perak-soalan & skema percubaan stpm 2010

Upload: wan-wan-hafizi

Post on 08-Apr-2018

332 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

  • 8/7/2019 Perak-soalan & Skema Percubaan Stpm 2010

    1/44

    http://sejarahstpm.blogspot.

    940/1

    SIJIL TIN(MALAY

    SMK

    Tam

    Arahan kepada calon:

    JANGAN BUKA KE

    Jawab empat soalan sdaripada Bahagian B

    Kertas so

    Disediakan Oleh :

    En. Rasman bin Samsu

    Ketua Panitia Sejarah (

    SMKDARY

    STPM 940/1*Kertas Soalan ini SULI

    Skema Percubaan

    om/

    EPERIKSAAN PERCUBAANGI PERSEKOLAHAN MALAYSIAIA HIGHER SCHOOL CERTIFIC

    ATO ABDUL RAHMAN YAAKUNEGERI PERAK

    SEJARAH

    Kertas 1

    adun Dunia Hingga Tahun 1800

    Masa : Tiga Jam

    TAS SOALAN INI SEHINGGA ANDABERBUAT DEMIKIAN

    haja; dua soalan daripada Bahagian A

    lan ini mengandungi 2 halaman berc

    din,

    TPM) ,

    T sehingga peperiksaan kertas ini tamat

    TPM Sejarah Kertas 1 2010

    SMK DARY 2010

    STPM 2010

    2010TE)

    IBENARKAN

    dan dua soalan

    tak

  • 8/7/2019 Perak-soalan & Skema Percubaan Stpm 2010

    2/44

    Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

    http://sejarahstpm.blogspot.com/ SMK DARY 2010

    BAHAGIAN A

    1. Huraikan peranan setiap lapisan masyarakat dalam tamadun Mesir.

    2. Huraikan langkah-langkah yang diambil oleh Shih Huang Ti untuk mengukuhkansistem pemerintahan beraja dalam empayar Dinasti Chin.

    3. Jelaskan organisasi ketenteraan dalam tamadun Rom pada zaman AugustusCaesar.

    4. Huraikan kegiatan ekonomi yang dilaksanakan di Alam Melayu sebelum abad ke15 Masehi.

    5. Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi matlamat pendidikan dalam tamadunawal.

    6. Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan sekularismedi Eropah.

    7. Sejauhmanakah faktor ekonomi menjadi pendorong aktiviti penjelajahan danpenerokaan orang Portugis pada abad ke 15M.

    8. Jelaskan pengaruh agama dan kepercayaan kepada perkembangan kesenian diIndia.

    BAHAGIAN B

    9. Bincangkan peranan golongan Ansar dan Muhajirin terhadap penyebaran Islam

    pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.

    10. Jelaskan pelaksanaan konsep syura dalam proses pelantikan khalifah padazaman Khulafa al-Rasyidin.

    11. Huraikan aspek kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w dalam bidang ketenteraandengan memberikan contoh-contoh yang sesuai.

    12. Huraikan perkembangan sistem mata wang pada zaman Khulafa al-Rasyidinsehingga zaman kerajaan Bani Abbasiyah.

    13. Bincangkan perkembangan institusi pendidikan Islam di Acheh pada abad ke-17

    Masihi.

    14. Bincangkan faktor-faktor yang membawa kepada kemunculan pelbagai mazhabdalam Islam.

    15. Bandingkan objektif penjelajahan dan penerokaan antara tamadun Barat dengantamadun Islam.

    16. Bandingkan ciri seni bina Islam dengan seni bina Rom.

  • 8/7/2019 Perak-soalan & Skema Percubaan Stpm 2010

    3/44

    Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

    http://sejarahstpm.blogspot.com/ SMK DARY 2010

    BAHAGIAN ASOALAN 1

    Huraikan peranan setiap lapisan masyarakat dalam tamadun Mesir

    PENGENALAN:[3 markah]

    1. Definisi organisasi sosial - lapisan masyarakat merujuk kepada organisasi sosial.2. Latar belakang Tamadun Mesir

    ISI:PERANAN SETIAP LAPISAN MASYARAKAT DI MESIR [7 isi X 3 markah = 21markah]

    1. Raja

    Mempunyai kedudukan yang tertinggi dalam struktur sosial masyarakatMesir.

    Dianggap sebagai Tuhan dan pelindung kepada rakyat Merupakan sumber kekuatan Berkuasa mutlak - bertindak sebagai ketua paderi, ketua pentadbir dan

    ketua hakim negara. Segala arahan dan perintah yang dikeluarkan oleh raja akan dilaksanakan

    oleh pegawai-pegawai tinggi. Raja merupakan lambang maat (kebenaran @ keadilan)

    2. Keluarga Diraja

    Putera-putera raja yang bakal mewarisi takhta kerajaan akan diberipendidikan semasa kanak-kanak lagi.

    Seorang guru dilantik untuk mengajar mereka pelbagai mata pelajaran Apabila meningkat dewasa, putera raja akan diberikan latihan dalam bidang

    ketenteraan Lazimnya, putera raja akan mengambil bahagian dalam ekspedisi

    ketenteraan yang dipimpin oleh bapa mereka. Putera raja akan dikahwinkan sewaktu masih kanak-kanak lagi.

    Biasanya mereka dikahwinkan dengan adik kandung @ sepupu untukmengekalkan kesucian keturunan.

    3. Golongan Bangsawan/ Pegawai Tinggi

    Raja dibantu oleh sekumpulan pegawai tinggi. Kebanyakan pegawai tinggi dilantik drpd kalangan anggota keluarga raja @

    saudara-maranya

    Dipercayai bahawa mereka yang mempunyai pertalian darah dengankeluarga diraja memiliki kewibawaan untuk memerintah.

    4. Wazir

    Dalam bidang kehakiman, wazir membantu raja untuk mengendalikan kes-kes di peringkat wilayah.

    Tugas-tugas wazir adalah; awasi kerja-kerja membina dan membaiki terusan bagi pengairan menjalankan banci ternakan dan sumber-sumber negara merekod banjir Sungai Nil menyediakan buruh paksa mengumpulkan cukai

    awasi ekspedisi diraja, bengkel-bengkel dan projek pembinaan memeriksa angkatan tentera sebagai penyambut duta-duta mengumpulkan ufti dari luar negara.

  • 8/7/2019 Perak-soalan & Skema Percubaan Stpm 2010

    4/44

    Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

    http://sejarahstpm.blogspot.com/ SMK DARY 2010

    5. Pendeta @ Paderi

    Firaun adalah ketua pendeta @ paderi. Pendeta mempunyai tugas dalam bidang keagamaan. Mereka juga mempunyai pengaruh dalam bidang politik khususnya dalam

    soal perlantikan raja.

    Menguruskan pemilihan pengganti raja dan upacara perlantikan raja baru.

    6. Anggota Tentera Ramai rakyat biasa terutamanya golongan petani, artisan dan kumpulan

    professional sederhana telah menyertai tentera. Hal ini kerana jawatan dalam tentera membolehkan seseorang yang tidak

    mempunyai pendidikan meningkatkan status dan taraf hidup mereka. Tentera juga merupakan satu kumpulan yang penting dalam struktur sosial

    masyarakat Mesir.

    7. Pembantu Raja

    Golongan ini terdiri daripada serf yang bekerja dalam pertanian dan seluruhkelas buruh.

    Golongan ini terdiri daripada pekerja-pekerja lombong emas, tembaga,pekerja-pekerja kuari dan pekerja binaan, golongan membuat barang-barang tembikar dan pengangkut air.

    Tugas utama mereka adalah membina candi-candi diraja.

    Mereka bekerja hampir sepanjang tahun. Gaji mereka dibayar dalam bentuk gandum dan barli.

    Pekerja-pekerja juga diberikan sayur-sayuran, ikan, kayu api, ubat-ubatandan pakaian.

    Pada hari kebesaran, raja akan berikan barang mewah seperti garam, waindan bir kepada mereka.

    Golongan ini mempunyai rumah berhala sendiri dan tribunal untukselesaikan masalah mereka.

    8. Petani

    Merupakan golongan rakyat biasa yang hidup dlm keadaan tertindas. Mereka terikat kepada tuan tanah. Apabila tanah dijual, petani akan menjadi hak milik tuan tanah yang baru. Petani yg berkhidmat di tanah raja menikmati sedikit kebebasan. Pada musim banjir, mereka dikehendaki bekerja sebagai buruh paksa dalm

    pembinaan candi. Menjelang pemerintahan kerajaan baru, para petani menikmati kebebasan

    sepenuhnya. Tanah-tanah pertanian dibahagikan kepada bahagian-bahagian yang kecil

    dan diberikan kepada tiap keluarga. Tanah-tanah tersebut tidak boleh dipindah milik. Oleh itu kedudukan mereka terjamin dan mereka bekerja di tanah sendiri.

    9. Hamba

    Mereka tidak mempunyai kebebasan

    KESIMPULAN [1 markah]

    Struktur sosial dalam tamadun Mesir sangat kompleks dan agak tersusun menjadikan

    Mesir sebuah tamadun yang hebat ketika itu.

  • 8/7/2019 Perak-soalan & Skema Percubaan Stpm 2010

    5/44

    Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

    http://sejarahstpm.blogspot.com/ SMK DARY 2010

    SOALAN 2

    Huraikan langkah-langkah yang diambil oleh Shih Huang Ti untuk mengukuhkansistem pemerintahan beraja dalam empayar Dinasti Chin.

    Pengenalan:

    1. Latar belakang Shih Huang Ti Maharaja Shih Huang Ti adalah pengasas Dinasti Chin pada tahun 221 S.M .

    Beliau telah mengasaskan empayar yang luas sehingga Sungai Merah diVietnam.

    Berjaya menyatukan seluruh empayar China ke bawah satu pemerintahanpusat.

    2. Sistem pemerintahan beraja China

    Ketua kerajaan pusat ialah maharaja atau Huang Ti. Gelaran Huang Ti digunakan oleh maharaja pertama Dinasti Chin. Gelaran ini menunjukkan kuasa dan karisma seseorang raja yang dianggap

    sebagai The Great Kingdan The King of Kings. Maharaja mempunyai kuasa tertinggi, sumber undang-undang, ketua

    kerajaan, ketua hakim, dan ketua agama.

    3. Latar belakang empayar Chin.

    Isi : [ 7 isi X 3 markah = 21 markah ]Langkah-langkah pengukuhan sistem pemerintahan beraja oleh Shih Huang Ti:

    1. Menjalankan sistem pemerintahan berpusat

    Menubuhkan ibu kota di Hsein Yang sebagai pusat pemerintahan. Semua kuasa kerajaan adalah di bawah kuasa maharaja yang memerintah

    terus dari ibu kota. Menjalankan pemerintahan bersifat autokratik

    2. Menghapuskan sistem feudal

    Menghapuskan sistem feudal dengan menyekat kuasa dan pengaruhgolongan aristokrat/bangsawan serta pegawai-pegawai feudal di peringkatwilayah dan daerah.

    Merampas tanah golongan aristokrat/bangsawan dan mengarahkan merekatinggal di sekitar kawasan istananya.

    Lebih 120 000 orang aristokrat telah diarahkan ke ibu negeri iaitu HsienYang, pusat kerajaan Dinasti Chin.

    3. Memperkenalkan scholar system

    Melalui sistem ini, kerajaan melalui bidang pendidikan akan melatihsekumpulan kakitangan awam untuk menjadi gabenor dan pegawai-pegawaiyang berkhidmat dengannya yang akan mempunyai kelulusan pendidikanyang tinggi.

    Dilatih selama 15 tahun untuk menjadi kakitangan awam yang akanberkhidmat kepada maharaja.

    Melalui sistem ini tiada lagi golongan bangsawan yang dilantik secarawarisan melalui sistem feudal tetapi mesti berdasarkan kelulusan dalampeperiksaan awam yang dijalankan dengan ketat.

    Dengan demikian, pegawai kerajaan dan kakitangan awam yang dilantik

    akan dapat dipastikan mempunyai kelayakan yang sewajarnya. Ini sekali gus dapat mengukuhkan kuasa maharaja dan empayarnya

    mempunyai birokrasi yang cekap.

  • 8/7/2019 Perak-soalan & Skema Percubaan Stpm 2010

    6/44

    Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

    http://sejarahstpm.blogspot.com/ SMK DARY 2010

    4. Mewujudkan tiga pentadbiran utama

    Maharaja bertanggungjawab kepada tiga pentadbiran utama iaitu Canselor,Setiausaha Imperial dan Grand Commandant.

    Bertanggungjawab menasihati raja dan menguruskan istana.

    Masing-masing mempunyai tugas khas. Contoh : Canselor mengawalkeputusan dasar-dasar kerajaan dan lebih tinggi daripada jawatan lain.Setiausaha Imperial bertanggungjawab dalam membuat arahan , merekrut,

    dan menyelia ahli-ahli perkhidmatan raja. Grand Commandant mengawaltentera-tentera raja.

    Tanggungjawab ketiga-tiga jawatan tersebut diagihkan sesama merekahinggakan tiada seorang pun berada dalam kedudukan yang mampumenggulingkan kuasa maharaja. Dengan demikian dapat mengukuhkankuasa maharaja.

    5. Membuat perubahan dalam pentadbiran wilayah @ provinsi

    Membahagikan empayar kepada 36 wilayah (kemudiannya 42 wilayah) Menghapuskan kuasa golongan bangsawan untuk memerintah wilayah.

    Shih Huang Ti melantik gabenor dan panglima tentera untuk mentadbir

    wilayah yang terdiri daripada ahli keluarganya atau pegawai tentera yangbanyak berjasa kepadanya bagi menggantikan golongan bangsawan sistemfeudal.

    Pemerintahan wilayah ini dikawal terus oleh pusat pemerintahan maharaja. Ia bertujuan untuk mengelakkan wilayah daripada membentuk kerajaan dan

    akhirnya mencabar dan mengalahkan kerajaan pusat sebagaimana yangsering berlaku dalam sistem feudal.

    (Dalam sistem feudal pemerintah bangsawan di wilayah mempunyai kuasayang besar untuk memerintah. Mereka boleh membuat keputusan sendiri danboleh membentuk angkatan tentera sendiri. Sering terjadi apabila pusat(maharaja) lemah, maharaja akan terpaksa meminta pertolongan pemerintah

    bangsawan ini. Dalam keadaan tertentu maharaja sendiri akan diserang dandikalahkan oleh golongan bangsawan ini).

    6. Melantik pemerhati/perisik di wilayah

    Untuk mengawal pentadbiran wilayah, seorang pemerhati/perisik dilantik bagimengawasi tindak-tanduk gabenor-gabenor di wilayah.

    Pegawai-pegawai pemerhati ini akan melaporkan kepada maharaja dikerajaan pusat dan dengan cara ini maharaja boleh mengawal semuawilayah dalam empayarnya.

    Dengan demikian, musuh-musuh kerajaan dapat dihapuskan.

    7. Dasar pengawalan ke atas rakyat dengan undang-undang

    Sistem ini dikuatkuasakan melalui kanun keseksaan yang ketat dan kejam.

    Mengamalkan sistem undang-undang yang ketat berasaskan fahamanlegalisme yang bertujuan mengawal tingkah laku rakyat melalui undang-undang dan tindakan yang keras. Oleh itu, buku-buku ajaran Confucius telahdibakar kerana bertentangan dengan dasar yang diamalkannya.

    Sarjana-sarjana berfahaman Confucius yang ingkar dihukum bunuh. Untuk mengelakkan pemberontakan, rakyat yang memiliki lembing, tombak,

    anak panah, dan kereta kuda dipaksa menyerahkan senjata-senjata tersebutkepada kerajaan.

    Penduduk di China diatur dalam kumpulan-kumpulan keluarga yangmempunyai tanggungjawab bersama untuk menyediakan guna tenaga dalam

    kerja-kerja pembinaan dan ketenteraan. Kaedah pemerintahan seperti ini dikuatkuasakan oleh Shih Huang Ti di

    seluruh negara China untuk menyatukan Negara China dan mengukuhkanpemerintahannya.

  • 8/7/2019 Perak-soalan & Skema Percubaan Stpm 2010

    7/44

    Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

    http://sejarahstpm.blogspot.com/ SMK DARY 2010

    8. Memperkukuhkan sistem pertahanan daripada serangan luar

    Pemerintah China mempertahankan negara daripada serangan orang gasarkhususnya daripada puak nomad Hsiung Nu dengan membina TembokBesar Negeri China.

    Shih Huang Ti telah menyambung pembinaan Tembok Besar Negeri Chinayang dilengkapi dengan menara kawalan untuk memerhati gerakan musuh.

    Di samping itu, Shih Huang Ti memperbesar dan memperkuat pasukan

    tentera.

    Kesimpulan:1. Shih Huang Ti berjaya mengukuhkan pemerintahannya.2. Sikap beliau yang autokratik dan zalim menyebabkan rakyat cuba memberontak

    tetapi gagal.3. Sistem beraja Dinasti Chin mengalami keruntuhan selepas kematian Shih Huang

    Ti pada tahun 210 S.M kerana penggantinya lemah dan tidak dapat mengawalseluruh empayar yang luas.

    Perhatian : Markah maksimum Pendahuluan + Kesimpulan adalahsebanyak 4 markah sama ada 3 +1 @ 2+2 @ sebaliknya.

  • 8/7/2019 Perak-soalan & Skema Percubaan Stpm 2010

    8/44

    Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

    http://sejarahstpm.blogspot.com/ SMK DARY 2010

    SOALAN 3

    Jelaskan organisasi ketenteraan dalam tamadun Rom pada zaman AugustusCaesar.

    A. Pendahuluan [ 3 markah]

    1. Tamadun Rom yang muncul selepas kejatuhan Yunani berjaya membentukempayar yang luas kerana mempunyai pasukan tentera yang kuat.

    2. Organisasi ketenteraan Rom jelas ketara dalam aspek matlamat ketenteraan,dasar ketenteraan, taktik peperangan, organisasi tentera, penyusunan tenteradan peralatan perang.

    3. Bandar Rom memang dikenali sebagai bandar berkubu. Orang-orang Romsentiasa bersedia mempertahankan Rom dari serangan luar yang sentiasasahaja mengancam Rom. Oleh itu, Rom telah membina tembok pertahanandisempadan dan yang paling terkenal ialah Tembok Hadrian yang dibina darike Solway sepanjang 80 batu. Rom terkenal dengan angkatan lautnya. Ini jelasapabila Rom melawan Carthage di Pulau Sicily, Rom menggunakan angkatanlaut yang besar. Begitu juga ketika meluaskan empayarnya ke Afrika, Rom

    juga menggunakan kapal laut.4. Ketahanan diri dan fizikal dicapai melalui beberapa aktiviti seperti bergusti,

    pertunjukkan gladiator (perlawanan manusia), dan binatang buruan yang liarserta lumba kuda. Gimnasium dan gelanggang gusti dibina untuk tujuantersebut. Orang tahanan dilawankan dengan binatang liar seperti singa.

    B. Isi: Sistem ketenteraan dalam Tamadun Rom pada zaman Klasik[5 isi X 4 markah = 20 markah]

    1. Matlamat Ketenteraan

    Pada zaman empayar, peperangan bertujuan meluaskan kekuasaan politik

    ke benua Asia, Afrika dan Eropah. Bertujuan untuk menguasai kegiatan ekonomi.Rom berjaya menguasai

    kegiatan perdagangan setelah menawan wilayah-wilayah di sekitar laut

    Mediterranean.

    2. Dasar Ketenteraan

    Dalam peperangan, nyawa dan harta benda tidak dihargai.

    Peperangan menyebabkan kemusnahan harta benda dan kematian manusia.

    3. Taktik Peperangan

    Taktik yang digunakan oleh tentera Rom adalah melakukan kekejaman

    terhadap musuh untuk meninggalkan kesan psikologi atau menimbulkan

    perasaan takut atau bimbang dalam kalangan musuh.

    Mereka juga mendirikan kem-kem tentera bagi menghadapi tentera musuh.

    4. Organisasi Ketenteraan

    Organisasi ketenteraan yang sistematik dan teratur dalam tamadun Rom,

    tentera disusun berdasarkan sistem sub seksyen maniples.

    Tentera dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil supaya dapat

    bergerak bebas di medan peperangan.

    Tentera dalam kumpulan maniples dikenali sebagai Legion yang terdiri

    daripada 4000 hingga 6000 askar. Legion diketuai oleh Legatus dan dibantu oleh pegawai yang dikenali sebagai

    Tribuni.

  • 8/7/2019 Perak-soalan & Skema Percubaan Stpm 2010

    9/44

    Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

    http://sejarahstpm.blogspot.com/ SMK DARY 2010

    Askar terdiri daripada tentera infantri yang dibayar gaji tinggi serta dilengkapi

    senjata seperti lembing.

    5. Penyusunan Tentera

    Sistem Phalanx telah diperbaiki dengan meningkatkan bilangan askar

    kepada 16 orang sebaris.

    Pada zaman Augustus, Praetorian Guard diwujudkan untuk menghadapiserangan orang Gasar di kawasan sempadan.

    6. Peralatan PeperanganPeralatan yang digunakan ialah lembing, pedang, perisai, tombak dan kuda.

    C. Kesimpulan [ 2 markah]

    1. Tamadun Rom mempunyai sistem ketenteraan yang tersusun.

    2. Organisasi ketenteraan yang mantap membantu orang Rom membina empayar yangkuat.

  • 8/7/2019 Perak-soalan & Skema Percubaan Stpm 2010

    10/44

    Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

    http://sejarahstpm.blogspot.com/ SMK DARY 2010

    SOALAN 4

    Huraikan kegiatan ekonomi yang dilaksanakan di Alam Melayu sebelum abad ke-15.

    A. PENGENALAN ( 3 markah )

    1. Kegiatan ekonomi masyarakat Melayu Tradisional berasaskan kepada aktivitiberasaskan aktiviti pertanian yang berasaskan pertanian sara diri terdiri daripadaaktiviti bercucuk tanam, menternak binatang, menangkap ikan, memburubinatang dan mengumpulkan hasil hutan.

    2. Masyarakat juga terlibat dalam kegiatan perlombongan dan mengumpulkan hasilhutan yang dijadikan sebagai barang pertukaran untuk mendapatkan barang-barang keperluan.

    3. Menjelang abad pertama Masihi, berlaku perkembangan pesat dalamperdagangan dan muncul politi-politi perdagangan.

    B. ISI-ISI ( 7 isi x 3 m = 21 markah )Aktiviti-aktiviti ekonomi di Alam Melayu.

    1. Aktiviti ekonomi berasaskan pertanian

    Kegiatan ekonomi tradisional masyarakat Melayu bergantung pada aktivitipertanian untuk tujuan sara diri, iaitu menghasilkan pelbagai bahan makananuntuk kegunaan sendiri.

    Kegiatan pertanian terdiri daipada aktiviti bercucuk tanam, menternak binatang,menangkap ikan, memburu dan mengumpulkan hasil hutan.

    Penanaman utama ialah tanaman padi kerana merupakan makanan penting diNusantara. Tanaman lain ialah ubi keladi,sagu dan ubi kayu .

    2. Kegiatan mengumpul hasil hutan.

    Tanah Melayu kaya dengan hasil-hasil hutan seperti kayu wangi, kayu gaharu,kapur barus dan, rotan.

    Hasil hutan dibawa ke pusat pengumpulan seperti Kuala Selinsing dan diedarkanke pelabuhan-pelabuhan kecil.

    3. Kegiatan mengumpul hasil laut.

    Kepulauan Melayu kaya dengan hasil laut seperti siput, kerang, dan tirammutiara.

    Hasil laut seperti kura-kura, siput kowri, akar bahar, dan tripang mendapatpasaran yang luas di China.

    Kulit siput kowri digunakan sebagai mata wang manakala akar bahar dan tripangdigunakan sebagai perencah sup dan untuk tujuan perubatan.

    Aktiviti mengumpul hasil laut turut melibatkan orang laut yang mempunyaikemahiran menyelam dan berenang untuk memungut kerang, tiram dan bungakarang.

    4. Kegiatan perlombongan.

    Merupakan kegiatan ekonomi yang penting di Kepulauan Melayu. Hasil galian seperti besi dan emas terdapat di kawasan seperti Delta Sungai

    Sarawak. Semenanjung Tanah Melayu pula kaya dengan besi, emas dan bijih timah. Kegiatan perlombongan dimonopoli oleh pembesar Melayu.

    5. Aktiviti Perdagangan. Kedudukan geografi Kepulauan Melayu yang terletak di tengah-tengah jalan

    perdagangan antara India dan China menyebabkan aktiviti perdaganganberkembangan pesat.

  • 8/7/2019 Perak-soalan & Skema Percubaan Stpm 2010

    11/44

    Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

    http://sejarahstpm.blogspot.com/ SMK DARY 2010

    Perkembangan perdagangan menyebabkan muncul beberapa politiperdagangan di Alam Melayu. Contohnya, Tun Sun, Chih Tu, Tan Ma Ling,Tiyumah, Lang-ya-hsui, dan Kalah.

    Sumber bertulis China mengandungi maklumat tentang barang-barang yangdidagang di pelabuhan-pelabuhan tersebut.

    Barang yang didagangkan :i. Lang-ya-hsui - gading gajah, tanduk badak, sumbu, gaharu, kapur barus.

    ii. Tan-ma-ling - madu labah, kapur barus, gading gajah, kayu gaharu.iii. Kalah kayu alges, kayu cendana, gading gajah dan ebony.

    6. Kegiatan sebagai pusat pengumpulan.

    Pusat pengumpulan muncul pada abad ke-2 dan ke-3 Masihi di SemenanjungTanah Melayu. Pusat pengumpulan berkembang kerana kedudukan yangstrategik di tengah- tengah laluan perdagangan antarabangsa.

    Terletak di tepi pantai dan sungai-sungai di kawasan pedalaman. Turut menjadipusat persinggahan dan pusat menjual barang-barang tempatan.

    Contohnya: Sungai Lang, Klang, Batu Buruk ( bijih timah dan emas ), PulauTioman ( kayu gaharu, kapur barus, sarang burung dan kelapa.

    7. Kegiatan sebagai pusat pembekalan.

    Merupakan pusat-pusat yang mengeluarkan dan membekalkan barangantempatan kepada pusat-pusat pengumpulan.

    Terletak di kawasan pantai atau kawasan sungai di pedalaman. Contoh : Lembah Langat di Jenderam Hilir merupakan pusat pembekal bagi

    mengumpulkan bijih timah dari kawasan pedalaman.

    8. Kegiatan sebagai pelabuhan entrepot

    Merupakan pusat perdagangan yang muncul selepas abad pertama Masihi. Terletak di tengah-tengah laluan perdagangan timur-barat dan mempunyai

    kemudahan pelabuhan yang lengkap seperti gudang, rumah penginapan,

    bekalan air minuman , tempat membaiki kapal dan lain-lain. Tempat mengumpulkan pelbagai barang dagangan dari Arab, India, Sri Langka,

    dan China .

    Seterusnya barangan akan diniagakan dan dihantar oleh pedagang melaluipelabuhan entrepot ke tempat yang memerlukan barangan tersebut.

    C. KESIMPULAN ( 1 markah )

    Selepas abad pertama Masihi, aktiviti perdagangan berkembang dengan pesat.Kepesatan perdagangan ini nanti membawa kepada kemunculan empayar.

    Kekuatan dalam bidang ekonomi telah melahirkan empayar yang kuat di AlamMelayu.

  • 8/7/2019 Perak-soalan & Skema Percubaan Stpm 2010

    12/44

    Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

    http://sejarahstpm.blogspot.com/ SMK DARY 2010

    SOALAN 5

    Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi matlamat pendidikan dalam tamadunawal.

    PENGENALAN [ 3 markah]

    1. Latar belakang tamadun awal: lokasi dan masa (Mesopotamia, Mesir, China, India,Rom dan Yunani)

    2. Definisi pendidikan : satu disiplin yang berurusan dengan kaedah pengajaran danpembelajaran di sekolah dan persekitaran sekolah dalam usaha membentukkeupayaan, kebolehan dan sikap manusia supaya mencapai kesempurnaan jasmanidan rohani. Pendidikan berkembang kerana pertambahan penduduk.

    3. Pusat-pusat pendidikan meliputi tempat ibadat, istana,rumah guru,sekolah,kolej danuniversiti. Organisasi dan pelaksanaan pendidikan adalah berbeza mengikuttamadun China,Mesir,India, China danYunani.

    4. Terdapat pelbagai faktor yang menjadi menjadi matlamat utama pendidikan tamadunawal seperti aspek birokrasi, pentabiran, ketenteraaan, kemanusiaan, agama dankeintelektualan.

    ISI : Matlamat pendidikan dalam tamadun awal [ 5 isi X 4 markah = 20 markah]

    1. Membentuk Birokrasi

    a. China- melahirkan golongan birokrasi dengan tujuan mengukuhkan kerajaandan mewujudkan keamanan. Ajaran dan kefahaman Confucius ditekankan

    dalam pendidikan di China yang bertujuan menjalin hubungan persaudaraandan sifat kekeluargaan demi kepentingan masyarakat China.b. Pelajar-pelajar China dikehendaki menduduki peperiksaan berasaskan ajaran

    Confucius untuk memegang jawatan penting dalam kerajaan. Ia bertujuanmelahirkan pegawai kerajaan yang bermoral dan bertanggunggjawab.

    2. Faktor Ketenteraan

    a. Sparta untuk melahirkan warganegara yang sedia berkorban untuk Negarakota.Mereka dilatih menjadi tentera dengan latihan yang ketat.

    b. Pada keseluruhannya, pendidikan di Sparta berkisar kepada ketenteraankerana golongan Peer yang minoriti sentiasa menghadapi serangan daripada

    golongan Helot.

    3. Faktor Kemanusiaan

    c. Athens melahirkan manusia yang seimbang dari segi rohani, jasmani danintelektual. Masyarakat yang cemerlang dapat menyumbang kepada diri dannegara. Pelajar diajar menunggang kuda, bermain panah dan berenang untukjasmani.

    d. Mereka akan terlibat dalam sukan olimpik. Mereka diajar untuk berpidato,menghafal retorik (hasil sastera), membaca, menulis supaya bijakberbicara.Mereka juga diajar muzik untuk keseimbangan emosi.

  • 8/7/2019 Perak-soalan & Skema Percubaan Stpm 2010

    13/44

    Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

    http://sejarahstpm.blogspot.com/ SMK DARY 2010

    4. Faktor Keintelektualan

    a. China, Rom, Athens sangat menghormati golongan intelektual.b. Yunani menekankan falsafah. Mereka mengganggap manusia sebagai

    haiwan yg rasional dan manusia dibahagikan kepada tubuh dan minda. Jadi,pendidikan adalah penting utk mengimbangi kedua-dua perkara tadi. Dasardan matlamat pendidikan adalah berbeza mengikut negara kotaYunani.

    c. Di Athens, kemudahan pendidikan dikendalikan oleh golongan Sophis.Matlamatnya ialah melahirkan warganegara yang boleh memberi mewujudkanhubungan yang lebih erat antara warganegara

    5. Melahirkan golongan profesionalisme

    a. Rom menekankan aplikasi ilmu yang praktikal melahirkan jurutera yangdapat membina sistem pengairan,bangunan dan jalan. Oleh itu Rom terkenaldengan penyediaan infrastruktur dan kemudahan awam yang berupayamemberikan kesejahteraan hidup kepada masyarakatnya.

    b. Mesopotamia-melatih jurutulis (scribes) yang bertujuan menjalankanpentadbiran dan menguruskan ekonomi ladang-ladang yang dimiliki oleh

    rumah berhala dan istana. Dari segi pentadbiran dan ketenteraan, jurutulisdikehendaki menghasilkan surat perjanjian, urusan surat menyurat,mengikutirombongan ketenteraan dan menyenaraikan banduan serta harta rampasanperang.

    c. Mesir melahirkan golongan professional yang bekerja sebagaisetiausaha/kerani dalam ketenteraan, pentadbiran, perbendaharaan.

    6. Faktor Keagamaan

    a. Mesopotamia dan Mesir melahirkan golongan pendeta/paderi. India -melahirkan golongan sami dan pemimpin agama. Penekanan pendidikan di

    India juga adalah untuk menyediakan manusia ke arah menghadapi kehidupanselepas mati. Kedatangan orang Aryan ke India telah membawa kepadakemunculan sistem kasta dan kelas.

    b. Jadi matlamat pendidikan juga turut berubah iaitu memelihara danmemperkukuhkan sistem kasta. Akibatnya, pendidikan yang diberikan adalahberbeza-beza mengikut kasta supaya dapat mendalami pengetahuan tentangprofesion kasta mereka.

    7. Faktor Semangat Patriotisme

    a. Rom-melahirkan rakyat yang setia kepada negara. Empayar Yunani, Rom, India danChina adalah hasil daripada pendidikan yang berjaya menanam semangat

    patriotisme di kalangan rakyat dan tenteranya.

    C. Penutup [ 2 markah]

    1. Terdapat banyak matlamat pendidikan tamadun awal seperti untuk tujuanagama, jurutulis, kemanusiaan, patriotisme, untuk diri sendiri, kesejahteraanmasyarakat dan keagungan Negara.

    2. Golongan jurutulis yang terhasil dari sistem pendidikan membantu pemerintahmenyimpan rekod pentadbiran, perdagangan, keagamaan serta harta kuil ataurumah berhala di samping menyimpan rekod tentang kekayaan di ladang-ladangyang dimiliki oleh rumah berhala atau istana.

  • 8/7/2019 Perak-soalan & Skema Percubaan Stpm 2010

    14/44

    Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

    http://sejarahstpm.blogspot.com/ SMK DARY 2010

    SOALAN 6

    Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan sekularisme diEropah.

    PENDAHULUAN (3 markah)

    1. Maksud sekularisme:

    Percubaan memisahkan urusan dunia daripada urusan agama dan Tuhan darisegala urusan kehidupan manusia.

    2. Tujuan pemikiran sekularisme:

    Bertujuan untuk menjadi lebih terbuka dalam persekitaran ke arah perubahanpemikiran pada zaman Renaisans.

    3. Antara tokoh sekularisme di Eropah ialah:-- John Locke

    -Niccolo Machiavelli

    - Francis Bacon

    ISI (5 isi X 4 markah)

    1. Perkembangan zaman Renaisans

    Kemunculan gerakan Renaisans pada abad ke-15 dengan gagasan humanisme,individulisme dan rasionalisme telah menyebabkan berlaku perubahan dalam bidangpolitik, ekonomi dan sosial. Perubahan ini yang memfokuskan pemisahan aspekkeduniaan dan kebendaan daripada fahaman agama telah mempengaruhi

    perkembangan sekularisme di Eropah.

    2. Fahaman humanisme, individualisme dan realisme

    Sekularisme juga dipengaruhi oleh fahaman humanisme, individualisme danrealisme. Fahaman ini memberi tumpuan kepada kepentingan peranan akal fikiran, budipekerti, dan keintelektualan dalam mengatasi perkara yang berkaitan dengankeduniaan. Kehendak manusia perlu diutamakan. Manusia mempunyai keupayaanuntuk menentukan kehidupan masa depan dan tidak boleh menerima sahaja nasibmalang mereka untuk mengharapkan kebahagiaan di akhirat. Pemikir liberal sepertiJohn Locke, Rousseau dan Thomas More menekankan supaya sikap, moral, kaedahpendidikan, kerajaan dan agama harus dianalisis secara rasional.

    3. Kemunculan idea dan pemikiran baru dalam agama Kristian

    Sekularisme lahir akibat daripada kemunculan idea dan pemikiran baru tentangajaran Kristian. Pemikir pembaharuan tersebut terdiri daripada Martin Luther, JohnCalvin dan Giordano Bruno. Mereka mempertikai peranan dan penyalahgunaan kuasagereja terutama berkaitan dengan peranan manusia. Ajaran Protestan mengetepikanCanon Law dan membenarkan masyarakat memberi tumpuan kepada aspek kebendaanyang menjadi asas kepada sekularisme.

    4. Sistem Pendidikan

    Perubahan sistem pendidikan di Eropah pada zaman Renaisans telahmempengaruhi perkembangan sekularisme. Pada abad ke-14 dan 15, bandar-bandarutama seperti Padua, Venice, Rom dan Naples telah memperkenal ilmu baru yangbersifat humanisme seperti:

  • 8/7/2019 Perak-soalan & Skema Percubaan Stpm 2010

    15/44

    Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

    http://sejarahstpm.blogspot.com/ SMK DARY 2010

    - guru terdiri daripada orang biasa dan bukan klegi- orientasi kepada ilmu praktis dengan penumpuan kepada ilmu sains- kurikulum sekolah dan universiti bebas daripada gereja- pendidikan terbuka kepada semua rakyat

    5. Perkembangan sistem ekonomi baru

    Perkembangan sekularisme juga didorong oleh perubahan sistem ekonomi diEropah daripada ekonomi feudal kepada sistem ekonomi bebas yang mementingkankekayaan. Gerakan reformasi juga dapat mengurangkan kekuasaan gereja dalanbidang ekonomi. Fahaman Calvinisme telah berjaya mengetepikan Common Lawdengan membenarkan riba dan mengumpulkan kekayaan. Fahaman ini memberipeluang kepada golongan kapitalis mengemukakan teknik kewangan baru yang bebasdaripada kawalan gereja dan peraturan lama.

    6. Kemunculan falsafah politik baru

    Pada zaman kemuncak pertengahan, muncul beberapa tokoh falsafah politikbaru (1050 -1250 M) seperti Marsilo Padua, Nicholo Machiavelli dan John Locke.

    Marsilo Padua dalam bukunya Defensor Pacis menekankan hak menggubal undang-undang dan memerintah diberi kepada pihak kerajaan pusat. Pihak gereja tidak harusmelibatkan diri dalam hal ehwal pentadbiran Negara. Ini menjadi asas kepadakemunculan sekularisme. Nicholo Machiavelli memberi idea kepada penubuhan negarabangsa apabila raja dapat mengatasi golongan bangsawan feudal, mengekalkan kuasadan menguasai kekayaan (sekularisme).

    KESIMPULAN (2 markah)

    1. Masyarakat pada zaman sekular melihat kehidupan di dunia lebih penting daripada

    kehidupan selepas mati.

    2. Penekanan sistem politik, ekonomi dan sosial lebih mementing aspek kebendaandan kekayaan.

  • 8/7/2019 Perak-soalan & Skema Percubaan Stpm 2010

    16/44

    Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

    http://sejarahstpm.blogspot.com/ SMK DARY 2010

    SOALAN 7

    Sejauhmanakah faktor ekonomi menjadi pendorong aktiviti penjelajahan danpenerokaan orang Portugis pada abad ke 15 Masehi.

    PENGENALAN:

    1. Konsep penjelajahan dan penerokaan.

    2. Kuasa-kuasa Eropah yang melakukan penjelajahan dan pelayaran

    3. Latar belakang kemunculan kuasa Portugis.

    ISI : 7 isi x 3 Markah = 21 Markah

    A . Faktor ekonomi memang salah satu faktor utama , tetapi terdapat faktor lain yangmempengaruhi.

    1. Keperluan untuk Pasaran dan Bekalan Bahan Mentah

    Ini berlaku akibat perkembangan kapitalisme dan institusi perbankan. Hal ini telah menggalakkan pengumpulan modal, hak milik persendirian dan

    persaingan dalam perniagaan Perkembangan kapitalisme telah menyebabkan mereka mengamalkan dasar

    ekonomi merkantilisme. Dasar merkantilisme menekankan dasar pengumpulan kekayaan, menambah

    kuasa dan mendapat keuntungan melalui pelaburan di kawasan baru

    2. Memerlukan Barangan dari Timur

    Mereka memerlukan barangan seperti rempah ratus, ubat-ubatan dan kapal . Pada abad ke-15M, pedagang Islam & Italy kuasai perdagangan dengan Timur

    dan dapat keuntungan yang besar Penguasaan Turki ke atas Contantinople pada 1453 M dan wilayah-wilayah di

    timur menyebabkan kota-kota Italy seperti Venice, Genoa dan Pisa kehilanganperanan sebagai pengkalan perdagangan utama.

    Mereka juga tidak dapat menerima bekalan barang-barang dari Timur dengantetap .

    Ini mendorong kuasa Portugis mencari jalan laut ke Timur untuk mendapatkanbarangan tersebut dengan kadar harga yang rendah dan memecahkan monopolisaudagar Islam

    B. Faktor-faktor lain

    3. Faktor Geografi

    Negara Portugal terdedah kepada pengaruh kelautan . Kedudukan yang terdedah kepada Lautan Atlantik mendorong bangsa tersebut

    untuk melakukan pelayaran dan penerokaan . Ini menyebabkan mereka telah menemui jalan ke Timur.

    4. Faktor Politik - Keadaan politik yang Stabil & Kepimpinan Raja-raja Portugal

    Kepimpinan raja-raja Portugal dari Dinasti Avis menggalakkan perdagangan danperkapalan .

    Contoh ; Raja Manuel I dari Portugal telah menggalakkan Vasco da Gamamencari jalan laut untuk perdagangan antara Eropah dan Asia.

  • 8/7/2019 Perak-soalan & Skema Percubaan Stpm 2010

    17/44

    Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

    http://sejarahstpm.blogspot.com/ SMK DARY 2010

    5. Faktor Pemerintah - Peranan Putera Henry (Henry the Navigator)

    Merupakan seorang sarjana, saintis dan bekas tentera salib . Mendirikan sekolah pelayaran di Sagres untuk melatih pelayar-pelayar yang

    berminat untuk sertai ekspedisi pelayaran . Pelayar-pelayar yang mendapat latihan di sekolah ini berjaya menakluki

    kepulauan Madeira . Kapten-kapten yang dihantar oleh Putera Henry terlibat dalam perdagangan

    hamba yang menguntungkan . Menjelang 1460 M, Portugis berjaya menguasai rangkaian pelabuhan-pelabuhan

    dari Madeira ke Cape Verda.

    6. Faktor agama - Galakan Paus

    Ekoran Perang Salib, Paus merestui usaha membanteras kekuasaan Islam danpenguasaan sepenuhnya Semenanjung Iberia.

    Kuasa Portugis juga menjelajah untuk menyebarkan agama Kristian di luarEropah

    7. Faktor Teknologi - Kemajuan dalam Teknologi Pelayaran

    Ini menggiatkan lagi penerokaan ke seberang laut Penemuan-penemuan baru seperti :

    o carta pelayaran (peta) tentang benua Eropah & Laut Mediterraneano kompas magnetik digunakan untuk menentukan arah pelayarano astrolab untuk tentukan longtitudo reka bentuk kapal

    Dengan bantuan alat-alat ini serta kemampuan membina kapal yang kukuh untukbelayar di lautan luas, mereka berjaya terokai kawasan baru.

    8. Faktor Luaran Cerita-cerita Mengenai Dunia Luar

    Oleh peneroka-peneroka dan pengembara seperti Marco Polo, OdoricPerdanone dan Lidicivo Verthema .

    Catatan daripada tokoh-tokoh pelayaran telah melahirkan sifat ingin tahu untukmeneroka kawasan baru .

    Hal ini mendorong berlakunya pelayaran dan penerokaan Portugis

    KESIMPULAN:

    1. Portugal merupakan kuasa barat yang paling aktif dalam kegiatan penjajahan dan

    perdagangan di Timur pada abad ke-16 M..

    2. Kekayaan dan kemakmuran yang diperoleh Portugis melalui perdagangan denganTimur menyebabkan kuasa-kuasa Barat lain seperti Sepanyol, Belanda, Perancis danInggeris menghantar angkatan mereka ke Timur untuk meluaskan tanah jajahaan diTimur.

  • 8/7/2019 Perak-soalan & Skema Percubaan Stpm 2010

    18/44

    Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

    http://sejarahstpm.blogspot.com/ SMK DARY 2010

    SOALAN 8

    Jelaskan pengaruh agama dan kepercayaan kepada perkembangan kesenian diIndia.

    PENDAHULUAN: (3 markah)

    1. Maksud Kesenian indah, halus, lembut, senang didengar atau ditutur, senang dilihat dan

    menerangkan sesuatu. Dalam bahasa Inggeris disebut art yang berasal daripada bahasa Yunani yang

    membawa makna kecekapan dan kebolehan. Kesenian juga berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud kemahiran,

    cara atau kaedah. Kesenian meliputi satu bidang yang luas antaranya ialah kesusasteraan, muzik,

    seni ukir, seni lukis dan seni bina.

    2. Tamadun India terbentuk di kawasan Sungai Indus dan merupakan salah satu tamadun terawal

    di dunia. Perkembangan pesat perdagangan, perbandaran dan faktor-faktor lain yang

    telah memajukan tamadun ini dalam pelbagai bidang termasuk kesenian.

    ISI:Pengaruh Agama Dan Kepercayaan Ke Atas Perkembangan Kesenian TamadunIndia (4 Isi X 5 Markah)

    1. Seni Ukir

    Seperti tamadun lain, seni ukir India adalah bermotifkan agama, mitologi danmewakili falsafah politik zaman-zaman tertentu.

    Pada zaman Indus banyak patung-patung diukir di dinding-dinding gua dankuil Patung diperbuat daripada batu pasir merah dan bahan logam seperti gangsa

    dan tembaga Patung-patung terracottayang pelbagai bentuk termasuk patung-patung lelaki

    dan perempuan digunakan sebagai objek pemujaan Seni ukir juga merupakan satu perkara penting dalam kehidupan dan dalam

    upacara keagamaan Ianya digunakan sebagai tempat pemujaan dan tempat mengadakan

    perayaan keagamaan. Contohnya kuil di Ellora yang dibina daripada batu-batu besar.

    Perkembangan awal kesenian bercorak keagamaan di India adalah hasil

    daripada penyebaran agama Buddha. Asoka adalah pemerintah Maurya yangberagama Buddha teragung dan merupakan penaung dalam bidang kesenian.Contoh yang dapat dilihat ialah Tugu Edik Asoka, tiang junjung dan patung-patung di Sarnath kekal hingga sekarang.

    2. Kesusasteraan

    Kesusasteraan Vedik adalah kesusasteraan yang tertua dan dianggap suci,Veda adalah kata-kata yang diperturunkan oleh Tuhan dan merupakan asasbudaya agama Hindu.

    Kesesasteraan Vedik dibahagikan kepada empat iaitu Samhita, Brahmana,Aranyaka dan Upanishad.

    Samhita adalah koleksi mazmur, mantera dan doa bagi menjalankan upacarakorban. Brahmana merupakan himpunan prosa mengenai panduan menjalankan

    upacara-upacara pemujaan Ranyaka dan Upanishad merupakan tafsiran falsafah mengenai tuhan,

    manusia dan dunia.

  • 8/7/2019 Perak-soalan & Skema Percubaan Stpm 2010

    19/44

    Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

    http://sejarahstpm.blogspot.com/ SMK DARY 2010

    Bahasa Sanskrit dan Bahasa Tamil memainkan peranan penting

    Hasil sastera India dapat dilihat seperti syair, nyanyian dan bentuk cerita Kesusasteraan terbahagi 2 iaitu Kesusasteraan Sanskrit dan kesusasteraan

    Tamil Kesusasteraan sanskrit terbahagi kepada sastera vedik , epik dan sekular Kesusasteraan Tamil terbahagi kesusasteraan sangam , epik , etika dan

    bhakti

    Semua hasil sastera membincangkan agama Hindu , Buddha dan Jainisme Sastera adalah lambang kemegahan masyarakat Hindu seluruh dunia Karya buku veda dan epik seperti Ramayana dan Mahabharata menjadi

    ikutan hingga kini

    3. Seni Bina

    Seni bina India banyak dipengaruhi oleh agama, pengaruh luar dan iklim.Agama-agama yang mempengaruhi seni bina India ialah Hindu, Jain, Buddhadan Islam.

    Mohenjo Daro dan Harappa mempunyai struktur binaan yang terancang

    Rumah-rumah kediaman dilengkapi dengan bilik tidur, bilik mandi dan bekalanair.

    Terdapat Sistem saliran dan pembentungan bawah tanah , jalanraya yanglurus, longkang dan terusan

    Tempat mandi awam The Great Bath menunjukkan kemahiran tinggi dalamseni bina. The Great Bath yang berukuran 11.8 meter panjang , 7 meter lebardan 2.4 dalam - kolam mandi yang terdapat tangga dan serambi disekelilingnya.

    Pada zaman vedik dibina bangunan berbentuk kubah Pembinaan kuil tempat pemujaan seperti di gua Ajanta dan Ellora.

    Kuil Mahapallipuram kuil termasyhur di India

    Seni bina Buddhisme bermula sejak abad ke-3 sm. Sami-sami Buddhamengasaskan Vihara yakni komuniti keagamaan untuk menyebarkanpengetahuan tentang agama kepada rakyat jelata.

    Bangunan-bangunan lain yang digunakan untuk tujuan meditasi danpenyembahan adalah stupa, tokong-tokong pohon Bodhi, image hauses danchapter houses.

    Lambang kemegahan terdiri daripada Golongan pemerintah (raja danbangsawan dan yang diperintah (rakyat). Sebagai contoh pembinaan Stupaiaitu menara berbentuk kubah untuk memperingati golongan bangsawan danpara alim pada zaman vedik. Stupa juga sebagai tempat menyimpan bahanpeninggalan si mati yang dibina di tepi sungai sebagai bahan tontonan.Contohstupa yang terkenal di Sanchi, Barhut, Sarnath dan Amarawati.

    Kuil-kuil Jaina pada Zaman Jainisme didirikan dengan memotong batu-batu dilereng bukit. Kuil yang terkenal ialah Kailasanatha di Ellora. Orang Jainamembina kuil-kuil dalam bentuk temple cities yang terdiri beratus-ratus rumahberhala kecil.

    Keunikan seni bina Hindu pula dilihat pada pembinaan kuil. Antara kuil Hinduyang melambangkan keunikan seni bina Hindu ialah Kuil Rajarana danLingaraja di Bhubaneshwar, Kuil Sasbahu di Gwalior, Kuil Kandariya danMahadewa di Khajuraho dan Kuil Suria di Konarak.

    4. Seni Lukis

    Berkembang sejak zaman lampau khususnya pada dinding, rumah, istana,kuil dan candi-candi.

    Dihasilkan oleh golongan kelas menengah dan pelukis-pelukis profesional Lukisan yang tertua ditemui di Gua Jogimara di pergunungan Ramgarh

    bertarikh abad pertama atau kedua SM.

  • 8/7/2019 Perak-soalan & Skema Percubaan Stpm 2010

    20/44

    Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

    http://sejarahstpm.blogspot.com/ SMK DARY 2010

    Contoh : Lukisan mural dijumpai di Gua Ajanta yang mengisahkan tentangperistiwa-peristiwa penting dalam kehidupan Buddha.

    Bidang seni lukis juga berkembang semasa pemerintahan Moghul di India

    5. Seni Muzik

    Terbahagi kepada tradisi muzik utara dan selatan India Menjelang zaman vedik lagu-lagu suci kitab veda dinyanyikan dalam upacara-

    upacara pengorbanan. Semasa menyanyikan lagu ini penekanan diberikankepada sebutan dan intonasi. Lagu-lagu Rig veda dinyanyikan dalam tiga nadayang berbeza iaitu udatta, anudatta dan svarita.

    Sejak zaman awal lagi, muzik Hindu berkaitan dengan kepercayaankeagamaan, upacara-upacara rutual dan persembahan Istana. Dengandemikian, muzik India bercorak keagamaan dan sekular. Muzik bercorakkeagamaan ialah dikenali sebagai Marga dan muzik sekular dikenali sebagaiDesi.

    Epik-epik agung seperti Ramayana, Mahabharata dan Badgavadgitadipengaruhi unsur muzik

    KESIMPULAN: (2 markah)

    1. Pencapaian senibina tamadun awal telah memperlihatkan kehebatan pencapaiansesuatu tamadun dan sebagai lambang kemegahan sesuatu bangsa dan negara.

    2. Walau bagaimanapun kemajuan senibina tamadun awal telah mengalami banyakkemerosotan dan runtuh tetapi ada lagi yang masih kekal sehingga hari ini.

  • 8/7/2019 Perak-soalan & Skema Percubaan Stpm 2010

    21/44

    Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

    http://sejarahstpm.blogspot.com/ SMK DARY 2010

    BAHAGIAN B

    SOALAN 9

    Bincangkan peranan golongan Ansar dan Muhajirin terhadap penyebaran Islampada zaman Nabi Muhammad s.a.w.

    PENDAHULUAN: ( 3 Markah )

    1. Umat Islam yang dipimpin oleh Nabi Muhammad di Madinah terdiri daripada 2golongan iaitu golongan Muhajirin dan golongan Ansar. Mereka menyokongperjuangan Nabi dan membantu baginda untuk mempertahankan danmengembangkan ajaran Islam sepanjang zaman baginda.

    2. Golongan Muhajirin - Merupakan penduduk asal kota Makkah dan dikenalisebagai orang Quraisy. Golongan yang terawal menerima dan memeluk Islam.Kemudian berhijrah kerana penentangan oleh orang musyrikin Makkah. DiMadinah mereka ini digelar orang Muhajirin.Istilah Muhajirin berasal daripadaperkataan hijrah.

    3. Golongan Ansar - Penduduk asal Madinah yang terdiri daripada suku Aus danKhazraj yang telah memeluk Islam hasil pertemuan mereka dengan Rasulullahdi Mekah melalui perjanjian Aqabah 1 dan Aqabah 2 . Apabila berjumpa denganRasulullah yang kemudiannya menyatakan kesediaan menerima, danmempertahankan Islam di samping mempelawa Rasulullah dan orang Muhajirinberhijrah ke Madinah dan bersedia menjadikan Rasulullah pemimpin mereka.

    ISI:Peranan golongan Ansar dan Muhajirin dalam perkembangan Islam pada zaman

    Nabi Muhammad s.a.w ( 7 Isi X 3 Markah = 21 Markah )

    1. Peranan Golongan Muhajirin

    Peranan di Makkah :

    a. Menerima dan mempertahankan agama Islam

    Semasa berada di Makkah merekalah golongan umat Islam yang pertamamenerima dan mempertahankan keutuhan agama Islam yang barudisampaikan oleh Nabi Muhammad melalui kekuatan iman. Merekalah yangmula-mula melafazkan kesetiaan terhadap Islam dan bersama-samaberjuang dengan Nabi Muhammad.

    Tokoh-tokoh seperti Abu Bakar al-Siddiq, Zubair bin al-Awwam, Uthman binAffan, Ali bin Ali Talib, Zaid bin Harithah, Abdul Rahman bin Auf, al-Arqambin Abi al-Arqam, dan lain-lain adalah pendukung Islam pada peringkat awalketika dakwah dilakukan secara sulit.

    Kemudian selepas pengislaman Umar al-Khattab mereka berani melakukandakwah secara terbuka. Ramai yang datang menemui Nabi untuk memelukIslam. Mereka bukan sahaja terdiri daripada orang miskin tetapi termasukjuga golongan hartawan dan para pembesar Quraisy.

    b. Sanggup menghadapi rintangan dan penentangan

    Mereka sanggup menghadapi segala rintangan dan penentangan yangsangat hebat daripada kaum Musyrikin Makkah sama ada secara fizikal ataupun mental.

    Mereka menerima pelbagai ejekan, penghinaan, penyiksaan danpembunuhan. Keimanan mereka sukar digugat dan mereka tetap tabah bagi

  • 8/7/2019 Perak-soalan & Skema Percubaan Stpm 2010

    22/44

    Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

    http://sejarahstpm.blogspot.com/ SMK DARY 2010

    memastikan Islam terus berkembang. Contohnya keluarga Ammar bin Yassiryang mati dibunuh dan penyiksaan yang sangat teruk ke atas Bilal bin Rabahdi mana badannya dicucuh dengan besi panas dan dadanya ditindih denganbatu besar.

    c. Sanggup berkorban nyawa dan harta

    Golongan Muhajirin yang kaya banyak menyumbangkan harta benda dalam

    membantu perjuangan Nabi Muhammad s.a.w. Contohnya Abu Bakar, Umardan Uthman. Antara yang mereka lakukan ialah membeli hamba-hambayang menganut Islam yang diseksa oleh tuannya supaya dapat dibebaskan.Contoh : Sayyidina Abu Bakar telah membebaskan Bilal bin Rabah darituannya yang kejam bernama Umayyah bin Khalaf.

    Al-Arqam bin Abi al-Arqam pula dengan rela hati membenarkan rumahnyadigunakan sebagai markas dakwah Islam yang pertama selepas rumah NabiMuhammad. Nabi dan para sahabatnya bermesyuarat di situ bagimembincangkan kedudukan dan cara-cara untuk menyebarkan Islam dengancara yang lebih berkesan.

    Mereka juga sanggup berkorban dan melindungi diri Nabi Muhammaddaripada diancam atau diapa-apakan oleh orang musyrikin Mekah.Contohnya : Saidina Ali telah tidur ditempat tidur Nabi Muhammad padamalam peristiwa hijrah di mana Saidina Ali tahu risiko beliau akan dibunuh.Sementara Saidina Abu Bakar pula adalah sahabat setia yang sentiasamenemani Nabi Muhammad dan sanggup bersusah payah sewaktu peristiwaHijrah .

    d. Menjalankan usaha dakwah

    Sahabat-sahabat Nabi golongan Muhajirin turut membantu mengembangkanIslam secara sembunyi dan terbuka sepanjang zaman Makkiah.

    Mereka menyeru kepada kaum keluarga, sahabat handai dan pendudukMakkah yang lain ke arah agama yang benar.Pada peringkat awal seruanIslam, Saidina Abu Bakar berjaya mengislamkan Abdul Rahman bin Auf,Uthman bin Affan, Talhah, Zubair bin al-Awwam, Saad Abi Waqas, AbuUbaidah al-Jarrah dan al-Arqam bin al-Abi Arqam.

    Selepas tiga tahun berdakwah secara sulit dan melahirkan kaum Musliminyang benar-benar beriman, maka barulah dakwah terang-terangan dilakukan.Bermula dari sinilah usaha umat Islam Makkah penuh cabaran kerana usahadakwah ditentang kuat oleh musyrikin Makkah.

    e. Berhijrah ke Madinah Golongan Muhajirin sanggup berhijrah ke Makkah dan meninggalkan segala

    kekayaan yang dimiliki semata-mata mengikut arahan Nabi berhijrah keMadinah. Ini ternyata merupakan satu pengorbanan yang amat besar ke atasnilai keimanan umat Islam di Makkah.

    Mereka sanggup meninggalkan kampung halaman, harta benda, kaumkeluarga dan sebagainya demi cintakan Allah dan Rasulnya. Contohnya :Orang pertama yang berhijrah ialah Abu Salamah bin Abdul Asad, kemudiandiikuti pula oleh Amir b. Rabiah dan isterinya.

    Pada peringkat awal seramai 70 orang Islam dari kota Makkah (Muhajirin)berketurunan Quraisy berhijrah ke Madinah.

  • 8/7/2019 Perak-soalan & Skema Percubaan Stpm 2010

    23/44

    Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

    http://sejarahstpm.blogspot.com/ SMK DARY 2010

    Peranan di Madinah

    a. Membantu menyebarkan agama Islam

    Golongan Muhajirin merupakan pembantu Nabi dalam usaha bagindamemimpin umat Islam Madinah dalam soal-soal keagamaan danpemerintahan. Contohnya: Selepas peristiwa Aqabah 1, Nabi Muhammadmengutus sahabat bernama Musab bin Umair sebagai guru agama dan

    pendakwah untuk membantu penduduk Madinah untuk mendalami Islam.Misi Musab ke Madinah telah mencapai kejayaan yang besar .

    Golongan Muhajirin juga berperanan besar dalam mengembangkan dakwahIslam di Madinah. Mereka bersama sahabat Nabi Muhammad yang darigolongan Ansar dapat menjalankan kegiatan dakwah dengan bebas danberjaya mendaulatkan kerajaan Islam di Kota Madinah. Umat Islam berjayamendirikan Masjid di tengah-tengah kota Madinah dan dapat melakukanamal ibadat secara terbuka yang tidak dapat dilakukan sewaktu merekaberada di Kota Makkah.

    b. Mengukuhkan ketenteraan Islam

    Setelah berhijrah ke Madinah golongan Muhajirin telah menjadi sebahagianbesar daripada tokoh-tokoh pahlawan terbilang yang menjadi tunggakkekuatan tentera Islam dalam menghadapi serangan musuh.

    Tokoh-tokoh tersebut seperti Umar al Khattab, Hamzah b Abdul Muttalib, Alib Abi Talib dan lain-lain.

    2. Peranan Golongan Ansar

    Peranan di Makkah

    a. Menyokong, menjemput, dan menerima ajaran Nabi Muhammad s.a.w

    Dalam peristiwa Perjanjian Aqabah 1 dan 2, golongan Ansar iaitu suku Ausdan Khazraj menyatakan kesanggupan menerima Islam dalam keadaan dimana majoriti orang-orang Quraisy Makkah menentangnya dengan hebat.

    Mereka berikrar untuk berjuang bersama-sama Nabi dan menjemput Nabimeninggalkan Kota Makkah yang penuh penentangan untuk menujuMadinah.

    Mereka mengiktiraf dan bersetuju melantik Nabi Muhammad menjadipemimpin mereka di Madinah kelak. Sesungguhnya perjanjian Aqabah 1 dan2 berjaya merintis jalan kepada peristiwa Hijrah yang amat bersejarah.

    Golongan Ansar menjemput Nabi Muhammad ke Madinah dan kedatanganbaginda bersama para sahabat Muhajirin telah disambut dengan begitumeriah.

    Peranan di Madinah

    a. Membantu menyebarkan agama Islam

    Golongan Ansar juga bertanggungjawab membawa masuk dan menyebarkanIslam di Madinah. Proses ini bermula selepas peristiwa Perjanjian Aqabah 1dan 2 pada tahun ke-11, 12 dan 13 Kerasulan.

    Nabi Muhammad telah melantik 12 Naqib (9 Khazraj dan 3 Aus) untukmembimbing umat Islam di Madinah bagi membantu menyebarkan agamaIslam dengan lebih meluas di Madinah. Merekalah yang bertanggungjawabmenyebarkan agama Islam dan menyampaikan berita tentang Nabi dankaum Muslimin di Makkah kepada penduduk Madinah.

  • 8/7/2019 Perak-soalan & Skema Percubaan Stpm 2010

    24/44

    Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

    http://sejarahstpm.blogspot.com/ SMK DARY 2010

    Hasil usaha para naqib ( ketua ) yang gigih ini menyebabkan agama Islamcepat tersebar.

    b. Membantu golongan Muhajirin

    Golongan Ansar sanggup menerima dan membantu golongan Muhajirin yangdatang dari Makkah ke Madinah dalam keadaan sehelai sepinggang denganhati yang sangat terbuka.

    Golongan Ansar telah dipersaudarakan atas dasar iman dan Islam dengangolongan Muhajirin. Hasilnya telah mewujudkan ikatan yang sangat kuatmelebihi hubungan persaudaraan ikatan darah keturunan.

    Mereka menyumbangkan pelbagai bantuan sosio-ekonomi sepertimenyediakan tempat tinggal, makanan, keselamatan, modal untuk berniagamalah ada yang sanggup menceraikan isterinya untuk golongan Muhajirin.

    c. Menyumbangkan harta benda dan buah fikiran

    Sebagai penduduk tempatan mereka turut menyumbangkan harta benda dan

    buah fikiran dalam menjayakan perjuangan dan perkembangan Islam sepertidalam pentadbiran dan semasa menghadapi peperangan .

    Golongan Ansar juga menyumbangkan nyawa dan harta benda merekasebagai tentera Islam dalam menghadapi serangan musuh Islam dalamperang Badar, Uhud dan Khandak.

    KESIMPULAN:( 1 Markah )

    1. Kedua-dua golongan Ansar dan Muhajirin mempunyai peranan yang tersendiridalam membantu mempertahankan dan mengembangkan Islam yang dibawa oleh

    Nabi Muhammad s.a.w.

    2. Masing-masing mempunyai peranan yang berbeza yang menjadi gabungan yangmantap bagi memastikan kejayaan perjuangan Nabi Muhammad di Mekah danMadinah.

  • 8/7/2019 Perak-soalan & Skema Percubaan Stpm 2010

    25/44

    Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

    http://sejarahstpm.blogspot.com/ SMK DARY 2010

    SOALAN 10

    Jelaskan pelaksanaan konsep syura dalam proses pelantikan khalifah pada zamanKhulafa al-Rasyidin.

    PENDAHULUAN ( 3 markah )

    1. Latar belakang pemerintahan khulafa al-Rasyidin2. Konsep dan ciri-ciri kepimpinan Khalifah.3. Syura dan baiah memainkan peranan penting dalam pemilihan khalifah.

    ISI: Konsep Syura Dalam Proses Pelantikan Khalifah Pada Zaman KhulafaAl-Rasyidin ( 4 x 5markah =20 markah )

    1. Pemilihan Khalifah pertama secara baiah atau sumpah setia merupakanperlantikan yang mendapat persetujuan orang ramai. Pemilihan secara terbuka diBalai Bani Saadah, perbincangan berhemah serta penerimaan masyarakat Madinahyang terdiri daripada golongan Ansar, Muhajirin dan Yahudi menunjukkan nilai-nilaidemokrasi subur dalam pemilihan khalifah yang pertama. Malah perlantikan baginda

    turut dibaiah oleh masyarakat Madinah.

    2. Pemilihan secara wasiat dilakukan sebelum kewafatan Khalifah Abu Bakar. Iahanya merupakan cadangan atas pertimbangan Khalifah Abu Bakar. Dalampemilihan khalifah kedua ini kriteria pemilihan khalifah diutamakan berdasarkanketokohan, kebolehan, berhikmah, bijaksana, taqwa dan ciri-ciri lain yang terdapatdalam al-Quran. Walaupun ini adalah wasiat, tetapi perlantikan Umar al-Khattabtetap melalui dan mendapat persetujuan sebulat suara ahli syura dan kemudianrakyat secara sukarela telah memberi baiah atau taat setia kepadanya. Pemilihandan perlantikan ini bukan berasaskan keturunan atau warisan tetapi tetap dalamkategori syura.

    3. Pemilihan dan perlantikan khalifah melalui Jawatan Kuasa Perlantikan Khalifah.

    Khalifah Umar al-Khattab telah menubuhkan Majlis Perlantikan Khalifah sebelumbeliau wafat bertujuan mencari pengganti khalifah ketiga. Majlis ini dianggotai olehAbdul Rahman b Auf sebagai ketua dan ahli majlis yang lain. Jawatan kuasa initelah menemu ramah setiap calon dan mendapatkan pandangan masyarakatMadinah sebelum membuat sebarang pemilihan dan perlantikan. Cara perlantikan inimenunjukkan demokrasi dipraktikan dalam pemilihan dan perlantikan khalifah.

    4. Perlantikan secara desakan sekumpulan umat Islam : nilai demokrasi apatah lagi

    tiada pemilihan. Justeru itu perlantikan Khalifah Ali b Abi Talib r.a.dianggap tidakdemokratik malah penduduk Syam dan suku Bani Umayyah memang menentangperlantikan ini. Dari sudut pandangan yang lain perlantikan secara paksa wajarkerana negara tidak stabil dan memerlukan seorang yang tegas dan berwibawadalam mengembalikan keamanan dan perpaduan ummah. Justeru itu pemilihan danperlantikan Khalifah Ali memang demokratik kerana memenuhi kriteria dan keadaandarurat tersebut. Malah baginda juga mendapat sokongan penduduk Hijaz, Basrahdan Kufah.

    Kesimpulan ( 2 markah )

    1. Perlantikan khalifah dijalankan dengan pelbagai cara.

    2. Namun ciri-ciri demokrasi tetap diamalkan oleh masyarakat Islam pada setiapperlantikan.

  • 8/7/2019 Perak-soalan & Skema Percubaan Stpm 2010

    26/44

    Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

    http://sejarahstpm.blogspot.com/ SMK DARY 2010

    SOALAN 11

    Huraikan aspek kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w dalam bidang ketenteraandengan memberikan contoh-contoh yang sesuai.

    Pendahuluan (3 markah)

    1. Dua jenis peperangan pada zaman Nabi Ghazwah peperangan yang disertai oleh Nabi Muhammad s.a.w. Terdapat

    sebanyak 28 ghazwah, sembilan daripadanya telah membawa kepadapertempuran.

    Sariyyah peperangan yang tidak disertai oleh Rasulullah iaitu sebanyak 47sariyyah.

    2. Kepimpinan Nabi Muhammad merupakan contoh utama (uswah hasanah) kepadakepimpinan tentera Islam.

    3. Kesemua ekspedisi ketenteraan yang disertai oleh baginda mencapai kejayaanyang menunjukkan kebijaksanaan baginda dalam merangka taktik dan strategi

    peperangan.

    4. Latar belakang Nabi Muhammad s.a.w

    Nabi Muhammad s.a.w berketurunan bangsa Quraisy yang sangat dihormatidi kalangan kabilah Arab. Memiliki sifat-sifat terpuji dan menjadi contohkepada seluruh umat di dunia. Baginda dikagumi oleh kawan dan lawan.Nabi Muhammad s.a.w berperanan sebagai Rasulullah s.a.w dan jugasebagai ketua Negara sebagaimana termaktub di dalam Piagam Madinah.Rasulullah adalah juga merupakan seorang negarawan ulung melaluikepimpinan politik, ekonomi, sosial dan ketenteraan yang sangat berjaya.

    Isi (7 isi X 3 markah)

    Kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w dalam bidang ketenteraan

    1. Menjadi contoh kepimpinan yang terbaik Nabi Muhammad telah memberikan contoh kepimpinan yang terbaik kepada

    umatnya. Oleh itu, baginda semakin dihormati oleh pengikut-pengikutnya dan disegani

    oleh musuh-musuh. Kepimpinan baginda menjadi contoh kepada para sahabat seperti Sayyidina Abu

    Bakar as-Siddiq, Sayyidina Umar bin al-Khattab, Sayyidina Ali bin Abi Talib dan

    Khalid bin al-Walid. Walaupun berusia 50-an, baginda memimpin sendiri peperangan-peperangan

    penting seperti Perang Badar, Perang Uhud dan Perang Khandak bagimenentang musuh.

    Rasulullulah telah menunjukkan ciri kepimpinan yang cemerlang, adil dan tidaksecara autokratik. Perbincangan (syura) diutamakan dalam membuatkeputusan.

    2. Sentiasa menunjukkan akhlak yang mulia dan terpuji Tidak bersikap zalim terhadap musuh sama ada hidup atau mati. Bersikap adil terhadap musuh seperti berpegang teguh dengan perjanjian. Nabi Muhammad s.a.w membebaskan Malek bin Auf dan keluarganya serta

    seluruh harta mereka selepas tamat Perang Taif sebagai memenuhi janjinyasekiranya Malek bin Auf menyerah diri.

    Tindakan baginda yang berpegang pada janji telah menawan hati musuh-musuhnya sehingga Malek bin Auf telah memeluk Islam.

  • 8/7/2019 Perak-soalan & Skema Percubaan Stpm 2010

    27/44

    Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

    http://sejarahstpm.blogspot.com/ SMK DARY 2010

    3. Bersikap terbuka dan sentiasa berbincang dengan para sahabat @ orangbawahan Dalam menghadapi musuh, Nabi Muhammad s.a.w sentiasa meminta pendapat

    sahabat-sahabat dan tidak menggunakan kuasa secara mutlak. Dalam Perang Khandak Rasulullah menerima cadangan Salman al-Farisi

    untuk menggali parit sebagai benteng pertahanan umat Islam di sekelilingMadinah.

    Nabi Muhammad mematuhi disiplin peperangan seperti mematuhi undang-undang tradisional yang tidak berperang dalam musim haji.

    4. Mengamalkan etika tidak mengejar musuh yang lari Nabi Muhammad telah menasihati tentera Islam supaya tidak mengejar musuh

    yang lari meninggalkan medan peperangan menunjukkan bahawa tenteraIslam tidak ganas dan agresif serta berperang secara adil iaitu menentangmusuh yang melawan.

    Tindakan mengejar musuh akan menjejaskan benteng pertahanan pasukanIslam di bahagian belakang.

    Ini berkemungkinan pihak musuh sengaja melakukan taktik melarikan diri kerana

    ingin memecahkan formasi pasukan tentera Islam. Contoh : Dalam Perang Taif tentera Islam membiarkan musuh lari meninggalkan

    medan perang.

    5. Mempunyai akal dan ilmu pengetahuan yang tinggi selaras sebagai seorangpemimpin Asas kepimpinan bertitik tolak daripada kepimpinan Nabi Muhammad sebagai

    seorang Nabi dan Rasul yang mempunyai sifat bijaksana. Nabi Muhammad s.a.w adalah seorang yang amat pintar dalam mengatur taktik

    dan strategi ketenteraan. Antaranya Rasulullah menyusun tentera berdasarkan sistem berbaris atau al-

    saf. Contoh dalam Perang Badar Rasulullah menyusun tentera dalam duabarisan barisan hadapan bersenjatakan tombak dan perisai, barisan belakang bersenjatakan panah dan perisai dan setiap barisan didahului denganpembawa bendera.

    Rasulullah menerima cadangan Salman al-Farisi supaya menggali parit disekeliling kota Madinah dalam Perang Khandak( Ahzab ).

    6. Seorang panglima perang yang memegang konsep keadilan terhadap makhluk Diamalkan tanpa mengira pihak kawan ataupun lawan. Contoh : Dalam Perang Taif, Nabi Muhammad memulangkan harta rampasan

    perang setelah diminta oleh penduduk Taif. Nabi Muhammad adil mengagihkan harta-harta rampasan perang kepada tentera

    Islam. Contoh: Pengagihan harta rampasan perang dalam Perang Badar danPerang Uhud diagihkan kepada semua tentera yang terlibat.

    7. Seorang yang bijak mengatur taktik dan strategi yang berkesan Tentera Islam menguasai takungan air dalam peperangan Badar tentera

    musyrikin tidak mempunyai kekuatan kerana terlalu dahaga. Menggunakan taktik menunggu seperti dalam perang Badar. Musuh diserang

    setelah mereka menyerang. Penyusunan barisan tentera Islam seperti dalam perang Uhud. Pasukan

    pemanah ditempatkan di atas bukit di mana mereka mudah mengalahkan tenteramusuh.

    Taktik bertahan perang Uhud dan Khandak

    Taktik menggali parit perang Khandak. Tentera Islam bertahan dalaam kotaMadinah dengan menggali parit di sekeliling kota Madinah.

  • 8/7/2019 Perak-soalan & Skema Percubaan Stpm 2010

    28/44

    Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

    http://sejarahstpm.blogspot.com/ SMK DARY 2010

    8. Ketua yang menanamkan kefahaman tentang konsep jihad. Menerangkan kepada tentera Islam tentang tujuan berperang:-

    Untuk meninggikan syiar Islam Menghormati peraturan-peraturan peperangan

    Mempraktikkan akhlak mulia kepada pihak kawan dan lawan

    Menampilkan keberanian sebagai tentera Islam yang berani Mempraktikkan taktik dan strategi dalam peperangan hingga beroleh

    kejayaan. Contoh: perang Ahzab.

    9. Pengurusan jenis tentera dalam Islam

    Zaman awal Islam, bilangan tentera Islam amatlah kecil berbanding tentera

    musuh. Misalnya dalam Perang Badar tentera Islam hanyalah lebih kurang 324

    orang (atau 313 orang).

    Nabi Muhammad membentuk tentera Islam yang terdiri daripada tentera pejalan

    kaki (infantri), tentera berkuda (kavalri) dan pasukan pemanah. Bilangan tentera

    sentiasa bertambah dari semasa ke semasa sehingga menjadi 30 ribu orang

    dalam perang Tabuk.

    Kesimpulan (1 markah)

    1. Kepimpinan Rasulullah sebagai seorang panglima yang agung sememangnyaterserlah melalui taktik dan strategi peperangan baginda.

    2. Keadaan ini merupakan faktor kejayaan ekspedisi ketenteraan baginda dan faktorutama ialah pertolongan dan bantuan Allah s.w.t.

    3. Kesannya, tentera Islam telah mendapat pelbagai kejayaan dalam misi peperanganmereka .

  • 8/7/2019 Perak-soalan & Skema Percubaan Stpm 2010

    29/44

    Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

    http://sejarahstpm.blogspot.com/ SMK DARY 2010

    SOALAN 12

    Huraikan perkembangan sistem mata wang pada zaman Khulafa al-Rasyidinsehingga zaman kerajaan Bani Abbasiyah.

    PENGENALAN: (3 markah)

    Konsep mata wang dalam ekonomi Islam

    1. Secara umumnya wang merupakan benda yang dipersetujui oleh masyarakatsebagai alat perantaraan untuk menjalankan kegiatan pertukaran dan perdagangan.

    2. Setiap wang mempunyai ciri-ciri seperti mudah dibawa, mudah disimpan tanpamengurangkan nilainya, tahan lama, jumlahnya terhad dan bahan itu mempunyaimutu atau nilai yang sama.

    3. Logam-logam seperti emas dan perak merupakan bahan penting dalam menentukannilai setiap mata wang yang digunakan.

    4. Wang emas dan perak telah digunakan oleh kebanyakan negara sejak 2500 tahunyang lalu iaitu sejak abad ke-7 SM kerana mempunyai ciri-ciri yang tertentu sepertitidak mudah rosak, nilai yang stabil dengan jumlah yang terhad.

    5. Dalam tamadun Islam , penggunaan mata wang sudah bermula sejak zaman NabiMuhammad S.A.W lagi, dengan mengambil model mata wang dinar emas RomTimur (Byzantine) dan dirham perak Parsi sebagai mata wang yang sah.

    6. Nabi Muhammad S.A.W. telah mengisytiharkan dinar dan dirham sebagai wangyang sah bagi orang-orang Islam untuk berurus niaga pada ketika itu, kerana dapatmemenuhi tuntutan syarak.

    7. Selaras dengan perkembangan tamadun Islam, maka pada zaman Khulafa al-Rasyidin wujudlah mata wang Islam yang mempunyai identiti dan bebas darikongkongan mata wang lain.

    ISI : Perkembangan sistem mata wang dalam ekonomi Islam (5 isi X 4 markah)

    1. Permulaan penggunaan mata wang Islam.

    Pada zaman Khulafa al-Rasyidin ketika pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab,sistem mata wang Islam mula digunakan dengan peniruan daripada mata wangRom dan Parsi.

    Terdapat tiga jenis mata wang pada ketika itu, iaitu Dirham Balji dari Parsi,Dirham Rumi dari Rom dan Dirham Tabari dari Asia Tengah.

    2. Penetapan piawaian untuk model mata wang Islam.

    Khalifah Umar al-Khattab (634 644 M) telah menetapkan kadar piawaian khususiaitu Piawaian Khalifah Umar al-Khattab sebagai model mata wang Islam yangmasih berteraskan dinar emas dan dirham perak.

    Piawaian mata wang ini diselaraskan kepada berat emas dan perak yangtertentu, iaitu menetapkan 10 dirham perak bersamaan dengan 7 dinar emas,dengan setiap 1 dinar seberat 4.25 gram emas, manakala 1 dirham seberat 3gram perak.

    Emas yang digunakan ialah 91.7 peratus iaitu 22 karat dengan berukuran garispusat 23mm, manakala dirham pula ialah 25 mm.

    Kedua-dua mata wang ini mempunyai gambar Kaabah dan dua kalimahsyahadah di setiap muka depan dan belakangnya.

    3. Pembaharuan dalam mata wang Islam.

    Pada zaman Khalifah Ali bin Abi Talib (656-661M), mata wang Islam telahdiperbaharui dengan memperkenalkan dirham Islam yang ditulis dengan khatKoufi.

    Walaupun mata wang tersebut tidak dapat diedarkan secara rasmi kerana kualitidan piawaian yang masih belum tetap.

  • 8/7/2019 Perak-soalan & Skema Percubaan Stpm 2010

    30/44

    Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

    http://sejarahstpm.blogspot.com/ SMK DARY 2010

    4. Mata wang Islam mula dicetak ketika zaman kerajaan Islam Bani Umaiyyah.

    Ketika pemerintahan Khalifah Abdul Malik bin Marwan (685 M-705 M) khalifahtelah mengarahkan mata wang Islam dinar dan dirham dicetak buat pertamakalinya di Damsyik pada tahun 691M dan 692 M, dan diulang cetak di Mesir,Andalusia dan Wasit pada 693 M hingga 696 M.

    Kilang-kilang mencetak wang telah didirikan di kota-kota utama seperti diDamsyik, Mesir, Andalusia (Eropah ) dan Wasit (Iraq).

    Mata wang Islam yang dicetak mengambil model Arab-Islam, iaitu mencatatkankalimah Allah dan mempunyai tanda mohor khalifah sebagai mengantikan figurahaiwan dan wajah pemimpin yang menjadi tradisi mata wang dinar Rom Timurdan dirham Parsi.

    Gabenor Iraq iaitu Hajjaj Yusuf al- Thaqafi dan Gabenor Mesir Abdul Aziz binMarwan juga telah mengarahkan mata wang dinar dan dirham dicetak.

    5. Penyelarasan percetakan mata wang Islam ketika zaman Kerajaan BaniAbbasiyyah.

    Pada zaman Khalifah al-Mamun (813 M 833 M), percetakan mata wang Islamtelah dibuat penyelarasan di peringkat pusat iaitu di Baghdad, yang sebelum ini

    mata wang dicetak disemua bandar besar seperti di Kota Kufah, Kota Fustat danlain-lain, untuk mengelakkan mata wang palsu dicetak. Setiap mata wang dinar dan dirham yang dicetak itu mempunyai nama khalifah

    yang memerintah.

    6. Pengedaran mata wang emas mula dilaksanakan.

    Pada zaman akhir kerajaan Bani Abbasiyyah, pengedaran mata wang emasmula dilaksanakan.

    Kerajaan Abbasiyyah menetapkan cukai taksiran menggunakan mata wangemas.

    Bahkan sejak abad ke-10 M semua perbelanjaan dan perniagaan dibuatmenerusi mata wang emas.

    Ini bermakna pada zaman kerajaan Abbasiyyah sudah wujud penyelarasan darisegi penggunaan mata wang emas di seluruh pemerintahan Islam.

    Kesimpulan: (2 markah)

    1. Penggunaan mata wang dalam ekonomi Islam telah mendorong perkembanganekonomi Islam dan telah memudahkan sistem perdagangan dilaksanakan secaraberkesan.

    2. Perkembangan mata wang Islam telah mengalami pelbagai proses evolusi , bermuladengan mengambil model mata wang Rom dan Parsi sehinggalah wujudnya matawang Islam yang beridentitikan Islam dapat digunakan sepenuhnya.

    3. Mata wang Islam amat berperanan dalam aktiviti perdagangan, pertukaranbarangan, alat untuk membayar cukai dan zakat, pertukaran mas kahwin, danpembayaran gaji.

  • 8/7/2019 Perak-soalan & Skema Percubaan Stpm 2010

    31/44

    Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

    http://sejarahstpm.blogspot.com/ SMK DARY 2010

    SOALAN 13

    Bincangkan perkembangan institusi pendidikan Islam di Acheh pada abad ke-17Masihi.

    PENGENALAN (3 markah)

    1. Selepas kejatuhan Melaka di tangan Portugis pada tahun 1511, Acheh mengambilalih peranan Melaka sebagai pusat perdagangan di Alam Melayu.

    2. Acheh turut memainkan peranan sebagai pusat pengajian agama Islam yang utamadi Nusantara.

    3. Institusi pendidikan Islam di Acheh merupakan institusi yang tersusun danterancang.

    4. Pendidikan asas bermula di Madrasah atau Meunasah, diikuti dengan pendidikanmenengah di Rangkang dan seterusnya pendidikan tinggi dijalankan di Balee.

    5. Pengajian Islam berkembang dengan pesat merangkumi tugas bahasa, iaitu fiqh,usuluddin dan tasawuf.

    6. Pendidikan di Acheh terbahagi kepada lima peringkat:- Pendidikan dasar madrasah

    Pendidikan menengah rangkang Pendidikan tinggi di Ballee Kumpulan beberapa Rangkang Ballee melahirkan dayah Pendidikan yang dijalankan di masjid seperti Masjid Baiturahman, Baiturahim

    dan Bait Mushadah.

    ISI : Perkembangan Institusi Pendidikan Islam Di Acheh Pada Abad Ke-17 Masihi(5 isi X 4 markah = 20 markah)

    1. Madrasah atau Meunasah

    Merupakan institusi pendidikan permulaan yang biasanya didirikan di setiapkampung. Para pelajar diajar membaca al-Quran, membaca dan menulis huruf Arab dan

    belajar perkara-perkara asas dalam Islam. Selain itu, pelajar turut mempelajari ilmu fardu ain seperti Rukun Iman, Rukun

    Islam, fekah, ibadat dan akhlak. Para pelajar juga dilatih bernasyid yang berhubung dengan agama iaitu dinakan

    dike (zikir) atau seulaweut (salawat) pada setiap malam Jumaat. Anak-anak yang khatam al-Quran diajar beberapa kitab agama yang ditulis

    dalam bahasa Jawa dan Acheh seperti Kitab Perukunan dan Risalah Masailalal-Muhtadin.

    Sejarah Islam juga diajar dengan cara bercerita.

    2. Masjid

    Berfungsi sebagai pusat pendidikan dan juga pusat kegiatan umat Islam. Merupakan pusat pendidikan yang bersangkutan dengan pendidikan menengah

    pertama.

    Beberapa masjid dinaiktaraf menjadi pusat pendidikan tinggi seperti MasjidBaiturahman.

    3. Rangkang

    Untuk melanjutkan pelajaran agama yang lebih tinggi, pelajar akan belajar dirangkang atau disebut juga pondok, pasantren atau madrasah.

    Para pelajar mendirikan pondok-pondok kecil mengelilingi masjid yang dijadikanasrama. Terdapat beberapa tahap rangkang yang bergantung kepada tahap ilmu yang

    dimiliki oleh guru yang mengajar.

  • 8/7/2019 Perak-soalan & Skema Percubaan Stpm 2010

    32/44

    Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

    http://sejarahstpm.blogspot.com/ SMK DARY 2010

    Murid yang pintar pada kebiasaannya berpindah dari satu rangkang ke rangkangyang lain untuk mengikuti pelajaran daripada guru yang lebih mahir.

    Ada antara pelajarnya yang melanjutkan pelajaran ke Makkah, India dan Mesir. Rangkang yang terkenal ialah yang terletak di Banda Acheh Barussalam. Banyak ulama yang terkenal dari luar negara datang mengajar di situ dan

    pelajar-pelajarnya juga datang dari pelbagai daerah. Mata pelajaran yang diajar ialah Fekah, Ibadat, Tauhid, Tasawuf, Sejarah Islam

    dan Sejarah Dunia dan juga Bahasa Arab. Pelajar menggunakan buku-buku yang ditulis dalam bahasa Melayu, selain

    daripada buku-buku bahasa Arab yang juga banyak digunakan. Ilmu umum turut diajar seperti Geografi, Sejarah dan Matematik.

    4. Dayah

    Di Acheh, Dayah disamakan dengan Sekolah Menengah Atas di Indonesia atauMadrasah Aliyah.

    Hampir setiap daerah nanggore (negeri) terdapat dayah. Terdapat dayah yang berpusat di masjid bersama rangkang tetapi kebanyakan

    dayah berdiri sendiri di luar lingkungan masjid dengan menyediakan sebuah

    balai utama iaitu aula yang digunakan sebagai tempat belajar sembahyang. Pusat Pengajian Tinggi Dayah Cot Kala merupakan pusat pendidikan Islam

    tinggi yang pertama yang di Asia yang telah melahirkan banyak ulamak yangmenjadi pendakwah Islam di Nusantara.

    Semua mata pelajaran diajar dalam bahasa Arab dengan menggunakan kitab-kitab dari Arab.

    Dua jenis dayah iaitu dayah bersifat khusus dan dayah bersifat umum. Dayah bersifat khusus seperti dayah untuk wanita sahaja, dayah yang khusus

    untuk mengajar dalam bidang pertanian, ilmu pertukangan, ilmu perniagaan dansebagainya dengan menurut syariat Islam.

    Antara dayah yang terkenal ialah Dayah Cot Kala,dan Dayah Teungku Chik. Mata pelajaran yang diajar di Dayah Teungku Chik ialah bahasa Arab, Fiqh,

    Jinayat(hukum pidana), Fiqh Munakahat (hukum perkahwinan), Fiqh Duali(hukum tatanegara), Sejarah Islam, sejarah negara-negara, Ilmu Mantik,Tauhid/Filsafat, Tasawuf, Akhlak, Ilmu Falak, Tafsir, Hadis dan sebagainya.

    Menurut Beaulieu (pengembara Perancis) yang pernah mengunjungi Achehpada abad ke-17, menyatakan bahawa ajaran Islam yang berkembang sejaksekian lama telah dapat membasmi buta huruf dan buta ilmu.

    5. Balai Setia Hukama dan Balai Setia Ulama

    Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam telah menubuhkan Lembaga PelaksanaPendidikan yang terdiri daripada Balai Setia Hukama, Balai Setia Ulama danBalai Jamaah Himpunan Ulama.

    Balai Setia Hukama - tempat para ulama dan ahli fikir untuk membahaskanperkara-perkara yang menyentuh tentang pendidikan.

    Balai Setia Ulama menguruskan maslah-masalah yang berkaitan dengnpendidikan.

    6. Balai Jamaah Himpunan Ulama

    Merupakan kelab perbincangan bagi para sarjana dan ulama bertukar-tukarpandangan, berseminar, membahaskan masalah pendidikan dan sebagai tempatpengembangan ilmu pengetahuan.

    7. Jamiah/Universiti Baiturahman

    Masjid Baiturahman dinaiktaraf menjadi Jamiah/Universiti Baiturahman. Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam sendiri telah mendirikan Masjid

    Baiturahman yang digunakan semata-mata untuk dijadikan tempat menuntutilmu.

  • 8/7/2019 Perak-soalan & Skema Percubaan Stpm 2010

    33/44

    Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

    http://sejarahstpm.blogspot.com/ SMK DARY 2010

    Terdapat 17 dar (fakulti) seperti FAkulti Ilmu Tafsir dan Hadis, Fakulti IlmuKedoktoran, Fakulti Ilmu Kimia, Fakulti Pertanian, Fakulti Peperangan dan lain-lain lagi.

    Tenaga pendidik terdiri daripada ulama atau sarjana dari Acheh dan juganegara-negara Islam yang lain seperti Arab, Turki, Parsi, India dan lain-lain lagi.

    Pada zaman pemerintahan Sultan Alaidin Muda Darma Wangsa Perkasa AlamSyah (1607 1636), terdapat sebanyak 44 orang guru besar di Jamiah

    Baiturahman (A.Hasjmy).

    KESIMPULAN (2 markah)

    1. Kewujudan institusi ini telah melahirkan golongan ulama dan intelektual Islamseperti Syeikh Shamsuddin al-Sumatrani, Abdul Rauf Singkel, Hamzah Fansuri dll.

    2. Kesannya telah membantu menghebatkan perkembangan Islam di Nusantara.

  • 8/7/2019 Perak-soalan & Skema Percubaan Stpm 2010

    34/44

    Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

    http://sejarahstpm.blogspot.com/ SMK DARY 2010

    SOALAN 14

    Bincangkan faktor-faktor yang membawa kepada kemunculan pelbagai mazhabdalam Islam.

    PENGENALAN

    1. Latar belakang kemunculan mazhab Mazhab merupakan aliran pemikiran dalam Islam.

    Kemunculan Mazhab bermula, selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W. Kelahiran Mazhab telah membawa pelbagai kesan positif dan negatif.

    2. Aliran-aliran mazhab yang penting Antara Mazhab yang muncul . Khawarij, Syiah, Murjiah, Muktazilah dan Ahli Al-

    Sunnah Wa Al-Jamaah.

    Isi: Faktor-Faktor Yang Membawa Kepada Kemunculan Pelbagai Mazhab DalamIslam (5 isi X 4 markah)

    1. Faktor Kemunculan pelbagai Mazhab

    a. Perbezaan ilmu pengetahuan, kebolehan dan pengalaman dalam kalanganmereka. Disamping itu tidak semua umat Islam yang hidup sezaman denganNabi Muhammad S.A.W. dapat bertemu baginda dan mendengar semua hadisdaripada baginda. Hal ini telah menimbulkan perbezaan pendapat antaramereka, khususnya penduduk luar Madinash yang tidak pernah bertemu denganRasulullah. Apabila semakin jauh daripada zaman Rasulullah maka perselisihandan perbezaan itu semakin ketara.

    b. Pengaruh Politik. Berlaku perselisihan di antara Bani Hasyim dan Bani Umaiyah

    telah sampai ke kemuncaknya sehingga berlaku pergeseran politik di kalanganpenyokong Khalifah Uthman dan Saidina Ali. Kesannya ialah berlakunya PerangJamal dan Perang Siffin yang membawa kepada kelahiran mazhab Khawarij danmazhab Syiah.

    c. Pengaruh Ideologi dan Budaya Asing berlaku semasa zaman Khalifah al-Mamum, al-Mutazim dan al-Watia, aktiviti penterjemahan buku-buku falsafahYunani begitu giat dijalankan. Tujuan asalnya adalah untuk menimba ilmupengetahuan sesuai tuntutan agama Islam. Trtapi akhirnya falsafah Yunani yangbanyak menggunakan akal fikiran menyebabkan kelahiran mazhab Muktazilahyang juga menggunakan akal fikiran dalam mengintrestasi hukum dan akidahIslam.

    d. Semangat Assabiyah Yang Masih Wujud. Nabi Muhammad s.a.w telahmenggantikan semangat assabiyah dengan semangat akidah untuk menyatukanumat Ioslam Walau bagaimanapun semangat Assabiyah timbul semula ketikaperlantikan pengganti Rasulullah sebagai pemimpin umat Islam. Perselisihanberlaku di antara golongan Ansar, Muhajirin dan penyokong Ali. Pada zamanKhalifah Uthman pula, api assabiyah semakin menyala yang menyebabkanberlaku perpecahan dan perselisihan di anatara Bani Umaiyah dan Bani Hasyim.

    e. Pengaruh Daripada Penganut Agama Lain Yang memeluk Islam. Selepaspembukaan jajahan baru oleh orang Islam, ramai penganut agama lain memelukagama Islam yang terdiri daripada Yunan, Nasrani dan Majusi. Mereka memeluk

    agama Islam dengan membawa ajaran dan amalan keagamaan mereka.Antaranya mereka memasukkan dalam akidah Islam perbahasan ilmu Kalamtentang konsep ikhtiar, al-Jabr dan sifat-sifat Allah.

  • 8/7/2019 Perak-soalan & Skema Percubaan Stpm 2010

    35/44

    Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

    http://sejarahstpm.blogspot.com/ SMK DARY 2010

    f. Membincangkan Persoalan di Luar Jangkaan Akal setelah tersebarnyapemikiran falsafah di kalangan umat Islam dalam pengajian akidah telahmenjerumuskan mereka dalam perbahasan persoalan-persoalan yang berada diluar jangkaan akal manusia seperti masalah mengikhtibatkann sifat-sifat Allahdan menafikannya persoalan kekuatan hamba di samping kekuatan Tuhan.Dengan membahaskan persoalan yang seumpama ini telah membuka pintuperselisihan yang luas kepada ummah.

    g. Perebutan jawatan Khalifah yang merupakan sebab perselisihan ummahdaripada segi politik. Kaum Ansar dan Muhajirin pada mulanya masing-masingberasa berhak menggantikan kepimpinan Rasulullah selepas kewafatanBaginda. Dalam hal ini umat Islam juga berselisih faham tentang siapakah yanglebih berhak menjadi khalifah

    h. Ayat-ayat Mustyabihat yang telah membawa kepada perselisihan ulamakdalam mentafsirkannya. Perselisihan terhadap ayat-ayat ini memuncak hinggatahap kafir mengkafirkan antara satu sama lain.

    C.Kesimpulan (2 markah)

    1. Kemunculan pelbagai mazhab ini juga telah memberikan kesan positif dannegatif terhadap perkembangan Islam secara keseluruhannya.

    2. Kelahiran pelbagai mazhab telah menimbulkan pelbagai idea dan interpretasibaharu mengenai isu-isu agama.

    3. Kelahiran pelbagai mazhab telah membuka ruang ke arah perkembangan ilmupengetahuan.

    4. Dari sudut negatif, kelahiran pelbagai mazhab telah membentuk pengikut yangtaksub kepada satu-satu mazhab dan menimbulkan perbalahan dan perpecahandikalangan umat Islam.

  • 8/7/2019 Perak-soalan & Skema Percubaan Stpm 2010

    36/44

    Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

    http://sejarahstpm.blogspot.com/ SMK DARY 2010

    SOALAN 15

    SKEMA A

    Bandingkan objektif penjelajahan dan penerokaan antara tamadun Barat dengantamadun Islam.

    (A) Pendahuluan: (3 Markah )

    Menurut Kamus Dewan, penjelajahan ialah perihal menjelajahi, mengelilingi atauberjalan ke merata tempat untuk menyelidik . Manakala penerokaan ialah perihalperbuatan, usaha dan sebagainya untuk meneroka. Dalam bahasa Arab, penjelajahandisebut sebagai al-Rihlah; iaitu bergerak atau berpindah dari satu tempat ke satutempat yang lain.

    Kebanyakan ahli sejarah berpendapat bahawa puak Norseman (orang Viking dariNorway) adalah orang Eropah terawal merentasi Laut Atlantik dan menemui BenuaAmerika melalui sekurang-kurangnya lima pelayaran pada sekitar tahun 1000 Masihi.Dalam tamadun Islam pula, penjelajahan umat Islam bermula seawal abad ke 7 Masihiapabila agama Islam mula disebarkan di kota Makkah. Selepas itu, Barat banyakmempelajari selok-belok pelayaran dan penerokaan daripada tamadun Islam yangberjaya melakukannya hampir ke seluruh dunia. Menjelang abad ke-15 Masihi,dominasi pelayar-pelayar Islam telah dipecahkan oleh penerokaan dan penjelajahankuasa-kuasa Barat seperti Portugis dan Sepanyol. Seterusnya diikuti pula oleh Belanda,Inggeris dan Peranchis.

    (B) Isi-isi: (5 isi X 4 markah = 20 markah)

    Persamaan Objektif:

    1. Perdagangan:

    Tamadun Barat

    Merupakan pendorong utama P&P kuasa-kuasa Barat. Masyarakat Eropah sangatberminat dengan rempah-ratus, ubat-ubatan, kain sutera, tembikar, kain linen, kraftangan dan teh yang dihasilkan dari timur. Sehingga abad ke-15 Masihi, perdagangan inidikuasai oleh pedagang-pedagang Islam yang menjualnya di pelabuhan-pelabuhan diItali. Selepas penguasaan Constantinople oleh Turki Uthmaniyah (1453 Masihi),pedagang-pedagang Barat terpaksa mencari sendiri jalan laut ke timur untuk

    memperoleh barangan tersebut. Usaha-usaha P&P dipelopori oleh negara Portugalyang berjaya memecahkan monopoli pedagang Islam di timur.

    Tamadun Islam

    Objektif perdagangan memang merupakan faktor berlakunya P&P orang-orang Islamsejak zaman Nabi Muhammad s.a.w lagi. Baginda menjelajah hingga ke Syam keranaberniaga. Pada zaman Khalifah al-Walid, para pedagang Islam telah mengadakanhubungan perdagangan hingga ke negeri China. Pedagang Islam terkenal sebagaipedagang yang terawal menguasai jalan perdagangan laut antara barat dengan timur.Mereka telah menjalin hubungan perdagangan dengan pedagang-pedagang Eropah diLaut Meditteranean dan pedagang-pedagang di Asia Tenggara, India dan China.

    Mereka berjaya menguasai perdagangan rempah dan sutera dari timur.

  • 8/7/2019 Perak-soalan & Skema Percubaan Stpm 2010

    37/44

    Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

    http://sejarahstpm.blogspot.com/ SMK DARY 2010

    2. Penyebaran Agama:

    Tamadun Barat

    Penjelajahan dan penerokaan Barat juga bertujuan untuk menyebarkan agama Kristiandi luar Eropah. Para mubaligh Kristian dan pedagang-pedagang ingin menerokawilayah-wilayah baru di Asia, Afrika dan Amerika. Perang Salib yang berlaku antara

    abad ke-11 hingga abad ke-13 Masihi merupakan perang suci (holy war) bagi orang-orang Kristian di Barat. Mereka berazam untuk meneruskan peperangan menentangorang-orang Islam di timur. Di samping itu, mereka juga berhasrat menyebarkantamadun dan kebudayaan Barat yang dianggap lebih superior kepada masyarakat lain diluar Eropah.

    Tamadun Islam

    Objektif P&P Islam juga bertujuan untuk menyebarkan dakwah Islam. Pada zaman NabiMuhammad s.a.w, baginda mengutus Muaz bin Jabal ke Yaman untuk menyebarkandakwah di sana. Pada zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz, ramai pendakwah Islammenjelajah ke seluruh dunia untuk menyebarkan ajaran Islam. Di antara mereka ialah;

    Sheikh Abdul Aziz yang berjaya mengislamkan Melaka, Sheikh Ismail menyebarkanIslam ke Acheh dan Maulana Ibrahim ke Gerisik, Jawa.

    3. Menambah Ilmu Pengetahuan:

    Tamadun Barat

    Perang Salib telah memberi peluang kepada bangsa Eropah untuk menimba ilmupengetahuan dalam pelbagai bidang sains, perubatan, astronomi,geografi danmatematik daripada dunia Islam. Keadaan ini melahirkan masyarakat Eropah yangberfikiran terbuka dan mempunyai cara pemikiran baru yang tercetus pada zaman

    Renaissance di Eropah. Semangat inkuiri yang tinggi dalam kalangan masyarakatEropah telah mendorong mereka meneroka kawasan-kawasan baru untukmenambahkan ilmu pengetahuan dalam bidang pelayaran, astronomi, geografi danteknologi perkapalan. Mereka juga mendapat galakkan dan bantuan daripadapemerintah.

    Tamadun Islam

    P&P yang dilakukan oleh orang Islam juga bertujuan untuk menambah ilmupengetahuan. Orang Islam dapat mempelajari ilmu-ilmu daripada tamadun lain sepertiIndia, Itali dan Andalus. Kedatangan orang Islam ke Mesir menyebabkan banyak karyaintelektual Yunani diterjemahkan ke bahasa Arab dan Parsi. Bidang perubatan,

    astronomi dan matematik Yunani dan India dipelajari dan mempengaruhiperkembangan intelektual Islam.

    Perbezaan objektif:

    4. Meluaskan Wilayah:

    Tamadun Barat

    Mulai abad ke-16 Masihi, raja-raja negara bangsa di Eropah bersaing untuk menambahkekayaan, kekuasaan dan kemegahan melalui penaklukan koloni-koloni baru di Afrika,

    Asia dan Amerika. Kawasan-kawasan ini dijajah untuk menguasai bahan mentah (galiandan hasil pertanian), mencari sumber tenaga buruh (hamba abdi) dan sebagai tapakpangkalan perdagangan.. Ia didorong oleh perkembangan sistem ekonomi kapitalismedan dasar merkantilisme yang menekankan dasar pengumpulan kekayaan, menambahkekuasaan dan mendapat keuntungan melalui pelaburan di kawasan-kawasan baru.

  • 8/7/2019 Perak-soalan & Skema Percubaan Stpm 2010

    38/44

    Skema Percubaan STPM S