skema perc penggal 2 2014-1

7
Peraturan pemarkahan Pengajian Am Peperiksaan Percubaan Penggal 2, STPM 2014 Bahagian A 1. Tiga tonggak utama dalam transformasi negara bagi mencapai Wawasan 2020. [3] i. Program Transformasi Ekonomi (PTE). ii. Konsep 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan iii. Program Transformasi Kerajaan(PTK) iv. Rancangan Malaysia Kesepuluh2011-2015 dan Rancangan Malasyia Kesebelas 2016-2020 2. Dua usaha untuk menjadikan pendidikan di Malaysia bertaraf dunia. [4] Usaha (1m) Huraian (1m) 1. Mengkoperatkan universiti Meningkatkan keupayaan pembiayaan universiti 2. Mengubah sistem pendidikan Dapat memenuhi tuntutan semasa bagi memenuhi keperluan negara 3. Menggredkan universiti Dapat mengukur standard dan pencapaian sesebuah universiti 4. Menubuhkan Institusi pengajian tinggi swasta Meningkatkan penawaran kursus dan kaedah serta fasiliti 5. Meningkatkan profesionalisme perguruan Sentiasa berupaya mencorak perkembangan individu, masyarakat dan negara 6. Memperbaiki kualiti system peperiksaan Agar dapat menguji keupayaan murid secara menyeluruh 7. Mengatasi masalah penghijrahan pensyarah Kepakaran dan pengalaman meningkatkan kualiti pengajaran dan profesionalisme 8. Reformasi pelbagai aspek organisasi pendidikan Memenuhi tuntutan dan sokongan kepada perubahan dan perkembangan dalam sistem pendidikan 3. Empat kriteria yang perlu dipenuhi oleh produk peralatan dalamTeknologi hijau. [4] i. Meminimumkan degrasi kualiti persekitaran. ii. Mempunyai pembebasan gas rumah hijau yang rendah atau sifar iii. Selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua kehidupan iv. Menjimatkan tenaga dan sumber asli v. Menggalakkan sumber-sumberyang boleh diperbaharui 4. Dua nilai yang diterapkan dalam Gagasan 1Malaysia bagi menyatupadukan rakyat. [4] Nilai ( 1m ) Huraian ( 1m ) 1

Upload: param1976

Post on 15-Dec-2015

46 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

for all view

TRANSCRIPT

Page 1: Skema Perc Penggal 2 2014-1

Peraturan pemarkahan Pengajian AmPeperiksaan Percubaan Penggal 2, STPM 2014

Bahagian A1. Tiga tonggak utama dalam transformasi negara bagi mencapai Wawasan 2020. [3]

i. Program Transformasi Ekonomi (PTE).ii. Konsep 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan iii. Program Transformasi Kerajaan(PTK) iv. Rancangan Malaysia Kesepuluh2011-2015 dan Rancangan Malasyia Kesebelas 2016-2020

2. Dua usaha untuk menjadikan pendidikan di Malaysia bertaraf dunia. [4]Usaha (1m) Huraian (1m)1. Mengkoperatkan universiti Meningkatkan keupayaan pembiayaan universiti2. Mengubah sistem pendidikan Dapat memenuhi tuntutan semasa bagi memenuhi keperluan negara3. Menggredkan universiti Dapat mengukur standard dan pencapaian sesebuah universiti4. Menubuhkan Institusi pengajian

tinggi swasta Meningkatkan penawaran kursus dan kaedah serta fasiliti

5. Meningkatkan profesionalisme perguruan

Sentiasa berupaya mencorak perkembangan individu, masyarakat dan negara

6. Memperbaiki kualiti system peperiksaan

Agar dapat menguji keupayaan murid secara menyeluruh

7. Mengatasi masalah penghijrahan pensyarah

Kepakaran dan pengalaman meningkatkan kualiti pengajaran dan profesionalisme

8. Reformasi pelbagai aspek organisasi pendidikan

Memenuhi tuntutan dan sokongan kepada perubahan dan perkembangan dalam sistem pendidikan

3. Empat kriteria yang perlu dipenuhi oleh produk peralatan dalamTeknologi hijau. [4]i. Meminimumkan degrasi kualiti persekitaran.ii. Mempunyai pembebasan gas rumah hijau yang rendah atau sifariii. Selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua kehidupaniv. Menjimatkan tenaga dan sumber asliv. Menggalakkan sumber-sumberyang boleh diperbaharui

4. Dua nilai yang diterapkan dalam Gagasan 1Malaysia bagi menyatupadukan rakyat. [4]

Nilai ( 1m ) Huraian ( 1m )1. Budaya

KecemerlanganPengamalan budaya cemerlang akan membawa Malaysia ke tahap kejayaan serta pencapaian yang lebih tinggi.

2. Ketabahan Setiap perjuangan atau pelaksanaan kerja memerlukan ketabahan dan ketekunan pemimpin dan rakyatnya.

3. Rendah Hati Rasa rendah hati ialah satu sifat yang penting.4. Penerimaan Penerimaan akan memperlihatkan perlakuan yang positif menerima sepenuhnya

sesuatu perkara dengan hati yang ikhlas tanpa ada unsur-unsur terpaksa. 5. Kesetiaan Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara

mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. 6. Meritokrasi Meritokrasi perlu diamalkan dalam negara demokrasi bagi memastikan mereka

yang layak dan memenuhi kriteria diberi peluang untuk memacu pembangunan negara.

7. Pendidikan Kekuatan dan ketahanan  adalah berasaskan kepada masyarakat yang berpendidikan dan berpengetahuan mengatasi kekuatan ketenteraan.

8. Integriti Semua pihak perlu mengamalkan   nilai-nilai integriti supaya sesebuah kerajaan mendapat kepercayaan dan keyakinan rakyat.

Perincian skema pemarkahan Bahagian B

1

Page 2: Skema Perc Penggal 2 2014-1

PA KT KI KJ Jum

A Salah media : Rujuk Jadual - - - - 01/20

B

Maklumat salah1. Tiada tajuk / salah tajuk / tiada tahun pada tajuk / tiada

tempat 2 2 2 2 08/20

2. Tiada petunjuk / petunjuk pada muka surat lain 2 2 2 2 08/20

3. Tiada peratus/salah nilai atau unit di paksi/jumlah besar/tiada label/tidak lengkap

2 2 2 2 08/20

C

1. Sumber tidak lengkap 5 5 4½ 3½ 18/20

2. Tiada sumber 5 5 4 3 17/20

3. Salah unit/nilai pada paksi tetapi skala betul 5 5 4½ 3½ 18/20

D

Pembezaan sektor1. Jika menggunakan warna sepenuhnya

5 5 5 5 20/20

2. Jika berlorek 5 3 5 3 16/20

3. Jika menggunakan gabungan warna dan lorekan 5 3 5 3 16/204. Jika menggunakan abjad atau angka 5 1 5 1 12/20

E

Teknikal Soalan 51. Tiada skala 2 2 2 2 08/202. Jenis kes pada pai, negeri pada tingkat @ sebaliknya 5 5 5 5 20/20

3. Pai tingkat 5 5 5 5 20/20

F

Kaedah Soalan 61. Jika 2 bar dan 2 garis 5 5 5 5 20/202. Jika 2 bar dan 1 garis 2½ 2½ 2½ 2½ 10/203. Jika 1 bar komponen dan 2 garis 2½ 2½ 2½ 2½ 10/204. Jika bar untuk bilangan pekerja, garis untuk gaji 5 5 5 5 20/20

5. Jika bar untuk gaji, garis untuk bilangan pekerja 01/20

6. Jika siap bar sahaja/ jika siap garis sahaja 01/20

7. Jika tiada petunjuk garis 2½ 2½ 2½ 2½ 10/20

G

1. Jika jawapan rujuk jadual sahaja ( Rujuk Jadual)Butiran - 2 markahTajuk - ½ markahSumber - ½ markah[Nota: Jadual mesti ada tajuk dan butiran, tiada tajuk atau butiran, maka jadual 0m]

- - - - 03

2. Jadual tanpa tajuk/nilai/unit yang lengkap tidak diterima

- - - - 0/20

3. Ada tajuk, tetapi salah 2½/20

2

Page 3: Skema Perc Penggal 2 2014-1

Soalan 5: Pai TingkatADUAN KES PENCEMARAN YANG DITERIMA OLEH JABATAN ALAM SEKITAR

MALAYSIA BAGI TAHUN 2005 MENGIKUT JENIS PENCEMARAN DAN MENGIKUT NEGERI TERPILIH.

Jenis Aduan Bil kes Peratus Sudut Ketinggian (cm)

Pencemaran Udara 3053 30.5 110 3.1Pencemaran Bunyi 267 2.7 10 0.3Pencemaran Air 4625 46.3 166 4.6Pencemaran lain 2054 20.5 74 2.1Jumlah 9999 100 360 10Negeri Bil kes Peratus Sudut Ketinggian

(cm)Selangor 3000 30 108 3.0Johor 3125 31.2 112 3.1Melaka 1036 10.4 38 1.0Perak 1255 12.5 45 1.3Negeri Sembilan 698 7.0 25 0.7Pahang 885 8.9 32 0.9Jumlah 9999 100 360 10

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Jabatan Alam Sekitar, 2005)

Skala tetap 1cm: 10%

Soalan 6: Graf Gabungan 2 paksi Y

BILANGAN PEKERJA DALAM INDUSTRI PEMBUATAN TERPILIH DAN POLA GAJI YANG DIBAYAR BAGI TAHUN-TAHUN 2001 HINGGA 2003

IndustriBilangan pekerja (orang) Gaji (Rm juta)

2001 2002 2003 2001 2002 2003Makanan dan minuman 122 635 129 107 131 881 1321 1390 2186Tekstil dan pakaian 112 766 125 917 113 484 1469 1629 1607

(Disesuaikan daripada Buku Tahunan Perangkaan, Jabatan Perangkaan Malaysia, Tahun 2005)

BAHAGIAN C : 25 markah

3

Page 4: Skema Perc Penggal 2 2014-1

7. Aktiviti manusia dalam pelbagai aspek pembangunan telah memusnahkan alam sekitar. Oleh itu, kemusnahan alam sekitar ini mesti dipulihkan untuk melestarikan alam sekitar. Huraikan penyataan ini.

Pendahuluan• Tindakan manusia menguruskan alam sekitar memberi kesan kepada kehidupan dan ekologi alam sekitar•Manusia telah memusnahkan fungsi alam sekitar dan langkah pemuliharaan perlu dilaksanakan

A. Faktor Kemusnahan Alam Sekitar1. Aktiviti Penyahutanan• Atas nama pembangunan aktiviti penebangan hutan secara besar-besaran dilakukan oleh pihak kerajaan

dan swasta• Penebangan hutan tersebut akan memusnahkan habitat flora dan fauna• Kemusnahan hutan akan menyebabkan berlakunya perubahan dan peningkata suhu yang akan menyebabkan pemanasan global• Sering berlakunya hakisan tanah dan banjir lumpur

2. Faktor Pembebasan Gas dan Bahan bakar• Pertumbuhan kilang dan industri yang membebaskan asap yang mengandungi bahan pencemar seperti

karbon dioksida, karbon monoksida, sulfur dioksida dan partikel-partikel terampai• Pembebasan bahan-bahan tersebut akan menyebabkan jerebu, hujan asid, dan penipisan lapisan ozon• Penipisan lapisan ozon akan menyebabkan pemanasan global dan pelbagai penyakit kanser• Ekosistem juga akan terjejas

3. Faktor Aktiviti Pertanian• Kawasan hutan yang diteroka untuk membuka ladang akan menjadi gondol dan terdedah kepada hakisan tanah

• Kawasan terdedah juga akan menyebabkan banjir kilatdan perubahan suhu persekitaran• Amalan pembakaran secara terbuka juga akan menyebabkan jerebu• Penggunaan racun pestisid dan herbisid akan menjejaskan kesuburan tanah dan memusnahkan hidupan

akuatik seperti ikan dan udang

B. Langkah Pemuliharaan Alam Sekitar4. Mengitar Semula Bahan Buangan• Mengitar semula bahan buangan seperti kertas, tin, botol, dan lain-lain dapat mengurangkan eksploitasi

sumber alam secara berlebihan• Aktiviti kitar semula boleh mengekalkan keseimbangan ekologi alam sekitar• Kitar semula dapat mengelakkan pencemaran alam sekitar seperti pencemaran air, udara dan tanah• Tanah sentiasa subur dan sesuai untuk aktiviti pertanian

5. Kaedah Kawalan Biologi• Bidang pertanian kurang menggunakan racur pestisid dan herbisid yang boleh menjejaskar kesuburan tanah dan menjejaskan air• Menggunakan kaedah pertanian organik yang mesra alam dan hasilnya selamat dimakan• Menggunakan kawalan biologi bagi menghapuskan serangga dan makhluk perosak - lebih mesra alam -

tanah, air dan udara tidak tercemar• Menggunakan haiwan pemangsa untuk menghapuskan makhluk perosak seperti helang mengawal

pembiakan tikus di sawah• Menggunakan bakteria untuk mempercepatkan pengoksidan minyak dalam laut untuk mengatasi

pencemaran laut

6. Penjanaan Sumber Alternatif• Menggunakan produk hasil penyelidikan bioteknologi seperti biodiesel• Menggunakan sumber tenaga alternatif seperti tenaga solar dan tenaga hidro yang banyak terdapat di

negara kita• Lebih mesra alam dan merupakan sumber tenaga yang boleh diperbaharui

Kesimpulan•Pemeliharaan dan pemulihan alam sekitar adalah tanggungjawab semua pihak dan kemusnahannya yang berpanjangan alam sekitar akan menjejaskan kehidupan di bumi.Pilihan Jawapan : 3 + 2 atau 2 + 3

8. Perpaduan merupakan antara cabaran yang harus dihadapi oleh Malaysia bagi membolehkan negara kita mencapai taraf negara maju pada tahun 2020. Bincangkan.

4

Page 5: Skema Perc Penggal 2 2014-1

Pendahuluan

• Banyak isu yang perlu diselesaikan menjelang tahun 2020. Cabaran - cabaran hendaklah diatasi dengan

penuh berhemah agar cita - cita Malaysia untuk menjadi negara maju tercapai.

Idea Cabaran

1. Perpaduan /Pembentukan satu negara bangsa (wajib)

• Pembentukan satu negara bangsa adalah menjadi pra-syarat kepada kemajuan.

• kerana tanpa rakyatnya mempunyai satu pemikiran terhadap satu negara dan bangsa, sebarang bentuk

kerjasama untuk maju tidak akan terjalin. Bagi mengisi konsep ini istilah seperti perpaduan negara,

kesetiaan kepada negara keharmonian dan toleransi perlulah difahami dan diamalkan.

2. Menjadikan Malaysia negara perindustrian

• Negara perlu mengubah corak ekonomi dan kehidupannya daripada pertanian kepada perindustrian.

• Wawasan 2020 berkehendakkan rakyat Malaysia meneruskan proses transformasi ini yang telah

dimulakan sejak dulu lagi.

• Ini adalah kerana proses ini bukan sahaja melibatkan transformasi daripada kehidupan bertani kepada

perindustrian malah ia juga melibatkan perubahan teknologi, ekonomi, sosial dan kebudayaan.

3. Memastikan keadilan ekonomi dan sosial

• Pewujudan satu masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi dan sosial memang tidak dapat

disangkal sebagai satu cabaran besar yang perlu dihadapi bagi pewujudan satu negara maju

• Ini ialah kerana dalam sebuah negara maju tidak patut wujud keadaan bahawa terdapat satu golongan

rakyat mempunyai segala-galanya sedangkan satu golongan lagi tercicir.

4. Melahirkan masyarakat bermoral dan beretika

• Berpegang kepada falsafah moral dan etika yang tinggi berasaskan kepercayaan agama.

• Penganutan falsafah ini adalah penting kerana kemajuan kebendaan tanpa nilai-nilai moral dan etika

tidak akan mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian yang berkekalan.

• Pengamalan nilai-nilai murni akan menjadi faktor penghalang dalaman untuk tidak

menyalahgunakan kemahiran atau kekayaan yang dimiliki.

5. Membangunkan masyarakat berdasarkan sistem kekeluargaan

• Berdasarkan hakikat bahawa keluarga menjadi asas pembentukan masyarakat dan masyarakat pula

menjadi asas pembinaan negara.

• Kekuatan dan kemajuan sesebuah negara itu bermula dan terletak pada keluarga dan masyarakat

kerana keluarga dan masyarakatlah yang mencorakkan kualiti individu yang menjadi rakyat dan

pemimpin sesebuah negara.

6. Meningkatkan kemahiran dan kepakaran sains dan teknologi

• Masyarakat negara maju adalah masyarakat yang mempunyai kemahiran dan kepakaran teknologi

yang tinggi

• Boleh mencipta. menambah dan memperbaharui bukan setakat boleh mencedok atau mengubahsuai

• Kualiti tenaga kerja yang kompeten dalam semua aspek, berdikari dan kental menghadapi cabaran-

cabaran.

Kesimpulan

Sekali imbas Wawasan 2020 seolah-olah merupakan wawasan ekonomi mementingkan persoalan

pembangunan ekonomi untuk Malaysia menjadi negara perindustrian, tetapi juga menyentuh perkara-perkara

berkaitan dengan aspek sosial dan cara hidup.

Jawapan: Idea 1+ Mana - mana 4

5