk radikal

1. Bincangkan bentuk pemerintahan di Myanmar (Burma) dan Vietnam selepas Perang Dunia Kedua.

Pengenalan (3 markah)

1. Myanmar (Burma) dan Vietnam mempunyai latar belakang sejarah pemerintahan yang berbeza.2. Burma/Myanmar pernah menjadi negara jajahan British manakala Vietnam berideologi komunis

Isi- Pemerintahan di Myanmar (10 markah).

1. Pemerintahan tentera selepas Perang Dunia Kedua.2. Jeneral Aung San yang mengetuai Majlis Menteri dalam pentadbiran tentera

Page 210: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

mengadakan pilihanraya pada tahun 1947.3. Parti Liga Kemerdekaan Rakyat Anti Fasis4. (AFPFL) pimpinan Aung San menang tetapi beliau mati dibunuh oleh U Saw bekas ahli AFPFL.5. U Nu mengetuai kerajaan dan mendapatkan kemerdekaan Myanmar daripada British pada tahun 1948.6. Pemerintahan Myanmar meniru corak Parlimen British yang mengandungi Dewan Rendah dan Dewan Kebangsaan.7. Pilihanraya diadakan empat tahun sekali untuk memilih kedua-dua ahli dewan.8. Ketua negara Burma ialah Presiden yang dipilh oleh kedua-dua dewan untuk tempoh lima tahun.9. Presiden berkuasa melantik Perdana Menteri. Dia juga berkuasa melantik menteri, memanggil dan membubarkan dewan perwakilan.10. Pentadbiran tempatan terbahagi kepada tiga bahagian;

a. Burma sebenar/Burma Proper mengandungi lapan bahagian dan setiap satu mengandungi 34 daerah yang ditadbir terus oleh kerajaan pusat di Ranggon.b. Kampung dan bandar memilih wakil melalui wakil ke majlis bandar.c. Majlis bandar memilih 4-8 wakil ke majlis daerah.d. Setiap negeri mempunyai majlis negeri sebagai pembuat dasar.e. Ketua Eksekutif Negeri dilantik oleh Presiden.f. Ketua eksekutif akan menjadi menteri masing-masing dalam kabinet pusat.

11. Sistem pemerintahan ini berakhir pada 2 Mac 1962 bila berlaku rampasan kuasa oleh Jeneral Ne Win.12. Beliau menubuhkan Majlis Revolusi yang terdiri daripada 18 anggota kanan tentera. Beliau bertindak sebagai Presiden dan perlembagaan baru dibentuk pada tahun 1962.

Pemerintahan di Vietnam Vietnam Utara1. Sistem pemerintahan Vietnam mengikut model negara China2. Kerajaan Vietnam diletakkan di bawah kekuasaan Presiden yg dibantu oleh Naib Presiden3. Dewan Tertinggi ialah Dewan Perhimpunan Kebangsaan4. Ahli-ahli Dewan dipilih oleh rakyat yg berumur 18 tahun ke atas bagi tempoh 4 tahun5. Ketua Negara bagi Vietnam ialah Presiden yg mempunyai kuasaa. Melantik perdana menteri dan ahli kabinetb. Mengumumkan undang-undangc. Menganugerahkan pingat kebesarand. Memberi pengampunane. Menjalin hubungan dgn kuasa luar

6. Vietnam dibahagikan kpd wilayah , wilayah autonomi dan bandaraya

Vietnam Selatan

1. Sistem pemerintahan bercorak Republik Demokratik

Page 211: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

2. Pemerintahan mengandungi 3 badan iaitu Eksekutif, Perundangan dan Kehakiman3. Presiden mengetuai badan eksekutif4. Presiden lebih berkuasa daripada semua badan utama pemerintahan5. Presiden merupakan ketua negara dan dibantu oleh naib presiden. Mereka dipilih melalui pilihan raya .6. Kuasa presiden meliputi bidang berikuta. Melantik ahli kabinetb. Merupakan ketua kerajaanc. Merupakan ketua angkatan tertinggi tentera7. Presiden berkhidmat selama 5 tahun untuk sepenggal dan boleh dilanjutkan kepada 3 penggal8. Badan perundangan mengandungi sebuah Dewan Perhimpunan Kebangsaan yang terdiri daripada 123 ahli yang dipilih melalui pilihan raya9. Terdapat beberapa pentadbiran tempatan. Vietnam Selatan dibahagikan kpd 40 wilayah yang setiapnya ditadbir oleh Ketua Menteri yang dilantik dan bertanggungjawab kepada presiden.10. Wilayah dibahagikan kepada daerah dan unit yang paling kecil ialah kampung

Penutup.Myanmar (Burma ) dan Vietnam mempunyai bentuk pemerintahan tersendiri yang kemas dan mantap.Pemerintahan di Burma dan Vietnam sering berubah corak akibat campur tangan tentera dalam pemerintahan. Demokrasi sering tergugat dan perlembagaan berubah-ubah mengikut arus pihak pemerintah.

2. Bandingkan sistem pentadbiran yang diamalkan di Indonesia dan India selepas mencapai kemerdekaan.

Pendahuluan

Indonesia merupakan negara yang telah dijajah oleh Belanda manakala India oleh BritishSelepas merdeka, kedua-dua negara mengamalkan sistem pemerintahan bercorak republik

Indonesia ( 10 markah )

1. Sistem pemerintahan Indonesia berbentuk republik demokrasi2. Terdapat seorang Presiden dan seorang Naib Presiden3. Kabinet mempunyai kuasa eksekutif4. Indonesia diperintah mengikut sistem parlimen di mana kabinet bertanggungjawab kepada parlimen5. Presiden Indonesia mempunyai hak memerintah seumur hidup. Demokrasi negara

Page 212: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

diatur dan dipandu oleh Presiden.6. Parlimen mengandungi satu dewan sahaja iaitu Dewan Perwakilan Rakyat yang mempunyai ahli seramai 260 orang yang berkhidmat untuk tempoh empat tahun. Dewan ini tidak mempunyai banyak kuasa untuk mengawal Presiden.7. Terdapat 19 wilayah di Indonesia yang setiap satunya diperintah oleh Gabenor. Wilayah pula dibahagikan kepada kabupaten.8. Bandar kecil dan kampung ialah unit paling bawah dalam pentadbiran.

India ( 10 markah )

Merupakan sebuah negara kesatuanDibahagikan kepada tiga badan utama, iaitu eksekutif, perundangan dan kehakimanPresiden adalah ketua badan eksekutif tetapi kuasa pemerintahan diketuai oleh perdana menteri. Beliau dilantik untuk tempoh selama 5 tahun.Kuasa presiden adalah seperti –a. mengetuai kuasa eksekutifb. ketua tertinggi angkatan tenterac. melantik perdana menteri dan ahli kabinetkuasa perdana menteria. ketua bahagianb. mempunyai kuasa pemerintahan sebenarc. membuat dasar-dasar kerajaanTiga unit dalam badan perundangan ialaha. Presidenb. Dewan Negeri ( Rajya Sabha ) dengan 250 orang ahli yang berkhidmat untuk tempoh 6 tahun. Semua ahli dipilih kecuali 12 dilantik oleh presidenc. Dewan Rakyat ( Lok Sabha ) dengan 500 orang ahli yang berkhidmat selama 6 tahunIndia dibahagi kepada beberapa negeri dan setiap negeri diketuai oleh Gabenor yang dilantik oleh presiden untuk tempoh 5 tahun.Kerajaan pusat mempunyai kuasa ke atas negeriSetiap negeri dibahagi kepada daerah , daerah kecil dan taluk ( tahsil ). Daerah diketuai oleh Pemungut sebagai pemungut cukai atau majistret.

Kesimpulan

Sistem pentadbiran yang tersusun dan bercorak demokrasi ini telah berjaya mewujudkan keadaan yang aman dan meningkatkan pencapaian ekonomi negara masing-masingKesan kepada kewujudan bandar-bandar baru dan sistem sosial yang lebih baik seperti pendidikan, kesihatan dan infrastruktur.

Page 213: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

Bincangkan sistem pentadbiran yang diamalkan di negara China dan Thailand selepas Perang Dunia Kedua.

Pengenalan

Sistem pentadbiran Thailand telah berubah akibat Revolusi Siam tahun 1932 daripada sistem monarki mutlak kepada Raja Berperlembagaan .Negara China pula berubah kepada sistem Republik Komunis setelah Parti Komunis China ( PKC ) berjaya merampas kuasa dari Kuomintang. 

China ( 12 markah )

Menjalankan pemerintahan komunis1949 dikenali sebagai Republik Rakyat ChinaBadan Tertinggi adalah Jawatankuasa Persidangan Perundingan Rakyat China yang bertindak mengumumkan undang-undang rasmi kerajaan.1954 bentuk pentadbiran mengikut Soviet UnionBadan Tertinggi adalah Kongres Kebangsaan Rakyat ( KKR )Tugas KKR ialaha. meluluskan undang-undang

Page 214: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

b. menyelidik dan mengesahkan belanjawan Negarac. mengubah dan membatal keputusan Jawatankuasa Tetapd. memutuskan penubuhan wilayah, wilayah autonomi, perbandaran dan wilayah pentadbiran istimewae. memutuskan untuk berperang / berdamaiTerdapat 6 jawatan kuasa tetap yang dibentuk oleh KKRJ/Kuasa KebangsaanJ/Kuasa Undang-undangJ/Kuasa KewanganJ/Kuasa Pendidikan, Sains, Budaya dan Kesihatan AwamJ/Kuasa Hubungan LuarJ/Kuasa Orang China Seberang LautAhli KKR dipilih melalui pilihanraya bagi tempoh 5 tahunKetua Republik China ialah presiden dan dibantu Naib Presiden yang dipilih oleh KKRAnggota Majlis Negeri terdiri daripada Perdana Menteri, Ketua-ketua Audit Negara dan Setiausaha AgungSuruhanjaya Tentera Darat untuk urusan pentadbiran ketenteraan dan bertanggungjawab kepada KKRMahkamah Agung rakyat bagi urusan keadilan dan membicarakan kes-kes jenayah serta sivilProkuratorat Rakyat dibentuk bagi urusan pengawasan badan-badan kerajaanTerdapat 21 wilayah dan 5 wilayah autonomi di China.

Thailand ( 8 markah )

Mengamalkan system monarki berperlembagaan diamalkan sejak 1932Bentuk pemerintahan demokrasia. Raja – ketua negara – ketua kepada 3 badan utama iaitu eksekutif, perundangan dan kehakimanb. Hak golongan diraja ( kerabat )dilucutkanc. Pilihanraya diadakan 4 tahun sekalid. Rakyat menerajui pucuk pimpinan – Parti Rakyat mengambil alih pentadbiran kerajaanBadan Eksekutif ialah badan yang membuat dasar kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri yang mengetuai kabinetPerdana Menteri dilantik oleh rajaBadan perundangan mengandungi 2 dewan yang berperanan menetapkan undang-undang NegaraBadan kehakiman menjalankan kes-kes mahkamahDi peringkat tempatan Thailand dibahagi kepada 71 wilayah pentadbiran yang diperintah oleh Pesuruhjaya yang bertanggungjawab kepada Menteri Dalam Negeri.

Kesimpulan

1. Sistem pentadbiran Thailand dan China telah dipengaruhi oleh sistem barat.2. Di Thailand akibat rampasan kuasa golongan tentera sistem pentadbiran demokrasi sering tergugat3. Di Negara China, sistem pentadbiran republik komunis berjaya membawa kemajuan kepada rakyatnya.

Page 215: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

4. Situasi politik yang tidak stabil di negara Thai dan Pakistan menyebabkan seringkali berlaku perubahan pucuk pimpinan Negara. Bincangkan.

Pendahuluan

1. Selepas Revolusi Siam 1932 berlaku rampasan kuasa oleh golongan tentera dan golongan awam. Mewujudkan ketidakstabilan politik.

2. Di Pakistan , setelah kematian Muhammad Ali Jinnah pada September 1948 Pakistan kehilangan simbol perpaduan yang telah menimbulkan masalah politik.

Thailand ( 10 markah )

1. Sebelum PD2 sehingga kekalahan Jepun, Jeneral Phibul Songgram mendominasikan politik Thai. Lepas perang, kuasa politik kembali kepada rakyat dengan didominasi oleh Pridi.

2. Jawatan Perdana Menteri telah diserahkan kepada Pridi Panamyong sehingga tahun 1946, apabila berlaku pembunuhan terhadap Raja Ananda dan beliau dipaksa untuk meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Page 216: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

3. Kepimpinan Negara Thai telah diserahkan kepada Thamrong Nawasawat dengan sokongan kuat daripada pihak tentera, walau bagaimanapun pemerintahan beliau telah berakhir dalam rampasan kuasa pada November 1947.

4. Phibul Songgram telah dilantik semula menjawat jawatan Perdana Menteri Negara Thai yang baharu berkuatkuasa pada bulan November 1947, beliau telah berusaha untuk mengukuhkan kedudukannya dengan memperkenalkan perlembagaan baru.

5. Beliau menjalankan dasar berbaik-baik dengan Britain dan Amerika Syarikat yang menimbulkan ketidakpuasan hati rakyat yang diterjemahkan dalam undi pilihanraya yang memperlihatkan Phibul menang tipis pada tahun 1957.

6. Pada tahun 1957, Sarit Thanarat telah memimpin rampasan kuasa yang disokong oleh pihak tentera, kemudian beliau telah dilantik menjadi Perdana Menteri Thai pada tahun 1958, pemerintahan Thai dipegang oleh tentera sehingga pilihanraya dilaksanakan pada tahun yang sama di mana Sarit Thanarat menang kerusi terbanyak.

Pakistan ( 10 markah )

1. Selepas merdeka , Pakistan menghadapi masalah bangsa, agama, pembangunan ekonomi dan hubungan dengan India.

2. Kematian pemimpin pertama Muhammad Ali Jinnah menyebabkan Pakistan kehilangan symbol perpaduan dan menambah maslah Pakistan.

3. Pengganti Jinnah, Linguat Ali Khan tidak disenangi rakyat terutama yang beragama Hindu menyebabkan beliau dibunuh.

4. Linguat Ali Khan diganti oleh Khwaja Nazimuddin ,manakala Gabenor Jeneral dipegang oleh Ghulam Mohamad.

5. Kwaja Nazimuddin dipecat kerana gagal memperbaiki pembangunan ekonomi, isu Kashmir, kegagalan membentuk perlembagaan dan kekacauan di Punjab.

6. Beliau digantikan oleh Muhammad Ali yang merupakan bekas duta Pakistan ke Amerika Syarikat.

7. Muhammad Ali Jinnah telah menukarkan dasar luar Pakistan kepada pakatan dengan Blok Barat dan gagal menyelesaikan krisis Pakistan Barat dengan Pakistan Timur.

8. Masalah ini menyebabkan Parti Liga islam kalah dalam pilihanraya Pakistan Timur 1954 di tangan Barisan Bersatu.

9. Kerajaan baru Pakistan Timur diketuai A.K Fazlul Huq.

10. Barisan bersatu berpecah selepas pilihanraya menyebabkan kekacauan dan pembunuhan di Pakistan Timur.

11. Akibat kekacauan , Dewan Perundangan Pakistan Timur digantung.

12. Jeneral Iskandar Mirza dilantik sebagai Gabenor Jeneral dan Muhammad Ali Chaudhri

Page 217: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

sebagai Perdana Menteri.

Kesimpulan

1. Situasi politik di Negara Thai dan Pakistan seringkali berlaku perubahan pucuk pimpinan akibat rampasan kuasa seakan-akan begitu sinonim dengan politik tempatan, malahan mereka tidak perlu untuk menunggu pilihanraya untuk menggantikan pemimpin negara mereka.2. Perubahan pucuk pimpinan sebenarnya memperlihatkan bahawa situasi politik tidak stabil.

5. Bandingkan langkah-langkah untuk memajukan keadaan sosioekonomi di Thailand dan Myanmar ( Burma ) selepas Perang Dunia Kedua.

Pengenalan

1. Kedua-dua negara memajukan bidang perindustrian dan pertanian.2. Menyediakan kemudahan insfratuktur untuk penduduk masing-masing.

Isi –Sosial Thailand ( 6 markah )

1. Usaha membangunkan sosioekonomi Thailand.2. Memajukan insfratuktur seperti jalanraya dan jalan keretapi.3. Ramai penduduk tinggal di bandar seperti Bangkok dan bandar-bandar satelit yang lain seperti Songkla dan Cheng Mai.4. Penduduk Thai terdiri lebih daripada 30 kumpulan etnik yangt berbagai bahasa, agama, rupa dan cara hidup.5. Orang Thai terbahagi kepada tiga kumpulan utama;o Orang Siam/Thai di Lembah Tengah dan Semenanjung Thaio Orang Thai Timur (Lao) di bahagian Timur Laut.o Orang Thai Utara tinggal di Utara Thai.o Di samping etnik lain di seperti Cina, India dan Melayu.

Isi-Ekonomi Thailand

Page 218: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

i). Bidang pertanian

Penduduk Thai bergantung kepada aktiviti pertanian terutamanya padi sawah yang banyak di Lembah Menam Chao PrayaTanaman getah di Selatan Thai.Tebu dan Jut di Lembah Menam.

ii). Industri ringan

Aktiviti membuat tekstil, sutera,membuat gula, memproses padi dan kraf tangan untuk kegunaan dalam negara.

iii). Industri berat

Menghasilkan industri kayu kayan seperti kayu jati.Industri tembakau, besi keluli, dan kaca.Kilang penapis minyak yang mampu mengeluarkan 280 ribu tong sehari.

iv). Kegiatan ekonomi lain

Menangkap ikan, melombong bijih timah, penghasilan batu permata, membuat garam dan memproses batu kapur.

Myanmar ( Burma )

Selepas perang dunia kedua ekonomi Myanmar beransur pulih kembali akibat pembangunan oleh kerajaan.1953 kerajaan memiliknegarakan tanah bertujuan membolehkan semua petani mengusahakan tanah tanpa bayaran sewa tanah supaya meningkatkan kawalan kerajaan terhadap tanah pertanian.Di bawah rejim Junta Jeneral Ne Win Myanmar mengutamakan hubungan perdagangan dengan Negara komunis .Kebanyakan operasi ekonomi dimonopoli kerajaan. Menjelang pertengahan 1960 an pengeluaran dan pemasaran di monopoli oleh kerajaan .Tujuan dasar ekonomi sosialis ialah mewujudkan masyarakat yang dapat menjamin kebajikan ekonomi dan sosial serta mengurangkan jurang perbezaan antara golongan kaya dan miskinKilang-kilang yang dimiliknegarakan gagal beroperasi dengan cekap akibat pemberontakan serta ketiadaan tenaga pakar.Selepas 1962 pelaksanaan dasar ekonomi sosialis membawa kesan buruk terhadap ekonomi Myanmar yang menjadi lembab dan kuraang maju.

Penutup

Kerajaan Thailand dan Myanmar telah membangunkan bidang pertanian, perindustrian dan perlombongan moden.Thailand dan Burma ( Myanmar ) mendapat bantuan luar untuk memajukan sosioekonomi negara masing-masing.

Page 219: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

6. Jelaskan perkembangan sosioekonomi Filipina dan Indonesia selepas tahun 1945.

Pendahuluan

1. Selepas merdeka Filipina dan Indonesia berusaha memajukan sosioekonomi negara masing-masing2. Menyediakan pelbagai kemudahan infrastruktur untuk terutamanya masyarakat luar bandar

Filipina

1. Penduduk Filipina lebih bertumpu di Bandar terutamanya Manila , Quezon City , dan Cebu.2. Taburan penduduk 46% di Pulau Luzon dan 29% di kepulauan Visayan3. Penduduk Filipina mempunyai hak kebebasan beragama dan peluang pendidikan yang sama. Bahasa utama ialah bahasa Inggeris , Sepanyol dan Tagalog ( bahasa kebangsaan )4. Penduduk Filipina bergantung hidup kepada hasil pertanian. Filipina merupakan pengeluar utama dunia bagi kelapa dan abaka.

Page 220: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

5. Ekonomi Filipina bercorak pertanian di mana padi merupakan tanaman sara diri dan eksport yang terpenting. Penubuhan Institut Penubuhan Padi Antarabangsa menyebabkan hasil pengeluaran padi meningkat.6. Jagung , tebu, tembakau, nenas dan kelapa juga merupakan tanaman lain yang penting. Gula dieksport khususnya ke Amerika syarikat.7. Mengasingkan industri gula dan kelapa melalui penubuhan Lembaga Kelapa Filipina dan menggerkkan semula Suruhanjaya Gula Filipina.8. 1956 Filipina telah menghasilkan 1.4 juta tan metrik kelapa kering9. Perindustrian merupakan punca utama pendapatan kerajaan dan kegiatan ini bertumpu di Manila dan para pekerja terlibat dalam bidang industri ringan , pembungkusan, pemprosesan, dan pemasangan .10. Ilagan City, di Mindanao merupakan kawasan industri besi dan keluli. 11. Orang China menguasai 23% daripada jumlah pelaburan perdagangan dan ini menimbulkan masalah pengagihan kekayaan Negara12. Memberi penekanan kepada pembangunan sektor eksport.13. 1960an kerajaan Filipina melancarkan Akta Insentif Eksport14. Jawatankuasa Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat meluluskan peruntukn sebanyak US$ 200 juta untuk membangunkan infrastruktur di Bandar General Santos ( Mindanao )15. Kadar literasi telah meningkat secara mendadak pada zaman pasca perang. 1946 kadar literasi penduduk Filipina ialah 60% berbanding 20% pada tahun 1900.

Indonesia .

1. Indonesia menduduki tempat kelima penduduk paling ramai di dunia. Lebih 65% penduduknya tinggal di pulau Jawa dan Madura .2. Etnik utama dan paling ramai ialah orang Melayu Indonesia yang menggunakan bahasa Indonesia.3. Agama Islam dan Hindu merupakan agama utama di mana kebebasan beragama diamalkan.4. Ekonomomi Indonesia bergantung kepada penghasilan pertanian dan eksport komoditi. Lebih 60% tenaga kerja terlibat dalam sektor pertanian . Menjelang abad ke 20 petrolium dan gas asli merupakan 65% daripada hasil eksport di samping ,bijih timah, getah , beras, ikan dan hasil hutan merupakan keperluan asas penduduk tempatan dan merupakan pendapatan utama negara.5. Jawa merupakan kawasan pertanian utama mengeluarkan 50% padi Negara, 90% soya, 75% jagung dan 80% ubi kayu. Kerajaan Indonesia telah melaksanakan revolusi hijau untuk memajukan sektor pertanian .6. Pada tahun 1958 kerajaan menggalakkan pelabur asing mengusahakan estet pertanian . Pada 1961 Presiden Indonesia mengarahkan setiap keluarga petani perlu memiliki 2 hektar tanah tetapi tidak melebihi 15 hektar tanah tanaman padi atau 20 hektar tanah tanaman biasa.7. Dalam industri Indonesia menceburkan diri dalam bidang petroleum ,getah, pembuatan barangan elektrik ,tekstil ,rokok dan kertas.8. Pada 1958 Indonesia membenarkan pelabur asing memiliki industri sendiri tetapi telah memiliknegarakan beberapa industri penting.9. Pada 1950 kerajaan Indonesia telah meningkatkan taraf pendidikan penduduknya. Pendidikan wajib dilaksanakan dan kelas pendidikan untuk golongan dewasa turut diadakan.

Kesimpulan

Page 221: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

1. Usaha kerajaan kedua-dua negara berjaya memperbaiki kedudukan sosioekonomi masing-masing.2. Pembangunan infrastruktur memberi kesan positif kepada perkembangan ekonomi .3. Berlakunya peningkatan penduduk dan kewujudan bandar-bandar baru.

7. Jelaskan langkah-langkah yang dijalankan oleh India dan China dalam membangunkan taraf sosioekonomi negara masing-masing selepas Perang Dunia Kedua.

Pengenalan

1. Negara China setelah dikuasai oleh Parti Komunis China (PKC) selepas perang Dunia Kedua dan India yang diperintah secara demokrasi telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menjaga kepentingan rakyatnya2. Program ekonomi di kedua-dua negara itu bertumpu dalam bidang pertanian, perusahaan dan sistem kewangan.

China 

1. Ekonomi

a. Rancangan 5 tahun pertama.b. Tumpuan 56% kepada perusahaan perkilangan, 18% pengangkutan dan 10% pertanian.

Page 222: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

c. Undang-undang pembaharuan pertanian untuk tingkatkan hasil dan mengelakkan penindasan petani miskin.d. Pada tahun 1952 kerajaan China memperkenalkan Koperasi Pengeluar-pengeluar Bahan pertanian di mana para petani digalak bergabung dalam syarikat kerjasama. Akibatnya hasil pengeluaran pertanian China berkembang pesat.e. Menumpukan peranan pemodal persendirian yang dikawal oleh kerajaan yang kemudian melibatkan pemodal baratf. Tumpuan yang lebih kepada perusahaan menyebabkan keluaran pertanian merosot 30%.g. Minta bantuan kewangan dan teknikal dari Soviet Union dalam bidang pertanian.h. Pembukaan Zon Industri Berat di Manchuria dan Industri Ringan di Shanghai.i. Penggunaan teknologi moden dalam bidang industri.j. Penggubalan semula sistem kewangan untuk mengimbang perbelanjaan negara.k. Cukai baru dikenakan seperti cukai tanah dan perniagaan untuk menambah pendapatanl. Menghakmilik negara sistem bank serta memperbaiki sistem kewangan dan perbankan.m. Peraturan ketat sistem kewangan dapat mengurangkan inflasi pada tahun 1950.

2. Sosial

a. Sistem perhubungan moden diperkenalkan seperti jalan keretapi dan jalanraya.b. Sistem pengairan untuk pertanian dan projek hidroelektrik.c. Sistem pendidikan peringkat asas dan tinggi diperbaiki.d. Hak yang sama kepada kaum wanita dalam soal perkahwinan, perceraian dan harta benda.e. Perkhidmatan awam diperbaiki.

India

Ekonomi 

Pembangunan pertanian : mempelbagaikan hasil tanaman, pelbagai jenis bijiran ditanam . Padi ditanam ( 1962 -62 : sejumlah 33.6 juta tan padi dikeluarkan )

Rancangan 5 tahun : mengatasi bidang industri dan perdagangan swasta, 1956 –melaksanakan dasar ekonomi sosialnya iaitu tanggungjawab kerajaan, dan memiliknegarakan.

Sosial

1. Pendidikan diwajibkan untuk pelajar 6 tahun hingga 11 tahun : Sekolah rendah ( 300, 384), sekolah menengah ( 54, 710 ) Sekolah vokasional ( sekolah khas ) Sekolah latihan guru ( 1,103 ) Universiti ( 40 buah )

2. Pembangunan kesihatan dimajukan : tumpuan kepada penyakit malaria ,tibi, kelamin, kematian bayi dan kusta. Mendapat bantuan WHO dan UNICEF. Kemudahan kesihatan disediakan hospital dan dispensary Masalah vitamin diatasi. Jangka hayat penduduk bertambah

Page 223: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

Penutup (2 markah)

Rancangan sosiokonomi China dan India telah dapat meningkatkan pengeluaran negara sama dalam bidang pertanian dan perindustrian walaupun pada dasarnya China dan India mempunyai matlamat berbeza sebelum dan selepas perangTaraf hidup masyarakat China dan India menjadi lebih memuaskan.Kerajaan China dan India tetap melaksanakan pembaruansosioekonomi demi kesejahteraan rakyat masing-masing.

8. Sejauhmanakah ideologi komunis mempengaruhi dasar luar Negara China dan Vietnam Utara?

Pengenalan

1. Ideologi komunis menjadi dasar sistem pemerintahan kedua-dua negara.2. Negara-negara tersebut menjalin hubungan diplomaik dan perdagangan dengan negara komunis dan bukan komunis.

Isi- Dasar Luar China

Dasar luar China bertujuan menjaga kepentingan dan keselamatan negara.Hubungan luar China lebih rapat dengan Negara-negara komunis seperti Kesatuan Soviet Union (USSR), Korea Utara, Vietnam Utara , Eropah Timur dan lain-lain.China banyak membantu Korea Utara semasa Perang Korea dalam bentuk ketenteraan dan kewanganChina juga membantu Vietnam Utara dalam bentuk ketenteraan dan kewangan.Tujuan hubungan baik dengan Negara komunis untuk mengeratkan hubungan serta mengukuhkan ideologi komunis China turut menjalin hubungan perdagangan dan diplomatik dengan negara- negara bukan komunis melalui PBB dan Persidangan Solidariti Afro-AsiaMenjelang 1963 negara China menjalinkan hubungan diplomatik dengan 42 buah negara75% hubungan perdagangan dengan Blok Komunis dan 25% dengan negara bukan komunis.Bergantung kepada Russia untuk perdagangan dan bantuan memajukan sumber ekonomi

Page 224: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

Dasar Luar Vietnam Utara

Dasar luar Vietnam Utara bertujuan menjaga kepentingan dan keselamatan negara.Hubungan terbesar Vietnam Utara adalah dengan negara komunis seperti Kesatuan Soviet Union (USSR) dan Republik Rakyat China(RRC)Vietnam Utara turut menjalin hubungan dengan negara bukan komunis .Vietnam Utara juga menjalin hubungan perdagangan dan diplomatik, ekonomi dan kebudayaan.Vietnam Utara bukan anggota PBB dan Blok Afro-AsiaBerusaha merapatkan hubungan dengan Negara-negara Asia seperti India dan Indonesia yang dilawati Ho Chi Minh.Juga mewujudkan dasar berbaik-baik dengan negara-negara baru merdeka di Afrika seperti menghantar guru-guru bahasa Peranchis kepada kerajaan Guinea serta memberi bantuan ketenteraan kepada tentera pembebasan Algeria.Menyokong aktif negara jiran Laos dengan bantuan ketenteraan dan pakar peperanganTiga perempat perdagangan Vietnam Utara adalah dengan negara komunis dan rakan dagang utamanya ialah China dan Rusia. 

Penutup

China dan Vietnam Utara mempunyai banyak persamaan dari segi bentuk hubungan luarnya.Mengutamakan negara yang sama ideologinya.Dasar luarnya tidak tertutup dengan negara bukan komunis.

Page 225: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

9. Bincangkan dasar luar India dan Pakistan dari tahun 1947 hingga 1963.

Pendahuluan

India mencapai kemerdekaan daripada British pada tahun 1947.Pakistan muncul sebagai negara baru pada 14 Ogos 1947 setelah berpisah dengan India.Dasar luar berbeza mengikut kepentingan dan perkembangan negara masing-masing.

India

Menjadi anggota PBB pada 1946 dan menganggotai KOMANWEL .New Delhi menjadi tuan rumah beberapa persidangan antarabangsa seperti ECAFE pada 1956 dan 1961, Persidangan Bulan Sabit Merah dan ILO.Mengambil bahagian dalam Perjanjian Damai di Korea.Terlibat secara langsung dalam perjanjian damai dan gencatan senjata di Vietnam, Laos dan Kemboja.Menghantar kontinjen tentera ke beberapa negara di bawah Panji-panji PBB seperti Mesir dan Congo.1961 menghantar 700 orang pakar ke 24 buah negara di bawah program Bantuan Teknikal PBBPerdagangan luar India melibatkan eksport bahan mentah dan bahan industri serta tekstil yang ditukarkan dengan barangan mesin berat dan peralatan.Eksport terpenting termasuk sutera serta kain kapas dan rempah ratus.Britain merupakan pelanggan utama diikuti oleh Amerika Syarikat , Jerman, Jepun, Russia dll.

Pakistan

Menganggotai PBB dan memegang beberapa jawatan penting dalam agensi khas.Aktif dalam PBB antaranya menghantar seramai 1400 orang anggota keamanan ke New Guinea pada tahun 1962-63.

Page 226: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

Melalui PBB Pakistan memperoleh banyak manfaat untuk kesejahteraan rakyatnya seperti biasiswa pendidikan , teknologi pengangkutan dan telekomunikasi, perubatan dan kesihatan , kejuruteraan serta pengangkutan udara.Pakistan menjalin hubungan dagangan dengan Negara-negara Amerika Syarikat , Jerman ,Jepun, dll.Pakistan memperoleh pendapatan yang lumayan dengan mengeksport barangan seperti kapas, bulu bebiri dll.Menganggotai beberapa pertubuhan lain seperti KOMANWEL, SEATO, Pertubuhan Islam serta Pertubuhan AFRO- ASIA.Rancangan Colombo memberi manfaat kepada Pakistan kerana diberi peluang untuk menyediakan kemudahan pusat latihan dan memberi peluang membuktikan kemampuannya.Pakistan turut menjalin hubungan dengan India untuk kepentingan bersama misalnya Perjanjian Air Lembah Indus berkaitan pengairan kawasan pertanian maupun pembinaan terusan untuk keperluan air bersih dari sungai Indus.

Kesimpulan

Kedua-dua Negara menjalin hubungan untuk kepentingan ekonomi ,politik dan sosial.Melibatkan diri dalam beberapa pertubuhan serantau dan antarabangsa.Dapat mewujudkan keamanan dalam Negara.

Page 227: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

10. Huraikan peranan yang dimainkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dalam membantu negara-negara Asia Tenggara selepas negara-negara tersebut mencapai kemerdekaan.

Pengenalan

1. PBB ditubuhkan pada Jun 1945 di San Francisco bermatlamat menjaga keamanan dunia dan menjalin kerjasama ekonomi ,politik dan social antara Negara anggota

2. Selepas memperolehi kemerdekaan kebanyakan Negara di Asia Tenggara telah diterima menganggotai PBB

Isi ( 20 markah )

1. Negara yang baru merdeka di Asia Tenggara mendapat pengiktirafan daripada PBB2. Pengiktirafan PBB memantapkan lagi kedudukan negara di peringkat antarabangsa3. PBB memberi bantuan kewangan untuk membangun negara yang baru mencapai kemerdekaan memandangkan mereka memerlukan banyak bantuan dan sokongan dari segi kewangan. Bank Dunia telah membiayai pembangunan secara keseluruhan.4. PBB memberi bantuan ketenteraan sebagai pemerhati dan pengaman terutama negara yang berkemungkinan mengalami pergolakan politik dalaman5. PBB melalui agensi pendidikannya memberi bantuan untuk memajukan bidang pendidikan dengan menghantar pakar dan membina pusat pendidikan ( UNESCO )6. PBB juga memantau dan membantu perkhidmatan dan penyelidikan mengenai kesihatan dan wabak penyakit tropika akibat kesan peperangan.7. PBB bukan sahaja menghantar bantuan doktor ( melalui WHO ) tetapi juga ubat-ubatan serta membina pusat kesihatan.8. PBB juga bertindak menyelia bantuan terhadap pelarian perang melalui UNCHR supaya tidak akan menimbulkan masalah terhadap negara yang didiami.9. Masalah mengenai kanak-kanak turut mendapat perhatian PBB melalui UNESCO terutamanya Negara yang miskin.10. Filipina mendapat bantuan teknikal PBB dalam bidang pembangunan industri, koperasi, pengeluaran tanaman dan haiwan , perikanan, kesihatan dsb.11. Thailand menerima bantuan kewangan dalam projek pertanian , perindustrian dan kesihatan.

Page 228: Skema Percubaan Negeri Melaka 2009

12. Burma mendapat bantuan PBB dalam menyelesaikan masalah penempatan tentera kerajaan nasionalis China di kawasan sempadannya.

Kesimpulan

1. Dengan bantuan PBB kedaulatan dan kemerdekaan Negara Asia Tenggara lebih terjamin2. Dengan bantuan teknikal dan kepakaran yang disalurkan kepada negara-negara asia Tenggara kehidupan rakyat menjadi lebih sejahtera dan maju.